SMY/zs/28.05.2003/Pekeliling Pengurusan
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
KUiTTHO. PP/10.12/01 ( 88 ) 02 Jun, 2003
PEKELILING PENGURUSAN BIL. 35/2003
TAKLIMAT PANDUAN MENDUDUKI
PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN STAF
Adalah dimaklumkan bahawa, Pejabat Pendaftar Kolej Universiti Teknologi Tun
Hussein Onn akan mengadakan satu sesi Taklimat Panduan Menduduki
Peperiksaan Perkhidmatan Staf seperti butiran berikut:
Tarikh : 04 Jun, 2003 ( Rabu )
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Kuliah 2 ( DK 2)
2. Sehubungan dengan itu, semua staf dalam skim yang mensyaratkan
perlu menduduki peperiksaan perkhidmatan ( Seperti Lampiran) diwajibkan
hadir ke sesi taklimat tersebut untuk mengetahui prosedur dan maklumat yang
berkaitan dengan peperiksaan perkhidmatan yang akan dijalankan pada tahun
2003 ini.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang benar,
HJ. SHUIB B. MD. YUSOP
Pendaftar
07-4536100
s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Ketua-Ketua Pejabat / Pusat / Unit
SMY/zs/02.06.2003/Pekeliling Pengurusan
Lampiran ‘A’
SKIM PERKHIDMATAN YANG MEMERLUKAN PEPERIKSAAN
PERKHIDMATAN BAGI TUJUAN PENGESAHAN DALAM JAWATAN
Bil Klasifikasi Kumpulan Skim Perkhidmatan Gred Peperiksaan
Perkhidmatan B41 /
1 Perkhidmatan Bakat Pereka B27 /
dan seni Pengurusan dan
Profesional Penolong Pegawai
Senireka
Sokongan
2 Perkhidmatan Sains Sokongan Pembantu Makmal C17 /
3 Perkhidmatan Sistem Pengurusan dan Pegawai Sistem F41 /
Maklumat Profesional Maklumat F29 /
FT17 /
Penolong Pegawai Sistem F11 /
Maklumat
Juruteknik Komputer
Operator Mesin Prosesan
Data
4 Perkhidmatan Pengurusan dan Pegawai Latihan J41 /
Kejuruteraan Profesional Vokasional J29 /
J29 /
Sokongan Pembantu Teknik J17 /
Juruteknik J17 /
Pelukis Pelan
5 Perkhidmatan Pengurusan dan Pegawai Keselamatan KP41 /
Keselamatan dan Profesional KP27 /
Pertahanan Awam Penolong Pegawai
Sokongan Keselamatan KP17 /
KP11 /
Pembantu Keselamatan
Pengawal Keselamatan
Bil Klasifikasi Kumpulan Skim Perkhidmatan Gred Peperiksaan
Perkhidmatan
/
6 Perkhidmatan Pengurusan Pegawai Tadbir N41 /
/
Pentadbiran Dan dan Profesional /
Sokongan /
/
Sokongan Penolong Pegawai Tadbir N27 /
/
Pembantu Tadbir (K) N17 /
/
Pembantu Tadbir (P/O) N17 /
Pembantu Tadbir Rendah N11 /
/
Pembantu Penerbitan N17
7 Perkhidmatan Sosial Pengurusan dan Pegawai Hal Ehwal Islam S41
Profesional S27
Sokongan Penolong Pegawai Hal S17
Ehwal Islam S11
Sokongan S17
Pembantu Hal Ehwal S17
Pengurusan dan Islam S41
Profesional
Pembantu Rendah Hal
Ehwal Islam
Pembantu Perpustakaan
Pembantu Belia dan
Sukan
Kaunselor
(Pegawai Rundingcara)
8 Perkhidmatan Pengurusan dan Akauntan W41 /
Kewangan Profesional /
/
Sokongan Penolong Akuantan W27 /
Pembantu Akuantan W17 /
Pengurusan dan Juruaudit W41
Profesional
Sokongan Penolong Juruaudit W27
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
KUiTTHO. PP/10.12/01 ( 89 ) 12 Jun, 2003
PEKELILING PENGURUSAN BIL. 36/2003
PERATURAN BERPAKAIAN
( PAKAIAN SERAGAM )
Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7
Tahun 1990 telah menetapkan peraturan berhubung dengan peruntukan
pembekalan pakaian seragam kepada kakitangan yang dibekalkan pakaian
seragam.
2. Selaras dengan peraturan ini, pihak Kolej Universiti Teknologi Tun
Hussein Onn telah membekalkan pakaian seragam yang sesuai untuk staf yang
menjawat jawatan tertentu di KUiTTHO. Sehubungan dengan itu, staf-staf yang
telah dibekalkan dengan pakaian seragam adalah diwajibkan untuk memakai
pakaian tersebut pada setiap hari waktu bekerja.
Kerjasama dan perhatian daripada semua Ketua Jabatan dan Pengurus
Bahagian adalah perlu untuk memastikan staf yang berkenaan mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang benar,
HJ. SHUIB B. MD. YUSOP
Pendaftar
07-4536100
s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Ketua-Ketua Pejabat / Pusat / Unit
SMY/zs/12.06.2003/Pekeliling Pengurusan
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 90 ) 25 Jun, 2003
PEKELILING PENGURUSAN BIL. 37/2003
KEMPEN KESEDARAN KESELAMATAN JALAN RAYA
Adalah dimaklumkan bahawa, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein onn akan
mengadakan satu Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya yang akan
berlangsung mulai 1 – 14 Julai, 2003. Majlis pelancaran kempen ini akan
disempurnakan oleh Rektor KUiTTHO seperti butiran berikut :
Tarikh : 1 Julai, 2003 (Selasa)
Masa : 3.30 petang
Tempat : Padang Kawad, KUiTTHO
2. Sehubungan dengan itu, semua staf diminta hadir ke Majlis Pelancaran
Kempen tersebut.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang benar,
HJ. SHUIB B. MD. YUSOP
Pendaftar
℡ 07-4536100
s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
-
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
SMY/zs/25.06.03/Pekeliling Pengurusan
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 91 ) 28 Jun, 2003
PEKELILING PENGURUSAN BIL. 38/2003
PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN STAF
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
Adalah dimaklumkan bahawa, Mesyuarat Panel Peperiksaan Staf Bil. 2/2003
yang bersidang pada 25 Jun, 2003 telah bersetuju untuk membuat sedikit
pindaan kepada peraturan peperiksaan perkhidmatan staf.
2. Pindaan yang terlibat adalah calon dibenarkan merujuk mana-mana
bahan rujukan atau nota yang berkaitan ssemasa peperiksaan berjalan.
Kebenaran ini adalah terpakai untuk kategori staf dan kertas soalan yang
disenaraikan seperti dibawah.
2.1) Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian /
Operasi)
Kertas II - Pentadbiran Am Universiti
Kertas III - Syarat Perkhidmatan dan Peraturan Kewangan
2.2) Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Tadbir
(Kesetiausahaan) Gred N17
Kertas II - Pentadbiran Am Universiti
Kertas III - Syarat Perkhidmatan dan Arahan Perkhidmatan
2.3) Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Utama Bagi Kumpulan
Sokongan Yang Setaraf Dengan Gred 17 Hingga Gred 26
Kertas I - Pengetahuan Am Universiti
2.4) Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Utama Bagi Kumpulan
Sokongan Yang Setaraf Dengan Gred 1 Hingga Gred 16
Kertas I - Pentadbiran Am Universiti
2.5) Pepeeriksaan Perkhidmatan Bagi Pembantu Perpustakaan
Gred S 17
Kertas II - Pentadbiran Am Universiti dan Pengetahuan
Am Perpustakaan
Kertas III - Syarat Perkhidmatan dan Peraturan Kewangan
2.6) Peperiksaan Perkhidmatan Bagi Pembantu Penerbitan Gred
N 17
Kertas I - Pentadbiran Am Universiti
Kertas II - Syarat Perkhidmatan dan Peraturan Kewangan
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang benar,
HJ. SHUIB B. MD. YUSOP
Pendaftar
℡ 07-4536100
s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
-
- Dekan-Dekan Fakulti
Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
SMY/zs/28.06.03/Pekeliling Pengurusan
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 92 ) 09 Julai, 2003
PEKELILING PENGURUSAN BIL. 39/2003
PERLANTIKAN SEBAGAI
KETUA PUSAT KESIHATAN MAHASISWA
Adalah dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Kolej Universiti di bawah
perkara 20( 4 ) Perlembagaan Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, telah
bersetuju untuk melantik Dr. Zulkifli B. Taat sebagai Ketua Pusat Kesihatan
Mahasiswa selama dua ( 2 ) tahun yang berkuatkuasa mulai 1 Julai, 2003
sehingga 30 Jun, 2005.
2. Tahniah diucapkan. Diharap semua staf dapat memberikan kerjasama
dan sokongan yang sepenuhnya dalam semua urusan dan tugas beliau di
Universiti ini.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang benar,
HJ. SHUIB B. MD. YUSOP
Pendaftar
℡ 07-4536100
s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
-
- Dekan-Dekan Fakulti
Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
SMY/zs/02.07.03/Pekeliling Pengurusan
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 93 ) 09 Julai, 2003
PEKELILING PENGURUSAN BIL. 40/2003
PERLANTIKAN SEBAGAI PEMANGKU TIMBALAN PENGARAH
( PERUNDINGAN DAN INOVASI ) DI PUSAT PENYELIDIKAN, PERUNDINGAN
DAN PENDIDIKAN BERTERUSAN
Adalah dimaklumkan bahawa, pihak pengurusan Universiti di bawah perkara
20( 4 ) Perlembagaan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, telah bersetuju
untuk melantik Prof. Madya Nawawi B. Jusoh sebagai Pemangku Timbalan
Pengarah (Perundingan Dan Inovasi) selama satu (1) tahun berkuatkuasa
mulai 15 Julai, 2003 sehingga 14 Julai, 2004.
2. Tahniah diucapkan. Diharap semua staf dapat memberikan kerjasama
dan sokongan yang sepenuhnya dalam semua urusan dan tugas beliau di
Universiti ini.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang benar,
HJ. SHUIB B. MD. YUSOP
Pendaftar
℡ 07-4536100
s.k. - Y. Bhg. Rektor
-
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
SMY/zs/09.07.03/Pekeliling Pengurusan
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 94 ) 10 Julai, 2003
PEKELILING PENGURUSAN BIL. 41/2003
PEMINDAHAN PENTADBIRAN PUSAT ISLAM
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Eksekutif Bil. 8/2003 yang bersidang
pada 1 Julai, 2003 telah bersetuju untuk memindahkan pentadbiran Pusat Islam
dari Pejabat Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) ke Pejabat Canselori.
Pemindahan pentadbiran Pusat Islam ini adalah berkuatkuasa mulai 1 Julai,
2003.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang benar,
HJ. SHUIB B. MD. YUSOP
Pendaftar
℡ 07-4536100
s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
-
- Dekan-Dekan Fakulti
Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
SMY/zs/21.07.03/Pekeliling Pengurusan
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 95 ) 22 Julai, 2003
PEKELILING PENGURUSAN BIL. 42/2003
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN
Adalah dimaklumkan bahawa, pihak pengurusan akan mengadakan satu
Majlis Perhimpunan Bulanan sebagaimana butiran berikut :
Tarikh : 26 Julai, 2003 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Padang Kawad, KUiTTHO
2. Sehubungan dengan itu semua staf diminta hadir ke majlis
perhimpunan yang diadakan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang benar,
HJ. SHUIB B. MD. YUSOP
Pendaftar
℡ 07-4536100
s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
SMY/zs/22.07.03/Pekeliling Pengurusan
ATUR CARA MAJLIS
PERHIMPUNAN BULANAN KUiTTHO
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
8.00 pagi : Ketibaan semua staf KUiTTHO
8.05 pagi : Ketibaan Y. Bhg Timbalan –Timbalan
Rektor dan Pegawai-Pegawai Kanan
8.10 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku dan
KUiTTHO
Lagu
8.15 pagi : Ucapan dari Y. Bhg. Timbalan Rektor
(Hal Ehwal Pelajar)
8.45 pagi : Renungan Tazkirah
9.00 pagi : Bacaan doa dan bersurai
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 96 ) 22 Julai, 2003
PEKELILING PENGURUSAN BIL. 43/2003
MAJLIS MALAM PATRIOTIK KUiTTHO
Adalah dimaklumkan bahawa Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn akan
mengadakan Majlis Malam Patriotik peringkat Universiti seperti butiran berikut:
Tarikh : 31 Julai, 2003 (Khamis)
Masa : 8.50 malam
Tempat : Padang Kawad, KUiTTHO
Aturcara : Lihat Lampiran
2. Sehubungan dengan itu, semua staf dan pelajar adalah dijemput hadir
untuk memeriahkan lagi majlis yang akan diadakan tesebut.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang benar,
HJ. SHUIB B. MD. YUSOP
Pendaftar
℡ 07-4536100
s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
-
Majlis Perwakilan Pelajar
SMY/zs/22.07.03/Pekeliling Pengurusan
Lampiran
ATURCARA MAJLIS MALAM PATRIOTIK
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
8.50 malam : Ketibaan Dif-dif Jemputan
9.00 malam : Ketibaan Y. Bhg. Prof. Dr. Hj. Ismail B. Hj. Bakar
Rektor KUiTTHO
(Persembahan Band mengiringi ketibaan Rektor)
Nyanyian Lagu Negaraku
9.05 malam : Ucapan aluan oleh Pendaftar, KUiTTHO
9.10 malam : Ucapan Perasmian oleh Rektor
Deklamasi Puisi
KUiTTHO
:
: Persembahan Tarian Zapin dari Sek. Ren. Bandar
Batu Pahat
: Pidato Mahasiswa
: Syair Pahlawan
- Pengkisahan Pejuang-Pejuang Negara & Persatuan
Sejarah
: Pentomen dari anggota PALAPES KUiTTHO
: Persembahan Koir diiringi Orkestra KUiTTHO
11.00 malam : Jamuan
: Bersurai
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 97 ) 23 Julai, 2003
PEKELILING PENGURUSAN BIL. 44/2003
PROSEDUR PERMOHONAN PENGESAHAN
DALAM PERKHIDMATAN STAF
DI KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
1.0 TUJUAN
Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua staf
mengenai prosedur yang perlu diikuti untuk permohonan pengesahan
dalam perkhidmatan staf di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.
2.0 SYARAT PERMOHONAN
Staf yang layak membuat permohonan pengesahan perkhidmatan
adalah ;
2.1 Staf yang belum disahkan dalam perkhidmatan oleh pihak
KUiTTHO
2.2 Staf tersebut merupakan lantikan baru di KUiTTHO
2.3 Staf yang mendapat pelepasan dengan izin daripada majikan
lamanya atau staf yang bertukar skim perkhidmatan lain daripada
skim perkhidmatannya yang asal.
2.4 Staf yang telah memenuhi syarat pengesahan perkhidmatan
seperti yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan masing -masing.
3.0 PROSEDUR PERMOHONAN
Staf yang telah memenuhi syarat-syarat perkhidmatan yang ditetapkan
boleh membuat permohonan melalui Pengurus Bahagian masing-masing
dengan mengikuti prosedur yang ditetapkan. (Rujuk Carta Alir
Pengesahan Dalam Perkhidmatan jang dilampirkan )
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang benar,
HJ. SHUIB B. MD. YUSOP
Pendaftar
℡ 07-4536100
s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
SMY/zs/23.07.03/Pekeliling Pengurusan
Lampiran
PROSEDUR PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN
Tidak Permohonan oleh staf ( Nota A )
Diperakui
Pengurus Bahagian terima
permohonan ( Nota B )
Hantar dokumen ke Pejabat
Pendaftar
Sediakan dokumen yang
berkaitan
Diperakui
Selesai Tidak Mesy. J/kuasa
Diperakui PengesahanJawatan
Diperakui
Maklumkan Hantar Keputusan
kepada staf Pengesahan Jawatan melalui
Pengurus Bahagian
Selesai Rekod ke dalam Sistem
Maklumat Staf
Nota A :
i. Surat Permohonan Catatkan ke dalam Buku
ii. Salinan Sijil Kursus Induksi Umum/Khusus Kenyataan Perkhidmatan
iii. Surat Pengecualian Peperiksaan (jika ada)
iv. Keputusan Peperiksaan Simpan di dalam fail
peribadi staf
Selesai
Nota B :
i. Surat Perakuan Pengesahan
dalam Jawatan
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 98) 23 Julai, 2003
PEKELILING PENGURUSAN BIL. 45//2003
RAPTAI MAJLIS KONVOKESYEN
Adalah dimaklumkan bahawa pihak urusetia Konvokesyen Kedua KUiTTHO
akan mengadakan raptai untuk semua petugas konvokesyen sebagaimana
butiran berikut :
Raptai Pertama
Tarikh : 26 Julai, 2003 (Sabtu)
10.00 pagi
Masa : Dewan Tunku Ibrahim Ismail
Tempat :
Raptai Kedua
Tarikh : 30 Julai, 2003 (Rabu)
8.30 pagi
Masa : Dewan Tunku Ibrahim Ismail
Tempat :
2. Sehubungan dengan itu, kerjasama dari semua petugas konvokesyen
adalah dipohon untuk hadir bagi sama-sama menjayakan raptai konvokesyen
yang diadakan tersebut.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang benar,
HJ. SHUIB B. MD. YUSOP
Pendaftar
℡ 07-4536100
s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
-
- Dekan-Dekan Fakulti
Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
SMY/zs/23.07.03/Pekeliling Pengurusan
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 99 ) 31 Julai, 2003
PEKELILING PENGURUSAN BIL. 46//2003
PENGGUNAAN ACCESS CONTROL SYSTEM
DI BANGUNAN AKADEMIK ( A4 )
Sempen Sambutan Majlis Konvokesyen kedua KUiTTHO yang akan berlangsung
pada 2 – 3 Ogos, 2003 ini pihak Penguasa Keselamatan akan melaksanakan
“Access Control System” di Bangunan Akademik (Blok A4).
2. Perlaksanaan sistem ini adalah selaras untuk memastikan keselamatan
di bangunan tersebut adalah terjamin sepanjang majlis konvokesyen ini
berlangsung.
3. Sehubungan dengan itu, kepada staf yang mempunyai urusan di
Bangunan Akademik diminta menggunakan kad pekerja masing-masing
untuk mengakses pintu di tempat yang disediakan untuk membuka pintu
depan dan belakang bangunan tersebut. Pintu ini akan dikunci mulai :
Tarikh : 2 – 3 Ogos, 2003 ( Sabtu & Ahad)
Masa : 24 jam
Tempat : Bangunan Akademik
4. Perhatian dan kerjasama semua staf adalah perlu untuk membawa kad
pekerja masing-masing untuk mengakses pintu tersebut apabila berurusan di
Bangunan Akademik. Walaubagaimana pun kepada staf yang berjawatan tutor
kad pekerja mereka tidak boleh diakses di pintu tersebut.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang benar,
HJ. SHUIB B. MD. YUSOP
Pendaftar
℡ 07-4536100
s.k. - Y. Bhg. Rektor
-
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
SMY/zs/31.07.03/Pekeliling Pengurusan
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 100 ) 01 Ogos, 2003
PEKELILING PENGURUSAN BIL. 47//2003
CUTI HARI SABTU MINGGU PERTAMA DIBEKUKAN
Adalah dimaklumkan bahawa sempena Majlis Konvokesyen yang akan
berlangsung pada 2 & 3 Ogos, 2003, Pihak Pengurusan telah memutuskan
supaya hari sabtu pertama (02 Ogos, 2003 ) adalah hari bekerja kepada
semua staf. Manakala hari sabtu minggu kedua ( 09 Ogos, 2003 ) semua
staf dibenarkan bercuti bagi menggantikan cuti sabtu minggu pertama.
2. Sehubungan dengan itu, semua staf adalah diminta bekerja seperti biasa
pada hari sabtu (02 Ogos, 2003).
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang benar,
HJ. SHUIB B. MD. YUSOP
Pendaftar
℡ 07-4536100
s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
SMY/zs/01.08.03/Pekeliling Pengurusan
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 101 ) 05 Ogos, 2003
PEKELILING PENGURUSAN BIL. 48/2003
PENJELASAN CUTI HARI SABTU
Adalah dengan ini Pekeliling Pengurusan Bil. 47/2003 dirujuk semula.
2. Dimaklumkan bahawa, hari sabtu minggu kedua (09 Ogos, 2003)
adalah hari bekerja seperti biasa bagi semua staf. Bagi staf yang terlibat
dengan Majlis Konvokesyen pada 2 & 3 Ogos 2003 mereka diberi pilihan
samada untuk mengambil cuti ganti pada hari tersebut atau hari kerja yang lain
atau pun membuat tuntutan kerja lebih masa( bagi staf yang layak). Staf boleh
membuat permohonan cuti ganti mengikut prosedur permohonan cuti yang telah
ditetapkan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang benar,
HJ. SHUIB B. MD. YUSOP
Pendaftar
℡ 07-4536100
s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
SMY/zs/05.08.03/Pekeliling Pengurusan
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 102 ) 18 Ogos, 2003
PEKELILING PENGURUSAN BIL. 49/2003
POTONGAN GAJI BAGI
TABUNG KEBAJIKAN KEMATIAN STAF KUiTTHO
Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan matlamat untuk menjaga dan
menjamin kebajikan staf KUiTTHO dan tanggungannya, Kolej Universiti
Teknologi Tun Hussein Onn telah bersetuju menubuhkan Tabung Kebajikan
Kematian Staf KUiTTHO yang akan diselaraskan oleh Pusat Islam.
2. Melalui tabung ini, pemotongan gaji sebanyak RM12.00 (Ringgit
Malaysia Dua Belas sahaja) akan dipotong pada gaji bulan Ogos, 2003.
Untuk tahun yang berikutnya potongan RM1 akan dibuat untuk setiap bulan.
Bagi staf yang melapor diri selepas bulan Ogos, 2003 staf tersebut juga akan
dipotong RM12 bagi tahun pertama berkhidmat dan untuk tahun seterusnya
akan dipotong RM1 setiap bulan. Staf yang terlibat untuk pemotongan ini adalah
staf yang berjawatan tetap, kontrak dan sementara.
3. Bersama-sama ini dilampirkan risalah Tabung Kebajikan Kematian Staf
KUiTTHO untuk makluman dan perhatian semua.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang benar,
HJ. SHUIB B. MD. YUSOP
Pendaftar
℡ 07-4536100
s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
-
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
SMY/zs/15.08.03/Pekeliling Pengurusan
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 103 ) 21 Ogos, 2003
PEKELILING PENGURUSAN BIL. 50/2003
MAJLIS PELANCARAN
KIBARKAN JALUR GEMILANG
Selaras dengan Sambutan Hari Merdeka yang akan di sambut oleh seluruh
rakyat Malaysia pada 31 Ogos, 2003 ini, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein
Onn akan mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan.
2. Salah satu program yang akan diadakan sempena Sambutan Bulan
Kemerdekaan ini ialah Majlis Pelancaran Kibarkan Jalur Gemilang yang akan
disempurnakan oleh Y. Bhg. Rektor KUiTTHO seperti butiran berikut :
Tarikh : 26 Ogos, 2003 (Selasa)
Tempat : Padang Kawad dan Perkarangan Pejabat
Akademik
3. Sehubungan dengan itu, semua staf dijemput berada di tempat
berkenaan pada masa yang ditetapkan seperti dalam aturcara majlis.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang benar,
HJ. SHUIB B. MD. YUSOP
Pendaftar
℡ 07-4536100
s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
-
Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
SMY/zs/21.08.03/Pekeliling Pengurusan
ATURCARA MAJLIS PELANCARAN
KIBARKAN JALUR GEMILANG
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
7.50 pagi : Penyerahan Jalur Gemilang di Pintu Masuk
8.10 pagi : Utama Universiti
8.20 pagi :
Menaikkan Belon Besar di Padang Kawad
KUiTTHO
Mengibarkan Jalur Gemilang di Perkarangan
Pejabat Akademik
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 104 ) 21 Ogos, 2003
PEKELILING PENGURUSAN BIL. 51/2003
PERPINDAHAN PUSAT KESIHATAN
DARI BANGUNAN D8 KE BANGUNAN D15
Adalah dimaklumkan bahawa, Pusat Kesihatan yang sebelum ini bertempat di
Bangunan D8 ( Berhampiran Pejabat Pengurusan Hartabina) telah
berpindah ke Bangunan D15 (Bangunan HEP).
2. Sehubungan dengan itu, segala urusan pentadbiran dan rawatan
hendahlah dibuat di bangunan D15 (Bangunan HEP). Perpindahan pusat ini
adalah berkuatkuasa mulai 1 Julai, 2003.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang benar,
HJ. SHUIB B. MD. YUSOP
Pendaftar
℡ 07-4536100
s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
-
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
Majlis Perwakilan Pelajar
SMY/zs/21.08.03/Pekeliling Pengurusan
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 105 ) 21 Ogos, 2003
PEKELILING PENGURUSAN BIL. 52/2003
PERMOHONAN MENGHADIRI
KURSUS BIRO TATANEGARA
Adalah dimaklumkan bahawa, melalui perlaksanaan Sistem Saraan
Malaysia(SSM) yang berkuatkuasa mulai bulan November 2002, staf wajib
mengikuti Kursus Biro Tatanegara (BTN) bagi tujuan anjakan gaji.
2. Selaras dengan syarat yang tetapkan, pihak pengurusan Pejabat
Pendaftar akan mengadakan kursus BTN secara berperingkat. Sehubungan
dengan itu, kepada semua staf yang memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan
dibawah boleh membuat permohonan untuk menghadiri kursus tersebut.
i. Berjawatan tetap;
ii. Dalam tempoh percubaan atau sudah disahkan dalam jawatan;
iii. Staf yang mengambil Tahap Kecekapan 1 dan Tahap Kecekapan 3
bagi jawatan Pensyarah (DS 45);
iv. Staf yang berada di gred lantikan*.
3. Borang permohonan untuk menghadiri Kursus Biro Tatanegara boleh
diperolehi di Unit Perkhidmatan, Pejabat Pendaftar.Tarikh tutup permohonan
adalah pada 5 September, 2003( Jumaat).
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang benar,
HJ. SHUIB B. MD. YUSOP
Pendaftar
℡ 07-4536100
s.k. - Y. Bhg. Rektor
-
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
* Nota - Gred lantikan dimana gred jawatan berangka ganjil.
Contoh N41, N27, N17, N1, W41, W27 dan seterusnya.
SMY/zs/21.08.03/Pekeliling Pengurusan
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 106 ) 23 Ogos, 2003
PEKELILING PENGURUSAN BIL. 53/2003
MAJLIS SILATURRAHIM
KELAB WANITA KUiTTHO
Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Penaja Kelab Wanita akan
mengadakan Majlis Silaturrahim Kelab Wanita seperti butiran berikut :
Tarikh : 26 Ogos, 2003 ( Selasa )
Masa : 4.00 petang
Tempat : Dewan Jamuan 2, KUiTTHO
2. Majlis ini akan turut dihadiri oleh isteri Rektor sebagai Penaung Kelab
dan juga isteri-isteri pegawai kanan. Sehubungan dengan itu dimohon
kerjasama dari semua staf wanita KUiTTHO untuk menghadiri majlis yang
diadakan tersebut.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang benar,
HJ. SHUIB B. MD. YUSOP
Pendaftar
℡ 07-4536100
s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
-
- Dekan-Dekan Fakulti
Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
.
SMY/zs/23.08.03/Pekeliling Pengurusan
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 107 ) 27 Ogos, 2003
PEKELILING PENGURUSAN BIL. 54/2003
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-46
Sempena menyambut hari kemerdekaan yang ke- 46, Kolej Universiti Teknologi
Tun Hussein Onn akan mengadakan beberapa majlis bagi memeriahkan lagi
sambutan hari kemerdekaan tersebut.Majlis-majlis yang akan diadakan tersebut
adalah seperti ketetapan berikut :
i. Majlis Menghayati Hari Kemerdekaan
Tarikh : 30 Ogos 2003 ( Sabtu )
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Padang Kawad, KUiTTHO
Aturcara : Lihat lampiran 1
ii. Majlis Sambutan Diambang Kemerdekaan Ke-46
Tarikh : 30 Ogos, 2003 ( Sabtu )
Masa : 7.00 malam
Tempat : Padang Kawad, KUiTTHO
Aturcara : Lihat Lampiran 2
2. Sehubungan dengan itu semua staf adalah dijemput hadir bagi
memeriahkan lagi majlis sambutan yang diadakan serta menghayati erti
kemerdekaan tanahair kita.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang benar,
HJ. SHUIB B. MD. YUSOP
Pendaftar
℡ 07-4536100
s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
-
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
SMY/zs/23.08.03/Pekeliling Pengurusan
Lampiran 1
MAJLIS MENGHAYATI HARI KEMERDEKAAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
10.00 pagi - Ketibaan Jemputan
- Bacaan Doa
- Penyerahan Memorandum Harapan
Masyarakat
Luar KUiTTHO
10.30 Pagi - Ucapan Timbalan Rektor (Akademik)
11.00 pagi - Slot Teks Ucapan YTM Tunku Abd Rahman Putra
Al-Haj
Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah
11.30 pagi - Pelancaran Majlis Menghayati Hari
Kemerdekaan
11.45 pagi - Nyayian Lagu Patriotik
Lampiran 2
MAJLIS SAMBUTAN DIAMBANG KEMERDEKAAN KE-46
PERINGKAT KUiTTHO
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
7.00 malam : Solat Maghrib, Tahlil & Solat Isyak di masjid KUiTTHO
8.50 malam : Para Jemputan & orang ramai berkumpul di Padang
Kawad
9.00 malam : Ketibaan Y. Bhg. Rektor
: Nyanyian lagu KUiTTHO
& Essei : Persembahan Montaj Kemerdekaan
: Ucapan oleh Y. Bhg. Rektor
: Persembahan oleh staf dan pelajar
: Persembahan Zapin oleh pelajar sekolah rendah
: Persembahan puisi oleh Pegawai Eksekutif
: Penyampaian hadiah pemenang pertandingan Puisi
: Kemerdekaan
Flying fox, Larian Obor membawa Bendera Malaysia,
11.55 malam : Johor & KUiTTHO
12.00 malam : Lintas Langsung dari Dataran Putrajaya
Laungan Merdeka di ketuai oleh Y. Bhg. Rektor
: Nyanyian lagu
- Negara Ku
- Jalur Gemilang
- Keranamu Malaysia
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 108 ) 4 September, 2003
PEKELILING PENGURUSAN BIL. 55/2003
PROGRAM SAMBUTAN
ULANG TAHUN KE-10 KUiTTHO
Adalah dimaklumkan bahawa, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn akan
mengadakan Sambutan Ulang Tahun Ke-10 yang berlangsung dari 6 Sept. - 20
Sept. 2003.
2. Sempena sambutan tersebut, pelbagai program menarik telah dirancang
dan disusun untuk disertai oleh semua staf. Bersama-sama ini dilampirkan
aturcara program yang akan berlangsung disepanjang sambutan ulang tahun
tersebut.
3. Sehubungan dengan itu, semua staf adalah dijemput hadir bagi
memberikan komitmen dalam setiap majlis yang diadakan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang benar,
HJ. SHUIB B. MD. YUSOP
Pendaftar
℡ 07-4536100
s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
-
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
SMY/zs/04.09.03/Pekeliling Pengurusan
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 109 ) 05 September,2003
PEKELILING PENGURUSAN BIL. 56/2003
CERAMAH SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-10
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
Adalah dimaklumkan bahawa, sempena Samnutan Ulangtahun Ke-10 Kolej
Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, pihak jawatankuasa akan menganjurkan
ceramah seperti butiran berikut :
Tarikh : 9 September, 2003 ( Selasa )
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, KUiTTHO
Tajuk : Peranan Institusi Pengajian Tinggi Dalam
Pembinaan Ummah Yang Progresif Dalam Era
Penceramah:
Globalisasi
Y. Bhg. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil ( Presiden Kolej
DAR Al-HIKMAH, Selangor
2. Sehubungan dengan itu, semua staf adalah dijemput hadir bagi
memberikan komitmen dalam majlis yang diadakan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang benar,
HJ. SHUIB B. MD. YUSOP
Pendaftar
℡ 07-4536100
s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
SMY/zs/05.09.03/Pekeliling Pengurusan
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 110 ) 09 September,2003
PEKELILING PENGURUSAN BIL. 57/2003
MAJLIS ISRA’ MIKRAJ DAN FORUM PERDANA SEMPENA
SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-10 KUiTTHO
Adalah dimaklumkan bahawa sempena Sambutan Ulangtahun Ke-10 KUiHHO
majlis yang tersebut di atas akan diadakan seperti butiran berikut :-
Majlis Isra’ Mikraj
Tarikh : 11hb. September 2003 (Khamis)
Masa : 7.00 malam
Tempat : Masjid KUiTTHO
Majlis Forum Perdana
Tarikh : 18hb. September 2003 (Khamis)
Masa : 8.45 malam hingga 11.30 malam
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, KUiTTHO
2. Sehubungan itu, semua staf adaliah diminta hadir bagi memberi
komitmen dalam setiap majlis yang dianjurkan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang benar,
HJ. SHUIB B. MD. YUSOP
Pendaftar
℡ 07-4536100
s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
-
Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
SMY/zs/09.09.03/Pekeliling Pengurusan
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 111 ) 09 September,2003
PEKELILING PENGURUSAN BIL. 58/2003
PERLANTIKAN PROFESOR MADYA
Adalah dimaklumkan bahawa Universiti telah bersetuju untuk membuat
perlantikan Profesor Madya untuk staf akademik berikut :
i) Pn. Siti Fauzeyah bte Syed Salim ( Ketua Pusat Pengajian
Kemanusiaan & Komunikasi)
ii) En. Mohd. Izam bin Ghazali ( Ketua Pusat Pengajaran &
Pembelajaran)
iii) Dr. Maizam bin Alias ( Ketua Program Kerja Kursus, Pusat
Pengajian Siswazah)
2. Perlantikan ini adalah berkuatkuasa mulai 1 September, 2003.
3. Tahniah diucapkan di atas perlantikan berkenaan dan diharapkan semua
staf dapat meneruskan sokongan dan kerjasama yang sepenuhnya dalam
semua urusan dan tugas mereka di universiti ini.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang benar,
HJ. SHUIB B. MD. YUSOP
Pendaftar
℡ 07-4536100
s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
-
- Dekan-Dekan Fakulti
Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
SMY/zs/100903/Pekeliling Pengurusan
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 112 ) 13 September,2003
PEKELILING PENGURUSAN BIL. 59/2003
MENJALANKAN TUGAS REKTOR
Adalah dimaklumkan bahawa, Y.Bhg. Prof. Dr. Hj. Ismail bin. Hj. Bakar, Rektor
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn akan bertugas di luar kampus mulai
15 hingga 19 September, 2003.Sehubungan dengan itu Y. Bhg. Prof. Madya
Ismail bin Hasan, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) akan menjalankan tugas
Rektor di sepanjang tempoh yang berkenaan.
2. Diharap semua staf dapat meneruskan sokongan dan memberi kerjasama
yang sepenuhnya dalam semua urusan dan tugas mereka di universiti ini.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang benar,
HJ. SHUIB B. MD. YUSOP
Pendaftar
℡ 07-4536100
s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
-
- Dekan-Dekan Fakulti
Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
SMY/zs/13.09.03/Pekeliling Pengurusan
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
KUiTTHO.PP/10.12/01 (113) 16 September, 2003
PEKELILING PENGURUSAN BIL. 60/2003
CERAMAH SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-10
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
Adalah dimaklumkan bahawa, sempena Sambutan Ulangtahun Ke-10 Kolej
Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, pihak jawatankuasa akan menganjurkan
ceramah seperti butiran berikut :
Tarikh : 19 September, 2003 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, KUiTTHO
Tajuk : Management Of Change In A K-Economy
Era – A Perspective For An Institution Of
Penceramah:
Higher Learning
Y. Bhg. Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid
2. Sehubungan dengan itu, semua staf adalah dijemput hadir bagi
memberikan komitmen dalam majlis yang diadakan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang benar,
HJ. SHUIB B. MD. YUSOP
Pendaftar
℡ 07-4536100
s.k. - Y. Bhg. Rektor
-
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
SMY/zs/16.09.03/Pekeliling Pengurusan
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 114 ) 22 September, 2003
PEKELILING PENGURUSAN BIL. 61/2003
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN PROGRAM ‘POWER WALK’
Adalah dimaklumkan bahawa pihak Pengurusan akan mengadakan Majlis
Perhimpunan Bulanan dan Program ‘Power Walk’ seperti butiran berikut :
Majlis Perhimpunan Bulanan
Tarikh : 27 September, 2003 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Padang Kawad KUiTTHO
Program ‘Power Walk’
Tarikh : 27 September, 2003 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Padang Kawad KUiTTHO
Pakaian : Pakaian Sukan
* Aturcara adalah seperti di lampiran.
2. Sehubungan dengan itu, semua staf adalah diwajibkan hadir ke majlis
tersebut untuk memberikan komitmen kepada setiap program yang diadakan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang benar,
HJ. SHUIB B. MD. YUSOP
Pendaftar
℡ 07-4536100
s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
-
- Dekan-Dekan Fakulti
Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
SMY/zs/23.09.03/Pekeliling Pengurusan
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 115 ) 29 September, 2003
PEKELILING PENGURUSAN BIL. 62/2003
PERATURAN BERPAKAIAN BAGI STAF
(PAKAIAN MASA BEKERJA)
Sukacita pihak Pengurusan Universiti ingin menarik perhatian seluruh staf
KUiTTHO berhubung dengan perkara di atas.
2. Kerajaan menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 1985 telah
menetapkan garis panduan jenis pakaian yang sesuai dan kemas dipakai
semasa bekerja bagi pegawai-pegawai awamnya.
3. Sehubungan dengan itu, arahan berpakaian masa bekerja yang telah
ditetapkan sebagaimana berikut mestilah dipatuhi oleh setiap staf Universiti.
3.1 Pakaian Lelaki
3.1.1 Pegawai-pegawai dalam Kumpulan A dan B, seluar panjang
dengan baju kemeja dan bertali leher; dan jika baju tersebut
berlengan panjang, tangan baju hendaklah jangan
dilipatkan
.
3.1.2 Bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan C dan D, seluar
panjang beserta baju kemeja dengan warna yang sesuai;
baju hendaklah dimasukkan ke dalam; jika baju tersebut
berlengan panjang tangan baju hendaklah jangan
dilipatkan.
3.1.3 Pada hari Jumaat digalakkan memakai pakaian Baju
Melayu lengkap, bersamping dan bersongkok.
3.1.4 “Jeans” atau seluar pendek dilarang dipakai semasa
bekerja.
3.1.5 Kasut kulit atau lain-lain kasut sejenis dengannya dan
berstokin.
3.1.6 Selipar, kasut getah dan kasut sukan tidak boleh dipakai
semasa bekerja.
3.2 Pakaian Wanita
3.2.1 Pakaian kebangsaan dan/atau pakaian yang tidak
menjolok mata. Staf wanita beragama Islam, pakaiannya
hendaklah tidak menyalahi tuntutan ajaran agamanya.
3.2.2 “Jeans”, skirt pendek, seluar pendek adalah dilarang.
3.2.3 Kasut yang mempunyai bentuk yang sesuai boleh dipakai
dengan pakaian yang ditetapkan. Walau bagaimanapun
kasut sukan adalah dilarang semasa bekerja.
3.3 Pakaian Seragam
3.3.1 Pakaian seragam hendaklah sentiasa dipakai semasa
bekerja bagi staf yang dibekalkan dengannya.
3.4 Pakaian Lain
3.4.1 Pakaian-pakaian lain termasuk jenis kasut boleh dipakai
oleh staf semasa bekerja jika tugas-tugasnya memerlukan
pakaian demikian dan dibenarkan oleh Ketua Jabatan
masing-masing.
3.5 Pakaian Yang Menjolok Mata
3.5.1 Staf lelaki dan wanita tidak dibenarkan memakai pakaian
yang menjolok mata.
4. Ketua Bahagian/Jabatan/Pusat/Unit diminta memastikan peraturan ini
dipatuhi oleh staf masing-masing.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang benar,
HJ. SHUIB B. MD. YUSOP
Pendaftar
℡ 07-4536100
s.k. - Y. Bhg. Rektor
-
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
SMY/zs/29.09.03/Pekeliling Pengurusan
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 116 ) 1 Oktober, 2003
PEKELILING PENGURUSAN BIL. 63/2003
PINDAAN JADUAL PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN
Adalah dimaklumkan bahawa tarikh Peperiksaan Perkhidmatan untuk sesi ke-2
yang akan dijalankan pada bulan Oktober ini akan dipinda ke bulan
November sebagaimana yang dilampirkan ( *kecuali peperiksaan yang
dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam). Sehubungan dengan itu kepada
semua staf yang telah mendaftar untuk mengambil peperiksaan tersebut diminta
menyemak tarikh peperiksaan masing-masing.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang benar,
HJ. SHUIB B. MD. YUSOP
Pendaftar
℡ 07-4536100
s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
-
Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
SMY/zs/30.09.03/Pekeliling Pengurusan
BIL JAD
KOD PEPERIKSAAN PER
PEPERIKSAN KOLEJ UNIVERSITI TEKNO
20
NAMA PEPERIKSAAN
1 A1 PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFES
SOKONGAN I DAN YANG SETARAF
kertas 1 - Pengurusan Universiti dan Perlembagaan Malaysia
kertas 2 - Sistem Pentadbiran dan Syarat-syarat Perkhidmatan
kertas 3 - Peraturan Kewangan
2 A2 PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRE
kertas 1 - Pengurusan Universiti dan Perlembagaan Malaysia
kertas 2 - Sistem Pentadbiran dan Syarat-syarat Perkhidmatan
kertas 3 - Pengurusan Latihan Vokasional*
kertas 4 -Kemahiran Teknikal (Teras)
- kemahiran Teknikal (pengkhususan)
i. Pengkhususan Bidang Kejuruteraan Awam
ii. Pengkhususan Bidang Mekanikal
iii. Pengkhususan Bidang Elektrik dan Elektronik
UAL Lampiran
RKHIDMATAN STAF MASA
OLOGI TUN HUSSEIN ONN
003
SESI II
KOD KERTAS TARIKH TUTUP TARIKH
PERMOHONAN PEPERIKSAAN
WAKTU PEJABAT
SIONAL DAN 5.09.2003 10.11.2003 9.00-11.30 pagi
K1 5.09.2003 11.11.2003 9.00-11.30 pagi
K2 5.09.2003 12.11.2003 9.00-11.30 pagi
K3
ED J41
K1 5.09.2003 10.11.2003 9.00-11.30 pagi
K2 5.09.2003
K3 - 11.11.2003 9.00-11.30 pagi
K4 5.09.2003
- -
12.11.2003
ditentukan oleh
fakulti/pusat pejabat
3 A3 PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/O
N17
kertas 1 - Ujian Menaip (Kederasan 18 p.s.m)*
kertas 2 - Pentadbiran Am Universiti
kertas 3 - Syarat Perkhidmatan dan Peraturan Kewangan
4 A4 PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN
kertas 1 - Ujian Trengkas Kederasan 80 p.s.m (Bahasa Malaysia)*
kertas 2 - Pentadbiran Am Universiti
kertas 3 - Syarat Perkhidmatan dan Arahan Perkhidmatan
5 A5 PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN SUBJEK UTAMA BAGI KUMPULAN SOKO
SETARAF DENGAN GRED 17 HINGGA GRED 26
kertas 1 - Pengetahuan Am Universiti
kertas 2 - Kertas Jabatan (Amali/Teori)
6 A6 PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN SUBJEK UTAMA BAGI KUMPULAN SOKONGAN YA
DENGAN GRED 1 HINGGA GRED 16
kertas 1 - Pentadbiran Am Universiti
OPERASI) GRED - - -
K1 5.10.2003 13.11.2003 9.00-11.30 pagi
K2 5.10.2003 14.11.2003 9.00-11.30 pagi
K3
N) GRED N17 06.10.2003 9.30
13.11.2003 9.00-11.30 pagi
K1 23.07.2003 14.11.2003 9.00-11.30 pagi
K2 5.10.2003
K3 5.10.2003
ONGAN YANG 5.09.2003 13.11.2003 9.00-11.30 pagi
K1 5.09.2003 17.11.2003
K2 ditentukan oleh
fakulti/pusat pejabat
ANG SETARAF 10.11.2003 9.00-11.30 pagi
K1 5.09.2003