The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

This Digest consists of
a compilation of research papers presented by lecturers from Politeknik and Kolej Komuniti
Malaysia in the year 2021. A total of 21 articles related to the polytechnic’s niche area which
is Creative Design are presented in this Digest. It is hoped that this compilation will be a
valuable reading reference in ensuring educators to be more innovative and creative as well
as monitoring lecturers to be more involved in the world of research.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitinoor, 2023-08-09 22:34:30

NATIONAL CREATIVE DESIGN DIGEST 7th EDITION 2021

This Digest consists of
a compilation of research papers presented by lecturers from Politeknik and Kolej Komuniti
Malaysia in the year 2021. A total of 21 articles related to the polytechnic’s niche area which
is Creative Design are presented in this Digest. It is hoped that this compilation will be a
valuable reading reference in ensuring educators to be more innovative and creative as well
as monitoring lecturers to be more involved in the world of research.

95 | P a g e Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, setiap yang terhasil mempunyai kelebihan dan kekurangan dari pelbagai aspek. Penggunaan warna alami sebagai pewarna tekstil khususnya batik masih aktif digunakan di Indonesia berbanding Malaysia. Pewarnaan alami ini kurang digunakan di Malaysia mungkin kerana proses pembuatannya memerlukan tempoh yang panjang untuk menghasilkannya. Selain itu, zat warna yang tidak dapat bertahan lama sebelum proses pewarnaan dan warna mudah pudar apabila terdedah kuat pada matahari. Bagi menghasilkan batik yang berkualiti dengan menggunakan pewarnaan alami, proses pencelupan atau pewarnaan perlu dilakukan berulang-ulang kali dan memerlukan masa yang panjang untuk melakukannya. Cadangan kajian pada masa akan datang adalah dengan melihat senario penggunaan warna alami di Malaysia khususnya di negeri Terengganu. Rujukan Alamsyah, A. (2018). Kerajinan Batik dan Pewarnaan Alami. Endogami: Jurnal Ilmiah Kajian Antropologi, 1(2), 136. https://doi.org/10.14710/endogami.1.2.136-148 Aliffianti, F., & Kusumastuti, A. (2020). Pembuatan Pewarna Tekstil Ekstrak Pulutan (Urena Lobata L) Untuk Pencelupan Kain Rayon Viskosa. TEKNOBUGA: Jurnal Teknologi Busana Dan Boga, 8(1), 9–16. https://doi.org/10.15294/teknobuga.v8i1.21504 Ardani, F. A., & Nur Hidayati, N. H. (2018). Pengaruh Jenis Mordan dan Proses Mordanting Terhadap Kekuatan dan Efektifitas Warna Pada Pewarnaan Kain Katun Menggunakan Zat Warna Daun Jambu Biji Australia. Indonesia Journal of Halal, 1(2), 84. https://doi.org/10.14710/halal.v1i2.4422 Deny Efita, R., & Adriani, A. (2020). The Effect Of Mordan Alum, Mordan Whiting And Mordan Baking Soda On The Dyeing Results Of Mangosteen Skin Extract In Cotton. The Third International Conference on Culinary, Fashion, Beauty, and Tourism (ICCFBT) 2020, 126–131. Dhesriani, D., Hj, Asiani, A., & Skikandi, S. (2021). Pemanfaatan Daun Pepaya Sebagai Pewarna Alami Pada Kemeja Pria Dengan Teknik Shibori. Universiti Negeri Makassar. Elga Hayu, K., Adhi, K., & Alda Talia Puteri Ayu, M. (2021). Pembuatan Bubuk Warna Ekstrak Daun Petai Cina ( Laucaena leucocephala ) Sebagai Pewarna Alami Kain. Fashion And Fashion Educational Journal, 10(1), 24–30. Erren Jossie, B., & Humin, J. (2019). Eksplorasi Zat Warna Alami Batik Dalam Konteks Warna Tradisi Etnik Di Sabah. Jurnal Kinabalu, 2019(25), 71–87. Fadillla, A., Dra, A., & M, P. (2021). Perbedaan Mordan Asam Sitrat dan Asam Cuka Terhadap Hasil Pencelupan Bahan Katun Menggunakan Ektrak Ubi Jalar Ungu ( Ipomea Batatas ). Jurnal Pendidikan, Busana, Seni Dan Teknologi, 00(00), 19–25. Fitri Aridanti, A., Yan Yan, S., & Ganal, R. (2021). Rancangan Pewarnaan Alami Daun Suji Pada Tenun Sutera Sengkang , Sulawesi Selatan Designing Suji Leaf Natural Coloring On Sengkang Silk Weaving , South Sulawesi. Jurnal Seni & Reka Rancang, 4(1), 79–88. Garraghan, G. J. (1947). A Guide to Historical Method. Journal of American History, 34(1), 112–113. https://doi.org/10.1016/S0006-4971(20)69330-2 Inaya Sari, M., Umi, J., Nova, M., Raisun, N., Desy, I., & Faza, T. (2019). Pemanfaatan Limbah Kulit Kopi sebagai Bahan Pewarna Tekstil Alami untuk Pembuatan Batik Shibori di Desa Sidoharjo, Kecamatan Candiroto, Kabupaten Temanggung. Seminar Nasional Kolaborasi Pengabdian Kepada Masyarakat UNDIP -UNNES, 88–91.


96 | P a g e Marlina, S. (2007). Kajian Warna Semulajadi dengan Mengaplikasikan Bahan Kimia. universiti Malaysia Sarawak. Murni, Y., Ganjar, A., Hanyfa, D., & Harnanda, P. (2019). Pembuatan Serbuk Pewarna Alami Tekstil Dari Ekstrak Daun Jati Jati (Tectona Grandis Linn. F.). Jurnal Teknologi Technoscientia, 12(1), 12–20. Nina Herlina, M. S. (2020). Metode Sejarah. In Satya Historika (Issue 2). Pujilestari, T. (2016). Review: Sumber dan Pemanfaatan Zat Warna Alam untuk Keperluan Industri. Dinamika Kerajinan Dan Batik: Majalah Ilmiah, 32(2), 93. https://doi.org/10.22322/dkb.v32i2.1365 RA. Ataswarin, O., Caecilia Tridjata, S., & Ririn, D. (2021). Penerapan Zat Pewarna Alami Limbah Organik Kulit Rambutan (Nephelium Lappaceum) Pada Bahan Katun Dengan Teknik Shibori (Tie Dyes) Dan Batik. Jurnal Imajinasi Seni Dan Pendidikan Seni, 5(1), 1–10. Ramelawati, R., Adriani, A., & Sri Zulfira, N. (2017). Pengaruh Mordan Tawas Dan Jeruk Nipis (Citrus Aurantifolia) Terhadap Hasil Pencelupan Ekstrak Bawang Merah (Allium Ascalonium L) Pada Bahan Sutera. Jurnal Dunia Kesmas, 6(3), 40–42. Ravika Setyo, A., Rodia, S., & Siti Nurrohmah, S. N. (2021). Pemanfaatan Daun Lengkeng ( Nephelium Logan ) Untuk Pewarna Batik. Fashion And Fashion Education Journal, 10(1), 52–56. Rien Ana, S., Adriani, A., & Weni, N. (2017). Pengaruh Lama Pencelupan Terhadap Warna Yang Dihasilkan Pada Bahan Sutera Menggunakan Zat Warna Alam Ekstrak Daun Puring (Codiaeum Variegatum) Dengan Mordan Jeruk Nipis (Citrus Aurantifolia). Jurnal Dunia Kesmas, 6(3), 40– 42. Roscha, A. (2018). Proses Ketahanan Zat Warna Alami Pada Bahan Batik Dengan Beberapa Spesies. Sri Asriani, A. (2021). Analisis Hasil Jadi Pewarnaan Alami Daun Singkong Dan Daun Bayam Terhadap Proses Ekstraksi Panas Dan Ekstraksi Dingin (Issue 3). Universiti Negeri Makassar. Syamsul, B., Jalaluddin, J., & Rosnita, R. (2018). Pembuatan Zat Warna Alami Dari Kulit Batang Jamblang (Syzygium Cumini) Sebagai Bahan Dasar Pewarna Tekstil. Jurnal Teknologi Kimia Unimal, 6(1), 10. https://doi.org/10.29103/jtku.v6i1.465 Titiek, P. (2017). Optimasi Pencelupan Kain Batik Katun Dengan Pewarna Alam Tingi (Ceriops Tagal) Dan Indigofera Sp. Dinamika Kerajinan Dan Batik: Majalah Ilmiah, 34(1), 53. https://doi.org/10.22322/dkb.v34i1.2606 Wahyudin, D. (2020). Metode Penelitian Kualitatif Studi Pustaka dan Studi Lapangan. Pre-Print Digital Library UIN Sunan Gunung Djati Bandung, 1–6. http://digilib.uinsgd.ac.id/32855/1/Metode Penelitian Kualitatif.pdf Widy Prama, S., & Sri Zulfia, N. (2020). Pengaruh Mordan Kapur Sirih Dan Tunjung Terhadap Hasil Pencelupan Ekstrak Batang Pisang Ambon Pada Bahan Katun. Jurnal Kapita Selekta Geografi, 3(2), 47–59. Winarti, S. (2014). Pewarna Alami Pada Tekstil dengan Teknik Ekstraksi Sohxlet. Yuyun, Y., MaulidyaD., C., Ifra, N., Pantjawarni, P., & Mahfud, M. (2021). Ekstraksi Zat Warna Alami dari Kayu Bakau (Rhizophora mucronata) dengan Metode Microwave-Assisted Extraction Yuyun. ALCHEMY: Journal of Chemistry, 9(1), 7–14. https://doi.org/10.18860/al.v4i1.3176


97 | P a g e Pembangunan eCatalog Eco Print Sebagai Medium Pengajaran & Pembelajaran Pewarnaan Alam Semula Jadi Mohd Izswan bin Mohd Sidik1,a , Badrul Hisham Bin Shaharin2,b dan Qistina Binti Arshad1,c 1Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor 2Kolej Komuniti Temerloh, Mentakab, Pahang a [email protected], [email protected], [email protected] Kata kunci: eCatalog; Eco Print; Pewarnaan Alam semula jadi; Pengajaran & Pembelajaran. Abstrak. e-Catalog Eco Print – Teknik warna alam semula jadi adalah satu bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang boleh diguna pakai dalam bidang tekstil dan fesyen. eCatalog Eco Print yang menggunakan pewarnaan alam semula jadi juga sebagai satu mekanisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam struktur program Diploma Rekabentuk Fesyen dan Pakaian di Politeknik Ibrahim Sultan dan institusi-institusi pendidikan lain yang menawarkan bidang tekstil. Objektif kajian adalah untuk membangunkan e-Catalog Eco Print dengan penghasilan bahan yang menggunakan sepuluh jenis pewarnaan alam semula jadi sebagai medium tambahan yang terpilih dan menggunakan air karat sebagai enzim pemati warna. Bahan pewarnaan alam semula jadi yang dipilih, dikaji dan diaplikasikan melalui eCatalog ini dengan menjadikan satu bahan bantuan P&P mengajar bagi golongan pendidik. Pendekatan reka bentuk ADDIE diguna pakai untuk melaksanakan kajian ini dengan penghasilan eCatalog melalui proses analisis, mereka bentuk, pengembangan, pelaksanaan, dan penilaian. Hasil kajian direkodkan di laman web yang dibina dengan menggunakan akses kod QR melalui peranti telefon pintar, tablet dan komputer. – Bahan P&P yang dibangunkan ini adalah salah satu mekanisme pensyarah-pensyarah dalam penyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan dan lebih menarik ke arah revolusi pendidikan 4.0. Pengenalan Bahan pewarna yang terhasil daripada sumber alam semulajadi seperti daun-daun, bunga, buahbuahan, sayur-sayuran, herba-herba, akar dan kulit binatang adalah satu bahan pewarnaan alam semula jadi. Sejak zaman awal dan pertengahan Renaisssance ketika 2500 sebelum masihi, pewarnaan alam semula jadi telah ditemui ketika itu. Pada abad ke-14 di Mediterranean barat dan di utara Eropah Florida, Itali, adalah salah satu negara yang terkenal dalam penghasilan warna dan penggunaannya dalam industri. Ketika itu warna semula jadi yang terpenting adalah warna indigo. Proses penghasilan warna alam semula jadi dimasak dalam jangka masa yang tertentu untuk mendapatkan warna yang sempurna. Di negara Afrika Barat, bahan pewarnaan alam semula jadi melalui proses menggelek untuk mendapatkan warna alam semualajadi. Warna ini telah pun digunakan dalam kehidupan harian masyarakat ini sejak dahulu lagi. Contohnya di utara asia dan Afrika Barat, ketika mereka melakukan acara ritual, pakaian yang digunakan perlulah daripada warna alam semula jadi bagi membezakan indentiti dan status antara rakyat biasa dan golongan bangsawan (Seluhor, 2007). Katalog bermaksud satu senarai produk, barangan atau perkhidmatan yang dijual dan dapat menyalurkan informasi mengenai harga dan promosi pada sesuatu masa tertentu. Contoh katalog secara manual ini banyak dijumpai di serata tempat seperti pasar raya. eCatalog atau katalog elektronik adalah sistem maklumat daripada katalog yang mengandungi senarai produk atau perkhidmatan, jenis, jenama, spesifikasi teknikal, harga dan kuantiti barang atau perkhidmatan yang tersedia, yang dapat diakses secara digital. eCatalog tidak mempunyai tarikh luput kerana dapat disemak bila-bila masa sahaja. Ia tidak perlu dicetak ulang secara berterusan seperti dalam katalog


98 | P a g e manual. Sebelum wujudnya eCatalog, semua entiti perniagaan bersaing untuk merancang katalog manual yang menarik untuk memasarkan produk atau perkhidmatan mereka. Katalog dicetak dalam pelbagai saiz dan bentuk. Sebahagiannya dicetak seperti helaian biasa atau dicetak seperti majalah. Tetapi, penggunaan katalog kadangkala tidak tepat pada sasaran (Sejarah, 2019). Jika seseorang pendidik ingin memastikan objektif pengajarannya tercapai, suatu kaedah pembaharuan kreatif atau cara yang baharu perlu digunakan melalui inovasi dan bahan dalam proses pengajaran dan perbelajaran. Bagi meningkatkan sistem pendidikan, penemuan inovasi merupakan satu usaha untuk mengubah proses pembelajaran. Ini termasuk perubahan dalam situasi belajar yang melibatkan hal kurikulum, tempat pembelajaran dan mutu profesionalisme pendidik. Bukan sahaja kepada bidang teknologi, aplikasi pengajaran dalam bidang pendidikan juga memerlukan suatu pembaharuan (inovasi). Sistem sekolah/institusi yang aktif, komunikatif, inovatif, efektif dan menyenangkan merupakan asas pertimbangan dalam melakukan perubahan pembelajaran yang tepat (Ahamad, 2012) . Menurut Dr. Muhammad Kristiawan, (2017) inovasi adalah suatu idea, produk, perihal suatu kejadian atau kaedah yang dirasakan atau diklasifikasikan sebagai suatu perkara yang baharu bagi seseorang mahupun sekumpulan melalui hasil penerokaan mahupun penciptaan. Oleh itu, inovasi boleh diertikan sebagai satu sifat subjektif dan spesifik. Berikut merupakan beberapa tafsiran inovasi menurut individu; Inovasi adalah proses kreatif dalam memilih, mengorganisasi, dan memanfaatkan sumber daya manusia dan material dalam cara-cara baru atau dan unik yang akan menghasilkan pencapaian lebih tinggi untuk tujuan dan sasaran yang telah ditetapkan. Eco print merupakan salah satu cara untuk mengolah kain dengan menggunakan pelbagai tumbuhtumbuhan yang boleh mengeluarkan warna-warna serta zat alam semula jadi. Teknik ini yang dikatakan seni cetak natural, telah mula hadir beberapa tahun yang lalu dan kini makin diminati. Indiana Flint merupakan pengkarya yang pertama menggunakan teknik Eco Print ini. Flint berasal dari negara Australia Selatan dan telah menghasilkan pelbagai corak di atas fabrik. Eco Print boleh menyerap pada pelbagai jenis kain seperti kain kapas, kain sutera, viscose, cifon, linen, shantung dan kain felt. Menurut Flint, (2011) beliau mengaplikasikan teknik ini dengan cara menempelkan daundaun yang mempunyai zat-zat mahupun pigmen warna pada kain berserat alam semula jadi yang kemudiannya direbus atau dikukus di dalam periuk yang besar. Seni reka corak pada kain atau kulit yang terhasil daripada teknik Eco Print ini dijadikan suatu produk seperti aksesori fesyen yang boleh dikomersialkan dan diguna pakai dalam kehidupan seharian. Terdapat beberapa jenis tumbuhan yang boleh diguna pakai untuk menghasilkan teknik ecoprint. Keunikan teknik ini adalah warna dan bayangan (silhouette) pada setiap jenis daun dan bunga. Warna-warna pada pemukaan daun yang kelihatan kebiasaannya tidak sama seratus peratus pada fabrik, tetapi bentuk daun dan bunga masih jelas kelihatan (Irianingsih, 2018). Bagi menjalankan kajian ini, beberapa perkara telah memfokuskan pernyataan masalah yang penting yang boleh dikenalpasti iaitu, adakah pendekatan eCatalog Eco Print sebagai medium kepada proses pengajaran dan pembelajaran dalam struktur Diploma Rekabentuk Fesyen dan Pakaian dengan melihat proses analisis, reka bentuk, pengembangan, pelaksanaan dan pengajaran. Fokus kajian ini dijalankan adalah untuk melihat kepada proses pelaksanaan eCatalog Eco Print dengan melihat proses kepada penghasilan 10 sampel pewarnaan alam semula jadi dengan menggunakan teknik Eco Print, mereka bentuk sampel dengan penggunaan warna alam semula jadi, dan pembangunan eCatalog, secara dalam talian, pengembangan, perlaksanaan dan proses penilaian. Metodologi Metodologi kajian dijalankan dengan pendekatan reka bentuk ADDIE dengan melibatkan proses pengembangan aplikasi secara teratur dan bersistematik yang dimulai dengan proses menganalisis, mereka bentuk, pengembangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran. Rajah 1 menunjukkan keseluruhan metodologi kajian ini dengan menggunakan model ADDIE. Reka bentuk model ini


99 | P a g e adalah instruksional yang berfungsi sebagai panduan untuk pembinaan bahan bantuan mengajar eCalatog ini. Kajian ini melibatkan pemerhatian awal dengan melihat jenis tumbuh-tumbuhan seperti daun dan bunga yang mampu memberikan kesan Eco Print kepada fabrik. Proses seterusnya untuk mereka bentuk adalah merancang untuk reka letak daun-daun atau bunga-bunga yang dipilih untuk proses memindahkan warna dan silhouette. Bagi proses pembangunan, warna-warna semula jadi yang telah tersedia akan membantu proses untuk Eco Print. Ia sebagai medium tambahan untuk menjadikan sampel-sampel kain lebih berkesan dan lebih menarik pada fabrik. Bagi proses pelaksanaan, Eco Print yang terhasil akan dilabel mengikut jenis warna alam semula jadi yang digunakan. Daun-daun dan bunga-bunga dijeniskan dan dikemaskan dengan menggunakan mesin lamina untuk menjadikan ia sebagai bahan mentah untuk kajian ini. Proses analisis dilaksanakan dengan melihat, melabel dan mengklasifikasikan sampel-sampel Eco Print yang terhasil mengikut penggunaan jenis daun dan bunga serta perwarnaan alam semula jadi yang digunakan. Proses pembinaan laman web bagi tujuan akses kepada sampel-sampel yang terhasil adalah melalui imbasan kod QR melalui peranti pengguna seperti telefon pintar, tablet mahupun komputer. Rajah 1. Kerangka Model ADDIE ADDIE adalah satu istilah yang popular digunakan untuk menggambarkan pendekatan pengajaran bersistematik pada setiap fasa model yang terdiri daripada langkah prosedur (Ghani & Daud, 2018). Rajah 1 menunjukkan aktiviti pembangunan kajian berdasarkan model ADDIE. Secara khususnya, proses pembangunan telah direkodkan bermula daripada fasa pemerhatian awal dalam kajian yang dijalankan. Ini termasuk mengenal pasti jenis-jenis daun dan bunga yang terpilih untuk proses Eco Print. Seterusnya, penghasilan sampel-sampel direkodkan dengan melabelkan jenis-jenis daun dan bunga, warna alam semulajadi dan jenis enzim pemati warna yang digunakan. Proses penghasilan kajian ini menggunakan fabrik sutera satin sebagai medium utama kerana fabrik tersebut adalah antara medium yang terbaik yang diguna pakai oleh pengkaji dalam kajian sebelum ini; Eksperimentasi Pewarnaan Daripada Bahan Semula Jadi Dengan Menggunakan Bahan Pemati Warna Bagi Menghasilkan Warna Alami Pada Fabrik.


100 | P a g e Dapatan dan Perbincangan Berdasarkan dapatan kajian, proses pengembangan eCatalog Eco Print ini berjaya dilaksanakan melalui fasa berdasarkan model ADDIE. Fasa analisis merupakan fasa yang terpenting dan ia merupakan permulaan bagi kajian kerana melihat permasalahan dalam sesuatu kajian dan kepentingan kajian untuk P&P. Melalui fasa analisis ini, pengkaji telah mula mengkaji teknik Eco Print, pewarnaan alam semula jadi dan keperluan bahan bantuan mengajar kepada tenaga pengajar supaya P&P dapat dilaksanakan dengan lebih baik. Kaedah melalui eCatalog juga merupakan satu mekanisme P&P yang cepat dan berkesan kepada pelajar masa kini kerana kebanyakan mereka mempunyai telefon pintar. Fasa mereka bentuk pula merupakan proses kepada penghasilan sampel sampel Eco Print dengan menggabungkan perwarnaan alam semula jadi sebagai nilai tambah kepada sampel-sampel yang hendak dihasilkan. Proses kepada merancang untuk reka letak daun dan bunga untuk mendapatkan hasil cetakan itu perlu disusun dengan baik supaya ketika proses mengukus, sampel-sampel tersebut digulung dengan rapi menggunakan wrapping plastic dan diikatkan dengan tali secara mampat. Proses ini agak rumit kerana ketika menggulungkan fabrik tersebut dikhuatiri corak yang diinginkan tidak dapat dhasilkan. Proses membalut menggunakan wrapping plastic Proses mengukus - 2 jam Air karat enzim pemati warna Celupan warna alam semula jadi Proses pengeringan sampel Proses pemilihan daun & bunga Proses perawatan daun Menyusun daun mengikut reka letak yang diinginkan Rajah 2. Fasa analisis dilakukan Fasa pembangunan merupakan fasa pembentukan dan penghasilan sampel-sampel eco print. Sampelsampel ini direkodkan dengan melabelkan jenis penggunaan daun dan bunga serta warna alam semula jadi. Sampel yang dihasilkan ini berukuran 29.5 cm panjang dan 21.0 cm lebar. Fasa ini juga merupakan fasa yang terpenting kerana setiap hasil sampel yang terhasil menunjukkan teknik Eco Print yang mempunyai karakter yang berbeza antara satu sama lain berdasarkan komposisi, reka letak dun atau bunga, warna, bentuk, rupa dan jalinan. Pengkaji juga melihat dan merekodkan kesan Eco Print ke atas daun dan bunga yang mengeluarkan warna secara optimum untuk kegunaan kajian penyelidikan yang akan datang.


101 | P a g e Rajah 3. Katalog berbentuk risalah Fasa pelaksanaan dilakukan dengan membina bahan mengajar ini kepada bentuk eCatalog. Kaedah ini merupakan satu usaha penyampaian P&P yang sangat efisien semasa dunia dilanda pandemik Covid-19. Antara kelebihan eCatalog dilihat dari sudut pandangan dan sudut masyarakat ialah mudah diakses oleh berbagai pihak, boleh dikemaskini, dan informasi dari kaedah ini mudah dicapai. Fasa pelaksanaan juga dilihat sebagai fasa kepada permulaan bahan P&P ini digunakan secara keseluruhan melibatkan pelajar-pelajar dari institusi ini. Skop dikecilkan kepada pelajar-pelajar Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual melalui Diploma Rekabentuk Fesyen dan Pakaian bagi semester 2 dan 3 bagi kursus DVF20052 Textile Studies dan DVF50132 Textile Design. Satu Kod QR dicipta dan perlu diimbas dan membawa kepada laman web yang terbina dan segala maklumat mengenai eCatalog Eco Print yang dibangunkan oleh pengkaji boleh diperolehi dari akses berkenaan. Rajah 4. Permukaan laman web eCatalog Eco Print Penutup eCatalog pewarnaan alam semula jadi ini dihasilkan sebagai satu bahan rujukan kepada tenaga pengajar dan pelajar. Bahan bantuan mengajar ini mudah untuk diakses dan diaplikasi sebagai sumber pengetahuan pelajar untuk melihat dan membuat kajian yang lain secara berterusan dengan melihat bahan-bahan alam semula jadi yang diguna pakai oleh pengkaji seperti buah pinang, kayu pohon nangka, daun ketapang, serbuk inai dan lain-lain lagi sebagai sumber utama ejen pengeluar warna dan kaedah pemati warna dengan menggunakan bahan seperti air karat. Proses pembangunan kajian ini melalui fasa-fasa yang tertentu untuk proses P&P yang merupakan satu mekanisma kepada penambahbaikan secara berterusan sesebuah kursus dalam struktur program Diploma Rekabentuk


102 | P a g e Fesyen dan pakaian. Implikasi kepada penghasilan bahan bantuan P&P ini diharap dapat memberi kemudahan kepada institusi pengajian yang lain yang menawarkan bidang tekstil kepada pelajarpelajar yang berkaitan. Teknik Eco Print di Malaysia akan mula menambat hati penggemarpenggemar tekstil pada masa akan datang kerana keindahan hasil Eco Print ini mempunyai nilai estetika dan bercirikan konsep hijau. Diharapkan pada kajian dan penyelidikan yang akan datang, pengkaji dapat meneruskan kajian ini di fasa penilaian, dimana fasa berkenaan melihat keberkesanan dan tahap kepuasan penggunaan bahan bantuan pengajaran dan pembelajaran ini. Rujukan Ahamad, Y. B. & L. (2012). Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran dalam kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Dari Perspektif Guru. Journal of Technical, Vocational & Engineering Education, 6, 44–58. https://core.ac.uk/download/pdf/19100633.pdf Dr. Muhammad Kristiawan. (2017). Inovasi Pendidikan (W. Publish (ed.); Issue 9). WADE GROUP. Flint, I. (2011). Second Skin. Murdoch Book. Ghani, M. T. A., & Daud, W. A. A. W. (2018). Adaptation of ADDIE Instructional Model In Developing Educational Website For Language Learning. Global Journal Al-Thaqafah, 8(2), 7–16. Irianingsih, N. (2018). Yuk Membuat Eco Print Motif Kain Dari Daun dan Bunga. Sejarah, E. E. (2019). E-Katalog / E-Catalogue: Sejarah, Definisi, Contoh, Penjelasan Lengkap. https://promise.co.id/e-katalog-apa-itu-definisi-lengkap-e-catalogue/ Seluhor, M. binti. (2007). Kajian Warna Semulajadi Dengan Mengaplikasikan Bahan Kimia. Universiti Malaysia Sarawak.


103 | P a g e Ancaman Kepada Habitat Asal Parosphromenus Tweediei di Sekitar Kawasan Kampung Seri Bunian, Pontian Johor. Mohd Rafiq bin Mujilana , Junita binti Shaarib dan Normah binti Ishakc Kolej Komuniti Pagoh, Johor, Malaysia a [email protected], b [email protected], [email protected] Kata Kunci: Ancaman; Habitat; P. Tweediei; Kampung Seri Bunian; Pontian. Abstrak. Parosphromenus Tweediei (P. Tweediei) adalah salah satu spesies endemik ikan air tawar di Malaysia. Spesies ikan ini dikategorikan terancam dan boleh dijumpai di beberapa tempat di sekitar Johor dan Melaka termasuk di kawasan Kampung Seri Bunian, Pontian, Johor. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji ancaman kepada habitat asal P. Tweediei di Kampung Seri Bunian, Pontian, Johor. Teknik kualitatif digunakan bagi mendapatkan data untuk kajian ini. Temu bual tidak berstruktur diadakan bersama lapan orang responden yang merupakan penduduk Kampung Seri Bunian, Pontian, Johor. Pemerhatian dijalankan di sekitar kawasan Kampung Seri Bunian, Pontian Johor. Data temu bual dianalisis menggunakan perisian NVivo 12 manakala bagi pemerhatian adalah berdasarkan senarai semak yang dihasilkan daripada analisis dapatan temu bual bersama responden. Kajian mendapati, ancaman kepada habitat asal P. Tweediei Kampung Seri Bunian, Pontian, Johor adalah penangkapan ikan yang tiada kawalan, pembukaan tanah bagi tujuan perladangan, pencemaran air dan modifikasi habitat. Ancaman yang dikenal pasti perlu diatasi bagi menjamin kewujudan dan kemampanan spesies ini dapat dikekalkan. Pengenalan Malaysia dikurniakan dengan kepelbagaian sumber alam dan diiktiraf sebagai salah satu negara yang mempunyai mega diversiti jumlah serta ketumpatan diversiti spesies-spesies flora dan fauna yang tinggi (World Wildlife Foundation, 2016). Adalah satu rahmat bagi Malaysia yang dikurniakan sumber alam dan kekayaan diversiti sehingga menjadi daya tarikan negara. Menurut data dari Malaysia Biodiversity System, lebih 3000 spesies haiwan vertebrata ditemui di Malaysia. Daripada jumlah ini, dianggarkan lebih 2000 spesies merupakan jenis ikan yang merangkumi 1619 spesies ikan air masin dan 449 spesies ikan air tawar (MyBis, 2021). Jumlah spesies ikan ini akan sentiasa meningkat dari hari demi hari di mana terdapat banyak penemuan dan kajian yang dijalankan oleh penyelidik yang membawa penemuan spesies ikan baharu. Dilaporkan, 14% daripada keseluruhan spesies ikan air tawar tersebut telah dikategorikan sebagai terancam. Daripada jumlah tersebut, 83 spesies digolongkan dalam kategori terancam kritikal (World of Conservation Union (IUCN), 2016). Berdasarkan statistik yang diberikan, jumlah spesies yang terancam akan meningkat jika tiada usaha yang dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Jumlah populasi dan eksploitasi sumber yang dilakukan oleh manusia menyebabkan hal ini terjadi pada tahun-tahun kebelakangan. Sumber-sumber asli ini ditarah dan diambil bagi memenuhi keperluan industri, pertanian dan aktiviti-aktiviti lain yang mengakibatkan kemusnahan kepada alam sekitar. Kemusnahan alam sekitar ini juga turut mempengaruhi dan mengubah keadaan persekitaran dan potensi sumber-sumber akuatik ini. Kemusnahan persekitaran akuatik ini akan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar dan kehidupan manusia seharian jika tidak dikawal. Hal ini juga terjadi di kawasan Kampung Seri Bunian, Pontian, Johor. Kawasan perairan kampung ini terdiri daripada tali air di keseluruhan kawasan kampung. Terdapat banyak aktiviti berpunca daripada kegiatan manusia berdekatan tali air dan kawasan sekitarnya. Ini menyebabkan ancaman kepada kesemua benda hidup dalam persekitaran akuatik tersebut termasuklah P. Tweediei.


104 | P a g e P. Tweediei merupakan spesies ikan tempatan yang boleh dijumpai di beberapa kawasan sekitar Johor dan Melaka. Terdapat beberapa laporan mengatakan spesies ini dijumpai di Kluang, Layang-Layang, Batu Pahat dan Pontian (Linke, 2013). Spesies ini tergolong dalam keluarga Osphronemidae dalam order perciformes. Menurut Linke (2013), ikan-ikan yang termasuk dalam keluarga Osphronemidae ini, tersenarai dalam golongan ikan-ikan labyrinth. Kumpulan ikan ini mempunyai organ istimewa yang membolehkannya bernafas menggunakan udara yang terdapat di permukaan air. Ikan daripada keluarga Osphronomidae ini biasanya dijumpai di kawasan air yang mempunyai nilai pH keasidan yang tinggi iaitu di kawasan-kawasan bertanah gambut (Posa, Wijedasa & Corlett, 2011). Saiz P. Tweediei biasanya sekitar 3.5 sentimeter (Kottelat & Ng, 2005). Nama Tweediei diasaskan dari nama bekas pengarah Raffles Museum di Singapura. Spesies ikan ini mempunyai warna yang amat menarik terutama bagi ikan jantan di mana terdapat jalur kemerahmerahan di bahagian tengah sirip diiringi warna kehitaman di bahagian luar sirip. Di bahagian hujung sirip spesies ikan ini, terdapat sedikit warna turqois yang memisahkan sirip dengan badannya. Terdapat sedikit warna turqois di sirip ventral ikan ini. Hal ini mungkin kerana terdapatnya perubahan kepada spesies ini jika dijumpai di tempat lain kerana ada sebahagian spesies ikan ini mempunyai sirip ventral kebiru-biruan. Ikan ini sangat sukar dibela di dalam akuarium kerana ia hanya memakan makanan hidup seperti kutu air, moina dan hidupan-hidupan air invertebrata. Ikan ini biasanya dijumpai di kawasan terlindung, dipenuhi dengan tumbuhan-tumbuhan air dengan kedalaman sebanyak 1.0-1.5 meter dengan pH yang rendah iaitu 4 (keasidan). Warna air ini biasanya kehitaman akibat daripada tumbuh-tumbuhan yang mati yang terurai dalam air tersebut. Kebanyakan kajian yang dilakukan terhadap ikan ini adalah berkisarkan tentang genetik dan taburan ikan. Menurut IUCN pada tahun 2019, ikan ini telah dikategorikan dalam kategori terancam. Oleh itu, kertas kajian ini akan mengenal pasti ancaman-ancaman yang dihadapi oleh P. Tweediei di salah satu habitat ikan yang cantik ini di sekitar kawasan Kampung Seri Bunian, Pontian Johor. Rajah 1. P. Tweediei Jantan. Sumber: Parosphromenus Project. Diakses dari https://www.parosphromenus-project.org/en/tweediei Isu dan Cabaran P. Tweediei salah satu spesies ikan air tawar endemik Malaysia. Salah seorang pengkaji ikan air tawar di Malaysia menyatakan bahawa jumlah spesies ikan air tawar di Malaysia adalah lebih kurang 300 spesies (Zakaria, 1992). Bilangan ini berkembang secara drastik apabila bilangan spesies ikan air tawar di Malaysia yang dikenal pasti meningkat kepada kira-kira 600 spesies (Fishbase, 2020). Justeru, tidak mustahil jumlah spesies ikan air tawar di Malaysia akan terus meningkat ekoran penemuan dan eksplorasi saintifik yang dijalankan oleh penyelidik-penyelidik. Walaupun Malaysia mempunyai jumlah spesies ikan air tawar yang besar, banyak spesies ikan air tawar ini menghadapi ancaman dari pelbagai sumber. Bahagian ini akan membincangkan isu dan cabaran yang dihadapi oleh spesies ikan air tawar di Malaysia.


105 | P a g e Ikan air tawar merupakan salah satu sumber makanan dan sumber ekonomi negara. Walaupun negara kita lebih bergantung kepada sumber ikan air masin sebagai sumber makanan, ikan air tawar lebih membawa keuntungan melalui penjualan ikan-ikan hiasan. Namun begitu, ikan-ikan air tawar ini menghadapi banyak ancaman ketika ini. Chong, Lee dan Lau (2010) menyatakan bahawa 76% spesies ikan air tawar menghadapi ancaman daripada kemusnahan dan perubahan alam sekitar. Di Malaysia, hal ini masih tidak mendapat perhatian atau kesedaran daripada pihak berkepentingan dan masyarakat. Ancaman ini telah menyebabkan implikasi besar kepada sesetengah spesies seperti Keli Limbat (C. Nieuhofi), Sepat Bintik (T. Leeri) dan banyak lagi spesies-spesies endemik di Malaysia. Malah ada sesetengah spesies ikan air tawar yang telah dianggap pupus oleh kerana tiada spesimen spesies ikan ini dijumpai dalam jangka masa lama dan masih tidak ada satu sistem standard dalam dunia untuk mengenal pasti sesuatu spesies haiwan itu pupus. Sebagai contoh, spesies yang telah dianggap pupus adalah B. Melanopterusm E. Keliodides dan N. Microlepis (Zakaria, 2012). Setakat ini, menerusi perangkaan dari IUCN Red List (2021), 141 spesies ikan air tawar di Malaysia telah diisytiharkan sebagai terancam atau pupus. Daripada jumlah ini, 81 spesies adalah ikan air tawar tempatan dan 26 daripadanya adalah dari air paya gambut. P. Tweediei termasuk dalam senarai 26 spesies ini. Salah satu masalah yang dihadapi dalam mengenal pasti ancaman terhadap ikan air tawar di Malaysia adalah kurangnya kajian mengenai ancaman terhadap ikan air tawar di Malaysia. Kajian mengenai Ichtyofuana (Kajian makhluk dalam air) telah bermula dari kurun ke-19 lagi. Menurut Chong, Lee dan Lau (2010); Zakaria Mansor & Ali (2012); dan Fahmi et al. (2020), kajian di Malaysia mengenai hal Ichtyofauna ini masih baharu terutama dalam bab-bab mengenai taksonomi dan konservasi. Kajian yang dijalankan mengenai hal-hal begini masih lagi jauh dibandingkan dengan negara-negara lain. Jika dilihat di Malaysia, masalah taksonomi bagi ikan-ikan air tawar ini masih belum dapat diselesaikan disebabkan kekayaan spesies ikan air tawar yang ada di sini (Ng et al., 2017). Sebagai contoh, kajian mengenai taksonomi Ikan Kelah (T. Tambroides) masih lagi belum selesai selepas spesimen pelbagai tempat diambil. Seterusnya, masalah pertindanan kuasa dari pelbagai badan kerajaan menyebabkan kerumitan dalam mengatasi ancaman terhadap ikan air tawar di Malaysia. Hal ini disokong oleh Rafiq (2019), di mana terdapat pertindanan kuasa antara Jabatan Perikanan, Perhilitan, Jabatan Perhutanan, Pejabat Tanah Galian dan Mineral serta pihak berkuasa tempatan mengenai perlindungan habitat yang menjadi ancaman kepada ikan air tawar. Setiap jabatan mempunyai cara mereka sendiri dan tiada kesamaan sistem yang sekata dalam menyelesaikan masalah mengenai ancaman kepada ikan air tawar. Antara ancaman lain kepada ikan air tawar Malaysia adalah penangkapan ikan tanpa kawalan. Kebiasaannya, ikan air tawar di Malaysia mempunyai warna dan bentuk yang menarik. Jadi, ikan itu akan ditangkap dan dijual di pasaran ikan hiasan. Oleh itu, ia mempunyai potensi yang amat besar dalam pasaran ikan hiasan tempatan. Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO) telah mengeluarkan statistik bahawa pasaran ikan hiasan dunia mencecah USD287 juta (RM1.2 billion) dari tahun 1996 hingga 2005. Jumlah ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun. Hal ini menunjukkan bahawa pasaran ikan hiasan adalah besar dan membawa keuntungan yang besar kepada pengusahanya. Selain itu, ancaman yang kerap dihadapi oleh ikan air tawar di Malaysia adalah pencemaran. Pencemaran boleh datang daripada pelbagai sumber seperti dari industri dan perladangan. Bagi skop industri, bahan buangan industri biasanya dibuang ke punca-punca air seperti kolam, tasik dan sungai. Manakala, untuk industri perladangan, penggunaan baja kimia dan racun pesitisid akan mengalir ke dalam tali-tali air berdekatan ladang tersebut (Ng et al., 1994). Bahan-bahan buangan dan kimia ini akan mengalir ke dalam sumber air dan menyebabkan pencemaran kepada air tersebut, seterusnya membunuh segala hidupan air. Kemusnahan hutan juga merupakan salah satu punca ancaman kepada ikan air tawar di Malaysia. Aktiviti-aktiviti seperti pembukaan tanah baharu bagi aktiviti industri dan perladangan, pembalakan


106 | P a g e dan perlombongan haram adalah antara punca mengapa hutan-hutan ini banyak dijarah dan dimusnahkan di Malaysia. Segala ancaman yang disebutkan ini perlulah di atasi bagi memastikan kemampanan dan kewujudan spesies ini dapat dikekalkan. Hal ini adalah perlu agar generasi depan kita mampu merasai dan menghargai khazanah alam yang tidak ternilai ini. Metodologi Dalam kertas kajian ini, kaedah kualitatif telah diaplikasikan bagi mengumpul data. Temu bual dan pemerhatian telah dijalankan di sekitar Kampung Seri Bunian, Pontian, Johor. Temu bual secara bersemuka dengan soalan tidak berstruktur bersama penduduk Kampung Seri Bunian, Pontian, telah dijalankan bersama lapan orang responden yang terdiri daripada penduduk kampung tersebut. Soalansoalan berkisar tentang ancaman kepada habitat P. Tweediei dibincangkan. Bagi teknik pemerhatian pula, pemerhatian dilakukan di sekitar habitat P. Tweediei di Kampung Seri Bunian. Melalui sesi pemerhatian, tiada sebarang gangguan dan perubahan dilakukan kepada subjek pemerhatian. Analisis Data Data bagi sesi temu bual telah dianalisis menggunakan perisian NviVo 12 dan dikumpulkan melalui pengekodan terbuka. Pada awal proses, data tidak berkaitan dibuang dan data yang berkaitan diambil. Kemudian, proses axial terhadap data tadi dilakukan di mana data diletakkan dan disatukan mengikut tema yang diinginkan. Setiap data axial dilabel ZL1, ZL2, ZL3 dan seterusnya proses pemilihan kod pada fasa terakhir. Data axial dianalisis di mana kesamaan dan perbezaan dari pandangan responden akan dipilih sebagai pendapat mutlak responden mengenai ancaman terhadap P. Tweedie di Kampung Seri Bunian, Pontian. Seterusnya, bagi proses pemerhatian pula, pemerhatian dijalankan di dalam kawasan Kampung Seri Bunian, Pontian, Johor. Satu senarai semak daripada dapatan temu bual telah dihasilkan bagi mengenal pasti dan menguatkan dapatan. Kesemua dapatan dirakam dan didokumentasikan. Dapatan Kajian dan Perbincangan Hasil daripada temu bual bersama responden dan proses pemerhatian di dalam kawasan Kampung Seri Bunian, berikut adalah ancaman yang dihadapi oleh P. Tweediei di Kampung Seri Bunian, Pontian, Johor. Penangkapan Ikan yang Tiada Kawalan P. Tweediei sangat terdedah dengan penangkapan ikan tanpa kawalan. Hal ini disebabkan oleh saiz fizikal ikan yang kecil dan warna yang menarik. Ikan ini mendapat tawaran harga yang tinggi di pasaran ikan hiasan. Tiada sebarang langkah yang diambil oleh pihak berkuasa dan pihak-pihak yang berkepentingan dalam mengawal penangkapan ikan yang tidak terkawal ini. Pembukaan Tanah bagi Tujuan Perladangan Kawasan Kampung Seri Bunian adalah lokasi yang berpaksikan ekonomi secara perladangan. Tanaman kelapa sawit memonopoli hampir 70% kampung ini. Pembukaan tanah bagi penanaman kelapa sawit akan memusnahkan habitat asal P. Tweediei. Pembukaan tanah di kawasan ini seperti di luar kawalan kerana banyak hutan ditebang bagi membolehkan kelapa sawit ditanam. Pencemaran Air Pencemaran air merupakan ancaman terbesar kepada P. Tweediei. Pencemaran air di kawasan Kampung Seri Bunian ini datang daripada penggunaan baja-baja kimia, racun pestisid dan juga projek penternakan ayam tidak jauh dari habitat P. Tweediei. Kebanyakan spesimen P. Tweediei dijumpai di dalam tali air di sekitar kampung ini. Segala bahan kimia buangan dari ladang ayam,


107 | P a g e racun pestisid dan baja-baja kimia akan mengalir ke dalam tali air di kampung ini seterusnya akan mencemarkan dan menurunkan kualiti air di tali air tersebut. Hal ini menyebabkan, P. Tweediei dan hidupan air lain akan mati. Modifikasi habitat Salah satu ancaman kepada P. Tweediei adalah modifikasi habitat menerusi projek pendalaman tali air yang dilakukan oleh pihak kerajaan setiap dua tahun. Projek pendalaman tali air ini dilakukan bagi mengurangkan risiko banjir di kawasan Kampung Seri Bunian. Namun begitu, apabila parit dikorek, ia akan memusnahkan habitat P. Tweediei di mana spesies ikan ini memerlukan tumbuhan air bagi tempat perlindungan dan bertelur. Kesimpulan Setelah mengetahui ancaman yang dihadapi oleh P. Tweediei, penting bagi semua pihak berganding bahu mengatasi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh spesies ini. Hal ini juga boleh dilakukan kepada lain-lain spesies yang menghadapi masalah yang sama seperti yang dihadapi oleh P. Tweediei ini. Kita tidak mahu spesies ini menjadi pupus dan generasi akan datang tidak dapat menikmati khazanah alam yang cantik, indah dan tidak ternilai ini disebabkan oleh perbuatan kita sendiri. Rujukan Chong V C, Lee P K Y and Lau C M (2010). Diversity, extinction risk and conservation of Malaysian fishes J. Fish Biol .76 2009-2066 Fahmi M. R, Kusrini E, Hayuningtiyas E.P, Sinansari S and Gustiano R (2020). DNA Barcoding Using Coi Gene Sequences of Wild Betta Fighting Fish from Indonesia: Phylogeny, Status And Diversity Indones. Fish. Res. J. 26 97-105 IUCN Red List on P. tweedie. Retrieved on July 3, 2020 from https://www.mybis.gov.my/sp/24210 IUCN (2018). The IUCN Red List of Threatened Species Retrieved on July 2, 2020 from https://www.iucnredlist.org/ International Union for Conservation of Nature (IUCN) 2016 Threatened Species in Each Country (Totals by Taxonomic Group) Retrieved on July 17, 2021 from https://www.iucnredlist.org/resources/summary-statistics Kottelat M. & Ng P.K.L, (2005). Diagnoses of Six New Species of Parosphromenus (Teleostei: Osphronemidae) from Malay Peninsula and Borneo. The Raffles Bulletin of Zoology Supplement 13: 106-107. Linke H (2013), Labyrinth Fish of the World (Fish Magazine Taiwan) Ng C, Ooi P, Wong W L and Khoo G (2017) An overview of the status, trends and challenges of freshwater fish research and conservation in Malaysia. Surv. Fish. Sci. 3 7-21 [14] Posa M R C, Wijedasa L S and Corlett R T (2011). Biodiversity and conservation of tropical peat swamp forests. BioScience 61 49-57. Rafiq M.M, (2019). Sustainable Management of Betta persephone in Ayer Hitam Peat Swamp Forest Reserve, Muar Johor. Center of Global Sustainability Studies. Universiti Sains Malaysia


108 | P a g e World Wildlife Foundation (2016). Living Planet Report 2016 Retrieved on September 30, 2020 from https://www.worldwildlife.org/pages/living-planet-report-2016 Zakaria R, Mansor M and Ali A B (1999). Swamp Riverine Tropical Fish Population: A Comparative Study of Two Spatially Isolated Freshwater Ecosystems in Peninsular Malaysia. Wetlands Ecology Management 6 261- 268.


109 | P a g e Tahap Kesedaran Umum Terhadap Lawatan Maya Sebagai Satu Pendekatan Baharu Norazwani Suhaimia dan Sharifah Nozi Syed Hamidb Kolej Komuniti Hulu Selangor, Selangor, Malaysia [email protected], [email protected] Kata Kunci: Lawatan maya; Pelancongan; Pandemik Covid-19 Abstrak. Pandemik Covid-19 yang melanda dunia pada masa ini turut memberi kesan kepada sektor pelancongan di Malaysia. Agensi pelancongan tempatan mengambil inisiatif untuk memulihkan ekonomi dengan beralih kepada alternatif baharu iaitu dengan melaksanakan lawatan maya atau virtual tour. Kajian kuantitatif yang dilaksanakan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesedaran dan penerimaan masyarakat terhadap pendekatan ini. Responden kajian ini terdiri daripada penduduk di sekitar daerah Hulu Selangor. Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data bagi kajian ini adalah menggunakan borang soal selidik secara dalam talian. Hasil kajian mendapati majoriti responden menyedari akan kewujudan lawatan maya yang dianjurkan secara dalam talian. Majoriti responden juga menerima baik kaedah ini sebagai salah satu alternatif pelancongan semasa pandemik ini melanda negara. Namun begitu, dapatan kajian ini terhad kepada responden di lokaliti tersebut sahaja. Oleh yang demikian, penyelidik mencadangkan agar kajian yang berskala lebih besar dijalankan pada masa akan datang. Pengenalan Penghujung tahun 2019, dunia digemparkan dengan kewujudan Coronavirus 2019 atau lebih dikenali dengan nama Covid-19. Seawal tahun 2020, virus ini merebak dengan pantas ke seluruh dunia. Penularan virus ini ke seluruh dunia termasuk Malaysia telah memaksa kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020. Namun,tempoh itu dilanjutkan lagi sehingga beberapa bulan. Sehingga kini, PKP masih dilaksanakan disebabkan kewujudan varian baharu Covid-19 dan kes masih terus meningkat. Sehingga pertengahan Julai 2021, sebanyak 916,951 kes positif terkumpul dilaporkan (Laporan Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, 2021). Pandemik Covid-19 ini telah menyebabkan banyak sektor terjejas teruk. Antaranya sektor perkhidmatan seperti perdagangan dan pelancongan, logistik dan perkilangan (Sinar Harian, 2020). Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan bahawa pelancongan merupakan sektor yang terjejas teruk dan dijangka mengambil masa yang paling lambat untuk kembali pulih (Astro Awani, 2020). Pandemik ini juga menyebabkan banyak premis perniagaan terpaksa ditutup serta ramai pekerja terpaksa diberhentikan. Persatuan Hotel Malaysia (MHA) juga melaporkan bahawa lebih kurang 90 buah hotel telah memberhentikan operasi secara kekal atau sementara sejak pelaksanaan PKP pada awal Mac 2020, manakala lebih 12,000 pekerja terpaksa diberhentikan (Berita Harian, 2021). Jabatan Perangkaan Malaysia (2021) juga melaporkan bahawa kadar penginapan bagi Januari 2021 merosot sehingga 20% selepas pelaksanaan PKP 2.0, manakala pada tahun sebelumnya, industri perhotelan mengalami kerugian pendapatan sebanyak RM6.53 bilion (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2021). Kesuraman industri pelancongan juga dapat dilihat melalui penurunan mendadak jumlah ketibaan pelancong. Suku pertama tahun 2021 hanya mencatatkan seramai 25,256 orang pelancong (Tourism Malaysia, 2021). Jadual 1 di bawah menunjukkan kadar ketibaan pelancong dalam tempoh lima tahun yang lepas.


110 | P a g e Jadual 1. Ketibaan pelancong mengikut tahun. Tahun Jumlah Pelancong 2020 4.33 juta 2019 26.10 juta 2018 25.83 juta 2017 25.95 juta 2016 26.76 juta Sumber: (Tourism Malaysia, 2021) Pandemik ini telah mencorakkan semula dunia dengan memaksa manusia untuk hidup dalam norma yang baharu. Sektor pelancongan tidak terkecuali daripada menerima kesan langsung akibat pandemik ini. Dapat dilihat secara umum bahawa sektor pelancongan hampir lumpuh sepenuhnya kerana rakyat terpaksa berkurung di kediaman masing-masing. Pergerakan rakyat yang terbatas ini menyukarkan aktiviti pelancongan secara fizikal berlangsung. Saat ini, kebergantungan terhadap peralatan teknologi dan internet adalah amat tinggi. Rentetan daripada itu, terdapat agensi yang beralih kepada lawatan maya (virtual tour) sebagai salah satu alternatif untuk menjana semula ekonomi bagi sektor pelancongan. Bermula pada penghujung tahun 2020, antara lokasi terawal yang melaksanakan lawatan maya ialah sekitar negeri Melaka termasuk Kampung Morten dan Praya Lane (The Star, 2020). Kemudian, dapat dilihat terdapat beberapa agensi lain yang beralih kepada lawatan maya seperti Aquaria dan Taman Rama-rama dan Reptilia Melaka yang bermula pada pertengahan Jun 2021, manakala Zoo Taiping & Night Safari mengikuti jejak langkah tersebut awal Julai tahun ini. Pelbagai media dapat digunakan untuk memudah cara pengalaman secara maya ini seperti penggunaan laman media sosial seperti Facebook Live, Youtube Live, dan Google Meet. Terdahulu, pelancongan maya (virtual tourism) digunakan sebagai satu alat pemasaran. Namun, ia menjadi semakin popular sejak kebelakangan ini terutamanya dalam kalangan pihak berkepentingan dalam industri pelancongan (Tourism Teacher, 2020). Osman, Wahab, & Ismail (2009) mendefinisikan lawatan maya sebagai satu simulasi bagi lokasi sedia ada yang terdiri daripada turutan gambar video. Lawatan maya juga ditakrifkan sebagai satu teknologi tinggi yang membawa penonton ke dalam gambar, membolehkan mereka meningkatkan kesedaran situasi secara dramatik dan memberikan tahap fungsi tertinggi untuk melihat, merakam dan menganalisis data maya. Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0) telah mengembangkan penggunaan istilah "Pintar" atau “Smart” dengan lebih meluas. Penggunaan teknologi secara berterusan terutamanya dalam perkara berkaitan pelancongan pintar telah menghasilkan tingkah laku pelancong jenis baharu yang dipengaruhi oleh teknologi ini (Nengovhela, Ochara, & Madzunye, 2020). Lanjutan daripada istilah ini, maka wujudlah istilah lawatan maya atau lebih dikenali dengan istilah virtual tour. Lawatan maya atau virtual tour bukanlah merupakan suatu yang baharu diperkenalkan. Namun, alternatif ini makin giat digunakan pada saat pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia. Jika dilihat dalam Google Trends, didapati carian berkaitan virtual tour di Malaysia semakin meningkat dalam tempoh 12 bulan yang lepas. Rajah 1. Carian virtual tour di Internet. (Sumber: Google Trend)


111 | P a g e Berdasarkan permasalahan ini, penyelidik bertanggungjawab untuk meninjau sejauh mana tahap kesedaran umum masyarakat terhadap pelaksanaan lawatan maya sebagai satu pendekatan baharu. Objektif kajian ini adalah untuk: i) mengetahui tahap kesedaran masyarakat terhadap pelaksanaan lawatan maya. ii) mengenal pasti tahap penerimaan masyarakat terhadap lawatan maya. Kajian Literatur Pelaksanaan lawatan maya dalam usaha membantu sektor pelancongan kembali pulih memerlukan pengetahuan dan kesedaran daripada pihak masyarakat. Ini kerana masyarakat merupakan kumpulan sasaran. Idea ini adalah selari dengan pandangan Weli & Habeeb (2020), yang menyatakan pelancongan pintar memerlukan pengetahuan dan kesedaran dalam kalangan pelancong untuk mendapatkan maklumat berkaitan aktiviti pelancongan tersebut. Justeru, adalah penting untuk masyarakat mendapatkan maklumat awal berkaitan aktiviti lawatan maya seperti masa, cara penyertaan dan harga masuk. Jika maklumat sukar diakses, lawatan maya yang dianjurkan tidak akan mendapat sambutan seperti yang diharapkan. Maka, adalah menjadi salah satu objektif kajian ini untuk melihat tahap kesedaran masyarakat terhadap pelaksanaan lawatan maya ini. Antara kelebihan lawatan maya adalah pengunjung tidak perlu hadir secara fizikal untuk melancong. Teknologi digunakan sepenuhnya dalam lawatan maya ini dan akses internet yang bagus memainkan peranan utama. Namun, beberapa perkara perlu diambil perhatian terutamanya daripada aspek kualiti teknologi itu sendiri. Rodrigues & Cheiran (2020) dalam kajian mereka membandingkan kualiti interaksi dalam laman web lawatan maya yang dibangunkan dalam WebXR melalui peranti yang berbeza. Menurut mereka, penggunaan gambar 360-panorama dan coretan video di media sosial menjadikan pengalaman lawatan maya menjadi popular dan membolehkan pengunjung melihat kawasan terpencil tanpa terdedah kepada transit atau tempat yang sesak. Osman, Wahab, & Ismail (2009) melaksanakan dua ujian untuk melihat pengembangan dan penilaian prototaip pelancongan maya untuk tujuan pelancongan. Dalam ujian pertama, mereka menguji kebolehgunaan untuk mendapatkan maklum balas pengguna mengenai lawatan maya serta untuk meningkatkan prototaip. Manakala dalam ujian kebolehgunaan kedua, ia adalah untuk menilai kebolehgunaan produk dari segi keberkesanan dan keselesaan pengguna. Hasil kajian menunjukkan lawatan maya disambut dengan baik, dan semua peserta berasakan bahawa ia dapat menarik pelancong untuk mengunjungi lokasi fizikal. Di negara Indonesia, satu kajian penyelidikan berkaitan lawatan maya dijalankan oleh Wibowo et al., (2020) untuk menerangkan bagaimana lawatan muzium maya digunakan dalam pembelajaran subjek sejarah semasa pandemik Covid-19. Hasil kajian mendapati dengan adanya fasiliti lawatan maya muzium, ia memberikan peluang kepada sesiapa yang belum pernah ke muzium sebelum ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti kekangan masa dan kewangan. Lawatan maya ini menjadikan pembelajaran di rumah lebih mudah. Kajian ini juga selari dengan objektif penyelidik untuk melihat tahap penerimaan masyarakat terhadap pendekatan ini. Berdasarkan kajian-kajian yang lepas, penyelidik mendapati masih kurang kajian yang dilakukan dalam bidang lawatan maya ini di Malaysia.Justeru, kajian ini amat signifikan kerana ia bukan sahaja boleh dijadikan sumber rujukan oleh penyelidik lain, tetapi ia juga boleh membantu agensi terlibat untuk menambah baik servis dan perkhidmatan yang ditawarkan. Kajian ini juga penting kepada penyelidik selaku tenaga pengajar dalam bidang pelancongan di institusi pendidikan yang terlibat.


112 | P a g e Metodologi Kajian Kajian ini merupakan kajian kuantitatif di mana borang soal selidik telah direka bentuk sebagai instrumen pengumpulan data. Data diperolehi sepenuhnya daripada sampel kajian ini dan analisis data dibuat menggunakan Microsoft Excel. Borang soal selidik dibangunkan menggunakan form apps dan dibahagikan kepada tiga bahagian; Bahagian A untuk data demografi, Bahagian B untuk melihat tahap kesedaran masyarakat terhadap lawatan maya dan Bahagian C untuk melihat tahap penerimaan masyarakat terhadap pendekatan ini. Borang soal selidik ini disebar secara meluas kepada penduduk di sekitar mukim Batang Kali sahaja di daerah Hulu Selangor melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram. Sasaran penyelidik adalah untuk mendapatkan maklum balas daripada lebih 300 sampel responden berdasarkan populasi sebenar penduduk. Namun, disebabkan kekangan masa dan platform pengedaran borang soal selidik, hanya 110 orang responden yang diperolehi. Responden diberikan masa selama tiga hari untuk mengisi soal selidik tersebut. Dapatan dan Perbincangan Berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan, seramai 110 responden telah menjawab soal selidik ini. Dapatan untuk Bahagian A iaitu maklumat demografi responden dirumuskan seperti Jadual 2 di bawah. Jadual 2. Maklumat demografi responden. Kekerapan Peratus (%) Jantina Perempuan 85 77 Lelaki 25 23 Jumlah 110 100.0 Umur 36 - 40 tahun 38 35 < 20 tahun 29 26 31 -35 tahun 19 17 41 - 45 tahun 15 14 21 - 25 tahun 5 5 >46 tahun 3 3 26 - 30 tahun 1 1 Jumlah 110 100.0 Jumlah 110 100.0 Hasil dapatan kajian bagi Bahagian B iaitu untuk melihat tahap kesedaran umum terhadap pelaksanaan maya ini dipamerkan pada Rajah 2 di bawah. Sebanyak lima soalan telah dirangka bagi mengukur tahap kesedaran umum tentang lawatan maya kepada 110 orang responden.


113 | P a g e Rajah 2. Maklum balas tahap kesedaran umum tentang lawatan maya. Soalan 1: Adakah anda tahu tentang lawatan maya? Berdasarkan soal selidik, seramai 89 orang responden bersamaan dengan 81% mengetahui tentang lawatan maya. Manakala, 21 orang bersamaan 19% responden lagi tidak mengetahui tentang lawatan maya. Analisis positif ini menunjukkan majoriti responden mengetahui tentang lawatan maya. Ini mungkin kerana terma lawatan maya masih baharu dan definisi sebenar masih samar. Responden yang memberikan maklum balas tidak tahu mungkin belum betul-betul memahami konsep lawatan maya dan tidak mengambil berat tentang perkara tersebut kerana tiada hebahan meluas mengenainya. Soalan 2: Adakah anda tahu terdapat organisasi yang menganjurkan lawatan maya? Bagi soalan kedua, penyelidik mendapati seramai 75 orang, iaitu 68% responden mengetahui organisasi yang menganjurkan lawatan maya. Selebihnya, 35 orang atau 32% responden tidak mengetahui organisasi yang menganjurkan lawatan maya. Ini mungkin kerana promosi atau penyebaran maklumat kurang dilaksanakan oleh agensi terlibat. Dapatan kajian ini juga disokong oleh Nengovhela, Ochara, & Madzunye (2020) yang menyatakan bahawa kualiti maklumat, akses dan kerelevanan maklumat menjadi penyumbang kepada perubahan sikap pelancong dalam pemilihan penggunaan teknologi untuk bidang pelancongan. Justeru, adalah penting utk maklumat berkaitan lawatan maya ini disebar secara meluas supaya maklumat tersebut boleh diakses oleh kumpulan sasaran. Soalan 3: Adakah anda tahu platform yang digunakan untuk lawatan maya? Hasil dapatan, sejumlah 65% bersamaan dengan 71 orang responden mengetahui platform yang digunakan untuk lawatan maya. Sejumlah 35% bersamaan 39 orang responden tidak mengetahui platform yang digunakan untuk lawatan maya. Ini menunjukkan bahawa organisasi telah memanfaatkan teknologi komunikasi untuk melaksanakan lawatan secara maya. Terdapat banyak platform yang boleh digunakan bagi memuatkan jumlah penonton maya yang ramai. Antaranya, Facebook Live, YouTube Live, Zoom, Google Meet dan sebagainya. Soalan 4: Adakah anda pernah menyertai lawatan maya? Bagi soalan keempat, penyelidik mendapati seramai 49 orang atau 44% responden pernah menyertai lawatan maya. Manakala, 62 orang atau 56% responden lagi tidak pernah menyertai aktiviti ini. Daripada dapatan ini, kemungkinan terdapat kekangan lain yang menyebabkan hanya sedikit penglibatan responden dalam lawatan maya walaupun mengetahuinya. Antara kemungkinan itu ialah kekangan masa, tajuk atau kandungan lawatan maya yang tidak menarik, gangguan internet atau frekuensi internet yang rendah, penggunaan peranti yang terhad atau yuran yang dikenakan tidak berpatutan. 0 20 40 60 80 100 S1 S2 S3 S4 S5 Bilangan Respondem Nombor Soalan TAHAP KESEDARAN UMUM TENTANG LAWATAN MAYA YA TIDAK


114 | P a g e Soalan 5: Adakah kempen tentang penyebaran maklumat tentang lawatan maya dibuat secara meluas? Berdasarkan soalan kelima yang merupakan soalan terakhir dalam soal selidik ini, sebanyak 42% atau 46 orang responden bersetuju bahawa kempen tentang penyebaran maklumat lawatan maya dibuat secara meluas. Sebanyak 58% atau 64 orang responden lagi tidak bersetuju. Ini menunjukkan bahawa organisasi perlu membuat hebahan berskala besar yang tidak terhad kepada laman sosial atau laman sesawang rasmi organisasi semata-mata. Pengiklanan dan promosi perlu dijalankan sama seperti hebahan aktiviti lawatan fizikal bagi menarik lebih ramai pengunjung dalam aktiviti lawatan maya. Organisasi perlu kreatif dalam membangunkan kandungan dan pengisian aktiviti lawatan maya untuk meningkatkan jumlah tontonan. Secara umum, hasil dapatan untuk soal selidik pada Bahagian B telah mencapai objektif kajian yang pertama iaitu untuk mengetahui tahap kesedaran masyarakat terhadap pelaksanaan lawatan maya. Seterusnya, hasil dapatan kajian bagi Bahagian C iaitu untuk melihat tahap penerimaan umum terhadap pelaksanaan maya ini dirumuskan di Jadual 3. Bahagian C memerlukan responden untuk menjawab soal selidik berdasarkan Skala Likert 1 hingga 5. Jadual 3: Tahap penerimaan masyarakat terhadap lawatan maya. Item soalan STS TS TP S SS N % N % N % N % N % C1. Lawatan maya sesuai dilaksanakan pada zaman pandemik Covid-19 ini 1 1 8 7 9 8 26 24 66 60 C2. Lawatan maya boleh menarik minat masyarakat untuk turut serta. 9 8 13 12 44 40 44 40 C3. Harga tiket lawatan maya adalah berpatutan. 1 1 8 7 30 27 33 30 38 35 C4. Medium pelaksanaan lawatan maya seperti Facebook Live adalah sesuai. 1 1 5 5 21 19 37 34 46 42 C5. Saya sentiasa peka akan tarikhtarikh pelaksanaan lawatan maya yang dikongsikan di media sosial / laman sesawang rasmi organisasi. 3 3 10 9 13 12 38 35 46 42 C6. Saya suka berkongsi maklumat tentang pelaksanaan lawatan maya dengan orang sekeliling. 3 3 9 8 17 15 35 32 46 42 C7. Lawatan maya lebih memudahkan masyarakat kerana boleh menyaksikan secara terus dari rumah. 5 5 14 13 45 41 46 42 C8. Lawatan maya menjimatkan kos dan masa. 5 5 10 9 43 39 52 47 C9. Lawatan maya perlu dianjurkan dengan lebih banyak oleh pelbagai agensi. 3 3 16 15 40 36 51 46 C10. Lawatan maya memberikan emosi yang sama seperti lawatan fizikal. 10 9 13 12 18 16 26 24 43 39 Merujuk kepada dapatan yang ditunjukkan di dalam Jadual 3 di atas berkenaan tahap penerimaan masyarakat terhadap lawatan maya, dapat dirumuskan bahawa seramai 66 orang responden atau 60% sangat setuju lawatan maya sesuai dilaksanakan pada zaman pandemik Covid-19 ini. Manakala hanya 1 orang responden atau 1% menyatakan sangat tidak setuju lawatan maya sesuai dilaksanakan pada zaman pandemik Covid-19. Ini menunjukkan pelaksanaan lawatan maya boleh diterima oleh orang


115 | P a g e ramai. Lawatan maya telah dilaksanakan di kebanyakan negara luar dan sangat sesuai diaplikasikan oleh pemain industri pelancongan di Malaysia sepanjang pandemik ini. Menurut presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), Datuk Mohd Khalid Harun, beliau menyatakan perubahan perlu dilakukan untuk memasarkan produk pelancongan. Penggiat dan pengusaha pelancongan mestilah menggunakan teknologi digital iaitu menggunakan video 3D untuk membuat virtual tour (Astro Awani, Jun 2021). Ini merupakan salah satu langkah dan strategi sektor pelancongan, selaras dengan Pelan Pemulihan Negara. Seterusnya, melihat kepada dapatan bagi soalan C3 dalam Jadual 3 ini, didapati 38 orang bersamaan dengan 35% responden sangat setuju dan 30% orang responden (33 orang) setuju bahawa harga tiket lawatan maya adalah berpatutan. Manakala, hanya seorang responden atau 1% tidak setuju dengan pernyataan tersebut. Kebanyakan lawatan maya yang dianjurkan oleh organisasi menggunakan platform sedia ada dan percuma seperti Facebook Live. Sebagai pengenalan, kebanyakan lawatan maya tidak mengenakan sebarang bayaran atau hanya mengenakan bayaran minima sekitar RM5 hingga RM7 sahaja. Ini juga boleh dijadikan strategi pemasaran bagi menarik lebih ramai pengunjung maya. Pernyataan ini juga berkait rapat dengan dapatan yang ditunjukkan melalui soalan C8 di mana 52 orang atau 47% responden sangat setuju dan 39% setuju bahawa lawatan maya menjimatkan masa dan kos. Manakala, 9% responden tidak pasti dan 3% responden tidak setuju. Lawatan fizikal memerlukan pergerakan untuk ke destinasi dan memakan masa untuk perjalanan. Selain itu, kos juga perlu diambil kira seperti minyak kereta, tol (sekiranya ada), harga tiket mengikut kepala, perbelanjaan untuk makanan dan juga cenderahati. Secara umum, berdasarkan hasil dapatan untuk soal selidik pada Bahagian C, didapati majoriti responden memberikan maklum balas yang positif terhadap pelaksanaan lawatan maya ini. Majoriti responden bersetuju bahawa kaedah lawatan maya ini sesuai dilaksanakan pada zaman pandemik Covid-19. Ini menunjukkan bahawa masyarakat boleh menerima perubahan yang berlaku disebabkan pandemik yang melanda negara. Keseluruhan dapatan pada Bahagian C ini telah mencapai objektif kajian yang kedua iaitu untuk mengenal pasti tahap penerimaan masyarakat terhadap lawatan maya. Kesimpulan Berdasarkan dapatan kajian, penyelidik mendapati bahawa responden menyedari akan kewujudan kaedah lawatan maya sebagai salah satu alternatif untuk membantu merancakkan semula aktiviti pelancongan sesuai dengan situasi semasa negara. Seterusnya, dapatan kajian juga menunjukkan majoriti masyarakat menerima baik lawatan maya sebagai satu pendekatan baharu. Dapatan ini seiring dengan Rodrigues & Cheiran (2020) yang menyatakan bahawa lawatan maya ini merupakan satu alternatif yang bagus untuk menggantikan pengalaman lawatan sebenar. Namun, hasil kajian ini tidak boleh dianggap sebagai kesedaran dan penerimaan umum masyarakat di Malaysia kerana skop kajian terhad kepada penduduk di sekitar daerah Hulu Selangor, Selangor sahaja. Dapatan daripada kajian ini boleh digunakan sebagai satu rujukan untuk melaksanakan kajian yang berskala lebih besar pada masa akan datang. Hasil kajian ini juga dapat digunakan oleh agensiagensi yang berkaitan untuk menambah baik penganjuran dan pelaksanaan lawatan maya dari semasa ke semasa. Rujukan Astro Awani, (2021). Pelan Pemulihan: Sektor Pelancongan Diseru Ceburi Virtual 3D Tour, diambil daripada https://www.astroawani.com Astro Awani, (2020). Sektor Pelancongan Negara Kerugian RM45bilion Akibat COVID-19, diambil daripada https://www.astroawani.com


116 | P a g e Berita Harian, (2021). Sektor Pelancongan Hotel Terus Suram, diambil daripada https://www.bharian.com.my COVID-19 Malaysia, (2021). Kementerian Kesihatan Malaysia diambil daripada https://covid19.moh.gov.my Dorashi, A. R. (2020). Pengangguran dalam kalangan Tenaga Kerja Semasa Wabak COVID-19. Journal of Malaysian, 1-9. Jabatan Perangkaan Malaysia, (2021). Berita Dan Isu Semasa Impak Covid-19 kepada Ekonomi Bil. 4 /2021. Rujukan: 29 Januari – 1 Februari 2021. Nengovhela, M., Ochara, N. M., & Madzunye, T. (2020). Confirmation and Validation of Smart Tourism Technology Attributes: African Journal of Hospitality, Tourism and Leisure, 38-56. Osman, A., Wahab, N. A., & Ismail, M. H. (2009). Development and Evaluation of an Interactive 360° Virtual Tour for Tourist. Journal of Information Technology Impact, 173-182. Rodrigues, A., & Cheiran, J. F. (2020). Virtual look around: interaction quality evaluation. 22nd Symposium on Virtual and Augmented Reality. Sinar Harian, (2020). Tiga Sektor Dunia dibadai COVID-19, diambil daripada https://www.sinarharian.com.my The Star, (2020). Go On Virtual Tours of Malaysia from Your Own Home,diambil daripada https://www.thestar.com.my Tourism Malaysia, (2021). Statistik 2021, diambil https://www.tourism.gov.my Tourism Teacher, (2020).Virtual tourism explained: What, why and where, diambil daripada https://tourismteacher.com Weli, T. S., & Habeeb , N. J. (2020). Relationship of Smart Cities and Smart Tourism: An Overview. HighTech and Innovation, 194-202. Wibowo, T. U., Maryuni, Y., Nurhasanah, A., & Willdianti, D. (2020). Pemanfaatan Virtual Tour Museum (Vtm) Dalam Pembelajaran. Prosiding Seminar Nasional Pendidikan FKIP, 402- 408.


117 | P a g e Kesediaan Pelajar Program Sijil Fesyen dan Pakaian Terhadap Penggunaan Video Pengajaran dan Pembelajaran Semasa Pandemik Covid-19 Mohd Safirul bin Md. Zin Kolej Komuniti Gerik, Perak, Malaysia [email protected] Kata Kunci: Tahap Kesediaan Pelajar; Video; Pengajaran dan Pembelajaran Abstrak. Pandemik Covid-19 yang melanda negara pada Mac 2020 telah memberikan impak yang besar kepada sistem pendidikan negara terutamanya pada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di mana kebanyakan proses pengajaran dan pembelajaran subjek teknikal tidak dapat dilaksanakan secara bersemuka. Ekoran itu, pelbagai alternatif pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah dilaksanakan bagi membolehkan para pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran meraka. Antara alternatif pengajaran dan pembelajaran yang utama adalah dengan penggunaan video. Oleh itu, tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kesediaan pelajar Program Fesyen dan Pakaian terhadap penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran di Kolej Komuniti Gerik, Perak. Sampel kajian adalah seramai 32 orang pelajar Sijil Fesyen dan Pakaian semester satu. Kaedah kajian adalah secara kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik. Analisis data dibuat secara kekerapan dan peratusan dengan menggunakan data SPSS. Dapatan kajian memperlihatkan tahap kesediaan pelajar terhadap penggunaan video pengajaran dan pembelajaran semasa pandemik Covid19. Hasil dapatan kajian penulis mendapati bahawa tahap kesediaan pelajar terhadap penggunaan video bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran pasca Covid-19 adalah pada tahap yang baik. Pengenalan Program Fesyen dan Pakaian adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang pembuatan pakaian. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh, ia dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan rekaan pakaian yang kreatif dan inovatif, berkebolehan menghasilkan pakaian wanita dan lelaki mengikut teknik yang betul, menggunakan pelbagai teknik hiasan pakaian yang terdapat dalam sulaman dan mengetahui perkembangan evolusi fesyen dalam seni warisan. Pembelajaran ini meliputi teori 30% dan praktikal 70%. Pada Mac 2020, negara kita telah dikejutkan dengan penularan wabak Covid-19 di mana merekodkan sebanyak 4,346 kes positif, 1,830 discaj dan kematian mencecah 70 orang (Noor Hisham, 2020). Dengan penularan ini, kerajaan telah mengeluarkan garis panduan SOP pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bagi melindungi dan mengawal wabak ini daripada terus merebak. Kajian yang dijalankan oleh Holmes et al., (2020) dan Gunnell et al., (2020) mendapati bahawa pandemik Covid19 telah memberikan kesan kepada kesihatan mental dan fizikal sekaligus memberi impak tekanan dan trauma, kemurungan serta kebimbangan (Mamun & Griffiths, 2020). Hal ini telah memberikan impak yang besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran ialah sesuatu tugasan atau aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Proses pengajaran tidak akan berlaku tanpa salah satu daripadanya. Menurut Ishak Baba (2009), pembelajaran merupakan proses di mana individu dapat mengubah sikap dan tingkah laku mereka untuk berkembang secara berterusan dan kekal serta mampu menggunakan ilmu dan kemahiran yang diperoleh untuk kemajuan diri sendiri khasnya dan masyarakat atau negara amnya. Ia merupakan aktiviti mental, fizikal, atau rohani pada diri pelajar itu sendiri. Dalam menentukan proses


118 | P a g e pembelajaran, faktor penting yang perlu dititikberatkan ialah keinginan individu untuk terus belajar di samping berminat untuk menerapkan dan mempraktikkannya dalam situasi yang sesuai. Sifat-sifat keterbukaan, reflektif, dan objektiviti sangat perlu untuk menghasilkan pembelajaran yang berterusan. Pembelajaran boleh didefinisikan sebagai proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Di samping itu, para pensyarah telah mencari dan mencuba pelbagai alternatif bagi memastikan proses PdP ini dapat dijalankan walaupun tanpa bersemuka dengan pelajar. Oleh itu, penggunaan media dalam proses pendidikan akan meningkatkan proses pemahaman pelajar dengan lebih mendalam dan menjadikan aktiviti pembelajaran yang lebih pelbagai (Norah, Nurul Izzati & Radhiah, 2012). Sehubungan itu, video telah digunakan dengan pelbagai cara bagi menyokong pembelajaran pelajar. Video ditakrifkan sebagai media yang mempersembahkan audio dan grafik secara serentak (Shephard, 2003). Video pada asasnya adalah menyamai siaran televisyen tetapi konsepnya telah dikembangkan sejak enam dekad yang lepas (Smaldino, Lowther & Russel, 2008). Manakala, menurut Norah et al., (2012), pada masa lalu, media video memerlukan kos pengeluaran yang tinggi. Tetapi, pendidik pada hari ini mampu menghasilkan sendiri video berdasarkan ideologi dan kreativiti mereka. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang cepat dan meluas memberi kesan dan telah mengubah cara manusia belajar (Naismith et. al, 2004). Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi mengenal pasti tahap kesediaan pelajar Program Fesyen dan Pakaian terhadap penggunaan video pengajaran dan pembelajaran semasa pandemik Covid-19. Pernyataan Masalah Pada Mac 2020, Malaysia telah dikejutkan dengan pandemik Covid-19 yang telah merebak ke seluruh pelusuk dunia. Pandemik ini memberikan kesan yang besar sehinggakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengambil keputusan untuk menghantar semua siswa pulang ke rumah masingmasing untuk mengelakkan wabak ini terus tersebar. Walau bagaimanapun, proses pengajaran dan pembelajaran tetap diteruskan seperti yang dirancang. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengambil satu alternatif di mana sesi kuliah di kampus yang dijalankan secara bersemuka digantikan dengan kuliah secara dalam talian supaya apa yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Ekoran itu, para pensyarah dan pelajar perlu meneruskan kuliah dalam norma baharu iaitu secara dalam talian dengan menggunakan pelbagai media dan aplikasi untuk menyampaikan maklumat. Menerusi kenyataan media bertarikh 27 Mei 2020, KPT mencadangkan semua aktiviti PdP dilaksanakan secara dalam talian sehingga 31 Disember 2020. Cadangan berkenaan pengendalian aktiviti akademik di IPT semasa dan pasca PKP tersebut telah diluluskan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri pada 16 Mei 2020 mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dipersetujui Majlis Keselamatan Negara (MKN). Semua aktiviti PdP secara bersemuka adalah tidak dibenarkan dan pembelajaran secara dalam talian terus berlangsung bagi menggantikan pertemuan bersemuka. Ini tidak termasuk pelajar yang berkeperluan untuk pulang ke kampus secara berperingkat dengan mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. Video pembelajaran merupakan salah satu media yang boleh membantu pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun, sejauh manakah kesediaan pelajar-pelajar ini dalam penerimaan penggunaan video bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran kerana program ini adalah sebuah program yang berorientasikan kemahiran dan praktikal. Subjek ini pada kebiasaannya memerlukan bimbingan secara bersemuka antara pelajar dan pensyarah. Ini menimbulkan banyak persoalan kerana pertanyaan demi pertanyaan yang diajukan kepada pensyarah sejurus selepas tamat kuliah dalam talian berbanding kelas secara bersemuka. Malah, penyertaan pelajar menerusi kelas secara dalam talian juga menjadi isu proses pengajaran dan pembelajaran, sama ada pelajar-pelajar ini bersedia atau tidak untuk pembelajaran subjek ilustrasi fesyen melalui penggunaan video. Susulan daripada itu, penyelidik ingin mengenal pasti apakah tahap kesediaan pelajar Program Fesyen dan Pakaian terhadap penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi memastikan setiap


119 | P a g e pelajar dapat menguasai pelajaran dengan baik dan tiada masalah yang akan berlaku pada waktu yang mendatang yang akan menyebabkan pelajar ketinggalan atau pun keciciran maklumat yang penting sewaktu proses pembelajaran berlangsung. Metodologi Kajian Instrumen kajian merupakan alat penting untuk memperoleh maklumat bagi mencapai objektif kajian. Ia juga dapat menentukan jenis data yang diperoleh dan ini mempengaruhi jenis analisis penyelidik (Mohd Najib, 1999). Instrumen kajian yang telah digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik yang telah diedarkan kepada responden bagi mendapatkan maklum balas. Menurut Mohd Najib (1999), kaedah tinjauan menggunakan soal selidik adalah salah satu kaedah yang paling popular digunakan dalam kalangan penyelidik kerana mudah ditadbir setelah dibina dengan baik dan data juga senang diproses untuk dianalisis. Menurut Mohd Majid (1993), soal selidik adalah lebih praktikal dan berkesan digunakan bagi populasi yang besar. Keupayaan soal selidik menggunakan sampel yang banyak akan meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas responden terhadap rangsangan soalan yang diberi. Gerak balas atau jawapan yang diberi oleh responden tidak dipengaruhi oleh personaliti, tingkah laku penyelidik dan cara penyelidikan. Responden juga berasa dirinya selamat untuk memberi jawapan yang tepat dan benar terhadap rangsangan. Item-item kajian dibina dan diubah suai supaya bersesuaian dengan kajian yang dijalankan. Ini dibuat berdasarkan kepada persoalan kajian. Instrumen soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A (Demografi) dan Bahagian B. Menurut Mok (2003), kesediaan merujuk kepada keadaan dalaman individu yang bersedia dalam sesuatu keadaan. Skop Kajian Populasi kajian terdiri daripada 32 orang pelajar semester satu yang sedang mengikuti Program Sijil Fesyen dan Pakaian Kolej Komuniti Gerik, Perak. Menurut Mohd Najib (1999), populasi ialah sekumpulan masyarakat yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Oleh itu pelajar-pelajar ini dipilih kerana mereka dapat memenuhi kriteria yang dikehendaki oleh penyelidik iaitu mereka sedang mengikuti Program Fesyen dan Pakaian. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan keseluruhan populasi pelajar semester satu sebagai responden. Analisis Data dan Dapatan Kajian Analisis Data Bahagian A (Latar Belakang Responden) Jadual 1. Taburan Demografi Responden Berdasarkan jadual di atas, responden yang tertinggi adalah terdiri daripada responden yang berumur 18-19 tahun iaitu sebanyak 96.9% dan diikuti dengan responden yang berumur 20-21 tahun iaitu Frekuensi Peratus (%) Umur 18 – 19 Tahun 31 96.9 20 – 21 Tahun 1 3.1 22 tahun > 0 0 Jumlah 32 orang 100 Jantina Lelaki 3 9.4 Perempuan 29 90.6 Jumlah 32 orang 100


120 | P a g e sebanyak 3.1% daripada keseluruhan 32 orang responden. Sebanyak 90.6% terdiri daripada responden perempuan, manakala hanya 9.4% atau 3 orang merupakan responden lelaki. Jadual 2. Analisis Tahap Kesediaan Pelajar Program Fesyen Dan Pakaian Terhadap Penggunaan Video dalam Pengajaran dan Pembelajaran Merujuk kepada data yang diperoleh dari Jadual 2, dapat dirumuskan bahawa 63.1% responden bersedia terhadap penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran. Manakala, sebanyak 30.6% responden masih tidak pasti dengan kesediaan mereka. Hanya 6.3% responden yang tidak bersedia terhadap penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini disokong oleh hasil kajian Faridah dan Zain (2011), mengenai kesediaan penggunaan e-learning dalam kalangan pelajar politeknik Kementerian Pengajian Tinggi di mana responden memberikan nilai positif terhadap kesediaan penggunaan e-learning ini. Analisis Persoalan Kajian keseluruhan Jadual 2 menunjukkan hasil dapatan kajian penyelidik bagi mengenal pasti tahap kesediaan pelajar Program Fesyen dan Pakaian terhadap penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagi kriteria kesediaan pelajar, sebanyak 63.1% responden mempunyai tahap kesediaan yang baik bagi pembelajaran menggunakan video. Manakala, sebanyak 30.6% responden pula mempunyai tahap kesediaan yang sederhana di mana masalah akses capaian internet adalah peratusan yang tertinggi bagi kategori ini. Tambahan lagi, hanya 6.3% responden yang masih tidak bersedia untuk menjalankan pembelajaran melalui video. Dapat disimpulkan bahawa ni menunjukkan bahawa tahap kesediaan pelajar terhadap penggunaan video dalam pembelajaran adalah lebih tinggi. Menurut Kay (2012), mendapati bahawa penggunaan video ini dapat memberi kawalan ke atas pembelajaran, tabiat belajar yang baik serta meningkatkan prestasi pembelajaran. Ini bertepatan dengan kajian oleh Zhang, Lina, Briggs dan Jay (2006), yang mendapati kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan video lebih baik dan menggalakkan. Namun, ia tetap bergantung kepada banyak faktor iaitu pelajar, pengajar, teknologi dan nilai kandungan bahan tersebut. Tahap Kesediaan Pelajar Program Fesyen dan Pakaian Terhadap Penggunaan Video dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kekerapan (n) dan Peratusan(%) Jumlah Sangat Setuju Tidak Pasti Sangat Tidak Setuju 1 Saya mempunyai akses internet yang baik untuk pembelajaran melalui video. 18 (56.3%) 11 (34.4%) 3 (9.4%) 32 100% 2 Saya mempunyai peralatan dan gajet yang sesuai untuk pembelajaran melalui video. 21 (65.6%) 9 (28.1%) 2 (6.3%) 32 100% 3 Saya bersedia untuk mengikuti pembelajaran dengan menggunakan video pada bila-bila masa. 21 (65.6%) 1 (34.4%) 0 (0%) 32 100% 4 Saya boleh menyiapkan tugasan dengan baik melalui rujukan pada video pembelajaran. 20 (62.5%) 10 (31.3%) 2 (6.3%) 32 100% 5 Saya bersedia untuk menghadapi cabaran dalam mengikuti pembelajaran menggunakan video. 21 (65.6%) 8 (25%) 3 (9.4%) 32 100%


121 | P a g e Walau bagaimanapun, peratusan dapatan kajian menunjukkan persoalan kajian ini berada pada tahap sederhana iaitu dalam lingkungan 50% hingga 60% sahaja. Hasil ini sejajar dengan kajian yang telah dijalankan oleh Ahmad et al., (2010) di mana penggunaan pembelajaran secara elektronik dalam kalangan pensyarah dalam pengajaran masih rendah dan pelajar juga menunjukkan tahap yang sederhana. Walaupun pengetahuan pelajar adalah tinggi, sikap dan motivasi pelajar terhadap elearning adalah sederhana. Jelaslah di sini bahawa untuk meningkatkan kesediaan pelajar terhadap penggunaan e-learning, mereka perlu berusaha mengubah sikap dan meningkatkan motivasi agar tidak ketinggalan dalam era pembelajaran masa kini yang mengangkat e-learning sebagai salah satu kaedah atau medium pembelajaran yang penting dalam menghasilkan pelajar yang cemerlang. Kesimpulan Melalui data-data yang telah dianalisa, boleh disimpulkan bahawa tahap kesediaan pelajar terhadap penggunaan pembelajaran melalui video bagi pelajar Program Sijil Fesyen dan Pakaian, Kolej Komuniti Gerik, Perak berada pada tahap sederhana iaitu dalam lingkungan 50% hingga 60% sahaja. Ini kerana masih terdapat segelintir pelajar yang masih tidak bersedia dan tidak menerima penggunaan pembelajaran melalui video. Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan manfaat kepada pelajar dan juga tenaga pengajar bagi mewujudkan satu sistem pengajaran dan pembelajaran yang efektif dari segi kandungan dan penyampaian. Di sebalik manfaat dan kebaikan yang diperoleh, terdapat beberapa halangan dan cabaran yang perlu dilihat dan dikenal pasti untuk dikaji bagi memastikan aplikasi pembelajaran menggunakan video dapat dijalankan secara efektif dan memberikan kesan yang maksima kepada pelajar serta pensyarah. Ini juga bergantung kepada capaian akses internet yang baik, peralatan gajet bagi pembelajaran online dan juga persediaan pelajar itu sendiri. Sekiranya semua perkara di atas dapat dipenuhi oleh pensyarah dan pelajar, pembelajaran melalui video ini akan menjadi satu kaedah pembelajaran yang baik dari sudut pengajaran atau pun pembelajaran. Rujukan Naismith, L., Lonsdale, P., Vavoula, G., & Sharples, M. (2004). Literature Review in Mobile Technologies and Learning. Dicapai pada Ogos 11, 2012 Kukulska-Hulme, A. & Traxler, J. (2005). Mobile learning: A handbook for educators and trainers. Psychology Press. Ajzen, I. (1991). The theory of planned bahaviour. Organization Behaviour and Human Decision Processes, 50, 179– 211 Zaidatun, T., Jamalludin, H., & Rasman, A. (2008). Penilaian perisian multimedia bertajuk pythagoras theorem form two dari aspek reka bentuk dan pencapaian pelajar. Paper presented at the Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik 2008, Universiti Teknologi Malaysia. Berk, R.A. (2009). Multimedia teaching with video clips: TV, movies, YouTube, and mtvU in the college classroom. International Journal of Technology in Teaching and Learning. 5(1), pp. 1-21 Faridah Binti Jamil@Amat ,Zain Binti Retas. (2011). Kesediaan Penggunaan E-learning Di Kalangan PelajarPoliteknik Kementerian Pengajian Tinggi. 1-6 Zainul, A., Abdul Malek, A., & Basharudin, N. A. (2017, 21-23 March 2017). Keberkesanan Penggunaan Video Pembelajaran Interaktif untuk Kursus Embedded System Application. Paper presented at the National Innovation and Invention Competition Throughthrough Exhibition (iCompEx’17), Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra, Kedah.


122 | P a g e Kay, R. H. (2012) Exploring the use of video podcasts in education: A comprehensive review of the literature. Computers in Human Behavior. 28, 820–831 Zhang, D, Lina, Z, Briggs, R.O & Nunamaker, Jr. (2006) Instructional video in e-learning: Assessing the Impact of Interactive Video on Learning Effectiveness. Journal Information & Management. 43. 15- 27 Abdullah Mat Rashid (1999). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Sikap Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Di Negeri Johor Terhadap Matapelajaran Teknologi Kejuruteraan. Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Projek Sarjana. Muda. Tidak Diterbitkan. Shahabudin Hashim (2003). Psikologi Pembelajaran dsn Personaliti. Shah Alam: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Mohd Najib Abd Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai, Johor. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Mohd Azhar Abd Hamid (2001). Pengenalan Pemikiran Kritis dan Kreatif. Johor : Universiti Teknologi Malaysia.


123 | P a g e Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Guru di Daerah Besut, Terengganu Azmawati Binti Salleh1,a , Erawati Binti Mahrilar1,b dan Alwanie Binti Salleh2,c 1Kolej Komuniti Jelebu, Negeri Sembilan 2Sekolah Kebangsaan Seberang Jerteh [email protected], [email protected], [email protected] Kata Kunci: Komuniti Pembelajaran Profesional; Pengajaran dan Pembelajaran; KPP; PDP Abstrak. Kajian ini mengetengahkan konsep Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) guru. Konsep KPP ini wujud apabila berlakunya penerapan budaya belajar secara berterusan dalam setiap ahli komuniti sekolah yang terdiri daripada pengetua, barisan pemimpin kedua dan guru-guru di sekolah. Kaedah kajian ini menggunakan kaedah kualitatif di mana kaedah temu bual kumpulan fokus telah dijalankan kepada tiga orang peserta iaitu terdiri dari School Improvement Specialist Coaches (SISC+), guru besar dan guru biasa di daerah Besut. Hasil dapatan temu bual yang diperolehi mendapati, bimbingan yang sewajarnya dalam amalan KPP amat penting dalam meningkatkan kualiti PdP guru. Sokongan daripada pengurusan tertinggi juga didapati sebagai penyumbang yang amat besar bagi memastikan guru-guru di bawah seliaan mereka dapat melaksanakan KPP secara berkala dan berterusan dan bukan hanya apabila ada pemantauan sahaja. Pengenalan Menurut Roslee Talip, Mohd Yusof Abdullah, Baharom Mohamad, Shukri Zain, Abdul Said Ambotang dan Muhamad Suhaimi Taat (2011), model komuniti pembelajaran profesional (KPP) adalah suatu kerangka konsep yang dapat menggambarkan berlakunya anjakan paradigma di sekolah, yang mana budaya guru bekerja secara berseorangan berubah kepada budaya kerja kolaboratif. Selain itu, sekolah yang mengamalkan KPP juga merupakan sekolah yang menggalakkan dan mewujudkan nilai-nilai pembelajaran kolaboratif dengan mementingkan perbincangan yang dinamik dalam kalangan guru, murid, pengetua, ibu bapa dan komuniti sekolah untuk menambah baik kualiti dan pembelajaran warga sekolah (Roslee Talip et al., 2011). KPP ini seharusnya menjadi amalan di setiap sekolah kerana ia merupakan satu pasukan pendidik yang komited untuk bersama dalam kaedah belajar secara berkumpulan yang sistematik bagi menangani keperluan sebenar pelajar dan dapat memberi tumpuan kepada peningkatan berterusan (David Anthony Stegall, 2011). Budaya kerja berkumpulan ini melibatkan sebuah komuniti profesional di sekolah yang terdiri daripada pentadbir dan guru-guru yang sentiasa berusaha secara berterusan untuk belajar, mencari dan berkongsi ilmu bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka melalui tindakan terhadap perkara yang telah mereka pelajari (Zulkifli Hashim, 2011). Di samping itu, KPP ini wujud dalam kalangan penyelidik seawal tahun 1960an. Rosenholtz (1989) telah membuat kajian di 78 buah sekolah dan mendapati bahawa peningkatan dalam pengajaran dan pembelajaran berlaku secara kolektif dan bukan secara individu. Peningkatan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara berkumpulan seperti panitia dipercayai dapat memberi sumbangan yang besar dalam menjadikan sekolah yang lebih berkesan. Little & McLaughlin (1993) juga melaporkan bahawa sekolah dan panitia yang paling berkesan ialah sekolah yang melaksanakan komuniti pembelajaran yang mantap. Pada tahun 2011, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah melaksanakan KPP bermula dengan strategi kajian pelajaran kepada 289 panitia mata pelajaran di 289 buah sekolah berprestasi rendah.


124 | P a g e Pembudayaan pelaksanaan aktiviti pembelajaran dan pengajaran secara kolaboratif dalam kalangan komuniti guru telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan dalam usaha meningkatkan profesionalisme guru berasaskan sekolah. Usaha ini diteruskan pada tahun 2012 kepada 107 panitia mata pelajaran di 107 buah sekolah. Selain daripada kajian pelajaran, strategi-strategi KPP yang lain seperti pembimbing rakan sebaya, jejak pembelajaran dan sesi perkongsian telah diperluaskan dan ia amat sesuai diamalkan oleh guru-guru di sekolah kerana menitikberatkan suatu proses yang berterusan bagi mewujudkan budaya sekolah yang berasaskan kepercayaan bahawa proses tersebut bermula daripada kendiri guru (Muhammad Faizal A. Ghani et al., 2011). Konsep kendiri guru boleh wujud apabila timbul suatu isu atau masalah dalam PdP terutamanya bagi guru baharu. Maka, mereka digalakkan untuk merujuk kepada guru yang lebih berpengalaman agar dapat diberi penilaian, cadangan serta pandangan bagaimana isu atau masalah tersebut dapat diselesaikan. Justeru, ini telah mewujudkan sesi bimbingan secara tidak langsung. Oleh yang demikian, bimbingan dan pementoran adalah menjadi asas kepada program latihan profesionalisme dan bimbingan pengajaran dalam kelas sebagai pengganti latihan dan bengkel peningkatan pembangunan profesionalisme guru yang telah dilaksanakan sebelum ini. Ia menjadi asas dalam memenuhi keperluan dan kehendak sebenar guru baharu dalam bidang profesional, peribadi dan pembelajaran yang berfokus untuk mencapai potensi guru yang sebenar. Menurut Sharmini Siva Vikaraman, Azlin Norhaini Mansor dan Mohd Izham Mohd Hamzah, (2017) pementoran melibatkan bimbingan profesional dan peribadi yang diberikan kepada seorang guru baharu dengan membina hubungan yang baik antara kedua-duanya. Manakala, bimbingan pula melibatkan bantuan kerja yang lebih berfokus kepada personel yang dibimbing. Secara ringkasnya, pementoran adalah hubungan dan bimbingan berorientasikan tugas yang mana bimbingan merupakan subset kepada pementoran (Sharmini Siva Vikaraman et al., 2017). Kajian Literatur Model Hord merupakan model KPP asas untuk mengenal pasti dan mengendalikan kepentingan guru dengan berfokus kepada peningkatan dan perkembangan kurikulum, arahan, dan penilaian. Dimensidimensi KPP Hord (1997) adalah seperti berikut: i. Kepimpinan yang dikongsi dan menyokong. ii. Budaya kolaboratif. iii. Nilai dan visi yang dikongsi. iv. Keadaan yang menyokong. v. Amalan perkongsian peribadi. Penemuan Hord (1997) ini merupakan asas kepada kemunculan model KPP, di mana beliau telah menggabungkan kelima-lima dimensi ini. Tetapi, kesemuanya adalah sama penting untuk penambahbaikan sekolah iaitu pembangunan profesional, kolaborasi, kurikulum, pengajaran dan penilaian serta budaya sekolah kepada satu model yang lebih jelas dan ringkas untuk penambahbaikan (Margot Heaton, 2013). Selain itu, Hord (1997) juga menyatakan komuniti pembelajaran merujuk kepada amalan memberikan ilmu kepada warga di sekolah dengan menjemput ibu bapa ke sekolah bagi membincangkan peningkatan pencapaian murid menerusi aktiviti penambahbaikan kurikulum dan program pembelajaran murid. Ini dapat dilihat bahawa tanggungjawab membangunkan prestasi pelajar bukan hanya bergantung kepada warga sekolah semata-mata, tetapi komuniti setempat juga perlu turut sama menyumbang ilmu dan kemahiran mereka dalam usaha ini. Jika di sekolah pula, sudah pastilah guru merupakan orang yang paling berusaha keras dalam merealisasikan hasrat ini sesuai dengan apa yang dinyatakan oleh Rosenholtz (1989) iaitu KPP merupakan suatu usaha berterusan para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif bagi mewujudkan persoalan


125 | P a g e atau kajian tindakan dalam usaha mencapai prestasi yang lebih baik kepada murid-murid mereka (DuFour, Eaker, & Many, 2006). Banyak kajian yang mengkaji tentang KPP telah dilaksanakan dalam institusi pendidikan di Malaysia mahupun luar negara. Antaranya, kajian yang dilakukan oleh Anthony James Aylsworth (2012) yang bertujuan untuk membandingkan penglibatan guru dalam KPP dengan pencapaian pelajar. Dalam kajian ini, Anthony James Aylsworth (2012) telah menggunakan instrumen Aylsworth PLC Survey yang dicipta oleh penyelidik sendiri dalam tahun 2011 untuk mengukur penglibatan guru dalam KPP. Dengan menggunakan teknik persampelan rawak mudah, seramai satu sekolah tinggi dalam daerah Iowa telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Analisis ujian pra dan pos ke atas data pencapaian pelajar dan kuasi eksperimen telah dilakukan untuk menguji hipotesis-hipotesis kajian. Anthony James Aylsworth (2012) melaporkan bahawa tujuh daripada sepuluh penyertaan guru dalam KPP dapat meningkatkan pembelajaran pelajar. Tambahan lagi, tidak terdapat hubungan yang konsisten wujud antara penyertaan guru dalam KPP dengan kadar kegagalan pelajar. Manakala, tidak terdapat korelasi yang konsisten wujud antara keputusan pembelajaran pelajar dengan penyertaan guru secara efektif dalam KPP. Kajian beliau didapati selari dengan teori yang dikemukakan oleh Hord (1997) dan DuFour (1998). Anthony James Aylsworth (2012) menyimpulkan bahawa penyertaan guru dalam KPP mempengaruhi pencapaian pelajar tetapi secara tidak konsisten dengan keputusan pembelajaran pelajar. Selain Anthony James Aylsworth (2012), Margot Heaton (2013) juga membuat kajian untuk mengkaji hubungan antara pemboleh ubah KPP dengan efikasi kendiri guru di Ontario, Kanada. Seramai 202 orang guru telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Alat ukur Professional Learning Community Assessment-Revised (PLCA-R) yang dicipta oleh Olivier, Hipp & Huffman dalam tahun 2010 telah digunakan untuk mengukur KPP, manakala alat ukur Teacher’s Sense of Efficacy Scale (TSES) oleh Woolfolk Hoy (2001) digunakan untuk mengukur efikasi kendiri guru. Analisis yang telah digunakan untuk mengukur pemboleh ubah KPP dengan efikasi kendiri guru ialah menggunakan analisis korelasi Pearson dan regresi pelbagai manakala ujian Anova digunakan untuk menganalisis hubungan antara ciri-ciri dan keadaan KPP dengan efikasi kendiri guru. Kajian Margot Heaton (2013) mendapati bahawa dua komponen KPP iaitu kepimpinan berkongsi dan menyokong serta keadaan menyokong (struktur) berkorelasi secara signifikan dengan efikasi kendiri guru. Manakala, terdapat tiga faktor iaitu struktur dan peluang untuk pembelajaran kolaboratif, penurunan kuasa untuk bekerja secara autonomi serta amalan kejurulatihan, mengaitkan KPP dengan efikasi kendiri guru. Oleh itu, kajian ini mendapati KPP mempunyai hubungan yang signifikan dengan efikasi kendiri guru seperti yang diteorikan oleh Hord (1997). Ia juga membuktikan bahawa apabila guru berkolaborasi dengan komuniti, pembelajaran dapat meningkatkan efikasi kendiri guru berbanding dengan kaedah lain. Selain itu, satu kajian lagi yang bertujuan untuk menguji hubungan antara KPP dengan amalan instruksional telah dijalankan oleh Joanne H. Jones (2012) di Blacksburg, Virginia. Kajian ini merupakan kajian kes yang telah dilaksanakan di Sekolah Tinggi Ocean Breeze selama tiga tahun. Sebanyak 14 temu bual bersama 11 orang guru dan 3 orang pentadbir telah dilakukan. Pemerhatian melalui dua mesyuarat KPP dan pemerhatian sejumlah 14 kelas dan tinjauan dokumen telah digunakan untuk mengukur KPP dan amalan instruksional. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat hubungan antara KPP dengan amalan instruksional. Dapatan ini juga didapati selari dengan teori KPP yang dibincangkan. Metodologi Kaedah kajian ini adalah kaedah kualitatif di mana kaedah temu bual kumpulan fokus telah dijalankan kepada tiga orang peserta iaitu terdiri dari School Improvement Specialist Coaches (SISC+), guru besar dan guru biasa. Kaedah ini dipilih kerana ia memberi peluang kepada peserta untuk berkongsi dan membuat perbandingan tentang pengalaman dan pandangan peserta serta memberi peluang untuk berkongsi tentang perkara yang terjadi dalam dunia sebenar. Ia juga untuk mendapatkan kefahaman


126 | P a g e lebih mendalam tentang sesebuah topik seperti amalan KPP. Sebelum memulakan temu bual, kami telah memaklumkan kepada peserta untuk meminta kebenaran bagi mengadakan temu bual tentang amalan KPP melalui panggilan telefon dan juga secara bersemuka. Selepas mendapat kebenaran daripada mereka, kami telah menghantar soalan temu bual menerusi e-mel terlebih dahulu agar peserta mendapat gambaran awal tentang perkara yang bakal ditemu bual. Setelah itu, kami telah menetapkan masa dan tempat temu bual berdasarkan kepada kelapangan dan kesediaan peserta. Temu bual bagi setiap peserta berlaku selama lebih kurang setengah jam. Hasil temu bual telah dirakam menggunakan aplikasi voices memos dan video pada telefon. Rakaman audio tersebut telah disalin semula secara bertulis. Dapatan School Improvement Specialist Coaches (SISC+) yang telah ditemu bual ialah Pn Nurul Syafinaz binti Ishak yang berumur 36 tahun. Pada tahun 2018, ia merupakan tahun kelima beliau memegang jawatan sebagai SISC+ daerah Besut. Beliau menyatakan bahawa KPP dan SISC+ adalah tidak terpisah kerana SISC+ ini berfungsi sebagai bimbingan. Menurut beliau, bimbingan ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu bimbingan individu dan berkelompok. Bimbingan individu ialah seorang SISC+ membimbing seorang guru, manakala bimbingan berkelompok merupakan dua orang SISC+ membimbing seorang guru atau pun seorang SISC+ membimbing ramai guru (Dua atau tiga orang guru). Kebiasaanya, bimbingan ini tidak melebihi tujuh orang guru. Di daerah Besut, kebiasaanya lesson study dibuat mengikut zon antara dua sekolah yang berdekatan. Menurut beliau lagi, lesson study dan teacher sharing session merupakan antara kaedah KPP yang popular dan mudah untuk dilaksanakan dalam PdPc guru. Dengan itu, satu rancangan pengajaran yang terbaik antara guru-guru sekolah dalam zon berkenaan akan dipilih serta diajar di salah sebuah sekolah. Guru-guru lain akan mencatat respons murid dan perkongsian cikgu berkenaan. Ini menunjukkan satu kolaboratif KPP yang amat baik sekiranya ia sentiasa diamalkan. Oleh itu, beliau juga menyatakan fungsi SISC+ adalah sebagai penggerak dan penyokong dalam KPP serta sebagai model contoh pelaksanaan amalan KPP yang sebenar di sekolah-sekolah. Menurut beliau lagi, latihan KPP yang mantap juga telah diberikan untuk dua atau tiga orang SISC+ dari setiap daerah dan dilatih selama 5 hari 4 malam mengikut zon. SISC+ yang telah dilatih ini akan dipantau oleh Jurulatih Utama (JU) kebangsaan semasa mereka melaksanakan latihan di sekolahsekolah yang telah terpilih. Setelah lulus sesi ini, barulah SISC+ ini akan mengadakan tiga taklimat kepada tiga sesi kumpulan iaitu pengetua dan guru besar, guru penolong kanan pentadbiran dan guru penyelaras KPP di semua sekolah dalam daerah masing-masing. Oleh yang demikian, mereka ini pula diamanahkan untuk menyampaikan taklimat tersebut kepada semua guru di sekolah pula. Dari segi sokongan, surat arahan khas dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Pendidikan Daerah (KPPD) Besut untuk setiap pegawai di PPD Besut yang mana ia berfokus kepada bimbingan SISC+ dan juga bimbingan pegawai perhubungan di setiap sekolah. Pegawai-pegawai ini dan pengurusan sekolah akan bersama-sama melaksanakan learning walk dengan memberi borang kepada pengurusan sekolah supaya mereka dapat dibimbing untuk melaksanakan kaedah tersebut dengan betul. Selepas itu, pegawai perhubungan ini perlu membuat maklum balas kepada ketua unit sektor akademik. Isu-isu berbangkit akan dibincangkan dalam dialog prestasi peringkat daerah. Walau bagaimanapun, pemantauan KPP ini dikendalikan oleh seorang pegawai meja KPP di PPD dan SISC+ bertindak sebagai penyokong kepada guru untuk melaksanakannya secara jelas di dalam kelas, juga melalui borang yang disediakan. Manakala, School Improvement Partner (SIP) bertindak sebagai penyokong kepada pengurusan sekolah. Setiap sekolah perlu menghantar laporan pelaksanaan masing-masing. Setelah beberapa tahun, didapati bahawa laporan dibuat hanya sekadar untuk dihantar ke PPD, namun sebenarnya tidak dilaksanakan di sekolah-sekolah. Selain itu, beliau menyatakan tidak ada jurang dari segi kerjasama guru-guru di sekolah dan ia disambut baik setelah tahun kedua wujudnya jawatan SISC+ ini. Situasi ini amat berbeza ketika peringkat awal pengenalan SISC+ dahulu. Namun begitu, masih terdapat juga separuh daripadanya


127 | P a g e yang berasakan SISC+ ini adalah suatu yang menyusahkan bagi mereka. Antara cabaran yang wujud pula ialah dari segi kesediaan guru, kerjasama dan juga ilmu, tidak kiralah daripada peringkat pengurusan sehinggalah kepada peringkat bawahan. Pada pendapat beliau, sudah tidak perlu latihan untuk menambah baik KPP kerana sudah cukup latihan yang diberikan kepada tiga kumpulan tersebut. Tetapi, apa yang penting ialah hands-on dalam pelaksanaan amalan learning walk perlu diperbanyakkan lagi. Perbincangan dan Kesimpulan Hasil dapatan yang diperolehi ini telah menyokong kajian yang telah dijalankan oleh Rozita Radhiah Said et al., (2016) yang mendapati bahawa bimbingan berfokus pegawai SISC+ terhadap tahap PdP guru-guru Bahasa Melayu di daerah Samarahan menunjukkan impak yang positif. Selain itu, Mohd Faiz Mohd Yaakob dan Jamal@Nordin Yunus (2016) juga menyimpulkan bahawa pemimpin dan guru perlu sanggup dan bersedia untuk menghadapi perubahan secara sukarela agar ia dapat dilaksanakan dengan sepenuh hati. Oleh itu, kedua-dua pihak perlu saling berusaha untuk memikul tanggungjawab masing-masing agar tujuan utama amalan KPP diwujudkan dapat direalisasikan di sekolah. Keadaan ini berlaku apabila guru besar atau wakil guru besar kerap kali membuat penyeliaan, menyebabkan guru-guru lebih bersedia untuk mengajar (Glickman, 1998; Hallinger, 1985). Apabila guru mempunyai persediaan yang cukup, maka para pelajar juga akan berasa lebih seronok untuk belajar. Ia disokong oleh pendapat Blasé & Blasé, 1998) yang menyatakan persediaan guru ini menjadikan guru lebih cekap dalam pengajarannya sehingga tidak membosankan muridmurid kerana pengajaran yang bervariasi. Hasil daripada dapatan temu bual yang diperolehi, dapat disimpulkan bahawa bimbingan yang sewajarnya dalam amalan KPP amat penting dalam meningkatkan kualiti PdP guru. Sokongan daripada pengurusan tertinggi juga didapati sebagai penyumbang yang amat besar bagi memastikan guru-guru di bawah seliaan mereka dapat melaksanakan KPP secara berkala dan berterusan, bukan hanya apabila terdapat pemantauan sahaja. Rujukan Anthony James Aylsworth. (2012). Professional Learning Communities: An Analysis Of Teacher Participation In A PLC And The Relationship With Student Academic Achievement. Sarjana Disertasi, Iowa State University. David Anthony Stegall. (2011). Professional Learning Communities and Teacher Efficacy: A Correlational Study. Ph.D Disertasi, Appalachian State University. Margot Heaton. (2013). An examination of the relationship between professional learning community variables and teacher self-efficacy. Ph.D Disertasi. University of Windsor. Mohd Faiz Mohd Yaakob & Jamal@Nordin Yunus. (2016). Konsep Komuniti Pembelajaran Profesional, Kepimpinan Dan Transformasi Sekolah Kepada Komuniti Pembelajaran Profesional. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-22. Institut Aminuddin Baki, 18 – 21 Ogos 2015. Muhammad Faizal A. Ghani, Saedah Siraj, Zuraidah Abdullah, Norfariza Mohd Radzi, Husaina Banu Kenayathulla, Mohd Helmee Firdaus Salehudin, Shahril@Charil Marzuki &Faisol Elham. (2011). Pemimpin Dan Komuniti Pembelajaran Profesional. Jurnal Pendidikan, 31. Rozita Radhiah Said, Mohammad Brahim & Azhar Md. Sabil. (2016). Bimbingan dan Pementoran Berfokus oleh SISC+ BM: Impak terhadap Kualiti Pengajaran Guru Bahasa Melayu di Sekolahsekolah Menengah Daerah Samarahan, Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia, 41(2), 131-139.


U n i t P e n ye l i d i ka n I n ova s i & P e n g ko m e rs i a l a n S u s t a i n a b i l i t y I R 4 . 0 D r i v e n b y I n d u s t r y - P o l y t e c h n i c S y n e r g y


Click to View FlipBook Version