The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurul Izzah, 2024-06-18 10:12:33

MODUL PENGURUSAN PRASEKOLAH

MODUL PENGURUSAN PRASEKOLAH

MODUL 1 : PENGURUSAN REKOD CONTOH REKOD INVENTORI PERAKUAN PELUPUSAN ASET KERAJAAN 51


MODUL 1 : PENGURUSAN REKOD CONTOH REKOD INVENTORI STOK BAHAN BASAH 52


MODUL 1 : PENGURUSAN REKOD CONTOH REKOD INVENTORI STOK BAHAN KERING 53


MODUL 1 : PENGURUSAN REKOD 1.4 LAIN-LAIN REKOD Rekod aktiviti harian. • Untuk memudahkan pendidik dan ibubapa memahami dan mengetahui proses pembelajaran sehari kanak-kanak di taska. • Sebagai panduan untuk pendidik menyediakan keperluan alatan dan bahan bagi aktiviti yang akan dijalankan. • Membantu memastikan aktiviti berjalan dengan lancar dan hasil pembelajaran dicapai. Apakah itu menu? Menu adalah satu senarai hidangan lengkap untuk sesuatu sajian. Sajian adalah makanan yang di saji kan pada masa yang tertentu seperti sarapan,minum pagi,makan tengah hari,minum petang dan makan malam. Kenapa kita perlu merancang menu? Menyediakan sajian yang mengandungi nutrien yang diperlukan. Menjimatkan masa, tenaga dan bahan makanan. Menyediakan sajian yang menarik, berkhasiat dan menyelerakan. • Bertujuan untuk mengetahui setiap individu yang datang ke prasekolah supaya boleh menjadi rujukan pada masa hadapan. • Menjadi sebagai bukti kedatangan seseorang individu yang datang ke taska. REKOD AKTIVITI HARIAN REKOD MENU REKOD PELAWAT 54


MODUL 1 : PENGURUSAN REKOD CONTOH LAIN-LAIN REKOD REKOD JADUAL WAKTU 55


MODUL 1 : PENGURUSAN REKOD RANCANGAN PENGAJARAN 56


MODUL 2 : PENGURUSAN RUANG KANDUNGAN MODUL : 2.0 PENGENALAN 2.1 RUANG PEMBELAJARAN 2.2 RUANG DALAMAN 2.3 RUANG LUARAN 2.4 CADANGAN DALAM PENGURUSAN RUANG 2.5 CONTOH PELAN LANTAI PRASEKOLAH


MODUL 2 : PENGURUSAN RUANG 2.0 PENGENALAN Ruang prasekolah ialah persekitaran yang direka khusus untuk menyokong pembelajaran, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak prasekolah. Setiap ruang direka dengan tujuan tertentu untuk memenuhi keperluan kanak-kanak dalam pelbagai aspek pembelajaran dan perkembangan. Malah, ruang tersebut memainkan peranan penting dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang sesuai dan menyokong perkembangan holistik kanak-kanak prasekolah. Dengan menyediakan ruang yang baik, kanak-kanak boleh mendapat pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan, bermakna dan bermakna. Di bawah ialah beberapa contoh ruang prasekolah bersama dengan pengenalan tentang fungsi dan ciri-ciri ringkas tentang setiap ruang. RUANG DALAMAN RUANG PEMBELAJARAN RUANG LUARAN 59


MODUL 2 : PENGURUSAN RUANG 2.1 RUANG PEMBELAJARAN SUDUT TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI SUDUT TUNJANG KETERAMPILAN DIRI SUDUT TUNJANG PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN ESTETIKA SUDUT TUNJANG KOMUNIKASI SUDUT TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI SUDUT TUNJANG KEMANUSIAAN 60


MODUL 2 : PENGURUSAN RUANG 2.1 RUANG PEMBELAJARAN 1 Aktiviti kolaboratif 2 Kanak-kanak boleh bekerjasama untuk menyelesaikan teka-teki, membina sesuatu bersama-sama, atau main peranan yang melibatkan dialog dan interaksi. 3 Ruang yang selesa dan menyokong Susunan bilik yang teratur dan menyenangkan dengan kerusi dan meja yang sesuai dengan saiz kanak-kanak dan pencahayaan yang mencukupi akan membuatkan kanak-kanak berasa selesa dan terbuka untuk berkomunikasi. Bahan dan permainan yang menyokong komunikasi Sudut sokongan komunikasi hendaklah dilengkapi dengan bahan dan permainan yang merangsang perbualan dan interaksi antara kanak-kanak. Ini boleh termasuk buku bergambar, mainan main peranan seperti dapur mini atau doktor, teka-teki dan mainan pembinaan. 1) Sudut Tunjang Komunikasi (aspek yang dipertimbangkan) 61


MODUL 2 : PENGURUSAN RUANG 2.1 RUANG PEMBELAJARAN 1 2 3 Merangsang imaginasi Sudut ini merangsang imaginasi kanak-kanak serta menggalakkan berfikir di luar kotak dan mencipta sesuatu yang baharu dan unik. Ini mungkin melibatkan aktiviti seperti melukis, membuat kraf atau mencipta cerita. Penggunaan Bahan dan Warna Menarik Bahan yang digunakan dalam sudut ini dipilih untuk kecantikan dan keunikannya. Warna terang dan pelbagai sering digunakan untuk menarik perhatian kanak-kanak dan merangsang kreativiti mereka. 4 Perkembangan Kemahiran Halus perkembangan kemahiran motor halus, yang melibatkan penggunaan tangan dan jari serta kawalan. Ini termasuk kemahiran seperti menggenggam pensel, memotong dengan gunting, dan memegang objek kecil. Ruang untuk Penerokaan Sudut sokongan kreativiti di prasekolah ialah ruang di mana kanak-kanak diberi kebebasan untuk bereksperimen dengan bahan dan alatan yang berbeza. Ini termasuk cat, pensel warna, kertas, manik, fabrik dan bahan seni lain. 2) Sudut Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika (aspek yang dipertimbangkan) 62


MODUL 2 : PENGURUSAN RUANG 2.1 RUANG PEMBELAJARAN 1 2 3 3) Sudut Tunjang Sains dan Teknologi (aspek yang dipertimbangkan) Pembelajaran Berasaskan Pengalaman: Galakkan kanak-kanak untuk belajar melalui pengalaman langsung dan eksperimen praktikal serta memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengemukakan soalan-soalan Aksesibiliti: Pastikan bahawa peralatan sains dan teknologi mudah diakses oleh kanakkanak dan disusun dengan teliti untuk memudahkan penggunaan dan penyimpanan. Kesinambungan Pembelajaran: Rancang aktiviti-aktiviti sains dan teknologi yang menggalakkan kesinambungan pembelajaran dari prasekolah ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi. 63


MODUL 2 : PENGURUSAN RUANG 2.1 RUANG PEMBELAJARAN 1 2 3 4) Sudut Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai (aspek yang dipertimbangkan) Pemilihan Nilai Asas Tentukan nilai-nilai asas yang ingin ditekankan dalam aktiviti di prasekolah, seperti kejujuran, tolong-menolong, bertimbang rasa, hormat-menghormati dan berani. Keserasian dengan Budaya dan Kepercayaan: Sediakan peluang untuk memahami dan menghormati kepelbagaian budaya dan kepercayaan, dan galakkan kanak-kanak untuk berkongsi tentang tradisi dan nilainilai yang penting bagi mereka. Kesesuaian dengan Kurikulum: Integrasikan elemen kerohanian ke dalam aktiviti-aktiviti harian seperti cerita, lagu, dan permainan untuk memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran. 64


MODUL 2 : PENGURUSAN RUANG 2.1 RUANG PEMBELAJARAN 1 2 3 5) Sudut Tunjang Kemanusiaan (aspek yang dipertimbangkan) Ruang Pengembangan Empati Sediakan peluang untuk kanak-kanak memahami perasaan dan pengalaman orang lain, termasuk rakan sebaya dan makhluk hidup lain seperti haiwan. Pengajaran Nilai-Nilai Kemanusiaan : Beri tumpuan kepada pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, yang memberi mereka peluang untuk menyuarakan pandangan dan pendapat mereka tentang isu-isu kemanusiaan. Latihan Kemahiran Sosial: Beri tumpuan kepada pembangunan kemahiran sosial seperti bekerjasama, berunding, dan menyelesaikan konflik secara positif. Sediakan ruang untuk kanak-kanak berinteraksi dengan rakan sebaya dalam suasana yang terkawal. 65


4 MODUL 2 : PENGURUSAN RUANG 2.1 RUANG PEMBELAJARAN 1 2 3 Kemahiran Sosial Mampu berinteraksi dengan rakan sebaya dan orang dewasa secara positif. Belajar untuk berkongsi, bergilir-gilir dan bekerjasama. Memahami dan menunjukkan empati kepada orang lain. Kemahiran Komunikasi Meningkatkan keupayaan untuk mendengar dan memahami orang lain. Membangunkan keupayaan untuk bercakap dengan jelas dan menyatakan pendapat. Nilai Tanggungjawab Kembangkan kemahiran untuk melaksanakan tugas mudah secara bebas, seperti berpakaian atau membersihkan mainan. Belajar untuk bertanggungjawab atas tindakan mereka. Tetapkan dan capai matlamat yang sesuai dengan umur. Pengurusan Emosi Belajar menguruskan emosi seperti kemarahan, kesedihan, atau kekecewaan dengan cara yang sihat. Membangunkan kemahiran untuk menenangkan diri dan menangani tekanan. Meluahkan emosi secara lisan dan bukan melalui tingkah laku yang agresif. 6) Sudut Tunjang Keterampilan Diri (aspek yang dipertimbangkan) 66


MODUL 2 : PENGURUSAN RUANG 2.1 RUANG PEMBELAJARAN CONTOH RUANG PEMBELAJARAN 67 TUNJANG KOMUNIKASI TUNJANG PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN ESTETIKA


MODUL 2 : PENGURUSAN RUANG 2.1 RUANG PEMBELAJARAN CONTOH RUANG PEMBELAJARAN 68 TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI


MODUL 2 : PENGURUSAN RUANG 2.1 RUANG PEMBELAJARAN CONTOH RUANG PEMBELAJARAN 69 TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI


MODUL 2 : PENGURUSAN RUANG 2.1 RUANG PEMBELAJARAN CONTOH RUANG PEMBELAJARAN 70 TUNJANG KEMANUSIAAN TUNJANG KETERAMPILAN DIRI


MODUL 2 : PENGURUSAN RUANG 2.2 RUANG DALAMAN RUANG BELAJAR RUANG DAPUR SUDUT PENTAS DAN PAMERAN HASIL KERJA MURID RUANG MEMBACA RUANG PERMAINAN BEBAS RUANG ICT RUANG MAKAN RUANG TANDAS 71


FUNGSI : Mencipta persekitaran pembelajaran yang menyokong literasi iaitu menyediakan pelbagai buku-buku kanak-kanak yang menarik dan bahan-bahan literasi seperti majalah, komik, dan papan cerita. Mereka belajar mengenali huruf, mengeja perkataan, memahami cerita, dan mengembangkan kosakata mereka melalui membaca secara individu atau dalam kumpulan. Menggalakkan interaksi sosial dan kolaborasi: di mana kanak-kanak dapat berkongsi pendapat, bertukar cerita, dan belajar daripada pengalaman dan pengetahuan satu sama lain. MODUL 2 : PENGURUSAN RUANG 2.2 RUANG DALAMAN 1) RUANG MEMBACA CIRI-CIRI : Pelbagai bahan bacaan: Ruang membaca perlu menyediakan pelbagai jenis buku dan bahan bacaan yang sesuai dengan pelbagai peringkat umur dan minat kanak-kanak prasekolah. Ini termasuk buku cerita, buku bergambar, buku fakta, majalah kanak-kanak, komik, dan lain-lain. Bahan Bacaan Interaktif: Selain buku-buku tradisional, ruang membaca juga boleh menyediakan bahan bacaan interaktif seperti buku bunyi, buku pop-up, dan buku-buku yang mengandungi elemen sensori seperti tekstur yang berbeza. 72


SUDUT PENTAS : Pertunjukan dan persembahan di mana kanak-kanak dapat melakukan pertunjukan dan persembahan bagi rakan sebaya, guru, dan ibu bapa. Pembangunan keyakinan diri iaitu kanak-kanak belajar untuk mengatasi rasa gugup, meningkatkan keyakinan diri, dan memperbaiki kemahiran penting seperti berbicara di depan orang ramai, beraksi, dan menyampaikan idea. Pengalaman pembelajaran yang bermakna melalui pelaksanaan persembahan di sudut pentas, kanakkanak mendapat pengalaman pembelajaran yang bermakna yang membantu mereka memahami konsepkonsep abstrak seperti kerjasama, kreativiti, dan penyelesaian masalah. SUDUT PAMERAN HASIL KERJA MURID: Menghargai pencapaian murid dengan memberikan platform untuk memamerkan hasil kerja mereka kepada rakan sebaya, guru, dan ibu bapa. Ini membantu meningkatkan keyakinan diri dan harga diri murid. Meningkatkan rasa tanggungjawab: Dengan melihat hasil kerja mereka dipamerkan, kanak-kanak belajar untuk menghargai tanggungjawab dan pentingnya memberikan yang terbaik dalam setiap tugas yang diberikan. MODUL 2 : PENGURUSAN RUANG 2.2 RUANG DALAMAN 2) SUDUT PENTAS/ PAMERAN HASIL KERJA MURID 73


FUNGSI : Pemenuhan nutrisi: Fungsi utama ruang makan adalah sebagai tempat untuk kanak-kanak mendapatkan makanan yang berkhasiat dan memenuhi keperluan nutrisi harian mereka. Pendidikan makanan seimbang: Melalui pengalaman makan bersama di ruang makan, kanak-kanak dapat diajar tentang pentingnya pemakanan yang seimbang dan kesan yang baik terhadap kesihatan mereka. Guru atau pengasuh dapat menggunakan waktu makan sebagai peluang untuk mengajar tentang makanan sihat dan pentingnya memilih makanan yang baik untuk tubuh. MODUL 2 : PENGURUSAN RUANG 2.2 RUANG DALAMAN 3) RUANG MAKAN CIRI-CIRI : Kesesuaian dengan kanak-kanak: Ruang makan perlu direka dengan mempertimbangkan keperluan kanakkanak prasekolah, termasuk ketinggian meja dan kerusi yang sesuai dengan saiz mereka, serta peralatan makan yang mudah dipegang. Keselamatan: Pastikan ruang makan bebas dari bahaya seperti sudut tajam, perabot yang tidak stabil, dan bahan makanan yang beracun. Pemeriksaan berkala harus dilakukan untuk memastikan keselamatan ruang makan. Ketersediaan makanan berkualiti iaitu menyediakan makanan yang seimbang termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, sumber protein, bijirin, dan produk tenusu. Makanan yang disediakan harus memenuhi standard pemakanan yang ditetapkan untuk kanakkanak prasekolah. 74


CIRI-CIRI : Keselamatan: Ruang dapur perlu direka dengan teliti untuk memastikan keselamatan kanak-kanak. Ini termasuk penggunaan peralatan dan bahan yang selamat, penyelesaian yang tepat untuk permukaan, dan penyimpanan yang selamat bagi peralatan tajam atau berbahaya. Kebersihan: Ruang dapur harus sentiasa bersih dan teratur. Permukaan dan peralatan dapur perlu dicuci dan disapu secara berkala, dan tindakan kebersihan seperti mencuci tangan sebelum dan selepas memasak perlu ditekankan kepada kanak-kanak. Pemisahan Zon: Ruang dapur boleh dibahagikan kepada zon-zon yang berbeza untuk aktiviti yang berlainan, seperti zon memotong, zon mencuci, dan zon memasak. MODUL 2 : PENGURUSAN RUANG 2.2 RUANG DALAMAN 4) RUANG DAPUR FUNGSI : Selain daripada guru memasak di ruang dapur ianya juga berfungsi kepada kanak-kanak iaitu Pengalaman praktikal: Aktiviti memasak memberikan pengalaman praktikal kepada kanakkanak tentang proses persediaan makanan, termasuk memahami langkah-langkah yang diperlukan untuk memasak makanan. Pembangunan kemahiran motor halus: Aktiviti memasak melibatkan penggunaan kemahiran motor halus seperti memotong, mengadun, mengukur, dan menuangkan. Ruang dapur memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk melatih dan memperbaiki kemahiran motor halus mereka melalui aktiviti memasak yang berstruktur. 75


CIRI-CIRI : Kesesuaian dengan kanak-kanak: Ruang tandas harus direka dengan mempertimbangkan saiz dan keperluan kanak-kanak prasekolah. Perabot dan peralatan tandas perlu disesuaikan dengan tinggi dan kemampuan kanak-kanak untuk memastikan keselesaan dan kemudahan penggunaan. Keselamatan: Ruang tandas harus mempunyai langkah-langkah keselamatan yang mencukupi untuk melindungi kanak-kanak dari kemungkinan kecederaan. Ini termasuk penggunaan pegangan yang kukuh, alas kaki yang tahan licin, dan pematuhan kepada peraturan keselamatan yang berkaitan. Kebersihan: Kebersihan adalah aspek yang penting. Ruang tandas harus selalu bersih dan teratur. Penjagaan harian dan penyelenggaraan yang berkala perlu dilakukan untuk memastikan kebersihan ruang tandas. Penyediaan Fasiliti: Ruang tandas harus menyediakan fasiliti yang mencukupi untuk keperluan kanak-kanak, termasuk 2 tandas yang berasingan untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan serta bilik mandi. MODUL 2 : PENGURUSAN RUANG 2.2 RUANG DALAMAN 5) RUANG TANDAS FUNGSI : Pemupukan tentang nilai kebersihan: Ruang tandas menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk mempelajari dan mengamalkan kebersihan diri. Guru atau pengasuh dapat mengajar mereka tentang pentingnya mencuci tangan dengan betul selepas menggunakan tandas, yang merupakan langkah penting dalam mencegah jangkitan dan penyakit. 76


FUNGSI : Mendorong pembangunan kemahiran sosial dan emosi di mana kanakkanak belajar berinteraksi dengan rakan sebaya dan mengembangkan kemahiran sosial seperti berkomunikasi, bekerjasama, dan menyelesaikan konflik. Menyokong pembelajaran holistik iaitu pelbagai aktiviti dan permainan yang menyokong perkembangan holistik kanak-kanak, termasuk perkembangan kognitif, fizikal, sosial, emosi, dan bahasa. Menyediakan peluang pembelajaran berpusatkan kanak-kanak MODUL 2 : PENGURUSAN RUANG 2.2 RUANG DALAMAN 6) RUANG BELAJAR CIRI-CIRI : Ruang belajar perlu bersih dan kemas, serta menyediakan perabot yang sesuai dengan saiz kanak-kanak. Penyusunan ruang belajar perlu fleksibel dan mudah diubahsuai mengikut keperluan aktiviti dan pembelajaran yang sedang berlaku. 77


FUNGSI : Mengembangkan kemahiran keknologi asas seperti mengendalikan peranti, menekan butang, dan memilih pilihan pada skrin sentuh. Menyokong pembelajaran interaktif melalui permainan pendidikan, aplikasi interaktif, dan multimedia yang merangsang minat dan keingintahuan kanak-kanak. MODUL 2 : PENGURUSAN RUANG 2.2 RUANG DALAMAN 7) RUANG ICT CIRI-CIRI : Peranti yang sesuai untuk kanak-kanak seperti komputer, tablet, atau permainan interaktif yang disediakan sesuai dengan peringkat perkembangan dan saiz fizikal kanak-kanak prasekolah. Perisian dan aplikasi pendidikan yang sesuai dengan kurikulum prasekolah dan membantu pembelajaran kanak-kanak dalam pelbagai subjek seperti bahasa, matematik, sains, dan seni. 78


FUNGSI : Pembangunan kemahiran fizikal iaitu menyediakan peluang untuk kanak-kanak mengembangkan kemahiran fizikal seperti melompat, berlari, memanjat. Pembangunan kemahiran sosial dan emosi iaitu kanak-kanak belajar berinteraksi dengan rakan sebaya dan mempraktikkan kemahiran sosial seperti berkomunikasi, dan berkolaborasi. Merangsang kreativiti dan imaginasi seperti menggunakan imaginasi mereka dan bermain peranan dalam situasi yang berbeza. contohnya, kanak-kanak dapat mencipta cerita sendiri. Menggalakkan pembelajaran aktif di mana kanak-kanak belajar mengambil peranan aktif dalam mencipta pengalaman-pengalaman pembelajaran yang bermakna. MODUL 2 : PENGURUSAN RUANG 2.2 RUANG DALAMAN 8) RUANG PERMAINAN BEBAS CIRI-CIRI : Keselamatan: Ruang permainan perlu selamat bagi kanak-kanak. Ini bermakna tidak ada bahaya seperti sudut tajam, bahan beracun, atau peralatan yang tidak sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak. 79


MODUL 2 : PENGURUSAN RUANG 2.2 RUANG DALAMAN CONTOH-CONTOH RUANG RUANG BELAJAR RUANG ICT RUANG PERMAINAN BEBAS RUANG MEMBACA 80


MODUL 2 : PENGURUSAN RUANG 2.2 RUANG DALAMAN CONTOH-CONTOH RUANG SUDUT PENTAS / PAMERAN HASIL KERJA MURID RUANG MAKAN RUANG DAPUR RUANG TANDAS 81


Pembangunan kemahiran motor: Kanak-kanak menggunakan taman permainan untuk memperbaiki kemahiran motor kasar mereka. Mereka belajar mengendalikan badan mereka, menguasai pergerakan seperti melompat, berpusing, dan mengimbangi, serta memperbaiki kemahiran seperti memanjat. Pembelajaran sosial: Taman permainan adalah tempat di mana kanak-kanak berinteraksi dengan rakan sebaya. Mereka belajar bermain bersama, berkolaborasi, berkongsi, dan mengambil giliran, serta belajar mengendalikan konflik dan menyelesaikan masalah secara sosial. MODUL 2 : PENGURUSAN RUANG 2.3 RUANG LUARAN 1) RUANG TAMAN PERMAINAN F U N G SI CIRICIRI Keselamatan: dilengkapi dengan peralatan permainan yang aman dan sesuai dengan standard keselamatan, seperti alas pemantul yang lembut dan permukaan tahan luka. Variasi permainan: pelbagai jenis permainan dan aktiviti yang sesuai dengan pelbagai minat dan keperluan kanak-kanak. Ini termasuk peralatan untuk berlari, memanjat, berayun. Kesesuaian umur: Peralatan permainan haruslah disesuaikan dengan tahap perkembangan dan kemampuan kanak-kanak prasekolah. Aksesibiliti: Taman permainan harus mudah diakses oleh kanak-kanak dengan berbagai keperluan, termasuk kanakkanak dengan keperluan khas. Jalur masuk yang lebar, laluan yang rata, dan peralatan yang mudah diakses adalah penting. 82


MODUL 2 : PENGURUSAN RUANG 2.3 RUANG LUARAN 2) RUANG BERKEBUN F U N G SI CIRICIRI Pengenalan kepada tanaman dan alam sekitar: memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk belajar tentang tumbuhan, tanaman, dan alam sekitar secara langsung. Pembelajaran sains: kanak-kanak untuk memahami konsep sains secara praktikal. Mereka dapat belajar tentang tanah, air, cahaya matahari, dan nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan untuk tumbuh dan berkembang. Pembelajaran Matematik: Melalui aktiviti berkebun, kanak-kanak dapat mempraktikkan konsep matematik seperti mengukur jarak antara tanaman, mengira jumlah benih atau biji yang ditanam, dan membandingkan ukuran atau jumlah tanaman yang tumbuh. Keselamatan adalah aspek yang paling penting. Ruang berkebun haruslah selamat bagi kanak-kanak, dengan penekanan pada pencegahan kemungkinan bahaya seperti peralatan berbahaya. Ruang berkebun yang baik harus menyediakan pelbagai jenis tanaman, termasuk sayur-sayuran, herba, bunga, tumbuhan, buah-buahan. Ini Tanah yang digunakan dalam ruang berkebun haruslah bersih dan bebas dari bahan kimia seperti tanah organik yang subur. Ruang berkebun perlu direka untuk kemudahan penjagaan yang mudah. Ini termasuk akses mudah kepada air untuk penyiraman tanaman, penyediaan alat dan peralatan taman yang sesuai, dan kawalan beracun untuk mengawal serangga dan penyakit tanaman. 83


MODUL 2 : PENGURUSAN RUANG 2.3 RUANG LUARAN 3) RUANG MAIN AIR F U N G SI CIRICIRI Pembelajaran bahasa: Sudut main air dapat digunakan sebagai alat untuk membangunkan kemahiran bahasa kanak-kanak. Mereka dapat menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan rakan sebaya tentang aktiviti yang mereka lakukan, menggambarkan apa yang mereka amati, dan mengungkapkan idea dan konsep tentang air. Pembelajaran sosial dan emosi: Bermain di sudut main air juga membantu memupuk kemahiran sosial dan emosi kanak-kanak. Keselamatan: Keselamatan adalah aspek yang paling penting. Pastikan bahawa sudut main air dilengkapi dengan langkahlangkah keselamatan seperti lantai yang tidak licin, penghalang untuk mengelakkan jatuh ke dalam air, dan pengawasan yang berterusan oleh dewasa. Aksesibiliti: Pastikan sudut main air mudah diakses oleh kanakkanak. Alat main dan peralatan harus mudah diambil dan diletakkan semula oleh kanak-kanak tanpa perlu bantuan yang berlebihan. Jika sudut main air melibatkan kedalaman air, pastikan bahawa air dalam adalah selamat untuk kanak-kanak dan tidak melebihi ketinggian mereka. Gunakan penutup yang sesuai jika perlu untuk mengelakkan kemalangan. Kemudahan Pembersihan: Sudut main air haruslah mudah dibersihkan dan dipelihara. Peralatan dan alat main harus tahan lama dan mudah dicuci untuk menjaga kebersihan dan kesihatan. 84


MODUL 2 : PENGURUSAN RUANG 2.3 RUANG LUARAN 4) RUANG MAIN PASIR Pembangunan kemahiran motor halus: Aktiviti di sudut main pasir membantu melatih dan memperbaiki kemahiran motor halus kanak-kanak. Mereka menggunakan tangan untuk menggali, membentuk, memanipulasi pasir dan alat main pasir seperti cangkul, sangkar pasir, dan cetakan. Pembelajaran Sains: Sudut main pasir menyediakan peluang untuk pembelajaran sains yang aktif. Kanak-kanak dapat mengamati sifat-sifat pasir seperti tekstur, warna, dan keupayaan untuk mengekalkan bentuk. Pupuk kreativiti dan imaginasi: Kanak-kanak dapat menggunakan sudut main pasir sebagai medium untuk meluahkan kreativiti dan imaginasi mereka. Mereka dapat mencipta struktur dan bangunan dengan menggunakan alat main pasir. F U N G SI CIRICIRI Kesesuaian umur: ruang main pasir harus disesuaikan dengan tahap perkembangan kanak-kanak prasekolah. Alat main dan aktiviti yang disediakan harus sesuai dengan kemahiran motor halus dan pengertian konsep yang dimiliki oleh kanak-kanak pada peringkat ini. Keselamatan adalah aspek yang penting. Pastikan bahawa ruang main pasir dilengkapi dengan langkah-langkah keselamatan seperti permukaan yang tidak licin, alat main yang tidak berbahaya. Aksesibiliti: Pastikan ruang main pasir mudah diakses oleh kanak-kanak. Alat main dan peralatan harus mudah diambil dan diletakkan semula oleh kanak-kanak tanpa perlu bantuan yang berlebihan. Pasir tidak sepatutnya terlalu dalam yang boleh menyebabkan bahaya tersedut. 85


MODUL 2 : PENGURUSAN RUANG 2.3 RUANG LUARAN CONTOH-CONTOH RUANG LUARAN TAMAN PERMAINAN RUANG BERKEBUN RUANG MAIN AIR RUANG MAIN PASIR 86


MODUL 2 : PENGURUSAN RUANG 2.4 CADANGAN DALAM PENGURUSAN RUANG Penggunaan Teknologi: Mengintegrasikan teknologi ke dalam ruang pembelajaran dengan bijak. Gunakan perisian pendidikan interaktif, perkakasan seperti komputer atau tablet, dan peralatan audiovisual untuk memperkayakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak. Melibatkan ibu bapa secara aktif dalam menguruskan ruang pembelajaran. Kongsi maklumat tentang peraturan bilik darjah, berikan peluang kepada ibu bapa untuk melawat bilik darjah, atau libatkan mereka dalam aktiviti sukarela untuk membantu mengekalkan dan menambah baik ruang pembelajaran. Peraturan dan Prosedur yang Jelas: Wujudkan peraturan dan prosedur yang jelas mengenai penggunaan ruang dan peralatan. Pastikan kanak-kanak memahami dan menghormati peraturan ini untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman. 87


MODUL 2 : PENGURUSAN RUANG 2.5 CONTOH PELAN LANTAI PRASEKOLAH 88 2.5.1 Pelan lantai ruang dalaman 2.5.1 Pelan lantai ruang luaran


KANDUNGAN MODUL : 3.0 PENGENALAN 3.1 PANDUAN PENYEDIAAN MAKANAN 3.2 PANDUAN PENYEDIAAN MENU 3.3 PENYEDIAAN MAKANAN DI BULAN RAMADAN 3.4 PERUNTUKAN DAN BANTUAN KEWANGAN PCG 3.5 PEMILIHAN BAHAN MENTAH 3.6 PENYIMPANAN BAHAN MENTAH 3.7 AMALAN KEBERSIHAN SEMASA PENYEDIAAN MAKANAN 3.8 PENGURUSAN PENYAJIAN MAKANAN 3.9 PEMBEKAL LUAR 3.10 PERALATAN DAN PERKAKAS 3.11 CADANGAN DALAM PENGURUSAN PEMAKANAN 3.12 INSTRUMEN PENTAKSIRAN PENILAIAN PENGURUSAN PEMAKANAN MODUL 3 : PENGURUSAN PEMAKANAN


MODUL 3 : PENGURUSAN PEMAKANAN 3.0 PENGENALAN Aspek pemakanan di prasekolah memainkan peranan penting dalam memastikan kanak-kanak mendapat pemakanan yang seimbang dan berkualiti untuk pertumbuhan dan perkembangan yang optimum. Terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian termasuk aspek penyediaan makanan, menu, daripada segi pemilihan bahan serta aspek kebersihan dan keselamatan. Dengan memberi penekanan kepada aspekaspek ini, prasekolah dapat memastikan bahawa kanakkanak menerima pemakanan yang berkualiti dan menyokong pertumbuhan dan perkembangan mereka secara holistik. 91


MODUL 3 : PENGURUSAN PEMAKANAN 3.1 PANDUAN PENYEDIAAN MAKANAN PRINSIP ASAS PENYEDIAAN MAKANAN Menyediakan hidangan mengikut menu yang telah disyorkan. Mempelbagaikan kaedah masakan yang lebih sihat seperti merebus, memanggang dan membakar. Memastikan kebersihan dan keselamatan semasa penyediaan makanan dalam keadaan baik. Tidak dibenarkan untuk menyaji makanan yang mengandungi MSG, makanan yang diproses serta makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Menu mengikut keperluan kalori dan nutrien harian kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun. Menu mengikut lima kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia. Menyediakan pelbagai pilihan makanan untuk memenuhi citarasa yang berbeza di kalangan kanak-kanak. Pastikan hidangan dihidangkan dengan cara yang menarik dan dalam pelbagai warna untuk menarik minat kanak-kanak. PRINSIP ASAS PENYEDIAAN MENU 3.2 PANDUAN PENYEDIAAN MENU 92


MODUL 3 : PENGURUSAN PEMAKANAN nasi, mi, roti, ubi serta bijirin buah-buahan dan sayur-sayuran susu dan produk tenusu lemak, minyak, gula dan garam ikan, ayam, itik dan kekacang 8-12 hidangan guna sedikit 1-2 hidangan 3-5 hidangan 2-3 hidangan Rujukan Kementerian Kesihatan Malaysia Contoh Menu Prasekolah 93


MODUL 3 : PENGURUSAN PEMAKANAN 3.3 PENYEDIAAN MAKANAN DI BULAN RAMADAN 3.4 PERUNTUKAN DAN BANTUAN KEWANGAN PCG Penyediaan makanan hendaklah dibuat setiap hari. Dibenarkan menyediakan makanan berbungkus kepada murid. Makanan yang disediakan hendaklah tahan lama dan tidak mudah rosak. Makanan yang dibekalkan mestilah bersih, berzat dan seimbang. Bantuan Makanan Prasekolah (BMP) ini hanya layak dituntut oleh murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan. Kadar BMP bagi murid Semenanjung ialah RM2 dan Sabah, Sarawak dan WP Labuan ialah RM2.25. Peruntukan BMP boleh digunakan dalam perbelanjaan : 1.Perolehan bahan mentah memasak 2. Gas bahan api memasak 3. Makanan tambahan Perkara lain yang melibatkan pengurusan pemakanan murid prasekolah. 4. 94


MODUL 3 : PENGURUSAN PEMAKANAN KESEGARAN Pilih bahan mentah yang segar dan berkualiti tinggi. 3.5 PEMILIHAN BAHAN MENTAH KUALITI Pilih bahan mentah yang mempunyai kualiti iaitu berlabel dan tarikh luput. KECUKUPAN NUTRIEN Pilih bahan mentah yang kaya dengan nutrien penting seperti vitamin, mineral, serat dan protein. PEMBUNGKUSAN Pastikan pembungkusan bahan mentah dalam keadaan baik serta tidak kemek. KESELAMATAN MAKANAN Pastikan bahan mentah diproses, disimpan dan diangkut dengan selamat untuk mengelakkan risiko pencemaran makanan. 95


MODUL 3 : PENGURUSAN PEMAKANAN 3.6 PENYIMPANAN BAHAN MENTAH SUHU PENYIMPANAN BAHAN MENTAH SEJUK BEKU suhu bawah -18 darjah celcius SEJUK DINGIN KERING suhu 0-4 darjah celcius pengudaraan dan pencahayaan yang cukup 3.6.1 PENYIMPANAN BAHAN MENTAH (SEJUK BEKU) Menyimpan bahan mentah mengikut kapasiti yang sepatutnya. Bahan mentah seperti ikan dan daging hendaklah dibersihkan dahulu sebelum disimpan dalam bekas yang bertutup. Tempat penyimpanan sejuk beku perlu diselenggara 2 kali setahun serta berfungsi dengan sempurna. 96


MODUL 3 : PENGURUSAN PEMAKANAN 3.6 PENYIMPANAN BAHAN MENTAH 3.6.2 PENYIMPANAN BAHAN MENTAH (SEJUK DINGIN) Buah-buahan dan sayursayuran perlu dibasuh, dikeringkan dan disimpan dalam ruang sejuk dingin. Baki makanan mentah yang telah digunakan perlu disimpan dalam bekas kedap udara dan dilabel Makanan yang mudah rosak seperti tenusu dan bahan ramuan yang dikisar disimpan dalam suhu 0-4 darjah celcius 3.6.3 PENYIMPANAN BAHAN KERING Makanan seperti gula, garam, tepung perlu disimpan dalam bekas kedap udara Setiap makanan perlu dilabel nama dan tarikh luput Penyusunan makanan perlu mengikut sistem FIFO (first in, first out) dan FEFO (first expired, first out) 97


MODUL 3 : PENGURUSAN PEMAKANAN 3.7 AMALAN KEBERSIHAN SEMASA PENYEDIAAN MAKANAN AMALAN PENYEDIAAN MAKANAN DALAM ASPEK KEBERSIHAN 1 2 3 4 Berpakaian bersih dan kemas serta bersesuaian Mencuci tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan Menggunakan peralatan yang sesuai semasa penyediaan makanan Memastikan tangan dalam keadaan bersih serta kuku yang pendek 98


MODUL 3 : PENGURUSAN PEMAKANAN 3.8 PENGURUSAN PENYAJIAN MAKANAN Proses penyediaan dan penghidangan makanan perlu dilaksanakan dengan baik supaya makanan yang dihidang kepada kanak-kanak dapat menarik perhatian kanak-kanak. Maka, penghidangan makanan haruslah mempunyai kreativiti supaya makanan habis dimakan oleh kanak-kanak sekaligus mengurangkan pembaziran makanan. PENYEDIAAN MAKANAN Proses Nyahbeku Rendam bahan mentah di dalam bekas dengan air yang mengalir tidak melebihi 2 jam. Proses Memasak Pastikan minyak atau air rebusan mencapai 80°C 99


MODUL 3 : PENGURUSAN PEMAKANAN 3.8 PENGURUSAN PENYAJIAN MAKANAN Bahan terendam di dalam minyak atau air rebusan sepenuhnya Pastikan bahagian tengah bahan masak dengan sempurna Proses Penyejukan untuk Penyimpanan Menyejukkan makanan yang telah siap dimasak dengan kadar yang segera Penggunaan bekas yang lebah dan cetek untuk membantu proses penyejukan yang lebih cepat 100


Click to View FlipBook Version