MODUL 3 : PENGURUSAN PEMAKANAN 3.8 PENGURUSAN PENYAJIAN MAKANAN PENGHIDANGAN MAKANAN Makanan sentiasa dalam keadaan tertutup Mengambil makanan menggunakan peralatan yang sesuai Suhu makanan sentiasa lebih 60°C sebelum dihidang Makanan dimakan dalam masa 4 jam setelah siap dimasak Melupuskan semua lebihan makanan kanak-kanak ke dalam tong sampah 101
MODUL 3 : PENGURUSAN PEMAKANAN 3.9 PEMBEKAL LUAR Patuhi peraturanperaturan kebersihan makanan (PPKM) 2009 Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Makanan yang dibekalkan oleh pembekal luar hendaklah mematuhi peraturan-peraturan berikut; Mempunyai lesen perniagaan Memiliki premis yang tetap Pengangkutan yang digunakan; Bersih Berfungsi dengan baik Makanan ditutup dengan baik Makanan dari pembekal luar ialah makanan yang tidak disediakan di dapur prasekolah. Oleh itu, pihak prasekolah perlu memastikan makanan tersebut selamat untuk dimakan oleh kanak-kanak sebelum dihidangkan. 102
MODUL 3 : PENGURUSAN PEMAKANAN 3.10 PERALATAN DAN PERKAKAS mangkuk retak pinggan sumbing Pemilihan penggunaan peralatan dan perkakasan dapur; Menggunakan peralatan yang telah dibersihkan Memastikan peralatan yang digunakan adalah selamat Menggunakan peralatan yang tidak berkarat Pembersihan peralatan dan perkakas adalah sangat penting bagi mengelakkan bakteria terus merebak dan kemudian masuk ke dalam badan kanak-kanak. 103
MODUL 3 : PENGURUSAN PEMAKANAN 3.10 PERALATAN DAN PERKAKAS Buang sisa makanan dan kotoran Mencuci Membilas Mensanitasi Mengeringkan 1 2 3 5 4 Langkah-langkah asas pencucian peralatan; Penggunaan air yang bersih dan daripada sumber yang selamat Penggunaan kain lap Untuk kegunaan tangan Untuk kegunaan meja Untuk kegunaan pinggan mangkuk 104
MODUL 3 : PENGURUSAN PEMAKANAN 3.11 CADANGAN DALAM PENGURUSAN PEMAKANAN Penilaian dan Pelarasan Menjalankan penilaian berkala program pemakanan prasekolah. Semak semula menu makanan, tabiat makan kanak-kanak, dan tindak balas mereka terhadap makanan yang dihidangkan. Gunakan maklum balas daripada kakitangan, ibu bapa dan kanak-kanak untuk membuat pelarasan yang diperlukan untuk meningkatkan kualiti program pemakanan. Beri Perhatian Kepada Alahan Makanan Dapatkan maklumat tentang alahan makanan yang dialami oleh kanak-kanak di peringkat prasekolah dan pastikan menu yang dihidangkan selamat untuk mereka. Berkomunikasi dengan ibu bapa untuk mendapatkan maklumat tentang alahan anak-anak dan pertimbangkan menu alternatif jika perlu. Persekitaran yang sesuai Wujudkan persekitaran makan yang menyenangkan dan selamat. Pilih perabot dan pinggan mangkuk yang bersesuaian dengan saiz dan keperluan kanak-kanak. Pastikan ruang makan bersih dan teratur untuk meningkatkan pengalaman makan mereka. 105
MODUL 3 : PENGURUSAN PEMAKANAN 3.12 INSTRUMEN PENTAKSIRAN PENILAIAN PENGURUSAN PEMAKANAN 106
MODUL 4 : PENGURUSAN PERSEKITARAN KANDUNGAN MODUL : 4.0 PENGENALAN 4.1 Aspek Pengurusan Persekitaran : Fizikal 4.2 Aspek Pengurusan Persekitaran : Sosial 4.3 Aspek Pengurusan Persekitaran : Emosi 4.4 Cadangan Aspek Pengurusan Persekitaran
MODUL 4 : PENGURUSAN PERSEKITARAN Persekitaran merupakan kawasan sekitar yang terdapat di sekeliling individu atau sesuatu tempat (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2016). Guru perlulah menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif supaya pembelajaraan dan perkembangan kanak-kanak dapat berlaku secara optimum. Berdasarkan Rajah, terdapat 3 aspek utama yang perlu guru beri perhatian dalam menguruskan persekitaran pembelajaran kanak-kanak. Aspek-aspek tersebut ialah aspek fizikal, sosial dan emosi. National Association Early Young Children (NAEYC) telah menggariskan 10 standard piawaian sebagai akreditasi untuk menentukan kualiti program yang dilaksanakan di sesebuah pusat PAKK. Antara standard yang dinyatakan ialah persekitaran fizikal. Maka, jelaslah bahawa pengurusan persekitaran perlu dititikberatkan untuk menjaga kualiti sesebuah pusat PAKK. Aspek Pengurusan 4 : Aspek Pengurusan Persekitaran Aspek Pengurusan Persekitaran Fizikal Sosial Emosi Rajah 4.0 PENGENALAN 109
MODUL 4 : PENGURUSAN PERSEKITARAN Aspek Fizikal Persekitaran Dalaman Persekitaran Luaran Berdasarkan Rajah, aspek pengurusan persekitaran fizikal dapat dibahagikan kepada 2 elemen iaitu persekitaran dalaman dan luaran. Penyediaan persekitaran dalaman dan luaran yang berkualiti sangat penting bagi memastikan kanak-kanak mendapat pengalaman pembelajaran yang holistik dan bermakna di samping dapat meningkatkan kemahiran mereka. 4.1 ASPEK PENGURUSAN PERSEKITARAN : FIZIKAL Rajah 110
MODUL 4 : PENGURUSAN PERSEKITARAN Ruang 4.1.1 PERSEKITARAN DALAMAN Ruang pembelajaran perlulah dilengkapi dengan pelbagai sudut dan ruang-ruang tambahan yang dapat membantu proses pembelajaran kanak-kanak. Contohnya, sudut sains dan teknologi, sudut seni dan estetika, sudut bahasa dan ruang main peranan. Ruang pembelajaran ini juga perlulah dilengkapi dengan peralatan-peralatan yang cukup seperti meja dan kerusi serta bahan-bahan yang dapat membantu pembelajaran kanak-kanak seperti flash cards dan big books. Ruang Pembelajaran 111
MODUL 4 : PENGURUSAN PERSEKITARAN Ruang 4.1.1 PERSEKITARAN DALAMAN Ruang membaca merupakan satu kawasan atau tempat yang khusus di dalam bilik darjah yang direka khas untuk aktiviti membaca. Ruang membaca perlulah dilengkapi dengan pelbagai bahan bacaan yang menarik mengikut tahap umur, perabot yang selesa seperti meja dan kerusi, serta hiasan menarik yang dapat merangsang minat kanak-kanak untuk membaca. Ruang Membaca 112
MODUL 4 : PENGURUSAN PERSEKITARAN Ruang 4.1.1 PERSEKITARAN DALAMAN Ruang permainan bebas merujuk kepada kawasan atau zon yang khusus disediakan untuk kanak-kanak bermain secara bebas tanpa terikat kepada struktur pembelajaran formal. Kawasan ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengekspresikan kreativiti, bersosial, dan mengembangkan kemahiran fizikal dan kognitif melalui permainan yang disediakan. Kanak-kanak juga diberi kebebasan untuk memilih permainan dan aktiviti yang mereka minat. Ruang ini perlulah dilengkapi dengan pelbagai jenis permainan seperti board games, congkak dan blok permainan. Ruang Permainan Bebas 113
MODUL 4 : PENGURUSAN PERSEKITARAN Ruang 4.1.1 PERSEKITARAN DALAMAN Dapur dan ruang makan perlulah diletakkan di kawasan yang hampir tetapi berasingan. Dapur di prasekolah perlulah dilengkapi dengan peralatan-peralatan masak seperti dapur gas, peti sejuk, kuali dan periuk. Ruang makan pula perlulah dilengkapi dengan meja dan kerusi yang cukup serta peralatan makan seperti pinggan, mangkuk, cawan, sudu dan garfu. Dapur dan Ruang Makan 114
MODUL 4 : PENGURUSAN PERSEKITARAN Ruang 4.1.1 PERSEKITARAN DALAMAN Stor merupakan sebuah ruang atau tempat yang digunakan untuk menyimpan peralatan, perabot, bahan pembelajaran, dan alatan permainan fizikal seperti kon, bola dan gelung. Barang-barang yang disimpan di dalam stor perlulah disusun dengan kemas dan teratur supaya barang-barang tersebut mudah dicari apabila diperlukan. Stor juga perlulah sentiasa dikunci bagi mengelakkan berlakunya kecurian. Stor 115
MODUL 4 : PENGURUSAN PERSEKITARAN Perabot dan Peralatan 4.1.1 PERSEKITARAN DALAMAN Perabot dan peralatan yang digunakan perlulah mengikut saiz kanak-kanak. Hal ini supaya dapat memastikan keselesaan dan kemudahan penggunaan kepada kanak-kanak. Meja, kerusi, dan peralatan lain sepatutnya disesuaikan dengan ketinggian dan ukuran badan mereka bagi mengelakkan kecederaan dan memudahkan kanak-kanak untuk mengakses peralatan tersebut. Sesuai dengan Saiz Kanak-kanak 116
MODUL 4 : PENGURUSAN PERSEKITARAN Perabot dan Peralatan 4.1.1 PERSEKITARAN DALAMAN Perabot dan peralatan yang digunakan hendaklah diperbuat daripada bahan yang selamat dan tahan lama seperti kayu, plastik yang berkualiti tinggi, atau logam yang tidak berkarat. Hal ini bagi menjaminn keselamatan kanak-kanak dan ketahanan perabot serta peralatan kegunaan harian. Bahan yang Selamat dan Tahan Lama 117
MODUL 4 : PENGURUSAN PERSEKITARAN Perabot dan Peralatan 4.1.1 PERSEKITARAN DALAMAN Perabot dan peralatan perlulah mempunyai warna atau diwarnakan dengan warna-warna yang ceria dan menarik untuk menarik minat kanak-kanak. Warna-warna cerah dan corak yang menarik dapat mencipta persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan serta dapat meningkatkan motivasi kanak-kanak untuk belajar. Mempunyai Warna yang Ceria dan Menarik 118
MODUL 4 : PENGURUSAN PERSEKITARAN Pencahayaan 4.1.1 PERSEKITARAN DALAMAN Cahaya di dalam kelas perlulah mencukupi dan seimbang untuk memastikan keselesaan penglihatan kanak-kanak semasa proses pembelajaran. Cahaya yang terlalu terang atau terlalu malap boleh mengganggu dan menjejaskan penglihatan kanak-kanak. Cahaya juga perlulah disesuaikan dengan aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan. Kecerahan Cahaya Sumber Cahaya Semula Jadi Sumber cahaya secara semula jadi adalah penting kerana dapat membantu meningkatkan suasana kelas yang positif. Dalam hal ini, guru perlu memastikan langsir dibuka untuk memastikan cahaya matahari masuk ke dalam bilik darjah. 119
MODUL 4 : PENGURUSAN PERSEKITARAN Pencahayaan Pemilihan lampu yang sesuai perlulah mengambil kira faktor-faktor seperti kecerahan, penyebaran cahaya, keselesaan visual, dan suasana di dalam kelas. Lampu yang digunakan juga perlulah mematuhi standard keselamatan dan kualiti yang sesuai untuk persekitaran prasekolah. Lampu yang Sesuai 4.1.1 PERSEKITARAN DALAMAN 120
MODUL 4 : PENGURUSAN PERSEKITARAN Kipas di dalam bilik darjah perlulah berfungsi dengan baik supaya pengaliran udara di dalam kelas berlaku dengan lancar. Di samping itu, kipas yang berfungsi juga dapat menjadikan persekitaran pembelajaran lebih selesa kepada kanak-kanak dan guru. Untuk memastikan bilik darjah mempunyai peredaran udara yang baik, guru perlulah membuka pintu dan tingkap kelas bagi membolehkan udara segar masuk ke dalam kelas. Selain itu, guru juga perlulah mengelakkan daripada menutup ruang-ruang ventilasi yang terdapat di dalam bilik darjah supaya tidak mengganggu peredaran udara. Pengudaraan 4.1.1 PERSEKITARAN DALAMAN Kipas Berfungsi dengan Baik Peredaran Udara yang Baik 121
MODUL 4 : PENGURUSAN PERSEKITARAN Teknologi 4.1.1 PERSEKITARAN DALAMAN Selaras dengan PAK 21, bilik darjah yang berkualiti perlulah dilengkapi dengan alat-alat teknologi seperti projektor, smartboard dan smart tv. Penggunaan teknologi dalam aktiviti PdP dapat membantu guru dalam meningkatkan pencapaian akademik kanak-kanak. Selain itu, penggunaan teknologi dalam PdP juga dapat membantu untuk guru menyampaikan isi pengajaran dengan lebih mudah dan menarik. Smartboard Projektor Smart tv 122
MODUL 4 : PENGURUSAN PERSEKITARAN Pemilihan warna cat dinding perlu sesuai dan dapat menarik perhatian kanak-kanak. Warna-warna yang dipilih perlulah warna yang terang seperti merah jambu, kuning dan jingga. Pemilihan warna cat yang terang dan ceria dapat membantu mencipta suasana yang gembira kepada kanak-kanak Keceriaan 4.1.2 PERSEKITARAN LUARAN Cat Dinding 123
MODUL 4 : PENGURUSAN PERSEKITARAN Selain pemilihan warna cat dinding, lukisan mural juga menjadi salah satu faktor yang dapat menarik minat kanakkanak. Lukisan mural yang dibuat perlulah menarik, berwarna-warni dan mempunyai unsur-unsur seperti kartun. Keceriaan 4.1.2 PERSEKITARAN LUARAN Lukisan Mural 124
MODUL 4 : PENGURUSAN PERSEKITARAN Landskap di luar prasekolah perlulah direka dengan teliti untuk mencipta ruang yang menarik dan seronok untuk kanak-kanak. Penggunaan elemen seperti taman taman permainan, kolam kecil, dan taman mini boleh meningkatkan daya tarikan dan keceriaan persekitaran luar prasekolah. Keceriaan 4.1.2 PERSEKITARAN LUARAN Landskap 125
MODUL 4 : PENGURUSAN PERSEKITARAN Kebersihan 4.1.2 PERSEKITARAN LUARAN Kebersihan kawasan prasekolah perlulah dijaga dengan sebaiknya. Persekitaran yang bersih dapat memberi impak yang positif terhadap kesihatan, emosi dan proses pembelajaran kanak-kanak. Kebersihan Kawasan 126
MODUL 4 : PENGURUSAN PERSEKITARAN Aspek Sosial Komunikasi Kerjasama Penjanaan Idea Berdasarkan Rajah, Aspek Pengurusan Persekitaran : Sosial dapat dibahagikan kepada 3 iaitu komunikasi, kerjasama dan penjanaan idea. Pengurusan persekitaran dari aspek sosial sangat penting kepada kanakkanak kerana persekitaran sosial yang baik dapat meningkatkan perkembangan kemahiran sosial mereka. 4.2 ASPEK PENGURUSAN PERSEKITARAN : SOSIAL Rajah 127
MODUL 4 : PENGURUSAN PERSEKITARAN Komunikasi Guru perlulah menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat meningkatkan kemahiran komunikasi kanak-kanak. Antara aktiviti yang boleh guru laksanakan ialah berbual, bertanya, dan mendengar. Aktiviti-aktiviti ini dapat membantu kanak-kanak untuk berinteraksi dan berkomunikasi secara efektif dengan rakan sebaya dan orang dewasa. Pembinaan Kemahiran Komunikasi 128
MODUL 4 : PENGURUSAN PERSEKITARAN Kerjasama Guru perlulah menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat meningkatkan kerjasama antara kanak-kanak. Kanakkanak perlu diajar untuk bekerjasama, berkongsi, dan mengambil giliran dalam aktiviti bersama untuk mencapai matlamat bersama. Antara aktiviti yang guru boleh lakukan ialah membersihkan bilik darjah bersama-sama dan aktiviti-aktiviti lain yang melibatkan kerjasama kanak-kanak dalam proses PdP. Penekanan Terhadap Kerjasama 129
MODUL 4 : PENGURUSAN PERSEKITARAN Penjanaan Idea Guru perlulah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk menjana dan memberi idea. Antara aktiviti yang boleh guru laksanakan ialah bercerita dan perbincangan. Melalui aktiviti tersebut, kanak-kanak diberi peluang untuk meberikan idea dan pendapat mereka di samping dapat meneroka idea-idea baharu dan meningkatkan kreativiti. Kebebasan Menjana Idea 130
MODUL 4 : PENGURUSAN PERSEKITARAN Aspek Emosi Tiada Diskriminasi Persekitaran Selamat Berdasarkan Rajah, Aspek Pengurusan Persekitaran : Emosi dapat dibahagikan kepada 2 iaitu tiada diskriminasi dan persekitaran yang selamat. Penyediaan pengurusan persekitaran dari aspek emosi sangat penting kepada kanak-kanak. Guru perlulah menyediakan persekitaran yang dapat menyokong emosi kanak-kanak. 4.3 ASPEK PENGURUSAN PERSEKITARAN : EMOSI Rajah 131
MODUL 4 : PENGURUSAN PERSEKITARAN Tanpa diskriminasi, kanak-kanak akan berasa lebih dihargai dan diterima oleh guru dan rakan sebaya mereka. Ini dapat meningkatkan keyakinan diri mereka serta membantu mengurangkan risiko timbulnya perasaan terasing atau tidak dihargai Kanak-kanak berasa lebih selamat dan selesa apabila mereka berada dalam persekitaran yang selamat dan bebas daripada ancaman. Ini dapat mengelakkan kanak-kanak daripada berasa bimbang dan gelisah sehingga takut untuk ke sekolah disebabkan oleh persekitaran yang tidak selamat. Tiada Diskriminasi Persekitaran Selamat 4.3 ASPEK PENGURUSAN PERSEKITARAN : EMOSI 132
MODUL 4 : PENGURUSAN PERSEKITARAN Menjamin persekitaran yang selamat untuk kanakkanak dengan memastikan penggunaan peralatan dan struktur bangunan yang kukuh serta tiada objek berbahaya yang boleh membahayakan mereka. Contohnya, pemasangan palang keselamatan di sekitar kawasan berbahaya, melabelkan barangbarang yang berbahaya dan pemeriksaan berkala terhadap peralatan permainan. Pengurusan Keselamatan 4.4 CADANGAN ASPEK PENGURUSAN PERSEKITARAN Memastikan persekitaran prasekolah sentiasa bersih dan teratur. Ini termasuk menyediakan rutin penyelenggaraan harian, membersihkan kawasan makan, tandas, ruang bermain, dan kelas. Contohnya, guru membuat jadual pembersihan harian. Pengurusan Kebersihan 133
MODUL 4 : PENGURUSAN PERSEKITARAN 4.4 CADANGAN ASPEK PENGURUSAN PERSEKITARAN Membina hubungan yang positif antara kanak-kanak dan ibu bapa untuk mencipta persekitaran yang menyokong pertumbuhan dan pembelajaran kanakkanak. Contohnya, guru berkomunikasi secara terbuka dengan ibu bapa mengenai perkembangan kanak-kanak, dan melibatkan mereka dalam aktiviti dan program di prasekolah. Hubungan Positif Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengeksplorasi, membuat kesilapan, dan belajar dari pengalaman mereka tanpa tekanan yang berlebihan. Ini termasuk menyediakan pelbagai pilihan aktiviti dan kaedah pembelajaran, serta memberikan sokongan yang sesuai kepada setiap kanak-kanak mengikut keperluan dan tahap perkembangan mereka. Peluang Pembelajaran 134
MODUL 5 : PENGURUSAN KESIHATAN KANDUNGAN MODUL : 5.0 PENGENALAN 5.1 PENYAKIT BERJANGKIT 5.2 LANGKAH PENCEGAHAN PENULARAN 5.3 PENGURUSAN MAKANAN DAN DIET 5.4 PENJAGAAN KESIHATAN GIGI
MODUL 5 : PENGURUSAN KESIHATAN Mengikut takrifan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) : ” Kesihatan adalah satu keadaan merangkumi kesihatan secara fizikal, mental dan sosial dan tidak hanya ketiadaan penyakit”. Kesihatan adalah sesuatu yang berharga dan tidak boleh dijual beli di pasaran. Tahap kesihatan yang baik menjamin kehidupan yang baik. Oleh itu, kesihatan diri perlu dijaga dengan rapi untuk mengelakkan badan dijangkiti penyakit dan mengekalkan momentum diri. Kanak-kanak merupakan individu yang paling mudah dijangkiti penyakit kerana sistem imun mereka masih membangn. Selain dari itu, aktiviti-aktivti yang dilakukan oleh kanak-kanak menyebabkan mereka lebih terdedah kepada kuman, berbanding dengan orang dewasa. Oleh itu, pengurusan kesihatan di prasekolah merupakan pengurusan yang perlu dititikberatkan dan dilaksanakan secara teliti oleh pihak prasekolah. 5.0 PENGENALAN 137
MODUL 5 : PENGURUSAN KESIHATAN Kanak-kanak sangat rentan atau mudah mendapat jangkitan. Mereka belum pernah terdedah kepada banyak jenis kuman. Maka, ketahanan tubuh mereka melalui antibodi belum terbentuk lagi. Selain dari itu, aktiviti-aktivti yang dilakukan oleh kanakkanak menyebabkan mereka lebih terdedah kepada kuman, berbanding dengan orang dewasa. Penyakit berjangkit boleh disebabkan oleh kuman seperti virus, bakteria atau parasit. Kuman-kuman tersebut boleh disebarkan melalui makanan dan minuman, sentuhan, pernafasan, peralatan seperti mainan, sudu garpu dan tuala, serangga seperti nyamuk, dan haiwan seperti tikus. 5.1 PENYAKIT BERJANGKIT 138
MODUL 5 : PENGURUSAN KESIHATAN 5.1 PENYAKIT BERJANGKIT 5.1.1 CARA PENYEBARAN PENYAKIT BERJANGKIT 139
MODUL 5 : PENGURUSAN KESIHATAN 5.2 LANGKAH PENCEGARAHAN PENULARAN 5.2.1 PENJAGAAN KEBERSIHAN PERSEKITARAN Pastikan tandas sentiasa dalam keadaan bersih. Jangan biarkan pakaian atau lampin bersepah-sepah di dalam tandas kerana ia boleh menyebabkan pencemaran dan pencemaran lintang. Pastikan lampin pakai buang dibuang ke dalam tong sampah yang bertutup bagi mengelakkan ia dihurung lalat. Pastikan penyediaan makanan dibuat dengan betul dan bersih. Pastikan makanan / susu dihidangkan atau diberi terus kepada kanak-kanak selepas disediakan. Penyimpanan melebihi 4 jam dan dalam keadaan yang tidak sempurna boleh menyebabkan kuman membiak di dalam makanan / susu. permukaan yang kerap disentuh oleh kanak-kanak yang memakai lampin atau kanak-kanak dengan air liur yang sentiasa terkeluar hendaklah juga didisinfeksi. Ia hendaklah didisinfeksi sekurang-kurangnya sekali sehari; atau apabila ia kelihatan tercemar. Cuci dahulu dengan sabun dan air; kemudian lap dengan tuala. 140
MODUL 5 : PENGURUSAN KESIHATAN 5.2 LANGKAH PENCEGARAHAN PENULARAN 5.2.2 PENJAGAAN KEBERSIHAN KANAK-KANAK Penjagaan kebersihan diri kanak-kanak adalah penting bagi memastikan mereka mempunyai gaya hidup yang sihat dan terhindar dari jangkitan penyakit. Berikut adalah beberapa aspek yang perlu dititilberat dalam penjagaan kebersihan diri kanak-kanak. MENCUCI TANGAN MEMOTONG KUKU MEMAKAI PAKIAN BERSIH MANDI DENGAN BERSIH MENGGOSOK GIGI 141
MODUL 5 : PENGURUSAN KESIHATAN 5.2 LANGKAH PENCEGARAHAN PENULARAN 5.2.3 PENYARINGAN KANAK-KANAK Saringan dilaksanakan di bilik saringan atau di ruang khas yang disediakan. Adalah lebih baik jika saringan dapat dibuat sebelum kanak-kanak masuk ke premis bagi memudahkan langkah kawalan seterusnya dilakukan. Premis digalakkan untuk mengujudkan satu bilik isolasi atau pengasingan, iaitu bilik bagi menempatkan kanak-kanak dengan gejala penyakit berjangkit sementara menunggu ibubapa atau penjaga mengambil mereka. Ia bertujuan untuk menghalang kanak-kanak berpenyakit dari bercampur dengan kanak-kanak lain dan berkemungkinan akan menyebarkan penyakit. Cara saringan boleh dilakukan dengan mengajukan soalan kepada ibubapa atau penjaga semasa mereka menghantar kanak-kanak. Bagi sesetengah gejala, pemeriksaan boleh dilakukan jika pengendali mampu melakukannya, seperti mengambil suhu badan kanak-kanak menggunakan thermometer bagi kanakkanak yang demam (jangkasuhu (thermometer) dahi atau telinga atau digital) dan melihat tanda-tanda penyakit-penyakit berjangkit. 142
DITANYA DIPERIKSA (JIKA BOLEH) Demam Suhu > 37.5 Selsema Hidung berhingus Batuk Batuk Cirit birit Ruam, lepuh, kudis Ruam, lepuh, kudis Sakit mata Mata merah / bertahi MODUL 5 : PENGURUSAN KESIHATAN 5.2 LANGKAH PENCEGARAHAN PENULARAN 5.2.3 PENYARINGAN KANAK-KANAK Gejala yang perlu disaring adalah seperti berikut: Jika penyakit kanak-kanak telah dipastikan oleh doktor sebagai penyakit penyakit berjangkit, kanak-kanak tersebut tidak boleh dibenarkan sama sekali untuk hadir ke premis sehingga habis tempoh jangkitan. Dapatkan nasihat dari pejabat kesihatan terdekat jika perlu. Jika pengendali mengesyakki kanak-kanak dijangkiti penyakit berjangkit semasa berada di dalam premis, pengendali perlu menghubungi ibubapa kanak-kanak tersebut 143
MODUL 5 : PENGURUSAN KESIHATAN 5.2 LANGKAH PENCEGARAHAN PENULARAN 5.2.3 PENYARINGAN KANAK-KANAK 144
MODUL 5 : PENGURUSAN KESIHATAN 5.2 LANGKAH PENCEGARAHAN PENULARAN 5.2.4 POLISI PENGECUALIAN Pihak pengendali premis dicadangkan agar menyediakan polisi pengecualian hadir ke pusat jagaan atau bimbingan sekiranya kanak-kanak mengidap sebarang penyakit berjangkit. Polisi hendaklah dimaklumkan dan diterangkan serta diedarkan kepada ibubapa dan penjaga kanak-kanak. Gejala atau tanda - tanda jangkitan penyakit yang mempunyai risiko jangkitan kepada kanak-kanak lain ialah Demam Cirit - birit Muntah Ruam dengan demam Sakit tekak dngan demam dan kelenjar membengkak Batuk yang teruk Sakit mata Sakit kuning / jaundis Menangis tidak berhenti 145
MODUL 5 : PENGURUSAN KESIHATAN 5.2 LANGKAH PENCEGARAHAN PENULARAN 5.2.5 PENGENDALIAN KES PENYAKIT BERJANGKIT Kanak-kanak yang disyakki mengidap penyakit berjangkit semasa berada di pusat jagaan atau pusat bimbingan hendaklah dimaklumkan kepada ibubapa mereka dengan segera untuk mendapat rawatan doktor. Sementara menunggu kedatangan ibubapa mereka, kanak-kanak tersebut hendaklah diasingkan di bilik pengasingan dan tidak bercampur dengan kanak-kanak lain. 5.2.6 MELAPORKAN KES PENYAKIT BERJANGKIT Selain dari mengasingkan kanak-kanak yang disyakki mengidap penyakit berjangkit dan memaklumkan kepada ibubapa atau penjaga kanak-kanak, pengendali premis juga dikehendaki memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tindakan lanjut. Pihak kesihatan akan membuat pemeriksaan lanjut atau memberi nasihat pencegahan dan kawalan yang berpatutan. Sila rujuk lampiran 6 untuk nombor telefon pejabat kesihatan di kawasan anda. 146
MODUL 5 : PENGURUSAN KESIHATAN 5.2 LANGKAH PENCEGARAHAN PENULARAN 5.2.7 PENUTUPAN PREMIS Penularan penyakit dapat dicegah dengan penutupan premis. Ia amat berkesan untuk penyakit-penyakit yang akut dan mudah merebak seperti: HFMD Demam campak Rubella Begok (mumps) Kolera\ Disentri Penutupan premis bertujuan untuk mengurangkan kontak kes dengan kanak-kanak sihat yang lain memudahkan pembersihan dan disinfeksi premis. memudahkan kerja-kerja penambahbaikan premis mengikut nasihat yang telah diberikan oleh pihak berkuasa. Kriteria penutupan premis adalah seperti di bawah:- pengesanan kes secara aktif oleh pasukan kesihatan di premis tersebut membuktikan pengendali tidak membuat saringan dan pengasingan kes. pengendali gagal membuat kerja pembersihan bagi mengelakkan rebakan penyakit. 147
MODUL 5 : PENGURUSAN KESIHATAN 5.3 PENGURUSAN MAKANAN DAN DIET Prasekolah perlu menyediakan makanan yang berkualiti dan seimbang kepada kanak-kanak dengan mengambil kira keperluan diet khusus atau alergi. Prosedur keselamatan makanan perlu dipatuhi untuk mengelakkan risiko keracunan makanan. Pengurusan makanan yang sihat dan merangkumi diet seimbang adalah berpandukan Piramid Makanan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malayasia seperti rajah di bawah Corak pemakanan yang tidak sihat merupakan antara punca utama datangnya segala penyakit berbahaya. Oleh itu, kanak-kanak perlu mengamalkan diet pemakanan yang seimbang dengan menyediakan makanan yang sihat dan berkhasiat kepada mereka. Diet pemakanan yang seimbang yang terbaik adalah berpandukan piramid makanan yang telah dikeluarkan oleh KKM. Contohnya, mengamalkan hidangan suku-suku separuh dengan melebihkan hidangan sayuran dan buah serta protein kepada kanak-kanak. Rajah 1 Piramid Makanan Malaysia 2020 148
MODUL 5 : PENGURUSAN KESIHATAN 5.4 PENJAGAAN KESIHATAN GIGI Pendedahan berkaitan penjagaan kesihatan gigi dapat mensasarkan kanakkanak untuk mempunyai Mulut Bebas Karies (MBK). Jabatan Kesihatan Negeri/Daerah membuat perancangan pemberian pendidikan kesihatan dan rawatan pergigian di pusat pendidikan awal kanak-kanak. Lawatan ke tadikatadika dilakukan sekuranya-kurangnya 2 kali setahun. LAWATAN PERTAMA Ceramah kesihatan pergigian Latihan memberus gigi berkesan Pemeriksaan Pemeriksaan pergigian Latihan memberus gigi berkesan Role play / Pertunjukan puppet/ Permainan aplikasi pergigian Rawatan pergigian LAWATAN KEDUA Latihan memberus gigi berkesan Role play / Pertunjukan puppet/ Permainan aplikasi pergigian Rawatan pergigian 5.4.1 LAWATAN KESIHATAN GIGI 149
MODUL 5 : PENGURUSAN KESIHATAN 5.4 PENJAGAAN KESIHATAN GIGI 5.4.2 CARA MEMBERUS GIGI 150