MODUL 6 : PENGURUSAN KESELAMATAN KANDUNGAN MODUL : 6.0 PENGENALAN 6.1 ASPEK KESELAMATAN DI PRASEKOLAH 6.2 PETI PERTOLONGAN CEMAS 6.3 PAPAN TANDA KESELAMATAN DI PRASEKOLAH 6.4 LATIHAN KEBAKARAN 6.5 LANGKAH KESELAMATAN SEMASA KEBAKARAN 6.6 ALAT PEMADAM API 6.7 PELAN LANTAI SEMASA KEBAKARAN
MODUL 6 : PENGURUSAN KESELAMATAN Konsep keselamatan merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh individu atau kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan seperti kemalangan, kematian atau kecederaan. Tanpa perlindungan keselamatan, kanak-kanak akan merasa takut, bimbang atau mudah terdedah kepada sesuatu yang memudaratkannya sama ada secara sedar atau tidak. Keselamatan ditakrifkan sebagai tingkah laku dan amalan yang boleh menghalang kanak-kanak dari kecederaan. Kecederaan dirasai oleh kanak-kanak boleh memberi kesan kepada kesihatan mereka. Oleh itu, keselamatan di prasekolah merupakaan keutamaan bagi pelajar untuk memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Kanak-kanak memerlukan pemerhatian istimewa dalam aspek keselamatan kerana kesihatan mereka dipengaruhi secara terus oleh persekitaran mereka. Oleh itu, kesedaran keselamatan diserap dengan lebih awal melalui program pendidikan awal untuk mengelak daripada kejadian yang tidak diingini daripada berlaku. Seharusnya usaha-usaha untuk mencegah kecederaan yang secara tidak sengaja dan kematian menjadi tanggungjawab utama setiap ibu bapa, guru dan penjaga pusat penjagaan kanakkanak. Di prasekolah, pengurusan keselamatan boleh diberikan dengan memastikan persekitaran prasekolah adalah selamat dan melaksanakan latihan keselamatan bersama kanak-kanak. 6.0 PENGENALAN 153
MODUL 6 : PENGURUSAN KESELAMATAN 6.1 ASPEK KESELAMATAN DI PRASEKOLAH ASPEK KESELAMATAN DI PRASEKOLAH ASPEK KESELAMATAN DALAMAN ASPEK KESELAMATAN LUARAN 154
MODUL 6: PENGURUSAN KESELAMATAN 6.1 ASPEK KESELAMATANDI PRASEKOLAH 6.1.1 KESELAMATAN DALAMAN Ruang Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) Bilik Air Ruang Dapur Peralatan dan perabot hendaklah sentiasa berada dalam keadaan selamat dan sesuai. Memastikan peralatan tajam dan berbahaya disimpan di tempat yang selamat selepas aktiviti PdP. Memastikan semua sambungan peralatan elektrik tidak melebihi kapasiti yang dibenarkan, berada di tempat yang sesuai dan sukar dicapai oleh murid. Peti pertolongan cemas yang lengkap tidak boleh mengandungi ubat yang dipreskripsi serta tidak melebihi tarikh luput dan berada di tempat yang sesuai. Memastikan keadaan fizikal, pengudaraan dan pencahayaan adalah baik untuk murid. Penyusunan perabot yang tidak berhampiran dengan tingkap Pemilihan cat yang selamat untuk kanak-kanak a. Ruang Pengajaran Dan Pembelajaran 155
MODUL 6: PENGURUSAN KESELAMATAN 6.1 ASPEK KESELAMATANDI PRASEKOLAH Jubin lantai jenis anti licin, bersih dan terdapat pelapik getah Pemantauan penggunaan tandas yang kerap Ketinggian dan saiz tandas susuk yang sesuai Ketinggian sinki yang sesuai b. Bilik air Kedudukan perabot tidak berhampiran dengan tingkap Peralatan bahaya di simpan di tempat yang selamat dan melabelkannya Punca elektrik tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak Pemasangan palang penghadang keselamatan di pintu Mengelap sevarang tumpahan cecair di lantai b. Dapur 156
MODUL 6: PENGURUSAN KESELAMATAN 6.1 ASPEK KESELAMATANDI PRASEKOLAH 6.1.2 KESELAMATAN LUARAN Taman Permainan Permainan Pasir Permainan Air Peralatan Kebun Sistem Perparitan Stor 157
MODUL 6: PENGURUSAN KESELAMATAN 6.1 ASPEK KESELAMATANDI PRASEKOLAH 6.1.2 KESELAMATAN LUARAN Memastikan semua alat permainan luar selamat dan berfungsi. Memastikan alatan yang rosak dibuat pelupusan dan memohon penggantian. Memastikan kawasan taman permainan bebas daripada bahaya termasuk tiada tumbuhan yang memudaratkan. Pembersihan berkala perlu dilakukan. a. Taman Permainan Pasir disimpan dalam bekas yang boleh ditutp jika boleh digunakan Nyatakan panduan yang jelas ketika aktiviti bermain pasir Sentiasa membersihkan pasir daripada perkara yang merbahaya b. Permainan Pasir Air di dalam bekas yang selamat dan mesra pengguna Membersihkan air takungan daripada perkara merbahaya Mengosongkan air kolam buatan selepas digunakan c. Permainan Air 158
MODUL 6: PENGURUSAN KESELAMATAN 6.1 ASPEK KESELAMATANDI PRASEKOLAH Perlatan kebun di simpan di tempat yang selamat selepas digunakan Kanak-kanak dipantau ketika menggunakan peralatan perkebunan Menyediakan peralatan perkebunan yang sesuai untuk kanak-kanak d. Peralatan Perkebunan Longkang dan parit sentiasa dibersihkan Longkang ditutup e. Sistem Perparitan Kanak-kanak tidak dibenarkan untuk memasuki stor Stor setiasa berada dalam keadaan besih dan selamat d. Stor 159
MODUL 6: PENGURUSAN KESELAMATAN 6.2 PETI PERTOLONGAN CEMAS Sarung Tangan Getah Perubatan Sarung tangan getah digunakan untuk merawat luka berdarah. Sarung tangan getah bertujuan untuk mengelak jangkitan daripada tangan perawat atau jangkitan daripada luka mangsa. Plaster luka Plaster luka digunakan untuk menampal luka kecil. Hal ini bagi memastikan luka tersebut tidak dterdedah dengan bakteria. Kain Kasa Kain kasa digunakan untuk menutup kawasan luka. Kain kasa juga dugunakan untuk menyapu cecair alkohol pada luka atau menyapu larutan ubat kuning pada luka. Anduh Kain anduh kebiasaan digunakan untuk menyokong anggota badan yang cedera. Contohnya, menggantungkan tangan yang cedera pada bahu. 160
MODUL 6: PENGURUSAN KESELAMATAN 6.2 PETI PERTOLONGAN CEMAS Cecair Alkohol Cecair alkohol didapati dalam bentuk paket dan botol kecil. Alkohol berfungsi untuk membersihkan dan mensanitasikan luka daripada kekotoran. Krim Panas Krim panas atau analgesik ini boleh digunakan untuk meredakan kesakitan otot dan sendi. Krim ini tidak boleh digunakan untuk sakit terseliuh. Krim Kalamin (Calamine) Krim kalamin (calamine) digunakan untuk merawat masalah kegatalan. Antaranya seperti ruam panas, gigitan serangga, ataupun melecet. Paracetamol Ini ialah ubat penahan sakit yang paling biasa dan paling selamat. Tetapi, ubat ini haruslah diambil dengan dos yang betul. 161
MODUL 6: PENGURUSAN KESELAMATAN 6.2 PETI PERTOLONGAN CEMAS Gunting Gunting digunakan untuk memotong kain kasa, pita micropore, pembalut, pakaian mangsa, atau apa saja yang diperlukan untuk dipotong. Penyepit kecil Penyepit ini boleh digunakan untuk membersihkan anggota yang terkena batu atau pasir. Selain itu, mengeluarkan sesuatu daripada rongga. Bebola Kapas Bebola kapas berguna untuk membersihkan luka, anggota yang tercedera, serta menyerap darah daripada luka dan juga menyapu alkohol atau ubat luka. Ubat Kuning Ubat kuning atau acriflavine lotion ini digunakan untuk mensanitasi dan membersihkan luka. Ia juga digunakan untuk membasmi kuman pada kawasan luka sebelum dibalut. 162
MODUL 6: PENGURUSAN KESELAMATAN 6.2 PETI PERTOLONGAN CEMAS Pita Pembedahan Pita pembedahan digunakan untuk melekatkan kain kasa pada luka yang tidak serius. Pita ini tidak boleh dilekatkan secara terus pada luka. Ubat Tahan Sakit Kalau ada mangsa yang terseliuh, ubat ini juga boleh diberikan untuk mengurangkan sakit akibat kecederaan. Ubat ini tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak. 163
MODUL 6: PENGURUSAN KESELAMATAN 6.3 PAPAN TANDA KESELAMATAN DI PRASEKOLAH Papan tanda “Dilarang Merokok” biasanya dilekatkan pada pintu masuk prasekolah. Papan tanda ini bertujuan untuk memberi peringatan kepada semua individu tentang peraturan larangan merokok yang perlu dipatuhi di kawasan prasekolah. Hal ini bertujuan untuk menjamin keselamatan dan kesihatan individu di sekeliling prasekolah terutamanya kanakkanak. Papan tanda “hati-hati Kawasan Licin” biasanya diletakkan di kawasan yang licin disebabkan oleh tumpahan air dan sebagainya. Papan tanda ini bertujuan untuk memberi peringatan kepada kanak-kanak, guru dan orang sekeliling untuk berhati-hati. Dengan ini, kemalangan yang berlaku di prasekolah dapat dikurangkan. 164
MODUL 6: PENGURUSAN KESELAMATAN 6.4 LATIHAN KEBAKARAN Latihan kebakaran di prasekolah adalah telah menjadi satu program yang wajib dilakukan. Latihan kebakaran adalah bermaksud memberikan informasi tentang cara menyelamatkan diri semasa kebakaran bagi murid-murid sekolah. Latihan kebakaran merangkumi latihan pengungsian bangunan, penggunaan alat pemadam api, taklimat tindakan awal menyelamatkan diri & tindakan pencegahan kebakaran. Antara kebaikan latihan kebakaran ialah memberi kesedaran tentang teknik untuk menyelamatka menyelamatkan diri sekirannya sekirannya berlaku kebakaran di sekolah. Selain itu, latihan ini diadakan di prasekolah adalah untuk menyampaikan teknik-teknik penggunaan pemadam api. Di samping itu, latihan kebakaran di sekolah dijalankan bagi menyalurkan informasi tentang punca-punca berlakunya kebakaran terutamanya di dalam kawasan prasekolah. Kesimpulannya, pihak bertanggungjawab di prasekolah seperti guru haruslah memastikan bahawa latihan kebakaran diadakan di prasekolah bagi kepentingan aset yang paling pentung iaitu nyawa seseorang. 165
MODUL 6: PENGURUSAN KESELAMATAN 6.4 LATIHAN KEBAKARAN 6.4.1 CONTOH BORANG PENILAIAN LATIHAN KEBAKARAN 166
MODUL 6: PENGURUSAN KESELAMATAN 6.5 LANGKAH KESELAMATAN SEMASA KEBAKARAN 6.5.1 TINDAKAN SEMASA BERLAKU KEBAKARAN Membunyikan penggera atau loceng kecemasan. Membuat panggilan kecemasan. Menggunakan peralatan pemadam api. Mengosongkan bangunan. Berkumpul di tempat lapang dan jauh dari bangunan. Merekod kehadiran. Memindahkan mangsa kebakaran. Mendaftarkan mangsa yang tercedera. 167
MODUL 6: PENGURUSAN KESELAMATAN 6.5 LANGKAH KESELAMATAN SEMASA KEBAKARAN 6.5.2 POSTERLANGKAH KESELAMATAN KEBAKARAN Bagi memudahkan pemahaman kanak-kanak tentang tindakan yang perlu dilakukan oleh mereka semasa berlakunya kebakaran, guru sewajarnya menyediakan satu poster yang menarik tentang tindakan semasa berlakunya kebakaran. Poster yang berkesan merangkumi arahan yang mudah serta arahan yang dilengkapi juga dengan gambar. Jadi, guru sewajarnya menampalkan poster ini di ruang dalam prasekolah di tempat yang mudah dilihat oleh kanak-kanak. 168
MODUL 6: PENGURUSAN KESELAMATAN 6.5 LANGKAH KESELAMATAN SEMASA KEBAKARAN 6.5.2 POSTERLANGKAH KESELAMATAN KEBAKARAN 169
MODUL 6: PENGURUSAN KESELAMATAN 6.6 ALAT PEMADAM API Tanggalkan alat keselamatan daripada pemadam api. Pull Aim Squeeze Sweep Acukan muncung alat pemadam api ke pangkal api. Tekan tukil atas alat pemadam api. Semburkan kearah api dengan cara menyapu. P A S S Pastikan alat pemadam api ditegakkan. Tanggalkan alat keselamatan yang dilengkapkan bagi mengelakkan kegunaan secara tidak sengaja. Acukan muncung alat pemadam api ke pangkal api, Pastikan anda berada pada jarak kira-kira 1 hingga 1.5 meter daripada api. Tekan tukil atas alat pemadam api. Gunakan cara menyapu ketika penyemburan dilakukan pada keseluruhan bahagian api. 6.6.1 CARA PENGGUNAAN ALAT PEMADAM API 170
MODUL 6: PENGURUSAN KESELAMATAN 6.6 ALAT PEMADAM API 6.6.2 CONTOH SENARAI SEMAK ALAT PEMADAM API 171
MODUL 6: PENGURUSAN KESELAMATAN 6.7 PELAN LANTAI SEMASA KEBAKARAN Pelan lantai semasa kebakaran merupakan satu perkara yang amat penting untuk disediakan untuk membantu proses pengosongan bangunan prasekolah dengan cepat serta berjalan dengan lancar. Oleh itu, guru sewajarnya merancang pelan lantai semasa kebakaran dan dilekatkan dimana-mana tempat yang mudah untuk dilihat. Contohnya, pada papan kenyataan. 172
173 RUJUKAN Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. (n.d.). Perkhidmatan Pergigian Pra Sekolah. https://jknmelaka.moh.gov.my/xs/page.php?s=perkhidmatan-pergigian-prasekolah Kementerian Kesihatan Malaysia. (2012). Garis Panduan Pemeriksaan Pemantauan Taska. Kementerian Kesihatan Malaysia. (2018). Modul Latihan Penyediaan Makanan di Taska, Tabika dan Prasekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Garis Panduan Pengurusan Prasekolah. Kementerian Perpaduan Negara. (2023). Buku Pengurusan dan Pentadbiran Taska Genius Perpaduan. Mohamad Albaree Abdul, Norhafizi Mohd Arof, Iylia Mohamad, Fairuz 'Ain Harun, Nurul Akma Jamil, Nur Ain Farhana Kariuddin, & Hazhari Ismail. (2023). Pengaruh Persekitaran Pembelajaran Dalam Meningkatkan Perkembangan Emosi Kanak-Kanak Tadika : Satu Kajian Kes. Jurnal Pendidikan Kanak-Kanak Kebangsaan, 12(2). https://doi.org/10.37134/jpak.vol12.2.5.2023. National Association for the Education of Young Children. (n.d.). The 10 NAEYC Program Standards. https://www.naeyc.org/our-work/families/10- naeyc-program-standards