The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Norfazilah Mohamad Pon, 2024-01-02 20:21:45

Kompilasi Abstrak Projek Pelajar Sesi 1 2023/2024

Abstrak Projek Pelajar PKS Sesi 1 2023/2024

Keywords: Abstrak

PEMBANGUNAN SISTEM KOD QR MENU PESANAN MAKANAN DAN MINUMAN DI MAHAIDA CAFE JABATAN PERDAGANGAN 232 Penyelia NOOR AFIDA BINTI OMAR Ahli Kumpulan NAZATUL AALIYA BINTI MUJIBURAHMAN (05DPM21F2005) NURUL MAZIAH BINTI MOHAMAD MADZIHI (05DPM21F2017) Menu restoran kod QR ialah trend restoran terbaharu hari ini. Ia merupakan bentuk menu digital yang memanfaatkan teknologi QR untuk memudahkan pesanan dan pembayaran tanpa sentuhan fizikal. Projek ini merupakan inisiatif digital untuk membangunkan kod QR dalam pemilihan dan pesanan menu bagi meningkatkan kecekapan dan keselesaan pelanggan di Mahaida Café. Masalah ketidakcukupan tenaga kerja, kekurangan menu fizikal, dan keluhan pelanggan terhadap servis lambat menjadi pendorong untuk melaksanakan projek ini. Objektif projek termasuk bangunkan sistem QR Code menu pesanan, jimatkan masa mengambil pesanan, dan memudahkan proses pesanan oleh pelanggan melalui imbasan Kod QR menggunakan telefon pintar. Penemuan hasil diperoleh melalui pemerhatian, temuduga, dan soal selidik. Kesimpulan menunjukkan bahawa sistem ini membantu menjimatkan masa dan memudahkan proses pesanan pelanggan. Cadangan termasuk memberikan arahan kepada pengguna kurang arif teknologi, menawarkan bantuan dan menu fizikal, serta menyediakan alternatif untuk pelanggan yang kehilangan sambungan internet, seperti telefon simpanan atau perkhidmatan luar talian. Kata Kunci: Menu kod qr, sistem pesanan Abstrak


HELMET SPRAY PERFUME JABATAN PERDAGANGAN 233 Supervisor NOORHAFIZAH BINTI AKUP Group Members AMIRA FAZILA BINTI KHAIROL ANUAR (05DPM21F2065) NURUL IZZAH BINTI AZMANI (05DPM21F2053) The revolutionary Helmet Spray Perfume is an innovative solution specifically designed for motorcycle riders facing the challenges for discomfort. By eliminating bad odors, promoting cleanliness, and ensuring rider comfort, Helmet Spray Perfume emerges as a must-have for those seeking an enhanced and hassle-free journey on two wheels. When transitioning from creating bottle perfumes to developing helmet perfume, there are three clear objectives that align with SR Fragrance business goals. Our project objectives are firstly, to develop a diverse range of high-quality helmet perfume with unique and appealing fragrances. Secondly, to gain brandrecognition to improve SR Fragrance to diverse range of consumers. Thirdly, to satisfy consumer wants and needs. The method that was used to complete this project are survey through questionnaire by using google form and interview. We distribute google form link through online and QR code while offline to collect all of the data regarding the research of inventing helmet spray perfume. Besides, using the interviewing method also helps us to gain information to invent this product. To conclude, these methods can be one of the big impacts in completing this innovation. Keywords: The revolutionary helmet spray perfume Abstract


PENAMBAHBAIKAN PEMBUNGKUSAN PES PERAPAN MADU H’MOS JABATAN PERDAGANGAN 234 Penyelia ZAINAH BINTI SEMAN Ahli Kumpulan ISSAMUDDIN QUSYAIRI RAIHAN BIN AHMAD DENAN (05DPM21F2107) TOBBY HUDSON ANAK BOBBY HUDSON (05DPM21F2057) Pada masa kini, produk makanan berbentuk segera siap guna semakin mendapat sambutan dalam kalangan pengguna selari dengan perubahan gaya hidup dan kehendak pelanggan untuk menyediakan makanan dengan lebih cepat serta bernutrisi. Selain itu, sesuatu produk yang mempunyai nilai dari segi harga, rasa yang premium membuatkan produk tersebut berbaloi untuk dibeli. Justeru itu, H’MOS mengambil inisiatif ini untuk menambahbaik produk pes perapan madu yang dikeluarkannya. Terdapat beberapa masalah yang dikenalpasti oleh H’MOS dalam memasarkan produk yang dikeluarkannya iaitu pembungkusan produk yang tidak berkualiti untuk ketahanan produk, label produk yang tidak mengandungi maklumat yang diperlukan oleh pelanggan serta pemilihan pembungkusan pada produk yang tidak sesuai dan menarik. Oleh yang demikian, objektif projek ini dijalankan adalah untuk menghasilkan pembungkusan yang menarik untuk pes perapan madu, menambahbaik maklumat pada label pes perapan madu serta menambah baik kandungan produk dengan menyediakan pek ‘2 in 1’. Projek ini telah mengambil masa selama empat bulan untuk dilaksanakan. Maklumbalas daripada pelanggan terhadap penambahbaikan tersebut diperolehi dengan mengedar borang soal selidik melalui google form dan maklum balas pelanggan melalui aplikasi WhatsApp. Secara keseluruhannya, didapati pelanggan berpuas hati dengan pembungkusan, rekabentuk, kandungan & rasa pes yang telah ditambahbaik. Justeru itu, kepelbagaian promosi perlu dilakukan untuk memperkenalkan pes ini bukan sahaja di Sarawak tetapi juga di Sabah dan Semenanjung Malaysia pada masa akan datang. Kata Kunci: Penambahbaikan, pes perapan, pembungkusan Abstrak


BEKAS TAPISAN MINYAK MASAK INOVATIF JABATAN PERDAGANGAN 235 Penyelia MOHD FIRDAUS MUSTAKIM BIN YAHYA Ahli Kumpulan IZZANI SYAHIRAH BINTI SAIFUZZAMAN (05DPM21F2019) MOHAMAD ALIF ROZAIMAN BIN ROSLAN (05DPM21F2043) Kajian ini membincangkan inovasi dalam bekas tapisan minyak masak, dikenali sebagai CooFil, yang bertujuan mengatasi masalah pembaziran minyak masak, pencemaran berkualiti rendah, dan ketidakstabilan harga. Dengan menggunakan bekas cawan besi yang dilengkapi dengan jaring, CooFil membolehkan pengguna menapis dan menggunakan semula minyak masak berkali-kali selagi masih berkualiti. Hasil simulasi menunjukkan keberkesanan CooFil dalam mengurangkan pembaziran dan risiko pencemaran alam sekitar. Analisis data mengindikasikan majoriti responden bersetuju dengan keberkesanan penapisan minyak masak. Walaupun CooFil mencapai objektif utama, penambahbaikan masih diperlukan untuk meningkatkan keberkesanan produk ini. Kata Kunci: Penapis minyak masak inovatif cooFil Abstrak


KAJIAN PERANCANGAN INOVASI MAKANAN SIAP SAJI : KASAM SAWI SARAWAK (KSS) JABATAN PERDAGANGAN 236 Penyelia ROSLAND BUJA Ahli Kumpulan FARAH AIN BINTI ZULKIPALI (05DPM21F2073) LILIANNA WANNIE ANAK LIHENG (05DPM21F20410 AMYLDA BINTI BENGAM (05DPM21F2026) Projek ini merupakan inovasi sayur sawi pahit atau ensabi iban menjadi makanan siap saji. Ensabi ini diperam menjadi pekasam dan diolahkan menjadi satu hidangan makanan yang siap disaji. Faktor pemilihan produk ini dapat memudahkan pelanggan menikmati ensabi tanpa perlu bersusah payah membeli bahan dan memasaknya. Pernyataan masalah yang hendak diselesaikan adalah ensabi ini bagus untuk pencernaan, baik untuk kulit , dapat menjimatkan masa dan kos pelanggan. Objektif projek ini ialah menginovasikan ensabi menjadi makanan yang siap untuk dimakan. Selain itu, kami mempromosikan ensabi di media sosial seperti Facebook page dan Instagram supaya ensabi ini lebih dikenali oleh masyarakat. Disamping itu, menyediakan pembungkusan yang lebih mudah untuk dibawa kemana sahaja. Kasam Sawi Sarawak ini mempunyai 2 jenis pilihan hidangan yang disediakan iaitu ensabi “deep fry” dan ensabi sambal. Kelemahan Ensabi ini ialah ia merupakan sayur bermusim dan rupa ensabi agak kurang menyelerakan dari segi warna yang kurang menarik serta mempunyai ramai pesaing yang lebih popular seperti kimchi. Dengan inovasi ini, ensabi berpeluang untuk diperkenalkan meluas kepada masyarakat. Dapatan analisis data yang digunakan adalah melalui tinjauan borang soal selidik atas talian. Borang ini diedarkan kepada penduduk kawasan Kuching yang merangkumi pelajar, orang awam dan orang yang bekerja iaitu sebanyak 42 orang responden. Kesimpulannya, walaupun perniagaan ini berskala kecil tetapi ia dapat membantu menjana pendapatan dan mungkin boleh membuka cawangan sendiri. Cadangan penambahbaikan adalah menambah baik rupa Kasam Sawi Sarawak agar menjadi lebih menarik dan nampak lebih menyelerakan dari rupa yang sebelum ini. Akhir sekali, menambah baik cara mempromosi di media sosial dengan sentiasa mengemaskini perkembangan produk. Kata Kunci: Kasam sawi sarawak, sedia dimakan Abstrak


PROJEK AISKRIM BUNGA TELANG JABATAN PERDAGANGAN 237 Penyelia DIDI REENA BINTI MATZEN Ahli Kumpulan EVA NATASSHA BINTI HEMIDI (05DPM21F2049) MUHAMMAD AMIRUDDIN BIN RAMZI (05DPM21F1093) AWANG IRFAN MUQRI BIN AWANGKU HUSNI (05DPM21F2022) Projek ini bertujuan untuk memperkenalkan produk aiskrim yang unik dan sihat ke pasaran, dengan menggunakan bunga telang sebagai bahan utama dalam pembuatan aiskrim. Bunga telang telah lama diiktiraf atas manfaat kesihatan dan kecantikannya, dan kami ingin menggabungkannya ke dalam produk aiskrim berkualiti tinggi. Matlamat utama projek ini adalah untuk mencipta rangkaian aiskrim bunga telang yang pelbagai dan memikat pelanggan yang mencari alternatif aiskrim yang sihat dan semulajadi. Kami berkomitmen untuk menyediakan produk aiskrim bebas bahan tambahan kimia dan pewarna tiruan Dalam projek ini, kami akan menjalankan penyelidikan pasaran untuk memahami permintaan dan tren pelanggan, membangun rangkaian produk yang unik, memastikan pematuhan kepada standard kesihatan dan keselamatan makanan, serta melaksanakan strategi pemasaran yang efektif untuk menarik pelanggan. Kami percaya bahawa Aiskrim Bunga Telang akan menjadi penyumbang yang signifikan kepada pasaran aiskrim dengan ciri-ciri inovatif dan fokus kepada kelestarian dan kesihatan. Dengan pematuhan kepada nilai-nilai ini, kami berhasrat untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan kami. Kata Kunci: Bunga telang, pasaran aiskrim Abstrak


INNOVATION BOTTLE 2IN1 JABATAN PERDAGANGAN 238 Supervisor HAIRULHANA BT ZAWAWI Group Members NUR FARAYANIE NABILA BT ISMAIL (05DPM21F2059) SHAHIRAH BT NASRI (05DPM21F2032) NUR SYAHMIZZA BT MOHAMAD SALIMAN (05DPM21F1100) In subject DPB50163 Business Project, we choose innovation as our title. We made innovation using eco-friendly products based on materials which PET bottle. Pet bottle is more eco-friendly than other plastic bottles. It is safe to use many times because it doesn’t contain dangerous chemical which Bisphenol-A (BPH-A). PET bottle is recyclable and reusable, and it suitable for our main target customer. We made this innovation to help our customer who consumed the medicine and vitamin and also for someone who taking care about their hygiene and quality of pills and vitamins. So, we called our innovation is bottle 2in1. We use survey method for analysis of innovation which is we distributed google form through media social. We asked three questions in our google form. For first question, 88.2% said yes about our design of innovation is suitable for them and 11.8% answered no. Second question, 52.9% choose no about do we need make improvement for our innovation and 47.1% answered yes. And for last question, we asked do they agree that our innovation is suitable to use or not and 94.1% answered yes. In this analysis, we can know that level of acceptance for our innovation. Keywords: Bottle 2in1 Abstract


INOVASI PRODUK KECANTIKAN: CASENNA SOAP JABATAN PERDAGANGAN 239 Penyelia ROSLAND BIN BUJA Ahli Kumpulan NUR FARAYANIE NABILA BT ISMAIL (05DPM21F2059) SHAHIRAH BT NASRI (05DPM21F2032) NUR SYAHMIZZA BT MOHAMAD SALIMAN (05DPM21F1100) Inovasi yang dihasilkan merupakan sabun berasaskan lemon dan madu yang boleh digunakan sebagai sabun pencuci muka yang berfungsi sebagai pelembap semulajadi untuk kulit. Bahan semulajadi ini juga boleh membersihkan kotoran dan minyak berlebihan yang terkumpul di muka. Lemon juga mengandungi asid yang membantu membersihkan kulit mati dan merangsang pertumbuhan kulit baru. Selain itu, sifat air lemon boleh menurunkan pH badan, yang akan menyukarkan bakteria untuk hidup pada kulit kita. Jadi, air lemon boleh menjadi ubat semulajadi untuk menghilangkan bau badan anda. Walaupun madu baik untuk kelembapan kulit dan membantu menghidrat kulit dari dalam. Gabungan bahan-bahan semulajadi ini sangat baik untuk membersihkan kulit anda serta menghilangkan bau badan. Inovasi ini menggunakan kerangka konsep Model Pemikiran Rekaan (Design Thinking) untuk merealisasikan idea baharu dan memilih kaedah SWOT untuk mengenal pasti potensi produk inovasi yang dinamakan sebagai Casenna Soap. Cadangan penambahbaikan bagi Casenna Soap adalah menambahbaik cara pembungkusan secara premium dan estetik serta menggunakan bahan semula jadi, dan menjalankan testimoni kepada pelanggan bagi memastikan produk dapat ditambahbaik pada masa hadapan. Kata Kunci: Lemon, madu Abstrak


PROMOTION STRATEGIES TO ENHANCE CUSTOMER EXPERIENCE AT COME ON VEGGIE CAFE JABATAN PERDAGANGAN 240 Supervisor JECKIE JEPAT CHANG Group Members ANGEL TAY YI XIAN (05DPM21F2062) YEO JIA SHING (05DPM21F2999) Come On Veggie Cafe strives to enhance the customer experience by solving key issues such as menu confusion, unclear operating hours and limited awareness of online platforms. Our strategy includes refining menu descriptions and categories for easier navigation, promoting our Facebook page for updates and offers, and streamlining processes to minimize dish out-of-stocks and unexpected closings. Through these efforts, our goal is to make dining at Come On Veggie Cafe not only enjoyable, but also informative and convenient, ensuring every visit is memorable. Keywords: Menus, operating hour, online platforms Abstract


INOVASI MAKANAN: KEK BATIK CELUP 241 JABATAN PERDAGANGAN Penyelia KASWADI BIN ALI Ahli Kumpulan DAYANG HANI ATHIRAH BINTI ABANG HUSAIRI (05DPM21F2056) NUR SAKINAH HAYANI BINTI AZMAN (05DPM21F2011) SITI FATIHAH BINTI ARAHMAN (05DPM21F2035) Inovasi adalah satu kaedah menghasilkan atau membuat penambahbaikan ke atas produk baru, produk atau perkhidmatan sedia ada ke arah yang lebih baik. Ini bermaksud, setiap organisasi sama ada berasaskan keuntungan atau tidak akan bersaing untuk menghasilkan idea kreatif bagi faedah organisasi bersama. Kajian yang sedang kami lakukan ialah melakukan inovasi terhadap kek batik yang terdapat di dalam menu Syarikat Kusairin Catering Enterprise. Kek batik Celup ialah kek batik yang mempunyai perisa dimana kami mendatangkan dua jenis perisa iaitu Cadbury dan Lotus Biscoff. Dengan menghadirkan produk yang unik dan menarik ini bagi pelanggan sangat berpotensi terutama di kalangan generasi muda yang suka akan makanan yang manis dan menarik. Selain itu, kami mendatangkan datangkan pembukusan yang mempunyai label yang lengkap dengan info perniagaan seperti logo dan jenis perisa. Ini merupakan salah satu campuran pemasaran yang berkesan dan menarik yang dapat mempengaruhi pelanggan terutamanya dalam membuat keputusan pembelian sesuatu produk atau perkhidmatan.Objektif ialah mempelbagaikan menu "dessert" dalam syarikat Kusairin Catering Enterprise dan dapat memberi pilihan menu "dessert" yang bersesuaian dengan majlis mahupun acara yang akan diadakan. Dengan adanya soalan maklum balas yang kami sediakan, kami yakin bahawa produk ini juga mempunyai permintaan dalam pasaran tempatan. Kata Kunci: Mempelbagaikan menu di syarikat Kusairin Catering Abstrak


INOVASI MEMPROMOSIKAN BARANGAN BAYI DALAM APLIKASI SHOPEE JABATAN PERDAGANGAN 242 Penyelia MAGDELYNE EGAN Ahli Kumpulan NUR SHARMIRA BINTI AYUP (05DPM21F2033) NURUL ATIFAH ROSLAN BINTI AYUP (05DPM21F2006) Aplikasi Shopee menjadi landasan yang penting dalam rangkaian alat yang kami gunakan untuk mempromosikan barangan serta perkhidmatan di platform internet. Ini terbukti penting kerana trend pembelian yang semakin cenderung kepada transaksi dalam talian dan pendedahan kepada promosi serta pengiklanan digital. Kajian ini adalah untuk memberi bantuan kepada para peniaga, seperti Baby Cloud, dalam mengembangkan perniagaan mereka. Pengekalan hubungan dengan pelanggan merupakan kunci utama dalam memastikan pelaburan yang dilakukan dalam perniagaan ini dapat menghasilkan keuntungan yang memberangsangkan. Bagi Baby Cloud, mempertahankan hubungan jangka panjang dengan pelanggan menjadi asas kekal untuk syarikat ini supaya terus memenangi hati pelanggan. Oleh itu, salah satu strategi yang kami cadangkan bagi mereka adalah melalui penggunaan aplikasi pengiklanan, khususnya melalui aplikasi Shopee, sebagai alat untuk memasarkan produk mereka. Kata Kunci: Aplikasi shopee, promosikan, perkhidmatan, pelanggan Abstrak


KAJIAN PENGGUNAAN APLIKASI TIKTOK UNTUK MENINGKATKAN JUALAN RAZALI’S SHOP JABATAN PERDAGANGAN 243 Penyelia MOBIL BIN SAHRAN Ahli Kumpulan NADARAJAH A/L RAJENDEREW (05DPM21F2090) UMIZA SYAZWANI BINTI RAZALI (05DPM21F2010) SABINA RAPHAEL RAMESH PILLAY (05DPM21F2078) TikTok merupakan salah satu aplikasi yang sering digunakan untuk aktiviti promosi dan pengiklanan oleh usahawan-usahawan industri bagi meningkatkan penjualan produk dengan menjalankan aktiviti pemasaran digital.TikTok adalah platform untuk kongsi video singkat yang sangat popular di kalangan generasi sekarang. Dengan berjuta-juta pengguna aktif setiap hari, TikTok memiliki potensi besar sebagai alat pemasaran untuk mencapai sasaran pasaran yang luas.Hal ini kerana, kemampuan TikTok untuk membuat kandungan video kreatif dan menarik dalam waktu singkat. Perniagaan dapat memanfaatkan kelebihan ini untuk memperkenalkan produk mereka dengan cara yang unik dan menarik perhatian pelanggan yang berpotensi. Objektif kajian ini adalah untuk membantu peniaga mengembangkan perniagaan seperti Razali’s Shop.Oleh itu, pembeli adalah amat penting bagi mendapat keuntungan pada perniagaan yang dijalankan oleh Razali’s Shop. Oleh itu, cadangan yang akan diwujudkan supaya dapat mencapai sasaran keuntungan yang lebih banyak ialah bagi mengenal pasti khayalak sasaran yang betul, membangunkan strategi kandungan kreatif dengan menghasilkan kandungan video yang menarik. Dengan cadangan ini berkemungkinan Razali’s Shop akan mendapat sambutan lebih ramai dan meningkatkan keuntungannya. Kata Kunci: Pemasaran digital, kandungan video kreatif Abstrak


KAJIAN TAHAP KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP PRODUK DAN PERKHIDMTAN DI GMART POLITEKNIK KUCHING SARAWAK JABATAN PERDAGANGAN 244 Penyelia MUSLEHAH BINTI SAINI Ahli Kumpulan GLORIA RETTI ANAK NYALANG (05DPM21F2063) OLIVIA UKAT (05DPM21F2054) Kepuasan pelanggan dalaman merupakan isu yang kerap kali dibincangkan. Hal ini memandangkan bahawa kepuasan para pelanggan dalaman merupakan perkara yang penting bagi menentukan tahap penyampai atau perkhidmatan telah disampaikan dengan baik atau tidak. Disamping itu,kepuasan pelanggan ini penting untuk membentuk kesetiaan pelanggan terhadap sesebuah produk atau perkhidamtan yang digunakan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepuasan pelanggan terhadap produk dan perkhidmtan yang disediakan oleh Gmart Politeknik Kuching Sarawak dengan melibatkan 50 orang responden yang terdiri daripada pelajar siswa yang sentiasa mengujungi Gmart Politeknik Kuching Sarawak. Disamping itu, kajian ini juga akan mengkaji faktor faktor pendorong kepada tahap kepuasan pelanggan dan mengenalpasti kekurangan Gmart Politeknik Kuching namun dalam masa yang sama kajian ini juga akan membantu pihak Gmart dengan memberi nafas baharu dalam meningkatkan pembangunan produk dan perkhidmtan di Gmart Politeknik. Bukan itu sahaja, kajian ini juga memberi impak yang positif kepada pelajar Politeknik agar mampu meningkatkan pengetahuan pelajar tentang tahap kepuasan pelanggan dalam sesuatu produk atau perkhidmtan yang disediakan. Kata Kunci: Kepuasan pelanggan, Gmart Politeknik Kuching Sarawak, pelajar siswa Abstrak


KEPENTINGAN PELABELAN DAN PEMBUNGKUSAN UNTUK TUDUNG YAA SCARF JABATAN PERDAGANGAN 245 Penyelia HARTYNI BINTI MASTOR Ahli Kumpulan ARFFARISHA QHAIRUNNADIA BINTI AWANG (05DPM21F2028) NUR AMALINA MOHD ZAIN (05DPM21F2061) NURIZZATI ALYA BINTI LUSRAN (05DPM21F2031) Yaa scarf merupakan salah satu produk tudung bawal yang mempunyai harga yang mampu milik seperti RM10, Yaa Scarf telah beroperasi selama 1 tahun 9 bulan iaitu pada awal bulan Januari 2022 sehingga bulan September 2023. Seterusnya, Yaa Scarf menggunakan kain jenis cotton voile. Cotton voile berasal daripada serat kapas yang membolehkan kulit bernafas dengan baik. Kain kapas merupakan fabric yang sangat sesuai dipakai dengan iklim cuaca panas dan lembab seperti di Malaysia. Antara ciri-ciri lain untuk kain cotton adalah mudah nyerap, sedikit keras dan sejuk. Antara jenis-jenis kain cotton yang ada dipasaran adalah cotton paris, cotton silk dan cotton biasa. Di samping itu, Yaa Scarf mempunyai pelbagai jenis warna antaranya ialah warna hitam, abu abu, biru gelap, choco lava, swiss brown, beige, moon blue, midnight blue, melrose pink, lavender mist, lilac dan rose petal. Ukuran saiz tudung yang dijual oleh Yaa Scarf ialah 10cm×3cm×10cm (bidang 45). Objektif kajian ini adalah mengkaji keberkesanan pembungkusan dan pelabelan. Dari segi pelabelan pula, yaa scarf pada awalnya tidak mempunyai sebarang label, pada akirnya yaa scarf meletakkan label kerana pelabelan sangat penting dalam sesebuah produk. Kata Kunci: Yaa scarf, pelabelan dan pembungkusan Abstrak


MENJALANKAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN DI KAFETERIA POLITEKNIK KUCHING SARAWAK JABATAN PERDAGANGAN 246 Penyelia KASWADI BIN ALI Ahli Kumpulan PRISYLIN LIRA ANAK MATHEW LALAT 05DPM21F2103 NURMASHITAH BINTI AWANG DAMIT 05DPM21F2085 Kepuasan pelanggan adalah salah satu bahagian yang paling penting dalam pemasaran produk atau perkhidmatan. Kepuasan pelanggan yang tinggi dapat membantu untuk mewujudkan kesetiaan pelanggan dan membina kepercayaan kepada pelanggan baru. Ia juga akan mewujudkan rantaian pelanggan apabila pelanggan yang setia itu dengan sendirinya mempromosikan produk atau perkhidmatan kepada rakan sekeliling. Pelanggan hari ini bukan hanya berminat dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan tetapi juga mengambil kira layanan mesra dan sopan yang diberikan oleh peniaga kepada mereka. Hubungan mesra antara pelanggan dan peniaga diperlukan dalam membantu penambahbaikan bagi memberikan kualiti produk atau perkhidmatan yang diingini oleh pelanggan. Kata Kunci: Kepuasan pelanggan, layanan, kualiti Abstrak


PENAMBAHBAIKAN SISTEM INVENTORI KEDAI RUNCIT MAK NOR JABATAN PERDAGANGAN 247 Penyelia JECKIE JEPAT CHANG Ahli Kumpulan VOON YEN LEE (05DPM21F2044) SITI HAJAR MOHAMAD NAJIB (05DPM21F2029) Pengurusan inventori adalah aspek penting dalam operasi perniagaan, terutamanya bagi perniagaan kecil seperti kedai runcit. Penggunaan kaedah pencatatan manual dapat menimbulkan masalah seperti kesalahan catatan, kekurangan stok, dan stok berlebihan, ia kerana kaedah pencatatan manual yang tidak cekap. Oleh itu, pentingnya penerapan sistem pengurusan inventori untuk meningkatkan kecekapan operasi perniagaan. Masalah yang dihadapi oleh Kedai Runcit Mak Nor adalah mereka masih menggunakan kaedah manual yang tidak cekap kerana kurang pemahaman tentang sistem pengurusan inventori digital. Disebabkan itu, kesalahan manusia dalam pencatatan barang juga sering berlaku, menyebabkan ketidakselarasan antara jumlah dalam catatan dan jumlah stok sebenar. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menambahbaik sistem pengurusan inventori menggunakan Microsoft Excel dan mencipta kod barangan bagi Kedai Runcit Mak Nor. Kaedah analisis yang dijalankan termasuk temu bual dengan pemilik perniagaan, serta soal selidik kepada pembantu kedai untuk menilai keberkesanan sistem. Data kajian dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Dari temu bual yang dijalankan, pemilik perniagaan mengakui bahawa kod barangan dan sistem pengurusan inventori Excel membawa manfaat, termasuk mengurangkan kesalahan catatan dan memudahkan pemantauan stok. Pembantu kedai juga menyokong penggunaan kod barangan dan merasakan sistem Excel mudah digunakan. Kata Kunci: Pengurusan inventori, kod barangan, microsoft excel, temubual, soal selidik Abstrak


RAK KASUT KITAR SEMULA BERODA KAJIAN KES: TADIKA MUDA HASHIM JABATAN PERDAGANGAN 248 Penyelia NOORHAFIZAH BINTI AKUP Ahli Kumpulan SITI NURFARMIMI BINTI NOOR HAZALAN (05DPM21F2014) ELIZABETH KELING USAT (05DPM21F2050) OLIVIA EVA ANAK STEPHEN (05DPM21F2038) Projek ini bertujuan untuk mencipta idea baru untuk menghasilkan rak kasut kitar semula beroda yang boleh dipindahkan dengan mudah. Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk mengatasi masalah Tadika Kemas Muda Hashim yang kekurangan tempat untuk meletak kasut kanak-kanak. Projek yang kami jalankan adalah bersesuaian dengan masalah yang dihadapi oleh tadika tersebut. Palet adalah struktur datar yang dapat menahan beban dalam posisi stabil saat diangkat. Barang-barang atau peti kemas sering ditempatkan di atas palet. Palet ada benda yang menampung barang yang digunakan dalam dunia moden sekarang. Peluang yang diperolehi oleh produk kami ialah pertumbuhan pasaran pada masa sekarang pelanggan lebih suka kepada bahan atau produk ‘Green Product’.Produk kami juga memberi inovasi kerana peluang wujud untuk reka bentuk rak kasut kitar semula beroda atau menjimatkan ruang. Bahan mesra alam yang digunakan turut menarik tumpuan pengguna yang mementingkan alam sekitar. Threats (Ancaman) merujuk kepada faktor luaran yang boleh memberi kesan negatif kepada kejayaan syarikat, seperti peningkatan persaingan, perubahan pilihan pengguna, atau kemerosotan ekonomi. Antara ancaman yang dialami ketika membuat projek ini adalah persaingan yang banyak dari pelbagai Syarikat yang mengeluarkan rak kasut yang membawa kepada pasaran kompetitif. Selain itu, perubahan arah aliran dalam fesyen atau hiasan rumah juga boleh memberi kesan kepada permintaan pengguna terhadap produk ini. Kata Kunci: Green Product, bahan mesra alam Abstrak


E-MARKETING FOR THE STALL MUMMY JUNCTION IN TAMAN SUKMA JABATAN PERDAGANGAN 249 Supervisor LEWIS LIEW TEO PIAW Group Members YUSREE HANIEE BIN ZAIDEL (05DPM21F2002) AWANG AHMAD AMIRUL BIN AWANG MOHAMAD (05DPM21F2020) ASHRAF BIN AZEMAN (05DPM21F2079) In the course of Business Project DPB50163, we chose E-marketing for Mummy Junction as our title. We made a marketing strategy using social media platforms such as TikTok and Instagram that can reach customer targets. The title we chose is suitable for the stall since they are not using platforms that are easily accessible as a marketing tool. Plus, we used google form for respondents to complete the surveys. We asked questions for respondents to answer based on their experiences and opinions. In this analysis, we could foresee the incoming results of our project. Keywords: E-marketing, social media platforms, customer targets Abstract


MEMASARKAN PERKHIDMATAN DI SYARIKAT CIRI KUASA SDN BHD SECARA ATAS TALIAN DENGAN MENGGUNAKAN APLIKASI TIKTOK JABATAN PERDAGANGAN 250 Penyelia NURHANI BT ABDULLAH @ FLORANCE FLETCHER Ahli Kumpulan DIYANA ADLINA BINTI ZAINAL (05DPM21F1075) DWYNEE’M ANAK PHILIP0 (5DPM21F1090) DANNY JOE ANAK UJAN (05DPM20F2071) Dewasa ini penggunaan media sosial menjadi fenomena dan penting kepada persekitaranan perniagaan. Teknologi pemasaran melalui media sosial boleh digunapakai oleh usahawan dan peniaga bagi memastikan aktiviti pemasaran khususnya dapat dipertingkatkan. Penggunaan media sosial secara tidak langsung dijangka memberikan kesan positif kepada individu atau syarikat yang melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Projek ini bertujuan untuk mengiklankan perkhidmatan yang di sediakan oleh syarikat CIRI KUASA SDN BHD melalui media sosial. Ia bukan sahaja dalam memfokuskan kepada matlamat untuk membantu dalam mempromosikan perkhidmatan, ia juga membantu syarikat dalam memperkenalkan kepada syarikat-syarikat besar di luar sana tentang kewujudan syarikat CIRI KUASA SDN BHD. Media sosial ditakrifkan sebagai perantaraan atau saluran komunikasi yang dapat menyampaikan maklumat kepada orang ramai dalam masa yang cepat. Pada masa kini, media sosial mempunyai tempat di setiap pekerjaan tanpa mengira usia tua atau muda. Kata Kunci: Media sosial, saluran komunikasi Abstrak


STRATEGI PROMOSI IG AIS KRIM JABATAN PERDAGANGAN 251 Penyelia MUSLEHAH BINTI SAINI Ahli Kumpulan EFFENDY BIN KOUNSIN (05DPM21F2098) ELLISA JEE NYUK HION (05DPM21F2092) Promosi adalah komunikasi yang diguna oleh penjual untuk memujuk atau mengingatkan pembeli berpotensi mengenai kewujudan produk atau perkhidmatan. Kajian ini adalah mengenai kaedah promosi terhadap hasil jualan di kedai yang terkenal iaitu IG AIS KRIM yang terletak di Metrocity, Matang. Pengkaji menjalankan kajian ini berdasarkan objektif kajian iaitu, mengenalpasti campuran pemasaran produk IG AIS KRIM berdasarkan promosi. Dalam kajian ini, pengkaji hanya mengunakan data primer untuk mendapatkan maklumat iaitu daripada internet dan borang soal selidik. Tambahan, platform sosial media Tiktok ini merupakan medium yang relevan untuk menyebarkan maklumat terutamanya kepada penyampaian maklumat produk atau perkhidmatan yang ditawarkan (Utami, 2012). Teknologi maklumat dan komunikasi seperti Tiktok mampu menjadikan komuniti masyarakat termasuk bandar dan luar bandar dengan kualiti maklumat yang sama. Kata Kunci: Sosial Media, promosi, pemasaran Abstrak


TANAH ORGANIK MENUJU KEARAH KOMUNITI HIJAU (KOMPOS) JABATAN PERDAGANGAN 252 Penyelia DIDI REENA BINTI MATZEN Ahli Kumpulan ABANG ERDY ASRI BIN ABANG ISNOL (05DPM21F2109) MOHAMMAD HAMIRUDIN BIN SEBLI@HAIRI (05DPM21F2093) NUR AMMAR DANIAL BIN NORDIN (05DPM21F2075) Projek Tanah Kompos menggalakkan pengkomposan sisa organik untuk tanah yang kaya dengan nutrien. Matlamat utama adalah untuk menghasilkan kompos daripada sisa makanan, mengingatkan 38,000 tan sisa pepejal harian di Malaysia. Analisis SWOT menonjolkan kesedaran alam sekitar sebagai kekuatan, manakala persaingan dan keperluan material adalah kelemahan. Projek ini melibatkan Analisis Projek Perniagaan tanah kompos menuju kearah komuniti hijau dengan tumpuan kepada kualiti bahan mentah. Majoriti responden berumur 30 tahun ke atas dan menyokong faedah tanah kompos. Dengan strategi pemasaran yang betul, projek ini berpotensi menarik mereka yang berumur lebih 30 tahun, dan rancangan termasuk meningkatkan pengeluaran melalui penggunaan teknologi moden. Kata Kunci: Sisa organik, analisis SWOT, pemasaran Abstrak


AMPAIAN AUTOMATIK MENGGUNAKAN SENSOR RAIN MODULE JABATAN PERDAGANGAN 253 Penyelia MOBIL BIN SAHRAN Ahli Kumpulan ANIS FARISYA BINTI ZAMHARI (05DPM21F2099) IFFAH HANNANI SYAZWINA BINTI NOR KAMAR (05DPM21F2064) Projek ampaian automatik ini bertujuan untuk meningkatkan efisiensi operasi harian dengan mengintegerasikan sistem automatik yang membolehkan penggunaan peranti pintar untuk mengawal dan mengurus ampaian. Sistem ini akan menggunakan teknologi rain sensor module yang dapat mengesan hujan, memungkinkan pengguna untuk menjemur pakaian dengan lebih mudah. Keupayaan untuk menjadualkan operasi ampaian, dengan memantau keadaan cuaca untuk untuk penyesuaian automatik, dan menyimpan data penggunaan akan meningkatkan keselesaan dan efisiensi dalam penggunaan ampaian harian. Kata Kunci: Ampaian automatik, sensor rain module Abstrak


Click to View FlipBook Version