The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROJEK_FOLIO_KOMPILASI_ARTIKEL
Projek Kumpulan 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anbarasi.bheem, 2020-07-17 09:25:21

PROJEK_FOLIO_KOMPILASI_ARTIKEL

PROJEK_FOLIO_KOMPILASI_ARTIKEL
Projek Kumpulan 2

TAJUK: FOLIO KOMPILASI ARTIKEL-ARTIKEL TENTANG ISU
PERHUTANAN DI MALAYSIA.

PROGRAM PENGAJIAN: DIPLOMA PERHUTANAN SEMESTER 3

NAMA DAN KOD KURSUS: FDM2306 – DASAR DAN UNDANG-
UNDANG HUTAN

NAMA PENSYARAH: DR NORUL IZANI BINTI MD ALLWI

KUMPULAN: 2

AHLI-AHLI KUMPULAN 2:

NAMA NO.MATRIK
ANBARASI A/P GUNENTHARAN S28825
S28934
MOHD DANIEL AIMAN
MUTASIL S28575
S28662
SUHAIDAH NURSALIM
YOGA SHURUTHI YESUDASS

1

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN… M/S 3
2.0 PEMBALAKAN HARAM…M/S 4
3.0 KEBAKARAN HUTAN… M/S 5
4.0 PENEROKAAN KAWASAN HUTAN… M/S 6
5.0 EKSPLOITASI HASIL BUKAN KAYU… M/S 7
6.0 AKTIVITI KESEDARAN HUTAN… M/S 8
7.0 LAIN-LAIN… M/S 9
8.0 KESIMPULAN… M/S 10
9.0 KOMPILASI ARTIKEL… M/S 10 SEHINGGA M/S 88

A. PEMBALAKAN HARAM…M/S 11 SEHINGGA M/S 28
B. PEMBAKARAN HUTAN… M/S 29 SEHINGGA M/S 37
C. PENEROKAAN KAWASAN HUTAN… M/S 38 SEHINGGA

M/S 48
D. EKSPLOITASI HASIL HUTAN BUKAN KAYU…M/S 49

SEHINGGA M/S 72
E. AKTIVITI KESEDARAN HUTAN… M/S 73 SEHINGGA M/S

90
F. LAIN – LAIN… M/S 91 SEHINGGA M/S 101

2

1.0 Pengenalan

Kebakaran hutan secara liar adalah kebakaran tidak terkawal dalam tumbuh-tumbuhan mudah
terbakar yang terjadi di kawasan desa atau belantara. Nama lain termasuklah kebakaran
belukar, kebakaran semak, kebakaran hutan dan kebakaran rumput, dan boleh digunakan
untuk fenomena serupa bergantung kepada jenis tumbuhan yang terbakar. Kebakaran liar

berbeza dengan kebakaran lain dari segi saiznya yang besar, kepantasanya merebak daripada
sumber asal, kebarangkaliannya mengubah arah tanpa dijangka, dan kebolehannya melompat

luang seperti jalan, sungai dan langkau api. Kebakaran liar dicirikan mengikut punca
penyalaan, sifat fizikal seperti laju penyebaran, bahan mudah terbakar yang wujud, dan kesan

cuaca terhadap api. Isu ini semakin serius dan menjadi satu krisis antarabangsa pada era
globalisasi ini. Hal ini berpunca dari aktiviti pembalakan hutan oleh manusia untuk tujuan
membersihkan kawasan pertanian dan pembangunan kawasan baru. Menurut ahli ekologi
Thomas Lovejoy, pokok-pokok ditebang atau dibakar akan menyebabkan pelepas gas karbon
dioksida dan mengurangkan kapasiti hutan menyerap gas tersebut. Kesannya, bumi akan
menjadi semakin panas dengan pelepasan gas karbon dioksida berada dalam kepekatan yang
tinggi. Keadaan ini akan menjadi lebih bahaya kepada manusia serta flora dan fauna di mana

gas bertoksik akan merebak seluruh persekitaran yang memudaratkan kesihatan dan
mengancam kesejahteraan hidup.

3

2.0 Pembalakan haram

Isu pembalakan haram ini masih giat dijalankan di Malaysia dimana masih banyak
lagi pembalakan haram yang ditumpaskan merupakan bukti dimana ramai lagi
individu yang tidak bertanggungjawab dan masih memanfaatkan hutan demi

kepentingan diri sendiri. Terlalu banyak hutan yang telah dijadikan tapak ataupun
lokasi pembalakan haram di Malaysia seperti yang dapat dilihat disetiap artikel yang
diatas. Isu pembalakan haram ini memberi kesan yang sangat negatif kepada flora dan
fauna dimana pembalakan haram ini telah membuat habitat hidupan liar hancur dan
kehidupan mereka terancam secara langsung. Hidupan flora juga hancur disebabkan

pembalakan haram yang dijalankan.

Kesan negatif tersebut bukan sahaja memberi impak yang negatif kepada flora dan
fauna, malah ia juga memberi impak yang besar kepada ekonomi Malaysia dimana
Hutan yang merupakan pengeluar sumber balak hancur akibat dicuri oleh individu
yang tidak bertanggungjawab. Dan hal ini membuatkan pengeluaran kayu menurun

impak daripada isu tersebut. Bukan sahaja itu, pembalakan haram menyumpang
kepada peningkatan suhu bumi dan juga menyumbang kepada bencana alam yang

amatlah membimbangkan dan menimbulkan kegelisahan masyarakat setempat.

Oleh hal yang demikian, pembalakan haram harus diberi perhatian dan diambil serius
ekoran banyak impak yang negatif yang berlaku disebabkan oleh isu tersebut. Pihak
berkuasa perlu meningkatkan lagi pengawasan dan pengawalan pembalakan haram

secara terbuka ataupun tertutup kerana ini bukan sahaja untuk menjaga flora dan
fauna, malah juga untuk menjaga keseimbangan ekosistem dan alam sekitar. Perkara

ini bukan sahaja tanggungjawab pihak berkuasa, malah ia juga merupakan
tanggungjawab bersama. Bersama kita menjaga hutan kita dan melestarikannya demi

kesejahteraan masyarakat setempat, Negara Malaysia, dan juga negara sejagat.

4

3.0 Kebakaran hutan

Kita perlu memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kesan kebakaran hutan demi
masa depan generasi-generasi baharu seperti kempen alam sekitar di saluran-saluran media.
Kempen ini hendaklah dihayati dan menanam rasa tanggungjawab dalam memelihara alam
sekitar dan menjadikannya bersih dan selamat untuk generasi-generasi baharu. Tambahan pula,
aktiviti menghijaukan kawasan perlu ditingkatkan lagi dengan penanaman pokok-pokok di
kawasan ladang dan hutan untuk mengurangkan masalah peningkatan suhu dan meningkatan
kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesis. Selain itu, anda juga boleh menderma
kepada persatuan-persatuan amal untuk membantu dan hubungi mereka untuk bertanya apa yang

anda boleh lakukan demi menyelamatkan hutan hujan seperti di Amazon. Anda turut
memastikan suara anda didengari dengan menghubungi pihak-pihak berkuasa di Malaysia untuk

menggalakan mereka mengambil tindakan dalam menyelamatkan alam sekitar. Konklusinya,
hutan hujan sangat penting terhadap ekosistem global kerana ia berfungsi sebagai penstabil
iklim untuk menstabilkan suhu persekitaran dengan menyerap karbon dioksida dari atmosfera

dan mempengaruhi keadaan cuaca tempatan dengan membentuk hujan. Dengan itu, kita
perlulah menghargai hutan hujan sebagai salah satu khazanah muka bumi yang bernilai. Marilah

kita bersama-sama memperkuatkan semangat kerjasama dalam usaha memelihara dan
memulihara hutan hujan sebelum terlambat!

5

4.0 Penerokaan kawasan hutan

Isu penerokaan kawasan hutan ini masih giat dijalankan oleh individu-individu yang tidak
bertanggungjawab di negara ini. Penerokaan kawasan hutan ini terjadi hanya untuk

kesenangan diri sendiri tanpa menghiraukan kesan negatif yang akan terjadi kepada negara
ini. Penerokaan ini kawasan hutan ini telah banyak memberi kesan kepada alam sekitar di
mana hal ini menyebabkan berlakunya banjir lumpur, bukan itu sahaja malah hidupan liar

atau dalam erti kata flora dan fauna turut terkena tempias apabila tempat perlindungan
mereka dicerobohi dan diganggu oleh individu yang tidak bertanggungjawab ini.

Seterusnya, penerokaan kawasan hutan ini turut memberikan impak yang negatif kepada
penduduk luar bandar dimana kawasan penerokaan yang dijalankan berhampiran dengan
tadahan air bersih akan menggangu bekalan air bersih penduduk kawasan sekitar. Selain itu,
sebagaimana yang kita ketahui penerokaan kawasan hutan juga menyumbang kepada kepada

berlakunya peningkatan suhu bumi dan kesan rumah hijau.
Oleh yang demikian, Isu penerokaan hutan di negara ini perlulah dititik beratkan dan
mengambil langkah yang drastik bagi membendung isu ini kerana hutan merupakan
pembekal oksigen kepada semua makhluk hidup yang ada di muka bumi ini.Pihak berkuasa
perlulah meningkatkan pengawalan dan pengawasan penerokaan kawasan hutan ini bagi
mengekalkan keseimbangan ekosistem dan perlindungan habitat flora dan fauna. Bukan
sekadar pihak berkuasa sahaja perlu memainkan peranan, malah kita sendiri sebagai rakyat

Malaysia perlu bertanggungjawab mengekalkan hutan daripada terus dicerobohi.

6

5.0 Eksploitasi hasil hutan bukan kayu

Dasar Perhutanan Negara 1987( Pindaan 1992) membawa negara kita ke arah penggunaan
dan eksploitasi hasil hutan bukan kayu dan pengembangan industri-industri yang berkaitan

dengannya. Antara contoh hasil hutan bukan kayu ialah buluh, damar, rotan, getah dan
sebagainya. Terdapat pelbagai isu mengenai eksploitasi bukan kayu telah dibincangkan

dalam artikel-artikel yang dikumpul.

Isu pertama ialah kepadatan pokok-pokok tropikal yang mengeluarkan hasil bukan kayu
adalah kurang. Perkara ini berlaku secara semula jadi dan menyebabkan hasil untung bagi
hasil seperti ini tidak begitu banyak dan tidak mampu menampung perbelanjaan kehidupan

seharian masyarakat.

Isu yang kedua ialah kaedah pengukuran hasil hutan bukan kayu yang berbeza dalam
peringkat lokal mahupun antarabangsa.Cara menuai hasil hutan bukan kayu,kuantiti hasil
hutan bukan kayu,kaedah pemprosesan,harga pasaran dan juga kaedah persampelan amat

berbeza dan mengelirukan pedagang dan juga pembeli.

Isu ketiga ialah eksploitasi hasil bukan kayu secara komersial akan menyebabkan penerokaan
kawasan-kawasan hutan yang baru. Namun begitu, kita juga perlu melindungi kawasan hutan

di negara kita. Hal ini kerana kita harus mengekalkan keseimbangan ekosistem dan
memelihara dan memulihara spesis-spesis flora dan fauna yang menjadi khazanah negara

kita.

Isu yang keempat daripada kompilasi artikel ini ialah eksploitasi hasil hutan bukan kayu
secara tidak sah iaitu tanpa memohon permit yang diperlukan untuk memindah hasil hutan

bukan kayu. Kesalahan ini dilakukan mengelakkan pembayaran cukai kepada kerajaan.

Terdapat satu cara yang disarankan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan
eksploitasi hasil hutan bukan kayu iaitu penciptaan ‘High Diversity Forestry’.Melalui cara ini

beberapa spesis pokok yang mengeluarkan hasil hutan bukan kayu ditanam dalam satu
ekosistem yang sama seperti hutan semula jadi. Sebagai contohnya, gaharu iaitu Aquilaria
malaccensis yang digunakan untuk membuat kemenyan dan ubatan tradisional dapat ditanam
bersama Kayu manis iaitu Cinnamomum mollissimum yang dijadikan rempah ratus. Cara ini

dapat mengekalkan keseimbangan ekosistem dan mengurangkan penerokaan kawasan
baharu. Pada masa yang sama, cara ini dapat dipraktikkan oleh orang asli untuk
meningkatkan pendapatan mereka.

7

6.0 Aktiviti kesedaran hutan

Kempen dan program kesedaran tentang alam sekitar dan kepentingan flora dan fauna
amatlah diperlukan dalam usaha melahirkan generasi muda yang cinta akan hutan dan alam

sekitar. Program yang dijalankan ini bukan sahaja mendedahkan kepentingan dalam
memelihara flora dan fauna kerana ia sangat berkaitan dengan kehidupan manusia dan saling
memerlukan antara satu sama lain, malah juga untuk keseimbangan ekosistem. Seterusnya,
program-program dan aktiviti-aktiviti sebegini juga membantu dalam mewujudkan generasi

muda yang berilmu dalam pelbagai bidang, berintegriti terhadap aktiviti penyelidikan dan
pengetahuan saintifik, selain bertujuan melahirkan insan yang berilmu pengetahuan saintifik
bukan sahaja melalui teori, bahkan merasai pengalaman itu sendiri sebagaimana teori yang
menyatakan bahawa pembelajaran dalam perkembangan adalah melalui sesuatu yang maujud.

Di samping itu, dengan adanya program dan aktiviti yang dilaksanakan dengan kerap untuk
kehidupan flora dan fauna semakin dijaga dan diambil serius dalam memelihara dan

melindungi alam semula jadi untuk tatapan generasi akan datang. Usaha memupuk kesedaran
dalam kalangan masyarakat terutamanya belia terhadap kepentingan alam sekitar seperti
kempen kebersihan, promosi media, perkhemahan alam sekitar bagi belia dapat memberi

pendedahan secara langsung tentang keindahan alam semula jadi yang harus dijaga. Mereka
juga dapat menghayati dan mendekatkan diri dengan alam semula jadi. Seperti aktiviti
penanaman semula pokok merupakan aktiviti yang terbaik dalam mendedahkan tentang

bagaimana cara penanaman yang betul disamping menyedarkan mereka tentang fungsi pokok
dan juga hutan kepada manusia.

Oleh hal yang demikian, Program dan aktiviti kesedaran yang berkenaan dengan flora dan
fauna serta alam semula jadi perlu dikekalkan dan diperbanyakkan lagi bagi melahirkan
generasi yang cinta akan flora dan fauna terutamanya kepada generasi muda masa kini dan

seterusnya.

8

7.0 Lain-lain ( Pemindahan hasil hutan)

Pemindahan hasil hutan secara haram ini akan menyumbang banyak kerugian kepada negara
dan hal ini juga menyebabkan berlakunya penurunan pengeluaran kayu balak . Individu-individu
yang bersalah atau mana-mana syarikat yang membuat pemindahan hasil hutan tanpa permit/lesen

perlu dikenakan tindakan yang berat bagi memberi kesedaran kepada pesalah. Selain itu, hasil
dapatan, pihak yang tidak bertanggungjawab ini hanya menunggu peluang yang ada dan mereka
terus bertindak untuk memindahkan hasil hutan tersebut. Perkara ini juga akan menggangu atau

memusnahkan ekosistem hutan. Seterusnya, Akibat daripada pemindahan hasil hutan secara
haram di negara kita ini turut memberi impak yang negatif terhadap alam sekitar.
Oleh yang demikian, Pihak yang berkuasa perlulah mengambil langkah-langkah

sepertimengawal dan mengawasi hutan simpan kekal dengan lebih ketat bagi memendung isu
pemindahan hasil hutan berlaku lagi. Bukan hanya kepada pihak kerajaan sahaja yang
bertanggungjawab bagi memastikan kelestarian hutan terjamin bahkan pihak NGO turut

memainkan peranan dalam konteks mematahkan aktiviti pemindahan hasil hutan yang dilakukan
oleh segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab keatas hutan di negara kita yang tercinta

ini.

9

8.0 Kesimpulan

Kesimpulan dari pencarian dan pembacaan kompilasi artikel ini ialah isu-isu perhutanan di negara
kita semakin hari semakin merunsingkan. Isu-isu yang dibincangkan dalam folio ini ialah isu

pembalakan haram, pembakaran hutan, penerokaan kawasan hutan, eksploitasi hasil hutan bukan
kayu, aktiviti kesedaran hutan dan pemindahan hasil hutan. Masyarakat haruslah menyedari
kepentingan sektor perhutanan kepada masa depan negara dan menyumbang tenaga untuk

menyelesaikan isu-isu ini bersama-sam.Isu-isu sebegini menunjukkan bahawa negara kita perlu
mencari ilmu yang lebih lanjut dalam sektor perhutanan dengan berkongsi ilmu dengan negara-

negara lain kerana semua negara yang mempunyai rangkaian kawasan hutan hujan tropika
menghadapi isu-isu yang sama. Teknik-teknik yang baharu haruslah diimplemen dalam bidang

perhutanan seiras dengan cabaran yang kita hadapi dalam era globalisasi ini.

10

9.0Kompilasi artikel (48 Artikel)

A. PEMBALAKAN HARAM ( 8 ARTIKEL)

Pembalakan haram: 10 jentera berat bernilai
RM1.6 juta disita

NORAWAZNI YUSOF | | 13 Jun 2020

Antara 10 jentera yang disita oleh Unit Penguatkuasa PHD Lipis yang ditemui berada dalam
Hutan Ulu Jelai yang dipercayai akan digunakan untuk memindahkan balak secara haram.

KUANTAN - Unit Penguatkuasa Pejabat Hutan Daerah (PHD) Lipis menyita sebanyak 10
jentera berat bernilai lebih RM1.6 juta yang dipercayai digunakan dalam kegiatan
pembalakan secara haram di Hutan Simpan Ulu Jelai, Lipis semalam.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata,
antara yang disita termasuklah tiga lori mengangkut balak di hutan, dua jentolak dan lima
jengkaut yang ditempatkan di kawasan bekas tapak tempat mengumpul balak atau matau di
hutan simpan tersebut.

Menurutnya, kesemua jentera berat itu dikesan oleh anggota dari unit tersebut yang membuat
rondaan di kawasan hutan terbabit pada jam 11 pagi.

"Semua jentera yang disita kini ditempatkan sementara di Batu 18 Pejabat Renjer Sungai
Koyan, Raub sebelum tindakan selanjutnya diambil.

"Penemuan kes semalam adalah kejayaan terbesar dilakukan Unit Penguatkuasa PHD Lipis
terutama di kawasan Pahang Barat yang sebelum ini terbabit dengan operasi lombong emas,"

katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

11

Beliau berkata, pihaknya turut menjumpai rumah kongsi yang masih dalam pembinaan bagi
menempatkan pekerja dan tangki minyak serta pelbagai peralatan lain.

Bagaimanapun, pihaknya tidak menemui kumpulan atau individu yang terbabit dengan
kegiatan berkenaan ketika serbuan dilakukan melibatkan jalan masuk ke hutan sepanjang 10
kilometer iaitu laluan yang digunakan oleh kumpulan terbabit bertujuan memindahkan balak.
"Jalan itu dibina bagi tujuan memindahkan balak yang akan ditebang ditemui tetapi tindakan
pantas yang dilakukan unit penguatkuasaan dapat menyelamatkan Hutan Simpan Ulu Jelai

daripada musnah akibat aktiviti pembalakan haram," katanya.
Dalam masa sama katanya, pihaknya akan menyiasat dalang yang terlibat dengan kegiatan

terbabit.
"Tindakan undang-undang sedia menunggu mereka di bawah Akta Perhutanan Negara 1984

kerana menceroboh hutan simpan termasuk menempatkan jentera," katanya.
Sementara itu, beliau turut memuji kejayaan oleh Unit Penguatkuasa PHD Lipis diketuai
pegawainya, Nor Shahrini Nordin Ahmad yang sentiasa bertindak tegas membendung aktiviti

pencerobohan hutan simpan di daerah ini.
Jelasnya, sepanjang Mac hingga Jun, Unit Penguatkuasa PHD Lipis berjaya membongkar

empat kes membabitkan cubaan memindahkan hasil hutan iaitu balak dan emas.
"Kejayaan ini dikecapi hasil maklumat orang awam selain kerjasama dalam pasukan,"

katanya.
https://www.sinarharian.com.my/article/87651/EDISI/Pahang/Pembalakan-haram-10-jentera-

berat-bernilai-RM16-juta-disita

12

JPNP tahan 11 pembalak haram

NIK AMIRULMUMIN NIK MIN | | 12 Disember 2019

Jentera yang disita dipercayai digunakan dalam aktiviti pembalakan haram di Hutan Simpan
Remen Chereh Tambahan Sungai Lembing di sini. - Foto: JPNP

KUANTAN - Bahagian Penguatkuasa Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menahan
11 individu disyaki menjalankan aktiviti pembalakan secara haram di Hutan Simpan Remen

Chereh Tambahan Sungai Lembing di sini Ahad lalu.
Semua lelaki berusia antara 33 hingga 66 tahun itu ditahan kira-kira jam 11 malam ketika

berada di rumah kongsi yang terletak dalam kawasan hutan simpan tersebut.
Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa) Nor Azirim Ahmad berkata, susulan operasi itu,
pihaknya menyita kayu balak jenis kempas, meranti dan kelat bernilai lebih RM100,000.
Menurutnya, turut disita beberapa jentera termasuk dua kenderaan pacuan empat roda, tiga
lori, lima jengkaut dan tujuh jentolak bernilai lebih RM1.5 juta yang berada dalam kawasan

hutan simpan terbabit.
"Pihak bahagian penguat kuasa JPNP juga merampas lima unit mesin memotong kayu dan

menyita rumah kongsi termasuk pelbagai peralatan lain.
“Siasatan awal mendapati, semua pekerja terbabit berada dalam kawasan hutan terbabit

pertengahan bulan lalu,” katanya.

13

Antara balak yang disita dipercayai hasil aktiviti pembalakan haram di Hutan Simpan Remen
Chereh Tambahan Sungai Lembing di sini. - Foto: JPNP

Nor Azirim berkata, salah seorang individu dipercayai dalang utama aktiviti pembalakan
haram terbabit mendakwa mereka sudah memohon lesen pembalakan di kawasan itu, namun

belum mendapat sebarang kelulusan.
“Pihak kami sedang menyiasat terhadap dakwaan individu terbabit yang mendakwa sudah

membuat permohonan lesen pembalakan beberapa bulan lalu.
“Walaupun jika benar ada membuat permohonan, mereka tidak boleh melakukan sebarang
aktiviti pembalakan dan berada dalam kawasan hutan simpan terbabit sebelum kelulusan

lesen dikeluarkan,” katanya.
Beliau berkata, berdasarkan jumlah jentera digunakan, pihaknya tidak menolak kegiatan itu
cukup terancang dan mereka berani menjalankan kerja-kerja pembalakan walaupun tanpa

lesen.Katanya, pihak jabatan tidak akan berkompromi dengan mereka yang didapati
menjalankan aktiviti pembalakan haram, sebaliknya tindakan tegas mengikut peruntukan

undang-undang akan diambil.
"Dalam kes ini, individu yang ditahan didapati melakukan beberapa kesalahan mengikut Akta

Perhutanan Negara (APB) 1984 termasuk menebang balak tanpa lesen, berada dalam hutan
simpan tanpa permit dan merosakkan hutan," katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/61561/EDISI/Pahang/JPNP-tahan-11-pembalak-
haram

14

PEMBALAKAN HARAM, SEORANG DITAHAN

March 2, 2020 - by Wartawan Berita Sabah

KENINGAU: Jabatan Perhutanan Sabah menahan seorang suspek dipercayai terbabit dalam
kes penebangan kayu secara haram di Kampung Kasuing, di sini, Sabtu lalu.

Turut disita adalah sebuah jentera, 11 batang kayu balak serta lebih 300 keping kayu terubah
pelbagai saiz.

15

Ketua Konservator Hutan, Datuk Mashor Mohd Jaini, berkata tangkapan itu dibuat mengikut
Seksyen 23(2) Enakmen Hutan 1968 kerana membuka tanah kerajaan membabitkan
penebangan dan pengumpulan kayu balak secara haram.

“Kita sudah lantik seorang pegawai penyiasat juga dilantik untuk menyiasat seterusnya
mengemukakan kerta siasatan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut,” katanya

dalam kenyataan di sini.
Dalam kes berasingan, pasukan penguatkuasa Wilayah Kudat turut menyita 34 batang kayu
bakal serta lima jentera yang disyaki digunakan untuk mengumpul balak di tanah kerajaan

tanpa sebarang kelulusan atau permit yang sah di Kampung Tagibang, Ranau, Rabu lalu.
Menurut Mashor, ketika serbuan oleh Pasukan Penguatkuasa Jabatan Perhutanan, tiada

pekerja yang ditemui di lokasi berkenaan.

“Saya beri amaran serius kepada semua pihak yang berkaitan agar tidak sewenang-
wenangnya mencerobohi dan menerokai tanah kerajaan.

“Sesiapa yang ingin memajukan tanah kerajaan untuk maksud pertanian atau aktiviti lain
perlu merujuk dan mendapatkan kelulusan daripada agensi berkaitan termasuk Jabatan Tanah

dan Ukur dan Jabatan Perhutanan Sabah,” katanya. https://beritasabah.com/pembalakan-
haram-seorang-ditahan/

16

Tumpas pembalakan haram di hutan simpanan kekal

Oleh Noorazura Abdul Rahman

ANTARA balak dan jentera yang dirampas JPNK kompartmen 50, Hutan Simpan Rimba
Teloi ,Sik semalam. NSTP/JPNK

bhnews@bh.com.my 14 fe 2020, jumaat
SIK: Jabatan Perhutanan Kedah (JPNK) melumpuhkan kegiatan pembalakan haram
mengakibatkan kerugian bernilai lebih RM100,000, apabila menahan seorang lelaki di

Kompartmen 50 Hutan Simpan Rimba Teloi, di sini, semalam.
Pengarahnya, Roslan Rani, berkata lelaki tempatan berusia 26 tahun itu ditahan pada jam

4.45 petang hasil maklumat awam dan risikan selepas kegiatan berkenaan dipercayai
dilakukan tiga hari lalu.

“Pada mulanya, pasukan penguat kuasa menemui longgokan kayu di kawasan tanah
perseorangan. Namun, semakan lanjut di kawasan sekitar mendapati ada laluan masuk ke

kawasan hutan simpanan kekal berhampiran tanah berkenaan.

17

“Kesan laluan masuk itu agak baharu. JPNK juga menemui 10 tunggul serta empat batang
balak yang belum sempat dibawa keluar dari hutan terbabit, selain sebuah jengkaut jenis

Hitachi dan lori jenis Mitsubishi.
“Ketika penggeledahan dan operasi sita dijalankan di kawasan itu, lelaki terbabit datang
mengaku semua jentera itu adalah miliknya sebelum anggota jabatan menahan suspek,”

katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Roslan berkata, modus operandi suspek dipercayai menggunakan tanah milik perseorangan
berhampiran hutan simpanan kekal sebagai tempat mengumpul kayu balak bagi mengaburi

mata penguat kuasa.
Berdasarkan siasatan awal, beliau berkata, lelaki terbabit disyaki tidak melakukan kegiatan
itu secara bersendirian dan mengupah pekerja untuk menebang sebelum mengangkut balak

untuk dijual.
“Dalam operasi ini, JPNK turut merampas 48 tual balak pelbagai jenis yang disimpan di
tanah perseorangan, termasuk balak jenis meranti, tembaga, meranti sarang punai, keledang,

medang dan sesenduk.
“Pihak jabatan amat komited serta memandang serius kegiatan kesalahan hutan, dan
penguatkuasaan akan diteruskan bagi memastikan salah laku berkaitan perhutanan dapat

dibendung.
“JPNK amat berterima kasih kepada orang awam yang memberi maklumat dan mengalu-
alukan kerjasama mana-mana pihak bagi menyalurkan maklumat berkaitan sebarang kegiatan
kesalahan hutan,” katanya https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/02/655545/tumpas-

pembalakan-haram-di-hutan-simpanan-kekal

18

Timbus kayu balak dengan tanah untuk elak dikesan

Rohana Wahed, Astro Awani | April 10, 2019 15:14 +08 | Durasi: 1 minit, 34 saat

Kayu balak bernilai RM700,000 yang dirampas dalam operasi di Kanowit. - Astro
AWANI/Rohana Wahed

KANOWIT: Menimbus kayu balak dengan tanah untuk mengelak dikesan.
Taktik yang dipercayai untuk mengelak dari dikesan pihak berkuasa terutama ketika tinjauan

udara menggunakan drone atau helikopter ini bagaimanapun gagal.
260 batang kayu balak jenis meranti dan belian bernilai sekitar RM700,000 dirampas dalam satu

operasi oleh Pasukan Gerakan Am dan Perbadanan Hutan Sarawak (SFC) di Ulu Sungai Uka,
Kanowit.

Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 10, Pasukan Gerakan Am Sibu, Superintendan Frediel
Anak Nyambong, berkata hasil makluman orang awam seramai sembilan orang anggota dan
pegawai daripada PGA10 dan 12 penguatkusa SFC melakukan serbuan di sebuah kolam balak
yang dipercayai dioperasikan secara haram."Hasil serbuan itu, seorang lelaki tempatan berusia 50
tahun yang mengaku pemilik barangan rampasan dan seorang lelaki warganegara Indonesia
berusia 39 tahun ditahan bagi membantu siasatan," katanya dalam satu sidang media di bilik

mesyuarat pejabatnya di Sibu pada Rabu.

19

Turut dirampas pada serbuan itu adalah dua jengkaut dan dua jentolak serta beberapa mesin yang
digunakan dalam operasi pembalakan haram itu.Nilai keseluruhan barang dirampas termasuk nilai

kayu balak adalah dianggarkan berjumlah lebih RM1.42 juta.
Jelasnya, jika didapati bersalah di bawah Seksyen 96 (1) Akta Ordinan Hutan Sarawak 2015,
suspek kes ini boleh dijatuhkan hukuman denda tidak lebih RM25,000 dan penjara tidak melebihi

lima tahun bagi kesalahan pertama.
Bagi kesalahan berulang, suspek berdepan hukuman denda RM150,000 hingga RM500,000 dan

penjara tidak lebih 10 tahun.
Suspek juga berhadapan denda 10 kali ganda nilai rampasan sekiranya didapati bersalah dibawah

seksyen itu.
"Kita berterima kasih kepada masyarakat setempat yang telah bekerjasama sama ada menyalurkan

maklumat.
"Kita berharap kerjasama ini diteruskan dan jangan risau maklumat yang disampaikan adalah

sulit. Kita tidak akan dedahkan siapa pemberi maklumat tersebut," jelasnya lagi.
Katanya lagi, pembalakan haram seperti ini bukan sahaja menjejaskan ekosistem tetapi turut

menjejaskan hasil export negara.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/timbus-kayu-balak-dengan-tanah-untuk-elak-

dikesan-204010

20

Pembalakan haram di Kelantan ibarat kanser tahap
4

SHAHRIZAL AHMAD ZAINI | | 30 September 2019 SHAH ALAM - Masalah pembalakan
dan perlombongan haram yang berlaku di Kelantan sangat serius sehingga diibaratkan kanser

tahap empat.
Menurut seorang aktivis alam sekitar yang enggan dikenali, aktiviti berkenaan juga sangat

aktif dan hanya diketahui pihak tertentu.
"Sememangnya aktiviti pembalakan haram di Kelantan hari ini sangat kritikal. Dah serius di
mana-mana pun dan ini didapati berlaku dengan aktif di kawasan pembalakan yang berlesen

pula.
"Katakanlah dapat 10 ekar untuk balak, tetapi boleh 'kawtim' pula dengan pegawai hutan jadi

15 ekar. Dapat 'percuma' lima ekar. Jadi, masalah ini memang sangat-sangat kritikal.
"Apa pun langkahnya, sejak awal lagi memang melibatkan duit. Bermula daripada
permohonan sehingga lulus lesen, pengeluaran balak, sampai ke kilang kayu, kilang papan

semuanya hanya duit," katanya kepada Sinar Harian.
Aktivis berkenaan turut mendedahkan berlakunya 'bayaran' untuk menjamin keberkesanan

'kecurian' dalam kawasan pembalakan berlesen berkenaan.
Menurutnya, bayaran itu antaranya bertujuan melebarkan sempadan harga yang ditetapkan

sebanyak RM30 hingga RM40 serantai, manakala bagi tujuan pembesaran kawasan,
mengubah bearing dan batu sempadan dikenakan 'bayaran tepi' sebanyak RM2,000 hingga

RM3,000.

21

"Tiada resit akan dikeluarkan bagi setiap pembayaran ini, bayangkanlah jika kawasan
dibesarkan seluas 40 ekar, pembalak perlu membayar RM80,000 hingga RM120,000 tanpa

resit penerimaan.

"Begitu juga untuk memastikan hanya pokok yang berkualiti ditanda (lebih untung) bayaran
sebanyak RM30,000 hingga RM40,000 tanpa resit dikenakan, manakala untuk memastikan
kategori gred bagi kayu balak, bayaran tambahan dikenakan seperti RM200 perpokok bagi

balak gred A dan kayu cengal (RM1,000 perpokok).

Katanya, selain itu, bayaran cukai untuk sebuah lori akan digunakan untuk dua lori balak lain
(plet dan pelekat putih).

"Di sini pemandu lori balak juga ada bahagian duit atas usaha memastikan pelekat dan plet di
kembalikan ke matau dari kilang papan iaitu sekitar RM200 setiap trip lari cukai," katanya.

Selain itu, sumber berkenaan mendedahkan pada kebiasaannya berdasarkan jenis dan saiz
kayu yang biasa sebuah lori boleh dicukai antara RM1,500 hingga RM2,000.

"Bagaimanapun setelah diubah suai, saiz dan jenis kayu, pihak kontraktor membayar kira-
kira RM400 sahaja. Jumlah kuantiti dan saiz kayu dikecilkan serta jenis kayu diubah.

"Jenis kayu yang baik mempunyai cukai yang lebih mahal manakala kayu-kayu yang bersaiz
besar iaitu bersaiz diameter kurang lapan inci, diisytiharkan sebagai kayu jaras," katanya.

Sumber berkenaan berkata, bagi kayu jenis gred A, cukai mencecah sehingga RM5,000 selori
tetapi setelah diubahsuai kontraktor hanya membayar RM1,500.

"Biasanya, 'duit kopi' di pondok cukai adalah sebanyak RM300 hingga RM400 setiap lori.
Selain itu, bagi mempercepatkan urusan pengeluaran slip cukai (duit kotak) dibayar antara

RM10 hingga RM20," katanya.

Sementara itu, aktivis itu berkata, setakat ini Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat berani membendung gejala rasuah

ini.

Baru-baru ini Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),
Latheefa Koya berkata, kegiatan pembalakan dan perlombongan haram di seluruh negara kini

menjadi fokus SPRM.

SPRM tahan bekas Pengarah Kastam: Latheefa
https://www.sinarharian.com.my/article/49823/BERITA/Jenayah/SPRM-tahan-bekas-

Pengarah-Kastam-Latheefa

22

Latheefa berkata, kegiatan berkenaan perlu dibanteras habis-habisan kerana ia melibatkan
alam sekitar dan kepentingan awam.

"Selain agensi perhutanan, Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Alam Sekitar (JAS)
juga sepatutnya disasarkan kerana ini adalah satu kerugian kepada negara. Kerugian yang

sangat besar," katanya.
Baru-baru ini Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),
Latheefa Koya berkata, kegiatan pembalakan dan perlombongan haram di seluruh negara kini

menjadi fokus SPRM.
ARTIKEL BERKAITAN: SPRM tahan bekas Pengarah Kastam
Latheefa berkata, kegiatan berkenaan perlu dibanteras habis-habisan kerana ia melibatkan

alam sekitar dan kepentingan awam.
https://www.sinarharian.com.my/article/49907/BERITA/Nasional/Pembalakan-haram-di-

Kelantan-ibarat-kanser-tahap-4

23

Pembalakan haram bakal rugikan negara

Ogos 17, 2017 10:53 am

OLEH AHMAD NIZAM HAMID
Saya ambil maklum kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan
Alam Sekitar, Datuk Hamim Samuri berhubung kerugian negara kira-kira RM15.2 juta akibat
daripada aktiviti pembalakan haram di Semenanjung Malaysia dari tahun 2006 hingga 2016.
Ternyata begitu banyak pokok yang telah ditebang dan berkemungkinan kawasan hutan dan

bukit telah ditarah dan digondol sewenang-wenangnya.
Kegiatan pembalakan haram ini amat membimbangkan dan perlu diberi perhatian serius
kerana seolah-olah tidak dapat dibendung lagi angkara perbuatan rasuah yang membabitkan

pembalak dan anggota penguatkuasa agensi kerajaan.
Difahamkan juga, pada tempoh yang sama sebanyak 256 kes pembalakan haram telah
direkodkan dan sejumlah 229 orang telah ditangkap berhubung kegiatan ini. Adakah kadar

hukuman yang dikenakan tidak begitu berat?
24

Selain kerugian sehingga puluhan jutaan ringgit, berlaku juga kemusnahan alam sekitar,
kerosakan kawasan tadahan air serta menjejaskan kehidupan liar.

Pencerobohan dan pembalakan haram yang berleluasa telah menjejaskan ekosistem hutan
yang diceroboh kerana telah ditebang dan digondolkan. Hutan-hutan yang terjejas ini tidak

mungkin dapat digantikan dalam waktu yang singkat.

Sekiranya kegiatan pembalakan haram ini tidak dibendung, negara akan mengalami kerugian
sehingga ratusan juta ringgit setahun.

Saya menggesa Jabatan Perhutanan dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk
memandang serius masalah ini.

Pada masa yang sama, untuk berlaku adil, kerajaan harus memastikan kelestrasian hutan dan
alam sekitar. Adalah tidak berlaku adil sekiranya untuk menyalahkan pembalakkan haram
semata-mata, ini kerana kelulusan konsesi balak wajar turut disertakan dengan syarat-syarat
yang lebih ketat selain secara tender terbuka.

Malaysia selaku pihak yang menandatangani Protokol Kyoto mengenai ‘Climate Change’
harus terkehadapan daripada sudut menjaga dan memugar alam sekitar bukan sahaja

menguatkuasakan undang-undang berkaitan pembalakan haram tetapi juga di dalam isu
pemberian konsesi balak yang kelihatannya tidak terkawal dan dilakukan sewenang-
wenangnya.

# Ahmad Nizam Hamid adalah Timbalan Pengerusi KEADILAN Pahang

25

Sindiket pembalakan haram 'main' kasar

Oleh Fitri Nizam khamis 1 nov 2018
cnews@nstp.com.my

JENGKAUT dan kayu balak yang dirampas di Hutan Simpan Sekayu, Hulu Terengganu. - Foto ihsan
Jabatan Hutan Negeri

KUALA TERENGGANU: Seorang kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT)
cedera ketika cuba menyelamatkan diri selepas seorang ahli kumpulan sindiket pembalakan haram

bertindak agresif cuba melanggar pasukan serbuan dengan jengkaut.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi tadi di Hutan Simpan Sekayu, Hulu Terengganu, suspek
yang dikenal pasti sebagai ‘Koding’ bersama tiga lagi rakannya sedang mengalihkan balak yang
ditebang menggunakan jengkaut, sebelum didatangi sembilan pegawai dan anggota JPNT selepas

aktiviti mereka dihidu.
Pengarah JPNT, Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid, berkata sebaik memperkenalkan diri sebagai

pegawai JPNT, seorang suspek yang memandu jengkaut berkenaan tiba-tiba bertindak agresif
dengan menghayunkan ‘mata’ jentera berat itu ke arah pasukan serbuan.

Beliau berkata, akibat tindakan itu, pasukan serbuan terpaksa menyelamatkan diri bagi mengelak
tercedera, namun seorang daripada mereka terjatuh apabila kakinya tersadung pada kayu di lokasi

kejadian dan mengalami kecederaan.

26

“Berikutan tindakan suspek itu, keempat-empat ahli kumpulan sindiket pembalakan hutan
berkenaan berjaya meloloskan diri, namun pasukan serbuan dapat merampas jentera berat
berkenaan yang dianggarkan bernilai RM100,000 dan 16 batang kayu balak bernilai RM20,000.
“Anggota yang tercedera kemudiannya dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk mendapatkan
rawatan lanjut sebelum satu laporan polis berhubung kejadian dibuat oleh pasukan serbuan di Ibu

Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu.
“Butiran diri suspek juga sudah disalurkan kepada pihak polis kerana ini bukan kali pertama dia
terbabit dalam aktiviti pembalakan haram di daerah ini,” katanya ketika dihubungi NSTP, di sini,

hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat
Daud, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian daripada pihak JPNT dan

operasi memburu suspek kini giat dijalankan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah

bagi menakutkan penjawat awam menjalankan kewajipan yang sah di sisi undang-undang,”
katanya

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/11/493277/sindiket-pembalakan-haram-main-
kasar

27

B. PEMBAKARAN HUTAN ( 8 ARTIKEL)

Kebakaran Hutan Simpan Kuala Langat Selatan berjaya dipadamkan

Bernama | Mac 11, 2020

Anggota Bomba dan Penyelamat giat menjalankan operasi memadamkan kebakaran di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan. - BERNAMA

SHAH ALAM: Kebakaran Hutan Simpan Kuala Langat Selatan yang berlaku hampir dua minggu
lepas berjaya dipadamkan sepenuhnya pada Selasa. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata setakat 6.30 petang tadi, tiada
kejadian kebakaran berulang dilihat berlaku di kawasan hutan simpan gambut berkeluasan 52 hektar
itu. "Pemadaman kebakaran hutan simpan itu berjaya dilaksanakan sepenuhnya terhadap kawasan
yang terjejas. Namun, pemantauan akan dilakukan lagi esok sebagai penilaian terakhir jika asap masih

ada," katanya ketika dihubungi Bernama. Hafisham berkata dalam operasi hari ini, pihaknya
menggunakan strategi pemadaman secara direct attack dan jet shooter bagi menghapuskan saki baki

asap serta kebakaran kecil di sekitar kawasan terjejas itu. Beliau berkata seramai 78 anggota dan
pegawai JBPM Selangor terlibat dalam operasi pemadaman hari ini dengan dibantu 52 pegawai agensi

lain antaranya Angkatan Pertahanan Awam, Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor, Jabatan
Perhutanan Negeri Selangor dan Skuad Pantas Majlis Perbandaran Kuala Langat.

28

Kira-kira satu hektar hutan terbakar di Bukit Bendera

Bernama | Februari 24, 2020

Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran itu daripada terus merebak dalam tempoh 30 minit.

GEORGE TOWN: Kira-kira satu hektar kawasan hutan berhampiran landasan kereta api funikular
Bukit Bendera antara stesen bawah dan tengah, dekat sini, mengalami kebakaran, malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Mohd Norzaidi Ahmad berkata
pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 7 malam sebelum

sebuah jentera ke lokasi kejadian. "Sebaik tiba, memang terdapat kebakaran kawasan hutan
berhampiran landasan keretapi tersebut dan api sedang marak kerana angin kuat, kami menghadapi
kesukaran untuk memadam (kebakaran) pada awalnya kerana keadaan bukit yang curam serta tinggi.

"Bagaimanapun, Perbadanan Bukit Bendera (PHC) telah memberi bantuan dan kebenaran untuk
menggunakan kereta api ke stesen tengah bagi memudahkan operasi pemadaman kawasan yang
terbakar tersebut," katanya di sini. Beliau berkata pihak bomba berjaya mengawal kebakaran itu
daripada terus merebak dalam tempoh 30 minit dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam
8.30 malam dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bukit Bendera. Mohd Norzaidi berkata
punca kebakaran masih dalam siasatan dan pasukan forensik bomba sedang menjalankan siasatan
lanjut. Sementara itu, Pengurus Besar PHC, Datuk Cheok Lay Leng berkata pujian harus diberikan
kepada pasukan bomba kerana bertindak pantas mengawal kebakaran daripada terus merebak di

kawasan berhampiran. Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk berwaspada dan tidak
menghisap rokok atau melakukan pembakaran berdekatan kawasan hutan berkenaan bagi mengelak

berlakunya kebakaran pada skala besar. "Keadaan cuaca kering dan angin kuat sekarang ini akan
mempercepatkan api untuk merebak dan menjadikan keadaan bertambah buruk jika berlaku
kebakaran" katanya.

29

Johor rekod kes kebakaran hutan, ladang tertinggi

Harits Asyraf Hasnan, Astro Awani | November 11, 2019

Antara punca utama kebakaran yang direkodkan ialah disebabkan pembakaran terbuka dilakukan petani-petani selain kecuaian

KUALA LUMPUR: Sejumlah 1,433 kes kebakaran melibatkan ladang dan hutan dicatatkan di seluruh
negara pada Ogos dan September lepas. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk
Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah berkata, Johor merekodkan jumlah tertinggi

iaitu 580 kes diikuti Selangor (226), Sarawak (193) dan Sabah (179). Menurut beliau, antara punca
utama kebakaran disebabkan kebakaran terbuka dilakukan petani-petani selain kecuaian. “Antara

langkah pencegahan yang telah diambil oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
(KPKT) bagi menggelakkan kebakaran terbuka adalah dengan mengaktifkan Pelan Tindakan
Pembakaran Terbuka Kebangsaan dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan bagi menghadapi situasi
jerebu negara. “JBPM (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia) sebagai mana yang dinyatakan
dalam pelan tindakan tersebut, bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja pemadaman dan
pemantauan menggunakan aset-aset kebombaan seperti helikopter, jentera bomba, peralatan dan
kelengkapan kebombaan dengan kekuatan 14,600 pegawai bomba di seluruh negara,” katanya pada
sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini. Beliau menjawab soalan Wong Hon Wai (PH-Bukit
Bendera) mengenai rekod kes kebakaran terbuka yang berlaku di ladang serta hutan di Malaysia pada
Ogos dan September lalu serta langkah pencegahan yang boleh dilaksanakan. Selain itu, ujarnya,
JBPM juga mengambil inisiatif melaksanakan program kempen penyebaran maklumat pencegahan
melalui aktiviti pembelajaran dan kesedaran awam termasuk seminar keselamatan kebakaran
merangkumi larangan pembakaran terbuka kawasan ladang dan hutan. Mengenai tindakan ke atas
tuan punya tanah yang terlibat dengan kebakaran terbuka, Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, perkara
ini adalah di luar bidang kuasa KPKT. “Perkara tersebut perlu dirujuk kepada Jabatan Alam Sekitar
kerana siasatan perlu dibuat bagi mengenal pasti sama ada kebakaran tersebut dicetuskan oleh pemilik

tanah, orang persendirian atau secara semula jadi,” katanya.

30

Kebakaran hutan 200 hektar, punca IPU bahaya di Sarawak

BERNAMA | 20 September 20

Kebakaran hutan dan tanah gambut seluas 200 hektar dilaporkan di Sri Aman Sarawak hari ini menyebabkan bacaan IPU pada tahap
bahaya.

PUTRAJAYA - Kebakaran hutan dan tanah gambut seluas 200 hektar dilaporkan di Sri Aman
Sarawak hari ini menyebabkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap bahaya, demikian

menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma). Nadma dalam kenyataan hari ini turut
memaklumkan Operasi Pembenihan Awan (OPA) akan dilakukan di Sarawak selama dua hari
bermula hari ini dengan memberi tumpuan kepada kawasan Sri Aman. Menurut laporan Jabatan
Bomba dan Penyelamat (JBPM), 80 hektar daripada kawasan yang terbakar di Sri Aman masih belum
berjaya dipadamkan. Menurut Nadma, kerja-kerja 'fire break' telah dibuat menggunakan lima buah
excavator dan bantuan pemadaman menggunakan pesawat Bombardier milik Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia (APMM) akan bermula esok. "Masalah yang dihadapi adalah tidak ada sumber air
yang berhampiran," menurut agensi itu. Menurut Nadma, helikopter bomba masih belum mendapat
kebenaran daripada menara kawalan untuk memberi bantuan akibat jarak penglihatan yang terhad.
Tambahnya, sensor bacaan IPU yang berada di sebuah stadium terletak 3km dari kawasan kebakaran
dan tiupan angin yang membawa asap ke lokasi sensor telah menyebabkan bacaan IPU naik
mendadak. Bacaan IPU di Sri Aman pada jam 11 pagi hari ini ialah 417. Sejak jam 6 pagi, IPU di Sri
Aman mencecah paras bahaya dengan bacaan 301. Menurut laporan Jabatan Alam Sekitar pada jam
11 pagi, tiga kawasan lain di Sarawak mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat iaitu Kuching (244),
Sarikei (225) dan Samarahan (218). Mengenai OPA yang dilaksanakan semalam di Selangor, Perak
dan Pulau Pinang, Nadma berkata, ia berjaya menghasilkan hujan terutamanya di kawasan utara
Semenanjung Malaysia walaupun tidak secara menyeluruh. "Antara kesukaran yang dihadapi adalah
masalah mencari awan yang sesuai akibat jerebu tebal dan kesukaran pesawat untuk melalui kawasan
sasaran kerana bentuk muka bumi yang berbukit-bukau," katanya. Menurut Nadma, ia telah
mengedarkan 2.1 juta topeng muka, dengan 500,000 daripadanya di Sarawak dan 1.6 juta di
Semenanjung. Menurut Nadma, penggunaan penutup hidung dan mulut jenis N95 adalah yang paling
berkesan untuk kegunaan ketika keadaan berhabuk dan berjerebu. Dalam pada itu, sejumlah 2,696
sekolah di seluruh negara ditutup hari ini melibatkan 1.7 juta pelajar. Di Sarawak jumlah sekolah yang
ditutup ialah 1,037, Selangor (939), Pulau Pinang (399), Kuala Lumpur (296) dan Putrajaya (25).

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100
(sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas

berbahaya.

31

Bomba berjaya padam kebakaran hutan seluas 12 hektar di Nusajaya

Bernama | September 18, 2019

Pihak bomba menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 10.32 pagi Selasa dan mula menjalankan operasi
pemadaman pada 11 pagi.

JOHOR BAHRU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berjaya memadamkan 90
peratus kebakaran hutan seluas 12 hektar di Jalan Mega 1, Taman Perindustrian Nusa Cemerlang

dekat Nusajaya yang berlaku pagi tadi. Ketua Zon 1 JPBM Johor, Mohamad Faizul Selamat berkata
pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 10.32 pagi tadi dan mula menjalankan
operasi pemadaman pada 11 pagi. "Seramai 20 anggota daripada Balai Bomba Skudai, Pekan Nenas
dan Bandar Baru Kulai dengan bantuan empat jentera dikerahkan ke kawasan kejadian yang terletak
berdekatan dengan kawasan lebuh raya namun ia jauh dari kawasan penempatan. "Cuaca panas dan

berangin pada hari ini mungkin antara penyebab api merebak. Tetapi kita juga tidak menolak
kemungkinan kebakaran ini berlaku dengan sendirinya," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini,

hari ini.

32

Cari madu antara punca kebakaran hutan - Bomba Terengganu

Astro Awani | Mac 27, 2019

Keadaan tanah gambut dan saki baki kayu hutan yang ditebang dikhuatiri boleh menyebabkan kebakaran berlaku pada
bila-bila masa. - Astro AWANI

DUNGUN: Penerokaan bagi aktiviti pertanian dan mencari madu dipercayai antara punca utama yang
menyumbang kepada kebakaran hutan di Kampung Balai Besar, di sini, sejak seminggu yang lalu.
Ketua Zon Dua Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Azmi Ab Rahim berkata perbuatan
melakukan pembakaran terbuka tanpa kawalan menyebabkan kebakaran merebak dengan cepat
sehingga memusnahkan sebahagian kawasan hutan berkenaan. Menurutnya, sehingga kini api seluas
22 hektar di kawasan hutan berjaya dipadamkan. "Kita baiki sistem perparitan yang ada, yang mana
pada ketika ini, di tempat kita beroperasi ini, aras parit tersebut lebih tinggi berbanding dengan alur
sungai. Jadi, perlu menjalankan kerja-kerja pendalaman supaya air tersebut dapat sampai ke tempat
kita beroperasi. "Juga, memerlukan bantuan daripada jentera-jentera berat. Alhamdulillah kita dapat
bantuan daripada penduduk yang prihatin. Jadi, kerja-kerja itu sedang dilaksanakan. Kita harap ia
berjalan lancar dan kerja-kerja operasi ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin," kata Azmi.

Katanya, usaha pemadaman yang masih berbaki kira-kira tiga hektar sedang giat dilaksanakan dengan
kekuatan lebih 80 orang. Jelasnya, pihaknya percaya operasi pemadaman keseluruhan kawasan

terbakar dapat diselesaikan dalam masa terdekat. Pemantauan berterusan akan dilaksanakan berikutan
keadaan tanah gambut dan saki baki kayu hutan yang ditebang dikhuatiri boleh menyebabkan
kebakaran berlaku pada bila-bila masa sahaja. Azmi turut menasihatkan orang ramai agar tidak

melakukan aktiviti penerokaan tanah pada musim kemarau ini kerana bimbang akan mengakibatkan
berlakunya kebakaran hutan pada skala yang lebih besar.

33

Hutan hujan Amazon terus terbakar, jutaan spesies istimewa berdepan
kemusnahan

Ogos 22, 2019

Pengguna media sosial di seluruh dunia menyuarakan kebimbangan itu di dunia maya dengan pelbagai hashtag digunakan antaranya
#AmazonFires dan #SaveAmazonRainforest.

SEMAKIN serius dan kemusnahan semakin nyata!
Api semakin marak dalam rekod masa yang pantas di hutan hutan Amazon ketika ini, sementara
saintis memberi amaran hal itu akan menjejaskan segala usaha untuk mengatasi masalah perubahan
iklim. Sebelum ini sudahpun berlaku lebih 72,800 kebakaran di Brazil tahun ini dengan lebih separuh
daripadanya berlaku di kawasan hamparan Amazon, ujar National Institute for Space Research
(INPE). Perkembangan itu adalah peningkatan lebih 80 peratus berbanding tempoh yang sama tahun
lalu. Sering digelar sebagai paru-paru untuk planet Bumi, hutan Amazon menghasilkan 20 peratus

oksigen dalam atmosfera.

Kemusnahan hutan Amazon satu tamparan hebat kepada penduduk Bumi.

Peranannya sangat penting dalam melambatkan kesan pemanasan global, selain menjadi rumah untuk
spesies flora dan fauna yang tidak terkira jumlahnya. Secara kasar, saiz hamparan hutan terbesar

dunia itu adalah separuh keluasan Amerika Syarikat. Sejak lebih seminggu yang lalu, pelbagai imej
dan video ‘mengerikan’ sudah tersebar di susur masa media sosial. Kepulan asap memenuhi ruang

langit sementara api terus marak hingga meninggalkan sisa hutan yang hangus dan hitam.

34

Asap sudah berarak tebal sehingga ke Sao Paolo, yang terletak 1,700 batu jauhnya dari titik
kebakaran. Gambar yang diambil dari bandar itu menunjukkan langit dalam keadaan suram dan gelap

walaupun p[ada waktu tengah hari, kerana sinaran marahari ditutup asap dan debu. Program satelit
Kesatuan Eropah (EU), Copernicus, menunjukkan litupan asap tebal akibat kebakaran yang bermula
di Brazil hingga ke timur pesisir Atlantik, malah menyekubungi hampir separuh negara itu. Keadaan
itu dikhuatiri bakal melepasi sempadan Peru, Bolivia dan Paraguay. Amazon merentangi beberapa

negara Amerika Selatan itu, namun lebih daripada dua per tiga hutan hujan itu berada di Brazil.

TIndakan memadan kebakaran hampir mustahil buat masa ini kerana kekangan sumber.

Menurut INPE, kawasan seluas lebih daripada satu setengah padang bola boleh musnah setiap minit
setiap hari. Pengguna media sosial di seluruh dunia menyuarakan kebimbangan itu di dunia maya
dengan pelbagai hashtag digunakan antaranya #AmazonFires dan #SaveAmazonRainforest.
Sementara itu, Presiden Brazil, Jair Bolsonaro pada Khamis berkata, pihak kerajaan tidak dapat

bertindak dengan cekap kerana kekangan sumber untuk memadamkan kebakaran. Rakyat Brazil dan
masyarakat dunia bagaimanapun tidak berpuas hati dengan kenyataannya yang sekadar menyatakan

tentang usaha menyiasat punca kebakaran.

Suasana langit waktu malam juga diterangi api yang terus marak.

35

Khamis, 9 Januari 2020

Pasukan pemadam kebakaran Pihak Berkuasa Kebakaran (CFA) Australia yang melakukan pembakaran terkawal di barat
Corryong, Victoria. - Foto AAP

Kebakaran hutan kembali marak, Australia keluarkan amaran baharu

MELBOURNE: Pihak berkuasa mengeluarkan amaran baharu dan notis pemindahan di seluruh
tenggara Australia susulan cuaca panas mencetuskan kembali kebakaran hutan yang mengancam
beberapa bandar serta masyarakat setempat. Notis peringkat bencana di sebahagian besar Victoria
yang dikeluarkan sejak beberapa minggu lalu, dilanjutkan selama 48 jam dan penduduk di zon bahaya
dinasihatkan berpindah jika dilihat selamat untuk berbuat demikian. Menteri Perkhidmatan Bencana

Victoria, Lisa Neville, berkata cuaca sejuk beberapa hari lalu membolehkan pihak bomba
mengukuhkan kawalan di kawasan kebakaran yang berlaku sejak beberapa bulan. “Namun, jangan
ambil mudah hanya kerana kita menerima hujan baru-baru ini. “Kebakaran ini masih berlaku dan
bertambah di kawasan kita selain mencetuskan risiko besar kepada masyarakat,” katanya. Seramai 26
individu meninggal dunia, ribuan hilang tempat tinggal serta ribuan lagi terpaksa berpindah beberapa
kali susulan kebakaran besar berlaku di kawasan seluas lebih 10.3 juta hektar - kawasan seluas Korea
Selatan. Pihak berkuasa memaklumkan kebakaran akan berterusan, mencetuskan bahaya ketika suhu
tinggi dan berangin, sehinggalah negara itu menerima jumlah hujan yang tinggi. Agensi cuaca rasmi
mengesahkan bahawa jumlah hujan yang tinggi tidak akan berlaku untuk beberapa bulan akan datang
dalam laporan tahunannya, yang turut menunjukkan 2019 sebagai tahun paling panas dan kering bagi
Australia. Krisis ketika ini tercetus susulan kemarau selama tiga tahun yang menyebabkan sebahagian
besar kawasan hutan belukar di negara itu terdedah dengan kebakaran. Kebanyakan bandar terputus

bekalan elektrik dan telekomunikasi, manakala sebahagian kawasan hampir kehabisan bekalan
minuman. Asap tebal pula menyelubungi Sydney, Melbourne dan Canberra, serta berterbangan
sehingga ke Amerika Selatan. Sebahagian besar Pulau Kangaroo, kawasan pelancongan yang kaya
dengan hidupan liar di pantai tenggara negara itu di mana Perdana Menteri, Scott Morrison merayu
kepada pelancong asing supaya tidak terhalang dengan kebakaran, juga terpaksa dipindahkan sekali

lagi. Satu pertiga daripada kawasan pulau itu musnah akibat kebakaran.

36

C. PENEROKAAN KAWASAN HUTAN (9 ARTIKEL)
Orang Asli jadi renjer sukarela pantau pembalakan haram

Muhafandi Muhamad, Astro Awani | Januari 12, 2018

Orang Asli yang terlibat akan menjadi mata dan telinga Jabatan Perhutanan dalam menjaga
kawasan hutan simpan kekal di sekitar kampung mereka. - Gambar hiasan

GUA MUSANG: Masyarakat Orang Asli akan dilatih sebagai renjer sukarela bagi memantau
kegiatan pembalakan dan penerokaan tanah secara haram di daerah Gua Musang tahun ini.

Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan, Datuk Zahari Ibrahim berkata, Orang Asli yang terlibat
akan bertugas menjaga kawasan hutan simpan kekal dan khazanah hutan di sekeliling

perkampungan mereka.Menurutnya, pihaknya akan bekerjasama dengan Angkatan Pertahanan
Malaysia (APM) untuk melatih komuniti itu yang akan melaporkan kepada pihak berkuasa
sekiranya berlaku sebarang pencerobohan hutan.

"Kita akan memberi latihan dan kursus kepada mereka yang akan memantau kawasan pembalakan
dan hutan supaya mereka yang dilantik faham tentang sistem pengurusan hutan dan sistem

pengurusan hasil hutan, selain tahu tentang prosedur yang dibenarkan."Secara tidak langsung,
mereka menjadi mata dan telinga Jabatan Perhutanan," katanya.

Mengikut rekod, keluasan hutan simpan di Kelantan ialah 689,000 hektar, hutan pengeluaran 200,
000 hektar dan kawasan zon larangan hutan 199,000 hektar.

37

Sabah henti eksport kayu balak serta-merta - Shafie Apdal
Ruzaini Zulkepli, Astro Awani | Mei 23, 2018

Pemberhentian aktiviti itu bagi mengelak penerokaan hutan yang berterusan. - Astro
AWANI/Ruzaini Zulkepli

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah akan menghentikan serta-merta eksport sumber
kayu balak di negeri ini bagi memastikan sumber berasaskan kayu mampu menampung bekalan

industri pembuatan tempatan.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, arahan rasmi berhubung langkah itu

akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat selain pemakluman kepada Jabatan Perhutanan Sabah
dan pihak berkuasa.Mohd Shafie berkata, langkah itu juga bagi mengelak penerokaan hutan yang
berterusan dan juga untuk memastikan bekalan kayu untuk negeri ini sentiasa mencukupi untuk

keperluan semasa.

"Kita akan mengambil langkah drastik untuk mengharamkan sementara eksport hasil kayu balak
dari negeri ini untuk memastikan keperluan kayu kayan bagi industri pembuatan berasakan kayu
di negeri ini mencukupi."Langkah ini juga bagi membolehkan peluang pekerjaan bagi anak-anak

Sabah akan dapat diwujudkan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Bangunan Yayasan Sabah, di sini, hari ini.
Mohd Shafie juga menegaskan bahawa kerajaan negeri terus komited dalam menyelesaikan
masalah kekurangan peluang pekerjaan di negeri ini dan Yayasan Sabah bakal memainkan
peranan penting ke arah itu.
Katanya, kerajaan negeri juga tidak bercadang untuk melaksanakan semula Saham Amanah
Rakyat Sabah (SARS) kerana peluang pekerjaan lebih memberikan manfaat yang berterusan
selain mampu melonjakkan sumber pendapatan penduduk di negeri ini.

"Kita tidak bercadang untuk melaksanakan semula SARS kerana pemberian bonus secara tunai
adalah bersifat sementara.

38

"Lebih baik kita taja pelajar dengan memberikan bantuan biasiswa dan menyediakan lebih banyak
peluang pekerjaan kerana saya yakin langkah itu akan membantu Yayasan Sabah dan rakyat di
negeri ini untuk terus maju ke hadapan," katanya.
Penduduk Kampung Mat Daling bantah pembalakan di kawasan tadahan air
Tan Su Lin, Astro Awani | April 11, 2016

Sekumpulan penduduk dari beberapa perkampungan di Mat Daling menyuarakan bantahan. - Foto
Astro AWANI/Tan Su Lin

JERANTUT: Penduduk di Kampung Mat Daling, Ulu Tembeling bergantung kepada sungai
untuk sebagai sumber rezeki utama iaitu perikanan.

Mereka gusar akibat kawasan tadahan air yang terjejas, kini kehidupan harian serta sumber
pendapatan mereka turut terkesan akibat air Sungai Tembeling yang cetek.

Ini kerana sejak sungai itu menjadi semakin cetek, penduduk mendakwa sumber ikan turut terjejas
dan secara tidak langsung menjejaskan sektor pelancongan.

Menurut salah seorang penduduk, Zakaria Serahan, 40, dahulunya sungai berkenaan mempunyai
banyak ikan kelah namun kini bilangannya turut merosot."Pendapatan hasil tangkapan saya di
Sungai Tembeling ini adalah untuk cari ikan kelah iaitu mudik ke hulu Tembeling. Sekarang
sungai sudah kering, kebanyakan ikan pun sudah tak ada.
"Sekarang ini hasil pendapatan bawa pelancong terjejas sebab air sungai surut. Sekarang bot-bot
tidak dapat naik atas jeram lagi kerana tadahan air kat atas makin lama makin surut," katanya.

Kedatangan penduduk ke Sungai Kembir untuk menangkap ikan pada hari ini belum tentu
menjanjikan hasil yang diharapkan. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

39

Segera hentikan!
Keadaan itu mendesak sekumpulan penduduk dari beberapa perkampungan di Mat Daling

menyuarakan bantahan terhadap aktiviti pembalakan di kawasan tadahan air.
Antara mereka adalah, penduduk Kampung Bantal, Zakaria Ismail, 50, yang mahu pembalakan

tidak terkawal itu segera dihentikan.
"Sejak berlakunya pembalakan berleluasa kita sudah nampak kesannya. Kita tidak setuju

pembalakan kawasan tadahan air kerana sudah habis pokok ditebang," katanya.

Sementara itu, penduduk Kampung Bukit Mat Daling, Maisarah Doll, 42, mahu isu itu ditangani
bagi memastikan kelestarian kawasan hutan Tembeling untuk generasi akan datang.

"Selama 42 tahun saya berada di sini inilah situasi paling teruk sekali. Kami di Mat Daling ini
umpamanya padang jarak padang terkukur. Gunung-ganang, bukit-bukau semua habis dicukur

oleh pihak berkenaan. Saya minta tindakan pihak berwajib tolonglah jenguk kami di sini.
Tolonglah bantu kami," katanya.

Jika keadaan ini berterusan, mereka bimbang Sungai Tembeling akan mati akibat kerakusan
manusia.

"Sekarang pasir makin banyak. Makin naik, makin tinggi. Dulu pasir tidak tinggi begini, tapi
sekarang sudah nak menutup aluran sungai," kata Zakaria.

Harapan mereka adalah kawasan tadahan sedia ada dapat dipelihara demi masa depan anak cucu
mereka.

Terletak di mukim Ulu Tembeling, Kampung Mat Daling adalah kampung tradisional Melayu
yang terdiri daripada 10 buah perkampungan kecil yang didiami sejumlah kira-kira 700 penduduk

kampung.

40

Henti penerokaan kawasan baharu, pembalakan - Ahmad Jazlan
Astro Astro Awani | Mac 27, 2016

Pihak kementerian akan mengeluarkan arahan supaya aktiviti pembalakan dekat kawasan tadahan
hujan berkenaan dihentikan buat sementara waktu. - Gambar fail

PASIR PUTEH: Kerajaan negeri, syarikat serta pemaju-pemaju terlibat diminta supaya
menghentikan sementara kerja-kerja pembukaan kawasan baharu, penerokaan tanah dan
pembalakan terutamanya berhampiran kawasan tadahan air sepanjang musim panas yang sedang

melanda negara ketika ini.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub
memaklumkan, aktiviti yang dilakukan di kawasan pedalaman termasuk di Kelantan itu, bukan
sahaja menyumbang kepada penipisan ozon, malah menjejaskan sumber air di kawasan tadahan
atau hutan simpan."Dalam keadaan fenomena hari ini cuaca El Nino keadaan panas, kita tengok
sawah padi banyak yang kering, tali air kering dan sudah tentu ianya melibatkan bekalan air

bersih.

Kawasan luar bandar pastinya terjejas dan ramai di Kelantan yang menetap di luar bandar
bergantung kepada air semulajadi, contohnya kawasan tadahan hujan," katanya.Justeru, pihak

yang terlibat perlu memainkan peranan, hentikan segala aktiviti yang boleh mengakibatkan
keadaan menjadi lebih buruk selain meningkatkan usaha memelihara alam sekitar.

"Kita merayu kepada pihak berkaitan kalau boleh hentikan dulu kegiatan penebangan pokok
penerokaan hutan di kawasan tertentu ini kerana sumber air adalah penting dalam kehidupan.

Kata beliau, jika aktiviti itu berterusan dengan skala hujan yang tidak menentu, air akan menjadi
keruh dan tidak dapat digunakan.

Sehubungan itu, pihaknya mengeluarkan arahan supaya aktiviti dekat jawasan tadahan hujan
berkenaan dihentikan buat sementara waktu.

Ahmad Jazlan ditemui pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Projek

41

Pembinaan Semula Rumah Terbakar Strategil Kautan Biru Kebangsaan di Kampung Lepah,
Selising di sini hari ini.

Peka dakwa penerokaan masih giat dilakukan di Hutan Simpan Lentang
Bernama | Januari 10, 2016

Pengerusi Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil
menunjukkan peta kawasan Hutan Simpan Kekal Lentang yang diceroboh untuk pembalakan. -

Foto Bernama

BENTONG: Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) mendakwa pembalakan
yang menjadi punca utama kejadian banjir lumpur di KM52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak
pada 11 Nov tahun lepas, sehingga kini masih giat dilakukan di Hutan Simpan Kekal Lentang.
Presidennya Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata walaupun sebelum ini pelbagai pihak
menafikan keadaan itu, Peka mempunyai bukti jelas menunjukkan kegiatan penerokaan hutan

tersebut semakin serius.Bagi membuktikan perkara itu, Peka bersama beberapa agensi media
termasuk Bernama, meninjau kawasan terlibat dan hasilnya amat mengejutkan apabila tanda-tanda

penerokaan di hutan itu masih terus berlaku.
Banyak tunggul kayu balak dipercayai baru ditebang sebulan lepas, ditemui sebaik memasuki
lebih tiga kilometer ke dalam hutan itu dengan menggunakan jalan tanah merah berhampiran
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tinggi.Antaranya, termasuk dari jenis cengal merah dan

meranti yang mempunyai nilai tinggi di pasaran.

42

Kayu balak berdekatan Sungai Benus turut ditebang di Hutan Simpan Kekal Lentang ketika empat
jam meninjau kawasan yang diceroboh hari ini. - Foto Bernama

Tinjauan turut menemui beberapa papan tanda yang menunjukkan notis lesen kegiatan
pembalakan berakhir pada tahun lepas.

Paling memeranjatkan, terdapat papan tanda mengenai sebuah projek baharu, iaitu cadangan
membina sebuah empangan mini hidro elektrik di kawasan Sungai Benus di situ.

Mengikut Seksyen 32 Akta Perhutanan Negara 1924, sebarang pendudukan atau perjalanan
aktiviti di hutan simpan kekal adalah dilarang, dan jika ingkar boleh dikenakan denda tidak
melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Lebih teruk lagi, apabila anak-anak sungai turut terjejas ekoran alirannya disekat bagi membina
jambatan balak dipercayai untuk mengangkut keluar hasil hutan itu.

Perlu diingat, Hutan Simpan Lentang ini mempunyai keistimewaannya sendiri kerana ia kawasan
tadahan air dan mempunyai banyak kawasan air terjun dan anak-anak sungai, kata Shariffa
Sabrina.

"Satu pemandangan amat sedih apabila melihat pokok-pokok hutan dan kayu balak dipotong
sesuka hati termasuk di kawasan penampan sungai.

"Jadi, Peka telah menjawab persoalan mengenai punca kejadian banjir lumpur di Lebuhraya Kuala
Lumpur-Karak. Kita harap kerajaan akan memberi perhatian segera kepada perkara ini bagi
mengelak kejadian lebih buruk," katanya.

43

Banjir lumpur: Penerokaan hutan secara haram perlu dikawal
Astro Awani | November 15, 2014

Kelestarian pengurusan banjir
KUALA LUMPUR: Persediaan dan pelan pengurusan menghadapi bencana banjir perlu dititik

beratkan agar tiada lagi tragedi berulang.
Ini isu yang menjadi keutamaan dan perhatian rakyat ekoran tragedi banjir Cameron Highlands
baru-baru ini.Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman, Timbalan Naib Canselor Universiti Sultan Zainal
Abidin (UNISZA) dalam Analisis Awani pada Jumaat berkata, untuk memastikan kelestarian
pengurusan banjir -- penerokaan hutan secara haram perlu dikawal dan penguatkuasaan oleh pihak

terlibat perlu diperketatkan lagi.

"Saya yakin masalah sebenarnya adalah ketirisan, sebenarnya kita ada pelbagai garis panduan
pengawalan banjir, pengurusan pasir, tanah tinggi, akta, 43 akta pengurusan sekeliling. Tapi
sejauh mana akta ini dilaksanakan? Ini yang sebenarnya menjadi isu di Cameron Highlands."Saya
yakin kalau semua pihak berkuasa dan agensi kerajaan mengurangkan ketirisan ini, punca utama

impak banjir kepada masyarakat dapat diminimakan," ujar Mohd Ekhwan.
Tambahnya, satu lagi pengurusan spesifik perlu dilaksanakan di Cameron Highlands.

Dalam tragedi banjir lumpur di Cameron Highlands baru-baru ini, lima mangsa termasuk warga
asing terkorban manakala lima lagi cedera.

Tambahnya, bagi menghadapi musim tengkujuh -- agensi kerajaan terlibat termasuk Majlis
Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM),

polis, pejabat daerah, dan Jabatan Pengairan dan Saliran perlu bersedia berganding bahu
menghadapi dan bekerjasama menghadapi musim banjir.

Tindakan pasca banjir perlu dilaksanakan secara konsisten seperti merencanakan semula pelan
pembangunan komprehensif dengan mengambil kira pelan penampan banjir termasuk pengurusan

empangan dan saliran yang lebih baik.

44

Penerokaan hutan tidak sistematik antara punca haiwan liar ‘melata’

Oleh BERNAMAJuly 28, 2019 12:59 pm
Penerokaan hutan yang tidak sistematik antara faktor penyebab kepada haiwan liar ‘melata’
sehingga menganggu penempatan manusia apabila ia terpaksa keluar dari habitat asal bagi

mendapatkan makanan dan pasangan.
Baru-baru ini negara dikejutkan dengan beberapa insiden haiwan liar seperti Harimau, Tapir,

Gajah dan beberapa lagi haiwan liar memasuki kawasan penempatan manusia sehingga
menimbulkan konflik haiwan dan manusia.

Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Prof Dr Ahmad Ismail berkata sesetengah
haiwan liar memerlukan kawasan luas untuk mencari makanan dan sebagai kawasan ‘teritori’

(wilayah) mereka.
“Penerokaan hutan yang tidak sistematik menyebabkan saiz hutan semakin mengecil,
kewujudan kepulauan hutan dan habitat berdekatan dengan penempatan manusia memberi
kesan kepada kawasan rayau bagi haiwan liar sehingga ia terpaksa memasuki kawasan

penempatan manusia,” katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.
Ahmad berkata bagi haiwan kecil seperti kera pula, ia mudah beradaptasi dengan manusia

dan kerap berlaku konflik antara kera dan manusia apabila haiwan itu mengganggu
penempatan manusia bagi mendapatkan makanan.

Bagi menghadapi masalah itu semua pihak perlu memahami konsep pembangunan lestari
agar ia dapat mengurangkan konflik antara manusia dan haiwan liar.

45

“Pihak berkuasa tarutama pihak perancangan bandar mesti faham makna sebenar
pembangunan lestari setempat dengan mengambil kira faktor keseimbangan alam sekitar

setempat, kesejahteraan penduduk dan kelestarian,” katanya.
Di samping itu, pihak bertanggungjawab seperti Jabatan perhilitan, Jabatan Perhutanan dan
Majlis Daerah boleh membantu orang ramai dengan memberi pengetahuan mengenai hidupan

liar di tempat mereka.
Beliau mencadangkan agar kerajaan menyemak semula beberapa akta dan peraturan yang
sedia ada dari semasa ke semasa bagi penambahbaikan kerana undang-undang bukan hanya
kepada tindakan denda semata-mata sebaliknya banyak perkara lain perlu dilihat semula.

Ahmad berkata, di samping itu semakan terhadap undang-undang yang sedia ada perlu
dilakukan bagi melihat pertindihan dengan peraturan lain dan pelaksanaannya perlu
dilakukan secara bersepadu bagi mengelak berlakunya pertindihan.
— BERNAMA

Pencerobohan Dan Penerokaan Haram Di Sebahagian Kompartmen 37, 38 Dan 33, Hutan
Simpan Bukit Larut, Daerah Hutan Larut Matang Dan Daerah Hutan Kuala Kangsar, Perak

POSTED BY AZRUL FAIZAL MOHAMED 105SC ON MARCH 22

Kenyataan Media
Di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tidak mustahil akan berlaku kegiatan-
kegiatan yang berkaitan kesalahan-kesalahan hutan. Antara kegiatan yang berkaitan
kesalahan-kesalahan hutan ialah memasuki kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) tanpa

permit, dan penerokaan haram kawasan HSK.

46

Berdasarkan makluman awam dan rujukan koordinat di peta topo, disyaki sebahagian
Kompartmen 33, Hutan Simpan Bukit Larut (HS Bukit Larut) dalam Daerah Hutan Kuala
Kangsar, Perak sedang dilakukan kegiatan 'clearing' dan pemusnahan litupan hutan asal untuk

dijadikan sebagai kawasan pertanian.

Manakala sebahagian Kompartmen 37 dan Kompartmen 38 dalam Daerah Hutan Larut
Matang telah lama diteroka. Kompartmen 33, terletak bersebelahan dengan Kompartmen 37.

Peneroka haram memasang pagar renjatan elektrik di kawasan yang mereka
teroka Gambar : SAM

Walaupun aduan telah lama dikemukakan oleh Sahabat Alam Malaysia (SAM) kepada
Jabatan Perhutanan Negeri Perak iaitu sejak tahun 2016 serta penerokaan haram di kawasan
tersebut telah lama berlaku iaitu lebih dua puluh tahun tetapi dilihat tidak ada tindakan yang

tegas dan drastik dilakukan oleh Jabatan tersebut.

Proses pemutihan yang dicadangkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri iaitu dengan memberi
Permit Penggunaan kepada peneroka-peneroka haram dibimbangi akan menggalakkan lagi

penerokaan di kawasan persekitaran.

Pelaksanaan proses pemutihan di kawasan tersebut bercanggah dengan kepentingannya
sebagai kawasan Rangkaian Ekologi 'Central Forest Spine: Primary Linkage' 10 (Rangkaian

Ekologi 'CFS': PL 10).

Oleh itu SAM menggesa Jabatan Perhutanan Negeri melakukan tindakan drastik bagi
mengekang kegiatan penerokaan haram yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab. Ini adalah selaras dengan tema Hari Hutan Antarabangsa 2020 iaitu
“Hutan dan Biodiversiti: Kehilangannya Terlalu Berharga” yang diwar-warkan oleh Jabatan

Perhutanan.

Antara tindakan segera dan tegas yang perlu dilakukan oleh pihak Jabatan Perhutanan ialah:

• menutup jalan hutan dari jalanraya ke kawasan penerokaan haram dengan membina
halangan dan parit;

• memusnahkan tananam yang ditanam oleh peneroka-peneroka haram; dan
• memusnahkan pagar renjatan elektrik yang didirikan oleh peneroka-peneroka haram.

D.

47

D. EKSPLOITASI HASIL HUTAN BUKAN KAYU ( 6 ARTIKEL) - ARTIKEL 1
48

49

50


Click to View FlipBook Version