The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROJEK_FOLIO_KOMPILASI_ARTIKEL
Projek Kumpulan 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anbarasi.bheem, 2020-07-17 09:25:21

PROJEK_FOLIO_KOMPILASI_ARTIKEL

PROJEK_FOLIO_KOMPILASI_ARTIKEL
Projek Kumpulan 2

51

52

53

54

55

56

Artikel 2
57

58

59

60

61

62

63

64

65

66

67

Artikel 3
ARTIKEL YANG MENARIK-TUMBUH-TUMBUHAN - HAIWAN (JULAI 2020)
Protokol Untuk Eksploitasi Mampan Daripada Sumber Hutan Tropika Bukan Kayu Bukan Bakal

Diperolehi - Tumbuh-Tumbuhan - Haiwan – 2020
Hasil daripada pengalaman dua puluh tahun Dr. Peters dalam pemuliharaan hutan tropika, protokol ini

menawarkan satu pelan tindakan untuk satu-satunya bentuk penggunaan tanah di kawasan tropika
dengan potensi untuk menggabungkan eksploitasi hutan tropika kaya spesies untuk keuntungan
dengan pemeliharaan daripada kepelbagaian biologi dan fungsi ekosistem mereka. Ini dicapai melalui

pemantauan teratur tindak balas ekologi spesies kepada pelbagai eksploitasi.
Protokol ini dibimbing oleh dua asumsi asas: sumber bukan kayu boleh dituai secara mampan dari
hutan tropika yang diberikan maklumat yang mencukupi tentang stok dan produktiviti semasa spesies
yang terlibat, dan aktiviti pengumpulan dan pemantauan data yang paling berkesan apabila dijalankan
oleh orang tempatan. Berikutan garis panduan Dr. Peters, orang asli di kampung-kampung terpencil

Asia (http://www.nybg.org/events/prel_png.html), Afrika, dan Amerika Tengah dan Selatan
(http://www.nybg.org/ peristiwa / prel_peru.html) telah menjadi perancang membuat keputusan dan

penganalisis data, memilih produk untuk peningkatan ekstraksi dan memantau kesannya untuk
menentukan hasil yang mampan sumber hutan mereka.

Sebagai contoh, di hutan hujan di Kalimantan Barat, Dr Peters telah menjalankan kajian jangka
panjang mengenai ekologi dan pengurusan hutan masyarakat dengan kerjasama Jabatan Perhutanan

Indonesia. Bekerjasama dengan kumpulan masyarakat di Borneo
(http://www.nybg.org/events/prel_kali.html), beliau telah menemui cara untuk menjana lebih banyak
pendapatan tunai untuk petani tempatan sambil memelihara hutan hujan. Projek ini menggabungkan

hasil penuaian hanya tiga produk hutan: buluh, rotan, dan damar (resin yang digunakan dalam cat,
varnis, dan dakwat). Sekiranya dikumpulkan dalam had, Dr. Peters telah menentukan, sumber-sumber

yang boleh diperbaharui ini akan tumbuh kembali tahun demi tahun dengan membuktikan
peningkatan pendapatan para petani di hutan hujan terpencil ini, sementara meninggalkan ekosistem

utuh. Sesungguhnya, imej satelit perbandingan kawasan-kawasan ini mencadangkan kadar
pembersihan hutan telah stabil.

68

Artikel 4

BULUH: 'Pastikan pembangunan industri buluh tidak eksploitasi hutan'

Butiran

Terakhir dikemaskini: 17 April 2020

Jumlah paparan: 255

SHAH ALAM - Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) mahu kerajaan memberi
jaminan bahawa inisiatif memajukan industri buluh di negara ini tidak akan menjejaskan kawasan

hutan.

Presidennya, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, pihaknya mengakui kelebihan buluh
sebagai tanaman mesra alam yang mengekalkan air atau sebagai penyerap karbon yang cekap, namun
memandang serius berhubung kaedah pelaksanaan pembangunan industri itu dalam memastikan baki

hutan di Malaysia terus dilindungi dan tidak dieksploitasi.

Justeru katanya, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia (KPPK) perlu
memastikan bahawa ladang buluh tidak dilaksanakan di tanah hutan yang ada.

"Adalah kewajipan Kerajaan Persekutuan untuk bertahan bahawa pelaksanaan skema yang
diperkenalkan oleh mereka sesuai dengan komitmen internasional untuk memastikan
keberlanjutannya.

"Pengenalan penanaman buluh hanya harus dilaksanakan sebagai tanaman alternatif untuk tanaman
tunai yang ada dan hanya terbatas pada tanah pertanian yang ada termasuk, perkebunan kelapa sawit,"

katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambah beliau, kerajaan Persekutuan harus mengambil contoh daripada penanaman kelapa sawit
untuk memastikan kelestarian dalam jangka panjang.

Katanya, piawaian yang dilaksanakan dalam industri kelapa sawit berkaitan dengan kelestarian, harus
diadaptasi di peringkat awal secara khusus, melibatkan had-had yang berkaitan aktiviti perladangan di

tanah berhutan.

"Gagal berbuat demikian adalah tindakan tidak adil oleh kerajaan Persekutuan terutamanya apabila
usaha baru ini dibiayai oleh kerajaan Persekutuan sementara tanah masih berada di bawah hak
perlembagaan setiap negeri.

"Keuntungan ekonomi yang tidak mengambil kira kelestarian alam adalah perkara yang lapuk dan
tidak lagi dapat dipertahankan," katanya.

Dalam masa sama, Shariffa Sabrina menyarankan kerajaan agar memberi fokus terhadap sekuriti
makanan dengan mengembangkan sektor penting lain bagi mengurangkan kebergantungan makanan
import berbanding memberi perhatian pada penanaman tanaman tunai yang diusahakan secara tidak

lestari

"Fokus seperti ini sangat penting dalam menghadapi perubahan Iklim dan krisis ekonomi yang akan
berlaku setelah pandemik Covid-19," katanya.

69

Semalam, KPPK dilaporkan akan terus memberi penekanan ke atas pembangunan industri buluh
sebagai program 'game changer' dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Menterinya, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, industri itu mempunyai potensi besar untuk
dimajukan di negara ini berdasarkan sumbangan eksport industri berasaskan buluh negara masih
rendah iaitu sekitar RM9 juta pada 2019.

Sedangkan saiz pasaran global bagi produk buluh dianggarkan berjumlah AS$68 bilion (RM295
bilion) pada 2018.

https://www.sinarharian.com.my/article/79123/BERITA/Nasional/Pastikan-pembangunan-industri-
buluh-tidak-eksploitasi-hutan

Sumber: sinarharian.com.my

NURHIDAYAH HAIROM | | 16 April 2020

Artikel 5

Rampas 7 tan damar, teras pokok

Mohd Rafi Mamat

[email protected]

UNIT Penguatkuasa Zon Pahang Timur Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) merampas damar
dan teras kayu tanpa cukai dianggarkan seberat tujuh tan di premis menjual barangan sembahyang
Cina di Seri Jaya, Maran, semalam.

Serbuan pada 2 petang itu dilakukan Penolong Pegawai Penguatkuasaan Zon Pahang Timur,
Norsusilawati Bakar bersama tiga penguat kuasa Pejabat Hutan Daerah (PHD) Kuantan, Pekan dan

Maran hasil maklumat awam.

Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasa Zon Pahang Timur, Muhammad Firdaus Abdul Kadir
berkata, siasatan mendapati pemilik premis berusia 55 tahun itu memiliki hasil hutan tanpa permit dan

sabit kesalahan boleh dikenakan denda atau kompaun mengikut Akta Perhutanan Negara 1984.

Menurutnya, teras atau isi kayu pokok damar minyak dan pokok kayu arang termasuk damar pokok
keruing dan pokok kapur digunakan untuk menghasilkan pelbagai barangan sembahyang Cina.

“Pemilik premis berkenaan mendakwa dia tidak mengetahui damar dan teras kayu sebagai hasil hutan
perlu dibayar cukai dan sebelum ini dia pernah memohon permit memiliki dan mengumpul tongkat
ali.
“Pemeriksaan di premis terletak di pekan Seri Jaya itu mendapati damar disimpan dalam guni dan
teras kayu disusun dalam setiap bilik terletak di bahagian belakang kedai terbabit,” katanya di
Kuantan, hari ini.

Beliau berkata, pemilik premis berkenaan dipercayai membeli damar dan teras kayu daripada
pembekal kecil di Kuantan dan mengumpulnya sebelum menjual kepada pembeli utama di luar

Pahang bagi menghasilkan pelbagai barangan sembahyang Cina.

Menurutnya, pihaknya akan meneruskan siasatan bagi mengesan individu menjadi pembekal utama
damar dan teras kayu terbabit kerana melakukan kesalahan memindahkan hasil hutan tanpa permit.

70

“Saya tidak menolak kemungkinan terdapat ramai individu aktif mencari hasil hutan seperti damar
dan teras kayu di daerah ini, mereka masuk dalam kawasan hutan simpan bagi mendapatkan produk

berkenaan.
“Bagi mendapatkan teras pokok damar minyak dan kayu arang, individu terbabit akan memasuki

kawasan hutan selepas aktiviti menebang balak dilakukan syarikat pembalakan.
“sebagai contoh teras pokok damar minyak berwarna kemerahan terdapat pada dahan pokok

berkenaan, bukan pada batang.
“Teras pokok damar minyak dipercayai turut digunakan sebagai campuran menghasilkan ubat

tradisional terkenal dalam kalangan masyarakat Cina,” katanya.

Beliau berkata, individu terbabit dengan aktiviti mencari, memiliki dan menjual damar serta teras
pokok yang dikategorikan sebagai hasil hutan kecil perlu mendapatkan permit daripada JPNP bagi

mengelak dikenakan tindakan undang-undang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Februari 2020 @ 7:50 PM

Artikel 6

Hanya dua peratus pekebun kecil Sarawak tuntut Insentif Pengeluaran Getah - Willie Mongin

Fareez Azman, Astro Awani | Diterbitkan pada Jun 09, 2020 17:06 +08 | Durasi: 1 minit, 8 saat

KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi menerusi Lembaga Getah
Malaysia (LGM) mempergiat usaha menarik lebih ramai pekebun kecil supaya membuat tuntutan

Insentif Pengeluaran Getah (IPG) terutama ketika harga getah merosot.

Timbalan Menterinya, Willie Mongin berkata,ketika ini bilangan pekebun kecil yang membuat
tuntutan agak kecil dan sebagai contoh, kurang dua peratus dalam kalangan mereka berbuat demikian

di Sarawak.

Beliau berkata berdasarkan pemilikan Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G), pekebun kecil negeri
itu berjumlah 57,108 atau 12.5 peratus daripada keseluruhan PAT-G Malaysia.

"Pada masa ini, hampir 18 peratus penanaman getah Malaysia adalah di Sarawak, yang membabitkan
7,200 tan atau 1.1 peratus daripada (kira-kira) 639,800 tan getah asli yang dikeluarkan Malaysia pada

2019," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

IPG mula dilaksanakan sejak September 2015 dengan Paras Harga Pengaktifan (PHP) terkini bagi
getah Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 sebanyak RM6.10 sekilogram atau harga getah sekerap

sebanyak RM2.50 sekilogram.

Ia merupakan satu bentuk bantuan khas bagi menangani impak kejatuhan harga getah ke atas
pendapatan pekebun kecil getah.

Mengulas lawatan itu, Willie berkata ia bertujuan melihat perkembangan semasa industri getah
khususnya dalam tempoh pemulihan ekonomi di Sarawak.

"Lawatan ini dijangka dapat membantu pihak kementerian untuk memastikan perancangan program
dan aktiviti bagi pemulihan semula ekonomi negara terutama untuk industri getah berjalan lancar dan

berkesan," katanya.

71

E. AKTIVITI KESEDARAN HUTAN ( 9 ARTIKEL)

Pendidikan Alam Sekitar beri kesedaran
pelihara flora dan fauna

KENANGAN: Para pensyarah dan pelajar mengambil gambar kenangan sebaik tiba di Pusat
Hidupan Liar Sukau.

TAWAU: Pendidikan Alam Sekitar boleh memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai
kepentingan untuk memelihara flora dan fauna kerana ia sangat berkaitan dengan kehidupan

manusia dan saling memerlukan antara satu sama lain.
“Manusia memerlukan alam sekitar untuk kelangsungan hidup dan alam sekitar pula
memerlukan perlindungan daripada manusia untuk meneruskan hayat bagi membekalkan
segala keperluan hidup kepada manusia,” kata Penyelaras Program Kajian Lapangan Institut

Pendidikan Guru Kampus Tawau (IPGKT) Aminah Puyong.
Beliau yang juga pensyarah Jabatan Sains berkata demikian ketika mengiringi 33 pelajar
Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP) ambilan Jun 2016 IPGKT bagi Program Kajian
Lapangan bertemakan 'Menyelami Kehidupan Flora dan Fauna Melalui Isu Alam Sekitar' di

Pusat Hidupan Liar Sukau, baru-baru ini.
Pensyarah lain yang turut serta dalam lawatan berkenaan ialah Mohd Hashim Abu, Lina

Thomas, Loretta Polus dan Mahmud Ahmad.
72

Aminah berkata, matlamat program secara umumnya adalah untuk menjadikan bakal guru
yang berilmu dalam pelbagai bidang, berintegriti terhadap aktiviti penyelidikan dan

pengetahuan saintifik, selain bertujuan melahirkan insan yang berilmu pengetahuan saintifik
bukan sahaja melalui teori, bahkan merasai pengalaman itu sendiri sebagaimana teori yang
menyatakan bahawa pembelajaran dalam perkembangan adalah melalui sesuatu yang maujud.
“Program ini amat bermakna kerana ia dapat melahirkan bakal pendidik yang bukan sahaja

mampu menyampaikan ilmu setakat dalam hitam putih sahaja, bahkan melalui pelbagai
wahana yang menyeronokkan sebagai bahan pengajaran di sekolah nanti.

"Selain dapat mendalami pelbagai aspek penting dalam memperkembangkan kesedaran dan
kefahaman pelajar mengenai penyelesaian kesan serta tindakan terhadap isu-isu alam sekitar
yang berlaku kini dengan mengamalkan nilai-nilai dan etika profesional dalam menggunakan
pelbagai sumber maklumat, ia juga berkaitan dengan subjek elektif terbuka dalam kalangan

pelajar Proram Ijazah Sarjana Muda Perguruan bagi Tahun 3.

RAKAM FOTO: Orang utan salah satu spesis yang dijumpai yang sempat dirakam oleh salah
seorang pelajar semasa aktiviti 'jungle trekking' di Lot 2 Santuari Hidupan Liar Hilir
Kinabatangan.

“Pendedahan kepada alam sekitar ini juga seharusnya diberi kepada masyarakat luar agar
dapat melihat flora dan fauna yang sedia ada di kawasan ini. Marilah kita berganding bahu

memelihara dan memulihara flora dan fauna yang begitu indah, nyaman dan mencabar
khususnya yang terdapat di Pusat Hidupan Sanktuari Sukau, Kota Kinabatangan ini,"

katanya.
73

Dengan adanya pendedahan alam sekitar itu, katanya, diharapkan agar generasi akan datang
berpeluang melihat dan menghayati keindahan flora dan fauna yang menjadi khazanah bumi

Sabah.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Jabatan Sains Mohd Hashim Abu berkata, dengan adanya
program seumpama itu, diharap ia digunakan oleh para siswa-siswi pendidik IPGKT apabila

mereka bertugas di sekolah kelak.
"Semoga ilmu mengenai pendidikan alam sekitar yang dimiliki ini menjadikan guru-guru
sebagai agen perubahan yang akan mendedahkan murid-murid kepada alam sekitar," katanya.
Pembantu Penguasa Hidupan Liar Sukau Aidde Jamali, yang senantiasa bersama sepanjang
program itu dilaksanakan, amat teruja dengan kehadiran para pensyarah serta pelajar IPGKT
dalam melihat lebih dekat suasana yang terdapat di kawasan Pusat Hidupan Liar Sukau,

teramasuk di kawasan Gua Gomantong.
“Kehadiran mereka ke pusat ini amat sesuai dan ia merupakan satu pendedahan kepada para

peserta berkaitan konservasi alam semulajadi serta hidupan liar.
"Diharapkan program ini dijadikan sebagai aktiviti tahunan dalam kalangan pensyarah dan

pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau," katanya

74

JUNGLE TREKKING: Sebahagian pelajar yang melakukan aktiviti jungle trekking di hutan
Danau Kelenanap Kinabatangan.

BELIA ‘GO GREEN’

75

FATIN FARHANA JAPRE kagum dengan belia yang berani menyahut cabaran acara sukan
lasak 1M Youth Go Green (1MYGG15) selain memelihara alam semula jadi untuk tatapan

generasi akan datang.

Kita mesti sedar akan kepentingan memelihara alam semula jadi yang masih ada pada hari
ini. Usaha memupuk kesedaran masyarakat terutamanya belia terhadap kepentingan alam
sekitar sering kali dilakukan pelbagai pihak seperti kempen kebersihan, promosi media,

perkhemahan alam sekitar bagi belia dan lain-lain.

Semuanya bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran bahawa menjaga alam sekitar
tanggungjawab bersama. Minggu lalu, Kementerian Belia dan Sukan menganjurkan program

1M Youth Go Green 2015 di Bagan Datoh, Perak khusus untuk belia yang berlangsung
selama tiga hari bermula 27 Mac lalu.

Program berkonsepkan ‘Go Green’ dan memasukkan elemen berbasikal dalam keseluruhan
acara lebih merapatkan belia dengan alam semula jadi.

Justeru, kesemua 17 pasukan dapat membentuk jati diri, semangat berpasukan, disiplin,
cabaran persekitaran dan kebudayaan antara ahli kumpulan.

Cabaran berbasikal sejauh 40 kilometer merangkumi enam ‘checkpoint’ menguji kekuatan
dari segi fizikal dan mental peserta dalam pelbagai tugasan mencabar. Antara tugasan

mencabar berteraskan elemen alam semula jadi adalah menghasilkan kraf tangan daripada
tempurung kelapa. Peserta perlu menghasilkan pasu bunga dan pencedok air mengikut
kreativiti tersendiri.

Selain itu, peserta turut berpeluang menghayati dan mendekatkan diri dengan alam semula
jadi ketika berbasikal di hutan dan jalan kampung. Penulis sendiri merasakan kelainan

kesegaran udara di sana selain menghayati flora dan faunanya yang masih belum diteroka.

Bukan itu saja, peserta turut berpeluang ke Pulau Sembilan yang menjadi destinasi pelancong
luar untuk tujuan memancing, mandi-manda atau berkhemah. Kami ditugaskan untuk
membersih dan mengutip bahan buangan terutama bahan plastik terbiar bersama belia

Kampung Sungai Nipah Baroh, Bagan Datoh, Perak. Kecantikan pulau yang masih dipelihara
dan air yang jernih memukau penulis.

Selaras dengan itu, peserta dikehendaki membuat dayung berasaskan kayu, mendayung bot
orang kampung, memancing ikan, memetik kelapa dan membuat kuih bahulu kemboja. Bagi
penulis, ini pengalaman baru kepada semua peserta kerana tidak semua berpeluang merasai

pengalaman ini.

Bukan sekadar merapatkan diri dengan alam semula jadi, malah peserta juga diberi peluang
untuk mengenali keluarga baru dalam program anak angkat bersama penduduk kampung.
Sikap orang kampung dan keluarga angkat yang peramah sangat menyentuh hati penulis

76

ditambah layanan mereka yang baik terhadap kami. Tinggal serumah dengan mereka dan ahli
kumpulan juga dapat merapatkan silaturahim antara satu sama lain.

Pengarah Acara Azman Hasan dari Radiance Holidays dan Discovery Adventure
Communication berkata, program berkenaan kesinambungan kepada acara ‘Go Green’ yang

pernah menjelajah seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak sekitar 2007 hingga 2011
sebelum ini.

“Pihak Kementerian Belia dan Sukan sentiasa memberi tumpuan terhadap aktiviti
membabitkan golongan belia melalui acara seperti ini dan Bagan Datoh dipilih kerana ia
kawasan yang mempunyai keindahan alam semula jadi dan masih hijau. Kita mahu terapkan
belia dengan aktiviti seperti ini yang kita lihat semakin berkurangan pada hari ini,” katanya.

Komen Gen Y

“Ini bukan saja program yang mengajak belia menghargai alam semula ,jadi malah dapat
mengurangkan masalah sosial dalam kalangan belia. Konsep kali ini bertemakan alam semula

jadi, saya setuju 100 peratus kerana dalam masa kita bersukan, kita dapat memelihara alam
sekitar. Kebanyakan alam sekitar sudah tercemar, jadi dengan program seperti ini belia boleh

menjaga dan mendekatkan diri dengan alam sekitar dengan tugasan yang diberi,” katanya.
- Zulfaisal Muhamad, 26, peserta 1MYGG15

“Aktiviti ini bagus untuk perkembangkan pengetahuan belia pentingnya memelihara alam
semula jadi dan dapat mencuba aktiviti yang kami tidak tahu, contohnya macam memetik
kelapa. Biasanya belia tidak tahu benda-benda macam itu, jadi dengan program macam ini

belia dapat belajar caranya.

“Tambahan program anak angkat bersama penduduk kampung dapat merapatkan hubungan
silaturahim dan dapat mengenali emak, ayah, adik-beradik angkat baru selain tahu cara hidup
di kampung dan cara pergaulan mereka,” katanya. - Nur Idayu Tik, 25, peserta 1MYGG15

“Sebagai anak jati Kampung Sungai Nipah Baroh, ini kali pertama program seperti ini
diadakan. Aktiviti seperti berbasikal sejauh 40km sangat mencabar, namun dengan adanya
tugasan dengan elemen alam semula jadi, belia seperti saya dapat mengetahui kepentingan

flora dan fauna, justeru terus memelihara kecantikannya.

“Selain itu, kehadiran pihak media dan menjadi peserta dalam program ini membuatkan saya
gembira kerana tidak mudah nak jumpa mereka kerana biasanya lihat di dalam televisyen
atau akhbar, dan ini peluang saya dan orang kampung beramah mesra dengn mereka. Di
harap program seperti ini dapat diperluaskan lagi pada masa akan datang,”
katanya.- Mohamad Qatrun Shamsul Kamal, 16, peserta 1MYGG15

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 April 2015

https://www.hmetro.com.my/node/41701

77

Usaha pupuk kesedaran terhadap tanah
lembab – Kosmo Online

Persatuan pencinta alam02/02/2015

PADA 2 Februari setiap tahun seluruh dunia akan menyambut Hari Tanah Lembab Dunia.
Tarikh tersebut dipilih bagi memperingati Konvensyen Ramsar yang ditandatangani pada

1971 di bandar Ramsar, Iran.
Konvensyen tersebut adalah satu perjanjian antarabangsa mengenai tanah lembab yang
menyediakan rangka untuk kerjasama antarabangsa dalam pemuliharaan kawasan tersebut.
Tanah Lembab merupakan sebuah kawasan darat yang tanahnya tepu dengan kelembapan air

secara berkekalan atau bermusim.
Tanah tersebut dianggap sebagai ekosistem yang mempunyai paling banyak kepelbagaian

biologi.
Ia kaya dengan flora seperti pokok bakau, telipuk, rusiga, sipres dan gam selain fauna terdiri

daripada amfibia, reptilia, burung, serangga serta mamalia.
Setakat ini, Konvensyen Ramsar dianggotai oleh 154 negara ahli dengan 1,641 kawasan

tanah lembab seluas 146 juta hektar yang dikenali sebagai tanah lembab Ramsar.

Malaysia mempunyai enam tapak Ramsar iaitu di Tasik Bera, Pahang; Pulau Kukup, Tajung
Piai dan Sungai Pulai, Johor; Kuching Wetland National Park di Sarawak dan Lower
Kinabatangan-Segama Wetland, Sabah.
78

Bagi meraikan sambutan hari berkenaan, seramai 105 orang pelajar dari 10 buah sekolah
Ramsar sekitar Kuala Selangor dan sebuah sekolah jemputan iaitu Sekolah Kebangsaan
Seksyen 1 Bandar Kinrara, Selangor telah menyertai Program Pendidikan Alam sekitar

Sempena Hari Tanah Lembab 2015.

Pelbagai aktiviti telah diatur sepanjang sehari program berlangsung antaranya, bengkel
Teknik Fotografi Asas, lawatan ke kawasan hutan paya bakau dan hutan sekunder di Taman
Alam Kuala Selangor, lawatan ke inap desa Kampung Sireh, kawasan sawah padi, hutan paya
gambut, lawatan ke kawasan muara sungai dan dataran Kampung Sasaran dan melihat kelip-

kelip di Kampung Kuantan.

Koordinator Pendidikan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Selangor, Hashim Ismail
berkata, aktiviti-aktiviti yang diatur sepanjang program berkenaan adalah untuk

memperkenalkan tanah lembab itu sendiri di samping spesies flora dan fauna yang terdapat di
kawasan tersebut kepada para pelajar.

“Menerusi program ini, kami cuba memperkenalkan kepada pelajar-pelajar ini kawasan-
kawasan tanah lembab melalui lawatan ke hutan paya bakau, sawah padi, hutan paya gambut,

muara sungai dan dataran lumpur.
“Ketika lawatan, para pelajar diberi peluang melihat deng
an lebih dekat spesies flora dan fauna di kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi

Kosmo! baru-baru ini.

Pada majlis perasmian program tersebut yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis
Daerah Kuala Selangor, Noraini Roslan, pihak MNS telah menyerahkan cek bernilai RM500

bagi menjayakan program tersebut.

Jelas Hashim menerusi program tersebut, pihaknya berharap dapat menjadikan Kuala
Selangor sebagai sebuah kawasan Ramsar, sekali gus memelihara alam sekitar di situ.
“Program ini merupakan salah satu cara untuk menjadikan kawasan ini sebagai sebuah tapak

Ramsar di negara ini.
“Sekiranya, status Ramsar berjaya diperoleh, ia dapat mengurangkan pembangunan yang

boleh membawa kepada kerosakan alam sekitar di kawasan ini,” terangnya.

Kesedaran.

Hashim berharap, program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ia
mampu memberi kesedaran kepada generasi muda terhadap kepentingan tanah lembab.

79

Hal ini kerana masyarakat kini kurang memberi perhatian kepada kawasan berkenaan
sehingga menyebabkan ia terjejas dan semakin berkurangan.

Sementara itu, menurut Noraini tanah lembab menjadi habitat kepada hutan paya bakau yang
merupakan tunjang terhadap kekukuhan serta kekuatan kawasan pesisir pantai.

“Setiap kehidupan yang terdapat di atas muka bumi ini mempunyai peranan masing-masing.
Pembangunan yang tidak terancang dan berleluasa akan mempengaruhinya

“Kita mengucapkan tahniah kepada semua sekolah dan pelajar yang terlibat menjalani
program Ramsar dengan penerimaan cek untuk menjalankan projek yang akan dibentangkan

pada Oktober nanti,” katanya.
Sumber artikel: Kosmo Online
https://www.mns.my/usaha-pupuk-kesedaran-terhadap-tanah-lembab-kosmo-online/

PROGRAM KEMPEN KESEDARAN
PENANAMAN POKOK BAKAU

Tarikh :13 Disember 2014 (Sabtu)

Tempat : Kuala Sungai Burong, Hutan Simpan Balik Pulau
Perasmian oleh : Tuan Haji Roslee bin Jamaludin
Pengarah Perhutanan Negeri Pulau Pinang

Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Kempen Kesedaran Penanaman
Pokok Bakau Di Pesisiran Pantai Negara Tahun 2014 bersama ahli PUSPANITA Jabatan
Perhutanan Negeri Pulau Pinang dan Peserta Kem Patriotik Demi Negara Jabatan Perpaduan
Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Seramai 200
orang termasuk kakitangan JPN Pulau Pinang, ahli PUSPANITA JPN Pulau Pinang, peserta
Kem Patriotik Demi Negara, pegawai Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional
Daerah SPT, Persatuan Kebajikan Nelayan-Nelayan Pantai Pulau Pinang (PIFWA) dan
penduduk Kampung Sungai Burong telah mengambil bahagian dalam kempen kesedaran
tersebut. Tema pada kali ini adalah “Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hutan Pesisir Pantai

Untuk Kesejahteraan Masyarakat”.

80

Program dimulakan dengan acara Senam Seni Perpaduan dan seterusnya ucapan perasmian
oleh Tuan Haji Roslee bin Jamaludin Pengarah Perhutanan Negeri Pulau Pinang. Sijil
penghargaan telah diserahkan kepada Pengerusi PUSPANITA Puan Hajah Norlela binti

Nordin dan Encik Othman bin Saad Pegawai Perpaduan Daerah Seberang Perai Tengah,
Pulau Pinang. Sebanyak 1,500 pokok Bakau Minyak (Rhizophora apiculata) telah berjaya

ditanam sempena program tersebut. Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang juga
menyediakan ruang pameran bagi menyampaikan maklumat berkaitan perhutanan kepada
semua jemputan dan peserta program.Program kempen kesedaran ini telah memberi peluang
kepada semua jemputan dan peserta untuk merasai sendiri pengalaman menanam pokok
Bakau Minyak dan seterusnya meningkatkan kesedaran tentang kepentingan hutan paya

bakau kepada masyarakat setempat dan alam sekitar.
http://jhn.penang.gov.my/index.php/en/tanam-pokok-bakau

Kempen Kesedaran Penanaman Pokok Pesisiran
Pantai 2014

Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah menganjurkan Kempen Kesedaran Penanaman
Pokok Pesisiran Pantai 2014 yang bertemakan " Sayangi Rhu, Lindungi Pantai " pada 28
Ogos 2014 bertempat di Persisir Pantai Kemasik, Kemaman (Blok A) , Terengganu.
Kempen ini merupakan salah satu aktiviti di bawah Program Penanaman Pokok Bakau dan

Spesis-Spesis Yang Sesuai Di Persisiran Pantai Negara yang bertujuan untuk memelihara dan
memulihara pesisiran pantai negara. Jabatan berharap agar ianya menjadi pemangkin dan
inspirasi kepada seluruh masyarakat yang cintakan kehijauan hutan untuk berganding bahu
dan bekerjasama dalam memastikan warisan hijau khususnya di Negeri Terengganu dapat
dikekalkan dan dinikmati secara berterusan.

81

Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu, Tuan Haji Azmi bin Nordin sedang ditemubual
oleh radio Manis.fm berkenaan program yang akan dijalankan.

82

Kempen Kesedaran penanaman pokok Pesisiran Pantai 2014 telah dirasmikan oleh Pengarah
Perhutanan Negeri Terengganu, Tuan haji Azmi bin Nordin.

83

Tingkat kesedaran penjagaan alam sekitar

LOW (tengah) dan IS Shanmugaraj (kanan) semasa pelancaran kempen.
Hari Alam Sekitar Sedunia disambut setiap tahun sebagai langkah menyokong usaha menjaga
alam semula jadi ke arah lebih positif dengan tema sambutan tahun ini Mengeratkan Hubungan

Antara Manusia dengan Alam Sekitar.
Ia memberi peringatan bahawa kita adalah sebahagian daripada alam sekitar dan bergantung

kepadanya, selain menyeru melindungi bumi yang dikongsi bersama ini.
Justeru, Botaneco Garden, jenama produk penjagaan rambut dan badan bekerjasama dengan
Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) untuk melancarkan kempen ‘Plant A Seed, Grow A

Forest’.
Kempen itu menyalurkan satu peratus daripada jualan semua produk Botaneco Garden sepanjang

Jun ini kepada usaha penghutanan semula paya bakau oleh persatuan itu di Kuala Selangor.
Menurut Pengarah Pemasaran Guardian Malaysia Sdn Bhd Christina Low, sokongan Botaneco
Garden terhadap Hari Alam Sekitar Sedunia dilihat selari dengan falsafah jenama dan gaya hidup

serta keprihatinan penggunanya.
“Produk ini mempunyai kelompok pengguna yang bijak dan sayangkan alam sekitar. Koleksi
mengandungi ramuan yang mesra alam ini ditawarkan pada harga mampu milik. Pada masa sama,

ramuan terpilih ini dihasilkan secara beretika dan prihatin kepada alam untuk memenuhi
keperluan pengguna yang mengambil berat terhadap alam semula jadi, seterusnya mengurangkan

pendedahan kepada bahan kimia berbahaya.

84

“Kempen bersama MNS yang membantu usaha penghutanan semula paya bakau di Kuala
Selangor sememangnya cukup sesuai dengan kami dan pengguna. Sebab itulah kami
menganjurkannya sepanjang bulan ini,” katanya.

Katanya, jenama itu menetapkan sasaran untuk menanam 200 batang pokok kayu bakau daripada
dana yang dapat dikumpulnya nanti.

Pengarah Eksekutif MNS, IS Shanmugaraj Subramaniam berkata, sokongan terhadap langkah
pemuliharaan alam sekitar semakin berkembang di Malaysia dan jenama seperti Botaneco Garden

membantu meningkatkan kesedaran, selain menyediakan landasan untuk pengguna mengambil
bahagian dan memberikan sumbangan.

“Kesedaran pentingnya hutan paya bakau kepada ekosistem sungai dan pasang surut air masih
rendah. Kempen ini cuba membawa mesej penting kepada orang ramai dan menjadikannya lebih

jelas.
“Pengguna juga boleh memberi sokongan terhadap usaha ini dan melawat Kuala Selangor untuk
mengeratkan hubungan antara manusia dengan alam sekitar di samping dapat melihat bagaimana

sokongan mereka kepada Botaneco Garden boleh membantu menghasilkan sebuah hutan,”
katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Jun 2017
https://www.hmetro.com.my/hati/2017/06/237098/tingkat-kesedaran-penjagaan-alam-sekitar

Larian selamatkan hutan gamit 1,500
penyertaan

85

ACARA pelepasan Save Our Rainforest Race 2018.

Spesies bucida hijau, penaga lilin dan tanjung antara 1,000 pokok hutan pelbagai jenis ditanam di
Hutan Simpan Gading dan laluan rekreasi Kolam Air Panas Kerling, Hulu Selangor bagi program

Save Our Rainforest Race 2018 (SORR 2018) baru-baru ini.

Penganjuran kali ke-enam, program anjuran Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia
(PEKA) ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Majlis Daerah

Hulu Selangor, Markas 4 Divisyen Infrantri Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia ini
mengumpulkan seramai 1,500 peserta dari seluruh negara.

Diadakan sempena Hari Hutan Antarabangsa 2018, slogan SORR 2018 adalah ‘Cut The Greed,
Not The Green’ bersesuaian dengan objektif PEKA yang memperjuangkan isu khazanah alam

negara.

Perlumbaan kali ini membabitkan laluan sejauh 15 kilometer bermula dan berakhir di Kem
Pelangi Hill Resort dan beberapa ‘check point’ dengan melakukan pelbagai aktiviti berkaitan

khazanah alam termasuk penanaman anak pokok hutan.

Presidennya, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berharap SORR 2018 menjadi platform kepada
generasi muda untuk menjiwai dan memiliki kesedaran mengenai kepentingan pemeliharaan dan

pemuliharaan hutan hujan tropika.
“Hutan kita antara hutan hujan tropika tertua di dunia, namun kita agresif melakukan kemusnahan.

Penebangan hutan di Malaysia masih mencatatkan rekod tertinggi di dunia.
“Hanya kita dapat menyelamatkan hutan, jadi kita memiliki tanggungjawab besar dalam

menyebarkan kempen kesedaran mengenai kepentingan khazanah warisan negara ini.

86

“Penganjuran SORR 2018 adalah simbolik kepada aktiviti pemuliharaan hutan kerana kita
mengajak peserta dan masyarakat berlumba menyelamatkan hutan kita.

“Selain terus memperjuangkan isu kemusnahan khazanah alam Malaysia, dalam masa sama kita
melaksanakan aktiviti penanaman semula pokok hutan menerusi program ini,” katanya dalam

ucapan perasmian SORR 2018.
Sebelum ini, acara tahunan ini turut diadakan di Hutan Lipur Chamang, Pahang (2013), Hutan
Simpan Sg Besi, Kuala Lumpur (2014), Hutan Lipur Kuala Woh, Perak (2015), Hutan Simpan
Sungai Menyala, Negeri Sembilan (2016) dan Taman Negara Pulau Pinang, Pulau Pinang (2017).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 April 2018
https://www.hmetro.com.my/hati/2018/04/333378/larian-selamatkan-hutan-gamit-1500-

penyertaan

BSBCC Sepilok anjur program
Pendidikan dan Kesedaran Hidupan

Liar Sabah

6/7/2018
0 COMMENTS

Utusan Borneo (Sabah) Online, 6th July 2018
By Salman Abadi

PROGRAM Pendidikan dan Kesedaran Konservasi Hidupan Liar Sabah (Siri 1) 2018 anjuran
Bornean Sun Bear Conservation Centre (BSBCC) Sepilok bersamasama Jabatan Hidupan
Liar (JHL) Sabah dan Hutan-Kinabatangan Orangutan Conservation Programme (KOCP)

berlangsung dengan jayanya di Sekolah Kebangsaan (SK) Segaliud, Sandakan, Selasa lepas.

87

Pegawai Pendidikan Alam Sekitar BSBCC Risnayati Lammu yang juga ketua rombongan
dan penyelaras program itu berkata, objektif program itu ialah berkongsi informasi atau

maklumat mengenai hidupan liar yang terdapat di Sabah.

Katanya, ia juga bertujuan memberi pendedahan, pengetahuan dan pendidikan serta
memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai kepentingan memulihara dan

melindungi hidupan liar.

Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kesedaran masyarakat, khasnya golongan pelajar
untuk bersama-sama membantu melindungi hidupan liar agar tidak mengalami kepupusan

demi generasi akan datang.

Pelbagai aktiviti diadakan sempena program itu termasuklah taklimat pendidikan dan
kesedaran tentang konservasi hidupan liar, pertandingan mewarna topeng hidupan liar,

menonton tayangan video, kuiz dan juga pameran berkaitan hidupan liar.

Risnayati menjelaskan BSBCC merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang
ditubuhkan oleh Dr Wong Siew Te pada tahun 2008 dengan kerjasama Jabatan Hidupan Liar

Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah dan Land Empowerment Animals People (LEAP).

BSBCC berperanan memulihara beruang madu bekas haiwan peliharaan supaya boleh
berdikari dan kembali hidup di habitat asal. Pada masa kini katanya, terdapat 43 ekor beruang

madu yang berada di bawah jagaan BSBCC.

Beruang madu merupakan spesies beruang yang terkecil di dunia dan populasinya semakin
berkurangan disebabkan oleh aktiviti pemburuan haram, eksploitasi bahagian tubuh,
kehilangan tempat tinggal dan dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

“Oleh itu, salah satu matlamat utama BSBCC ialah memberikan kesedaran kepada orang

88

ramai khususnya para pelajar mengenai kepentingan melindungi hidupan liar terutamanya
beruang madu,” katanya.

Sempena program yang amat menarik dan julung kali diadakan di sekolah itu, pihak BSBCC
menyampaikan beberapa taklimat iaitu pengenalan kepada hidupan liar di Sabah, pengenalan
dan status perlindungan orang utan di Sabah serta pengenalan kepada harimau dahan dan juga

beruang madu.

Selain taklimat sarat berinformasi yang disampaikan oleh Risnayati, aktiviti pameran hidupan
liar yang diadakan dewan terbuka Datuk Shamsudin Yahya (mantan Adun Sekong) amat
menarik perhatian pengunjung, khasnya dalam kalangan hampir 200 murid dan warga SK
Segaliud, Sandakan.

Pelbagai rangka tulang haiwan hidupan liar yang tidak pernah dilihat sebelum ini dapat
disaksikan sendiri melalui pameran itu.

Antaranya ialah rangka tengkorak dan tulang beruang madu, orang utan, gajah, penyu dan
sebagainya. Turut dipamerkan ialah sampel makanan haiwan yang disimpan dalam balang

kaca, pelbagai poster pendidikan dan kesedaran konservasi hidupan liar.

Risnayati berkata pihaknya menyasarkan untuk mengadakan program itu ke semua sekolah di
Sabah secara berperingkat, tertakluk kepada keadaan masa dan kemampuan, namun sasaran

awal buat masa ini ialah sekolahsekolah di sekitar daerah Sandakan.

Pihaknya telah mengadakan program serupa pada awal tahun ini dan pada Julai ini, pihaknya
telah melaksanakan program pendidikan serta kesedaran konservasi hidupan liar itu di SMK
Segaliud (2 Julai), SK Segaliud (3 Julai) dan SK Taman Rimba, Sandakan (4 Julai), manakala
program di SK Gas, Sandakan (sepatutnya 5 Julai) terpaksa ditangguhkan kerana sekolah itu

terlibat sebagai pusat penempatan sementara (PPS) mangsa kebakaran yang berlaku di
kampung berkenaan, baru-baru ini.

Berucap pada majlis penangguhan program itu, Guru Besar SK Segaliud Abd Rait Othman
merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak BSBCC, JHL dan juga pihak
Hutan-KOCP.

Katanya, pihak sekolah amat menghargai usaha murni pihak berkenaan dalam menjayakan
program itu yang ternyata amat baik dan bermanfaat dalam konteks pendidikan serta
pemupukan kesedaran tentang hidupan liar di Sabah.

“Pendidikan adalah universal boleh diadakan dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah,”
katanya sambil menekankan bahawa pendidikan alam sekitar merujuk kepada pemuliharaan

dan pemeliharaan fauna serta haiwan adalah menjurus kepada kehidupan lestari yang
menjanjikan kehidupan lebih sempurna kepada generasi yang akan datang.

89

Menurutnya, sikap cintakan alam sekitar yang bersih dan menghargai hidupan liar mesti
dipupuk seawal usia kanak-kanak di peringkat sekolah rendah lagi.

Beliau berharap agar program seumpamanya dapat diperluaskan dan terus diadakan pada
masa akan datang kerana ia merupakan aspek pendidikan yang amat penting diberi
pendedahan kepada masyarakat, khasnya para pelajar.

Abd Rait berkata, berdasarkan respon murid-murid dan warga sekolah, mereka ternyata
sangat berminat dan pastinya mendapat banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman baharu

menerusi program itu.
Pihak sekolah turut berterima kasih kepada pihak BSBCC khasnya Risnayati dan seluruh ahli
jawatankuasa (AJK) yang terlibat, sama ada di peringkat sekolah mahupun peringkat Pejabat

Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan yang sangat memberi kerjasama dan sentiasa
menyokong apa juga program pembangunan pendidikan di sekolah.

F. LAIN-LAIN ( PEMINDAHAN HASIL HUTAN ) ( 8 ARTIKEL )
Cadangan RM5 juta denda pengambilan hasil hutan secara haram
Oleh Mohd Azrone Sarabatin

KUALA LUMPUR: Denda maksimum dinaikkan hingga RM5 juta dan penjara hingga 20
tahun antara cadangan pindaan Akta Perhutanan Negara 1984.

Pindaan itu dicadangkan pada Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) Ke-76 di bangunan
Parlimen hari ini untuk menyekat pengambilan hasil hutan secara haram di kawasan Hutan

Simpanan Kekal di seluruh negara.

90

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Datuk Dr Xavier Jayakumar, berkata ketika ini, akta itu
menetapkan hukuman denda maksimum hingga RM500,000 dan penjara antara satu hingga

tidak lebih 20 tahun.

Katanya, pindaan itu penting bagi memastikan kerangka perundangan perhutanan negara
bergerak seiring dengan perkembangan semasa yang mencakupi aspek pencegahan

pengambilan hasil hutan secara haram, menambah baik dan memantapkan pengurusan
kawasan Hutan Simpan Kekal.

MTN mengambil kira komitmen kerajaan untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50
peratus daripada tanah negara diliputi hutan.

"Pindaan akta ini dijangka dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya akhir tahun depan,"
katanya selepas mesyuarat berkenaan di sini, hari ini.

Mesyuarat MTN dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail dan dihadiri oleh Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri.

Dalam pada itu, Xavier berkata, turut dipersetujui ialah mengehadkan keluasan penanaman
sawit kepada 6.5 juta hektar di seluruh negara.

Penanaman sawit juga dilarang dibuat di kawasan baharu tanah gambut dan peraturan lebih
ketat tanaman sawit di kawasan gambut sedia ada.

"Pengurusan Hutan Simpan Kekal (HSK) lebih mapan juga dilihat membantu melestarikan
industri sawit negara," katanya.

Javier berkata, MTN juga bersetuju melaksanakan moratorium selama 10 tahun bagi tujuan
penjualan rumah di bawah projek perumahan bersubsidi kerajaan bermula tarikh perjanjian

jual beli ditandatangani bukan selepas pindah milik.

"Ini kerana pembeli tertakluk komitmen kewangan selepas perjanjian jual beli dibuat, "
katanya.

Jabatan Perhutanan patahkan aktiviti pindah kayu getah

NOOR AINON MOHAMED | | 13 April 2020

91

Excavator dan lori pengangkut yang berada di lokasi kejadian telah disita. - - Foto Jabatan
Perhutanan Perak.

GERIK - Jabatan Perhutanan Negeri berjaya mematahkan aktiviti mengambil dan
memindahkan kayu getah tanpa kebenaran di tanah milik FGV Tawai, di sini hari ini.

Sepasukan penguat kuasa dari Pejabat Hutan Daerah Hulu Perak menjalankan siasatan
setelah menerima satu aduan berkaitan aktiviti pengambilan hasil hutan tersebut.

Jabatan Perhutanan Perak dalam satu kenyataan memaklumkan, pengambilan kayu getah itu
adalah untuk dihantar ke sebuah kilang yang beroperasi di Kedah.

"Siasatan mendapati kilang tersebut mendapat kebenaran khas dari Lembaga Perindustrian
Kayu Malaysia (MTIB) untuk beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

ini berjalan.

"Hasil pemeriksaan tersebut, pihaknya telah menyita empat excavator, enam lori pengangkut
dan longgokan kayu getah di kawasan tersebut," katanya

Pelbagai jentera yang digunakan untuk menebang dan mengambil kayu getah tanpa
kebenaran telah disita dalam pemeriksaan di FGV Tawai, Gerik hari ini. - Foto Jabatan

Perhutanan Perak.

Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Gerik berhubung kes itu.

"Suspek boleh didakwa atas kesalahan mengambil dan memindah kayu getah tanpa lesen dan
gagal menjelaskan bayaran royalti di bawah Akta Perhutanan Negara 1984.

"Selain itu, ia didapati tidak mematuhi arahan Pekeliling Pengarah Perhutanan Negeri Perak
Bil.2/2019. Bagaimanapun perkara itu akan diputuskan setelah siasatan lengkap dijalankan,"

katanya.

Katanya, pihaknya akan tetap menguat kuasa Akta Perhutanan Negara 1984 melalui
pemantauan dan rondaan yang dibuat walaupun dalam tempoh PKP ini.

92

"Bermula dari 14 April 2019, semua aktiviti pengeluaran kayu getah dari tanah kerajaan dan
tanah milik yang melebihi keluasan 20 hektar perlu mendapat lesen kebenaran dari Jabatan

Perhutanan Negeri Perak.
"Kegagalan mematuhi perkara ini boleh menyebabkan tindakan tegas diambil oleh pihak

jabatan," katanya.

Taktik nomad kilang haram

[email protected]

TEBANG dan terus proses kayu balak dalam tempoh 24 jam adalah modus operandi digunakan
syarikat industri perkayuan haram yang dikesan di Kelantan menerusi operasi selama 10 hari
bermula 14 November lalu.
Taktik itu dikesan menerusi operasi bersepadu dijalankan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang

(JPNP) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pejabat Tanah
dan Galian (PTG), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Imigresen Kelantan.

Penolong Pengarah Kanan Operasi dan Penguatkuasaan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, Nor
Azirim Ahmad berkata, dalam operasi itu pihaknya mengesan 10 kes membabitkan pelbagai

kesalahan seperti kawasan perlombongan melanggar syarat lesen, kilang kayu beroperasi secara
haram, pencerobohan kawasan Hutan Simpan Kekal dan penyalahgunaan pas pemindahan hasil

hutan.
Katanya, ada kilang beroperasi secara berpindah-randah bagi mengelakkan kegiatan mereka

dikesan pihak berkuasa.
"Mereka hanya beroperasi selama sebulan hingga tiga bulan di sesebuah tempat sebelum

berpindah ke kawasan lain.

93

"Sebaik dapat balak, mereka terus proses kayu ke papan lapis dalam tempoh 24 jam dan
menjualnya ke pasaran gelap kerana permintaan yang tinggi.

"Aktiviti ini bukan saja menjejaskan ekosistem alam, malah menyebabkan kerajaan kerugian
ribuan ringgit," katanya pada majlis penutup operasi bersepadu disempurnakan Penolong

Pengarah Kanan Perancangan dan Pengurusan Hutan Jabatan Perhutanan negeri, Rosilan Said di
Pusat Latihan Jabatan Hutan Bukit Bakar, Machang, hari ini.

Hadir sama, Penolong Pengarah Penguatkuasaan Hutan Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan
Semenanjung Malaysia, Md Zaidey Abdul Kadir.

Seramai 110 anggota dan pegawai pelbagai agensi terbabit sepanjang operasi dijalankan.
Beliau berkata, sebanyak 10 kertas siasatan dibuka dan dipecahkan kepada enam kes yang akan

disiasat mengikut Enakmen Berasaskan Kayu Pindaan Negeri Kelantan 2012 dan empat kes
disiasat mengikut peruntukkan Akta Perhutanan Negara Seksyen 69, Seksyen 68, Seksyen 32 dan

Seksyen 50.
"Bagaimanapun, di Kelantan aktiviti berkenaan masih terkawal dan pihaknya akan meneruskan

operasi bagi menjejaki aktiviti berkenaan," katanya.

94

Denda RM2,000 diri kilang proses kayu haram

Nor Farhani Che Ad
[email protected]

PENGURUS kilang didenda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kulim, hari ini atas pertuduhan
menjalankan industri memproses kayu balak secara haram pada 3 Februari lalu.

Tertuduh, Abu Bakar Hussin@Hashim, 74, mengaku bersalah di hadapan Hakim Musyiri Peet
selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara dua bulan jika tertuduh gagal membayar denda
dan hasil hutan membabitkan 541 tual kayu balak pelbagai spesis dan 700 set kayu pallet dilucut

hak kepada Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK).
Mengikut pertuduhan, Abu Bakar didakwa mendirikan industri berasaskan kayu iaitu kilang kotak

kayu, pak dan pallet tanpa mengambil lesen daripada pihak berkuasa negeri di Kampung Bagan
Sena, Labu Besar, pada 11 pagi, 3 Februari lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Subseksyen 3(2) Enakmen Industri Berasaskan Kayu
1985 (Negeri Kedah) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 27 enakmen sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau
denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Raya JPNK, Muhamad Firdaus Zulnaim Johari
manakala, tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, Abu Bakar ditahan dalam serbuan yang dilakukan sepasukan penguat kuasa
JPNK dan pemeriksaan lanjut mendapati, pihak kilang gagal mengemukakan sebarang dokumen

kebenaran untuk mendirikan industri berasas kayu.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2020 @ 11:07 AM

95

20 kes balak, melombong emas haram dikesan sepanjang PKP, PKPB

NIK AMIRULMUMIN NIK MIN | | 12 Jun 2020

KUANTAN - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) berjaya mematahkan 20 kes cubaan
memindahkan balak dan melombong emas secara haram sepanjang Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak Mac hingga 10
Jun lalu.

Pengarahnya, Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, kes tersebut melibatkan lima
daerah iaitu Rompin (3 kes), Temerloh (3), Lipis (3), Raub (4) dan Kuantan (7).

Menurutnya, hasil operasi yang dijalankan, beberapa jentera termasuk peralatan melombong
disita.

"Kes melombong emas secara haram berlaku dalam kawasan Hutan Simpan Ibam di Rompin
dan di Hutan Simpan Aur Gading serta Hutan Simpan Tersang di Lipis.

"Kejayaan ini adalah atas usaha bersungguh-sungguh anggota Unit Penguatkuasa Pejabat Hutan
Daerah (PHD) yang dibantu sepenuhnya Unit Penguatkuasa JPNP yang bertugas sepanjang
PKP dan PKPB," katanya.

Dr Mohd Hizamri berkata, kegiatan meneroka hutan simpan dan tanah kerajaan untuk projek
pertanian juga dikesan berlaku membabitkan Hutan Simpan Jengka, Maran manakala kegiatan

memindahkan tual balak juga turut dikesan berlaku dalam Hutan Simpan Chini.

"Sepanjang PKP dan PKPB lalu, aktiviti rondaan terutama di kawasan panas sentiasa diadakan
bagi memastikan kegiatan menceroboh dan memindahkan hasil hutan secara haram tidak
berlaku.

"Jenayah alam sekitar ini boleh mengundang kemusnahan hutan dan kerugian pada kerajaan
jika tidak ditangani," katanya.

Menurutnya, kerjasama orang awam dalam menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan
menceroboh hutan simpan juga antara faktor kepada kejayaan anggota penguatkuasa mengesan

kes-kes yang berlaku itu.

96

"Jabatan sentiasa tegas dalam tindakan terutama membabitkan kegiatan menceroboh dan
memindahkan hasil hutan simpan secara haram yang berlaku di negeri ini," katanya.

Kegiatan Pindah Balak Secara Haram Tumpas

Rabu, 31 Januari 2018 - Tindakan pantas 20 anggota Unit Penguat Kuasa Pejabat Hutan
Daerah Kuantan, Pekan dan Maran berjaya memintas kegiatan memindahkan 22 balak
bernilai lebih RM 50 ribu secara haram dari kawasan Hutan Simpan Temelong, Maran,

kelmarin.

Pegawai Pejabat Hutan Daerah Kuantan, Pekan dan Maran, Ismail Ali Kamaruddin berkata
dalam operasi bermula jam 9.00 malam itu, pihaknya menahan seorang pemandu lori berusia
50-an dan turut merampas jengkaut, lori kenderaan pacuan empat roda dan mesin memotong

kayu bergergaji.
Jenis Kayu yang cuba dibawa keluar menggunakan laluan tikus di Kg. Luit, Maran ialah

seraya, kempas dan meranti seraya.

Katanya sindiket terbabit dipercayai berpengalaman melakukan kegiatan menebang dan
memindahkan balak serta memiliki peralatan lengkap bagi menjalankan kegiatan berkenaan.

Sindiket Curi Balak

" Musim tengkujuh digunakan sindiket mencuri balak untuk melakukan aktiviti menebang
pokok. Aktiviti memindah balak menggunakan lori pula akan dilakukan selepas berakhirnya

musim itu dan dijalankan pada waktu malam," katanya di sini semalam.

Balak dan jentera yang dirampas disita di pusat penyimpanan barangan kes di Pejabat Hutan
Ladang Kemasul di sini.

Ismail berkata, "pihaknya akan terus meningkatkan rondaan dan pemeriksaan bagi menangani
kegiatan mencuri hasil hutan yang menyebabkan kerugian kepada kerajaan, selain

merosakkan alam sekitar apabila aktiviti penebangan tidak mengikut peraturan ditetapkan.

" Justeru, saya meminta kerjasama erat masyarakat stempat termasuk Orang Asli melaporkan
segera kegiatan mencuri balak di kawasan masing-masing.
97

" Selain itu, kita akan mempergiatkan aktiviti rondaan di kawasan panas selain melakukan
sekatan jalan raya dan intipan." katanya.

Aktiviti pembalakan haram skala besar terbongkar

JALAN ditutup bagi mengelak Unit Penguatkuasa Pejabat Hutan Daerah (PHD) Lipis membuat
pemeriksaan dalam Hutan Ulu Jelai. FOTO Mohd Rafi Mamat
Mohd Rafi Mamat
[email protected]

CUBAAN menceroboh Hutan Simpan Ulu Jelai untuk aktiviti pembalakan secara haram
menggunakan surat kuning tidak menjadi kenyataan apabila dikesan anggota Unit Penguatkuasa

Pejabat Hutan Daerah (PHD) Lipis, semalam.
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin
berkata, dalam serbuan di Kompartmen 179 Hutan Simpan Ulu Jelai kira-kira 11 pagi semalam
pihaknya menyita 10 jentera berat bernilai lebih RM1.6 juta yang disimpan dalam hutan terbabit.
Menurutnya, antara yang disita ialah tiga lori mengangkut balak, dua jentolak dan lima jengkaut

yang ditempatkan di kawasan bekas tapak tempat mengumpul balak atau matau.
Turut ditemui rumah kongsi dalam pembinaan bagi menempatkan pekerja dan tangki minyak serta

pelbagai peralatan lain.
Katanya, penemuan kes semalam adalah kejayaan terbesar dilakukan Unit Penguatkuasa PHD
Lipis terutama di kawasan Pahang Barat yang sebelum ini terbabit dengan operasi lombong emas.

98

"Kita akan menyiasat dalang yang terbabit dengan kegiatan berkenaan. Tindakan undang-undang
sedia menunggu mereka dibawah Akta Perhutanan Negara 1984 kerana menceroboh hutan simpan

termasuk menempatkan jentera.
"Tindakan pantas yang dilakukan dapat menyelamatkan Hutan Simpan Ulu Jelai daripada musnah

angkara aktiviti pembalakan haram,kerajaan negeri juga menanggung kerugian berikutan gagal
menerima cukai," katanya di Kuantan, hari ini.

Beliau berkata, difahamkan anggota Unit Penguatkuasa PHD Lipis terpaksa berjalan beberapa
kilometer berikutan jalan balak lama yang digunakan dihalang dengan balak termasuk dibina parit

bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Mohd Hizamri menambah, pemeriksaan dilakukan tidak menemui individu terbabit kegiatan
berkenaan dan jalan dalam hutan kira-kira 10 kilometer yang baru disediakan oleh pihak terbabit

bagi tujuan memindahkan balak ditemui.
Aktiviti mengeluarkan hasil hutan tertangguh berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

disusuli Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Katanya, dia memuji kesungguhan ditunjukan Unit Penguatkuasa PHD Lipis yang diketuai

Pengawai PHD Lipis,
Nor Shahrini Nordin Ahmad yang sentiasa bertindak tegas membendung aktiviti pencerobohan

hutan simpan di daerah ini.
Tegasnya lagi, semua jentera yang disita kini ditempatkan sementara di Batu 18 Pejabat Renjer

Sungai Koyan, Raub sebelum tindakan selanjutnya diambil.
"Sepanjan Mac hingga Jun Unit Penguatkuasa PHD Lipis berjaya membongkar empat kes

membabitkan cubaan memindahkan hasil hutan iaitu balak dan emas.
"Usaha secara berpasukan selain sokongan orang awam yang memberi maklumat menjadi
pencetus setiap kejayaan yang dihasilkan," katanya yang berharap semua kegiatan menyalahi

undang-undang dapat disekat.

99

Balak di Tasik Chini dicuri
NORAWAZNI YUSOF | | 5 Jun 2020
Sebahagian 80 balak ditemui kawasan hutan Rizab Pelancongan Tasik Chini yang cuba
dipindahkan secara haram, kelmarin.

KUANTAN - Sebanyak 80 tual balak jenis Meranti bernilai lebih RM50,000 di kawasan Rizab
Pelancongan Tasik Chini didapati ditebang secara haram.

Pegawai Pejabat Hutan Daerah (PHD) Kuantan, Pekan dan Maran, Ismail Ali Kamarudeen
berkata, kegiatan itu dikesan selepas rondaan dan pemeriksaan dilakukan di kawasan hutan
tersebut kelmarin menemui 30 tunggul balak pelbagai saiz yang ditebang sejak beberapa hari lalu.
Menurutnya, kesemua balak berukuran lima meter panjang yang dicuri itu dihantar ke kilang

papan tertentu.
"Ada antara kilang papan yang sedia menerima balak tanpa sebarang permit atau dokumen,"

katanya.
Beliau berkata, dalam pemeriksaan dilakukan pihaknya turut menemui lori tiga tan, motosikal
dipercayai milik suspek dan traktor digunakan untuk memindahkan, menarik balak tersebut.

"Berdasarkan penemuan itu, kita yakin dua hingga tiga individu terlibat dalam kegiatan
berkenaan. Kita menjangkakan mereka ini mempunyai pengalaman luas dengan aktiviti

pemindahan balak secara haram.
"Malah, kita juga gagal menahan individu terlibat selepas mereka melarikan diri sebaik mengesan

kehadiran pasukan penguat kuasa," katanya ketika dihubungi hari ini.
Ismail berkata, kegiatan ahli sindiket tersebut menjurus kepada dua tujuan iaitu meraih
pendapatan hasil jualan balak selain untuk menjadikan kawasan tanah kerajaan yang diwartakan

Rizab Pelancongan Tasik Chini sebagai ladang kelapa sawit.

100


Click to View FlipBook Version