"Jadi, kita berpendapat kegiatan ini dilakukan individu setempat yang biasa dengan kawasan hutan
terbabit," katanya.
Beliau bagaimanapun menjelaskan, pihaknya memandang serius kegiatan menceroboh dan
menebang balak dalam kawasan Rizab Pelancongan Tasik Chini kerana akan menjejaskan
ekosistem Tasik Chini yang menjadi produk pelancongan negeri ini.
"Lesen aktiviti pembalakan di kawasan hutan Tasik Chini kini tidak lagi dikeluarkan demi
menjaga ekosistem tasik legenda berkenaan yang terkenal dengan kisah Naga Tasik Chini,"
katanya.
101