The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sejarah Modulus Semester 2 (Sejarah Islam)@ E Modulus merupakan singkatan modul Untuk LULUS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hanizah Hassan, 2022-08-16 21:15:09

Sejarah Modulus Semester 2 (Sejarah Islam)

Sejarah Modulus Semester 2 (Sejarah Islam)@ E Modulus merupakan singkatan modul Untuk LULUS

Keywords: EMODUL

bin Affan mendapat mendapat kelebihan undian. Dengan ini, Saidina Uthman bin Affan dilamtik
menjadi khalifah ketiga .

Akhir sekali,terdapat juga kaedah penyusulan oleh sekumpulan masyarakat. Masyarakat
Islam telah mengusul dan mencadangkan keturunannya menjadi khalifah seterusnya memerintah
negara dan umat Islam berpusat di Madinah. Cara tersebut berlaku semasa pelantikan Saidina Ali
bin Abu talib dilantik sebagai khalifah selepas kewafatan Khalifah Uthman bin Affan. Pada masa
tersebut,Madinah dikuasai oleh pemberontak. Penduduk Mesir mencadangkan Saidina Ali bin
Abu Talib dilantik sebagai khalifah,penduduk Basrah mencadangkan Talhah bin Ubaidillah
sebagai khalifah,dan penduduk Kufah mencadangkan Zuber al-Awwam sebagai khalifah. Oleh
kerana terdapat tiga orang calon,maka pemilihan dan musyawarah diadakan untuk menentukan
siapakah antara tiga orang calon tersebut yang akan dipilih oleh umat Islam sebagai khalifah
berikutnya. Keputusan dalam musyawarah,Saidina Ali Bin Abu Talib dibaiahkan sebagai
khalifah keempat.

Kesimpulannya, pelantikan khalifah-khalifah dalam Khulafa’al-Rasyidin berlaku secara
demokrasi. Pemilihan diakukan oleh umat Islam dalam majlis yang dikenali sebagai Majlis
Syura yang ahli-ahlinya terdiri daripada para sahabat Nabi Muhammad SAW dan ketua-ketua
kaum.

SOALAN 19 : Bincangkan sumbangan Khalifah Harun al-Rasyid dalam perkembangan
intelektual dan pendidikan.

Khalifah Harun ar-Rasyid dikenali sebagai tokoh negarawan terulung kerana usaha beliau
dalam penyebaran ilmu pengetahuan. Oleh kerana itulah, beliau membuka Baitul Hikmah iaitu
institusi kebudayaan dan pusat kegiatan ilmu pengetahuan. Seseorang khalifah sememangnya
seorang yang bijak dan berpengetahuan. Dalam mentadbir sesebuah negara, beliau harus tahu
bagaimana caranya untuk mentadbir sebuah negara agar dapat menjadi sebuah negara yang aman
dan makmur.

Antara sumbangan Khalifah Harun ar-Rasyid ialah dalam bidang perkembangan
intelektual. Kemajuan intelektual yang dicapai oleh Khalifah Harun ar-Rasyid juga adalah salah
satu sumbangan yang besar diberikan oleh baginda. Beliau dianggap sebagai penaung bagi
semua kegiatan ilmu pengetahuan kerana beliau sering kali menganjurkan majlis forum,
syarahan dan perbahasan, yang mana akan dihadiri oleh orang ramai dan golongan intelektual di
masjid. Pada majlis seperti inilah, beliau dapat mengenali lebih ramai ilmuwan yang datang
untuk menuntut ilmu daripadanya. Sebagai seorang khalifah, beliau seharusnya mampu
melaksanakan kewajipan dalam menyebarkan ilmu pengetahuan kepada semua masyarakat
dalam negaranya.

Seterusnya ialah baginda juga menubuhkan Baitul Hikmah iaitu perpustakaan agung
sebagai institusi kebudayaan dan pusat keilmuan yang kemudiannya berkembang dan mencapai
zaman kegemilangannya semasa pemerintahan Khalifah al-Makmun. Melalui penubuhan Baitul
Hikmah sebagai institusi penterjemahan, kerja-kerja penterjemahan menjadi lebih sistematik.
Banyak karya-karya asing dalam bahasa Sanskrit, Suriani dan khususnya ilmu falsafah dan sains
Yunani telah diterjemahkan bagi dimanfaatkan oleh para cendekiawan Islam.

Selain itu, sikap prihatin beliau dalam bidang ilmu pengetahuan mendorong beliau untuk
menubuhkan institusi itu sebagai satu tempat penyebaran ilmu pengetahuan. Semua kegiatan
keilmuan ini merupakan satu usaha yang cemerlang dilakukan oleh beliau ketika mentadbir
kerajaan Abbasiyah. Baitul Hikmah ini juga menggabungkan pelbagai fungsi antaranya ialah
sebagai tempat penyimpanan buku-buku, pengumpulan buku, perpustakaan, pusat akademik dan
balai penterjemahan. Ia juga merupakan lambang pendidikan yang terpenting dan telah dapat
menandingi kemasyhuran Perpustakaan Iskandariah. Kerana tanggungjawab beliau sebagai
seorang khalifah, beliau begitu gigih dalam memperkembangkan ilmu pengetahuan.

Disamping itu, bagi menyebarkan ilmu pengetahuan kepada rakyat, baginda telah
mendirikan pusat pengajian seperti sekolah, maktab dan universiti. Keadaan ini juga
menyebabkan kegiatan penyelidikan dapat dipertingkatkan. Contohnya, sumbangan al-
Khwarizmi dalam bidang matematik dan astronomi. Sesungguhnya, hasil kajian sarjana-sarjana
Islam ini kemudiannya telah tersebar ke Eropah sekali gus memberi sumbangan yang besar
kepada perkembangan keilmuan hingga melahirkan zaman Renaisans di Eropah.

Kesimpulannya, sumbangan yang diberikan oleh Khalifah Harun ar-Rasyid dalam
perkembangan intelektual dan pendidikan menunjukkan bahawa beliau merupakan pemerintah
yang berwibawa dan berpengetahuan tinggi dalam bidangnya. Beliau juga disifatkan sebagai
seorang pemerintah yang paling berwibawa dalam pelbagai aspek. Peranan beliau yang paling
besar ialah sebagai penaung kepada semua kegiatan ilmu pengetahuan. Baitul Hikmah
merupakan hasil usahanya yang paling bermakna kerana ianya merupakan kombinasi
perpustakaan, pusat akademik dan balai penterjemahan.

20. Nilaikan dasar-dasar Aurangzeb bagi memartabatkan semula agama dan umat Islam di India
pada abad ke 16 Masihi.

Nama sebenar ialah Muhyidin Muhammad Aurangzeb Bahadur Alamgir 1 atau dikenali
sebagai Aurangzeb merupakan sultan keenam kerajaan Moghul. Pada usia muda, Aurangzeb
mendapat pendidikan yang mendalam tentang keagamaan, ilmu pengetahuan, pelbagai latihan
ketenteraan dan lain-lain. Aurangzeb menjadi seorang pentadbir yang bijak dan warak.
Pemerintahan Moghul merupakan pemerintahan yang paling kuat berpegang kepada agama
Islam. Aurangzeb cuba menjadikan seluruh India sebagai negara Islam (Dar al-Islam) dengan
mengamalkan mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah dalam pentadbirannya.

Dari segi dasar perluasan wilayah. Aurangzeb mengamalkan dasar perluasan wilayah yang
paling luas. Wilayah-wilayah yang ditaklukinya meliputi 14 wilayah di Utara India, 6 wilayah di
Deccan dan 1 wilayah di Kabul. Aurangzeb juga berjaya mengalahkan pemberontakan kaum
Hindu dan Sind. Contohnya pemberontakan kaum Pathan, kaum Jat dan Satnawi . Semua
pentadbiran wilayah diselaraskan di bawah wilayah dan pusat.

Selain itu , dari segi dasar Islam. Aurangzeb melaksanakan dasar Islamisasi yang ketat dan
jelas dalam pentadbirannya. Beliau melaksanakan perundangan Islam berpandukan buku
perundangan yang terkenal iaitu Fatwa Alamgir . Para ulama juga dilantik menjadi penasihat
dalam pentadbiran . Lembaga Penapis ditubuhkan untuk melahirkan masyarakat yang berakhlak
dan tidak melanggar peraturan Islam.

Seterusnya, Aurangzeb tidak membenarkan orang bukan Islam memegang jawatan
penting dalam pentadbiran negara terutama yang berkaitan dengan perkhidmatan awam dan
ketenteraan. Walau bagaimanapun beliau membenarkan orang Hindu memegang jawatan lain.
Beliau telah melantik ramai orang Hindu memegang jawatan di peringkat rendah.

Kemudian, beliau merupakan pengikut sunni yang tidak bertolak ansur kepada mazhab
dan agama lain. Beliau sangat tegas dalam melaksanakan hukum Islam. Beliau telah melarang
kanak-kanak Islam belajar di kuil Hindu dan menghapuskan peraturan istana yang bertentangan
dengan Islam.

Dari segi dasar ekonomi dan sosial pula, beliau memperkenalkan bayaran jizyah kepada
orang bukan Islam dengan kadar yang rendah. Walau bagaimanapun beliau telah menghapuskan
80 jenis cukai yang membebankan rakyat dan tidak dibenarkan dalam Islam. Aurangzeb berjaya

meningkatkan pendapatan negara sekali ganda sekiranya dibandingkan di zaman Akbar.
Perkembangan ekonomi telah meningkatkan taraf hidup rakyat. Beliau juga telah bertindak
menegakkan sistem sosial Islam. Beliau mengharamkan judi dan penjualan arak. Amalan tradisi
menghadiahkan emas dan perak oleh pembesar kepada Sultan turut dihapuskan.

Kesimpulannya, amalan pemusatan kuasa dalam pemerintahan telah memastikan bahawa
kedudukan pemerintah tidak dapat dicabar individu lain. Walaubagaimanapun, sedikit perubahan
telah berlaku ketika pemerintahan Aurangzeb apabila golongan ulama’ memainkan peranan yang
penting dalam menasihati pemerintah.

21.Jelaskan struktur pentadbiran pusat dan wilayah Kerajaan Turki Uthamaniyah pada abad ke-
16M hingga ke-17M.

Kerajaan Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul pada tahun 1281 M Sepanjang
kekuasaan kerajaan ini, terdapat 37 orang pemerintah yang menggunakan gelaran sultan.Antara
sultan yang terkenal ialah Sultan Muhammad al-Fatih dan Sulaiman al-Qanuni. Sepanjang
kekuasaan kerajaan ini,banyak aktiviti perluasan kuasa dijalankan.Sejarawan mencatatkan ketika
pemerintahan Sultan Sulaiman al-Qanuni jajahan takluknya meliputi kawasan seluas 644 000 km
persegi. Kejayaan kerajaan Uthmaniyah ini disokong dengan pembentukan sistem pentadbiran
pusat yang mantap dan pentadbiran wilayah yang sistematik.

Dari segi pentadbiran pusat, sultan merupakan individu yang mempunyai kuasa tertinggi
dalam bidang- agama politik dan kewangan. Kekuasaan seseorang sultan juga dapat
digambarkan melalui penggunaan gelaran seperti 'Khalifah Allah di Muka Bumi oleh Sultan
Murad I setelah baginda berjaya menawan Adrianople.

Sultan dibantu oleh Wazir Agung yang bertindak sebagai ketua pentadbir dan penasihat
sultan. Wazir Agung atau Wazir Besar ini merupakan ketua kepada para menteri (wazir) dan
amir. Kanunname mencatatkan Wazir Agung merupakan ketua segala hal ehwal pentadbiran.
Individu yang dilantik memegang jawatan tersebut akan dianugerahkan cop mohor sebagai
simbol wakil sultan. Wazir Agung dibantu oleh tiga orang hakim tentera, dua orang Beylerbey
(ketua turus tentera sultan), dua orang Defterdar yang bertanggungjawab dalam urusan
pentadbiran kewangan, seorang Agha (wakil tentera darat), seorang Laksamana, dan seorang
Nishanji bagi monogram sultan.

Pada zaman pemerintahan Sultan Salim I, jawatan mufti (Shaykh al-Islam) telah
diwujudkan. Pentadbiran mufti berpusat di Istanbul. Tugas utamanya mengeluarkan fatwa dalam
semua aspek agama. Mufti juga bertanggungjawab mengeluarkan fatwa berkaitan dengan
peperangan sama ada dengan musuh bukan Islam atau musuh kerajaan (dalam kalangan orang
Islam). Mufti juga diberikan hak untuk melantik para pegawai yang berkhidmat di istana.

Seterusnya dari pentadbiran peringkat wilayah, memandangkan sistem pemerintahan dan
pentadbiran kerajaan Uthmaniyah mirip pentadbiran Byzantine, setiap wilayah akan ditadbir
oleh gabenor wilayah yang bertanggungjawab mentadbir tanah kurniaan yang agak luas yang
akan dikendalikan oleh para petani.

Kadi merupakan ketua agama bagi setiap daerah. Tugas utama pegawai berkenaan
mengendalikan hukum jenayah dan sivil berdasarkan syariah Islam yang berpandukan al-Quran
dan hadis. Multezim diberikan tanggungjawab mengutip semua cukai dari kawasan-kawasan
tertentu. Kewujudan jawatan ini pastinya akan dapat meningkatkan pendapatan kerajaan
sekaligus dapat dimanfaatkan untuk mengekalkan kekuatan dan kestabilan negara serta
menjamin ekspedisi perluasan kuasa dijalankan. Golongan intelektual Muslim bertanggungjawab
dalam pengurusan wakaf untuk menyokong perkembangan sekolah, hospital dan pendidikan

golongan belia serta pentadbiran keadilan. Bagi memastikan keselamatan dan kekuatan kerajaan
Uthmaniyah pada peringkat pusat, kekuatan tentera tidak diabaikan. Oleh itu, bagi mendapat
sokongan, tentera yang berkhidmat secara peribadi kepada sultan akan dianugerahkan tanah.
Contohnya, semasa zaman pemerintahan Sultan Muhammad II.

Kesimpulannya,tidak dinafikan pentadbiran pusat yang sistematik dan mantap khususnya
pegawai yang membantu sultan dalam mentadbir kerajaan telah berjaya mengukuhkan kekuatan
kerajaan Uthmaniyah.Kepimpinan berwibawa para pemerintah telah menyebabkan kerajaan ini
dapat muncul sebagai sebuah kuasa besar sebelum abad ke-19 M.

22). Jelaskan pengertian jihad dan jenis jenis jihad yang ditunjukkan pada zaman Nabi Muhammad
SAW:

Sejarah jihad dalam islam bermula sejak lahirnya islam di Makkah dan umat islam juga telah
mencuba sedaya upaya untuk mempertahankan akidah islam. Hal ini demikian kerana semangat
jihad yang berkembang selepas penghijrahan orang islam dari Makkah ke Madinah mula
tercetusnya Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak. Semangat jihad ini juga telah
menyebabkan ramai tokoh islam bangkit berjihad dan gugur syahid seperti sumaiyyah, Ammar
Bin Yaser dan ramai lagi. Oleh itu semangat jihad umat islam tetap diteruskan dan tidak pernah
terhenti walaupun selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.

Jihad merupakan perkataan arab yang berasal daripada al- jahad dan al- jihad yang
bermaksud pengerahan segenap tenaga manusia untuk mendapatkan sesuatu yang diingini atau
menolak sesuatu yang dibenci. Menurut kamus dewan pula, jihad adalah sesuatu peperangan yang
sesuai untuk melawan orang orang kafir kerana ingin memusnahkan negara islam. Dari segi
Bahasa pula, jihad bermaksud menggunakan segala usaha dengan bersungguh sungguh untuk
mendapatkan sesuatu. Oleh itu, jihad mempunyai pelbagai maksud yang boleh dirujuk di dalam
islam.

Jihad nyawa dan tenaga merupakan jihad yang terdapat pada zaman Nabi Muhammad SAW.
Hal ini demikian kerana pengorbanan jiwa dan raga merupakan jihad yang utama pada zaman Nabi
Muhammad SAW. Ramai yang telah berjihad ke medan perang dan mereka juga telah terkorban
di dalam peperangan tersebut. Saidina Hamzah merupakan tokoh islam yang telah syahid di medan
Perang Uhud. Jelaslah, mereka yang terkorban di dalam peperangan tersebut akan digelar syahid.

Selain itu, jihad yang terdapat pada zaman Nabi Muhammad SAW ialah jihad akal fikiran.
Hal ini demikian kerana sumbangan buah fikiran dan idea yang bernas akan memberi banyak
manfaat kepada masyarakat dan negara. Ianya juga turut tergolong dalam ciri ciri jihad ke jalan
Allah. Contohnya, Salman al- Farisi telah berjihad di medan perang dan beliau juga turut
menyumbang idea dalam pembinaan parit dalam perang Khandak. Oleh itu, jihad akal fikiran juga
merupakan jenis jihad yang ada pada zaman Nabi Muhammad SAW.

Di samping itu, jihad melawan nafsu turut diajar pada zaman Nabi Muhammad SAW. Hal ini
demikian kerana jihad melawan nafsu merupakan jihad yang paling tinggi darjatnya di sisi islam.
Jihad ini menggunakan seluruh tenaga agar menuruti jalan yang digariskan oleh Allah SWT.
Contoh jihad melawan nafsu seperti pada bulan Ramadhan seluruh umat islam perlu melawan
nafsu untuk makan dan minum di siang hari. Jelaslah, perjuangan melawan nafsu dalam diri setiap
individu muslim adalah fardhu ain.

Akhir sekali, jihad mempertahankan kesucian agama juga salah satu jihad yang terdapat pada
zaman Nabi Muhammad SAW. Hal ini demikian kerana jihad ini dapat mempertahankan kesucian
agama daripada tindakan musuh islam. Golongan ini juga perlu diperangi dan diajar agar
kedudukan islam dapat dipertahankan. Contoh golongan yang menentang agama islam seperti
golongan al- Riddah dan Kafir harbi. Oleh itu, jihad mempertahankan kesucian agama dapat
menghapuskan musuh agama islam dan ada juga yang memeluk islam.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis jihad yang telah ditunjukkan pada zaman Nabi
Muhammad SAW. Hal ini kerana jihad turut memainkan peranan penting dalam perkembangan
syiar islam. Jihad juga turut membantu dalam pembentukan ummah pada zaman Nabi Muhammad
SAW dan selepas kewafatan baginda.



BAB 7: PERTAHANAN DAN PEMBUKAAN WILAYAH
SOALAN 23 : JELASKAN KONSEP JIHAD DAN ETIKA PEPERANGAN MENURUT
ISLAM

Mengikut pandangan Islam, peperangan merupakan jalan terakhir bagi menangani
ancaman musuh yang boleh merosakkan kesucian agama Islam dan mengancam keselamatan
nyawa dan negara Islam. Walaupun begitu, sebelum berlaku peperangan. Islam mengesyorkan
perdamaian, dan seandainya berlaku juga peperangan, Islam telah menggariskan etika-etika yang
perlu dipatuhi oleh tentera Islam. Perjuangan mempertahankan agama, negara dan maruah diri
adalah suatu pengorbanan yang cukup besar dan hanya mereka yang benar-benar ikhlas sahaja
mampu menyumbang kerana itulah ianya dipanggil Jihad Fi Sabilillah.

Dari segi bahasa, jihad berasal daripada perkataan al Juhd yang bermaksud keberatan dan
kesusahan, manakala mengikut syarak pula jihad merupakan usaha mengerah segenap tenaga
untuk mencapai sesuatu atau kemenangan demi mendapat keredaan Allah s.w.t. Dalam konteks
peperangan, jihad dapat diertikan dengan perjuangan untuk mempertahankan agama dan negara
kerana Allah dan bukannya bertujuan untuk mendapat habuan dunia ataupun kemegahan. Mana-
mana individu yang gugur dalam perjuangan di medan perang kerana Allah ini akan
dikategorikan sebagai mati syahid dan ganjarannya adalah syurga yang kekal abadi.

Oleh itu, dalam islam peperangan mempunyai etika-etika yang perlu dipatuhi. Nabi
Muhammad S.A.W. telah menetapkan peraturan atau etika yang perlu dipatuhi oleh tentera Islam
sebelum berlaku peperangan. Dalam hal ini, seboleh-bolehnya agama Islam berusaha
mengelakkan berlaku pertumpahan darah, sehubungan dengan itu langkah pertama ialah
menyeru musuh agar menerima agama Islam, dan seandainya enggan, disarankan membayar
jizyah sebagai pengiktirafan akan kekuasaan keraiam Islam.Namun sekiranya musuh masih
berkeras, maka tentera Islam tiada pilihan lain dan akan berperang seandainya pihak musuh
memulakan serangan terlebih dahulu, umpamanya, tindakan beberapa orang Quraisy yang
menyerbu ke arah tentera Islam dalam Perang Badar menyebabkan tercetusnya perang pertama
dalam sejarah perjuangan Islam.

Ketika peperangan berlangsung juga terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh
tentera Islam. Umpamanya, kewajipan tentera Islam mendengar arahan pemimpin bagi
menjayakan strategi yang dirancang. Perang Uhud merupakan bukti terbaik. Kegagalan tentera
pemanah akur dengan arahan Nabi Muhainmad S.A.W. telah menyebabkan tentera islam
mengalammi kekalahan. Keperluan mendengar arahan ini amat penting kerana secara tidak
langsung akan memupuk dan memantapkan disiplin angkatan tentera Islam. Keakuran tentera
Islam tidak mengejar musuh iaitu tentera Rom yang lari ke sempadan mereka dalam Perang
Tabuk telah memberikan kemenangan moral dan meningkatkan kevakinan dalam perjuangan
seterusnya.

Nabi Muhammad S.A.W. juga telah mengemukakan beberapa larangan yang perlu dipatuhi
semasa peperangan. Antaranya, ialah larangan membunuh golongan lemah seperti perempuan,
kanak-kanak, orang tua, orang uzur, orang cacat dan golongan pendeta. Larangan ini
menunjukkan agama Islam menghargai nyawa setiap individu. Bukti etika ini dilaksanakan ialah
ketika pengusiran Yahudi Bani Quraizah yang menderhaka, semua golongan yang lemah
diarahkan keluar daripada kota Madinah manakala lelaki dewasa dikenakan hukuman
bunuh.Selain itu, terdapat juga etika larangan merosakkan harta-harta awam mahupun

persendirian termasuk kebun-kebun kecualilah tempat berkenaan berbahaya kepada tentera
Islam. Ketika Perang Taif, Baginda S.A.W. hanya mengugut akan membakar kebun bagi
melemahkan psikologi musuh.Sesuai dengan agama perdamaian, seandainya musuh memohon
perdamaian, tentera Islam dikehendaki berdamai, seperti peristiwa Fath Makkah, peperangan
tidak berlaku berikutan kesediaan pihak Quraisy menyerah kalah.

Selepas peperangan pula, musuh yang ditawan dalam peperangan haruslah dilayan dengan
baik, termasuk diberi makan dan minum serta tidak dibelenggu atau dibunuh serta merta.
Sebaliknya, mana-mana musuh yang ditawan hanya dikenakan hukuman yang bertujuan untuk
memberikan pengajaran dan secara tidak langsung mendedahkan betapa agama Islam
mementingkan kedamaian. Tawanan Perang Badar telah dikenakan hukuman bayaran penebusan
diri dan mana- mana tawanan yang boleh membaca dan menulis dikehendaki mengajar kanak-
kanak Islam. Keadaan yang sama dilakukan ketika peristiwa pembukaan Makkah, iaitu mana-
mana musuh yang berlindung di kawasan Masjidil Haram dan rumah Abu Sufyan tidak akan
disentuh dan menandakan mereka diberikan pengampunan tanpa syarat.

Kesimpulannya, tidak dinafikan jihad merupakan perjuangan suci umat Islam dalam
mencari keredaan Allah, dan dalam konteks peperangan, mana-mana individu yang ingin
berjihad kerana Allah dimestikan memahami tujuan jihad serta mematuhi etika-etika yang
disyorkan memandangkan mereka membawa imej Islam di medan perang dan ketika berhadapan
dengan musuh.

24. Jelaskan konsep Ummah dan langkah-langkah dalam menyatukan pelbagai golongan
masyarakat di Madinah .

Peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah telah meninggalkan impak
yang besar kepada perjuangan Islam kerana ia bukan sahaja menyebabkan terbentuknya negara
Islam,bahkan telah mengubah landskap politik, ekonomi, dan sosial di Madinah. Sebelum
penghijrahan Nabi Muhammad SAW, struktur sosial masyarakat dibelenggu dengan fahaman
perkauman yangmelampau dan bersifat individualistik. Namun, senario ini berubah apabila
Baginda berjaya mengubah masyarakat dengan memperkenalkan konsep ummah (masyarakat)
yang saling menghormati antara satu sama lain.

Ummah dari sudut bahasa bermaksud masyarakat. Dalam konteks di Madinah, ummah
merujuk kepada warga Madinah. Dalam al-Quran juga ada menyebut beberapa kali perkataan
ummah yang merangkumi golongan manusia dan jin. Mengikut Piagam Madinah, konsep ini jelas
menggambarkan wujud dua kelompok masyarakat yang besar, iaitu masyarakat Islam yang
terbahagi kepada golongan Muhajirin dan Ansar serta masyarakat bukan Islam yang majoritinya
berbangsa Yahudi namun berada di bawah kepemimpinan Nabi Muhammad SAW.

Golongan Muhajirin merupakan golongan pendatang dari Makkah yang berhijrah bersama-
sama Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Golongan Ansar pula merupakan penduduk asal
Madinah yang terdiri daripada kaum Aus dan Khazraj. KaumYahudi pula dapat dibahagikan
kepada tiga, iaitu Bani Qainuqa', Bani Nadhir, dan Bani Quraizah.

Proses pembentukan ummah sebenarnya telah bermula di Makkah lagi, iaitu sejak Nabi
Muhammad SAW menerima wahyu pertama pada tahun 610 M. Baginda memulakannya melalui
proses dakwah yang berlangsung secara sulit dan terbuka. Dakwah secara sulit ditumpukan kepada
kaum keluarga dan sahabat terdekat. Hasilnya, beberapa orang individu terkemuka menerima
agama Islam. Antaranya ialah Siti Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar al-Siddiq, Uthman bin
Affan, dan Zubair bin al-Awwam. Nabi Muhammad SAW dan Arqam bin Abi Arqam menjadikan
kediaman mereka sebagai pusat dakwah Islamiah.

Selepas tiga tahun berdakwah secara sulit, Baginda menerima wahyu daripada Allah SWT
agar berdakwah secara terbuka kepada kaum Quraisy dan penduduk kota Makkah seperti yang
terkandung dalam surah al-Muddathir. Berikutan daripada peristiwa ini, bermulalah penentangan
oleh kaum Quraisy Makkah yang dipelopori bapa saudara Baginda sendiri, iain Abu Lahab dan
pengikutnya.

Kaum Quraisy Makkah telah melakukan pelbagai bentuk penentangan terhadap dakwah
yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. Penentangan tersebut pada mulanya dilakukan
secara diplomasi dan kemudiannya secara kekerasan. Antara kaedah diplomasi yang digunakan
untuk menghalang hasrat Baginda membentuk masyarakat Islam yang lebih besar adalah dengan
mengejek atau menghina melalui perbuatan dan perkataan. Kaum Quraisy Makkah juga berusaha
menggunakan Abu Thlib supaya memujuk Nabi Muhammad SAW menghentikan usaha dakwah,
namun tindakan tersebut tidak berjaya. Oleh itu, usaha diplomasi terakhir yang dilakukan oleh

kaum Quraisy Makkah adalah dengan berunding sendiri dengan Nabi Muhammad SAW. Mereka
menawarkan tiga perkara yang menjadi buruan manusia, iaitu wanita, harta, dan pangkat. Mereka
juga mencadangkan supaya Nabi Muhammad SAW dan mereka bergilir-gilir menyembah Tuhan
masing-masing. Namun, Nabi Muhammad SAW bertegas menolak cadangan tersebut berdasarkan
perintah Allah SWT dalam surah al-Kafirun. Setelah gagal melalui diplomasi, kaum Quraisy
Makkah bertindak lebih agresif. Mereka menyiksa penganut-penganut Islam seperti Bilal bin
Rabah, Ammar bin Yassir, dan Khabbab bin Arrat. Kaum Quraisy Makkah juga mengisytiharkan
pemulauan terhadap kaum keluarga Nabi Muhammad SAW setelah mendapati pengaruh Baginda
kian meluas termasuk di Habsyah. Pemulauan ini berlangsung selama tiga tahun. Kemuncak
penentangan yang dilakukan oleh kaum Quraisy Makkah ialah mengadakan perancangan untuk
membunuh Nabi Muhammad SAW.

Kegagalan membentuk masyarakat Islam di Makkah menyebabkan Baginda mengubah
strategi dakwah. Tumpuan Baginda beralih kepada rombongan yang datang mengerjakan ibadat
haji di kota Makkah. Sebenarnya usaha ini adalah susulan daripada kegagalan Baginda mendapat
sokongan daripada penduduk Ta'if (Bani Thaqif yang telah berjaya dihasut oleh kaum Quraisy
Makkah.

Nabi Muhammad SAW telah menemui beberapa orang tokoh dari Yathrib seperti Suwayd
bin Samit dan Iyas bin Mu'adh serta berdakwah kepada mereka agar menerima dan menyebarkan
agama Islam. Susulan daripada itu, apabila mengetahui tentang kedatangan rombongan kaum
Khazraj, Baginda telah menemui mereka berhampiran Bukit Aqabah. Pada musim haji berikutnya,
iaitu pada tahun 621M, 10 orang daripada kaum Khazraj dan 2 orang daripada kaum Aus datang
menemui Baginda dan memeterai Perjanjian Aqabah I. Mereka berikrar akan meninggalkan segala
amalan jahiliah termasuk penyembahan berhala, membunuh anak perempuan, hasad dengki, dan
menyakiti jiran. Nabi Muhammad SAW kemudiannya menghantar Mus'ab bin Umayr ke Yathrib
untuk mengajar al-Quran dan seterusnya menyebarkan Islam.

Pada tahun 622 M, seramai 73 orang dari Yathrib datang menemui Baginda dan
kemudiannya memeterai Perjanjian Aqabah II. Dalam perjanjian ini, mereka bukan sahaja berjanji
untuk menjadikan Islam sebagai pegangan hidup, malah menjemput Baginda berhijrah ke Yathrib
dan melantik Baginda sebagai pemimpin mereka. Perkara paling penting yang dipersetujui ialah
mereka sanggup mempertahankan Baginda sebagaimana mereka mempertahankan keselamatan
diri dan keluarga mereka sendiri. Berdasarkan keadaan ini serta wujudnya rancangan untuk
membunuh Baginda oleh kaum Quraisy Makkah, maka Nabi Muhammad SAW telah melakukan
hijrah ke Yathrib pada tahun tersebut.

Peristiwa penghijrahan telah membolehkan Nabi Muhammad SAW membentuk sebuah
negara Islam di Madinah. Sebagai pemimpin tertinggi, Baginda telah merangka sistem
perundangan yang bersumberkan wahyu agar memberikan keadilan kepada semua warga
Madinah. Piagam Madinah yang digubal mengandungi 47 fasal yang menyentuh tentang hak orang
Islam, hak orang bukan Islam dan hak serta tanggungjawab bersama arfiaraorang Islam dengan
bukan Islam. Salah satu fasal penting dalam piagam ini ialah pengenalan konsep ummah yang

merujuk kepada warga Madinah yang beragama Islam dan bukan beragama Islam wajib hidup
dengan saling hormat-menghormati dan mengiktiraf kepemimpinan Nabi Muhammad SAW
sebagai pemimpin tertinggi negara.

Walau bagaimanapun, konsep ummah yang dibentuk oleh Baginda telah mengalami
perubahan berikutan pengkhianatan yang dilakukan oleh kaum Yahudi. Tindakan kaum Yahudi
tersebut telah memaksa Nabi Muhammad SAW mengusir mereka dari bumi Madinah. Selepas
peristiwa tersebut, konsep ummah hanya merujuk kepada masyarakat Islam yang berpaksikan
akidah yang sama serta mengamalkan konsep akhlak amar maruf nahi munkar.

Kesimpulannya, proses pembentukan ummah bukanlah sesuatu yang mudah. Proses ini telah
memakan masa yang lama. Tindakan bijak Nabi Muhammad SAW merangka strategi supaya
pembentukan ummah berlaku secara evolusi menggambarkan kehebatan Baginda sebagai
pemimpin tertinggi negara. Malah, kebijaksanaan Baginda kian terserlah apabila berjaya
menyatukan masyarakat berbilang bangsa di Madinah, sekali gus mewujudkan masyarakat yang
adil dan harmonis terutama selepas pengusiran kaum Yahudi.

25. Jelaskan strategi peperangan pada zaman Nabi Muhammad S.A.W dan Khulafa al-Rasyidin.

Secara dasarnya Islam tidak menggalakkan peperangan, namun peperangan tidak dapat
dielakkan seandainya negara terancam. Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, peperangan dalam
Islam dibahagikan kepada dua iaitu sariyah dan ghazwah. Manakala, stratetegi peperangan
Khulafa al-Rasyidin dapat dilihat semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, Khalifah
Umar bin al-Khattab, Khalifah Uthman bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib. Oleh itu,
terdapat beberapa strategi peperangan yang digunakan pada zaman Rasulullah S.A.W dan Khulafa
al-Rasyidin.

Nabi Muhammad S.A.W telah menguasai kawasan berstrategi yang mempunyai punca air.
Hal ini berlaku sewaktu Perang Badar yang melibatkan umat Islam dengan Musyrikin Quraisy
Makkah dimana Tentara Islam berjaya menewaskan tentera musuh kerana bertindak pantas.
Khalifah Umar bin al-Khattab membina beberapa bandar atau pusat tentera di Iraq, Syria, Mesir
dan kawasan berhampiran bagi mengelakkan pencerobohan pihak musuh. Bandar tersebut turut
dilengkapi dengan kubu atau benteng pertahanan.

Seterusnya, Rasulullah S.A.W menggunakan kaedah bertahan apabila baginda mengikut
cadangan Salman al-Farisi bagi melindungi Kota Madinah daripada serangan musuh Islam. Suatu
kejadian ribut taufan yang diturunkan Allah S.W.T untuk memecahbelahkan pertahanan tentera
musuh. Penyusunan tentera Islam dengan system al-kurdus pada zaman Khalifah Umar al-Khattab.
Setiap kurdus mengandungi antara 300-600 orang terdiri daripada pasukan berkuda, pemanah, dan
tentera biasa.

Selain itu, semasa Perang Uhud Nabi Muhammad S.A.W telah merangka strategi musuh
melalui cara menempatkan pasukan pemanah di atas Bukit Uhud supaya tentera yang berjalan kaki
dapat disokong. Namun, tentera Islam dikalahkan kerana dikaburi harta musuh.[ghanimah]
Manakala, Khalifah Uthman bin Affan telah menubuhkan tentera laut tetapi beliau tidak berani
melancarkan ekspedisi laut. Walau bagaimanapun, tentera Islam pada zamannya sudah
mempunyai senjata dan alat kelengkapan perang seperti panah, baju besi, dan parit sebagai
perangkap.

Di samping itu, strategi peperangan yang digunakan pada zaman Rasulullah S.A.W adalah
kaedah penyamaran. Peristiwa ini berlaku semasa Perang Ahzab di mana Nu’aim bin Mas’ud
menyebabkan pertelagahan antara tentera Musyrikin Quraisy dan Yahudi. Baginda telah memakai
pakaian biasa untuk kelihatan macam tentera biasa. Pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib pula,
tentera Islam disusun mengikut kumpulan kecil bagi menangani ancaman pihak musuh dari
pelbagai arah yang mengaplikasikan teknik penyusunan tentera berasaskan al-saf.

Kesimpulannya, strategi peperangan yang diamalkan oleh tentera Islam pada zaman
Rasulullah S.A.W dan Khulafa al-Rasyidin telah menunjukkan tentera Islam mempunyai disiplin
yang tinggi di medan perang. Pendekatan strategi berdakwah secara halus menjadi pemangkin
kejayaan tamadun Islam berkembang dengan sangat pesat di benua Eropah, Afrika dan Asia.

26. Bincangkan sistem ketenteraan pada zaman pemerintahan khulafa al – rasyidin

Khulafa al-Rasyidin merupakan pemerintahan kerajaan Islam setelah wafatnya Nabi
Muhammad s.a.w. iaitu antara tahun 632 hingga 661 Masihi. Pada zaman ini, pemerintahan Islam
masih berpusat di Madinah dan diperintah oleh empat orang khalifah yang dikenali sebagai
Khulafa al-Rasyidin iaitu Khalifah Abu Bakar as-Siddiq r.a, Khalifah Umar al-Khattab r.a,
Khalifah Uthman bin Affan r.a. dan Khalifah Ali bin Abi Talib. Abu Bakar al-Siddiq dipilih
sebagai umat Islam Khalifah yang pertama, gelaran Khulafa’ al-Rasyidin digunakan kerana
mereka akan meneruskan dasar kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. Islam hanya menggalakkan
peperangan setelah turunnya wahyu. Peperangan hanyalah bertujuan mempertahankan kedaulatan
Islam daripada ancaman musuh. Oleh itu khulafa al rasyidin telah membentuk sistem ketenteraan
bagi mengekalkan keamanan negara islam.

Sistem ketenteraan yang diamalkan pada zaman pemerintahan kerajaan al-rasyidin adalah
menguasai tempat strategik. Hal ini demikian menjadi faktor kemenangan tentera Islam kerana
mereka bertindak pantas dengan menguasai tempat yang strategik, iaitu menguasai kawasan punca
air. Dengan demikian , pihak musuh keputusan bekalan air sehingga memaksa mereka menceroboh
benteng tentera Islam dan seterusnya mencetuskan peperangan. Sebagai contoh, Perang Badar
berlaku pada 2 H melibatkan umat Islam dengan Quraisy Makkah. Meskipun bilangan tentera
berjumlah 313 orang, namun mereka berjaya mengalahkan tentera Quraisy yang berjumlah 1 000
orang. Tegaslah, penguasaan tempat strategik yang diamalkan semasa pemerintahan khulafa al-
rasyidin menjadi faktor kemenangan tentera islam.

Seterusnya, Kaedah Bertahan iaitu membuat Benteng Pertahanan dengan Menggali Parit
turut merupakan sistem ketenteraan semasa pemerintahan khulafa al-rasyidin. Hal ini demikian
kerana Kaedah ini mula dipraktikkan berikutan cadangan seorang sahabat iaitu Salman al-Farisi
bagi melindungi kota Madinah Daripada serangan musuh Islam. Misalnya Kejanggalan pihak
musuh terhadap benteng pertahanan sedemikian rupa menyebabkan keadaan pertahanan musuh
menjadi huru-hara. Ribut taufan yang diturunkan Allah SWT telah memecahbelahkan musuh.
Oleh itu, kaedah bertahan yang diamalkan semasa pemerintahan khulafa al-rasyidin menjadi
sistem ketenteraan untuk memenangi peperangan.

Selain itu, sistem ketenteraan pemerintahan khulafa al-rasyidin adalah dengan
menempatkan pasukan pemanah di atas bukit. keadah ini telah berjaya mengalahkan musuh.
Namun disebabkan kecuaian para pemanah, benteng pertahanan tentera Islam menjadi lemah.
Kekalahan ini berlaku kerana tentera Islam telah dikaburi harta musuh yang bertaburan hingga
menyebabkan mereka meniggalkan posisi masing-masing. Sebagai contoh, Tentera berjalan kaki
(infantri) akan disokong oleh pemanah-pemanah yang berada di tanah tinggi, iaitu di atas Bukit
Uhud. Tegaslah , dengan kaedah ini telah menjadikan sistem ketenteraan pada zaman khulafa al-
rasyidin terjaga.

Di samping itu, kaedah penyamaran turut diamalkan sebagai sistem ketenteraan pada
zaman khulafa al-rasyidin. Ketika Perang Ahzab, seorang sahabat Nu'aim bin Mas'ud telah
diarahkan memecahbelahkan benteng pertahanan serta kekuatan Quraisy dan Yahudi yang
akhirnya menyebabkan berlaku pertelagahan sesama mereka. Sebagai contoh, tindakan Nabi

Muhammad s.a.w yang hanya memakai pakaian biasa menunjukkan bahawa baginda ingin
kelihatan sebagaimana tentera biasa. Oleh itu taktik penyamaran ini menjadi sistem ketenteraan
selaras semasa pemerintahan khulafa al-rasyidin.

Akhir sekali, tidak mengejar musuh yang berlari ke sempadan mereka tidak mengejar
musuh yang lari ke sempadan mereka sewaktu Perang Mu'tah juga merupakan salah satu strategi
yang digunakan oleh tentera Islam.Tindakan ini dilakukan bagi mengelak tentera Islam
terperangkap dengan strategi musuh. Apatah lagi peperangan tersebut juga telah meragut
ramai syuhada seperti Zaid bin Harithah, Ja'afar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah.maka,
sistem ini akan menjadikan peperangan tentera islam lebih teratur dan menjadi faktor kemenangan
tentera islam.

Kesimpulannya, etika yang diamalkan oleh tentera Islam bukan sahaja menggambarkan
tentera Islam mempunyai disiplin yang tinggi, malah ia merupakan strategi dakwah secara halus
yang dijalankan oleh para tentera di medan perang. Sejurus dengan itu, strategi yang teratur turut
menguatkan tentera islam bagi melawan musuh di hadapan.



27.NILAIKAN SUMBANGAN SALEHUDDIN AL- AYUBBI DALAM MEMPERLUASKAN
SYIAR ISLAM.

Salehuddin Yusof bin Najmuddin Ayub ialah nama penuh Salahuddin al-ayubbi. Beliau
berketerunan kurdi daripada suku Ruwaidhah. Sebelum dipilih menjadi raja, baitulmuqaddis
daripada kekuasaan orang barat. Oleh itu, terdapat beberapa sumbangan salehuddin al-ayubbi
dalam memperluaskan syiar islam.

Mesir telah berjaya dibebaskan oleh Salahuddin al-Ayyubi daripada cengkaman kerajaan
syiah Fatimiyyah. Beliau telah bebaskan mesir daripada kerajaan Fatimiyyah dan fahaman syiah
islamiah telah dihapuskan. Salahuddin al-Ayyubi juga telah mendirikan sekolah serta madrasah
untuk mengajar kitab kitab aliran Al-Asy`ariyah iaitu kitab Hadaiq, Al-Fusul Wa Jawariah Al-
Usul. Beliau juga turut mengarahkan kitab kitab tersebut perlu dibaca di masjid pada waktu subuh.
Oleh itu, arahan yang diberi oleh Salahuddin al-Ayyubi Berjaya mengikis ideologi syiah dan
kembalikan ajaran ahli sunnah wal jamaah di mesir.

Seterusnya, kekuatan umat islam di Syria, Palestin dan Mesir Berjaya disatukan oleh
Salehuddin al-ayubbi. Hal ini demikian kerana pada tahun 1175 umat islam mula bangun dan
Khalifah Abbasiyah juga telah mengisytiharkan Salahuddin sebagai sultan mesir, nubah, yaman,
maghribi, palestin dan Syria. Sebagai contoh, semangat jihad yang di semarakkan oleh salehuddin
telah Berjaya satukan umat islam. Jelaslah, salehuddin Berjaya menyatukan kekuatan para pejuang
islam untuk bentuk suatu pasukan tentera kuat dan meluaskan syiar islam.

Selain itu, Salehuddin al-ayubbi juga telah Berjaya mempertahankan baitulmuqaddis dari
tentera salib. Hal ini demikian kerana Angkatan tentera salib telah digerakkan ke eropah untuk
menawan semula baitulmuqaddis. Angkatan tentera salib yang dipimpin oleh Kaisar Frederik
Barbarossa, Raja Philips augustus, raja Richard the lion heart telah gagal untuk menawan semula
baitumuqaddis. Oleh itu, perjanjian dimeterai iaitu pada 2 november 1192M telah menamatkan
peperangan untuk menawan baitulmuqaddis.

Di samping itu, Salehuddin al-ayubbi telah membebaskan baitumuqaddis daripada tentera
salib. Hal ini demikian kerana kekalahan tentera salib di hittin berlaku kerana salehuddin telah
mengepung baitulmuqaddis dan 18000 orang tentera telah dibebaskan oleh salehuddin. Pelbagai
taktik telah digunakan oleh salehuddin antaranya mengawal sumber air telah melemahkan tentera
salib. Seramai 10 000 tentera salib telah terbunuh dan selebihnya pula menjadi tawanan. Jelaslah,
tempoh masa 40 hari yang diberi kepada tentera salib untuk meninggalkan kota tersebut telah
memberi kemenangan kepada islam.

Selain itu, ancaman tentera salib yang diketuai raynald of Chatillon Berjaya dihapuskan.
Hal ini demikian kerana ancaman tersebut telah mengancam keselamatan Madinah dan Makkah
pada 1118M. Misalnya, tentera Kristian telah menyerang dan merompak Jemaah dalam perjalanan
untuk menunaikan haji. Pada tahun 1186M, tentera salib telah menggangu aktiviti perdagangan
yang dijalankan di damsyik, hijaz, dan mesir untuk mengancam islam. Oleh itu, salehuddin
Berjaya menangkap dan menghukum raynald menyebabkan islam tersebar luas pada tahun 1187
M.

Sekali, kota kota penting islam juga turut dibebaskan oleh Salahuddin al-Ayyubi. Hal ini
demikian kerana pada julai 1187M, salehuddin dan pasukan tentera telah menewaskan tentera salib
di hittin menyebabkan 10 000 tentera salib telah terbunuh. Beliau telah menyerang dan
membebaskan kota kota islam yang diperintah oleh tentera salib. Contohnya, kota kota akka,
tabnin, al-ramlah, kasariah, al-darum dan Beirut. Oleh itu, kota kota islam tersebut telah
diselamatkan oleh Salahuddin dan pasukan tentera menyebabkan syiar islam dapat dikembangkan
di kota kota islam tersebut.

Kesimpulannya, Salahuddin al-Ayyubi Berjaya selamatkan dunia islam daripada ancaman
Kristian barat. Sejak dari itu tiada lagi serangan besar besaran yang di lancarkan oleh tentera salib
kerana kekuatan mereka telah dilemahkan walaupun peperangan berterusan satu abad lagi. Oleh
itu, peperangan tersebut telah dimenangi oleh pihak islam dan syiar islam pada tahun tersebut telah
tersebar luas Salahuddin al-Ayyubi merupakan panglima perang Syria iaitu tokoh yang
bertanggungjawab membebaskan kota.





28. Huraikan ciri-ciri kepimpinan Sultan Muhammad al-Fatih dan sumbangan baginda.

Nama sebenar baginda ialah Muhammad bin Murad bin Muhammad bin Bayazid. Baginda
telah dilahirkan pada 29 Mac 1432 di Adrianapolis iaitu sebuah bandar bersempadankan Turki-
Bulgaria. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad al-Fatih kerana kejayaannya
membebaskan kota Konstantinopel. Sultan Muahmmad al-Fatih menaiki takhta sawal usia 19
tahun apabila menggantikan ayahandanya Sultan Murad II. Baginda telah memerintah empayar
yang begitu luas selama kira-kira 30 tahun (1451-1481). Baginda merupakan seorang negarawan
yang ulung dan seorang panglima tentera yang agung kerana telah memimpin sebanyak 25 kempen
peperangan. Baginda telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun.

Sultan Muhammad mengikuti sistem pendidikan yang sistematik di bawah pengawasan
sekumpulan ulamak terkenal pada zamannya, contohnya Syeikh Aq Shamsuddin dan Mulla al-
Kurani. Kumpulan ulamak ini banyak mempengaruhi keperibadian dan pandangan baginda
tetntang kehidupan sehingga menjadi seorang pemimpin yang warak dan bertoleransi. Ketika
zaman kanak-kanak baginda mempelajarai al-Quran, hadis, feqah dan ilmu-ilmu semasa seperti
matematik, falak, sejarah dan pendidikan ketenteraan. Baginda seorang pemuda yang warka.
Malah jarang sekali baginda menunaikan solat bersendirian, melainkan di masjid.

Sejak kecil, Muhammad al-Fatih meninjau dan mengkaji usaha yang dibuat oleh
ayahandanya untuk menawan kota Konstantinopel. Sepajang dua tahun pertama selepas menaiki
tahta, baginda mengkaji pelan kota Konstantinopel secara terperinci pada setiap malam bagi
mengenal pasti sebarang faktor-faktor kelemahan kota tersebut. Baginda juga turut mengkaji
sebab-sebab kegagalan kempen-kempen panglima Islam yang terdahulu serta berbincang dengan
panglima-panglima perangnya tentang strategi-strategi terkini yang sesuai untuk digunakan.
Baginda telah membuat persiapan untuk menawan kota tersebut dengan menyediakan angkatan
tentera yang besar dan canggih. Angkatan tenteranya disertai kira-kira 265 ribu orang para mujahid
dan dilengkapi dengan 400 buah kapal laut. Baginda juga mengarahkan pembinaan peralatan
perang termoden seperti meriam gergasi yang boleh menembak bom seberat 300 kg dengan jarak
sejauh 1.5 km.

Selain itu, tindakan penyatuan telah dilakukan bertujuan untuk menyekat serangan kaum
Magyar. Bagi merealisasikannya, baginda terpaksa mengambil alih pemerintahan Serbia. Namun,
usaha mendapatkan wilayah tersebut tidak direstui oleh tentera Kristian menyebabkan Sultan
Muhammad al-Fatih berundur seketika. Walau bagaimanapun, ekorang perebutan takhta yang
berlaku dalam kalangan kerabat diraja Belgrade, peluang tersebut telah digunakan oleh Sultan
Muhammad al-Fatih untuk menawan Belgrade dan akhirnya baginda berjaya. Sultan Muhammad
al-Fatih juga berjaya menghapuskan perikatan tentera kerajaan Albania yang behasrat untuk
menjatuhkan baginda. Kesan daripada kejayaan ini, kekuasaan kerajaan Turki Uthmaniyah
semakin berkembang di Eropah.

Di samping itu, gereja Besar St. Sophia dijadikan pusat ibadat orang Islam. Pada hari ini,
gereja tersebut dikenali sebagai Masjid Aya Sofia. Bangunan masjid diubah suai mengikut seni
bina Islam. Pada dinding dan tiang masjid dihiasi dengan ayat-ayat al-Quran bertulisan khat yang
indah. Di luar masjid pula dibina sebuah menara. Pada zaman sultan berikutnya, bilangan menara
meningkat kepada tiga buah. Baginda juga membina 11 buah masjid termasuk sebuah masjid yang
berhampiran dengan makam Abu Ayyrb al-Ansarri. Di tepi masjid ini dibina sebuah kubah yang
berwarna putih. Tempat ini akhirnya menjadi tumpuan ahli tasawuf.

Akhir sekali adalah merupakan kebebasan agama di kota berkenaan. Ramai orang Yahudi
dan Arab yang ditindas di Andalus telah berpindah ke Istanbul. Sultan Muhammad al-Fatih juga
telah membenarkan agama Kristian diamalkan dengan mengekalkan gereja dan pengamalan
Mazhab Ortodoks mereka. Baginda juga telah meminta pihak gereja berhimpun dan memilih
seorang ketua paderi dalam kalangan mereka. Akhirnya, Anadius dipilih sebagai ketua. Anaduis
kemudian berkata bahawa beliau lebih suka melihat serban Sultan daripada melihat topi Latin
(Katholik) kerasan pihak Katholik Barat telah menindas pihak Ortodoks. Sultan juga mengarahkan
seupaya gereja tidak dimusnahkan atau diapa-apakan.

Kesimpulannya, Sultan Muhammad al-Fatih merupakan seorang pemimpin yang berjiwa
rakyat. Kepimpinan dan sumbangan baginda yang banyak telah menjadikan beliau salah seorang
tokoh dunia dan dihormati oleh orang ramai. Oleh itu, kita mestilah mengambil baginda sebagai
contoh dalam kehidupan harian kita supaya dapat menjadi seorang individu yang lebih baik dari
sebelumnya.



29. Bincangkan tindakan-tindakan yang diambil oleh Sultan Muhammad al-Fatih dalam
menawan Kota Konstantinople daripada Byzatine.

Sultan Muhammad al-Fatih atau nama sebenar baginda , Muhammad bin Murad bin
Bayazid merupakan seorang negarawan yang ulung dan seorang panglima tentera yang agung
kerana telah memimpin sebanyak 25 kempen peperangan sepanjang pemerintahannya. Sultan
Muhammad al-Fatih dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianople dan meninggal dunia
pada 3 Mei 1481 Masihi ketika berumur 49 tahun. Baginda digelar Muhammad al-Fatih kerana
kejayaan baginda membebaskan Kota Konstantinopel. Baginda juga menaiki takhta seawall usia
19 tahun bagi menggantikan ayahandanya, Sultan Murad II dan memerintah empayar yang
begitu luas selama hamper 30 tahun, iaitu antara 1451M hingga 1481M.

Salah satu tindakan yang diambil oleh baginda ialah meninjau dan mengkaji usaha yang
dibuat oleh ayahandanya. Hal ini dikatakan sedemikian kerana sepanjang dua tahun pertama
selepas menaiki takhta, baginda mengkaji pelan Kota Konstantinople secara terperinci.
Contohnya, baginda mengkaji setiap malam bagi mengenal pasti sebarang faktor-faktor kelemahan
kota tersebut. Sultan Muhammad al-Fatih juga turut mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-
kempen panglima islam yang terdahulu serta membuat perbincangan dengan panglima-panglima
tenteranya tentang strategi-strategi terkini yang sesuai untuk digunakan. Jelaslah, meninjau dan
mengkaji usaha yang dibuat oleh ayahandanya merupakan salah satu tindakan baginda.

Selain itu, Sultan Muhammad al-Fatih juga menyediakan angkatan tentera yang besar dan
canggih. Hal ini disebabkan oleh angkatan tenteranya yang disertai oleh para mujahidin seramai
265 000 orang dan kapal laut sebanyak 400 buah. Contohnya, baginda mengarahkan pembinaan
peralatan perang termoden seperti meriam gergasi yang boleh menembak bom seberat 300
kilogram dengan jarak sejauh 1.5 kilometer. Baginda mengikat perjanjian damai dengan pihak
Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Kota Konstantinopel apabila mereka diserang.
Oleh itu, ratusan tentera Islam dapat dimuatkan di menara bergerak yang mempunyai ketinggian
lebih tinggi daripada Kota Konstantinopel.

Tindakan baginda yang seterusnya ialah menanam semangat jihad terhadap tenteranya. Hal
ini dikatakan sedemikian kerana baginda membawa bersama-sama batalionnya dengan para ulama
dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebagai
contohnya, Sultan Muhammad al-Fatih mengarahkan agar azan dilaungkan dan solat berjemaah
disempurnakan sehingga tentera Byzantine begitu gementar melihat kira-kira 265 000 orang
tentera Islam bersolat di belakang pemimin mereka dengan laungan suara takbir yang memecah
kesunyian alam. Baginda juga menyampaikan pidato untuk menaikkan Kembali semangat jihad
para mujahid Islam yang semakin turun setelah jemu mengepung Kota Konstantinople selama 53
hari. Tegaslah, menanam semangat jihad terhadap tentera merupakan tindakan baginda seterusnya.

Di samping itu, mengepung Kota Konstantinopel juga merupakan tindakan baginda. Hal
ini kerana baginda telah menghantar utusan supaya Maharaja Byzantine menyerahkan Kota
Konstantinopel secara aman kepadanya , tetapi pemerintah Byzantine enggan.Kota tersebut telah
mula dikepung dan diserang. Misalnya, Kota tersebut dihujani oleh peluru daripada meriam
raksasa selama 48 hari yang berjaya merosakkan sebahagian dinding kota tersebut. Namun begitu,
menara bergerak yang boleh memuatkan ratusan tentera Islam Berjaya dimusnahkan oleh Tentera

Byzatine. Oleh itu, baginda juga mengambil tindakan untuk mengepung Kota Konstantinopel
kerana Maharaja Byzantine enggan memberi kerjasama.

Akhir sekali, Sultan Muhammad al-Fatih menggunakan kaedah serangan luar biasa. Hal
ini disebabkan oleh Angkatan tentera laut Byzantine diperkukuh dengan bantuan lima buah
armada yang dihantar oleh Vatican dan Eropah. Bagi mengatasi kekalutan tersebut, Sultan
Muhammad al-Fatih menggunakan satu kaedah luar biasa. Misalnya, kapal-kapal perang yang
dibawa melalui jalan darat ke atas gunung sebelum meluncurkannya semula ke Teluk Golden
Horn. Kapal-kapal Byzantine kemudiannya habis terbakar kerana dibedil oleh meriam tentera
Islam dan pertahan Byzantine menjadi semakin lemah. Oleh itu, baginda bersama tenteranya yang
hebat berjaya menawan Kota Konstantinopel pada 29 Mei 1453 M.

Sebagai kesimpulannya, Sultan Muhammad al-Fatih telah menggunakan segala ilmu yang
ada pada zamannya bagi menjayakan usaha menawan Kota Konstantinopel. Baginda telah dapat
membuktikan tentang kebenaran hadis Nabi Muhammad SAW melalui penawanan kota tersebut.
Oleh itu, nama Kota Konstantinopel kemudiannya telah ditukar kepada Istanbul dan dijadikan
sebagai ibukota semasa pemerintahan Uthmanniyyah. Gereja besar St. Sophies juga kemudiannya
telah ditukar menjadi masjid Aya Sofia.

30. Sejauh manakah Perjanjian Hudaibiyah membuktikan kewibawaan kepimpinan Nabi
Muhammad SAW dalam hubungan diplomatik.

Perjanjian Hudaibiyah merupakan perjanjian damai antara pihak musyrikin Quraisy Mekah
dengan Rasulullah yang berlaku pada tahun ke 6 hijrah. Perjanjian Hudaibiyah ini dinamakan
sempena nama tempat perjanjian ini ditandatangani iaitu di perkampungan Hudaibiyah. Berikutan
penubuhan Negara Islam Madinah, Nabi Muhammad SAW berusaha menjalinkan hubungan
dengan negara-negara lain dan Perjanjian Hudaibiyah merupakan hubungan diplomatik terawal
yang dijalinkan Nabi Muhammad.

Salah satu kandungan Perjanjian Hudaibiyah adalah genjatan senjata selama 10 tahun. Kedua
belah pihak bersetuju untuk berdamai tanpa melibatkan sebarang peperangan selama 10 tahun dan
dalam tempoh tersebut mereka tidak boleh bermusuhan. Musyrikin Quraisy yang menganuti
agama Islam tanpa izin walinya iaitu ibu bapa atau hendaklah dikembalikan kepada kaum
keluarganya atau kembali kepada agama asalnya. Manakala orang islam yang memihak kepada
musyrikin Quraisy tidak perlu dihantar balik.

Selain itu, setiap suku kabilah bebas sama ada hendak menyokong kaum Musyrikin atau pihak
Islam. Ibadat Umrah bagi umat islam juga ditangguhkan ke tahun hadapannya dengan syarat tidak
membawa senjata dan hanya dibenarkan tinggal di Makkah tidak lebih daripada tiga hari.
Musyrikin Quraisy dan umat islam bekerjasama kepada perkara yang membawa kepada kebaikan
bersama.

Perjanjian Hudaibiyah mendatangkan banyak manfaat kepada masyarakat antaranya ialah
orang Islam berpeluang bagi menunaikan ibadat Haji pada tahun 629 Masihi. Perjanjian ini telah
memberi kebebasan kepada orang Islam untuk memasuki kota Makkah dan melakukan ibadat di
Kaabah pada bila-bila masa. Selain itu, dakwah islam juga semakin tersebar dan Nabi Muhammad
s.a.w dapat merangka program dakwah Islamiyah ke seluruh pelosok Semenanjung Tanah Arab
secara aman dan bilangan umat Islam semakin bertambah.

Di samping itu, Perjanjian Hudaibiyah berjaya mengislamkan tokoh-tokoh penting Quraisy.
Pengislaman tokoh-tokoh penting Arab Quraisy seperti Khalid al Walid, Amr bin Al-As dan
Uthman bin Talhah menjadi ikutan kepada orang-orang Arab Quraisy yang lain. Perjanjian ini juga
menunjukkan orang-orang Arab Quraisy mengiktiraf kerajaan Islam di Madinah. Oleh itu,
Madinah menjadi sebuah negara islam dan agama islam semakin kukuh.

Kesimpulannya, Perjanjian Hudaibiyah telah dicabul selepas dua tahun perjanjian ini
ditandatangani. Angkatan tentera Rasulullah menuju ke Makkah dan berjaya menguasai Makkah
semula tanpa pertempuran yang besar. Hal ini melambangkan ketokohan unggul Nabi Muhammad
s.a.w sebagai pemimpin yang amat dikagumi. Baginda bukan sahaja bijak malah merupakan
pemimpin yang mempunyai wawasan dan berfikir 10 langkah ke hadapan.

31. Bincangkan pelaksanaan sistem naungan pada zaman khulafa al rasyidin dan zaman
umaiyah pada abad ke 7 hingga 8

Kewujudan sesebuah negara yang dinaungi oleh kerajaan Islam berkait rapat dengan
jizyah. Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan ke atas golongan kafir dhimmi.Tujuan
pelaksanaan cukai ini adalah sebagai balasan kerajaan Islam melindungi harta dan nyawa orang
orang bukan Islam.Sumber jizyah ini sebenarnya telah pun dipraktikkan pada zaman Nabi
Muhammad s.a.w, namun pelaksanaannya lebih formal pada zaman Khulafa' al-Rasyidin.

Pelaksanaan cukai jizyah ini sememangnya amat ketara pada zaman Khulafa' al-Rasyidin
berikutan banyak ekspedisi dakwah dan ketenteraan dijalankan sama ada dalam mahupun luar
Semenanjung Tanah Arab.Melalui ekspedisi yang dijalankan ini, golongan kafir yang enggan
menerima agama Islam diwajibkan membayar jizyah sebagai simbol berada di bawah naungan
kerajaan Islam. Zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, kejayaan mengalahkan
beberapa buah kawasan yang diperintah oleh Parsi di Iraq telah menyebabkan penduduk seperti
di Hirah, Anbar dan Ain al-Tamar sanggup membayar jizyah sebagai simbol.berada di bawah
naungan kerajaan Islam Madinah.

Zaman Khalifah Umar bin al-Khattab pula menyaksikan semakin banyak negara
menyatakan kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam.Mesir contohnya, sanggup
berada di bawah naungan kerajaan Islam setelah Amru bin al-As menghapuskan penjajahan
Byzantine di sana. Penduduk Baitulmuqaddis melalui pemimpinnya telah menandatangani
perjanjian damai dengan Khalifah Umar bin al-Khattab dengan menyatakan kesanggupan
membayar jizyah dengan syarat kerajaan Islam memberi jaminan keselamatan jiwa,nyawa,
harta benda, jaminan kebebasan beragama serta amalan ibadat bagi semua penduduk di
Baitulmuqaddis di samping bersedia menyerahkan segala masalah yang tidak dapat
diselesaikan oleh penduduk BaitulmuQaddis kepada pemerintahan Islam.

Selain itu, Syam, Palestin dan Jordan turut sama menyatakan kesanggupan membayar
jizyah berikutan kejayaan tentera Islam di bawah pimpinan Khalid bin al-Walid dan Abu
Ubaidah al-Jarrah mengalahkan Byzantine dalam beberapa siri peperangan.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan pula, beberapa buah kawasan di
utara Afrika menyatakan kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam serta sanggup
membayar jizyah. Umpamanya, penduduk di kawasan Qairawan, Tripoli dan Nubah.

Pada zaman kerajaan Umayyah terutama sewaktu pemerintahan Khalifah al-Walid bin
Abdul Malik, kejayaan ekspedisi ketenteraan merentasi benua Asia, Afrika dan Eropah telah
menyebabkan beberapa buah kawasan menyatakan kesanggupan berada di bawah naungan
kerajaan Islam.

Kempen ketenteraan di India di bawah pimpinan Muhammad al-Qasim, bukan sahaja
telah berjaya mengalahkan Raja Dhaha, iaitu pemerintah Sind, malah kemaraan tentera Islam
ke Multan telah menyebabkan penduduknya menyerah diri dan bersetuju membayar jizyah
dengan kadar tertentu.

Begitu juga dengan kejayaan ekspedisi ketenteraan di Asia Tengah, Marw, Karminiyah
dan Bukhara. Penduduknya yang enggan menganut agama Islam sanggup membayar jizyah

sebagai balasan atau jaminan keselamatan daripada kerajaan Umayyah melalui Gabenomya,
Qutaibah bin Muslim dan saudaranya, Bahar bin Muslim.

Di Afrika Utara pula, kejayaan panglima Musa bin Nusair mengalahkan bangsa Barbar
dan Zeutes membolehkan beliau menguasai Tangier dan Ceuta sekaligus membolehkan
kerajaan Islam memungut cukai jizyah dan menjadi batu loncatan kemaraan tentera Islam ke
Andalus.

Kesimpulannya naungan yang diperoleh daripada kerajaan Islam amnya akan membawa
kepada pengiktirafan negara-negara lain termasuk Parsi dan Byzantine meskipun kerajaan ini
mempunyai sikap anti-Islam.Melalui hubungan yang dijalankan ini, legasi atau keunggulan
kerajaan Islam telah terserlah melangkaui sempadan geografi

32. Bincangkan kepentingan hubungan bentuk perjanjian antara kerajaan Turki Uthmaniyah
dengan negara-negara Eropah lain.

Pemerintahan kerajaan Uthmaniyah bermula pada tahun 1281-1924 M. Kerajaan ini
diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul dan berpusat di Istanbul. Kemajuan kerajaan Uthmaniyah
menyebabkan kerajaan ini menghadapi beberapa tekanan daripada kuasa-kuasa barat.

Faktor utama hubungan bentuk perjanjian ialah dapat meredakan ketegangan dan
menamatkan peperangan. Perkara ini terjadi kerana perang Uthmaniyah-Poland pada tahun 1676
yang menyebabkan kerajaan Uthmaniyah menandatangani perjanjian Zurawno. Perjanjian
tersebut telah menamatkan perang fasa kedua antara Uthmaniyah dan Poland. Maka, Ukraine
telah diserahkan kepada Uthmaniyah.

Seterusnya, hubungan bentuk perjanjian telah mengakibatkan Uthmaniyah kehilangan
wilayah. Hal ini berlaku kerana kerajaan Uthmaniyah terdedah kepada serangan tentera Rusia
dan berakhir dengan perjanjian Karlowit. Bukan sahaja itu, sebilangan besar wilayah kerajaan
Uthmaniyah diserahkan kepada Habsburg dan Poland. Kesan daripada itu, kerajaan Uthmaniyah
telah kehilangan wilayah kerana perjanjian. Jelaslah bahawa, negara-negara Eropah mengambil
kesempatan daripada hubungan bentuk perjanjian dalam meluaskan penguasaan jajahan.

Selain itu, kerajaan Uthmaniyah menjalinkan hubungan bentuk perjanjian adalah untuk
menanggung kos peperangan. Hal ini terjadi kerana perjanjian Kainarji antara kerajaan
Uthmaniyah dan Rusia. Melalui perjanjian tersebut Rusia mengembalikan daerah Wallacia dan
Modolva kepada Uthmaniyah. Kesannya, kerajaan Uthmaniyah terpaksa menanggung kos
peperangan sebanyak 4.5 juta rubbel. Namun, perjanjian seperti ini menyebabkan Uthmaniyah
mengalami kerugian besar. Tegaslah bahawa, hubungan bentuk perjanjian tidak memberi
kemajuan kepada kerajaan Uthmaniyah.

Disamping itu, hubungan bentuk perjanjian adalah untuk wilayah yang membebaskan
diri. Hal ini demikian kerana perjanjian San Stefano antara Turki Uthmaniyah dan Rusia.
Perjanjian ini dipersetujui untuk menamatkan perang antara Uthmaniyah-Rusia dan
membebaskan Bosnia, Herzegovina dan Bulgaria. Sebagai contoh, pembebasan Romania, Serbia
dan Montenergo dari cengkaman Rusia. Oleh itu, disebabkan hubungan bentuk perjanjian
membolehkan kemunculan negara baru yang bebas dan merdeka.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai kesan akibat daripada hubungan bentuk perjanjian
bersama negara-negara Eropah. Kerajaan Uthmaniyah kehilangan sebilangan besar wilayah dan
faktor ini menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Uthmaniyah ekoran daripada kemunculan
Gerakan Turki Muda

33.Bincangkan Konsep dan Ciri-Ciri Ekonomi Islam Ketika Zaman Nabi Muhammad SAW.

Ekonomi merupakan suatu elemen yang amat penting dalam kehidupan seharian manusia.
Sebelum sistem ekonomi diperkenalkan, masyarakat dibelenggu dengan sistem dan kegiatan
ekonomi yang tidak seimbang. Apabila datangnya Islam, aktiviti ekonomi itu digantikan dengan
sistem ekonomi yang adil dan berlandaskan syariat Islam. Pengenalan ekonomi Islam telah
memberi nafas baru serta membawa kepada pengenalan institusi ekonomi bagi melaksanakan
aktiviti ekonomi dengan lebih berkesan.

Konsep asas yang pertama ialah konsep rububiyyah iaitu konsep utama yang menjelaskan
tentang hubungan manusia dengan pencipta-Nya. Dalam konteks ekonomi, ianya merupakan
peraturan Allah SWT bagi menyusun rezeki dan kegiatan manusia demi kepentingan yang sebenar.
Terdapat juga konsep tazkiyah yang berkait rapat dengan proses pembentukan sahsiah dan akhlak.
Pembentukan dan penyucian jiwa dapat dilakukan melalui amalan seperti zakat dan sedekah.
Akhir sekali konsep ubudiyyah iaitu manusia sebagai hamba Allah SWT dan khalifah di muka
bumi yang disuruh menerima dan patuh pada segala suruhan-Nya.

Ciri-ciri ekonomi Islam yang pertama ialah keuntungan dunia dan akhirat. Perniagaan dan
aktiviti ekonomi adalah untuk mendapat keuntungan material dan pahala daripada aktiviti yang
dilakukan Nabi Muhammad S.A.W. Beliau juga telah menjelaskan bahawa, “peniaga yang amanah
berada di bawah naungan arash pada hari pengadilan”. Hadis ini menjelaskan bahawa peniaga
yang menjalankan urusan perniagaan dengan amanah dan tidak menipu timbangan serta sukatan
akan memperolehi ganjaran pahala oleh Allah SWT.

Selain itu, aktiviti ekonomi juga bertujuan untuk beribadah kepada Allah SWT. Dalam
sistem Islam, tujuan utama setiap aktiviti perniagaan, pelaburan, pengusahaan dan seumpa
dengannya adalah untuk beribadah kepada Allah SWT. Dalam konteks ini tiada sebarang aktiviti
ekonomi Islam dilaksanakan selain dasar ini. Sebagai contoh Abu Bakar As-Siddiq yang telah
membuat sumbangan harta benda ke jalan Islam bersama Nabi Muhammad SAW. Oleh hal yang

demikian, aktiviti ekonomi haruslah dilakukan secara berhemah, bertanggungjawab dan tidak
mengetepikan aspek nilai dan kebajikan.

Di samping itu, ekonomi Islam ini juga memberi kemakmuran kepada masyarakat. Tujuan
aktiviti perniagaan dan ekonomi ini adalah untuk memberi kemakmuran dan kesenangan kepada
masyarakat. Sebagai contoh perkhidmatan pelacuran, perjudian dan seumpa dengannya adalah
diharamkan dalam ekonomi Islam. Hal ini disebabkan, ianya membawa kepada kerosakan dan
kesengsaraan kepada kehidupan masyarakat. Nabi Muhammad SAW sudah menerapkan bahawa
sistem ekonomi Islam ini adalah aspek moral yang terpuji.

Akhir sekali, ekonomi Islam juga mengharamkan segala aktiviti atau amalan yang
berunsurkan penindasan. Mengikut ajaran Nabi Muhammad SAW, amalan yang berunsurkan
aktiviti penindasan ini adalah aktiviti haram dan tidak dilaksanakan lagi dalam ekonomi Islam.
Hal ini disebabkan untuk menjadikan ekonomi Islam ini adalah ekonomi yang bersih dan
mempunyai nilai-nilai murni yang baik seperti jujur dan amanah. Sebagai contoh dalam aktiviti
perdagangan , sorok barang, menipu timbangan, rasuah atau riba adalah diharamkan. Hal ini untuk
memelihara kepentingan individu dan masyarakat.

Kesimpulannya, perancangan Nabi Muhammad SAW dalam bidang ekonomi yang
mengikut syariat Islam ini telah menjadikan Madinah sebagai pusat kegiatan ekonomi yang amat
penting. Hal ini juga telah menjadikan ekonomi di Madinah tidak lagi dimonopoli oleh kaum
Yahudi.

34. Bincangkan sumber pendapatan negara islam Madinah pada zaman nabi Muhammad
SAW ke arah kepentingan masyarakat.

Sebelum kedatangan Islam, Madinah merupakan sebuah kawasan oasis yang sesuai
untuk bercucuk tanam seterusnya membentuk masyarakat yang menjalankan aktiviti pertanian.
Antara tanaman yang dihasilkan di Kota Madinah ialah tamar, anggur, barli dan gandum.
Pokok tamar merupakan tanaman paling penting kerana memberi banyak faedah kepada
penduduk Madinah. Kaum Yahudi yang berada di Madinah pula merupakan usahawan, petani
dan peniaga yang menjalankan sistem riba. Namun begitu selepas kedatangan Islam, sistem
ekonomi ini berubah terutamanya selepas peristiwa Hijrah Nabi Muhammad S.A.W. Baginda
menjadi ketua negara Islam Madinah dan memberi perhatian bukan sahaja dalam bidang
sosiopolitik tetapi juga ekonomi. Aktiviti ekonomi Madinah pada zaman pemerintahan Nabi
Muhammad S.A.W telah mengalami peningkatan melalui sumber-sumber ekonomi seperti
derma, rampasan perang, rampasan hartanah, jizyah, dan sadaqat.

Derma pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W dilakukan tanpa paksaan
dan masyarakat Madinah dengan rela hati kepada golongan yang baru berhijrah ke Kota
Madinah. Hal ini demikian kerana mereka berlumba-lumba menderma dalam bentuk pakaian,
makanan, wang dan hartanah. Sebagai contoh, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a telah
menderma semua hartanya yang berjumlah 4000 dirham dan Khalifah Umar al-Khattab pula
menderma separuh daripada kekayaannya serta golongan Ansar di Madinah pula menderma
kepada golongan Muhajrin dari Makkah seperti yang dilakukan oleh Harithah bin Nu’maan
yang menghadiahkan istana dan ladangnya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Derma yang
disumbangkan ini dapat mengurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh golongan
Muhajirin yang baru berpindah dan meninggalkan harta di Makkah. Jelaslah, derma merupakan
sumber pendapatan negara Islam Madinah.

Selain itu, harta rampasan turut merupakan sumber pendapatan negara Islam Madinah.
Hal ini dikatakan sedemikian kerana banyak rampasan diperolehi seperti wang dan harta benda.
Namun begitu dalam peperangan Islam, bukanlah bertujuan untuk mendapatkan harta dan
kekayaan tetapi jihad kerana diperangi musuh. Contohnya, Perang Badar 623 Masihi apabila
tentera Islam seramai 313 orang menentang tentera Quraisy seramai 1000 orang. Perang ini
merupakan kemenangan pertama umat Islam dan memperolehi harta rampasan seperti senjata,
unta, kuda, tikar kulit dan pakaian. Harta ini dibahagikan kepada tabung negara dan tentera
Islam yang menyertai perang. Tawanan perang turut diberi peluang untuk membebaskan diri
dengan pembayaran tebusan. Tegaslah, harta rampasan turut merupakan sumber pendapatan
negara Islam Madinah pada zaman Nabi Muhammad SAW.

Sumber ekonomi negara yang seterusnya adalah rampasan harta tanah. Hal ini
demikian, kebanyakan kaum Yahudi di Madinah telah mengambil tanah-tanah milik orang
Ansar diambil secara haram oleh mereka atau telah melanggar Piagam Madinah. Kedatangan
Nabi Muhammad S.A.W dan Islam ke Madinah telah mengembalikan hak dan harta tanah milik
orang Ansar. Misalnya, harta tanah pertama yang dirampas adalah daripada pihak Yahudi, iaitu
Bani Fityun yang diusir keluar dari Madinah. Amwal Bani Qunaiqa’ iaitu kubu dan pasar juga
telah diambil alih oleh orang Islam. Amwal Bani Nadhir seperti kebun dan ladang turut diambil
alih. Bagi amwal Bani Khaibar, yang mempunyai ladang tanaman kurma yang luas telah
diisytiharkan sebagai al-fai’ atau safiy iaitu Bani Khaibar Yahudi boleh terus memiliki tanah

tersebut dengan syarat 50 peratus daripada hasilnya diserahkan kepada kerajaan. Jelaslah, hasil
rampasan harta adalah sumber pendapatan negara Islam Madinah.

Di samping itu, jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan ke atas orang bukan
Islam yang digelar zimmi sebagai perlindungan harta benda dan nyawa dalam negara Islam.
Jizyah dikutip dalam bentuk tunai, barangan atau kedua-duanya sekali. Sebagai contohnya,
jizyah yang dibayar tunai berkadar satu dinar atau kain senilai dengannya manakala bagi
barangan pula, ialah 1 bahagian daripada hasil pertanian. Kutipan jizyah tahunan daripada
masyarakat Kristian Najran ialah sebanyak 2000 pakaian pada bulan Rejab dan 1000 lagi pada
bulan Safar. Oleh itu, pembayaran jizyah merupakan satu pengiktirafan kepimpinan Nabi
Muhammad S.A.W yang digunakan untuk membangunkan masyarakat Islam Madinah.

Akhir sekali, sadaqat merupakan satu bentuk cukai agama yang dikenakan ke atas umat
Islam seperti zakat, ushr dan sebagainya. Hal ini dikatakan demikian kerana zakat merupakan
rukun Islam ke-5 yang wajib dibayar untuk menyucikan harta dan mengurangkan jurang
perbezaan pendapatan rakyat. Contohnya, zakat dikenakan kepada semua tidak kira lelaki atau
perempuan, merdeka, tidak gila, memiliki harta seperti wang, hasil pertanian dan hasil
penternakan. Rasulullah S.A.W telah melantik Attab bin Asid sebagai wali Makkah untuk
mengutip hasil kurma dan anggur kaum Quraisy di Taif. Rasulullah S.A.W turut mengutus
sepucuk surat kepada penduduk Oman dan Bahrain yang mewajibkan mereka membayar zakat
dan ushr (cukai niaga) bagi kurma dan gandum mereka. Rasulullah S.A.W turut melantik Bilal
bin Rabah sebagai pegawai sadaqat untuk hasil buah-buahan. Tegaslah, sadaqat adalah antara
sumber pendapatan negara Islam Madinah.

Kesimpulannya, pelbagai sumber pendapatan diperolehi dalam negara Islam semasa zaman
pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W. Sumber-sumber ekonomi yang banyak ini telah
membantu membangunkan negara Islam Madinah yang baru ditubuhkan. Selain itu juga,
perolehan sumber ekonomi dalam wilayah terus bertambah walaupun selepas wafatnya Nabi
Muhammad S.A.W sehingga wujudnya institusi Baitulmal sebagai pusat pengumpulan
sumber-sumber ekonomi pada zaman berikutnya.

Soalan 35: Huraikan kegiatan ekonomi pada zaman kerajaan abbasiyah

Kegiatan ekonomi utama kerajaan Abbasiyah ialah pertanian, perdagangan dan
perindustrian. Antara faktor yang mendorong perkembangan kegiatan ekonomi ketika itu ialah
peranan pemerintahan yang mengambil berat tentang penyediaan sumber ekonomi. Contohnya,
dengan menyediakan kemudahan asas bagi pengeluaran untuk mencapai hasil yang ekonomi yang
tinggi. Oleh itu, terdapat beberapa kegiatan ekonomi yang dijalankan pada zaman kerajaan
abbasiyah

Pertama sekali kegiatan ekonomi di kerajaan abbasiyah adalah Perdagangan di Baghdad
sebagai hub atau kota perdagangan antarabangsa terpenting dunia. Hal ini kerana jaringan
perdagangan antarabangsa zaman kerajaan Abbasiyah amat luas. Contohnya, barangan dagangan
yang diperdagangkan seperti rempah-ratus dan cat dari India; batu permata dan hasil perusahaan
dari Turki dan Asia Tengah; madu, lilin dan barang kulit dari Scandinavia dan Rusia; gading dan
hasil galian seperti emas permata dan lain dari Afrika-Timur; beras dan gandum dari Mesir; barang
kaca dan buah-buahan dari Syria; kain sutera dan minyak wangi dari Parsi. Perdagangan dgn
negara Barat juga turut dijalankan sehingga sampai ke Sepanyol.

Seterusnya, kegiatan pertanian mengalami perkembangan yang pesat kerana kedudukan ibu
kota Kerajaan Abbasiyah terletak di daerah yang sangat subur iaitu diapit oleh sungai Euphrates
dan Tigris. Hal ini kerana kawasan tersebut amat sesuai untuk kegiatan pertanian. Kerajaan ini
banyak memberi tumpuan terhadap kegiatan pertanian dengan memberi kebebasan kepada
penduduk setempat untuk mengusahakan tanah pertanian mereka tanpa tekanan dan diskriminasi.
Contoh tanaman yang ditanam ialah tanaman bijirin seperti gandum dan barli; tanaman buah-
buahan seperti anggur, limau, kurma, epal, pisang dan tembikai; tanaman lain seperti kapas dan
rami.

Selain itu, sektor perindustrian juga menjadi salah satu kegiatan ekonomi di bawah kerajaan
Abbasiyah. Hal ini kerana beberapa bidang industri yang terkenal pada masa itu antaranya ialah
industri gelas dan tembikar; dan industri tekstil dan tenunan. Kilang-kilang di Baghdad, Syiraz
dan Isfahan di Parsi terkenal dengan hasil produk tenunan, hamparan dan permaidani.Terdapat
juga pengeluaran pinggan mangkuk dari Mesir dan barangan kaca, tembikar serta mozek dari
Mesir, Syam, Saida dan Sur.

Kesimpulannya, kesan daripada kegiatan-kegiatan ekonomi yang dijalankan ini secara tidak
langsung telah dapat menjadikan umat Islam menikmati taraf hidup yang tinggi. Malah, melalui
pendapatan yang diperoleh oleh kerajaan, ia telah disalurkan untuk menyediakan kemudahan
prasarana seperti tali air, masjid dan sekolah.



36). Masyarakat Melayu Melaka bukanlah masyarakat pertanian semata mata. Bincangkan
pernyataan ini.

Melaka merupakan negeri yang telah diasaskan oleh Megat Iskandar atau lebih dikenali
sebagai Parameswara sekitar tahun 1400. Sekitar tahun tersebut, Melaka telah menerima
kedatangan islam dan kebanyakkan raja di Melaka telah diislamkan termasuklah para pembesar
dan rakyat di Melaka. Masyarakat Melayu Melaka dahulunyadikenali sebagai masyarakat
pertanian semata mata. Namun Masyarakat Melayu Melaka turut melaksanakan pelbagai aktiviti
ekonomi untuk mendapatkan bahan bahan makanan. Oleh itu, Masyarakat Melayu Melaka pada
awalnya terikat dengan aktiviti ekonomi bersifat sara diri dan lama kelamaan telah menjadi
ekonomi komersial.

Pertanian merupakan kegiatan utama ekonomi Masyarakat Melayu Melaka. Hal ini
demikian kerana penanaman padi telah berkembang pesat di Melaka dan Selatan Semenanjung
Tanah Melayu. Hasil padi dan beras adalah untuk keperluan mereka sahaja. Jika terdapat lebihan
hasil padi dan beras akan ditukar dengan barang yang lain melalui sistem barter. Mereka juga
turut menanam pisang, jagung, ubi kayu, dan buah buahan yang banyak. Oleh itu, peralatan
tradisional dan tenaga binatang seperti kerbau telah digunakan untuk menjalankan aktiviti
pertanian.

Seterusnya, menangkap ikan dan hasil laut juga merupakan salah satu kegiatan ekonomi
yang dijalankan oleh Masyarakat Melayu Melaka. Hal ini demikian kerana Masyarakat Melayu
Melaka tinggal di persisiran pantai. Menangkap ikan dan hasil laut merupakan sumber utama
Masyarakat Melayu Melaka yang tinggal di persisiran pantai kerana ianya juga adalah sumber
protein bagi mereka. Parameswara juga pernah menjadi nelayan semasa tinggal di Muar. Beliau
cuma menggunakan perahu yang diperbuat daripada kayu bulat yang ditebuk untuk menangkap
ikan dan hasil laut.

Selain itu, memburu juga merupakan kegiatan ekonomi Masyarakat Melayu Melaka. Hal
ini demikian kerana aktiviti memburu hanya untuk menampung kehidupan seharian penduduk
dan ianya juga aktivti yang diwarisi. Kebiasaanya, memburu merupakan aktiviti raja raja Melayu
Melaka. Contoh binatang yang sering diburu seperti Arnab, rusa, landak, dan pelanduk. Jelaslah,
memburu juga merupakan cara rakyat biasa untuk mendapatkan pendapatan tambahan melalui
penglibatan mereka dalam perdagangan.

Di samping itu, kegiatan ekonomi Masyarakat Melayu Melaka seterusnya ialah
menternak binatang. Hal ini demikian kerana Masyarakat Melayu Melaka hanya menternak
binatang secara kecil kecilan sahaja. Misalnya, haiwan yang menjadi binatang ternakan mereka
seperti kambing, lembu, kerbau, ayam, dan itik. Datuk Bendahara Seri Maharaja juga pernah
menternak kerbau dan sebagainya. Oleh itu, tidak hairanlah jika Masyarakat Melayu Melaka
juga menternak binatang.

Akhir sekali, memungut hasil hutan juga kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh
Masyarakat Melayu Melaka. Hal ini demikian kerana kegiatan mengumpul hasil hutan pada
masa itu turut memainkan peranan penting dalam kehidupan Masyarakat Melayu Melaka.
Masyarakat Melayu Melaka amat bergantung kepada persekitaran mereka seperti sungai, hutan,

dan tanah pertanian. Contoh hasil hutan yang dikutip seperti pucuk pucuk kayu, buah buahan,
ubatan, damar, rotan, dan getah jeluntung. Oleh itu, hasil hasil hutan yang dikutip ini telah
mendapat permintaan yang tinggi daripada pedagang luar.

Kesimpulannya, Masyarakat Melayu Melaka bukanlah masyarakat pertanian semata
mata, malah mereka juga turut melaksanakan aktiviti ekonomi berdasarkan sumber persekitaran
mereka dan ekonomi kormesial sebelum campur tangan British. Oleh itu, Masyarakat Melayu
Melaka telah mengekploitasikan sumber persekitaran untuk menampung keperluan seharian
mereka.

37.Pemimpin memainkan peranan penting dalam memajukan Melaka sebagai sebuah pusat
perdagangan pada abad ke 15. Bincangkan.

Melaka telah muncul sebagai Emporium perdagangan terkenal. Melaka telah berubah
daripada hanya sebuah perkampungan nelayan kecil menjadi sebuah pusat perdagangan
entrepot pada abad ke 15M. Melaka digelar malaikat oleh org Arab iaitu perhimpunan para
pedagang. Kemuncak kegemilangan Melaka ini sebagai pusat perdagangan entrepot ialah
semasa pemerintahan kerajaan Islam di bawah Sultan Muzaffar Syah dan Sultan Mansur
Syah.

Kedudukan Melaka yang strategik menyebabkan ia menjadi tumpuan pedagang dari
kawasan Asia Tenggara dan Barat. Menurut Andaya dan Andaya dalam Sejarah Malaysia,
kedudukan Melaka yang strategik iaitu terletak di tengah-tengah jalan perdagangan antara
India dan China. Sementara itu pelabuhannya terlindung daripada angin, kedudukan yang
dalam dan jauh daripada paya bakau.

Selain itu, kehadiran pemimpin yang berwibawa telah menyemarakkan lagi Melaka
sebagai pusat perdagangan di Asia Tenggara. Parameswara, Sultan Muzaffar Syah, Sultan
Mansur Syah serta Bendahara Tun Perak telah Berjaya memajukan Melaka menjadi pusat
perdagangan yang terkenal di serata dunia. Para pemimpin tersebut menjadi tulang belakang
yang membawa kepada keagungan politik dan ekonomi Kesultanan Melayu Melaka.

Melaka juga telah mendapat pengiktirafan dan perlindungan China daripada ancaman
musuh. Melaka telah diselamatkan daripada ancaman Siam. Suasana yang aman dan damai
yang wujud membolehkan perdagangan berjalan lancar. China juga telah menggalakkan
kedatangan ramai pedagangnya yang membolehkan wujudnya perkembangan perdagangan
dua hala.

Perkembangan ekonomi perdagangan di Melaka juga amat bergantung kepada peranan
yang dimainkan oleh pelabuhan Melaka sebagai pusat entrepot. Pelabuhan Melaka terletak di
kawasan yang mempunyai hasil dagangan penting iaitu rempah ratus yang sangat diperlukan
oleh saudagar dari timur dan barat. Hal ini telah menggalakkan kedatangan mereka untuk
mengunjungi pelabuhan Melaka.

Akhir sekali, Undang Laut Melaka telah dilaksanakan dalam sistem pentadbiran
Kesultanan Melayu Melaka. Pelaksanaan undang-undang ini membolehkan pedagang-
pedagang mendapat jaminan keselamatan barang-barang, kapal serta diri mereka sendiri
daripada unsur jenayah dan pencemaran lanun.

Kesimpulannya, Kemunculan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot didorong oleh
pelbagai faktor. Faktor-faktor ini saling berkait antara satu sama lain. Kemuncak
kegemilangan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa
terutama semasa zaman Raja Melaka menerima Islam. (Zaman Sultan Muzaffar).

Soalan 38 : Jelaskan peranan baitulmal dan pelaksanaannya pada zaman Khulafa al
Rasyidin.

Baitulmal merupakan sebuah institusi kewangan yang akan menyelenggara semua sumber
pendapatan dan perbelanjaan negara. Baitulmal juga dijadikan tempat menyimpan barangan
berharga seperti emas, perak, batu permata, barangan perhiasan serta harta amanah seperti wakaf.

Baitulmal telah muncul seawal pemerintahan Khalifah Abu Bakar al Siddiq. Terdapat
sejarawan menyatakan Abu Ubaidah merupakan pemegang kunci baitulmal ketika itu. Namun,
pelaksanaan baitulmal ketika itu masih di peringkat permulaan atau secara tidak rasmi.

Baitulmal menjadi semakin penting di zaman Khalifah Umar al Khattab ekoran
kepelbagaian sumber pendapatan negara iaitu zakat, fay, jizyah, sedekah, kharaj, usyur dan
ghanimah. Pentadbiran baitulmal berpusat di Madinah dan cawangan ditubuhkan di setiap wilayah
Islam. Pegawai dilantik untuk mengurus baitulmal di peringkat pusat dan wilayah.

Baginda juga telah menyediakan buku kira-kira untuk mengenalpasti perbelanjaan dan
pendapatan secara sistematik. Baginda melarang kemasukan atau pengeluaran sesuatu yang
bertentangan dengan syarak. Sebarang tindakan untuk kepentingan peribadi adalah diharamkan
kerana harta itu adalah amanah Allah SWT.

Semasa zaman Khalifah Uthman bin Affan, telah timbul kontroversi tentang baitulmal.
Baginda telah dituduh menyalahgunakan harta baitulmal untuk kepentingan diri dan keluarganya.
Selain itu, baginda juga dipercayai mengerah rakyat membayar cukai dalam kadar yang tinggi.
Harta rampasan perang tidak diagihkan seperti sebelum ini. Walaubagaimanapun, tuduhan bahawa
baginda mengambil harta baitulmal adalah tidak tepat kerana baginda terkenal dengan kekayaan
serta bersifat dermawan. Bagi menambah harta baitulmal, baginda telah menyerahkan
perdagangannya yang besar kepada kaum keluarganya. Rumah baginda dijadikan baitulmal
sebelum kerajaan Islam menubuhkan baitulmal yang sebenarnya.

Baitulmal masih terus dilaksanakan semasa pemerintahan Khalifah Ali bin Abu Talib
walaupun dalam kesibukan menghadapi krisis dalaman. Khalifah Ali amat menegaskan harta
baitulmal sebagai amanah Allah SWT. Buktinya, beliau menolak cadangan para pengikutnya agar
mengambil sebahagian harta baitulmal bagi menguatkan tentera bagi menangkis serangan tentera
Muawiyah. Kejujuran baginda juga terserlah setelah enggan memenuhi permintaan saudaranya,
Aqil yang meminta sedikit harta baitulmal.

Kesimpulannya, penubuhan baitulmal mampu menjamin pembangunan negara serta wilayah
Islam selain membantu golongan yang tidak bernasib baik. Baitulmal juga mampu menjaga harta
umat Islam dengan sebaiknya berdasarkan syariat yang ditetapkan.

36..Huraikan sumber-sumber pendapatan Baitulmal.

Baitulmal adalah institusi yang menyelenggara sumber sumber pendapatan negara.
Sejarah pembentukan Baitulmal wujud pada zaman Nabi Muhammad SAW. Namun, tidak
berfungsi secara formal kerana pendapatan negara masih terhad. Sewaktu Khalifah Abu Bakar
al-Siddiq, pelaksanaan baitulmal masih terbatas kerana pelantikan Abu Ubaidah berlaku
perubahan ke arah yang lebih sistematik dalam pengurusan baitulmal. Sewaktu pemerintahan
Khalifah Umar bin al-Khattab, baitulmal menjadi institusi kewangan yang penting dalam formal
dan pengurusannya yang sistematik.

Sumber pendapatan baitulmal yang pertama ialah zakat. Zakat merupakan bayaran yang
dikenakan kepada orang islam dan terbahagi kepada dua iatu zakat fitrah dan zakat zakat harta.
Contoh zakat harta adalah zakat emas dan perak, zakat harta pertanian dan sebagainya. Harta
atau sumber zakat akan diagihkan kepada orang yang tidak bernasib baik. Jika berlebihan,
pengagihan akan disimpan di dalam baitulmal.

Selain itu, jizyah merupakan sumber pendapatan baitulmal. Jizyah merupakan cukai
kepala atau cukai perlindungan dikenakan kepada golongan dhimmi. Individu atau kerajaan
bukan islam di bawah pemerintahan kerajaan islam diwajibkan membayar cukai jizyah. Kadar
yang dikenakan dari 12 darham hingga 48 darham. Hanya lelaki dewasa yang merdeka, akil
baligh dan berupaya yang dikenakan cukai jizyah.

Seterusnya, kharaj merupakan cukai tanah yang dikenakan oleh pemilik- pemilik tanah di
wilayah yang dikuasai oleh kerajaan Islam dengan kadar 10%. Khalifah Umar bin al-Khattab
membahagikan tanah kharaj kepada dua jenis iaitu kharaj wazifah dan kharaj muqasamah.
Kharaj boleh dibayar dalam bentuk hasil tanaman ataupun wang tunai.

Disamping itu, sumber pendapatan baitulmal adalah usyur. Usyur merupakan cukai
perniagaan yang dikenakan kepada orang islam dan bukan islam dengan kadar berbeza. Bagi
orang kafir harbi, kadarnya pula ialah 10%, bagi orang dhimmi, kadarnya ialah 5% dan orang
islam kadarnya pula 2.5%.

Ghanimah pula merupakan sumber pendapatan baitulmal. Harta rampasan perang yang
diperoleh melalui peperangan baitulmal ialah 1/5 daripada kutipan ghanimah kepada kerajaan
pusat Madinah. Manakala baki akan diagihkan kepada para prajurit yang terletak di medan
perang.

Sumber pendapatan baitulmal ialah fayy. Fayy merupakan harta rampasan perang yang
diperoleh berikutan musuh menyerah kalah atau tidak melibatkan peperangan.

Akhir sekali, sedekah, harta karun, wakaf dan harta rampasan juga merupakan sumber
pendapatan baitulmal. Pegawai kerajaan yang didapati menyalahgunakan kuasa dapat
mengumpul kekayaan untuk kepentingan diri dan ahli keluarganya setelah siasatan dibuat dan
disahkan.

Kesimpulan, penubuhan Baitulmal dapat memastikan urusan pemungutan dan perolehan
pendapatan negara Islam supaya lebih tersusun dan kemas. Hal ini dapat membantu
pembentukan ekonomi yang teguh pada zaman Khulafa’ al- Rasyidin, zaman Bani Umaiyah dan
Bani Abbasiyah

40.Jelaskan pelaksanaan cukai jizyah dan kharaj pada zaman Khulafa al-Rasyidin

Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan oleh kerajaan islam terhadap orang-orang
kafir dhimmi sebagai balasan terhadap perlindungan atau jaminan keselamatan jiwa dan harta
benda mereka. Manakala Kharaj merupakan cukai tanah yang diperolehi sewaktu penaklukan
daripada peperangan dan merampas tanah yang dimiliki oleh tentera islam dan pengusahanya
terdiri daripada bukan orang islam.

Pada zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, Jizyah dilaksanakan sebagaimana zaman Nabi
Muhammad S.A.W. Buktinya, ketika menghantar ekspedisi ke Byzantine dan Parsi, sebelum
berperang, panglima islam telah menawarkan tiga tuntutan, iaitu menerima islam, berperang
ataupun membayar jizyah. Pemimpin kawasan Hirah telah bersetuju membayar 19 000 dirham
setahun, manakala penduduk kawasan Anbar serta Ain al-Tamar bersetuju membayar 1 dinar per
individu sewaktu ekspedisi ke Daumat al Jandal.

Selain itu, sumber pendapatan daripada jizyah semakin meningkat pada zaman Khalifah
Umar bin al-Khattab berikutan banyak kejayaan dicapai dalam ekspedisi ketenteraan. Pemimpin
Baitulmaqdis sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Khalifah Umar bin al-Khattab dengan
menyatakan persetujuan membayar Jizyah selagi kerajaan islam mampu memberikan jaminan
keselamatan harta dan nyawa mereka. Penduduk Qibti di Mesir menjemput Amru bin al-As
menghalau orang -orang Rom dan mereka bersetuju membayar Jizyah 2 dinar per individu setahun,
di Syam pula dikenakan 1-4 dinar per individu bergantung kepada status individu. Penduduk
Azerbaijan pula walaupun diberikan kelonggaran membayar jizyah pada tahun 22 H, namun pada
tahun berikutnya dikenakan pada kadar tertentu.

Seterusnya, pada zaman Khalifah Uthman bin Affan susulan kejayaan menguasai Mesir,
beberapa kawasan di utara Afrika berjaya dikuasai pada zaman ini. Jizyah dikenakan ke atas
wilayah-wilayah yang dikuasai seperti Tropoli, Nubah dan Qairawan setelah termeterainya
penjanjian damai.

Seterusnya, pelaksanaan kharaj pada zaman Khulafa al-Rasyidin dari segi kadar kharaj
dibahagi kepada dua iaitu kharaj wazifah dan kharaj muqasamah. Kharaj wazifah dikenakan
mengikut keluasan dan kawasan tanah atau jumlah pokok yang ditanam. Contohnya, tanah di Iraq
telah ditetapkan setiap Jarib anggur dikenakan kharaj sebanyak 10 dirham. Selain itu, kharaj
muqasamah pula, merupakan cukai yang dikenakan berdasarkan hasil yang diperolehi daripada
tanaman. Penentuan kadar cukai dibuat berasaskan kepada banyak perkara daripada mengelakkan
penganiayaan kepada petani.

Selain itu, pelaksanaan cukai pada awalnya kharaj dikenakan kepada pemilik tanah
penduduk Dhimmi. Sekiranya, hasil pertanian dimusnahkan oleh bencana alam kharaj tidak
dikenakan. Seterusnya, sekiranya tanah kharaj dipajak atau disewa, kharaj dikenakan ke atas
pemilik tanah bukan penyewanya.

Kesimpulannya, peningkatan sumber Jizyah dan kharaj yang dikumpul pada zaman ini telah
dimanfaatkan untuk memajukan negara dan menyumbang kepada penyusunan pentadbiran
percukaian serta membantu golongan yang tidak bernasib baik sekaligus berjaya mewujudkan
politik yang stabil.

42. Huraikan tentang institusi Baitulmal pada zaman Kerajaan Abbasiyah.

Baitulmal dapat ditakrifkan sebagai institusi yang bertanggungjawab menyelenggara segala
urusan pendapatan dan perbelanjaan negara. Istilah moden kepada Baitulmal ialah Perbendaharaan
Negara. Pada zaman kerajaan Abbasiyah, peranan Baitulmal begitu penting khususnya dalam
menjana ekonomi negara dan meningkatkan taraf hidup umat Islam bukan sahaja di Baghdad
malah juga di wilayah kekuasaan kerajaan ini. Terdapat pelbagai peranan institusi Baitulmal pada
zaman Kerajaan Abbasiyah.

Institusi Baitulmal pada Kerajaan Abbasiyah berperanan dalam membantu golongan asnaf.
Golongan asnaf bermaksud orang yang layak menerima sumber hasil daripada Baitulmal seperti
pungutan zakat dan sebagainya. Mereka ini terdiri daripada golongan fakir, miskin, mualaf, orang
berhutang, hamba yang ingin membebaskan diri, musafir yang tiada bekalan, orang yang berjihad
di jalan Allah serta amil yang dipertanggungjawabkan memungut sumber zakat ini. Kepentingan
pengagihan ini adalah untuk meringankan beban golongan tersebut dalam meneruskan kehidupan,
merapatkan jurang sosial dalam kalangan masyarakat, dan mengeratkan silaturahim sesama umat
Islam. Jelaslah bahawa taraf hidup golongan asnaf dapat dijamin menerusi institusi Baitulmal pada
zaman Kerajaan Abbasiyah.

Seterusya, institusi Baitulmal ketika zaman Kerajaan Abbasiyah dapat membiayai perkara
yang berkaitan dengan ketenteraan. Untuk dijadikan contoh, semua anggota tentera sama ada
tentera tetap, pengawal khalifah, dan sukarelawan diberikan gaji hasil daripada sumber Baitulmal.
Sumber Baitulmal juga digunakan dalam memberikan latihan dan mengambil tentera-tentera
baharu yang akan disalurkan melalui Majlis Muqabalah (Bahagian Latihan). Pada Zaman Khalifah
Harun al-Rasyid, peruntukan Baitulmal telah dimanfaatkan bagi membiayai kempen memerangi
Rom Timur dan menguasai wilayah di Asia Minor serta menamatkan pemberontakan di Mosul,
Armenia dan Afrika Utara. Penyediaan pangkalan tentera laut serta kelengkapan ketenteraan
seperti senjata dan kapal-kapal juga disediakan khas oleh Baitulmal. Benarlah bahawa institusi
ketentaraan kerajaan Abbasiyah menjadi kukuh disebabkan oleh peranan institusi Baitulmal.

Selain itu, kemudahan prasarana pada zaman Kerajaan Abbasiyah juga dapat disediakan
melalui institusi Baitulmal. Hal ini disebabkan oleh keperluan kemudahan jalan perdagangan sama
ada jalan darat mahupun laluan kawasan perairan amat diperlukan dalam memastikan aktiviti
perdagangan berjalan dengan lancar. Kerajaan juga menyediakan kemudahan-kemudahan di
pelabuhan seperti ruang niaga yang selesa, tempat penyimpanan barangan dan sebagainya seperti
di pelabuhan Baghdad, Kaherah dan Basrah. Bukan itu sahaja, kerajaan Abbasiyah juga
menyediakan bantuan sosial seperti peruntukan khas untuk menyediakan hospital, rumah anak
yatim serta mendirikan masjid bagi memastikan syiar Islam berkembang hasil daripada sumber
Baitulmal tersebut. Maka, kemudahan infrastruktur dapat dibangunkan melalui institusi Baitulmal
pada zaman Kerajaan Abbasiyah.

Di samping itu, menyediakan kemudahan pendidikan merupakan peranan institusi Baitulmal
pada zaman Kerajaan Abbasiyah. Hal ini dikatakan sedemikian kerana kerajaan telah
memperuntukkan sumber Baitulmal dalam membina institusi pendidikan dari peringkat rendah
sehingga peringkat tertinggi. Oleh itu, setiap kampung dan bandar didirikan sekolah rendah dan
menengah. Institusi pengajian tinggi juga turut disediakan contohnya seperti Universiti al-
Nizamiyah dan Universiti al-Mustansir. Di kawasan bandar seperti Kaherah dan Isfahan akan
terdapat sekurang-kurangnya sebuah pusat pengajian tinggi. Malahan, kerajaan melalui Baitulmal
juga akan mendirikan perpustakaan dan pelbagai insentif supaya dapat menarik minat pelajar
untuk mendalami ilmu pengetahuan. Tegaslah bahawa peranan daripada institusi Baitulmal pada
zaman kerajaan Abbasiyah mampu melahirkan masyarakat berpendidikan tinggi dan disegani oleh
orang luar.

Dalam pada itu, institusi Baitulmal ketika zaman Kerajaan Abbasiyah dapat menyemarakkan
perkembangan intelektual. Hal ini disebabkan oleh peranan Baitulmal yang penting dalam
memastikan Baitul Hikmah berfungsi sebagai pusat intelektual, sama ada sebagai tempat
penghasilan karya, penyelidikan, penterjemahan, perbincangan ilmiah dan sebagainya. Kesannya,
kegiatan intelektual yang berkembang pesat pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid
dan Khalifah al-Makmun ini, ramai ilmuwan yang mengamalkan ilmu aqli dan ilmu naqli
menghasilkan pelbagai karya sebagai sumber rujukan. Sebagai contoh, Ibnu Sina telah
menghasilkan karya perubatan, al-Qanun al-Tibb yang dianggap ensiklopedia perubatan terawal
manakala al-Khawarizmi mengemukakan idea-idea matematik sehingga digelar Bapa Algebra.
Tambahan pula, banyak karya Yunani dan India yang telah diterjemahkan khususnya dalam
bidang perubatan, astronomi dan falsafah. Justifikasinya, dana yang diperuntukkan oleh institusi
Baitulmal mampu merancakkan perkembangan intelektual dalam kalangan ilmuwan pada zaman
Kerajaan Abbasiyah.

Sebagai konklusinya, peranan Baitulmal pada zaman Kerajaan Abbasiyah bukan sekadar
mengumpul sumber pendapatan negara dalam bentuk cukai mahupun zakat. Sebaliknya, institusi
ini memainkan peranan penting dalam menunaikan tanggungjawab dan membantu kerajaan dalam
menyediakan pelbagai kemudahan serta menambahkan kemasyhuran Kota Baghdad sebagai pusat
tamadun yang unggul menjelang Zaman Pertengahan.

Soalan 43: Huraikan ciri-ciri dan matlamat pendidikan menurut Islam

Pendidikan merupakan satu proses abadi yang membawa perkembangan mental dan fizikal
serta kesedaran manusia terhadap Tuhan. Pendidikan Islam dikaitkan dengan beberapa istilah
seperti tarbiyah iaitu proses pembentukan peribadi seseorang individu, ta’lim iaitu proses
pemindahan ilmu, ta’dib iaitu proses pembentukan sahsiah sebagimana yang kehendaki oleh Islam
dan irsyad iaitu petunjuk berasaskan syariah.

Falsafah pendidikan Islam berkait rapat dengan ilmu akidah, ilmu dan amal. Hal ini
demikian kerana,didikan telah diberikan dari dalam buaian hingga ke liang lahad. Sebagai contoh,
kebebasan untuk mendapatkan pendidikan tidak mengira jantina , kekayaan , dan warna kulit
semua golongan manusia boleh menuntutnya. Oleh itu , menjadi tanggungjawab kepada setiap
individu untuk mencari ilmu kerana agama islam sendiri memandang tinggi dan menghormati
orang yang menuntut ilmu.

Ciri-ciri utama pendidikan menurut islam adalah berdasarkan sumber yang sah dan
hakiki , diikuti sunnah atau hadis Rasulullah SAW. Selain itu, berpandukan sumber akal dalam
bentuk ijtihad dan qias bagi menjelaskan perkara-perkara yang tidak dapat diterangkan secara jelas
oleh sumber al-quran dan sunnah.Focus utama Pendidikan islam ialah memenuhi keperluan
kerohanian , menanamkan kepercayaan dalam pemikiran dan hati , pemulihan akhlak dan
membangunkan jiwa merdeka . Misalnya menurut ibnu khaldun, matlamat pendidikan islam ialah
mempersiapkan seseorang dari segi keagamaan iaitu mengajarnya tentang syiar-syiar agama
menerusi al-Quran dan sunnah.

Seterusnya,pembangunan yang seimbang ialah dari aspek naqliah dan aqliah supaya dapat
mengenali penciptaNya dan seterusnya mentaati segala perintahNya. Hal ini demikian kerana,
penekanan diberi kepada semua aspek pertumbuhan manusia agar sentiasa seimbang supaya dapat
melaksanakan tugas-tugas sebagai khalifah Allah di bumi ini. Sebagai contoh,pembelajaran yang
diterima oleh seseorang individu dapat membawa kesedaran kepadanya tentang tujuan dia dicipta.
Tegaslah bahawa, Kesedaran ini akan mendorong membangunkan dunia mengikut ajaran agama
Islam yang sebenar.

Disamping itu, merangsang seseorang untuk berusaha bersungguh-sungguh merupakan
matlamat pendidikan islam. Hal ini demikian kerana,Pendidikan dapat memimpin manusia ke arah
kemajuan hidup yang lebih ideal. Tambahan pula, pendidikan juga merupakan penilaian bagi
kejayaan atau kegagalan seseorang dalam kehidupannya. Tegaslah bahawa Pendidikan
berpandukan islam dapat merangsang ideologi seseorang untuk lebih maju kehadapan.

Akhir sekali, falsafah pendidikan bertujuan melahirkan insan yang beriman dan beramal.
Hal ini demikian kerana, Insan seperti ini akan bersifat takwa, memiliki sifat-sifat kemanusian
yang tinggi dan berkepribadian mulia. Misalnya, dengan kekuatan akhlak yang terpuji dan ilmu
yang mendalam, seseorang individu akan mengetahui baik dan buruk tindakannya. Oleh itu,orang
yang mempunyai ilmu pengetahuan sentiasa mengamalkan peribadi yang mulia dan lebih terbuka
fikirannya.

Kesimpulannya, pendidikan Islam bertujuan untuk mendapatkan keredaan Allah supaya
merasai kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat. Menurut al-Farabi, objektif utama falsafah

Islam adalah untuk mendapatkan ilmu demi mentauhidkan Allah SWT. Pendidikan islam
bertujuan untuk mendapatkan keredaan Allah SWT , membentuk akhlak terpuji , menyedarkan
manusia tentang hubungan dan tanggungjawabnya serta sebagai persediaan menghadapi
kehidupan di dunia dan akhirat.

44.MASID MERUPAKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TERPENTING DI
MESIR.BINCANGKAN

Kewujudan pelbagai institusi pendidikan merupakan sesuatu yang lumrah di sesebuah negara,
begitu juga di Mesir. Masjid merupakan institusi pendidikan terawal yang pada mulanya
menawarkan pembelajaran ilmu keagamaan fardu ain diikuti ilmu-ilmu bukan agama atau fardu
kifayah.Antara masjid yang dijadikan institusi pendidikan ketika itu ialah Masjid Amru bin Al-
As,Masjid Ahmad bin Tolun dan kemudian pusat keilmuan berpindah ke Kaherah dengan
terbinanya Masjid al-Azhar zaman Dinasti Fatimiyyah. Seterusnya Masjid al-Azhar menjadi pusat
pengkajian Islam khasnya zaman pemerintahan khalifah Salehuddin al-Ayyubi sehingga
melahirkan ramai tokoh-tokoh ilmuan Islam terkenal.

Masjid Amru Ibnul al-As dijadikan pusat pengajian dan dikatakan terdapat sehingga 40
kelompok majlis pengajian yang sentiasa dipenuhi oleh pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan
dan membuat kajian. Secara umumnya, kelompok pengajian yang berada di Masjid Amru al-As
bukanlah dikhususkan kepada pelajaran ilmu fardu ain sahaja seperti al-Quran, hadis, tauhid,
fiqah, dan lain-lain. Bahkan semua bidang ilmu kifayah seperti ilmu hisab, ilmu bintang, dan
perubatan turut dipelajari. Antara 8 kelompok majlis pengajian yang terdapat d masjid ini ialah
Kelompok Imam Shafi’e, Kelompok Al-Majdiah dan Kelompok Al-Shibiah.

Selain itu kemunculan masjid al-Azhar sebagai Pusat Keilmuan Sunni selepas 1171M, telah
menyebabkan para ulamak Sunni yang dahulunya bergiat di Masjid Amru al-As dan Baitul
Hikmah mula berpindah ke Jamiah(masjid) al-Azhar sehingga ia menjadi sangat terkenal. Masjid
ini didirikan oleh Jauhar al Saqli dijadikan tempat bermastatutin bagi Kerajaan Fatimiyyah. Di
bahagian dalam masjid ini terdapat ruang khas seperti dewan kuliah. Para pelajar di institusi ini
digalakkan menghafal.Teknik penghafalan pengukuhan ilmu penggetahuan dimiliki dengan
mudah.

Seterusnya, pengajian halaqah. Pengajian halaqah diadakan di masjid. Halaqah ialah satu
sistem pengajian tradisional di mana murid-muird berkumpul dlm bentuk bulatan mengelilingi
guru dengan menadah kitab yg diajar , jangka waktu pengajian tidak di tentukan tetapi semakin
lama belajar , semakin tinggi ilmu seseorang itu. Pada kebiasaannya , pengajian halaqah
dilaksanakan di peringat tinggi di mana murid-murid nya sudah mempunyai asas-asas ilmu yang
kukuh . Guru-guru pengajian ini mengajar ilmu agama dan ilmu pengetahuan umum.

Akhir sekali, selain masjid, kuttab juga dijadikan sebagai pusat pengajian di Mesir. Kuttab
ialah tempat belajar yang merupakan bangunan yang berasingan daripada masjid. Kuttab menjadi
tempat bagi kanak-kanak untuk belajar pada peringkat permulaan. Mata pelajaran yang diajar
ialah al-Quran dan menulis ayat-ayat yang hendak dibaca dan dihafaz diatas luh (papan batu).
Guru-guru akan membaca ayat-ayat al-Quran kepada kanak-kanak dan kanak-kanak itu akan
menulisnya atas luh. Setelah itu, guru akan melihat tulisan mereka dan membetulkan sekiranya
terdapat kesalahan. Murid-murid akan membaca dan menghafaz ayat-ayat al-Quran tersebut.
Setelah dapat menghafaz dengan fasih, mereka akan dating semula kepada guru dan menghafaznya
di hadapan guru.

Kesimpulanya tidak dinafikan masjid merupakan institusi pendidikan Islam terpenting bagi
umat Islam Mesir. Contohnya kewujudan Masjid al-Azhar yang kemudiannya telah berkembang
menjadi Universiti al-Azhar.


Click to View FlipBook Version