kuasa bersekutu yang menang dalam perang dunia pertama sehingga menghimpit penduduk turki
dan memaksa mereka untuk berjuang mendapat kemerdekaan tanah air sendiri.
Tindakan kuasa barat
Britain, Perancis dann Rusia khususnya bersaing sengit untuk mendapatkan kekayaan yang
terdapat dalam wilayah-wilayah turki uthmaniyah. Kuasa-kuasa barat telah bersatu untuk
menghancurkan empayar turki uthmaniyah. Sementara itu, keadaan menjadi semakin buruk
apabila penduduk bukan islam dalam wilayah turki uthmaniyah dihasut oleh pihak barat untuk
menghancurkan empayar turki uthmaniyah dari dalam. Asakan yang direncanakan oleh pihak
barat ini menyebabkan melakukan beberapa rancangan untuk membina negara bangsa turki.
Gerakan pan-Islamie / gerakan islah
Pembentukan negara bangsa turki pada awal abad ke-20 dikaitkan dengan dasar Pan-
islamisme yang merupakan satu dasar terpenting pada masa pemerintahan Sultan Abdul Hamid
II. Sebagai satu dasar, fahaman ini menekankan perpaduan dan kerjasama umat islam sejagat di
bawah pimpinan seorang khalifah yang berperanan membela hak umat islam, bukan sahaja di
turki malah di seluruh dunia. Melalui dasar Pan-Islamisme ini, orang-orang islam di turki dan
berada dalam empayar turki hendaklah disatukan di bawah pimpinan sultan turki uthmaniyah.
Manakala umat islam yang berada di bawah penguasaan orang barat hendaklah menyokong
khalifah kerajaan turki uthmaniyah bagi memperjuangkan kemerdekaan negara masing-masing
daripada belenggu penjajahan barat. Baginda berusaha menghidupkan dan membangunkan
keagungan system khalifah Islamiyah dan usaha ini menggerunkan penjajah terutamanya
Britain. Menurut baginda, walaupun empayar turki uthmaniyah lemah dari sudut politik, namun
negara-negara barat masih takut kepada kekuatan islam. Untuk mencapai dasar Pan-Islamisme
ini, Sultan Abdul Hamid II telah menggerakkan seluruh lapisan masyarakat yang terdiri daripada
kalangan ulama, pemikir dan pembesar daripada pelbagai kaum, negeri dan aliran pemikiran
serta pelbagai bidang kepakaran. Di antara tokoh yang menyertai projek Pan-Islamismeā ini
termasuklah jamaludin al-Afghani, Abd. Al-Qadir al-Maghribi dan Rashid Rida.
Kesimpulan
Sultan Abdul Hamid II telah cuba sedaya upaya membina negara dan bangsa turki namun
beliau gagal dengan asakan barat yang bersatu untuk menamatkan riwayat empayar turki
uthmaniyah. Golongan turki muda pula sukar membina negara bangsa turki kerana mereka telah
termasuk dalam perangkap kuasa-kuasa barat. Faktor politik merupakan faktor utama pencetus
kearah pembentukan negara bangsa dan faktor lain sebagai pemangkin untuk mempercepatkan
proses pembentukan negara bangsa di turki pada abad ke-20.