SOALAN 45 : BINCANGKAN PERKEMBANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN YANG
TERDAPAT DI ACHEH.
PENGENALAN
Selepas kejatuhan Melaka kepada Portugis pada tahun 1511, Acheh mengambil alih peranan
Melaka sebagai pusat perdagangan di Alam Melayu. Acheh turut memainkan peranan sebagai
pusat pengajian agama Islam utama di Nusantara. Pada abad ke-16, Acheh diperintah oleh Sultan
Iskandar Muda Mahkota Alam. Pendidikan Islam di Acheh pada masa ini berkembang pesat
sehingga Acheh digelar sebagai serambi Makkah.Acheh mempunyai sistem pendidikan tersusun
dan terancang. Institusi pendidikan ini dibahagikan kepada beberapa tahap dan peringkat
meunasah (rendah), rangkang (menengah) hingga ke Jamiah Baiturrahman (universiti). Keakraban
pemerintah Acheh dengan negara Islam lain turut memberi kesan terhadap perkembangan
pendidikan dan kegiatan keilmuan. Hal ini disebabkan Acheh menjadi tumpuan pa ra
ulama luar yang berkhidmat sebagai tenaga pengajar di institusi-institusi pendidikan seperti Syeikh
Yamani, Nuruddin al-Raniri dan lain-lain.
MADRASAH/MEUNASAH
Institusi pendidikan permulaan ialah meunasah atau madrasah. Ia merupakan institusi
pendidikan terendah yang ditubuhkan di setiap kampung.Institusi ini memberikan tumpuan kepada
kanak-kanak dan memfokuskan pengajaran mengenai asas ilmu keagamaan (fardhu
ain),membaca,menulis dan menghafal.Asas pengajaran agama yang dipelajari merangkumi
pembelajaran al-Quran,menulis dan membaca huruf Arab,rukun iman,rukun islam khusunya
solat,pembentukkan peribadi dan perwatakkan muslim(akhlak),sirah Nabi Muhammad
SAW,bernasyid serta kemahiran asas yang tertentu.Pengajaran dan pembelajaran mengginakan
Bahasa tempatan dan Bahasa Melayu.Kitab Perukunundan Risalah Masa’il al Muhtadin dalam
Bahasa Melayu pula menjadi teks atau rujukan utama.
MASJID
Satu lagi institusi pendidikan ialah masjid. Masjid-masjid yang didirikan di setiap mukim
merupakan pusat segala kegiatan umat Islam termasuk pendidikan. Tahap pendidikan di masjid
bersangkutan dengan pendidikan peringkat menengah yang pertama. Pada zaman kerajaan Acheh,
terdpat masjid yang dinaiktarafkan menjadi pusat pendidikan tinggi seperti Masjid
Baiturrahman.Selain masjid dan institusi pendidikkan yang pelbagai tahap,pemerintah turut
menjadikan istana sebagai pusat pendidikkan. Istana menjadi tempat anak-anak golongan
bangsawan memperoleh pendidikkan, sebagai tempat menyimpan pelbagai khazanah ilmu serta
sebagai tempat perbincangan dalam kalangan ilmuwan.
RANGKANG
Pada masa ini juga terdapat pondok-pondok di sekeliling masjid. Pelajar-pelajar yang ingin
menuntut pelbagai ilmu tinggal di sini. Pondok-pondok ini menjadi asrama yang dikenali sebagai
rangkang. Rangkang dianggap sebagai pendidikan menengah yang menyampaikan pelbagai
disiplin ilmu agama dan pelajaran umum. Tahap rangkang bergantung kepada tahap ilmu yang
dimiliki oleh guru yang mengajar. Pelajar-pelajar yang pintar berpindah dari satu rangkang ke
rangkang lain untuk menuntut ilmu daripada guru yang lebih mahir.Banyak ulama yang terkenal
dari luar negara datang mengajar di rangkang dan pelajar-pelajar juga berasal dari pelbagai
daerah. Antara mata pelajaran yang diajar ialah ilmu fiqah, tasawuf, tajwid, tauhid, ibadat, sejarah
dunia, bahasa arab dan sebagainya. Ilmu umum yang diajar adalah sejarah, geografi dan
matematik. Buku-buku rujukan yang digunakan menggunakan 2 bahasa, iaitu bahasa Melayu dan
bahasa Arab.Para pelajar yang telah tamat pengajian kemudian melanjutkan pelajran ke rangkang
yang terkenal terletak di Bandar Aheh Darussalam.
DAYAH
Institusi pendidikan Islam yang lain ialah sistem pendidikan peringkat menengah atas, iaitu
dayah. Dayah didirikan di setiap daerah Nanggore. Kebanyakan dayah terdapat di luar lingkungan
masjid. Terdapat sebuah balai utama yang berfungsi sebagai tempat belajar solat. Semua mata
pelajaran diajar dalam bahasa Arab dengan menggunakan kitab-kitab dari Arab. Antara ilmu
keagamaan yang diajar ialah tauhid, fiqah muamalat, tasawuf, akhlak dan sebagainya.Manakala
ilmu bukan agama pula adalah pertanian,pertukangan,perniagaan dan lain-lain selagi tidak
bertentangan dengan hukum syarak.Pendidikan di dayah dibahagikan kepada dua, iaitu yang
terbuka kepada semua pelajar tanpa mengira jantina dan yang dikhusukan kepada kaum wanita
sahaja.Contoh dayah yang terdapat di Acheh ialah Dayah Teungku Chik, Dayah Cot Kala, Dayah
Blang Peria dan sebagainya.
JAMIAH BAITUL RAHMAN
Institusi pendidikan tahap tertinggi, iaitu peringkat universiti ialah pendidikan di Jamiah
Baiturrahman. Pada zaman Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Masjid Baiturrahman dinaikkan
taraf dan statusnya sebagai sebuah universiti. Tempat ini digunakan semata-mata untuk menuntut
ilmu sahaja. Terdapat 17 dar (fakulti) antaranya Fakulti Ilmu Tafsir dan Hadis, Fakulti Kedoktoran
dan sebagainya. Para pengajar pula terdiri daripada ulama atau sarjana dari Acheh dan negara-
negara lain seperti Arab, Turki dan Parsi. Disebabkan hal tersebut , baahsa pengantar dan kitab-
kitab yang digunakan di instiyusi ini menggunakan Bahasa Arab.
KESIMPULAN
Kewujudan sistem pendidikan dengan institusi pendidikan yang teratur melahirkan golongan
ulama dan cerdik pandai seperti Hamzah Fansuri, Syeikh Shamsudin al-Sumatrani dan Abdul Rauf
Singkel. Kesannya,perkembangan pesat pendidikan Islam telah menjadikan Acheh dikenali
sebagai Serambi Makkah pada abad ke-17 dan telah membantu menghebatkan perkembangan
Islam di Nusantara.
46.Pemerintah memainkan peranan penting dalam memajukan Acheh sebagai sebuah pusat
pendidikan Islam di Asia Tenggara pada abad ke-16. Bincangkan
Pendidikan dapat didefinisikan sebagai usaha menyerap ilmu pengetahuan sama ada secara
teori atau praktikal bagi membentuk peribadi atau watak seseorang individu dalam menempuh
kehidupan yang semakin kompleks. Pendidikan dalam perspektif islam merupakan suatu proses
yang berlaku sepanjang hayat iaitu bermula daripada dalam buaian hingga ke liang lahat. Islam
memberikan kebebasan kepada semua orang untuk mendapatkan pendidikan tanpa mengira
jantina , kekayaan dan warna kulit. Acheh berkembang menjadi pusat ilmuan selepas kejatuhan
Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Acheh
muncul sebagai Pusat Pendidikan Islam pada abad ke -16.
Faktor kemunculan Acheh sebagai pusat pendidikan islam yang pertama adalah daripada
peranan pemerintah. Antara sultan yang terkenal pada ketika itu ialah Sultan Iskandar Muda
Mahkota Alam dan Sultan Iskandar Thani. Beliau mempunyai inisiatif dalam mengembangkan
ilmu pengetahuan. Antara inisiatif beliau ialah menjadikan Istana sebagai Pusat Pengajian Islam
terutamanya untuk keluarga diraja dan golongan bangsawan. Beliau juga memberikan galakan
dalam bidang intelektual Islam seperti menubuhkan Balai Gadang yang dianggotai oleh para
ulama.
Faktor kemunculan Acheh sebagai pusat pendidikan islam yang seterusnya ialah hubungan
diplomatik. Hubungan diplomatik ini berlaku pada Zaman Sultan Alaudin Mansur Syah iaitu
ulama timur tengah yang menghantar india ke Acheh. Contohnya Syeikh Abdul Kadir Ibnu Hajar
dan Syiekh Muhammad Yamani dari Mekah. Kepakaran ulama tersebut menyebabkan Acheh
berjaya menjadi pusat keilmuan bertaraf antarabangsa.
Selain itu , pusat pendidikan islam muncul di Acheh oleh kerana peranan ulama luar. Ulama
ini menjadi tenaga pengajar dan penasihat kepada sultan. Mereka juga memberi sumbangan
kepada kemajuan ilmu di Acheh. Pada ketika itu sultan menggalakkan kedatangan para ulama
daripada Arab, Turki, dan Parsi. Contohnya ulama Nurrudin al-Raniri yang menjadi penasihat
kepada sultan Iskandar Thani. Para ulama juga menjadi guru pendidikan Masjid dan mengarang
kitab kitab agama seperti Hujjatus Siddiq.
Di samping itu, kemunculan pusat pendidikan islam di Acheh disebabkan oleh
perkembangan bahasa melayu. Ulama menghasilkan banyak karya bahasa melayu dan bahasa arab
yang diguna meluas di institusi pendidikan. Pada awalnya Acheh dan Patani mengeluarkan buku
agama dan sastera BM yang dikarang mengunakkan puisi dan prosa. Contohnya Syair Burung
Pingai dan Syair Burung Pungguk yang dihasilkan oleh Hamzah Fanzuri.
Akhir sekali, kewujudan sistem pendidikan lengkap dan sistematik menjadi faktor
kemunculan pusat pendidikan islam di Acheh. Wujudnya sistem sekolah yang teratur mengikut
tahap pengajian rendah, menengah dan tinggi. Contohnya rendah Meunasah, menengah Rangkang
dan tinggi Dayah, jamilah baitul rahman. Terdapat 17 fakulti di Jami ah Baitul Rahman yang
mengtafsir tentang kimia dan kedoktoran.
Kesimpulannya, perkembangan Acheh sebagai pusat pendidikan bermula Portugis menjajah
Melaka pada tahun 1511,hal ini menyebabkan Pusat pendidikan Melaka telah diambil alih oleh
kerajaan Acheh. Munculnya Acheh sebagai Pusat Ilmuan disebabkan beberapa faktor. Faktor-
faktor ini telah menyebabkan Acheh semakin berkembang sebagai pusat pendidikan Islam malah
pusat Perdagangan yang telah mengantikan Kerajaan Melaka
47. Al - Khwarizmi telah memberikan sumbangan yang besar terhadap perkembangan matematik
dunia. Bincangkan.
Abu Abd Allah Muhammad Ibn Musa al Khwarizmi merupakan nama sebenar al
Khwarizmi. Beliau merupakan tokoh ilmuan Islam yang berpengetahuan luas dalam bidang
falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan serta sejarah Islam. Sumbangan beliau
mula terserlah semasa pemerintahan Khalifah al Makmun di Baghdad khasnya dalam bidang
matematik dan dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja.
Kepakaran beliau dalam bidang matematik mendapat pengiktirafan Khalifah Abasiyyah.
Khalifah Harun al Rasyid misalnya melantik beliau sebagai pakar matematik di Baitul Hikmah.
Beliau juga dilantik sebagai Pengarah Arkib Buku di perpustakaan istana oleh Khalifah al
Makmun.
Beliau juga telah memperkenalkan sistem nombor. Simbol-simbol tertentu digunakan
untuk mewakili nilai-nilai tertentu. Al Khwarizmi merupakan orang pertama memperkenalkan
angka sifar (kosong) dalam matematik. Melalui angka sifar akan terbit nombor yang mencapai
infiniti.
Seterusnya beliau memperkenalkan sistem angka yang sistematik. Sistem ini
membolehkan operasi pengiraan matematik diperluas meliputi operasi kuasa, log dan kosinus.
Sistem ini juga membolehkan ilmu sains dan teknologi berkembang pesat. Angka Sifar yang
beliau perkenalkan telah dipinjam oleh bahasa-bahasa Eropah dengan sebutan ‘cifre’, ‘chiffre’
dan ‘zero’.
Al Khwarizmi turut memperkenalkan sistem al-jabar (algebra). Penggunaan simbol yang
mewakili nombor, nilai atau pembolehubah membolehkan banyak masalah pengiraan
diselesaikan. Buku yang memperkenal kaedah aritmetik algebra ini telah diterjemah ke bahasa
Latin dan menjadi rujukan pelbagai universiti di Eropah mulai abad ke12M hingga abad ke16M.
Selain itu, beliau juga telah memperkenalkan istilah baru dalam ilmu matematik yang
digunakan hingga ke hari ini. Antaranya ialah pembolehubah (x), pemboleh ubah kuasa dua (x²)
dan pemalar (c). Kitab yang beliau hasilkan mengandungi bab-bab tentang pelbagai topic seperti
pengiraan darab, campur, tolak, bahagi, persamaan, timbangan dan ukuran, luas bulatan dan
segitiga serta isipadu piramid dan kon.
Al Khwarizmi juga telah menghasilkan ‘al Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-
Muqabalah’ yang digunakan dalam urusan pengiraan pembahagian harta pusaka. Masalah
pengiraan yang rumit dan kompleks yang tidak dihurai dalam al Quran dan hadis dapat
diselesaikan dengan mudah.
Memang tidak dapat dinafikan Al Khwarizmi memberi sumbangan besar dalam bidang
matematik. Sumbangan besar ini menyebabkan beliau bukan sahaja disanjung oleh umat Islam
sahaja malah juga dikagumi sarjana-sarjana Barat yang mengguna pakai idea-idea beliau.
48. Al- Ghazali telah memberikan tafsiran semula terhadap ilmu falsafah.
Pengenalan
Nama sebenar beliau ialah Abu Hamid bin Muhammad At-Tusi al-Ghazali. Beliau
dilahirkan di Tusia pada tahun 450 Hijrah bersamaan 1058 Masihi. Gelaran "Al-Ghazali" diambil
bersempena dengan gelaran bapanya yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing (al-Ghazzal).
Beliau seorang yang tekun dalam menuntut dan mendalami ilmu pengetahuan sehingga berjaya
menguasai pelbagai cabang ilmu seperti usuluddin, usul fiqh, mantik, membaca hikmah dan yang
paling terkenal ialah bidang falsafah.
Isi-isi
Imam aI-Ghazali membahagikan golongan yang membahaskan falsafah kepada tiga
golongan iaitu atheis, natural dan teologi. Golongan atheis - golongan yang mengingkari wujudnya
pencipta yang mentadbir seluruh alam ini. Golongan natural -golongan ilmuwan yang banyak
membuat kajian berkaitan dengan tabiat, kejadian dan anatomi manusia, tumbuhan serta haiwan.
Golongan teologi – merupakan ahli yang membincang dan membahaskan soal -soal ketuhanan
bersumberkan akal seperti Plato, Aristotle dan Socrates.
Selain itu, Imam al-Ghazali merupakan individu pertama yang mengklasifikasikan semula
ilmu falsafah kepada enam bahagian, iaitu matematik, mantik, fizik, ketuhanan, siasah dan
akhlak.Matematik menurut al-Ghazali adalah berkaitan dengan ilmu hisab dan kejuruteraan. Ilmu
ini tidak berkaitan dengan perbahasan dan sudut agama.Mantik pula ialah ilmu yang berkaitan
dengan logik akal dan bagaimana akal sebagai agen penyusun hujah-hujah yang dikemukakan.
Ilmu fizik pula berkaitan dengan kajian alam, langit, bintang-bintang, air, udara dan alam
seluruhnya.Ilmu ketuhanan dalam falsafah mengkaji aspek ketuhanan dan perspektif akal. Ilmu
ketuhanan ini didasari oleh perbincangan mantik dan logik. Ilmu ini menurut Imam al-Ghazali
tersimpang daripada falsafah ketuhanan yang sebenar.
Di samping itu, Metodologi yang diasaskan oleh Imam al-Ghazali adalah lebih jelas dan
terperinci. Antara penulisan terkenal Imam al-Ghazali dalam bidang falsafah ialah Maqasid al-
Falasifah, al-Munqidh mim al-Dalal danTahafut al-Falasifah. Abu Hassan al-Nadawi juga
menyifatkan Imam al-Ghazali sebagai seorang yang istimewa seperti yang diungkapkannya di
dalam salah satu penulisannya.
Seterusnya, Imam al-Ghazali memainkan peranan yang penting dalam perkembangan ilmu
falsafah Islam, bagi menyelamatkan akidah umat Islam daripada terus direntap oleh fahaman
falsafah ketuhanan Yunani yang tidak bertauhidkan agama yang suci, iaitu agama Islam. Al-
Ghazali berjaya mempertahankan kemurnian Islam sekaligus mengelak amalan mengagungkan
falsafah Yunani tanpa menyedari ia bertentangan dengan akidah Islam.
Kesimpulan
Imam Al-Ghazali banyak memberi sumbangan dalam bidang penulisan. Hasil tulisan beliau
banyak mempengaruhi ahli fikir Islam selepasnya iaitu Jalaluddin ar-Rumi. Kebijaksanaan beliau
dalam ilmu falsafah Islam menyebabkan beliau turut gelar sebagai bapa falsafah terunggu.
49. Nilaikan sumbangan pemikiran Ibn Khaldun kepada peradaban manusia
Ibn Khaldun atau nama sebenarnya Waliud-Din Abu Zaid Abdul Rahman Ibn Muhammad
Ibn Khalid Al-Khattab dilahirkan pada 27 Mei 1332 di Tunisia. Beliau merupakan ahli sosiologi,
pakar sains, dan juga seoran sejarawan Arab yang terkenal pada zamannya. Beliau dikenali
sebagai seorang yang tekun menuntut ilmu dan kreatif dalam menghasilkan buah fikiran
walaupun beliau sibuk dengan tugas tugas pentadbiran.
Ibn Khaldun telah meluaskan skop pengkajian sejarah dengan mengambil kira daripada
pelbagai sudut sebagai contoh perubahan sosial dalam masyarakat. Salah satu karya beliau iaitu
al-Muqaddimah merupakan sebuah karya agung dalam bidang pensejarahan bagi memahami
corak perubahan organisasi dalam politik dan sosio ekonomi sesuatu masyarakat. Karya ini
secara tidak langsung telah memberi suatu konsep sejarah yang merangkumi keseluruhan
kegiatan manusia pada ketika itu.
Al-Muqaddimah mengandungi suatu prinsip asas dalam pengkajian sejarah seperti hukum
yang menguasai proses proses perubahan suatu masyarakat. Sumbangannya dalam bidang teori
dan pendekatan sejarah agak jelas apabila ia memperkenalkan pendekatan multidisciplinary
kajian sejarah dibantu oleh sosiologi dan geografi. Oleh sebab itu Ibn Khaldun dianggap sebagai
pengasas pensejarahan dan sosiologi moden.
Selain daripada itu, beliau juga merupakan ahli sejarah yang pertama mengkaji segala
aspek kehidupan sosial orang Islam dan melihat sejarahnya dari perspektif sosiologi masyarakat
yang dapat memberikan keterangan dan bukti yang relevan kepada semua tindak tanduk sosial
manusia. Ia menunjukkan kepentingan sikap yang kritis dalam pemikiran kerana beliau telah
berjaya menggabungkan aspek disiplin dalam pengkajian sejarah.
Ibn Khaldun juga dikenali sebagai bapa ekonomi Islam kerana pemikirannya tentang teori
ekonomi yang logik dan realisitik. Teori beliau telah dikemukakan jauh lebih awal berbanding
teori yang dikemukakan oleh tokoh ekonomi barat seperti Adam Smith dan David Ricardo.
Beliau telah berbicara tentang beberapa prinsip dan falsafah ekonomi seperti keadilan
( fairness ), rajin ( hardworking ), kerjasama ( co-operation ), dan kesederhanaan ( moderation ).
Ibn Khaldun tidak melihat fungsi utama manusia dalam aktiviti ekonomi, sebaliknya beliau
menganggap manusia yang beragama Islam terutamanya yang memerlukan pengetahuan
ekonomi untuk memenuhi tujuan mereka di atas muka bumi. Dalam hal ini, beliau menekankan
betapa perlunya manusia untuk menjauhi perkara yang mungkar dan sebaliknya, manusia perlu
mendalami ajaran Islam supaya dijadikan sebagai panduan hidup untuk perbaiki diri supaya
urusan di akhirat kelak dipermudahkan.
Sebagai kesimpulan, segala idea dan buah fikiran yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun
jelas menggambarkan beliau merupakan seorang individu yang layak dikenali sebagai tokoh
pemikiran moden terutamanya dalam bidang ilmu sosiologi dan ekonomi Islam sehingga mampu
melahirkan buah fikiran berkenaan pensejarahan dan ekonomi moden.
50. JELASKAN SUMBANGAN AL- MASUDI DALAM BIDANG GEOGRAFI DAN
PELAYARAN
Nama sebenar al-Mas’udi ialah Abu Hasan Ali bin Husayn bin Ali al-Mas’udi. Beliau
merupakan seorang tokoh pelayar yang berasal dari Iraq. Beliau dilahirkan pada tahun 895M di
Baghdad, Iraq, dan meninggal dunia pada tahun 956M di Fustat. Al-Mas’udi memulakan
pelayaran lebih awal berbanding Ibnu Batutah, iaitu di antara tahun 914 hingga 915M. Pelayaran
awal beliau ialah menuju ke arah Parsi, dan pernah sampai ke India, China, Indochina,
Madagascar, Zanzibar dan Oman. Beliau merupakan salah satu tokoh yang banyak menyumbang
terutama dalam bidang geografi dan pelayaran.
Rekod terawal menunjukkan al-Mas’udi mula belayar (merantau) ialah antara tahun 914—
915M iaitu semasa pergi ke negeri Parsi. Di Parsi, beliau tinggal selama lebih kurang setahun di
Istakhar iaitu pada tahun 305H/915M. Beliau pergi ke India (916M) dan mengunjungi kota
Multan dan kota al-Mansurah (Mansura). Kemudian beliau kembali ke Parsi setelah
mengunjungi Kusman. Karyanya Muruj al Dhahab wa Ma’adin al-Jawahir, beliau menceritakan
bahawa kota tersebut terletak di tebing Sungai indus. Nama kota itu diambil sempena nama
Mansur bin Jumhur (gabenor kerajaan Bani Umayyah di Sind). Ia dihuni oleh sejumlah
penduduk golongan sayid (ketua kabilah). Di India al-Mas’udi turut melakukan penyelidikan
mengenai flora dan fauna. Kajian dibuat di tepi laut berhampiran dengan Combay. Antara bahan-
bahan penyelidikan beliau ialah gajah, burung merak, burung kakak tua, buah oren, kelapa dan
lain-lain. Beliau meneruskan pelayaran melalui Bombay, Deccan dan Sri Lanka serta berlayar ke
Indo-China dan negeri China. Dalam perjalanan pulang beliau singgah di Madagascar, Zanzibar,
Oman dan sampai di Basrah. Di Basrah beliau menetap untuk beberapa waktu dan menulis karya
besarnya yang bertajuk Muruj al-Dhahab. Buku ini menceritakan tentang pengalaman pribadi
beliau di pelbagai negara. Dalam buku ini beliau menyebutkan beberapa buah tempat termasuk
Semenanjung Tanah Melayu termasuk Kedah, Pahang dan Melaka. Ada mungkinan beliau
sampai ke rantau ini sewaktu dalam pelayaran ke Lautan China. Buku ini telah diterbitkan di
Paris (1861—1877) dan Kaherah (1303 H) sebanyak 9 jilid. Ia merupakan karya al-Mas’udi yang
terbesar telah ditemui dan wujud hingga ke hari ini. Beliau juga mengunjungi Pantai Laut
Kaspia, Asia Tengah dan Turkistan. Kemudian beliau pergi ke Gujerat. Di sini beliau mendapat
keterangan-keterangan daripada orang Yahudi, Parsi, Indi dan paderi-paderi Kristian. Kembali
ke Fustat (Khairo Kuno). Di sini beliau menyusun karya beliau yang kedua bertajuk Akhbar al-
Zaman (cerita-cerita sejarah) yang mengandungi 30 jilid. Dalam buku ini beliau menggabungkan
ilmu geografi dengan sejarah dan menceritakan kehidupan masyarakat di negara-negara yang
pernah dilawatinya. Pulang ke Basrah tempat beliau mencatatkan pengalamannya dalam Muruj
al Dhahab wa Ma’adin al-Jawahir. Buku ini selesai ditulis pada tahun 947M dan pada tahun
956M diselesaikan pula edisi keduanya yang mengandungi 9 jilid yang diterbitkan di Paris
(1861—1877). Karya beliau yang terakhir ditulis pada tahun kematiannya (956M di Fustat) ialah
Kitab al-Tanbih wa al-Ishraf. Dalam kitab ini beliau membuat penambahan dan melengkapkan
karya-karya yang terdahulu. Berdasarkan perjalanan pelayaran, al-Mas’udi banyak membuat
penyelidikan dan juga membuat penulisan mengenai pengalamannya dalam pelbagai ilmu.
Sumbangan AI-Mas’udi dalam ilmu geografi adalah menggabungkan geografi dengan
disiplin sejarah untuk menjadikannya lebih menarik iaitu membuat gambaran tentang gempa
bumi, perairan laut mati, dan tajuk-tajuk geologi yang lain. Pertama kali beliau menyebut tentang
kincir air di Sijistan yang menjadi penemuan baru bagi orang Islam. Menyokong Teori
Determinisme Alam Sekitar dengan menganggap bahawa faktor persekitaran iaitu iklim yang
dipengaruhi oleh planet mempunyai pengaruh yang rapat dengan sikap manusia. Contohnya,
beliau berpendapat bahawa iklim pertama dipengaruhi oleh venus ( Status), iklim kedua
dipengaruhi oleh Zuhal ( Jupiter ), dan iklim ketujuh dipengaruhi oleh bulan. Matahari dan bulan
dikaitkan dengan nasib atau jalan hidup orang dari Utara yang menyebabkan mereka berbakat
tinggi dalam peperangan. Manakala orang di Selatan memiliki sifat lebih tafakur. Selain itu,
terdapat pembahagian dunia kepada dua iaitu bahagian Barat yang mempunyai garis lintang
tinggi, dipengaruhi oleh bulan maka penduduknya dikatakan panjang umur. Manakala bahagian
Timur mempunyai garis lintang pertengahan. Beliau juga cuba menerangkan kaitan antara
faktor-faktor “ Di Bumi Nyata ” dengan sikap dan kehidupan manusia. Membuat kajian tentang
tanah fay dan mengkaji perbezaan aspek wilayahnya.
Manakala dalam bidang ilmu pelayaran, beliau dapat menyelesaikan masalah yang timbul di
kalangan pelaut dan ahli pelayaran yang keliru tentang nama-nama sungai yang mereka lalui
semasa pelayaran dijalankan. Contohnya, beliau membuat gambaran yang jelas tentang laluan
dari Teluk Parsi ke laut China. Penemuan sungai pertama iaitu Bahr al-Fars atau Khasybah al-
Basrah dan penemuan bandar-bandar lama di pesisiran pantai Gujerat dan Konkan. Selain itu,
beliau juga menjelaskan keadaan, lokasi serta aktiviti perdagangan bagi masyarakat dan
pedagang di India setelah beliau tiba pada tahun 303H. Beliau menerangkan kepada ahli pelaut
yang mengatakan setiap laut itu berasingan, dengan penjelasannya bahawa lautan merupakan
satu kumpulan air besar yang bersambung antara satu sama lain. Sebagai contoh: laut Hindi, laut
China, laut Parsi, laut Rom,dan laut Syiria adalah tidak berasingan. Beliau juga berjaya
menyelesaikan kekeliruan yang dihadapi oleh pelaut Arab tentang dua laluan laut dari Eropah ke
Sepanyol. Hasil kajian yang beliau lakukan bahawa laut Kaspia tidak bersambung dengan laut
Hitam. Beliau juga berpendapat bahawa jarak antara benua Eropah dan China adalah setengah
lingkungan bumi.
Kesimpulannya, dalam pengembaraan beliau banyak membuat penemuan, pemerhatian dan
penyelidikan terutamanya kedudukan laut. Manakala dalam bidang geografi pula, beliau turut
menyumbang beberapa pendapat dan pandangan yang bernas tentang beberapa teori iaitu hasil
pemerhatian dan kajiannya terhadap faktor persekitaran dan keadaan masyarakat yang hidup di
bawah pengaruh faktor fizikal tersebut. Manakala dalam bidang sejarah beliau dikenali oleh
masyarakat Arab sebagai ‘Herodotus dan Plinius’ kerana membuat revolusi dalam ilmu sejarah.
51. Ketokohan dan sumbangan ibn majid
Ibn Majid atau nama sebenarnya Shihab al-Din bin Majid al-Najdi. Dilahirkan di Julphar
(Oman). Beliau merupakan seorang ahli pelayaran Arab yang terkemuka pada abad ke-9 H/15
M. Beliau adalah daripada keturunan ahli pelayaran dan digelar “Singa Laut” kerana
kemahirannya belayar di Lautan Hindi. Beliau telah menghasilkan 25 buah kitab sama ada
berbentuk prosa atau pun puisi yang merangkumi bidang pelayaran, perjalanan bintang, angin,
ombak dan lain-lain yang menggambarkan penguasaannya dalam bidang pelayaran dan
geografi.
Kitab al-Fawaid fi Usul ‘Ilm al-Bahar wa al-Qawaid (mengenai kaedah-kaedah dan faedah
faedah ilmu laut). Hasil karya dalam bentuk prosa yang dibahagikan kepada 12 buah bab.
Kandungan kitab ini mengenai permulaan pelayaran, jarum magnet, bulan, bintang, kompas,
laluan Lautan Hindi, 10 buah pulau yang paling terkenal termasuklah Pulau Jawa, Sumatera dan
Ceylon, monsun yang sesuai bagi 8 pelayaran dengan tarikh mengikut perkiraan bangsa Parsi dan
tentang Lautan Merah. Tujuan beliau menghasilkan karya yang pertama ini disebabkan hasratnya
ingin memperbaiki dan memperbetulkan kesilapan catatan-catatan yang telah dilakukan oleh
pelayar-pelayar sebelumya.Selain itu, beliau menghasilkan kitab Hawiyat al Ikhtisar fi Usul ‘Ilm
al-Bihar. Kita ini dihasilkan pada tahun 866 H. Kandungan buku ini mengenai ilmu tarikh (falak),
ilmu bahasa dan ilmu bintang. Juga berkaitan dengan laut di pantai Laut Arab, Hijaz, Syam dan
Afrika. Beliau juga menjelaskan laluan di Teluk Parsi, Lautan Hindi, Laut China, pantai,
pelabuhan, garis lintang dan ilmu astronomi (falak). Sumbangannya dalam bidang pelayaran telah
dimanfaatkan oleh pelayar Eropah seperti Vasco Da Gama. Beliau juga telah menghasilkan
lakaran peta laluan laut antara Eropah dengan India yang telah digunakan oleh pelayar Eropah.
Sejarawan Eropah pula beranggapan bahawa Ibn Majid telah berjasa kepada dunia pelayaran
Eropah. Buktinya, ada pandangan sejarawan yang mengatakan misi pelayaran Vasco Da Gama
tidak menjadi realiti tanpa ilmu pelayaran yang dirintis oleh Ibn Majid.
Kompas disamping peta laut merupakan alat terpenting penunjuk arah. Bangsa Arab
dikatakan awal mengetahui kompas pada abad ke-11M. Ibn Majid mencipta kompas pelayaran
yang sangat penting dalam bidang oceanographyiaitu kajian geografi lautan yang kemudiannya
membolehkan penemuan lautan yang masih belum ditemui pada masa itu oleh ahli-ahli
pelayaran Eropah seperti Christopher Columbus dan Ferdinand Magellan. Ibn Majid menyebut
tentang magnetik dan jarum penunjuk arah. Tidak lengkap pembuatan kompas kecuali dengan
adanya jarum penunjuk, yang akan menunjuk kepada dua kutub, utara dan selatan. Ibn Majid
merujuk kompas dengan sebutan qutb numa, alat bermagnet yang menunjuk arah. Kemajuan
tentang qutb numa sebenarnya telah bermula pada pertengahan abad ke-9H. Nama jarum qutb
numa disebut dengan jelas dalam tulisan Ibn Majid dan Sulaiman al-Mahri. Ibn Majid
menghuraikan secara panjang lebar berkenaan qutb numa pada 893H termasuklah menjelaskan
cara bagi menentukan
Kiblat dari tempat yang berbeza. Beliau dalam karya prosanya, al-Fawaid menyebut
tentang jarum qutb numasambil mendakwa bahawa beliau orang yang bertanggungjawab
mencipta peralatan itu. Beliau juga menyebut bahawa bagi tujuan pelayaran, maka magnet
dicipta, disimpan dan disesuaikan di dalam kotak dengan kemahiran yang tinggi. Penciptaan
qutb numa diilhamkan daripada seekor ikan yang terdapat di China yang menyerupai kompas.
Ini menunjukkan alat qutb numa itu lebih mungkin dicipta olehnya.
Kitab al-Fawaidfi Usul llm al-Bahrwal-Qawaid buku pedoman untuk pemandu kapal laut
tentang prinsip dan peraturan pelayaran. Dianggap ensiklopedia pelayaran. Karya ini diiktiraf
sebagai rujukan terpenting pada zaman renaissance dan sebelumnya, dalam bidang astronomi
dan geografi nautika. Ia memberi inspirasi dan semangat bagi pelaut pada zamannya untuk
melakukan penjelajahan. Hawiyat al-Ikhtisarfi Usul 'Ilm all-Bihar -mengenai ilmu laut,
antaranyatanda tentang hampirnya daratan yang perlu diketahui oleh ahli pelayaran, ilmu
bintang,ilmu astronomi, pelabuhan dan lain-lain. Al- (Jrjuzah al-Mu'arrabah - tentang
pelayarannya di Teluk'Aden. Qailah al-Islamfi Jami' al-Dunya membina kaedah penentuan arah
kiblat dari mana-mana bahagian darat dan laut. Urjuzah Bir al-'Arab - membuat pelayaran di
sepanjang pantai Laut Arab dan Teluk Parsi. Kanz al-Mu'alimah menerbitkan karya mengenai
khazanah ahli pelayaran dan sains laut, bintang, planet dan kutub yang belum diketahui.
Kesimpulannya, sumbangan Ibn Majid dalam bidang pelayaran dan geografi telah
merangsang pelayaran tokoh-tokoh Islam lain dan memberi maklumat serta gambaran kepada
masyarakat sejagat. Jelas bahawa Ibn Majid merupakan tokoh pelayaran Islam yang berjaya
mengembangkan atau merintis ilmu pelayaran moden dan ilmu pelayaran ini telah dimanfaatkan
sepenuhnya oleh masyarakat Barat untuk menjelajah dan neneroka dunia Timur.
52. Nilaikan sumbangan Ibnu Batutah dalam bidang pelayaran terhadap perkembangan tamadun
dunia.
Pada 1304 di Tanger, Maghribi. Sejarah pengembaraan Ibnu Battutah bermula ketika
usianya baru mencecah 21 tahun. Beliau meninggalkan kampung halamannya untuk
mengerjakan ibadat haji di Makkah dan mendalami ilmu pengetahuan khususnya yang berkaitan
dengan hal ehwal agama Islam. Sepanjang pengembaraan sulunnya, beliau melalui kawasan-
kawasan seperti Maghribi, Palestin, Mesir, Syam dan Madinah. Sumbangan terpenting Ibn
Battutah dalam bidang pelayaran ialah kemampuannya menghasilkan karya yang berjudul Tuhfat
al-Nazar atau lebih dikenali sebagai al-Rihlah. Sarjana atau orientalis Barat menyifatkan beliau
sebagai The Prince of Muslim Travellers.
Pelayaran lbnu Battutah dapat dibahagikan kepada empat tahap.Tahap pertama pelayaran
beliau ialah perjalanan dari Maghribi ke kota Makkah yang merentasi bahagian utara Afrika seperti
Mesir, Libya dan Algeria. Dalam perjalanan tersebut, beliau telah mencatatkan pengalamannya di
tempat bersejarah seperti Baitulmuqaddis. Di Syam, beliau membuat pemerhatian tentang
tinggalan kerajaan Umayyah sehinggalah tercapai hasratnya untuk menunaikan haji di Makkah.
Seterusnya, peringkat kedua pelayaran Ibnu Battutah ialah perjalanan pulang dari kota
Makkah, lokasi awal yang ditujuinya ialah selatan Iraq. Dalam perjalanan ini, beliau telah
menempuh pelbagai cabaran ketika menyeberangi Sungai Furat dan Dajlah. Setelah tiba
ditempat yang ditujui,beliau kembali semula ke kota Makkah.
Pada peringkat yang ketiga pula perjalanan Ibnu Battutah bermula dari Makkah ke Yaman,
diikuti Afrika Timur, Oman, Bahrain, Sudan, Mesir utara,Turki hinggalah sampai ke
constantinople. Di Turki, beliau telah mengiringi rombongan yang dihantar oleh Uzbek Khan
untuk menemui Kaisar Byzantine dan beliau turut diberikan penghormatan oleh pemerintah kota
tersebut.
Peringkat terakhir Ibnu Battitah dalam pelayarannya bermula dari Turki ke India melalui
Bukhara, Samarkand, Khurasan dan Afghanistan. Di India, beliau telah dilantik sebagai kadi
sewaktu pemerintahan kerajaan Tuhgluq dan sempat meninjau pelbagai adat resam dan
kebudayaan masyarakat India. Pengembaraan ke benua Asia diteruskan ke china. Dalam
perjalanan ke negara tersebut, beliau telah singgah di Sumatera dan Jawa.
Setelah pulang mengembara dari China dan tiba di Maghribi, beliau sekali lagi memulakan
perjalanan merentasi Laut Mediterranean menuju ke Andalus dan balik semula ke Maghribi
sebelum menjelajah sekali lagi merentasi gurun Sahara untuk sampai ke Sudan dan beberapa
buah negeri di AfrikaIbnu Battutah atau nama sebenarnya Muhammad bin Abd Allah al-Lawati
dilahirkan
53. CIRI-CIRI SENI BINA ISLAM DI ANDALUSIA PADA ABAD KE 13 M.
Seni bina bermaksud bidang seni untuk mendirikan bangunan , reka bentuk, reka letak
yang dibina oleh manusia. Alfred Frazer berpendapat, seni bina islam merupakan gambaran
dari sudut agama,dan tumpuannya ialah pada bangunan masjid, madrasah, istana, pasar dan
rumah kediaman.Seni bina islam merupakan gabungan unsur-unsur daripada bangsa parsi,
Roman, Turki dan Byzantine. Merupakan hasil usaha serta kreativiti orang islam untuk
memenuhi keperluan jasmani dan rohani memandangkan kejiwaan manusia sangat dipengaruhi
oleh rohaninya.
Ciri-ciri seni bina Islam di Andalusia pada abad ke-13M ialah pembinaan menara.
Terdapat dua buah menara (tower) yang tinggi dan berkilau yang dibina di ata banjaran Sierra
Nevada. tujuan binaan menara untuk melihat keindahan kota Granada yang dikelilingi taman-
taman bunga dan pohon buah-buahan yang menghijau. istana didirikan Menara untuk
memantau sebarang pergerakan yang mencurigakan iaitu untuk keselamatan.
Ciri-ciri yang seterusnya adalah ruangan khas. ruangan khas atau bilik yang mempunyai
fungsi tersendiri. contohnya istana al- Hamra’ yang mempunyai beberapa bilik khas, dewan
besar dan halaman yang dihiasi kolam air pancut dan taman, 128 batang tiang bulat daripada
marmar, ruang duta, ruang persalinan permaisuri, ruang persiraman diraja dll. Berfungsi untuk
keselesaan dan keindahan.
Selain itu, mempunyai nilai keindahan ukiran kaligrafi yang mengandungi ayat-ayat al-
Quran, puji-pujian, gelaran pemerintah dsb. contohnya binaan Masjid al- Mulk yang didirikan
oleh Sultan Muhammad II. Di pintu masuk tertulis tulisan Arab ‘Azza Maulana al-Sultan
Abdillah.’ Dan di bawahnya terdapat syair yang menyentuh kemurniaan agama Islam.
dibahagian dinding masjid diukir hiasan yang berselang dengan ayat al-Quran. mihrab masjid
pula dipenuhi hiasan berwarna emas dan struktur mihrab bertahtakan permata zamrud, yaqut
dsb.
Akhir sekali, ciri-ciri seni bina Islam kerajaan Andalusia abad ke-13M ialah kategori
kesenian. Terdapat dua jenis keseniaan di Granada iaitu keseniaan yang lahir di Granada
dikenali sebagai kesenian Granada dan keseniaan di luar Granada dikenali sebagai Mudejar.
kesenian di luar Granada dihasilkan oleh orang Islam dan bukan Islam abad ke-13 dan 14.
contohnya Alcazar di Seville. Kesenian di Granada pula melambangkan seni bina dan reka
bentuk Islam kerana dihasilkan oleh seniman-seniman Islam. Contohnya istana alhambra’.
Kesimpulannya, kemampuan kerajaan Islam Nasriyyah membina bangunan yang
mempunyai nilai kesenian yang unik yang menggabungkan seni Islam dengan seni-seni
tempatan asing menggambarkan nilai ketamadunan yang tinggi. Bangunan-bangunan ini telah
dimanfaatkan oleh orang kristian apabila kerajaan Islam Andalus dihancurkan oleh tentera
Kristian selepas itu.
54. Huraikan ciri-ciri kesenian Islam di India pada zaman Kerajaan Mughal
Seni bina bermaksud bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk,dan reka letak
yang dibina oleh manusia. Pemerintahan kerajaan Moghul di India berakhir pada tahun 1857 M apabila
British bertindak membuang negeri pemerintahnya yang terakhir, iaitu Bahadur Shah 2. Antara tokoh
terhebat dalam kerajaan ini yang menyumbangkan kemajuan khususnya dalam bidang seni bina ialah
Syah Jehan (1627-1658 M).
CIRI-CIRI SENI BINA INDIA
Ciri-ciri seni bina kerajaan Mughal di India antaranya ialah bangunan masjid yang didirikan
dilengkapi dengan menara-menara yang dihiasi indah terutama dengan seni khat Arab. Unsur-unsur lain
ialah terdapatnya kubah-kubah bentuk baharu berupa bunga teratai yang mempunyai puncak yang
meruncing. Binaan sebegini menggambarkan gabungan bentuk kubah gaya Parsi dengan gaya tempatan.
Pada zaman kekuasaan kerajaan Moghul ini terbina yang besar dan istana yang didirikan dalam
sesebuah komplek, contohnya Masjid Lapan Mutiara di Agra.
Kubur/ Makam Diraja
Monumen lain yang terdapat pada zaman kekuasaan kerajaan Moghul ialah Kubur atau tempat
pemakaman raja-raja dan kaum kerabatnya. Bangunan yang didirikan tersebut diturap dengan
menggunakan bahan-bahan merah yang kekal lama. Kebiasaanya bangunan berkenaan dilengkapi dengan
menara yang didirikan secara khusus serta berdiri secara bersendirian, iaitu terpisah dari kesatuan
bangunan yang menjadi induknya.
Taj Mahal
Binaan yang paling mengagumkan pada zaman kekuasaan kerajaan Moghul iaitu Taj Mahal.
Bangunan ini dibina di Agra sebagai tanda cinta dan kasih Syah Jehan dan isterinya, Mumtaz Mahal.
Bangunan ini didirikan dihujung sebuah kolam yang luas dengan pintu masuk berbentuk lengkuk awan
yang menawan. Di bangunan tersebut juga didirikan masjid-masjid yang seolah-olah mempunyai tiga
hingga tujuh buah mihrab yang dibina bersebelahan. Terdapat juga masjid-masjid lain yang berdinding
tebal, tiada tingkap, dan dibuat kosong tanpa sebarang hiasan. Identitinya hanya terlihat pada kubahnya
yang runcing sahaja. Berkaitan dengan pembinaan istana, binaannya hampir sama sebagaimana masjid,
iaitu terdapat istana di Fathpur Sikri yang didirikan oleh Akhbar diperbuat daripada batu merah yang
disusun dengan saiz yang agak besar. Sebuah gapura yang dibina sebagai pintu masuk menyerlahkan
kehebatan binaan ini. Di sekeliling istana, terdapat tembok batu yang mempunyai ruang tempat
bersemayam pemerintah yang juga merupakan ruang rasmi pemerintah.
Kompleks ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik. Terdapat juga pintu gerbang yang terpisah oleh
sebuah lorong dan terdapat juga satu kawasan lapang yang memisahkan pintu gerbang kedua dengan
bangunan istana. Dari segi bahan binaan, kebanyakannya menggunakan bahan yang berkualiti seperti
marmar dan batu merah. Permukaan dinding bangunan pula dihiasi dengan lukisan mozek yang indah,
seramik serta lukisan-lukisan dari teknik stucco.
Kota Merah, Delhi (Kubu Merah/Red Fort)
Kota Merah atau nama sebenarnya Lal Qil’ah atau Qila-Mubarak (Kota yang dirahmati). Kota ini ialah
istana bagi Maharaja Moghul serta menjadi pusat pentadbiran Delhi sehingga tahun 1857. Penggunaan
warna batu bata merah yang memperlihatkan skema warna ‘Monokrome’ digunakan untuk membinanya.
Kota atau kubu ini terletak kira-kira 2.5km dari Taj Mahal terletak di tepi sungai Jumna. Pembinaannya
bermula pada 1638 oleh pemerintah Moghul ke-5, Maharaja Shah Jahan (orang yang sama membina Taj
Mahal) dan mengambil masa selama 10 tahun untuk disiapkan (1648). Kota Merah ialah binaan kubu
sepanjang 2km yang pernah berfungsi sebagai tembok pertahanan terpenting penduduk Kota Delhi
daripada serangan sejak zaman-berzaman. Kubu ini dibina dengan sungai menakung air disekelilingnya
sebagai benteng pertahanan daripada dicerobohi musuh. Monumen ini memperlihatkan seni bina
campuran daripada keindahan seni bina Parsi dan bentuk-bentuk seni bina India. Selain itu, bengunan
yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO itu juga adalah bekas kediaman keluarga diraja
Moghul.
Masjid Jama, Delhi
Tidak jauh dari Kota Merah (Red Fort) tersergam indah sebuah masjid dari kurun ke-17 iaitu Masjid
Jama yang dibina oleh pemerintah Moghul yang sama iaitu Shah Jahan untuk puterinya Jahanara Begum.
Maharaja Shah Jahan dikatakan meletakkan batu asas masjid ini di puncak sebuah bukit pada tahun 1650.
Nama asal Masjid Jama ialah I Jahan Numa (dalam bahasa parsi bermaksud Masjid Cermin Dunia) dan kini
lebih dikenali dengan nama Masjid Jama. Masjid ini terletak di atas sebuah bukit yang dikenali sebagai
Bhojla kerana maharaja mahukan monument masjid ini lebih tinggi kedudukannya daripada takhtanya di
dalam Kota Merah yang terletak berhadapan dengan Masjid Jama. Kehebatan binaan itu kekal sehingga
hari ini sebagai masjid terbesar di India yang menjejaki usia 356 tahun atau satu-satunya masjid yang
mempunyai Iman Diraja untuk mengetuai sembahyang semenjak 13 generasi. Pembinaan Masjid Jama
yang memakan masa selama 6 tahun dengan kerahan tenaga seramai 5000-6000 penduduk Islam dan
masjid ini dapat disiapkan pada tahun 1656.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kerajaan Moghul memberikan sumbangan besar dalam bidang kebudayaan
khususnya dari aspek seni bina. Ia bukan sahaja menggunakan bahan yang kukuh bahkan yang paling unik
menggabung nilai-nilai kesenian Islam dengan unsur tempatan Parsi.
55. Sejauh manakah kelemahan sistem politik dalaman menyebabkan kejatuhan kerajaan Turki
Uthmaniyah pada awal abad ke 20M.
Kerajaan Turki ini diasaskan oleh Uthman Ertoghul dalam bidang pemerintahan kemudian
diwariskan kepada puteranya Osman. Kerajaan ini mendapat nama sempena daripada nama ketua
Turki iaitu Osman. Kerajaan Turki Uthmaniyah ini mengalami zaman kemerosotan pada peringkat
terakhir pemerintahan Sultan Sulaiman Agung. Orang Barat menganggap zaman itu sebagai The
Sick of Europe.
Salah satu faktor yang menyebabkan kejatuhan di kerajaan Turki ini ialah disebabkan
kelemahan pemerintah di kerajaan tersebut. Kerajaan mereka mempunyai pemimpin yang silih
berganti dan sering berlaku masalah perebutan takhta dalam kalangan pembesar dan juga
pemerintah. Pada ketika itu sistem syura tidak diamalkan dan pemilihan pemimpin adalah
berdasarkan kuasa mendorong kearah peperangan antara putera-putera raja yang menyebabkan
ketidakstabilan politik dan kepimpinan yang menurun. Hal ini telah menyebabkan perang saudara
berlaku sehingga akhir abad ke 18M, empat orang sultan dibunuh dan lima orang lagi disingkirkan
secara paksaan.
Selain itu, disebabkan sultan mereka mengamalkan kehidupan yang hidup bermewah mewah
secara berlebihan. Hal ini dikatakan demikian kerana sikap sultan mereka yang mementingkan
hiburan dan kesenian yang boleh mengakibatkan berlakunya keruntuhan moral. Sebagai contoh
Sultan Murad III yang dikuasai oleh nafsu dan mempunyai 118 orang anak. Kebanyakannya sultan
ini tidak berasal dari bangsa Turki yang sejati tetapi sebaliknya daripada permaisuri-permaisuri
Kristian yang ditawan. Oleh sebab itu mereka tidak berfahaman Islam sejati seperti nenek moyang
mereka dahulu. Atas kurangnya fahaman Islam sejati di dalam diri, mereka telah menyebabkan
dirinya lalai dibuai dengan kebendaan.
Kelemahan dalam sistem ketenteraan juga merupakan salah satu penyumbang kepada
kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah. Kemerosotan ini bermula dengan kelemahan disiplin
ketenteraan dalam kalangan pegawai atasan. . Hal ini disebabkan oleh pertandingan ketenteraan
yang sebenarnya telah ditinggalkan yang menyebabkan putera-putera raja yang berpotensi telah
disisihkan dan memilih putera sulung kerana perkara ini memberi kebebasan kepada para pegawai.
Hal ini dapat dibuktikan dengan perlantikan Bayezid I dan Salim II yang dipilih bukan berdasarkan
kemampuan yang unggul. Kelemahan dari aspek ketenteraan juga dapat dilihat melalui
penghapusan aristokrasi tentera lama yang menjadi saingan kepada kuasa kerajaan. Penghapusan
ini menyebabkan sistem tentera hamba menjadi terbatas kerana seksyen ketenteraan yang dominan
dalam angkatan tentera telah membenarkan anak-anak pegawai mendapat pangkat lantas
menghapuskan asas disiplin dalam tentera.
Di samping itu faktor kejatuhan ini berlaku akibat daripada gejala rasuah yang wujud pada
Kerajaan Turki Uthmaniyah. Rasuah telah menyerap dalam kalangan pegawai atasan
menyebabkan pentadbiran menjadi lumpuh disebabkan pemimpin yang tamak. Hal ini dapat
dibuktikan apabila Sulaiman sendiri meminta hadiah daripada orang yang hendak dilantiknya pada
waktu perlantikan dan mereka juga perlu juga berbuat demikian pada peringkat bawahan.
Pemerintahan Sultan Mustafa IV terbeban kerana cukai yang tinggi untuk memperkayakan
individu dan dilantik untuk mengutip cukai dan memberi hadiah kepada pembesar yang
membantunya memperoleh jawatan berkesan.
Akhir sekali, kelemahan dalam sistem pendidikan. Proses Tanzimat telah mewujudkan
banyak sekolah-sekolah secular menggantikan sekolah yang berpendidikan Islam. Pendidikan
sekular ini tertumpu kepasa karya sastera tertentu, arena persuratan yang berkembang maju dan
terjemahan daripada fiksyen Barat. Pada tahun 1866, Kementerian Pelajaran Umun ditubuhkan
untuk menyelia sekolah sekular. Negara Barat juga mengambil peluang ini untuk menerapkan
pendidikan mereka melalui beberapa institusi pendidikan. Situasi ini makin menggalakkan
penerapan idea nasionalisme, kapitalisme, imperialism terhadap masyarakat sehingga
menyebabkan sentiment perkauman semakin menebal.
Kesimpulannya, Turki Uthmaniyah mempunyai sorotan sejarahnya yang tersendiri yang
telah melalui era kegemilangan, kemerosotan yang akhirnya membawa kepada kejatuhan.
Kedudukan kuasa Turki Uthmaniyah yang besar dan luas pada suatu ketika dahulu telah hilang
sama sekali pada penghujung abad ke-18 dan yang tinggal hanya beberapa daerah kecil yang masih
berada di bawah taklukan Sultan Turki.
56. BINCANGKAN GERAKAN TANZIMAT DAN KESANNYA TERHADAP
PENTADBIRAN KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH PADAABAD KE-19M.
Tanzimat bermaksud satu gerakan pembaharuan atau reformasi, penyusunan semula dan
pembaik pulih yang dilakukan oleh pemerintah kerajaan Uthmaniyah bermula pada tahun 1839
hingga 1876. Era tanzimat berlaku pada tahun 1839 M sehingga 1918 M. Tanzimat bermula
dengan pengisytiharan piagam Hatt-I Sherif Gulhane oleh Sultan Abdul Hamid pada 3 November
1839M dan berakhir setelah Sultan Abdul Hamid II bertindak menggantungkan perkembangan
Uthmaniyah pada 7 Februari 1878 M. Piagam bertujuan untuk melindungi Uthmaniyah dari
gerakan pembebasan berpaksikan bangsa nasionalis dan supaya berwaspada dengan kuasa pihak
luar yang ingin melakukan penjajahan ke atas wilayah mereka. Pembaharuan dilakukan dalam 3
aspek iaitu politik, ekonomi dan sosial.
Pembaharuan yang dilaksanakanoleh Sultan Salim III adalah menyeluruh iaitu
merangkumi aspek politik, ekonomi dan sosial. Namun begitu, pemantapan dalam aspek politik
khususnya bidang ketenteraan diberi keutamaan dan perhatian. Hal ini demikian kerana, bidang
ketenteraan merupakan sumber kekuatan kerajaan Uthmaniyah. Antara pembaharuan dalam
aspek politik adalah melakukan pembaharuan dalam sektor pentadbiran. Dengan menjalankan
polisi pemusatan pemerintahan terhadap pemerintahan wilayah. Selain itu, pembaharuan dalam
aspek ketenteraan era tanzimat memperlihatkan tentera terlatih sultan dibahagikan kepada 6
bahagian mengikut wilayah. Seterusnya, era tanzimat menyaksikan satu kewujudan sistem
undang- undang yang dapat diterima oleh semua rakyat kerajaan Uthmaniyah tanpa mengira
agama, kepercayaan dan kedudukan.
Dari aspek ekonomi ialah memperkenalkan mata wang baru. Pada tahun 1839 M,
kerajaan Uthmaniyah memperkenalkan mata wang baru iaitu Gaima dalam bentukwang kertas
dan wang syiling emas serta perak pada tahun 1844 M. pada tahun 1853 M, bank Uthmaniyah
bercirikan perbankan Eropah ditubuhkan di Istanbul dan bank diraja Istanbul ditubuhkan pada
tahun 1848 M.
Aspek sosial pula ialah Sultan Mahmud II memperkenalkan beberapa bidang kessenian
Barat dalam masyarakat kerajaan Uthmaniyah seperti muzik, opera dan tarian balet. Kesenian ini
kebiasaannya dimainkan oleh warga kedutaan luar dan di import masuk dalam sistem ketenteraan.
Bidang pendidikan juga turut mengalami perubahan melalui 6 saluran. Antara Saluran tersebut
ialah melalui pendedahan yang luas terhadap pemodenan Barat, pengalaman seseorang, pekerjaan,
pengembaraan, pembacaan dan perbincangan antara pemimpin atau sarjana. Pada tahun 1838 M,
sekolah pendidikan sekuler itu Mekteb-I Maarif ditubuhkan. Kebanyakan para pemimpin terkenal
adalah keluaran sekolah berkenaan. Pembaharuan dalam
bidang pendidikan memperlihatkan transformasi yang menyebabkan pertentangan antara
pendidikan agama dengan sekular.
Manakala kesan daripada gerakan tanzimat ialah meningkatkan aktiviti perdagangan. Pada
tahun 1838, peraturan perdagangan yang memberi hak keistimewaan telah diperbaharui
khususnya kepada pihak British. Kesannya, jumlah perdagangan kerajaan Uthmaniyah dan Barat
semakin meningkat. Sebagai contoh, jumlah import kerajaan Uthmaniyah dari Britain pada tahun
1825 M adalah sebanyak 1,079,671 paun dan meningkat kepada 3,578,561 paun pada tahun 1839
M. barangan seperti kapas, kain, bulu biri-biri dan gula menjadi barangan utama yang diimport
dari Britain. Barangan mentah seperti akar kayu, sutera mentah dan anggur kering dieksport ke
Britain.
Kesan lain ialah berlaku peningkatan terhadap peluang pekerjaan. Kerajaan Uthmaniyah
memperkenalkan projek pertanian di Yesilkoy bagi menghasilkan tanaman baru berdasarkan
kepada teknologi pertanian Perancis dan pakar pertanian dari Amerika. Kerajaan Uthmaniyah
turut membina kilang kain di Damascus bagi menghasilkan kain yang berkualiti dan bermutu
tinggi, masyarakat Uthmaniyah telah memperkenalkan pelbagai corak kain, permaidani, sutera
dan benang emas.
Kesimpulannya, pembaharuan ini menyaksikan perubahan polisi dari Barat. Yusof Al-
Qardawi berpendapat bahawa tidak salah umat islam mencontohi Barat dalam perkara baik.
Namun begitu, pembaharuan yang dilaksanakan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial oleh
pemerintah dilihat dari sudut positif dan negatif. Hal ini demikian kerana, kemajuan fizikal oleh
tamadun Barat mengatasi pembangunan kerohanian terhadap masyarakat islam. Kesannya,
kebudayaan diterap oleh masyarakat islam hingga hilangnya identiti islam. Bahkan,
pembaharuan ini menjadi satu faktor kepada pembubaran khilafah dalam sejarah tamadun islam.
Walaubagaimanapun, pembaharuan yang dilakukan mewujudkan pembangunan fizikal,
perkembangan intelektual yang menakjubkan dan merupakan usaha untuk memajukan aspek
ekonomi, politik dan sosial demi mengembalikan kegemilangan kerajaan Uthamniyah.
57. Peluasan kuasa barat ke atas kerajaan Turki Uthmani
Bincangkan.
PENGENALAN
Sejak akhir abad ke-15 masihi, bangsa Eropah mula melancarkan gerakan peluasan
pemindahan dan penempatan rakyat mereka sendiri di tanah-tanah baharu. Akhirnya
Portugis, Sepanyol, Britain, Belanda dan Perancis sanggup mengharungi lautan yang
kawasan yang telah dirancang dari awal. Menurut sumber sejarah, kerajaan Turk
Uthmaniyah merupakan sebuah empayar Islam terbesar yang memerintah lebih 600 t
ISI 1
Kepesatan sektor perindustrian yang berlaku di Eropah pada abad ke-18
menyebabkan kuasa-kuasa barat tidak ada pilihan selain melaksanakan
dasar peluasan kuasa bagi memenuhi kehendak Revolusi Perindustrian.
Pada zaman Revolusi Perindustrian, sesebuah negara tidak lagi
bergantung kepada hasil keluaran perindustrian seperti makanan dalam
tin, alat-alat elektrik dan kereta. Perubahan yang berlaku in i merupakan
satu transformasi yang memperlihatkan sesetengah kawasan pertanian
menjadi kawasan perindustrian. Manakala penciptaan jentera atau enjin
berkuasa wap merupakan salah satu perkembangan penting dalam proses
perindustrian di peringkat awal. Sejak awal, kilang-kilang besi
bergantung kepada penggunaan kayu arang untuk melebur besi tersebut.
ISI 3
Perkembangan Revolusi Perindustrian disemarakkan lagi dengan
kemajuan bidang pengangkutan. Sistem pengangkutan bukan sahaja
melibatkan pengedaran bahan mentah dan barangan siap dalam negara
tetapi juga menjana urusan eksport dan import. Penciptaan lokomotif
enjin berkuasa oleh George Stephenson pada awal abad ke-19 memberi
kesan yang hebat. Selain itu, sistem pengangkutan di laut dipertingkat
iaitu kapal menggunakan enjin berkuasa wap direka bagi menggantikan
kapal layar.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, peluasan kuasa barat ke atas kerajaan Turki Uthmaniyyah telah
berjaya mempengaruhi perindustrian di tanah Turki seperti penciptaan jentera ata
seberang laut.
iyyah adalah disebabkan oleh Revolusi Perindustrian.
n kuasa barat secara besar-besaran melalui bidang perdagangan, kebudayaan, politik,
a pada abad ke-20, seluruh dunia berada di bawah cengkaman pengaruh barat. Bangsa
g luas untuk belayar dari Eropah Barat bagi menemui kawasan baharu dan menakluki
ki Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman Ertughrul pada tahun 1280. Kerajaan Turki
tahun.
ISI 2
Menjelang abad ke-18, bekalan kayu khususnya di Britain berkurangan. Para
usahawan telah menggunakan arang batu sebagai gantian. Dalam proses penggalian
arang batu, timbul masalah takungan air di dalam lubang yang telah digali. Masalah
ini dapat diatasi apabila Thomas Newcomen mencipta enjin berkuasa wap pada
tahun 1702. Selain itu, enjin berkuasa wap telah digunakan secara meluas di
lombong-lombong arang batu. Oleh yang demikian, arang batu dapat dihasilkan
dengan banyak lagi. Rekaan ini menguntungkan pengusaha besi yang memerlukan
banyak arang batu.
ISI 4
Rekaan kapal laut menggunakan enjin berkuasa wap telah dapat membantu
kuasa-kuasa eropah mengharungi lautan untuk meluaskan kuasa dan
mewujudkan pusat perdagangan di seberang laut. Dengan itu perdagangan
dalam negeri dapat diperluas ke serata dunia. Penggunaan kapal berkuasa
wap bukan sahaja membolehkan muatan yang banyak tetapi juga
mempercepat tempoh perjalanan ke sesuatu destinasi dan dapat memberi
arahan kepada pegawai-pegawai mereka dengan lebih cepat dan berkesan
di mana-mana wilayah turki Uthmaniyah.
menyebabkan berlakunya Revolusi Perindustrian. Kuasa barat telah
au enjin berkuasa wap, pengangkutan mengadakan perdagangan di
58. Analisiskan perjuangan Gerakan Uthmani Muda semasa pemerintahan Kerajaan Turki
Uthmaniyah pada abad 19 hingga awal abad ke 20
Pendahuluan
Uthmani Muda atau Uthmani baru dalam bahasa Turki dikenali sebagai Yeni Osmanlilar
merupakan pelopor yang memperjuangkan sistem khalifah berperlembagaan.Perjuangan ini
diteruskan pula oleh golongan Turki Muda.Kebebasan yang diberikan pihak kerajaan
Uthmaniyah telah digunakan oleh golongan ini untuk mengkritik dasar dan polisi kerajaan
yang melihat hak rakyat dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Matlamat kedua - dua gerakan ini adalah menukar sistem pemerintahan khalifah yang
berkuasa mutlak kepada khalifah berperlembagaan
Isi -isi penting
1. Pemerintahan demokrasi
Namik Kemal termasuk salah satu daripada pemikir terkemuka Utsmani Muda atau bias
dikatakan sebagai penggerak utama kelompok ini.Namik Kemal melihat bahwa mundurnya
kerajaan Utsmani disebabkan oleh ketidakberesan pada sektor ekonomi dan politik.
Pemerintahan demokrasi menurut Namik Kemal tidak bertentangan dengan Islam, karena
dalam Islam terdapat prinsip kemaslahatan umum (al-maslahat al 'ammah)merupakan dasar
demokrasi. Sistem demokrasi ini, menurutnya telah dipraktekkan olehempat Khalifah besar.
Namik menilai sistem bai'ah dalam pemerintahan khalifah
sebagai wujud kedaulatan rakyat. Untuk menunjang kelancaran di dalam mengurus Negara,
khalifah tidak boleh melanggar syariat, karena syariat sebenarnya merupakan konstitusi
yang harus dipatuhi oleh Negara. Sistem demokrasi dalam pemerintahan Islam harus
diperkuat dengan dasar musyawarah. Oleh itu,pentingnya piagam khalifah Islam supaya
bebas berfikir,juga kedaulatan rakyat Dan sistem kerajaan dapat dilakukanmelalui rundingan.
2.pembaharuan perundangan
Pada tahun 1877 terjadi perang antara kerajaan Utsmani dengan Rusia. Kejadian ini
membuka kesempatan Sultan Abdul Hamid II untuk mengumumkan Negara dalam
keadaan bahaya (darurat). Dengan dalih Negara dalam keadaan darurat ini, Sutan
membubarkan parlemen. Pada tanggal 14 Februari Sultan juga membekukan konstitusidan
mengasingkan orang-orang yang dianggap berbahaya, termasuk Midhat Pasya. Sejak itulah
sampai meningganya tahun 1883, midhat Pasya tidak lagi terdengar kiprah
politiknya.Kegagalan Utsmani Muda dalam menancapkan sistem konstitusional dalam
pemerintahan Kerajaan Utsmani membuat mereka bukan hanya dianggap gagaldalam
usaha pembaharuan, akan tetapi lebih dari itu membuat mereka hilang dari arena
pembaharuan di Kerajaan Utsmani pada abad ke-19. Kegagalan Utsmani Muda ini segera
disusul dengan munculnya kelompok baru yang kemudian menamakan diri Turki
Muda (Young Turk).Pada akhirnya, keinginan Utsmani Muda untuk memberlakukan sistem
konstitusional di Kerajaan Utsmani dan meruntuhkan dominasi Sultan yang absolute baru
terwujud kemudian atas usaha Mustafa Kamal. Mustafa Kamal berhasilmenggulingkan
dominasi Sultan dan berhasil mendirikan Negara Turki Modern yang konstitusional.
3.penerbitan akhbar Tasvir Al Afkar
Atas bantuan dari pangeran Murad (kemudian menjadi sultan Nurad V) dan pabgeran
Mutafa Fazil dari Mesir Sinasi menerbitkan akhbar Tasvir Al Afkar (deskripsi idea-idea)
tahun 1861-1870 yang segera menjadi forum terkenal untuk mengekpresikanbentuk-bentuk
sastra baru dan idea-idea politik."Akhbar ini kebanyakan berpengaruh dalam kebangkitan
kaum intelektual di kerajaan Usmani pada abad ke 19.Sinasi kemuadian meninggalakan
Tasvir Al Efkar kepada Naik Kemal, seorang kolega mudanya,dan terbang ke Perancis
menghabiskan masa empat tahun berikutnya dalam pencarian- pencarian sastra. Dia
kembali ke Istanbul hanya sebentar sebelum dia meninggal karena tumor otak tahun 1871."
Dari tulisan-tulisanya yang berbau sastra seperti diatas sinasi banyak mengungkap hak-hak
rakyat pendapat umum, kesadaran nasional, pemerintahan konstitusional, dan sebagainya.
Meskipun pada masanya Siansi tidak berhasil banyak dalam merubah kondisi
pemeintahan Usmani, akan tetapi tulisan -tulisanya banyak memberikan inspirasi kepada
penerusnya dari Usmani Muda untuk mewujudkan cita-cita perkumpuilan ini semula.
4.penubuhan Dewan perwakilan
Menurut pendapat Ziya Pasha, untuk menjadi negara maju kerajaan Usmani harus
memakai sistem pemerintahan konstitusional sebagaimana yang berlaku di negara-
negara Erofa lainnya. Dalam sistem pemerintahan konstitusional harus ada Dewan
Perwakilan Rakyat. Untuk alasan ini Ziya mengajukan hadis Nabi "perbedaan pendapat
dikalangan umatku merupakan rahmat dari tuhan". Perbedaan pendapat yang terjadi di
tengah-tengah rakyat serta kritik terhadap pemerintah ditampung dalam DPR kemudian
dijadikan pedoman unttuk menghasilkan kebijakan pemerintah untuk kepentingan seluruh
rakyat." Ziya juga berpendapat bahwa di dalam mengadakan pembaharuan tidakharus
meniru barat dalam segala-galanya. Ziya menentang pendapat yang mengatakanbahwa
Islam merupakan penghalang bagi kemajuan. Oleh karena itu, meskipun Ziya tampak
meminjam model lembaga konstitusional barat, dia tidak lupa menjastifikasinyadengan
pesan alquran dan hadis.
5.perlembagaan
Meskipun tokoh-tokoh Utsmani muda berhasil menggulirkan konstitusi tersebut tidak sesuai
dengan keinginanmereka semula maka justru menjadi boomerang bagi mereka.Beberapa
pasal yang terdapat dalam konstitusi tesebut masih memberikan kekuasaanyang terlalu
besar bagi Sultan sehingga dapat menekan gerakan Utsmani muda.
Misalnya pasal 3 berbunyi: kedaulatan berada ditangan Sultan; pasal 4: Sultan bersifat suci
dan tidak bertanggung jawab atas perbuatannya; pasal 7: hak-hak Sultan Antara lain
mengangkat dan memberhentikan menteri-menteri, mengadakan perjanjian internasional,
mengumumkan perang, mengadakan damai dengan Negara-negara lain, dan membubarkan
parlemen; selanjutnya menurut pasal 54: rencana undang-undang baru dapat menjadi
undang-undang kalau sudah disetujui oleh Sultan; dan pasal 113: Sultan mempunyai
kekuasaan mengumumkan keadaan darurat jika dipandang perlu danberhak menangkap
serta mengasingkan orang-orang yang dianggap berbahaya bagi Negara.
Kesimpulan
Kemunculan Gerakan Uthmani Muda berkait rapat dengan pembaharuan yang dilakukan
oleh kerajaan Uthmaniyah. Era Tanzimat yang banyak mengikut acuan Baratmenjadi
pendorong gerakan ini. Reaksi yang diberikan ialah supaya kerajaan melaksanakan sistem
kerajaan berpelembagaan.
59. Nilaikan sumbangan Muhammad Ali Pasha dalam gerakan pembaharuan Mesir pada
abad ke-19 masihi.
Muhammad Ali Pasha lahir pada Januari 1765 masihi di Kawalla, utara Yunani dan
meninggal di Mesir pada tahun 1849. Walaupun tidak bersekolah beliau adalah seorang panglima
tentera yang berjaya bebaskan Mesir daripada kuasa Napoleon. Muhammad Ali menjadi penguasa
Mesir disebabkan kebijaksanaannya. Kearifannya mewujudkan keamanan di Mesir. Terdapat
pelbagai program pembangunan dan pembaharuan dilakukan antaranya bidang Ketenteraan,
Pentadbiran, Pendidikan dan Ekonomi. Berikut merupakan sumbangan Muhammad Ali Pasha
dalam gerakan pembaharuan Mesir pada abad ke 19 Masihi.
Sumbangan Muhammad Ali Pasha dalam pembaharuan bidang ketenteraan adalah angkatan
tentera mesir di susun semula menjadi lebih berdisiplin dan teratur. Tentera yang tidak mematuhi
arahan akan diganti dengan tentera petani Mesir dan Albania. Terdapat jurulatih tentera dari barat
dijemput untuk melatih tentera Mesir. Kolej Military atau Ketenteraan pada tahun 1815 di Aswan
ditubuhkan bagi melatih dan meningkatkan kemahiran tentera. Mereka berjaya menguasai Utara
Sudan ,Levant dan Lubnan. Tegasnya, dengan adanya pembaharuan ini mereka berjaya
mematahkan pemberontakan al- Muwahiddun Wahhabidi Hijaz 1818.
Sumbangan seterusnya adalah pembaharuan dalam bidang pentadbiran. Pembentukan kumpulan
pemerintah Mesir bangsa Turki & Mesir. Pegawai elit menguruskan pentadbiran negara dan
mengutip cukai. Muhammad Ali membaiki hubungan dengan negara barat antaranya adalah
Perancis, Itali, Britain, Austria. Dengan itu terjalinlah hubungan baik antara negara
tersebut.Terdapat juga pelajar yang di hantar belajar ke luar negara dan ada juga tenaga pakar
dibawa masuk dari negara ini.Oleh itu, berlakunya pemindahan teknologi dan ilmu bagi
mempercepatkan proses pemodenan di Mesir. Golongan ulama diketepikan kerana dianggap
sebagai penghalang usaha pembaharuan.
Selain itu, sumbangan Muhammad Ali Pasha dalam pembaharuan bidang pendidikan. Beliau
menubuhkan institusi pendidikan iaitu kementerian pendidikan, sekolah rendah, maktab tentera,
sekolah teknik dan sekolah perubatan. Guru-guru yang bertugas dalam bidang pendidikan adalah
guru khas yang berasal dari Eropah. Clot Bey iaitu pakar kedoktoran dari Perancis telah dilantik
sebagai Pengarah Sekolah Tinggi Kedoktoran. Terdapat pelajar yang dihantar ke luar negara
seramai 28 orang Itali , 319 orang Paris dan 89 orang Perancis. Kokurikulum mengikut tuntutan
zaman supaya tidak ketinggalan dengan ilmu pengetahuan & teknologi di Eropah. Tegasnya,
dengan pembaharuan ini, lahirnya seorang tokoh bernama Jahaluddin Al-Afghani dan Muhammad
Abduh yang mampu melakukan penterjemahan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.
Akhir sekali, sumbangan melalui pembaharuan dalam bidang ekonomi. Sistem pengairan
telah ditambahbaikan supaya tanah menjadi subur. Tanaman baru dikenalkan seperti benih kapas
dari India dan Sudan. Selain itu, terdapat juga pelaksanaan kerahan tenaga yang melaksanakan
sistem monopoli berkaitan dengan hasil pertanian. Cukai juga dikenakan kepada setiap petani dan
terdapat pembelian hasil usaha petani dengan harga yang murah lalu ada yang membelinya dan
menjualnya kepada pedagang dengan harga yang lebih tinggi. Tegasnya, Pembaharuan ini kurang
berjaya kerana telah menambahkan kesempitan dan kesulitan kepada penduduk di Mesir oleh
kerana cukai yang tinggi.
Kesimpulannya, era pemodenan Mesir bermula apabila Muhammad Ali Pasha memulakan
penguasaannya. Ketaksubannya telah mengubah lanskap Mesir dengan pembaharuan ala Barat.
Namun, beliau terperangkap dengan muslihat kuasa Barat terutama British yang memaksa
menandatangani Perjanjian London 1840.
60. Galurkan kebangkitan masyarakat Mesir terhadap penjajahan Barat pada abad 18-19.
Pada abad ke-19 M dan abad ke-20 M, kebanyakan dunia Islam berada di bawah belenggu
penjajahan Barat. Proses perluasan kuasa oleh Barat bermula semenjak abad ke-16 M hingga abad
ke-18 M. Sejak adab ke-16 M, mesir merupakan sebahagian drpd kerajaan Uthmaniyah. Namun,
pada akhir adab ke-18 M, Perancis telah menawan Mesir. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1798
M. Ekspedisi ketenteraan ini diketuai oleh napoleon Bonaparte berikutan tercetusnya revolusi
perancis.
Pada akhir abad ke 18, Perancis telah menawan mesir iaitu pada tahun 1798. Ekspedisi
ketenteraan ini diketuai oleh Napoleon Bonaparte berikutan tercetusnya revolusi Perancis. Namun
begitu PENAKLUKAN PERANCIS ke atas Mesir tidak lama, iaitu hanya sekitar tiga tahun sahaja.
Perancis kemudiannya dapat diusir keluar dari Mesir oleh tentera Uthmaniyah dengan bantuan
Britain pada tahun 1801. Walaupun penguasaan Perancis hanya sekitar tiga tahun sahaja, namun
kesan jangka panjangnya telah berjaya mengubah demografi politik Mesir.
Selain itu, PENJAJAHAN BRITAIN ke atas Mesir. Penjajahan Britain merujuk kepada
kekalahan tentera Mesir di tangan British pada bulan September 1882. Bermula pada tahun 1914-
1918, Britain mempunyai pengaruh yang kuat di Mesir. Pentadbiran Britain di Mesir pada peringkat
awal dipelopori oleh Lord Cromer yang dilantik sebagai Consul General antara tahun 1883-1907.
Dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan Britain membawa jurang besar kepada masyarakat
Mesir.
Selanjutnya, kebangkitan masyarakat terhadap KEMERDEKAAN MESIR. British terpaksa
mengeluarkan Deklarasi Unilateral 1992 yang memberi kemerdekaan separa penuh kepada Mesir.
Britain mengisytiharkan kemerdekaan Mesir pada 22 Januari 1922 dan kerajaan baru yang
ditubuhkan bersifat raja berpelembagaan. Pilihan raya pertama diadakan pada tahun 1927, tetapi
pentadbirannya hanya berlangsung dalam tempoh yang singkat. Antara tahun 1922-1936 raja
membubarkan parlimen dan pilihan raya diadakan membawa kemenangan kepada Parti Wafd.
Di samping itu, terdapat GERAKAN ISLAH IKHWANUL MUSLIMIN. Sebahagian senario
politik Mesir hasil daripada reaksi rakyat tempatan terhadap penjajahan Barat serta kejatuhan
khalifah Uthmaniyah di Turki. Hal ini dikatakan demikian kerana ia dipelopori dan ditubuhkan
oleh Hassan al-Banna pada 1928. Matlamat awalnya adalah untuk menggulingkan penguasaan
British di Mesir dan menyelamatkan rakyat daripada pengaruh pemikiran Barat. Beliau juga
menerbitkan majalah al-Manar untuk menyampaikan idea perjuangan .Oleh itu pada peringkat
awalnya ia menumpukan kepada isu-isu keagamaan, pendidikan, dan khidmat kepada masyarakat.
Kesimpulannya, penjajahan British di Mesir dan Perancis pada abad ke-19 M dan abad ke-20
M membawa kepada reaksi dan penentangan masyarakat tempatan. Kemunculan tokoh-tokoh
seperti ‘Urabi Pasha, Sa’d Zaghlul, Mustafa Kamil Pasha dan Hassan al-Banna di Mesir , mereka
telah Berjaya menggerakkan rakyat untuk bangun menentang penjajahan.
61.Nilaikan sumbangan Muhammad Ali Pasha dalam gerakan Pembaharuan Mesir pada abad
ke -19 masihi.
Selepas tamat Operasi Perancis di bumi Mesir muncul Muhammad Ali Pasha dalam
Gerakan Pembaharuan Mesir. Beliau dilahirkan pada Januari 1765 Masihi di Kawalla, Utara
Yunani dan meninggal dunia di Mesir pada tahun 1849. Walaupun beliau tidak bersekolah
beliau telah terlibat sebagai panglima tentera dalam membebaskan Mesir daripada kuasa
Napoleon. Muhammad Ali telah menjadi penguasa Mesir disebabkan oleh kebijaksanaan.
Kearifannya telah mewujudkan keamanan di Mesir dan banyak program pembangunan dan
pembaharuan dilakukan.
Salah satu daripada sumbangan Muhammad Ali Pasha adalah pembaharuan dalam
bidang ketenteraan. Beliau telah menyusun semula angkatan tentera Mesir agar lebih
berdisiplin mengikut contoh disiplin tentera Perancis. Sebagai contoh, beliau telah Menyusun
semula keanggotaan ketenteran dengan menukarkan tentera berbangsa Sudan dengan gol.
Fellahin (tentera petani Mesir ) dan Albania. Beliau turut mewujudkan Kolej Military pada
tahun 1815 di Aswan bagi memberi latihan dan kemahiran kepada pegawai tentera.
Kepimpinan beliau dalam ketenteraan telah berjaya menguasai utara Sudan, Levant, dan
Lubnan. Ketenteraan ini turut berjaya mematahkan pemberontakan al Muwahhidun Wahhabidi
Hijaz pada 1818. Jelaslah, Muhammad Ali telah memberikan sumbangan yang besar dalam
ketenteraan di Mesir.
Selain itu, Muhammad Ali telah memberikan sumbangan dalam pembaharuan bidang
pentadbiran. Beliau telah membentuk kumpulan pemerintah Mesir bangsa Turki dan Mesir
serta pegawai elit dalam sistem pentadbiran. Pentadbiran negara Mesir turut mengamalkan
pengutipan cukai. Muhammad Ali semasa pemerintahanya beliau telah membaiki hubungan
negara Barat iaitu Perancis, Itali , Britain, dan Austria agar lebih baik dengan cara menghantar
pelajar belajar di sana untuk menambahkan tenaga pakar dibawa masuk ke dalam negara.
Tegaslah, Muhammad Ali telah memainkan peranan dalam membawa pembaharuan dalam
pentadbiran Mesir pada abad ke -19.
Seterusnya, Muhammad Ali Pasha turut melakukan pembaharuan dalam bidang
pendidikan semasa abad ke -19. Beliau telah menubuhkan institusi pendidikan. Sebagai contoh,
tertubuhnya kementerian pendidikan, sekolah rendah, maktab tentera, sekolah teknik, dan
sekolah perubatan di Mesir. Bagi memastikan pendidikan yang berkualiti diberikan guru yang
bertugas merupakan orang Eropah misalnya, Clot Bey (pakar kedoktoran dari Perancis)
dilantik sebagai Pengarah Sekolah Tinggi Kedoktoran. Para pelajar turut dihantar ke luar
negara seramai 28 orang dihantar ke Itali, 319 orang dihantar ke Paris dan 89 orang dihantar
ke Perancis. Maka terlahirlah tokoh tokoh ilmuwan seperti Jahaluddin Al-Afghani dan
Muhammad Abduh. Jelaslah bahawa, Muhammad Ali mementingkan pendidikan agar
masyarakat Mesir mendapat berpengetahuan dan kemahiran.
Akhir sekali, Muhammad Ali Pasha semasa abad ke -19 beliau melaksanakan
pembaharuan dalam bidang ekonomi. Beliau telah membaiki sistem pengairan untuk
meningkatkan kesuburan tanah bagi meningkatkan hasil pertanian. Tanaman baru turut
diperkenalkan contohnya, benih kapas dari India dan Sudan. Beliau sedar akan potensi
pertanian. Oleh itu, beliau melaksanakan sistem monopoli berkaitan hasil pertanian dan
kerahan tenaga. Beliau turut mengenakan cukai kepada petani dan membeli hasil usaha petani
dengan harga yang murah kemudian menjual kepada pedagang dengan harga yang tinggi.
Namun, usaha ini kurang berjaya kerana menambahkan kesempitan hidup kepada penduduk
Mesir disebabkan cukai yang tinggi.
Kesimpulannya, era pemodenan Mesir bermula apabila Muhammad Ali Pasha
memulakan penguasaannya. Setiap pembaharuan yang dilaksanakan telah mengubah landskap
Mesir dengan pembaharuan ala barat. Namum, beliau terperangkap dengan muslihat kuasa
Barat terutama British yang memaksa tandatangani Perjanjian London 1840.
62. Bincangkan faktor-faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Syria pada abad ke 20M.
Gerakan nasionalisme dikaitkan dengan kebangkitan masyarakat tempatan dalam
menuntut kemerdekaan daripada pihak penjajah. Dalam konteks masyarakat di Syria,
kebangkitan atau kemunculan gerakan nasionalisme dikaitkan dengan usaha untuk mendapatkan
kemerdekaan serta usaha untuk meningkatkan taraf hidup dari sudut sosioekonomi. Golongan
cerdik pandai telah menerajui gerakan untuk mengembalikan maruah negara dan bangsa.
Terdapat beberapa faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Syria pada abad ke-20M.
Kemunculan semangat kebangsaan di Syria dikaitkan dengan faktor agama sama ada
faktor agama Islam mahupun faktor yang berpunca dalam kalangan bukan Islam. Gerakan
nasionalisme awal di negara ini dipelopori oleh golongan Arab Kristian yang menubuhkan
organisasi bagi menyusun perjuangan. Gerakan Arab Kristian turut mempengaruhi kebangkitan
dalam kalangan umat Islam di Syria. Keadaan di Palestine, iaitu jiran terdekat Syria
menyebabkan timbulnya kesedaran orang- orang Islam untuk membela nasib saudara seagama
yang ditindas oleh British dan usaha Yahudi untuk menguasai bumi tersebut. Hal ini
menyebabkan timbulnya kesedaran dalam kalangan orang Islam perlunya penyatuan sesama
mereka.
Di samping itu, faktor yang membawa kebangkitan semangat nasionalisme ialah
penubuhan dan peranan persatuan atau organisasi tertentu. Dalam konteks ini, orang-orang Islam
telah menubuhkan Jamiah al- Tamaddun al-Islami. Pertubuhan ini merupakan respons orang-
orang Islam berikutan kesedaran agenda politik Perancis di Syria yang memperkenalkan
pendidikan wajib. Bagi memastikan kebajikan orang-orang Islam, pertubuhan ini dianggotai oleh
ulama dan golongan cerdik pandai Islam. Pertubuhan ini telah melaksanakan pelbagai program
kebajikan termasuk menubuhkan sebuah madrasah yang mengendalikan pendidikan menengah di
Syria.
Selain itu, peranan golongan intelektual turut memainkan peranan dalam menggerakkan
semangat nasionalisme di Syria. Salah seorang golongan intelektual dalam gerakan nasionalisme
ialah Rasyid Rida. Beliau merupakan tokoh terkenal di Syria yang banyak berjuang menerusi
penulisan. Rasyid Rida menegaskan kemajuan akan dicapai jika umat Islam mengatasi
kelemahan diri. Sehubungan dengan itu, beliau menyeru umat Islam agar kembali kepada ajaran
Islam sebenar. Dalam memulihkan umat Islam, Rasyid Rida juga mementingkan aspek
pemodeman. Intihannya, beliau menegaskan keperluan ilmu-ilmu lain bagi melakukan anjakan
yang lebih positif.
Seterusnya, bidang penulisan dan sastera juga merupakan penyumbang kepada
kebangkitan semangat nasionalisme. Contohnya, Khalil Gibran telah menghasilkan puisi yang
bertemakan semangat kebangsaan dan kenegaraan. Faris Nimr telah menerbitkan majalah al-
Manar, al-Muqattam dan diikuti terbitan akhbarnya Tariqat al-Akbar yang dipelopori oleh Khalil
Huri. Perkara yang sering diutarakan dalam al-Manar ialah dakwa, idea islah, pan-Islamisme,
modenisme. Di samping itu, perkara yang meliputi bidang sosial dan budaya yang tidak dapat
dipisahkan daripada orang-orang Islam yang berhasrat memulih imej juga diutarakan.
Seterusnya, institusi pendidikan telah merangsang semangat nasionalisme di Syria. Hal
ini dikatakan demikian kerana, akademi bahasa ditubuhkan bagi menarik kedatangan golongan
ilmuwan dan cerdik pandai untuk bertukar-tukar idea. Penubuhan akademi ini telah melahirkan
kesedaran tentang kepentingan Bahasa Arab bagi menyatukan masyarakat pelbagai budaya.
Universiti dan kolej ditubuhkan di bandar besar seperti Damsyik dan Beirut. Institusi pendidikan
tinggi ini telah melahirkan ramai golongan cerdik pandai di Syria. Di samping itu, institusi ini
juga menggalakkan majlis-majlis ilmu yang merangsang idea nasionalisme.
Kesimpulannya, gerakan nasionalisme telah berlaku di seluruh kawasan yang dijajah
oleh pihak tertentu selepas berakhirnya Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Hal ini
menjadi inspirasi masyarakat dunia untuk mempertingkatkan jati diri mempertahankan negara
dan bangsa. Jelas sekali bahawa, faktor kemunculan gerakan nasionalisme telah memupuk
perpaduan utuh dan menanam jati diri dalam kalangan masyarakat di Syria.
63. Bincangkan kebangkitan Masyarakat Algeria terhadap penjajahan Perancis pada abad
ke 19 dan 20 masihi.
Pendahuluan
Algeria merupakan sebahagian wilayah khilafah Uthmaniyyah Turki. Kelemahan pemerintahan
Kerajaan Turki Uthmaniyah memberi ruang kepada kuasa Perancis campur tangan di Algeria.
Kuasa-kuasa Barat mula membahagi-bahagikan wilayah dunia Islam. Penjajahan Perancis di
Algeria bermula kerana isu kewangan. Pada akhir abad ke-18, Perancis terlibat secara aktif
dalam ekonomi Algeria.
Isi-isi
Penentangan Pada Zaman Husain Dey
Husain Dey ialah pemerintah Algeria yang dilantik oleh Khalifah Turki Uthmaniyah. Beliau ingin
mengutip hutang dari Perancis, tetapi ditolak. Tindakan Husain Dey yang tidak mahu
memberikan penghormatan kepada bendera Perancis telah menimbulkan krisis. Keadaan ini
menggiatkan lagi usaha penjajahan Perancis ke Algeria.
Penentangan Semasa Betrand Clausel
Ketua tentera Perancis, Bertrand Clausel mempergiatkan lagi penjajahan Perancis yang
mendorong kemasukan ramai peneroka Eropah ke Algeria. Misalnya, penentangan paling hebat
berlaku pada tahun 1830-an dan 1840-an. Mereka menceroboh masjid dan tanah perkuburan
orang Islam. Keadaan ini mendorong penentangan kuat daripada masyarakat tempatan. Jelaslah
bahawa, kegiatan Betrand Clausel membangkitkan penentangan oleh masyarakat Algeria.
Penentangan Oleh Amir Abdul Qadir
Pada tahun 1832, penentangan terhadap Perancis yang sangat hebat dipimpin oleh Amir Abdul
Qadir. Beliau ialah seorang tokoh ulama, pemimpin politik dan tentera. Pengalaman yang
diperolehnya di Makkah, Damsyik dan Baghdad menanamkan semangat kepimpinan dalam
dirinya. Sebagai seorang amir, beliau telah menyatupadukan pelbagai puak untuk menentang
Perancis. Kejayaan beliau adalah kerana menggunakan taktik perang gerila. Beliau berjaya
menggerakkan pendudukan Algeria dan menewaskan Perancis dalam pertempuran Sidi
Ibrahim.
Kekejaman Thomas Robert Bugeaud
Gabenor Jeneral Perancis yang baharu, iaitu Thomas Robert Bugeaud menyerang Algeria secara
berterusan dari tahun 1841 hingga 1847. Beliau merebut banyak tanah Algeria dan peneroka
Perancis di Algeria menuntut supaya Algeria digabungkan dengan negara Perancis. Tindakan
Bugeaud sangat ganas dan penduduk Algeria sangat menderita. Banyak kawasan pertempatan,
pertanian dan binatang ternakan dimusnahkan. Tentera Islam yang dibawa oleh Amir Abdul
Qadir tidak dapat bertahan dan terpaksa menyerah diri.
Kesimpulan
Kesimpulannya, Perancis telah menyekat kegiatan golongan peribumi, namun menjelang tahun
1900-an muncul golongan modenis Islam Algeria. Mereka berjuang dengan cara yang berhemah
untuk mendapatkan kebebasan daripada penjajahan Perancis. Jihad yang berterusan telah
berlaku di Algeria, menelan korban sejuta syuhada sehingga negara ini juga digelar “negara
sejuta syuhada”. Perjuangan panjang masyarakat tempat Alegeria yang dipimpin oleh para
ulama telah menghasilkan kejayaan apabila Algeria memperoleh kemerdekaan dari Perancis
pada tahun 1962, iaitu setelah dijajah selama 132 tahun.
64. HURAIKAN PERANAN JAMALUDDIN AL-AFGHANI DALAM GERAKAN
NASIONALISME DI MESIR
PENDAHULUAN
Sayyid jamaluddin al-Afghani merupakan seorang tokoh pembaharuan yg hidup pada abad
ke-19 .Nama sebenar Sayyid Jamaluddin ialah As- Sayyid Jamaluddin bin Sayyid Safdar Al
Afghani . Beliau digelar As-Sayyid kerana keturunan beliau bersambung dengan Saidina Ali bin
Talib . Mendapat gelaran daripada Rashid Rida iaitu “Pembangkit Orang Timur”. Sayyid
Jamaluddin lahir pada tahun 1838M dan meninggal dunia pada tahun 1897M . Beliau
memainkan peranan dalam gerakan nasionalisme di Mesir pada abad ke-20.
1.MENYATUKAN UMAT ISLAM
Gagasan Pan-Islamisme merupakan projek Al-Afghani yang paling popular. Pemikiran dan
gagasan Pan-Islamisme berkembang kesan daripada penjajahan Barat terhadap dunia islam .Hal
ini kerana situasi kemerosotan pada akhir pemerintahan kerajaan Uthmaniyah telah menarik
kuasa Barat untuk menguasai wilayah kerajaan tersebut . Contohnya, gagasan Pan-Islamisme
bermatlamat bagi menyatukan Islam dan dianggap sebagai reaksi terhadap reformasi yang pro
barat. Oleh itu , Pan-Islamisme direncana untuk berhadapan dengan ketamakan kuasa barat dan
menonjolkan kedudukan sultan Uthmaniyyah.
2.MENYEDARKAN RAKYAT
Al-Afghani dikatakan tokoh yang paling sinonim dengan idea-idea Pan-Islamisme. Hal ini
kerana , beliau menggunakan kelebihan beliau berpidato dalam meniupkan semangat perjuangan
dan menyedarkan masyarakat Islam. Contohnya , beliau menyedarkan masyarakat Muslim
supaya bangkit bersatupadu untuk mendapatkan masa depan yang lebih baik .Oleh itu , al-
Afghani memainkan peranan dalam gerakan nasionalisme di mesir dengan memberi kesedaran
kepada masyarakat Islam disana.
3.MENYERU MENYERTAI PAN-ISLAMISME
Peranan lain yang dimainkan ialah al-Afghani menyeru rakyat Mesir ,Iran, Afghanistan
dan India agar menyertai kesatuan Pan-Islamisme.Al-Afghani merupakan seorang reformis yang
berusaha menjana kesatuan umat islam. Contohnya , beliau menggerakkan umat islam supaya
sedar akan kekurangan dan kelemahan mereka serta perlunya mengambil contoh dari negara
yang kuat . Aktiviti yang dipimpin oleh beliau telah mendapat sambutan hebat dalam kalangan
masyarakat terutamanya golongan muda.Oleh itu jelaslah tindakan al-Afghani menyeru orang
ramai menyertai Pan-Islamisme memainkan peranan dalam gerakan nasionalisme di Mesir.
4.MENERBITKAN AKHBAR & KARYA ILMIAH
Pada akhir abad ke-19 , prinsip gerakan reformasi yang didukung al-Afghani dan
Muhammad ‘Abduh di Mesir ini telah dihuraikan dalam al-’Urwah al-Wuthqa. Jurnal Arab
al-’Urwahal-Wuthqa ini menanamkan gagasan baharu seperti semangat kemerdekaan ,
kemandirian , kesatuan dan hak orang yang dijajah. Sayyid Jamaluddin juga telah menghasilkan
beberapa karya untuk bacaan generasi selepasnya antaranya al -A’mal al -Kamilahl, al -Khatirat
dan banyak lagi.Oleh itu, karya-karya yang dihasilkan al-Afghani ini memainkan banyak
peranan dalam gerakan nasionalisme di Mesir.
5.MENARIK SOKONGAN SULTAN
Pada 30 Ogos 1892, al-Afghani telah menulis surat kepada Sultan ‘Abd al-Hamid II . Surat
tersebut menawarkan khidmat untuk membentuk kerjasama di antara kerajaan Uthmaniyah ,
Afghanistan dan juga Iran.Contohnya ,pakatan yang dibentuk akan dapat memudahkan usaha
penyebaran khilafah ke atas umat Islam dan British pula akan berasa tergugat serta
berkemungkinan keluar dari Mesir.Berikutan kiriman surat ini, Sultan ‘Abd al-Hamid II juga
telah mengundang al-Afghani ke Istanbul untuk membantu baginda melaksanakan gagasan Pan-
Islamisme.Oleh itu jelaslah bahawa tindakan al-afghani menarik sokongan sultan memainkan
peranan dalam gerakan nasionalisme di Mesir.
KESIMPULAN
Kesimpulannya ,gerakan oleh al-Afghani ini berperanan menyedarkan umat Islam di Mesir
kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan mengecam penjajahan British yang kejam.
Gerakan ini menegakkan Islam berdasarkan ajaran al-Quran dan hadis. Gerakan ini juga
menggunakan pengaruh Islam untuk mewujudkan kesedaran dan jihad. Oleh itu, pengaruh
agama oleh Jamaluddin al-Afghani dapat mengembalikan kesedaran umat Islam Mesir untuk
menentang penjajah British.
65. Huraikan kesan-kesan penglibatan Kerajaan Uthmaniyah
dalam Perang Dunia Pertama.
Perang Dunia Pertama berlangsung pada 1914 hingga 1918M antara dua blok kuasa
besar iaitu Pakatan Bertiga dan Perikatan Kuasa Tengah. Kerajaan Turki Uthmaniyah telah
menyertai Perikatan Kuasa Tengah. Kerajaan Turki Uthmaniyah menyertai Perang Dunia
Pertama sebagai usaha terakhir untuk memastikan wilayah jajahannya masih berada dalam
kekuasaannya. Walau bagaimanapun, penglibatan Kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang
Dunia Pertama telah menimbulkan pelbagai kesan dari segi politik, ekonomi dan sosial.
Kerajaan Turki Uthmaniyah mengalami kemerosotan dalam pengaruh politik iaitu
berlaku perpecahan di wilayah-wilayah umat islam. Sebahagian besar wilayah telah ditakluki
oleh kuasa barat termasuklah wilayah Palestin. Hal ini telah menyebabkan muncul negara-
negara bangsa dari wilayah Turki Uthmaniyah dan telah menyebabkan pemberontakan
daripada penduduk di Montenergo , Bosnia dan Herzegovina. Hal ini juga telah
menyebabkan berlaku perpecahan wilayah umat islam yang berada di bawah taklukan
Kerajaan Turki Uthmaniyah. Tegasnya, Perang Dunia Pertama telah menjejaskan pengaruh
politik Kerajaan Turki Uthmaniyah di rantau Balkan dan meninggalkan kesan yang
mendalam.
Seterusnya, kerajaan turki uthmaniyah telah kehilangan banyak wilayah yang
disebabkan oleh dasar kolonisasi barat. Misalannya , perjanjian Sykes-Picot 1916 yang
ditandatangani secara sulit antara british dan perancis semasa perang berlangsung yang
telah membahagikan wilayah turki uthmaniyah kepada beberapa bahagian. Pembahagian ini
telah dikuasai oleh tiga kuasa besar iaitu perancis , british dan rusia di mana wilayah turki di
bahagian timur dikuasai oleh British , bahagian barat pula dikuasai oleh perancis dan
bahagian utara turki dikuasai oleh rusia. Hal ini telah menyebabkan pihak british menduduki
pusat pemerintahan kerajaan turki uthmaniyah iaitu di Istanbul. Jelaslah di sini bahawa
kesan perang dunia pertama telah menyebabkan kerajaan turki uthmaniyah kehilangan
banyak wilayah.
Kerajaan turki uthamaniyah juga mengalami kemerosotan dalam bidang ekonomi.
Kerajaan turki uthmaniyah mengalami kekalahan dalam peperangan tersebut dan perlu
menanggung perbelanjaan yang besar untuk membiayai keperluan perperangan. Keadaan
menjadi lebih teruk apabila kerajaan turki sememangnya menghadapi masalah kewangan.
Hal ini juga telah mendorong kepada krisis hutang yang besar. Keadaan ini telah
menyebabkan Eropah berpeluang untuk campur tangan dalam menangani krisis kewangan
yang dialami oleh kerajaan turki uthmaniyah. Hal ini sekaligus menyebabkan negara-negara
islam wilayah turki seperti wilayah parsi juga mengalami kemerosotan ekonomi. Tegasnya,
kemerosotan bidang ekonomi merupakan kesan perang dunia pertama terhadap kerajaan
turki uthmaniyah.
Kesan ekonomi terhadap penglibatan kerajaan Uthmaniyah dalam PerangDunia
Pertama dapat dilihat dengan jelas selepas kekalahannya dalam perang tersebut. Saham-
saham syarikat kerajaan uthmaniyah jatuh dan ditutup termasuk syarikat-syarikat navigasi.
Kenaikan harga barang secara mendadak juga berlaku. Dalam pada itu, sebahagian rakyat
kerajaan uthmaniyah dipaksa menjadi buruh kasar namun masih kekurangan tenaga erja.
Oleh itu, Pertubuhan Pekerja Muslim Wanita ditubuhkan pada Ogos 1916 untuk
menggalakkan penempatan kaum wanita dalam bidang perindustrian kerajaan. Walau
bagaimanapun, langkah tersebut tidak berkesan dan ekonomi kerajaan semakin merundum.
Jelaslah di sini bahawa kerajaan turki uthmaniyah mengalami kemerosotan dalam bidang
perindustrian setelah perang dunia pertama.
Di samping itu, kesan sosial yang terdapat dalam kesan penglibatan ini adalah
berlaku kebuluran yang melampau akibat daripada ketidakstabilan ekonomi. Kira-kira 1
hingga 1.5 juta orang rakyatnya berada dalam kemiskinan. Hal ini juga telah mendorong
kepada ketegangan hubungan antara rakyat dan pemerintah kerana pemerintah tidak lagi
mampu untuk menyediakan keperluan hidup rakyat dengan secukupnya. Masyarakat pula
berhadapan dengan keadaan huru-hara kerana rompakan sering berlaku. Rompakan yang
dilakukan pula adalah semata-mata untuk mendapatkan makanan dan keperluan hidup
yang lain. Kerajaan turki uthmaniyah juga kehilangan nyawa yang tinggi dalam kalangan
rakyat hingga mencecah 3 juta orang semasa perang dunia pertama. Tegasnya, kesan sosial
telah memberi kesan yang besar terhadap kerajaan uthmaniyah.
Kesimpulannya, penglibatan kerajaan turki uthmaniyah telah mengakibatkan
ketidakstabilan negara dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Hal ini telah menyebabkan
kerajaan tersebut menanggung kekalahan yang besar. Usaha terakhir kerajaan turki
uthmaniyah dengan menyertai perang dunia pertama telah menyebabkan kerajaan turki
uthmaniyah telah didominasi oleh kuasa barat dalam menentukan wilayah di kerajaan turki.
66. Bincangkan faktor dalaman yang mempengaruhi pembentukan negara bangsa Mesir
pada awal abad ke-20M
Negara merupakan sebuah entiti undang undang yang berdaulat serta mempunyai
kerajaan yang sah memerintah ke atas rakyatnya dalam kawasan yang ditentukan
sempadannya dengan jelas.Bangsa pula adalah bermaksud sebahagian rumpun manusia
yang terikat dengan rasa taksub bersama yang wujud dalam hubungan antara rumpun
tertentu dengan rumpun bangsa lain.Konsep Negara Bangsa menjadi matlamat tertinggi
nasionalisme pada abad ke-19M dan abad ke-20M kerana bangsa anggota masyarakat
beridentitikan diri mereka dengan negara dan menumpahkan kesetiaan mereka
kepadanya.Terdapat pelbagai faktor dalaman yang mempengaruhi pembentukan negara
bangsa Mesir pada awal abad ke-20M.
Salah satu faktor dalaman yang mempengaruhi pembentukan negara bangsa Mesir
pada awal abad ke-20M ialah kebangkitan nasionalisme.Kebangkitan golongan
nasionalisme dalam kalangan lulusan undang undang yang menuntut kemerdekaaan Mesir
dan sistem parlimen seperti Barat.Golongan ini tidak dikawal oleh pihak British seperti
mana pihak tentera atau orang tempatan.Sebagai contoh pemimpin nasionalisme yang
terkenal termasuklah Mohammed Farid dan Mustafa Kamil.Merka ialah kelulusan undang
undang ini dididik oleh pensyarah berketurunan Perancis yang bertugas di Mesir yang
telah menghasut pelajar agar memusuhi pihak British.
Seterusnya faktor dalaman kepada faktor bahasa.Faktor bahasa iaitu sebahagian
besar penduduk Mesir merasakan mereka sebahagian daripada bangsa Arab tetapi tindakan
Kerajaan British menggalakkan mengukuhkan identiti Mesir yang menyebabkan generasi
baharu akan tersisih daripada bahasa Arab Fushah yang digunakan dalam Al-Quran dan
telah menimbulkan kegelisahan dalam kalangan ulama Mesir.
Berikutnya faktor dalaman kepada pembukaan terusan. Pembukaan terusan Suez
sejak tahun 1869 telah menarik perhatian kuasa Barat seperti Perancis dan Bristish untuk
sama sama menguasainya.Kebijaksanaan British telah berjaya memerangkap Khedif Ismail
dengan masalah hutang dan diisytiharkan muflis telah menyebabkan British berjaya
menguasai Terusan Suez.Akibatnya pihak penjajah telah menempatkan tentera di kawasan
terusan itu sehingga membangkitkan rasa tidak puas hati penduduk Mesir.Suasana politik
di empayar Uthamaniyah namun kuasa pemerintahan sebenar di tangan British yang sudah
bertapak kukuh sejak 1882 lagi.Pemerintah Mesir dan pihak British tidak berusaha
memperbaiki keadaan rakyat dan pada masa yang sama tidak bersikap terbuka untuk
menerima kritikan serta protes daripada rakyat.
Selain itu faktor dalaman kepada faktor budaya. Faktor budaya masyarakat Mesir
juga mengalami masalah akibat pengaruh kebudayaan penjajah yang bersifat sekular.
Sebagai contoh akhbar dan majalah Mesir selalu mengungkapkan tulisan yang menyatakan
Mesir penjajah mempengaruhi secara mendalam rakyat Mesir sehingga mengenepikan
ajaran Islam.
Akhir sekali faktor dalaman ekonomi faktor ekonomi Mesir amat lemah,ramai
wanita Mesir hanya menjadi pembantu rumah kepada orang orang British yang bekerja di
tapak projek Terusan Suez,ini bermakna sebahagian masyarakat Mesir bergantung kepada
ekonomi penjajah walaupun negara Mesir kaya dengan hasil buminya.
Kesimpulannya pembinaan negara bangsa Mesir pada abad ke-20 terhalang kerana
penguasaan Barat terhadap Mesir serta pemerintah yang mengabaikan kebajikan
rakyat.Perkembangan yang berlaku pada abad ke-20 terhalang kerana penguasaan Barat
terhadap Mesir serta pemerintah yang mengabaikan kebajikan rakyat.Perkembangan yang
berlaku pada abad ke-20 melahirkan negara bangsa di Mesir. Persaingan yang berlaku
ketika era kemerosotan Kerajaan Uthamaniyah khususnya Mesir membawa kepada Perang
Dunia Pertama (PDI) mendorong kebangkitan gerakan nasionalisme dan kelahiran negara
bangsa di Mesir.
67.Sejauhmanakah faktor politik membawa kepada pembentukan negara bangsa di turki pada
abad ke-20
Pendahuluan
Pembentukan negara bangsa bermula hasil daripada kesedaran semangat nasionalisme iaitu
perasaan cinta dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada tanah air dan ingin membebaskan
negara bangsa daripada penguasaan dan cengkaman kuasa asing. Di Turki kesedaran semangat
kebangsaan ini telah membawa kepada kemunculan negara bangsa di turki. Kesedaran ini
semakin kuat kerana negara mereka dijajah, melalui kekalahan dalam perang dunia pertama.
Ekoran ini negara Turki telah dibahagikan. Kesan daripada penjajahan ini telah membawa
kepada pembentukan negara bangsa di Turki pada abad ke-20, yang disebabkan oleh beberapa
factor. Dalam hal ini factor poliktik, merupakan salah satu factor yang membawa kepada
pembentukan negara bangsa di negara ini.
Masalah dalaman pemerintahan negara Turki
Empayar uthmaniyah sudah mengalami kemunduran sejak akhir abad ke-19 lagi namun
sultan Abdul Hamid II Berjaya mempertahankan kerajaan empayar Turki uthmaniyah serta
mampu menepis serangan daripada imperlias barat. Baginda telah melakukan beberapa
pembaharuan dalam tempoh 33 tahun pemerintahannya. Pada awal abad ke-20, Sultan Abdul
Hamid II mempunyai kuasa,, sungguhpun kuasa tersebut semakin merosot dan hilang selepas
pelucutan baginda sebagai sultan uthmaniyah pada 1909. Dalam tempoh 1900 hingga 1909,
baginda cuba sedaya upaya mempertahankan wilayah dan keselamatan rakyat di bawah empayar
turki uthmaniyah. Tempoh tersebut juga merupakan tempoh kuasa-kuasa bart cuba mengenakan
tekanan ke atas kerajaan baginda. Sementara itu, keadaan menjadi semakin buruk apabila
penduduk bukan islam dalam wilayah turki uthmaniyah dihasut oleh pihak barat untuk
menghancurkan empayar turki uthmaniyah dari dalam. Asakan yang direncanakan oleh pihak
barat ini menyebabkan melakukan beberapa rancangan untuk membina negara bangsa turki.
Turki Muda (Yound Turks) merupakan golongan radikal yang menentang sultan Abdul Hamid II
Golongan ini merupakan pelajar-pelajar muda yang dihantar oleh kerajaan Turki
uthmaniyah untuk melanjutan pelajaran ke luar negara terutama dalam bidang perubatan. Pada
tahun 1908, rejim turki muda atau committee pf union dan progress (CUP) bersama tentera
division ketiga di salonika telah mengisytiharkan pemberontakan terhadap pemerintahan Sultan
Abdul Hamid II dengan slogan “Equality, Fraternity, Liberty dan justice”. Semenjak peristiwa
itu, kuasa pemerintahan turki uthmaniyah bertukar tangan daripada khalifah jatuh kepada rejim
turki muda. Sultan Abdul Hamid II disingkir dan sultan lain dilantik untuk menjadi boneka
penyatuan umat islam di bawah empayar turki uthmaniyah. Empayar turki uthmaniyah berakhir
apabila rejim turki muda melibatkan diri dalam perang dunia petama bersama sekutunya, Jerman
dan kalah dalam perang tersebut kepada tentera bersekutu yang dianggotai oleh Britain, perancis,
itali, dan rusia. Banyak daerah di bawah naungan turki uthmaniyah dibahagikan antara kuasa-