PEPERIKSAANSIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA(STPM)Sukatan Pelajaran Peperiksaandan Kertas Soalan ContohMajlis Peperiksaan MalaysiaSUKATAN PELAJARAN PEPERIKSAAN STPM INI AKAN DIGUNA PAKAI MULAI PEPERIKSAAN SEMESTER 1 STPM 2026 PADA NOVEMBER/DISEMBER 2025 SEHINGGA DIBERITAHU KEMUDIAN.GEOGRAFI942
ISBN 978-983-2321-81-1© Majlis Peperiksaan Malaysia 202403 - 6126 1600www.mpm.edu.myMEC MPMHak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian isi kandungan buku ini dalam apa-apa bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara-cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia.Ditaip set dan dicetak oleh:Majlis Peperiksaan MalaysiaDiterbitkan oleh:Majlis Peperiksaan MalaysiaPersiaran 1, Bandar Baru Selayang68100 Batu Caves Selangor Darul Ehsan
iii Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.FALSAFAHP E N D I D I K A N KEBANGSAAN
vMajlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang ditubuhkan pada 1 Februari 1980 di bawah Akta Majlis Peperiksaan Malaysia [Akta 225] ialah sebuah badan berkanun yang beroperasi di bawah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Di bawah akta berkenaan, MPM dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan peperiksaan tertentu, termasuklah peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Di samping mengendalikan peperiksaan, MPM turut bertanggungjawab untuk menyediakan sukatan pelajaran peperiksaan bagi setiap mata pelajaran yang ditawarkan pada peringkat STPM. Sukatan pelajaran peperiksaan STPM yang baharu ini merupakan sukatan pelajaran peperiksaan yang dimurnikan untuk menggantikan sukatan pelajaran peperiksaan sedia ada yang telah digunakan semenjak tahun 2012 bagi STPM kohort 2013. Pemurnian semula sukatan pelajaran peperiksaan ini mengambil kira pandangan guru dan pensyarah serta keperluan dan kepentingan pendidikan untuk memantapkan sistem pentaksiran STPM yang sedia ada. Sistem pentaksiran bagi pengajian tingkatan enam ini masih mengekalkan tiga semester, iaitu calon menduduki peperiksaan pada akhir setiap semester. Semenjak MPM memperkenalkan sistem pentaksiran baharu ini pada tahun 2012, sistem ini telah dapat menambah baik orientasi pengajaran dan pembelajaran di tingkatan enam yang selari dengan orientasi pengajaran dan pembelajaran di kolej dan di universiti. Sukatan pelajaran peperiksaan yang dimurnikan ini akan mula digunakan pada tahun 2025, iaitu untuk peperiksaan semester 1 STPM kohort 2026. Pemurnian sukatan pelajaran peperiksaan ini mengambil kira perubahan dan penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh MPM terhadap sukatan pelajaran peperiksaan sedia ada. Dalam usaha pemurnian semula sukatan pelajaran peperiksaan ini, MPM telah melangkah ke hadapan dengan melibatkan wakil industri dalam jawatankuasanya bagi tujuan memastikan kandungan sukatan pelajaran peperiksaan STPM adalah seiring dengan keperluan sumber manusia pada masa ini dan pada masa yang akan datang, di samping memberikan penekanan terhadap bidang akademik. Hal ini untuk memastikan bahawa pelajar STPM mampu menggunakan idea dan ilmu yang diperoleh apabila mereka menceburi bidang pekerjaan kelak.Pemurnian semula sukatan pelajaran peperiksaan ini merupakan proses pengemaskinian dan penyusunan semula tajuk, kandungan, kemahiran, dan pentaksiran agar selaras dengan perkembangan semasa. Sukatan pelajaran peperiksaan ini memberikan pendedahan kepada calon tentang ilmu yang bakal dipelajari pada tahap universiti. Kandungan sukatan pelajaran peperiksaan ini disusun bersesuaian dengan tahap kognitif calon dan mempunyai kesinambungan dengan ilmu yang dipelajari pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia. Selain itu, kandungan sukatan pelajaran peperiksaan ini juga diperkemas dengan kandungan yang bersesuaian dengan keperluan semasa. Sehubungan dengan itu, diharapkan agar sukatan pelajaran peperiksaan ini dapat menghasilkan calon lepasan STPM yang berpengetahuan luas, berfikiran matang, dan berupaya untuk menyampaikan idea dengan berkesan melalui pelbagai bentuk komunikasi. Usaha pemurnian sukatan pelajaran peperiksaan ini telah dilaksanakan oleh jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Yang Berusaha Profesor Dr. Kadaruddin bin Aiyub dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Ahli jawatankuasa ini terdiri daripada pensyarah universiti awam, guru-guru yang berpengalaman dalam pengajaran tingkatan enam, pegawai KPM, dan wakil industri. Bagi pihak MPM, saya merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa ini atas khidmat yang telah diberikan. MPM berharap agar sukatan pelajaran peperiksaan ini menjadi panduan kepada guru dan calon dalam proses pengajaran dan pembelajaran di pusat tingkatan enam. Semoga pelaksanaan sukatan pelajaran peperiksaan ini berjaya mencapai matlamatnya.Ketua EksekutifMajlis Peperiksaan MalaysiaPRAKATA
vi Mengapakah Geografi STPM Menjadi Pilihan? Sukatan Pelajaran Peperiksaan Geografi dibangunkan bagi memenuhi keperluansemasa berteraskan kedinamikan aspek ruang dalam pembangunan negara. Bidanggeografi yang berpegang kepada aspek ruang dan masa memerlukan proses pembelajaranyang bersifat terkini. Sukatan ini juga meletakkan keutamaan dalam aspek teori danpraktikal bagi menyediakan pelajar lepasan STPM yang berkemahiran dalam bidanggeografi dan diperlukan oleh pihak industri. Di samping dapat membuka peluang yanglebih besar kepada pelajar untuk meneruskan pengajian di peringkat universiti. Sukatanini juga bertujuan memberikan panduan kepada guru Geografi agar melaksanakan prosesPdPc mengikut piawai yang ditetapkan.Pengerusi Jawatankuasa Sukatan Pelajaran Peperiksaan Geografi STPM Satu sukatan pelajaran peperiksaan yang lengkap, iaitu merangkumi aspek teoridan praktikal yang memenuhi keperluan industri terkini. Sukatan ini mendedahkancalon kepada keupayaan menjalankan kerja lapangan secara praktikal yang mampumeningkatkan kemahiran generik calon. Kami yakin sukatan ini mampu melahirkanmodal insan yang berupaya memenuhi keperluan pembangunan negara serta tenaga kerjasemasa di sektor kerajaan dan swasta.AJ Surveyors (M) Sdn. Bhd.Wakil Industri Mata pelajaran Geografi merangkumi dua teras ilmu, iaitu geografi fizikal dangeografi manusia yang menjurus ke arah kedinamikan hubungan antara manusia dan alamsekitar. Hubungan ini mampu meningkatkan kesedaran pemantapan pembangunan lestari.Sukatan Pelajaran Peperiksaan Geografi ini mampu melahirkan pelajar bidang geografiyang kreatif dan inovatif dalam pelbagai aspek kehidupan.Wakil Guru Geografi STPM
viiK A N D U N G A N Pengenalan ............................................................................................... 1Matlamat .................................................................................................. 2Objektif .................................................................................................... 2Kandungan ............................................................................................... 4Skema Pentaksiran .................................................................................. 6Semester 1 ............................................................................................... 11Semester 2 ............................................................................................... 31Semester 3 ............................................................................................... 50Senarai Bahan Bacaan .............................................................................. 58Pemerihalan Prestasi ................................................................................ 60Sistem Penggredan STPM ....................................................................... 62Kertas Soalan Contoh Kertas 1 ............................................................................................. 63Kertas 2 ............................................................................................. 73Kertas 3 ............................................................................................. 81Kertas 4 ............................................................................................. 85Kertas 5 ............................................................................................. 87Glosari ..................................................................................................... 93HalamanSukatan Pelajaran Peperiksaan Geografi (942)Penerangan tentang Sukatan Pelajaran Peperiksaan STPM boleh ditonton di Youtube MPM menerusi pautan https://www.youtube.com/@mpmselayang
1Pengenalan Sukatan pelajaran peperiksaan ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Geografi Alam Sekitar Fizikal, Geografi Alam Sekitar Manusia, dan Kerja Kursus (Kajian Lapangan). Sukatan pelajaran peperiksaan ini dibahagikan kepada tiga semester, iaitu Semester 1, Semester 2, dan Semester 3. Pada Semester 1, tajuk Geografi Alam Sekitar Fizikal yang dipelajari ialah Sistem Bumi, Sistem Atmosfera, dan Sistem Ekologi. Manakala tajuk Geografi Alam Sekitar Manusia ialah Penduduk dan Migrasi.Pada Semester 2, tajuk Geografi Alam Sekitar Fizikal yang dipelajari ialah Sistem Hidrologi dan Sistem Geomorfologi manakala tajuk Geografi Alam Sekitar Manusia ialah Transformasi Luar Bandar dan Pembandaran serta Pembangunan dan Kegiatan Ekonomi. Pada Semester 3, tajuk Geografi Alam Sekitar Fizikal yang dipelajari ialah Dinamika Persekitaran Fizikal dan Sumber Alam, manakala Geografi Alam Sekitar Manusia terdiri daripada tajuk Dinamika Persekitaran Manusia dan Dinamika Ruang.Pada Semester 3 juga, calon STPM sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan wajib melaksanakan kerja kursus geografi (kajian lapangan), iaitu kertas 4 sebagai salah satu daripada komponen pentaksiran untuk semester 3. Kajian perlu dijalankan bagi komponen Alam Sekitar Fizikal dan Alam Sekitar Manusia berdasarkan soalan yang disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Bagi Geografi Alam Sekitar Fizikal, soalan merangkumi tajuk Sistem Atmosfera, Sistem Ekologi, Sistem Hidrologi, dan Sistem Geomorfologi. Manakala Geografi Alam Sekitar Manusia pula merangkumi tajuk Penduduk,Migrasi, Transformasi Luar Bandar dan Pembandaran serta Pembangunan dan Kegiatan Ekonomi.Kerja kursus dijalankan sepanjang Semester 3 yang merangkumi tajuk asas penyelidikan geografi, pelaksanaan kajian di lapangan, penulisan laporan, dan pembentangan hasil kajian.Calon sekolah swasta dan calon persendirian individu pula dikehendaki mengambil kertas 5 sebagai alternatif kepada kajian lapangan geografi yang diambil oleh calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan. Pentaksiran bagi kertas 5 ialah ujian bertulis secara pentaksiran berpusat, iaitu berdasarkan tajuk kajian lapangan dan kemahiran geografi bagi tajuk-tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran yang dipelajari dalam semester 1 dan semester 2. Bagi Geografi Alam Sekitar Fizikal, soalan merangkumi tajuk Sistem Atmosfera, Sistem Ekologi, Sistem Hidrologi, dan Sistem Geomorfologi. Bagi Geografi Alam Sekitar Manusia pula, soalan merangkumi tajuk Penduduk, Migrasi, Transformasi Luar Bandar dan Pembandaran, serta Pembangunan dan Kegiatan Ekonomi.Kemahiran geografi juga diterapkan mengikut kesesuaian tajuk dalam Geografi Alam Sekitar Fizikal dan Geografi Alam Sekitar Manusia. SUKATAN PELAJARAN PEPERIKSAANGEOGRAFI (942)
2MatlamatSukatan pelajaran peperiksaan ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman calontentang konsep, prinsip, proses, dan kemahiran terkini dalam bidang geografi serta kedinamikan hubungan antara manusia dengan alam sekitar. Sukatan ini juga mampu menyediakan pelajar yang celik geografi dan bersifat holistik bagi mendokong Pendidikan untuk Kelestarian Pembangunan (ESD).ObjektifObjektif sukatan pelajaran peperiksaan ini terbahagi kepada empat domain:(a) Domain kognitif, iaitu membolehkan pelajar(i) meningkatkan pengetahuan tentang konsep, prinsip, dan proses dalam geografi alam sekitar fizikal dan geografi alam sekitar manusia secara bersepadu dan pada pelbagai skala;(ii) meningkatkan kefahaman tentang saling bergantung antara elemen dan proses alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia sebagai satu sistem dan bukannya berasaskan pembahagian aspek secara berasingan;(iii) menerangkan peranan manusia sebagai agen perubahan kepada sistem dalam alam sekitar selain fenomena semula jadi, serta meningkatkan kesedaran yang mendalam tentang kedinamikan hubungan sesama manusia dan manusia dengan alam sekitar;(iv) membuat sintesis dan penilaian dengan bantuan kaedah kemahiran geografi yang tepat di dalam dan di luar bilik darjah;(v) berfikir secara kritis dan kreatif dalam mempersembahkan sesuatu penghujahan secara tersusun, padat, dan jitu dengan menggunakan laras geografi;(vi) memahami kepentingan hubung kait negara Malaysia dengan negara-negara lain di dunia;(vii) menggunakan kemahiran geografi untuk menyelesaikan masalah alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia; dan(viii) membangunkan kebolehan berfikir secara logik ruangan (spatial thinking), dan mempersembahkan hujah secara koheren dalam pelbagai cara.(b) Domain psikomotor, iaitu membolehkan pelajar(i) meningkatkan kemahiran menjalankan kajian lapangan sehingga dapat menghasilkan laporan kajian lapangan;(ii) meningkatkan kemahiran mempersembah, mentafsir, dan menganalisis data geografi dalam bentuk jadual, gambar rajah (graf, carta, dan peta), dan foto;(iii) mencerap dan mengkaji fenomena geografi yang menjadi isu semasa;(iv) mengorganisasi, mengurus masa, dan mengendalikan aktiviti; dan(v) meningkatkan kemahiran menggunakan komputer.(c) Domain afektif, iaitu membolehkan pelajar(i) menyedari, menghayati, dan melibatkan diri secara langsung dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar secara berterusan;(ii) menghargai dan mencintai negara Malaysia serta alam sekitarnya;(iii) meningkatkan kesedaran pembelajaran sepanjang hayat;(iv) meningkatkan kesedaran beretika dan rasa bertanggungjawab;
3(v) menyedari ancaman, kekangan, dan cabaran yang dihadapi pada skala glokal; dan(vi) menyedari kewujudan dan kebesaran Penciptanya bagi setiap kejadian fenomena alam yang berlaku.(d) Domain sosial, iaitu membolehkan pelajar(i) meningkatkan kemahiran berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan berkesan;(ii) meningkatkan kemahiran bekerja secara berpasukan;(iii) meningkatkan kemahiran kepimpinan dan berkumpulan; dan(iv) meningkatkan kemahiran silang budaya.
4KandunganSukatan Pelajaran Peperiksaan Geografi STPM dibahagikan kepada tiga semester, iaitu:Semester Tajuk Waktu Pengajaran1 • Sistem Bumi• Sistem Atmosfera• Sistem Ekologi• Penduduk• Migrasi1202 • Sistem Hidrologi• Sistem Geomorfologi• Transformasi Luar Bandar dan Pembandaran• Pembangunan dan Kegiatan Ekonomi1203 • Dinamika Persekitaran Fizikal• Sumber Alam• Dinamika Persekitaran Manusia• Dinamika Ruang72• Asas Penyelidikan Geografi• Format dan Teknik Penulisan Laporan• Pelaksanaan Kajian• Kajian Lapangan• Analisis Data• Penyediaan Laporan• Pembentangan Hasil Kajian48
5Semester 1Bahagian Bilangan Tajuk Utama Waktu Alam Sekitar Fizikal 3 66Alam Sekitar Manusia 2 54Semester 2Bahagian Bilangan Tajuk Utama Waktu Alam Sekitar Fizikal 2 55Alam Sekitar Manusia 2 65Semester 3Bahagian Bilangan Tajuk Utama Waktu Ujian bertulis 4 72- Alam Sekitar Fizikal 2 36- Alam Sekitar Manusia 2 36Kerja Kursus (kajian lapangan) 6 48
6Skema Pentaksiran Peperiksaan bagi mata pelajaran Geografi terdiri daripada lima kertas, iaitu Kertas 1 (942/1), Kertas 2 (942/2), Kertas 3 (942/3), Kertas 4 (942/4), dan Kertas 5 (942/5).Kertas 942/1: 1 Sistem Bumi2 Sistem Atmosfera3 Sistem Ekologi4 Penduduk5 MigrasiKertas 942/2: 6 Sistem Hidrologi7 Sistem Geomorfologi8 Transformasi Luar Bandar dan Pembandaran9 Pembangunan dan Kegiatan EkonomiKertas 942/3:10 Dinamika Persekitaran Fizikal11 Sumber Alam12 Dinamika Persekitaran Manusia13 Dinamika RuangKertas 942/4: 14 Asas Penyelidikan Geografi 15 Format dan Teknik Penulisan Laporan16 Pelaksanaan Kajian17 Kajian Lapangan18 Analisis Data19 Penyediaan Laporan20 Pembentangan Hasil KajianKertas 942/5: 1 Sistem Atmosfera2 Sistem Ekologi3 Sistem Hidrologi 4 Sistem Geomorfologi5 Penduduk6 Migrasi7 Transformasi Luar Bandar dan Pembandaran8 Pembangunan dan Kegiatan Ekonomi
7Rumusan tentang kertas, jenis ujian, markah, masa, dan kaedah pentaksiran adalah seperti yang berikut:Semester Kod Kertas dan Nama Kertas Jenis Ujian Markah (Wajaran)Masa PentadbiranPentaksiran1942/1Geografi 1Ujian Bertulis 90(32.14%)2 jam 15 minit BerpusatBahagian A: Alam Sekitar Fizikal dan Alam Sekitar ManusiaSoalan berstruktur4 soalan diberikanJawab semua soalan40Bahagian B: Alam Sekitar Fizikal Soalan esei2 soalan diberikanJawab 1 daripada 2 soalan25Bahagian C: Alam Sekitar Manusia Soalan esei2 soalan diberikanJawab 1 daripada 2 soalan25
8Semester Kod Kertas dan Nama Kertas Jenis Ujian Markah (Wajaran)Masa Pentadbiran Pentaksiran2942/2Geografi 2Ujian Bertulis 90 (32.14%)2 jam 15 minit BerpusatBahagian A: Alam Sekitar Fizikal dan Alam Sekitar ManusiaSoalan berstruktur4 soalan diberikanJawab semua soalan40Bahagian B: Alam Sekitar Fizikal Soalan esei2 soalan diberikanJawab 1 daripada 2 soalan25Bahagian C: Alam Sekitar Manusia Soalan esei2 soalan diberikanJawab 1 daripada 2 soalan25
9Semester Kod Kertas dan Nama Kertas Jenis Ujian Markah (Wajaran)Masa PentadbiranPentaksiran3942/3Geografi 3Ujian BertulisBahagian A: Alam Sekitar Fizikal Soalan esei pendek2 soalan diberikanJawab semua soalan40(14.29%)201 jam BerpusatBahagian B: Alam Sekitar ManusiaSoalan esei pendek2 soalan diberikanJawab semua soalan20 942/4Geografi 4Kerja Kursus (Kajian Lapangan)Soalan kajian lapangan2 soalan diberikanJawab 1 daripada 2 soalanSoalan adalah berdasarkan tajuk dalam Semester 1 dan Semester 260(21.43%)Sepanjang semester 3Pentaksiran oleh guru sekolah bagi calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan.
10Semester Kod Kertas dan Nama Kertas Jenis Ujian Markah (Wajaran)Masa Pentadbiran Pentaksiran3942/5Geografi 5Ujian Bertulis 60(21.43%)1 jam 30 minitPentaksiran berpusat bagi calon sekolahswasta dan calon persendirian individu sebagai alternatif kajian lapangan.Bahagian A: Kajian LapanganAlam Sekitar Fizikal dan Alam Sekitar ManusiaSoalan esei2 soalan diberikanJawab semua soalan30Bahagian B: Alam Sekitar FizikalSoalan kemahiran2 soalan diberikanJawab 1 daripada 2 soalanBahagian C:Alam Sekitar ManusiaSoalan kemahiran 2 soalan diberikanJawab 1 daripada 2 soalan1515
11Semester 1Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran CatatanBAHAGIAN A:GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL1 Sistem Bumi 10 1.1 Konsep sistem 1 Calon dapat:(a) Mentakrifkan konsep sistem;Interaksi antara angkubah(b) Menjelaskan jenis sistem; - Sistem terbuka- Sistem tertutup- Sistem terpencilKomponen sistem bumi:- Atmosfera- Hidrosfera- Litosfera- Biosfera(c) Menjelaskan empat komponen sistem bumi.1.2 Kedudukan bumi dalam sistem suria3 Calon dapat:(a) Mengenal pasti kedudukan bumi dalam sistem suria;Penggunaan gambar rajah(b) Menerangkan pergerakanbumi yang berikut:(i) putaran(ii) peredaranOrbit bumi dankecondongan paksi bumi(c) menjelaskan kesan pergerakan bumi;Putaran bumi:Kejadian siangdan malam,pembiasan angin,pasang surut, dan perbezaan waktu tempatan.Peredaran bumi:Kejadian empatmusim, kejadiangerhana, siang danmalam tidak sama panjang,perihelion danafelion.
12Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran Catatan(d) Menjelaskan kejadian empat musim dan pengaruhnya terhadap unsur fizikal dan aktiviti manusia.1.3 Tenaga 4 Calon dapat:1.3.1 Konsep tenaga(a) Mentakrifkan konsep tenaga;Keupayaan sesuatu objek/sistemmelakukan sesuatupergerakan/kerja1.3.2 Punca dan jenis tenaga(b) Mengenal pasti punca tenaga;(i) Eksogenik Tenaga yang terhasil daripada proses yang berlaku di atas permukaan bumi (matahari).Proses eksogenik menghasilkan prosesgeomorfologi:- Luluhawa- Hakisan- Pergerakan jisim- Pengangkutan- Pemendapan(ii) Endogenik Tenaga yang terhasil daripadaproses yang berpunca dari dalam bumi.Proses endogenik menghasilkan proses mampatan dan regangan.
13Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran Catatan(c) Menghuraikan punca tenaga eksogenik dan endogenik dari aspek yang berikut:(i) Jenis tenaga yang terlibat dan terhasil(ii) Kesan terhadap pembentukan bentuk muka bumi secara umumJenis tenaga:- Tenaga keupayaan- Tenaga kinetik- Tenaga haba- Tenaga kimia- Tenaga graviti1.4 Peranan bahangan suria terhadap hidupan di bumi2 Calon dapat:(a) Menghuraikan peranan bahangan suria terhadap;(i) Tumbuhan(ii) Manusia dan haiwanProses pertumbuhan:- Fotosintesis- Pola- Taburan- SpesiesAktiviti manusia2 Sistem Atmosfera 32 2.1 Struktur dan kandungan atmosfera2 Calon dapat:(a) Menyatakan strukturdan kandungan atmosfera;Gambar rajah struktur atmosfera(b) Menghuraikan strukturdan kandungan atmosfera;Ciri atmosfera: - Ketebalan- Ketinggian- SuhuGas dan bukan gas(c) Menjelaskan kepentingan struktur dan kandungan atmosfera.Fizikal dan hidupan
14Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran Catatan2.2 Cuaca dan iklim 10 Calon dapat:2.2.1 Unsur cuaca dan iklim(a) Mentakrifkan konsep cuaca dan iklim;Cuaca: Keadaan atmosfera harian dalam satu kawasan pada sesuatu masa.Iklim: Keadaan cuaca umum yang wujud dalam sesuatu kawasan untuk tempoh masa yang panjang.(b) Menghuraikan unsur cuaca dan iklim, iaitu;(i) Bahangan suria(ii) Bahangan bumi(iii) Suhu (iv) Kerpasan(v) Kelembapan (vi) Tekanan udara(vii) Angin(viii) Litupan awan2.2.2 Bahangan (c) Mentakrifkan konsep imbangan bahangan;Bahangan suria juga merujuk kepada bahangan matahari.Jumlah bahangan yang diterima hampir sama dengan bahangan yang dibebaskan.(d) Menghuraikan proses pemindahan haba, iaitu;(i) Atmosfera ke permukaan bumi (ii) Permukaan bumi ke atmosferaGambar rajah imbangan bahangan, gelombang pendek, gelombang panjang, dan proses pemindahan haba.
15Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran Catatan2.2.3 Suhu (e) Menjelaskan faktor taburan suhu secara;(i) Menegak(ii) MendatarFaktor menegak:- Ketumpatan udara- Olak suhu- Ketinggian- Tekanan udara- Kandungan atmosfera Faktor mendatar:- Garis lintang- Pengaruh lautan- Kebenuaan- Aspek- Albedo- Tumbuhan- Litupan awanPeta taburan suhu 2.2.4 Kelembapan udara(f) Mentakrifkan;(i) Kelembapan udara Konsentrasi wap air yang terdapat di atmosfera pada masa tertentu. (ii) Kelembapan mutlakJumlah kandungan wap air sebenar yang terdapat dalam udara pada masa tertentu (g/m3).2.2.5 Hujan (g) Menghuraikan jenis dan proses pembentukan hujan di kawasan tropika lembap;- Hujan perolakan - Hujan orografik2.2.6 Tekanan udara dan edaran angin(h) Menghuraikan tekanan udara dan edaran angin;Tekanan udara dihasilkan oleh zarah-zarah dalam udara yang mempunyai jisim yang memberikantekanan kepada permukaan bumi.
16Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran CatatanEdaran angin merujuk kepada proses pergerakan angin dari kawasan tekanan udara tinggi ke kawasan tekanan udara rendah.(i) Menjelaskan pembentukan pelbagai jenis angin;Peta sistem angin duniaAngin wilayah(angin monsundan angin Sumatera)Angin tempatan(bayu darat dan bayu laut, angin pergunungan, dan angin lintang)(j) Menghuraikan gangguan atmosfera;- Siklon tropika- Ribut 2.2.7 Litupan awan (k) Menyatakan jenis awan dan proses pembentukan awan.2.3 Kaitan sistem atmosfera dengan alam sekitar fizikal dan manusia6 Calon dapat:(a) Menghuraikan pengaruh cuaca dan iklim terhadap komponen sistem fizikal bumi dan manusia;Pengaruh iklim dan cuaca terhadap alam sekitar fizikal dan manusia.Kesan terhadap komponen sistem fizikal bumi. Perbincangan pada skala dunia dan penekanan kepada skala tempatan.
17Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran Catatan(b) Menjelaskan fenomena berikut:(i) El Niño(ii) La NiñaEl Niño: Pemanasan luar biasa yang berlaku di permukaan air laut di tengah dan timur Lautan Pasifik.La Niña: Suhu permukaan air laut yang sejuk di timur Lautan Pasifik.(c) Menilai kesan fenomena El Niño dan La Niñaterhadap alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia.2.4 Perubahan iklim 4 Calon dapat:(a) Mentakrifkan konsep perubahan iklim;Perubahan iklim merujuk kepada perubahan kepada unsur iklim dalam jangka masa yang panjang pada skala dunia.(b) Menjelaskan punca perubahan iklim;Aktiviti manusia dan punca semulajadi (peredaran orbit dan letupan gunung berapi).(c) Membincangkan kesan perubahan iklim terhadap alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia;(d) Mencadangkan langkah bagi mengurangkan kesan perubahan iklim.
18Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran Catatan 2.5 Iklim mikro 4 Calon dapat:(a) Mentakrifkan konsep iklim mikro;Merupakan iklim satu kawasan yang khusus dalam satu wilayah yang luas.(b) Mentakrifkan konsep iklim mikro bandar;Iklim mikro bandar merujuk kepada iklim dalam lingkungan beberapa meter dari permukaan dan relatifnya dalam kawasan yang kecil berbanding dengan kawasan di sekelilingnya.Penerangan merangkumi pulau haba bandar, pulau sejuk, suhu tinggi, kelembapan rendah, dan mengurangkan halaju angin.(c) Menjelaskan proses pembentukan iklim mikro bandar;Bahangan suria yang terperangkap di kawasan bandar mengubah ciriunsur cuaca dan iklim.(d) Menghuraikan punca kejadian iklim mikro bandar;Sifat permukaan, kurang litupantumbuhan, morfologi bandar, dan pembakaran bahan api fosil.
19Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran Catatan(e) Menilai kesan perubahan iklim mikro bandar terhadap alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia;Pulau haba, pencemaran udara, hujan asid, peningkatan suhu, kelembapan udara rendah, penyakit, dan kesan ekonomi.(f) Mencadangkan langkah bagi mengurangkan kejadian iklim mikro bandar.2.6 Kemahiran geografi 6 Calon dapat:(a) Menganalisis data cuaca dan iklim;Carta cuaca merujuk kepada rajah mawar angin, graf bulatan, graf garis, dan graf bar.(b) Melukis gambar rajah carta cuaca dan iklim;(c) Mentafsir data, jadual, graf, carta, foto, peta topografi, gambar rajah cuaca, dan iklim.3 Sistem Ekologi 24 3.1 Ekologi dan ekosistem 3 Calon dapat:(a) Mentakrifkan konsep ekologi;Kajian saintifiktentang saling hubungan antara organisma dengan organisma dan hubungan antara organisma dengan persekitarannya.(b) Mentakrifkan konsep ekosistem;Saling hubungan/ interaksi/saling kaitan antara benda hidup dengan benda bukan hidup dalam persekitarannya.
20Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran CatatanEkosistem meliputi konsep habitat, populasi, komuniti, koloni, dan spesies.(c) Menjelaskan komponen asas ekosistem;Biotik merujuk kepada komponen hidupan, seperti pengeluar, pengguna, dan pengurai. Abiotik merujuk kepada komponen bukan hidupan, seperti cahaya matahari, udara, tanah, mineral, dan air.(d) Membincangkan fungsi ekosistem, iaitu;(i) Aliran tenaga(ii) Kitar nutrien(e) Menghuraikan interaksi antara komponen ekosistem.Interaksi antaraorganisma, interaksi antarapopulasi, dan interaksi antarakomuniti.3.2 Rantaian dan siratan makanan3 Calon dapat:(a) Mentakrifkan konsep rantaian dan siratan makanan;Rantaian makanan ialah aliran sehala pemindahan tenaga dalam bentuk makanan daripadaorganisma di suatu aras trofik ke suatu aras trofik yang lain apabila proses makan dan dimakan berlaku.
21Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran CatatanSiratan makanan merujuk kepada gabungan beberapa rantaian makanan.(b) Menjelaskan proses rantaian makanan dan siratan makanan.Gambar rajah aliran tenaga dalam rantaian makanan dan siratan makanan.3.3 Aliran tenaga 3 Calon dapat:(a) Mentakrifkan konsep aliran tenaga;Pemindahan tenaga yang berlaku dalam rantaian makanan secara berperingkat dan berubah mengikut aras trofik yang berbeza.(b) Menjelaskan aras trofik dan piramid ekologi;(c) Menghuraikan proses pemindahan tenaga dan kehilangan tenaga dalam aras trofik;Gambar rajahpiramid jumlah, piramid biomas,dan piramid tenaga.(d) Menghuraikan persaingan antara spesies dan sesama spesies mengikut peringkat penggunaan tenaga.3.4 Kitar nutrien dalam ekosistem4 Calon dapat:(a) Mentakrifkan kitar nutrien;Proses kitaran unsur kimia dalam sebuah ekosistem secara berterusan.
22Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran Catatan(b) Menerangkan jenis kitar nutrien, iaitu; (i) Kitar oksigen(ii) Kitar karbon (iii) Kitar nitrogenGambar rajah kitar nutrien(c) Menghuraikankepentingan kitar nutrien.3.5 Jenis ekosistem 1 Calon dapat:(a) Menyatakan jenis ekosistem;Daratan dan akuatik(b) Menghuraikan jenisekosistem.Ekosistem daratan: Hutan tanah pamah dan hutan tanah tinggi.Ekosistem akuatik: Tasik, paya bakau, dan tanah bencah.3.6 Keseimbangan ekosistem3 Calon dapat:(a) Memahami konsep keseimbangan ekosistem;Pengekalan komponen biotik dan abiotik secara seimbang dari segi interaksi antara satu dengan yang lain.(b) Menghuraikan faktor yang mengganggu keseimbangan ekosistem;Alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia(c) Menjelaskan kepentingan keseimbangan ekosistem;(d) Menilai kesanketidakseimbangan ekosistem;(e) Mencadangkan langkah untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.
23Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran Catatan3.7 Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar3 Calon dapat:(a) Mentakrifkan konsep pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar;Pemeliharaan: Perlindungan dan pengurusan sumber semula jadi.Pemuliharaan: Membaiki ataumembaik pulih sumber yang mengalami gangguan.(b) Mencadangkan langkahpemeliharaan danpemuliharaan alam sekitar.3.8 Kaitan sistem ekologi dengan manusia4 Calon dapat:(a) Membincangkan kepentingan sistem ekologi kepada manusia;Kepentingan ekosistem daratanKepentingan ekosistem akuatik(b) Menghuraikan ekosistembuatan manusia;Ekosistem buatan manusia merujuk kepada ekosistem semula jadi yang telah diubah suai oleh manusia,seperti ekosistem tasik buatan, kawasan pertanian, kawasan penghutanan semula, dan ekosistem bandar.
24Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran CatatanBAHAGIAN B:GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA4 Penduduk 41 4.1 Konsep penduduk 5 Calon dapat:4.1.1 Penduduk sebagai sumber manusia(a) Mentakrifkan konsep penduduk sebagai sumber manusia;Penduduk sebagai aset sesebuah negara yang merangkumi kualiti dan kuantiti.Asas penduduk: Individu, keluarga, komuniti, dan masyarakat(b) Menghuraikan penduduk sebagai sumber manusia yang diukur secara;(i) Kuantiti Kuantiti penduduk merujuk kepada bilangan/saiz, umur, jantina, dan taburan.(ii) Kualiti Kualiti penduduk merujuk kepada taraf pendidikan, kemahiran, kesihatan, dan sikap.(c) Menjelaskan faktor yang mempengaruhi kualiti dan kuantiti penduduk;4.1.2 Penduduk sebagai ejen perubahan(d) Menjelaskan peranan manusia sebagai ejen perubahan; (i) Alam sekitar fizikal(ii) Alam sekitar manusiaSkala dunia
25Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran Catatan 4.2 Pertumbuhan penduduk15 Calon dapat:(a) Mentakrifkan konsep pertumbuhan penduduk;Pertumbuhan penduduk merujuk kepada peratus perubahan penduduk pada skala ruang dan masa.4.2.1 Faktor pertumbuhan penduduk(b) Menjelaskan faktorpertumbuhan penduduk, iaitu;(i) Kadar kelahiran(ii) Kadar kematian(iii) Migrasi(c) Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk; (d) Menghuraikan prosesberikut:(i) Pertumbuhan semula jadi(ii) Pertumbuhan pendudukKelahiran –kematianKelahiran –kematian + migrasi bersih(e) Menghitung kadar pertumbuhan penduduk tahunan dengan formula berikut:r= 1/n Log e(Pn /Po) 100;r = Kadar pertumbuhann = Bilangan tahunPn = Penduduk tahun semasaPo = Penduduk tahun asas(f) Membandingkan kadar pertumbuhan penduduk;Negara maju, negara sedang membangun, dan negara mundur.(g) Membandingkan pola dan trend pertumbuhan penduduk; danNegara maju, negara sedang membangun, dan negara mundur.
26Tajuk Waktu PengajaranHasil Pembelajaran Catatan 4.2.2 Kesan pertumbuhan penduduk(h) Membandingkan kesan pertumbuhan penduduk terhadap ciri demografi dan status sosioekonomi.4.3 Taburan penduduk 15 Calon dapat:4.3.1 Konsep dan polataburanpenduduk(a) Mentakrifkan konsep dan pola taburan penduduk; Sebaran atau agihan penduduk di sesuatu ruang(b) Mengenal pasti pola taburan penduduk, iaitu;(i) Padat(ii) Sederhana (iii) JarangPeta taburan penduduk negara Malaysia4.3.2 Faktor mempengaruhi taburan penduduk(c) Menjelaskan faktor yang mempengaruhi taburan penduduk;(d) Menilai faktor yang mempengaruhi taburan penduduk;4.3.3 Ketidakseimbangan taburan penduduk(e) Menghuraikan kesan ketidakseimbangan taburan penduduk;Ketidakseimbangan taburan penduduk merujuk kepada alam sekitar, sumber, politik, ekonomi, dan sosial.(f) Mencadangkan langkah mengatasi masalah ketidakseimbangan taburan penduduk;4.3.4 Isu dan impak kependudukan(g) Menjelaskan isu dan impak kependudukan kini;Ekonomi, sosial, sumber, penduduk menua, buruh, migrasi, pelarian, petempatan, kesesakan, alam sekitar (fizikal dan manusia), dan lainlain
27Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran Catatan(h) Menjelaskankependudukan dari aspek geopolitik;Konsep geopolitik: Ciri geografi tertentu seperti kedudukan atau lokasi, wilayah, negeri, sumber, topografi, iklim, jarak, pergerakan penduduk, saiz danbentuk negeri, serta demografi dan seumpamanya yang memberikan kesan dan pengaruh terhadap dasar dan tindakan.Tingkah laku politik merujuk kepada pemikiran, respons dan tindak balas terhadap pemilihan, pembentukan, dan pelaksanaan dasar. (i) Pola dan taburan geopolitik mengikut skala ruang dan masaKewilayahan (zon utara, zon selatan, zon timur, zon tengah, Sabah, dan Sarawak), bandar dan luar bandar.Penggunaan piramid penduduk, data banci, peta aliran, peta taburan penduduk, dan lain-lain. Mengikut umur, taraf pendidikan, media, dasar, kestabilan ekonomi, kepimpinan, dan isu antarabangsa. (ii) Trend mengikut skala ruang danmasa
28Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran Catatan(i) Menjelaskan pengaruh geopolitik terhadap;(i) Dasar kerajaan (ii) Penggunaan sumber (iii) Pembangunan sosioekonomi (iv) Pembangunan fizikalKesan positif dan kesan negatif.4.4 Kemahiran geografi 6 Calon dapat:(a) Mengira, melukis, dan mempersembahkan data perubahan dan pertumbuhan penduduk dalam bentuk jadual dan gambar rajah;(i) Kadar kelahiran(ii) Kadar kematian(iii) Kadar migrasi bersih (iv) Kadar pertumbuhanpendudukSkala dunia, wilayah, dan negara.Gambar rajah meliputi graf, carta, dan rajah.(b) Mentafsir data dan gambar rajah serta meramalkan trend pertumbuhan penduduk masa depan, dan dari aspek politik;Mentafsir bermaksud menerangkan ciri, pola, dan trend yang ditunjukkan oleh data dalam jadual dan gambar rajah.(c) Menghitung, melukis, melabel, mempersembahkan data,dan mentafsir kepadatan penduduk;Gambar rajah meliputi graf dan carta serta peta koroplet.(d) Melukis, melabel, dan mentafsir piramid penduduk.Bentuk piramid pendudukprogresif, perantaraan, dan regresif.
29Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran Catatan5 Migrasi 13 5.1 Konsep migrasi 1 Calon dapat:(a) Mentakrifkan konsep migrasi;Pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain mengikut ruang dan masa (dengan tujuan untuk menetap sementara atau kekal di tempat yang baharu).5.2 Jenis dan pola migrasi 4 Calon dapat:(a) Menghuraikan:(i) Jenis migrasi dalaman Luar bandar ke bandar, bandar ke bandar, bandar ke luar bandar, dan luar bandar ke luar bandar.Migrasi pinggir bandar merujuk kepada migrasi ke luar bandar (yang sedang mengalami transisi ke arah bandar).(ii) Migrasi antarabangsaAntara negara dan antara benua.(b) Pola migrasi. Pola migrasi dilihat dari arah aliran,jumlah aliran, dan komposisi aliran (jantina, umur, dan taraf pendidikan).Penggunaan peta aliran sebagai contoh untuk menerangkan pola migrasi.
30Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran Catatan5.3 Faktor migrasi 1 Calon dapat: (a) Menilai faktor tarikan dan tolakan yang mempengaruhi; (i) Migrasi dalaman(ii) Migrasi antarabangsa5.4 Kesan migrasi 4 Calon dapat: (a) Membincangkan kesan;(i) Migrasi dalaman(ii) Migrasi antarabangsaKesan positif dan kesan negatif Contoh: isu pelarian(b) Mencadangkan langkah mengurangkan masalahmigrasi.5.5 Kemahiran geografi 3 Calon dapat: (a) Mengira, melukis, dan mempersembahkan data migrasi penduduk dalam bentuk jadual dan gambar rajah.Peta aliran dancarta pai
31Semester 2Tajuk Waktu PengajaranHasil Pembelajaran CatatanBAHAGIAN A:GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL6 Sistem Hidrologi 18 6.1 Fasa air 1 Calon dapat:(a) Menyatakan tiga fasa perubahan air (cecair, gas, dan pepejal);Gambar rajah perubahan fasa air (b) Menghuraikan tiga fasa proses perubahan air dan tenaga yang terlibat.Tenaga diserap atau dibebaskan6.2 Kitaran hidrologi 4 Calon dapat:(a) Mentakrifkan konsep kitaran hidrologi;Merujuk kepada pergerakan dan pertukaran air secara berterusan dalam pelbagai bentuk dan ruang.(b) Menghuraikan proses mendatar kitaran hidrologi;Gambar rajah kitaran hidrologi(c) Menghuraikan proses menegak kitaran hidrologi;(d) Menilai faktor yang mempengaruhi proses kitaran hidrologi.Faktor fizikal dan aktiviti manusia 6.3 Edaran air tanih 2 Calon dapat:(a) Menjelaskan proses edaran air tanih;Larian air permukaan, resapan, aliran air bawah tanah, simpanan air tanih, dan akuifer.(b) Menilai faktor yangmempengaruhi edaran air tanih.
32Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran Catatan6.4 Imbangan air 3 Calon dapat:(a) Mentakrifkan konsep imbangan air;Jumlah kerpasan sama dengan jumlah sejatan.(b) Membezakan variasi imbangan air mengikut ruang dan masa;- Lebihan air dan kurangan air- Peta taburan hujan - Skala Malaysia(c) Menilai faktor yang mempengaruhi variasi imbangan air mengikut ruang dan masa. 6.5 Kaitan sistem hidrologi dengan manusia4 Calon dapat:(a) Menjelaskan kepentingan sumber air;(b) Menjelaskan gangguan imbangan air;Gangguan imbangan air merujuk kepada perubahan simpanan air yang digambarkan oleh lebihan air (banjir) dan kurangan air (kemarau).(c) Menilai kesan gangguan imbangan air terhadap alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia;(d) Mencadangkan penyesuaian manusia terhadap kurangan air dan lebihan air.Hujan tiruan, sistem pengairan, penghutanan, dan sumber air alternatif6.6 Kemahiran geografi 4 Calon dapat:(a) Menganalisis data, melukis, mentafsir graf,dan merumuskan data hidrologi;Graf garis dan graf bar
33Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran Catatan(b) Mentafsir data, jadual, graf, carta, foto, peta topografi, dan gambar rajah.7 Sistem Geomorfologi 37 7.1 Konsep geomorfologi 1 Calon dapat:(a) Mentakrifkan konsep geomorfologi;Kajian terhadap proses pembentukan dan pengukiran bentuk muka bumi.(b) Menghuraikan peranan tenaga dalam proses geomorfologi.Tenaga berpunca dari dalam (endogenik) dan luar bumi (eksogenik).7.2 Konfigurasi bentuk bumi10 Calon dapat:(a) Menghuraikanstruktur dan kandungan lapisan bumi;Gambar rajah lapisan struktur bumi7.2.1 Batuan (b) Menyatakan jenis batuan;- Igneus- Enapan- Metamorfosis(c) Menjelaskan proses pembentukan batuan;(d) Menghuraikan kepentingan kepelbagaian jenis batuan;7.2.2 Plat tektonik (e) Menjelaskan proses pergerakan plat tektonik;Mampatan dan regangan Peta taburan plat dunia
34Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran Catatan(f) Menjelaskan pergerakan plat tektonik melalui proses mampatan dan regangan;Pertembungan, pencapahan, danperselisihan (menghasilkan proses lipatan, gelinciran, dan letusan gunung berapi).(g) Menjelaskan bentuk muka bumi yang terhasil akibat pergerakan plat tektonik;(h) Membincangkan kesan proses pergerakan plat tektonik terhadap alam sekitar fizikal dan manusia.7.3 Proses geomorfologi di kawasan tropika lembap16 Calon dapat:(a) Mengenal pasti proses geomorfologi, iaitu:(i) Luluhawa(ii) Pergerakan jisim(iii) Hakisan(iv) Pengangkutan(v) PemendapanPeranan yang dimainkan oleh tenaga graviti,tenaga haba, tenaga keupayaan, tenaga kinetik,dan tenaga kimia.7.3.1 Luluhawa (b) Mentakrifkan konsep luluhawa;Proses pemecahan dan penguraian batuan di permukaan bumi.(c) Menghuraikan jenis dan proses yang berikut:(i) Luluhawa fizikal(ii) Luluhawa kimia(iii) Luluhawa biologi(d) Menghuraikan faktor yang mempengaruhi luluhawa;(e) Membincangkan kesan luluhawa terhadap aktiviti manusia dan pembentukan landskap;
35Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran Catatan7.3.2 Pergerakan jisim(f) Mentakrifkan konsep pergerakan jisim;Pergerakan bahan regolit yang menuruni cerun akibat tarikan graviti.(g) Menghuraikan jenis pergerakan jisim;(i) Aliran cepat(ii) Aliran perlahanAliran cepat (tanah runtuh, gelongsoran tanah, aliran lumpur, jatuhan batuan, dan runtuhan salji).Aliran perlahan (kesotan tanih, gelangsaran tanih, kesotan talus, dan kesotan batuan).(h) Menilai faktor yang mempengaruhi pergerakan jisim;(i) Membincangkan kesan pergerakan jisim terhadap alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia;7.3.3 Hakisan (j) Mentakrifkan konsep hakisan;Proses pengukirandan penghausan permukaan.(k) Menghuraikan jenis danejen hakisan;Jenis hakisan permukaan (percikan, kepingan, galur,dan galir)Ejen hakisan (angin, air, glasier, dan graviti)
36Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran Catatan7.3.4 Pengangkutan (l) Mentakrifkan konsep pengangkutan;Pemindahan atau pergerakan bahan yang telah terhakis akibat tarikan graviti.(m) Menghuraikan ejen pengangkutan;Ejen pengangkutan (angin, air, dan glasier)7.3.5 Pemendapan (n) Mentakrifkan konsep pemendapan.Letakan bahan oleh ejen pengangkutan (angin, glasier, dan air)7.4 Sungai danpembentukan bentuk muka bumiCalon dapat:(a) Mentakrifkan konsep lembangan saliran;Kawasan tadahan bagi sesuatu sistem saliran yang disempadani oleh legeh.(b) Menjelaskan proses pembentukan alur sungai, iaitu;(i) hakisan(ii) pengangkutan(iii) pemendapanGambar rajahlembangan saliran (legeh, lembah, dan alur sungai)Gambar rajah profil panjang sungai(c) Menghuraikan jenis hakisan sungai (melebar, mendalam, dan mengundur);Gambar rajah profil rentassungai(d) Menghuraikan proses hakisan sungai (hidraul, geseran, lagaan, dan larutan);(e) Menilai faktor yang mempengaruhi hakisan sungai;
37Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran Catatan(f) Menjelaskan proses pembentukan bentuk muka bumi hakisan sungai;Bentuk muka bumi hakisan: Air terjun, jeram, lubuk, gaung, lurah, lubang periuk, dan lainlain.(g) Menghuraikan cara pengangkutan sungai (golekan, loncatan, ampaian, larutan, dan apungan);(h) Menilai faktor yang mempengaruhi pengangkutan sungai;(i) Menilai faktor yang mempengaruhi pemendapan sungai; (j) Menjelaskan proses pembentukan bentuk muka bumi pemendapan sungai;Bentuk muka bumi pemendapan:Dataran banjir, delta, tasik ladam, tetambak, dan lain-lain.(k) Menilai pengaruh bentuk muka bumi hakisan dan pemendapan sungai terhadap aktiviti manusia.7.5 Pinggir pantai dan pembentukan bentuk muka bumiCalon dapat:(a) Mentakrifkan konsep pinggir pantai dan pantai seimbang;Pinggir pantai –kawasan yang berada antara tikas air pasang yang paling tinggi dengan tikas air surut yang paling rendah.
38Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran CatatanPantai seimbang –kadar hakisan adalah sama dengan kadar pemendapan.(b) Menghuraikan cara hakisan pantai (hidraul, geseran, larutan, dan lagaan);(c) Menilai faktor yang mempengaruhi hakisan pantai;(d) Menjelaskan proses pembentukan bentuk muka bumi hakisan pinggir pantai;Bentuk muka bumi hakisan:Tanjung, teluk, gua, gerbang laut,batu tunggul, tunggul sisa, gloup, geo, tebing tinggi, pelantar hakisan ombak, dan lain-lain(e) Menghuraikan cara pengangkutan bahan pantai (hanyutan pesisir, golekan, dan seretan);(f) Menilai faktor yang mempengaruhi proses pengangkutan bahan di pinggir pantai;(g) Menilai faktor yang mempengaruhi proses pemendapan;(h) Menjelaskan proses pembentukan bentuk muka bumi pemendapan pinggir pantai;Bentuk muka bumi pemendapan:Pantai, beting pasir, anak tanjung, tombolo, lagun, permatang, dan delta
39Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran Catatan(i) Membincangkan pengaruh bentuk muka bumi hakisan dan pemendapan pantai terhadap aktiviti manusia.7.6 Kaitan sistem geomorfologi dengan manusia4 Calon dapat:(a) Menghuraikan kaitan sistem geomorfologi dengan aktiviti manusia (pertanian, petempatan, pelancongan, perlombongan, pengangkutan, dan perindustrian);Kepentingan sistem geomorfologi kepada kehidupan manusia.Tanah tinggi, tanah pamah, pantai, sungai, dan gunung berapi mempengaruhi aktiviti manusia.(b) Membincangkan isu lembangan sungai;Penebusgunaan dan penerokaan kawasan lembangan sungai, pencemaran air,hakisan, danpemendapan.(c) Membincangkan isu pinggir pantai;Penebusgunaan dan penerokaan kawasan pinggir pantai:- Pencemaran- Hakisan- Pemendapan(d) Membincangkan langkah untuk mengatasi isu lembangan saliran dan pinggir pantai.
40Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran Catatan7.7 Kemahiran geografi 6 Calon dapat:(a) Mentafsir peta topografi, peta lakar, dan gambar foto;(b) Mengira keluasan, lampauan tegak, kecerunan, dan relief bandingan;(c) Melukis profil rentas sungai dan profil panjang sungai, serta keratan rentas bentuk muka bumi;(d) Menginterpolasi, memplot, dan mentafsir garisan kontur;(e) Mentafsir ciri muka bumi dan saliran;(f) Merumus kaitan sistem geomorfologi dengan guna tanah;(g) Mentafsir data, jadual, graf, carta, foto, peta topografi, dan gambar rajah.