The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sukatan Pelajaran Yang telah dimurnikan dan digunakan bermula Semster 1 STPm 2026

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-76243694, 2025-11-08 01:18:31

Sukatan Pelajaran Geografi STPM (Kemaskini 2 September 2024)

Sukatan Pelajaran Yang telah dimurnikan dan digunakan bermula Semster 1 STPm 2026

Keywords: Sukatan Pelajaran

91Bahagian C: Alam Sekitar Manusia[15 markah]Jawab satu soalan sahaja.5 Gambar rajah di bawah menunjukkan piramid penduduk di negara X.(a) Berdasarkan gambar rajah di atas,(i) kenal pasti bentuk piramid penduduk negara X, [1](ii) terangkan ciri demografi penduduk negara X. [4](b) Jelaskan pola pertumbuhan penduduk di negara membangun pada masa ini. [4](c) Jelaskan implikasi pertumbuhan tersebut terhadap negara X. [6]STPM – 942/5


926 Jadual di bawah menunjukkan bilangan penduduk bandar di Malaysia pada tahun 1980, pada tahun 1991, pada tahun 2000, dan pada tahun 2010.NegeriPenduduk1980 1991 2000 2010Selangor 745 929 1 721 505 3 483 765 4 990 482Johor 621 106 991 514 1 638 772 2 405 874Sabah 171 922 576 651 1 182 890 1 731 806W.P. Kuala Lumpur 919 611 1 145 075 1 297 526 1 674 621Perak 744 541 1 007 689 1 207 948 1 640 241Pulau Pinang 606 221 798 806 974 779 1 418 074Sarawak 294 962 618 081 963 232 1 330 217Kedah 275 921 424 064 608 696 1 257 941Pahang 202 963 315 164 518 176 758 014Melaka 134 918 195 242 405 917 709 933Negeri Sembilan 191 902 290 283 456 535 679 286Kelantan 211 381 395 863 451 861 652 852Terengganu 191 192 343 065 434 273 612 737Perlis 28 232 48 963 67 084 118 978W.P. Labuan 7026 26 285 54 162 71 528Berdasarkan jadual di atas,(a) (i) hitung kadar pertumbuhan penduduk bandar di Malaysia pada tahun 2000 hingga tahun 2010, [2](ii) lukis graf yang sesuai bagi menunjukkan kadar pertumbuhan penduduk bandar di Malaysia. [5](b) Jelaskan faktor yang mempengaruhi proses pembandaran di Malaysia. [4](c) Huraikan kesan negatif proses pembandaran yang pesat terhadap alam sekitar manusia. [4]STPM – 942/5


93GlosariIstilah HuraianAkuifer Lapisan batuan yang telap air dan di dalamnya mengandungi air yang banyak.Albedo Kejadian pembalikan cahaya dan radiasi dari permukaan ke atmosfera.Batuan igneus Batu yang wujud akibat dari pembekuan magma.Dataran banjir Kawasan rendah bersebelahan tebing sungai yang terbentuk disebabkan oleh pemendapan dari limpahan sungai semasa banjir.Garis lintang Garis bayangan yang digunakan untuk menentukan lokasi di bumi yang berpusat pada garis khatulistiwa.Gelinciran Rekahan yang diperoleh di muka bumi, iaitu sebelahnya muncul ke atas atau tergelincir ke bawah dari sebelah yang lain.Habitat Tempat tinggal sesuatu spesies haiwan atau tumbuhan, yang membolehkannya mendapatkan keperluan hidup, seperti makanan, tempat perlindungan, dan persekitaran yang sesuai untuk membiak.Hujan perolakan Hujan yang terbentuk akibat pergerakan udara yang tidak stabil ke troposfera dan membentuk awan kumulus dan awan komulunimbus.Jeram Aliran air sungai yang dihalang oleh tonjolan atau batu keras di dasar sungai yang menghasilkan percikan atau gelongsoran air.Kaldera Kawah dalam yang terbentuk selepas letupan gunung berapiakibat pengosongan magma. Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)Nilai barang dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh semua faktor di dalam sesebuah negara bagi tempoh satu tahun.Krater Satu lekukan besar hampir bulat akibat letupan gunung berapi.Kuasa beli Kemampuan membeli barangan dan perkhidmatan dengan satu unit mata wang.Lagun Kawasan cetek air masin yang terpisah dari pinggir pantai oleh permatang beting pasir.Perihelion Kedudukan bumi berada dalam orbit yang paling dekat dengan matahari.Afelion Kedudukan bumi berada dalam orbit yang paling jauh dari matahari.Rebakan bandar Proses peluasan kawasan perbandaran sesebuah bandar raya ke kawasan pinggir bandar yang lazimnya masih berkepadatan


94rendah, dan bersifat desa dengan guna tanah utamanya ialah pertanian.Sub bandar Kawasan kejiranan di pinggir bandar.Teknologi hijau Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.Topografi Bentuk fizikal di sesuatu kawasan yang meliputi bentuk muka bumi, saliran sungai, cerun, dan lain-lain.Daya huni Keadaan kehidupan yang sejahtera bagi semua penduduk meliputi keadaan fizikal dan kesejahteraan mental. Daya tampung alam semula jadi tidak dilampaui dengan mengekalkan kualiti hidup yang baik. Kemudahan asas Kemudahan yang perlu bagi pembangunan negara, seperti jaringan jalan raya, bekalan air, telekomunikasi, bekalan elektrik, gas, dan jalur lebar.Kemudahan sosial Perkhidmatan yang melibatkan kebajikan rakyat seperti kesihatan, pendidikan, keselamatan, perbankan kewangan, dan insurans.Menua Proses pertambahan penduduk yang berumur 60 tahun dan lebih mencecah 15 peratus daripada jumlah penduduk.Pinggir bandar Tadahan perbandaran dan kawasan paling sesuai dalam menampung percambahan penempatan bandar sama ada bagi pembangunan pentadbiran, pendidikan, perindustrian, kediaman, pusat perniagaan, dan komersial yang telah dirancang untuk masa hadapan.Adaptasi Proses evolusi, iaitu sesebuah populasi mampu menyesuaikan dirinya dengan persekitarannya. Proses ini berlaku selama turuntemurun sebagai satu fenomena yang asas.Mitigasi Usaha yang dilakukan untuk mencegah, menahan atau melewatkan sesuatu kesan.Geopolitik Ciri geografi tertentu seperti kedudukan atau lokasi, wilayah, negeri, sumber, topografi, iklim, jarak, pergerakan penduduk, saiz dan bentuk negeri, serta demografi dan seumpamanya yang memberikan kesan dan pengaruh terhadap dasar dan tindakan.Daya koriolis Daya pesongan yang terhasil semasa sesuatu objek bergerak dalam lingkungan satu koordinat yang sedang berputar yang menyebabkan berlakunya pembiasan objek tersebut (contohnya angin).Regolit Bahan-bahan batu yang telah diluluhawakan dan bersifat berderai dan yang diperoleh di atas permukaan batu hampar atau bahan asasnya atau dibawa dan dilonggokkan oleh air, angin atau glasier di tempat lain.


95Konurbasi Kawasan pertumbuhan perbandaran ekonomik yang merangkumi bandar raya, bandar-bandar utama, dan juga kawasan perbandaran yang bercantum secara fizikal, mempunyai hubungan ekonomi dan mengalami pertumbuhan penduduk bagi membentuk satu kawasan tepu bina yang membangun secara berterusan.Kawasan tadahan (catchment area)Kawasan berhutan rimba yang terletak di lereng bukit atau legeh dan penting dari segi bekalan air.Discas/luahan Isi padu air yang mengalir di tempat-tempat tertentu di dalam alur sungai pada tempoh masa tertentu.Tikas air pasang Titik yang menunjukkan peningkatan maksimum jisim air.Tikas air surut Titik yang menunjukkan penurunan maksimum jisim air.Profil rentas sungai Satu keratan rentas saluran sungai atau lurah. Profil rentas sungai akan dapat menunjukkan ciri-ciri, seperti teres, sudut lereng sungai sama ada semukur atau tidak, luas dataran mendap, dan lain-lain.Profil panjang sungai Suatu keratan yang dilukis untuk mendapatkan bentuk cerun sungai dari hulu hingga ke kuala.Literasi digital Pengetahuan dan kecekapan pengguna untuk memanfaatkan media digital, seperti alat komunikasi, jaringan Internet, dan sebagainya.Spesies endemik Spesies yang hidup berkelompok dalam habitat yang terbatas di sesebuah lokasi tertentu. Contoh, tumbuhan dan haiwan endemik di Malaysia ialah bunga pakma, periuk kera, penyu belimbing, harimau malaya, dan gajah pygmy (gajah kerdil Borneo).Kaedah kuantitatif Kajian kuantitatif ialah kajian yang menggunakan maklumat atau data yang boleh diukur, melalui proses pengukuran dan memerlukan alat-alat pengukuran, seperti soal selidik dan ujian. Saiz sampel bagi kajian ini lebih besar berbanding kajian dengan kualitatif. Jenis-jenis kajian kuantitatif ialah kajian deskriptif, kajian korelasi, causal comparative, dan kajian eksperimental.Kaedah kualitatif Kajian kualitatif ialah kajian yang menggunakan maklumat atau data yang diperoleh dengan cara pemerhatian, temubual, analisis dokumen atau apa-apa cara untuk mendapatkan data yang lengkap. Saiz sampel bagi kajian ini lebih kecil berbanding kajian kualitatif. Jenis-jenis kajian kualitatif ialah kajian tindakan, kajian kes, kajian lapangan, dan analisis dokumen.


Click to View FlipBook Version