The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sholehah091268, 2021-06-03 12:11:01

E BOOK KIP 2020

E BOOK KIP 2020

Institut Pendidikan Guru
Kampus Perempuan Melayu
Jalan Maktab, Durian Daun, 75400 Melaka

KOMPILASI
INOVASI PENDIDIKAN

Diselenggarakan oleh:
Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Diterbitkan oleh:
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka

2020

Kompilasi Inovasi Pendidikan
Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu, Melaka
ISBN 978-967-12294

© 2020. Hak Cipta Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Kompilasi Inovasi Pendidikan IPGK PM ini diselenggarakan oleh Jabatan Perancangan,
Penyelidikan dan Inovasi (JPPI) IPGK Perempuan Melayu, Melaka dan diterbitkan oleh
Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Penerbitan ini bertujuan
menyebarluas inovasi para pensyarah dan pelajar yang terlibat. Semua inovasi yang
terkandung di sini adalah hasil inovasi pensyarah dan pelajar sendiri dan tidak semestinya
menggambarkan pandangan IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka.
Kompilasi ini diterbitkan setahun sekali. Sidang Editor mengalu-alukan para inovater
untuk menyumbangkan hasil-hasil inovasi dalam terbitan yang akan datang. Sumbangan
tersebut hendaklah dihantar kepada Unit Penyelidikan dan Inovasi, Jabatan Perancangan,
Penyelidikan dan Inovasi, Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu, Melaka.

Portal
http://www.ipgkpm.edu.my

ii

JAWATANKUASA
PENERBITAN KOMPILASI INOVASI PENDIDIKAN

TAHUN 2020

PENAUNG
Dr. Faridah binti Yakob

Pengarah
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

PENASIHAT
Dr. Norshidah binti Abu Husin

Timbalan Pengarah
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

PENYELARAS
Dr. Noryani binti Md Yusof

Ketua Jabatan
Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi

KETUA EDITOR
Dr. Sholehah binti Ismail
Ketua Unit Penyelidikan dan Inovasi
Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi

PANEL
Dr. Noryani binti Md Yusof
Dr. Fatimah binti Mustaffa
Dr. Shahrir Affandi bin Daud
Dr. Kamarudin bin Abu Hassan

Dr. Salinah binti Pit
Mazmi binti Maarof
Aimee Shahrin bin Jais

iii

SOROTAN KETUA EDITOR

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kita kepada Allah Yang Maha Berkuasa kerana
dengan limpah kurnia-Nya, Kompilasi Inovasi Pendidikan tahun 2020 telah dapat
diterbitkan seperti yang dirancangkan. Penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Unit
Penyelidikan dan Inovasi, Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi atas usaha yang
murni ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada semua inovator yang telah berjaya
menghasilkan inovasi masing-masing untuk rujukan kita bersama. Penghasilan inovasi
yang diterjemahkan dalam bentuk penerbitan Kompilasi Inovasi Pendidikan ini boleh
dijadikan sebagai pemangkin kepada warga IPG Kampus Perempuan Melayu, khususnya
staf akademik untuk melaksanakan inovasi secara berterusan. TERIMA KASIH yang tak
terhingga diucapkan kepada Dana Inisiatif #112, Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM) yang telah menyalurkan peruntukan bagi tujuan penerbitan Kompilasi Inovasi
Pendidikan ini.
Sesungguhnya, kejayaan para inovator dalam usaha menghasilkan inovasi untuk
diterbitkan merupakan satu sumbangan yang amat besar dalam perkembangan ilmu,
khususnya kepada warga Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pelajaran
Malaysia. Sumbangan ini akan menjadi sumber rujukan yang amat berguna kepada pelajar,
pensyarah dan semua warga pendidik. Seterusnya, akan menjadikan IPGK PM sebagai
pusat pembudayaan inovasi. Setiap tahun hasilan inovasi pensyarah akan diterbitkan dalam
bentuk bercetak untuk dikongsi dan disebar luas. Semoga kita semua akan terus berinovasi
dalam mencakna ilmu untuk kecemerlangan pendidikan.

SHOLEHAH BINTI ISMAIL, Ph.D
Ketua Editor
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

iv

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN
1-11
1 BUKU QASEH 12-15
Zurinah binti Ahmad, Hj Mustaffa bin Jantan,
Dr. Norsiah binti Bahari, Ummu Qistina binti Kamarulzaman 16-21
22-26
2 TEKNIK LAKBAH 27-33
Tn. Hj. Rozaili bin Mohd Ali, Dr. Fauziah binti Yahya
Suziela binti Md. Tahir, Dr. Site Hadijah binti Harun, 34-42
Dr. Shahrir Affandi bin Daud
.43-49
3 DEMIMASA 50-52
Suhaira binti Rahim @ Ibrahim, Dr. Norsiah binti Bahari,
Dr. Ustazah Sofia binti Mohamed

4 InSoKM
Dr Norshidah Abu Husin, Dr Fatimah binti Mustaffa,
Sarina binti Mohd. Yassin, Siti Kertini binti Abdul Hamid

5 ANIMAL SALVAJE
Azizah binti Abd. Samad, Noor Farhana binti Kamaruddin
Eryssa Shahezy Arianiy binti Zabahniah
Nurul Ain Nadhirah binti Kamarulazaman

6 KAEDAH PENGAJARAN MEWARNA LUKISAN
MENGGUNAKAN RAKAMAN VIDEO
Noraini binti Mohd, Noorlian binti Ishak
Roslizah binti A. Samad

7 PROPERLY
Aimiee Shahrin b. Jais, Tn Hj Zakariya b Julas
Tn Hj Azman b. Aziz

8 PENGURUSAN RESOS DALAM PENYELIDIKAN
Izzah binti Abu Bakar, Shakimah binti Che Hasbullah

-5-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

BIL PERKARA HALAMAN

9 ABA (Alternative Buoyancy Aid) 53-57
Dr. Norsiah binti Bahari, Mohd Rosli bin. Badron, 58-64
Zaimawati binti Abd. Kadir, Tn. Hj. Shahrin bin Abidin, 65-67
Kristil Tan Ai Teng 68-72

10 JOM MEMBAHAGI 73-78
Dr. Faizah binti Mohd Ghazali, Zuraidah binti Bahari, 79-81
Nazjedah binti Mahmud, Zatul Itri binti Abdul Aziz 82-93
94-101
11 PERPUSTAKAAN MINDA 102-106
Anuar bin Mohd Len, Syifa Al-Hanani binti Badrul hisyam 107-112
Nur Nilam Sari binti Muhammad Nizam

12 APLIKASI MAYA SEBAGAI
ALTERNATIF PDP MATEMATIK SEMASA PKP COVID19
Rozana@Umi Kalthum binti Sahul Hamid
Aida Maisarah binti Ridzuan, Nabilah binti Mohamad Sabri,
Wan Fadhilah Hanan binti Wan Ahmad Zuki,
Nur Azalini binti Salzali

13 INTELLECT CODE
Siti Aishah binti Mohamad, Norwisma binti Md Yusof,
Najwa binti Rosli, Aribah binti Iskandar
Puteri Syahirah Illani Binti Ghazani

14 “MY GUIDE BOOK”
Rozana@Umi Kalthum binti Sahul Hamid

15 SCHOOLOGY.COM: E-LEARNING PENDIDIKAN MUZIK
Dr. Amran bin Aris, Kamarudin bin Katon,
Abdul Razak bin Rahman, Rosli bin Harun
Catherine Cheah Ming Ming,

16 TEMPLAT IDEA KREATIF (TIK)
Dr. Norsiah binti Bahari, Siti Aishah binti Mohamad
Datin Dr. Halimahtusa’adiah binti Salleh, Noorlian binti Ishak

17 WASTE TO PRODUCT
Suziela binti Md Tahir, Noorlian binti Ishak,
Dr. Shahrir Affandi bin Daud

18 “THE DANCING BOARD”
Dr Nor Haslynda binti Abdul Rahman
Amirah Nur Aisyah, Nik Nurul Afiqah

-6-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

BIL PERKARA HALAMAN

19 THE COLLECTIVE SPINNING WHEEL 113-116
Dr Nor Haslynda binti Abdul Rahman 117-120
Nur Aquilah Aiman binti Haimi, Nazareen Adillia binti Hirudin 121-181
182-140
20 POCKET CHART
Dr. Nor Haslynda bt A. Rahman 141-146
Anis Arina binti Saldi, Siti A’isyah binti Saiful Bahari 147-150

21 MULTI ROLE GAME BOARD
Aimee Shahrin bin. Jais, Tn Hj Zakariya bin Julas,
Tn Hj Azman bin Aziz

22 PROJEK: GM-SOLUSI C-19 (Kumpulan Pandemic Meets)
Dr. Shahrir Affandi bin Daud @ Mohamed
Ahmad Suhaizan bin Pandak, Dr. Norida binti Berhan,
Tn. Hj. Rozaili bin Mohd Ali, Suziela binti Md. Tahir

23 PROJEK GPP-RLT
Dr. Norida binti Berhan, Roslan bin Rasip,
Dr. Robiah binti Mohamad, Hamzah bin Dollah,
Mohd Puad bin Johar

24 KOMPILASI PUISI COVID 19 (e-Flipbook)
Dr. Sholehah binti Ismail, Dr. Noryani binti Md Yusof,
Dr. Salinah binti Pit, Dr. Robiah binti Mohamad,
Ismail bin Hasbullah

25 PENGHARGAAN 151

__________________________________________________________________________
-7-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

BUKU QASEH

Zurinah binti Ahmad, Dr. Norsiah binti Bahari
(Jabatan Pembangunan Latihan)
Tn. Hj Mustaffa bin Jantan
(Jabatan Pendidikan Khas)

Ummu Qistina binti Kamarulzaman

ABSTRAK

Buku Qaseh diinovasi bagi membantu guru-guru Program Pendidikan Khas Pendidikan Awal
Kanak-kanak (PPKI-PAKK) dalam memenuhi kekurangan bahan bantu mengajar yang
sesuai dan efektif untuk digunakan oleh murid berkeperluan khas (MBK) prasekolah. Ini
kerana hasil dapatan dari pemerhatian dan temu bual didapati MBK khususnya murid-murid
PPKI-PAKK yang mempunyai masalah dari segi komunikasi, estim kendiri dan motor halus
dan kasar. Justeru, buku ini dibangunkan dengan mendasari Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran (DSKP) Semakan 2017 Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Pendidikan Khas (KSPK) agar boleh diguna pakai oleh guru-guru Pendidikan Awal Kanak-
kanak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dalam meningkatkan kemahiran komunikasi,
estim kendiri dan motor halus dan kasar MBK prasekolah. Ini bertepatan dengan
permasalahan yang dikemukakan oleh beberapa orang guru PPKI-PAKK iaitu kekurangan
alat bantu mengajar yang sesuai, berkesan dan selamat. Hasil ujian rintis dan melalui kaedah
temu bual yang dijalankan terhadap seorang guru Program Pendidikan Khas Intergrasi
Pendidikan Awal Kanak-kanak (PKKI-PAKK) dan 10 murid PPKI-PAKK di sebuah sekolah
rendah di Melaka, mendapati buku ini berjaya meningkatkan komunikasi, estim kendiri dan
motor halus dan kasar murid pendidikan khas, awal kanak-kanak.

Kata kunci: Buku Qaseh, Kanak-Kanak Pendidikan Khas, Pendidikan Awal Kanak-Kanak,
Kanak-Kanak Berkeperluan Khas, Masalah Pembelajaran

1. PENGENALAN

Buku Qaseh ini telah dibangunkan atas rasa tanggungjawab untuk membantu kanak-kanak

berkeperluan khas khususnya yang berada di peringkat awal kanak-kanak. Buku ini terhasil

setelah melihat keberkesanan Quiet Book yang direka bentuk oleh Ummu Qistina (2018)

untuk seorang kanak-kanak celebral palsy. Penggunaan buku tersebut telah dapat membantu

meredakan trantrum, meningkatkan fokus dan membantu kanak-kanak tersebut dalam

peningkatan estim diri, motor halus serta komunikasi (Berjaya meningkatkan sebutan vokal

+ konsonan, menyebut dua suku kata). Melihat keberkesanan buku ini, maka tercetus idea

untuk membantu murid berkeperluan khas khususnya di peringkat pendidikan awal kanak-

kanak dalam meningkatkan komunikasi, estim diri dan motor halus melalui proses pengajaran

-8-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

dan pemebelajaran. Justeru, pengkaji telah mendapatkan menemubual beberapa orang guru
Pendidikan Khas Pendidikan Awal Kanak-kanak (PKKI-PAKK) untuk mendapatkan maklum
balas tentang masalah dan keperluan untuk membantu meningkatkan komunikasi, estim
kendiri dan motor halus dan kasar MBK prasekolah. Hasil temu bual tersebut mendapati,
guru-guru pendidikan khas pendidikan awal kanak-kanak menghadapi masalah dalam
mencari dan mendapatkan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai dan berkesan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Bahan-bahan yang dibekalkan dan yang terdapat
di pasaran tidak memenuhi kriteria dari segi keselamatan dan kurang menepati
tema/kurikulum serta kurang membantu dalam merancang Rancangan Pengajaran Individu
(RPI).

Murid berkeperluan khas (MBK) khususnya murid-murid PKKI-PAKK memerlukan bahan
yang boleh membantu mereka untuk meningkatkan komunikasi, kemahiran motor halus dan
kasar dan seterusnya meningkatkan estim kendiri mereka semasa proses PdPc dilaksanakan
yang akan membantu mereka dalam kehidupan seharian mereka. Ketiga-tiga elemen ini
merupakan faktor penting dalam menambah kemahiran-kemahiran lain. BBM yang
digunakan juga perlu membuatkan MBK/murid-murid PPKI-PAKK dapat fokus, rasa teruja
dan gembira. Dengan ini dapat memotivasi mereka untuk menjalani proses PdP dengan lebih
berkesan. Ini bertepatan dengan dapatan kajian Mohd Yasin et al. (2013) yang berpendapat
penggunaan BBM adalah satu cara untuk meningkatkan pencapaian dan kejayaan bagi
pelajar-pelajar. Tanpa BBM, proses PdPc akan kurang kualiti dan efektif serta pencapaian
akademik akan menurun. Manakala Mohamad Jackie et al. (2016) pula menyatakan
pengajaran berkualiti merangkumi kepelbagaian kaedah pengajaran dengan menggunakan
kaedah yang terkini dan mengaplikasikan kaedah pengajaran secara hands-on. BBM dapat
menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk
menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. BBM bukan merupakan sesuatu yang
tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut
Noraziah Abdul Hamid (1981), alat mengajar atau dikenali sebagai ‘alat bantu’ itu mestilah
dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses PdP. Alat bantu ini bertujuan untuk
menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama
murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka.

-9-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

2. OBJEKTIF
Buku Qaseh ini dibangunkan untuk membantu:

1. Meningkatkan kemahiran komunikasi murid pendidikan khas
2. Meningkatkan estim kendiri murid pendidikan khas pendidikan awal kanak-kanak
3. Meningkatkan motor halus/kasar murid pendidikan khas pendidikan awal kanak-kanak
4. Guru dalam proses pdpc dengan wujudnya bahan bantu mengajar yang berkesan
5. Ibu bapa/penjaga dengan wujudnya bahan bantu mengajar yang berkesan

3. TINJAUAN MASALAH
Melalui pembacaan dan pemerhatian semasa menyelia pelajar-pelajar praktikum, didapati
guru-guru menghadapi masalah dengan bahan bantu mengajar yang sesuai dan berkesan untuk
kanak-kanak pendidikan khas terutamanya di peringkat pendidikan awal kanak-kanak.
Pemerhatian tentang masalah ini telah dikuatkan apabila pengkaji menemu bual guru program
pendidikan khas intergrasi, pendidikan awal kanak-kanak yang juga merupakan jurulatih
pendidikan khas peringkat kebangsaan. Selain itu, pengkaji juga telah menemu bual beberapa
guru program pendidikan khas intergrasi, pendidikan awal kanak-kanak dan didapati mereka
juga menghadapi masalah yang sama iaitu kekurangan bahan bantu mengajar yang sesuai,
berkesan dan yang paling penting selamat untuk kanak-kanak kategori ini. Bahan-bahan yang
dibekalkan dan yang terdapat di pasaran tidak memenuhi kriteria dari segi keselamatan dan
kurang menepati tema/kurikulum serta kurang membantu dalam merancang Rancangan
Pendidikan Individu (RPI).

Murid berkeperluan khas (MBK) khususnya murid-murid PKKI-PAKK memerlukan bahan
bantu mengajar yang boleh membantu mereka untuk meningkatkan komunikasi kemahiran
motor halus dan kasar dan estim kendiri mereka semasa proses PdPc dilaksanakan. Ini adalah
kerana ketiga-tiga elemen ini merupakan faktor penting dan utama dalam menambah
kemahiran-kemahiran lain. BBM yang digunakan juga perlu dapat membuatkan murid-murid
dapat fokus, rasa teruja dan gembira. Dengan ini dapat memotivasi mereka untuk menjalani
proses PdP dengan lebih berkesan.

-10-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

Hasil dapatan daripada temu bual dengan guru PPKI-PAKK:
“Sebenarnya saya mengharapkan BBM yang dapat membantu sebab kita tahu kaedah
pembelajaran murid pendidikan khas ini tidak macam murid normal, ia hanya 2 hala,
di sinilah ... amat memerlukan bahan bantuan BBM, amat perlu sangat, sebab BBM tu
membantu kemahiran motor halus, motor kasar mereka, yang paling penting
pengamatan an dan bila BBM itu dapat mainkan peranan . Bahagian itu amat penting
dia mesti menarik minat murid dalam masa yang sama, dia boleh kontrol murid untuk
duduk fokus dalam sesi pdpc, Jadi membina BBM dia perlu ambil pelbagai sudut,
warna, kandungan, saiz, keselamatan, semua perlu ambil kira.”

BBM adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan PdP. Hal ini kerana BBM dapat
menimbulkan rangsangan keinginan murid-murid untuk mengetahui sesuatu dan untuk
menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Strategi pembelajaran menggunakan BBM
dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman murid. Banyak penyelidik telah
membuktikan bahawa penggunaan gambaran visual sebelum, semasa dan selepas membaca
sesuatu bahan, BBM dapat meningkatkan kefahaman (Grambrell & Bales, 1986; Sadoski &
Paivio, 2001). Menurut Hamdan & Mohd Yassin (2010), guru sewajarnya menjalankan
tanggungjawab sebagai pendidik dengan mendidik murid dengan sebaik-baiknya supaya
murid dapat menguasai pembelajaran yang diajar oleh guru. Oleh itu, penggunaan BBM amat
penting dalam proses PdP bagi menarik minat pelajar serta meningkatkan prestasi murid.
Guru yang dapat menghasilkan pelbagai BBM yang sesuai dan menarik serta dapat menjana
idea yang bernas untuk menentukan aktiviti yang lebih kreatif dalam PdPc (Noordin & Zainal
Abiden, 2010). Justeru, Buku Qaseh dibangunkan bagi membantu guru PKKI-PAKK dalam
menyelesaikan masalah kekurangan BBM yang sesuai, berkesan dan selamat untuk diguna
pakai dalam proses PdP.

4. TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Pengkaji bersama-sama ahli kumpulan dan seorang guru program pendidikan khas intergrasi
pendidikan awal kanak-kanak telah menjalankan beberapa siri perbincangan untuk
membangunkan kerangka isi kandungan Buku Qaseh berpandukan model ADDIE yang
mengambil masa lebih kurang lima bulan iaitu dari Ogos 2019 hingga Januari 2020.
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (KSPK), Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Semakan 2017 dikaji, difahami dan dijadikan sebagai
dasar dalam membangunan isi kandungan Buku Qaseh. Buku Pentaksiran yang
mengandungisenarai semak bertema yang dihasilkan oleh guru tersebut juga dijadikan
panduan agar kandungan.

-11-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

Buku Qaseh dapat digunakan selari dengan kehendak dan matlamat KSPK dan DSKP
Semakan 2017. Enam tunjang iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan,
Keterampilan Diri, Perkembangan Fizikal dan Estetika, dan Sains dan Teknologi DSKP diberi
perhatian.

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) diteliti agar guru dapat menggunakan Buku Qaseh
sebagai bahan bantu mengajar atau intervensi dalam proses pengajaran dan pengajaran. Idea
dan lakaran isi kandungan mengikut halaman disediakan dan bincang semula untuk
memastikan kehendak guru dan matlamat buku ini menepati. Lakaran setiap halaman diteliti
dan diuji dengan merangka RPI dan menentukan tunjang dan standard pembelajaran yang
hendak dicapai untuk melihat keselarasan isi kandungan halaman dengan RPI. Bahan yang
sesuai dipilih dan dicari. Akhirnya Buku Qaseh dibangunkan menggunakan kain flet yang
lembut dan selamat. Manual dibina bagi memudahkan pengguna menggunakan Buku Qaseh
dengan lebih sistematik dan berkesan. Tujuh orang penilai yang mempunyai kepakaran dalam
pendidikan khas dan prasekolah telah diminta untuk meneliti dan menilai kandungan Buku
Qaseh. Soal selidik bagi kesahan dan kebolehpercayaan telah diberikan. Penambahbaikan
telah dibuat berdasarkan cadangan penilai. Jadual di bawah menunjukkan dapatan empat
daripada penilai luar dan dalam kesahan kandungan Buku Qaseh.

Bil Pakar Peratusan (%) Pandangan Pakar
Diterima
1. Pakar Pertama 80 Diterima
Diterima
2. Pakar Kedua 100 Diterima
Diterima
3. Pakar Ketiga 88

4. Pakar Keempat 92

Jumlah Keseluruhan (Min) 90

Jadual 1: Kesahan Kandungan Buku Qaseh

Berdasarkan Jadual 1, maklum balas jawapan berbentuk skala Likert yang telah diberikan
oleh pakar melalui soal selidik kesahan kandungan Modul Q-PPKI-PAKK-MB, satu analisis
secara peratusan mengikut pakar dilakukan. Menurut Tuckman dan Waheed (1981) serta Abu
Bakar Nordin (1995) dalam Jamaludin (2002), aras penguasaan atau pencapaian 70%
dianggap telah menguasai atau mencapai tahap pencapaian yang tinggi. Modul Q-PIKK-
PAKK-MB mempunyai aras penguasaan sebanyak 90%. Oleh itu, pandangan pakar tentang
kesahan kandungan modul ini sangat tinggi. Hasil dapatan kesahan kandungan BQ oleh empat

-12-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

orang pakar dari Institut Pendidikan Guru dan Universiti Awam mendapati bahawa

kandungan BQ adalah dalam skala 4 (setuju) dan 5 (sangat setuju) (Rajah 1). Sebanyak 75%

menyatakan sangat setuju bahawa BQ boleh meningkatkan komunikasi MBK, 100%

menyatakan sangat setuju bahawa BQ dapat meningkatkan estim kendiri MBK dan

meningkatkan motor halus dan kasar MBK.

1.2 KESAHAN KANDUNGAN BQ 100% 100%
1
75% 75% 75%
0.8
0.6 50% 50% 25% 25% 25%
0.4
0.2

0

Skala 1 1 Skala 2 2 Skala 3 3 Skala 4 4 Skala 5 5

Rajah 1 : Graf Kesahan Kandungan Buku Qaseh (BQ)

Uji lari dijalankan di Program Pendidikan Khas Intergrasi, SK Malim selama hampir tiga
bulan dari 6 Januari 2020 hingga 14 Mac 2020. Buku Qaseh diaplikasikan kepada 10 orang
murid, setiap hari bagi tema dan standard kandungan yang dirancang oleh guru dalam RPI.

5. INOVASI YANG DILAKSANAKAN
a. Tarikh inovasi:
 Bulan Ogos 2019 hingga Januari 2020 Buku Qaseh mula dibangunkan.
 Bulan Januari hingga Mac 2020 uji lari dilaksanakan.
 Bulan Julai 2020 dapatan diperolehi dan dianalisis.

-13-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

b. Nama Ahli Kumpulan:
i. Zurinah binti Ahmad (Ketua Kumpulan)
ii. Dr Norsiah binti Bahari

iii. Mustafa bin Jantan
iv. Ummu Qistina binti Kamarulzaman

c. Bidang Utama Yang Menjadi Tumpuan Inovasi
Buku Qaseh amat sesuai digunakan untuk kanak-kanak berkeperluan khas
terutamanya kepada murid-murid Program Pendidikan Khas Intergrasi, Pendidikan
Awal Kanak-kanak (PKKI-PAKK) dan murid masalah pembelajaran PKKI-PAKK
dan di aliran perdana.

d. Impak Inovasi Terhadap Kumpulan Sasar
Maklum balas yang diterima daripada guru yang menjalankan uji lari amat positif dan
memberangsang. Murid-murid teruja dan seronok. Terdapat peningkatan dalam
komunikasi, estim kendiri dan motor halus dan kasar serta motivasi kendiri murid.

Buku Qaseh telah berjaya membantu dalam peningkatan prestasi murid. Murid dapat
mencapai standard kandungan lebih awal daripada tempoh yang dirancang. Buku Qaseh juga
telah berjaya membantu murid-murid PKKI-PAKK dan murid masalah pembelajaran (MMP)
untuk fokus. Memberi fokus merupakan satu perkara yang sukar dilakukan oleh murid-murid
PKKI-PAKK dan MBK. Buku Qaseh juga telah berjaya menarik minat murid-murid PKKI-
PAKK dan MMP untuk belajar dan melakukan aktiviti-aktiviti dengan perasaan gembira dan
teruja. Mereka telah menunjukkan minat untuk melakukan aktiviti dan terasa amat teruja
untuk menggunakan Buku Qaseh sehingga Buku Qaseh dijadikan sebagai “ganjaran” oleh
guru/penjaga. Buku Qaseh dijadikan sebagai token/ganjaran/penggalak untuk murid-murid
melakukan tugasan. Buku Qaseh juga telah membantu murid-murid PKKI-PAKK dan MMP
dalam peningkatan kemahiran sosial dan estim kendiri. Dengan penggunaan Buku Qaseh,
mereka berani untuk “bercerita”, main peranan, bermonolog dan berkomunikasi dengan guru
dan rakan-rakan tentang isi kandungan Buku Qaseh. Keyakinan murid-murid PKKI-PAKK
dan MMP didapati meningkat. Mereka didapati belajar dalam keadaan menyeronokkan.
Buku Qaseh telah berjaya meningkatkan motivasi kendiri murid-murid PKKI-PAKK dan
MMP. Mereka terdorong untuk menggunakan Buku Qaseh tanpa arahan guru. Emosi murid-
murid ini juga lebih stabil dengan penggunaan buku ini dan dapat fokus dengan lebih lama.

-14-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

Buku Qaseh (BQ) telah berjaya mengurangkan tantrum MBK yang mana tantrum merupakan
salah satu tingkah laku yang sering ditunjukkan oleh murid-murid PKKI-PAKK sebagai
melahirkan rasa tidak selesa, kecewa dan marah.

Rajah 2: Kod QR, Penggunaan Buku Qaseh oleh MBK

Hasil dapatan daripada temu bual dengan guru PPKI-PAKK:
“memang amat membantu…..ni first time bagi senyuman bila ada buku Qaseh.” (bercerita
tentang seorang murid yang tidak pernah senyum sebelum ini).

Penggunaan buku ini bukan sahaja telah dapat membantu guru dalam proses PdP tetapi juga
tela dapat membantu guru untuk merancang RPI dengan lebih sistematik dan terancang kerana
penggunaan halaman-halaman dalam buku ini memenuhi kehendak Standard Pembelajaran
dan tema yang telah ditetapkan.

6. KEADAAN MASALAH SETELAH INOVASI DILAKSANAKAN
Daripada pemerhatian dan temu bual yang telah dijalankan dengan guru PKKI-PAKK,
didapati masalah utama yang dihadapi iaitu sukar untuk mendapat dan menyediakan bahan
bantu mengajar (BBM) yang sesuai, berkesan dan selamatdapat diatasi dengan penggunaan
Buku Qaseh. Selain itu, masalah untuk menarik minat dan fokus murid juga dapat diatasi.
Malah buku ini telah dapat memotivasi murid-murid PKKI-PAKK apabila mereka begitu
teruja untuk memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga menunjukkan
peningkatan motivasi kendiri apabila meminta untuk bermain dengan Buku Qaseh. Masalah
guru untuk merancang RPI juga telah dapat diatasi. Buku Qaseh yang dibangunkan menepati
dan memenuhi kriteria dalam DSKP dapat digunakan oleh guru-guru mengikut tema dan
kreativiti masing-masing. Setiap halaman dalam buku tersebut dapat digunakan untuk
beberapa standard pembelajaran dan tunjang seperti yang temaktub dalam DSKP. Daripada
temu bual dengan guru yang menjalankan uji lari (2020), menyatakan buku ini, selain telah
dapat meningkatkan komunikasi dan estim kendiri murid dalam tempoh yang lebih cepat,
buku ini banyak membantu dalam perubahan tingkah laku dan mempertingkatkan motor halus
dan motor kasar murid. Lebih teruja apabila dimaklumkan murid dapat mencapai standard
pembelajaran lebih awal daripada tempoh yang dirancang dan ditetapkan.

-15-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

Hasil dapatan daripada temu bual dengan guru PPKI-PAKK:
”Bahan ini banyak membantu murid dalam kategori rendah yang perlukan bimbingan

penuh. Sebelum PKP saya nampak dia dah boleh duduk dan masa yang sama dia boleh
implimenkan dalam lembaran kerja yang diberi dalam masa tiga bulan sahaja…Jadi

dengan 10 orang yang hendak dikawal, gunakan buku ini sekurang-kurangnya dia
boleh dan merupakan pengisian yang bermakna.”

Rajah 3:
Kod QR, Temubual Buku Qaseh bersama-sama guru prasekolah,
sekolah intergrasi pendidikan khas Sk Malim, Melaka

7. PENGIKTIRAFAN DITERIMA
a. Pingat emas Pertandingan MInD Inovasi, MInD IPG 2020
b. Anugerah Bitara Emas Pertandingan MInD Pitching, MInD IPG 2020
c. Sijil Hak Cipta (CRL Y00021026)

8. PENERBITAN
a. Wacana Intelektual IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka Jilid 24, 2019 ISSN 2637-
0417 (Penggunaan Quiet Book dalam Membantu Perkembangan Sosial dan Kognitif
Kanak-kanak Celebral Palsy)
b. Anekdot & Citra Kehidupan – Asuhan Kehidupan Edisi 22 : ISBN 978-967-2316-02-2
c. Wacana Intelektual IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka Jilid 24, 2019 ISSN 2637-
0417
d. Anekdot & Citra Kehidupan – Asuhan Kehidupan Edisi 22: ISBN 978-967-2316-02-2

9. GAMBAR-GAMBAR YANG BERKAITAN

Rajah 4 : MBK mengikut memek muka yang terdapat dalam Buku Qaseh

Rajah 5: Sesi pembelajaran MBK dengan menggunakan Buku Qaseh
-16-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

Rajah 6: Sesi Temubual Dengan Guru Sekolah

Rajah 7: Sijil dan Hadiah Yang Dimenangi Semasa Pertandingan MInD IPG 2020

10. CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Adalah tidak keterlaluan jika saya katakan berkemungkinan besar, penggunaan Buku Qaseh
ini secara langsung telah berjaya membantu meningkatkan perkembangan sosial dan kognitif
serta kemahiran motor halus dan kasar MBK. Buku Qaseh ini boleh dijadikan sebagai bahan
bantu untuk proses pengajaran dan pembelajaran di kelas-kelas pendidikan khas, pendidikan
awal kanak-kanak dan aliran perdana untuk murid-murid masalah pembelajaran. Sebaik-
baiknya satu kajian tentang penggunaan Buku Qaseh ini boleh diadakan bagi melihat
keberkesanannya terhadap peningkatan perkembangan kanak-kanak pendidikan khas dengan
lebih berfokus. Selain guru PKKI PAKK, guru-guru aliran perdana dan ibu bapa juga boleh
menggunakan Modul Q-PPKI-PAKK-MP untuk membantu kanak-kanak bermasalah
pembelajaran dan kanak-kanak normal dalam menyediakan kanak-kanak dengan pengalaman
mengikut Zon Perkembangan Proksimal (ZPD) mereka. Menurut Lev Vygotsky (1896-
1934), ZPD adalah jurang di antara apa yang murid boleh lakukan tanpa bantuan dan apa
murid boleh lakukan dengan bantuan. Justeru, Modul Q-PPKI-PAKK MP dapat membantu
guru, ibu bapa dan murid dalam perkembangan dan peningkatan psikososial dan akademik.

-17-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

Hasil dapatan daripada temu bual dengan guru PPKI-PAKK:

“Memang amat berkesanlah sebab saya pun ada anak kecil di rumah jadi kita nampak, benda
ni kalau murid normal, untuk usia 2 tahu ke atas dah boleh guna, memang kami di PK ini
sangatlah perlu, ok kalau untuk pendidikan khas sendiri memang bahan-bahan ini banyak
membantu….”

11. PENGHARGAAN
Jutaan terima kasih kepada pihak SK Malim khususnya En. Abu Samah bin Ahmad (Guru
Besar SK Malim), Pn Roslaini binti Abdul Rashid (Jurulatih Peringkat Kebangsaan dan guru
PPKI PAKK SK Malim), Pn Zumaidah binti Omar (Pembantu Guru PPKI PAKK SK Malim),
Dr Rohaizat binti Ibrahim (Pensyarah Jabatan Prasekolah, USM), Puan Khatijah binti Amat
(Ketua Jabatan Pendidikan Khas, Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu,
Melaka), Dr Norasmah binti Mohd Noor , Dr Hafsah binti Jantan (Pensyarah Jabatan
Prasekolah IPGK PM), Dr Norshidah bin Hussin (Timbalan Pengarah IPGK PM), Dr Noryani
binti Md Yusof (Ketua Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi, IPGK PM) dan Dr
Ahmad Fuad bin Mohamad Amin (pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGK PM) yang telah
membantu dalam pembangunan Modul Q-PPKI-PAKK MP ini.

RUJUKAN:

Gambrell, L. B., & Bales, R. (1986). Mental imagery and the cpmprehension-monitoring
performance of fourth and fifth grade poor readers. Reading Reasearch Quarterly,
21(4), 454-464.

Hamdan, A.R & Mohd. Yassin, H. (2010). Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) di
kalangan guru-guru teknikal di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bharu, Johor.
Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2004). Huraian sukatan pelajaran pendidikan khas
bermasalah pembelajaran sekolah rendah dan menengah bidang pengurusan
kehidupan. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2016). Kurikulum standard prasekolah kebangsaan
pendidikan khas. Pendidikan prasekolah masalah pembelajaran. (Dokumen standard
kurikulum dan pentaksiran semakan 2017).

Mohd. Jackie, A.Z, A. Ghani, M.F. & Elham, F. (2016). Keberkesanan pengajaran guru
tadika: Satu kajian awal. Jurnal Kepimpinan Pendidikan.

Mohd. Yasin. M. H., Toran., Tahar, M,M., Bari, S., Ibrhim, S.N.D & Zaharuddin, R. (2013).
Bilik darjah pendidikan khas pada masa kini dan kekangannya terhadap proses
pengajaran. Asia Pasific Journal of Educators and Education, Vol. 28, 1-9

Noordin, H.S & Zainal Abiden, N.D. (2010). Tahap penggunaan bahan bantu mengajar
dalam kalangan bakal guru fizik semasa latihan mengajar. Fakulti Pendidikan.
Universiti Teknologi Malaysia.

Sandiyao Sebestian. (2007). Pengesanan kanak-kanak dengan keperluan khas. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

-18-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

TEKNIK LAKBAH

Tn. Hj. Rozaili bin Mohd Ali, Dr. Fauziah binti Yahya
Suziela binti Md. Tahir, Dr. Site Hadijah binti Harun

(Jabatan STEM)

Dr. Shahrir Affandi bin Daud
(Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi)

ABSTRAK

Murid telah diperkenalkan dengan operasi tolak dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Operasi asas
menolak ini diaplikasikan dalam semua bidang dalam matematik. Masalah yang dikesan
ialah masih ramai lagi murid tidak menguasai kemahiran menolak terutama yang
melibatkan proses mengumpul semula. Kajian inovasi yang dijalankan ini menumpukan
kepada kemahiran menolak dengan mengumpul semula. Teknik menolak berdasarkan
Teknik LakBah hanya memerlukan murid menambah dengan melihat kepada Pasangan 10
bagi nombor yang menolak. Teknik LakBah ini telah dijalankan kepada seuah sekolah
rendah di daerah Melaka Tengah. Ujian diagnostik yang dibuat jelas menunjukkan wujud
maalah dalam menolak dengan mengumpul semula. Dua sesi intervensi dijalankan dengan
bantuan guru sekolah. Hasil kajian menunjukkan peningkatan yang ketara kepada 70%
murid yang terlibat. Dicadangkan agar latihan penggunaan Teknik LakBah ini diterusan
oleh guru sekolah dalam mengatasi masalah menolak dengan mengumpul semula ini.

1. PENGENALAN

Masalah dalam kemahiran menolak melibatkan pengumpulan semula adalah masalah yang

membebankan murid dan guru. Ini adalah kerana keupayaan murid membuat pengiraan

secara abstrak sangat rendah. Sebilangan besar murid gagal melakukan kemahiran ini

terutamanya melibatkan nombor yang lebih besar nilainya. Namun begitu, kemahiran

menambah murid sangat baik. Murid dikesan mampu menambah sebarang nombor dengan

mengumul semula. Oleh itu, Teknik LakBah mengaplikasikan kemahiran menambah ketika

murid membuat operasi menolak, menggunakan pasangan 10 sebagai asas dalam membuat

pengiraan dan juga menggunakan teknik sempua dalam membuat pengiraan. Guru-guru

sering kali merungut ketika mengajar kemahiran ini. Mereka berpendapat murid mereka

tidak mahu belajar dan tidak mahu mengingat langkah-langkah pengiraan ketika mengumpul

semula. Oleh itu, Teknik LakBah diperkenalkan kepada murid dan guru. Teknik LakBah ini

disukai oleh murid kerana mereka tidak perlu menolak dengan mengumpul semula. Bagi

guru pula, corak pengiraan Teknik LakBah sangat mudah dan tidak membebankan murid.

-19-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

2. OBJEKTIF
Teknik LakBah menggariskan beberapa objektif iaitu;

i. Membantu kemahiran menolak dengan mengumpul semula.
ii. Meningkatkan keupayaan murid menolak dengan mengumpul semula melibatkan

sebarang nombor hingga 4 digit dengan sebarang nombor hingga 3 digit.
iii. Meningkatan pencapaian matematik murid dalam kemahiran menolak.

3. KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN
Pencapaian matematik sangat rendah dan tidak memuaskan. Subjek matematik tidak disukai
oleh murid dan menjadi subjek kritikal dalam UPSR. Guru yang mengajar Matematik juga
selalu tertekan kerana kegagalan anak murid mereka. Kemahiran menolak dengan
mengumpul semula merupakan antara kemahiran yang menjadi masalah kepada murid dan
guru. Murid bermasalah kerana gagal melakukan operasi menolak dengan mengumpul
semula menggunakan teknik bentuk lazim. Ini adalah kerana mereka gagal melakukan
pengiraan secara abstrak dengan tepat. Mereka juga dikesan gagal menguasai teknik bentuk
lazim dengan baik. Guru juga gagal menterjemahkan teknik bentuk lazim dengan berkesan.
Kegagalan murid memahami langkah kerja dalam teknik bentuk lazim menjadi perkara
pokok dalam hal ini.

Kajian ini mengesan kelemahan-kelemahan dalam melaksanakan PdP Matematik terutama
dalam kemahiran menolak dengan mengumpul semula ialah:
1. Teknik dan kaedah yang ditunjukkan kepada murid adalah terlalu rumit. Ini adalah

disebabkan perkara yang perlu dihafal sebelum boleh melakukan operasi itu.
2. Kepelbagaian kecerdasan murid tidak dipertimbangkan oleh guru. Bukan semua

murid mampu menghafal dengan baik. Oleh itu, murid perlukan cara yang lebih
mudah dan berasaskan kemahiran sedia ada yang telah mereka kuasai.

4. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI
Masalah menolak dengan mengumpul semula merupakan masalah utama dalam pengajaran
dan pembelajaran matematik. Masalah ini berterusan hingga murid mencapai Tahun 6.
Masalah ini berpunca daripada ketidakupayaan murid mengaplikasikan konsep
pengumpulan semula. Mereka perlu menggunakan bahan maujud (lebih daripada 10) untuk

-20-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

membantu pengiraan mereka. Konsep algoritma mengumpul semula yang tidak mampu
dikuasai sebilangan murid. Konsep ini menjadi perkara abstrak kepada murid. Mereka tidak
mampu menghitung atau mencongak kerana tidak menguasainya. Budaya masyarakat kita
yang tidak menekankan kepada penghafalan membantu kepada kegagalan ini. Masalah
teknik bentuk lazim yang digunakan juga menyumbang kepada kegagalan pencapaian ini.
Bentuk lazim dillihat tidak membantu murid kerana mereka sering terkeliru terutama apabila
melibatkan pengumpulan semula kali kedua dan ketiga.

5. INOVASI YANG DILAKSANAKAN
a. Tarikh Inovasi: Sepanjang Oktober 2020
b. Bilangan dan Nama Ahli Kumpulan

i. Rozaili bin Mohd Ali
ii. Dr. Fauziah binti Yahya
iii. Dr. Shahrir Affandi bin Daud
iv. Suziela binti Md. Tahir
v. Dr. Site Hadijah binti Harun

c. Bidang utama yang menjadi tumpuan inovasi
Bidang matematik yang menjadi tumpuan ialah Bidang Nombor dan Operasi. Kemahiran
yang terlibat ialah kemahiran menolak dengan mengumpul semula.

d. Impak inovasi terhadap kumpulan sasar
Kumpulan sasar dalam kajian ini ialah murid tahun 3. Sebahagian besar murid ini dikesan
gagal menolak sebarang nombor dengan sebarang nombor satu dan dua digit dengan
mengumpul semula. Sebahagian kecil murid dapat menguasai kemahiran ini namun masih
lagi melakukan kesilapan. Impak yang dapat diterjemahkan oleh inovasi ini ialah:
i. 70% murid telah menunjukkan penguasaan kemahiran menolak
dengan mengumpul semula menggunakan Teknik LakBah.
ii. 50% murid telah menunjukkan penguasaan penuh kemahiran
menolak dengan mengumpul semula.

e. Kos dan Implikasi kewangan: Kos kajian ini ialah RM20 untuk mencetak bahan

-21-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

6. KEADAAN MASALAH SETELAH INOVASI DILAKSANAKAN

Kajian ini telah memberikan impak yang sangat besar terhadap kumpulan sasar.

Bil Nama Ujian Ujian Pasca %
1 Hairul Diagnostik (%)
(%) Peningkatan
21
86 45

2 Prishila Devi 0 50 50

3 Naquib 0 23 23

4 Irfan 0 00

5 Nur Adlina Syahmina 0 100 100

6 Elizebert 64 100 36

7 Hadfina Hadira 21 100 79

8 Nur Raudhah 64 86 22

9 Siti Nur Balqis 93 100 7

10 Nur Aimy Irdina 36 100 64

11 Haziq Aiman 57 95 38

12 Amsyar 14 73 59

13 M. Haziq Izzudin 43 100 57

14 Julio 93 95 2

7. PENGIKTIRAFAN DITERIMA
Pingat Emas dalam pertandingan InBesT 2020 IPGKPM

8. GAMBAR-GAMBAR YANG BERKAITAN

-22-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

DEMIMASA

Suhaira binti Rahim @ Ibrahim
(Jabatan Prasekolah)

Dr. Norsiah binti Bahari
(Jabatan Pembangunan Latihan)

Dr. Ustazah Sofia binti Mohamed
(Jabatan Pendidikan Islam & Moral)

ABSTRAK
DEMIMASA merupakan suatu alat yang ringkas tetapi inovatif yang dapat memberi
panduan kepada pengguna umat Islam untuk sentiasa memanfaatkan masa yang telah
dikurniakan Allah SWT dengan mengamalkan surah pilihan, zikir dan wirid secara
berpandu, justeru sebuah alat yang sangat mudah serta mesra pengguna, bersaiz kecil
yang boleh dimuatkan di dalam beg serta dapat digunakan oleh setiap peringkat umur
umat Islam dengan mudah pada bila-bila masa sahaja.

1. PENGENALAN
Allah s.w.t telah mengingatkan manusia tentang kepentingan masa dan ketelitian dalam
menguruskannya. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Asr (Masa) yang bermaksud:

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh
dan nasihat - menasihati supaya mentaati kebenaran dan
nasihat-menasihati supaya menatapi kesabaran.”

Ayat di atas menggambarkan bahawa manusia yang tidak memanfaatkan masa dengan
sebaik-baiknya untuk mentaati perintah Allah Ta’ala & Rasul-Nya adalah dari golongan
yang rugi. Golongan manusia yang turut dianggap rugi adalah kelompok manusia yang
membiarkan masa berlalu tanpa memanfaatkannya untuk saling menasihati dan
membimbing manusia yang lain untuk mengamalkan Islam sebagai cara hidup (way of
life). Golongan yang rugi juga adalah mereka yang gagal melaksanakan tanggungjawab
sebagai khalifah di bumi Allah Ta’ala kerana lalai, kurang ilmu dan leka dengan nikmat
kehidupan dunia yang sementara sifatnya. Kehidupan di zaman moden ini memaksa manusia
bertindak dengan pantas, seiring dengan cepatnya peredaran waktu. Umat Islam harus tidak
ketinggalan dalam mengejar arus kemodenan ini, jika tidak mahu dilihat sebagai umat yang
mundur. Kualiti seseorang dalam dunia pekerjaan hari ini diukur dengan kemampuan seseorang
untuk bertindak pantas, cekap dan mampu melaksanakan pelbagai peranan dan fungsi. Keadaan
ini menjadikan manusia semakin sibuk. Di sebalik kesibukan ini, kita seharusnya tidak

-23-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

membiarkan kesibukan merenggangkan kita untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Sehubungan dengan itu, maka adalah sangat praktikal jika terdapat suatu alat yang ringkas tetapi
inovatif yang dapat memberi panduan kepada pengguna umat Islam untuk sentiasa memanfaatkan
masa yang telah dikurniakan Allah SWT dengan mengamalkan surah pilihan, zikir dan wirid secara
berpandu, justeru sebuah alat yang sangat mudah, ringkas, kecil serta mesra pengguna.

2. OBJEKTIF
Atas kesedaran itulah, maka kumpulan kami memikirkan satu bahan inovasi yang
dinamakan DEMIMASA yang diharap dapat;

i. Membantu umat Islam memanfaatkan masa yang telah dikurniakan Allah SWT.
ii. Membantu umat Islam mengamalkan surah pilihan, zikir dan wirid secara berpandu.
iii. Membantu umat Islam pelbagai peringkat umur mengamalkan surah pilihan, zikir dan

wirid pada bila-bila masa sahaja.

3. KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN
Amalan surah pilihan, zikir dan wirid berdasarkan bacaan atau hafalan dari naskah (buku)
DEMIMASA dibina bagi meringkaskan penggunaan tanpa naskah (buku). Ianya bertujuan
memudahkan sesiapa sahaja mengamalkan surah pilihan, zikir dan wirid tanpa perlu
membawa naskah (buku) dan pengguna dapat mengamalkan bacaan secara berpandu
dengan melakukan putaran muka bertingkap. Surah pilihan dan zikir harian juga dapat
dipaparkan melalui scan QR.

4. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI
Melalui pemerhatian yang telah dilakukan di sepanjang tahun 2019 hingga Februari 2020,
didapati ibu bapa yang menunggu anak prasekolah pulang dari sekolah hanya duduk
bermenung atau bersembang tanpa melakukan sebarang aktiviti yang berfaedah. Adalah
amat merugikan jika masa yang mereka ada pada masa tersebut berlalu tanpa sebarang
pengisian seperti zikir dan wirid. Hasil temubual yang dilakukan terhadap beberapa orang
ibu bapa didapati mereka tidak melakukan pengisian rohani ringkas bagi diri mereka
adalah disebabkan mereka terlupa atau tidak mengetahui zikir dan wirid yang perlu mereka
baca serta tidak mengingati bacaan yang betul. Ketiadaan panduan bacaan yang mudah
dibawa dan digunakan merupakan kenkangan kepada mereka untuk mereka melakukan
amalan zikir dan wirid sebagai pengisian jiwa mereka.

-24-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

5. INOVASI YANG DILAKSANAKAN
a. Tarikh Inovasi: Inovasi ini telah dimulakan pada 26 Julai 2020
b. Bilangan dan Nama Ahli Kumpulan
i. Puan Suhaira binti Rahim @ Ibrahim
ii. Dr. Norsiah binti Bahari
iii. Dr. Ustazah Sofia binti Mohamed

c. Konsep DEMIMASA
RnR;
-Rest (rehatkan minda, rawat hati)
-Recite (lafaz)
-Read (baca)
-Remember (ingat)
-Repeat (ulang)

d. Pengisian DEMIMASA
i.) Bahagian “Hadapan” terbahagi kepada;
7 bahagian yang mengandungi surah-surah pilihan dan zikir / wirid dalam rumi.
1 bahagian QR Code surah pilihan dalam bahasa Al Quran.

ii.) Bahagian “Belakang” terbahagi kepada;
7 bahagian yang mengandungi zikir harian Isnin hingga Ahad dalam rumi.
1 bahagian QR Code zikir harian dalam bahasa Al Quran.

iii.) QR CODE

Surah-Surah Pilihan Zikir Harian

-25-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

iv. Kandungan Surah-Surah Pilihan Dan Zikir Harian

JAM SURAH/ZIKIR/WIRID CATATAN

1 Al Fatihah (7x), Al Nas (3x) Surah-surah dan zikir
Al Falaq (3x) ini dipilih kerana

2 Subhanallah (33x), Alhamdulillah (33x) ianya merupakan ayat
Allahu akhbar (33x) lazim, mudah, dan
mudah diamalkan di
3 Ayat Kursi (7x), Al Ikhlas (3x) antara waktu lapang
Al Masad (3x) atau antara waktu
bekerja.
4 Lailahaillah almalikul haqqul mubin (33x)
Hasbiallahulaa illahaaillah huwaa alaihi

tawakkaltu waahua robbul arshil azim (33x)

5 Al Fatihah (7x), An Nasr (3x)
Al Kafiruun(3x)

6 Laa ilaaha illallah, Muhammadur Rasulullah
sallallaahu alaihi wassalam walaa haula wa laa
quwwata illaa billaahil ‘aliyyil azhiim (100x)

7 Ayat Kursi (7x), Al Kauthar(3x)
Al Maun (3x)

8 Subhaanallah wal hamdu lillah wa laa ilaaha
illallaahu wallaahu akhbar wa laa haula wa laa
quwwata illa billaahi ‘aliyyil azhiim (100x)

9 Al Fatihah (7x), Quraisy(3x)
Al Fil (3x)

10 Astaghfirullah hal ladzi laa ilaaha illaa huwal
hayyul qayyumu wa atuubu ilaih (100x)

11 Ayat Kursi (7x), Al Humazah (3x)
Al ‘Asr (3x)

12 Laa haula wa laa quwwata illa bil laahi ‘aliyyil
‘azhim (100x)

Sallallahu ‘alaa Muhammad Sallallahu alaihi wa

sallam (100x)

HARI ZIKIR

Isnin Laa haula wa laa quwwata illaa bil laahi ‘aliyyil ‘azhiim (1000x)

Selasa Allahumma salli ‘alaa Muhammad wa aalihi wa sallim (1000x)

Rabu Astaghfirul laahal ‘azhiim (1000x)

Khamis Subhaanallahil’azhiim wa bi hamdihi (1000x)

Jumaat Ya Allah (1000x)

Sabtu Laa ilaaha illallaah (1000x)

Ahad Ya haayyu yaa qayyuum (1000x)

-26-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

e. Bidang Utama Yang Menjadi Tumpuan Inovasi: Pengisian rohani
f. Impak Inovasi Terhadap Kumpulan Sasar

Hasil kajian mendapati inovasi DEMIMASA memberikan impak yang positif kepada
pengguna (Rajah 1). Pengguna didapati dapat menggunakan masa yang terluang dengan
lebih optimum. Ini ditunjukkan dengan peningkatan skala likert dari 3 ke 5. Manakala
pengamalan surah, wirid dan zikir harian dapat ditingkatkan dengan penggunaan inovasi
ini (Skala likert: 5). DEMIMASA juga merupakan inovasi yang mesra pengguna kerana
ia lebih kecil, mudah, ringkas dan murah berbanding naskah buku.

Rajah 1: Kesan Penggunaan DEMIMASA Terhadap Pengguna

Hasil temuramah dengan ibu bapa mendapati pengguna berpuashati dengan DEMIMASA
kerana ia memudahkan dalam proses pengamalan dan hafalan sesuai dengan konsep
DEMIMASA iaitu RnR (Rest (rehatkan minda, rawat hati), -Recite (lafaz), Read (baca),
Remember (ingat), Repeat (ulang)).

g. Kos/ Implikasi Kewangan Nilai (RM)
RM2.00
Kos Keseluruhan Pembinaan Inovasi RM2.00
RM1.00
Bil Perkara RM5.00
1 Kertas dan warna
2 Laminate
3 Pin

JUMLAH

-27-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

6. KEADAAN MASALAH SETELAH INOVASI DILAKSANAKAN
Setelah inovasi dilaksanakan didapati ibu bapa selaku pengguna inovasi ini telah
menggunakan masa terluang semasa menunggu anak-anak dengan lebih berfaedah lagi.
Hasil pemerhatian mereka telah mengamalkan zikir, wirid dan surah pilihan yang
terddapat di dalam inovasi tersebut. Inovasi DEMIMASA telah dijadikan panduan dan
peringatan kepada mereka disepanjang hari dan minggu yang mereka lalui.

7. FAEDAH-FAEDAH DARIPADA INOVASI YANG DIPERKENALKAN
1. Pengguna dapat mengamalkan surah, zikir dan wirid dengan lebih efisien.
2. Proses hafalan dapat dilakukan dengan lebih mudah dan pada bila-bila masa
3. Pengguna dapat mengaplikasikan konsep RnR.
4. Masa terluang dapat digunakan secara optimum
5. Boleh digunakan oleh pelbagai peringkat umur.
6. Kos penyediaan DEMIMASA yang murah menyebabkannya mampu dimiliki
oleh semua orang.

8. PENGIKTIRAFAN DITERIMA
Pingat Emas dalam Pertandingan InBest IPGK PM 2020

9. GAMBAR-GAMBAR YANG BERKAITAN

-28-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

InSoKM

Dr Norshidah Abu Husin
(Pengurusan dan Pentadbiran)

Dr Fatimah binti Mustaffa
(Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi)

Sarina binti Mohd. Yassin
(Jabatan Kecemerlangan Akademik)

Siti Kertini binti Abdul Hamid
(Unit Bimbingan dan Kaunseling)

ABSTRAK

Inovasi yang dihasilkan adalah “InSoKM” iaitu satu pendekatan sokongan sosial yang
mudah tetapi membantu pelajar IPGKPM yang telah dikenal pasti mengalami masalah
kesihatan mental kearah tahap kesihatan lebih sihat dan prestasi pelajaran kearah lebih
cemerlang. Perancangan inovasi ini difokuskan kepada pendekatan InSoKM yang mudah,
menarik dan berkesan. Berdasarkan pemerhatian setelah pelajar ini melalui InSoKM ini
telah menunjukkan tahap kesihatan lebih sihat dan menunjukkan prestasi pelajaran
meningkat ketahap lebih cemerlang. Pelajar juga boleh menjalani kehidupan normal harian
dengan lebih baik.

1. PENGENALAN
Inovasi InSoKM ini memfokuskan pendekatan sokongan psikososial terhadap pelajar yang
telah dikenal pasti mengalami masalah kesihatan mental. Inovasi ini memotivasikan pelajar
untuk menghadapi dan melawan masalah kesihatan mental di alami kearah tahap kesihatan
lebih baik dan seterusnya kearah prestasi pembelajaran akademik lebih baik, dan jenis-jenis
sokongan sosial yang dilakukan adalah terapi seni, terapi senam, terapi muzik, terapi rohani,
terapi minda dan terapi kaunseling. Perancangan inovasi ini difokuskan kepada pendekatan
InSoKM yang mudah, menarik dan berkesan. Berdasarkan pemerhatian setelah pelajar ini
melalui InSoKM ini telah menunjukkan tahap kesihatan lebih sihat dan menunjukkan prestasi
pelajaran meningkat ke tahap lebih cemerlang. Pelajar juga boleh menjalani kehidupan
normal harian dengan lebih baik.

-29-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

2. OBJEKTIF
Objektif inovasi ini adalah:

a) menarik minat dan tingkatkan keseronokan para pelajar mengalami masalah
Kesihatan Mental untuk mengikuti pendekatan kaunseling InSoKM

b) Memberikan idea altenatif dalam menyediakan sokongan sosial kepada pelajar yang
mengalami masalah kesihatan mental.

c) Mewujudkan pendekatan pemulihan pelbagai hala penglibatan aktif pelajar
mengalami masalah kesihatan mental mendapatkan rawatan pemulihan altenatif.

3. KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN
Isu/permasalahan utama cetusan idea ini diwujudkan, pelajar berada dalam situasi murung,
tidak menumpukan perhatian pada pembelajaran, bersendirian dan tidak bermotivasi untuk
mengikuti pengajian. Pelajar juga tidak mampu mengenali siapa dirinya yang sebenar serta
dapat membuat hubungan yang bermakna dengan dunia sekelilingnya dari sudut sosialisasi
dan psikologi di mana ia berada. Pelajar juga kurang memahami sikap, minat, bakat serta
kebolehan yang ada pada dirinya untuk berkembang dengan baik, memahami serta peluang-
peluang yang dimilikinya.

4. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI
Pelajar yang mengalami masalah kesihatan mental ini menghadapi masalah untuk mengawal
stigma apabila mereka mengalami kesihatan mental. Selain itu, pelajar ini tiada hala tuju
untuk mendapatkan sokongan psikososial, ini menyebabkan tahap kesihatan pelajar semakin
merosot dan turut menganggu pembelajaran di kampus. Bila pembelajaran tidak dapat diikuti
dengan baik dan sempurna, prestasi akademik pelajar ini juga merosot.

5. INOVASI YANG DILAKSANAKAN
a. Tarikh Inovasi: 10 Ogos 2020
b. Bil dan Nama Ahli Kumpulan
i. Dr Norshidah Abu Husin
ii. Dr Fatimah binti Mustaffa
iii. Sarina binti Mohd. Yassin
iv. Siti Kertini binti Abdul Hamid

-30-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

c. Kandungan, Strategi, Keluaran/Perkhidmatan Baharu
Untuk menghasilkan InSoKM ini kami menggunakan strategi penyelesaian dengan
menekankan aspek kreativiti supaya tampak lebih menarik agar inovasi ini dapat
menawan/menarik minat pelajar serta melahirkan semangat inkuiri yang tinggi dalam diri
pelajar untuk mengikuti InSoKM sekaligus membantu mereka.

d. Pemikiran Dan Pendekatan Rekabentuk Yang Digunakan Adalah
i. Pendekatan InSoKM dapat membantu pelajar dan mewujudkan persekitaran
selesa yang efektif menjalani kehidupan normal di IPGK PM.
ii. Inovasi ini dilaksanakan bagi meningkatkan motivasi pelajar menghadapi
cabaran masalah kesihatan mental kearah tahap kesihatan lebih sihat.

iii. Pendekatan inovasi ini dapat meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar.
iv. Menolong pelajar untuk memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia

sosial dan psikologi di tempat dia berada.
v. Sokongan psikososial melalui terapi iaitu:

 Terapi Senam
 Terapi Seni
 Terapi Rohani
 Terapi Minda / Muzik
 Terapi Spiritual / Rohani

e. Bidang Utama Yang Menjadi Tumpuan Inovasi
Bidang yang menjadi tumpuan dalam inovasi ini ialah pendekatan sokongan psikososial
terhadap pelajar yang telah dikenal pasti mengalami masalah kesihatan mental.

f. Impak Inovasi Terhadap Kumpulan Sasar
1. Peningkatan tahap kesihatan lebih sihat dan baik Pelajar yang menggunakan
pendekatan InSoKM ini telah dapat meningkatkan tahap kesihatan lebih baik dan
seterusnya dapat mengikuti pengajian di IPGK PM dengan baik dan berkesan serta
hasil kerja pembelajaran pelajar lebih baik. Para pelajar akan dibantu memahami
dirinya, diri orang lain dengan mendalam dan menerokai tujuan hidupnya.

-31-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

2. Peningkatan Prestasi Akademik Pelajar
Pelajar yang menggunakan pendekatan InSoKM ini telah dapat mengikuti pengajian di
IPGK PM dengan baik dan berkesan seterusnya prestasi akademik pelajar lebih baik.
Mereka dilayan untuk perkembangan potensi dan kebolehannya supaya berkembang
dengan kadar yang sepatutnya mengikut tahap dan perkembangan yang sewajarnya.

g. Implikasi Kewangan: Tiada

6. KEADAAN MASALAH SETELAH INOVASI DILAKSANAKAN
a) Peningkatan tahap kesihatan lebih sihat dan baik
b) Peningkatan prestasi akademik pelajar

7. FAEDAH-FAEDAH DARIPADA INOVASI YANG DIPERKENALKAN
a) Peningkatan hasil kerja (Prestasi)
b) Peningkatan dalam tahap kepuasan hati pelanggan
c) Pengurangan kos operasi

8. PENGIKTIRAFAN DITERIMA
Pingat Perak dalam Pertandingan InBest IPGK PM 2020

9. GAMBAR-GAMBAR YANG BERKAITAN

Visi dan Misi Unit Kaunseling, IPGKPM Waktu Sokongan Sosial untuk Pelajar
-32-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

TERAPI SENAM TERAPI SENI

TERAPI MINDA

TERAPI ROHANI

-33-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

ANIMAL SALVAJE

Azizah binti Abd. Samad
(Jabatan Kecemerlangan Akademik)

Noor Farhana binti Kamaruddin
Eryssa Shahezy Arianiy binti Zabahniah
Nurul Ain Nadhirah binti Kamarulazaman
(Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu)

ABSTRAK
Inovasi yang dilaksanakan adalah mencipta bahan pengajaran dan pembelajaran secara
digital. Hal ini adalah bagi memenuhi kehendak kerja kursus Kursus EDUP 3053 yang
mengandungi 12 topik utama. Antara topiknya adalah Konsep Teknologi Pendidikan; Reka
Bentuk Pengajaran; Media Pengajaran; Perancangan, Pemilihan, Penghasilan dan
Penilaian Media Pengajaran; Asas Grafik; Penggunaan Bahan 2D dan 3D, Asas Fotografi;
Bahan Audio; Penerbitan Video Pendidikan; Pengintegrasian TMK dalam PdPc;
Penggunaan Internet dalam PdPc; serta Isu-isu dan Trenda dalam Teknologi Pendidikan
(Institut Pendidikan Guru Malaysia, 2014). Oleh itu, satu pakej pengajaran pembelajaran
dan pemudahcara (PdPc) berkaitan Tunjang Sains dan Teknologi telah dicipta kepada guru
prasekolah sebagai bahan bantu mengajar. Proses penciptaan pakej ini adalah merujuk
kepada Model ASSURE.

1. PENGENALAN
Pakej bahan pengajaran, pembelajaran dan pemudahcara (PdPc) digital merupakan bahan

bantu mengajar berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) melalui

penggunaan multimedia. Multimedia secara amnya merujuk kepada beberapa elemen seperti

teks, grafik, animasi, audio dan video dalam satu persembahan (Vaughan, 2014). TMK dan

multimedia dalam pendidikan abad ke-21 telah meluas digunakan dikalangan pendidik kerana

mampu memberi kesan dalam meningkatkan kualiti PdPc. Pendidikan yang berkualiti dan

cemerlang dalam pelbagai aspek menjadi matlamat utama dalam usaha melahirkan generasi

alaf baru yang mampu menangani cabaran-cabaran abad ke-21 (Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia 2013-2025, KPM 2013). Hal ini kerana, penggunaan TMK dalam proses

PdPc dapat mewujudkan proses PdPc yang menarik serta membantu meningkatkan

kefahaman, perhatian dan ingatan murid terhadap pengajaran guru. Sehubungan itu,

pengaplikasian TMK dalam proses PdPc dapat membantu guru menerangkan sesuatu topik

dengan mudah dan berkesan kerana persembahannya yang menarik dan mudah difahami.

Selain itu, penglibatan yang aktif dalam kalangan pelajar juga dapat diwujudkan apabila guru

menggunakan bahan pengajaran interaktif yang berasaskan TMK.

-34-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

Selain itu, satu tapak blog bagi pakej bahan PdPc telah dibangunkan dalam persekitaran
pembelajaran TMK dan dalam era pembelajaran abad ke 21 dengan menggunakan aplikasi
Wix untuk Tunjang Sains dan Teknologi bagi kanak-kanak prasekolah 5 dan 6 tahun di bawah
standard kandungan 3.0 iaitu Menyiasat Alam Hidupan. Tapak pakej ini dinamakan sebagai
Animal Salvaje diambil daripada hasil gabungan bahasa Inggeris dan bahasa Afrika yang
bermaksud haiwan liar. Pakej ini dibangunkan dengan merujuk Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK, 2017).

2. OBJEKTIF:
a) Menghasilkan media pengajaran secara berkesan
b) Mengintegrasikan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran,
pembelajaran dan pemudahcara (PdPc)
c) Mewujudkan interaksi dua hala semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
d) Memudahkan guru mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.

3. KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN
Pelaksanaan PdPc yang bercorak tradisonal, berpusatkan guru dilihat sebagai suatu strategi
pengajaran yang tidak relevan lagi. Kemajuan teknologi dan pendedahan penggunaan ICT
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menggalakkan guru menggunakan ICT dalam PdPc.
Namun begitu, pembudayaan pengajaran berpusatkan guru menyebabkan tiada komunikasi
dua hala antara guru dan murid serta tidak menggalakkkan murid untuk berfikir secara kritis.
Hal ini juga menyebabkan suasana PdPc bersifat satu hala dan murid tidak aktif dalam PdPc
kerana pendapat dan pandangan murid tidak diambil kira oleh guru kerana guru bersifat
autokratik di dalam kelas. Selain itu, kekurangan bahan pengajaran juga dilihat sebagai satu
masalah yang sering dihadapi oleh guru untuk membantu murid memahami sesebuah topik.

4. INOVASI YANG DILAKSANAKAN
a. Tarikh Inovasi: 20 Jun 2020
b. Bilangan dan Nama Ahli Kumpulan
1. Azizah binti Abd. Samad
2. Noor Farhana binti Kamaruddin
3. Eryssa Shahezy Arianiy binti Zabahniah
4. Nurul Ain Nadhirah binti Kamarulazaman

-35-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

c. Kandungan, Strategi, Keluaran/Perkhidmatan Baharu
Melalui integrasi TMK dalam PdPc, banyak perubahan dan pendekatan proses PdPc berlaku
yang membawa kepada kebaikan (Thulasimani Munohsamy, 2014) Sebagai contoh,
pengajaran berpusatkan guru bertukar kepada pengajaran berpusatkan pelajar. Pelajar akan
menjadi lebih fokus kepada aktiviti yang berorientasikan kepada penerokaan dan penemuan
berdasarkan teori konstruktivisme (Rusmini Ku Ahmad, 2012) bertepatan dengan kenyataan
berikut, satu tapak blog pengajaran dan pembelajaran digital telah kami bangunkan
menggunakan aplikasi Wixx untuk pembelajaran Tunjang Sains dan Teknologi untuk
kanak-kanak 6 tahun. Pakej Animal Salvaje ini menyediakan pelbagai media pengajaran dan
kami telah menghasilkan klip video pengajaran dan aktiviti, ‘puzzle’ digital serta permainan
video interaktif. Pakej ini merangkumi teks, gambar, audio, animasi dan video. Terdapat
beberapa aspek kualiti media yang baik iaitu audio yang jelas dan menarik, pemilihan font,
saiz dan warna bersesuaian dengan paparan skrin, tayangan video dapat berfungsi dengan
baik, penggunaan visual yang jelas dari segi gambar dan tulisannya serta teks yang
dipaparkan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh audiens. Pakej yang telah
dibangunkan menepati ciri-ciri media yang berkualiti kerana media yang digunakan seperti
video, audio, font dan tulisan yang digunakan berfungsi dengan baik dan sesuai
diaplikasikan dalam pakej yang dibina.

Penghasilan video interaktif yang memaparkan nama haiwan dan cara haiwan liar bergerak
digunakan sebagai pengenalan awal kepada murid untuk mengenal haiwan dan cara haiwan
bergerak. Penghasilan video menggunakan aplikasi ‘Powtoon’ menggunakan media yang
menunjukkan habitat dan cara haiwan yang sebenar bergerak. Melalui video ini, murid dapat
mengenal haiwan liar seperti ular, gajah, kangaroo dan buaya mengikut cara haiwan
bergerak. Melalui video ini, murid dapat mengikuti pembelajaran yang dapat menarik minat
dan menggalakkan penglibatan mereka dalam PdPc. Video yang dihasilkan merupakan satu
video interaktif bagi meningkatkan penglibatan murid secara aktif semasa proses PdPc
menggunakan aplikasi ‘Animaker’. Melalui video ini, murid-murid perlu meneka dan
menyebut nama haiwan yang dipaparkan. Selain itu, ‘Puzzle’ digital pula dicipta
menggunakan aplikasi ‘Jigsaw Planet’ secara atas talian adalah bertujuan supaya kanak-
kanak lebih faham dan ingat terhadap pengajaran yang disampaikan serta mewujudkan
suasana PdPc yang menarik melalui belajar sambil bermain. Dalam aktiviti ini kanak-kanak
perlu menyusun puzzle gambar haiwan yang telah dipelajari. Tuntasnya, video aktiviti dan

-36-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

puzzle digital yang kami hasilkan adalah berbentuk latihan kepada pengenalan konsep
tentang nama dan gaya pergerakan haiwan. Permainan video interaktif pula memaparkan
haiwan liar dalam bentuk karakter kartun yang realistik. Media yang dihasilkan
memaparkan pergerakan haiwan, bunyi dan juga soalan berkaitan nama haiwan-haiwan liar
seperti beruang, singa, ular dan gajah. Video interaktif ini dihasilkan menggunakan aplikasi
Scratch bagi meningkatkan perasaan ingin tahu murid-murid di samping menerapkan unsur
kejutan dalam proses PdPc. Pakej ini menepati ciri-ciri Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21).
Strategi dan teknik mengajar yang bersifat dua hala. Keseluruhannya, sebagai seorang guru
prasekolah yang berkelayakan, semua pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan
pedagogi merupakan aset penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid dan
perlu diaplikasikan sepenuhnya bagi mencapai tahap kefahaman yang tinggi (Abu Yazid
Bakar).

d. Bidang Utama Yang Menjadi Tumpuan Inovasi
Pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital ini berfokuskan kepada Tunjang Sains
Awal prasekolah 6 tahun di bawah tajuk “Mengenal Haiwan Liar”. Tapak ini diberi nama
Animal Salvaje yang bermaksud haiwan liar selari dengan standard kandungan SA 3.1:
Membuat penerokaan ke atas haiwan. Klip video dan ‘puzzle’ digital berkaitan gambar
haiwan liar adalah untuk langkah pengukuhan bagi mencapai standard pembelajaran SA
3.3.1 menamakan haiwan dan FK 2.2.3 melakukan pergerakan lokomotor dalam pelbagai
arah. Media permainan video interaktif yang dihasilkan memaparkan pergerakan haiwan,
bunyi dan juga soalan berkaitan nama haiwan-haiwan liar seperti beruang, singa, ular dan
gajah untuk mencapai standard pembelajaran yang dipilih iaitu SA 3.3.1: Menamakan
haiwan dan SA 3.3.4:

e. Impak Inovasi Terhadap Kumpulan Sasar
Antara impak yang dapat diperhatikan terhadap kumpulan sasar ialah kandungan yang baik
ialah kandungan berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid, sesuai mengikut tahap
kognitif murid, isi kandungan selari dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(KSPK), dapat menarik minat murid dan pengisian kandungan sesuai dengan media yang
digunakan. Tambahan pula, penghasilan inovasi ini telah menggalakkan penglibatan aktif
murid dalam pelaksanaan PdPc kerana sudah mempunyai pengetahuan asas menggunakan

-37-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

perisian multimedia ini dengan bantuan guru. Ini menunjukkan bahawa pakej yang
dihasilkan mengambil kira pengetahuan sedia ada pengguna untuk mengakses perisian
multimedia ini. Item-item kreativiti pakej seperti keaslian, susunan teratur dan kemas,
penggunaan audio, video, grafik dan gambar dan kemudahan untuk mengakses telah dilihat
sangat memuaskan hati. Oleh itu, bahan PdPc digital ini sangat sesuai digunakan untuk
menjalankan PdPc menggunakan TMK. Kesimpulannya, pakej yang dibangunkan beserta
media PdPc digital ini mempunyai kandungan yang sangat menepati standard pembelajaran
yang digariskan dan mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mencapai objektif
pembelajaran. Seterusnya, kreativiti pakej juga menunjukkan kesungguhan dalam
menyunting tapak blog dengan pelbagai animasi dan kekemasan tapak seperti kotak menu
yang disediakan bagi memudahkan pengguna melayari bahagian yang diinginkan.

f. Kos
Pembangunan pakej PdPc digital tidak menggunakan sebarang kos kerana kami hanya
memanfaatkan penggunaan aplikasi atas talian sepenuhnya. Kesemua aplikasi yang
digunakan juga tidak memerlukan sebarang bayaran. Walaupun begitu, kami telah
menghasilkan sebuah bahan PdPc yang sangat menarik dan boleh digunakan oleh semua
individu.

5. KEADAAN MASALAH SETELAH INOVASI DILAKSANAKAN

Bertitik tolak daripada aspek kekuatan pakej bahan PdPc digital yang telah digunakan,

terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikesan. Antaranya, kelemahan gangguan dari segi

capaian internet semasa mengakses pakej tersebut. Untuk memastikan media-media dalam

pakej dimainkan dengan baik tanpa sekatan memerlukan capaian internet yang lancar dan

berkelajuan tinggi. Sekiranya capaian internet lemah, maka media akan mengalami gangguan

dan mengambil masa yang lama untuk dimainkan dengan baik. Tambahan pula, audio yang

dimainkan kurang jelas. Dalam video pengajaran pengenalan haiwan liar, terdapat bunyi latar

belakang yang berfungsi menjadikan video lebih menarik. Namun begitu audio tersebut tidak

dapat dimainkan dengan jelas kerana pembesar suara mengalami masalah. Oleh itu, masalah-

masalah teknikal seperti ini perlu dititikberatkan agar proses PdPc berjalan dengan lancar dan

penggunaan pakej pengajaran lebih berkesan.

-38-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

6. FAEDAH-FAEDAH DARIPADA INOVASI YANG DIPERKENALKAN
a. Peningkatan hasil kerja
Secara keseluruhannya, pakej PdPc digital yang dihasilkan merangkumi pelbagai
penggunaan teknologi seperti audio, video dan grafik. Dalam masa yang sama juga,
aplikasi-aplikasi yang telah diterokai dan digunapakai dalam membangunkan tapak
blog dan bahan PdPc digital ini sangat menarik dan kreatif. Kesemua standard
kandungan, standard pembelajaran serta objektif dapat dicapai dengan mudah
menggunakan kesemua bahan media yang dihasilkan. Pembelajaran berpusatkan murid
juga dapat dijalankan dan aktiviti melibatkan semua murid dapat dilaksanakan dengan
hasrat kefahaman semua murid meningkat ke tahap maksimum. Kemahiran guru
pelatih dalam penggunaan teknologi digital juga dapat dtingkatkan sebagai persediaan
era pembelajaran abad ke-21.

b. Peningkatan dalam tahap kepuasan hati pelanggan
Terdapat beberapa kekuatan yang dapat dikenal pasti di dalam pakej digital yang
bangunkan. Antara kekuatan pakej Animal Salvaje ialah kandungan bahan aplikasi
sangat bersesuaian dengan isi kandungan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(KSPK). Hal ini dapat dibuktikan dengan RPS yang telah disediakan pada laman utama
pakej untuk rujukan pengguna. Di dalam RPS tersebut telah dinyatakan Standard
Kandungan dan objektif pembelajaran berdasarkan KPSK. Tambahan pula tapak yang
dibina memaparkan tunjang-tunjang lain di dalam KSPK secara ringkas supaya dapat
memberikan input tambahan kepada pengguna yang mengakses Pakej Animal Salvaje.
Meskipun pakej ini berteraskan tunjang Sains dan Teknologi dalam KSPK, tetapi
media yang dhasilkan boleh digunakan untuk mengajar tunjang-tunjang lain
bergantung kepada kreativiti pengguna untuk menggunakan media tersebut. Selain itu,
dari aspek kualiti media, pemilihan font tulisan bersesuaian dengan audiens di mana
saiz dan warna yang digunakan kontra dapat menyerlahkan lagi tulisan. Menurut
Noriati et al., (2012), pemilihan fon yang sepadan dengan paparan grafik menguatkan
keberkesanan mesej yang hendak disampaikan kepada murid-murid serta membantu
pembaca selesa untuk membaca semaksimum mungkin. Tambahan pula penggunaaan
visual yang jelas dari aspek kualiti animasi juga menjadikan pakej bahan menarik dan
interaktif.

-39-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

c. Pengurangan Kos Operasi
Tiada sebarang cas dikenakan kepada pengguna kerana perisian ini dibangunkan untuk
kegunaan semua murid dan guru. Selain itu, tiada had penggunaan dikenakan kepada
pengguna kerana perisian ini adalah percuma.

7. GAMBAR-GAMBAR YANG BERKAITAN

RUJUKAN:

Abu Yazid Abu Bakar. (2016). “Digital Classroom”: An Innovative Teaching and Learning
Technique for Gifted Learners Using ICT. Jurnal Creative Education.
Volum 7, 55-61.

Institut Pendidikan Guru Malaysia (2014). Jadual 3; Teknologi dalam Pengajaran dan
pembelajaran. Putrajaya: KPM.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia
2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Putrajaya: KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Noriati et al. (2012). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Serdang: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

Rusmini Ku Ahmad. (2012). Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
Pengajaran dan Pembelajaran dicapai daripada
https://www.academia.edu/35118626/Integrasi_Teknologi_Maklumat_dan
Komunikasi_Dalam_Pengajaran_dan_Pembelajaran pada 22 Ogos 2019.

Shah Rulbani Zakaria, Mohd Isa Hamzah, & Khadijah Abdul Razak. (2017). Penggunaan
ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pensyarah Pendidikan Islam di Politeknik
Zon Selatan. Tinta Artikulasi Membina Ummah, 3(1), 29-32.

Vaughan, Tay. 2014. Multimedia: Making it work. 9th Ed. New York: The McGraw-Hill
Companies, Inc.

-40-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

KAEDAH PENGAJARAN MEWARNA LUKISAN
MENGGUNAKAN RAKAMAN VIDEO

Noraini binti Mohd
Noorlian binti Ishak
(Jabatan Sains Sosial)

Roslizah binti A. Samad
(Jabatan Hal Ehwal Pelajar)

1. OBJEKTIF
a. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mewarna lukisan dengan campuran warna

penghasilan jalinan berdasarkan pemerhatian dalam rakaman video pengajaran guru
b. Memudahkan pensyarah mengajar topik sukar iaitu mengajar teknik mewarna dengan

cepat kepada pelajar menggunakan kaedah paparan rakaman video.
c. Memudahkan pelajar mengulangkaji kaedah mewarna menggunakan paparan rakaman

video

2. KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN
Lukisan cat air merupakan suatu proses penghasilan seni dengan meggunakan bahan berwarna
iaitu cat air yang dikarya pada permukaan rata. Teknik ini membolehkan seseorang dapat
menggambar kesan cahaya pada suatu bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam
sekitar. Bahan pewarna iaitu cat memerlukan pelarut daripada air untuk mencairkan dan
memudahkan sapuan ketika mengkarya. Bagi teknik lukisan cat air, kertas 'watercolor paper'
amat sesuai digunakan untuk memberi kesan yang terbaik. Kaedah mewarna menggunakan
cat air memerlukan pengajaran yang teliti dan berterusan. Kaedah penerangan dan
demonstrasi belum cukup untuk memastikan pelajar benar-benar dapat menguasai teknik
mewarna dengan betul. Ini bergantung pada kemahiran serta pengetahuan sedia ada pelajar
dalam bidang ini. Oleh itu, latihan serta tunjuk ajar yang berterusan perlu diberi pada pelajar
bagi membolehkan mereka dapat menguasai kemahiran mewarna catan cat air dengan baik.

-41-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

3. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI
Subjek Teras dan Elektif Terbuka Pendidikan Seni Visual di IPG banyak melibatkan teori
seni yang memerlukan tunjuk cara dan proses yang memakan masa yang lama kepada
pelajar.secara verbal dan demonstrasi. Semasa saya mengajar subjek PSVK3193, Pengenalan
Asas Pendidikan Seni Visual, pelajar didedahkan pada teori asas dalam topik 4 bidang
kegiatan dan salah satunya adalah bidang menggambar. Antara perkara yang perlu diberi
penekanan pada pelajar adalah asas menggambar, alatan dan bahan serta teknik
menggambar. Melalui pemerhatian didalam kelas dan temubual bersama pelajar, masalah
yang paling kerap mereka hadapi semasa aktiviti seni adalah mewarna. Ramai pelajar boleh
melukis dengan baik seperti lukisan permandangan, buah-buahan, binatang, namun apabila
tiba kepada mewarna, mereka menghadapi masalah untuk memulakan aktiviti tersebut.
Pelajar tak tahu apa yang nak diwarnakan dahulu samada objek mahupun latar belakang.
Mereka tidak tahu apa campuran warna yang sesuai untuk mewarna objek atau permandangan
dan bagaimana untuk menghasilkan jalinan dipermukaannya. Kebanyakan pelajar hanya
mewarna menggunakan satu warna sahaja dan tiada jalinan pada permukaan objek yang
dilukis. Ini menjadikan lukisan mereka pudar dan tiada jalinan Biasanya sebelum gerakerja,
pensyarah seni akan menunjukkan demonstrasi cara mewarna dengan betul kepada pelajar
sebelum mereka memulakan gerak kerja.

Oleh kerana majoriti pelajar yang mengambil elektif PSV tidak mempunyai kemahiran dan
pengalaman dalam melukis, penerangan secara teori dan tunjuk cara mudah tidak dapat
memberi gambaran sepenuhnya kepada pelajar terutama dalam proses mewarna. Pelajar perlu
didedahkan dengan cara mewarna tahap demi tahap supaya mereka boleh memahami dengan
lebih jelas melalui demonstrasi secara amali. Pensyarah terpaksa mengajar berulang kali
sehingga mengganggu rakan-rakan yang lain. Semasa kajian ini dijalankan, Subjek
PSVK3193 tidak ditawarkan di IPGK PM. Kami telah memilih seorang pelajar tingkatan 5 di
sekolah yang berdekatan untuk dijadikan responden dan mengambil lukisan beliau sebagai
sample. Terdapat beberapa contoh lukisan yang dilukis oleh pelajar tersebut sebelum
rakaman video diberi bagi menilai perubahan pada catan yang dihasilkan.

-42-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

Gambar 1

Campuran warna cat air yang tidak menampakkan
campuran warna dan jalinan pada objek

Gambar 2
Campuran warna pada ruang langit tidak menampakkan
suasana awan yang berkepul-kepul dan tiada campuran

Gambar 3
Tiada prespektif pada bahagian latar belakang catan dan
campuran warna pada daun pokok, air dan batu tidak jelas

4. INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN
Bagi mengurangkan kesukaran dalam pengajaran dan pembelajaran dan memudahkan pelajar
memahami dengan lebih jelas, satu kaedah dikenalpasti dapat memberi jalan penyelesaian
iaitu menunjuk cara menggunakan video. Setiap kali teknik mewarna nak diajar pensyarah
akan melukis, mewarna dan penghasilannya akan dirakam menggunakan video. Proses dan
teknik mewarna akan ditunjukkan satu persatu sehinggalah catan disiapkan. Pensyarah juga
akan menunjukkan cara bagaimana jalinan boleh terhasil dengan hanya menggunakan teknik
sapuan berus dengan betul. Pencahayaan pada objek yang diwarnakan juga akan ditunjukkan
dengan penggunaan jumlah air dan warna yang betul diatas kertas lukisan melalui rakaman
video. Dengan menggunakan kaedah ini, ia bukan sahaja dapat memberi penerangan yang
jelas kepada pelajar, malah pelajar dapat mengulangi pemerhatian melalui video jika masih
kurang memahami tiap kaedah yang dipelajari. Antara teknik menggambar yang agak rumit
yang boleh ditunjukkan dalam video adalah mewarna burung, rama-rama, bunga, buah
buahan dan permandangan. Dengan menggunakan rakaman video, pelajar boleh belajar
teknik mudah mewarna bagi menampakkan cahaya dan proses campuran warna dengan betul.

-43-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

Mereka bukan sahaja dapat mempelajari kaedah mewarna didalam kelas, malah mereka boleh
menyambung kerja dirumah dan dapat berkongsi dengan rakan-rakan jika mereka juga ingin
mempelajari kaedah mewarna walaupun tanpa pengawasan guru atau pensyarah. Penerangan
yang lebih teliti pada video dapat disampaikan pada pelajar kerana tugasan yang akan diberi
telah pun dihasilkan oleh pensyarah terlebih dahulu. Pensyarah telah meneroka terlebih
dahulu proses melakar, mewarna serta penghasilan jalinan yang mana setiap kesilapan telah
diperbaiki.

5. INOVASI RAKAMAN VIDEO PENGAJARAN
5.1. Contoh dibawah adalah video proses mewarna buah ceri yang telah dirakam dari awal

hinggalah proses mewarna selesai untuk pengajaran didalam kelas. Penekanan diberi
dari sudut penghasilan bentuk, campuran warna, pencahayaan, tona serta bayangnya.
Video mengambil masa 1 minit 39 saat.

a. Proses awal mewarna b. Penghasilan bentuk dibuat

c. Penncahayaan pada buah dibuat d. Ton pada buah dihasilkan

5.2. Proses penghasilan warna lukisan permandangan dibuat dari awal hingga akhir yang
telah dirakam dan di videokan untuk panduan pelajar. Penekanan diberi dari sudut
campuran warna, teknik sapuan berus dan jalinan pada langit dan air. Video mengambil
masa lebih kurang 5 minit.

-44-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

a. Mewarna langit b. Campuran warna dan ton warna

c. Mewarna tona pada perahu d. Mewarna batang pokok kelapa

e. Mewarna daun pokok f. Mewarna tona pada perahu dan pokok

5.3. Penghasilan rakaman video mewarna rama-rama dari awal hingga akhir dicepatkan 3
kali ganda menjadikan masa 1 minit 48 saat

a. Melukis sesungut dan kaki rama-rama b. Ton warna dikepak rama-rama.

-45-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

5.4. Proses penghasilan warna lukisan burung dan bunga dibuat dari awal hingga akhir yang
telah dirakam dan di videokan untuk panduan pelajar. Penekanan diberi dari sudut
campuran warna, teknik sapuan berus dan jalinan pada bulu burung dan permukaan
bunga. Video mengambil masa lebih kurang 3 minit 4 saat.

i. Muncung burung dilukis ii. Jalinan bulu burung dilukis
supaya nampak berkilat menggunakan berus

6. STRATEGI PENYELESAIAN
Proses pengajaran pensyarah dijalankan seperti biasa dimana penerangan secara verbal dan
demonstrasi dibuat bagi memastikan pelajar mendapat ilmu mengikut proses yang betul.
Setelah selesai, pensyarah akan menunjukkan video kepada pelajar. Rakaman video yang
dipaparkan memberi keutamaan kepada aktiviti mewarna menggunakan cat air. pelajar akan
upload video menggunakan telefon bimbit masing-masing untuk membolehkan mereka
mengulangi rakaman video setelah video selesai dipaparkan.

6.1 Penggunaan dan Impaknya
Rakaman video mewarna bunga dan burung diberi pada seorang pelajar tingkatan 5 yang
memerlukan bantuan belajar mewarna menggunakan warna air. Memandangkan PKPB di
seluruh negara berkuat kuasa (Mac-September), pelajar tersebut tidak dapat belajar seperti
biasa dan hanya melakukan kerja melukis dan mewarna dirumah.

-46-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

Skala kemahiran pelajar sebelum menggunakan video

GRED MARKAH DESKRIPTOR
Amat
Cemerlang 90-100 Pelajar dapat menguasai pengetahuan skema warna dan kemahiran
Cemerlang campuran lebih 3 warna dengan menghasilkan ton warna yang
75-89 sangat jelas dan tepat
Kepujian Pelajar dapat menguasai pengetahuan skema warna dan kemahiran
60-74 campuran lebih 3 warna dengan menghasilkan ton warna yang
Lulus jelas dan tepat
50-59 Pelajar dapat menguasai pengetahuan tentang skema warna dan
Gagal kemahiran campuran lebih 3 warna dengan menghasilkan ton
0-50 warna
Pelajar kurang menguasai pengetahuan tentang skema warna dan
kurang kemahiran campuran lebih 3 warna dengan menghasilkan
ton warna yang kurang jelas dan tepat
Pelajar tidak dapat menguasai pengetahuan tentang skema warna
dan tiada kemahiran campuran lebih 3 warna dengan
menghasilkan ton warna yang tidak jelas dantidak tepat

Gred markah diberi bagi memudahkan penilaian dibuat pada lukisan yang dihasilkan.
Berdasarkan penilaiant pada hasil karya pelajar sebelum ini adalah pada tahap kepujian,
pelajar menguasai pengetahuan tentang warna tetapi kurang berkemahiran
mengaplikasikannya dalam lukisan. Pelajar boleh mewarna tetapi tidak dapat
mempamerkan ton warna dan campuran warna dengan lebih jelas. Tiada markah cemerlang
yang diperolehi oleh pelajar.

BIL ANALISIS LUKISAN PELAJAR MARKAH SKALA
1 Mewarna permandangan
65/100 Kepujian
2 Mewarna rama-rama
63/100 kepujian
3 Mewarna bentuk asas
68/100 Kepujian
4 Mewarna bunga
69/100 kepujian

6.2 Kaedah pengajaran menggunakan video
Pelajar diberi penerangan tentang teknik mewarna menggunakana cat air dan demonstrasi
mewarna dibuat bagi memastikan pelajar mendapat ilmu seperti biasa. Selepas itu,
penerangan mewarna melalui paparan rakaman video diberi pada pelajar. Pelajar melihat
rakaman dan bersoal jawab bersama pensyarah. Pelajar upload rakaman di telefon bimbit
bagi memudahkan mereka menganalisis teknik mewarna didalam video. Jika hasil kerja
tidak siap mereka boleh menyambungnya dirumah. Melalui analisis lukisan yang

-47-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

dihasilkan dan pemerhatian yang dibuat semasa pelajar melukis, didapati ada peningkatan
dari segi pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam memilih campuran warna. Pelajar
telah mewarna lukisan menggunakan lebih dari 3 warna semasa mewarna objek. Terdapat
kesan jalinan pada permukaan bunga dan burung yang dilukis melalui teknik calitan berus
berdasarkan teknik yang terdapat pada video yang diberi.. Ini menunujukkan pelajar
benar-benar faham bagaimana untuk mewarna lukisan dan bagaimana untuk mendapatkan
kesan lutsinar, cahaya, tona dan jalinan pada objek yang dilukis. Kesemua teknik tersebut
ada dipaparkan dalam video seni dan pelajar telah mempelajari teknik tersebut dengan
baik. Dari penilaian yang dibuat berdasarkan skala, pelajar telah memperoleh markah
yang melebihi markah sebelumnya.

BIL ANALISIS LUKISAN PELAJAR MARKAH SKALA
1 Mewarna Rama-Rama
82/100 Cemerlang
2 Mewarna Bunga
89/100 Cemerlang
3 Mewarna Burung
87/100 Cemerlang

a. Pelajar mengulang tayang video bagi b. Pelajar menumpukan perhatian mewarna

memahami betul-betul cara mewarna lukisan jika memahami cara mewarna lukisan

7. FAEDAH-FAEDAH DARI INOVASI YANG DIPERKENALKAN
a. Pengetahuan mewarna dapat disampaikan dengan lebih mudah dan cepat
Penggunaan video dalam pengajaran dapat membantu pelajar memahami teknik mewarna,
menghasilkan tona dan membuat jalinan dengan lebih jelas kerana melalui paparan video,
teknik mewarna telah ditunjukkan satu persatu dan teknik untuk menghasilkan jalinan juga
dipaparkan mengikut objek yang dilukis. Jika demonstrasi mewarna mengambil masa yang
agak lama, tetapi melalui rakaman video, satu demonstrasi yang mengambil masa 9 minit
boleh dikurangkan menjadi 4 minit sahaja.

-48-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

b. Campuran warna dapat ditunjukkan dengan lebih jelas
Proses campuran warna amat penting untuk menghasilkan catan yang menarik dan cantik.
Oleh itu, dengan adanya video campuran warna, pelajar dapat memahami cara mencampur,
apa warna yang sesuai untuk dicampur dan dimanakah campuran warna perlu disapu agar
hasil karya menjadi lebih menarik.

c. Teknik penghasilan jalinan dapat dihasilkan dengan mudah
Setiap objek mempunyai perbezaan dari segi jalinan. Oleh itu, dengan adanya rakaman
video, pelajar dapat mempelajari pelbagai teknik jalinan pada objek seperti, jalinan bulu
burung, permukaan kepak rama-rama, buah-buahandan sebagainya.

d. Pelajar boleh mengulangkaji pengetahuan dan teknik mewarna dirumah/asrama.
Dengan adanya rakaman video, pelajar boleh menggulangkaji dan mewarna dirumah tanpa
perlu berinteraksi dengan pensyarah jika ada yang mengelirukan. Apa yang pelajar perlu
buat adalah dengan membuka semula rakaman video dan melihat proses mewarna sebelum
menyambung kerja.

e. Pelajar boleh berkongsi maklumat dengan rakan lain.
Jika ada pelajar yang ingin mempelajari teknik mewarna atau masih tidak faham, rakaman
video boleh dikongsi dengan rakan yang lain dengan hanya menghantar melalui wassap.

f. Rakaman video tidak memerlukan sebarang perbelanjaan
Pelajar tidak perlu membayar apa-apa untuk mendapatkan video rakaman tersebut dan ia
boleh dikongsi dengan seberapa ramai pelajar.

g. Video rakaman memenuhi kehendak kandungan kursus PSVK3243 Bidang dan
Pentaksiran Pendidikan Seni Visual.
Terdapat tajuk didalam RMK yang berkaitan dengan Pengenalan bidang menggambar PSV
yang memerlukan pelajar memahami teknik, alat dan bahan serta teknik penghasilan karya.
Oleh itu, dengan penghasilan video, pelajar dapat memahami dengan mudah dan jelas.
https://hzqsyh.blogspot.com/2019/08/teknik-catan.air.html

-49-

Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020

PROPERLY

Aimiee Shahrin b Jais
(Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi)

Tn Hj Zakariya b Julas
(Jabatan STEM)

Tn Hj Azman b Aziz
(Jabatan Pembangunan Latihan)

ABSTRAK
Tanggam merupakan salah satu peninggalan sejarah yang mempunyai keunikan tersendiri.
Proses penyambungan secara tradisi tidak menggunakan sebarang bahan-bahan
penyambungan seperti paku, gam dan sebagainya. Tujuan inovasi ini adalah untuk mengenal
pasti pemahaman penggunaan tanggam dalam kerja-kerja kayu dan menguji kesesuaian
produk PROPERLY dijadikan sebagai alat bantu mengajar dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di sekolah. Terdapat lima (5) jenis kategori tanggam moden yang
didapati dan sering digunakan berkaitan penggunaan tanggam di Malaysia. Antaranya
adalah, tanggam lekap, tanggam siku, tanggam pemidang, tanggam parit dan tanggam
temu. Walau bagaimanapun struktur pembinaan tanggam juga berubah mengikut
peredaran zaman dan kecanggihan teknologi iaitu tanggam sambung jejari, tanggam lekap
bajang T dan pelbagai jenis tanggam lubang dan puting dihasilkan. Inovasi yang ditampilkan
ialah produk PROPERLY yang dihasilkan menggunakan gabungan jenis tanggam untuk
dijadikan model pengajaran Alat Bantu Mengajar (ABM).

1. PENGENALAN
 Menurut Azhar (2010), perkataan tanggam dipercayai berasal daripada bahasa

Sanskrit. Manakala menurut masyarakatMelayu Kelantan pula, perkataan tanggam
adalah membawa maksud “pemasangan kerangka bangunan kayu pada peringkat
percubaan”. Sistem tanggam direka bentuk adalah untuk mengukuhkan dan
menguatkan keseluruhan bahagiankerangka bangunan yang dibina.

 Produk inovasi ini akan mengenal pasti faktor revolusi yang mempengaruhi
penggunaan sistem tanggam dalam pembinaan kerja kayu dan logam.

 Seterusnya, penghasilan produk PROPERLY untuk dijadikan ABM semasa proses

P&P dalam meningkatkan lagi kefahaman pelajar mengenai tanggam.
 Matapelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) merupakan subjek elektif teras

yang menggantikan subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB).
 Salah satu silibus yang diajar dalam RBT ialah topik tanggam.

-50-


Click to View FlipBook Version