Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
Topik tanggam diajar secara teori dan amali. Pembinaan tanggam dalam amali kerja
kayu dan logam untuk menghasilkan sesuatu projek kerja kayu.
Tanggam merupakan 2 bahagian kayu yang dipotong dan dicantumkan bagi tujuan
memberikan pegangan yang rapat dan teguh.
Proses pembinaan tanggam boleh dilakukan dengan menggunakan peralatan tangan
dan mesin. Tanggam digunakan meluas dalam kerja kayu.
Penghasilan produk inovasi PROPERLY akan menjadikan pemahaman tanggam
tentang pengunaan dan pemasangannya secara tepat dalam kerja amali RBT.
2. OBJEKTIF
a) Produk inovasi PROPERLY akan dapat membantu pelajar untuk mengetahui jenis
tanggam dan kegunaannya dalam kerja pembinaan projek kerja kayu dan logam
b) Produk PROPELY akan dapat membantu pelajar membina pelbagai jenis tanggam
yang biasa digunakan dalam kerja kayu dan pembinaan projek kerja kayu dan logam.
c) Produk PROPERLY akan memudahkan pelajar membina projek kerja kayu dan
logam.
3. KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN
Matapelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) merupakan matapelajaran elektif
teras samada di sekolah mahupun di Institut Pendidikan Guru (IPG).
Matapelajaran yang berkonsepkan teknologi bahan dan pembuatan ini menjurus
kepada pembelajaran secara teori dan amali.
Antara tajuk amali dalam RBT ialah Kerja Kayu dan Logam (KKL).
Semasa kerja-kerja amali kayu dilaksanakan pembuatan tanggam merupakan salah
satu kerja amali yang dibuat bagi penghasilan produk kerja kayu.
Isunya ialah kebanyakan pelajar RBT kurang memahami jenis-jenis tanggam yg
digunakan dalam kerja kayu dan logam.
Pelajar juga kurang memahami fungsi dan kegunaan tanggam yang dibuat.
Pelajar hanya tahu kaedah penyambungan asas seperti memaku, skru,ribet dan kelim
Penghasilan produk sahaja tidak membawa apa-apa faedah terhadap PdP sekiranya
pelajar tidak mempunyai kefahaman dan kemahiran dalam kefungsian sebenar
tanggam.
-51-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
Sikap positif pelajar hanya boleh dibina jika pelajar tersebut beranggapan dan percaya
bahawa sesuatu inovasi itu senang digunakan, mudah difahami, menyeronokkan dan
membawa impak terhadap pembelajaran yang berkesan dan efektif.
Adalah diharapkan agar pelajar dapat menguasai kemahiran mengintegrasikan
pengetahuan dan kemahiran dan produk inovasi tanggam dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Produk inovasi - PROPERLY ini juga bertujuan untuk menguji kesesuaian dijadikan
sebagai ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan Institut
Pendidikan Guru
4. MASALAH – MASALAH YANG DIHADAPI
Pelajar RBT perlu mengetahui dan menyenaraikan jenis-jenis tanggam yang
digunakan dalam menyiapkan projek yang dibuat mengikut pelan sebenar.
Masalah untuk memadankan jenis-jenis tanggam yang dibuat bagi penyambungan
kerja-kerja kayu
Kesukaran pensyarah dan guru yang mengajar RBT adalah untuk mereka cipta satu
aktiviti atau projek yang merangkumi beberapa jenis tanggam. Jika setiap jenis
tanggam itu diajar secara berasingan maka pelajar tidak akan dapat melihat
kesinambungannya dan akan menghadapi masalah mengintegrasikannya dalam PdP.
Melalui produk inovasi ini, adalah diharapkan agar berjaya menggabungkan aktiviti
amali pembuatan tanggam dan kerja kayu secara langsung.
Aktiviti produk inovasi ini memerlukan pelajar mengaplikasikan segala teori tanggam
dan kemahiran membina tanggam yang dipelajari dalam tajuk amali berkenaan untuk
menghasilkan satu projek kerja kayu dan logam.
5. INOVASI YANG DILAKSANAKAN
Tarikh Inovasi: 1 April 2020
Bil dan Nama Ahli Kumpulan
3 orang Pensyarah Reka Bentuk & Teknologi
i. En Aimiee Shahrin b Jais
ii. Tn Hj Zakariya b Julas
iii. Tn Hj Azman b Aziz
-52-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
Menerangkan tentang kandungan, strategi, keluaran/perkhidmatan baharu
PROPERLY adalah set produk inovasi yang menggabungkan beberapa jenis
tanggam menjadi beberapa projek kerja kayu yang terdiri daripada projek
kerusi, projek meja makan dan projek meja kopi.
(Proses Awal Pembinaan Hingga Akhir Pembinaan Produk Inovasi PROPERLY)
Gambar 1: Meja Utama Gambar 2: Kerusi
Gambar 3: Meja Kopi Gambar 4: Set Lengkap PROPERLY
Terdapat beberapa jenis tanggam yang boleh diperolehi dalam set PROPERLY
seperti tanggam:
Lekap T
Lekap Palang
Lubang dan Putting
Temu
Parit Terus
Parit Buntu
Siku
Pemidang
(Rujuk gambar 1, 2 dan 3: Jenis-jenis tanggam dalam produk inovasi PROPERLY)
-53-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
Jenis-jenis tanggam yang terdapat dalam produk inovasi PROPERLY
Gambar 5: Meja Utama Gambar 6: Bangku Gambar 7: Meja Kopi
Pembanguan produk PROPERLY mempunyai dua fungsi utama iaitu
pemahaman jenis dan kegunaan tanggam dan membuat jenis-jenis tanggam
dan seteruskan pelaksanaan amali dalam menghasilkan projek kayu
Dua elemen kognitif dan psikomotor digabungjalinkan dalam pembinaan
PROPERLY
PROPERLY merupakan set produk ABM yang boleh digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran amali kerja kayu dan logam.
Bidang utama yang menjadi tumpuan inovasi
PROPERLY merupakan Alat Bantu Mengajar (ABM) yang diperbuat daripada
kayu dengan hasil gabungan penyambungan kaedah tanggam dan bahan
pengikat separa kekal. Rekaan PROPERLY yang berasaskan konsep DIY (Do
It Yourselft) dan mengaplikasikan unsur inovasi dalam reka bentuk produk
menghasilkan set mini perabut (gambarajah 4).
Langkah kerja penghasilan produk PROPERLY ini selaras dengan kemahiran
yang perlu dipelajari oleh pelajar seperti yang ditetapkan.
Gambar 8: PROPERLY - Set Mini Perabut
-54-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
Impak Inovasi Terhadap Kumpulan Sasar
Produk PROPELY ini sesuai dijadikan sebagai alat bantu mengajar dan boleh
dikomersialkan.
PROPERY juga sesuai dijadikan sebagai ABM dan nilai tambah kepada
pelajar untuk mempelajari jenis-jenis tanggam dalam kerja kayu dan logam.
Selain itu, PROPERLY yang terdiri daripada gabungan jenis tanggam yang
membantu guru-guru untuk menjalankan proses P&P bagi tajuk yang berkaitan
dengan tanggam.
PROPERLY juga memberi gambaran yang jelas kepada pelajar mengenai rupa
bentuk jenis tanggam dan cara pemasangan sesuatu tanggam tersebut.
Produk ini adalah sangat relevan untuk dijadikan sebagai bahan rujukan dan
ABM dalam proses P&P berlangsung.
Oleh yang demikian, fungsi peralatan yang digunakan perlulah mengikut
kesesuaian bahan disamping itu, panduan untuk menghasilkan tanggam juga
tidak banyak dihasilkan.
Produk PROPERLY boleh dijadikan sebagai nilai tambah kepada pelajar
untuk mempelajari jenis-jenis tanggam.
Seterusnya, penghasilan PROPERLY untuk dijadikan ABM semasa proses
P&P dalam meningkatkan lagi kefahaman dan amali pelajar mengenai
tanggam dalampenghasilan projek kerjq kayu dan logam.
Kos/Implikasi Kewangan: Tiada
6. KEADAAN MASALAH SETELAH INOVASI DILAKSANAKAN
Produk PROPERLY dapat digunakan untuk melihat proses pembangunan alat bantu
mengajar berkaitan topik dan amali tanggam.
Berdasarkan pemerhatian didapati PROPERLY ini membolehkan pelajar
menghasilkan produk perabot khususnya perabot kayu dengan penggunaan tanggam
yang betul.
Sesuai dengan fungsinya, PROPERLY ini bertujuan bagi memudahkan pelajar
memahami cara lebih mudah dan efektif. Dapat membantu guru menjimatkan masa
dalam penyampaian isi pembelajaran serta PROPERLY dilengkapi jenis-jenis
tanggam dan peralatan yang diperlukan dalam satu set ABM
-55-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
7. FAEDAH-FAEDAH DARIPADA INOVASI DIPERKENALKAN
Peningkatan hasil kerja (prestasi)
pemahaman jenis-jenis tanggam yang digunakan mengikut kegunaan dalam
amali kerja kayu dan logam
menjimatkan masa dalam proses penyampaian PdP kerja kayu dan logam
dapat menghasilkan produk yang mempunyai struktur binaan yang ringan.
Peningkatan dalam tahap kepuasan hati pelanggan
mengurangkan beban kognitif pelajar RBT
pelajar mudah memahami ‘apa itu tanggam?’
menjimatkan kos dan bahan
menjimatkan masa pembinaan projek kerja kayu dan logam
mudah laksanakan pembuatan DIY tanggam dalam kerja kayu dan logam
Pengurangan kos operasi
Dapat mengurangkan beban dan liabiliti dalam proses pengajaran dan
pembelajaran RBT amali kerja kayu dan logam
8. GAMBAR-GAMBAR YANG BERKAITAN
Gambar 9: Gambar 10:
Produk PROPERLY: Mini Perabot Pandangan Atas PROPERLY: Mini Perabot
RUJUKAN:
1. R, Talib, M. Sulieman. 2012. Surveying on the Cultural Approaches for the Melaka Malay
Houses. Procedia-Social and Behavioral Sciences
2. Z. Zakaria. 2009. Seni Bina Melayu Semenanjung: Mencari Asas Identiti Seni Bina
Nasional. ASWARA
3. I. Said. 2002. Visual composition of Malay woodcarvings in vernacular houses of
Peninsular Malaysia. Jurnal Teknologi
4. H. Nasir, H.H.W. Teh. 2011. The Traditional Malay House: Institut Terjemahan Negara
Malaysia
-56-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
PENGURUSAN RESOS DALAM PENYELIDIKAN
Izzah binti Abu Bakar
(Jabatan Kecemerlangan Akademik)
Shakimah binti Che Hasbullah
(Jabatan Sains Sosial)
ABSTRAK
Apabila kerja-kerja penyelidikan dilakukan secara kolaboratif pengkaji memerlukan satu
pelantar untuk mengurus maklumat secara sistematik. Menerusi inovasi pengurusan resos
pengkaji-pengkaji dapat mengurus maklumat secara efektif dan mudah diakses pada bila-
bila masa dan tempat. Perkara ini penting bagi memenuhi keperluan mengumpul,
mengemaskini dan mengakses data dan maklumat bagi tujuan memudahkan kerja-kerja
penyelidikan. Penggunaan Google sheet digunakan secara optimum bagi mengemaskini
maklumat dan data manakala Google Form untuk mengedarkan soal selidik kepada
responden.
1. PENGENALAN
Pengurusan Resos merupakan antara aspek penting dalam proses penyelidikan. Pengkaji
memerlukan ruang penstoran untuk menyimpan dan mengurus data. Hal ini merupakan satu
keperluan terutamanya apabila kajian dilakukan secara berkumpulan di mana setiap
pengkaji dapat mengemaskini data dengan mudah. Aplikasi Google Drive sangat berkesan
bagi memenuhi keperluan pengurusan data yang lebih cekap, cepat dan kos efektif.
Maklumat berada dihujung jari hanya dengan mempunyai akaun Google, komputer dan
internet. Data dan maklumat diuruskan melalui pelbagai aplikasi dalam Google Drive
seperti Google Docs dan Google Sheets yang boleh diakses secara dalam talian.
2. OBJEKTIF:
i. Memudahkan urusan pengumpulan dan penyimpanan data
ii. Mengemaskini maklumat dan data secara kolaboratif
iii. Menganalisis maklumat dan data secara praktikal dan efisien
3. KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN
Ahli kumpulan penyelidik perlu sentiasa mengemaskini maklumat unrtuk memastikan
kajian yang dilaksanakan berjalan lancar. Sebelum ini, maklumat berkaitan bahan kajian
seperti soal selidik, bahan resos dan sebagainya diperolehi melalui Email, atau aplikasi
-57-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
Whats App dan lain-lain aplikasi media sosial. Dalam sitiuasi tersebut, tidak ada satu
platform khusus yang boleh mengumpulkan kesemua bahan kajian untuk diakses secara
bersama dalam kalangan ahli kumpulan penyelidik.
4. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI
Kekangan masa untuk mengendalikan inovasi yang dilaksanakan
Keupayaaan inovasi ini terhad kepada fungsi tertentu sahaja iaitu hanya untuk
memuat naik dan memuat turun bahan resos
5. INOVASI YANG DILAKSANAKAN
a) Tarikh Inovasi: Jun 2020 – Ogos 2020
b) Bilangan dan Nama Ahli Kumpulan:
Izzah binti Abu Bakar dan Shakimah binti Che Hasbullah
c) Tentang Kandungan, Strategi, Keluaran/Perkhidmatan Baharu
Menyediakan satu platform yang mengumpulkan maklumat dan bahan berkaitan
kajian untuk memudahkan sistem akses bersama ahli kumpulan
d) Bidang Utama Yang Menjadi Tumpuan Inovasi
-Bidang ICT iaitu penggunaan Google Drive sebagai satu platform untuk
mengumpulkan maklumat dan bahan berkaitan kajian
e) Impak Inovasi Terhadap Kumpulan Sasar
-Pengurusan resos secara kolektif dalam kerja-kerja penyelidikan mudah
dilaksanakan secara atas talian sejajar dengan perkembangan terkini dalam dunia
teknologi maklumat tanpa sempadan
b) Kos/ Implikasi Kewangan: Tiada
6. KEADAAN MASALAH SETELAH INOVASI DILAKSANAKAN
Masalah untuk mengumpulkan bahan resos berkaiatan penyelidikan dapat diatasi.
7. FAEDAH-FAEDAH DARIPADA INOVASI YANG DIPERKENALKAN
• Tiada kos yang digunakan
• Peningkatan sahsiah ke arah yang lebih baik
• Peningkatan semangat menimba ilmu
• Kehidupan yang lebih menyeronokkan tanpa stress
-58-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
8. GAMBAR-GAMBAR YANG BERKAITAN
-59-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
ABA (Alternative Buoyancy Aid)
Dr. Norsiah binti Bahari
(Jabatan Pembangunan Latihan)
Mohd Rosli bin. Badron, Zaimawati binti Abd. Kadir,
Tn. Hj. Shahrin bin. Abidin, Kristil Tan Ai Teng,
(Unit Kokurikulum)
ABSTRAK
Baju apungan atau Buoyancy Aids (BA) merupakan keperluan yang perlu ada untuk
menjamin keselamatan individu semasa menjalani aktiviti di air. Walaupun terdapat
pelbagai jenis BA yang terdapat dipasaran yang boleh digunakan semasa melakukan
aktiviti air, namun masih terdapat beberapa kelemahan dan kurang sesuai untuk
sesetengah aktiviti, saiz dan keadaan fizikal pemakai. Maka Alternative Buoyancy Aid
(ABA) dicipta bagi mengurangkan dan seterusnya mengatasi masalah reka bentuk yang
terdapat pada BA yang digunakan selama ini supaya ia lebih selesa digunakan oleh
semua peringkat umur dan golongan pemakai semasa beraktiviti dan menjalankan tugas
harian. Dapatan kajian menunjukkan ABA telah memberikan impak yang positif kepada
pemakai dan seterusnya dapat mengatasi kelemahan BA yang terdapat di pasaran.
1. PENGENALAN
Baju apungan atau Buoyancy Aids (BA) merupakan keperluan yang perlu ada untuk
menjamin keselamatan individu semasa menjalani aktiviti di air. Terdapat pelbagai jenis
BA yang terdapat di pasaran. Pada asasnya ia terbahagi kepada dua jenis iaitu dari material
styrofoam adalah dari pelampung udara yang dibalut dengan kain yang dibentukkan
sebagai baju luaran dan satu lagi adalah pelampung udara yang bertindak secara automatik
apabila picu ditarik. Kebanyakan BA yang berada di pasaran mempunyai ciri-ciri
keselamatan yang diperlukan seperti berwarna terang, mempunyai wisel, warna pantul
cahaya dan tali kekunci yang baik untuk mengapungkan manusia. Malangnnya rekabentuk
BA yang berada di pasaran masih mempunyai kelemahan dan kurang sesuai untuk
sesetengah aktiviti, saiz dan keadaan fizikal pemakai. Ketidaksesuaian rekabentuk BA juga
didapati daripada temubual daripada pelajar yang memakai BA semasa aktiviti luar. Hasil
laporan atau dokumentari Majalah 3 yang bertajuk Nelayan OKU Andok Keri pada 16
November 2019 rekabentuk BA mengganggu aktiviti pemakai terutama pemakai OKU
yang menggunakannya. Maka Alternative Buoyancy Aid (ABA) dicipta bagi
mengurangkan dan seterusnya mengatasi masalah reka bentuk yang terdapat pada BA yang
digunakan selama ini supaya lebih selesa digunakan oleh semua peringkat umur.
-60-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
2. OBJEKTIF
i. Untuk menyediakan satu baju apungan (BA) yang sesuai dengan aktiviti pemakai
ii. Untuk menghasilkan BA yang mempunyai rekabentuk yang bersesuaian dengan
keadaan fizikal dan saiz pemakai
iii. Untuk menghasilkan alternatif BA yang mudah dan selamat digunakan oleh pemakai
3. KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN
Mengkaji dan memahami keperluan pelanggan melalui pemerhatian temubual dan
dokumentari menunjukkan BA yang berada di pasaran mempunyai rekabentuk yang
kurang sesuai bagi sesetengah pengguna. Ini menyebabkan BA yang dipakai mengganggu
keselesaan pemakai yang menjalankan aktiviti air semasa aktiviti luar. Kesukaran
penggendalian BA bagi sesetengah pemakai juga menyebabkan pemakai memilih untuk
tidak memakai BA semasa menjalankan aktiviti air. Keadaan ini boleh menggugat
keselamatan pemakai atau pelajar yang menjalankan aktiviti di air.
4. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI
Masalah dikesan semasa program/ aktiviti Bina Insan Guru dan aktiviti air di IPG.
Masalah juga dikesan daripada dokumentari yang disiarkan oleh Majalah 3 yang bertajuk
Nelayan OKU Andok Keri pada 16 November 2019. Hasil pemerhatian, laporan dan
temubual mendapati rekebentuk BA yang ada dipasaran sekarang kurang sesuai bagi
sesetengah pemakai berdasarkan kepada keadaan fizikal dan saiz pemakai.
5. INOVASI YANG DILAKSANAKAN
a. Tarikh Inovasi: Oktober 2019 – Mac 2020
b. Bil dan Nama Ahli Kumpulan
i. Dr. Norsiah binti Bahari
ii. Mohamad Rosli bin Badron
iii. Zaimawati binti Abd. Kadir
iv. Shahrin bin Abidin
v. Kristil Tan Ai Teng
-61-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
c. Kandungan, Strategi, Keluaran/Perkhidmatan Baharu
Penjanaan idea BA telah dilakukan pada Oktober 2019 bagi menangani masalah yang
dihadapi. Pembinaan prototaip ABA dilakukan pada November 2019. Pengujian prototaip
dan pengumpulan data pula dilakukan ke atas siswa guru pada Januari hingga Februari
2020. Penambahbaikkan prototaip pula dilakukan pada Mac 2020 dengan mengambilkira
hasil dapatan dan temubual yang didapati semasa pengujian prototaip. Carta alir
penghasilan dan pengujian ABA adalah seperti dalam Rajah 1.
Pemerhatian • latihan/amali
• dokumentari
• Majalah 3
Pembentukan • Ahli Pasukan
JK
• Perancangan
aktiviti
• Emphathize (Empati)
• define (Menetapkan)
• Ideate (Menjana Idea)
• Rekabentuk
Mesyuarat/Bengkel
Prototaip
Implement/Laksana
Rajah 1: Carta Alir Penyelesaian Masalah dan Penghasilan Reka Bentuk ABA
d. Bidang Utama Yang Menjadi Tumpuan Inovasi: Bidang Kokurikulum
e. Impak Inovasi Terhadap Kumpulan Sasar:
Impak Ke Atas Pembelajaran Pelajar
1. Inovasi yang dihasilkan dapat membudayakan penggunaan BA kepada siswa guru,
pensyarah dan pemakai yang lain yang menjalankan aktiviti di air
2. Inovasi yang dihasilkan dapat menghasilkan satu alternatif yang baru dalam
penggunaan BA yang lebih selesa, mudah digunakan, selamat, sesuai untuk aktiviti
atau pergerakan, murah dan sesuai untuk semua saiz dan keadaan fizikal pengguna.
3. Inovasi ABA didapati boleh menyediakan penambahan kemahiran pelajar semasa di
air. Pelajar boleh meningkatkan kemahiran berenang, mengapung disamping
melakukan aktiviti lain seperti berkayak dengan lebih selesa dan selamat kerana ABA
boleh digunakan oleh semua peringkat pelajar tanpa mengira bentuk fizikal pelajar.
-62-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
Impak Ke Atas Pengguna: Segi Keselesaan Dan Kesesuaian Untuk Aktiviti Air
Penggunaan Alternative Buoyancy Aid (ABA) didapati dapat meningkatkan keselesaan
pengguna dan lebih sesuai digunakan berbanding Buoyancy Aid (BA) yang biasa
semasa melakukan aktiviti air (Rajah 2). Min kepuasan pengguna semasa menjalankan
aktiviti water rafting, jetski, apungan, berkayak, berkenu dan berakit didapati meningkat
apabila menggunakan ABA. Pengguna mendapati ABA lebih selamat dan lebih sesuai
digunakan berbanding BA apabila melakukan aktiviti air.
Rajah 2: Perbandingan Antara Buoyancy Aid (BA) Dengan Alternative Buoyancy Aid
(ABA) (Keselesaan, Keselamatan Dan Kesesuaian Untuk Aktiviti Air)
6. KEADAAN MASALAH SETELAH INOVASI DILAKSANAKAN
Semua objektif telah dapat dicapai. ABA didapati dapat membantu menyelesaikan
masalah ketidakselesaan pemakai yang menggunakan BA. Inovasi ABA juga didapati
lebih sesuai digunakan berbanding BA apabila pengguna menggunanya semasa
melakukan aktiviti di air.
-63-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
7. FAEDAH-FAEDAH DARIPADA INOVASI YANG DIPERKENALKAN
ABA didapati sangat relevan dengan tugas pensyarah IPG yang menjalankan aktiviti
di air semasa aktiviti kokurikulum dan program Bina Insan Guru (BIG). Inovasi ABA
juga menyediakan satu alternatif BA yang lebih selamat dan mudah digunakan oleh
siswa guru dan pengguna yang lain. Seterusnya membantu pihak pengurusan
menyediakan suasana yang selamat untuk siswa guru semasa menjalankan air.
Penambahbaikkan rekabentuk BA yang sedia ada menyebabkan ABA boleh digunakan
oleh semua lapisan pengguna tanpa mengira saiz badan pengguna yang menjalankan
aktiviti air. Ia juga boleh dikembangluas ke institusi lain seperti Bomba, Jabatan
Perkhidmatan Awam dan sebagainya.
8. PENGIKTIRAFAN DITERIMA (jika ada)
Mendapat pingat emas dalam pertandingan INBeST 2020
9. GAMBAR-GAMBAR YANG BERKAITAN
Rajah 3: Alternative Buoyancy Aid ( ABA)
Rajah 3 : Pelbagai pergerakan dapat dilakukan dengan selesa apabila menggunakan ABA
-64-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
JOM MEMBAHAGI
Dr. Faizah binti Mohd Ghazali
(Jabatan STEM)
Zuraidah binti Bahari
(Jabatan Kecemerlangan Akademik)
Nazjedah binti Mahmud
(Unit Peperiksaan dan Penilaian)
Zatul Itri binti Abdul Aziz
(Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu)
ABSTRAK
Inovasi ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid membahagi sebarang nombor
dengan nombor dua digit dengan menggunakan Jadual Sifir Dua Digit. Tinjauan awal telah
dibuat melalui pemerhatian dan Ujian Pra. Hasil tinjauan mendapati murid sukar untuk
menyelesaikan soalan berkaitan membahagi nombor empat digit dengan nombor dua digit.
Sebanyak 12 orang murid Tahun 5 di sebuah sekolah rendah telah terlibat dalam inovasi ini.
Data dikumpulkan melalui Ujian Pra dan Ujian Pasca, dan dianalisis secara kuantitatif.
Dapatan projek inovasi ini menunjukkan ada peningkatan yang positif dari segi pencapaian
dan murid boleh membina Jadual Sifir Dua Digit bagi menyelesaikan soalan membahagi
nombor empat digit dengan nombor dua digit.
1. LATAR BELAKANG
Membahagi merupakan salah satu kemahiran yang termasuk dalam tajuk ‘Nombor Bulat’.
Operasi bahagi adalah songsangan kepada operasi pendaraban. Menurut Zuraidah (2007),
operasi bahagi adalah suatu proses pengiraan yang melibatkan pengagihan suatu jumlah
nombor dalam kuantiti yang selaras sama ada mempunyai baki atau pun tidak. Dalam operasi
ini, murid perlu menguasai kemahiran mendarab ataupun menguasai sifir bagi memudahkan
murid melaksanakan operasi ini. Seringkali berlaku kekeliruan antara operasi bahagi dan
operasi darab dalam kalangan murid. Operasi bahagi mempunyai kesinambungan
penggunaannya dalam tajuk-tajuk yang lain. Oleh itu, kemahiran membahagi perlu dikuasai
sepenuhnya bagi membantu murid-murid dalam menjawab soalan-soalan yang berkaitan.
Bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid, kaedah jadual sifir melibatkan dua digit
diperkenalkan. Kaedah jadual sifir melibatkan dua digit merupakan kaedah yang digunapakai
oleh sesetengah sekolah di Malaysia. Dengan menggunakan kaedah ini, ia dapat membantu
murid-murid yang lemah untuk menjawab soalan yang melibatkan operasi bahagi yang
melibatkan pembahagi dua digit.
-65-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
2. OBJEKTIF
Meningkatkan kemahiran membahagi sebarang nombor (Nombor Bulat dan Nombor
Perpuluhan) dengan nombor dua digit menggunakan Jadual Sifir Dua Digit.
3. KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN
Operasi bahagi merupakan operasi yang paling sukar diselesaikan oleh murid berbanding
tiga operasi yang lain. Hal ini disokong oleh Robinson (2006). Menurut beliau dalam
penulisannya iaitu A Microgenetic Study of the Conceptual Development of Inversion on
Multiplication / Division Inversion Problem, pengajaran bagi topik darab dan bahagi
adalah lebih lambat jika dibandingkan dengan tambah dan tolak (Robinson, 2006). Selain
itu juga, bahagi merupakan operasi yang lebih kompleks jika dibandingkan dengan operasi
tambah tolak dan darab. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rich dan Schmidt dalam buku
Review of Elementary Mathematics pada tahun 1997 iaitu pendaraban boleh didefinasikan
sebagai penambahan berulang, dan operasi bahagi boleh ditakrifkan sebagai penolakan
secara berulang (Parkes A., 2008).
Selain itu, operasi bahagi ini juga menjadi masalah kepada murid kerana operasi ini tidak
mempunyai algoritma iaitu bentuk lazim seperti operasi yang lain. Hal ini juga turut
dinyatakan oleh (John Back, 2007), algoritma pembahagian tidak sama seperti algoritma
penambahan, penolakan dan pendaraban di mana operasi bagi algoritma ini diselesaikan
dari kanan ke kiri, manakala algoritma pembahagian diselesaikan dari kiri ke kanan dan
memerlukan proses penurunan. Hal ini menunjukkan operasi bahagi kelihatan sangat-
sangat berbeza berbanding operasi lain. Oleh yang demikian, murid kurang mempraktikkan
operasi ini dan menyebabkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam menyelesaikan
masalah berkaitan operasi ini menjadi lemah.
4. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI
Kebanyakkan murid kurang memberi pengamatan bahawa operasi tambah dan operasi
darab mempunyai hukum tukar ganti, tapi tolak dan operasi bahagi tidak. Dalam satu
kajian, beberapa orang murid berumur 10 tahun ditanya, adakah 36÷ 4 sama jawapan
dengan 4 ÷ 36? Jelaskan mengapa. 51% menjawab ya, 30% menjawab tidak dan 9% tidak
memberi jawapan. Di bawah ini sebahagian dari jawapan yang sering diberikan:
-66-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
“Ya, kerana dedua-duanya sama jumlah seperti 5 + 2 = 7 dan 2 + 5 = 7”
“Tidak, kerana kita tidak boleh membahagi 4 dengan 36 sebab nilainya bertambah kecil”
“Tidak, kerana kita tidak boleh membahagi 4 dengan 36 sebab 4 adalah nombor yang
lebih kecil”.
Kesilapan sifar
Walaupun kesilapan ini tidak sering berlaku ia masih menunjukkan kanak-kanak
mempunyai kefahaman yang kurang mengenai konsep sifar yang sering melakukannya.
Contohnya, 0 ÷ 5 = 5. Pengetahuan tentang kesilapan ini penting bila, contohnya murid-
murid mulai menyelesaikan operasi bahagi panjang seperti 8064 ÷ 4 dan memberi jawapan
sebagai 2416 atau 216.
Kekeliruan mengenai operasi
Murid mungkin melakukan operasi yang lain daripada operasi bahagi bila berhadapan
dengan soalan seperti 56 ÷ 8. Ini mungkin disebabkan kecuaian atau ingin cepat untuk
memberikan jawapan. Kategori N ÷ N dan dijawab dengan sifar mungkin terjadi.
Kesilapan yang melibatkan nombor 1
Ada terdapat kanak-kanak yang membuat kesilapan, contohnya 9 ÷ 1 = 1. Ini mungkin
kerana kurangnya aktiviti bilik darjah semasa operasi ini diperkenalkan.
Pembalikan
Jenis pembalikan yang pertama ialah berpunca dari kanak-kanak membaca operasi darab
dari kanan ke kiri.
Contohnya, 24 ÷ 7 dibaca secara terbalik “berapa banyak 7 ada di dalam 42” yang
memberikan jawapannya 42.
Jenis pembalikan yang kedua ialah bila kanak-kanak menukar digit pembahagi dengan
yang dibahagi. Contohnya,
18 ÷ 6 diberi jawapan sebagai 2 kerana 18 ÷ 6 dibaca sebagai 16 ÷ 8.
-67-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
5. INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN
a. Tarikh Inovasi: 3 Februari 2020 hingga 28 Februari 2020.
b. Bilangan dan Ahli Kumpulan
Ketua : Dr. Faizah binti Mohd Ghazali
Ahli : Zuraidah binti Baharin, Zatul Itri binti Abdul Aziz, Nazjedah binti
Mahmud
c. Kandungan, Strategi, Keluaran/Perkhidmatan Baharu
Tinjauan awal telah dibuat melalui pemerhatian dan Ujian Pra. Hasil tinjauan mendapati
murid sukar untuk menyelesaikan soalan berkaitan membahagi nombor empat digit dengan
nombor dua digit. Oleh yang demikian satu projek inovasi ‘Jom Membahag’i telah
diperkenalkan bagi membantu murid-murid sekolah rendah yang bermasalah dalam
membahagi ini.
d. Strategi Penyelesaian
Terdapat tiga langkah utama dalam ‘Jom Membahagi’:
1. Membina Jadual Sifir Dua Digit mudah.
2. Membina garisan-garisan berpetak pada nombor yang hendak dibahagi dan
3. melaksanakan operasi bahagi dengan berbantukan Jadual Sifir Dua Digit mudah.
4. Memberi jawapan
Contoh:
Fokus: Membahagi Sebarang Nombor (Nombor Bulat dan Nombor Perpuluhan)
dengan Nombor Dua Digit
1. Selesaikan soalan berikut.
89715 ÷ 15 =
Langkah 1 : Bina Jadual Sifir Dua Digit bagi 15
-68-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
Langkah 2 : Melaksanakan Operasi bahagi 89715 ÷ 15 = 5981
Langkah 3 : Jawapan..
2. Selesaikan soalan berikut.
435236 ÷ 99 =
Langkah 1 : Bina Jadual Sifir Dua Digit bagi 99
Langkah 2 : Melaksanakan Operasi bahagi
Langkah 3: Jawapan
435236 ÷ 99 = 4396 baki 32
3. Selesaikan soalan berikut.
148.704 ÷ 24 =
Langkah 1 : Bina Jadual Sifir Dua Digit bagi 24
-69-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
2
Langkah
:
Melaksanakan Operasi bahagi
Langkah 3 : Jawapan… 148.704 ÷ 24 = 6.196
d. Bidang Utama Yang Menjadi Tumpuan Inovasi: Operasi Bahagi
e. Impak inovasi terhadap kumpulan sasar
Rajah 1a dan Rajah 1b ditunjukkan pola kesalahan membahagi murid sebelum strategi
inovasi tersebut diperkenalkan.
Rajah 1a:Pola kesalahan membahagi murid Rajah 1b:Pola kesalahan membahagi murid
Rajah 2a dan Rajah 2b ditunjukkan penguasaan kemahiran membahagi murid setelah
diperkenalkan strategi inovasi yang dihasilkan.
-70-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
Rajah 2a: Penguasaan kemahiran Rajah 2b: Penguasaan kemahiran
membahagi murid membahagi murid
Dapatan projek inovasi ini menunjukkan ada peningkatan yang positif dari segi penguasaan
kemahiran membahagi murid dan pencapaian berdasarkan Ujian Pra dan Ujian Pasca yang
dilaksanakan. Murid boleh membina Jadual Sifir Dua Digit bagi menyelesaikan soalan
membahagi nombor empat digit dengan nombor dua digit seperti yang ditunjukkan di
dalam Jadual 1.
Jadual 1 Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca
BIL NAMA UJIAN PRA UJIAN PASCA
1 Ahmad Zaid bin Ahmad Sanusi 3 3
2 Aisyah binti Rosfirwan 2 3
3 Azira Ezrieza Balqis binti Mohd Zaini 2 3
4 Haninda Aulia Binti Mohd Hatta 4 4
5 Nur Alya Maisarah binti Sahrulrizuan 1 3
6 Nur Damia Iman binti Mohd Dzulkarnaen 3 3
7 Nur Damia Qaisara binti Eddy Fadly 4 5
8 Nurul Ain Fatihah binti Noor Zamri 5 5
9 Qistina Alani binti Mohamad Faizal 4 5
10 Salsabila Nurizzati binti Samsul Bahari 2 4
11 Syasya Nurizzati binti Abdul Kohar 0 4
12 Thaneshwaran A/L Vikneswaran 0 3
f. Kos: Tiada kos diperlukan.
6. FAEDAH-FAEDAH DARI INOVASI YANG DIPERKENALKAN
Mudah digunakan.
Kos rendah.
Bersifat mobiliti
Mudah difahami oleh murid dan guru
7. PENGIKTIRAFAN YANG DITERIMA
a. Pingat Emas dalam Pertandingan IabD Peringkat Kebangsaan 2019.
b. Pingat Gangsa dalam Pertandingan MlnD IPG 2020.
-71-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
PERPUSTAKAAN MINDA
En. Anuar bin Mohd Len
(Jabatan Ilmu Pendidikan)
Syifa Al-Hanani binti Badrul hisyam
Nur Nilam Sari binti Muhammad Nizam
(Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu)
1. PENGENALAN
Pada tahun 1967, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah
mengisytiharkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara yang tunggal bagi
Persekutuan Malaysia. Perisytiharan ini adalah ekoran daripada tindakan Parlimen yang
telah meluluskan Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan dalam sidangnya yang
berlangsung pada bulan Mac 1967. Baginda telah menyeru seluruh rakyat supaya mengguna
dan memajukan bahasa Melayu dengan bersungguh-sungguh sebagai bahasa rasmi negara
ini. Kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tercatat dengan jelas sebagai
Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kedaulatan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan telah dimuatkan dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan sebagai
bahasa rasmi dan pengantar tunggal di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian
tinggi melalui Penyata Razak 1956 dan disokong kuat oleh Penyata Rahman Talib 1960.
2. OBJEKTIF
a. Murid mampu membaca dengan nada dan intonasi yang tepat.
b. Minat murid untuk membaca meningkat.
c. Murid dapat mengaplikasikan rumus tatabahasa dengan baik.
3. KEDUDUKAN SEBELUM MASALAH
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) merupakan ujian wajib diduduki oleh semua
murid darjah enam bagi membolehkan mereka ditempatkan di sekolah menengah yang
terbaik. Salah satu subjek wajib dalam uijan UPSR ialah subjek Bahasa Melayu. Ujian bagi
subjek bahasa Melayu terbahagi kepada dua, iaitu ujian pemahaman dan ujian penulisan.
Murid perlu mempunyai banyak kosa kata bahasa Melayu untuk mendapat gred A dan juga
idea-idea yang menarik bagi mengembangkan karangan mereka. Kosa kata dan idea ini
dapat peroleh melalui pembacaan yang meluas.
-72-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
4. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI
Murid Cina di SJKC mempunyai masalah sebutan kerana kurang membaca buku atau
bahan bacaan bahasa Melayu. Murid-murid Cina kurang gemar membaca buku atau
bahan bacaan bahasa Melayu kerana faktor kebudayaan, pengaruh rakan dan keluarga.
Selain itu, murid-murid Cina selalu melakukan kesalahan sebutan fonem (m, n, l, dan r)
dan konsonan bergabung (sy, ny, dan ng). Bukan itu sahaja, terdapat perbezaan yang
signifikan bagi murid SJKC dalam pencapaian bahasa Melayu. Oleh itu, bahasa Melayu
di SJKC perlu diperbaiki agar dapat membantu murid-murid mempelajari bahasa
Melayu dengan dengan baik.
5. INOVASI YANG DILAKSANAKAN
a. Tarikh Inovasi: 12 Ogos 2020
b. Bilangan dan Nama Ahli Kumpulan
En. Anuar bin Mohd Len
Syifa Al-Hanani binti Badrul hisyam
Nur Nilam Sari binti Muhammad Nizam
c. Bidang Utama Yang Menjadi Tumpuan Inovasi: Bahasa Melayu
d. Impak Inovasi Terhadap Kumpulan Sasar
Meningkatkan minat murid Cina di SJKC untuk membaca buku bahasa
Melayu.
e. Kos: RM50 (kos kasar)
6. KEADAAN MASALAH SETELAH INOVASI DILAKSANAKAN
Keadaan masalah setelah inovasi dilaksanakan adalah keadaan pelajar akan bertambah
baik dan mempunyai peningkatan dalam prestasi pembelajaran murid itu sendiri. Guru
juga akan banyak mengaplikasikan kaedah pembelajaran seperti ini kerana kaedah ini
mampu membantu proses penerimaan dan pembelajaran murid-murid terutama sesi
sewaktu bersama murid-murid SJKC. Pada bahagian A, inovasi seperti “Buku Hidup”
yang diperkenalkan sebenarnya dapat membantu dalam menarik minat pelajar untuk
membaca. Hal ini kerana kami menggunakan kaedah ‘Pop-up book’ iaitu gambar akan
timbul setiap kali helaian seterusnya dibuka tambahan pula penyediaan imbasan ‘QR’
-73-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
bagi membantu pelajar untuk lebih memahami ayat-ayat dalam cerita tersebut
menggunakan audio yang disediakan. Seterusnya, pada bahagian B pula “Dunia
Tatabahasa” diperkenalkan. Konsep yang digunakan ialah teroka iaitu nota-nota
tatabahasa disediakan secara lebih kreatif seperti terdapat perkataan-perkataan yang
timbul, pemilihan warna dan gambar, dan sebagainya supaya pelajar tidak cepat bosan
dan terus berusaha untuk mendapatkan ilmu. Pada bahagian yang terakhir, “Latihan
Kebenaran” adalah untuk menguji pemahaman pelajar dan hal ini sangat penting bagi
membantu guru mengetahui tahap perkembangan pelajar dan mengambil tindakan yang
selanjutnya. Dalam pada itu, para pelajar akan berasa seronok sekiranya terdapat
permainan seperti “Latihan Kebenaran” dilaksanakan sewaktu sesi Pengajaran dan
Pembelajaran. Hal ini memudahkan proses penerimaan mereka terhadap bahasa ibunda
7. FAEDAH-FAEDAH DARIPADA INOVASI YANG DIPERKENALKAN
a.Kerjasama dan Kolaborasi
Melalui pemerhatian, kami berasa seronok ketika menghasilkan inovasi ini kerana kami
mempunyai gabungan idea-idea yang bersesuaian tambahan pula kami mampu
bekerjasama untuk menghasilkan inovasi tersebut.
b. Pembelajaran Kendiri
Dapat menambah ilmu tentang pelaksanaan sesuatu perkara seperti inovasi, dan belajar
untuk mempunyai nilai tambah pada diri sendiri agar kita mempunyai kelainan.
c. Kos Rendah dan Berbaloi
Penghasilkan Perpustakaan Minda ini tidak memerlukan kos yang tinggi. Bersesuaian
sekiranya seorang guru ingin menggunakan inovasi ini sebagai alat bantu mengajar.
8. GAMBAR-GAMBAR YANG BERKAITAN
Rajah 1
-74-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
APLIKASI MAYA SEBAGAI
ALTERNATIF PDP MATEMATIK SEMASA PKP COVID19
Rozana@Umi Kalthum binti Sahul Hamid
(Jabatan STEM)
Aida Maisarah binti Ridzuan, Nabilah binti Mohamad Sabri,
Wan Fadhilah Hanan binti Wan Ahmad Zuki, Nur Azalini binti Salzali
(Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu)
ABSTRAK
Pendidikan yang memfokuskan kemenjadian murid adalah tonggak yang dituntut dalam
SKPMG standard 4. Setiap pendidik berperanan sebagai perancang, pengawal,
pembimbing, pendorong, penilai dan memastikan setiap murid belajar secara aktif. Bagi
memenuhi SKPMG standard 4, maka saya terpanggil untuk merancang, membimbing
dan mendorong pelajar saya untuk menggunakan pelantar yang bersesuaian untuk
memastikan hasil pembelajaran tercapai secara optimum. Perintah Kawalan
Pergerakan semasa wabak COVID19 telah membataskan tugas hakiki pendidik iaitu
PdP dimana pengajaran tidak lagi dapat dilakasanakan secara fizikal. Pembelajaran
online yang hanya berperanan secara sehala sudah tentu akan memberi impak yang
negatif terhadap hasil pembelajaran pelajar. Matematik memerlukan PdP dua hala dan
pelajar pula perlu aktif agar konsep yang dikuasai dengan baik. Perisian yang
menyediakan fungsi Whiteboard amat diperlukan bagi subjek matematik agar PdP
segerak dapat dilaksanakan seolah-olah seperti dalam kelas, PdP segerak membuka
ruang untuk pelajar menyoal, berbincang, menconteng di atas whiteboard berkaitan
perkara yang mereka kurang faham atau untuk pensyarah memberi maklum balas
semasa PdP berlangsung. Walaupun pihak IPGM menyarankan pelantar Google
Classroom, meet dan perisian yang lebih ringan digunakan namun sebagai pendidik
yang dapat mendalami kesukaran penyampaian PdP yang akan dikuasai pelajar perlu
mengambil initiatif dengan menggabungkan perisian yang bersesuaian bagi memastikan
bahawa semua pelajar dapat mengikuti PdP secara menyeronokkan dan bermakna
adalah amat penting. Perisian seperti zoom dan webex cisco adalah bertepatan untuk
tujuan tersebut. Inovasi yang diselitkan dalam Santai Kreatif diketengahkan bagi
menzahirkan pandangan pelajar terhadap PdP yang berlangsung semasa PdP
COVID19.
1. PENGENALAN
Inovasi “Aplikasi Maya Sebagai Alternatif PdPc Matematik semasa PKP COVID19” merupa
kreatif sembang yang berkisar tentang pandangan guru pelatih yang telah mengikuti PdPc
Statistik Asas secara dalam talian sepanjang PKP COVID19. Pelajar menzahirkan
pengalaman mereka menggunakan Google Classroom, meet, zoom, Webex Cisco, whatsapp
dan telegram. Pemilihan aplikasi yang bersesuaian untuk memastikan hasil pembelajaran
kursus tercapai adalah amat penting. Inovasi ini berjaya mencungkil minda dan mengalakkan
-75-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
pelajar untuk berjinak-jinak dengan pendekatan Revolusi Industri (RI) 4.0. Inovasi ini
melibatkan empat orang guru pelatih Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda untuk
berkolaborasi antara satu sama lain bagi membangunkan video dan poster yang mempamirkan
ciri kreatif dan inovatif mereka selari dengan tajuk inovasi ini. Inovasi ini telah
dipertandingkan dalam pertandingkan di peringakat inovasi inBEST peringkat IPG Kampus
Perempuan Melayu pada 5 Ogos 2020. Berikut adalah poster yang berjaya diasilkan oleh
kumpulan Peristis Enovasi dan juga keratan
video dalam kreatif sembang secara atas talian.
Rajah 1: Rajah 2:
Poster Aplikasi Maya Sebagai Kreatif Sembang berkaitan penggunaan
Alternatif PdPc Matematik Zoom, webex cisco dalam PdP segerak
2. OBJEKTIF
Inovasi ini bertujuan untuk;
i) Mengetengahkan pendekatan pembelajaran secara atas talian dapat memberi impak
yang positif terhadap PdP secara segerak dengan mengenalpasti kesesuaiannya
untuk kegunaan PdP yang lebih bermakna terutamanya bagi subjek matematik.
ii) Mendedahkan pelajar terhadap pendekatan Revolusi Industri 4.0
3. KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN
Perkembangan pembelajaran dalam talian samada di IPG atau di sekolah bermula apabila
KPM memperkenalkan pembestarian sekolah, seterusnya memperkenalkan penggunaan
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog dan terkini adalah Pelantar Pembelajaran Digital.
Sebelum ini, pensyarah IPG mahupun guru menggunakan pembelajaran dalam talian ini
sebagai sokongan kepada pembelajaran konvensional dan penggunaannya amat terbatas dan
-76-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
tidak semua pensyarah atau guru menggunakannya. Kebanyakan pensyarah mahupun guru
menjadikan pelantar pembelajaran dalam talian sebagai repositori untuk pelajar mendapatkan
bahan pembelajaran dalam bentuk pesembahan ‘power point’ dan nota dalam format PDF
sahaja.
4. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terbukti menjadi cabaran kepada para pendidik untuk
memastikan kelangsungan kelas berterusan walaupun berlaku krisis disebabkan pandemik
COVID19. Menurut kajian Bani Hidayat Mohd Shafie (Jun 2020), halangan utama sepanjang
pembelajaran secara atas talian bagi pelajar adalah capaian internet yang terhad dan masalah
kapasiti data pelajar. Pembelajaran dalam talian hanya berkesan sekiranya akses internet dapat
dinikmati secara meluas bukan sahaja di bandar tetapi juga di luar bandar dan juga kawasan
pedalaman. Pemasalahan ini juga diketengahkan oleh Anuar Ahmad (Oktober 2020),
pensyarah di Pusat Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti UKM, menurut beliau jika
sebelum ini pembelajaran dalam talian hanyalah satu pilihan, tetapi dengan penguatkuasaan
PKP, ia menjadi suatu keperluan. Hikmah di sebalik PKP COVID 19 mengesa pihak kerajaan
dalam usaha untuk mengoptimumkan sepenuhnya pembelajaran dalam talian dalam sisstem
pendidikan terutamanya sepanjang tempoh PKP ini. Masalah utama yang dihadapi oleh
pensyarah sewaktu melaksanakan PdP secara atas talian dimana pelajar tidak mampu
memahami konsep dalam topik Taburan Normal bagi subjek matematik (Statistik Asas) jika
PdP dilaksanakan secara tidak segerak iaitu dengan memasukkan nota dan latihan dalam
pelantar GC. Untuk memastikan hasil pembelajaran tercapai pensyarah mendapati
pembelajaran segerak seumpama zoom atau webex cisco yang mempunyai fungsi whiteboard
perlu digunakan dalam PdP segerak. Namun disebabkan masalah capaian internet yang lemah
terdapat 15% pelajar yang tidak dapat mengikuti PdP secara segerak dengan lancar. Pada
peringkat awal, perisian zoom digunakan untuk PdP segerak namun perisian ini telah di hack
dan kemudiannya webex cisco sebagai alternatifnya. Berikut antara suara hati pelajar;
Rajah 3: Capaian internet
menjejaskan proses PdP segerak
-77-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
5. INOVASI YANG DILAKSANAKAN
Proses Inovasi ini telah bermula pada 21 Mac 2020 iaitu selari dengan Perintah Kawalan
Pergerakan COVID19 pada 18 Mac 2020. Inovasi Kreatif Sembang adalah rentetan dari PdP
online bagi subjek matematik yang dilaksanakan secara segerak menggunakan zoom dan
webex cisco. Kumpulan inovasi yang diberi nama Kumpulan Perintis Enovasi yang terdiri
daripada 5 orang ahli iaitu;
i) Rozana@Umi Kalthum binti Sahul Hamid
ii) Aida Maisarah binti Ridzuan
iii) Nabilah binti Mohamad Sabri
iv) Wan Fadhilah Hanan binti Wan Ahmad Zuki
v) Nur Azalini binti Salzali
A. Bidang Utama Yang Menjadi Tumpuan Inovasi
Inovasi ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar bahawa sebagai guru kita perlu
mengambil initiatif untuk menggunakan perisian yang bersesuaian bagi memastikan hasil
pembelajaran kursus tercapai secara berkesan. Guru yang lebih memahami penyampaian
terbaik untuk pelajar-pelajarnya dan guru juga yang lebih arif akan kesukaran untuk pelajar
menguasai sesuatu topik yang ingin disampaikan. Oleh yang demikian, adalah suatu
pendedahan yang baik kepada pelajar yang juga merupakan bakal guru bahawa sebagai
pendidik kita perlu fleksible dalam PdP bagi memastikan hasil pembelajaran kursus dapat
tercapai dengan usaha yang bertepatan. Contohnya, bagi topik Taburan Normal berikut,
tanpa fungsi whiteboard dalam perisian menyukarkan penerangan guru apatah lagi
pemahaman pelajar.
Rajah 4:
Penerangan Penggunaan
Jadual Taburan
Normal dengan
menggunakan Zoom
-78-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
b. Impak Inovasi Terhadap Kumpulan Sasar
Pensyarah telah menggunakan perisian zoom dan webex cisco yang lebih mesra
pengguna dan berkesan untuk PdP matematik. Walaupun terdapat beberapa pelajar yang
keciciran kerana capaian internet yang lemah namun fungsi rakaman yang tersedia dalam
perisian dapat merakamkan PdP dan kemudian dimuat naik rakaman tersebut dalam
Google Classroom. Hal yang demikian, bukan sahaja pelajar yang capaian internet lemah
dapat belajar melalui rakaman tersebut sebaliknya pelajar lain yang ingin mengulangkaji
juga boleh berbuat demikian pada bila-bila masa yang mereka ingin merujuk. Pelajar
juga amat teruja menggunakan fungsi whiteboard dan ternyata begitu seronok mengikuti
PdP Matematik (Statistik Asas).
Inovasi kreatif sembang telah melalui beberapa fasa penambahbaikan sebelum ianya
dipertandingkan dalam inovasi InBEST. Empat orang ahli kumpulan ini merupakan
pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dan usaha untuk melibatkan
mereka dalam penyertaan inovasi ini adalah langkah yang tepat agar mereka didedahkan
dari peringkat awal di IPG dengan budaya inovasi. Inovasi ini dapat menggerakkan
pelajar kumpulan ini untuk lebih kreatif dan kritis serta terdorong untuk mengembangkan
pengetahuan mereka secara tidak langsung dalam perisian-perisian yang bersesuaian
untuk membangunkan poster dan juga video bagi melengkapkan inovasi secara maya ini.
Inovasi ini juga merupakan salah satu anjakan paradigma dalam perguruan agar bakal
guru yang dilahirkan benar-benar kompeten dan sentiasa proaktif dalam perkongsian
ilmu. Hal ini selari dengan matlamat utama latihan perguruan dalam bidang Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah untuk membentuk kemahiran, ilmu dan sikap
positif dalam kalangan pelajar institut terhadap penggunaan TMK dan
mengintegrasikannya dengan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran (Jung, 2005).
Setelah tamat tempoh latihan perguruan, setiap guru sewajarnya memiliki pengetahuan
tentang teknologi, pedagogi dan kandungan dalam bidang yang diajar. Justeru itu, inovasi
ini jelas membuktikan bahawa fungsi pensyarah menepati SKPMG standard 4 yang
berjaya berperanan sebagai perancang, pengawal, pembimbing, pendorong, penilai dan
memastikan setiap ahli kumpulan Perintis Enovasi ini menjayakan projek ini walaupun ia
dilaksanakan pada fasa PKP COVID19.
-79-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
INTELLECT CODE
Siti Aishah binti Mohamad
(Jabatan Kecemerlangan Akademik)
Najwa binti Rosli, Aribah binti Iskandar
Norwisma binti Md Yusof, Puteri Syahirah Illani Binti Ghazani
(Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu)
ABSTRAK
Inovasi yang dihasilkan adalah alat bantu mengajar bahan (PdPc) ‘Intellect Code’ iaitu
bahan pembelajaran yang digabungkan dengan permainan lego, Flash card yang dilengkapi
dengan QR code dan sistem braille. Bahan ini sangat sesuai untuk kanak - kanak berumur
empat hingga enam tahun, kanak- kanak berkeperluan khas (buta dan pekak) serta kanak-
kanakyang mempunyai masalah pembelajaran. Intellect code ini boleh disuaikan dengan
silibus pembelajaran kanak- kanak prasekolah. Dalam penggunaan bahan inovasi ini,
apabila pengguna mengimbas QR code bahan ini akan mengeluarkan audio dalam tiga
bahasa yang boleh melatih kanak-kanak untuk mahir bahasa kedua dan ketiga. Bahan ini
menggunakan konsep pembelajaran Maria Montessori yang menggunakan deria seperti
deria sentuhan, deria penglihatan dan deria pendengaran untuk belajar. Serta konsep
pembelajaran Friedrich Froebel yang menerapkan pembelajaran sambil bermain.
Pelaksanaan inovasi ini telah memberi impak positif kepada peningkatan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran. Kajian awal dapati setelah dijalankan oleh 3 orang murid
prasekolah. Terdapat Impak positif hasil inovasi ini dapat membantu pemahaman dan
perkembangan kanak-kanak.
1. PENGENALAN
Projek inovasi ini tercetus apabila melihat terdapat permasalahan semasa pelajar untuk
memahami konsep hasil tambah. Selain itu kanak- kanak yang mempunyai masalah
pembelajaran tidak dapat mempelajari matapelajaran matamatik dengan kaedah yang
berkesan dan mereka tidak mencapai tahap penguasaan yang sama berbanding kanak-kanak
biasa. Selain itu pembelajaran secara teori adalah kurang berkesan kepada kanak- kanak dan
tidak memberikan keseronokan dan pengalaman sebenar. Dengan adanya projek ini, ia dapat
membantu guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih lancar dan
menyeronokkan. Penggunaan produk ini menggantikan cara pembelajaran secara praktikal
untuk kanak- kanak prasekolah dan kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran
pendidikan khas.
-80-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
2. OBJEKTIF
Objektif membangunkan inovasi ini adalah disebabkan oleh perkara-perkara berikut:
a. Membantu kanak-kanak untuk belajar dengan memberikan pengalaman yang konkrit
b. Membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran dan murid
kelainan upaya untuk belajar dengan efektif.
c. Memperkenalkan teknologi penggunaan QR code dalam pembelajaran.
d. Mendedahkan susana belajar sambil bermain
e. Memberi pendedahan pelajar mengenai asas sistem braille
e. Memberi pendedahan pelajar mengenai asas sistem braille
3. KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN
Bil. Sebelum Inovasi Selepas Inovasi
4.51 Pembelajaran secara teori dan tidak Pembelajaran secara bermain
praktikal untuk kanak- kanak prasekolah dengan menggunakan system
dan kanak-kanak masalah pembelajaran. teknologi seperti imbasan QR code
2 Pelajar tidak mengetahui asas Pelajar mengetahui asas sistem
sistem Braille. Braille walaupun tidak mempunyai
masalah penglihatan
3 Pelajar tidak memahami konsep operasi Pelajar memahami konsep operasi
Matematik kerana tidak melaui Matematik dengan bantuan bahan
pengalaman konkrit maujud.
4. MASALAH YANG DIHADAPI
Kanak-kanak prasekolah, kanak- kanak yang mempunyai masalah pembelajaran serta
kanak- kanak yang berkeperluan khas mempunyai masalah untuk memahami konsep asas
matematik dan tidak mencapai tahap penguasaan yang maksimum. Perkara yang mencabar
bagi guru prasekolah adalah untuk merekacipta satu aktiviti atau projek yang sesuai untuk
kegunaan kanak-kanak yang mempunyai kepelbagaian kecerdasan serta boleh digunakan
kepada pelajar yang mempunyai masalah kelainan upaya . Jika pembelajaran diajalankan
secara konvesional dan teori pelajar tidak akan dapat melihat kesinambungannya dan akan
menghadapi masalah mengintegrasikannya dalam PdP kerrana tidak memahami konsep
asas dan pengalaman yang konkrit. Melalui penggunaan Intellect Code ini, projek ini
berjaya menggabungkan aktivititeori dan amali secara langsung
5. INOVASI YANG DILAKSANAKAN
a. Tarikh Inovasi : 8 Ogos 2020
-81-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
b. Nama Ahli Kumpulan:
1. Puan Siti Aishah binti Mohamad
2. Najwa binti Rosli
3. Aribah binti Iskandar
4. Norwisma binti Md Yusof
5. Puteri Syahirah Illani Binti Ghazani
c. Kandungan, Strategi, Keluaran Atau Perkhidmatan Baru
Intellect Code adalah satu inovasi untuk mengajar matapelajaran matematik dengan
pendedahan asas system braille yang sesuai untuk kegunaan setiap murid yang berbeza
kecerdasan. Bahan ini berfungsi bantuan teknologi sistem QR code untuk
mengeluarkan gambar dan audio dalam tiga bahasa disamping pelajar belajar
mengenal nombor dan mengira. Projek inovasi Intellect Code ini mula-mula
diperkenalkan kepada pelajar berberapa pelajar prasekolah. Aktiviti ini memberi
keyakinan kepada pelajar untuk belajar secara kendiri berpusatkan bahan. Refleksi
pelajar menunjukkan aktiviti ini sangat menyeronokkan dan boleh diamalkan semasa
sesi pembeljaran sama ada di kelas atrau di rumah. Selepas mengajarkan
menggunakan bahan inovasi Intellect Code daya ingatan pelajar menuju ke arah
pendidikan yang bermakna.
SEDIA ADA INOVASI
Kandungan Tiada Mengasilkan Intellect code untuk meningkatkan
penerapan pendidikan asas matematik
Strategi Tiada Berpusatkan pelajar dan bahan inovasi.
Kaedah penggunaan ‘Intellect code’ merupakan kaedah yang belum pernah digunakan
sebelum ini. Kaedah ini sangat releven dengan pembelajaran alaf ke 21 dan
mendatangkan pelbagai faedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
d. Bidang Utama Yang Menjadi Tumpuan Inovasi
Bidang pendidikan, Bidang matematik, Bidang prasekolah, Bidang pendidikan khas
-82-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
e. Impak Inovasi Kepada Kumpulan Sasaran
1. Kanak- kanak semangat untuk belajar
2. Melahirkan kanak- kanak yang berkebolehan untuk dwibahasa selari dengan
enam ciri aspirasi murid
3. Memahami konsep ayat matematik
4. Dapat memahami keperluan pelajar bekerperluan khas.
f. Kos Inovasi
Bagi menghasilkan bahan inovasi Intellect Code. Projek ini hanya memerlukan kertas
berwarna, card ad board. Kain felt, lego, sticker untuk braille, alat tulis dan kemahiran
dalam sistem QR Code. Bahan-bahan ini murah dan mudah diperoleh di mana-mana
sahaja.
BIL PERKARA RM
1 Tape RM 5.95
2 Sticker (braille) RM 17.85
3 Kain Felt RM 10.00
4 Lain lain RM 16.40
5 Lego RM 20.00
Jumlah RM 70.20
6. FAEDAH-AEDAH DARIPADA INOVASI YANG DIJALANKAN
Faedah-faedah daripada inovasi yang dijalankan adalah seperti berikut:
i. Memberi pengukuhan asas Matematik
ii. Mempunyai mobiliti. Proses pembelajaran ini boleh berlaku buhan sahaja di kelas tetapi
boleh dilakukan dirumah
iii. Meransang kecerdasan logikal-matematikal kanak-kanak
iv. Pembelajaran efektif yang menyeronokkan.
v. Pembebelajaran matematik yang berkesan memberikan kepuasan kepada pengguna.
-83-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
7. METODOLOGI RAJAH
BIL PROSEDUR
1 Menyediakan Nombor pada Dadu
Nombor pada dadu boleh disuaikan
mengikut silibus yang dipelajari.
Nombor boleh dilekat dan dicabut
dengan mudah.
2 Murid Membaling Dadu
Permainan dimulakan dengan murid
membaling dadu. Apabila dadu
berhenti, nombor yang tertera pada
pandangan atas dadu adalah nombor
yang didapati.
3 Murid mencari flash card
berdasarkan nombor lontaran dadu
Murid mengenalpasti nombor pada
flashcard, Bagi murid berkeperluan
khas,atau murid yang masih tidak
mengenal nombor murid boleh
mengenal pasti kad melalui braille atau
imbasan QR code untuk audio dengan
bantuan ibubapa, guru ataupun rakan
sebaya.
4 Mendengar audio, daripada Imbasan
QR code
Audio tersebut mengeluarkan sebutan
nombor pada kad dalam 3 bahasa iaitu
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan
Bahasa Arab.
5 Murid ulang langkah sama untuk
melengkapkan ayat matematik pada
poket ayat matematik
Proses ini membantu murid secara jelas
Dalam memahai konsep dan ayat
matematik
6 Murid mengira lego untuk jawapan
hasil tambah.
Murid menggunakan deria untuk
memilih dan mengira bilangan
bumbung lego berdasarkan poket ayat
matematik tadi bagi melengkapkan
jawapan hasil tambah
7 Murid memilih flashcard bagi
jawapan hasil tambah
Flash card yang dimasukkan ke dalam
poket ayat matematik adalah jawapan
bagi hasil operasi tambah tadi.
-84-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
Poket ayat matematik dan flash card ini
membantu murid memahami operasi
dengan lebih jelas
8. KESIMPULAN DAN CADANGAN
Secara keseluruhanya penggunaan inovasi ini sangat membantu pelajar dalam proses
perkembangan kognitif kanak- kanak. Terutamanya semasa sesi pembelajaran. Kaedah ini
mampu menarik minat pelajar kerana pelajar dapat memenggunakan model dan alat kerja
dan deria mereka secara maksimum. Keadah ini juga memberikan pengalaman sebenar
kepada pelajar dimana sangat membantu pelajar untuk memahami apa yang dipelajarinya.
Cadangan untuk peringkat seterusnya agar projek inovasi ini bukan sahaja digunapakai di
kalangan pelajar Instritut Pendidikan Guru sebagai Bahan bantu mengajar tetapi boleh
perluaskan ke prasekolah seluruh negara samaada kerajaan atau swasta dan boleh didapati
di pasaran global.
-85-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
“MY GUIDE BOOK”
Rozana@Umi Kalthum binti Sahul Hamid
(Jabatan STEM)
1. PENGENALAN
My Guide Book dapat membantu pengguna sebagai buku panduan apabila ingin
merekabentuk soalan menggunakan Google Form mahupun ingin menganalisis data
kuantitatif khasnya dengan penggunaan Toolpack. My Guide Book menggunakan konsep
flip book kerana ia mudah dicapai dan pengguna juga boleh fokus pada halaman yang
mereka ingin dirujuk.
2. OBJEKTIF
i) My Guide Book menjadi panduan untuk pelajar membina soal selidik
menggunakan google form.
ii) My Guide Book menjadi bahan yang dapat membantu pelajar memproses data
deskriptif menggunakan Toolpak.
iii) My Guide Book boleh diguna pakai mengikut keperluan pelajar atau pengguna
dalam dunia sebenar.
3. KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN
Hasil pembelajaran kursus Statistik Asas (GSA1072) iaitu mengaplikasi TMK dalam
pengendalian data dan ukuran berangka telah tercapai sewaktu PdP di dalam kelas. Toolpak
dalam Microsoft Excel diperkenalkan secara hands on di dalam kelas dan majoriti pelajar
dapat mengaplikasikan analisis data deskriptif dengan amat baik. Sewaktu PdP contoh data
adalah kecil dan berfokus kepada satu item sahaja. Namun apabila pelajar melaksanakan kerja
kursus dan mereka menggunakan google form untuk pengumpulan data, didapati segelintir
pelajar tidak dapat membuat perkaitan untuk menganalisis data deskriptif menggunakan
Toolpak. Penggunaan Google Form sebagai alat untuk pengumpulan data juga tidak diajar
dalam kursus tersebut. Bagi melaksanakan kerja kursus, pelajar bebas untuk mengumpul data
secara konvensional iaitu dengan mengunakan soal selidik atau menggunakan teknologi
dengan penggunaan google form. Pelajar PPISMP majoritinya tidak pernah menggunakan
Google Form untuk membina soal selidik. Untuk mendedahkan mereka kepada teknologi
maka tercetusnya My Guide Book untuk dijadikan bahan rujukan mereka untuk membina soal
-86-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
selidik secara online. Dengan penggunaan Google Form mudah untuk pelajar memanjangkan
soal selidik tersebut dengan menggunakan pautan link bitly dan diedarkan melalui whatsapp
atau telegram. Setelah data terkumpul dari pautan Google Form, pelajar menghadapi masalah
dalam memproses data deskriptif. Hal demikian menunjukkan bahawa apabila diaplikasikan
dalam kehidupan harian, pelajar kurang mahir mengaplikasikan Toolpak. Masalah ini berlaku
berkemungkinan juga kerana soal selidik mempunyai banyak item yang dikaji.
Pada ketika My Guide Book diinovasikan, ia bertepatan dengan arahan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) COVID19 di Malaysia. Berikutan PKP, pelajar diarahkan pulang ke rumah
masing-masing dalam keadaan tergesa-gesa dan majoriti pelajar tidak membawa pulang buku
Statistik Asas. Arahan PKP bukanlah menjadi alasan tugasan kerja kursus perlu tidak dapat
diselesaikan. Oleh yang demikian, My Guide Book ini direkabentuk sebagai panduan
penggunaan Google Form dan seterusnya menganalisis data dengan menggunakan Toolpak.
My Guide Book mudah dicapai kerana ia menggunakan flip online dan boleh diakses di mana-
mana menggunkan telefon bimbit atau komputer riba.
4. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI
My Guide Book menggunakan Flip online, jika tiada capaian internet tidak dapat diakses.
5. INOVASI YANG DILAKSANAKAN
a. Inovasi My Guide Book mula dilaksanakan pada 23 Mac 2020. Dipertandingkan dalan
InBesT pada Ogos 2020
b. My Guide Book adalah sebuah flip book yang terkandung panduan membina soal
selidik menggunakan Google Form dan data dari Google Form dimuat turun kepada
excel dan dengan Toolpak dalam excel data deskritif dianalisis.
c. Tumpuan utama inovasi ini adalah untuk memudahkan pelajar Program Persediaan
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) yang melaksanakan kerja kursus Statistik
Asas (GSA1072) semasa Printah Kawalan Pergerakan Covid19. Semasa dalam proses
melengkapkan kerja kursus GSA1072, pelajar tersebut diarahkan untuk pulang ke
kampung masing-masing dan mereka tidak sempat membawa balik buku Statistik Asas
bersama mereka. Tiada apa-apa kos yang dilibatkan bagi inovasi My Guide Book
kerana anyflip online merupakan perisian percuma.
-87-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
6. KEADAAN MASALAH SETELAH INOVASI DILAKSANAKAN
Kerja kursus Statistik Asas terpandu dan pelajar berjaya melengkapkannya pada jangka waktu
yang ditetapkan. PKP Covid19 tidak menjadi halangan untuk pelajar menyempurnakan kerja
kursus GSA1072.
7. FAEDAH-FAEDAH DARIPADA INOVASI YANG DIPERKENALKAN
a. Dengan terhasilnya My Guide Book maka saya terdorong untuk mencari cara
menggunakan flip online.
b. Pelajar juga berpuas hati kerana My Guide Book merupakan handy book mereka dalam
melengkapkan tugasan. Ia boleh diakses menggunakan telefon pintar atau komputer
riba dimana sahaja mereka berada.
8. GAMBAR-GAMBAR YANG BERKAITAN
https://online.anyflip.com/lxgxm/lrfn/mobile/index.html
-88-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
SCHOOLOGY.COM: E-LEARNING PENDIDIKAN MUZIK
Dr. Amran bin Aris, Kamarudin bin Katon,
Abdul Razak bin Rahman, Catherine Cheah Ming Ming
(Jabatan Sains Sosial)
Rosli bin Harun
(SMK. Selandar)
ABSTRAK
Schoology wujud dari inovasi baru sebagai pendamping media dalam proses pembelajaran
untuk meningkatkan mutu akademik melalui program pembelajaran berasaskan online.
Tujuan inovasi ini adalah untuk mengetahui dan menerangkan proses adaptasi pembelajaran
menggunakan aplikasi Schoology terhadap pelajar-pelajar Elektif Muzik IPG Kampus
Perempuan Melayu. Pendekatan teori difusi inovasi menjelaskan adanya proses
penyebarluasan informasi atau perkara baharu dari satu sumber kepada penerima yang ada
dalam sebuah sistem sosial dan berlangsung dengan tersusun. Pentingnya perubahan
pendekatan PdP supaya lebih ke hadapan agar berlaku peningkatan kualiti PdP. Adaptasi
Schoology boleh menjadikan pelajar-pelajar lebih aktif dan kreatif. Namun begitu
penggunaan Schoology ini hanyalah sebagai nilai tambah dan tidak boleh menggantikan
sepenuhnya metod dan kaedah konvensional.
1. PENGENALAN
Dalam Pendidikan Muzik, platform secara talian telah menjadi wahana baharu di dalam
ertikata untuk mengembangkan pemikiran. Schoology adalah laman sesawang berasaskan
web yang digunakan untuk membolehkan pengguna membuat, mengelola, dan saling
berinteraksi serta berkongsi idea dan pandangan. E-learning (Schoology) ini juga memberikan
akses pada guru dan pelajar untuk pembentangan tugasan, pengumpulan tugasan, latihan dan
sumber media yang boleh diakses secara segerak atau tidak segerak dan memberikan akses
kepada ibu bapa untuk memantau perkembangan pembelajaran pelajar-pelajar di sekolah
(Farmington, 2014). Menurut Tarik (2012), antaramuka Schoology yang hampir sama dengan
Facebook menjadikan ia mudah diterima pelajar. Pengendalian grade book, kehadiran dan
statistik penggunaan memudahkan pengurusan kelas. Perbincangan, kuiz dan latihan secara
dalam talian dapat meningkatkan penglibatan pelajar. Schoology juga sesuai diaplikasikan
dalam pembelajaran teradun (blended learning) bagi pelajar dan guru dalam perkhidmatan.
Menurut Lee Kean Wah, Tan Choon Keong, Denis Lajium, Ng Shi Ing (2013) Schoology
menjadikan komunikasi serta kolaborasi guru pelatih dalam kumpulan lebih dinamik dan
interaktif. Oleh itu, Schoology dapat memenuhi aspirasi pembelajaran abad 21 iaitu
pembelajaran dapat dilaksanakan secara bersemuka dan dalam talian.
-89-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
2. OBJEKTIF
i. Mengaplikasikan konsep, teori amalan dan perkembangan teknologi pendidikan dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik
ii. Menghasilkan media pengajaran secara berkesan.
iii. Mengintegrasikan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran
dan pembelajaran dalam Pendidikan Muzik
3. KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN
Pelajar IPG harus didedahkan dengan cara mengintegrasikan teknologi bukan sahaja dalam
pengajaran tetapi juga dalam pembelajaran. Bagi kursus-kursus elektif Pendidikan Muzik
saranan ini perlu diikuti. Pelajar IPG juga perlu menjana pelbagai idea untuk menggalakkan
murid dalam kelas mereka supaya menggunakan teknologi sebagai alat pembelajaran. Pelajar
institut yang tidak menunjukkan sikap positif dalam hal ini akan kembali semula kepada
pendekatan dan kaedah pengajaran tradisional atau konvensional selepas tamat tempoh
latihan perguruan. Sikap positif hanya boleh dibina jika pelajar tersebut beranggapan dan
percaya bahawa sesuatu teknologi itu senang digunakan mudah diperoleh, menyeronokkan
dan membawa impak terhadap pembelajaran yang efektif.
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (p&p) kursus Elektif Pendidikan Muzik di Institut
Pendidikan Guru (IPG) selalunya berlaku secara kaedah tradisional. Penyampaian isi
kandungan kursus dilaksanakan melalui kaedah kuliah dengan bantuan persembahan
multimedia/elektronik dan ada kalanya pensyarah menggunakan bahan edaran bercetak. Ada
juga pensyarah yang menggabungjalinkan pelbagai media digital bersama slaid multimedia
seperti tayangan klip video. Kaedah tersebut hanya membantu pensyarah untuk
menyampaikan isi kandungan kursus. Jarang sekali persediaan dan pelaksanaan p&p kursus
berbentuk interaktif antara pensyarah dan pelajar. Pensyarah juga telah menggunakan laman
e-pembelajaran eL@IPGKM yang disediakan di peringkat IPGK untuk melaksanakan p&p
kursus. Laman ini walaupun berfungsi sebagai platform e-pembelajaran tetapi tidak
mempunyai rangkaian sosial seperti Facebook bagi tujuan pendidikan. Sehubungan itu,
inovasi ini penting untuk menyediakan satu platform yang dapat menggabungjalinkan fungsi
e-pembelajaran dan rangkaian sosial bagi meningkatkan mutu pelaksanaan p&p kursus di
IPGK. Inovasi ini melibatkan laman Schoology yang merupakan aplikasi e-pembelajaran dan
jaringan sosial digital pendidikan bersifat global. Aplikasi ini menyediakan ruangan
-90-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
perkongsian ilmu antara guru, pelajar dan ibu bapa dari seluruh pelosok dunia dalam bidang
Pengajian Sosial, Seni & Kreativiti dan Pembangunan Profesional. Mereka berkongsi
pengalaman, permasalahan, jalan penyelesaian dan idea baharu dalam proses p&p mengikut
bidang kepakaran masing-masing. Selain itu, Schoology menyediakan ruang kepada
seseorang guru untuk membentuk kumpulan-kumpulan kecil untuk berinteraksi dan berkongsi
idea tentang pelbagai aspek seperti isi kandungan, kaedah, teknik, bahan sumber dan inovasi.
Atas kepentingan ini pensyarah telah mengadaptasikan laman Schoology sebagai laman e-
pembelajaran untuk kursus Elektif Pendidikan Muzik PISMP.
4. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI
Pembangunan laman sesawang dan e-pembelajaran berkaitan pendidikan Pendidikan Muzik
di Malaysia adalah sangat kurang dibangunkan. Pembangunan sumber digital pendidikan
dalam Pendidikan Muzik mengikut kurikulum Pendidikan Muzik sekolah ataupun IPG juga
belum diusahakan lagi. Kekurangan ini menyebabkan sebilangan kecil pencinta Pendidikan
Muzik mewujudkan blog-blog tersendiri dengan koleksi maklumat dan bahan Pendidikan
Muzik. Pos persendirian seperti blog tidak boleh dianggap sebagai sumber asli disebabkan
faktor objektiviti dan kesahihan dalam Pendidikan Muzik.
Penyelidikan berkaitan pendidikan Pendidikan Muzik juga kurang dilaksanakan dan
diterbitkan. Ini ditambah kajian yang dilakukan di peringkat ijazah sarjana dan doktor falsafah
jarang sekali diterbitkan. Kelemahan ini menyebabkan penemuan kaedah pedagogi
Pendidikan Muzik di sekolah ataupun IPG tidak diketahui umum. Inovasi ini dapat membantu
guru atau pensyarah subjek Pendidikan Muzik di Malaysia untuk mengadaptasikan kaedah
p&p Pendidikan Muzik yang dikongsikan di laman Schoology. Inovasi ini juga dianggap
penting kerana pelajar PISMP Semester 1 (Ambilan Jun 2018; pengkhususan Elektif
Pendidikan Muzik) tidak gemar menggunakan laman eL@IPGKPM walaupun pengkaji telah
melaksanakan p&p kursus Pendidikan Muzik menggunapakai laman ini. Pengkaji telah
menggunakan eL@IPGKPM untuk kursus Pendidikan Kaedah Dan Pendekatan Pembelajaran
Muzik (MUZK3093) pada semester 1, tahun 2018. Hasil pemerhatian pengkaji menunjukkan
pelajar tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang dimuatnaik dalam laman
eL@IPGKPM. Rumusan jawapan hasil temu bual dengan dua orang pelajar menggambarkan
pelajar tidak gemar melayari eL@IPGKPM kerana ia terikat dengan pentadbiran IPGKPM
seperti urusan log in, keperluan kata laluan, kesukaran untuk log in dan melayari laman secara
-91-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
pantas. Maka, inovasi ini memenuhi keperluan dan minat pelajar kursus Pendidikan Muzik
PISMP walaupun penggunaanya belum mencapai tahap optima.
Pengalaman pensyarah menggunakan eL@IPGKPM turut menyumbang kepada
permasalahan yang dihadapi sebelum inovasi ini dilaksanakan. Persediaan p&p kursus dengan
menggunakan laman eL@IPGKPM dianggap rumit kerana ia mengandungi banyak fitur
berbanding fitur yang terdapat dalam inovasi ini. Pensyarah mengharapkan satu laman yang
mudah dan pantas untuk membuat persediaan p&p kursus yang diajar. Inovasi ini dapat
mengatasi masalah ini kerana laman inovasi mudah digunapakai dan mesra pelanggan.
Pensyarah perlu membuka paparan baharu setiap kali menggunakan fitur dalam
eL@IPGKPM untuk muat naik bahan rujukan ataupun menulis arahan tugasan ataupun
mengadakan perbincangan (sila rujuk Rajah 1) sedangkan inovasi memudahkan penggunaan
pelbagai fitur dalam satu paparan. Misalnya, paparan video, artikel, pautan, perbincangan,
tugasan kerja kursus dan kuiz boleh dimuatkan dalam satu halaman/paparan walaupun ia agak
panjang (sila rujuk Rajah 2). eL@IPGKPM juga mengandungi banyak fitur (sila rujuk Rajah
1) yang tidak digunapakai secara aktif oleh pensyarah kerana beranggapan fitur-fitur tersebut
tidak relevan untuk mencapai hasil pembelajaran kursus. Masalah ini tidak timbul dalam
inovasi yang telah dilaksanakan kerana ia mempunyai fitur yang terhad dan bersesuaian
seperti pautan, video, fail dan nota (sila rujuk Rajah 2). Fitur-fitur tersebut memadai untuk
menyampaikan isi kandungan kursus Pendidikan Muzik di IPG secara berkesan.
Inovasi ini penting kerana eL@IPGKPM merupakan e-pembelajaran yang tidak mempunyai
fungsi seumpama Facebook dan twitter. Ia hanya membenarkan interaksi antara pensyarah
dan kumpulan pelajar yang diajar. Berbanding dengan eL@IPGKPM, inovasi ini merupakan
jaringan sosial digital yang menghubungkan guru-guru dari seluruh pelosok dunia untuk
berkongsi tentang pelbagai bidang pendidikan (sila rujuk Rajah 3). Pensyarah dan guru-guru
pelatih boleh mengambil idea berkaitan pedagogi pendidikan Pendidikan Muzik daripada
guru-guru barat dan kemudian mengubahsuai mengikut keperluan dan kesesuaian Pendidikan
Muzik di Malaysia. Semua permasalahan yang dibincangkan telah mendorong pensyarah
memikirkan inovasi berkaitan pelaksanaan p&p kursus Pendidikan Muzik secara mudah,
pantas dan agak bersesuaian. Hasilnya, laman Schoology yang boleh dibangunkan sebagai
laman e-pembelajaran kursus-kursus Pendidikan Muzik di IPG.
-92-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
Rajah 1: Paparan fitur dalam El@IPGKPM Rajah 2: Paparan fitur dalam Schoology.com
5. INOVASI YANG DILAKSANAKAN
a. Tarikh Inovasi: 1 Jan 2019
b. Bilangan Dan Nama Ahli Kumpulan
i. Dr. Amran bin Aris
ii. Kamarudin bin Katon
iii. Abdul Razak bin Rahman
iv. Catherine Cheah Ming Ming
v. Rosli bin Harun
c. Hubungkait Dengan Pengajaran Dan Pembelajaran Atau Penyelidikan
Schoology dapat digunakan sebagai laman e-pembelajaran bagi membantu pelaksanaan
proses p&p kursus Pendidikan Muzik secara mudah dan pantas di IPGK. Tidak ada unsur
tambahan, perubahan atau perkara baharu dilakukan ke atas laman Schoology. Inovasi ini
hanya memfokuskan pada penggunaan laman Schoology sebagai platform e-pembelajaran
kursus Elektif Pendidikan Muzik di IPGK. Schoology adalah media sosial digital yang
menggunakan jaringan sosial dalam kalangan warga pendidik (social network) dari seluruh
dunia. Kelebihan ini adalah relevan dan signifikan digunakan oleh warga pendidik di
Malaysia untuk melakukan perkongsian ilmu dan diskusi ilmiah secara berkesan di dalam
dan luar negara. Perkongsian ilmu daripada guru-guru Barat dapat membuahkan idea
baharu ataupun mengadaptasikan sesuatu idea baharu dalam p&p Pendidikan Muzik dan
seterusnya dapat disebarkan kepada guru-guru Pendidikan Muzik lain.
-93-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
d. Deskripsi Inovasi: Kandungan, Strategi, Keluaran Atau Perkhidmatan Baru
i. Isi kandungan:
Paparan halaman Schoology boleh dilihat dalam dua bentuk. Pertama ialah paparan yang
menunjukkan halaman guru (pengkaji) dan kedua, paparan kumpulan pelajar yang
dibentuk.
Fitur-fitur yang dimiliki oleh Schoology adalah sebagai berikut (Rujuk Rajah 2):
COURSES (KURSUS): Kemudahan untuk membuat subjek kursus, seperti
Pendidikan Muzik, Matematik, Fizik, dan sebagainya. Kursus-kursus ini juga terdapat
di Moodle. Dalam menu Kursus, kita juga dapat membuat kuiz dan soalan dalam
pelbagai bentuk, iaitu pilihan ganda, benar atau salah dan juga boleh mengimport
soalan.
GROUPS (KELOMPOK): Kemudahan untuk membuat kumpulan. Kemudahan ini
juga terdapat di Moodle dan di Facebook.
RESOURCES (SUMBER BELAJAR)
Bahagian ini digunakan untuk melihat hasil kerja pelajar samada dalam bentuk soalan
pengetahuan serta kemahiran, juga berfungsi sebagai e-portfolio dan aktiviti
pembelajaran pelajar dalam bentuk teks, gambar. Audio dan video
Langkah-Langkah Aplikasi Schoology :
Buka alamat URL. com sehingga akan muncul halaman Schoology, seterusnya klik
sign up untuk membuat akaun Schoology
Terdapat 3 menu pilihan iaitu pendidik/guru, pelajar dan ibubapa (Pilih salah satu
menu tersebut).
Masukkan data peribadi seperti nama, alamat e-mail dan password, kemudian klik
register. Terdapat 3 fitur Schoology iaitu courses, groups dan resources.
Untuk membuat course (Kursus), klik menu course kemudian klik create
Isi semua data pada kolum tersebut sesuai dengan kelas yang diajar, diantaranya
nama kursus, semester, bidang matapelajaran dan kelas, kemudian klik create
Access code dan maklumkan kepada pelajar-pelajar yang berkaitan untuk
mendaftar di Schoology
Untuk membuat group, klik groups kemudian klik create. Sesuaikan nama group
dengan nama course yang telah dibuat sebelumnya.
-94-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
ii. Strategi Pelaksanaan P&P kursus
Sebelum Kuliah
Menyediakan bahan-bahan sumber p&p (BSPP) berbentuk artikel, slaid multimedia,
pautan dan video berkaitan sesuatu topik dalam kursus dimuatnaik sebelum kuliah
Semua bahan dapat disimpan dalam satu tempat supaya memudahkan proses p&p
Pensyarah dapat menyediakan segala arahan tugasan dan aktiviti p&p sebelum kuliah
(berfungsi langkah-2 p&p dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
Pensyarah boleh menyediakan kuiz
Pensyarah memuat naik tugasan kerja kursus dengan tempoh masa yang ditetapkan
Semasa Kuliah
Pelajar dapat menggunakan BSPP secara mudah semasa aktiviti p&p/kuliah
dilaksanakan (semua bahan berada di satu tempat)
Video yang dimuatnaik secara embedded dan proses ini mempercepatkan proses
pengoperasian video semasa p&p
Pelajar mudah melaksanakan tugasa/aktiviti semasa kuliah berpandukan BSPP yang
disediakan
Selepas Kuliah
Pelajar dapat menggunakan Schoology.com untuk pembelajaran akses kendiri
BSPP yang dimuatnaik berfungsi sebagai bahan rujukan
Pensyarah dan pelajar dapat berkongsi bahan bacaan tambahan sebagai rujukan kursus
Mengadakan perbincangan/diskusi ilmiah tentanf sesuatu topik
iii. Keluaran atau perkhidmatan baru
Schoology sangat sesuai sebagai rangkaian perkongsian sosial bersifat global berkaitan
hal-hal pendidikan. Namun, fungsi ini diubahsuai sebagai laman e-pembelajaran untuk:
Mengurus proses p&p kursus Pendidikan Muzik di IPGK PM
Menggalakkan pembelajaran akses kendiri pelajar di IPGK PM
Mengumpul bahan-bahan sumber p&p dan pembelajaran dan Medium perbincangan
Memuat naik pautan, fail dan video berkaitan kursus Pendidikan Muzik PISMP
-95-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
e. Bidang Utama Yang Menjadi Tumpuan Inovasi
Setakat ini, pengkaji telah menggunakan Schoology.com untuk empat kursus Pendidikan
Muzik, seperti yang berikut:
1. Kaedah Dan Pendekatan Pembelajaran Muzik (MUZK3093) PISMP, Semester 3
2. Muzik Malaysia (MUZK3193) – PISMP, Semester 2
3. Kemahiran Asas Kibod (MUZK3223) – PISMP, Semester 1
4. Apresiasi Muzik (MUZK3253) – PISMP, Semester 2
Keempat-empat kursus ini melibatkan 2 kumpulan Ambilan pelajar iaitu PISMP Ambilan
Jun 2016 dan PISMP Ambilan Jun2018. Mereka merupakan pelajar PISMP Elektif
Pendidikan Muzik, IPGK PM.
f. Kos (Implikasi Kewangan)
Penggunaan Schoology tidak melibatkan kos. Pensyarah ataupun pelajar boleh
menggunakan khidmat wifi untuk melayari dan menggunakan laman Schoology.
Sekiranya khidmat wifi gagal, maka mobile data perlu digunakan.
6. KEADAAN MASALAH SETELAH INOVASI DILAKSANAKAN
• Schoology dapat digunakan sebagai platform PdP dengan berkesan.
• Berdasarkan hasil analisis pemerhatian didapati E-pembelajaran Schoology ini
membolehkan pelajar mengikuti PdP secara teratur dan bersistematik.
• Pelajar dapat mengulangi topik yang tidak faham atau kurang pasti dalam laman
Schoology kerana tersedia bahan-bahan PdP dan boleh berkomunikasi secara segerak dan
tidak segerak.
7. KAEDAH PELAKSANAAN INOVASI:
Berikut adalah paparan pelbagai halaman (paparan) yang menunjukkan pelaksanaan p&p
kursus Pendidikan Muzik PISMP menggunakan Schoology.com:
KURSUS MUZIK3093 Kaedah Dan Pendekatan Pembelajaran Muzik (Ambilan Jun
2016)
Rajah 3: Paparan Nota Kuliah MZUK3093
Kaedah Dan Pendekatan Pengajaran Muzik
-96-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
Rajah 4: Kandungan Kuliah 1 MUZK3093
Rajah 5: Pautan laman sesawang Rajah 6: Pengujian demo untuk
blogger.com melalui laman peperiksaan MUZK3093
Schoology MUZK3093
Rajah 5: Fitur penyediaan
soalan dalam Schoology
MUZK3193 MUZIK MALAYSIA (PISMP AMBILAN JUN 2016)
Rajah 6: Manual penggunaan Rajah 7: Pengisian menu utama pada halaman
Schoology bagi kemudahan pelajar Scholoogy MUZK3193 Muzik Malaysia
-97-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
Rajah 9: Debat Atas Talian bagi Rajah 8: Paparan bagi kerja
MUZK3193 Muzik kursus MUZK3193 Muzik
Malaysia
Rajah 11: Demo soalan akhir Rajah 10: Senarai nama pelajar yang
MUZK3193 Muzik Malaysia mengambil ujian demo MUZK3193
Muzik Malaysia
MUZK3253 APRESIASI MUZIK (PISMP AMBILAN JUN 2018)
Rajah 13: Manual penggunaan Rajah 12: Penyediaan bahan
Schoology bagi kursus bantu mengajar
MUZK3253 Apresiasi Muzik
Rajah 14: Powerpoint dan video
pembentangan diletakkan pada
Schoology MUZK3253
-98-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
MUZK3223 KEMAHIRAN ASAS KIBOD (PISMP AMBILAN JUN 2018)
Rajah 15: Penyedian bahan Rajah 16: Paparan kandungan
disediakan lebih awal bagi PdP Minggu 1 MUZK3223
kursus MUZK3223 Kemahiran Kemahiran Asas Kibod
Asas Kibod
Rajah 17: Rakaman keratan video Rajah 18: Video permainan kibod
PdP MUZK3223 untuk rujukan beserta komen para pelajar
pelajar
Rajah 19: Komen dan pandangan
terhadap permainan kibod rakan-
rakan pelajar
7. FAEDAH-FAEDAH DARIPADA INOVASI YANG DIPERKENALKAN
Peningkatan Hasil Kerja (Prestasi)
o Memudahkan pengurusan dalam PdP
o Maklum balas daripada pensyarah dalam perbincangan membolehkan semua pelajar
mendapat rumusan yang sama dan terkini
-99-
Kompilasi Inovasi Pendidikan . . . . 2020
o Mencetuskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
o Teori kognitif terlibat secara langsung dalam penggunaan Schoology ini.
o Platform ini memenuhi kedua-dua keperluan teknologi dan unsur-unsur kurikulum
Peningkatan Dalam Tahap Kepuasan Hati Pelanggan
o Pelajar-pelajar aktif semasa PdP dan juga semasa online (segerak dan tidak segerak
terutama kepada gaya pembelajaran pelajar yang introvert
o Penggunaan aplikasi Schoology dalam proses pengajaran dan pembelajaran
membolehkan pensyarah membimbing pelajar-pelajar untuk berfikir secara kritis dan
kreatif
o Elemen latihan dan perbincangan dalam talian menggalakkan pelajar berfikir secara
kritis dan berkolaborasi dengan pelajar lain.
o Schoology boleh diintegrasikan dengan pelbagai bentuk media seperti video, audio dan
imej.
Pengurangan Kos Operasi
o Penggunaan Schoology tidak melibatkan sebarang kos.
8. PENGIKTIRAFAN DITERIMA: Tiada
9. GAMBAR-GAMBAR YANG BERKAITAN
-100-