The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DRBH-POL-ST-01 Manual Arahan Tetap Tugasan (AM) Pegawai Pasukan Polis DRB-HICOM Berhad - Latest Review_010423 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MOHD FADLIEE, 2024-06-20 22:04:48

DRBH-POL-ST-01 Manual Arahan Tetap Tugasan (AM) Pegawai Pasukan Polis DRB-HICOM Berhad - Latest Review_010423 1

DRBH-POL-ST-01 Manual Arahan Tetap Tugasan (AM) Pegawai Pasukan Polis DRB-HICOM Berhad - Latest Review_010423 1

DRB-HICOM BERHAD (203430-W) MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN DRB-HICOM BERHAD JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN POLICY


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 3 of 123 Uncontrolled when printed ISI KANDUNGAN 1. OBJEKTIF...........................................................................................................................................................5 2. SKOP ..................................................................................................................................................................5 3. LAMPIRAN..........................................................................................................................................................6 4. SINGKATAN / DEFINISI .....................................................................................................................................6 4.1 Singkatan ................................................................................................................................................6 4.2 Definisi ....................................................................................................................................................6 5. TANGGUNGJAWAB.........................................................................................................................................10 6. POLISI...............................................................................................................................................................11 6.1 Struktur Organisasi Pasukan Polis Bantuan DRB-HICOM ...................................................................11 6.2 Waktu Bekerja dan Tugasan ................................................................................................................11 6.3 Objektif Penubuhan Polis Bantuan .......................................................................................................12 6.4 Kuasa dan Tugas Seorang Pegawai Polis Bantuan .............................................................................12 6.5 Tanggungjawab Am Pegawai Polis Bantuan DRB-HICOM ..................................................................13 6.6 Tanggungjawab Khusus Pegawai Polis Bantuan DRB-HICOM............................................................21 6.7 Tugasan Penyeliaan 1 - Pegawai Polis Bantuan Di Wilayah-Wilayah ..................................................35 6.8 Tugasan Penyeliaan 2 - Pegawai Polis Bantuan di Cawangan-Cawangan ..........................................38 6.9 Tugasan 1 - Mengibarkan Bendera.......................................................................................................44 6.10 Tugasan 2 - Pos Kawalan Pintu Masuk / Keluar...................................................................................48 6.11 Tugasan 3 - Pendaftaran Masuk dan Keluar Pelawat...........................................................................56 6.12 Tugasan 4 - Mengiringi Pelawat Khas ..................................................................................................61 6.13 Tugasan 5 - Kawalan Lalu Lintas..........................................................................................................63 6.14 Tugasan 6 - Pendaftaran Masuk dan Keluar Kontraktor / Pembekal ...................................................65 6.15 Tugasan 7 - Kawalan Masuk dan Keluar Kakitangan Selepas Waktu Operasi Syarikat ......................71 6.16 Tugasan 8 - Kawalan Keluar Masuk Aset Syarikat ...............................................................................74 6.17 Tugasan 9 - Rondaan Keselamatan .....................................................................................................78 6.18 Tugasan 10 - Bilik Kawalan dan Pemantauan ......................................................................................82 6.19 Tindakan Kecemasan 1 – Kebakaran...................................................................................................87 6.20 Tindakan Kecemasan 2 – Kemalangan / Insiden Di Dalam Kawasan Syarikat....................................90 6.21 Tindakan Kecemasan 3 – Gangguan Bekalan Elektrik ........................................................................91 6.22 Tindakan Kecemasan 4 – Gaduh Gempar / Kekacauan Di Dalam Kawasan Syarikat.........................93 6.23 Tindakan Kecemasan 5 – Gaduh Gempar / Kekacauan Di Luar Kawasan Syarikat............................95 6.24 Tindakan Kecemasan 6 – Pencerobohan.............................................................................................97 6.25 Tindakan Kecemasan 7 – Rompakan Bersenjata ..............................................................................100


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 4 of 123 Uncontrolled when printed 6.26 Tindakan Kecemasan 8 – Demonstrasi / Rusuhan Di Luar Kawasan ................................................102 6.27 Tindakan Kecemasan 9 – Banjir.........................................................................................................104 6.28 Tindakan Kecemasan 10 – Ancaman Bom Dan Penemuan Bungkusan Yang Mencurigakan ..........106 6.29 Tatacara 1 - Komunikasi Menggunakan Radio Dua Hala (“Walkie Talkie”) .......................................112 6.30 Tatacara 2 - Komunikasi Menggunakan Telefon ................................................................................113 6.31 Tatacara 3 - Tangkapan Dan Penahanan (Am)..................................................................................113 6.32 Tatacara 4 - Tindakan Di Tempat Kejadian / Insiden (Am).................................................................117 6.33 Tatacara 5 - Siasatan Aduan / Insiden / Kejadian (Siasatan Dalaman)..............................................119 6.34 Tatacara 6 - Laporan Polis..................................................................................................................121 6.35 Pengesahan Pemahaman Oleh Pegawai Polis Bantuan....................................................................123 7. REKOD ...........................................................................................................................................................123


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 5 of 123 Uncontrolled when printed 1. OBJEKTIF Manual Arahan Tetap Tugasan (Am) (“Arahan” atau “manual”) ini diwujudkan adalah bertujuan untuk dijadikan sebagai arahan tetap tanggungjawab dan pengoperasian tugasan-tugasan umum kawalan keselamatan perlindungan (“protective security”) bagi diikuti dan dipatuhi oleh semua pegawai Polis Bantuan DRB-HICOM (“pegawai Polis Bantuan”) yang bertugas di premis-premis dan cawangan-cawangan syarikat Kumpulan DRBHICOM bagi memastikan tahap keselamatan kakitangan, pelawat, pelanggan, kontraktor, pembekal dan asetasetnya berada pada tahap yang optimum 2. SKOP 2.1 Arahan ini adalah asas kepada semua arahan yang dikeluarkan oleh pihak Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM dan hendaklah dipatuhi serta dilaksanakan oleh semua pegawai Polis Bantuan yang bertugas di dalam mana-mana premis dan kawasan syarikat Kumpulan DRB-HICOM. 2.2 Arahan ini hendaklah digunapakai bersama dan sebagai pelengkap kepada ‘Arahan Tetap Operasi Keselamatan Perlindungan’ dan prosedur-prosedur kerja khusus yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat kumpulan di mana pegawai Polis Bantuan ditugaskan bagi tujuan penguatkuasaan dan tindakan-tindakan khusus. 2.3 Jika terdapat apa-apa percanggahan di antara Arahan ini dengan arahan atau prosedur-prosedur yang dikeluarkan oleh pihak syarikat kumpulan, maka arahan yang paling tinggi tahap kawalan keselamatannya hendaklah diguna pakai dan dipatuhi sehingga satu persetujuan dicapai di antara pihak Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM dengan Pengurusan syarikat kumpulan terbabit untuk meminda Arahan ini atau arahan atau prosedur-prosedur yang dikeluarkan oleh pihak syarikat kumpulan. 2.4 Arahan ini hendaklah membatalkan dan menggantikan semua arahan-arahan yang berkaitan yang dikeluarkan oleh pihak Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM sebelum daripada tarikh kuatkuasa Arahan ini dan hendaklah tertakluk kepada peruntukan di dalam Perenggan (B)(3) di atas. 2.5 Penilaian dan perubahan terhadap kandungan Arahan ini adalah di bawah bidang kuasa Ketua Pasukan Polis Bantuan DRB-HICOM atau mana-mana Pegawai Kanan Polis Bantuan yang diberi kuasa atau diarahkan oleh Ketua – Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM untuk menilai dan membuat perubahan ke atas kandungan Arahan ini.


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 6 of 123 Uncontrolled when printed 3. LAMPIRAN 3.1 DRBH-SOP-ST-01 - Pengurusan Penugasan dan Penyusunan Jadual Kerja 3.2 DRBH-SOP-ST-02 - Pakaian Seragam Polis Bantuan 3.3 DRBH-SOP-ST-03 - Tabik Hormat, Hormat Sedia dan Kata Ucapan 3.4 DRBH-SOP-ST-04 - Senarai Kesalahan dan Salah Laku 3.5 DRBH-SOP-ST-05 - Pengibaran Bendera Malaysia di Bangunan-Bangunan Persekutuan Di Seluruh Negara 3.6 DRBH-SOP-ST-06 - Panduan Asas Dan Perlaksanaan “5-S”. 3.7 DRBH-SOP-ST-07 - Pengurusan Dan Operasi Kenderaan Peronda (MPV) Polis Bantuan 3.8 DRBH-SOP-ST-08 - Pelan Laluan Tugasan Rondaan 3.9 DRBH-SOP-ST-09 - Panduan Peraturan Pakir Kenderaan 3.10 DRBH-SOP-ST-010 - Panduan Melawan Kebakaran dan Penggunaan Alat Pemadam Api 3.11 DRBH-SOP-ST-011 - Panduan Cara Menjalankan Bantuan Pernafasan (CPR) 3.12 DRBH-SOP-ST-012 - Panduan Berkomunikasi Menggunakan Radio Dua Hala 3.13 DRBH-SOP-ST-013 - Panduan Berkomunikasi Menggunakan Telefon 4. SINGKATAN / DEFINISI 4.1 Singkatan HOD Head of Department HODiv Head of Division 4.2 Definisi Anggota Polis Bantuan Seseorang Pegawai Rendah Polis Bantuan (iaitu pegawai Polis Bantuan daripada apa-apa pangkat dari dan termasuk seseorang Sub-Inspektor ke bawah hingga dan termasuk seseorang Koperal), Lans Koperal dan Konstabel (juga disebut secara umum sebagai ‘Pegawai Polis Bantuan’). Buku Perharian Balai (“Station Diary”) (POL40) Adalah buku rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bersifat TERHAD. Buku ini digunakan untuk merekodkan segala aktiviti dan tindakan yang diambil oleh seseorang pegawai Polis Bantuan serta segala kejadian berkaitan keselamatan yang berlaku di dalam kawasan syarikat. Buku Perharian Balai ini juga disebut sebagai Buku Laporan Harian. Buku ini hanya boleh disemak, ditulis dan dibaca oleh pegawai PDRM dan Polis Bantuan DRB-HICOM (“Polis Bantuan”) serta pegawai kanan dari Bahagian


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 7 of 123 Uncontrolled when printed Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM sahaja. Jika apa-apa kandungan di dalam buku ini diperlukan untuk disemak atau disalin bagi tujuan siasatan oleh mana-mana pihak selain yang disebutkan di atas, kebenaran hendaklah diperolehi daripada Ketua, Bahagian Keselamatan Kumpulan atau mana-mana Pegawai Kanan Polis Bantuan yang berpangkat ASP/PB dan ke atas. Buku Saku (POL5) Adalah buku rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bersifat TERHAD. Buku ini digunakan untuk merekodkan segala aktiviti dan tindakan yang diambil oleh seseorang pegawai Polis Bantuan serta segala aktiviti tugasan dan kejadian berkaitan keselamatan yang berlaku di dalam kawasan syarikat. Buku Saku ini juga disebut sebagai “Pocket Diary”. Buku ini hanya boleh disemak dan dibaca oleh pegawai PDRM dan Polis Bantuan DRBHICOM (“Polis Bantuan”) serta pegawai kanan dari Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM sahaja. Jika apa-apa kandungan di dalam buku ini diperlukan untuk disemak atau disalin bagi tujuan siasatan oleh mana-mana pihak selain yang disebutkan di atas, kebenaran hendaklah diperolehi daripada Ketua, Bahagian Keselamatan Kumpulan atau mana-mana Pegawai Kanan Polis Bantuan yang berpangkat ASP/PB dan ke atas. Keselamatan Perlindungan (“Protective Security”) Satu sistem kawalan dan perlindungan yang merangkumi keselamatan fizikal, keselamatan aset-aset, keselamatan peribadi dan keselamatan sistem-sistem teknologi maklumat bagi memastikan kakitangan, pelawat, pembekal, kontraktor dan orang-orang berkepentingan berasa yakin dan selamat untuk berurusan dengan sesuatu organisasi. Perkataan ‘Keselamatan Perlindungan’ digunapakai di dalam manual ini bagi membezakan di antara ‘keselamatan’ (“security”) daripada ancamanancaman (“threats”) manusia khususnya dan ‘keselamatan’ (“safety”) daripada bahaya (“hazard”) yang disebabkan oleh kecuaian manusia. Ketua Syif Pegawai Polis Bantuan yang ditugaskan untuk mengetuai operasi keselamatan di dalam setiap giliran (syif) kerja. Ketua Syif bertanggungjawab melapor kepada Ketua Unit dan jika ketiadaan Ketua Unit, kepada wakil syarikat dan Ketua Wilayah Polis Bantuan.


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 8 of 123 Uncontrolled when printed Ketua Unit Pegawai Polis Bantuan yang dipertanggungjawabkan sebagai penyelia dan ketua kepada semua pegawai Polis Bantuan yang ditugaskan di premis kawalan syarikat kumpulan. Ketua Unit bertanggungjawab melapor kepada wakil syarikat dan Ketua Wilayah Polis Bantuan. Ketua Wilayah Polis Bantuan Pegawai Polis Bantuan berpangkat Sub Inspektor, Sarjan Mejar atau Sarjan yang bertanggungjawab menyelia penugasan pegawai-pegawai Polis Bantuan di syarikat-syarikat kumpulan dan melapor kepada Inspektor / Polis Bantuan merangkap Inspektor Wilayah Polis Bantuan. Kontraktor Mana-mana orang perseorangan atau berkumpulan yang mempunyai urusan perniagaan di dalam kawasan syarikat yang melibatkan aktiviti atau kerja-kerja pembaikan, pembinaan, pemasangan, pengujian, penghantaran aset dan yang seumpamanya. Kurungan salah (juga “Penahanan salah” atau “mengurung dengan salah”) Satu tindakan yang menghadkan atau menghalang pergerakan seseorang mengikut tafsiran yang diberikan di dalam Seksyen 340 (Pengurungan Salah) Akta 574 Kanun Keseksaan. Pegawai Polis Bantuan Seseorang pegawai Polis Bantuan, Polis Diraja Malaysia sepertimana yang ditakrifkan di dalam Akta Polis 1967 termasuk semua anggota Polis Bantuan yang dilantik oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pegawai Polis Bantuan DRB-HICOM sama ada yang digaji oleh DRB-HICOM Berhad atau syarikat-syarikat di bawah kumpulan DRB-HICOM Berhad. Pegawai Kanan Polis Bantuan Pegawai Polis Bantuan yang berpangkat Inspektor/Polis Bantuan dan ke atas mengikut pangkat sepertimana yang disenaraikan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pelawat Orang perseorangan atau berkumpulan yang mempuyai urusan perniagaan dengan syarikat terutamanya untuk menghadiri perjumpaan dengan manamana kakitangan berkenaan urusan peribadi atau perniagaan, latihan, kajiselidik, perundingan, pembentangan kertas kerja perniagaan atau yang seumpamanya. Orang perseorangan atau berkumpulan yang datang dari syarikat-syarikat kumpulan DRB-HICOM juga hendaklah dikategorikan sebagai “Pelawat”.


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 9 of 123 Uncontrolled when printed Pembekal Mana-mana orang perseorangan atau berkumpulan yang mempunyai urusan perniagaan di dalam kawasan syarikat yang melibatkan aktiviti penghantaran surat, barangan, bahan-bahan dan peralatan-peralatan yang akan digunakan oleh pihak syarikat atau disimpan di dalam kawasan syarikat. Penjawat Awam Seseorang pegawai Polis Bantuan yang dilantik di bawah Seksyen 47(1) atau 47(2) Akta Polis 1967 adalah seorang penjawat awam sepertimana yang ditakrifkan di bawah Seksyen 21(g)(h) (Penjawat Awam) Kanun Keseksaan (Akta 574) semasa menjalankan tugas rasminya di dalam kawasan yang ditetapkan. ‘Syarikat’ atau ‘Syarikat kumpulan’ Digunakan secara am bermaksud organisasi di bawah atau anak syarikat Kumpulan DRB-HIOM Berhad. Tangkapan Satu tindakan sentuhan atau pengurungan badan orang yang hendak ditangkap mengikut had yang ditetapkan di dalam Seksyen 15 (Tangkapan), Seksyen 23 (Tangkapan tanpa waran), Seksyen 27 (Tangkapan oleh orang persendirian) dan Seksyen 28A (Hak orang yang ditangkap) Akta 593 Kanun Prosedur Jenayah. Tangkapan menurut Halsbury's Laws Of England melibatkan 2 elemen yang utama iaitu rampasan atau sentuhan tubuh dan tujuan atau niat untuk menahannya, sekiranya niat orang yang bertanggungjawab untuk menangkap difahami oleh suspek dan suspek menuruti arahannya maka ia juga dianggap sebagai tangkapan. Seksyen 15(1) (Akta 593) menjelaskan bahawa tangkapan boleh berlaku dengan cara (a) sentuhan badan, (b) kurungan badan, orang yang hendak ditangkap, atau (c) orang yang hendak ditangkap menyerahkan dirinya melalui percakapan ataupun tingkahlakunya seperti mengangkat kedua-dua belah tangannya ke udara menandakan dia menyerah diri. Wakil Syarikat Pegawai yang diberi kuasa untuk menguruskan hal ehwal operasi keselamatan perlindungan syarikat dan kebajikan pegawai Polis Bantuan yang bertugas di syarikat tersebut termasuk tetapi tidak terhad kepada Ketua Keselamatan, Ketua Sekuriti, Ketua Jabatan Sumber Manusia, Ketua Jabatan Pentadbiran, Pengurus Cawangan dan pegawai-pegawai kanan syarikat yang lain yang diberikan tanggungjawab ke atas keselamatan perlindungan (“protective security”) kakitangan, pelawat, kontraktor, pembekal dan aset syarikat.


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 10 of 123 Uncontrolled when printed 5. TANGGUNGJAWAB 5.1 Semua pegawai Polis Bantuan yang bertugas di dalam kawasan dan untuk syarikat kumpulan adalah bertanggungjawab kepada semua pegawai-pegawai berikut semasa pegawai tersebut menjalankan tugas di dalam kawasan dan bagi pihak DRB-HICOM dan syarikat kumpulan: - 5.1.1 Ketua, Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM; 5.1.2 Semua Pegawai Kanan, Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM; 5.1.3 Semua Pegawai Kanan, Pasukan Polis Bantuan DRB-HICOM; 5.1.4 Semua Penolong Ketua Wilayah Kanan dan Penolong Ketua Wilayah, Pasukan Polis Bantuan DRB-HICOM; 5.1.5 Pegawai Penyeliaan dan Rondaan, Pasukan Polis Bantuan DRB-HICOM; dan 5.1.6 Pengurus, Sumber Manusia, Syarikat kumpulan 5.1.7 Pegawai yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal keselamatan perlindungan (“protective security”) syarikat, atau 5.1.8 Pengurus, Pentadbiran, Syarikat kumpulan 5.1.9 Pegawai yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal keselamatan perlindungan (“protective security”) syarikat, atau 5.1.10 Pengurus Keselamatan / Sekuriti, Syarikat kumpulan, dan/atau 5.1.11 Pengurus Cawangan Syarikat kumpulan; atau 5.1.12 Mana-mana pegawai syarikat berjawatan Eksekutif dan ke atas yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan segala urusan keselamatan perlindungan (“protective security”) di dalam syarikat kumpulan. 5.2 Semua pegawai Polis Bantuan yang bertugas di dalam kawasan dan untuk syarikat kumpulan adalah juga bertanggungjawab kepada semua pegawai-pegawai. 5.3 Perhubungan, Pelaporan dan Kecemasan: Bil. Nama Penuh Nombor Perhubungan 1. Bilik Kawalan dan Pemantauan Wisma DRB-HICOM 03-2052-8180 (Talian Utama) (Talian 24 jam) 2. Pos Kaunter Kawalan Lobi Wisma DRB-HICOM 03-2052-8535 (Talian 24 jam) 3. Pegawai (Operasi), Pasukan Polis Bantuan DRB-HICOM 03-2052-8215 4. Pegawai (Pentadbiran), Pasukan Polis Bantuan DRB-HICOM 03-2052-8027 5. Faksimili Pejabat Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM 03-2052-8192 (Talian 24 jam)


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 11 of 123 Uncontrolled when printed 6. POLISI 6.1 Struktur Organisasi Pasukan Polis Bantuan DRB-HICOM Berikut adalah struktur organisasi Pasukan Polis Bantuan DRB-HICOM. 6.2 Waktu Bekerja dan Tugasan 6.2.1 Waktu bekerja bagi semua pegawai Polis Bantuan adalah berdasarkan keperluan tugasan kawalan dan operasi keselamatan di premis atau kawasan di mana pegawai dan/atau pegawai Polis Bantuan bertugas. 6.2.2 Pihak syarikat kumpulan adalah bertanggungjawab untuk merancang dan menyediakan polisi dan prosedur yang khusus berkenaan tugasan dan penugasan pegawai dan/atau pegawai Polis Bantuan yang menepati polisi dan strategi keselamatan perlindungan syarikat kumpulan terbabit. 6.2.3 Panduan bagi penyusunan jadual penugasan pegawai Polis Bantuan adalah sepertimana yang disertakan di (DRBH-SOP-ST-01 – Pengurusan Penugasan dan Penyusunan Jadual Kerja.


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 12 of 123 Uncontrolled when printed 6.3 Objektif Penubuhan Polis Bantuan Berdasarkan kepada Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) A501, objektif penubuhan Polis Bantuan adalah seperti berikut: - 6.3.1 Memberi khidmat Polis ke kawasan-kawasan di mana liputan Polis tidak berkesan. 6.3.2 Membolehkan pengawal-pengawal (dan pegawai-pegawai) keselamatan yang bekerja di Jabatan-jabatan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Sektor Swasta mempunyai kuasakuasa Polis serta membolehkan mereka membawa senjatapi semasa melaksanakan tugastugas di dalam kawasan yang ditentukan. 6.3.3 Sebagai unit sokongan atau bantuan kepada PDRM dalam sesuatu situasi yang diperlukan. 6.4 Kuasa dan Tugas Seorang Pegawai Polis Bantuan Berdasarkan kepada Akta Polis 1967, Perintah Tetap Ketua Polis Negara A501 dan perlantikan Pegawai atau Pegawai Pangkat Rendah dan anggota Konstabel (“pegawai”) Polis Bantuan di bawah Seksyen 47(1) atau 47(2) Akta Polis 1967, kuasa dan tugas seorang pegawai Polis Bantuan adalah seperti berikut:- 6.4.1 Seseorang pegawai Polis Bantuan apabila menjalankan tugas-tugas Polis di dalam kawasankawasan yang ditetapkan adalah seorang penjawat awam dan mempunyai kuasa yang sama dan adalah tertakluk kepada pihak berkuasa yang sama seperti seseorang pegawai Polis yang setaraf pangkatnya. Kuasa Polis Bantuan seseorang pegawai Polis Bantuan boleh dipanjangkan ke luar kawasan yang telah ditetapkan semasa pegawai atau pegawai tersebut menjalankan tugas rasmi sepertimana yang diarahkan oleh pihak Bahagian Keselamatan Kumpulan DRBHICOM atau pengurusan syarikat kumpulan (wakil syarikat) melalui Pejabat Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM. 6.4.2 Semasa melaksanakan tugas bersama-sama pegawai atau pegawai Polis biasa, pegawai atau pegawai Polis Bantuan hendaklah disifatkan lebih rendah dari Polis biasa yang sama pangkatnya. 6.4.3 Pegawai-pegawai Polis Bantuan adalah ditugaskan (di) dalam kawasan majikannya bagi tugastugas Polis seperti berikut: - 6.4.3.1 Rondaan, bit dan kawalan statik. 6.4.3.2 Kawalan orang ramai, memeriksa orang dan kenderaan. 6.4.3.3 Melindungi dan mengiringi harta majikan. 6.4.3.4 Mencegah kesalahan-kesalahan jenayah. 6.4.3.5 Mengesan dan menangkap pesalah-pesalah.


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 13 of 123 Uncontrolled when printed 6.5 Tanggungjawab Am Pegawai Polis Bantuan DRB-HICOM 6.5.1 Sentiasa mematuhi dan mengamalkan etika perniagaan, kerja dan tingkahlaku serta semua peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM dan pengurusan syarikat kumpulan di mana pegawai Polis Bantuan bertugas setiap masa. 6.5.2 Sentiasa menguatkuasa etika perniagaan dan semua peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM dan pengurusan syarikat kumpulan untuk dipatuhi oleh semua kakitangan syarikat, pelanggan, pelawat, kontraktor dan pembekal dengan adil dan berhemah. 6.5.3 Memakai pakaian seragam lengkap dengan kemas mengikut etika pemakaian sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). 6.5.3.1 Rujuk Arahan Pentadbiran yang dikeluarkan oleh pihak Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM berkaitan pemakaian pakaian seragam Polis Bantuan sepertimana di (DRBH-SOP-ST-02 – Pakaian Seragam Polis Bantuan). 6.5.4 Menjalankan tugasan khidmat pelanggan yang berkesan dengan sentiasa menjaga adab, tatasusila dan tatatertib setiap kali semasa bertugas, cergas, bersih dan segak bagi menjaga imej PDRM, DRB-HICOM, pasukan Polis Bantuan, syarikat dan integriti diri. 6.5.5 Sentiasa bersopan santun, jujur, adil, tegas dan berhemah semasa berkomunikasi dengan kakitangan, pelanggan, pelawat, kontraktor dan pembekal yang masuk (ke dalam), keluar (dari) dan berurusan di dalam kawasan syarikat serta orang awam yang memerlukan bantuan. 6.5.6 Mengamalkan “Komunikasi 10-5” setiap kali bertemu dengan mana-mana kakitangan, pelawat, pelanggan, pembekal, kontraktor atau orang awam (“individu”) dengan cergas dan ceria setiap masa. “Komunikasi 10-5” bermaksud: - 6.5.6.1 Apabila seseorang kakitangan, pelawat, pelanggan, pembekal, kontraktor atau orang awam berada pada jarak 10 kaki (atau lebih kurang 3.0 meter) keliling (‘radius’) daripada seseorang pegawai Polis Bantuan, pegawai berkenaan hendaklah memandang dan memberikan senyuman berserta anggukan yang bersesuaian kepada individu tersebut menandakan kehadiran individu berkenaan disedari oleh pegawai tersebut. 6.5.6.2 Lanjutan daripada Perenggan (J) (1.6.1) di atas, apabila individu tersebut berada pada jarak 5 kaki (atau lebih kurang 1.5 meter) daripada seseorang pegawai Polis Bantuan, pegawai berkenaan hendaklah memberikan teguran mesra, senyum dan ucapan salam seperti “Assalamualaikum Encik” atau “Selamat Pagi Encik” atau seumpamanya yang bersesuaian kepada individu berkenaan.


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 14 of 123 Uncontrolled when printed 6.5.7 Menguatkuasakan peraturan-peraturan dan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh agensi perkhidmatan dan penguatkuasaan awam yang berkaitan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dari semasa ke semasa (jika ada), sama ada dalam bentuk lisan mahupun bertulis dengan tegas, adil, berhemah, amanah dan berintegriti tinggi. 6.5.8 Merekodkan arahan-arahan lisan yang diterima daripada Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan Polis Bantuan, pihak pengurusan syarikat atau Ketua Unit di dalam Buku Saku (POL5) dan Buku Perharian Balai (“Station Diary” / POL40) untuk dikuatkuasakan atau dilaksanakan dan sebagai rujukan di masa-masa yang memerlukan. 6.5.9 Merekodkan setiap aktiviti dan tindakan yang diambil di dalam Buku Saku dan Buku Perharian Balai serta memajukan laporan lisan kepada Ketua Unit atau wakil syarikat dan menyimpan laporan-laporan yang lengkap mengenai pelaksanaan tugas-tugas harian dan insiden-insiden yang berlaku di tempat yang selamat. 6.5.9.1 Melaporkan di dalam Buku Perharian Balai berkenaan aktiviti yang dijalankan secara ringkas setiap satu (1) jam sekali jika tiada apa-apa kejadian, aktiviti atau apa-apa arahan yang diterima yang perlu direkodkan di dalam Buku Perharian Balai. 6.5.10 Berada di tempat tugas pada giliran kerja (syif) tertentu dan pada masa-masa yang tertentu yang telah ditetapkan. Sebarang kegagalan pegawai atau pegawai Polis Bantuan untuk hadir pada masa dan tempatnya hendaklah dimaklumkan kepada Ketua Unit atau Ketua Syif dengan seberapa segera yang munasabah. 6.5.11 Melaksanakan sesi serah terima tugas dengan lengkap sebelum tamat atau mula tugas termasuk tetapi tidak terhad kepada perkara-perkara berikut: - 6.5.11.1 Kejadian-kejadian / insiden-insiden yang telah berlaku semasa giliran kerja yang lalu. 6.5.11.2 Perkara atau aktiviti yang akan berlaku (seperti majlis, mesyuarat, aktiviti keluar masuk yang memerlukan pemantauan) pada giliran kerja yang akan datang. 6.5.11.3 Arahan-arahan baru yang diterima daripada wakil syarikat, pegawai atau penyelia Bahagian Keselamatan DRB-HICOM atau pegawai PDRM. 6.5.11.4 Kerosakan-kerosakan yang ditemui semasa rondaan yang telah dan belum dilaporkan. 6.5.11.5 Serah terima peralatan untuk tugasan seperti radio dua hala, cota (“baton” / “club”), Buku Perharian Balai dan sebagainya. 6.5.12 Memastikan semua individu (kakitangan, pelawat, kontraktor dan pembekal) memiliki dan memakai Pas Keselamatan pada setiap masa semasa memasuki dan ketika berada di dalam kawasan syarikat.


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 15 of 123 Uncontrolled when printed 6.5.13 Bertindak dengan cergas, segera dan berhemah terhadap apa-apa insiden berkaitan keselamatan (seperti kebakaran dan kemalangan di dalam atau berhampiran kawasan syarikat), pelanggaran kepada peraturan syarikat (seperti pemakaian pas, kesalahan parkir, pencerobohan dan sebagainya) dan aktiviti jenayah (seperti cubaan penyeludupan, sabotaj dan sebagainya). 6.5.14 Memberikan bantuan kecemasan yang bersesuaian kepada mana-mana kakitangan, pelanggan, pelawat, kontraktor, pembekal atau orang awam yang memerlukan. 6.5.15 Membantu wakil syarikat untuk mempertingkatkan hubungan dua hala dengan agensi-agensi penguatkuasa, kerajaan dan perkhidmatan kecemasan seperti PDRM, Bomba, hospital, ambulan, Jabatan Kastam, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kerja Raya, pihak berkuasa tempatan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam dan lain-lain. 6.5.16 Mengenali nama, rupa, jawatan, pangkat, nombor kenderaan (kenderaan-kenderaan) dan nama pemandu (jika ada) pegawai-pegawai pengarah, pengurusan tertinggi syarikat, DRB-HICOM, pegawai kanan syarikat dan pegawai-pegawai kanan Polis Bantuan dan pegawai-pegawai kanan PDRM diperingkat kontingen, daerah dan setempat. 6.5.16.1 Satu senarai nama, rupa (gambar), jawatan, nombor kenderaan (kenderaankenderaan) dan nama pemandu (jika ada) pegawai-pegawai pengarah, pengurusan tertinggi syarikat, DRB-HICOM, pegawai kanan syarikat dan pegawai-pegawai kanan PDRM diperingkat kontingen, daerah dan setempat hendaklah diwujudkan dan dikemaskini dari semasa ke semasa. 6.5.17 Memberikan hormat sedia (“attention”) kepada pengarah-pengarah, pengurusan kanan tertinggi DRB-HICOM, syarikat dan pegawai-pegawai Polis Bantuan DRB-HICOM yang tidak berpakaian seragam lengkap yang dikenali setiap kali bertemu. 6.5.17.1 Hormat sedia (“attention”) adalah di mana pegawai Polis Bantuan berdiri tegak dalam keadaan sedia diikuti dengan ucapan hormat. 6.5.17.2 Semasa hormat sedia (“attention”) diberikan, ucapan salam seperti “Assalamualaikum”, “Selamat Pagi”, “Selamat Petang” atau “Selamat Sejahtera” dan diikuti dengan kata panggilan “Tan Sri”, “Dato’ Sri”, “Datuk”, “Tuan” atau “Puan” hendaklah diberikan kepada pengurusan kanan tertinggi syarikat dan pegawaipegawai kanan Polis Bantuan DRB-HICOM; dan, bagi pegawai Polis Bantuan berpangkat Sub-Inspektor hingga ke Lans Koperal dengan panggilan “Encik” bagi lelaki atau “Cik” bagi wanita. 6.5.18 Memberikan tabik hormat (“salute”) kepada Pegawai Kanan Polis Bantuan dan mana-mana Pegawai-pegawai Kanan pasukan keselamatan yang berpakaian seragam lengkap dengan penutup kepala (“beret”, “peak cap” dan sebagainya) yang menjalankan lawatan ke dalam


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 16 of 123 Uncontrolled when printed kawasan syarikat termasuk tetapi tidak terhad kepada pegawai-pegawai kanan PDRM, Tentera dan Polis Bantuan lain-lain agensi. 6.5.18.1 Tabik hormat (“salute”) adalah di mana pegawai Polis Bantuan berdiri tegak dalam keadaan sedia diikuti dengan tabik hormat dan disusuli dengan ucapan hormat. 6.5.18.2 Semasa tabik hormat (“salute”) diberikan, ucapan salam seperti “Assalamualaikum”, “Selamat Pagi”, “Selamat Petang” atau “Selamat Sejahtera” dan diikuti dengan kata panggilan “Tan Sri”, “Dato’ Sri”, “Datuk”, “Tuan” bagi pegawai kanan lelaki atau “Puan” bagi pegawai kanan wanita hendaklah diberikan kepada pegawai-pegawai kanan PDRM, Tentera dan Polis Bantuan DRB-HICOM. Rujukan tambahan kepada Perenggan (J) (1.17) dan (J) (1.18) hendaklah dibuat kepada (DRBH-SOP-ST-03- Tabik Hormat Hormat Sedia dan Kata Ucapan). 6.5.19 Menyambut ketibaan pengarah-pengarah, pengurusan kanan tertinggi DRB-HICOM, syarikat dan pegawai-pegawai Polis Bantuan DRB-HICOM yang membuat lawatan ke pos-pos tugasan dengan tertib dan bersopan. Pegawai Polis Bantuan bertugas yang menerima lawatan hendaklah berdiri dalam keadaan sedia sambil memberikan hormat sedia atau tabik hormat (mana-mana yang bersesuaian tertakluk kepada Perenggan (J)(1.17) atau (J)(1.18) di atas) diikuti dengan pelaporan tentang keadaan tempat tugas sepertimana contoh skrip komunikasi berikut:- 6.5.19.1 “Assalamualaikum (atau Selamat Pagi, Petang atau Malam) Tan Sri / Datuk / Tuan / Puan / Encik / Cik.” 6.5.19.2 “Saya PB12345 (Sebutkan nombor badan bagi PB) Mohamad Bin Ali (sebutkan nama penuh pegawai), bertugas bersama (sebutkan nama pegawai yang bertugas di dalam giliran kerja yang sama) dari jam (masa mula bertugas) hingga jam (masa tamat tugas) melaporkan keadaan (laporkan keadaan semasa atau aktiviti yang sedang berjalan di dalam kawasan kawalan) siap sedia untuk diperiksa dan menerima arahan, Tan Sri / Datuk / Tuan / Puan / Encik / Cik.”; ATAU 6.5.19.3 “Saya PB12345 (Sebutkan nombor badan bagi PB) Mohamad Bin Ali (sebutkan nama penuh pegawai), dengan kekuatan pegawai bertugas seramai (sebutkan jumlah orang pegawai yang bertugas di dalam giliran kerja yang sama) dari jam (masa mula bertugas) hingga jam (masa tamat tugas) melaporkan keadaan (laporkan keadaan semasa atau aktiviti yang sedang berjalan di dalam kawasan kawalan) siap sedia untuk diperiksa dan menerima arahan, Tan Sri / Datuk / Tuan / Puan / Encik / Cik.”;


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 17 of 123 Uncontrolled when printed 6.5.19.4 Selepas memberikan ucapan dan laporan, tunggu sehingga mendapat isyarat atau arahan selanjutnya dari pengarah, pengurusan kanan tertinggi DRB-HICOM, syarikat atau pegawai-pegawai Polis Bantuan DRB-HICOM yang membuat lawatan, dan setelah selesai menerima arahan atau isyarat untuk senang diri, pegawai dikehendaki memberikan hormat sedia atau tabik hormat diikuti dengan ucapan “Terima kasih Tan Sri / Datuk / Tuan / Puan / Encik / Cik” dan senang diri dan jalankan tugasan seterusnya. 6.5.20 Memberikan kata aluan terima kasih ke atas lawatan yang dijalankan oleh pengarah, pengurusan kanan tertinggi DRB-HICOM, syarikat atau pegawai-pegawai Polis Bantuan DRBHICOM yang membuat lawatan ke pos tugasan pegawai. Pegawai bertugas yang menerima lawatan hendaklah berdiri dalam keadaan sedia sambil memberikan hormat sedia atau tabik hormat (mana-mana yang bersesuaian tertakluk kepada Perenggan (J) (1.17) atau (J) (1.18) di atas) diikuti dengan contoh skrip komunikasi berikut: - 6.5.20.1 “Assalamualaikum (atau Selamat Pagi, Petang atau Malam) Tan Sri / Datuk / Tuan / Puan / Encik / Cik.” 6.5.20.2 “Saya PB12345 (Sebutkan nombor badan bagi PB) Mohamad Bin Ali (sebutkan nama penuh pegawai) mengucapkan ribuan terima kasih di atas lawatan (atau, teguran / tunjukajar / nasihat yang telah) Tan Sri / Datuk / Tuan / Puan / Encik / Cik (berikan). Mohon izin untuk jalankan tugas-tugas lain, Tan Sri / Datuk / Tuan / Puan / Encik / Cik”. 6.5.20.3 Selepas memohon izin untuk menjalankan tugas-tugas lain, tunggu sehingga mendapat isyarat atau arahan selanjutnya dari pengarah, pengurusan kanan tertinggi syarikat, DRB-HICOM atau pegawai-pegawai Polis Bantuan DRB-HICOM yang membuat lawatan, dan setelah selesai menerima arahan atau isyarat untuk senang diri, pegawai dikehendaki memberikan hormat sedia atau tabik hormat diikuti dengan ucapan “Terima kasih Tan Sri / Datuk / Tuan / Puan / Encik / Cik” dan senang diri dan jalankan tugasan seterusnya. 6.5.21 Sentiasa menjaga keselamatan diri daripada bahaya di tempat kerja semasa melaksanakan tugas - seperti bahaya kenderaan yang dipandu laju, lantai licin, litar pintas, renjatan elektrik, barangan jatuh, kebocoran gas dan bahan kimia dan sebagainya. 6.5.22 Sentiasa berkomunikasi dengan Ketua Syif, Ketua Unit dan wakil syarikat dari semasa ke semasa dan segera jika terdapat mana-mana peruntukan di dalam arahan ini yang bercanggah dengan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak syarikat, yang tidak dapat menepati kehendak tugasan operasi keselamatan syarikat ataupun kilanan-kilanan yang perlu


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 18 of 123 Uncontrolled when printed disampaikan bagi memperbaiki sistem kawalan keselamatan di dalam kawasan syarikat dan kesejahteraan di tempat kerja. 6.5.23 Sentiasa menghindari dan menjauhkan diri daripada terlibat dengan kumpulan individu, kegiatan atau aktiviti yang boleh mendatangkan fitnah dan merendahkan integriti dan kredibiliti pegawai, PDRM, DRB-HICOM dan pasukan serta imej syarikat. 6.5.24 RAHSIAKAN PERKARA RAHSIA - Sentiasa menjaga kerahsiaan maklumat pasukan, syarikat atau maklumat yang dikumpul oleh syarikat daripada pengetahuan individu-individu yang tidak berkenaan seperti ahli keluarga, rakan taulan, orang awam, kakitangan atau pegawai syarikat yang tiada kaitan dengan maklumat yang diperolehi termasuk tetapi tidak terhad kepada perkara-perkara berikut semasa atau selepas waktu bertugas: - 6.5.24.1 Jumlah pegawai Polis Bantuan bertugas. 6.5.24.2 Lokasi tugasan pegawai Polis Bantuan. 6.5.24.3 Jumlah kakitangan di dalam syarikat. 6.5.24.4 Lokasi pegawai pengurusan syarikat. 6.5.24.5 Pergerakan pegawai-pegawai syarikat. 6.5.24.6 Pergerakan kenderaan-kenderaan syarikat. 6.5.24.7 Kandungan barangan yang keluar dari kawasan syarikat. 6.5.24.8 Jumlah kenderaan yang ada di dalam kawasan syarikat. 6.5.24.9 Kawasan-kawasan yang mudah dicerobohi oleh penjenayah. 6.5.24.10 Kedudukan suis-suis, pam air, generator elektrik, bilik-bilik setor dan sebagainya. 6.5.24.11 Maklumat-maklumat kakitangan, pelanggan, pelawat, kontraktor dan pembekal yang tertakluk di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709). 6.5.25 Melaporkan semua kecemasan, kejadian atau insiden dengan segera kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab berdasarkan kepada pelan komunikasi sepertimana rajah berikut: - 6.5.25.1 Carta komunikasi pelaporan bagi semua pegawai Polis Bantuan.


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 19 of 123 Uncontrolled when printed 6.5.25.2 Jika didapati mana-mana orang penerima laporan yang paling rendah (“immediate superior”) tidak dapat dihubungi pada kadar segera, pegawai Polis Bantuan bertugas hendaklah menghubungi orang yang berikutnya sepertimana contoh carta di bawah: - 6.5.26 Setiap pegawai Polis Bantuan DILARANG sama sekali 6.5.26.1 Mengambil peluang yang tidak beretika yang boleh menguntungkan diri sendiri dan/atau merugikan pihak syarikat atau individu-individu yang berkepentingan di dalam syarikat (kakitangan, pelanggan, kontraktor atau pembekal) sama ada dalam bentuk kewangan, kebendaan ataupun tindakan pertolongan (“favor”). 6.5.26.2 Melibatkan diri dengan sebarang perbuatan menerima dan/atau meminta imbuhan atau rasuah sama ada dalam bentuk wang, barangan atau pertolongan. 6.5.26.3 Bertindak secara tidak berhemah terhadap kakitangan, pelanggan, kontraktor, pembekal atau orang awam. 6.5.26.4 Membawa dan mengambil minuman keras dan bahan-bahan terlarang dan merbahaya seperti dadah dan senjata (selain daripada cota / ‘baton’ yang dibekalkan) di dalam pos pengawal, semasa bertugas dan dalam kawasan syarikat. 6.5.26.5 Tidur - semasa dijadualkan bertugas, melebihi waktu rehat yang telah ditetapkan atau di tempat yang tidak sesuai (contoh: di dalam pos kawalan, surau, kantin atau mana-mana tempat terbuka). 6.5.26.6 Merokok - semasa menjalankan tugas atau di tempat yang tidak dikhaskan atau semasa tidak bertugas dengan memakai pakaian seragam. 6.5.26.7 Menjalankan perniagaan semasa dijadualkan bertugas atau di dalam pos / pondok tugasan.


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 20 of 123 Uncontrolled when printed 6.5.26.8 Menyalahgunakan kemudahan milik syarikat atau apa-apa aset yang berada di dalam kawasan syarikat. 6.5.26.9 Menggunakan kemudahan, peralatan atau kenderaan milik syarikat atau milik mana-mana orang yang berurusan di dalam kawasan syarikat atau dengan pihak syarikat tanpa kebenaran yang sah. 6.5.26.10 Berjudi - di dalam kawasan syarikat dan di luar kawasan syarikat semasa bertugas. 6.5.26.11 Bergaduh - di dalam atau di luar kawasan syarikat semasa dan selepas bertugas. 6.5.26.12 Terlibat atau menjalankan apa-apa aktiviti berkaitan jenayah dan kesalahankesalahan yang boleh dihukum mengikut mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa di negara di mana jenayah atau kesalahan tersebut dilakukan. 6.5.26.13 Berada di dalam kawasan syarikat apabila tidak dijadualkan bertugas. 6.5.26.13.1 Pegawai yang tamat tugas hendaklah segera meninggalkan kawasan syarikat apabila tamat tugas dan jika tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti yang dianjurkan oleh pihak syarikat. 6.5.26.14 Menjalankan apa-apa aktiviti yang melekakan dan menyebabkan pegawai cuai di dalam menjalankan tugas termasuk tetapi tidak terhad kepada: - 6.5.26.14.1 Berbual mengenai perkara-perkara yang tidak rasmi atau di luar bidang tugasan secara berlebihan sama ada dengan pelanggan, kontraktor, pembekal, sesama pegawai, atau kakitangan dan pegawai syarikat. CAKAP APA YANG PERLU SAHAJA 6.5.26.15 Menggunakan telefon dan alat radio dua hala (“walkie talkie”) bagi urusan tidak rasmi atau di luar bidang tugasan. 6.5.26.16 Menggunakan telefon mudah alih seperti bersembang, bermain aplikasi telefon pintar, ‘chatting’, melayari internet dan seumpamanya. 6.5.26.17 Menggunakan komputer yang dibekalkan oleh pihak syarikat atau milik peribadi bagi tujuan peribadi seperti bermain permainan video, menonton video, ‘chatting’, melayari internet dan seumpamanya. 6.5.26.18 Mendengar muzik dan radio. 6.5.26.19 Membaca suratkhabar, buku, majalah dan sebagainya. 6.5.26.20 Menjalankan aktiviti berkaitan hobi – contohnya menjahit, menyulam, tekad, origami dan lain-lain. 6.5.26.21 Melakukan apa-apa kesalahan sepertimana yang disenaraikan di dalam: - 6.5.26.21.1 Buku Etika Perniagaan DRB-HICOM;


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 21 of 123 Uncontrolled when printed 6.5.26.21.2 Buku Etika Perniagaan Syarikat; 6.5.26.21.3 Peraturan-Peraturan Polis (Kelakuan dan Tatatertib) (Pegawai Rendah Polis dan Mata-Mata) 1970 (DRBH-SOP-ST-04); 6.5.26.21.4 Peraturan-Peraturan Am Penjawat Awam – Bab D (DRBH-SOP-ST-04); 6.5.26.21.5 Senarai “Kesalahan-Kesalahan Kecil dan Besar” (DRBH-SOP-ST-04); dan/atau 6.5.26.21.6 Keingkaran dan ketidakakuran terhadap arahan-arahan yang dinyatakan di dalam manual ini. 6.5.26.22 Bertugas lebih dari jangkamasa yang dibenarkan oleh undang-undang. 6.5.26.23 Mendedahkan atau berkongsi maklumat dan rahsia syarikat dengan mana-mana pihak yang tidak berkenaan. 6.5.26.24 Membuat sebarang penyataan kepada pihak ketiga selain daripada pihak Polis, pegawai-pegawai daripada Pasukan Polis Bantuan DRB-HICOM, Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM atau tanpa merujuk kepada wakil syarikat. 6.6 Tanggungjawab Khusus Pegawai Polis Bantuan DRB-HICOM 6.6.1 Superintenden Polis / Polis Bantuan (SUP/PB) Superintenden Polis / Polis Bantuan (SUP/PB) adalah bertanggungjawab untuk: - 6.6.1.1 Bertindak sebagai Ketua Pasukan Polis Bantuan DRB-HICOM dan melapor kepada Ketua - Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM. 6.6.1.2 Mewakili Ketua Bahagian semasa ketiadaan Ketua Bahagian di dalam urusanurusan yang berkaitan dengan pengurusan keselamatan perlindungan syarikat, Pasukan Polis Bantuan DRB-HICOM, Persatuan Polis Bantuan Malaysia dan program-program yang dianjurkan oleh pihak Persatuan, PDRM, agensi-agensi kerajaan atau agensi Polis Bantuan yang lain. 6.6.1.3 Merangka polisi dan strategi penugasan pegawai Polis Bantuan di dalam Kumpulan DRB-HICOM. 6.6.1.4 Memastikan operasi penugasan pegawai Polis Bantuan dijalankan berdasarkan polisi-polisi dan prosedur-prosedur yang diwujudkan yang dapat menepati objektif penubuhan Pasukan Polis Bantuan DRB-HICOM di dalam Kumpulan DRB-HICOM dan menyokong strategi keselamatan perlindungan Kumpulan DRB-HICOM secara keseluruhannya. 6.6.1.5 Memastikan semua arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan DRB-HICOM dan PDRM serta undang-undang yang berkaitan dipatuhi oleh


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 22 of 123 Uncontrolled when printed pegawai Polis Bantuan serta syarikat-syarikat di mana pegawai Polis Bantuan ditugaskan. 6.6.1.6 Memastikan segala keperluan tugasan pegawai Polis Bantuan diwujudkan dan menepati kehendak tugasan pegawai di kawasan tugasan. 6.6.1.7 Bertindak sebagai penasihat kepada syarikat-syarikat Kumpulan DRB-HICOM di dalam memastikan pengurusan keselamatan perlindungan di syarikat-syarikat Kumpulan DRB-HICOM adalah berdasarkan inisiatif analisa risiko dan pengurusan risiko keselamatan perlindungan yang menyeluruh dan berkesan. 6.6.1.8 Bertindak sebagai Pegawai Perhubungan (“Liaison Officer”) di antara pihak syarikat kumpulan dengan pihak PDRM, agensi-agensi kerajaan berkaitan, pihak berkuasa tempatan dan agensi pengendali kecemasan. 6.6.1.9 Mematuhi tanggungjawab yang disenaraikan di Perenggan (J) (mana-mana yang berkenaan). 6.6.1.10 Menjalankan tugas-tugas sepertimana yang diarahkan oleh pihak Pengurusan Kanan DRB-HICOM dan Ketua Bahagian dari semasa ke semasa bagi mencapai objektif keselamatan perlindungan Kumpulan DRB-HICOM. 6.6.2 Deputi Superintenden Polis / Polis Bantuan (DSP/PB) Deputi Superintenden Polis / Polis Bantuan (DSP/PB) adalah bertanggungjawab untuk: - 6.6.2.1 Bertindak sebagai Penolong Ketua Polis Bantuan DRB-HICOM dan melapor kepada Superintenden Polis / Polis Bantuan (SUP/PB). 6.6.2.2 Mewakili Ketua Bahagian atau SUP/PB semasa ketiadaan Ketua Bahagian atau SUP/PB di dalam urusan-urusan yang berkaitan dengan pengurusan keselamatan perlindungan syarikat, Pasukan Polis Bantuan DRB-HICOM, Persatuan Polis Bantuan Malaysia dan program-program yang dianjurkan oleh pihak Persatuan, PDRM, agensi-agensi kerajaan dan agensi Polis Bantuan yang lain. 6.6.2.3 Memastikan polisi-polisi dan prosedur-prosedur penugasan pegawai Polis Bantuan dipatuhi dan menjalankan penambahbaikan yang bersesuai dengan kelulusan pihak Ketua Bahagian dan Ketua Pasukan. 6.6.2.4 Memastikan semua arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan DRB-HICOM dan PDRM serta undang-undang yang berkaitan dipatuhi oleh pegawai Polis Bantuan serta syarikat-syarikat di mana pegawai Polis Bantuan ditugaskan. 6.6.2.5 Memastikan segala keperluan tugasan pegawai Polis Bantuan diwujudkan dan menepati kehendak tugasan pegawai di kawasan tugasan.


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 23 of 123 Uncontrolled when printed 6.6.2.6 Memastikan pengetahuan, kemahiran dan keterampilan pegawai Polis Bantuan ditingkatkan berdasarkan sistem pengenalpastian keperluan latihan yang tersusun dan berkesan. 6.6.2.7 Bertindak sebagai penasihat kepada syarikat-syarikat Kumpulan DRB-HICOM di dalam memastikan pengurusan keselamatan perlindungan di syarikat-syarikat Kumpulan DRB-HICOM adalah berdasarkan inisiatif analisis risiko dan pengurusan risiko keselamatan perlindungan yang menyeluruh dan berkesan. 6.6.2.8 Bertindak sebagai Pegawai Perhubungan (“Liaison Officer”) di antara pihak syarikat kumpulan dengan pihak PDRM, agensi-agensi kerajaan berkaitan, pihak berkuasa tempatan dan agensi pengendali kecemasan. 6.6.2.9 Mengetuai dan menjalankan siasatan dalaman sepertimana yang diarahkan oleh pihak Pegawai Kanan, Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM. 6.6.2.10 Mematuhi tanggungjawab yang disenaraikan di Perenggan (J) (mana-mana yang berkenaan). 6.6.2.11 Menjalankan tugas-tugas sepertimana yang diarahkan oleh pihak Pengurusan Kanan DRB-HICOM, Ketua Bahagian dan Pengurusan Kanan Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM dari semasa ke semasa bagi mencapai objektif keselamatan perlindungan Kumpulan DRB-HICOM. 6.6.3 Asisten Superintenden Polis / Polis Bantuan (ASP/PB) (Operasi Polis Bantuan) Asisten Superintenden Polis / Polis Bantuan (ASP/PB) (Operasi Polis Bantuan) adalah bertanggungjawab untuk: - 6.6.3.1 Bertindak sebagai Ketua Operasi Polis Bantuan, Pegawai Penyiasat Kanan, dan melapor kepada Deputi Superintenden Polis / Polis Bantuan (DSP/PB). 6.6.3.2 Mewakili SUP/PB atau DSP/PB semasa ketiadaan SUP/PB atau DSP/PB di dalam urusan-urusan yang berkaitan dengan pengurusan keselamatan perlindungan syarikat dan syarikat Kumpulan, Pasukan Polis Bantuan DRB-HICOM, Persatuan Polis Bantuan Malaysia dan program-program yang dianjurkan oleh pihak Persatuan, PDRM, agensi-agensi kerajaan atau agensi Polis Bantuan yang lain. 6.6.3.3 Memastikan semua polisi-polisi, prosedur-prosedur, arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan DRB-HICOM, Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM, Pasukan Polis Bantuan DRB-HICOM, pengurusan syarikat Kumpulan dan PDRM serta undang-undang yang berkaitan dipatuhi.


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 24 of 123 Uncontrolled when printed 6.6.3.4 Memastikan segala keperluan tugasan pegawai Polis Bantuan diwujudkan, mencukupi dan menepati kehendak tugasan pegawai di kawasan tugasan. 6.6.3.5 Memastikan pengetahuan, kemahiran dan keterampilan pegawai Polis Bantuan ditingkatkan berdasarkan sistem program latihan yang tersusun dan berkesan. 6.6.3.6 Bertindak sebagai penasihat kepada syarikat-syarikat Kumpulan DRB-HICOM di dalam memastikan pengurusan keselamatan perlindungan di syarikat-syarikat Kumpulan DRB-HICOM adalah berdasarkan inisiatif analisa risiko dan pengurusan risiko keselamatan perlindungan dan penilaian tahap keselamatan yang menyeluruh dan berkesan. 6.6.3.7 Bertindak sebagai Pegawai Perhubungan (“Liaison Officer”) di antara pihak syarikat kumpulan dengan pihak PDRM, agensi-agensi kerajaan berkaitan, pihak berkuasa tempatan dan agensi pengendali kecemasan. 6.6.3.8 Mengetuai dan menjalankan siasatan dalaman sepertimana yang diarahkan oleh Ketua Bahagian atau mana-mana Pegawai Kanan Polis Bantuan dan Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM. 6.6.3.9 Mematuhi tanggungjawab yang disenaraikan di Perenggan (J) (mana-mana yang berkenaan). 6.6.3.10 Menjalankan tugas-tugas sepertimana yang diarahkan oleh pihak Pengurusan Kanan DRB-HICOM, Ketua Bahagian, Pengurusan Kanan Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM, Ketua dan Penolong Ketua Pasukan dari semasa ke semasa bagi mencapai objektif keselamatan perlindungan Kumpulan DRB-HICOM. 6.6.4 Asisten Superintenden Polis / Polis Bantuan (ASP/PB) (Pentadbiran) Asisten Superintenden Polis / Polis Bantuan (ASP/PB) (Pentadbiran) adalah bertanggungjawab untuk: - 6.6.4.1 Bertindak sebagai Ketua Pentadbiran Polis Bantuan, Pegawai Penyiasat Kanan, dan melapor kepada Deputi Superintenden Polis / Polis Bantuan (DSP/PB). 6.6.4.2 Mewakili SUP/PB atau DSP/PB semasa ketiadaan SUP/PB atau DSP/PB di dalam urusan-urusan berkaitan dengan pengurusan keselamatan perlindungan syarikat dan syarikat Kumpulan, Pasukan Polis Bantuan DRB-HICOM, Persatuan Polis Bantuan Malaysia dan program-program yang dianjurkan oleh pihak Persatuan, PDRM, agensi-agensi kerajaan atau agensi Polis Bantuan yang lain. 6.6.4.3 Memastikan pengurusan pengambilan pegawai Polis Bantuan yang baru adalah mengikut polisi dan prosedur yang dikeluarkan oleh pihak PDRM dan syarikat untuk memilih calon Polis Bantuan yang kompeten.


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 25 of 123 Uncontrolled when printed 6.6.4.4 Memastikan semua polisi-polisi, prosedur-prosedur, arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan DRB-HICOM, Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM, Pasukan Polis Bantuan DRB-HICOM, pengurusan syarikat Kumpulan dan PDRM serta undang-undang yang berkaitan dipatuhi. 6.6.4.5 Memastikan segala keperluan Pasukan Polis Bantuan DRB-HICOM dan tugasan pegawai Polis Bantuan diwujudkan, diperolehi dalam jangkamasa yang bersesuaian, mencukupi, dikawal dengan berkesan dan menepati kehendak tugasan pegawai di kawasan tugasan. 6.6.4.6 Memastikan pengetahuan, kemahiran dan keterampilan pegawai Polis Bantuan ditingkatkan berdasarkan kepada sistem pengenalpastian keperluan latihan dan kewujudan program latihan yang tersusun dan berkesan. 6.6.4.7 Bertindak sebagai penasihat kepada syarikat-syarikat Kumpulan DRB-HICOM di dalam memastikan pengurusan keselamatan perlindungan di syarikat-syarikat Kumpulan DRB-HICOM adalah berdasarkan inisiatif analisa risiko dan pengurusan risiko keselamatan perlindungan dan penilaian tahap keselamatan yang menyeluruh dan berkesan. 6.6.4.8 Bertindak sebagai Pegawai Perhubungan (“Liaison Officer”) di antara pihak syarikat kumpulan dengan pihak PDRM, agensi-agensi kerajaan berkaitan, pihak berkuasa tempatan dan agensi pengendali kecemasan. 6.6.4.9 Mengetuai dan menjalankan siasatan dalaman sepertimana yang diarahkan oleh Ketua Bahagian atau mana-mana Pegawai Kanan Polis Bantuan dan Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM. 6.6.4.10 Mematuhi tanggungjawab yang disenaraikan di Perenggan (J) (mana-mana yang berkenaan). 6.6.4.11 Menjalankan tugas-tugas sepertimana yang diarahkan oleh pihak Pengurusan Kanan DRB-HICOM, Ketua Bahagian, Pengurusan Kanan Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM, Ketua dan Penolong Ketua Pasukan dari semasa ke semasa bagi mencapai objektif keselamatan perlindungan Kumpulan DRB-HICOM. 6.6.5 Inspektor / Polis Bantuan (INSP/PB) (Operasi Polis Bantuan) Inspektor / Polis Bantuan (INSP/PB) (Operasi Polis Bantuan) adalah bertanggungjawab untuk: - 6.6.5.1 Bertindak sebagai Penolong Ketua Operasi Polis Bantuan, Inspektor Wilayah Polis Bantuan, Pegawai Penyiasat, dan melapor kepada Asisten Superintenden Polis / Polis Bantuan (ASP/PB) (Operasi Polis Bantuan). 6.6.5.2 Mewakili SUP/PB atau DSP/PB atau ASP/PB di dalam urusan-urusan berkaitan dengan pengurusan keselamatan perlindungan syarikat dan syarikat Kumpulan,


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 26 of 123 Uncontrolled when printed Pasukan Polis Bantuan DRB-HICOM, Persatuan Polis Bantuan Malaysia dan program-program yang dianjurkan oleh pihak Persatuan, PDRM, agensi-agensi kerajaan atau agensi Polis Bantuan yang lain di dalam kawasan wilayah kawalan. 6.6.5.3 Memastikan semua polisi-polisi, prosedur-prosedur, arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan DRB-HICOM, Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM, Pasukan Polis Bantuan DRB-HICOM, pengurusan syarikat Kumpulan dan PDRM serta undang-undang yang berkaitan dipatuhi. 6.6.5.4 Memastikan segala keperluan tugasan pegawai Polis Bantuan diwujudkan, mencukupi dan menepati kehendak tugasan pegawai di kawasan tugasan. 6.6.5.5 Memastikan pengetahuan, kemahiran dan keterampilan pegawai Polis Bantuan ditingkatkan berdasarkan sistem pengenalpastian keperluan latihan dan program latihan yang tersusun dan berkesan. 6.6.5.6 Bertindak sebagai pemudahcara kepada inisiatif keselamatan perlindungan di syarikat-syarikat Kumpulan DRB-HICOM di dalam memastikan pengurusan keselamatan perlindungan di syarikat-syarikat Kumpulan DRB-HICOM adalah berdasarkan inisiatif analisa risiko dan pengurusan risiko keselamatan perlindungan dan penilaian tahap keselamatan yang menyeluruh dan berkesan. 6.6.5.7 Bertindak sebagai Pegawai Perhubungan (“Liaison Officer”) di antara pihak syarikat kumpulan dengan pihak PDRM, agensi-agensi kerajaan berkaitan, pihak berkuasa tempatan dan agensi pengendali kecemasan. 6.6.5.8 Menjalankan siasatan dalaman sepertimana yang diarahkan oleh Ketua Bahagian atau mana-mana Pegawai Kanan Polis Bantuan dan Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM. 6.6.5.9 Mematuhi tanggungjawab yang disenaraikan di Perenggan (J) (mana-mana yang berkenaan). 6.6.5.10 Menjalankan tugas-tugas sepertimana yang diarahkan oleh pihak Pengurusan Kanan DRB-HICOM, Ketua Bahagian, Pengurusan Kanan Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM, Ketua dan Penolong Ketua Pasukan dari semasa ke semasa bagi mencapai objektif keselamatan perlindungan Kumpulan DRB-HICOM. 6.6.6 Inspektor / Polis Bantuan (INSP/PB) (Pentadbiran) Inspektor / Polis Bantuan (INSP/PB) (Pentadbiran) adalah bertanggungjawab untuk: - 6.6.6.1 Bertindak sebagai Penolong Ketua Pentadbiran Polis Bantuan dan melapor kepada Asisten Superintenden Polis / Polis Bantuan (ASP/PB) (Pentadbiran); 6.6.6.2 Bertindak sebagai Pegawai Penyiasat, dan melapor kepada Asisten Superintenden Polis / Polis Bantuan (ASP/PB) (Operasi Polis Bantuan).


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 27 of 123 Uncontrolled when printed 6.6.6.3 Mewakili SUP/PB atau DSP/PB atau ASP/PB di dalam urusan-urusan berkaitan dengan pengurusan keselamatan perlindungan syarikat dan syarikat Kumpulan, Pasukan Polis Bantuan DRB-HICOM, Persatuan Polis Bantuan Malaysia dan program-program yang dianjurkan oleh pihak Persatuan, PDRM, agensi-agensi kerajaan atau agensi Polis Bantuan yang lain. 6.6.6.4 Membantu ASP/PB (Pentadbiran) memastikan pengurusan pengambilan pegawai Polis Bantuan baru adalah mengikut polisi dan prosedur yang digunakan oleh pihak PDRM dan syarikat untuk memilih calon Polis Bantuan yang kompeten. 6.6.6.5 Membantu ASP/PB (Pentadbiran) mewujudkan dan memastikan semua polisipolisi, prosedur-prosedur, arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan DRB-HICOM, Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM, Pasukan Polis Bantuan DRB-HICOM, pengurusan syarikat Kumpulan dan PDRM serta undang-undang yang berkaitan dipatuhi. 6.6.6.6 Membantu ASP/PB (Pentadbiran) memastikan segala keperluan Unit Polis Bantuan DRB-HICOM dan tugasan pegawai Polis Bantuan diwujudkan, diperolehi dalam jangkamasa yang bersesuaian, mencukupi, dikawal dengan berkesan dan menepati kehendak tugasan pegawai di kawasan tugasan. 6.6.6.7 Membantu ASP/PB (Pentadbiran) memastikan pengetahuan, kemahiran dan keterampilan pegawai Polis Bantuan ditingkatkan berdasarkan sistem pengenalpastian keperluan latihan dan kewujudan program latihan yang tersusun dan berkesan. 6.6.6.8 Bertindak sebagai pemudahcara kepada inisiatif keselamatan perlindungan di syarikat-syarikat Kumpulan DRB-HICOM di dalam memastikan pengurusan keselamatan perlindungan di syarikat-syarikat Kumpulan DRB-HICOM adalah berdasarkan inisiatif analisis risiko dan pengurusan risiko keselamatan perlindungan dan penilaian tahap keselamatan yang menyeluruh dan berkesan. 6.6.6.9 Bertindak sebagai Pegawai Perhubungan (“Liaison Officer”) di antara pihak syarikat kumpulan dengan pihak PDRM, agensi-agensi kerajaan berkaitan, pihak berkuasa tempatan dan agensi pengendali kecemasan. 6.6.6.10 Menjalankan siasatan dalaman sepertimana yang diarahkan oleh Ketua Bahagian atau mana-mana Pegawai Kanan Polis Bantuan dan Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM. 6.6.6.11 Mematuhi tanggungjawab yang disenaraikan di Perenggan (J) (mana-mana yang berkenaan).


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 28 of 123 Uncontrolled when printed 6.6.6.12 Menjalankan tugas-tugas sepertimana yang diarahkan oleh pihak Pengurusan Kanan DRB-HICOM, Ketua Bahagian, Pengurusan Kanan Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM, Ketua dan Penolong Ketua Pasukan dari semasa ke semasa bagi mencapai objektif keselamatan perlindungan Kumpulan DRB-HICOM. 6.6.7 Sub Inspektor / Polis Bantuan (SI/PB) Sub Inspektor Polis / Polis Bantuan (SI/PB) (Operasi Polis Bantuan) adalah bertanggungjawab untuk: - 6.6.7.1 Bertindak sebagai Ketua Wilayah Kanan Polis Bantuan, Penolong Pegawai Penyiasat Kanan I (Satu), dan melapor kepada Inspektor Polis / Polis Bantuan (INSP/PB) (Operasi Polis Bantuan). 6.6.7.2 Mewakili SUP/PB atau DSP/PB atau ASP/PB atau INSP/PB di dalam urusanurusan berkaitan dengan pengurusan keselamatan perlindungan syarikat dan syarikat Kumpulan, Pasukan Polis Bantuan DRB-HICOM, Persatuan Polis Bantuan Malaysia dan program-program yang dianjurkan oleh pihak Persatuan, PDRM, agensi-agensi kerajaan atau agensi Polis Bantuan yang lain di dalam kawasan wilayah kawalan. 6.6.7.3 Menguatkuasa semua polisi-polisi, prosedur-prosedur, arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan DRB-HICOM, Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM, Pasukan Polis Bantuan DRB-HICOM, pengurusan syarikat Kumpulan dan PDRM serta undang-undang yang berkaitan ke atas pegawai Polis Bantuan. 6.6.7.4 Memastikan segala urusan kebajikan dan keperluan tugasan pegawai Polis Bantuan diwujudkan, mencukupi dan menepati kehendak tugasan pegawai di kawasan tugasan. 6.6.7.5 Menjalankan program latihan bagi memastikan pengetahuan, kemahiran dan keterampilan pegawai Polis Bantuan ditingkatkan berdasarkan sistem pengenalpastian keperluan latihan dan program latihan yang tersusun dan berkesan. 6.6.7.6 Membantu Pegawai-pegawai Kanan Polis Bantuan memudahcara kepada inisiatif keselamatan perlindungan di syarikat-syarikat Kumpulan DRB-HICOM di dalam memastikan pengurusan keselamatan perlindungan di syarikat-syarikat Kumpulan DRB-HICOM adalah berdasarkan inisiatif analisa risiko dan pengurusan risiko keselamatan perlindungan dan penilaian tahap keselamatan yang menyeluruh dan berkesan.


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 29 of 123 Uncontrolled when printed 6.6.7.7 Bertindak sebagai Pegawai Perhubungan (“Liaison Officer”) di antara pihak syarikat kumpulan dengan pihak PDRM, agensi-agensi kerajaan berkaitan, pihak berkuasa tempatan dan agensi pengendali kecemasan. 6.6.7.8 Membantu Pegawai Penyiasat menjalankan siasatan dalaman sepertimana yang diarahkan oleh Ketua Bahagian atau mana-mana Pegawai Kanan Polis Bantuan dan Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM. 6.6.7.9 Mematuhi tanggungjawab yang disenaraikan di Perenggan (J) (mana-mana yang berkenaan). 6.6.7.10 Menjalankan tugas-tugas sepertimana yang diarahkan oleh pihak Pengurusan Kanan DRB-HICOM, Ketua Bahagian, Pengurusan Kanan Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM dan Pegawai Kanan Polis Bantuan DRB-HICOM dari semasa ke semasa bagi mencapai objektif keselamatan perlindungan Kumpulan DRB-HICOM. 6.6.8 Sarjan Mejar / Polis Bantuan (SM/PB) Sarjan Mejar / Polis Bantuan (SM/PB) adalah bertanggungjawab untuk: - 6.6.8.1 Bertindak sebagai Ketua Wilayah I (Satu) Polis Bantuan, Penolong Pegawai Penyiasat Kanan II (Dua), Ketua Polis Bantuan Cawangan (Ketua Unit), dan melapor kepada Sub Inspektor / Polis Bantuan (SI/PB) dan/atau Inspektor Polis / Polis Bantuan (INSP/PB) (Operasi Polis Bantuan). 6.6.8.2 Mewakili SUP/PB atau DSP/PB atau ASP/PB atau INSP/PB atau SI/PB di dalam urusan-urusan berkaitan dengan pengurusan keselamatan perlindungan syarikat dan syarikat Kumpulan, Pasukan Polis Bantuan DRB-HICOM, Persatuan Polis Bantuan Malaysia dan program-program yang dianjurkan oleh pihak Persatuan, PDRM, agensi-agensi kerajaan atau agensi Polis Bantuan yang lain di dalam kawasan wilayah kawalan. 6.6.8.3 Menguatkuasa semua polisi-polisi, prosedur-prosedur, arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan DRB-HICOM, Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM, Pasukan Polis Bantuan DRB-HICOM, pengurusan syarikat Kumpulan dan PDRM serta undang-undang yang berkaitan ke atas pegawai Polis Bantuan. 6.6.8.4 Memastikan segala urusan kebajikan dan keperluan tugasan pegawai Polis Bantuan diwujudkan, mencukupi dan menepati kehendak tugasan pegawai di kawasan tugasan. 6.6.8.5 Menjalankan program latihan bagi memastikan pengetahuan, kemahiran dan keterampilan pegawai Polis Bantuan ditingkatkan berdasarkan sistem


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 30 of 123 Uncontrolled when printed pengenalpastian keperluan latihan dan program latihan yang tersusun dan berkesan. 6.6.8.6 Membantu Pegawai-pegawai Kanan Polis Bantuan memudahcara kepada inisiatif keselamatan perlindungan di syarikat-syarikat Kumpulan DRB-HICOM di dalam memastikan pengurusan keselamatan perlindungan di syarikat-syarikat Kumpulan DRB-HICOM adalah berdasarkan inisiatif analisis risiko dan pengurusan risiko keselamatan perlindungan dan penilaian tahap keselamatan yang menyeluruh dan berkesan. 6.6.8.7 Bertindak sebagai Pegawai Perhubungan (“Liaison Officer”) di antara pihak syarikat kumpulan dengan pihak PDRM, agensi-agensi kerajaan berkaitan, pihak berkuasa tempatan dan agensi pengendali kecemasan. 6.6.8.8 Membantu Pegawai Penyiasat menjalankan siasatan dalaman sepertimana yang diarahkan oleh Ketua Bahagian atau mana-mana Pegawai Kanan Polis Bantuan dan Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM. 6.6.8.9 Mematuhi tanggungjawab yang disenaraikan di Perenggan (J) (mana-mana yang berkenaan). 6.6.8.10 Menjalankan tugas-tugas sepertimana yang diarahkan oleh pihak Pengurusan Kanan DRB-HICOM, Ketua Bahagian, Pengurusan Kanan Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM dan Pegawai Kanan Polis Bantuan DRB-HICOM dari semasa ke semasa bagi mencapai objektif keselamatan perlindungan Kumpulan DRB-HICOM. 6.6.9 Sarjan / Polis Bantuan (SJN/PB) Sarjan / Polis Bantuan (SJN/PB) adalah bertanggungjawab untuk: - 6.6.9.1 Bertindak sebagai Ketua Wilayah II (Dua) Polis Bantuan, Penolong Pegawai Penyiasat Kanan III (Tiga); Ketua Polis Bantuan Cawangan (Ketua Unit), dan melapor kepada wakil syarikat di atas urusan operasi keselamatan perlindungan syarikat, dan Sarjan Mejar / Polis Bantuan (SM/PB) atau Sub Inspektor / Polis Bantuan atau Inspektor Polis / Polis Bantuan (INSP/PB) (Operasi Polis Bantuan) yang bertanggungjawab ke atas cawangan atau tugasannya. 6.6.9.2 Mewakili SUP/PB atau DSP/PB atau ASP/PB atau INSP/PB atau SI/PB atau SM/PB di dalam urusan-urusan berkaitan dengan pengurusan keselamatan perlindungan syarikat dan syarikat Kumpulan, Pasukan Polis Bantuan DRBHICOM, Persatuan Polis Bantuan Malaysia dan program-program yang dianjurkan oleh pihak Persatuan, PDRM, agensi-agensi kerajaan atau agensi Polis Bantuan yang lain di dalam kawasan wilayah kawalan atau cawangan kawalan.


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 31 of 123 Uncontrolled when printed 6.6.9.3 Menguatkuasa semua polisi-polisi, prosedur-prosedur, arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan DRB-HICOM, Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM, Pasukan Polis Bantuan DRB-HICOM, pengurusan syarikat Kumpulan dan PDRM serta undang-undang yang berkaitan ke atas pegawai Polis Bantuan. 6.6.9.4 Memastikan segala urusan kebajikan dan keperluan tugasan pegawai Polis Bantuan diwujudkan, mencukupi dan menepati kehendak tugasan pegawai di kawasan tugasan. 6.6.9.5 Menjalankan program latihan bagi memastikan pengetahuan, kemahiran dan keterampilan pegawai Polis Bantuan ditingkatkan berdasarkan sistem pengenalpastian keperluan latihan dan program latihan yang tersusun dan berkesan. 6.6.9.6 Membantu Pegawai-pegawai Kanan Polis Bantuan memudahcara inisiatif keselamatan perlindungan di syarikat-syarikat Kumpulan DRB-HICOM di dalam memastikan pengurusan keselamatan perlindungan di syarikat-syarikat Kumpulan DRB-HICOM adalah berdasarkan inisiatif analisis risiko dan pengurusan risiko keselamatan perlindungan dan penilaian tahap keselamatan yang menyeluruh dan berkesan. 6.6.9.7 Bertindak sebagai Pegawai Perhubungan (“Liaison Officer”) di antara pihak syarikat kumpulan dengan pihak PDRM, agensi-agensi kerajaan berkaitan, pihak berkuasa tempatan dan agensi pengendali kecemasan. 6.6.9.8 Membantu Pegawai Penyiasat menjalankan siasatan dalaman sepertimana yang diarahkan oleh Ketua Bahagian atau mana-mana Pegawai Kanan Polis Bantuan dan Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM. 6.6.9.9 Mematuhi tanggungjawab yang disenaraikan di Perenggan (J) (mana-mana yang berkenaan). 6.6.9.10 Menjalankan tugas-tugas sepertimana yang diarahkan oleh pihak Pengurusan Kanan DRB-HICOM, Ketua Bahagian, Pengurusan Kanan Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM dan Pegawai Kanan Polis Bantuan DRB-HICOM dari semasa ke semasa bagi mencapai objektif keselamatan perlindungan Kumpulan DRB-HICOM. 6.6.10 Koperal / Polis Bantuan (KPL/PB) Koperal / Polis Bantuan (KPL/PB) adalah bertanggungjawab untuk: - 6.6.10.1 Bertindak sebagai Ketua Polis Bantuan Cawangan I (Satu) (Ketua Unit), dan melapor kepada wakil syarikat dan Ketua Wilayah Polis Bantuan yang


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 32 of 123 Uncontrolled when printed bertanggungjawab ke atas cawangannya; atau Penolong Ketua Polis Bantuan Cawangan (Ketua Syif) dan melapor kepada Sarjan / Polis Bantuan (SJN/PB) (Ketua Unit). 6.6.10.2 Mewakili SUP/PB atau DSP/PB atau ASP/PB atau INSP/PB atau SI/PB atau SM/PB atau SJN/PB di dalam urusan-urusan berkaitan dengan penyeliaan operasi keselamatan perlindungan di dalam kawasan kawalan. 6.6.10.3 Menguatkuasa semua polisi-polisi, prosedur-prosedur, arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan DRB-HICOM, Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM, Pasukan Polis Bantuan DRB-HICOM, pengurusan syarikat Kumpulan dan PDRM serta undang-undang yang berkaitan ke atas pegawai Polis Bantuan. 6.6.10.4 Memastikan segala urusan kebajikan dan keperluan tugasan pegawai Polis Bantuan diwujudkan, mencukupi dan menepati kehendak tugasan pegawai di kawasan tugasan. 6.6.10.5 Menjalankan program latihan setempat bagi memastikan pengetahuan, kemahiran dan keterampilan pegawai Polis Bantuan ditingkatkan berdasarkan sistem pengenalpastian keperluan latihan dan program latihan yang tersusun dan berkesan. 6.6.10.6 Membantu Pegawai-pegawai Kanan Polis Bantuan memudahcara inisiatif keselamatan perlindungan di syarikat-syarikat Kumpulan DRB-HICOM di dalam memastikan pengurusan keselamatan perlindungan di syarikat-syarikat Kumpulan DRB-HICOM adalah berdasarkan inisiatif analisis risiko dan pengurusan risiko keselamatan perlindungan dan penilaian tahap keselamatan yang menyeluruh dan berkesan. 6.6.10.7 Bertindak sebagai Pegawai Perhubungan (“Liaison Officer”) di antara pihak syarikat kumpulan dengan pihak PDRM, agensi-agensi kerajaan berkaitan, pihak berkuasa tempatan dan agensi pengendali kecemasan setempat. 6.6.10.8 Mematuhi tanggungjawab yang disenaraikan di Perenggan (J) (mana-mana yang berkenaan). 6.6.10.9 Menjalankan tugas-tugas sepertimana yang diarahkan oleh pihak Pengurusan Kanan DRB-HICOM, Ketua Bahagian, Pengurusan Kanan Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM dan Pegawai Kanan Polis Bantuan DRB-HICOM dari semasa ke semasa bagi mencapai objektif keselamatan perlindungan Kumpulan DRB-HICOM.


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 33 of 123 Uncontrolled when printed 6.6.11 Lans Koperal / Polis Bantuan (LKPL/PB) Lans Koperal / Polis Bantuan (LKPL/PB) adalah bertanggungjawab untuk: 6.6.11.1 Bertindak sebagai Ketua Polis Bantuan Cawangan II (Dua) (Ketua Unit), dan melapor kepada wakil syarikat dan Ketua Wilayah Polis Bantuan; Penolong Ketua Polis Bantuan Cawangan (Ketua Syif) dan melapor kepada Koperal / Polis Bantuan (KPL/PB) (Ketua Unit) dan/atau wakil syarikat. 6.6.11.2 Mewakili SUP/PB atau DSP/PB atau ASP/PB atau INSP/PB atau SI/PB atau SM/PB atau SJN/PB atau KPL/PB di dalam urusan-urusan berkaitan dengan penyeliaan operasi keselamatan perlindungan di dalam kawasan kawalan. 6.6.11.3 Menguatkuasa semua polisi-polisi, prosedur-prosedur, arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan DRB-HICOM, Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM, Pasukan Polis Bantuan DRB-HICOM, pengurusan syarikat Kumpulan dan PDRM serta undang-undang yang berkaitan ke atas pegawai Polis Bantuan. 6.6.11.4 Memastikan segala urusan kebajikan dan keperluan tugasan pegawai Polis Bantuan diwujudkan, mencukupi dan menepati kehendak tugasan pegawai di kawasan tugasan. 6.6.11.5 Membantu Ketua Wilayah Polis Bantuan atau Ketua Polis Bantuan Cawangan (Ketua Unit) menjalankan program latihan setempat bagi memastikan pengetahuan, kemahiran dan keterampilan pegawai Polis Bantuan ditingkatkan berdasarkan sistem pengenalpastian keperluan latihan dan program latihan yang tersusun dan berkesan. 6.6.11.6 Membantu Pegawai-pegawai Kanan Polis Bantuan memudahcara inisiatif keselamatan perlindungan di syarikat-syarikat Kumpulan DRB-HICOM di dalam memastikan pengurusan keselamatan perlindungan di syarikat-syarikat Kumpulan DRB-HICOM adalah berdasarkan inisiatif analisis risiko dan pengurusan risiko keselamatan perlindungan dan penilaian tahap keselamatan yang menyeluruh dan berkesan. 6.6.11.7 Bertindak sebagai Pegawai Perhubungan (“Liaison Officer”) di antara pihak syarikat kumpulan dengan pihak PDRM, agensi-agensi kerajaan berkaitan, pihak berkuasa tempatan dan agensi pengendali kecemasan setempat. 6.6.11.8 Mematuhi tanggungjawab yang disenaraikan di Perenggan (J) (mana-mana yang berkenaan). 6.6.11.9 Menjalankan tugas-tugas sepertimana yang diarahkan oleh pihak Pengurusan Kanan DRB-HICOM, Ketua Bahagian, Pengurusan Kanan Bahagian Keselamatan


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 34 of 123 Uncontrolled when printed Kumpulan DRB-HICOM dan Pegawai Kanan Polis Bantuan DRB-HICOM dari semasa ke semasa bagi mencapai objektif keselamatan perlindungan Kumpulan DRB-HICOM. 6.6.12 Konstabel / Polis Bantuan (KONST/PB) Konstabel / Polis Bantuan (KONST/PB) adalah bertanggungjawab untuk: - 6.6.12.1 Melapor kepada Lans Koperal / Polis Bantuan (KPL/PB), Ketua Unit, Ketua Syif dan/atau wakil syarikat. 6.6.12.2 Menguatkuasa semua polisi-polisi, prosedur-prosedur, arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan DRB-HICOM, Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM, Pasukan Polis Bantuan DRB-HICOM, pengurusan syarikat Kumpulan dan PDRM serta undang-undang yang berkaitan ke atas kakitangan, pelanggan, kontraktor dan pembekal syarikat di mana pegawai ditugaskan. 6.6.12.3 Memastikan segala urusan kebajikan dan keperluan tugasan mencukupi dan menepati kehendak tugasan pegawai. 6.6.12.4 Melibatkan diri di dalam program latihan setempat secara formal atau tidak formal bagi memastikan pengetahuan, kemahiran dan keterampilan pegawai ditingkatkan. 6.6.12.5 Membantu Pegawai-pegawai Kanan Polis Bantuan memudahcara inisiatif keselamatan perlindungan di syarikat-syarikat Kumpulan DRB-HICOM di dalam memastikan pengurusan keselamatan perlindungan di syarikat-syarikat Kumpulan DRB-HICOM adalah berdasarkan inisiatif analisis risiko dan pengurusan risiko keselamatan perlindungan dan penilaian tahap keselamatan yang menyeluruh dan berkesan. 6.6.12.6 Bertindak sebagai Pembantu Pegawai Perhubungan (“Assistant Liaison Officer”) di antara pihak syarikat kumpulan dengan pihak PDRM, agensi-agensi kerajaan berkaitan, pihak berkuasa tempatan dan agensi pengendali kecemasan setempat. 6.6.12.7 Mematuhi tanggungjawab yang disenaraikan di Perenggan (J) (mana-mana yang berkenaan). 6.6.12.8 Menjalankan tugas-tugas sepertimana yang diarahkan oleh pihak Pengurusan Kanan DRB-HICOM, Ketua Bahagian, Pengurusan Kanan Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM dan Pegawai Kanan Polis Bantuan DRB-HICOM dari semasa ke semasa bagi mencapai objektif keselamatan perlindungan Kumpulan DRB-HICOM.


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 35 of 123 Uncontrolled when printed 6.7 Tugasan Penyeliaan 1 - Pegawai Polis Bantuan Di Wilayah-Wilayah 6.7.1 Tanggungjawab: Ketua Wilayah Polis Bantuan 6.7.2 Setiap Ketua Wilayah HENDAKLAH: - 6.7.2.1 Memastikan pengetahuan dan kemahiran terhadap semua polisi-polisi dan arahanarahan yang dikeluarkan oleh pihak Bahagian Keselamatan Kumpulan DRBHICOM, Pasukan Polis Bantuan DRB-HICOM, PDRM dan syarikat kumpulan berkaitan penugasan dan kebajikan pegawai Polis Bantuan difahami dan dikemaskini setiap masa. 6.7.2.2 Memastikan segala keperluan tugasan pegawai Polis Bantuan berikut mencukupi melalui aktiviti-aktiviti pemantauan dan lawatan cawangan, perbualan atau pertemuan dengan pegawai-pegawai Polis Bantuan dan wakil syarikat tetapi tidak terhad kepada: - 6.7.2.2.1 Polisi-polisi dan prosedur-prosedur tugasan am dan khusus. 6.7.2.2.2 Polisi-polisi disiplin dan tatacara etika kerja syarikat kumpulan. 6.7.2.2.3 Peralatan-peralatan bantu tugasan seperti pos kawalan, gari, t-baton, jam kunci rekod rondaan (“watchman clock”), buku-buku rekod, papan tanda amaran dan keselamatan, perabot-perabot bantu tugasan, alatulis, lampu suluh, baton lalulintas (‘traffic baton”), kipas atau alat penghawa dingin, perabot-perabot tempat simpan barangan terkawal, peralatan pembersihan dan sebagainya. 6.7.2.2.4 Pakaian seragam dan pakaian tambahan seperti baju keselamatan dan baju hujan. 6.7.2.2.5 Kenderaan bantu rondaan. 6.7.2.2.6 Buku-buku rekod tugasan seperti Buku Saku, Buku Perharian Balai dan Buku Lawatan Pegawai. 6.7.2.3 Memastikan pegawai Polis Bantuan mematuhi semua polisi-polisi dan prosedurprosedur am dan khusus yang telah ditetapkan oleh Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM, Pasukan Polis Bantuan DRB-HICOM, PDRM dan syarikat kumpulan termasuk tetapi tidak terhad kepada: - 6.7.2.3.1 Akta Polis 1967. 6.7.2.3.2 Peraturan-Peraturan Polis Bantuan 1970. 6.7.2.3.3 Peraturan-Peraturan Polis (Kelakuan dan Tatatertib) (Pegawai Rendah Polis dan Mata-Mata) 1970 (DRBH-SOP-ST-04). 6.7.2.3.4 Peraturan-Peraturan Am Penjawat Awam – Bab D (DRBH-SOP-ST-04). 6.7.2.3.5 Perintah Tetap Ketua Polis Negara yang berkaitan.


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 36 of 123 Uncontrolled when printed 6.7.2.3.6 Arahan-Arahan pentadbiran semasa PDRM. 6.7.2.3.7 Undang-Undang Buruh dan Akta Pekerjaan 1955. 6.7.2.3.8 Arahan Pentadbiran semasa Bahagian Keselamatan Kumpulan DRBHICOM berkaitan pemakaian pakaian seragam Polis Bantuan, penjadualan waktu bertugas, Pengurusan kenderaan Polis Bantuan dan lain-lain. 6.7.2.3.9 Arahan-arahan yang disenaraikan di dalam manual Arahan ini. 6.7.2.3.10 Polisi berkenaan kedatangan dan cuti. 6.7.2.4 Menguruskan perkara-perkara berkaitan kekuatan pegawai bertugas di cawangancawangan dengan mengadakan perbincangan dan mendapatkan persetujuan dengan wakil-wakil syarikat pegawai-pegawai Polis Bantuan yang lain di cawangancawangan lain dan/atau Inspektor Wilayah. 6.7.2.5 Memastikan kebajikan dan kilanan pegawai-pegawai Polis Bantuan diuruskan dengan segera berdasarkan keperluan semasa dan peruntukan-peruntukan perkhidmatan sebagai seorang pegawai Polis Bantuan dan kakitangan syarikat. 6.7.2.6 Membantu Ketua Unit setiap cawangan menilai pengetahuan dan kemahiran pegawai Polis Bantuan Cawangan serta melatih, meningkatkan dan menunjuk ajar tatacara, proses kerja dan penggunaan peralatan kerja dan syarikat yang betul kepada pegawai Polis Bantuan. 6.7.2.7 Proses menunjuk ajar dan melatih yang asas adalah berdasarkan kepada proses “Show, Tell, Do, Check” berikut: - 6.7.2.7.1 “Show” (Tunjuk) – Tunjukkan secara praktikal apakah yang perlu dilakukan, mengapa tugasan itu penting dan bagaimana tugasan atau proses tersebut dilakukan, atau peralatan digunakan. 6.7.2.7.2 “Tell” (Beritahu) – Beritahu secara lisan dan tunjukkan secara praktikal langkah-langkah yang betul bagi menjalankan tugas atau menggunakan peralatan dengan betul. 6.7.2.7.3 “Do” (Buat) – Arahkan pegawai untuk membuat tugasan atau menggunakan peralatan dengan Ketua Wilayah melihat perbuatan tersebut. 6.7.2.7.4 “Check” (Periksa) – Ketua Wilayah menilai perbuatan dan tindakan pegawai dan memberikan maklumbalas sama ada tindakan tersebut adalah seperti yang dikehendaki atau tidak. Jika tidak, tunjuk dan betulkan mana-mana tindakan atau proses yang salah. Ketua Wilayah hendaklah meningkatkan kekerapan pemeriksaan ke atas prestasi


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 37 of 123 Uncontrolled when printed pegawai jika didapati pegawai masih lagi mempunyai kelemahan di dalam menjalankan tugas. 6.7.2.8 Merekodkan setiap aktiviti yang dijalankan dan perubahan-perubahan serta pencapaian pegawai Polis Bantuan di dalam “Rekod Prestasi Pegawai Polis Bantuan” (DRBH-POL-ST-01-F01) untuk dijadikan rujukan semasa penilaian prestasi dwi-tahunan dijalankan. 6.7.2.9 Menjalankan sesi nasihat, kaunseling dan mengambil tindakan disiplin ke atas pegawai Polis Bantuan yang tidak mematuhi arahan yang sah yang diperturunkan melalui polisi-polisi dan prosedur-prosedur am dan khusus yang telah ditetapkan oleh Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM, PDRM atau syarikat kumpulan sama ada secara lisan ataupun bertulis atau melakukan kesalahankesalahan sepertimana yang disenaraikan di dalam dokumen-dokumen rujukan berikut sama ada yang ditemui sendiri semasa lawatan pemantauan, laporan lisan atau bertulis daripada Ketua Unit atau wakil syarikat: - 6.7.2.9.1 Buku Etika Perniagaan Syarikat; 6.7.2.9.2 Buku Etika Perniagaan DRB-HICOM; 6.7.2.9.3 Peraturan-Peraturan Polis (Kelakuan dan Tatatertib) (Pegawai Rendah Polis dan Mata-Mata) 1970 DRBH-SOP-ST-04); 6.7.2.9.4 Peraturan-Peraturan Am Penjawat Awam – Bab D DRBH-SOP-ST-04); 6.7.2.9.5 Senarai “Kesalahan-Kesalahan Kecil dan Besar” (DRBH-SOP-ST-04); dan/atau 6.7.2.9.6 Keingkaran dan ketidakakuran terhadap arahan-arahan yang dinyatakan di dalam manual ini. 6.7.2.10 Menjalankan penilaian terhadap prestasi pegawai-pegawai Polis Bantuan secara harian, mingguan dan bulanan dengan dibantu oleh Ketua Unit dan bekerjasama dengan wakil syarikat menjalankan penilaian prestasi prestasi dwi-tahunan pegawai-pegawai di bawah seliannya. 6.7.2.11 Melaporkan kepada Inspektor Wilayah Polis Bantuan perkara-perkara berikut pada kadar jangkamasa yang ditetapkan oleh Inspektor Wilayah Polis Bantuan tetapi tidak terhad kepada: - 6.7.2.11.1 Kedatangan harian pegawai-pegawai Polis Bantuan – seperti lewat hadir, menamatkan tugas awal, cuti, sakit dan kecemasan. 6.7.2.11.2 Kes-kes disiplin dan ketidakakuran pegawai-pegawai Polis Bantuan. 6.7.2.11.3 Hal-hal berkaitan kebajikan dan kilanan yang diuruskan.


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 38 of 123 Uncontrolled when printed 6.7.2.11.4 Perkembangan-perkembangan di cawangan-cawangan di dalam wilayah penyeliaan. 6.7.2.11.5 Lawatan, rondaan dan pertemuan-pertemuan dengan pihak wakil syarikat, PDRM dan agensi-agensi yang lain. 6.7.2.11.6 Latihan-latihan yang dijalankan. 6.7.2.11.7 Aktiviti-aktiviti komunikasi dengan pihak-pihak yang berkepentingan – wakil syarikat, Balai Polis setenpat dan agensi-agensi kerajaan yang lain. 6.7.2.11.8 Maklumat-maklumat berkaitan keselamatan setempat. 6.7.2.11.9 Tugasan-tugasan am dan khas. 6.7.3 Setiap Ketua Wilayah DILARANG sama sekali: - 6.7.3.1 Menggunakan kedudukan sebagai Ketua Wilayah untuk kepentingan diri sendiri. 6.7.3.2 Bertindak di luar bidang kuasa dan lingkungan tugasan yang telah ditetapkan oleh pihak Bahagian Keselamatan Kumpulan dan DRB-HICOM Berhad. 6.7.3.3 Bertindak melakukan perkara-perkara yang dilarang atau tidak melaksanakan perkara-perkara atau arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak PDRM, Pengurusan DRB-HICOM, pegawai atasan atau Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM. 6.8 Tugasan Penyeliaan 2 - Pegawai Polis Bantuan di Cawangan-Cawangan 6.8.1 Tanggungjawab: Ketua Unit (Ketua Polis Bantuan Cawangan) atau jika ketiadaan Ketua Unit, tugas penyeliaan adalah tanggungjawab Ketua Syif (Penolong Ketua Polis Bantuan Cawangan). 6.8.2 Setiap Ketua Unit HENDAKLAH menyediakan jadual kerja berikut (Jadual 2) dan dimaklumkan kepada semua pegawai mengikut jangkamasa yang ditetapkan di bawah berpandukan kepada “Panduan Penyusunan Jadual Kerja” (DRBH-SOP-ST-01): - Perenggan Jenis Jadual Kerja Tindakan Diedarkan kepada anggota 2.2.1 Bulanan Kelulusan Wakil Syarikat sebelum diedarkan Sebelum 1 haribulan bulan jadual kerja 2.2.2 Mingguan - Sebelum Ahad minggu berikutnya 2.2.3 Harian - 15 minit sebelum waktu bertugas rasmi


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 39 of 123 Uncontrolled when printed 6.8.3 Menguruskan permohonan dan kelulusan cuti-cuti dengan berkesan dan memastikan kekuatan pegawai Polis Bantuan yang bertugas mencukupi setiap masa berdasarkan kepada kehendak tugasan semasa. 6.8.3.1 Memastikan permohonan cuti tahunan (“Annual Leave”) pegawai Polis Bantuan telah diluluskan sebelum pegawai dibenarkan bercuti. 6.8.3.2 Memastikan pegawai Polis Bantuan memajukan permohonan cuti kecemasan (“Emergency Leave”) dengan segera pada hari pertama pegawai Polis Bantuan tersebut melaporkan diri untuk menyambungkan tugas. 6.8.3.3 Memastikan pegawai Polis Bantuan memajukan permohonan cuti perubatan (“Medical Leave”) dengan segera pada hari pertama pegawai Polis Bantuan tersebut melaporkan diri untuk menyambungkan tugas. 6.8.3.4 Melaporkan kepada wakil syarikat dan Ketua Wilayah jika mana-mana pegawai Polis Bantuan gagal mematuhi Perenggan (M) (2.2.1), (M) (2.2.2) dan (M) (2.2.3) di atas untuk tindakan selanjutnya. 6.8.4 Memantau sesi serah menyerah tugas di antara dua Ketua Syif bagi giliran kerja yang akan datang dan 30 minit sebelum waktu kerja rasmi bermula. 6.8.5 Memastikan semua pegawai Polis Bantuan hadir di dalam sesi panggil nama (“roll call”) dan memantau (atau mengetuai) sesi panggil nama 15 minit sebelum waktu kerja rasmi bermula. 6.8.6 Memastikan semua kenderaan Polis Bantuan (jika ada) dan peralatan di semua pos dan tugasan mencukupi dan dalam keadaan baik. 6.8.7 Menggunakan senarai semak di dalam DRBH-POL-ST-01-F02 (Senarai Semak Pemeriksaan Pos Kawalan) dan DRBH-POL-ST-01-F03 (Senarai Semak Pemeriksaan Kenderaan Harian) untuk pemeriksaan peralatan di semua pos tugasan dan kenderaan-kenderaan Pasukan Polis Bantuan (jika ada). 6.8.8 Memastikan semua pegawai Polis Bantuan mematuhi semua polisi dan peraturan yang dikeluarkan oleh pihak PDRM, Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM dan pengurusan syarikat. 6.8.9 Ketua Unit hendaklah sentiasa peka terhadap apa-apa polisi dan prosedur operasi perniagaan yang dikeluarkan oleh pihak syarikat bagi tujuan operasi Jabatan lain. 6.8.10 Ketua Unit perlu merujuk kepada wakil syarikat untuk memastikan kesan (“impact”) polisi dan prosedur baru yang dinyatakan di Perenggan (M)(2.6.1) terhadap operasi keselamatan syarikat, arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM dan PDRM, dan tindakan yang sewajarnya diambil.


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 40 of 123 Uncontrolled when printed 6.8.11 Ketua Unit dengan segera hendaklah memaklumkan perubahan-perubahan yang ada kepada semua pegawai Polis Bantuan secara lisan dan hendaklah diikuti dengan arahan bertulis yang diluluskan oleh wakil syarikat. 6.8.12 Semua polisi, prosedur tugasan dan arahan lisan atau bertulis hendaklah di rekodkan di dalam fail khusus. Fail-fail khusus hendaklah diwujudkan dan disimpan di dalam tempat yang selamat untuk membolehkan semua pegawai Polis Bantuan membuat rujukan dari semasa ke semasa. 6.8.13 Memantau pematuhan, keberkesanan dan prestasi tugasan yang dijalankan oleh setiap pegawai Polis Bantuan di semua pos tugasan. 6.8.13.1 Menjalankan rondaan dan pemeriksaan fizikal ke pos-pos tugasan sekurangkurangnya setiap 30 minit. 6.8.13.2 Memeriksa Buku Saku pegawai Polis Bantuan dan Buku Perharian Balai bagi memastikan laporan-laporan telah lengkap dikemaskini. 6.8.13.3 Memastikan pegawai Polis Bantuan menjalankan tugasan dan penguatkuasaan mengikut polisi dan prosedur yang telah ditetapkan. 6.8.14 Melatih dan menunjuk ajar tatacara, proses kerja dan penggunaan peralatan kerja dan syarikat yang betul kepada pegawai Polis Bantuan. 6.8.15 Proses menunjuk ajar dan melatih yang asas adalah berdasarkan kepada proses “Show, Tell, Do, Check” berikut: - 6.8.15.1 “Show” (Tunjuk) – Tunjukkan secara praktikal apakah yang perlu dilakukan, mengapa tugasan itu penting dan bagaimana tugasan atau proses tersebut dilakukan, atau peralatan digunakan. 6.8.15.2 “Tell” (Beritahu) – Beritahu secara lisan dan tunjukkan secara praktikal langkahlangkah yang betul bagi menjalankan tugas atau menggunakan peralatan dengan betul. 6.8.15.3 “Do” (Buat) – Arahkan pegawai Polis Bantuan untuk membuat tugasan atau menggunakan peralatan dengan Ketua Unit melihat perbuatan tersebut. 6.8.15.4 “Check” (Periksa) – Ketua Unit menilai perbuatan dan tindakan pegawai Polis Bantuan dan memberikan maklumbalas sama ada tindakan tersebut adalah seperti yang dikehendaki atau tidak. Jika tidak, tunjuk dan betulkan mana-mana tindakan atau proses yang salah. Ketua Unit hendaklah meningkatkan kekerapan pemeriksaan ke atas prestasi pegawai jika didapati pegawai Polis Bantuan masih lagi mempunyai kelemahan di dalam menjalankan tugas. 6.8.16 Rekodkan setiap aktiviti yang dijalankan dan perubahan-perubahan serta pencapaian pegawai Polis Bantuan di dalam “Rekod Prestasi Pegawai Polis Bantuan” DRBH-POL-ST-01-F01) untuk dijadikan rujukan semasa penilaian prestasi dwi-tahunan dijalankan.


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 41 of 123 Uncontrolled when printed 6.8.17 Mengeluarkan arahan bertulis menggunakan “Borang Arahan Tugasan” (DRBH-POL-ST-01- F04) yang telah diluluskan oleh wakil syarikat kepada pegawai Polis Bantuan yang dikehendaki bertugas di luar kawasan tugasan hakiki yang telah ditetapkan dan memastikan arahan tersebut telah disempurnakan. Setiap arahan yang dikeluarkan hendaklah difailkan dan direkodkan di dalam Buku Perharian Balai. 6.8.18 Pergerakan ke luar kawasan ini hendaklah dilaporkan kepada Ketua Wilayah Polis Bantuan dan Pegawai Kanan Polis Bantuan yang bertanggungjawab ke atas premis tersebut terlebih dahulu sebelum sesuatu kelulusan diambil dan selepas kelulusan diperolehi. 6.8.19 Pergerakan pegawai Polis Bantuan ke luar dari kawasan tugasan hendaklah dirancang dan diluluskan lebih awal dari masa dan tarikh pergerakan menggunakan “Borang Arahan Tugasan” (DRBH-POL-ST-01-F04). 6.8.20 Di dalam keadaan kecemasan atau kekangan masa, arahan lisan boleh dikeluarkan oleh Ketua Unit atau Ketua Syif atau wakil syarikat kepada mana-mana pegawai Polis Bantuan yang sedang bertugas, berehat atau bercuti dan direkodkan arahan tersebut di dalam Buku Perharian Balai serta Buku Saku Ketua Unit atau Ketua Syif yang berkenaan. 6.8.21 Ketua Unit hendaklah melaporkan kepada Wakil Syarikat dan Ketua Wilayah Polis Bantuan atau Pegawai Kanan Polis Bantuan yang bertanggungjawab dengan segera menggunakan “Borang Laporan Aduan / Kejadian” (DRBH-POL-ST-01-F05) berkenaan penugasan dan arahan lisan yang dikeluarkan dan merekodkan tindakan tersebut (melaporkan kepada Wakil Syarikat) di dalam Buku Perharian Balai untuk pengesahan dan rujukan dimasa hadapan. 6.8.22 Menjalankan penilaian terhadap prestasi pegawai-pegawai secara harian, mingguan, bulanan dan dwi-tahunan dengan dibantu oleh Ketua Syif. 6.8.23 Penilaian prestasi secara harian, mingguan dan bulanan memerlukan setiap Ketua Unit memainkan peranan yang aktif semasa sesi panggil nama, pemeriksaan pos kawalan dan tugasan serta tugasan-tugasan khusus yang diberikan kepada setiap pegawai dan setiap pemerhatian dan penemuan berkenaan kelebihan dan kelemahan pegawai hendaklah dicatatkan di dalam Buku Rekod Prestasi Pegawai bagi memudahkan Ketua Unit, wakil syarikat dan Ketua Wilayah untuk menilai prestasi pegawai pada sesi penilaian prestasi dwi-tahunan. 6.8.24 Berikut antara perkara-perkara yang perlu dimasukkan di dalam rekod prestasi setiap pegawai: - 6.8.24.1 Kekemasan dan kebersihan diri dan pakaian. 6.8.24.2 Disiplin diri dan kepatuhan terhadap peraturan. 6.8.24.3 Hal ehwal kehadiran. 6.8.24.4 Tahap kecergasan dan kecerdasan. 6.8.24.5 Tahap pemahaman terhadap kerja. 6.8.24.6 Tahap kemahiran berkomunikasi.


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 42 of 123 Uncontrolled when printed 6.8.25 Mengambil tindakan tatatertib dengan segera terhadap pegawai Polis Bantuan yang melanggar mana-mana arahan yang sah, peraturan dan disiplin yang telah ditetapkan oleh pihak Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM, syarikat dan/atau PDRM berdasarkan kepada langkah-langkah berikut: - 6.8.25.1 Kenalpasti kesalahan yang telah dilakukan oleh pegawai; 6.8.25.2 Berikan nasihat dan teguran jika kesalahan yang dilakukan adalah kesalahan kecil. Berikan “Peringatan Lisan” dan rekodkan nasihat dan teguran yang diberikan di dalam Rekod Prestasi Pegawai; dan 6.8.25.3 Berikan teguran dan laporkan kesalahan menggunakan “Borang Salah Laku dan Ketidakakuran” (DRBH-POL-ST-01-F06) kepada wakil syarikat dan salinan kepada Ketua Wilayah Polis Bantuan dan Pegawai Kanan Polis Bantuan yang bertanggungjawab jika kesalahan yang dilakukan adalah kesalahan besar ataupun kesalahan kecil yang telah berulang kali dilakukan. Rekodkan tindakan yang diambil di dalam “Rekod Prestasi Pegawai Polis Bantuan” (DRBH-POL-ST01-F01). 6.8.25.4 Senarai kesalahan-kesalahan adalah seperti yang disenaraikan di dalam dokumen rujukan berikut: - 6.8.25.4.1 Buku Etika Perniagaan Syarikat Kumpulan; 6.8.25.4.2 Buku Etika Perniagaan DRB-HICOM; 6.8.25.4.3 Peraturan-Peraturan Polis (Kelakuan dan Tatatertib) (Pegawai Rendah Polis dan Mata-Mata) 1970 (DRBH-SOP-ST-04); 6.8.25.4.4 Peraturan-Peraturan Am Penjawat Awam – Bab D (DRBH-SOP-ST04); 6.8.25.4.5 Senarai “Kesalahan-Kesalahan Kecil dan Besar” (DRBH-SOP-ST04); dan/atau 6.8.25.4.6 Keingkaran dan ketidakakuran terhadap arahan-arahan yang dinyatakan di dalam manual ini. 6.8.25.5 Menjalankan tugasan-tugasan yang dijalankan oleh pegawai Polis Bantuan bagi tujuan tunjuk ajar, penggantian pegawai berehat atau bercuti dan bagi melicinkan operasi keselamatan harian. 6.8.25.6 Memeriksa dan mengesahkan tuntutan-tuntutan berkaitan tugas yang dimajukan oleh pegawai termasuk tetapi tidak terhad kepada tuntutan kerja lebih masa dan tuntutan perbatuan serta perjalanan. 6.8.25.7 Menghadiri sesi perbincangan dengan wakil syarikat, pengurusan syarikat, Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM atau PDRM bagi mengemaskini


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 43 of 123 Uncontrolled when printed tindakan-tindakan yang telah diambil atau menerima apa-apa arahan baru untuk dikuatkuasa dari semasa ke semasa. 6.8.25.8 Segera mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas setiap arahan yang diterima daripada pegawai atasan dan laporan dan maklumat yang dimajukan kepadanya oleh pegawai. 6.8.25.9 Menyediakan dan memajukan laporan-laporan berikut (Jadual 3) kepada wakil syarikat dan Ketua Wilayah Polis Bantuan atau Pegawai Kanan Polis Bantuan pada jangkamasa yang ditetapkan di bawah: - Bilangan Jenis Laporan Masa Kandungan Laporan 2.16.1 Harian Awal pagi pada permulaan syif a. Kekuatan harian pegawai. b. Isu pada syif sebelumnya dan tindakan yang telah diambil c. Aktiviti atau arahan khusus bagi sepanjang hari tersebut. d. Maklumat kehadiran kakitangan di luar waktu rasmi syarikat. e. Masalah-masalah pegawai dan tugasan; dan tindakan yang telah diambil. f. Isu-isu berbangkit. 2.16.2 Bulanan Pada hari terakhir bekerja bulan tersebut Isu-isu berbangkit yang perlu mendapat perhatian segera. 2.16.3 Kejadian (Maklumat Awalan) Dalam masa 1 jam kejadian Maklumat ringkas kejadian. 2.16.4 Kejadian (Maklumat Lengkap) Dalam masa 24 jam kejadian Maklumat lengkap kejadian. 6.8.26 Setiap Ketua Unit DILARANG sama sekali 6.8.26.1 Menggunakan kedudukan sebagai Ketua Unit untuk kepentingan diri sendiri. 6.8.26.2 Bertindak di luar bidang kuasa dan lingkungan tugasan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat. 6.8.26.3 Bertindak melakukan pekara-perkara yang dilarang atau tidak melaksanakan perkara-perkara atau arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak PDRM, syarikat kumpulan, pegawai atasan atau Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM. 6.8.27 Setiap Ketua Syif DIKEHENDAKI 6.8.27.1 Membantu tugasan Ketua Unit pada hari-hari kehadiran Ketua Unit; dan 6.8.27.2 Bertindak sebagai Ketua Unit apabila ketiadaan Ketua Unit.


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 44 of 123 Uncontrolled when printed 6.9 Tugasan 1 - Mengibarkan Bendera 6.9.1 Tanggungjawab: Mana-mana pegawai bertugas yang ditugas untuk menaikkan bendera. Tujuan utama tugasan ini adalah bagi memastikan bendera-bendera yang dikibarkan adalah betul dan mengikut protokol rasmi Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan. 6.9.2 Setiap pegawai Polis Bantuan HENDAKLAH menaikkan dan mengibarkan bendera-bendera berikut (jika ada) mengikut susunan dan masa yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan Negeri (jika ada) di mana premis syarikat berada: - 6.9.2.1 Bendera Malaysia 6.9.2.2 Bendera Negeri 6.9.2.3 Bendera Syarikat 6.9.3 Menggunapakai Pekeliling Am Kerajaan Persekutuan berkaitan pengibaran bendera (DRBHSOP-ST-05 - Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1994 - Pengibaran Bendera Malaysia Di Bangunan-Bangunan Persekutuan Di Seluruh Negara) jika tiada apa-apa Warta atau pekeliling Kerajaan Negeri dikeluarkan oleh Kerajaan negeri yang berkenaan berkaitan pengibaran bendera-bendera yang disebutkan di Perenggan (N) (2.1). 6.9.4 Menaikkan, mengibarkan dan menurunkan semua bendera mengikut masa berikut: - Perenggan Hari Masa Naik Masa Turun 2.3.1 Hari-hari bekerja / operasi perniagaan dijalankan 0700hrs 1900hrs 2.3.2 Hari-hari bekerja / operasi perniagaan dijalankan (waktu malam) Tidak dikibarkan 2.3.3 Hari-hari kebesaran negeri / kebangsaan yang tertentu. (Rujuk 3DRBH-SOP-ST-05, Perenggan 9) 1900hrs sehari sebelum hari kebesaran 0700hrs sehari selepas hari kebesaran 2.3.4 Hari-hari cuti umum dan tiada operasi perniagaan dijalankan (selain daripada yang disenaraikan di Perenggan (N) (2.3.3). Tidak dikibarkan 6.9.5 Menaikkan dan mengibarkan bendera-bendera berdasarkan pandangan dari luar bangunan, melainkan disebutkan sebaliknya di dalam mana-mana Warta atau pekeliling yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan atau negeri. 6.9.6 Menaikkan dan mengibarkan bendera-bendera yang disebutkan di Perenggan (N)(2.1) (mana yang berkenaan) mengikut aturan keutamaan berikut:-


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 45 of 123 Uncontrolled when printed 6.9.6.1 Bendera Negeri (jika diberikan keutamaan berdasarkan pekeliling negeri, jika ada) 6.9.6.1.1 Kedudukan dengan dua (2) tiang bendera 6.9.6.1.2 Kedudukan dengan tiga (3) tiang bendera


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 46 of 123 Uncontrolled when printed 6.9.6.2 Bendera Malaysia (jika diberikan keutamaan) 6.9.6.2.1 Kedudukan dengan dua (2) tiang bendera


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 47 of 123 Uncontrolled when printed 6.9.6.2.2 Kedudukan dengan tiga (3) tiang bendera 6.9.7 Melaporkan di dalam Buku Perharian Balai berkenaan aktiviti yang dijalankan secara ringkas selepas selesai tugasan. 6.9.8 Setiap pegawai Polis Bantuan DILARANG sama sekali 6.9.8.2 Menaikkan dan mengibarkan bendera yang sudah usang, berlubang atau koyak. 6.9.8.3 Menaikkan dan mengibarkan bendera yang berlainan saiz pada masa yang sama. 6.9.8.4 Membiarkan bendera bergantungan semalaman tanpa diturunkan selepas waktu operasi perniagaan selain daripada yang diperuntukan di dalam Perenggan (2.3). MUKA SURAT INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 48 of 123 Uncontrolled when printed 6.10 Tugasan 2 - Pos Kawalan Pintu Masuk / Keluar 6.10.1 Tanggungjawab: Pegawai Polis Bantuan bertugas. Tujuan utama tugasan ini adalah bagi memastikan mereka-mereka yang berkepentingan dengan urusan yang sah sahaja dibenarkan berurusan di dalam kawasan syarikat dan sebarang pergerakan kenderaan dan barangan yang keluar daripada atau masuk ke dalam kawasan syarikat telah mendapat kelulusan yang sah daripada pihak-pihak yang sah. 6.10.2 Setiap pegawai Polis Bantuan HENDAKLAH memastikan pintu pagar dan/atau palang penghadang (“boom gate”) sentiasa dalam keadaan “TUTUP” bagi memastikan semua orang atau kenderaan yang ingin / akan melalui pintu masuk/keluar berhenti untuk pemeriksaan atau diperiksa sebelum memasuki atau keluar daripada kawasan syarikat. 6.10.3 Rujuk Perenggan (U) bagi tatacara pemeriksaan kenderaan masuk atau keluar daripada kawasan syarikat. 6.10.4 Jika pintu pagar atau palang penghadang perlu sentiasa dibuka secara sementara disebabkan oleh gangguan bekalan elektrik, laluan masuk / keluar hendaklah dihalang dengan menggunakan kon keselamatan (atau apa-apa halangan yang bersesuaian seperti pagar mudah alih) sebagai penghalang; dan 6.10.5 Kon (atau halangan) hendaklah dialih hanya apabila ada kenderaan yang ingin keluar dan masuk selepas pendaftaran masuk atau keluar disempurnakan. Selepas kenderaan beredar, kon (halangan) hendaklah ditempatkan semula sebagai halangan. Pemeriksaan khusus 100% terhadap kenderaan masuk atau keluar daripada kawasan syarikat adalah TIDAK DILAKSANAKAN ke atas kenderaan pelawat atau pelanggan (sahaja) yang ingin melawat tapak atau ruang atau pusat pameran jualan atau hartanah atau kaunter gunasama atau perkhidmatan berkepentingan awam yang terletak berasingan dengan kawasan yang mempunyai aset penting yang dilindungi (seperti kawasan simpanan barangan) melainkan ianya menjadi polisi dan prosedur pihak syarikat kumpulan. 6.10.6 Memastikan kawasan dalam dan sekeliling Pos Kawalan sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas dan ceria mengikut panduan sistem “5-S”. Rujuk DRBH-SOP-ST-06 untuk panduan asas dan perlaksanaan “5-S”. 6.10.7 Memastikan dokumen berikut sentiasa bersih dan ditulis atau dicetak dengan JELAS, terang menggunakan PEN (atau dakwat jenis minyak) dan maklumat yang ditulis adalah LENGKAP (contoh – nama penuh, nombor kad pengenalan penuh, nombor pendaftaran kenderaan penuh dan sebagainya): - 6.10.7.1 Buku Kedatangan Bertugas. 6.10.7.2 Kad perakam waktu atau “Punch Card”.


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 49 of 123 Uncontrolled when printed 6.10.7.3 Buku Perharian Balai. 6.10.7.4 Buku Daftar Masuk / Keluar Pelawat. 6.10.7.5 Buku Daftar Masuk / Keluar Kontraktor dan Pembekal. 6.10.7.6 Buku Daftar Kakitangan Keluar Masuk Selepas Waktu Operasi. 6.10.7.7 Buku Daftar Masuk / Keluar Kenderaan. 6.10.7.8 Buku Daftar Penerimaan Kenderaan 6.10.7.9 Lain-lain dokumen yang diwujudkan dari semasa ke semasa. 6.10.8 Memastikan Buku Laporan Rondaan Polis dan kotak Polis (jika ada) dijaga dengan baik. 6.10.9 Sentiasa berada di luar bangunan balai atau pondok kawalan bagi memastikan individu atau kumpulan (kakitangan, pelawat, kontraktor atau pembekal) yang masuk ke kawasan syarikat (sama ada berjalan kaki atau menaiki kenderaan) mempunyai urusan yang sah. 6.10.10 Pegawai Polis Bantuan bertugas dikehendaki memberhentikan individu tersebut dan bertanyakan hal ehwal kehadirannya ke kawasan syarikat. 6.10.11 Laksanakan tatacara komunikasi dengan individu-individu yang terlibat seperti berikut: - 6.10.11.1 Berdiri di kawasan di mana pegawai boleh dilihat dengan mudah di laluan masuk/keluar; 6.10.11.2 Angkat tangan menghadang dan memberikan isyarat berhenti kepada individu yang ingin melalui kawasan syarikat. Laksanakan tatacara ‘Komunikasi 10-5’; 6.10.11.3 Berikan ucapan salam dan selamat kepada individu tersebut seperti contoh berikut, mana-mana yang bersesuaian: - Contoh 1 “Assalamualaikum dan *selamat pagi / selamat tengahari / selamat petang *encik / puan… “ Contoh 2 “Selamat sejahtera dan *selamat pagi / selamat tengahari / selamat petang *encik / puan… “ *Nota: salah satu, bergantung kepada keadaan masa waktu dan jantina individu. 6.10.11.4 Bertanyakan hal ehwal kehadiran individu dengan berhemah dimulai dengan ucapan berikut: - Contoh 1 “[selepas memberikan ucapan salam], saya [Konstabel PB Ahmad] <sebutkan nama pangkat dan nama>, boleh saya bantu *encik / puan / cik?” *Nota: salah satu, bergantung kepada keadaan masa waktu dan jantina individu.


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 50 of 123 Uncontrolled when printed 6.10.11.5 Jika kehadiran individu tersebut dipastikan sah, laksanakan pendaftaran pelawat atau kontraktor / pembekal sepertimana kehendak Perenggan (P) atau Perenggan (S). 6.10.11.6 Jika individu tersebut didapati tiada urusan di dalam kawasan syarikat, jangan benarkan individu tersebut masuk dan minta individu tersebut keluar dengan cara berhemah seperti contoh komunikasi berikut: - “Terima kasih *encik / puan / cik. Ada apa-apa lagi yang saya boleh bantu?” *Nota: salah satu, bergantung kepada keadaan masa waktu dan jantina individu. 6.10.11.7 Jika individu tersebut bertegas untuk menemui pegawai syarikat yang bertanggungjawab, minta individu tersebut menunggu di tempat yang sesuai di luar kawasan syarikat dan rujuk kepada Ketua Syif, Ketua Unit atau wakil syarikat untuk arahan lanjut. 6.10.12 Secara dasarnya, kakitangan syarikat tidak dibenarkan memasuki dan berada di dalam kawasan syarikat selepas waktu operasi syarikat tanpa urusan dan kebenaran Ketua Jabatannya. 6.10.13 Jika terdapat kakitangan yang ingin memasuki kawasan syarikat selepas waktu operasi syarikat, laksanakan pendaftaran kakitangan yang masuk ke kawasan syarikat di luar waktu operasi syarikat sepertimana kehendak Perenggan (T). 6.10.14 Memastikan semua kenderaan yang melalui pintu masuk/keluar diberhentikan sebelum memasuki atau keluar dari kawasan syarikat dan diperiksa berkenaan urusan pemandunya (dan penumpangnya), kenderaan tersebut dan barangan yang dibawanya terlebih dahulu. 6.10.14.1 Laksanakan tatacara komunikasi sepertimana Perenggan (O) (2.5.1.1). 6.10.14.2 Laksanakan pendaftaran kakitangan, pelawat, kontraktor atau pembekal sepertimana kehendak Perenggan (P), Perenggan (S) atau Perenggan (T); dan Pendaftaran pelawat dan pemakaian Pas Keselamatan adalah TIDAK DILAKSANAKAN ke atas pelawat atau pelanggan (sahaja) yang ingin melawat tapak atau ruang atau pusat pameran jualan atau hartanah atau kaunter gunasama atau perkhidmatan awam melainkan ianya menjadi polisi dan prosedur pihak syarikat kumpulan. 6.10.15 Memastikan kenderaan kakitangan yang dibenarkan kemasukannya sahaja dibenarkan untuk memasuki dan memakir di dalam kawasan syarikat. 6.10.16 Kenderaan kakitangan yang dibenarkan untuk memasuki kawasan syarikat hendaklah dipastikan mempunyai pelekat keselamatan kenderaan yang sah.


Click to View FlipBook Version