The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DRBH-POL-ST-01 Manual Arahan Tetap Tugasan (AM) Pegawai Pasukan Polis DRB-HICOM Berhad - Latest Review_010423 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MOHD FADLIEE, 2024-06-20 22:04:48

DRBH-POL-ST-01 Manual Arahan Tetap Tugasan (AM) Pegawai Pasukan Polis DRB-HICOM Berhad - Latest Review_010423 1

DRBH-POL-ST-01 Manual Arahan Tetap Tugasan (AM) Pegawai Pasukan Polis DRB-HICOM Berhad - Latest Review_010423 1

MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 101 of 123 Uncontrolled when printed 6.25.3.3 Memastikan saksi-saksi kejadian tidak meninggalkan kawasan syarikat sebelum pihak Polis tiba untuk mendapatkan keterangan mereka. 6.25.3.4 Memastikan saksi-saksi kejadian tidak menyentuh atau berada di tempat-tempat yang disentuh atau di mana suspek berada untuk mengelakkan bukti dialihkan atau dimusnahkan. 6.25.3.5 Jika perlu, alihkan saksi-saksi ke tempat yang selamat atau sesuai sementara menantikan ketibaan pihak Polis. 6.25.3.6 Elakkan berbincang dengan saksi-saksi lain berkenaan kejadian. Nasihatkan saksisaksi untuk tidak berbincang mengenai kejadian sebelum memberikan kenyataan kepada pihak Polis. 6.25.3.7 Penuhkan “Borang Perincian Suspek” (DRBH-POL-ST-01-F08) sementara menunggu kehadiran pihak Polis. 6.25.3.7.1 Edarkan “Borang Perincian Suspek” yang sama kepada setiap saksi. Nasihatkan kepada semua saksi untuk tidak berbincang semasa memenuhkan maklumat di dalam borang tersebut. Kumpulkan semua borang yang telah dipenuhkan dan serahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut. 6.25.3.8 JANGAN bercakap dengan sesiapa berkenaan insiden tersebut sebelum bercakap dengan pihak Polis. 6.25.3.9 JANGAN pegang apa-apa yang telah disentuh oleh suspek. 6.25.4 Setiap pegawai Polis Bantuan DILARANG sama sekali 6.25.4.1 Menyebabkan nyawa kakitangan, pelanggan, pelawat, kontraktor, pembekal atau orang awam dalam bahaya semasa dan selepas rompakan berlaku. 6.25.4.2 Memberikan keterangan kepada mana-mana pihak berkaitan insiden kecuali kepada pihak Polis, wakil syarikat, Ketua Wilayah Polis Bantuan dan/atau Pegawai Kanan Polis Bantuan bagi tujuan siasatan. MUKA SURAT INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 102 of 123 Uncontrolled when printed 6.26 Tindakan Kecemasan 8 – Demonstrasi / Rusuhan Di Luar Kawasan 6.26.1 Tanggungjawab: Semua Pegawai Polis Bantuan. Tujuan utama tindakan ini adalah bagi memastikan keselamatan semua pihak yang berada di dalam kawasan syarikat dan melindungi aset syarikat. 6.26.2 Setiap pegawai Polis Bantuan HENDAKLAH memastikan setiap pintu masuk / pintu pagar masuk ke kawasan syarikat dan bangunan telah ditutup dan berkunci. 6.26.3 Memastikan tiada orang selain daripada kakitangan syarikat dibenarkan memasuki kawasan syarikat untuk mendapatkan perlindungan semasa demonstrasi atau rusuhan berlangsung. 6.26.4 Mengarahkan kakitangan, pelanggan, pelawat, kontraktor atau pembekal yang berada di dalam kawasan syarikat untuk berada di dalam bangunan untuk memastikan keselamatan mereka. 6.26.5 Menasihati kakitangan, pelanggan, pelawat, kontraktor atau pembekal yang berada di dalam kawasan syarikat supaya tidak meninggalkan kawasan syarikat semasa demonstrasi atau rusuhan berlaku. 6.26.6 Menegah dan mencegah mana-mana orang yang berniat untuk mencederakan mana-mana orang yang berada di dalam kawasan syarikat atau merosakkan mana-mana harta syarikat atau pelanggan daripada memasuki kawasan syarikat. 6.26.7 Bekerjasama dengan pihak berkuasa sepanjang tempoh demostrasi / rusuhan berlangsung. 6.26.8 Setiap pegawai Polis Bantuan DILARANG sama sekali 6.26.8.1 Meninggalkan tempat tugasan dan kawasan syarikat tanpa arahan daripada pihak Polis ataupun pihak pengurusan syarikat keselamatan. 6.26.8.2 Meninggalkan kawasan syarikat dan bangunan jagaan tanpa ditutup dengan sempurna dan berkunci. 6.26.8.3 Terlibat dengan aktiviti demonstrasi, provokasi atau rusuhan di dalam ataupun di luar kawasan syarikat. 6.26.9 Berikut adalah proses Carta Alir Tindakan Kecemasan – Demonstrasi / Rusuhan Di Luar Kawasan MUKA SURAT INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 103 of 123 Uncontrolled when printed Carta Alir - Tindakan Kecemasan – Demonstrasi / Rusuhan Di Luar Kawasan CARTA ALIR TINDAKAN TANGGUNGJAWAB Terima laporan daripada PB/ Staff/ atau orang awam berkenaan kejadian Demonstrasi / Rusuhan di luar kawasan premis. Memastikan setiap pintu masuk / pintu pagar masuk ke kawasan syarikat serta bangunan telah di tutup dan di kunci dan tidak ada orang selain daripada kakitangan syarikat di benarkan memasuki kawasan syarikat untuk mendapatkan perlindungan semasa demonstrasi atau rusuhan berlangsung. Perlu dihubungi pihak Polis serta pihak berkuasa tempatan dengan segera bagi memastikan keadaan premis tidak diceroboh atau dirosakkan. Laporkan kejadian pada ketua Syif@Unit / Penyelia Keselamatan dan wakil syarikat berkenaan kejadian tersebut Sekiranya terdapat sebarang kerosakan asset bangunan perlu membuat laporan kepada pegawai keselamatan & wakil syarikat secara lisan atau bertulis mengenai kerugian serta tindakan yang telah di ambil. Sediakan kronologi kejadian dengan lengkap & majukan kepada Ketua Jabatan Anggota bertugas Pos Kawalan / Anggota bertugas Anggota bertugas Anggota bertugas / peronda Pos Kawalan / Anggota bertugas / Ketua Syif@Unit/Penyelia Anggota bertugas MULA Terima laporan Mengawal perimeter dari diceroboh atau dirosakkan SELESAI Laporan lengkap ditulis di dalam Pol.40 & Pol.5 Pelaksanaan Hubungi Polis dan pihak berkuasa tempatan Mengambil bukti melalui gambar /rakaman / saksi mengenai kerosakan yang terjadi semasa kejadian insiden berlaku. Maklum kepada Ketua Syif@Unit / Penyelia / wakil syarikat


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 104 of 123 Uncontrolled when printed 6.27 Tindakan Kecemasan 9 – Banjir 6.27.1 Tanggungjawab: Semua Pegawai Polis Bantuan. Tujuan utama tindakan ini adalah bagi memastikan keselamatan aset-aset syarikat. 6.27.2 Setiap pegawai Polis Bantuan HENDAKLAH melaporkan situasi keadaan banjir semasa di sekitar kawasan syarikat kepada wakil syarikat dan pengurusan syarikat keselamatan dari semasa ke semasa. 6.27.3 Membantu kakitangan syarikat memastikan aset-aset syarikat dan pelanggan dipindahkan ke tempat yang selamat apabila perlu. 6.27.4 Memastikan keselamatan diri dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menyelamatkan diri apabila keadaan memerlukan seseorang pegawai berbuat demikian. 6.27.5 Memastikan semua pintu dan pagar telah dikunci sebelum meninggalkan kawasan syarikat atau tugasan atas sebab-sebab keselamatan diri. 6.27.6 Setiap pegawai Polis Bantuan DILARANG sama sekali 6.27.6.1 Meninggalkan tempat tugasan dan kawasan syarikat tanpa arahan daripada pihak berkuasa (Polis, Bomba atau Tentera), Ketua Wilayah Polis Bantuan, Pegawai Kanan Polis Bantuan ataupun pihak pengurusan syarikat melainkan di atas sebabsebab khusus yang menyebabkan nyawa terancam. 6.27.6.2 Meninggalkan kawasan syarikat dan bangunan jagaan tanpa ditutup dengan sempurna dan berkunci. 6.27.7 Berikut adalah proses Carta Alir Tindakan Kecemasan – Banjir MUKA SURAT INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 105 of 123 Uncontrolled when printed Carta Alir - Tindakan Kecemasan – Banjir CARTA ALIR TINDAKAN TANGGUNGJAWAB Dapatkan maklumat daripada Pusat Gerakan Banjir / Polis / Bomba Memastikan asset-aset syarikat selamat serta setiap pintu pagar masuk / keluar syarikat serta bangunan telah di tutup dan di kunci sebelum meninggalkan atas keselamatan diri. Laporkan kejadian pada ketua Syif@Unit / Penyelia Keselamatan dan wakil syarikat berkenaan kejadian tersebut. Sediakan kronologi kejadian dengan lengkap & majukan kepada Ketua Jabatan Anggota bertugas Anggota bertugas Anggota bertugas Anggota bertugas MULA Terima laporan Pusat Gerakan Banjir / Polis / Bomba SELESAI Laporan lengkap ditulis di dalam Pol.40 & Pol.5 Pelaksanaan Hubungi Ketua Bilik Gerakan Banjir Syarikat Maklum kepada Ketua Syif@Unit / Penyelia / wakil syarikat Pastikan aset selamat sebelum meninggalkan kawasan atas keselamatan diri


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 106 of 123 Uncontrolled when printed 6.28 Tindakan Kecemasan 10 – Ancaman Bom Dan Penemuan Bungkusan Yang Mencurigakan 6.28.1 Tanggungjawab: Semua Pegawai Polis Bantuan. Tujuan utama tindakan ini adalah bagi memastikan keselamatan semua pihak yang berurusan di dalam kawasan syarikat dan melindungi aset syarikat serta membantu pihak berkuasa untuk mengenalpasti pihak-pihak yang terlibat yang mengeluarkan ancaman. Rajah 1 6.28.2 Setiap pegawai Polis Bantuan HENDAKLAH peka terhadap semua sampul, bekas, bungkusan, kotak atau seumpamanya yang sampai ke pos kawalan atau yang ditemui bukan ditempatnya semasa rondaan atau pemeriksaan dijalankan ke atas mana-mana kenderaan atau orang atau bekas atau yang mencurigakan terutamanya yang mempunyai ciri-ciri di dalam Rajah 1 berikut, tetapi tidak terhad kepada: - 6.28.2.1 Tidak mempunyai alamat atau maklumat penghantar. 6.28.2.2 Label ditulis dengan tulisan yang tidak jelas. 6.28.2.3 Setem pos yang berlebihan.


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 107 of 123 Uncontrolled when printed 6.28.2.4 Setem negara asing. 6.28.2.5 Perkataan-perkataan yang dieja dengan salah. 6.28.2.6 Kekotoran yang tidak sepatutnya. 6.28.2.7 Bau yang pelik atau luar biasa. 6.28.2.8 Bunyi yang pelik atau luar biasa. 6.28.2.9 Nota yang ditulis dengan arahan yang khusus. 6.28.2.10 Penghantaran yang tidak dijangkakan. 6.28.2.11 Bentuk bungkusan yang sangat ganjil. 6.28.2.12 Tompokan minyak di bahagian luar bungkusan. 6.28.2.13 Arahan yang tidak munasabah. 6.28.3 Mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap sampul, bekas, bungkusan, kotak atau seumpamanya yang mempunyai ciri-ciri di atas berdasarkan kepada ketetapan berikut: - 6.28.3.1 Elakkan daripada memegang sampul, bekas, bungkusan atau kotak tersebut. JANGAN BUKA! 6.28.3.2 Tentusahkan pemilik kepada sampul, bekas, bungkusan atau kotak tersebut dikalangan kakitangan, pelawat, pelanggan, kontraktor, pembekal atau orang awam yang berada di dalam dan sekitar kawasan sampul, bekas, bungkusan atau kotak tersebut dijumpai. 6.28.3.3 Jika dipercayai dan disahkan bahawa sampul, bekas, bungkusan atau kotak tersebut tidak mempunyai pemilik dan tiada siapa dapat menjelaskan kewujudan sampul, bekas, bungkusan atau kotak tersebut, lapor segera kepada Ketua Syif atau Ketua Unit untuk tindakan lanjut. 6.28.3.4 JANGAN berkomunikasi lebih dari yang sepatutnya dengan kakitangan, pelawat, pelanggan, kontraktor, pembekal atau orang awam lain. 6.28.4 Menguruskan ancaman (bom, sabotaj dan lain-lain) melalui panggilan telefon dengan mengikuti tatacara berikut: - 6.28.4.1 BERTENANG. Pastikan pemanggil berada di dalam talian seberapa lama yang mungkin dengan berbual perkara-perkara yang berkaitan dengan ancaman bom tersebut. 6.28.4.2 JANGAN LETAK GAGANG TELEFON walaupun pemanggil telah meletakkan gagang telefon. 6.28.4.3 DENGAR DENGAN TELITI. Bercakap dengan sopan dan tunjukkan minat terhadap ancaman yang diberikan. 6.28.5 Dapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang ancaman tersebut daripada pemanggil perkaraperkara berikut, tetapi tidak terhad kepada: -


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 108 of 123 Uncontrolled when printed 6.28.5.1 Jenis bom atau bahan atau tindakan yang akan diambil. 6.28.5.2 Lokasi diletakkan bom atau bahan tersebut atau tindakan yang akan diambil. 6.28.5.3 Sebab tindakan diambil. 6.28.5.4 Siapakah atau apakah sasaran pemanggil. 6.28.5.5 Nama pemanggil. 6.28.5.6 Lokasi panggilan dilakukan. 6.28.5.7 Apa yang menyebabkan bom boleh meletup. Rujuk ‘Borang Ancaman Bom’ (DRBH-POL-ST-01-F09) untuk soalan-soalan tambahan. ‘Borang Ancaman Bom’ HENDAKLAH sentiasa berada di sisi setiap telefon dan pos kawalan. 6.28.6 Jika boleh, semasa sedang berada di talian bersama pemanggil, tuliskan nota ringkas kepada pegawai lain untuk memaklumkan kepada Ketua Syif, Ketua Unit atau wakil syarikat untuk tindakan lanjut, atau maklumkan sendiri kepada Ketua Syif, Ketua Unit atau wakil syarikat sejurus selepas pemanggil meletakkan telefon. JANGAN gunakan radio dua hala (“walkie talkie”) ataupun telefon mudah alih kerana signal radio mempunyai potensi untuk menyebabkan letupan bom. 6.28.7 Jika telefon yang digunakan untuk menerima panggilan terdapat skrin LCD maklumat panggilan, salin nombor yang tertera atau maklumat yang tertera pada skrin untuk diserahkan kepada Ketua Syif, Ketua Unit atau wakil syarikat. 6.28.8 Lengkapkan “Borang Ancaman Bom” (DRBH-POL-ST-01-F09) dengan segera sejurus selepas panggilan ditamatkan oleh pemanggil. Tuliskan sebanyak mungkin maklumat diterima. Tuliskan perkataan yang sebenar yang disebutkan oleh pemanggil. 6.28.9 Sejurus selepas panggilan tamat, JANGAN LETAKKAN GAGANG di tempatnya. Gunakan talian telefon yang lain untuk menghubungi Ketua Syif, Ketua Unit atau wakil syarikat dengan maklumat yang ada dan tunggu arahan selanjutnya. JANGAN gunakan radio dua hala (“walkie talkie”) ataupun telefon mudah alih kerana signal radio mempunyai potensi untuk menyebabkan letupan bom. 6.28.10 Menguruskan ancaman (bom, sabotaj dan lain-lain) yang disampaikan secara lisan dengan mengikuti tatacara berikut: - 6.28.10.1 Jika orang yang menyampaikan ancaman meninggalkan anda selepas menyampaikan ancaman, perhatikan dan kenalpasti arah di mana orang itu pergi. 6.28.10.2 TULISKAN ancaman yang diterima sepertimana ianya disebutkan oleh orang yang memberikan atau memaklumkan ancaman.


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 109 of 123 Uncontrolled when printed 6.28.10.3 TULISKAN deskripsi orang yang memberikan atau memaklumkan ancaman termasuk, tetapi tidak terhad kepada: - 6.28.10.3.1 Nama (jika diketahui) 6.28.10.3.2 Jantina 6.28.10.3.3 Bangsa 6.28.10.3.4 Warganegara 6.28.10.3.5 Jenis dan warna pakaian 6.28.10.3.6 Saiz badan dan ketinggian 6.28.10.3.7 Warna dan jenis rambut dan mata 6.28.10.3.8 Nada suara dan dialek Bahasa 6.28.11 Perkara-perkara khusus yang boleh menerangkan mengenai orang yang memberikan atau memaklumkan ancaman. 6.28.12 Segera hubungi Ketua Syif, Ketua Unit atau wakil syarikat dan maklumkan berkenaan ancaman yang diterima. JANGAN gunakan radio dua hala (“walkie talkie”) ataupun telefon mudah alih kerana signal radio mempunyai potensi untuk menyebabkan letupan bom. 6.28.13 Menguruskan ancaman (bom, sabotaj dan lain-lain) yang disampaikan secara tulisan nota atau bertulis dengan mengikuti tatacara berikut: - 6.28.14 Segera hubungi Ketua Syif, Ketua Unit atau wakil syarikat dan serahkan nota tersebut kepada Ketua Syif, Ketua Unit atau wakil syarikat. JANGAN gunakan radio dua hala (“walkie talkie”) ataupun telefon mudah alih kerana signal radio mempunyai potensi untuk menyebabkan letupan bom. 6.28.15 Uruskan atau gerakkan dokumen nota yang tersebut pada kadar yang paling minima. Jika perlu dialihkan, pegang pada tempat yang sama semasa nota tersebut diterima. 6.28.16 Tuliskan semula semua maklumat yang ditulis di dalam nota ke atas kertas yang lain sepertimana ianya dituliskan di atas kertas asal dan tuliskan juga maklumat berikut: - 6.28.16.1 Tarikh, masa dan lokasi nota dijumpai. 6.28.16.2 Apa-apa keadaan di sekeliling di lokasi atau semasa nota atau dokumen tersebut dijumpai. 6.28.16.3 Maklumat dan nama penuh semua orang yang menjumpai nota ancaman tersebut. 6.28.16.4 Lindungi ancaman asal. JANGAN pinda atau ubah barang atau nota ancaman dalam apa cara sekalipun.


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 110 of 123 Uncontrolled when printed 6.28.16.5 Jika ancaman bersaiz kecil, masukkan di dalam bag atau sampul surat. 6.28.16.6 Jika ancaman bersaiz besar, lindungi kawasan lokasi ancaman ditemui. 6.28.17 Menguruskan ancaman (bom, sabotaj dan lain-lain) yang disampaikan melalui email atau sistem pesanan ringkas dengan mengikuti tatacara berikut: - 6.28.17.1 Biarkan pesanan atau maklumat yang diterima ditayangkan di skrin monitor komputer atau telefon bimbit. 6.28.17.2 Segera hubungi Ketua Syif, Ketua Unit atau wakil syarikat untuk tindakan lanjut. JANGAN gunakan radio dua hala (“walkie talkie”) ataupun telefon mudah alih kerana signal radio mempunyai potensi untuk menyebabkan letupan bom. 6.28.18 Jika boleh, segera cetak, ambil gambar atau salin maklumat ancaman yang dituliskan berserta tajuk perkara pada email, tarikh serta masa ancaman tersebut dihantar. 6.28.19 Serahkan maklumat yang diperolehi kepada Ketua Syif, Ketua Unit atau wakil syarikat untuk tindakan lanjut. 6.28.20 Jika dimaklumkan oleh kakitangan, pelawat, kontraktor atau pembekal bahawa terdapat ancaman bom, segera hubungi Ketua Syif, Ketua Unit atau wakil syarikat untuk tindakan lanjut. JANGAN gunakan radio dua hala (“walkie talkie”) ataupun telefon mudah alih kerana signal radio mempunyai potensi untuk menyebabkan letupan bom. 6.28.21 Minta kakitangan, pelawat, kontraktor atau pembekal yang menerima panggilan ancaman bom untuk melengkapkan “Borang Ancaman Bom” (DRBH-POL-ST-01-F09) dengan segera dengan menulis sebanyak mungkin maklumat diterima dan dengan perkataan yang sebenar yang disebutkan oleh pemanggil. 6.28.22 Setiap Ketua Syif atau Ketua Unit yang menerima laporan ancaman bom atau penemuan barangan yang sangat mencurigakan HENDAKLAH 6.28.22.1 Mengkaji dan menentusahkan ancaman dengan teliti dan menilai tahap ancaman yang ada. 6.28.22.2 Mengerahkan pasukan untuk mencari lokasi dan bom sepertimana yang disebutkan. 6.28.22.3 Hadkan kemasukan orang luar ke dalam kawasan syarikat atau bangunan. 6.28.22.4 Mengambil keputusan sama ada untuk pengungsian bangunan secara sepenuhnya atau sebahagian atau pencarian di dalam kawasan syarikat secara keseluruhan atau sebahagian. 6.28.23 Jika tindakan pencarian dilaksanakan 6.28.23.1 Periksa dan cari diseluruh kawasan dan bangunan syarikat.


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 111 of 123 Uncontrolled when printed 6.28.23.2 Periksa semua kakitangan. 6.28.23.3 Mulakan pencarian dari kawasan luar ke bahagian dalam kawasan atau bangunan. 6.28.23.4 Apabila berada di dalam bangunan, mulakan dari bawah dan bergerak ke atas. 6.28.23.5 Pasukan pencari hendaklah sentiasa bergerak ke arah satu sama yang lain. 6.28.23.6 Dengarkan kepada bunyi yang lain daripada kebiasaan. 6.28.23.7 Pastikan kawasan laluan pengungsian dan perhimpunan selamat dari ancaman. 6.28.23.8 Jika barangan yang mencurigai ditemui, tinggalkan tanda bagi pihak Polis untuk mengambil tindakan selanjutnya. 6.28.24 Segera hubungi pihak Polis untuk tindakan lanjut. JANGAN gunakan telefon mudah alih kerana signal radio mempunyai potensi untuk menyebabkan letupan bom. 6.28.25 Setiap pegawai Polis Bantuan DILARANG sama sekali 6.28.25.1 Menggunakan radio dua hala ataupun telefon mudah alih kerana signal radio mempunyai potensi untuk menyebabkan letupan bom. 6.28.25.2 Bertindak sewenang-wenangnya mengarahkan semua orang yang berada di dalam bangunan atau premis syarikat untuk mengosongkan bangunan sebelum kehadiran pihak Polis untuk mengenalpasti ancaman. 6.28.25.3 Memaklumkan kepada orang yang tidak berkenaan mengenai ancaman yang diterima sebelum pengesahan oleh pihak Polis mengenai ancaman bom tersebut. 6.28.25.4 Membunyikan penggera kebakaran yang akan menyebabkan semua penghuni bangunan berasa panik. 6.28.25.5 Menyentuh atau memindahkan sampul, bekas, bungkusan atau kotak yang disyaki dan mencurigakan. MUKA SURAT INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 112 of 123 Uncontrolled when printed 6.29 Tatacara 1 – Komunikasi Menggunakan Radio Dua Hala (“Walkie Talkie”) 6.29.1 Tanggungjawab: Semua Pegawai Polis Bantuan. Tujuan utama tatacara ini diwujudkan adalah bagi memastikan komunikasi menggunakan peralatan komunikasi yang khaskan digunakan dengan betul dan berkesan. 6.29.2 Setiap pegawai Polis Bantuan HENDAKLAH berkomunikasi dengan berkesan bagi membolehkan urusan tugasan dapat dijalankan dengan sempurna. Ini termasuk menggunakan perkataan dan ayat yang betul, sebutan yang betul dan nada yang betul. 6.29.3 Sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan radio dua hala. 6.29.4 Bercakap dan melaporkan perkara yang penting sahaja dengan ringkas. CAKAP PERKARA YANG PENTING SAHAJA 6.29.5 Mematuhi tatacara komunikasi menggunakan radio dua hala seperti berikut: - 6.29.5.1 Pastikan dan tetapkan saluran yang hendak digunakan. 6.29.5.2 Tekan butang “TALK”, tunggu tiga (3) saat dan mula bercakap. 6.29.5.3 Cakap dengan kelajuan dan nada yang sederhana serta menyebut perkataan dengan jelas. 6.29.5.4 Apabila selesai, lepaskan butang “TALK” dan dengar pada pembesar suara dengan tenang. 6.29.5.5 Sambung percakapan jika perlu. 6.29.5.6 Tamatkan perbualan dengan ayat pengesahan yang telah ditetapkan. 6.29.6 Rujuk “Panduan Berkomunikasi Menggunakan Radio Dua Hala” (DRBH-SOP-ST-011) untuk panduan frasa kata dan aturan berkomunikasi menggunakan radio dua hala. 6.29.7 Setiap pegawai Polis Bantuan DILARANG sama sekali 6.29.7.1 Menggunakan radio dua hala sewenang-wenangnya dengan bercakap perkara yang bukan urusan rasmi, berbual, bergurau atau memberikan isyarat-isyarat yang tidak memberi makna atau sebagainya atau bagi tujuan yang tidak sepatutnya seperti sebagai penukul dan sebagainya. 6.29.7.2 Menggunakan radio dua hala (“walkie talkie”) semasa menguruskan kecemasan ancaman bom kerana signal radio mempunyai potensi untuk menyebabkan letupan bom.


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 113 of 123 Uncontrolled when printed 6.30 Tatacara 2 – Komunikasi Menggunakan Telefon 6.30.1 Tanggungjawab: Semua Pegawai Polis Bantuan. Tujuan utama tatacara ini diwujudkan adalah bagi memastikan komunikasi menggunakan peralatan komunikasi yang khaskan digunakan dengan betul dan berkesan. 6.30.2 Setiap pegawai Polis Bantuan HENDAKLAH berkomunikasi dengan berkesan bagi membolehkan urusan tugasan dapat dijalankan dengan sempurna. Ini termasuk menggunakan perkataan dan ayat yang betul, sebutan yang betul dan nada yang betul. CAKAP PERKARA YANG PENTING SAHAJA 6.30.3 Menjawab telefon yang berdering dalam masa tiga (3) kali deringan. 6.30.4 Rujuk “Panduan Berkomunikasi Menggunakan Telefon” (DRBH-SOP-ST-012) untuk panduan frasa kata, etika dan aturan berkomunikasi menggunakan telefon. 6.30.5 Setiap pegawai Polis Bantuan DILARANG sama sekali; 6.30.5.1 Menggunakan telefon sewenang-wenangnya dengan bercakap perkara yang bukan urusan rasmi, berbual, bergurau atau memberikan isyarat-isyarat yang tidak memberi makna atau sebagainya. 6.30.5.2 Menyebabkan keberkesanan sistem telefon terganggung seperti mencabut wayar telefon, tidak meletakkan ganggang telefon dengan sempurna, menetapkan nada dering kepada mod senyap dan sebagainya. 6.30.5.3 Menggunakan telefon bimbit semasa menguruskan kecemasan ancaman bom kerana signal radio mempunyai potensi untuk menyebabkan letupan bom. 6.31 Tatacara 3 - Tangkapan Dan Penahanan (Am) 6.31.1 Tanggungjawab: Semua Pegawai Polis Bantuan. Tujuan utama tatacara ini diwujudkan adalah sebagai panduan terhadap tindakan tangkapan dan penahanan oleh pegawai Polis Bantuan jika ianya diperlukan selepas semua usaha untuk menguatkuasakan peraturan-peraturan yang ditetapkan tidak berjaya. 6.31.2 Setiap pegawai Polis Bantuan HENDAKLAH menyedari bahawa: - 6.31.2.1 Tangkapan dan penahanan seseorang akan menyebabkan seseorang yang ditangkap hilang kebebasan yang diberi oleh perlembagaan. 6.31.2.2 Proses tangkapan bermula apabila wujudnya atau berlakunya suatu kesalahan yang dikategorikan sebagai boleh tangkap dan tidak boleh jamin (Seksyen 27(1) Kanun Prosedur Jenayah (“KPJ”)) sehingga pesalah (suspek) itu ditangkap.


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 114 of 123 Uncontrolled when printed 6.31.2.3 Tangkapan hanya sah jika mengikut undang-undang dan disempurnakan oleh orang yang mempunyai kuasa undang-undang untuk menangkap seperti pegawai Polis; atau 6.31.2.4 Tangkapan sah dilakukan oleh seorang pegawai atau pegawai Polis Bantuan menggunakan kuasa tangkapan “orang persendirian” (Seksyen 27(1) KPJ) dan menjalankan “tangkapan orang persendirian” ke atas orang perseorangan yang melakukan kesalahan ke atas kesalahan yang lazim ditangkap tanpa waran sepertimana yang di senaraikan di dalam Jadual 1 KPJ di luar kawasan tugasan yang ditetapkan. 6.31.2.5 Tangkapan salah akan menyebabkan penahanan yang salah dan pegawai atau pegawai Polis Bantuan yang terlibat boleh didakwa atau disaman serta tidak dilindungi oleh undang-undang. 6.31.3 Tangkapan hanya boleh dilakukan apabila seseorang pegawai atau pegawai Polis Bantuan bertugas: - 6.31.3.1 Melihat sendiri kesalahan dilakukan; 6.31.3.2 Mendapat maklumat sesuatu kesalahan telah berlaku; atau 6.31.3.3 Mengesyaki sesuatu kesalahan telah atau cuba dilakukan. Mengesyaki bermaksud dengan undang-undang dan secara "bona fide" atau suci hati dengan syak yang munasabah. 6.31.4 Melaksanakan tangkapan mengikut tatacara berikut: - 6.31.4.1 Tangkapan dapat disempurnakan dengan tiga cara iaitu (Seksyen 15, KPJ): - 6.31.4.1.1 Menyentuh suspek, 6.31.4.1.2 Mengurung diri suspek; atau 6.31.4.1.3 Suspek menyerahkan dirinya untuk ditangkap. 6.31.4.2 Pegawai dan anggota Polis Bantuan boleh menggunakan apa-apa cara untuk menangkap tetapi tidak boleh menyebabkan kematian (Seksyen 15(2) dan 15(3), KPJ). 6.31.4.3 Pegawai dan anggota Polis Bantuan yang menjalankan tangkapan hendaklah memperkenalkan diri dan menyebut kesalahan suspek sebab tangkapan dilakukan. 6.31.4.4 Tangkapan menggunakan kekerasan adalah atas keperluan sahaja. 6.31.4.5 Penggunaan cota, “baton” atau “club” boleh digunakan untuk tujuan mempertahankan diri ketika melaksanakan tugas menangkap suspek berdasarkan kepada peruntukan “Hak Pertahanan Persendirian” di bawah Seksyen 96 hingga 106 Kanun Keseksaan (“KK”).


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 115 of 123 Uncontrolled when printed 6.31.4.5.1 Alat-alat ini juga boleh digunakan untuk menyelamatkan diri daripada pihak musuh dengan kecederaan yang minimum. 6.31.4.5.2 Penggunaan salah satu alat ini perlu diaplikasikan secara berhemah, suci hati dan rasional dalam apa jua keadaan. 6.31.4.5.3 Penggunaan alat-alat ini boleh dilaksanakan secara berperingkat, iaitu bermula dari peringkat minima sehingga kepada peringkat menggunakan alat ini apabila tiada kaedah lain yang mampu memberikan kesan yang efektif untuk melaksanakan tangkapan. 6.31.4.6 Penggunaan gari (atau seumpamanya seperti “cable tie” atau tali) adalah bukan satu kemestian dan bergantung kepada ancaman suspek dan resiko suspek melarikan diri atau mencederakan diri sendiri (Seksyen 15(2), KPJ). 6.31.4.7 Tambahan kepada Perenggan (JJ)(2.2.6), penggunaan gari (atau seumpamanya) adalah tidak perlu kepada:- 6.31.4.7.1 Orang tua yang uzur. 6.31.4.7.2 Orang yang cedera pada badannya yang tiada keupayaan untuk melakukan apa-apa bahaya atau cuba melarikan diri. 6.31.4.7.3 Kanak-kanak (“juvana”). 6.31.4.7.4 Orang yang melakukan kesalahan kecil. 6.31.4.7.5 Orang yang dikehendaki oleh proses sivil. 6.31.4.7.6 Orang yang dianggap tidak berkemungkinan cuba untuk melepaskan diri. 6.31.4.7.7 Orang gila. 6.31.4.7.8 Wanita – penggunaan gari ke atas suspek wanita adalah bergantung kepada ancaman dan situasi. 6.31.4.8 Gari atau apa-apa alat yang digunakan bagi tujuan yang sama hendaklah digunakan ke atas suspek berdasarkan kepada tatacara berikut: - 6.31.4.8.1 Gari hendaklah dipakaikan dipergelangan kedua-dua belah tangan di bahagian belakang badan suspek bagi memastikan keselamatan pegawai atau pegawai Polis Bantuan dan orang lain. 6.31.4.8.2 Jika terdapat dua orang suspek, gari hendaklah dipakaikan pada tangan yang sama di antara satu suspek dengan suspek yang lain – sebagai contoh, jika seorang suspek digari pada pergelangan tangan kanannya, maka seorang suspek yang lain hendaklah digari pada pergelangan tangan kanan juga. Ini adalah bagi menyukarkan pergerakan suspek.


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 116 of 123 Uncontrolled when printed 6.31.4.9 Seseorang pegawai atau pegawai Polis Bantuan yang mengiringi suspek ke sesuatu tempat atau kenderaan (sama ada dengan gari atau tidak) hendaklah memastikan suspek tersebut berjalan dihadapan sedikit daripada pegawai atau pegawai Polis Bantuan yang mengiringinya bagi membolehkan pergerakan dan tindak tanduk suspek tersebut diawasi setiap masa. 6.31.5 SELEPAS tangkapan dijalankan: - 6.31.5.1 Membuat pemeriksaan badan (pemeriksaan tepuk badan), tertakluk kepada Perenggan (JJ) (2.3.2), bagi: - 6.31.5.2 Mengesan kemungkinan wujudnya senjata merbahaya oleh suspek. Ini adalah penting untuk keselamatan pegawai atau pegawai Polis Bantuan yang menjalankan tangkapan. 6.31.5.3 Mendapatkan bahan bukti atau barang kes. Ini adalah penting bagi mengelakkan dari barang kes dilupuskan oleh suspek (Seksyen 20 hingga 21, KPJ). 6.31.6 Pemeriksaan suspek wanita hendaklah dibuat oleh pegawai atau pegawai Polis Bantuan atau kakitangan wanita sahaja (Seksyen 19(2), KPJ). 6.31.7 Suspek yang ditangkap hendaklah dengan segera diserahkan kepada pegawai Polis atau dibawa ke balai Polis berhampiran (Seksyen 27(1), KPJ). Orang yang ditangkap HENDAKLAH SEBERAPA SEGERA DISERAHKAN KEPADA PIHAK POLIS untuk tangkapan semula. 6.31.8 Satu laporan Polis hendaklah dilakukan di balai Polis di mana suspek diserahkan untuk tangkapan semula. 6.31.9 Barangan yang disita dari suspek perlu disenaraikan dan diakui oleh pegawai yang menangkap dan diserahkan kepada pegawai Polis di lokap di mana suspek ditahan. Ini adalah bertujuan bagi mengelakkan apa-apa tuduhan daripada suspek. 6.31.10 Setiap pegawai Polis Bantuan DILARANG sama sekali 6.31.10.1 Bertindak diluar batas undang-undang dan peraturan syarikat yang telah digariskan di dalam melaksanakan tangkapan. 6.31.10.2 Membuat penahanan salah terhadap mana-mana orang yang melakukan kesalahan “boleh tangkap” di dalam dan di luar kawasan syarikat. 6.31.10.3 Melambat-lambatkan menyerahkan orang yang ditangkap kepada pihak Polis untuk tangkapan semula.


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 117 of 123 Uncontrolled when printed Orang yang ditangkap HENDAKLAH SEBERAPA SEGERA DISERAHKAN KEPADA PIHAK POLIS untuk tangkapan semula. 6.31.10.4 Cuai mengendalikan suspek sehingga menyebabkan suspek berjaya melarikan diri dari tahanan pegawai atau pegawai Polis Bantuan. 6.31.10.5 Memberikan keterangan kepada mana-mana pihak berkaitan insiden kecuali kepada pihak Polis, wakil syarikat, Ketua Wilayah Polis Bantuan dan/atau Pegawai Kanan Polis Bantuan bagi tujuan siasatan. 6.32 Tatacara 4 – Tindakan Di Tempat Kejadian / Insiden (Am) 6.32.1 Tanggungjawab: Semua Pegawai Polis Bantuan. Tujuan utama tatacara ini diwujudkan adalah sebagai panduan kepada pegawai Polis Bantuan untuk mengambil tindakan yang betul dan berkesan bagi menguruskan apa-apa kejadian dan menyelamatkan bukti-bukti dan saksi-saksi bagi tujuan siasatan. 6.32.2 Setiap pegawai Polis HENDAKLAH melaporkan kepada Ketua Syif, Ketua Unit atau wakil syarikat berkenaan perihal kejadian. 6.32.3 Menghubungi pihak Polis dengan segera apabila diarahkan oleh Ketua Syif, Ketua Unit atau wakil syarikat. 6.32.4 Meminta bantuan pegawai Polis Bantuan, pegawai keselamatan atau kakitangan syarikat yang lain untuk membantu menguruskan kejadian. 6.32.5 Mengadakan satu kawalan kawasan dengan menggunakan tali atau papan tanda di kawasan berlakunya kejadian - ini bergantung kepada keadaan kerana tempat kejadian berubah-ubah. 6.32.6 Menguruskan mangsa (atau suspek) yang cedera dan didapati masih hidup dengan segera dengan bantuan orang lain, jika ada. AWAS dan INGAT! Pastikan keselamatan diri sendiri sebelum menyelamatkan orang lain. 6.32.7 Menghindari diri dari menyentuh apa-apa benda dalam kawasan yang dilingkungi atau mengubah apa-apa benda. 6.32.8 Cuba melindungi bahan bukti tersebut dengan menutup dengan kertas akhbar atau kotak, payung dan sebagainya jika hujan atau tertedah kepada panas terik matahari. 6.32.9 Membuat hanya satu laluan keluar masuk sahaja ke tempat kejadian dan menjelaskan kepada Pegawai Polis atau Pegawai Penyiasat Bahagian mengenai laluan tersebut.


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 118 of 123 Uncontrolled when printed 6.32.10 Menegah dan menghindari orang ramai yang tidak berkenaan masuk keluar atau berkeliaran di dalam atau berhampiran kawasan kejadian yang dikawal. 6.32.11 Mendapatkan semua butiran saksi-saksi yang berada di tempat kejadian atau yang melihat kejadian yang berlaku dengan memadai dengan mengambil butiran berikut dan serahkan kepada Pegawai Penyiasat: - 6.32.11.1 Nama penuh; 6.32.11.2 Nombor kad pengenalan; 6.32.11.3 Nombor telefon bimbit; dan 6.32.11.4 Alamat tempat tinggal terkini dan tetap. 6.32.12 Memastikan kesan tapak kaki atau tayar yang dikesan di luar kawasan lingkungan tali tempat kejadian terpelihara dan tidak disentuh oleh sesiapa pun. 6.32.13 Memastikan hanya pegawai penyiasat Polis, detektif, jurufoto dan mereka dibenarkan oleh Pegawai Penyiasat boleh masuk ke kawasan ini. 6.32.14 Tidak membenarkan pihak pemberita masuk ke kawasan tempat kejadian atau melayani soalan–soalan pemberita jika mereka sampai dahulu. 6.32.15 Memberikan kerjasama yang baik kepada Pegawai Penyiasat dan/atau pihak Polis bagi membantu siasatan. 6.32.16 Setiap pegawai Polis Bantuan DILARANG sama sekali 6.32.16.1 Menyentuh apa-apa benda dalam kawasan yang dilingkungi atau mengubah apaapa benda. 6.32.16.2 Membenarkan orang ramai yang tidak berkenaan masuk keluar atau berkeliaran di dalam atau berhampiran di kawasan kejadian yang dikawal. 6.32.16.3 Memasang alat penghawa dingin (“air-cond”) atau kipas, ini boleh menyebabkan barang bukti berterbangan. 6.32.16.4 Menggunakan maklumat saksi yang dikumpul bagi tujuan dan kepentingan peribadi. 6.32.16.5 Memberikan keterangan kepada mana-mana pihak berkaitan insiden kecuali kepada pihak Polis, wakil syarikat, Ketua Wilayah Polis Bantuan dan/atau Pegawai Kanan Polis Bantuan bagi tujuan siasatan.


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 119 of 123 Uncontrolled when printed 6.33 Tatacara 5 – Siasatan Aduan / Insiden / Kejadian (Siasatan Dalaman) 6.33.1 Tanggungjawab: Semua Pegawai Polis Bantuan. Tujuan utama tatacara ini diwujudkan adalah sebagai panduan kepada pegawai Polis Bantuan untuk menjalankan siasatan dalaman asas atau mendapatkan maklumat asas bagi apa-apa kejadian bagi membantu pihak penyiasat menjalankan siasatan lanjut. 6.33.2 Setiap pegawai Polis HENDAKLAH mendapatkan arahan rasmi daripada Pegawai Kanan Polis Bantuan atau wakil syarikat (selepas ini disebut sebagai ‘Pegawai Atasan’) supaya siasatan dijalankan ke atas apa-apa aduan sebelum sesuatu aktiviti siasatan dijalankan (disebut juga sebagai Kuasa Menyiasat). 6.33.3 Memastikan siasatan terhadap apa-apa aduan yang dimajukan oleh kakitangan, pelawat, kontraktor atau pembekal adalah dijalankan dengan segera, lengkap, rapi, adil dan bagi kes-kes yang melibatkan jenayah - cukup keterangan (atau maklumat) untuk membantu pihak berkuasa mensabitkan suspek. 6.33.4 Mempunyai perkara-perkara berikut bagi menghasilkan satu kertas siasatan yang lengkap, rapi dan adil, tetapi tidak terhad kepada:- 6.33.4.1 Sikap yang positif. 6.33.4.2 Jujur, adil, disiplin, mempunyai inisitif, minat, sifat ingin tahu (“inquisitive”), imiginasi yang tinggi (“imaginative”), pemerhati (“observant”) dan terperinci (“meticulous”). 6.33.4.3 Mempunyai pengetahuan tentang polisi, peraturan dan proses-proses aktiviti kerja yang berkaitan dengan kes. 6.33.5 Mendapatkan maklumat kejadian berpandukan prinsip “5W” dan “1H” (“what”, “when”, “where”, “who”, “why” dan “how”) seperti berikut:- 6.33.5.1 Perkara kejadian - bagi mengetahui mengenai kejadian yang telah berlaku (elemen ‘apa’ – “what”). 6.33.5.2 Tempat kejadian - bagi mengetahui “dimanakah” kejadian berlaku (elemen ‘lokasi’ – “where”). 6.33.5.3 Orang yang terlibat - bagi mengetahui siapakah yang terlibat di dalam kejadian yang berlaku (elemen ‘siapa’ – “who”). 6.33.5.4 Tarikh, hari dan masa kejadian – bagi mengetahui “bilakah” kejadian berlaku (elemen ‘masa’ – “when”). 6.33.5.5 Sebab kejadian – bagi mengetahui apakah yang menyebabkan kejadian tersebut berlaku (elemen ‘mengapa’ – “why”). 6.33.5.6 Perkara asal usul kejadian - bagi mengetahui mengenai bagaimana kejadian berlaku (elemen ‘bagaimana’ – “how”).


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 120 of 123 Uncontrolled when printed 6.33.6 Memperolehi maklumat berdasarkan keterangan lisan, fizikal (termasuk dokumen-dokumen), langsung (“direct”) dan/atau tidak langsung (“circumstantial”). 6.33.7 Menjalankan siasatan berdasarkan peruntukan undang-undang. 6.33.8 Menjalankan siasatan berdasarkan proses berikut: - 6.33.8.1 Mendapatkan kelulusan dan Kuasa Menyiasat atau arahan supaya menyiasat dari Pegawai Atasan. 6.33.8.2 Hadir ke lokasi kejadian untuk mendapatkan pandangan lanjut berkenaan tempat kejadian dan 6.33.8.2.1 Mengambil gambar tempat kejadian pada jarak dekat, sederhana jauh dan jauh dari objek utama dan/atau lokasi; dan 6.33.8.2.2 Membuat lakaran terperinci kawasan kejadian dan ditandakan lokasi objek uatama atau tempat kejadian. 6.33.8.3 Rekodkan maklumat saksi-saksi (jika ada) seperti nama penuh, nombor kad pengenalan atau nombor pekerja dan nombor telefon bimbit serta alamat tempat tinggal untuk memanggil saksi untuk ditemubual dan dirakamkan keterangan mereka jika perlu. 6.33.8.4 Jika lokasi kejadian terdapat sistem kamera litar tertutup, dapatkan maklumat berkenaan pegawai yang bertanggungjawab untuk membantu siasatan. 6.33.8.5 Mendapatkan, memeriksa dan mengkaji semua dokumen yang berkaitan sebelum sesi temubual dengan saksi dimulakan (jika perlu). 6.33.8.6 Menjalankan sesi temubual dengan seorang saksi pada satu satu masa. 6.33.8.7 Mengajukan soalan kepada saksi dengan menggunakan bahasa dan perkataan yang mudah, jelas dan terang (tidak berselindung dan berkias). 6.33.8.8 Merakamkan percakapan saksi-saksi dengan tepat dan adil. 6.33.8.9 Memeriksa keretangan saksi dengan keterangan saksi yang lain (jika ada) untuk mendapat maklumat yang tepat, seragam dan menjelaskan segala percanggahan yang ada. 6.33.8.10 Memeriksa pembelaan diri (“alibi”) dengan lebih lanjut dengan segera. 6.33.8.11 Membuat “follow-up” terhadap fakta baru yang diperolehi dengan saksi-saksi atau dokumen sokongan. 6.33.8.12 Merekodkan semua tindakan dan arahan di dalam buku rekod siasatan. Diantara maklumat yang perlu direkodkan di dalam buku rekod adalah, tetapi tidak terhad kepada: - 6.33.8.12.1 Tarikh dan masa arahan / siasatan. 6.33.8.12.2 Tempat dilawati


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 121 of 123 Uncontrolled when printed 6.33.8.12.3 Butir-butir siasatan 6.33.8.12.4 Pendapat / hasil siasatan. 6.33.8.12.5 Keterangan-keterangan mengenai perkara atau barang yang dijumpai dan butirannya 6.33.8.12.6 Pergerakan serah menyerah bukti dan barang kes. 6.33.8.12.7 Arah yang telah diberikan kepada orang lain. 6.33.8.13 Meminta bantuan pakar jika kes yang disiasat melibatkan proses kerja yang bukan di bawah kepakaran penyiasat. 6.33.8.14 Menyediakan senarai dokumen dan barang bukti. 6.33.8.15 Memajukan laporan penuh kepada pegawai atasan untuk tindakan lanjut. 6.33.9 Setiap pegawai Polis Bantuan DILARANG sama sekali 6.33.9.1 Mendedahkan penemuan-penemuan siasatan kepada mana-mana pihak kecuali Pegawai Atasan atau mana-mana pihak yang diberi kelulusan oleh Pegawai Atasan. 6.33.9.2 Bersikap prejudis semasa menjalankan siasatan. 6.33.9.3 Tidak bersedia untuk menjalankan siasatan. 6.33.9.4 Memberikan keterangan kepada mana-mana pihak berkaitan kejadian kecuali kepada pihak Polis, wakil syarikat, Ketua Wilayah Polis Bantuan dan/atau Pegawai Kanan Polis Bantuan bagi tujuan siasatan lanjut. 6.34 Tatacara 6 – Laporan Polis 6.34.1 Tanggungjawab: Semua Pegawai Polis Bantuan. Tujuan utama tatacara ini diwujudkan adalah sebagai panduan kepada pegawai Polis Bantuan untuk membuat laporan Polis dengan betul dan berkesan. 6.34.2 Setiap pegawai Polis HENDAKLAH membuat satu laporan Polis yang lengkap selepas sesuatu tindakan di ambil atau selepas berlakunya sesuatu kejadian yang berlaku bertujuan untuk: - 6.34.2.1 Mematuhi prosedur selepas sesuatu tangkapan yang sah dilakukan; 6.34.2.2 Melaporkan kejadian atau penemuan yang memerlukan tindakan pihak Polis seperti siasatan, tangkapan dan pendakwaan; atau 6.34.2.3 Melindungi diri dari tohmahan dan fitnah ke atas tindakan yang sah yang telah diambil.


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 122 of 123 Uncontrolled when printed 6.34.3 Membuat laporan Polis setelah tindakan-tindakan berikut diambil atau selepas sesuatu kejadian sepertimana yang disenaraikan di bawah berlaku, tetapi tidak terhad kepada: - 6.34.3.1 Tangkapan suspek. 6.34.3.2 Kejadian kehilangan, kecurian, pecah masuk, rompakan dan sebagainya. 6.34.3.3 Ancaman jenayah dari kakitangan, pelanggan, pembekal, kontraktor atau orang awam. 6.34.3.4 Penemuan barangan, peralatan atau bahan-bahan kawalan atau larangan. 6.34.4 Membuat siasatan asas mengenai kejadian yang telah berlaku sepertimana panduan di Perenggan (LL) bagi mendapatkan maklumat yang tepat sebelum sesuatu laporan Polis di buat. 6.34.5 Merangka deraf laporan Polis dan berkongsi dengan Ketua Syif, Ketua Unit, wakil syarikat dan/atau Pegawai Kanan / Ketua Wilayah Polis Bantuan sebelum laporan yang sebenar dibuat di Balai Polis yang berdekatan yang merangkumi perkara-perkara berikut, tetapi tidak terhad kepada: - 6.34.5.1 Tarikh, hari dan masa kejadian – bagi menerangkan “bilakah” kejadian berlaku atau tindakan diambil (elemen ‘masa’ – “when”). 6.34.5.2 Tempat kejadian - bagi menerangkan “dimanakah” kejadian berlaku atau tindakan diambil (elemen ‘lokasi’ – “where”). 6.34.5.3 Perkara kejadian - bagi menerangkan mengenai kejadian yang telah berlaku atau tindakan yang telah diambil (elemen ‘apa’ – “what”). 6.34.5.4 Perkara asal usul kejadian - bagi menerangkan mengenai bagaimana kejadian berlaku atau tindakan diambil (elemen ‘bagaimana’ – “how”). 6.34.5.5 Orang yang terlibat - bagi menerangkan siapakah yang terlibat di dalam kejadian yang berlaku atau tindakan yang diambil (elemen ‘siapa’ – “who”) 6.34.6 Membuat laporan Polis setelah deraf disahkan oleh pihak Ketua Syif, Ketua Unit, wakil syarikat dan/atau Ketua Wilayah Polis Bantuan / Pegawai Kanan Polis Bantuan. 6.34.7 Merekodkan satu salinan laporan ke dalam fail kes. 6.34.8 Setiap pegawai Polis Bantuan DILARANG sama sekali 6.34.8.1 Memajukan laporan Polis dengan maklumat palsu atau tidak sepenuhnya benar. 6.34.8.2 Memajukan satu laporan yang tidak lengkap kepada pihak Polis. 6.34.8.3 Melambat-lambatkan membuat laporan Polis tanpa sebab yang munasabah. 6.34.8.4 Memajukan laporan Polis tanpa merujuk kepada Ketua Syif, Ketua Unit, wakil syarikat dan/atau Ketua Wilayah Polis Bantuan / Pegawai Kanan Polis Bantuan.


MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 123 of 123 Uncontrolled when printed 6.35 Pengesahan Pemahaman Oleh Pegawai Polis Bantuan 6.35.1 Tujuan perenggan ini adalah bagi memastikan semua pegawai Polis Bantuan memahami dan mematuhi tugasan yang perlu dilaksanakan secara umum yang dinyatakan di dalam Arahan ini. 6.35.2 Ruangan di DRBH-POL-ST-01-F10 (Borang Pengesahan Pemahaman Arahan Oleh Pegawai Polis Bantuan) hendaklah dipenuhkan oleh semua pegawai Polis Bantuan DRB-HICOM. 6.35.3 Setiap Pegawai Kanan Polis Bantuan, Ketua Wilayah, Penolong Ketua Wilayah Kanan, Penolong Ketua Wilayah dan Ketua Unit adalah bertanggungjawab untuk memastikan semua pegawai Polis Bantuan yang bertugas memahami dan mematuhi arahan-arahan dan prosedurprosedur yang dinyatakan di dalam manual ini sebelum mana-mana pegawai Polis Bantuan ditugaskan di premis tugasan dan dari semasa ke semasa melalui program dalam latihan yang berstruktur, tersusun dan berjadual. 7. REKOD 7.1 Borang Rekod Prestasi Pegawai Polis Bantuan – DRBH-POL-ST-01-F01 7.2 Borang Senarai Semak Pemeriksaan Pos Kawalan – DRBH-POL-ST-01-F02 7.3 Borang Senarai Semak Pemeriksaan Kenderaan Harian – DRBH-POL-ST-01-F03 7.4 Borang Arahan Tugasan / Tugasan Luar Kawasan - DRBH-POL-ST-01-F04 7.5 Borang Laporan Aduan / Kejadian – DRBH-POL-ST-01-F05 7.6 Borang Salah Laku Dan Ketidakakuran – DRBH-POL-ST-01-F06 7.7 Borang Work Permit – DRBH-SOP-SHE-F004 7.8 Borang Permohonan Bertugas Selepas Waktu Pejabat Dan Masa Cuti – DRBH-POL-ST-01-F07 7.9 Borang Perincian Suspek – DRBH-POL-ST-01-F08 7.10 Borang Ancaman Bom – DRBH-POL-ST-01-F09 7.11 Borang Pengesahan Pemahaman Arahan Oleh Pegawai Polis Bantuan DRB-HICOM – DRBH-POL-ST01-F10


Click to View FlipBook Version