MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 51 of 123 Uncontrolled when printed 6.10.17 Jika terdapat kakitangan yang membawa masuk kenderaan peribadi yang tidak mempunyai pelekat kenderaan atau pelekat kenderaan tidak sah: - 6.10.17.1 Rekodkan maklumat kakitangan tersebut dan majukan kepada Ketua Unit atau wakil syarikat untuk tindakan lanjut; dan 6.10.17.2 Maklumkan kepada kakitangan yang terlibat untuk mendapatkan pelekat kenderaan yang sah dalam masa 5 hari bekerja; dan jika selepas 5 hari bekerja kenderan masih lagi tidak mempunyai pelekat kenderaan – kenderaan tersebut tidak dibenarkan memasuki kawasan syarikat. 6.10.18 Memeriksa kenderaan yang dibawa masuk berdasarkan ketetapan di Perenggan (U). 6.10.19 Memastikan tiada barangan peribadi yang merbahaya dibawa masuk ke dalam kawasan syarikat sepertimana di bawah tetapi tidak terhad kepada: - 6.10.19.1 Senjata tajam seperti pisau, parang, kapak dan sebagainya. 6.10.19.2 Senjata merbahaya seperti cota, “baton”, pistol dan senapang kecuali yang dibawa oleh pegawai Polis. 6.10.19.3 Barangan merbahaya seperti asid dan racun. 6.10.19.4 Bahan larangan seperti dadah, ganja, daun atau air ketum dan sebagainya. 6.10.20 Memastikan kenderaan yang keluar mempunyai “Borang Slip Pelawat / Kontraktor / Pembekal” atau “Gate Pass” (seperti contoh di LAMPIRAN M) (atau mana-mana dokumen syarikat yang seumpamanya) yang sah dan barangan yang dibawa mesti dicatat dengan terang dan jelas di dalam borang tersebut serta dokumen sokongan yang lain (contoh “Delivery Order”, Inbois, “Manifest” dan sebagainya). Makumat dan nombor pendaftaran kenderaan tersebut juga hendaklah direkodkan. Keperluan untuk “Borang Slip Pelawat” atau “Gate Pass” adalah TIDAK DILAKSANAKAN ke atas pelawat atau pelanggan (sahaja) yang ingin melawat tapak atau ruang atau pusat pameran jualan atau hartanah atau kaunter gunasama atau perkhidmatan berkepentingan awam yang terletak berasingan dengan kawasan yang mempunyai aset penting yang dilindungi (seperti kawasan simpanan barangan) melainkan ianya menjadi polisi dan prosedur pihak syarikat kumpulan. 6.10.21 Memeriksa kenderaan yang dibawa keluar dari kawasan syarikat berdasarkan ketetapan di Perenggan (U) sebelum dibenarkan meninggalkan kawasan syarikat. 6.10.21.1 Memastikan setiap kakitangan syarikat memakai Pas Keselamatan pada setiap masa semasa memasuki dan ketika berada di dalam kawasan syarikat.
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 52 of 123 Uncontrolled when printed 6.10.21.2 Jika terdapat kakitangan yamg didapati tidak mempamerkan Pas Keselamatan disebabkan ketiadaan pas tersebut – akibat rosak, hilang, tertinggal atau sengaja tidak mahu mempamerkan pas tersebut; pegawai bertugas dikehendaki mendapatkan maklumat kakitangan sepertimana di bawah dan majukan kepada wakil syarikat untuk tindakan lanjut: - 6.10.21.2.1 Nama penuh. 6.10.21.2.2 Nombor kakitangan. 6.10.21.2.3 Nama jabatan. 6.10.21.2.4 Nombor sambungan telefon pejabat. 6.10.21.2.5 Tarikh dan masa kejadian. 6.10.21.3 Dan, kakitangan tersebut hendaklah dikehendaki mendaftarkan diri sebagai “Pelawat” bagi membolehkan Pas Keselamatan diberikan kepada kakitangan tersebut bagi hari tersebut. Rujuk Perenggan (P) untuk tatacara menguruskan pelawat. 6.10.21.4 Jika kakitangan tersebut ingkar untuk mendaftar sebagai pelawat, pegawai hendaklah melaporkan insiden tersebut kepada Ketua Syif, Ketua Unit atau pihak wakil syarikat untuk tindakan lanjut. 6.10.21.5 Memastikan setiap pelawat dan kakitangan kontraktor atau pembekal mendaftar sebelum memasuki kawasan syarikat dan memakai Pas Keselamatan pada setiap masa semasa memasuki dan ketika berada di dalam kawasan syarikat. Pendaftaran pelawat dan pemakaian Pas Keselamatan adalah TIDAK DILAKSANAKAN ke atas pelawat atau pelanggan (sahaja) yang ingin melawat tapak atau ruang atau pusat pameran jualan atau hartanah atau kaunter gunasama atau perkhidmatan berkepentingan awam yang terletak berasingan dengan kawasan yang mempunyai aset penting yang dilindungi (seperti kawasan simpanan barangan) melainkan ianya menjadi polisi dan prosedur pihak syarikat kumpulan. 6.10.21.6 Jika pelawat, kontraktor atau pembekal didapati tidak mempamerkan Pas Keselamatan apabila memasuki dan berada di dalam kawasan syarikat: - 6.10.21.7 Pegawai Polis Bantuan dikehendaki memberi nasihat kepada pelawat atau kontraktor / pembekal tersebut untuk segera mempamerkan Pas Keselamatannya; dan
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 53 of 123 Uncontrolled when printed 6.10.21.8 Jika pelawat atau kontraktor enggan dan ingkar; atau kejadian yang sama berulang, pegawai bertugas dikehendaki mengarahkan pelawat / kontraktor / pembekal untuk meninggalkan kawasan syarikat dan memajukan maklumat dan deskripsi pelawat / kakitangan kontraktor / pembekal tersebut dan majukan kepada Ketua Syif, Ketua Unit atau wakil syarikat untuk arahan dan tindakan lanjut; dan 6.10.21.8.1 Jika perlu, ambil tindakan sepertimana kehendak Perenggan (CC) berkaitan pencerobohan. 6.10.21.9 Memastikan pemandu kenderaan yang masuk ke dalam kawasan syarikat agar memandu mengikut had laju yang ditetapkan (30km/j) bagi mengelakkan kemalangan dan meletakkan kenderaan di petak parkir yang betul. 6.10.21.9.1 Jika didapati mana-mana kakitangan tidak menepati kehendak Perenggan (O) (2.9) di atas, dapatkan maklumat kakitangan tersebut dan laporkan kepada Ketua Syif, Ketua Unit atau wakil syarikat dengan segera untuk tindakan lanjut. 6.10.21.9.2 Jika didapati mana-mana pelawat, kontraktor atau pembekal yang tidak menepati kehendak Perenggan (O)(2.9) di atas, pegawai bertugas dikehendaki menasihati individu tersebut dan melaporkan kejadian tersebut kepada Ketua Syif, Ketua Unit atau pihak wakil syarikat dengan segera untuk tindakan lanjut; dan 6.10.21.9.3 Mengambil tindakan kunci tayar ke atas kenderaan yang tidak diparkir di tempat yang dibenarkan mengikut polisi syarikat (jika ada). 6.10.21.10 Memantau keselamatan kawasan syarikat dan pergerakan kakitangan, pelanggan, pelawat, kontraktor, pembekal serta kenderaan dengan rapi melalui skrin sistem pemantauan (“CCTV”) yang disediakan di dalam Pos Kawalan (jika ada) dan/atau memantau secara fizikal di luar Pos Kawalan. 6.10.21.11 Melaporkan kepada pegawai peronda untuk tindakan jika terdapat apa-apa perlanggaran disiplin, polisi dan prosedur syarikat. 6.10.21.12 Segera melaporkan kepada Ketua Syif atau Ketua Unit jika berlaku masalah seperti kerosakan lampu di sekitar kawasan syarikat, sistem pagar, sistem CCTV, talian telefon dan kemudahan asas di Pos Kawalan, agar masalah dan kerosakan yang dihadapi dapat diatasi dengan segera. 6.10.21.13 Laporan yang dimajukan hendaklah direkodkan di dalam Buku Perharian Balai untuk disemak oleh Ketua Unit untuk tindakan lanjut, jika perlu.
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 54 of 123 Uncontrolled when printed 6.10.21.14 Peka kepada laporan-laporan semasa yang diterima daripada kakitangan, pelawat, pelanggan, kontraktor atau pembekal terutamanya berkaitan isu keselamatan dan kecemasan di dalam kawasan syarikat. 6.10.21.15 Pegawai Polis Bantuan hendaklah mendapatkan maklumat lengkap berikut dan mencatatkannya di dalam Buku Perharian Balai: - 6.10.21.15.1 Nama penuh pelapor; 6.10.21.15.2 Nombor perhubungan pelapor; dan 6.10.21.15.3 Masalah yang dihadapi / aduan yang diterima. 6.10.22 Menguruskan supaya pelapor atau pengadu memenuhkan borang laporan atau aduan kejadian menggunakan “Borang Laporan Aduan / Kejadian” (DRBH-POL-ST-01-F05) dengan lengkap dan laporan dan maklumat yang diterima hendaklah disampaikan kepada Ketua Syif, Ketua Unit dan/atau wakil syarikat seberapa segera bagi arahan dan/atau tindakan yang sewajarnya diambil. 6.10.23 Setiap pegawai Polis Bantuan DILARANG sama sekali 6.10.23.1 Meninggalkan Pos Kawalan (atau kawasan sekitarnya yang berdekatan) tanpa sebab dan sebarang pengawasan. 6.10.23.1.1 Jika di dalam keadaan kecemasan, pegawai yang bertugas hendaklah memaklumkan kepada Ketua Unit, Ketua Syif atau wakil syarikat berkenaan keperluan untuk meninggal Pos Kawalan tersebut. 6.10.23.2 Membenarkan orang yang tidak berkenaan masuk ke dalam Pos Kawalan KECUALI wakil syarikat, Ketua Unit, Ketua Syif, Pegawai Pasukan Polis Bantuan DRB-HICOM atau PDRM bagi tujuan pemantauan dan pemeriksaan. 6.10.23.3 Membenarkan kontraktor / pembekal masuk ke dalam kawasan syarikat dan menjalankan kerja-kerja penghantaran (“pick up” atau “delivery”) atau pembaikan tanpa kelulusan daripada pihak syarikat dan dokumen yang sah. 6.10.23.4 Membenarkan jurujual individu, pembeli surat khabar lama, pembeli barang lusuh atau seumpamanya dan lain-lain orang awam yang tiada urusan yang sah memasuki kawasan syarikat. 6.10.24 Berikut adalah proses Carta Alir Tugasan di Pos Kawalan Pintu Masuk / Keluar:
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 55 of 123 Uncontrolled when printed Carta Aliran - Tugasan di Pos Kawalan Pintu Masuk / Keluar CARTA ALIR TINDAKAN TANGGUNGJAWAB Pastikan palang penghadang sentiasa dalam keadaan tertutup (Sekiranya bekalan elektrik terputus kon hendaklah diletakkan) Kakitangan yang berurusan selepas waktu pejabat hendaklah di daftarkan Pastikan setiap kenderaan kakitangan mempunyai pelekat kenderaan. (Sekiranya tiada hendaklah meminta nama, jabatan serta nombor untuk dihubungi dengan segera) Pelawat/Kontaktor/Vendor perlu disahkan melalui Lobi Utama sebelum dibenarkan masuk untuk berurusan di dalam Kawasan Wisma DRB-HICOM. Pos Kawalan Pos Kawalan Pos Kawalan / Lobi Utama Pos Kawalan / Lobi Utama MULA Kawalan di Pos Kawalan Pemeriksaan Prosedur pendaftaran Pelawat Arahkan ke Lobi Utama Tidak Perlu Pendaftaran Kakitangan SELESAI MUKA SURAT INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 56 of 123 Uncontrolled when printed 6.11 Tugasan 3 - Pendaftaran Masuk dan Keluar Pelawat 6.11.1 Tanggungjawab: 6.11.1.1 Anggota Pos Kawalan Masuk / Keluar, atau 6.11.1.2 Anggota Pos Kawalan Pendaftaran Masuk dan Keluar Bangunan Tujuan utama tugasan ini adalah bagi memastikan pelawat-pelawat yang mempunyai urusan yang sah sahaja dibenarkan untuk memasuki kawasan atau bangunan syarikat dan maklumat pelawat tersebut direkodkan bagi tujuan keselamatan. Pendaftaran masuk atau keluar pelawat hendaklah dijalankan sama ada sebelum seseorang pelawat itu memasuki kawasan syarikat atau bangunan syarikat bergantung kepada susunatur kawasan atau bangunan yang dilindungi berdasarkan strategi keselamatan perlindungan syarikat kumpulan. 6.11.2 Setiap pegawai Polis Bantuan HENDAKLAH memastikan setiap pelawat hanya dibenarkan berurusan di dalam waktu operasi perniagaan rasmi syarikat sahaja. 6.11.2.1 Jika terdapat mana-mana pelawat yang berkeperluan segera untuk berurusan dengan mana-mana kakitangan syarikat di luar waktu operasi perniagaan rasmi syarikat, pegawai Polis Bantuan bertugas dikehendaki meminta pelanggan tersebut untuk menghubungi kakitangan berkenaan dan meminta kakitangan tersebut untuk bertemu dan menjemput pelanggan tersebut di Pos Kawalan. 6.11.2.2 Jika terdapat mana-mana pelawat yang hadir di luar waktu operasi perniagaan rasmi syarikat tanpa mengetahui kakitangan yang bertanggungjawab yang ingin pelanggan temui, pegawai Polis Bantuan bertugas hendaklah tidak membenarkan pelawat tersebut memasuki kawasan syarikat dan meminta pelawat untuk menunggu sehingga operasi perniagaan bermula semula. 6.11.3 Memastikan setiap pelawat yang ingin berurusan dengan mana-mana kakitangan syarikat di dalam kawasan syarikat mempunyai urusan yang sah. 6.11.4 Bagi memastikan pelawat mempunyai urusan yang sah, pegawai Polis Bantuan bertugas dikehendaki; 6.11.4.1 Memeriksa dan menyemak senarai pelawat yang akan hadir sepertimana yang telah dimaklumkan terlebih dahulu oleh pihak syarikat kepada pegawai bertugas sama ada melalui lisan atau bertulis; atau 6.11.4.2 Meneliti dan menentusahkan dokumen yang dibawa oleh pelawat dan mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak syarikat melalui Penyambut Tetamu, pegawai syarikat yang bertanggungjawab atau wakil syarikat; atau 6.11.4.3 Menghubungi kakitangan syarikat yang bertanggungjawab menguruskan dan melayani keperluan pelawat berdasarkan masalah atau perkara yang dibangkitkan
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 57 of 123 Uncontrolled when printed oleh pelawat melalui sesi soal jawab pegawai Polis Bantuan dan pelawat yang berkesan. 6.11.5 Memastikan setiap pelawat yang ingin berurusan dengan mana-mana kakitangan syarikat di dalam kawasan (atau bangunan) syarikat mendaftar masuk dan keluar di dalam Buku Daftar Pelawat. Pendaftaran pelawat dan pemakaian Pas Keselamatan adalah TIDAK DILAKSANAKAN ke atas pelawat atau pelanggan (sahaja) yang ingin melawat tapak atau ruang atau pusat pameran jualan kenderaan atau hartanah atau kaunter gunasama atau perkhidmatan berkepentingan awam yang terletak berasingan dengan kawasan yang mempunyai aset penting yang dilindungi (seperti kawasan simpanan barangan) melainkan ianya menjadi polisi dan prosedur pihak syarikat kumpulan. 6.11.6 Memastikan setiap maklumat yang diberikan oleh pelawat ditulis dengan JELAS, terang menggunakan PEN dan maklumat yang ditulis adalah LENGKAP. 6.11.7 Maklumat yang diperlukan dicatatkan di dalam Buku Daftar Pelawat adalah seperti berikut: - 6.11.7.1 Nama Penuh. 6.11.7.2 Nombor kad pengenalan atau paspot. 6.11.7.3 Nombor telefon bimbit. 6.11.7.4 Tujuan kemasukan. 6.11.7.5 Kakitangan yang hendak ditemui. 6.11.7.6 Nombor pendaftaran kenderaan yang dinaiki (jika berkenaan). 6.11.7.7 Nombor Pas Keselamatan yang diberikan. 6.11.7.8 Masa masuk. 6.11.7.9 Tandatangan masuk. 6.11.7.10 Masa keluar. 6.11.7.11 Tandatangan keluar. Jika pendaftaran pelawat menggunakan Sistem Teknologi Maklumat Pengurusan Pelawat yang disediakan oleh pihak syarikat kumpulan, maklumat di dalam asas yang disenaraikan di dalam Perenggan (P) (2.3.2) hendaklah diperolehi. 6.11.8 Jika terdapat mana-mana pelawat yang enggan memberikan kerjasama semasa pendaftaran dijalankan, sila nasihati pelanggan dengan berhemah dan maklumkan bahawa pendaftaran ini bertujuan untuk rekod keselamatan dan akan digunakan terutamanya semasa insiden kecemasan seperti kebakaran; dan
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 58 of 123 Uncontrolled when printed 6.11.9 Jika pelawat masih berdegil untuk tidak memberikan kerjasama, tahan kemasukan pelawat dan laporkan kepada Ketua Syif, Ketua Unit atau wakil syarikat untuk tindakan lanjut. 6.11.10 Memastikan setiap pelawat yang mendaftar masuk diberikan Pas Keselamatan untuk dipamerkan setiap masa semasa berada di dalam kawasan syarikat dan “Borang Slip Pas Pelawat / Kontraktor / Pembekal” atau “Gate Pass” atau seumpamanya (jika ada mengikut polisi syarikat) untuk ditandatangani oleh kakitangan syarikat yang bertanggungjawab bagi mengesahkan kehadiran pelawat tersebut. Keperluan untuk “Borang Slip Pelawat” atau “Gate Pass” adalah TIDAK DILAKSANAKAN ke atas pelawat atau pelanggan (sahaja) yang ingin melawat tapak atau ruang atau pusat pameran jualan atau hartanah atau kaunter gunasama atau perkhidmatan berkepentingan awam yang terletak berasingan dengan kawasan yang mempunyai aset penting yang dilindungi (seperti kawasan simpanan barangan) melainkan ianya menjadi polisi dan prosedur pihak syarikat kumpulan. 6.11.11 Memastikan setiap pelawat memenuhkan “Borang Slip Pas Pelawat / Kontraktor / Pembekal” atau “Gate Pass” (jika berkenaan) dan barangan yang diistiharkan disahkan oleh pegawai Polis Bantuan bertugas SEBELUM Pas Keselamatan diberikan. 6.11.12 Memastikan tiada barangan peribadi yang merbahaya atau senjata dibawa masuk ke dalam kawasan syarikat melalui pemerhatian visual ke atas pelawat dan pemeriksaan fizikal ke atas kenderaan pelawat sepertimana yang di tetapkan di Perenggan (U). 6.11.13 Memastikan pelawat bergerak masuk dan menuju ke lokasi pejabat atau kawasan parkir yang betul. 6.11.14 Memastikan pergerakan kenderaan dan pejalan kaki di dalam kawasan syarikat adalah teratur dengan: - 6.11.14.1 Menunjukkan bangunan, pintu masuk dan/atau tempat parkir yang betul. 6.11.14.2 Menasihati pelawat yang masuk dengan kenderaan agar memandu dengan berhati-hati. 6.11.14.3 Menasihati pelawat yang berada di dalam kawasan syarikat agar berhati-hati ketika bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. 6.11.14.4 Sentiasa memantau kawasan tugasan sekeliling untuk memastikan keselamatan kakitangan, pelawat, pelanggan, kontraktor, pembekal dan aset syarikat. 6.11.14.5 Membunyikan wisel pada tahap yang bersesuaian untuk mendapatkan perhatian mana-mana pejalan kaki dan pemandu kenderaan dan berikan maklumbalas atau teguran yang bersesuaian bagi memastikan keselamatan kakitangan, pelawat, pelanggan, kontraktor atau pembekal.
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 59 of 123 Uncontrolled when printed 6.11.14.6 Menggunakan “traffic baton” atau lampu suluh pada waktu malam atau cuaca gelap bagi membantu pejalan kaki atau kenderaan masuk dan keluar ke/dari kawasan syarikat dengan selamat. 6.11.14.7 Memastikan setiap pelawat yang diberikan Pas Keselamatan dan “Borang Slip Pas Pelawat / Kontraktor / Pembekal” (jika berkenaan) memulangkan pas dan borang tersebut dan telah mengesahkan masa keluar di dalam Buku Daftar Pelawat sebelum pelawat dibenarkan meninggalkan kawasan syarikat. 6.11.14.8 Jika didapati mana-mana pelawat yang tidak memulangkan Pas Keselamatan yang diberikan atas sebab kehilangan pas tersebut, atau pas yang dipulangkan didapati rosak teruk, pegawai Polis Bantuan dikehendaki: - 6.11.14.8.1 Meminta pelawat untuk melaporkan mengenai kehilangan atau kerosakan Pas Keselamatan yang diberikan dengan menggunakan “Borang Laporan Aduan / Kejadian” (DRBH-POL-ST-01-F05); 6.11.14.8.2 Memaklumkan kepada pelawat bahawa denda (jika ada) sebanyak yang ditetapkan oleh pihak syarikat akan dikenakan kerana kehilangan atau kerosakan Pas Keselamatan tersebut; dan 6.11.14.8.3 Melaporkan kehilangan atau kerosakan tersebut kepada Ketua Syif, Ketua Unit atau wakil syarikat seberapa segera untuk tindakan lanjut. 6.11.14.9 Jika didapati “Borang Slip Pas Pelawat / Kontraktor / Pembekal” (jika berkenaan) tidak dipenuhkan dengan maklumat yang diperlukan dan/atau tidak ditandatangani oleh kakitangan yang pelawat telah berurusan, pegawai bertugas dikehendaki, sama ada: - 6.11.14.9.1 Meminta pelawat tersebut untuk memenuhkan maklumat yang berkenaan dan/atau mendapatkan tandatangan kakitangan yang berkenaan; atau 6.11.14.9.2 Menghubungi kakitangan yang berkenaan untuk hadir di pos kawalan untuk mengesahkan kehadiran pelawat tersebut. 6.11.14.10 Memastikan pelawat yang membawa keluar barangan syarikat dari dalam kawasan syarikat keluar mempunyai “Gate Pass” (jika berkenaan) yang sah. 6.11.14.11 Memeriksa kenderaan pelawat yang dibawa keluar dari kawasan syarikat berdasarkan ketetapan di Perenggan (U) sebelum dibenarkan meninggalkan kawasan syarikat. 6.11.15 Setiap pegawai Polis Bantuan DILARANG sama sekali membenarkan mana-mana pelanggan atau pihak luar berurusan di luar waktu operasi syarikat.
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 60 of 123 Uncontrolled when printed 6.11.15.1 Mana-mana pihak luar yang ingin berurusan di dalam kawasan syarikat hendaklah menunjukkan bukti urusan perlu dijalankan dan urusan tersebut hendaklah dengan kehadiran kakitangan syarikat; dan 6.11.15.2 Kehadiran kakitangan syarikat tersebut telah terlebih dahulu mendapat kelulusan pengurusan syarikat dan dimaklumkan kepada pegawai Polis Bantuan bertugas lebih awal. 6.11.16 Membenarkan mana-mana pelawat keluar dari kawasan syarikat dengan: - 6.11.16.1 Tidak memulangkan Pas Keselamatan yang telah diberikan. 6.11.16.2 Tidak mendaftar keluar apabila meninggalkan kawasan syarikat. 6.11.16.3 Tidak mempunyai “Gate Pass” (jika berkenaan) yang sah apabila membawa keluar barangan yang dipercayai milik syarikat. 6.11.16.4 Tidak diperiksa kenderaan dan barangan yang dibawanya sama ada pada badan atau kenderaan. 6.11.17 Berikut adalah proses Carta Alir Tugasan Pendaftaran Masuk dan Keluar Pelawat. Carta Alir - Tugasan Pendaftaran Masuk dan Keluar Pelawat CARTA ALIR TINDAKAN TANGGUNGJAWAB Pastikan pelawat/kontraktor/pembekal yang ingin memasuki bangunan memakai pakaian yang bersesuaian. Pastikan kontraktor yang ingin menjalankan kerjakerja di dalam kawasan bangunan mempunyai dokumen (Permit) kerja yang disahkan. Daftar maklumat pelawat (nama, nombor kad pengenalan, syarikat, urusan, nombor kad kenderaan, nombor telefon, Tarikh) Memastikan setiap pelawat yang diberikan Pas Keselamatan dan “Borang Slip Pas Pelawat / Kontraktor / Pembekal” (jika berkenaan) memulangkan pas dan borang tersebut telah mengesahkan masa keluar di dalam Buku Daftar Pelawat sebelum pelawat dibenarkan meninggalkan kawasan syarikat. Pos Kawalan / Lobi Utama Pos Kawalan / Lobi Utama Pos Kawalan / Lobi Utama MULA Saringan urusan pelanggan Prosedur pendaftaran Pelawat Daftar maklumat pelawat Tidak Perlu Keluarkan Pas Keselamatan Kakitangan SELESAI
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 61 of 123 Uncontrolled when printed 6.12 Tugasan 4 - Mengiringi Pelawat Khas 6.12.1 Tanggungjawab: Anggota Pos Kawalan Masuk / Keluar dan Peronda. Tugasan ini memerlukan pegawai Polis Bantuan bertugas mengiringi pelawat-pelawat khas – seperti VIP dan rombongan pelajar dan pelanggan, ke dalam kawasan atau tempat yang dikhaskan yang memerlukan pengiringan pegawai(-pegawai) untuk sampai ke lokasi tersebut. 6.12.2 Setiap pegawai Polis Bantuan HENDAKLAH memastikan kehadiran pelawat (atau kumpulan pelawat) telah didaftarkan atau direkodkan di dalam Buku Daftar Pelawat. 6.12.3 Memastikan lokasi hala tuju pelawat yang betul dan mengiringi pelawat sambil menunjukkan laluan yang betul. Elakkan daripada membawa pelawat melalui ruangan pejabat atau kawasan yang sibuk, tidak selamat, sempit, gelap, kotor dan/atau tidak berpenghuni. 6.12.4 Berkomunikasi dengan pelawat dengan penuh sopan santun dan memberikan maklumat sekadar yang perlu sahaja. RAHSIAKAN PERKARA RAHSIA. 6.12.5 Perkenal diri kepada pelawat (kumpulan pelawat) dan terangkan tujuan pegawai adalah untuk mengiringi pelawat untuk sampai ke destinasi dengan selamat. 6.12.6 Serahkan pelanggan kepada kakitangan yang bertanggungjawab menerima pelawat tersebut, ucapkan terima kasih kepada pelawat (kumpulan pelawat) dan beredar segera. 6.12.7 Setiap pegawai Polis Bantuan DILARANG sama sekali: - 6.12.7.1 Membawa pelawat melalui ruangan pejabat atau kawasan yang tidak selamat, sibuk, sempit, gelap, kotor dan/atau tidak berpenghuni. 6.12.7.2 Mendedahkan personaliti pegawai-pegawai syarikat, rahsia syarikat, rahsia operasi keselamatan perlindungan cawangan, kedudukan pegawai-pegawai syarikat kepada pelawat. 6.12.7.3 Membincangkan, mempertikaikan dan mempersoalkan perkara-perkara dan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh mana-mana pihak atau berbincang perkaraperkara berkaitan politik dan ekonomi mahupun perihal dalaman syarikat. 6.12.8 Berikut adalah proses Carta Alir Tugasan Mengiringi Pelawat Khas.
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 62 of 123 Uncontrolled when printed Carta Alir - Tugasan Mengiringi Pelawat Khas CARTA ALIR TINDAKAN TANGGUNGJAWAB Pastikan mendapat maklumat yang jelas tentang kehadiran tetamu yang ingin dibawa supaya tiada sebarang masalah yang timbul Pastikan tidak membawa pelawat ke ruang pejabat atau kawasan sibuk, kotor, tidak selamat, sempit, gelap, atau tidak berpenghuni. Berkomunikasi dengan penuh berhemah dan hadkan komunikasi dengan pelawat terangkan tujuan eskot kepada pelawat Anggota Eskot Anggota Eskot Anggota Eskot MULA Terima arahan/makluman daripada Pengurusan Saringan urusan pelanggan Kenalpasti hala tuju destinasi pelawat, memperkenalkan diri serta membawa pelawat tujuan eskot Mengucapkan terima kasih selepas selesai urusan eskot SELESAI MUKA SURAT INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 63 of 123 Uncontrolled when printed 6.13 Tugasan 5 - Kawalan Lalu Lintas 6.13.1 Tanggungjawab: Semua pegawai Polis Bantuan bertugas. Tujuan utama tugasan ini adalah bagi memastikan pergerakan masuk dan keluar kakitangan, pelawat, pelanggan, kontraktor, pembekal dan orang awam dengan menaiki kenderaan atau berjalan kaki dikawal bagi memastikan keselamatan aset syarikat dan pihak-pihak berkenaan semasa menjalankan urusan di dalam kawasan syarikat. 6.13.2 Setiap pegawai Polis Bantuan HENDAKLAH 6.13.2.1 SENTIASA memastikan keselamatan diri sendiri sebelum, semasa dan selepas menjalankan tugasan kawalan lalu lintas. 6.13.2.2 SENTIASA bertindak dengan penuh keyakinan semasa mengarahkan pergerakan kenderaan dan pejalan kaki. 6.13.2.3 Memakai dengan kemas dan menggunakan peralatan dan peralatan perlindungan diri berikut semasa menjalankan tugas kawalan lalu lintas: - 6.13.2.3.1 Baju Keselamatan (“Safety Vest”) 6.13.2.3.2 Sarung Tangan Putih 6.13.2.3.3 Wisel 6.13.2.3.4 Lampu Baton Trafik (“Traffic Baton”) (tugasan pada waktu malam atau gelap), atau 6.13.2.3.5 Lampu suluh (tugasan pada waktu malam atau gelap). 6.13.2.3.6 Kon-kon keselamatan 6.13.2.3.7 Baju Hujan (apabila diperlukan) 6.13.2.4 Menunjukkan posisi badan (bahasa badan) yang bersedia, cergas dan tegas semasa menjalankan kawalan. 6.13.2.5 Membunyikan wisel pada tahap yang bersesuaian untuk mendapatkan perhatian mana-mana pejalan kaki dan pemandu kenderaan dan berikan maklumbalas atau teguran yang bersesuaian bagi memastikan keselamatan kakitangan, pelawat, pelanggan, kontraktor atau pembekal. 6.13.2.6 Menggunakan “traffic baton” atau lampu suluh pada waktu malam atau cuaca gelap bagi membantu pejalan kaki atau kenderaan masuk dan keluar ke/dari kawasan syarikat dengan selamat. 6.13.2.7 Mendapatkan bantuan pegawai Polis Bantuan yang lain dengan segera apabila didapati keadaan lalu lintas didapati tidak dapat dikawal secara berkesan berseorangan.
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 64 of 123 Uncontrolled when printed 6.13.3 Setiap pegawai Polis Bantuan DILARANG sama sekali 6.13.3.1 Menyebabkan kemalangan akibat kecuaian pegawai menguruskan pergerakan lalu lintas dan pejalan kaki. 6.13.3.2 Berbual-bual dengan rakan sekerja semasa menjalankan kawalan. 6.13.3.3 Makan atau minum semasa aktif mengawal pergerakan lalu lintas dan pejalan kaki. 6.13.3.4 Bertindak meninggal tempat tugas tanpa pengganti atau apabila keadaan tidak dapat dikawal dengan baik. 6.13.4 Berikut adalah proses Carta Alir Tugasan Kawalan Lalu Lintas. Carta Alir - Tugasan Kawalan Lalu Lintas CARTA ALIR TINDAKAN TANGGUNGJAWAB Mengenalpasti urusan dan pergerakkan kenderaan di pintu masuk dan keluar pada setiap masa terutamanya pada waktu puncak Memeriksa kenderaan pelawat/ kontraktor/ penghantar barang Memastikan pergerakan aliran trafik sentiasa lancar di dalam kawasan syarikat terutama di waktu puncak atau event Tunjuk arah lokasi tempat yang ingin dituju dan tempat parkir di kawasan yang di benarkan sahaja Mengawal selia parkir kendereraan. Sekiranya perlu, menggeluarkan saman & kunci tayar Pos Kawalan Pos Kawalan Pos Kawalan / Lobi Utama Pos Kawalan / Lobi Utama Angggota patrol MULA Kawalan Pintu Masuk & Keluar Periksa Kenderaan Aliran Trafik Keluar Ya Tunjuk arah lokasi SELESAI Kawal selia
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 65 of 123 Uncontrolled when printed 6.14 Tugasan 6 - Pendaftaran Masuk dan Keluar Kontraktor / Pembekal 6.14.1 Tanggungjawab: Pegawai Pos Kawalan Masuk / Keluar. Tujuan utama tugasan ini adalah bagi memastikan kakitangan kontraktor atau pembekal yang mempunyai urusan yang sah sahaja dibenarkan untuk memasuki dan membawa masuk dan keluar barangan-barangan yang diluluskan dari atau ke dalam kawasan syarikat dan maklumat kakitangan kontraktor atau pembekal tersebut direkodkan bagi tujuan keselamatan. 6.14.2 Setiap pegawai Polis Bantuan HENDAKLAH memastikan setiap kontraktor atau pembekal yang ingin berurusan di dalam kawasan syarikat mempunyai urusan yang sah dan telah mendapat kebenaran yang sah dari pihak syarikat. 6.14.3 Bagi memastikan kontraktor atau pembekal mempunyai urusan dan kelulusan yang sah, pegawai Polis Bantuan bertugas dikehendaki: - 6.14.3.1 Menyemak senarai kontraktor atau pembekal yang akan hadir dan/atau kerja-kerja yang akan dijalankan di dalam kawasan syarikat sepertimana yang telah dimaklumkan terlebih dahulu oleh pihak syarikat kepada pegawai Polis Bantuan bertugas sama ada melalui lisan atau bertulis; atau 6.14.3.2 Meneliti dan menentusahkan dokumen yang dibawa oleh pihak kontraktor atau pembekal (seperti “Permit Bekerja” atau “Delivery Order” atau “Pick Up Advise”); atau 6.14.3.3 Mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak syarikat melalui Penyambut Tetamu atau wakil syarikat yang berkenaan sepertimana yang dinyatakan di dalam dokumen arahan kerja atau dokumen rasmi syarikat yang dibawa oleh pihak kontraktor atau pembekal. 6.14.4 Memastikan setiap kakitangan kontraktor atau pembekal yang ingin berurusan di dalam kawasan syarikat mendaftar masuk dan keluar di dalam Buku Daftar Kontraktor / Pembekal. 6.14.5 Memastikan setiap maklumat yang diberikan oleh kontraktor atau pembekal (dan kakitangannya) ditulis dengan JELAS, terang menggunakan PEN dan maklumat yang ditulis adalah LENGKAP. 6.14.6 Maklumat yang diperlukan dicatatkan di dalam Buku Kontraktor adalah seperti berikut: - 6.14.6.1 Nama Penuh. 6.14.6.2 Nombor kad pengenalan atau paspot. 6.14.6.3 Nombor telefon bimbit. 6.14.6.4 Tujuan kemasukan. 6.14.6.5 Kakitangan yang hendak ditemui / Jenis / Lokasi kerja. 6.14.6.6 Nombor pendaftaran kenderaan yang dinaiki (jika berkenaan). 6.14.6.7 Nombor Pas Keselamatan yang diberikan.
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 66 of 123 Uncontrolled when printed 6.14.6.8 Masa masuk. 6.14.6.9 Tandatangan masuk. 6.14.6.10 Masa keluar. 6.14.6.11 Tandatangan keluar. Jika pendaftaran Kontraktor / Pembekal menggunakan Sistem Teknologi Maklumat Pengurusan Pelawat yang disediakan oleh pihak syarikat kumpulan, maklumat di dalam asas yang disenaraikan di dalam Perenggan (S) (2.2.2) hendaklah diperlolehi. 6.14.7 Jika terdapat mana-mana kakitangan kontraktor atau pembekal yang tidak mahu memberikan kerjasama semasa pendaftaran dijalankan, sila nasihati kontraktor atau pembekal dengan berhemah dan maklumkan bahawa pendaftaran ini bertujuan untuk rekod keselamatan dan akan digunakan terutamanya semasa insiden kecemasan seperti kebakaran; dan 6.14.8 Jika kontraktor atau pembekal masih berdegil untuk tidak memberikan kerjasama, tahan kemasukan kontraktor atau pembekal dan laporkan dengan segera kepada Ketua Syif, Ketua Unit atau wakil syarikat untuk tindakan lanjut. 6.14.9 Memastikan dengan memeriksa kakitangan kontraktor atau pembekal yang bukan warganegara Malaysia mempunyai pengenalan diri, taraf kemasukan (“visa”) dan permit kerja ke dalam negara dan bidang pekerjaan yang sah. 6.14.10 Warga negara asing yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan pekerjaan yang sah, atau visa yang bercanggah dengan pekerjaan yang sedang dilakukan, hendaklah DITEGAH dan DILARANG daripada memasuki kawasan syarikat; 6.14.11 Perkara-perkara berikut hendaklah disahkan (melalui pertanyaan lisan dan/atau penelitian) berdasarkan pengenalan diri dan permit kerja kakitangan tersebut: - 6.14.11.1 Nama. 6.14.11.2 Tarikh tamat tempoh paspot. 6.14.11.3 Tarikh tamat tempoh visa kemasukan. 6.14.11.4 Jenis visa kemasukan. 6.14.11.5 Tarikh tamat tempoh permit kerja. 6.14.11.6 Jenis bidang kerja yang diluluskan. 6.14.11.7 Syarikat di mana permit kerja tersebut diluluskan. 6.14.12 Jika kakitangan kontraktor atau pembekal tersebut (atau majikannya) berdegil supaya beliau (kakitangannya) dibenarkan memasuki kawasan syarikat, pegawai Polis Bantuan hendaklah mengambil tindakan di bawah Akta Imigresen terhadap kakitangan kontraktor atau pembekal tersebut.
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 67 of 123 Uncontrolled when printed 6.14.13 Memastikan setiap kakitangan kontraktor atau pembekal yang mendaftar masuk diberikan Pas Keselamatan untuk dipamerkan setiap masa semasa berada di dalam kawasan syarikat dan “Borang Slip Pas Pelawat / Kontraktor / Pembekal” atau “Gate Pass” (jika berkenaan) untuk ditandatangani oleh kakitangan syarikat yang bertanggungjawab. 6.14.14 Memastikan setiap kakitangan kontraktor atau pembekal memenuhkan “Borang Slip Pelawat / Kontraktor / Pembekal” dan barangan yang diistiharkan (jika berkenaan) serta disahkan oleh pegawai Polis Bantuan bertugas SEBELUM Pas Keselamatan diberikan. 6.14.15 Memeriksa dan memastikan tiada barangan merbahaya atau senjata dibawa masuk ke dalam kawasan syarikat melalui pemerhatian visual ke atas pekerja-pekerja kontraktor atau pembekal dan pemeriksaan fizikal ke atas kenderaan kontraktor atau pelawat sepertimana kehendak di dalam Perenggan (U). 6.14.16 Memastikan pergerakan kenderaan kontraktor atau pembekal di dalam kawasan syarikat adalah teratur dengan: - 6.14.16.1 Memastikan kakitangan kontraktor atau pembekal bergerak masuk dan menuju ke lokasi kerja atau kawasan parkir yang betul. 6.14.16.2 Menasihati kontraktor atau pembekal yang masuk dengan memandu kenderaan dengan berhati-hati mengikut had laju yang ditetapkan. 6.14.16.3 Menasihati kontraktor atau pembekal yang berada di dalam kawasan syarikat agar berhati-hati ketika bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. 6.14.16.4 Sentiasa memantau kawasan tugasan sekeliling untuk memastikan keselamatan kakitangan, pelawat, pelanggan, kontraktor atau pembekal. 6.14.16.5 Membunyikan wisel pada tahap yang bersesuaian untuk mendapatkan perhatian mana-mana pejalan kaki dan pemandu kenderaan dan berikan maklumbalas atau teguran yang bersesuaian bagi memastikan keselamatan kakitangan, pelawat, pelanggan, kontraktor atau pembekal. 6.14.16.6 Menggunakan “traffic baton” atau lampu suluh pada waktu malam atau cuaca gelap bagi membantu pejalan kaki atau kenderaan masuk dan keluar ke/dari kawasan syarikat dengan selamat. 6.14.16.7 Memastikan semua kontraktor yang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak syarikat, pengurusan bangunan dan Akta Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar, termasuk tetapi tidak terhad kepada peralatan keselamatan diri seperti baju keselamatan, kasut keselamatan dan topi keselamatan. 6.14.16.8 Memastikan setiap kakitangan kontraktor atau pembekal yang diberikan Pas Keselamatan dan “Borang Slip Pas Pelawat / Kontraktor / Pembekal” (jika
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 68 of 123 Uncontrolled when printed berkenaan) memulangkan pas dan borang tersebut dan telah mengesahkan masa keluar di dalam Buku Daftar Kontraktor sebelum kekitangan kontraktor atau pembekal dibenarkan meninggalkan kawasan syarikat. 6.14.17 Jika didapati mana-mana kontraktor atau pembekal yang tidak memulangkan Pas Keselamatan yang diberikan atas sebab kehilangan pas tersebut, atau pas yang dipulangkan didapati rosak teruk, pegawai Polis Bantuan dikehendaki: - 6.14.17.1 Meminta kakitangan kontraktor atau pembekal untuk melaporkan mengenai kehilangan atau kerosakan Pas Keselamatan yang diberikan dengan mengunakan “Borang Laporan Aduan / Kejadian” (DRBH-POL-ST-01-F05); 6.14.17.2 Memaklumkan kepada kontraktor / pembekal bahawa denda sebanyak yang ditetapkan oleh pihak syarikat (jika ada) akan dikenakan kerana kehilangan atau kerosakan setiap Pas Keselamatan; dan 6.14.17.3 Melaporkan kehilangan atau kerosakan tersebut kepada Ketua Syif, Ketua Unit atau wakil syarikat seberapa segera untuk tindakan lanjut. 6.14.18 Jika didapati “Borang Slip Pas Pelawat / Kontraktor / Pembekal” (jika berkenaan) tidak dipenuhkan dengan maklumat yang diperlukan dan/atau tidak ditandatangani oleh kakitangan yang pihak kontraktor / pembekal telah berurusan, pegawai bertugas dikehendaki, sama ada: - 6.14.18.1 Meminta kontraktor / pembekal tersebut untuk memenuhkan maklumat yang berkenaan dan/atau mendapatkan tandatangan kakitangan yang berkenaan; atau 6.14.18.2 Menghubungi kakitangan yang berkenaan untuk hadir di pos kawalan untuk mengesahkan kehadiran kontraktor / pembekal tersebut. 6.14.18.3 Memeriksa kenderaan kontraktor / pembekal yang dibawa keluar dari kawasan syarikat berdasarkan ketetapan di Perenggan (U) sebelum dibenarkan meninggalkan kawasan syarikat. 6.14.19 Memastikan barangan yang dibawa keluar telah mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan syarikat melalui pengesahan bertulis oleh pegawai-pegawai yang diberikan kuasa untuk melepaskan barangan yang dibawa oleh kontraktor atau pembekal keluar atau melalui penggunaan “Borang Slip Pas Pelawat / Kontraktor / Pembekal” atau “Gate Pass” (jika berkenaan) berserta dengan dokumen-sokumen sokongan yang tulin dan betul mengikut polisi dan prosedur syarikat. 6.14.20 Setiap pegawai Polis Bantuan DILARANG sama sekali membenarkan mana-mana kontraktor, pembekal atau pihak luar berurusan pada waktu selain dari waktu operasi syarikat. 6.14.20.1 Mana-mana kontraktor, pembekal atau pihak luar yang ingin berurusan di dalam kawasan syarikat hendaklah menunjukkan bukti urusan perlu dijalankan dan urusan tersebut hendaklah dengan kehadiran kakitangan syarikat; dan
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 69 of 123 Uncontrolled when printed 6.14.20.2 Kehadiran kakitangan syarikat tersebut telah terlebih dahulu mendapat kelulusan pengurusan syarikat dan dimaklumkan kepada pegawai Polis Bantuan bertugas lebih awal. 6.14.20.3 Membenarkan kemasukan kakitangan kontraktor atau pembekal warga asing yang mempunyai dokumen yang tidak sah ke dalam kawasan syarikat. 6.14.20.4 Membenarkan mana-mana kontraktor / pembekal keluar dari kawasan syarikat dengan: - 6.14.20.4.1 Tidak memulangkan Pas Keselamatan yang telah diberikan. 6.14.20.4.2 Tidak mendaftar keluar apabila meninggalkan kawasan syarikat. 6.14.20.4.3 Tidak mempunyai “Gate Pass” (jika berkenaan) yang sah apabila membawa keluar barangan dari dalam kawasan syarikat. 6.14.20.4.4 Tidak diperiksa kenderaan dan barangan yang dibawanya sama ada pada badan atau kenderaan. 6.14.21 Berikut adalah proses Carta Alir Tugasan Pendaftaran Masuk dan Keluar Kontraktor / Pembekal. MUKA SURAT INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 70 of 123 Uncontrolled when printed Carta Alir - Tugasan Pendaftaran Masuk dan Keluar Kontraktor / Pembekal CARTA ALIR TINDAKAN TANGGUNGJAWAB Pastikan pelawat/kontraktor/pembekal yang ingin memasuki bangunan memakai pakaian yang bersesuaian Pastikan kontraktor yang ingin menjalankan kerja-kerja di dalam Kawasan bangunan mempunyai dokumen (Permit) kerja yang disahkan. Memastikan setiap pelawat yang diberikan Pas Keselamatan dan “Borang Slip Pas Pelawat / Kontraktor / Pembekal” (jika berkenaan) memulangkan pas dan borang tersebut telah mengesahkan masa keluar di dalam Buku Daftar Pelawat sebelum pelawat dibenarkan meninggalkan kawasan syarikat. Pos Kawalan / Lobi Pos Kawalan / Lobi Pos Kawalan / Lobi MULA Pemeriksaan kelengkapan yang dibawa Saringan urusan pelanggan Prosedur pendaftaran Dokumen lengkap Daftar maklumat pelawat (nama, nombor kad pengenalan, syarikat, urusan, nombor kad kenderaan, nombor telefon, Tarikh) Tidak dibenarkan dibenarkan Keluarkan Pas Keselamatan Dokumen tidak lengkap SELESAI
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 71 of 123 Uncontrolled when printed 6.15 Tugasan 7 - Kawalan Masuk dan Keluar Kakitangan Selepas Waktu Operasi Syarikat 6.15.1 Tanggungjawab: Anggota Pos Kawalan Masuk / Keluar. Tujuan utama tugasan ini adalah bagi memastikan kakitangan mempunyai urusan yang sah sahaja dibenarkan untuk memasuki kawasan syarikat selepas waktu rasmi operasi syarikat dan maklumat kakitangan tersebut direkodkan bagi tujuan keselamatan. 6.15.2 Setiap pegawai Polis Bantuan HENDAKLAH melaksanakan arahan ini ke atas semua kakitangan syarikat KECUALI pegawai-pegawai kanan syarikat yang dinyatakan di bawah ini: - 6.15.2.1 Pengarah-pengarah Syarikat yang hadir mesyuarat yang telah ditetapkan. 6.15.2.2 Pengerusi Syarikat. 6.15.2.3 Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat. 6.15.2.4 Ketua Pegawai Operasi Syarikat. 6.15.2.5 Ketua-ketua Jabatan. 6.15.2.6 Ketua Cawangan. 6.15.2.7 Pengurusan tertinggi dan kanan DRB-HICOM. 6.15.2.8 Pegawai Kanan Bahagian Keselamatan Kumpulan DRB-HICOM. 6.15.2.9 Pegawai dan pegawai peronda Pasukan Polis Bantuan DRB-HICOM. 6.15.3 Memastikan kakitangan syarikat yang ingin berurusan di dalam kawasan syarikat selepas waktu operasi syarikat atau pada hari-hari di mana syarikat tidak menjalankan operasi mestilah mendapatkan kelulusan daripada Ketua Jabatan masing-masing mengikut polisi dan prosedur yang ditetapkan oleh pihak syarikat kumpulan (jika ada). Borang Permohonan Bertugas Selepas Waktu Pejabat Dan Masa Cuti – DRBH-POL-ST-01-F07 boleh digunakan oleh pihak syarikat kumpulan untuk mengawal kemasukan kakitangan selepas waktu operasi syarikat. 6.15.4 Jika tiada polisi dan prosedur berkaitan kehadiran kakitangan syarikat selepas waktu operasi syarikat atau pada hari-hari di mana syarikat tidak menjalankan operasi, kuatkuasakan arahan sepertimana Perenggan (P) - Pendaftaran Masuk dan Keluar Pelawat. 6.15.5 Merekodkan kehadiran kakitangan yang telah diberikan kelulusan kehadiran tersebut di dalam Buku Daftar Kehadiran Kakitangan dan ditulis dengan JELAS, terang menggunakan PEN dan maklumat yang ditulis adalah LENGKAP. 6.15.6 Maklumat yang diperlukan dicatatkan di dalam Buku Daftar Kehadiran Kakitangan adalah seperti berikut: - 6.15.6.1 Nama Penuh. 6.15.6.2 Nombor Kakitangan. 6.15.6.3 Nombor telefon bimbit. 6.15.6.4 Nombor rujukan borang kelulusan Ketua Jabatan. 6.15.6.5 Tujuan kemasukan.
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 72 of 123 Uncontrolled when printed 6.15.6.6 Nombor pendaftaran kenderaan yang dinaiki (jika berkenaan). 6.15.6.7 Masa masuk. 6.15.6.8 Tandatangan masuk. 6.15.6.9 Masa keluar. 6.15.6.10 Tandatangan keluar. 6.15.7 Melaporkan kehadiran kakitangan serta pegawai-pegawai yang dinyatakan di Perenggan (T) (2.1) selepas waktu operasi syarikat atau pada hari-hari di mana syarikat tidak menjalankan operasi kepada wakil syarikat melalui Ketua Unit pada hari bekerja berikutnya untuk semakan dan tindakan selanjutnya. 6.15.8 Memeriksa semua kenderaan kakitangan dan pelawat (termasuk semua kenderaan pegawai syarikat yang dinyatakan di Perenggan (T) (2.1) yang dibawa masuk (ke dalam) dan keluar (dari) kawasan syarikat berdasarkan ketetapan di Perenggan (P) dan Perenggan (U). Kakitangan, kenderaan dan bekas (atau beg) kakitangan yang di bawa masuk dan keluar daripada kawasan syarikat selepas waktu rasmi operasi perniagaan syarikat HENDAKLAH sentiasa diperiksa. 6.15.9 Setiap pegawai Polis Bantuan DILARANG sama sekali 6.15.9.1 Membenarkan mana-mana kakitangan yang tidak mendapat kelulusan untuk memasuki kawasan syarikat selepas waktu operasi syarikat atau pada waktu cuti masuk ke dalam kawasan syarikat. 6.15.9.2 Membenarkan mana-mana kakitangan yang diberikan kelulusan untuk memasuki kawasan syarikat membawa ahli keluarga atau kenalan ke dalam mana-mana bangunan di dalam kawasan syarikat. 6.15.9.3 Membenarkan mana-mana kakitangan memasuki kawasan syarikat menggunakan kebenaran yang diperolehi bukan pada hari atau waktu yang telah diluluskan. 6.15.9.4 Tidak merekodkan kehadiran kakitangan syarikat jika tiada polisi syarikat berkaitan kehadiran kakitangan di luar waktu operasi syarikat. 6.15.10 Berikut adalah proses Carta Alir Tugasan Kawalan Masuk dan Keluar Kakitangan Selepas Waktu Operasi Syarikat.
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 73 of 123 Uncontrolled when printed Carta Alir - Tugasan Kawalan Masuk dan Keluar Kakitangan Selepas Waktu Operasi Syarikat CARTA ALIR TINDAKAN TANGGUNGJAWAB Daftar maklumat kakitangan seperti nama, nombor kad pengenalan, syarikat, urusan, nombor kad kenderaan, nombor telefon, tarikh Rekodkan urusan kakitangan tersebut didalam buku rekod hadir ke pejabat selepas waktu bekerja Setelah kakitangan selesai berurusan, rekod masa kakitangan keluar Kakitangan serah pas keselamatan kepada anggota bertugas. Memaklumkan kepada ketua bahagian atau unit kakitangan tersebut untuk pengesahan Mencatat kehadiran/pergerakkan tersebut di dalam buku pol.40 Kakitangan / Pos Kawalan Kakitangan / Pos Kawalan Kakitangan / Pos Kawalan Kakitangan / Pos Kawalan Pos Kawalan MULA Pendaftaran di Pos Polis Bantuan Pembahagian pas keselamatan kepada kakitangan Laporan Rekod Masa SELESAI Serah pas keselamatan
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 74 of 123 Uncontrolled when printed 6.16 Tugasan 8 - Kawalan Keluar Masuk Aset Syarikat 6.16.1 Tanggungjawab: Anggota Pos Kawalan Masuk / Keluar Tujuan utama tugasan ini adalah bagi memastikan hanya barangan atau bahan yang dibenarkan dibawa masuk atau keluar oleh pihak yang sah sahaja dibenarkan dibawa masuk atau keluar ke dalam atau daripada kawasan syarikat. 6.16.2 Setiap pegawai Polis Bantuan HENDAKLAH memastikan semua aset milik syarikat atau pelanggan syarikat seperti peralatan pejabat (seperti ‘monitor’ komputer, ‘CPU’ komputer, mesin pencetak, komputer riba (“notebook”), projektor, skrin layar, mesin air), kenderaan samaguna (“pool vehicle”), peralatan pejabat, atau kenderaan-kenderaan syarikat; atau peralatan peribadi (seperti komputer riba (“notebook”) dan peralatan pertukangan dan pembaikan) milik syarikat atau dagangan-dagangan yang disimpan di dalam premis syarikat yang hendak dibawa keluar daripada kawasan syarikat adalah DENGAN KEBENARAN YANG SAH SAHAJA. 6.16.3 Menjalankan pemeriksaan visual dan fizikal terhadap kenderaan kakitangan, syarikat, pelawat, kontraktor dan pembekal semasa kenderaan tersebut berhenti untuk pemeriksaan di pintu keluar syarikat. Pemeriksaan fizikal 100% terhadap kenderaan keluar daripada kawasan syarikat adalah TIDAK DILAKSANAKAN ke atas kenderaan pelawat atau pelanggan (sahaja) yang melawat tapak atau ruang atau pusat pameran jualan atau kaunter gunasama atau perkhidmatan berkepentingan awam yang terletak berasingan dengan kawasan yang mempunyai aset penting yang dilindungi (seperti kawasan simpanan barangan) melainkan ianya menjadi polisi dan prosedur pihak syarikat kumpulan. 6.16.4 Pegawai bertugas dikehendaki memastikan pemandu atau penumpang kenderaan turun dari kenderaannya dan membuka pintu-pintu kenderaan dan penutup bahagian ruangan simpanan belakang kenderaan untuk diperiksa. Hanya pemandu atau penumpang kenderaan sahaja dibenarkan untuk membuka pintu-pintu kenderaan dan penutup bahagian ruangan simpanan belakang kenderaan. 6.16.5 Pemeriksaan ke atas kenderaan ringan (seperti kereta, van dan pacuan empat roda) hendaklah dijalankan di bahagian berikut dengan disaksikan oleh pemandu atau penumpang kenderaan yang diperiksa, tetapi tidak terhad kepada: - 6.16.5.1 Bahagian ruangan simpanan “dash board” kenderaan. 6.16.5.2 Bahagian ruangan pemandu dan penumpang-penumpang. 6.16.5.3 Bahagian ruangan simpanan belakang kenderaan. 6.16.5.4 Bahagian di bawah tempat duduk.
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 75 of 123 Uncontrolled when printed 6.16.5.5 Bahagian di bawah lapik lantai kenderaan. 6.16.6 Pemeriksaan ke atas kenderaan berat (contoh lori dan lori bersendi serta treler) hendaklah dijalankan di bahagian berikut dengan disaksikan oleh pemandu atau penumpang kenderaan yang diperiksa, tetapi tidak terhad kepada: - 6.16.6.1 Bahagian ruangan simpanan “dash board” dan “compartment” di dalam ruang pemandu atau “prime mover”. 6.16.6.2 Bahagian ruangan pemandu, penumpang dan tempat tidur. 6.16.6.3 Bahagian di bawah tempat duduk dan tempat tidur. 6.16.6.4 Bahagian bawah lapik lantai. 6.16.6.5 Bahagian bawah lori dan treler (“under carriage’). 6.16.6.6 Bahagian atas lori (“carriage”). 6.16.6.7 Bahagian “bumper”. 6.16.6.8 Bahagian dalam kontena. 6.16.6.9 Bahagian simpanan bateri, tangki-tangki dan bahagian simpanan tambahan. 6.16.6.10 Bahagian tabung pengambilan udara (“air intake inlet”). 6.16.6.11 Bahagian-bahagian lain yang boleh digunakan untuk menyembunyikan barangan yang cuba diseludup keluar. 6.16.7 Pegawai bertugas juga dikehendaki memastikan pemandu lori turun dari kenderaannya dan membuka pintu-pintu kenderaan, bahagian-bahagian simpanan (“compartment”) dan kontena untuk diperiksa. Hanya pemandu atau penumpang kenderaan sahaja dibenarkan untuk membuka pintu-pintu kenderaan, penutup bahagian ruangan simpanan dan kontena. 6.16.8 Memastikan semua kenderaan gunasama, peralatan atau barang-barang yang dipercayai milik syarikat atau pelanggan syarikat yang hendak dibawa keluar dari kawasan syarikat mestilah mempunyai Borang Masuk/Keluar (“Gate Pass”) (jika berkenaan) dan dokumen sokongan yang telah diluluskan oleh pihak yang diberi kuasa untuk meluluskan pengeluaran tersebut. 6.16.9 Bagi tujuan kawalan “Gate Pass” (jika berkenaan), hanya pegawai-pegawai yang nama, jawatan dan tandatangan mereka sepertimana contoh yang dikeluarkan dan diluluskan oleh pihak Pengurusan syarikat sahaja dibenarkan untuk meluluskan pengeluaran kenderaan, peralatan dan barang-barang milik syarikat atau pelanggan syarikat. 6.16.9.1 Jika peralatan, barangan atau kenderaan yang hendak dibawa keluar adalah oleh Pegawai yang diberi kuasa untuk meluluskan pengeluaran tersebut, Pegawai yang disenaraikan di dalam contoh maklumat yang lebih tinggi jawatannya dikehendaki meluluskan pengeluaran kenderaan, peralatan dan barang-barang tersebut.
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 76 of 123 Uncontrolled when printed 6.16.9.2 Jika terdapat peralatan atau bahan yang disyaki bukan hak milik kakitangan, pelawat, kontraktor atau pembekal; bukti kepunyaan yang jelas dan mencukupi perlu ditunjukkan oleh individu tersebut; dan 6.16.9.3 Jika tiada bukti dapat ditunjukkan oleh kakitangan, pelawat, kontraktor atau pembekal yang berkenaan, pegawai Polis Bantuan hendaklah menahan individu tersebut dari meninggalkan kawasan syarikat dan melaporkan insiden tersebut kepada Ketua Syif, Ketua Unit atau pegawai syarikat yang bertanggungjawab untuk tindakan lanjut. 6.16.10 Setiap pegawai Polis Bantuan DILARANG sama sekali 6.16.10.1 Membenarkan apa-apa aset, peralatan atau kenderaan keluar daripada kawasan syarikat tanpa pengesahan dan kebenaran yang sah. 6.16.10.2 Bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi mengeluarkan apa-apa aset, peralatan atau kenderaan keluar daripada kawasan syarikat tanpa pengesahan dan kebenaran yang sah. 6.16.11 Berikut adalah proses Carta Alir Tugasan Kawalan Keluar Masuk Aset Syarikat. MUKA SURAT INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 77 of 123 Uncontrolled when printed Carta Alir - Tugasan Kawalan Keluar Masuk Aset Syarikat CARTA ALIR TINDAKAN TANGGUNGJAWAB Pastikan borang keluar/masuk barang atau aset diluluskan atau mendapat kebenaran pengurusan Memastikan semua kenderaan gunasama, peralatan atau barang-barang yang dipercayai milik syarikat atau pelanggan syarikat yang hendak dibawa keluar dari kawasan syarikat mestilah mempunyai Borang Masuk/Keluar (“Gate Pass”) (jika berkenaan) dan dokumen sokongan yang telah diluluskan oleh pihak yang diberi kuasa untuk meluluskan pengeluaran tersebut. Memastikan daftar barang atau aset yang hendak di bawa masuk atau dikeluarkan didalam buku rekod atau fail dokumentasi & simpan untuk rujukan. Maklumat seperti seperti jenis, nama, Syarikat atau Jabatan, nombor kenderaan, nombor telefon, Tarikh) Direkodkan ke dalam Pol.40 Pos Kawalan Pos Kawalan Pos Kawalan Pos Kawalan MULA Pemeriksaan barang / aset yang dibawa Pengesahan bertulis Prosedur pemeriksaan Dokumen lengkap Daftar maklumat barang atau asset Tidak dibenarkan Dibenarkan Rekod Dokumen tidak lengkap SELESAI
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 78 of 123 Uncontrolled when printed 6.17 Tugasan 9 - Rondaan Keselamatan 6.17.1 Tanggungjawab: Anggota Peronda. Tujuan utama tugasan ini adalah bagi memastikan semua pihak yang berurusan di dalam kawasan syarikat mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak syarikat serta mengesan ancaman cubaan atau perlakuan jenayah sebenar oleh pihak-pihak yang berada di dalam atau di luar kawasan syarikat. 6.17.2 Setiap pegawai Polis Bantuan HENDAKLAH menjalankan rondaan (secara berjalan kaki atau berkenderaan, di mana yang bersesuaian) di sekitar kawasan syarikat mengikut kadar ancaman dan keluasan kawasan syarikat dan melakukan pemeriksaan kawasan, bangunan dan kenderaan yang diparkir serta tugasan “clocking” (jika ada) di setiap lokasi rondaan (“checkpoint”) yang disediakan. 6.17.3 Mematuhi DRBH-SOP-ST-07- Pengurusan & Operasi Kenderaan Peronda sekiranya rondaan dijalankan menggunakan kenderaan Polis Bantuan. 6.17.4 Menjalankan rondaan secara berhemah dan selamat jika rondaan dijalankan menggunakan kenderaan agar tiada kemalangan berlaku dan kerosakan pada kenderaan dan aset-aset lain dapat dielakkan. 6.17.5 Menjalankan rondaan berpandukan kepada sistem bit dan patrol yang disediakan oleh Ketua Unit (seperti contoh di DRBH-SOP-ST-08) dengan mengambil perhatian kepada keselamatan dan keganjilan-keganjilan di kawasan-kawasan berikut, tetapi tidak terhad kepada: - 6.17.5.1 Bangunan pengurusan utama. 6.17.5.2 Ruang pameran dan jualan (dalam bangunan). 6.17.5.3 Tapak pameran dan jualan (luar bangunan). 6.17.5.4 Ruang kaunter perkhidmatan. 6.17.5.5 Bilik kebal dan peti besi. 6.17.5.6 Bilik pelayan sistem komputer dan teknologi maklumat / Bilik “IT”. 6.17.5.7 Setor simpanan aset. 6.17.5.8 Kawasan, rumah atau tong-tong sampah dan kitar semula. 6.17.5.9 Kawasan dan bekas-bekas bahan luput (“scrap area”). 6.17.5.10 Kawasan lapangan padang dan rekreasi. 6.17.5.11 Sistem pagar dan pintu pagar kawasan. 6.17.5.12 Sistem pengunci pintu-pintu otomatik. 6.17.5.13 Sistem lampu-lampu kawasan. 6.17.5.14 Sistem perlindungan pada perparitan. 6.17.5.15 Pencawang / sub-pencawang elektrik. 6.17.5.16 Kebocoran air dan pembaziran elektrik.
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 79 of 123 Uncontrolled when printed 6.17.5.17 Pili dan peralatan bomba. 6.17.5.18 Tangki air luar. 6.17.5.19 Kawasan parkir kenderaan-kenderaan. 6.17.5.20 Kerja-kerja pembinaan, pembersihan, pemasangan, pembaikan dan pengubahsuaian peralatan, kemudahan (fasiliti) dan bangunan. 6.17.5.21 Kerja-kerja pembaikan jentera dan peralatan syarikat. 6.17.6 Memastikan kakitangan, pelawat, kontraktor dan pembekal mematuhi peraturan-peraturan syarikat, termasuk, tetapi tidak terhad kepada: - 6.17.6.1 Pemakaian Pas Keselamatan. 6.17.6.2 Pematuhan kepada Akta Keselamatan Pekerjaan, Kesihatan dan Alam Sekitar. 6.17.6.3 Kod etika perniagaan syarikat. 6.17.6.4 Kod keselamatan bangunan. 6.17.6.5 Merokok di tempat yang ditetapkan. 6.17.6.6 Memarkir kenderaan di tempat atau kawasan yang dibenarkan. 6.17.6.7 Arahan-arahan dan ketetapan-ketetapan yang dikeluarkan oleh pihak syarikat dari semasa ke semasa. 6.17.7 Memastikan semua pintu-pintu dan kemudahan-kemudahan lain telah disimpan, ditutup dan dikunci dengan sempurna (pegang, periksa dan uji) pada masa-masa yang telah ditetapkan dan selepas tamat waktu perniagaan. 6.17.8 Mencegah dan melaporkan kepada Ketua Syif, Ketua Unit dan/atau wakil syarikat dengan segera jika terdapat insiden atau cubaan pecah masuk, potong pagar, vandalisma, kecurian, kehilangan aset syarikat, kebakaran dan sebagainya. 6.17.9 Memastikan pergerakan kenderaan dan pejalan kaki di dalam kawasan syarikat adalah teratur dengan: - 6.17.9.1 Menasihati kakitangan, pelawat, pelanggan, kontraktor atau pembekal yang masuk memandu kenderaan agar memandu dengan berhati-hati. 6.17.9.2 Memastikan kenderaan yang bergerak di dalam kawasan syarikat mematuhi had laju yang ditetapkan. 6.17.9.3 Menasihati pelawat, pelanggan, kontraktor atau pembekal yang berada di dalam kawasan syarikat agar berhati-hati ketika bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. 6.17.9.4 Sentiasa memantau kawasan tugasan sekeliling untuk memastikan keselamatan kakitangan, pelawat, pelanggan, kontraktor, pembekal dan aset syarikat. 6.17.9.5 Membunyikan wisel pada tahap yang bersesuaian untuk mendapatkan perhatian pejalan kaki dan pemandu kenderaan dan berikan maklumbalas atau teguran yang
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 80 of 123 Uncontrolled when printed bersesuaian bagi memastikan keselamatan kakitangan, pelawat, pelanggan, kontraktor atau pembekal. 6.17.9.6 Menggunakan “traffic baton” atau lampu suluh pada waktu malam atau cuaca gelap bagi membantu pejalan kaki atau kenderaan masuk dan keluar ke/dari kawasan syarikat dengan selamat. 6.17.10 Memastikan kenderaan yang masuk ke kawasan parkir dipakir di tempat yang betul dan tiada kenderaan yang diparkir menghalang kenderaan lain atau mana-mana laluan. 6.17.10.1 Tindakan kunci tayar hendaklah diambil ke atas kenderaan yang tidak parkir di tempat yang dibenarkan mengikut polisi dan prosedur syarikat. 6.17.11 Memastikan tiada aktiviti tunda kereta dijalankan semasa waktu perniagaan dan tanpa kehadiran pemilik kenderaan yang sah. 6.17.12 Memastikan aktiviti pembaikan kenderaan yang rosak di dalam kawasan syarikat oleh mekanik / juruteknik adalah dengan kehadiran pemilik kenderaan yang sah. 6.17.13 Mencegah dan melarang aktiviti edar risalah, menampal poster dan jualan langsung di dalam kawasan syarikat. 6.17.14 Memastikan peralatan keselamatan kebakaran seperti pili bomba, hos bomba dan alat pemadam api berada di tempatnya dan berada di dalam keadaan baik dan tidak terhalang. 6.17.15 Memastikan tidak berlaku aktiviti yang mencurigakan oleh orang yang tidak dikenali di sekitar kawasan pagar atau bangunan syarikat dan mengambil tindakan yang sewajarnya. 6.17.16 Memastikan kakitangan, pelawat, kontraktor atau pembekal berada di dalam kawasan atau bangunan yang mereka mempunyai urusan sahaja. Meminta kakitangan pelawat, kontraktor atau pembekal beredar dari kawasan yang ianya tiada urusan dengan segera. 6.17.17 Memerhatikan gerak geri kakitangan, pelawat dan kakitangan kontraktor / pembekal yang berada di dalam kawasan syarikat semasa rondaan dijalankan. Pegawai hendaklah sentiasa bersikap curiga terhadap segala aktiviti yang dijalankan oleh kakitangan, pelawat atau kakitangan kontraktor / pembekal semasa rondaan dan memastikan aktiviti yang dijalankan adalah bersesuaian dengan kehadiran mereka di kawasan tersebut. 6.17.18 Memastikan kontraktor-kontraktor pembinaan, pembaikan dan/atau pengubahsuaian tidak meninggalkan / membuang sisa binaan bangunan merata-rata di dalam dan di luar kawasan syarikat. 6.17.19 Memastikan kerja-kerja yang dijalankan oleh pihak kontraktor semasa dan selepas waktu operasi syarikat dipantau oleh kakitangan syarikat yang berkenaan setiap masa.
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 81 of 123 Uncontrolled when printed Pegawai Polis Bantuan TIDAK DIBENARKAN memantau dan/atau menyelia kerja-kerja pembinaan, pembersihan, pembaikan dan lain-lain yang dijalankan oleh pihak kontraktor bagi pihak kakitangan atau pihak yang bertanggungjawab dan yang dipertanggungjawabkan. 6.17.20 Peka terhadap keadaan aktiviti disekeliling persekitaran kawasan rondaan termasuk kedudukan peralatan dan kehadiran barangan yang di luar daripada kebiasaan. 6.17.20.1 Jika pegawai Polis Bantuan bertugas menjumpai barangan yang didapati mencurigakan, JANGAN SENTUH! 6.17.20.2 Pegawai hendaklah mengenalpasti tanda-tanda (“marking”) yang terdapat pada barangan (atau bungkusan) tersebut. 6.17.20.3 Pegawai hendaklah membuat pengesahan pemilikan barangan daripada kakitangan bahagian / jabatan yang paling hampir dengan barangan tersebut. 6.17.20.4 Jika didapati barangan tersebut tiada pemilik (atau tiada siapa dikalangan kakitangan yang berhampiran mengetahui status pemilikan barangan tersebut), lapor segera kepada Ketua Syif atau Ketua Unit untuk tindakan lanjut. 6.17.21 Melaporkan kepada Ketua Syif, Ketua Unit dan/atau pihak syarikat dengan segera jika terdapat sebarang kerosakan kemudahan syarikat (seperti lampu tidak berfungsi, paip pecah, pokok tumbang dan lain-lain) atau penemuan barangan-barangan yang dicurigai disekitar kawasan syarikat atau perlakuan-perlakuan kakitangan, pelawat atau kakitangan kontraktor / pembekal yang mencurigakan. 6.17.22 Setiap pegawai Polis Bantuan DILARANG sama sekali 6.17.22.1 Menyembunyikan dan/atau melambat-lambatkan menyampaikan laporan atau maklumat kepada wakil syarikat berkenaan apa-apa insiden, cubaan atau kerosakan yang ditemui semasa rondaan; atau 6.17.22.2 Memandu uji kenderaan syarikat, pelanggan atau kenderaan di dalam simpanan peralatan-peralatan yang berada di dalam kawasan syarikat semasa rondaan dijalankan melainan memandu kenderaan atau mengalihkan peralatan di atas sebab-sebab kecemasan seperti untuk menyelamatkan kenderaan daripada ancaman dan bahaya api, banjir atau seumpamanya; atau 6.17.22.3 Melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan kerosakan atau kehilangan hartabenda akibat kecuaian pegawai di dalam menjalankan tugas.
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 82 of 123 Uncontrolled when printed 6.18 Tugasan 10 - Bilik Kawalan dan Pemantauan 6.18.1 Tanggungjawab: Anggota Bilik Kawalan. Tujuan utama tugasan di ‘Bilik Kawalan dan Pemantauan’ adalah untuk memastikan keselamatan (“security and safety”) kakitangan, pelanggan, pelawat, kontraktor, pembekal, aset dan dagangan yang berada di dalam kawasan syarikat melalui pemantauan terhadap sistem televisyen kamera litar tertutup (“CCTV”), sistem pengesanan pencerobohan, sistem pengesan kebakaran dan sistem lif (“elevator”). 6.18.2 Setiap pegawai Polis Bantuan HENDAKLAH sentiasa siap siaga, bersedia, jujur dan peka di dalam menjalankan tugas pemantauan melalui sistem “CCTV”, sistem pengesanan pencerobohan, sistem pengesan kebakaran dan sistem lif (“elevator”). 6.18.3 Mengenalpasti bahaya – dari segi tingkahlaku kakitangan, pelawat, kontraktor, pembekal, orang awam atau pergerakan kenderaan, dan bahan, beg atau bungkusan yang ditinggalkan di sesuatu tempat yang mencurigakan, atau tingkahlaku yang mencurigakan atau kejadian jenayah melalui sistem “CCTV” dan melaporkan segera secara jelas kepada pegawai peronda, Ketua Syif, Ketua Unit atau pegawai Polis Bantuan yang lain untuk tindakan dan arahan lanjut. 6.18.4 Menguruskan dan menangani insiden-insiden berkaitan jenayah dan bukan jenayah (seperti kemalangan dan ancaman bahaya) yang dikesan melalui sistem “CCTV” dan sistem pengesanan pencerobohan dengan berkesan dan sistematik. 6.18.5 Melaporkan segala penemuan dan insiden yang ditemui kepada Ketua Syif, Ketua Unit atau wakil syarikat dengan segera sebelum diarahkan untuk melaporkan kepada pihak Polis, Bomba atau pengendali kecemasan yang lain. 6.18.6 Merekodkan semua insiden yang berlaku dengan lengkap dan teliti secara turutan kejadian (“chronological order”) di dalam Buku Perharian Balai selepas sesuatu tindakan diambil bagi tujuan siasatan dan rujukan. 6.18.7 Memastikan peralatan pengesanan, pemantauan dan rakaman sentiasa berada di dalam keadaan baik dan kualiti rakaman boleh digunakan untuk siasatan. 6.18.8 Memastikan hanya orang-orang yang disenaraikan di bawah ini sahaja diberikan kebenaran untuk berada di dalam Bilik Kawalan bagi tujuan tertentu dan jangkamasa yang tertentu sahaja:- 6.18.8.1 Ketua Syif. 6.18.8.2 Ketua Unit. 6.18.8.3 Pegawai Polis Bantuan pengganti. 6.18.8.4 Wakil Syarikat. 6.18.8.5 Pegawai Kanan dan Pegawai Polis Bantuan DRB-HICOM yang membuat lawatan pemeriksaan, penilaian dan odit. 6.18.8.6 Kakitangan pembaikan (apabila diperlukan sahaja).
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 83 of 123 Uncontrolled when printed 6.18.8.7 Pihak Polis (bagi tujuan siasatan sahaja). 6.18.8.8 Lain-lain individu yang diberikan kebenaran oleh wakil syarikat bagi tujuan khusus. 6.18.9 Merekodkan kehadiran semua kakitangan atau pelawat yang telah diberikan kelulusan masuk tersebut di dalam Buku Daftar Kehadiran Bilik Kawalan dan ditulis dengan JELAS, terang menggunakan PEN dan maklumat yang ditulis adalah LENGKAP. 6.18.10 Maklumat yang diperlukan dicatatkan di dalam Buku Rekod Kehadiran Kakitangan adalah seperti berikut: - 6.18.10.1 Nama penuh. 6.18.10.2 Nombor Kakitangan. 6.18.10.3 Nombor kad pengenalan pelawat 6.18.10.4 Nombor telefon bimbit. 6.18.10.5 Tujuan kemasukan. 6.18.10.6 Masa masuk. 6.18.10.7 Tandatangan masuk. 6.18.10.8 Masa keluar. 6.18.10.9 Tandatangan keluar. 6.18.11 Mengenalpasti tanda-tanda dan masalah-masalah yang boleh menyebabkan bahaya api bagi membolehkan pegawai untuk menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran di dalam Bilik Kawalan. 6.18.12 Meninggalkan Bilik Kawalan dengan segera berpandukan langkah-langkah di bawah apabila berlaku apa-apa kecemasan berkaitan dengan api jika ianya tidak dapat dikawal dan meminta bantuan dengan segera untuk menyelamatkan rakaman video. 6.18.12.1 Gunakan alat pemadam api jenis “CO2” untuk memadam kebakaran kecil. 6.18.12.2 Rujuk Perenggan (X) (2.4) untuk tindakan lanjut. 6.18.13 Menguruskan dan menangani insiden-insiden berkaitan pencerobohan, kebakaran di dalam bangunan dan kepincangan sistem lif yang dikesan melalui penggera sistem dengan tenang, berkesan dan sistematik. 6.18.14 Sistem pengesan pencerobohan 6.18.14.1 Apabila sistem pengesan pencerobohan berbunyi, pegawai bertugas dikehendaki mengenalpasti lokasi pengesan dan memaklumkan kepada pegawai peronda atau mana-mana pegawai yang berada di lokasi yang paling hampir dengan lokasi untuk memeriksa lokasi tersebut jika benar-benar terdapat pencerobohan. 6.18.14.2 Matikan bunyi penggera sementara menungggu keputusan pemeriksaan yang dilakukan oleh pegawai peronda.
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 84 of 123 Uncontrolled when printed 6.18.14.3 Jika pegawai peronda (atau pegawai yang memeriksa) mengesahkan bahawa tiada tanda-tanda pencerobohan berlaku, pegawai bertugas dikehendaki membatalkan amaran sistem pengesanan pencerobohan tersebut dengan menekan butang “RESET”. 6.18.14.4 Jika benar-benar terdapat pencerobohan seperti yang dikesan, pegawai bertugas dikehendaki memaklumkan kepada semua pegawai bertugas dan mengesan penceroboh melalui sistem “CCTV”. Pencarian hendaklah diteruskan sehinggalah mendapat arahan “stand down” daripada Ketua Syif atau Ketua Unit. 6.18.15 Sistem pengesan dan penggera kebakaran 6.18.15.1 Apabila sistem pengesan kebakaran berbunyi, pegawai bertugas dikehendaki mengenalpasti lokasi pengesan dan memaklumkan kepada pegawai peronda atau mana-mana pegawai yang berada di lokasi yang paling hampir dengan lokasi untuk memeriksa lokasi tersebut jika benar-benar terdapat bahaya api. 6.18.15.2 Matikan bunyi penggera sementara menungggu keputusan pemeriksaan yang dilakukan oleh pegawai peronda. 6.18.15.3 Jika pegawai peronda (atau pegawai yang memeriksa) mengesahkan bahawa tiada bahaya api, pegawai bertugas dikehendaki membatalkan amaran sistem pengesanan kebakaran tersebut dengan menekan butang “RESET”. 6.18.15.4 Jika benar-benar terdapat bahaya api seperti yang dikesan, pegawai bertugas dikehendaki membunyikan sistem amaran kebakaran dan memaklumkan kepada semua pegawai bertugas untuk memulakan proses pengungsian bangunan berdasarkan polisi dan prosedur pengungsian bangunan syarikat kumpulan. 6.18.16 Sistem Kawalan Lif (“Elevator”) 6.18.16.1 Apabila sistem pengesan kerosakan “elevator” diaktifkan, pegawai bertugas dikehendaki mengenalpasti lokasi pengesan dan memaklumkan kepada pegawai peronda atau mana-mana pegawai yang berada di lokasi yang paling hampir dengan lokasi lif tersebut untuk memeriksa lokasi tersebut jika benar-benar terdapat kerosakan atau terdapat penumpang yang terperangkap. 6.18.16.2 Matikan bunyi penggera kerosakan sementara menungggu keputusan pemeriksaan yang dilakukan oleh pegawai peronda. 6.18.16.3 Jika pegawai peronda (atau pegawai yang memeriksa) mengesahkan bahawa tiada bahaya yang berkalu, pegawai bertugas dikehendaki membatalkan amaran sistem pengesanan kerosakan dengan menekan butang “RESET”.
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 85 of 123 Uncontrolled when printed 6.18.16.4 Jika benar-benar terdapat bahaya kerosakan seperti yang dikesan, pegawai bertugas dikehendaki menghubungi pihak pengurusan bangunan untuk pembaikan dan jika perlu pihak Bomba untuk menyelamatkan penumpang yang terperangkap. 6.18.17 Melaporkan keadaan kamera dan rakaman, sistem “CCTV”, sistem lif, sistem pengesan dan penggera pencerobohan dan kebakaran kepada Ketua Syif pada setiap permulaan dan akhir giliran tugas serta apabila rakaman tidak berkesan (imej video hilang, tidak jelas atau kamera terhalang), sistem lif, kebakaran dan pengesan penderobohan rosak dengan segera berdasarkan prosedur syarikat. 6.18.18 Setiap pegawai Polis Bantuan DILARANG sama sekali 6.18.18.1 Meninggalkan tempat tugas tanpa pengganti. 6.18.18.2 Membenarkan pihak yang tidak berkenaan berada di dalam Bilik Kawalan. 6.18.18.3 Melakukan aktiviti yang melalaikan atau yang menyebabkan tumpuan kepada tugasan pemantauan diganggu seperti menggunakan telefon pintar, komputer, membaca, menulis, bercakap dalam telefon yang lama dan sebagainya. 6.18.18.4 Menghubungi pihak Polis, Bomba atau Pengurusan kecemasan yang lain secara terus apabila melihat sesuatu kejadian atau insiden tanpa mendapat kelulusan atau arahan daripada pihak wakil syarikat, Ketua Unit atau Ketua Syif. 6.18.18.5 Menjejaskan kewujudan, integriti dan kerahsiaan (“availability, integrity and confidentiality”) rakaman pemantauan dengan aktiviti yang tidak perlu seperti mencuba fungsi sistem dan sebagainya tanpa arahan yang sah. 6.18.18.6 Mendedahkan dan berkongsi apa-apa maklumat yang diperolehi melalui pemantauan terhadap sistem “CCTV” secara lisan, bertulis atau rakaman semula menggunakan alat perakam seperti telefon bimbit atau kamera digital kepada mana-mana pihak yang tidak berkenaan bagi apa-apa tujuan. 6.18.18.7 Menyembunyikan apa-apa maklumat yang perlu dilaporkan kepada Ketua Unit, Ketua Syif, pihak wakil syarikat, penyelia atau Polis. 6.18.19 Berikut adalah proses Carta Alir Tugasan Bilik Kawalan dan Pemantauan. MUKA SURAT INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 86 of 123 Uncontrolled when printed Carta Alir - Tugasan Bilik Kawalan dan Pemantauan CARTA ALIR TINDAKAN TANGGUNGJAWAB Mengenalpasti bahaya – dari segi tingkahlaku kakitangan, pelawat, kontraktor, pembekal, orang awam atau pergerakan kenderaan, dan bahan, beg atau bungkusan yang ditinggalkan di sesuatu tempat yang mencurigakan. Menguruskan dan menangani insideninsiden berkaitan jenayah dan bukan jenayah (seperti kemalangan dan ancaman bahaya) yang berkesan melalui sistem “CCTV” dan sistem pengesahan pencerobohan dengan berkesan dan sistematik. Sekiranya benar-benar terdapat perkara luarbiasa & mencurigakan, pegawai Bilik Kawalan dikehendaki memaklumkan kepada semua pegawai bertugas dan mengesan melalui sistem “CCTV”. Aktiviti hendaklah diteruskan sehinggalah mendapat arahan “stand down” daripada Ketua Syif / Unit atau Penyelia. Bilik Kawalan /Peronda Bilik Kawalan Bilik Kawalan / semua pegawai bertugas / Ketua Syif@Unit/Penyelia MULA Kenalpasti bahaya Mencatit laporan sebarang kejadian Laporan Buku Pol.40 Perkara luarbiasa & mencurigakan Pemantauan CCTV serta laporkan kepada semua pegawai bertugas Tidak perlu Perlu Menjawab panggilan serta merekod setiap panggilan Rondaan biasa SELESAI Tindakan Ketua Unit/Syif/Penyelia
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 87 of 123 Uncontrolled when printed 6.19 Tindakan Kecemasan 1 – Kebakaran 6.19.1 Tanggungjawab: Semua Pegawai Polis Bantuan. Tujuan utama tindakan ini adalah untuk memastikan keselamatan nyawa kakitangan, pelawat, pelanggan, kontraktor, pembekal dan orang awam serta aset syarikat diselamatkan pada kadar segera. 6.19.2 Setiap pegawai Polis Bantuan HENDAKLAH sentiasa bertenang setiap kali loceng isyarat kebakaran berbunyi atau terdapat amaran atau laungan kebakaran oleh mana-mana orang yang berada di dalam atau di luar kawasan syarikat. 6.19.3 Jika pegawai Polis Bantuan sedang bertugas di Pos Kawalan Masuk / Keluar. 6.19.3.1 Memastikan perihal kebakaran dari segi tempat dan keadaannya. 6.19.3.2 Memaklumkan perihal kebakaran kepada Ketua Syif, Ketua Unit dan semua pegawai bertugas. 6.19.3.3 Membunyikan penggera kebakaran jika penggera tersebut terdapat di kawasan kebakaran atau Pos Kawalan. 6.19.3.4 Mengambil tindakan untuk memadam kebakaran jika selamat untuk berbuat demikian. Awas! Pastikan Pos Kawalan sentiasa dikawal daripada ancaman pencerobohan semasa kejadian kebakaran. 6.19.3.5 Segera pastikan tiada mana-mana orang dibenarkan memasuki kawasan syarikat semasa kejadian melainkan pegawai Bomba, pasukan paramedik, Pertahanan Awam atau seumpamanya. 6.19.3.6 Segera serahkan Buku Daftar Pelawat, kontraktor, pembekal atau pelanggan kepada pegawai yang dilantik oleh pihak syarikat sebagai “Warden Kebakaran” bagi tujuan baris panggil nama (“Roll call”). 6.19.3.7 Segera membantu mengarahkan kakitangan, pelawat, pelanggan, kontraktor dan pembekal yang ada di dalam bangunan untuk bergerak dengan selamat ke kawasan yang dikhaskan untuk berhimpun di waktu kecemasan. 6.19.3.8 Memastikan tiada barang-barang atau kenderaan dibawa keluar dari kawasan syarikat tanpa dikawalselia dan dipantau oleh mana-mana kakitangan syarikat yang telah disahkan tanggungjawabnya. 6.19.3.9 Membantu pegawai Warden Kebakaran membuat tugasan jaga aman dan penunjuk arah ke tempat berkumpul semasa insiden berlaku. Rujuk DRBH-SOP-ST-09 bagi tatacara asas melawan kebakaran.
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 88 of 123 Uncontrolled when printed 6.19.4 Jika pegawai Polis Bantuan sedang menjalankan rondaan di dalam kawasan syarikat. 6.19.4.1 Memastikan perihal kebakaran dari segi tempat dan keadaannya. 6.19.4.2 Memaklumkan perihal kebakaran kepada Ketua Syif, Ketua Unit dan semua pegawai bertugas. 6.19.4.3 Membunyikan penggera kebakaran jika penggera tersebut terdapat di kawasan kebakaran atau Pos Kawalan. 6.19.4.4 Mengambil tindakan untuk memadam kebakaran jika selamat untuk berbuat demikian. 6.19.4.5 Segera membantu mengarahkan kakitangan, pelawat, pelanggan, kontraktor dan pembekal yang ada di dalam bangunan untuk bergerak dengan selamat ke kawasan yang dikhaskan untuk berhimpun di waktu kecemasan. 6.19.4.6 Membantu pegawai Warden Kebakaran syarikat membuat tugasan jaga aman dan penunjuk arah ke tempat berkumpul semasa insiden berlaku. 6.19.5 Jika pegawai Polis Bantuan sedang menjalankan tugasan di dalam Bilik Kawalan Pemantauan. 6.19.5.1 Jika kebakaran berlaku di bangunan yang sama dengan Bilik Kawalan, ambil tindakan pengungsian bangunan dan pastikan Bilik Kawalan dikunci sebelum meninggal bilik tersebut. 6.19.5.2 Jika kebakaran berlaku di bangunan yang lain yang tidak memerlukan penghuni bangunan di mana Bilik Kawalan berada untuk mengambil tindakan pengungsian bangunan, bantu pegawai Polis Bantuan lain untuk mengawal keadaan dan mengenalpasti bahaya kebakaran lain dan cubaan-cubaan untuk menyeludup keluar aset atau dagangan daripada kawasan syarikat melalui paparan skrin. 6.19.6 Melaporkan kepada pegawai syarikat berkenaan kebakaran yang berlaku menggunakan “Borang Laporan Aduan / Kejadian” (DRBH-POL-ST-01-F05). 6.19.7 Merekodkan kejadian kebakaran di dalam Buku Perharian Balai. 6.19.8 Setiap pegawai Polis Bantuan DILARANG sama sekali 6.19.8.1 Bertindak memadamkan kebakaran jika keadaan dipastikan tidak selamat. 6.19.8.2 Membenarkan mana-mana aktiviti perniagaan dan operasi syarikat dijalankan semasa kebakaran berlaku. 6.19.8.3 Membenarkan mana-mana orang perseorangan yang tidak dibenarkan memasuki kawasan syarikat semasa kebakaran berlaku. 6.19.9 Berikut adalah proses Carta Alir Tindakan Kecemasan – Kebakaran
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 89 of 123 Uncontrolled when printed Carta Alir - Tindakan Kecemasan – Kebakaran CARTA ALIR TINDAKAN TANGGUNGJAWAB Melaporkan segera kepada pasukan ERT untuk ke Kawasan kebakaran berlaku. Kenalpasti situasi kebakaran sama ada kecil atau besar. Segera pastikan tidak ada manamana orang di benarkan memasuki kawasan syarikat semasa kejadian melainkan Pegawai Bomba, Pasukan Paramedik, Pertahanan Awam atau seumpanya. Segera membantu mengarahkan kakitangan, Pelawat, Kontraktor, Pembekal atau pelanggan yang ada di dalam bangunan untuk bergerak dengan selamat ke kawasan yang di khaskan untuk berhimpun di waktu kecemasan Bilik Kawalan / Peronda Pos Kawalan / anggota bertugas Pos Kawalan / anggota bertugas / Ketua Syif@Unit/Penyelia MULA Kebakaran di kesan oleh PB/ Staff/ atau orang awam Kenalpasti situasi kebakaran Hubungi bomba & pasukan ERT syarikat Anggota bertugas bantu kawal kebakaran dengan alat pemadam api atau hose reel Tidak perlu Perlu Bomba tiba & operasi memadam kebakaran SELESAI Pasukan ERT perlu bertindak sebelum anggota bomba memberi bantuan mengarahkan penghuni lari ke tempat berkumpul “assembely point" Selesai memadamkan kebakaran dan mengesahkan bangunan selamat di duduki semula
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 90 of 123 Uncontrolled when printed 6.20 Tindakan Kecemasan 2 – Kemalangan / Insiden Di Dalam Kawasan Syarikat 6.20.1 Tanggungjawab: Semua Pegawai Polis Bantuan. Tujuan utama tindakan ini adalah bagi memastikan segala kejadian kemalangan atau insiden yang berlaku di dalam kawasan syarikat dapat dikawal dengan berkesan oleh pegawai Polis Bantuan yang menjadi orang pertama di tempat kejadian. 6.20.2 Setiap pegawai Polis Bantuan HENDAKLAH menilai dan memastikan situasi kemalangan dengan betul dan tepat bagi memboleh tindakan yang bersesuaian dapat diambil dan laporan yang betul dapat diberikan kepada Ketua Syif, Ketua Unit atau wakil syarikat. 6.20.3 Memberikan bantuan yang sewajarnya dan/atau meminta pegawai syarikat memberikan bantuan yang sewajarnya bagi membolehkan pegawai Polis Bantuan menjalankan tugasnya. 6.20.4 Memastikan segala bahaya yang wujud disebabkan oleh kejadian kemalangan atau insiden tersebut atau yang menyebabkan kemalangan atau insiden tersebut telah dikenalpasti dan dialihkan atau dihindarkan atau dihapuskan sama ada secara bersendirian atau dengan pertolongan orang lain. 6.20.5 Menguruskan mangsa dan aset dengan menjalan tindakan berikut tetapi tidak terhad kepada: - 6.20.5.1 Tatacara pertolongan cemas asas; 6.20.5.2 Tatacara bantuan pernafasan (Panduan disertakan di DRBH-SOP-ST-010) 6.20.5.3 Kawalan kebakaran atau punca kebakaran; 6.20.5.4 Menghubungi pihak pengendalian kecemasan seperti Bomba dan Ambulan; dan/atau 6.20.5.5 Pihak Polis. 6.20.6 Mengawal pergerakan orang awam dan lalu lintas bagi memastikan keadaan terkawal dan memudahkan tindakan diambil oleh pihak pengendalian kecemasan dan Polis. 6.20.7 Melaporkan kepada pegawai syarikat berkenaan kemalangan / insiden yang berlaku dengan segera menggunakan “Borang Laporan Aduan / Kejadian” (DRBH-POL-ST-01-F05). 6.20.8 Membuat laporan Polis di atas kejadian terutamanya yang menyebabkan kemalangan maut. 6.20.9 Merekodkan kejadian kemalangan / insiden di dalam Buku Perharian Balai. 6.20.10 Setiap pegawai Polis Bantuan DILARANG sama sekali 6.20.10.1 Meninggalkan tempat tugasan tanpa digantikan oleh pegawai yang lain atau pegawai syarikat yang bertanggungjawab terhadap keselamatan syarikat jika bertugas di Pos Kawalan di dalam usaha untuk membantu. 6.20.10.2 Melambat-lambatkan membuat laporan Polis selepas kejadian tanpa sebab yang munasabah. 6.20.11 Berikut adalah proses Carta Alir Tindakan Kecemasan – Kemalangan / Insiden Di Dalam Kawasan Syarikat
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 91 of 123 Uncontrolled when printed Carta Alir - Tindakan Kecemasan – Kemalangan / Insiden Di Dalam Kawasan Syarikat CARTA ALIR TINDAKAN TANGGUNGJAWAB Pastikan insiden di kawal dengan baik oleh anggota yang bertugas. Menilai dan pastikan situasi kemalangan dengan tepat dan betul Kenalpasti, alihkan, hentikan dan hapuskan risiko yang menyebabkan insiden/risiko. Beri atau minta bantuan untuk menangani insiden tersebut Buat laporan polis jika berkait Membuat laporan kepada Pegawai Keselamatan & Wakil Syarikat secara lisan & bertulis Bilik Kawalan / Peronda Pos Kawalan / anggota bertugas Anggota bertugas Pos Kawalan / anggota bertugas / Ketua Syif@Unit/Penyelia 6.21 Tindakan Kecemasan 3 – Gangguan Bekalan Elektrik 6.21.1 Tanggungjawab: Semua Pegawai Polis Bantuan. Tujuan utama tindakan ini adalah bagi memastikan keselamatan perlindungan terhadap aset dan kawasan syarikat dipertingkatkan semasa berlakunya gangguan elektrik. 6.21.2 Setiap pegawai Polis Bantuan HENDAKLAH melaporkan kepada Ketua Syif, Ketua Unit atau wakil syarikat dengan segera secara lisan perihal gangguan bekalan elektrik di dalam kawasan syarikat. 6.21.3 Menjalankan rondaan kawasan dengan lebih kerap bagi memastikan keselamatan kawasan yang lebih tinggi. 6.21.4 Jika gangguan berlaku pada waktu malam 6.21.4.1 Memastikan semua pintu dan pagar dikunci dengan kemas dan rapi. 6.21.4.2 Meningkatkan kekerapan perhubungan di antara semua pegawai bertugas. 6.21.4.3 Melaporkan kepada Ketua Unit atau wakil syarikat dengan segera pada keesokan hari secara lisan perihal gangguan bekalan elektrik di dalam kawasan syarikat. MULA Terima laporan Insiden daripada PB/ Staff/ atau orang awam Kawal lalulintas dan pergerakan orang ramai Hubungi pihak Polis, Bomba & Ambulan SELESAI Laporan hendaklah direkodkan ke dalam Buku Pol.40 dan Pol.5
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 92 of 123 Uncontrolled when printed 6.21.5 Merekodkan kejadian gangguan bekalan elektrik di dalam Buku Perharian Balai. 6.21.6 Setiap pegawai Polis Bantuan DILARANG sama sekali meninggalkan kawasan tugasan dengan tiada pengganti semasa ketiadaan bekalan elektrik. 6.21.7 Berikut adalah proses Carta Alir Tindakan Kecemasan – Gangguan Bekalan Elektrik Carta Alir - Tindakan Kecemasan – Gangguan Bekalan Elektrik CARTA ALIR TINDAKAN TANGGUNGJAWAB Dapatkan maklumat mengenai ketiadaan bekalan eletrik tersebut sama ada dari bahagian fasiliti syarikat atau TNB. Membuat laporan dengan segera kepada wakil syarikat jika gangguan bekalan elekterik tersebut berpunca dari dalam premis. Membuat laporan secara lisan & bertulis kepada Penyelia keselamatan dan juga wakil syarikat Anggota bertugas / Peronda Anggota bertugas Anggota bertugas / Ketua Syif@Unit / Penyelia MULA Dapatkan maklumat kenal pasti punca & perhatikan persekitaran awam • Kawal pergerakan orang ramai • Pastikan semua pintu utama keluar masuk dikunci oleh anggota. • Pastikan ada anggota yang kawal situasi terutama kawasan yang mempunyai aset bernilai tinggi yang mudah diceroboh. • Pemeriksaan pencerobohan bangunan & pagar sempadan • Pencegahan kebakaran SELESAI Laporan hendaklah direkodkan ke dalam Buku Pol.40 dan Pol.5
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 93 of 123 Uncontrolled when printed 6.22 Tindakan Kecemasan 4 – Gaduh Gempar / Kekacauan Di Dalam Kawasan Syarikat 6.22.1 Tanggungjawab: Semua Pegawai Polis Bantuan. Tujuan utama tindakan ini adalah bagi memastikan segala kejadian gaduh gempar atau kekacauan yang berlaku di dalam kawasan syarikat dapat dikawal dengan berkesan berpandukan kepada peruntukan undang-undang. 6.22.2 Setiap pegawai Polis Bantuan HENDAKLAH sentiasa bertindak melindungi kakitangan, pelawat, kontraktor, pembekal dan harta syarikat atau pelanggan di dalam apa-apa situasi yang melibatkan kekacauan di dalam kawasan syarikat. 6.22.3 Membantu meredakan keadaan dan meleraikan pertikaian yang ada dengan cara yang berhemah dan penuh budi bicara. 6.22.4 Melaporkan kejadian kepada pihak Polis dengan segera jika keadaan mendesak untuk mendapatkan bantuan. 6.22.5 Jika perlu, jalankan tangkapan dan serahkan kepada pihak Polis dengan segera. 6.22.5.1 Orang yang ditangkap HENDAKLAH SEBERAPA SEGERA DISERAHKAN KEPADA PIHAK POLIS untuk tangkapan semula. 6.22.5.2 Orang yang telah ditangkap hendaklah diletakkan di dalam sebuah bilik yang bersesuai dan dikawal sehingga pihak Polis tiba untuk tangkapan semula, atau 6.22.5.3 Orang yang telah ditangkap hendaklah dibawa ke balai Polis berdekatan untuk tangkapan semula. 6.22.5.4 Satu laporan Polis hendaklah dibuat bersabit tangkapan tersebut. 6.22.5.5 Satu salinan laporan hendaklah dimajukan kepada Ketua Syif, Ketua Unit atau wakil syarikat untuk rekod dan simpanan. 6.22.6 Melaporkan kepada wakil syarikat berkenaan insiden yang berlaku dengan segera menggunakan “Borang Laporan Aduan / Kejadian” (DRBH-POL-ST-01-F05). 6.22.7 Merekodkan kejadian gaduh gempar / kekacauan di dalam Buku Perharian Balai. 6.22.8 Setiap pegawai Polis Bantuan DILARANG sama sekali 6.22.8.1 Menyebelahi mana-mana pihak yang tidak jelas kebenarannya. 6.22.8.2 Membuat penahanan salah terhadap mana-mana orang yang membuat kekacauan di dalam kawasan syarikat. 6.22.8.3 Melambat-lambatkan menyerahkan orang yang ditangkap kepada pihak Polis untuk tangkapan semula. Orang yang ditangkap HENDAKLAH SEBERAPA SEGERA DISERAHKAN KEPADA PIHAK POLIS untuk tangkapan semula.
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 94 of 123 Uncontrolled when printed 6.22.8.4 Memberikan keterangan kepada mana-mana pihak berkaitan insiden kecuali kepada pihak Polis, wakil syarikat, Ketua Wilayah Polis Bantuan dan/atau Pegawai Kanan Polis Bantuan bagi tujuan siasatan. 6.22.9 Berikut adalah proses Carta Alir Tindakan Kecemasan – Gaduh Gempar / Kekacauan Di Dalam Kawasan Syarikat Carta Alir - Tindakan Kecemasan – Gaduh Gempar / Kekacauan Di Dalam Kawasan Syarikat CARTA ALIR TINDAKAN TANGGUNGJAWAB Terima laporan Insiden daripada PB/ Staff/ atau orang awam berkenaan kejadian dalam kawasan premis Lindungi staff, pelawat, vendor atau orang awam. Redakan keadaan/leraikan pertikaian dengan berhemah dan penuh budi bicara. Laporkan kejadian pada ketua keselamatan / wakil syarikat berkenaan kejadian tersebut Buat laporan polis sekiranya keadaan semakin tidak terkawal. Letakkan suspek di dalam bilik yang bersesuaian dan kawal sehingga polis tiba untuk tangkapan semula Sediakan kronologi kejadian dengan lengkap & majukan kepada Ketua Jabatan Anggota bertugas Pos Kawalan / Anggota bertugas Anggota bertugas Anggota bertugas / peronda Pos Kawalan / Anggota bertugas / Ketua Syif@Unit/Penyelia MULA Terima laporan Insiden Kawal keadaan & situasi kejadian SELESAI Laporan lengkap ditulis di dalam Pol.40 & Pol.5 Tidak Situasi Ya Terkawal? Lapor polis Tidak lapor polis Tangkapan keatas suspek
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 95 of 123 Uncontrolled when printed 6.23 Tindakan Kecemasan 5 – Gaduh Gempar / Kekacauan Di Luar Kawasan Syarikat 6.23.1 Tanggungjawab: Semua Pegawai Polis Bantuan. Tujuan utama tindakan ini adalah bagi memastikan segala kejadian gaduh gempar atau kekacauan yang berlaku di luar kawasan syarikat tidak menjejaskan fokus tugasan pegawai Polis Bantuan dan dapat dikawal dengan berkesan berpandukan kepada peruntukan undangundang. 6.23.2 Setiap pegawai Polis Bantuan HENDAKLAH sentiasa bertindak melindungi kakitangan, pelawat, kontraktor, pembekal, orang awam dan harta syarikat atau pelanggan di dalam apa-apa situasi yang melibatkan kekacauan atau pergaduhan di hadapan pintu masuk ke kawasan syarikat atau sekitar perimeter pagar syarikat. 6.23.3 Melaporkan kejadian kepada pihak Polis dengan segera jika keadaan mendesak atau jika dibimbangi kekacauan atau pergaduhan akan merebak ke dalam kawasan syarikat. 6.23.4 Jika perlu, jalankan tangkapan awam dan serahkan kepada pihak Polis dengan segera. Orang yang ditangkap HENDAKLAH SEBERAPA SEGERA DISERAHKAN KEPADA PIHAK POLIS untuk tangkapan semula. 6.23.4.1 Orang yang telah ditangkap hendaklah dikawal di luar kawasan syarikat dibantu oleh orang awam yang lain sehingga pihak Polis tiba untuk tangkapan semula, atau 6.23.4.2 Orang yang telah ditangkap hendaklah dibawa ke balai Polis berdekatan oleh orang awam yang menyaksikan pergaduhan atau kekacauan tersebut untuk tangkapan semula. 6.23.4.3 Satu laporan Polis hendaklah dibuat bersabit tangkapan tersebut jika dilakukan oleh pegawai Polis Bantuan bertugas. 6.23.4.4 Satu salinan laporan hendaklah dimajukan kepada Ketua Syif, Ketua Unit atau wakil syarikat untuk rekod dan simpanan. 6.23.5 Melaporkan kepada wakil syarikat berkenaan insiden yang berlaku dengan segera menggunakan “Borang Laporan Aduan / Kejadian” (DRBH-POL-ST-01-F05). 6.23.6 Merekodkan kejadian gaduh gempar / kekacauan di dalam Buku Perharian Balai. 6.23.7 Setiap pegawai Polis Bantuan DILARANG sama sekali 6.23.7.1 Menyebelahi mana-mana pihak yang tidak jelas kebenarannya. 6.23.7.2 Membuat penahanan salah terhadap mana-mana orang yang membuat kekacauan. 6.23.7.3 Melambat-lambatkan menyerahkan orang yang ditangkap kepada pihak Polis untuk tangkapan semula. Orang yang ditangkap HENDAKLAH SEBERAPA SEGERA DISERAHKAN KEPADA PIHAK POLIS untuk tangkapan semula.
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 96 of 123 Uncontrolled when printed 6.23.7.4 Memberikan keterangan kepada mana-mana pihak berkaitan insiden kecuali kepada pihak Polis, wakil syarikat, Ketua Wilayah Polis Bantuan dan/atau Pegawai Kanan Polis Bantuan bagi tujuan siasatan. 6.23.8 Berikut adalah proses Carta Alir Tindakan Kecemasan – Gaduh Gempar / Kekacauan Di Luar Kawasan Syarikat Carta Alir - Tindakan Kecemasan – Gaduh Gempar / Kekacauan Di Luar Kawasan Syarikat CARTA ALIR TINDAKAN TANGGUNGJAWAB Terima laporan Insiden daripada PB/ Staff/ atau orang awam berkenaan kejadian di luar kawasan premis. Pastikan jarak kejadian berlaku masih tertakluk didalam bidang kuasa polis bantuan, sekiranya jarak melebihi daripada kawasan premis perlu dihubungi pihak Polis dengan segera. Laporkan kejadian pada ketua Syif@Unit / Penyelia Keselamatan berkenaan kejadian tersebut Pastikan suspek berada di luar kawasan premis dan di bantu orang awam (jika perlu) dan kawal sehingga polis tiba untuk tangkapan semula. Sediakan kronologi kejadian dengan lengkap & majukan kepada Ketua Jabatan Anggota bertugas Pos Kawalan / Anggota bertugas Anggota bertugas Anggota bertugas / peronda Pos Kawalan / Anggota bertugas / Ketua Syif@Unit/Penyelia MULA Terima laporan Insiden Kawal keadaan & situasi kejadian SELESAI Laporan lengkap ditulis di dalam Pol.40 & Pol.5 Tidak Situasi Ya Terkawal? Lapor polis Tidak lapor polis Tangkapan keatas suspek
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 97 of 123 Uncontrolled when printed 6.24 Tindakan Kecemasan 6 – Pencerobohan 6.24.1 Tanggungjawab: Semua Pegawai Polis Bantuan. Tujuan utama tindakan ini adalah bagi memastikan kejadian pencerobohan ke dalam kawasan syarikat oleh pihak yang tidak mendapat kebenaran yang sah dapat dikawal dengan berkesan berpandukan kepada peruntukan undang-undang. 6.24.2 Setiap pegawai Polis Bantuan HENDAKLAH sentiasa memantau keadaan sekeliling terhadap orang-orang yang tidak mempunyai kebenaran untuk memasuki kawasan syarikat termasuk orang-orang yang berkelakuan mencurigakan semasa berada di dalam kawasan syarikat. 6.24.3 Orang-orang berikut boleh diklasifikasikan sebagai penceroboh, tetapi tidak terhad kepada: - 6.24.3.1 Orang yang memasuki kawasan syarikat tanpa mendaftar masuk atau kebenaran yang sah. 6.24.3.2 Orang yang berada di dalam kawasan syarikat dan tidak mempunyai Pas Keselamatan (sama ada kakitangan, pelawat, kontraktor atau pembekal). 6.24.3.3 Orang yang tidak mempunyai urusan yang sah di dalam kawasan syarikat. 6.24.3.4 Orang yang didapati memasuki kawasan syarikat dengan memanjat, memotong atau merobohkan pagar syarikat. 6.24.4 Mengarahkan orang yang disahkan menceroboh untuk keluar dari kawasan syarikat dengan serta merta. 6.24.4.1 Jika orang tersebut ingkar, maklumkan insiden kepada Ketua Syif, Ketua Unit atau wakil syarikat dan minta bantuan dari pegawai bertugas yang lain sebagai saksi pengusiran. 6.24.4.2 Dengan tegas, berikan amaran dan arahkan penceroboh untuk keluar dari kawasan syarikat dengan segera. 6.24.4.3 Jika penceroboh ingkar dan menyebabkan kekecohan di dalam kawasan syarikat, rujuk Perenggan (AA) untuk tindakan lanjut. 6.24.5 Menjalankan tangkapan terhadap penceroboh yang diyakini berniat jahat (seperti mencuri, vandalisma atau sabotaj) dan serahkan kepada pihak Polis dengan segera. Orang yang ditangkap HENDAKLAH SEBERAPA SEGERA DISERAHKAN KEPADA PIHAK POLIS untuk tangkapan semula. 6.24.6 Orang yang telah ditangkap hendaklah diletakkan di dalam sebuah bilik yang bersesuaian dan dikawal sehingga pihak Polis tiba untuk tangkapan semula, atau 6.24.7 Orang yang telah ditangkap hendaklah dibawa ke balai Polis berdekatan untuk tangkapan semula. 6.24.7.1 Satu laporan Polis hendaklah dibuat bersabit tangkapan tersebut. 6.24.7.2 Satu salinan laporan hendaklah dimajukan kepada wakil syarikat untuk rekod dan simpanan.
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 98 of 123 Uncontrolled when printed 6.24.8 Melaporkan kepada pegawai syarikat dengan segera berkenaan insiden yang berlaku menggunakan “Borang Laporan Aduan / Kejadian” (DRBH-POL-ST-01-F05). 6.24.9 Merekodkan kejadian pencerobohan di dalam Buku Perharian Balai. 6.24.10 Setiap pegawai Polis Bantuan DILARANG sama sekali 6.24.10.1 Membuat penahanan salah terhadap mana-mana orang yang menceroboh ke dalam kawasan syarikat. 6.24.10.2 Melambat-lambatkan menyerahkan orang yang ditangkap kepada pihak Polis untuk tangkapan semula. Orang yang ditangkap HENDAKLAH SEBERAPA SEGERA DISERAHKAN KEPADA PIHAK POLIS untuk tangkapan semula. 6.24.10.3 Memberikan keterangan kepada mana-mana pihak berkaitan insiden kecuali kepada pihak Polis, wakil syarikat, Ketua Wilayah Polis Bantuan dan/atau Pegawai Kanan Polis Bantuan bagi tujuan siasatan. 6.24.11 Berikut adalah proses Carta Alir Tindakan Kecemasan – Pencerobohan MUKA SURAT INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 99 of 123 Uncontrolled when printed Carta Alir - Tindakan Kecemasan – Pencerobohan CARTA ALIR TINDAKAN TANGGUNGJAWAB Terima laporan pencerobohan daripada PB/ Staff/ atau orang awam berkenaan kejadian di dalam atau luar kawasan premis. Pastikan jarak kejadian berlaku masih tertakluk didalam bidang kuasa polis bantuan, sekiranya jarak melebihi daripada kawasan premis perlu dihubungi pihak Polis dengan segera. Laporkan kejadian pada ketua Syif@Unit / Penyelia Keselamatan dan wakil syarikat berkenaan kejadian tersebut Sekiranya suspek berada di dalam kawasan premis perlu di tangkap dan hendaklah di letakkan di dalam sebuah bilik yang bersesuaian dan di kawal sehingga pihak Polis tiba untuk tangkapan semula, atau orang yang telah di tangkap hendaklah di bawa ke balai Polis berdekatan untuk tangkapan semula. Sediakan kronologi kejadian dengan lengkap & majukan kepada Ketua Jabatan Anggota bertugas Pos Kawalan / Anggota bertugas Anggota bertugas Anggota bertugas / peronda Pos Kawalan / Anggota bertugas / Ketua Syif@Unit/Penyelia MULA Terima laporan Pencerobohan Pemeriksaan tempat kejadian SELESAI Laporan lengkap ditulis di dalam Pol.40 & Pol.5 Pelaksanaan Dalam kawasan Luar Kawasan Tangkapan keatas suspek Serah kepada Polis Maklum kepada Ketua Syif@Unit / Penyelia / wakil syarikat Hubungi Balai Polis terdekat Kawal Perimeter dari di ceroboh
MANUAL ARAHAN TETAP TUGASAN (AM) PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN POLIS BANTUAN JABATAN KESELAMATAN KUMPULAN Doc. No. DRBH-POL-ST-01 Disediakan oleh Muhammad Ashraf Amir Idrus Diisu pada 01.04.2023 Disemak oleh David Azzuddin Buxton No Pindaan 00 Diluluskan oleh Shamsol Anuar Ibrahim Tarikh Pindaan 01.04.2023 Mukasurat Page 100 of 123 Uncontrolled when printed 6.25 Tindakan Kecemasan 7 – Rompakan Bersenjata 6.25.1 Tanggungjawab: Semua Pegawai Polis Bantuan. Tujuan utama tindakan ini adalah memastikan keselamatan semua pihak yang terlibat semasa dan selepas kejadian rompakan bersenjata dan mengumpulkan maklumat yang penting bagi tujuan tindakan oleh pihak berkuasa. 6.25.2 Setiap pegawai Polis Bantuan HENDAKLAH semasa rompakan 6.25.2.1 BERTENANG. Berikan ruang peribadi (“personal space”) yang secukupnya kepada perompak. Jangan cuba untuk menghampiri atau memujuk perompak tersebut. 6.25.2.2 IKUT ARAHAN perompak. Elakkan dari melakukan pergerakan yang mengejut dan yang tidak disukai oleh perompak. 6.25.2.3 JANGAN BERTELAGAH dengan perompak. 6.25.2.4 Memastikan KESELAMATAN DIRI SENDIRI sebelum mengambil apa-apa tindakan lanjut. 6.25.2.5 Membantu kakitangan, pelawat, pelanggan, kontraktor atau pembekal untuk bertenang dan memastikan keselamatan diri sendiri. 6.25.2.6 Memerhatikan dengan teliti dan selamat, termasuk tetapi tidak terhad kepada: - 6.25.2.6.1 Tempat-tempat yang disentuh oleh perompak. 6.25.2.6.2 Perwatakan dan tingkah laku pergerakan. 6.25.2.6.3 Air muka. 6.25.2.6.4 Lukisan-lukisan di pakaian dan badan. 6.25.2.6.5 Pertuturan. 6.25.2.6.6 Jenis senjata yang digunakan. 6.25.2.6.7 Jenis dan warna pakaian dan rambut. 6.25.2.6.8 Keterangan fizikal lain yang ada. Maklumat di atas boleh membantu pihak Polis untuk mengesan perompak berkenaan. 6.25.2.7 Memerhatikan ke mana arah dan cara perompak itu melarikan diri. Jika suspek menggunakan kenderaan, rekodkan nombor pendaftaran, warna kenderaan, dan jenis kenderaan. Pastikan juga ke arah mana suspek pergi. 6.25.3 Selepas kejadian rompakan 6.25.3.1 Tutup semua pintu pagar / pintu bangunan agar tiada siapa yang boleh masuk atau keluar daripada kawasan syarikat / bangunan. 6.25.3.2 Melaporkan kepada pihak Polis secepat mungkin selepas keadaan kembali selamat.