CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 45 DAN SAINS SOSIAL ii) Paparan LCD menunjukkan bacaan berat kertas yang telah dimasukkan. Gambarajah 7 menunjukkan paparan berat kertas yang ditimbang. Rajah 7. Bacaan Berat Timbangan Kertas Dipapar iii) Apabila berat kertas mencapai nilai melebihi 5 kilogram, buzzer akan berbunyi dan LED menyala berkelip-kelip seperti ditunjukkan oleh Gambarajah 8. Pintu kotak penimbang dibuka untuk mengeluarkan kertas-kertas yang terkumpul untuk terus diikat dengan tali. Sebaik sahaja kertas diangkat, buzzer akan berhenti berbunyi dan LCD akan menunjukkan nilai 0.0 gram yang menunjukkan tiada beban atas plet penimbang. Rajah 8. Bacaan Berat Kertas Melebihi 5 Kilogram
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 46 DAN SAINS SOSIAL iv) Tray dimasukkan semula ke dalam kotak penimbang dan bacaan pada LCD menunjukkan bacaan adalah 0.0 gram seperti yang ditunjukkan oleh Gambarajah 9. Rajah 9: Bacaan Penimbang kembali kepada Sifar Gram Gambarajah Inovasi Gambarajah 10 menunjukkan pandangan dalam, pandangan hadapan dan pandangan sisi bagi model Kotak Penimbang Elektronik Untuk Kertas Terpakai. Rajah 10 : Pandangan Dalam, Hadapan dan Sisi Model Kotak Penimbang Elektronik Pandangan Dalam Pandangan Hadapan Pandangan Sisi
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 47 DAN SAINS SOSIAL Impak Inovasi Dengan terhasilnya kotak penimbang elektronik ini, masalah pengumpulan kertas-kertas terpakai yang sering berlaku di bilik kakitangan JKE telah dapat diatasi. Dengan kos yang mampu milik, iaitu anggaran kos sebanyak RM 269.90 bagi setiap unit, kotak penimbang ini dapat disediakan di setiap sudut pengumpulan kertas di setiap bilik pensyarah atau di manamana pejabat yang memerlukan proses pengumpulan kertas-kertas A4 terpakai. Inovasi ini membantu menjadikan keadaan persekitaran lebih kemas dan tersusun rapi. Pengunaan kotak penimbang elektronik yang mudah membolehkan setiap kakitangan atau pensyarah JKE melakukan proses kitar semula kertas-kertas A4 dengan efisen pada bilabila masa sahaja dan dengan itu dapat menjimatkan masa dan mengurangkan bilangan AJK 5S dalam proses kitar semula kertas-kertas terpakai A4. Cadangan Penambahbaikan Model kotak penimbang boleh ditambahbaik dengan menggunakan bahan yang lebih ringan dan lebih murah untuk tujuan penjimatan. Penambahbaikan lain yang boleh dilakukan adalah dengan menggunakan penderia (sensor) yang boleh mengesan kertas putih dan kertas berwarna seterusnya dapat mengasingkan kertas putih dan kertas berwarna di dalam kotak penimbang yang sama. Kotak penimbang kertas elektronik ini juga boleh ditambah baik dengan aplikasi ‘Internet of Thing’ (iot) supaya selari dengan perkembangan revolusi 4.0 (IR 4.0). Dengan teknologi iot, apabila penimbang telah mencapai berat kertas melebihi 5 kilogram, isyarat akan dihantar ke aplikasi di telefon bimbit AJK 5S yang memantaukotak penimbang bagi tujuan pemberitahuan dan tindakan. Kesimpulan Tujuan utama terciptanya inovasi ini adalah untuk memudahkan pihak QE/5S jabatan dalam menguruskan kertas-kertas terpakai. Ujian penggunaannya telah dilaksanakan di salah satu bilik pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Elektrik di POLISAS, dimana pengumpulan kertas menggunakan kotak penimbang elektronik ini didapati banyak membantu dari segi masa dan tenaga. Masa yang diambil untuk mengumpul kertas-kertas terpakai hanya memerlukan beberapa jam sahaja untuk diselesaikan. Dengan adanya inovasi ini, hanya 2 orang AJK QE/5S sahaja diperlukan untuk memantau proses pengumpulan kertas terpakai. Proses mengumpul kertas-kertas terpakai yang menggunakan kaedah manual sebelum ini mengambil masa selama sehari untuk diselesaikan. Di samping itu, kaedah lama memerlukan tenaga kerja yang ramai, iaitu 4 atau 5 orang yang bertugas untuk mengutip dan mengumpulkan kertas-kertas terpakai dari setiap bilik pensyarah, kemudian mengasingkan kertas-kertas A4 tersebut mengikut warna serta mengikatnya. Jika kertas-kertas terpakai terlalu banyak, proses pengumpulannya memakan masa lebih daripada sehari. Dengan menggunakan kotak penimbang elektronik ini proses pengumpulan kertaskertas terpakai adalah amat mudah, di mana pengguna hanya perlu memasukkan kertas-kertas terpakai ke dalam kotak penimbang sehingga buzzer berbunyi dan kertas-kertas terpakai tersebut terus diambil dari kotak diikat dan dikumpulkan untuk dibawa ke pusat kitar semula. Walaupun inovasi ini dibina untuk mengatasi masalah pengurusan kertas dalam 5S, namun ianya masih boleh digunapakai sekiranya jabatan akan menukar sistem QE/5S kepada sistem Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), kerana EKSA juga mempraktikkan konsep yang sama, iaitu perlu bersih dan kemas.
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 48 DAN SAINS SOSIAL Rujukan http://5s-ukz17.blogspot.com/ http://gbyusri.blogspot.com/2015/02/kepentingan-amalan-5s-dalam-organisasi.html https://www.theengineeringprojects.com/2018/06/introduction-to-arduino-uno.html
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 49 DAN SAINS SOSIAL PEMAKANAN, RUTIN DAN GAYA HIDUP SERTA HUBUNGKAITNYA DENGAN OBESITI KANAK-KANAK DI BANDAR Farijah Ismail, D. Maryama Awg Daud, dan Christina Peter Ligadu Abstrak Masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak di negara-negara membangun dan negara-negara sedang membangun telah mencapai tahap epidemik. Perbincangan ini diasaskan daripada kajian berbentuk fenomenologi yang melibatkan temu bual secara mendalam terhadap 5 orang murid sekolah rendah berumur 11 hingga 12 tahun yang mengalami masalah obesiti, di bandar raya Kota Kinabalu, Sabah. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka faktor-faktor yang menyebabkan obesiti dalam kalangan murid-murid sekolah rendah yang berumur 11 hingga 12 tahun di bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini telah mengenal pasti tiga punca utama penyebab kepada masalah obesiti murid-murid sekolah rendah di bandar, iaitu, faktor pemakanan, faktor rutin dan faktor gaya hidup mereka. Kesemua faktor ini memberikan informasi yang penting terutamanya kepada ibu bapa, agar masalah obesiti ini dapat dibendung bermula daripada peringkat kanak-kanak lagi. Kata Kunci: Obesiti, Kanak-Kanak, Rutin, Pemakanan, Gaya Hidup Sedentari, Bandar Pengenalan Obesiti dalam kalangan kanak-kanak telah mendapat perhatian di seluruh dunia. Malah, kelaziman berat badan dan obesiti dalam kalangan kanak-kanak dan remaja semakin meningkat dalam beberapa dekad kebelakangan ini (Rivera et al., 2014). Menurut World Health Organization (WHO) (2018), obesiti ialah keadaan kesihatan yang menunjukkan pengumpulan lemak yang berlebihan yang memberikan kesan negatif terhadap kesihatan individu, sosial dan hasil pendapatan individu tersebut. Dalam kajian yang lain, dianggarkan kira-kira 170 juta kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun adalah obes atau memiliki berat badan yang berlebihan pada tahun 2008, jumlah ini dijangkakan meningkat sebanyak 30 peratus menjelang tahun 2030 (Mistry & Puthussery, 2015). Manakala World Health Organization (2014) telah membuat anggaran bahawa majoriti kanak-kanak yang mengalami masalah obesiti dan berlebihan berat badan ini tinggal di negara-negara yang sedang membangun, dalam masa yang sama jumlah peningkatan kanak-kanak obes tersebut lebih cepat berbanding di negara-negara maju. Cabaran negara membangun seperti Malaysia berdepan dengan isu obesiti tidak dapat disangkal lagi. Hal ini kerana, Malaysia pernah mencatatkan prevalen orang dewasa yang obes di Malaysi menduduki ranking pertama di Asia Tenggara dan berada di ranking ke-6 Asia (Institute for Health Metrics and Evaluation, 2014). Manakala kajian oleh Institute for Public Helath (MoHM)(2015), menunjukkan peningkatan obesiti ini adalah 7 kali ganda iaitu 4.4 peratus pada tahun 1996, melonjak naik kepada 33.4 peratus pada tahun 2015. National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2019 (2019), mendapati jumlah obesiti di Malaysia semakin meningkat sehingga mencecah 50 peratus. Kajian yang sama juga menyatakan kira-kira 29.8 peratus kanak-kanak dan remaja berusia 5 hingga 17 tahun mengalami masalah berat badan berlebihan dan 14.8 peratus dikategorikan obes (National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2019, 2019). Jumlah ini lebih tinggi berbanding jumlah prevalen kanak-kanak yang mengalami obesiti hanya 11.9 peratus pada tahun 2015(Institute for Public Health MoHM,
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 50 DAN SAINS SOSIAL 2015). Angka peningkatan obesiti kanak-kanak ini amat membimbangkan kerana terdapat kajian mendapati bahawa kanak-kanak yang mengalami obesiti pada zaman kanak-kanaknya akan terus menjadi obes sehingga dewasa kelak. Kajian Literatur Menurut World Health Organization (2018), obesiti dan masalah berat badan berlebihan ini berlaku apabila perubahan gaya hidup termasuklah pengambilan lemak dan karbohidrat yang tinggi dalam diet seharian manakala pengambilan vitamin dan mineral yang rendah serta kurang melakukan aktiviti fizikal disebabkan oleh gaya hidup sedentari. Kajian menunjukkan faktor diet mempunyai hubungan yang rapat dengan masalah berat badan dan obesiti (Lee & Ham, 2015; Powell, Binh, & Nguyen, 2013). Kenaikan peratus kanak-kanak sekolah rendah yang berlebihan berat badan dan obesiti di Malaysia kebanyakannya berpunca daripada jenis makanan yang diambil, iaitu kebanyakan makanan tersebut mengandungi lemak, gula dan kalori yang tinggi (Umairah et al., 2012). Di samping itu, faktor persekitaran ‘obesogenik’ yang semakin meningkat telah menambahkan kecenderungan kanak-kanak untuk mengambil makanan dan minuman yang tinggi kalori, rendah nutrien dan gaya hidup tidak aktif dalam kehidupan seharian (Di Cesare et al., 2019). Justeru, faktor persekitaran obesogenik ini mempengaruhi tabiat makan dan meningkatkan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak di negara-negara sedang membangun (Berenson, 2012; Gupta et al., 2012). Menurut Mathialagan et al. (2018), warga kota atau bandar lebih berisiko untuk mengalami obesiti berbanding orang yang tinggal di luar bandar disebabkan persekitaran obesogenik. Istilah “persekitaran obesogenik” merujuk pada lingkungan yang mendorong kenaikan berat badan dan lingkungan yang tidak kondusif untuk menurunkan berat badan sama ada di dalam rumah atau di tempat kerja Swinburn et al. (1999). Kajian lepas mendapati perkembangan pesat sektor perindustrian dan urbanisasi dalam beberapa dekad kebelakangan ini telah mengubah gaya hidup rakyat Malaysia (Ismail et al., 2002). Sehubungan itu, pengambilan makanan segera telah menjadi kebiasaan dan pilihan warga bandar yang ingin menjimatkan masa akibat desakan jadual kerja yang sibuk (Johnson et al., 2006). Manakala Jackson (2009) dalam kajiannya menyatakan makanan segera sangat mudah didapati kerana pembukaan cawangan restoran makanan segera yang banyak sejak 10 tahun kebelakangan ini sehingga menyebabkan ibu bapa lebih selesa memilih untuk membeli makanan segera berbanding memasak di rumah. Bertitik-tolak daripada itu, kebanyakan warga kota yang bekerja di Kuala Lumpur, Ipoh dan Johor Baharu lebih cenderung membeli makanan segera sebagai pilihan menu makan malam (Mathialagan et al., 2018). Hal ini secara tidak langsung telah menyebabkan makanan segera menjadi salah satu sumber diet makanan kanak-kanak yang tinggal di kawasan bandar (Jingxiong et al., 2007). Manakala dalam kajian Dikshit, Karia, Shah, Sonavane, dan Desousa (2020), kebanyakan kanak-kanak dan remaja akan mengambil makanan bergoreng dan makanan bergoreng pada setiap minggu. Hal ini lebih ketara jika dilihat kanak-kanak yang tinggal di bandar yang mempunyai akses mudah terhadap makanan bergoreng yang biasa dijual di restoran-restoran makanan segera, restoran biasa atau gerai jualan. Kajian lepas menunjukkan 30 peratus kanak-kanak lebih gemar memilih untuk makan snek goreng yang masin, gula-gula dan ais krim setiap hari yang dibeli daripada penjaja atau gerai yang berada di luar sekolah (Zacarías et al., 2019). Malah, kajian yang sama juga turut menunjukkan 40 peratus kanakkanak mengambil bijirin yang ditambah dengan gula pada setiap hari, terutamanya ketika waktu sarapan dan makan malam. Hal ini turut disokong oleh kajian-kajian awal yang mendapati sejumlah 60 peratus kanak-kanak yang akan mengambil makanan manis pada setiap hari, terutamanya susu coklat ketika bersarapan pagi, jus untuk makan tengahari dan air buah manis untuk hidangan makan malam (Sonia Rodríguez-Ramírez, Verónica Mundo-Rosas,
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 51 DAN SAINS SOSIAL Armando García-Guerra & Centro, 2011; Flores et al., 2010). Malah, kajian Yang et al. (2017) menyokong kajian lepas yang menyatakan kebiasaan sarapan orang Melayu terdiri daripada nasi goreng, mi goreng dan nasi lemak yang mengandungi jumlah tenaga yang padat namun rendah dengan mikro nutrien. Pengambilan makanan tersebut akan memberikan impak terhadap nutrisi yang diperlukan dalam badan dan kualiti diet kanak-kanak (Yang et al., 2017). Gaya hidup kanak-kanak sedentari antaranya kanak-kanak lebih gemar menghabiskan masa mereka menonton televisyen, bermain permainan video, menghabiskan masa di depan komputer melayari internet. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh NHMS (2017), sebanyak 57 peratus kumpulan kanak-kanak yang tidak aktif ini akan menghabiskan masa mereka di depan skrin lebih 2 jam pada hari persekolahan. Berbanding kanak-kanak aktif, statistik menunjukkan seramai 43 peratus kumpulan kanak-kanak ini yang menghabiskan masa lebih 2 jam di depan skrin televisyen atau pun alat peranti. Manakala pada hujung minggu, seramai 54.4 peratus kanak-kanak yang tidak aktif ini akan menghabiskan masa mereka di depan skrin dan sejumlah 45.6 peratus kanak-kanak aktif yang akan menghabiskan masa mereka di depan skrin (Institute for Public Health (IPH), 2017). Bertitik tolak daripada gaya hidup yang tidak aktif ini menyebabkan majoriti kanak-kanak di Malaysia tidak mencapai jumlah kiraan pedometer langkah harian dan melebihi waktu menonton skrin yang dicadangkan (Lee et al., 2014). Di samping itu, terdapat kajian yang menunjukkan rutin kanak-kanak yang dikaitkan dengan tempoh tidur yang tidak cukup mempunyai hubungan dengan diet harian yang tidak sihat, masa menonton skrin, obesiti kanak-kanak dan kecergasan (Tambalis et al., 2018). Satu kajian ke atas kanak-kanak yang berusia 5 hingga 12 tahun tentang hubungan jangka waktu tidur yang pendek, kualiti tidur yang rendah dan tidur lewat dikaitkan dengan gaya pemakanan kanak-kanak (Burt et al., 2014). Menurut Olds, Maher, dan Matricciani (2011), kanak-kanak sekolah atau remaja berumur 9 hingga 16 tahun yang lambat masuk tidur atau lambat bangun lebih ramai terdedah dengan masalah berlebihan berat badan, banyak menghabiskan masa dengan menonton televisyen dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Hal ini disebabkan kanakkanak atau remaja yang tidur lewat ni kebanyakan mengambil snek makanan sambil melayari televisyen. Kajian Larson dan Story (2013) juga mendapati kanak-kanak yang mengambil snek makanan selepas waktu makan malam akan berhadapan dengan masalah berat badan. Justeru, gaya hidup yang suka tidur lewat dalam kalangan kanak-kanak ialah isu yang perlu diambil perhatian oleh pengkaji dalam kajian masalah obesiti kanak-kanak. Metodologi Kajian fenomenologi ke atas murid-murid obes yang berumur 11 hingga 12 tahun yang bersekolah di bandar Kota Kinabalu ini dikutip dan dikumpul menerusi teknik pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen. Kajian lapangan ini berlangsung selama 6 bulan dan temu bual mendalam dilakukan ke atas 5 orang murid sekolah rendah lelaki dan perempuan yang mengalami masalah obesiti. Satu set rangka temu bual telah disediakan dan soalan yang diajukan kepada para responden dan temu bual dijalankan selama 30 hingga 40 minit. Data temu bual kemudian ditranskrip semula ke dalam bentuk dokumen dan dianalisis mengikut tema. Penyelidik juga menghimpunkan dapatan berdasarkan catatan, kata-kata dan pemerhatian berdasarkan perbuatan seseorang (Wilson, 2000). Semua dapatan akan dimasukkan ke dalam Atlas .ti untuk memudahkan penyelidik membaca berulang kali dan melakukan koding pada setiap data verbatim dan analisis dokumen. Akhir sekali, penyelidik menghimpunkan koding-koding kepada elemen-elemen yang sama dan memindahkan kepada himpunan kategori yang bersesuaian bagi membentuk tema-tema penyelidikan ini.
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 52 DAN SAINS SOSIAL Penemuan kajian Kajian ini menemui beberapa tema yang menjadi faktor penyumbang kepada obesiti kanakkanak di Kota Kinabalu. Ketiga-tiga tema ini ialah hasil daripada himpunan elemen-elemen yang dikumpulkan ke dalam kategori yang bersesuaian untuk menjawab objektif dan persoalan kajian. Pemakanan Tema pemakanan ialah faktor utama yang menjadi penyebab kepada masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Dalam membincangkan tema pemakanan ini, pengkaji turut memasukkan jenis-jenis menu makanan harian responden yang dilihat sebagai penyumbang kepada masalah obesiti. Penyelidik mendapati kesemua responden sangat menggemari makanan bergoreng, makanan proses, makanan segera, makanan ringan, minuman ringan dan lain-lain. Misalnya responden-responden telah menjelaskan ... “Aaa...saya bawa bekal nasi sama 2 peha ayam goreng..tapi kadang-kadang sayap ayam 2 ketul...ada juga kakak masak nasi goreng ayam dan sosej...mi goreng campur ayam goreng atau kadang-kadang sosej...” (Zaiful) Malah, analisis mendapati menu makanan harian yang biasanya makanan bergoreng hampir setiap hari mempengaruhi pemakanan Lim yang mempunyai kalori yang tinggi. “mmm..mama saya selalu masak ayam goreng...pagi...malam...mesti ada ayam goreng...macam hari-hari la..” (Lisa) Melalui temu bual yang dijalankan, gaya pemakanan responden yang suka mengambil makanan dengan jumlah atau porsi makanan yang banyak juga mempengaruhi obesiti kanakkanak. ...” Boleh...saya boleh habiskan semua makanan kalau saya makan...” (Idham) Rutin Kajian ini juga mendapati tema rutin muncul sebagai salah satu faktor penyumbang kepada punca obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Hal ini dibuktikan apabila responden telah memberitahu rutin harian yang cenderung kepada gaya hidup sedentari ini penyumbang kepada masalah obesiti. “aaa...kalau saya balik dari sekolah...saya menonton TV dan tidur...lepas tu saya main game...dalam satu jam laaa...” (Idham) ‘Jam 1.00 atau jam 2.00 petang saya mula main game sampai habis bateri la...macam sampai jam 4.00 atau jam 5.00 petang...” ( Zaiful) Selain rutin kanak-kanak tersebut, rutin keluarga juga mempengaruhi gaya hidup dan pola pemakanan kanak-kanak obes. Berikut kupasan analisis responden kajian tentang rutin keluarga yang menyumbang kepada masalah obesiti. “aaaa...kalau malam kan...saya suka makan keropok udang sambil tengok televisyen satu keluarga...” (Idham) “Saya makan keropok Cheese Ball sambil tengok TV sama kakak dan abang...” (Zaiful)
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 53 DAN SAINS SOSIAL “ ...setiap kali mama masak terlalu banyak...ini buat saya makan banyak...” ( Finah) “ ...bapa tiri saya selalu bawa kami makan di Restoran Islamic kalau hujung minggu...makan nasi Briayani atau Mi goreng ayam...” (Lisa) Gaya hidup Hasil kajian temu bual ini juga menemukan faktor gaya hidup kanak -kanak yang tidak gemar melakukan aktiviti fizikal seperti berjogging. Mereka lebih memilih untuk bermain gajet seperti telefon bimbit berbanding melakukan aktiviti fizikal. “ Mmmm...saya memang tidak suka jogging...penatt...sakit kaki saya kalau lari...biasa jalan kaki saja...” (Idham) “Tidaakkk...saya tidak suka jogging...kalau masa Pendidikan jasmani di sekolah, saya berhenti beberapa kali...saya tidak suka jogging...penat bah...nda cukup nafas” (Lisa) “Bersenammmm...mmm...nda juga selalu lah...kalau balik kampung kadang-kadang aku main lari-lari di pantai...kalau sini tiadaaa...main handphone saja...” ( Zaiful) Konklusinya, lambakan gajet dan teknologi komunikasi telah membentuk sikap kanak-kanak untuk lebih memilih gaya hidup sedentari berbanding menjalani gaya hidup sihat dan aktif. Perbincangan Pengabaian budaya makan sihat terutama dalam kalangan murid-murid sekolah rendah di negara ini amat membimbangkan kerana amalan pemakanan pemakanan yang tidak sihat ialah punca obesiti (Ismail et al., 2002). Sesungguhnya pilihan jenis makanan dalam menu harian kanak-kanak sekolah rendah ini memberikan impak yang besar terhadap kesihatan, kecergasan dan fizikal kanak-kanak. Kajian ini mendapati kanak-kanak obes sangat menggemari jenis makanan yang berminyak, berkalori tinggi, manis dan tinggi kandungan garam serta minuman berkarbonat. Carta pai dalam Rajah 1 menunjukkan peratus pengambilan makanan mengikut kegemaran responden berdasarkan jenis-jenis kumpulan makanan. Berdasarkan carta tersebut, jelas menunjukkan peratus pengambilan makanan bergoreng menjadi jenis makanan utama yang digemari oleh kanak-kanak obes. Selain itu makanan proses seperti nugget, sosej dan jejari ketam adalah antara menu makanan yang menjadi pilihan kegemaran kanak-kanak yg obes. Demikian juga dengan menu makanan segera seperti KFC dan McDonald, adalah antara makanan yang menjadi sajian pilihan keluarga kanak-kanak yang tinggal di bandar, dan biasanya dinikmati pada hujung minggu.
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 54 DAN SAINS SOSIAL Makanan Kegemaran Responden Rajah 1. Carta Pai menunjukkan peratus pengambilan makanan mengikut kegemaran responden berdasarkan jenis-jenis kumpulan makanan Dalam kajian ini juga mendapati pengaruh ibu bapa amat penting dalam menentukan rutin harian anak-anak mereka termasuklah soal pengambilan makanan. Ibu bapa dikatakan merupakan ejen penting secara langsung atau tidak langsung dalam menentukan jenis makanan yang diambil olah anak-anak. Bahkan ibu bapa juga mengawal cara pengambilan makanan kanak-kanak sama ada kanak-kanak mengambil makanan yang sihat atau sebaliknya (Larsen et al., 2015). Kajian Larsen et al. (2015) ini juga menyatakan ibu bapa merupakan model penentu pasif kepada diet anak-anak yang akan mengamalkan diet yang sihat atau tidak. Berdasarkan kajian Shloim, Edelson, Martin, dan Hetherington (2015) pula terdapat bukti menunjukkan kanak-kanak yang berumur antara 4 hingga 12 tahun mempunyai BMI yang tinggi disebabkan oleh cara ibu bapa menyediakan makanan untuk anak-anak dan sikap memanjakan anak sehingga mengabaikan jenis makanan yang diberikan kepada anak mereka sama ada berkhasiat atau tinggi kalori. Manakala kajian Collins, Duncanson, dan Burrows (2014) tentang kepentingan gaya keibubapaan yang berwibawa dikaitkan dengan pemantauan pengambilan makanan anak-anak. Lantaran itu, risiko obesiti dikaitkan dengan cara ibu bapa mengawal dan menentukan kesesuaian makanan untuk anak-anak (Shloim et al., 2015). Arus teknologi dalam media moden yang menyediakan pelbagai gajet, permaianan komputer dan televisyen merupakan penyumbang kepada amalan gaya hidup sedentari dalam kalangan kanak-kanak (Rey Lopez et al, 2008). Kajian ini mendapati lambakan gajet, pengaruh permainan video dan sikap gemar menonton televisyen menyebabkan kanak-kanak ini lebih selesa duduk di rumah berbanding keluar bermain atau pun bersenam. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh NHMS (2017), sebanyak 57 peratus kumpulan kanak-kanak yang tidak aktif ini akan menghabiskan masa mereka di depan skrin lebih 2 jam pada hari persekolahan. Berbanding kanak-kanak aktif, statistik menunjukkan seramai 43 peratus kumpulan kanak-kanak ini yang menghabiskan masa lebih 2 jam di depan skrin televisyen atau pun alat peranti. Manakala pada hujung minggu, seramai 54.4 peratus kanak-kanak yang tidak aktif ini akan menghabiskan masa mereka di depan skrin dan sejumlah 45.6 peratus kanakkanak aktif yang akan menghabiskan masa mereka di depan skrin (Institute for Public Health (IPH), 2017). Justeru, gaya hidup sedentari ini menyebabkan majoriti kanak-kanak di Malaysia tidak mencapai jumlah kiraan pedometer langkah harian dan melebihi waktu menonton skrin 40% 20% 20% 10% 7% 3% Makanan bergoreng Makanan proses Makanan segera Makanan ringan Minuman berkarbonat Lain-lain
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 55 DAN SAINS SOSIAL yang dicadangkan (Lee et al., 2014). Penyelidik juga mendapati kanak-kanak obes ini gemar makan sambil menonton televisyen ketika bersama keluarga atau semasa melayari internet dan bermain komputer. Kajian Bowman (2006) menjelaskan kanak-kanak hendaklah mengelakkan makan sambil menonton televisyen, dan mengurangkan masa menonton televisyen demi mengelakkan gaya hidup yang tidak aktif seterusnya mencegah obesiti. Kesimpulan Tuntasnya, masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak di negara kita haruslah diperhalusi oleh semua pihak. Kombinasi diet dan pemakanan yang betul serta diseimbangkan dengan aktiviti fizikal serta amalan gaya hidup sihat sangat penting untuk mengatasi masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Peranan ibu bapa mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang rendah kalori mampu mengelakkan daripada berlakunya masalah obesiti dalam keluarga terutama anak-anak. Penghargaan Saya merakamkan penghargaan ini buat penyelia saya Prof Madya Dr D. Maryama Awg Daud dan penyelia bersama Prof Madya Dr Christina Peter Ligadu yang banyak membantu dan memberikan sokongan serta semangat kepada saya sepanjang kajian ini dijalankan. Tidak lupa juga penghargaan kepada pihak sekolah dan responden-resonden yang terlibat dalam kajian ini kerana telah memberikan kerjasama yang sangat baik. Rujukan Berenson, G. S. (2012). Health Consequences of Obesity. Pediatric Blood & Cancer, 58(1), 117–121. https://doi.org/10.1002/pbc.23373 Burt, J., Dube, L., Thibault, L., & Gruber, R. (2014). Sleep and eating in childhood: A potential behavioral mechanism underlying the relationship between poor sleep and obesity. Sleep Medicine, 15(1), 71–75. https://doi.org/10.1016/j.sleep.2013.07.015 Collins, C., Duncanson, K., & Burrows, T. (2014). A systematic review investigating associations between parenting style and child feeding behaviours. Journal of Human Nutrition and Dietetics, 27(6), 557–568. https://doi.org/10.1111/jhn.12192 Di Cesare, M., Sorić, M., Bovet, P., Miranda, J. J., Bhutta, Z., Stevens, G. A., Laxmaiah, A., Kengne, A. P., & Bentham, J. (2019). The epidemiological burden of obesity in childhood: A worldwide epidemic requiring urgent action. In BMC Medicine. Bowman, S. A. (2006). PEER REVIEWED: Television-Viewing Characteristics of Adults: Correlations to Eating Practices and Overweight and Health Status. Preventing Chronic Disease, 3(2), 1–11. /pmc/articles/PMC1563980/ Dikshit, R., Karia, S., Shah, N., Sonavane, S., & Desousa, A. (2020). A study on binge eating behavior in urban adolescents. Asian Journal of Psychiatry, 50(2020). https://doi.org/10.1016/j.ajp.2020.101998 Flores, M., Macias, N., Rivera, M., Lozada, A., Barquera, S., Rivera-Dommarco, J., & Tucker, K. L. (2010). Dietary Patterns in Mexican Adults Are Associated with Risk of Being Overweight or Obese. The Journal of Nutrition, 140(10), 1869–1873. https://doi.org/10.3945/jn.110.121533 Institute for Health Metrics and Evaluation. (2014). Overweight and Obesity. http://vizhub.healthdata.org/obesity/. Institute for Public Helath MoHM. (2015). The Fifth National Health and Morbidity Survey 2015(NHMS 2015). Non-Communicable Diseases,Risk FActors & Other Health Problems (NCD), 2. Ismail, M. N., Chee, S. S., Nawawi, H., Yusoff, K., Lim, T. O., & T James, W. P. (2002). Obesity in Malaysia. Obesity Reviews, 3(2002), 203–208. Jackson, E. (2009). Childhood obesity: A comparison of health habits of middle-school students from two communities. Clinical Epidemiology, 1, 133. https://doi.org/10.2147/clep.s7609 Johnson, D. B., Gerstein, D. E., Evans, A. E., & Woodward-Lopez, G. (2006). Preventing obesity: A life cycle perspective. Journal of the American Dietetic Association, 106(1), 97–102. https://doi.org/10.1016/j.jada.2005.09.048 Larsen, J. K., Hermans, R. C. J. J., Sleddens, E. F. C. C., Engels, R. C. M. E. M. E., Fisher, J. O., & Kremers, S. S. P. J. (2015). How parental dietary behavior and food parenting practices affect children’s dietary behavior. Interacting sources of influence? Appetite, 89, 246–257.
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 56 DAN SAINS SOSIAL https://doi.org/10.1016/j.appet.2015.02.012 Larson, N., & Story, M. (2013). A review of snacking patterns among children and adolescents: What are the implications of snacking for weight status? In Childhood Obesity (Vol. 9, Issue 2, 104–115). Mary Ann Liebert, Inc. 140 Huguenot Street, 3rd Floor New Rochelle, NY 10801 USA . https://doi.org/10.1089/chi.2012.0108 Mathialagan, A., Nallasamy, N., & Razali, S. N. (2018). Physical Activity And Media Environment As Antecedents Of Childhood Obesity In Malaysia. Asian Journal of Pharmaceutical and Clinical Research, 11(9), 287–292. https://doi.org/10.22159/ajpcr.2018.v11i9.17095 Mistry, S. K., & Puthussery, S. (2015). Risk factors of overweight and obesity in childhood and adolescence in South Asian countries: A systematic review of the evidence. In Public Health (Vol. 129, Issue 3, 200–209). Elsevier. https://doi.org/10.1016/j.puhe.2014.12.004 National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2019. (2019). National Health and Morbidity Survey(NHMS). http://www.iku.gov.my/nhms/ Rivera, J. Á., De Cossío, T. G., Pedraza, L. S., Aburto, T. C., Sánchez, T. G., & Martorell, R. (2014). Childhood and adolescent overweight and obesity in Latin America: A systematic review. In The Lancet Diabetes and Endocrinology (Vol. 2, Issue 4, 321–332). Elsevier Limited. https://doi.org/10.1016/S2213- 8587(13)70173-6 Sonia Rodríguez-Ramírez, Verónica Mundo-Rosas, Armando García-Guerra, T. S.-L., & Centro. (2011). Dietary patterns are associated with overweight and obesity in Mexican school-age children. ARCHIVOS LATINOAMERICANOS DE NUTRICIÓN, 61(3), 270–278. Swinburn, B., Egger, G., & Raza, F. (1999). Dissecting Obesogenic Environments: The Development and Application of a Framework for Identifying and Prioritizing Environmental Interventions for Obesity 1. In Preventive Medicine (Vol. 29). http://www.idealibrary.comon Wilson, T. D. (2000). Recent trends in user studies: action research and qualitative methods. Information Research, 5(3). World Health Organization. (2014). Facts Sheets-Obesity and Overweight. http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs.311/en# World Health Organization. (2018). WHO | Overweight and obesity. WHO; World Health Organization. http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs311/en Yang, W., Burrows, T., MacDonald-Wicks, L., Williams, L., Collins, C., Chee, W., & Colyvas, K. (2017). Body Weight Status and Dietary Intakes of Urban Malay Primary School Children: Evidence from the Family Diet Study. Children, 4(1), 5. https://doi.org/10.3390/children4010005 Zacarías, G., Shamah-Levy, T., Elton-Puente, E., Garbus, P., & García, O. P. (2019). Development of an intervention program to prevent childhood obesity targeted to Mexican mothers of school-aged children using intervention mapping and social cognitive theory. Evaluation and Program Planning, 74(2019), 27– 37. https://doi.org/10.1016/j.evalprogplan.2019.02.008
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 57 DAN SAINS SOSIAL PELUANG KERJAYA BIDANG BAHASA MELAYU Zuraini Jusoh, Rozita@Radhiad Said dan Norazlina Mohd Kiram Abstrak Kajian tinjauan ini telah dijalankan bagi mengenal pasti pengetahuan pelajar program Bahasa dan Linguistik Melayu terhadap potensi dan peluang kerjaya dalam bidang pengajian mereka. Satu set borang soal selidik telah diedarkan kepada sampel kajian yang terdiri daripada pelajar semester lima, seramai 63 orang. Walau bagaimanapun, untuk tujuan penulisan kertas kerja ini, hanya dapatan daripada soalan terbuka, iaitu pekerjaan dalam bidang bahasa Melayu yang diketahui sampel kajian dibincangkan. Selain itu, data ini disokong dengan hasil dapatan temu bual seramai 27 orang pelajar yang telah dilakukan secara sukarela. Secara keseluruhannya, sampel yang dikaji belum terdedah dengan potensi dan peluang kerjaya dalam bidang bahasa Melayu secara meluas. Ini terbukti apabila pelajar paling banyak mengetahui empat kerjaya sahaja. Malah terdapat dalam kalangan sampel yang mengakui mereka tidak mengetahuinya dan setelah tamat pengajian kelak, menerima sahaja apa-apa kerjaya yang diperoleh mereka. Selain itu, terdapat dalam kalangan sampel yang menyenaraikan kerjaya yang tidak berkaitan dengan bidang bahasa serta tidak sesuai dengan peringkat pengajian mereka seperti wartawan/pengacara, sasterawan, wakil rakyat, pustakawan, guru, pensyarah, pegawai tadbir, pemandu pelancong dan jurubahasa. Hasilnya, hanya lima jenis kerjaya sahaja yang didapati sesuai, iaitu sebagai penulis, penterjemah, penerbit dan penyunting, ahli bahasa/ahli linguistik/pakar bahasa/penyelidik bahasa dan kerjaya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Kata Kunci: Bidang Bahasa Melayu, Program Linguistik Melayu, Pelajar Pengajian Tinggi, Pengetahuan Kerjaya, Potensi Bidang Bahasa Melayu Pengenalan Kerjaya kadang-kadang bermula daripada cita-cita. Sejak dari sekolah rendah lagi guru sering bertanyakan cita-cita muridnya. Cita-cita ini boleh tercapai dengan adanya bimbingan yang sesuai. Contohnya, seorang murid bercita-cita ingin menjadi peguam. Namun, disebabkan oleh bimbingan yang tidak bersesuaian akhirnya kanak-kanak tadi menjadi seorang guru. Menjadi seorang guru bukan cita-citanya, namun pendidikan yang diikutinya membawanya memilih kerjaya ini. Kenapa ini terjadi? Kita sering menggalakkan setiap murid mempunyai cita-cita, namun bimbingan ke arah mencapai cita-cita tersebut tidak dilakukan. Apa yang diperhatikan, pendidikan di negara ini menyediakan pendidikan tanpa menunjukkan arah pendidikan tersebut kepada kerjaya yang dicita-citakan. Pelajar cenderung memilih untuk memperoleh sebanyak mungkin A dalam mata pelajaran yang dipelajarinya atau diambil dalam sesuatu peperiksaan tanpa mengambil kira mata pelajaran yang mengarah kepada cita-cita yang diimpikan. Keadaan ini membuatkan kebanyakan cita-cita tidak tercapai sebaliknya kerjaya yang diceburi lebih kepada kelangsungan hidup. Hal ini kerana pendidikan kerjaya melibatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berstruktur untuk menyediakan platform kepada pelajar memahami potensi mereka, alam pekerjaan dan meningkatkan kemahiran khusus mereka dalam membuat pilihan kerjaya masa depan (Mohd Izwan Mahmud, Sidek Mohd Noah, Jamaludin Ahmad & Wan Marzuki Wan Ahmad, 2016). Tanpa pendidikan berstruktur, cita-cita ini akan menjadi impian semata-mata. Inilah yang dapat diperhatikan dalam sistem pendidikan di negara ini
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 58 DAN SAINS SOSIAL berbeza dengan negara maju yang lain seperti Korea. Dengan mengambil contoh negara Korea, pelajarnya perlu mengisi jenis kerjaya pilihan mereka sebelum menamatkan pengajian. Guru akan membimbing pelajar-pelajar ini dengan melihat kepada pencapaian akademik dan ciriciri peribadi pelajar tersebut. Walaupun tidak dinafikan adanya peranan yang dimainkan oleh kaunselor sekolah, namun peranannya tidak menyeluruh kepada semua pelajar. Ini terbukti berdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan oleh Mohd Sani Ismail, Abdul Hakim Abdullah, Aman Daima Md Zain, Mohd Hasrul Shuhari dan Mohd Rahim Ariffin (2018) yang telah menjalankan kajian untuk mengukur tahap kematangan kerjaya dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Hasil kajian mendapati bahawa secara umumnya tahap kematangan kerjaya pelajar berada pada tahap rendah dan sederhana. Sudah semestinya perkara ini perlu diberikan perhatian yang serius kerana kelak negara ini akan melahirkan para pekerja yang bekerja demi kelangsungan hidup bukan atas dasar minat dan kerjaya yang dicita-citakan. Begitu juga halnya dalam bidang bahasa. Bahasa Melayu telah berkembang pesat dan berada di persada dunia sesuai dengan pendapat Salleh Abdul Rashid dan Shuhairimi Abdullah (2015) yang mengatakan bahawa pengaruh bahasa Melayu di kepulauan Nusantara telah berkembang pesat sebagai bahasa ilmu dan ekonomi. Malah, penyelidikan tentang bahasa Melayu juga telah banyak dijalankan semenjak zaman prakemerdekaan lagi (Nor Hashimah Jalaluddin, 2015). Keadaan ini membuktikan bidang bahasa Melayu telah berkembang pesat dan suatu cabang ilmu yang perlu diajar secara berstruktur pada peringkat pengajian tinggi. Walau bagaimanapun, pandangan segelintir masyarakat yang tidak menghargai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu ini sering mempertikaikan berkenaan peluang kerjaya yang mampu ditawarkan kepada pelajar yang mengambil program ini di institusi pengajian tinggi. Akhbar-akhbar sering mengeluarkan kenyataan bahawa kebanyakan graduan yang mengganggur terdiri daripada pelajar bidang sains sosial dan ini termasuklah pelajar program bahasa Melayu. Tanggapan orang ramai bahawa bidang bahasa kurang ekonomik dan mudah dikuasai (Mohamad Sofee Razak, 2007) seringkali membuatkan pengajian dalam bidang bahasa Melayu dipandang remeh. Namun, sebaliknya yang berlaku berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang berpendapat, salah satu faktor yang menyebabkan graduan sukar untuk mendapatkan pekerjaan adalah kerana kurangnya kesedaran tentang kewujudan berbagai-bagai peluang pekerjaan (Muhammad Hazrul Ismail, 2012). Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui sejauh mana pengetahuan pelajar terhadap potensi dan prospek kerjaya dalam bidang bahasa Melayu. Metodologi Sehubungan dengan itu, satu kajian yang menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah penyelidikan tinjauan dijalankan. Borang soal selidik telah digunakan sebagai alat mengumpul data. Instrumen yang dibina ini telah memperoleh hak cipta pada 2020. Sebanyak sembilan soalan terbuka dan 57 item berdasarkan konstruk pengetahuan kerjaya terkandung dalam soal selidik ini. Soalan terbuka ini merangkumi maklumat demografi sampel kajian seperti jantina, bangsa, semester pengajian, pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu semasa Sijil Persekolahan Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), pemilihan program Bahasa dan Linguistik Melayu di Universiti Putra Malaysia (UPM) merupakan pilihan ke berapa semasa mengisi borang permohonan melanjutkan pengajian, citacita, pekerjaan dalam bidang bahasa Melayu yang diketahui, kerjaya dalam bidang bahasa Melayu yang akan diceburi, aktiviti kebahasaan yang disertai sepanjang pengajian di universiti dan pandangan sampel kajian berkenaan potensi bidang bahasa Melayu. Manakala, soalan potensi dan prospek kerjaya pada pandangan sampel kajian merangkumi tiga konstruk, iaitu kognitif, emosi dan tingkah laku. Sebanyak 15 item telah dibentuk untuk mengukur pengetahuan intelektual responden berkenaan potensi dan prospek
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 59 DAN SAINS SOSIAL kerjaya dalam bidang bahasa Melayu. Sebanyak 17 item telah dibina untuk mengukur perasaan responden terhadap potensi dan prospek kerjaya dalam bidang bahasa Melayu dan 22 item dibina untuk mengukur tingkah laku atau perbuatan responden sebagai gambaran bidang bahasa Melayu mempunyai peluang kerjaya yang cerah kepada masa depan mereka. Item-item ini menggunakan skala perbezaan semantik, iaitu berdasarkan skala 1 = Sangat Tidak Setuju (STS) hingga 5 = Sangat Setuju (SS). Selain itu, temu bual secara separa berstruktur juga telah dijalankan dalam kalangan sampel kajian. Seramai 27 orang daripada 63 sampel kajian telah menjalani temu bual secara sukarela. Sampel kajian ini terdiri daripada pelajar program Bahasa dan Linguistik Melayu (BLM) yang berada dalam semester kelima pengajian mereka di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Perbincangan Untuk tujuan penulisan kertas kerja ini, hanya dapatan daripada soalan terbuka berkenaan kerjaya dalam bidang bahasa Melayu yang diketahui oleh pelajar program Bahasa dan Linguistik Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM akan dibincangkan. Untuk soalan terbuka ini, sampel kajian diberikan ruang menyenaraikan sebanyak mungkin kerjaya dalam bidang bahasa Melayu yang diketahui mereka. Hasilnya, berdasarkan analisis yang dijalankan didapati paling banyak seorang sampel kajian dapat menyenaraikan antara satu hingga empat kerjaya dalam bidang bahasa Melayu yang diketahui mereka. Hampir separuh daripada sampel kajian dapat menyenaraikan empat jenis kerjaya, iaitu sebanyak 29 (48.33%). Ini diikuti dengan tiga kerjaya, iaitu sebanyak 14 (23.33%) telah disenaraikan oleh sampel kajian. Dua kerjaya sebanyak 12 (20.00%) dan satu kerjaya sebanyak 5 (8.33%). Terdapat tiga orang sampel yang tidak menyenaraikan kerjaya dalam bidang bahasa yang diketahui mereka sebaliknya menyatakan bahawa mereka kurang pasti, masih tercari-cari dan mengakui tidak mengetahui kerjaya yang bersesuaian dengan bidang pengajian mereka. Berdasarkan jumlah kerjaya yang disenaraikan sampel kajian ini, perincian sebanyak 14 kerjaya telah dikenal pasti. Antara kerjaya yang telah disenaraikan oleh sampel kajian ialah guru, pensyarah, penulis, penterjemah, pustakawan, wartawan/pengacara, kerjaya dalam bidang penerbitan dan penyuntingan, ahli bahasa/ahli linguistik/pakar bahasa/penyelidik bahasa, kerjaya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), pegawai tadbir, pemandu pelancong, jurubahasa, sasterawan dan wakil rakyat. Sampel kajian didapati mengaitkan kerjaya dalam bidang bahasa sebagai pendidik apabila menyenaraikan kerjaya sebagai guru dan pensyarah. Pelajar yang melanjutkan pengajian di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM dalam program Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu tidak disediakan dengan ilmu pedagogi. Sebaliknya, pelajar dalam program ini dilengkapkan dengan kepelbagaian ilmu dalam bidang bahasa seperti Fonetik dan Fonologi, Semantik, Nahu, Pragmatik, Sistem Tulisan Jawi, Peristilahan, Perkamusan dan sebagainya. Untuk menjadi pensyarah pula, pelajar perlu melanjutkan pengajian sehingga peringkat Doktor Falsafah dan menjadi pakar dalam bidang bahasa Melayu bukan pendidikan bahasa Melayu. Selain itu, kerjaya seperti pustakawan, wartawan/pengacara, sasterawan dan wakil rakyat tidak termasuk dalam skop kerjaya dalam bidang bahasa Melayu. Untuk menjadi wartawan/pengacara, pelajar perlu melanjutkan pengajian dalam bidang komunikasi yang menjurus kepada kedua-dua bidang ini. Kerjaya sebagai sasterawan pula tidak diperoleh melalui pendidikan, sebaliknya melalui bakat kreatif dan sumbangan dalam bidang kesusasteraan Melayu. Selain itu, sampel kajian didapati menyenaraikan jenis pekerjaan yang tidak setaraf dengan pendidikan mereka apabila menyenaraikan kerjaya sebagai pegawai tadbir dan jurubahasa. Hal ini kerana syarat lantikan sebagai jurubahasa seperti yang dinyatakan dalam laman sesawang rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia, kelayakan yang diperlukan ialah Sijil Tinggi
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 60 DAN SAINS SOSIAL Persekolahan Malaysia (STPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau pengajian peringkat diploma yang diiktiraf oleh kerajaan. Oleh itu, pelajar peringkat bacelor/ijazah sarjana muda ini sepatutnya mengetahui bidang kerjaya yang lebih sesuai dengan kelayakan akademik mereka. Secara keseluruhannya, sampel kajian paling kerap menyenaraikan kerjaya dalam bidang penerbitan/penyuntingan apabila dinyatakan sebanyak 32 kali. Ini diikuti dengan kerjaya sebagai pensyarah sebanyak 31 kali dan penterjemah sebanyak 30 kali. Sampel kajian juga ada menyenaraikan kerjaya sebagai guru sebanyak 25 kali apabila sampel menyenaraikan kerjaya sama ada sebagai guru dalam sektor kerajaan mahupun swasta. Seperti yang telah dijelaskan, pelajar yang mengikuti program Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu tidak disediakan dengan ilmu pedagogi. Namun, sekiranya pelajar berkebolehan mereka boleh menjadi guru tuisyen. Pelajar perlu selarikan ilmu yang dipelajari dengan kesesuaian dan keperluan dalam bidang pendidikan. Selain itu, sebanyak 23 kali kerjaya sebagai penulis dinyatakan oleh sampel kajian. Sampel kajian menyenaraikan kedua-dua jenis penulis, iaitu sama ada penulis kreatif seperti novelis mahupun penulis ilmiah dengan menghasilkan bukubuku. Berdasarkan senarai kerjaya yang ditulis oleh sampel kajian, dapat dirumuskan bahawa pelajar yang dikaji mempunyai pengetahuan kerjaya sebagai pakar bahasa. Keadaan ini terbukti apabila sampel kajian menyenaraikan kerjaya sebagai ahli bahasa/ahli linguistik/penyelidik bahasa. Walau bagaimanapun, skop kerjaya yang diketahui mereka sangat terhad apabila hanya dapat mengaitkan bidang bahasa Melayu dengan kajian mengenai sejarah bahasa dan bahasa dalam kalangan orang asli. Pelajar juga didapati telah menyenaraikan kerjaya di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang merupakan sebuah badan yang ditubuhkan khas untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Walau bagaimanapun, hanya 4 kali kerjaya ini disebut dalam kalangan pelajar. Berdasarkan senarai tersebut, dapat dirumuskan bahawa pelajar yang dikaji tidak terdedah dengan skop kerjaya yang terdapat di bawah badan ini apabila terdapat pelajar yang menyenaraikan kerjaya sebagai kerani dan ada juga yang hanya menulis DBP sahaja tanpa bidang kerjaya yang lebih khusus. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa walaupun pelajar yang dikaji ini berada dalam semester kelima atau tahun ketiga pengajian mereka di universiti, mereka masih belum terdedah dengan skop kerjaya dalam bidang pengajian mereka. Keadaan ini membuatkan mereka tidak mengetahui dengan jelas potensi kerjaya yang boleh mereka ceburi sebaik sahaja tamat pengajian. Tanpa mengetahui potensi kerjaya dalam bidang pengajian yang diikuti akan membuatkan pelajar tidak dapat membuat perancangan sebaiknya dalam menentukan kerjaya masa depan. Sepatutnya pengetahuan berkenaan kerjaya ini didedahkan sejak awal lagi, iaitu sebelum mereka melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi. Hal ini kerana bagi membolehkan perancangan kerjaya masa depan dan terlibat secara aktif dalam bidang kerjaya yang ingin diceburi secara aktif di universiti. Misalnya, sekiranya pelajar berminat dalam bidang penulisan, mereka perlu menonjolkan diri dengan aktif menulis dengan mendapat bimbingan daripada pensyarah yang pakar dalam bidang ini. Ini akan membuatkan pelajar mempunyai peluang yang cerah untuk berjaya dalam bidang ini. Bukan sahaja pelajar memperoleh bimbingan daripada pensyarah, malah telah dikenali terlibat secara aktif dalam aktiviti penulisan. Seterusnya, membolehkan pelajar mempunyai peluang kerjaya yang cerah sebaik menamatkan pengajian. Yang menjadi isunya ialah apabila pelajar tidak mengetahui potensi dan prospek kerjaya dalam bidang pengajian masing-masing, pelajar hanya memberikan fokus kepada kuliah semata-mata tanpa terlibat secara aktif dalam aktiviti kebahasaan. Keadaan ini membuatkan pelajar dalam bidang bahasa Melayu ini tidak dikenali masyarakat luar. Keadaan
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 61 DAN SAINS SOSIAL ini boleh dikaitkan dengan isu pengangguran dan bidang pekerjaan yang diceburi mereka tidak berkait dengan bidang pengajian. Berdasarkan semakan kurikulum yang dilakukan setiap lima tahun sekali di UPM, pelajar lulusan program Bahasa dan Linguistik Melayu ini dijangka mempunyai peluang kerjaya sebagai perancang bahasa, editor bahasa, penterjemah, penulis kreatif, penulis skrip, penulis profesional, penyelidik bahasa, agen persuratan, penulis kopi (copy writer) dan penerbit. Oleh itu, pelajar program ini sepatutnya cenderung untuk memilih atau terlibat dalam kerjaya seperti yang digariskan ini. Namun, berdasarkan dapatan kajian terdapat juga sebilangan pelajar yang mengatakan bahawa mereka tidak memilih pekerjaan dan menerima apa sahaja peluang pekerjaan yang diberikan selepas menamatkan pengajian kelak. Untuk mendapatkan pandangan yang lebih jelas, satu temu bual secara sukarela telah dijalankan dalam kalangan responden kajian. Hasilnya, pelajar memaklumkan program ini menjadi pilihan mereka disebabkan oleh faktor minat, menarik, tanggungjawab dan kesedaran mereka untuk terus memartabatkan bahasa Melayu dengan mempelajarinya secara lebih mendalam pada peringkat pengajian tinggi. Pelajar menyatakan bahawa mereka berminat dengan bidang ini sejak di bangku sekolah lagi dan berminat dengan kepelbagaian bahasa. Contohnya, seperti yang dinyatakan oleh responden R11, R22 dan R27 berikut: Ya, program ini pilihan pertama saya. Hal ini demikian kerana saya merupakan pelajar yang sangat berminat dengan subjek bahasa Melayu dan penulisan sastera ketika di sekolah. Jadi, ini sememangnya pilihan utama saya. (R11) Ya, program ini menjadi pilihan pertama saya kerana saya amat meminati bahasa Melayu sejak dari zaman sekolah. Seterusnya, pemilihan program ini juga menjadi medan utama bagi meningkatkan serta memperkembangkan lagi keupayaan bahasa Melayu ke peringkat yang lebih tinggi. Insya-Allah. (R27) Ya. Hal ini kerana saya sememangnya berkeinginan untuk menceburi bidang bahasa di mana saya amat berminat terhadap kepelbagaian bahasa yang terdapat dalam dunia ini. (R22) Selain itu, responden kajian menyatakan mereka berminat dengan bidang bahasa Melayu disebabkan oleh bidang bahasa ini menarik bagi mereka terutamanya dalam bidang fonologi dan dialektologi. Keadaan ini membuatkan responden kajian ini telah ditawarkan program yang sama di dua buah universiti yang berlainan. Responden juga berpendapat bidang ini menarik untuk dipelajari apabila melalui bahasa, bangsa dan budaya masyarakat tersebut dapat dikenali. Ini seperti yang dijelaskan oleh R1 dan R21 seperti yang berikut: Ya. Linguistik Melayu adalah pilihan pertama saya. Hal ini kerana, bidang bahasa amat menarik khususnya kursus fonologi dan dialektologi. Malah, saya turut ditawarkan kursus yang sama di UM dan UKM. (R1) Ya. Kerana saya merasakan bahawa bahasa Melayu merupakan bidang yang seronok untuk diceburi dan kita dapat mengenali bangsa dan budaya kita setelah kita mempelajari bahasa kita sendiri. (R21) Pelajar juga berpendapat bidang bahasa perlu dipelajari kerana rasa tanggungjawab. Sikap segelintir masyarakat yang merendahkan bahasa ibunda dengan tanggapan negatif seperti bidang bahasa ini tidak menyediakan peluang kerjaya yang sepatutnya telah mendorong
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 62 DAN SAINS SOSIAL responden memilih untuk melanjutkan pengajian dalam bidang ini. Ini seperti yang dinyatakan oleh R18 seperti kenyataan yang berikut: Ya. Hal ini kerana saya berminat untuk mendalami ilmu tentang bahasa ibunda sendiri. Selain itu juga, saya ingin menambah ilmu tentang bahasa Melayu kerana ramai masyarakat kita sering merendahkan bahasa ibunda sendiri sehingga bidang bahasa Melayu dianggap kurang memberi peluang pekerjaan. Setelah saya mendalami ilmu dalam bidang ini, maka saya mampu menyanggah kenyataan-kenyataan sebegitu. (R18) Seterusnya, disebabkan oleh faktor kesedaran responden terhadap kepentingan menjaga martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Ini diakui oleh R16 seperti kenyataan yang berikut: Program ini merupakan pilihan utama saya kerana saya melihat bahasa Melayu sebagai bidang ilmu yang sangat penting kepada saya rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu. Hal ini disebabkan bahasa Melayu merupakan bahasa ibunda kita sendiri. Oleh itu, rasa sayang saya terhadap bahasa Melayu masih menebal dan dirasakan patut untuk dipelajari. Justeru itu, pilihan yang dilakukan oleh saya dalam bidang ini sebagai pilihan utama adalah tepat kerana terdapat pelbagai kepentingan dan kebaikan. (R16) Namun, terdapat juga dalam kalangan responden kajian yang menyatakan bahawa mereka tidak berminat mempelajari bahasa Melayu disebabkan oleh faktor cita-cita, skop pekerjaan, tanggapan negatif dan penawaran. Responden kajian menyatakan bahawa mereka tidak menjadikan program bahasa Melayu sebagai pilihan disebabkan oleh cita-cita mereka ingin menjadi seorang pendidik. Misalnya, seperti yang dinyatakan oleh R3 yang bercita-cita ingin menjadi pensyarah. Walau bagaimanapun, responden kajian menyatakan program pengajian yang dimohon ialah pendidikan Bahasa Melayu bukan program Bahasa dan Linguistik Melayu. Berdasarkan kenyataan ini, jelas menunjukkan bahawa responden kajian tidak jelas dengan laluan kerjaya yang dicita-citakan. Hal ini kerana untuk menjadi seorang pensyarah, tidak semestinya perlu melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan. Kerjaya sebagai pensyarah diperoleh setelah seseorang menamatkan pengajian peringkat doktor falsafah dalam pelbagai bidang. Permohonan jawatan sebagai pensyarah dibuka sepanjang tahun sama ada di universiti awam mahupun swasta. Secara jujurnya, program pertama sebagai pilihan ialah pendidikan bahasa Melayu. Saya telah mendapat pilihan yang kelima. Mengapa program ini tidak menjadi pilihan pertama saya disebabkan cita-cita saya. Cita-cita saya ingin menjadi pensyarah dalam bidang pendidikan. Namun demikian, perancangan hidup sentiasa berubah dan hidup mesti diteruskan. (R3) Tidak. Hal ini kerana pilihan pertama saya memasuki Universiti Putra Malaysia ialah Pendidikan Jasmani. Hal ini kerana, sebelum melanjutkan pembelajaran ke UPM, saya mempelajari bidang sains sukan di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail dan saya mempunyai kemahiran dalam bidang tersebut. Dengan ini, saya juga berasa bangga kerana dapat melanjutkan pengajian dalam bidang bahasa Melayu kerana dapat memberi cabang ilmu yang baru kepada saya. (R17)
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 63 DAN SAINS SOSIAL Pelajar juga mengakui bahawa kerjaya dalam bidang pendidikan bahasa Melayu membuka peluang kerjaya yang lebih jelas berbanding bidang bahasa Melayu. Hal ini kerana setelah menamatkan pengajian dalam bidang pendidikan, pelajar-pelajar ini akan ditawarkan menjadi guru di sekolah seluruh negara. Namun, pelajar perlu sedar bahawa sistem pendidikan sekarang bersifat terbuka, iaitu tidak semestinya pelajar yang menamatkan pengajian dalam bidang pendidikan ditawarkan menjadi guru. Penawaran ini bergantung kepada kekosongan jawatan dan lulus temu duga yang telah dijalankan. Ini jelas menunjukkan bahawa responden kajian tidak membuat penyelidikan awal berkenaan skop kerjaya dalam bidang yang ingin diceburi. Ini dapat diperhatikan melalui kenyataan yang berikut: Tidak kerana saya lebih memilih bidang pendidikan bahasa Melayu kerana bidang tersebut memiliki skop kerja yang jelas berbanding bidang yang saya pelajari sekarang. (R25) Selain itu, sikap segelintir masyarakat turut mempengaruhi pemilihan program pengajian dalam kalangan responden kajian. Hal ini kerana ada dalam kalangan masyarakat yang memang rendah terhadap program bahasa dengan tanggapan bahasa Melayu telah dipelajari sejak dari kecil lagi. Ini membuatkan semua orang telah menguasai bahasa dan tiada keperluan mempelajarinya secara lebih mendalam pada peringkat pengajian tinggi. Seterusnya membawa kepada tanggapan bidang bahasa ini tidak ekonomik dan kurang menyediakan peluang kerjaya. Sekiranya tiada peluang kerjaya dalam bidang ini, mana mungkin program ini terus ditawarkan sehingga kini. Ini seperti yang dinyatakan oleh R7 apabila setelah diselidiki didapati bahawa bidang ini tidak seperti yang digambarkan dan membuatkan responden memilih program ini. Secara jujurnya program Bahasa dan Linguistik Melayu ini bukanlah pilihan pertama saya. Hal ini kerana saya sering dimomokkan dengan kenyataan bahawa bidang ini mempunyai skop pekerjaan yang kecil dan tidak ekonomik. Walaupun begitu, setelah mendapat tawaran bagi program bahasa di UPM dan program Seni Halus (Grafik) di USM, saya telah meneliti ruang lingkup kerjaya dengan membuat kajian dan carian di laman sesawang serta bertanya kepada senior yang mengambil khusus bahasa di UPM. Ternyata mereka memberi respon yang positif dan ini membuatkan saya memilih untuk meneruskan pengajian dalam bidang bahasa di UPM. Setelah melanjutkan pelajaran dalam bidang bahasa ini, ternyata persepsi masyarakat yang memandang enteng dengan menyatakan program ini tidak produktif adalah tidak benar sama sekali. Selama pengajian dalam program ini pelajar telah mempelajari pelbagai cabang bidang bahasa antaranya seperti psikolinguistik, sosiolinguistik, semantik, fonologi dan stilistik. Justeru, dengan pengetahuan yang rencam ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menceburi pelbagai bidang pekerjaan di masa hadapan. (R7) Terdapat dalam kalangan responden yang mengakui bahawa mereka melanjutkan pengajian dalam program ini adalah disebabkan oleh faktor penawaran. Misalnya, seperti yang diterangkan oleh R19 dan R23 seperti yang berikut: Tidak, kerana saya hanya memenuhi syarat UPU yang memerlukan saya untuk memilih satu program bagi setiap universiti penyelidikan. Pemilihan
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 64 DAN SAINS SOSIAL ini dilakukan secara rawak kerana saya sudah menetapkan beberapa program lain yang berkait dengan bidang perkomputeran, yang telah saya pilih berdasarkan kecenderungan keputusan peperiksaan matrikulasi saya. Pemilihan ini dilakukan kerana saya mendengar kata-kata pensyarahpensyarah saya yang memberi pendapat untuk memilih dalam bidang yang berlainan bagi setiap pilihan universiti, untuk meningkatkan kebarangkalian diterima masuk ke universiti. (R19) Tidak. Saya hanya pelajar yang mendapat peluang untuk belajar di sini. Setelah tidak mendapat tempat di universiti lain, saya hanya memilih untuk terus melanjutkan pelajaran di sini. (R23) Faktor-faktor yang dibincangkan antara punca pelajar tidak mengetahui skop pekerjaan dalam bidang bahasa Melayu ini. Hal ini kerana tidak semua pelajar yang melanjutkan pengajian dalam program ini disebabkan oleh pilihan mereka sendiri. Sekiranya pelajar sendiri yang memilih program ini, sudah semestinya mereka sedia maklum kerjaya yang bakal mereka ceburi kelak. Yang menjadi isunya ialah apabila mereka tidak berminat dan mempelajarinya atas dasar penawaran atau keperluan melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi semata-mata. Kesimpulan Dapat dirumuskan di sini bahawa responden yang dikaji tidak terdedah kepada kepelbagaian kerjaya dalam bidang bahasa Melayu. Walaupun pelajar dapat menyenaraikan pelbagai kerjaya dalam bidang bahasa Melayu namun, kerjaya yang dinyatakan itu sama ada tidak berkaitan dengan bidang bahasa mahupun kerjaya yang umum seperti guru dan pensyarah. Oleh itu, amat disarankan agar pendidikan kerjaya dapat didedahkan kepada pelajar sejak dari bangku sekolah lagi dan bukan sekadar mementingkan setiap pelajar mempunyai cita-cita. Pendidikan awal perlu diberikan agar cita-cita yang diimpikan ini bukan sekadar impian yang tidak mampu digapai. Kesukaran dalam membuat keputusan pemilihan kerjaya merupakan suatu isu yang sering dialami oleh individu (Nur Liyana Mohd Ibrahim, Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip & Mohammad Nasir Bustamam, 2015). Namun, dengan bimbingan dari awal, isu ini mampu diatasi dan mampu menyediakan pekerja yang berminat dengan kerjaya yang mereka ceburi. Apabila bekerja atas dasar minat, prestasi juga akan meningkat. Penghargaan Penyelidikan ini telah dijalankan menggunakan Geran Universiti Putra Malaysia 2017 yang telah diluluskan dananya untuk tajuk penyelidikan “Persepsi Pelajar Terhadap Potensi dan Prospek Kerjaya dalam Bidang Bahasa Melayu”. Rujukan Azizul Haji Ismail & Vijayaletchumy Subramaniam (2017). Pengajian bahasa di luar negara. Dewan Bahasa. Diperoleh pada 22 Disember 2018 melalui http://dwnbahasa.dbp.my/?p=1825 BERNAMA (2013). Guna bahasa ibunda kuasai ilmu. 14/11/2013. Diperoleh pada 22 Disember 2018 melalui http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131114/dn_18/Guna-bahasa-ibunda-kuasai-ilmu Hashim Yaacob (2017, 15 Mac). Bahasa Melayu bahasa ilmu. Diperoleh pada 25 Mei 2018 melalui https://www.malaysiakini.com/news/403317 Kartini Abd Wahab, Sa’adiah Ma’alip, Maslida Yusuf & Karim Harun (2016). Kebitaraan Program Pengajian Bahasa Melayu: Persepsi dan Harapan Mahasiswa. Jurnal Melayu, 15(2), 176-195. Malaysia Kini (2017, 25 November). Bahasa Melayu perlu jadi bahasa rasmi ASEAN. Diperoleh pada 25 Mei 2018 melalui http://www.utusan.com.my/rencana/utama/bahasa-melayu-bahasa-ilmu-1.457273
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 65 DAN SAINS SOSIAL Mohd. Helmi Ahmad (2013). “Mencipta” Kerjaya Melalui Bahasa Melayu. Februari, Darihal Bahasa. Dewan Bahasa. Mohamad Sofee Razak (2007). Potensi, Prospek Kerjaya Bahasa. Diperoleh pada 8 Jun 2017 melalui http://mohamadsofee.blogspot.com/2007/12/potensi-prospek-kerjaya-bahasa.html Mohd Izwan Mahmud, Sidek Mohd Noah, Jamaludin Ahmad & Wan Marzuki Wan Ahmad (2016). Modul Kesediaan Kerjaya Berdasarkan Teori Cognitive Information Processing (CIP). Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 4(3), 59-75. Mohd Sani Ismail, Abdul Hakim Abdullah, Aman Daima Md Zain, Mohd Hasrul Shuhari & Mohd Rahim Ariffin (2018). Kematangan Kerjaya Pelajar: Implikasinya Terhadap Kaunseling Kerjaya. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 18(1), 45-55. Mohamad Sofee Razak (2007). Potensi, Prospek Kerjaya Bahasa. Diperoleh pada 8 Jun 2017 melalui http://mohamadsofee.blogspot.com/2007/12/potensi-prospek-kerjaya-bahasa.html Nizam Yatim (2008). Bahasa Melayu di persada dunia. Utusan Online 28/02/2008 diperoleh pada 8 Jun 2017 melalui http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0228&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&p g=sa_01.htm Noor Mohamad Shakil Hameed, 2016). Terus perkasakan bahasa Melayu. Diperoleh pada 8 Jun 2017 melalui http://www.utusan.com.my/rencana/terus-perkasakan-bahasa-melayu-1.206875 Noor Izzaty Ibrahim, Muhamad Ariff Ibrahim & Siti Fardaniah Abdul Aziz (2017). Hubungan antara gaya asuhan ibu bapa dengan pemilihan kerjaya dalam kalangan pelajar universiti. e-Bangi. Special Issue 3, 1-11. Nor Hashimah Jalaluddin, Junaini Kasdan & Zaharani Ahmad (2010). Sosiokognitif pelajar remaja terhadap bahasa Melayu. GEMA OnlineTM Journal of Language Studies, 10(3), 67-87. Nur Liyana Mohd Ibrahim, Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip & Mohammad Nasir Bustamam (2015). Terjemahan, kesahan, dan kebolehpercayaan Career Thoughts Inventory. Jurnal Sains Humanika, 7(1), 31-41. Siti Nor Azhani Mohd Tohar, Adlina Ab Halim & Ku Hasnita Ku Samsu (2017). Pengukuran tahap pemartabatan bahasa kebangsaan dalam kalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi. GEMA OnlineTM Journal of language Studies, 17(2), 105-122. Tempo.co (2012). Awalnya Bahasa Melayu sebagai Bahasa Persatuan. Diperoleh pada 8 Jun 2017 melalui https://nasional.tempo.co/read/438136/awalnya-bahasa-melayu-sebagai-bahasapersatuan/full&view=ok Wan Ismail Wan Yusoh (2013). Kebolehpasaran graduan berbahasa Melayu bergantung pada penguasaan Inggeris. Diperoleh pada 8 Jun 2017 melalui http://www.ukm.my/news/arkib/tahun-2013/oktober2013/kebolehpasaran-graduan-berbahasa-melayu-bergantung-pada-penguasaan-inggeris-2/ Zool Hilmi Mohamed Ashari, Mohamad Sattar Rasul & Norzaini Azman (2014). Hubungan individu, persekitaran dan kebolehsesuaian terhadap pemilihan kerjaya pelajar sistem pensijilan kemahiran Malaysia (SPKM): Satu Analisis Kandungan. Jurnal Sains Humanika, 2(1), 135-144. Zulelawati Bujang & Yusni Zaini Yusuf (2015). Trait personaliti dan hubungan dengan prestasi akademik bakal guru di sebuah institusi latihan perguruan. Jurnal Bitara Edisi Khas (Psikologi Kaunseling), 8, 171-180. Zulkifley Hamid (2012). Keupayaan berbahasa Melayu dalam kerangka satu Malaysia. Journal of Social Science and Humanities (e-Bangi), 7(1), 224-234.
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 66 DAN SAINS SOSIAL KEBIMBANGAN KOMUNIKASI DALAM KALANGAN MAHASISWA Nor Hernamawarni Abdul Majid, Najah Rafae, Nor Shafrin Ahmad, Rahimi Che Aman dan Nur Fatin Athirah Rosman Abstrak Dari aspek kehidupan mahasiswa, kebimbangan komunikasi dilihat agak membahayakan kerana berkemungkinan menggugat kemahiran insaniah di samping mempengaruhi pencapaian akademik. Secara tidak langsung, kebanyakan subjek yang mengetengahkan komunikasi di Universiti kurang menjadi daya tarikan dan sebolehnya dielakkan untuk disertai oleh para pelajar. Dalam konteks kemahiran komunikasi, kebimbangan komunikasi mampu menghalang individu mengetengahkan diri sebagai komunikator yang cekap walaupun memiliki kemahiran komunikasi yang baik. Kebimbangan komunikasi memberi kesan signifikan tehadap keupayaan pelajar dalam pengucapan awam, seterusnya menjejaskan kebolehpasaran mereka dalam bidang pekerjaan. Maka tidak hairanlah bahawa pelajar yang memiliki kebimbangan komunikasi seringkali bermasalah dalam menjalani temuduga kerja dan mempunyai personaliti yang kurang meyakinkan. Pelbagai teknik telah dikaji dan diaplikasikan keberkesanannya melalui intervensi kaunseling berdasarkan teori-teori yang bersesuaian bagi membantu klien menangani isu berkenaan. Oleh itu, kertas kerja ini akan menghuraikan secara konsep berkaitan pengertian secara menyeluruh kebimbangan komunikasi, kesan kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta faktor yang berkaitan, teori yang diaplikasi, dan intervensi kaunseling dalam mengurangkan kebimbangan komunikasi. Kata Kunci: Kebimbangan Komunikasi, Intervensi Kaunseling, Pelajar, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Pengenalan Kebimbangan komunikasi diistilahkan sebagai perasaan takut dan risau terhadap proses komunikasi yang berlaku antara individu dengan orang lain dalam situasi sosial (McCroskey, 2001). Horowitz (2002) seorang pakar patalogi telah menjelaskan kebimbangan komunikasi ialah kebimbangan atau ketakutan yang dialami melibatkan perhubungan lisan, kemahiran sosial dan penghargaan kendiri. Bimbang dalam komunikasi merupakan suatu perasaan dan tingkah laku yang tidak menyenangkan dalam seting perbualan manusia. Perasaan bimbang ini akan membuatkan manusia hidup dalam kerisauan, ketakutan, ketegangan dan tekanan sama ada dalam situasi komunikasi atau tidak. Tidak kira sama ada seseorang itu kanak-kanak, remaja atau dewasa, sekiranya dilanda perasaan bimbang dalam komunikasi maka perubahan emosi dan tingkah laku juga akan berlaku. Dalam konteks pendidikan, kebimbangan komunikasi merupakan suatu gangguan psikologi terhadap pelajar yang memerlukan bantuan guru atau kaunselor untuk menyelesaikannya. Maka, tidak dapat dinafikan lagi bahawa kebimbangan komunikasi merupakan salah satu isu psikologi yang dialami oleh ramai individu khususnya pelajar Institut Pengajian Tinggi yang mana hal ini wajar diberi perhatian memandangkan impaknya berkemungkinan menjejaskan individu dalam banyak sudut kehidupannya. Oleh yang demikian, kajian ini akan mengetengahkan lebih lanjut mengenai kebimbangan komunikasi seterusnya membincangkan langkah-langkah yang dapat diambil bagi mengawalnya.
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 67 DAN SAINS SOSIAL Konsep kebimbangan komunikasi Pada asasnya kebimbangan komunikasi boleh berlaku kerana ianya merupakan suatu tret semata-mata atau sesuatu yang bergantung kepada keadaan. Kebimbangan tret merujuk kepada ketakutan individu untuk berkomunikasi dalam semua keadaan atau konteks komunikasi. Perkara ini boleh berlaku dalam situasi komunikasi berdua, perbincangan kumpulan, pengucapan awam dan mesyuarat. Petry (2016) telah mengetengahkan dua perspektif utama dalam kebimbangan komunikasi iaitu kebimbangan berasaskan tret dan kebimbangan berasaskan situasi. Aspek tret mengakibatkan individu akan sentiasa mengalami kebimbangan tanpa mengira keadaan atau konteks komunikasi manakala bagi aspek situasi pula, individu hanya mengalami kebimbangan atau ketidakselesaan dalam persekitaran atau waktu spesifik seperti temuduga. Kebimbangan komunikasi tret merupakan ciri-ciri biologi atau terjadi secara semulajadi. Walaupun tidak semua penyebab kebimbangan komunikasi dapat diketahui, beberapa penyelidik mendapati faktor genetik boleh menjadi penyumbang kepada peningkatan kebimbangan komunikasi dan meningkat sehingga ke peringkat dewasa (McCroskey & Richmond, 2006). Kebimbangan komunikasi dalam konteks umum pula merujuk kepada ketakutan individu untuk berkomunikasi mengikut konteks tertentu sahaja. Sebagai contoh, berasa takut dalam pengucapan awam tetapi tidak pula takut bercakap dalam situasi komunikasi berdua. Seterusnya, kebimbangan komunikasi individu-kumpulan merujuk kepada kebimbangan individu apabila berkomunikasi dengan seorang individu atau kumpulan tertentu tanpa mengira waktu dan ketika. Kebimbangan komunikasi individu-kumpulan melibatkan ketakutan berinteraksi secara berdua mahupun di hadapan khalayak ramai. Sebahagian individu merasa tidak terganggu berhadapan dengan keluarga atau rakan yang biasa dikenali tetapi sebahagian individu pula akan berasa risau sekiranya bertemu dengan sekumpulan atau perorangan yang tidak dikenali (Hunt, Atkin, & Krishan, 2012). Jenis kebimbangan komunikasi seterusnya pula dipengaruhi oleh situasi dan waktu komunikasi (Frantz, Marlow, & Wathen, 2014). Bagi konteks ini, individu hanya mengalami kebimbangan atau ketidakselesaan dalam persekitaran dan waktu spesifik seperti temuduga, pengucapan awam atau melontar pertanyaan kepada individu lain (Petry, 2016). Situasi yang diukur dalam kebimbangan komunikasi melibatkan empat konteks utama iaitu perbincangan kumpulan, mesyuarat, komunikasi berdua dan pengucapan awam (Mustafa Ahmad & Khalil Abdullah, 2018). Penilaian terhadap skor kebimbangan komunikasi perlu menggunakan instrumen piawai iaitu Personel Report Communication Apprehension (PRCA-24) yang telah dibangunkan oleh McCroskey pada tahun 1982. Instrument PRCA-24 mengandungi 24 soalan bertujuan menilai tahap kebimbangan komunikasi dalam empat keadaan iaitu perbincangan kumpulan, mesyuarat, komunikasi berdua (diadik) dan pengucapan awam. Kesan Kebimbangan Komunikasi Terhadap Mahasiswa Kebimbangan komunikasi dalam kalangan pelajar akan menghasilkan sesi pembelajaran yang kurang efektif apabila pelajar cenderung untuk berdiam diri dan tidak terlibat dalam perbincangan atau pembentangan berkumpulan, seterusnya memberi kesan terhadap kesihatan mental dan kecemerlangan akademik pelajar (Samira Hassani & Azizah Rajab, 2012). Malah, keengganan untuk berkomunikasi bagi mengelakkan kebimbangan mereka disedari umum menyebabkan mereka tidak bertanya atau memberi respon di dalam kelas dan hal ini akan mengurangkan kefahaman terhadap perkara yang dipelajari (Ernesto & Jerry, 2019). Impaknya, pelajar yang mempunyai tahap tinggi kebimbangan komunikasi memperoleh keputusan yang tidak memberangsangkan dalam akademik berbanding pelajar yang memiliki tahap rendah kebimbangan komunikasi (Nik Hasnaa Nik Mahmod, 2010). Tidak
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 68 DAN SAINS SOSIAL dapat dinafikan, kekurangan interaksi yang produktif dengan pensyarah mampu melemahkan keberkesanan kognitif pelajar untuk merangsang keupayaan dalam akademik (Abdul Rashid Mohamad & Mohamad Daud Hamzah, 2005). Kebimbangan komunikasi juga mampu menghalang individu mengetengahkan diri sebagai komunikator yang cekap walaupun memiliki kemahiran komunikasi yang baik (Nik Hasnaa Nik Mahmood, 2010). Secara tidak langsung, ketakutan dan kerisauan telah menghalang mereka untuk bekerjasama dengan rakan sekerja apabila berada dalam suasana pekerjaan sehingga mengurangkan peluang untuk kenaikan pangkat serta peningkatan pengalaman pembelajaran dalam kerjaya (Nik Hasnaa Nik Mahmood, 2010). Kebimbangan komunikasi memberi kesan signifikan tehadap keupayaan pelajar dalam pengucapan awam, seterusnya menjejaskan kebolehpasaran mereka dalam bidang pekerjaan (Clokie & Fourie, 2016). Maka tidak hairanlah bahawa pelajar yang memiliki kebimbangan komunikasi seringkali bermasalah dalam menjalani temuduga kerja dan mempunyai personaliti yang kurang meyakinkan (Bhumiphat, Rawin & Ruangyout, 2015). Faktor-Faktor Kebimbangan Komunikasi Faktor-faktor utama yang dapat dikenal pasti ialah kemahiran intelektual atau kecerdasan yang rendah, kekurangan kemahiran berucap, introvert sosial, pengasingan atau pengelakan dari bersosial, kerisauan berinteraksi dengan individu lain, tahap keyakinan diri yang rendah, dan perbezaan etnik atau budaya dalam komunikasi normal (North et.al, 2007). Kebimbangan akan muncul apabila pemikiran dipengaruhi oleh penilaian interpersonal berdasarkan tiga faktor iaitu kritikan orang lain terhadap diri, kemungkinan menganggap diri dinilai negatif oleh pihak lain, dan merasa tidak selamat dalam memberi pandangan serta kritikan (Rapee & Heimberg, 1997). Kebimbangan komunikasi yang sering dialami berpunca dari aspek yang pelbagai serta berbeza-beza bergantung kepada keupayaan individu dalam menghadapi isu tersebut. Selain itu, faktor-faktor lain yang mengakibatkan kebimbangan ketika berkomunikasi ialah perasaan tidak berupaya untuk berinteraksi kerana kerisauan berlebihan yang memberi kesan kepada emosi serta tingkah laku, kurang persediaan, dan mementingkan kesempurnaan (Hsu, 2012). Beberapa penyelidik mendapati faktor genetik boleh menjadi penyumbang kepada peningkatan kebimbangan komunikasi sehingga ke peringkat dewasa (McCroskey, 2002). Villar (2010) pula mengetengahkan bahawa keadaan ini berpunca dari jangkaan negatif terhadap pendengar dan persekitaran sewaktu berkomunikasi, kurang latihan dan pendedahan, jumlah penonton yang ramai berserta anggapan bahawa mereka tidak memahami mesej yang disampaikan, penilaian yang negatif terhadap diri, kurang kelancaran lisan, dan pengalaman kegagalan dalam komunikasi. Teori-teori Berkaitan Kebimbangan Komunikasi Antara teori-teori psikologi yang dapat dikaitkan dengan isu kebimbangan komunikasi adalah Teori Kognitif Sosial, Teori Emosi, Teori Konstruk Peribadi dan Teori Kebimbangan Freud. Teori Kognitif Sosial percaya tingkah laku terhasil daripada pembelajaran, pemerhatian, pengaruh sosial, jangkaan terhadap peristiwa dan perasaan. Seseorang itu boleh mengalami kebimbangan komunikasi hanya dengan melihat pengalaman orang lain ketika berucap yang mana pemerhatian ini boleh menyebabkan seseorang itu membuat jangkaan tertentu mengenai keupayaan mereka berkomunikasi serta mempengaruhi persepsi terhadap kebolehan diri dalam menyampaikan ucapan (Bandura, 1977). Bandura mengemukakan konsep keberkesanan diri iaitu individu perlu memfokuskan kepada kepercayaan terhadap kemampuan diri dalam melaksanakan tugas. Peningkatan keberkesanan diri boleh berlaku apabila wujud pengalaman kejayaan dalam berkomunikasi dan pengalaman komunikasi yang positif (Bandura, 1989).
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 69 DAN SAINS SOSIAL Teori Emosi pula terdiri daripada komponen hubungan, komponen kognitif dan komponen motivasi. Lazarus (1991) berpendapat bahawa hubungan atau interaksi antara manusia dan alam sekitar sentiasa berubah yang mana perubahan ini mungkin membawa kepada tindak balas emosi negatif atau emosi positif. Komponen kognitif pula memberi tumpuan kepada pengetahuan dan proses penilaian, manakala komponen motivasi penting bagi seseorang untuk bertindak balas terhadap pelbagai situasi yang membolehkan individu menilai keadaan emosi. Teori ini mengutarakan, kebimbangan komunikasi dihasilkan apabila seseorang itu terdorong untuk menarik perhatian orang lain, tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian. Beliau turut berpendapat bahawa seseorang mungkin mengalami kebimbangan komunikasi sekiranya mereka mempunyai penilaian terhadap diri yang negatif untuk mewujudkan komunikasi dengan orang lain. Seterusnya, Teori Konstruk Peribadi pula menekankan bahawa cara individu mengamati peristiwa dan mentafsir peristiwa akan mempamerkan tingkah laku yang wujud atas tafsiran yang dibuat terhadap peristiwa tersebut. Jangkaan-jangkaan yang wujud semasa berlakunya sesuatu peristiwa berkaitan dengan beberapa konsep iaitu kerisauan, ketakutan dan ancaman. Maka, individu yang membuat jangkaan tidak sesuai ketika berlakunya sesuatu peristiwa mungkin mengalami kebimbangan. Hal ini kerana, apabila jangkaan menunjukkan kesan-kesan negatif, mereka berkemungkinan akan mengalami ketakutan. Teori ini turut disokong oleh Green dan Sparks (1983) yang berpendapat bahawa kebimbangan komunikasi wujud kerana individu itu tidak dapat mengenal pasti taktik yang sesuai untuk mencapai matlamat komunikasi. Kesan daripada keadaan berikut, individu tersebut akan membangunkan jangkaan negatif dalam komunikasi yang menyebabkan kebimbangan komunikasi. Teori Kebimbangan Freud (Freud, 1955) pula menjelaskan kebimbangan yang dihadapi adalah berpunca daripada kecelaruan emosi dan psikologi yang boleh terhasil apabila individu berfikir secara berlebihan sehingga menimbulkan tingkah laku yang distruktif. Terdapat dua jenis kebimbangan iaitu kebimbangan objektif dan kebimbangan subjektif. Namun begitu, kebimbangan objektif hanya akan menimbulkan masalah psikologi yang serius sekiranya berlaku tindak balas secara keterlaluan sehingga mengakibatkan kebimbangan tersebut menjadi neurotik, misalnya apabila individu menganggap sesuatu konteks komunikasi seperti pembentangan, perbincangan atau temuduga memberi ancaman kepada dirinya yang mana keadaan demikian seterusnya menghasilkan kebimbangan subjektif dengan tingkah laku destruktif (Freud, 1955). Kajian-Kajian Kebimbangan Komunikasi Kajian-kajian kebimbangan komunikasi telah banyak dijalankan pada peringkat sekolah sehingga ke peringkat universiti. Kajian kebimbangan komunikasi juga dikaji dengan pemboleh ubah lain seperti program yang diambil, jantina, antara budaya, rawatan dan sebagainya. Beberapa kajian menunjukkan dimensi pengucapan awam dan mesyuarat mendapat kedudukan tertinggi berbanding dimensi perbincangan kumpulan dan komunikasi berdua dalam kebimbangan komunikasi. Perkara ini dijelaskan daripada kajian Albert Prayan dan Ramakrishna (2008). Kajian telah dijalankan terhadap 120 pelajar yang mengambil program kejuruteraan. Keputusan membuktikan, skor kebimbangan paling tinggi dalam dimensi pengucapan awam dan dimensi mesyuarat. Kajian yang sama turut dijalankan oleh Soonthornsawad (2009) terhadap pelajar Thailand melibatkan seramai 151 orang pelajar. Keputusan yang diperoleh jelas mempamerkan dimensi pengucapan awam dan dimensi mesyuarat mengalami kebimbangan melebihi dimensi komunikasi berdua dan dimensi perbincangan kumpulan. Di samping itu, kajian turut dijalankan kepada pelajar jurusan Farmasi oleh Azmi Sarriff dan Wasif (2011) mendapati pelajar-pelajar ini menghadapi tahap kebimbangan komunikasi yang tinggi. Selain itu, kajian yang telah dibuat oleh Syed Wasif
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 70 DAN SAINS SOSIAL Gillani, Azmi Sariff, Syed Azhar Syed Sulaiman, Nik Abdul Halim dan Yelly Oktavia Sari (2010) mendapati rata-rata pelajar peringkat universiti mengalami masalah kebimbangan komunikasi. Hal ini terbukti dengan hasil penyelidikan yang telah dijalankan di dua buah universiti tempatan iaitu Universiti Sains Malaysia dan Universiti Utara Malaysia. Keputusan kajian menunjukkan kebimbangan komunikasi berada pada tahap yang membimbangkan. Hal ini kerana, 402 pelajar mengalami masalah ini pada tahap tinggi, manakala 583 pelajar pada tahap sederhana dan hanya 94 pelajar sahaja yang tidak mengalami masalah kebimbangan komunikasi. Rawatan Terhadap kebimbangan komunikasi Meta analisis menunjukkan keunggulan teori kognitif tingkah laku dalam mengurangkan gejala kebimbangan berbanding dengan menggunakan rawatan ubatan atau tidak menerima sebarang rawatan (Dubois, Salamon, Christine, Marie-France Poirier, Vaugeois, Banwarth, Fayc, Mouaffak, Galinowski & Olie, 2010). Teori kognitif tingkah laku sangat berkesan digunakan untuk individu yang mempunyai ketidakupayaan terhadap tingkah laku dan persepsi negatif dalam diri individu (Cilene Susan Adam Rita, 2010). Pendekatan kognitif tingkah laku menjadi semakin popular digunapakai bagi mengurangkan masalah yang berkaitan dengan pelbagai jenis kebimbangan. Hal ini kerana pendekatan ini menekankan pengajaran kepada klien dalam memberi kemahiran menguruskan diri dan cara untuk mengstruktur pemikiran. Aspek kognitif klien akan dibantu bagi memulihkan kembali tingkah laku abnormal klien (Corey, 2008). Kajian Bissonnette et, al (2011) telah melibatkan latihan realiti maya selama 60 minit bertujuan mengurangkan kebimbangan untuk mengadakan pertunjukan dalam subjek muzik. Latihan realiti maya ini jelas membantu pelajar untuk membuat persembahan dengan lebih yakin berbanding sebelum diberikan rawatan. Hal ini kerana, rata-rata pelajar yang mengambil program muzik menghadapi ketakutan memikirkan tugasan persembahan yang perlu dilakukan untuk mendapat gred akademik yang baik. Teknik penstrukturan semula pemikiran telah terbukti dapat mengurangkan pemikiran reflektif berbentuk negatif yang berlaku setelah individu menghadapi situasi sosial (Shikatani et al., 2014). Walaupun begitu, kaedah ini akan lebih berkesan sekiranya individu cuba untuk melibatkan diri dalam aktiviti komunikasi dengan lebih kerap bagi mengurangkan kebimbangan secara berperingkat (Barrera et al, 2016). Teknik latihan asertif mampu memperkembang penghargaan kendiri individu dalam situasi sosial melalui keseimbangan antara komunikasi agresif dan pasif, di samping membantu pengendalian tingkah laku verbal, bukan verbal, serta kawalan kendiri (StudyCorgi, 2020). Hasilnya, individu yang mempunyai tahap asertif yang baik mampu melibatkan diri dalam interaksi dengan individu lain, tidak takut untuk memberi pandangan dan berani mengambil risiko untuk sebarang aktiviti komunikasi. Peranan tenaga pengajar adalah usaha mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang selesa secara fizikal mahupun mental bagi mengelakkan pelajar merasa kekok atau takut seterusnya menggalakkan mereka memberi respon dengan baik (Niles et al.,2015). Dengan demikian, tenaga pengajar perlu lebih peka dan bersedia memberi sokongan psikologi bagi menyediakan peluang untuk mereka mengatasi serta mengendalikan rasa gemuruh (Nash et al., 2016). Kesimpulan Kebimbangan dilihat sebagai fenomena yang kompleks, mengakibatkan ancaman atau membahayakan di samping memberi impak terhadap tiga komponen iaitu kognitif, fisiologi dan tingkah laku (Horowitz, 2002). Situasi kebimbangan yang berlaku semasa berkomunikasi mengakibatkan pelbagai kesan terhahadap aspek akademik, tingkah laku, kesejahteraan mental serta emosi, proses pembelajaran, dan kerjaya. Maka dapat disimpulkan bahawa perlu ada satu strategi atau tindakan penyelesaian dalam membantu pelajar yang mengalami masalah
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 71 DAN SAINS SOSIAL kebimbangan komunikasi terutama pelajar di peringkat universiti. Kajian terhadap kebimbangan komunikasi dapat membantu kaunselor membina modul yang sesuai bagi mengurangkan masalah. Oleh itu, pembinaan modul kaunseling yang mengunakan pendekatan yang sesuai dengan masalah kebimbangan komunikasi perlu dibina dan diguna pakai oleh semua kaunselor di peringkat universiti, kolej, politeknik, dan sekolah bagi memudahkan proses intervensi terhadap pelajar untuk mengurangkan masalah kebimbangan komunikasi. Penghargaan Jutaan penghargaan diberikan kepada Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mua’zam Shah (UniSHAMS) yang memberi Geran Penyelidikan Jangka Pendek untuk menjalankan kajian ini. Akhir sekali tidak dilupakan kepada rakan penyelidik dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM) atas sumbangan idea dalam penyelidikan ini. Rujukan Abdul Rashid Mohamed & Mohamad Daud Hamzah (2005). Kajian Korelasi Emosi Malu dengan Pencapaian Akademik Di Kalangan Mahasiswa Melayu. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 20, 153–167. Albert P’Rayan., & Ramakrishna T. Shetty. (2011). Engineering English: A Critical Evaluation. Language in India, 11(11), 1-283, Nov 2011. ISSN 1930-2940 Retrieved from www.languageinindia.com. Azmi Sarriff & Wasif S Gillani (2011). Communication Apprehension among Malaysian Pharmacy Students: A Pilot Study. Indian Journal of Pharmaceutical Education and Research, 45 (1), 8-1 Bandura, A. (1977). Self-efficacy: Toward a unifying theory of behavioral change. Psychological Review, 84, 191- 215. Bandura, A. (1989). Self-regulation of motivation and action through internal standards and goal systems. In L. A. Pervin (Ed.), Goal concepts in personality and social psychology ( 19-85). Hillsdale, NJ, US: Lawrence Erlbaum Associates, Inc. Barrera, T. L., Szafranski, D. D., Ratcliff, C. G., Garnaat, S. L., Norton, P. J. (2016). An experimental comparison of techniques: Cognitive defusion, cognitive restructuring, and in-vivo exposure for social anxiety. Behavioral Cognitive Psychotherapy, 44(2), 249-54. Bhumiphat Gilitwala, Rawin Vongurai & Ruangyout Sanposh. (2015). Factors that affect communication apprehension levels in employees of multinational organizations in Bangkok. AU-GSB e-JOURNAL, 7(12), 76-84. Bissonette, J., Dube, F., Provencher, M. D., and Moreno Sala, M. T. (2011). “The effect of virtual training on music performance anxiety,” in Proceedings of the International Symposium on Performance Science 2011, eds. A. Williamon, D. Edwards, and L. Bartel (European Association of Conservatoires), 585- 590. Cilene Susan Adam Rita (2010). The Effects of Gestalt and Cognitive Behavioral Therapy Group Interventions on The Assertiveness and Self-Esteem of Women with Physical Disabilities Facing Abuse. Wayne State University Clokie, T., & Fourie, E. (2016). Graduate employability and communication competence: Are undergraduates taught relevant skills? Business and Professional Communication Quarterly, 79(4), 442-463. Corey, G. (2008). Theory and practice of group counseling (7th ed). Belmont, CA: Brooks/Cole-Thompson Learning. Dubois, O., Salamon, R., Germain, C., Poirier, M., Vaugeois, C., Banwarth, B., Mouaffak, F. Galinowski, A. & Olié, J. P. (2010). Balneotherapy versus paroxetine in the treatment of generalized anxiety disorder. Complementary Therapies in Medicine, 18(1), 1-7. doi: http://dx.doi.org/10.1016/j.ctim.2009.11.003 Ernesto, L., Bastida Jr., & Jerry R. Yapo. (2019). Factors contributing to oral communication apprehension among selected senior high school students in Santa Rosa City, Laguna, Philippines. Asia Pacific Institute of Advanced Research (APIAR) APJCECT, 2(5), 10-20. Frantz, J., Marlow, A., & Wathen, J. (2014). Communication apprehension and its relationship to gender and college year. Journal of Undergraduate Research at Minnesota State University, Mankato, 5(1), 7. Freud, S. (1955). The interpretation of dreams. New York: Basic Book. Greene, J.O., & Sparks, G.G. (1983). The role of outcome expectations in the experience of a state of communication apprehension. Communication Quarterly, 31, 212- 219.
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 72 DAN SAINS SOSIAL Horowitz, B. (2002). Communication apprehension: Origins and management. Albany, NY: Singular/Thomson Learning. Hsu Tsu-Chia (2012). A study on the EFL students’ speech related anxiety in Taiwan. International Journal of Research Studies in Language Learning, 1(2), 3-18. Hunt, D.S., Atkin, D.J., & Krishnan, A. (2012). The influence of computer-mediated communication apprehension on motives for Facebook use. Journal of Broadcasting & Electronic Media, 56(2). Lazarus, R. S. (1991) Progress on a cognitive-motivational-relational theory of emotion. American Psychologist, 46, 819-834. McCroskey, J. C. (2001). An Introduction to Rhetorical Communication. 8 th. needham Heights, MA: Allyn & Bacon. McCroskey, J. C., & Richmond, V. P. (2006). Understanding the audience: Students’ communication traits. In T. P. Mottet, V. P. Richmond, & J. C. McCroskey (Eds.), Handbook of instructional communication: Rhetorical and relational. Boston: Allyn & Bacon. Mustafa Ahmad Abu Taha & Khalil Abdullah Abu Rezeq. (2018). Oral communication apprehension among english senior majors at Al-Quds Open University in Palestine. International Journal of Research in English Communication, 1(3), 44-58. Nash, G., Crimmins, G., & Oprescu, F. (2016). If first-year students are afraid of public speaking assessments, what can teachers do to alleviate such anxiety? Assessment & Evaluation in Higher Education, 41(4), 586-600. Niles, A. N., Craske, M. G., Lieberman, M. D., & Hur, C. (2015). Affect labeling enhances exposure effectiveness for public speaking anxiety. Behaviour Research and Therapy, 68, 27–36. Nik Hasnaa Nik Mahmood. (2010). Kebimbangan komunikasi di kalangan pelajar UTM: Satu realiti atau mitos? Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia. North. M.M, Hill. J, Aikhuele.A. S & North.S.M (2007). Virtual Reality Training in Aid of Communication Apprehension in Classroom Environments. iJET 3(2), 34-37. Retrived from http://www.i-jet.org Petry, A. C. (2016). Communication apprehension affects performance. Pubish on: http://collected.jcu.edu/mastersessays/49. Rapee, R. M., & Heimberg, R. G. (1997). A cognitive-behavioral model of anxiety in social phobia. Behaviour Research and Therapy, 35(8), 741–756. https://doi.org/10.1016/s0005- 7967(97)00022-3 Samira Hassani & Azizah Rajab. (2012). General communication anxiety among EFL students; a case of Iranian students of intensive english programs. Procedia – Social and Behavioral Sciences, 66, 410-418 Shikatani, B., Antony, M. M., Kuo, J. R., & Cassin, S. E. (2014). The impact of cognitive restructuring and mindfulness strategies on postevent processing and affect in social anxiety disorder. Journal of Anxiety Disorder, 28(6), 570-579. Soonthornsawad, P. (2009). Cultures and genetic markers as predictors of communication apprehension. (Order No. 1462748, Hawaii Pacific University). ProQuest Dissertations and Theses, 82. Retrieved from http://search.proquest.com/docview/305174345?accountid=14645. (UMI No: 305174345). StudyCorgi. (2020). Communication Anxiety and Treatment Methods. Online from https://studycorgi.com/communication-anxiety-and-treatment-methods/. Villar, C.P. (2010). Beginning Filipino students’ attributions about oral communication anxiety.
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 73 DAN SAINS SOSIAL PENDEKATAN PENTING DALAM MEMBINA SOALAN PENILAIAN BAGI KURSUS BERKAITAN STEM: TAKSONOMI BLOOM YANG DIKEMAS KINI Faiz Zulkifli dan Rozaimah Zainal Abidin Abstrak Taksonomi Bloom diperkenalkan sebagai salah satu teknik dalam menentukan tahap kesukaran soalan penilaian bagi disiplin STEM. Pendekatan penting menggunakan kaedah kualitatif dicadangkan bagi menyemak kualiti item soalan. Teknik analisis dokumen yang melibatkan penyemakan koleksi item soalan, serta mengemas kini garis panduan, kata kerja dan huraian berpandukan taksonomi Bloom yang dikemas kini bagi sesuatu kursus. Kata Kunci: Soalan Penilaian, STEM, Taksonomi Bloom. Pengenalan Kelebihan teori Bloom berbanding teori-teori lain dalam bidang pendidikan telah menjadi topik hangat dalam beberapa perspektif kajian. Radmehr dan Drake (2018) telah membandingkan taksonomi Bloom yang dikemas kini dengan teori dan kerangka lain yang dapat mempengaruhi proses pengajaran, pembelajaran dan penilaian dalam pendidikan matematik. Hasil perbandingan mendapati teori Bloom mempunyai potensi besar untuk digunakan bagi menganalisis pengajaran, pembelajaran dan penilaian kerana pendekatannya yang lebih bersifat holistik. Teori dan kerangka lain dapat diselaraskan dengan elemen-elemen teori Bloom. Namun masih terdapat elemen yang berada dalam teori Bloom tidak diberi perhatian oleh teori dan kerangka tersebut. Terdapat kajian telah melihat kembali pengaruh taksonomi Bloom terhadap objektif pendidikan. Arievitch (2020) telah meneliti konsep umum dalam psikologi kontempori dan pendidikan dari segi kerangka perkembangan pengajaran dan pembelajaran (PPP) yang didasarkan kepada penyelidikan Piotr Galperin. Piotr Galperin telah banyak mencipta teori pengembangan tindakan intelektual yang sesuai diaplikasikan dalam pendidikan. Berdasarkan perspektif PPP, taksonomi Bloom mempunyai pelbagai masalah konseptual. Masalah tersebut dikaitkan dengan kesalahfahaman yang mendalam dan meluas tentang bagaimana minda manusia berfungsi, pelajar belajar dan pula guru sepatutnya mengajar. Justeru itu, kajian ini ingin melihat kembali bagaimanakah cara dalam menentukan tahap kesukaran sesuatu soalan berpandukan taksonomi Bloom yang dikemas kini dan seterusnya bagi meningkatkan kualiti item soalan bagi kursus berkaitan STEM. Kajian Literatur Sagala dan Andriani (2019) telah mencadangkan proses membangunkan soalan aras tinggi bagi subjek statistik berdasarkan taksonomi Bloom. Proses dimulakan dengan melakukan kesahan soalan menerusi tiga orang pakar dalam bidang. Seterusnya, soalan yang telah dinilai oleh pakar akan diuji terhadap lima orang pelajar. Pada ahirnya ujian lapangan dilakukan dengan menggunakan soalan aras tinggi yang telah dihasilkan terhadap dua buah kelas. Mohamed Talib et al. (2018) pula telah menggunakan model pengukuran Rasch dalam mengukur prestasi pelajar di dalam peperiksaan akhir bagi kursus asas teknologi maklumat. Model pengukuran yang dibangunkan adalah berdasarkan markah yang diperoleh daripada pelajar menerusi prestasi peperiksaan akhir pada tahun kedua.
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 74 DAN SAINS SOSIAL Manakala, Grundspenkis (2019) telah berjaya membangunkan sistem bimbingan pintar yang menerapkan peta konsep. Peta konsep menawarkan keseimbangan yang wajar antara penentuan pengetahuan aras tinggi berpandukan taksonomi Bloom dan kerumitan sesuatu sistem penilaian. Sistem yang telah dibangunkan mampu beroperasi dalam mod penilaian kendiri serta memotivasikan pelajar untuk meningkatkan prestasi mereka. Metodologi Kajian ini mencadangkan penggunaan kaedah analisis dokumen dalam menyemak tahap kesukaran item soalan berkaitan STEM. Analisis dokumen merupakan suatu kaedah yang dapat memperincikan ciri-ciri sesuatu teks atau dokumen dengan mengkuantifikasinya melalui analisis kandungan (Cohen et al., 2018). Walau bagai manapun, koleksi soalan penilaian bagi sesuatu kursus perlu dikumpul terlebih dahulu sebelum melalui proses semakan berpandukan kepada enam tahap taksonomi Bloom yang dikemas kini. Tahap kesukaran bersama definisi dan kata kerja taksonomi Bloom yang dikemas kini diberikan pada Jadual 1 dan 2. Perbezaan tahap antara taksonomi Bloom lama dan baharu diberikan dalam Jadual 1 (Sagala & Andriani, 2019). Jadual Error! Use the Home tab to apply BAB to the text that you want to appear here. Perbezaan taksonomi Bloom versi lama dan baharu Versi Lama (Bloom, 1956) Versi Baru (Anderson et al., 2001) Pengetahuan Mengingat Komprehensif Memahami Penggunaan Mengaplikasi Analisis Menganalisis Sintesis Menilai Penilaian Mencipta Berdasarkan Jadual 1, perbezaan antara kedua-dua versi bermula pada tahap awal. Aspek pengetahuan pada versi lama telah digantikan dengan aspek mengingat. Terdapat peningkatan pada proses kognitif, pelajar diminta untuk mengingat konsep selain mengetahuinya (Sagala & Andriani, 2019). Selain itu, aspek sintesis versi lama telah diserapkan ke dalam aspek menganalisis pada versi baharu. Versi baharu telah meletakkan aspek menilai dan mencipta pada tahap lima dan enam. Tahap berfikir aras tinggi telah ditingkatkan pada versi baharu iaitu menganalisis, menilai dan mencipta. Cabaran paling besar dalam melaksanakan taksonomi Bloom adalah semasa melaksanakan aktiviti mentafsir tahap taksonomi tersebut dalam konteks proses kognitif yang memerlukan koleksi soalan lengkap bagi keseluruhan topik sesuatu kursus. Langkah pertama yang boleh dicadangkan adalah mendefinisikan tahap Bloom dalam konteks kursus yang berkaitan STEM sebagaimana yang terdapat di dalam Jadual 2 bersama-sama dengan kata kerja taksonomi Bloom yang dikemas kini. Jadual 1 Definisi dan kata kerja bagi aspek taksonomi Bloom yang dikemas kini Aspek Definisi Kata Kerja Mengingat Mengingat fakta, terma, konsep asas dan jawapan berdasarkan memori daripada bahan pembelajaran. Cite, Reproduce, Recall, Name, List, Describe, State, Recognise, Present, Match, Find, Underline, Relate, Quote, Memorise, Know, Define, Select, Recite, Organise, Locate,
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 75 DAN SAINS SOSIAL Extract, Tell, Record, Pronounce, Measure, Identify, Write. Memahami Mengungkapkan pemahaman terhadap fakta dan idea melalui mengatur, membanding, menterjemah, mentafsir, memberi penerangan dan menyatakan idea penting. Account, Explain, Perform, Discover, Justify, Convert, Illustrate, Clarify, Find, Recognise, Exemplify, Paraphrase, Describe, Interpret, Comprehend, Give examples, Change, Extend, Present, Distinguish, Match, Depict, Infer, Compare, Generalise, Alter, Express, Predict, Discuss, Locate, Defend, Indicate, Classify, Formulate, Relate. Mengaplikasi Menyelesaikan masalah baru dengan mengaplikasikan pengetahuan, fakta, teknik dan peraturan diperlukan secara tersendiri. Apply, Manage, Verify, Modify, Illustrate, Demonstrate, Prepare, Change, Schedule, Paint, Make, Utilise, Dramatise, Classify, Sketch, Predict, Build, Manipulate, Evidence, Use, Discover, Produce, Operate, Assess, Manifest, Choose, Show, Direct, Present, Employ, Compute. Menganalisis Menyemak maklumat dan mengenal pasti motif atau sebab. Membuat inferens dan mencari bukti untuk menyokong generasasi. Analyse, Differentiate, Investigate, Debate, Illustrate, Classify, Examine, Associate, Distinguish, Outline, Diagram, Inspect, Criticise, Identify, Calculate, Evaluate, Ascertain, Dissect, List, Determine, Inquire, Contrast, Find, Break down, Divide, Menilai Menyatakan dan mempertahankan pandangan dengan menilai maklumat, kesahihan idea atau kualiti kerja berdasarkan sesuatu kriteria. Appraise, Recommend, Interpret, Describe, Criticise, Choose, Score, Justify, Estimate, Decide, Conceive, Support, Rate, Explain, Defend, Consider, Assess, Revise, Judge, Determine, Critique, Compare, Summarise, Measure, Evaluate, Deduce, Conclude, Value. Mencipta Menyusun maklumat yang dikumpul dengan cara berbeza serta mengabungkan elemen dalam bentuk baharu atau mencadangkan penyelesaian alternatif. Account, Devise, Modify, Construct, Initiate, Combine, Generalise, Arrange, Enlarge, Originate, Develop, Manage, Conceive, Image, Categorise, Formulate, Argue, Engender, Organise, Derive, Invert, Compose, Hypothesis, Begin, Explain, Alter, Elaborate, Order, Create, Integrate, Compile, Generate, Assemble, Expand, Pattern. Walaupun definisi yang dinyatakan jelas bagi setiap tahap, namun kata kerjanya terlalu samar untuk digunakan secara praktikal. Justeru itu, langkah kedua yang dicadangkan adalah dengan memberikan penerangan pada setiap tahap mengikut setiap topik. Pada akhirnya,
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 76 DAN SAINS SOSIAL pembinaan item soalan baharu boleh dilakukan dengan menjadikan koleksi item soalan yang telah disemak tahap kesukarannya bersama dengan garis panduan, kata kerja dan huraian taksonomi Bloom yang dikemas kini sebagai panduan kepada instruktor yang mengajar kursus tersebut. Kesimpulan Kajian ini telah mencadangkan pendekatan penting dalam membina soalan penilaian bagi kursus berkaitan STEM. Analisis dokumen yang merupakan kaedah kualitatif diperlukan dalam menyemak tahap kesukaran soalan penilaian berpandukan taksonomi Bloom yang dikemas kini yang mengandungi garis panduan, kata kerja dan huraian. Walau bagai manapun, kaedah tersebut hanya sesuai digunakan diperingkat awal dalam penghasilan item soalan. Justeru, kaedah yang lebih kompleks seperti semakan pakar, ujian lapangan dan teknik pengukuran yang dapat mengukur sejauh mana soalan yang dihasilkan berpadanan dengan kebolehan sebenar pelajar amat diperlukan. Kesemua kajian lanjutan yang dicadangkan lebih bersifat saintifik dan holistik. Penghargaan Penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penghasilan kajian ini, khususnya Universiti Teknologi MARA. Di samping itu, penulis ingin berterima kasih kepada para penilai dan editor ebook. Rujukan Anderson, L. W., Krathwohl, D. R., P.W., A., Cruikshank, K. A., Mayer, R. E., Pintrich, P. R., … Wittrock, M. C. (2001). A Taxonomy for Learning, Teaching, and Assessing: a Revision of Bloom’s Taxonomy of Educational Objectives. New York: Longman. Arievitch, I. M. (2020). The Vision of Developmental Teaching and Learning and Bloom’s Taxonomy of Educational Objectives. Learning, Culture and Social Interaction, 25, 100274. Bloom, B. S. (1956). Taxonomy of Educational Objectives – Handbook 1 Cognitive Domain. London: Longman. Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2018). Research Methods in Education (8th ed.). Routledge. Grundspenkis, J. (2019). Intelligent Knowledge Assessment Systems: Myth or Reality. Frontiers in Artificial Intelligence and Applications, 315, 31-46. Mohamed Talib, A., Alomary, F. O., & Alwadi, H. F. (2018). Assessment of Student Performance for Course Examination Using Rasch Measurement Model: A Case Study of Information Technology Fundamentals Course. Education Research International, 2018, 1–8. Radmehr, F., & Drake, M. (2018). Revised Bloom’s Taxonomy and Major Theories and Frameworks That Influence the Teaching, Learning, and Assessment of Mathematics: a Comparison. International Journal of Mathematical Education in Science and Technology, 50(6), 895-920. Sagala, P. N., & Andriani, A. (2019). Development of Higher-Order Thinking Skills (HOTS) Questions of Probability Theory Subject Based on Bloom’s Taxonomy. Journal of Physics: Conference Series, 1188(1), 1–13.
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 77 DAN SAINS SOSIAL ISU DAN CABARAN DALAM PEMBAHARUAN HAKMILIK PAJAKAN Hazyzul Abu Hassan, Robiah Suratman dan Salfarina Samsudin Abstrak Sistem pentadbiran tanah Malaysia adalah berasaskan kepada sistem Torrens yang diperkenalkan oleh British semasa British memerintah di Semenanjung Tanah Melayu dimana setiap pemilikan diberikan dokumen hakmilik. Sistem ini menggunakan prinsip cerminan, dimana setiap perkara berkaitan tanah boleh dirujuk melalui dokumen hakmilik. Oleh yang demikian pendaftaran sesuatu urusan adalah penting bagi setiap urusan yang dilakukan terhadap tanah. Setelah negara merdeka dan persekutuan Malaysia dibentuk, Kanun Tanah Negara telah digubal dan semua tanah didalam negeri diletakhak kepada negeri tersebut. Kerajaan negeri atau mengikut istilah Kanun Tanah Negara, Pihak Berkuasa Negeri mempunyai kuasa untuk melupuskan tanah melalui pemberimilikan kepada orang atau badan yang memohon. Pemilikan ini boleh diberikan secara selama-lamanya atau bertempoh. Keduadua pemilikan ini mempunyai hak yang sama tetapi hanya berbeza pada tempoh pemilikan sahaja. Hakmilik pajakan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri kepada seseorang atau badan adalah satu kontrak yang mengikat di antara pemilik tanah dan kerajaan bagi penggunaan tanah tersebut. Dokumen hakmilik pajakan itu sendiri menerangkan terma-terma perjanjian seperti cukai tahunan, penggunaan tanah, rekod ketuanpunyaan serta rekod urusan berkaitan tanah serta lain-lain. Hak pemilik tanah adalah terjamin, dan pemilik tanah boleh menikmati daripada penggunaan tanah tersebut mengikut terma yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri. Hakmilik pajakan mempunyai tempoh yang kebiasaannya 30, 60 atau 99 tahun. Dalam tempoh tersebut pemilik tanah membangunkan tanah mengikut kesesuaian dan pada masa yang sama nilai hartanah meningkat. Pembaharuan hakmilik pajakan perlu dilakukan mengikut peruntukan yang disediakan oleh Kanun Tanah Negara dan setiap pembaharuan akan diluluskan beserta pembayaran premium tanah kepada kerajaan negeri. Prosedur yang panjang dan pelbagai serta pengenaan premium yang tinggi telah menimbulkan isu dan cabaran dalam proses pembaharuan hakmilik pajakan di Malaysia. Isu dan cabaran yang dihadapi dalam pembaharuan hakmilik pajakan ini perlu dikenalpasti agar sistem pentadbiran negara berada dalam keadaan yang memberi keadilan kepada semua pihak. Keywords: Leasehold Renewal, Leasehold, Hakmilik Pajakan, Pembaharuan Hakmilik Pajakan Pendahuluan Tanah adalah satu keperluan terpenting kepada kehidupan manusia. Bermula daripada kawasan rayau untuk manusia mencari makanan dan tempat tinggal, penggunaannya telah berubah mengikut peredaran masa dan perkembangan pemikiran manusia. Populasi manusia yang meningkat dan sumber tanah yang terhad menyebabkan perlu wujudnya sebuah sistem pentadbiran tanah yang cekap bagi memastikan kelestarian penggunaan tanah dan pemilikan tanah adalah terjamin. Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, pihak kerajaan telah menggubal Kanun Tanah Negara 1965 (KTN), kini dikenali sebagai Kanun Tanah Negara (Akta 828), yang mengguna pakai prinsip Torrens bagi menyelaraskan urusanurusan berkaitan dengan pentadbiran tanah bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu (Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu) dan Kawasan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) di
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 78 DAN SAINS SOSIAL Malaysia. Hal-hal yang terkandung di dalamnya menerangkan kuasa-kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dalam pentadbiran tanah, pelupusan tanah, pembangunan tanah dan pendaftaran hakmilik. Mengikut peruntukan KTN dan arahan yang dikeluarkan melalui pekeliling JKPTG, mana-mana tanah yang diberimilik selepas tarikh 25 Mac 1985 hendaklah diberimilik secara pemilikan bertempoh sahaja iaitu hakmilik pajakan. Pegangan tanah kategori hakmilik pajakan mempunyai tempoh masa yang dinyatakan dalam dokumen hakmilik. Terdapat dua keputusan Mesyuarat Majlis Tanah Negara yang mempengaruhi tempoh masa pajakan. Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-42 pada 8 Januari 1988 telah memutuskan bahawa tempoh hakmilik pajakan hendaklah dinaikkan daripada 30 tahun kepada 60 tahun untuk “Kampung Baru” manakala pada 25 April 1997, Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-53 telah menetapkan bahawa tempoh hakmilik pajakan “Kampung Baru” juga hendaklah tidak kurang daripada 60 tahun dan tidak melebihi 99 tahun (JKPTG, 2009). Kini, pelaksanaan KTN telah melebihi 55 tahun yang mana terdapat hakmilik pajakan telah tamat tempoh pegangan atau akan menghampiri tempoh penamatan. Secara praktisnya, mana-mana pemilik hakmilik pajakan adalah dibenarkan untuk mengemukakan permohonan pembaharuan pajakan. Dalam memproses permohonan pembaharuan hakmilik pajakan, pentadbir tanah telah mengambil beberapa pendekatan dengan menggunakan peruntukan undang-undang yang sedia ada seperti menggabungkan penggunaan Seksyen 197 dan Seksyen 76 KTN, menggunakan Seksyen 76 KTN sahaja atau memproses permohonan dengan menggunapakai kaedah penyerahan semula tanah dan pemberimilikan semula mengikut Seksyen 204D KTN.atau menggunakan peruntukan dibawah Seksyen 90A KTN yang akan diterangkan secara mendalam dibahagian berikutnya. Hakmilik Pajakan Hakmilik pajakan adalah dokumen hakmilik yang menjadi kontrak antara kerajaan negeri dan pemilik tanah. Hakmilik pajakan adalah pegangan tanah secara bertempoh yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri setelah pemilik tanah membayar bayaran yang tertunggak selepas permohonan diluluskan (Seksyen 75 dan 81 KTN), ianya diterbitkan dan didaftar mengikut borang statutori yang dikenali sebagai Borang 5C ataupun Borang 5D mengikut pejabat pendaftar hakmilik . Pihak yang mengeluarkan Borang 5C ini dipanggil Pendaftar Hakmilik yang menjalankan tugas bagi pihak kerajaan negeri bagi mendaftar dan menjaga selamat hakmilik. Adaptasi sistem Torrens dalam sistem pentadbiran tanah menjadikan hakmilik pajakan mempunyai maklumat yang komprehensif. Di antara maklumat yang terkandung di dalam hakmilik pajakan adalah maklumat cukai tanah, tempoh sah laku hakmilik pajakan, maklumat kadester, syarat nyata dan sekatan kepentingan, perihal ketuanpunyaan dan rekod urusan tanah. Di dalam Kanun Tanah Negara, cukai tanah dinyatakan menggunakan terma sewaan. Telah menjadi amalan terma sewaan ini ditafsirkan sebagai cukai tahunan. Seperti yang dinyatakan, maklumat cukai tanah adalah jumlah cukai tanah yang perlu dibayar oleh tuan tanah kepada kerajaan pada setiap tahun. Menurut Seksyen 94 (1), cukai tahunan perlu bayar pada bermula setiap awal tahun kalender sehingga 31 Mei. Cukai ini dikira akan tertunggak bermula 1 Jun tahun kalender. Jumlah bayaran yang dikenakan kepada pemilik adalah tertakluk kepada Kaedah Tanah Negeri, berdasarkan kategori kegunaan tanah dan lokasi tanah tersebut berada. Tempoh bagi hakmilik pajakan adalah tidak kurang daripada 3 tahun dan tidak melebihi daripada 99 tahun bagi keadaan biasa (Seksyen 76, KTN). Menjadi kebiasaan tempoh hakmilik pajakan tanah ini ditawarkan selama 30 tahun, 60 tahun dan 99 tahun (Pekeliling JKPTG Bil 1/2009). Apabila tempoh hakmilik pajakan tamat, ianya tidak dapat diperbaharui atau
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 79 DAN SAINS SOSIAL disambung secara automatik melainkan melalui permohonan daripada pemilik tanah tersebut (JKPTG, 2008 dan 2017). Maklumat ini menerangkan tempoh sahlaku hakmilik pajakan dan tarikh tamat pajakan. Pemilik tanah boleh menikmati semua manfaat berkaitan tanah dalam tempoh tersebut. Maklumat kadaster pula menerangkan tentang, lokasi, keluasan tanah, nombor shit piawai dan kategori penggunaan tanah. Secara asasnya kategori penggunaan tanah terbahagi kepada tiga iaitu pertanian, bangunan dan industri. Seksyen 114 sehingga Seksyen 118 Kanun Tanah Negara menerangkan syarat-syarat tersirat yang perlu dipatuhi oleh pemilik tanah berdasarkan kepada kategori tanah. Ianya disebut syarat tersirat kerana tidak dinyatakan secara khusus dalam hakmilik tetapi perlu dipatuhi kerana disebut didalam Kanun Tanah Negara secara spesifik (Salleh 1998). Bagi kategori pertanian syarat tersirat penggunaan tanah adalah i) boleh membina bangunan dalam tempoh 3 tahun bagi tujuan pertanian, kediaman, perubatan dan pendidikan (bagi pekerja ladang), bangunan pemprosesan pertanian iaitu tidak boleh melebihi satu perlima daripada keluasan keseluruhan atau 2 hektar mana-mana yang lebih kecil; dan ii) memulakan aktiviti pertanian dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pendaftaran hakmilik dan menyiapkan dalam tempoh 3 tahun. Bagi kategori bangunan pula syarat tersirat yang dikenakan adalah i) boleh membina bangunan kediaman, perdagangan, perniagaan, pendidikan dan kesihatan dalam tempoh 2 tahun dari tarikh pendaftaran hakmilik; ii) tidak boleh digunakan bertujuan pertanian atau industri; iii) bangunan dijaga dengan baik; dan iv) tidak boleh diubahsuai, diroboh atau diperbesarkan tanpa kebenaran pihak berkuasa yang berkaitan. Manakala bagi kategori perindusrian pula syarat tersirat yang dinyatakan didalam KTN adalah i) Boleh mendirikan atau menyelenggarakan kilang, bengkel, tempat pelaburan, gudang, limbungan, jeti, jalan keretapi atau bangunan atau pemasangan lain bagi kegunaan atau berhubung dengan satu atau lebih daripada pelaburan, pembuatan, pembuatan pengagihan elektrik, penyimpanan, pengangkutan dan pengedaran barang. Secara amnya Pemilik tanah bagi kesemua kategori-kategori tanah yang disebut dikehendaki secara amnya menjaga tanah daripada rosak, kemusnahan dan pengeluaran secara haram dan melaporkan kepada pihak berkuasa apabila berlakunya perkara tersebut. Syarat nyata adalah menerangkan maklumat berkaitan kegunaan tanah mengikut kategori tanah secara spesifik. Sebagai contoh bagi bagi kategori pertanian, pihak kerajaan boleh menetapkan secara spesifik jenis tanaman yang boleh ditanam di atas tanah atau jenis ternakan yang boleh diternak. Keadaan ini mengehadkan penggunaan umum tanah seperti yang telah dibincangkan di dalam kategori-kategori kegunaan tanah. Bagi kategori pertanian, menurut Sekseyn 121 syarat nyata yang boleh dikenakan ke atas tanah adalah i)menyatakan jenis dan kelas hasil pertanian seperti jenis haiwan ternakan dan jenis tumbuhan yang akan ditanam; ii) menghalang jenis dan kelas hasil pertanian seperti jenis haiwan ternakan dan jenis tumbuhan yang akan ditanam; iii) menetapkan tarikh-tarikh penting hal-hal berkaitan pertanian untuk permulaan dan penyelesaian kerja; dan iv) mengehadkan keluasan maksimum bagi bangunan yang didirikan di atas tanah yang digunakan untuk tujuan pertanian. Bagi kategori bangunan dan perindustrian pula , syarat-syarat nyata yang boleh dikenakan ke atas tanah adalah i) menyatakan keluasan tanah atau sebahagiannya untuk didirikan; ii) jenis, rekabentuk, ketinggian, struktur mana bangunan yang didirikan atas tanah serta jenis dan kualiti bahan yang akan digunakan dalam pembinaan tersebut; iii) tarikh bila dan sebelum tarikh tertentu bangunan itu didirikan dan disiapkan; dan iv) kegunaan bangunan itu. Rekod-rekod ketuanpunyaan serta rekod-rekod urusan dan kepentingan semasa dicatat bagi menerangkan urusan-urusan yang sedang berkuatkuasa. Nama pemilik akan ditulis dan dicatatkan bahagian pemilikan. Diantara rekod-rekod urusan yang didaftarkan adalah gadaian, pajakan, kaveat serta urusan-urusan seperti endosan yang dinyatakan didalam Kanun Tanah Negara.
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 80 DAN SAINS SOSIAL Pembaharuan Hakmilik Pajakan Berdasarkan kepada Pekeliling Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Bilangan 1 tahun 2011, konsep “pembaharuan” hakmilik pajakan membawa maksud tuan punya tanah memperoleh hakmilik dengan tempoh pemegangan baru melalui proses pemberimilikan tanah ke atas tanah milik yang telah diserahkan keseluruhan kepada Kerajaan Negeri. Sehingga tahun 2016, tiada peruntukan di dalam Kanun Tanah Negara yang menyatakan dengan jelas berhubung dengan tatacara permohonan pelanjutan tempoh pajakan. Menyedari hal ini JKPTG telah mengeluarkan Pekeliling Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Bilangan 1 Tahun 2011 setelah mendapat persetujuan oleh Majlis Tanah Negara ke 66 yang bersidang pada 1 Disember 2010 menyatakan pelanjutan tempoh pajakan hanya boleh dilakukan melalui proses penyerahan balik tanah dibawah Seksyen 197 Kanun Tanah Negara, dengan serentaknya memohon pemberimilikan tanah di bawah peruntukan Seksyen 76 Kanun Tanah Negara. Proses ini lebih dikenali sebagai Penyerahan Balik Tanah dan Pemberimilikan Semula. Proses ini boleh dipohon oleh pemilik tanah sebelum tempoh hakmilik pajakan tamat. Bagi hakmilik pajakan yang telah tamat, pemilik tanah hanya perlu mengemukakan pemohonan pemberimilikan tanah bagi tujuan memperbaharui hakmilik pajakan tersebut. Pada tahun 2016, Kanun Tanah Negera telah dipinda melalui Akta 1516, Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2016 telah memasukkan Seksyen 90A yang memperuntukan kuasa kepada kerajaan negeri untuk memperbaharui hakmilik pajakan berdasarkan kepada permohonan pemilik tanah. Permohonan pembaharuan ini hendaklah dimohon sebelum tempoh hakmilik pajakan tamat. Tatacara pelanjutan tempoh ini diterangkan dengan lebih terperinci menerusi Pekeliling Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Bilangan 1 Tahun 2017. Pemasukan tatacara pelanjutan tempoh hakmilik pajakan ini tidaklah menyebabkan tatacara Penyerahan Balik Keseluruhan Tanah dan Pemberimilikan Semula samada menggunakan Seksyen 197 dan Seksyen 76 secara serentak atau menggunakan Seksyen 204D Kanun Tanah Negara yang sudah diamalkan sebelum ini terbatal. Oleh itu dapat dirumuskan terdapat 4 proses pembaharuan hakmilik pajakan yang diguna pakai iaitu: i) Penyerahan Balik Tanah (Seksyen 197, KTN) dan Pemberimilikan Semula (Seksyen 76, KTN); ii) Permohonan Pelanjutan Tempoh Hakmilik Pajakan (Seksyen 90A, KTN); iii) Pemberimilikan Semula (Seksyen 76, KTN) Setelah Pajakan Tamat; dan iv) Penyerahan Semula Tanah dan Pemberimilikan Semula (Seksyen 204D, KTN). Kaedah pertama adalah Penyerahan Balik Tanah (Seksyen 197) dan Pemberimilikan Semula (Seksyen 76). Proses Penyerahan Balik Tanah dan Pemberimilikan semula bermula apabila pemilik tanah memohon menggunakan Borang 12A iaitu Borang Penyerahan Balik Tanah (Seksyen 197, KTN) dan Borang Jadual 1 iaitu Borang Permohonan Tanah (Kaedah Tanah Negeri) dengan serentak. Kaedah ini menyebabkan tanah pemohon diserahkan semula kepada kerajaan negeri, dan pada masa yang sama, pemohon memohon semula tanah tersebut. Permohonan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sebelum hakmilik pajakan tersebut tamat. Bagi hakmilik tanah yang mempunyai pemilik tanah lebih daripada satu, permohonan yang dilakukan hendaklah mendapat persetujuan daripada semua pemilik. Cukai tanah semasa hendaklah dilangsaikan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan. Pemilik perlu mengemukakan bukti bayaran pemprosesan (Seksyen 197(1)(a), KTN) dan dokumen seperti surat persetujuan daripada pihak yang berkepentingan di atas tanah (Seksyen 196(2), KTN, JKPTG,2011) kepada Pejabat Tanah Daerah untuk diproses. Kemudian sebuah fail pentadbiran akan diwujudkan bagi memproses permohonan ini. Bagi pemohon yang berhasrat untuk membangunkan tanah seperti meminda syarat nyata tanah dan memecah sempadan kepada pelbagai lot, pemohon hendaklah mengemukakan Pelan Kebenaran Merancang yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Pejabat tanah daerah seterusnya akan membuat
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 81 DAN SAINS SOSIAL tandaan di syit piawaian menandakan terdapat permohonan di atas lot tanah yang berkenaan. Pentadbir Tanah Daerah akan membuat endosan di atas hakmilik (Seksyen 197(3), KTN). Pada masa yang sama Pentadbir Tanah Daerah akan memohon ulasan daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) bagi mendapatkan nilaian tanah (JKPTG,2011). Pejabat tanah daerah melalui Penolong Pegawai Tanah akan membuat lawatan ke tapak dan menyediakan laporan keadaan tapak berdasarkan hakmilik semasa. Apabila kesemua laporan dan ulasan daripada JPPH diterima Pentadbir Tanah Daerah akan menyediakan kertas pertimbangan Jawatankuasa Tanah Negeri yang mengandungi pengesyoran setelah meneliti laporan tanah dan ulasan JPPH berhubung penilaian tanah. Kertas pertimbangan itu seterusnya akan dikemukakan kepada Pengarah Tanah dan Galian selaku urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Negeri yang dipengerusikan oleh YAB Ketua Menteri. Di antara ahli wajib mesyuarat tersebut adalah YB Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Penasihat UndangUndang Negeri, Exco yang menjaga portfolio tanah, Jabatan Perancang Bandar dan Desa dan Majlis Bandaraya. Kehadiran dari jabatan-jabatan kerajaan yang lain adalah berdasarkan kepada keperluan. Setelah keputusan dibuat di Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Negeri, kertas pertimbangan akan diangkat ke peringkat Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk kelulusan. Berdasarkan keputusan muktamad oleh Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Pejabat Tanah dan Galian akan memaklumkan keputusan kepada pejabat tanah daerah untuk tindakan selanjutnya. Surat pemakluman keputusan yang dikeluarkan Pejabat Tanah dan Galian mengandungi maklumat berkenaan kelulusan, syarat nyata dan sekatan kepentingan, tempoh pajakan tanah, kadar bayaran premium, bayaran penyediaan hakmilik, serta bayaran perkhidmatan ukur. Pentadbir Tanah Daerah setelah mendapat keputusan tersebut hendaklah mengendoskan penyerah tanah kepada kerajaan (Seksyen 198(4)(b), KTN) dan membatalkan hakmilik pajakan yang lama. Apabila hakmilik dibatal, tanah tersebut adalah menjadi milik kerajaan negeri semula (Seksyen 46 (d), KTN). Dalam keadaan ini, kerajaan negeri mempunyai kuasa sepenuhnya dalam menentukan syarat-syarat baru bahkan pihak kerajaan tidak terikat untuk meluluskan pembaharuan hakmilik pajakan (JKPTG,2011). Kerajaan negeri seterusnya mempunyai kuasa untuk memberimilik sehingga maksimum 99 tahun bermula daripada tarikh hakmilik pajakan baharu didaftar. Pentadbir Tanah Daerah akan mengeluarkan Borang 5A (Seksyen 81(2), KTN), iaitu notis bayaran yang perlu dibayar oleh pemohon (pemilik tanah asal, istilah pemohon digunakan kerana berdasarkan Seksyen 131, tanah tersebut adalah terletakhak dan menjadi tanah kerajaan). Kesemua kepentingan berdaftar adalah terbatal dan kerajaan negeri adalah dibebaskan daripada bebanan tersebut (Seksyen 131, KTN). Bayaran yang perlu kemukakan adalah seperti bayaran premium, bayaran penyediaan hakmilik, bayaran ukur dan bayaran cukai tanah tahun pertama. Sebelum mengemukakan bayaran seperti yang diterangkan dalam Borang 5A, pemohon boleh mengemukakan rayuan bagi pengurangan bayaran, mengubah syarat nyata atau sekatan kepentingan yang telah diluluskan. Permohonan ini akan diangkat semula kepada pihak kerajaan negeri untuk kelulusan. Kesemua bayaran perlu dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan. Setelah bayaran diterima, Pentadbir Tanah Daerah hendaklah mendaftar hakmilik pajakan yang baru. Setelah hakmilik pajakan didaftar, pemilik tanah (disebut semula sebagai pemilik disebabkan kesan pendafataran hakmilik) hendaklah diberitahu melalui notis dalam bentuk Borang 5F (Seksyen 90(1), KTN). Pada tahun 2016, Kanun Tanah Negara telah dipinda melalui Akta 1516, Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2016 telah memasukkan Seksyen 90A yang memperuntukkan kuasa
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 82 DAN SAINS SOSIAL kepada kerajaan negeri untuk memperbaharui hakmilik pajakan berdasarkan kepada permohonan pemilik tanah. Permohonan pembaharuan ini hendaklah dimohon sebelum tempoh hakmilik pajakan tamat. Permohonan ini dikenali sebagai permohonan Pelanjutan Tempoh Hakmilik Pajakan. Proses Permohonan Pelanjutan Tempoh Hakmilik Pajakan (Seksyen 90A, KTN) bermula apabila pemilik tanah memohon melalui satu surat atau borang kepada Pentadbir Tanah Daerah bagi pelanjutan tempoh hakmilik pajakan. Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa sebelum hakmilik pajakan tamat tempoh. Pemilik dikehendaki membayar fi permohonan dan juga cukai tanah sebelum permohonan diproses. Permohonan hendaklah dikemukakan sekali bersama surat kebenaran daripada pihak yang mempunyai kepentingan berdaftar di atas tanah (Seksyen 90A(4), KTN). Bagi tanah yang mempunyai bangunan yang dipecahbahagi dan pemilik yang lebih dari satu di atasnya, pemohonan perlu menyertakan keputusan sebulat suara pemilik petak bagi bangunan yang dipecahbahagi dan pemilik-pemilik tanah bagi pelanjutan tempoh (Seksyen 90A(8) KTN). Permohonan hendaklah dilakukan dalam tempoh sah hakmilik pajakan (Seksyen 90A(2) KTN). Pentadbir Tanah Daerah setelah memastikan syarat seperti di atas dipatuhi, akan membuka fail dan membuat endosan permohonan lanjut tempoh (Seksyen 90A(3), KTN). Pentadbir Tanah Daerah akan menyebabkan endosan berkenaan permohonan ke atas hakmilik pajakan tersebut. Seterusnya Pentadbir Tanah Daerah akan mendapatkan ulasan daripada JPPH bagi pengiraan premium. Pada masa yang sama, Penolong Pegawai Tanah akan membuat lawat tapak dan membuat laporan tanah. Setelah laporan daripada JPPH dan Penolong Pegawai Tanah diterima, Pentadbir Tanah Daerah akan mengemukakan kertas kepada Pejabat Tanah dan Galian untuk diangkat kepada pertimbangan kerajaan negeri (JKPTG,2017). Setelah kerajaan negeri meluluskan permohonan tersebut, Pejabat Tanah dan Galian akan memaklumkan kelulusan kepada Pentadbir Tanah Daerah yang mengandungi maklumat seperti tempoh pajakan yang diluluskan, kadar bayaran premium dan bayaran-bayaran lain. Pentadbir Tanah Daerah akan memaklumkan kelulusan tersebut kepada pemilik tanah beserta dengan Borang 5A yang menyatakan bayaran premium dan bayaran-bayaran lain. Pentadbir Tanah Daerah dikehendaki dengan seberapa segera menyebabkan endosan lanjutan tempoh dilakukan pada hakmilik pajakan setelah bayaran yang disebut pada Borang 5A dijelaskan oleh pemilik tanah (Seksyen 90A(7), KTN). Endosan pada hakmilik pajakan tersebut akan menyatakan tempoh hakmilik pajakan telah disambungkan selama 99 tahun mengambil kira baki tempoh sah laku hakmilik semasa. Hakmilik pajakan sediada tidak dibatalkan dan oleh yang demikian semua kepentingan yang berdaftar adalah masih berkuatkuasa dan terjamin. Kaedah Penyerahan Semula Tanah dan Pemberimilikan Semula (Seksyen 204D, KTN) adalah kaedah yang sering digunakan oleh pemohon yang berhasrat untuk membangunkan tanah seperti membangunkan skim perumahan ataupun pusat komersial (Mohd Rafi, 2015). Kaedah ini mempunyai faedah yang sama seperti Penyerahan Balik Tanah (Seksyen 197, KTN) Dan Pemberimilikan Semula (Seksyen 76, KTN) tetapi mempunyai kelebihan seperti jaminan hak pemohon sebagai pemilik tanah dan jaminan mengekalkan tempoh pegangan. Permohonan ini dibuat dengan menggunakan Borang 12D. Pemohon ini hendaklah disertakan bersama Pelan Kebenaran Merancang yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (Seksyen 204(C)(1)(a), KTN). Tanah pemohon tersebut hendaklah bebas daripada bebanan (Seksyen 204(C)(1)(c) dan (d), KTN). Setelah bayaran fi yang berkenaan diterima, sebuah fail akan dibuka untuk menguruskan permohonan ini. Pentadbir Tanah seterusnya akan menyebabkan hakmilik pajakan tersebut diendos dengan permohonan Penyerahan Semula Tanah dan Pemberimilikan Semula (Seksyen 204D(3), KTN). Seterusnya Penolong Pegawai Tanah akan menyediakan laporan tanah dan pada masa yang sama ulasan JPPH bagi penentuan premium tanah. Setelah laporan daripada Penolong Pegawai Tanah dan ulasan JPPH diterima,
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 83 DAN SAINS SOSIAL Pentadbir Tanah akan mengemukakan kertas pertimbangan kepada PTG bagi mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Tanah Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Pihak Berkuasa Negeri dalam meluluskan permohonan tersebut hendaklah meluluskan hakmilik kekal bagi tanah yang asalnya hakmilik kekal, atau tempoh yang tidak kurang daripada tempoh asal bagi hakmilik pajakan (Seksyen 204E(3A)). Pihak Berkuasa Negeri boleh meluluskan permohonan pelanjutan tempoh hakmilik pajakan yang tidak melebihi 99 tahun termasuk baki tempoh hakmilik pajakan seperti Seksyen 90A, KTN (Seksyen 204E(3A)). Pemohon akan dimaklumkan kelulusan dan tuntutan bayaran dibuat melalui Borang 5A (PDTSPU,2020). Setelah bayaran diterima, endosan kelulusan pada hakmilik pajakan asal akan dilakukan. Hakmilik tersebut akan dibatalkan, dan hakmilik sambungan mengikut Pelan Kebenaran Merancang didaftarkan. Bagi hakmilik pajakan yang telah tamat, pemilik tanah hanya perlu mengemukakan pemohonan pemberimilikan tanah melalui peruntukan Seksyen 76 Kanun Tanah Negara bagi tujuan memperbaharui hakmilik pajakan tersebut. Dalam keadaan hamilik pajakan yang telah tamat tempoh, tanah tersebut telah terletak hak kembali kepada kerajaan negeri (Seksyen 46 (d), KTN). Oleh demikian, permohonan boleh dibuat oleh tuan tanah atau tuan-tuan tanah bagi tanah yang mempunyai tuan tanah lebih dari satu. Kerajaan negeri mempunyai kuasa penuh dalam meluluskan permohonan pemberimilikan tersebut. Permohonan bermula apabila pemohon mengemukakan Borang Jadual 1 (Kaedah Tanah Negeri) serta mengemukakan fi permohonan. Kemudian sebuah fail pentadbiran akan diwujudkan bagi memproses permohonan ini. Pejabat Tanah Daerah seterusya akan membuat tandaan di syit piawaian menandakan terdapat permohonan di atas lot tanah yang berkenaan. Pentadbir Tanah Daerah akan memohon ulasan daripada jabatan-jabatan kerajaan berhubung permohonan tersebut (PDTSPU,2020). Jabatan-jabatan kerajaan yang akan memberikan ulasan dan laporan adalah Majlis Bandaraya, Plan Penang, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dan Jabatan Alam Sekitar. Ulasan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri juga dimohon bertujuan mendapatkan input keperluan penduduk kawasan tersebut. Pejabat Tanah Daerah melalui Penolong Pegawai Tanah akan membuat lawatan ke tapak dan menyediakan laporan keadaan tapak (PDTSPU,2020). Pentadbir Tanah Daerah melalui Pejabat Tanah Galian akan mengemukakan kertas pertimbangan untuk dipertimbangkan oleh kerajaan negeri (melalui Jawatankuasa Tanah Negeri dan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Kerajaan negeri boleh meluluskan pemberimilikan secara hakmilik pajakan tidak melebihi 99 tahun sesuai dengan peruntukan Seksyen 76(a). Setelah mendapat kelulusan daripada pihak kerajan negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian, Pentadbir Tanah Daerah akan mengemukakan notis dalam bentuk Borang 5A (Seksyen 81(2), KTN) kepada pemohon. Bayaran yang dikenakan adalah termasuk bayaran premium, bayaran penyediaan hakmilik, bayaran ukur dan bayaran cukai tanah tahun pertama. Pemohon boleh mengemukakan permohonan rayuan terutamanya bagi pengurangan bayaran premium, syarat nyata dan sekatan kepentingan. Pemohon individu yang terletak di kawasan kampung samada kampung baru atau kampung tradisional yang memohon bagi keluasan tanah tidak melebihi 2 ekar boleh memohon untuk tempoh pembayaran selama 3 tahun dengan maksima 6 kali bayaran ansuran (Kaedah 4(7A), Kaedah Tanah Pulau Pinang).
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 84 DAN SAINS SOSIAL Jadual 1 Pembaharuan Hakmilik Pajakan Berdasarkan Kanun Tanah Negara Kaedah Peruntukan KTN Penerangan Penyerahan Balik Tanah (Seksyen 197) dan Pemberimilikan Semula (Seksyen 76) (Seksyen 197), (Seksyen 76) Permohonan hendaklah dibuat sebelum hakmilik pajakan tamat.Tanah diserahkan semula kepada kerajaan negeri, hakmilik pajakan sediada dibatalkan dan tanah tersebut diletakhak semula kepada kerajaan negeri. Setelah diserahkan kepada kerajaan negeri, tanah tersebut diberimilik semula kepada pemilik tanah dengan tempoh yang baharu tidak melebihi 99 tahun. Semasa hakmilik pajakan lama dibatalkan, tanah tersebut menjadi tanah kerajaan negeri, pemilik tanah asal berisiko untuk tidak menerima semula tanahnya. Penyerahan Semula Tanah dan Pemberimilikan Semula (Seksyen 204D) (Seksyen 204D) Sama seperti Penyerahan Balik Tanah (Seksyen 197) dan Pemberimilikan Semula (Seksyen 76) tetapi hak pemilik tanah untuk mendapat semula adalah dijamin oleh undang-undang. Proses ini memerlukan kelulusan Kebenaran Merancang daripada Pihak Berkuasa Tempatan sebagai pra-syarat utama permohonan. Ianya banyak digunakan dalam proses pembangunan tanah. Pemberimilikan Semula (Seksyen 76) (Seksyen 76) Permohonan melalui kaedah ini dibuat hanya apabila hakmilik pajakan telah tamat tempoh. Tanah tersebut secara automatik menjadi tanah kerajaan negeri dan pemilik tanah hanya melakukan permohonan pemberimilikan yang baru atas tanah yang sama. Pemilik tanah berisiko tidak diluluskan pemberimilikan tanah. Pelanjutan Tempoh Hakmilik Pajakan (Seksyen 90A) Permohonan ini diperkenalkan pada tahun 2016 melalui pindaan KTN. Permohonan hendaklah dilakukan sebelum hakmilik pajakan tamat tempohnya. Tempoh hakmilik pajakan yang diluluskan tidak boleh melebihi 99 tahun termasuk tempoh hakmilik pajakan yang berbaki. Isu Dan Cabaran Dalam Pembaharuan Hakmilik Pajakan Hakmilik pajakan adalah satu pemilikan yang diberikan kerajaan negeri kepada pemilik tanah yang mempunyai tempoh. Oleh kerana ianya adalah sumber yang terhad, nilai tanah akan terus meningkat disebabkan keperluan pembangunan. Nilai tanah pajakan yang panjang ataupun dalam konteks kajian ini, hakmilik pajakan, adalah hampir bersamaan dengan hakmilik kekal (Capozza and Sick, 1991) walaupun di akhir tempoh pajakan, tanah tersebut akan dipulangkan semula kepada kerajaan. Sesetengah pengkaji mendapati bahawa nilai tanah meningkat disebabkan oleh (i) peningkatan jangka panjang bilangan populasi dan pembangunan ekonomi, (ii) pelaburan kerajaan dalam penyediaan infrastruktur dan perkhidmatan awam dan (iii) perubahan keteteapan penggunaan tanah (Hu et al., 2019). Perkara (ii) dan (iii) adalah berpunca daripada inisiatif kerajaan menyebabkan kerajaan berusaha untuk menjana hasil melalui urusan tanah. Disebabkan nilai tanah yang semakin meningkat, dan kerajaan perlu menjana kewangan bagi menjalankan tanggungjawab kepada rakyat, kebanyakan negara cuba mengenakan bayaran bersandarkan kepada nilai tanah semasa, namun menghadapi tekanan untuk mengurangkan bayaran pembaharuan pajakan samada premium atau sewa tahunan daripada rakyat apabila mengenakan bayaran pembaharuan pajakan yang tinggi(Hong, 1998; Wu et al., 2017; Tong et al., 2019). Kerajaan terpaksa akur dengan desakan tersebut walaupun pada hakikatnya pihak kerajaan mempunyai hak dari segi undang-undang kerana bagi negara yang
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 85 DAN SAINS SOSIAL demokratik, kerajaan (ahli politik) perlu memikirkan rakyat setempat (pengundi) yang memberikan impak kepada survival politik (Korthals Altes, 2019). Sungguhpun begitu, rakyat juga mempunyai kesusahan yang tersendiri dalam mengetengahkan isu berkaitan premium yang tinggi. Pemohon tanah terpaksa menyediakan wang yang banyak beratus ribu untuk membayar premium. Kemudahan pinjaman tidak dapat dipohon kerana institusi kewangan tidak dapat mendaftar kepentingan di atas hakmilik. Semakan pada cabutan minit mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Pulau Pinang Bil 42 tahun 2008 mendapati bahawa kerajaan negeri hanya memberikan potongan harga premium sebanyak 88% dan 90% masing-masing bagi hakmilik pajakan bertempoh 60 tahun dan 99 tahun baki tanah yang terletak di kawasan “Kampung Baru”. Tambahan pula pada 2017, kerajaan negeri Pulau Pinang meluluskan pindaaan Kaedah-Kaedah Tanah Pulau Pinang (Pindaan) 2016 yang memasukkan kemudahan membayar ansuran sebanyak 6 kali bagi tempoh 3 tahun untuk pembayaran premium bagi tanah yang berada di kawasan “Kampung Baru”, “Kampung Tradisional” dan kampung. Namun kemudahan ini tidak terdapat bagi kawasankawasan lain terutamanya kawasan bandar. Ianya menimbulkan tanda tanya tentang kesaksamaan rakyat dalam sesuatu negeri (Wu et al., 2017). Isu bayaran premium yang tinggi akan menyebabnya timbul isu gentrifikasi kepada penduduk bandar dimana penduduk terpaksa berpindah ke kawasan yang lebih murah kerana tidak mampu untuk membayar kos pembaharuan pajakan (Korthals Altes, 2019). Tong et al., (2019) menegaskan apabila kerajaan mengimplimentasikan sesuatu polisi berkaitan pembaharuan pajakan terdapat beberapa kesukaran yang perlu diberi perhatian. Ini termasuklah kiraan bayaran pembaharuan yang standad, undang-undang yang kabur dan tidak jelas serta penguatkuasaan dan pemantauan kutipan sewaan. Rekod sahlaku hakmilik pajakan harus dijaga dan dipantau agar, kerajaan tidak terlepas daripada menjalankan penguatkuasaan dan menuntut supaya pembaharuan hakmilik pajakan dibuat oleh pemilik tanah. Sumber tanah yang terhad menyebabkan pembangunan perumahan, komersial dan industri berubah kepada perkongsian bangunan. Pembangunan bangunan bertingkat di atas satu tanah yang memiliki pemilik yang ramai akan mengundang isu yang tersendiri apabila menghadapai pembaharuan pajakan. Mengambil contoh Hong Kong keputusan bersama secara sebulat suara harus dicapai sebelum membuat rundingan dengan kerajaan bagi pembaharuan pajakan. Isuisu berkaitan kewangan, pemilik yang tiada dalam negara dan keputusan secara sebulat suara tidak dapat dicapai sehinggakan pihak kerajaan terpaksa melantik jawatankuasa khas untuk menangani masalah ini (Hong, 1998). Akhir sekali, terdapat desakan supaya pajakan diubah menjadi pajakan kekal atau pegangan kekal. Perkara ini dapat dilihat berlaku di Armsterdamn, Australia dan Israel (Benchetrit and Czamanski, 2004)(Korthals Altes, 2019). Isu ini juga telah menjadi perdebatan hangat di Malaysia apabila kerajaan negeri Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan mengumumkan dasar memberikan tempoh hakmilik pajakan melebihi 99 tahun bagi negeri Perak dan mengubah hakmilik pajakan kepada hakmilik kekal bagi kawasan perumahan di negeri Pulau Pinang dan Negeri Sembilan (PTGPP, 2008)(Astro Awani,2021)(Harian Metro, 2020). Terkini pada tahun 2018, JKPTG telah mengeluarkan Pekeliling Bilangan 1 tahun 2018 yang menyatakan bahawa kerajaan negeri boleh memberikan pemilikan kekal mengikut case by case basis menunjukkan kesediaan kerajaan dalam menghadapi keperluan dan kehendak rakyat dalam kes-kes tertentu, memberikan pemilikan kekal. Namun oleh kerana kerajaan negeri akan kehilangan punca pendapatan melalui premium, kerajaan mungkin akan sedikit demi sedikit berubah kepada satu bentuk percukaian yang lain untuk menggantikan sumber pendapatan yang hilang (Korthals Altes, 2019).
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 86 DAN SAINS SOSIAL Kesimpulan Berdasarkan kepada penerangan yang telah diberikan berkaitan pengenalan berkaitan hakmilik pajakan, kaedah-kaedah permohonan pembaharuan hakmilik pajakan serta isu dan cabaran dalam pembaharuan hakmilik pajakan, dapat disimpulkan bahawa pembaharuan hakmilik pajakan adalah satu proses yang penting bagi kedua-dua pemilik tanah dan juga pihak kerajaan. Dengan bayaran premium dan bayaran sewaan tahunan yang lebih dikenali sebagai cukai tahunan kepada kerajaan negeri, pemilik tanah boleh menggunakan tanah sepertimana yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri. Hasil daripada premium tanah dan cukai tahunan pula akan digunakan oleh kerajaan negeri bagi menjaga kebajikan rakyat dinegeri tersebut seperti menyediakan kemudahan fasiliti awam dan program-program bantuan kepada rakyat. Namun bayaran premium yang tinggi, seringkali mengikut harga pasaran atau sebahagian daripadanya menyebabkan berlaku dilema di antara kerajaan negeri dan pemilik tanah. Satu jalan penyelesaian berhubung kadar bayaran premium harus dicari bagi menyeimbangkan hasil kerajaan negeri untuk pembangunan negeri dan bebanan pemilik tanah untuk membuat bayaran premium berdasarkan harga pasaran. Kajian lanjut seperti gentrifikasi yang berlaku di kawasan-kawasan bandar disebabkan premium tanah yang tinggi boleh dilakukan dengan mengambilkira situasi di Malaysia. Ianya dapat memberi kesedaran kepada rakyat dan kerajaan dalam membentuk polisi dan dasar yang memberi keadilan kepada semua dan merancakkan lagi ekonomi serta menambahkan kualiti hidup rakyat. Kaedah-kaedah pembaharuan hakmilik pajakan haruslah diteliti agar ianya menjadi mudah dan jelas. Berdasarkan empat kaedah yang diterangkan, rakyat harus diberikan kefahaman berhubung kaedah-kaedah yang ada agar dapat disesuaikan dengan keperluan pemilik tanah yang mempunyai kepentingan dan fakta yang pelbagai. Ianya dapat memberikan keyakinan kepada rakyat dalam pemegangan tanah dan seterusnya akan menjamin hasil kepada kerajaan negeri kerana urusan pembaharuan hakmilik pajakan yang jelas dan mudah akan menggalakkan pemilik tanah membuat permohonan pembaharuan pajakan tanpa berlengah dan ini akan mengurangkan jurang hasil yang tidak dapat dikutip kerana pemilik tanah melengahlengahkan permohonan pembaharuan hakmilik pajakan. Peredaran masa dan keperluan rakyat akan berubah dari masa ke masa menyebabkan kerajaan perlu mengadaptasi desakan dan keperluan rakyat dalam pembentukan dasar dan undang-undang. Walaupun hakmilik pajakan adalah keutamaan dalam pemberimilikan tanah, namun pemberimilikan secara hakmilik geran (tidak bertempoh) yang baru juga adalah tidak mustahil di masa hadapan. Kerajaan haruslah mengkaji impak perubahan tersebut dan memikirkan alternatif lain bagi menjana hasil selain bergantung harap kepada premium pembaharuan hakmilik pajakan. Rujukan Abdullah, S. A. and Hezri, A. A. (2008) From forest landscape to agricultural landscape in the developing tropical country of Malaysia: Pattern, process, and their significance on policy, Environmental Management, 42(5), 907–917. Anol Bhattacherjee (2012) Social Science Research: Principles, Methods, And Practices, Anol Bhattacherjee Amirul Haffiz ariff, Suhailizan Suliman, Mohd Halim Hasbullah, Jamaludin A. Hamid Preskripsi Terkini Permohonan Serah Balik Kurnia Semula di Negeri Johor, Kompendium Tanah Johor, pp 17-34 Benchetrit, G. and Czamanski, D. (2004) The gradual abolition of the public leasehold system in Israel and Canberra: What lessons can be learned?, Land Use Policy, 21(1), 45–57. Bourassa, S. C., Neutze, M. and Strong, A. L. (1997) Assessing betterment under a public premium leasehold system: Principles and practice in Canberra, Journal of Property Research, 14(1), 49–68. Bryman, A. (2012) Social Research Methods 4th Edition. 4th edn, Oxford University Press. 4th edn. Capozza, D. R. and Sick, G. A. (1991) Valuing Long-Term Leases : The Option to Redevelop, 223, 209–223. Chua Yan Piaw (2020), Mastering Research Methods 3rd Edition, McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn Bhd
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 87 DAN SAINS SOSIAL Creswell, J. (2013) Research Design;Qualitative, Quantitative, Mixed Method Approaches / John W. Creswell. 4th Ed. Creswell, J. and Poth, P. (2018) Qualitative Inquiry & Research Design: Choosing Among Five Approaches 4th Edition, SAGE Publications,Inc. Eves, C. and Blake, A. (2013) ASSESSING THE LONG TERM VIABILITY OF LEASEHOLD RURAL LAND IN QUEENSLAND, in. Hasson, F., Keeney, S. and McKenna, H. (2000) Research guidelines for the Delphi survey technique, Journal of Advanced Nursing, 32(4), 1008–1015. Hermayulis, Hardian, F., Hernadewita, Amelia, D., Che Husna, A., Noor Inayah, Y. and Rohimi, S. (2012) An Analyisi of the Leasehold Concept in the Land Management System of Indonesia and Malaysia, The Social Sciences, 7(3), 391–404. Hong, Y. H. (1998) Transaction costs of allocating increased land value under public leasehold systems: Hong Kong, Urban Studies, 35(9), 1577–1595. Ho, E. C. K. (2006) The leasehold system as a land management measure to attain sustainable development planning by contract A, Property Management, 24(3), 272–292. Hu, Y., Lu, B. and Wu, J. (2019) Value capture in industrial land renewal under the public leasehold system: A policy comparison in China, Land Use Policy. Elsevier, 84(January), 59–69. Jabatan Ketua Pengarah dan Galian (2009), Ketetapan Majlis Tanah Negara Ke-64 Mengenai Pemberimilikan Tanah Dalam Keadaan-keadaan Khas Untuk Pegangan Selamalamanya Di Bawah Seksyen 76(aa)(iii) Kanun Tanah Negara 1965, Pekeliling Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2009 Jabatan Ketua Pengarah dan Galian (2011), Kaedah Pelaksanaan Dasar Pemberian Tempoh Pegangan Baru Tidak Melebihi 99 Tahun Bagi Tanah-tanah Milik Berstatuskan Pajakan Negeri Dan Pajakan Mukim, Pekeliling Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2011 Jabatan Ketua Pengarah dan Galian (2013), Panduan Memproses Permohonan Pemberimilikan Tanah, Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2013 Jabatan Ketua Pengarah dan Galian (2017), Garis Panduan Permohonan Pelanjutan Tempoh Pajakan Hakmilik Berstatus Pajakan Negeri dan Pajakan Mukim, Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2017 Jabatan Ketua Pengarah dan Galian (2018), Ketetapan Majlis Tanah Negara Ke-73 Mengenai Pemberimilikan Tanah Dalam Keadaan-keadaan Khas Untuk Pegangan Selama-lamanya Di Bawah Seksyen 76(aa)(iii) Kanun Tanah Negara 1965, Pekeliling Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2018 Jasmi, K. A. (2012) Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatitif, Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012, (December). Jaiya, A. (2017). Pemajuan Tanah Melalui Peruntukan-peruntukan Khas (Seksyen 204A-H Kanun Tanah Negara 1965) – Suatu Pilihan. Jurnal Pentadbiran Tanah, 1(1), 97. Korthals Altes, W. K. (2019) Land pricing upon the extension of leases in public leasehold systems, Journal of European Real Estate Research, 12(1), 97–111. Mandell, S. (2001) Ground Leases & Local Property Taxes, Department of Real Estate and Construction Management, Royal Institut of Technology, Sweden. Mohd Rafi, A. A. S. (2015). PROSES SERAH BALIK BERIMILIK SEMULA TANAH PAJAKAN. University Teknologi Malaysia. Ploeger, H. and Bounjouh, H. (2017). The Dutch urban ground lease: A valuable tool for land policy?, Land Use Policy. Elsevier Ltd, 63, 78–85 Pranee Liamputtong (2009),Qualitative Research Methods, Third Edition, Oxford University Press. Rashid, Y., Rashid, A., Warraich, M. A., Sabir, S. S. and Waseem, A. (2019) Case Study Method: A Step-by-Step Guide for Business Researchers, International Journal of Qualitative Methods, 18, 1–13. Rowe, G. and Wrigth, G. (1999) The Delphi technique as a forecasting tool: Issues and analysis, International Journal of Forecasting, 15(4), 353–375. Salleh, Buang (1993) Dewan Bahasa dan Pustaka : Undang-Undang Tanah di Malaysia Sekaran, U. and Bougie, R. (2016) Research Methods for Bussiness. A Skill- Building Approach Seventh Edition, John Wiley & Sons Ltd. Shukri, I. M. and Ganason, A. (2010). Land Development Issues & Latest Initiatives Undertaken by JKPTG to Improve Service Delivery System of Land Administration, in LAND LAW AND PROPERTY DEVELOPMENT CONFERENCE, 1–10. Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang. (2008), Penyerahan dan Pemberimilikan Semula Tanah Bagi Mendapatkan Tempoh Pegangan Tanah Yang Lebih Panjang, Arahan PTG No 11/2008 Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang (2021) Data Hakmilik Pajakan Pulau Pinang Pejabat Daerah danTanah Seberang Perai Utara (2020) Fail Meja Penolong Pentadbir Tanah (Pelupusan dan Pembangunan)
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 88 DAN SAINS SOSIAL Jabatan Ketua Pengarah dan Galian (2008), Menyambung Tempoh Pajakan Negeri atau Pajakan Mukim , Pekeliling Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan Bilangan 4/2008 Tong, D., Wang, Z., Hong, Y. H. and Liu, C. (2019) Land Use Policy Assessing the possibility of charging for public leasehold renewal in China, Land Use Policy. Elsevier, 88(1712), 104205. Tse, R. (1999) Lag vacancy, effective rents and optimal lease term, Journal of Property Investment & Finance, 17(1), 75–88. Wu, Y., Mo, Z. and Peng, Y. (2017). Renewal of Land -Use Term For Urbanization in China: Sword of Damocles or Noahs Ark?, Land Use Policy, 65, 238–248.
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 89 DAN SAINS SOSIAL GUNAPAKAI PRINSIP IZIN MAKLUM AWAL BEBAS TELUS (IMABT) DALAM PROSEDUR OPERASI STANDARD PAJAKAN TANAH RIZAB ORANG ASLI Raja Mohd Shahrul Iezwan Raja Mohd Zien, Salfarina Samsudin dan Aminah Mohsin Fakulti Alam Bina Dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru Abstrak Prosedur operasi standard merupakan panduan yang digunakan untuk memastikan kegiatan operasi sesebuah organisasi atau syarikat berjalan lancar (Sailendra, 2015). Dengan Prosedur Operasi Standard (SOP), pekerja sesebuah organisasi akan dapat bekerja sesuai dengan prosedur yang berlaku, sehingga dapat memastikan kualiti dan keselamatan produk yang dihasilkan. (Wahyuni, Ode and Nikmat, 2021). Prosedur operasi standard dalam menguruskan pajakan tanah rizab Orang Asli mestilah mengambilkira penyelarasan tindakan antara Jabatan Kemajun Orang Asli (JAKOA) dan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) serta saranan agensi antarabangsa tentang keperluan prinsip Izin Makluman Awal Bebas Telus (IMABT). Di peringkat antarabangsa, IMABT ini lebih dikenali sebagai Free, Prior and Informed Consent (FPIC). Kepentingan mematuhi IMABT ini ada dinyatakan dalam bab 3, United Declaration on the Rights of Indigenous Peoples (UNDRIP) yang menyatakan keperluan setiap organisasi untuk mendokong UNDRIP. Masyarakat Orang Asli mempunyai hak untuk menebus, dengan cara digantikan tanah lain atau jika tidak boleh dibuat, diberikan pampasan yang adil dan saksama untuk tanah, wilayah dan sumber yang diduduki turun temurun secara tradisional yang mana telah diambil, diduduki, digunakan atau dirosakkan tanpa melalui proses Izin, Makluman awal, Bebas dan Telus (IMABT) yang disarankan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Fitzmaurice, 2017). Prinsip IMABT adalah salah satu keperluan yang disyorkan diperingkat antarabangsa dalam usaha memastikan orang Asli mendapat tempat yang sama rata di kalangan masyarakat. Kajian ini menceritakan tentang Tanah Rizab Orang Asli, Jenis Rizab Orang Asli,pengurusan pajakan tanah rizab Orang Asli, Prinsip Izin Maklum Awal Bebas Telus (IMABT) dan gunapakai prinsip tersebut dalam pengurusan pajakan tanah rizab Orang Asli Kata Kunci: Pajakan Tanah Rizab Orang Asli, Tanah Rizab Orang Asli, Izin Maklum Awal Bebas Telus (IMABT), Akta Orang Asli 1954 [Akta 134] Pengenalan Tanah rizab Orang Asli sama seperti tanah rizab negeri yang lain, ia tidak mepunyai dokumen hakmilik, tiada pembayaran premium perlu dibuat untuk perizaban dilakukan oleh Kerajaan Negeri dan tiada sebarang sewaan dikutip oleh negeri. Perizaban dilakukan melalui pewartaan mengikut seksyen 6 dan 7, Akta orang Asli 1954 ataupun sekyen 62, Kanun Tanah Negara berdasarkan pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri. Mengenai tatacara perizaban tanah, menurut (Julaihah, 2020), Pemberitahuan yang diwartakan akan mengandungi butiran berikut: a. maklumat tanah rizab seperti no. Lot tanah, keluasan, no. Pelan Akui, maklumat daerah, pekan atau mukim di mana tanah terletak; b. tujuan tanah itu dirizabkan sebagai contoh sekiranya rizab awam bagi tujuan kawasan lapang,tadika dan sebagainya. c. penamaan Pegawai Pengawal dan Pegawai Penyelenggara yang akan bertanggungjawab terhadap tanah tersebut.
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 90 DAN SAINS SOSIAL Tanah Rizab Orang Asli meliputi kawasan penempatan, kawasan rayau, kawasan pertanian dan kawasan perkuburan yang berkait rapat dengan adat resam masyarakat Orang Asli di satu satu kawasan tersebut. Tanah Rizab Orang Asli tidak "dimiliki" secara individu tetapi dipegang sebagai amanah untuk kumpulan oleh Batin atau Penghulu Orang Asli. Ia terletak dibawah kawalan dan pemantauan Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang bertanggungjawab terhadap kebajikan Orang Asli secara keseluruhan, bertindak sebagai penasihat kepada Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam menjaga kebajikan masyarakat tersebut. Walau bagaimanapun hak bagi mewartakan kawasan mahupun rizab Orang Asli adalah kuasa Kerajaan Negeri dan bukannya Kerajaan Persekutuan (Zanariah Zaini, 2002;Rohaizan Binti Nawi, 2002; Hasan Mat Nor,1991). Menurut data tanah tidak rasmi yang dikemaskini oleh Seksyen Perangkaan, JAKOA setakat Disember 2019, sehingga kini tanah Orang Asli yang diwartakan adalah sebanyak 25% iaitu 33,219.99 hektar tanah berbanding 132,613.04 hektar yang sepatutnya dirizabkan di Semenanjung Malaysia. Selebihnya 52.62% masih diperingkat permohonan pewartaan di Pihak Berkuasa Negeri, 15.36% telah lulus dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) di peringkat negeri dan 6.97% masih belum dibuat sebarang permohonan rasmi ke Pihak Berkusa Negeri untuk diwartakan. Jenis-jenis Rizab Orang Asli Pewartaan di bawah seksyen 6, Akta Orang Asli 1954 membenarkan untuk tanah tersebut dipajak kepada Orang Asli dan bukan Orang Asli dengan syarat perlu dirundingkan terlebih dahulu dengan Ketua Pengarah JAKOA untuk mendapatkan persetujuan. Bagi tanah yang dirizabkan di bawah seksyen 7, Akta Orang Asli 1954, ia sama sekali tidak boleh dipajak kepada orang selain Orang Asli. Tujuan peruntukan undang-undang ini diwujudkan adalah bagi menjaga kebajikan Orang Asli agar tidak dieksploitasi oleh orang luar dan dalam masa yang sama mengelakkan pembangunan tidak terancang di atas tanah yang diduduki oleh Orang Asli. Kawasan Orang Asli yang diwartakan menggunakan peruntukan seksyen 6, Akta Orang Asli 1954 adalah merujuk kepada kawasan yang diduduki oleh kebanyakan atau hanya Orang Asli yang masih belum diisytiharkan sebagai rizab Orang Asli di bawah seksyen 7, Akta Orang Asli 1954. Kawasan yang diwartakan bawah seksyen ini kebiasaanya merupakan kawasan Orang Asli bercucuk tanam dan berulang alik mengerjakannya sebagai sumber ekonomi. Tanah rizab Orang Asli yang diwartakan bawah seksyen 7 pula adalah merujuk kepada tanah yang dirizabkan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) bagi kawasan yang dikenalpasti sebagai penempatan kekal Orang Asli. Orang Asli sememangnya tinggal di dalam kawasan tersebut. Sekiranya Orang Asli tidak mungkin akan tinggal kekal di atas tanah tersebut, ia tidak boleh diwartakan di bawah seksyen ini tetapi hendaklah menjadi sebahagian dari kawasan orang Asli di bawah seksyen 6 sahaja. Suatu rizab Orang Asli boleh diwujudkan dalam kawasan Orang Asli. Ini bermakna bagi suatu kawasan dalam pelan yang diwartakan di bawah seksyen 6, Akta Orang Asli 1954, boleh dibatalkan sebahagiannya dan diwartakan mengikut peruntukan seksyen 7, sekiranya didapati Orang Asli sememangnya menetap atau mendirikan rumah di atas tanah tersebut. Terdapat beberapa kategori perizaban tanah untuk masyarakat Orang Asli pada hari ini. Lazim diketahui perizaban tanah Orang Asli mengikut peruntukan Akta Orang Asli 1954 dilakukan mengikut Seksyen 6, bagi kawasan yang diduduki kebanyakannya oleh Orang Asli atau hanya Orang Asli yang pada ketika itu masih belum diisytiharkan sebagai rizab di bawah seksyen 7 akta tersebut. Perizaban dibawah akta ini mempunyai syarat syarat tertentu yang perlu dipatuhi dan mempunyai ketetapan yang berbeza sedikit jika dibandingkan rizab yang diperuntukan di bawah seksyen 7 akta tersebut. Tanah yang dirizabkan di bawah Seksyen 6 ,
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 91 DAN SAINS SOSIAL Akta Orang Asli 1954 ini membenarkan tanah untuk dipajakkan kepada orang selain Orang Asli atau mana mana perusahaan dengan syarat ianya dirundingkan terlebih dahulu dengan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli dan mendapat persetujuan beliau. Perizaban yang dilakukan di bawah seksyen 7 pula adalah dibuat bagi kawasan yang hanya diduduki oleh Orang Asli. Pihak Berkuasa Negeri boleh mewartakan mana mana tanah dibawah seksyen 7 dengan syarat Orang Asli sememangnya menghuni tempat tersebut secara kekal. Ia juga boleh diwujudkan didalam suatu kawasan Orang Asli yang membawa maksud rizab seksyen 7 boleh wujud di dalam suatu kawasan yang dirizabkan di bawah seksyen 6 akta tersebut (Jabatan Peguam Negara, 2006) Selain dari dua rizab tersebut terdapat juga negeri-negeri yang kini mewartakan kawasan Orang Asli di bawah seksyen 62, Kanun Tanah Negara. Pegawai Pengawal bagi perizaban dibawah seskyen ini sudah pastinya bukan Ketua Pengarah JAKOA tetapi terletak sebagai rizab kawalan Setiausaha Kerajaan Negeri. Sekiranya pajakan tanah rizab ingin diadakan di dalam kawasan ini, ia perlulah berpandukan peruntukan seksyen 63, KTN, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JAKOA (2020). Pajakan Tanah Rizab Tanah yang dirizabkan untuk maksud awam dalam peruntukan seksyen 62, KTN atau mana‐ mana undang‐undang tanah terdahulu (cth: rizab padang permainan, padang ragut, kubur dll), (The Commissioner Of Law Revision, 2020). Tanah rizab Orang Asli dalam perihal ini adalah tanah rizab yang wujud daripada peuntukan undang – undang terdahulu iaitu di bawah Akta Orang Asli 1954. Pajakan tanah rizab di bawah seksyen 63, KTN membolehkan PBN memajakkan keseluruhan atau sebahagian daripada mana‐mana tanah rizab awam untuk suatu tempoh yang tidak melebihi 21 tahun. Permohonan pajakan boleh dibuat oleh pegawai pengawal tanah rizab atau mana‐mana orang atau badan yang telah mendapat kelulusan awal daripada pegawai pengawal tersebut. Mana‐mana pajakan tanah rizab yang diberikan oleh PBN hendaklah dibuat dalam Borang 4E KTN. Syarat-syarat pajakan tanah rizab: i. Tamat apabila pemegang pajakan meninggal dunia atau badan itu dibubarkan. ii. Boleh dibatalkan pada bila‐bila masa tanpa apa‐apa pampasan sekiranya perlanggaran syarat berlaku. iii. Boleh dibatalkan pada bila‐bila masa sebelum tamat tempoh pajakan melalui pembayaran pampasan yang dipersetujui atau mengikut peruntukan Sek.434 KTN. iv. Syarat‐syarat lain yang ditetapkan di dalam pajakan itu. Dalam satu kajian Pajakan Tanah Rizab di Selangor, dapatan kajian merumuskan bahawa amalan sedia ada pajakan tanah rizab masih tidak memadai untuk mengawal pembangunan di atas tanah rizab. Namun, pajakan tanah rizab itu sendiri dikatakan memberi situasi menang-menang kepada PBN, PBT, Pegawai Pengawal dan juga Pegawai Penyelenggara tanah rizab. Tanah rizab dapat diuruskan dengan lebih baik, dapat menjana kutipan hasil negeri , mengoptimakan penggunaan tanah serta mengurangkan beban kos dan tanggungjawab Pegawai Penyelenggara, (Julaihah, 2020) Pajakan Tanah Rizab Orang Asli Pajakan bagi tanah rizab Orang Asli tidak sama dengan pajakan tanah rizab awam dan pajakan tanah milik. Perbezaannya dengan pajakan tanah milik adalah ia tidak boleh diurusniaga mengikut peruntukan pajakan seksyen 221 KTN. Pajakan tanah rizab Orang Asli seharusnya tertakluk kepada syarat nyata dan peruntukan-peruntukan yang ditentukan dalam Borang 4E dan peruntukan lain dalam perjanjian pajakan yang ditetapkan. Hak-hak pemegang pajakan
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 92 DAN SAINS SOSIAL akan ditentukan dan dipersetujui pada peringkat awal melalui perbincangan dengan wakil masyarakat orang Asli, pemohon pajakan dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Perbezaan dengan pajakan tanah rizab awam adalah ia tertakluk kepada kebajikan dan kegunaan Orang Asli serta perlu mematuhi peruntukan undang-undang berkaitan pajakan dalam Akta Orang Asli 1954 termasuk persetujuan daripada Ketua Pengarah JAKOA. Sebarang keputusan mengenai terma dan kelulusan pajakan mesti mengambil kira kebajikan serta persetujuan masyarakat Orang Asli di kawasan terlibat. Ini adalah kerana secara tersiratnya tanah rizab tersebut adalah dipunyai masyarakat tersebut untuk kegunaan mereka dan JAKOA hanya menjaga tanah tersebut bagi pihak Orang Asli. Mengikut Seksyen 9, Akta Orang Asli 1954: “tiada Orang Asli boleh memajak tanah tanpa persetujuan Ketua Pengarah dan apa - apa transaksi yang dibuat tanpa mendapatkan persetujuan Ketua Pengarah adalah dianggap tidak sah dan tidak berkuatkuasa” Ini membawa maksud apa sahaja perjanjian pajakan antara Orang Asli dengan individu Orang Asli atau bukan Orang Asli mahupun mana-mana syarikat adalah dianggap tidak sah dan tidak terpakai sekiranya tidak dirunding dan mendapat persetujuan JAKOA. Sebarang transaksi termasuk perihal kewangan tanpa persetujuan Ketua Pengarah JAKOA adalah tidak sah di sisi undang-undang. Perjanjian sedemikian juga dianggap tidak boleh berkuatkuasa dan tiada nilai. Sekiranya terjadi sebarang isu atau syarat perjanjian dilanggar, perjanjian tersebut boleh dipertikaikan dan tidak dapat dijadikan bukti kes di Mahkamah kerana secara tidak langsung ia merupakan perjanjian yang tidak sah mengikut perundangan di bawah Akta Orang Asli 1954. Persoalan turut timbul mengenai kesahihan perjanjian pajakan yang dibuat melalui Kerajaan Negeri sekiranya tidak melibatkan pihak JAKOA atau tidak dibuktikan telah mendapat persetujuan Ketua Pengarah JAKOA terlebih dahulu. Terdapat kemungkinan perjanjian pajakan Kerajaan Negeri tersebut, tetap merupakan perjanjian sah yang tidak boleh dicabar di Mahkamah atau sebaliknya. Kebenaran pajakan di atas tanah rizab yang telah diwartakan sebagai tanah rizab Orang Asli turut selari dengan peruntukan KTN 1965. Antara peruntukan yang dirujuk dalam KTN 1965 adalah seksyen 63 di mana PBN bolehlah, atas persetujuan atau syor dari pegawai pengawal tanah rizab yang berkenaan dari semasa ke semasa memberi pajakan atas keseluruhan atau mana-mana bahagiannya untuk mana-mana tempoh yang tidak melebihi dua puluh satu tahun. Dalam urusan pajakan tanah rizab Orang Asli, kuasa Ketua Pengarah JAKOA sama seperti kuasa seorang pegawai pengawal tanah rizab. Ketua Pengarah JAKOA adalah bertanggungjawab dalam urusan tanah rizab Orang Asli termasuklah urusan pajakan. Pajakan Tanah Rizab Orang Asli dilakukan untuk tujuan pembangunan seperti menara telekomunikasi, projek-projek pertanian, rancangan penanaman semula, laluan jalan ke sesuatu tapak pembalakan atau dijadikan kawasan matau balak. Selain itu terdapat juga pajakan bagi projek besar seperti pembinaan empangan Hidro di kawasan Orang Asli yang berlaku di Perak. Mengikut Bahagian Pembangunan Sosioekonomi, JAKOA, jumlah pajakan tanah rizab yang ada dalam rekod mereka adalah sebanyak 50 permohonan yang terdiri dari pelbagai kategori. Amalan memajakkan tanah rizab kepada pihak lain adalah pendekatan yang lazim dibuat di kebanyakan negara luar sama ada di benua Amerika Utara mahupun Asia Tenggara (Peterson, 2012). Ini adalah bagi mengatasi sebahagian kawasan tanah rizab yang terbiar, tidak terurus dan tidak dibangunkan bagi tujuan ia dirizabkan kerana kekangan kewangan Pegawai Penyelenggara. Malahan ada juga tanah-tanah rizab ini yang diceroboh (Dr Hajah Asiah, Karim and Khadijah, 2006). Ia merupakan permasalahan serius yang perlu ditangani dengan segera oleh semua pihak (Addailamy binti Zainal Abidin and Azriana binti Ridouan, 2019).
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 93 DAN SAINS SOSIAL Pendekatan pajakan tanah rizab ini selain dapat menguruskan tanah dengan lebih baik, ia juga berkesan dalam meningkatkan kutipan hasil Kerajaan (Huina Gao, 2019). Kutipan hasil kerajaan yang diperolehi boleh digunakan kembali untuk pembangunan di kawasan atau rizab Orang Asli tersebut. Di Malaysia agensi yang dipertanggungjawapkan untuk menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli adalah Jabatan kemajuan Orang Asli (JAKOA). Ini termasuk kebajikan Orang Asli dalam pengurusan tanah yang didiami mereka. Bahagian yang bertanggungjawab dalam pengurusan tanah Orang Asli di Ibu Pejabat JAKOA adalah Bahagian Sosioekonomi. Diperingkat Negeri pula terdapat unit atau individiu tertentu dalam jabatan yang dipertanggungjawapkan untuk menguruskan segala perihal berkaitan tanah bagi pihak JAKOA. Ini termasukklah sebagai penghubung urusan dengan Pejabat Tanah Galian di negeri dan juga di peringkat Ibu Pejabat JAKOA sendiri. Manakala urusan tanah masyarakat Orang Asli di peringkat daerah diletakkan atas tanggungjawap Pegawai JAKOA Daerah (PKOAD) yang dilantik di setiap negeri. PKOAD bertanggungjawab untuk mengurus, melapor dan mengambil tindakan permulaan bagi setiap isu berkaitan tanah Orang Asli dan ini termasuk menguruskan permohonan pajakan bagi kawasan atau rizab Orang Asli di daerah masing masing. Pajakan tanah rizab merupakan kaedah yang efektif untuk meningkatkan pendapatan Kerajaan (Hong, 1996; Tian and Ma, 2009; Yusuf, Tefera and Zerihun, 2009; Anglin et al., 2014; Huina Gao, 2019). Dengan pandangan seperti ini, tanah rizab Orang Asli tidak terkecuali untuk dijadikan sumber ekonomi oleh Kerajaan Negeri. Namun harus dingat, walaupun ia merupakan rizab di bawah kuasa Kerajaan Negeri, PBN mempunyai tanggungjawap fidusiari terhadap masyarakat Orang Asli yang tinggal di dalam rizab tersebut. Segala pembangunan yang dibuat mesti menguntungkan masyarakat orang Asli dan ini termasuk dalam perkongsian sumber ekonomi dan hasil di atas tanah rizab Orang Asli. Menurut keterangan umum yang boleh didapati dari laman web JAKOA pada tahun 2021, visi jabatan tersebut adalah untuk menjadi organisasi penggerak utama yang efisyen bagi tujuan memajukan masyarakat Orang Asli setanding dengan kaum lain di Malaysia. Justeru, untuk mencapai perkara tersebut pentadbiran yang mencakupi pengurusan tanah perlulah setanding dengan pengurusan tanah lain seperti Rizab Melayu dan Rizab Tanah Persekutuan. Memandangkan wujud prosedur operasi standard bagi pajakan tanah rizab negeri dan persekutuan yang berpandukan KTN, prosedur operasi standard pajakan tanah rizab Orang Asli yang mengambilkira pendirian akta-akta yang berkaitan perlu diadakan. Prinsip Izin Makluman Awal Bebas Telus Free, Prior, Inform, Consent (FPIC) atau dikenali sebagai Izin Makluman Awal Bebas Telus(IMABT) adalah standard yang dilindungi oleh undang-undang hak asasi manusia antarabangsa. Ia menyatakan bahawa "semua orang memiliki hak untuk menentukan nasib sendiri" dan "semua orang memiliki hak untuk bebas mengembangkan pembangunan ekonomi, sosial, dan budaya mereka". Sesuai dengan Deklarasi PBB mengenai Hak Orang Asli dan ILO No. 169, kerajaan mempunyai kewajiban untuk berunding dengan masyarakat Orang Asli melalui prosedur khas dan berbeza dalam perkara yang mempengaruhinya, dengan objektif untuk mendapatkan izin, makluman, awal, bebas dan telus(James Anaya, 2009) Mengikut IMABT, individu dan komuniti harus dimaklumkan dengan tepat, menggunakan bahasa yang mudah difahami mengenai projek yang mungkin memerlukan penggunaan tanah mereka, Rohaida Nordin (2014). Ini bermaksud sekiranya sesuatu suku kaum Orang Asli itu hanya memahami bahasa mereka sendiri, penjelasan perlu dilakukan dalam bahasa mereka. IMABT secara prinsipal bertujuan untuk menjamin bahawa masyarakat pribumi diberi peluang untuk memberi, menahan atau merundingkan penggunaan tanah dan isu-isu yang berkaitan. Pada 2011, Malaysia telah menyokong penggunaan Prinsip IMABT ini
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 94 DAN SAINS SOSIAL digunapakai dalam pembangunan masyarakat Orang Asli di peringkat PBB. Prinsip IMABT ini terbagi kepada 5 iaitu; Bebas Telus (Free): Bebas merujuk kepada persetujuan yang diberikan secara sukarela dan tidak ada "paksaan, intimidasi atau manipulasi"(Jennifer Laughlin, 2013). Proses membuat keputusan dan pengumpulan maklumat oleh orang yang berpotensi terjejas /komuniti tidak boleh dibatasi oleh paksaan, ancaman, manipulasi, atau tidak sama daya tawar. Persetujuan mesti sepenuhnya sukarela (Goodland, 2004). Bebas merujuk kepada proses yang diarahkan sendiri oleh masyarakat dari mana persetujuan sedang dicari, tanpa dibebani oleh paksaan, jangkaan atau garis masa yang ada dikenakan pihak luar: i. Pihak berkepentingan menentukan proses, garis masa dan struktur membuat keputusan; ii. Maklumat ditawarkan secara telus dan mengikut objektif permintaan pihak berkepentingan; iii. Proses bebas daripada paksaan, berat sebelah, syarat, rasuah atau ganjaran; iv. Mesyuarat dan keputusan berlangsung di lokasi dan waktu serta dalam bahasa dan format yang ditentukan oleh pihak berkepentingan; dan v. Semua anggota masyarakat bebas untuk mengambil bahagian tanpa mengira jantina umur atau pendirian. Awal (Prior) bermaksud "persetujuan diminta cukup sebelum adanya izin atau permulaan aktiviti"(Inter-American Court of Human Rights, 2008) . Awal merujuk pada jangka waktu sebelum suatu aktiviti atau proses mendapatkan persetujuan harus dicari, dan juga garis masa antara mendapatkan persetujuan dan bila persetujuan diberikan atau ditangguhkan. Maksud awal di sini adalah termasuk pada peringkat awal pembangunan atau rancangan pelaburan, bukan hanya apabila timbul keperluan untuk mendapatkan persetujuan daripada masyarakat Orang Asli tersebut. Awal bermaksud masa yang mencukupi untuk mengumpul maklumat dan mengadakan perbincangan penuh, termasuk terjemahan ke bahasa tradisional, sebelum sesuatu projek dimulakan, Rohaida Nordin (2014). Ia mesti berlaku tanpa tekanan masa atau kekangan. Menurut United Nations collaborative initiative on Reducing Emissions from Deforestation and forest Degradation (REDD+), Awal menekankan bahawa masa disediakan untuk memahami, mengakses, dan menganalisis maklumat mengenai aktiviti yang dicadangkan. Jumlah masa yang diperlukan akan bergantung pada proses pengambilan keputusan pemegang hak.Dalam hal ini pemegang hak adalah masyarakat Orang Asli. Maklumat mesti diberikan sebelum aktiviti dapat dimulakan, pada awal atau permulaan aktiviti, proses atau fasa pelaksanaan, termasuk konseptualisasi, reka bentuk, proposal, informasi, pelaksanaan, dan penilaian susulan. Selain itu garis masa membuat keputusan yang ditetapkan oleh pemegang hak mesti dihormati, kerana ia menggambarkan masa yang diperlukan untuk memahami, menganalisis, dan menilai aktiviti yang ingin dipertimbangkan, sesuai dengan adat istiadat mereka sendiri. Makluman (Informed) merujuk terutamanya kepada sifat keterlibatan dan jenis maklumat yang seharusnya disediakan sebelum meminta persetujuan dan juga sebagai sebahagian daripada proses persetujuan yang sedang berlangsung. Maklumat yang ingin dimaklumkan haruslah boleh diakses, jelas, konsisten, tepat, berterusan, dan telus. Selain itu ia perlu diterjemahkan dalam bahasa yang sesuai dan format budaya yang sesuai (termasuk radio, video, grafik, dokumentari, foto, persembahan lisan). Makluman yang dibuat haruslah bersikap objektif, merangkumi potensi positif dan negatif aktiviti REDD + (kesan terhadap alam sekitar) dan akibat memberi atau menangguhkan persetujuan terhadap aktiviti tersebut. Ia perlu lengkap, merangkumi spektrum potensi sosial, kewangan, politik, budaya, kesan persekitaran, termasuk maklumat saintifik dengan akses kepada sumber asli dalam bahasa yang sesuai. Ia