The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Cabaran Semasa Dalam Pendidikan, Pengurusan dan Sains Sosial

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAK BUKU MAYA PSS KOLEJ VOKASIONAL KUALA KLAWANG, 2023-01-13 10:31:52

Cabaran Semasa Dalam Pendidikan, Pengurusan dan Sains Sosial

Cabaran Semasa Dalam Pendidikan, Pengurusan dan Sains Sosial

CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 95 DAN SAINS SOSIAL perlu disampaikan dengan adap yang menguatkan dan tidak memperkecilkan Orang Asli atau budaya tempatan. Ia perlu disampaikan oleh pegawai yang sesuai dengan budaya, di lokasi yang bersesuaian dengan budaya, dan merangkumi pembangunan kapasiti pelatih Orang Asli atau tempatan. Selain itu makluman hendaklah disampaikan dengan masa yang cukup untuk difahami dan disahkan. Makluman haruslah sampai kepada komuniti luar bandar secara total, kepada kaum wanita Orang Asli, dan kawasan pedalaman yang paling terpencil. Makluman juga harus dibekalkan dari masa ke semasa dan berterusan sepanjang proses IMABT. Ini termasuk input daripada dan kepada ketua adat tradisional, pemimpin rohani, pengamal cara hidup adat serta pemegang ilmu pengetahuan tradisi, dengan masa yang mencukupi, Rohaida Nordin (2014). Izin (Consent) merujuk kepada keputusan kolektif yang dibuat oleh pemegang hak dan dicapai melalui proses membuat keputusan secara adat masyarakat atau komuniti yang terlibat. Persetujuan mesti dicari dan diberikan atau ditangguhkan mengikut formaliti unik atau tidak formal pentadbiran politik setiap komuniti (Ashamu, 2011). Persetujuan atau izin adalah keputusan yang diberikan secara bebas yang mengandungi jawapan "Ya" atau "Tidak", termasuk pilihan untuk mempertimbangkan semula sekiranya aktiviti yang dicadangkan berubah atau jika maklumat baru yang berkaitan dengan aktiviti yang dicadangkan diperolehi. Ia merangkumi keputusan kolektif yang ditentukan oleh masyarakat yang terjejas (contohnya, konsensus, majoriti, dan lain lain) sesuai dengan adat dan tradisi mereka sendiri. Ia bukan suatu proses one-off. Perbincangan dan Kesimpulan Objektif proses perundingan adalah mencapai kesepakatan (persetujuan) antara pihak yang berkenaan, ini tidak bermaksud bahawa semua proses IMABT akan membawa kepada keizinan dan persetujuan oleh pemegang hak yang berkenaan. Intipati IMABT adalah berpegang kepada hak Orang Asli memilih untuk terlibat, berunding dan memutuskan untuk memberikan atau menangguhkan persetujuan. Ia juga meliputi pengakuan bahawa dalam keadaan tertentu, mestilah diterima bahawa projek itu tidak akan berjalan dan / atau perbincangan mahupun perlaksanaan mesti dihentikan sekiranya masyarakat yang terlibat memutuskan bahawa mereka tidak mahu memulakan atau meneruskan rundingan atau jika mereka memutuskan untuk menghentikan persetujuan mereka terhadap projek tersebut. Dari sudut pengeroperasian Jabatan Kerajaan pula, mereka perlu melakukan tugas berpandukan tempoh masa tertentu. Ini adalah penting untuk memastikan sesuatu permohonan atau perkerjaan itu dijalankan dengan baik dan diselesaikan dengan lancar. Ketetapan memproses sesuatu mengikut tempoh masa tertentu adalah penting bagi memastikan penyampaian perkhidmatan berada ditahap yang baik serta sentiasa menjaga kepentingan rakyat. Dalam pada masa yang sama penjawat awam perlu memastikan kepentingan Kerajaan juga tidak terabai, setiap peraturan dipatuhi dan undangundang berkaitan dijadikan pegangan ketika menjalankan setiap tugasan yang diamanahkan. Oleh kerana IMABT adalah suatu proses yang tidak mempunyai ketetapan tempoh bagi sesuatu rundingan diadakan, maka adalah lebih sesuai sekiranya prinsip IMABT in diterapkan sebagai proses yang dijalankan diawal prosedur permohonan pajakan tanah rizab Orang Asli dengan beberapa pengubahsuaian. Suatu tempoh masa yang secukupnya perlu dipertimbangkan untuk IMABT dilaksanakan sebelum permohonan dibawa masuk ke pejabat tanah yang terlibat untuk diproses. Perkara ini perlu dikaji dengan lebih mendalam, disesuaikan dengan prosedur sedia ada Kerajaan di peringkat Negeri dan Persekutuan. Ini adalah amat penting untuk memastikan gunapakai IMABT ini adalah praktikal, menjaga kebajikan Orang Asli, pada masa yang sama tidak mengabaikan kepentingan Kerajaan dan tidak membelakangkan perundangan sedia ada yang berkuatkuasa.


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 96 DAN SAINS SOSIAL Rujukan Addailamy Zainal Abidin & Azriana Ridouan. (2019). Pencerobohan Tanah Di Cameron Highlands: Satu Kajian, 1, 137–159. Anglin, P. M. et al. (2014) Patterns of Growth in Chinese Cities: Implications of The Land Lease, Journal of Urban Economics, 83, 87–107. doi: 10.1016/j.jue.2014.07.002. Ashamu, E. (2011) Centre for Minority Rights Development (“CEMIRIDE”) (Kenya) and Minority Rights Group International on behalf of Endorois Welfare Council v . Kenya, Journal Of African Law, 142, 1–88. doi: 10.1017/cbo9780511675799.001. Dr Hajah Asiah, O., Karim, R. and Khadijah, H. (2006) IMPLIKASI PENCEROBOHAN TANAH KERAJAAN KAJIAN KES: BANDARAYA JOHOR BAHRU, 71698(November), p. 87. Fitzmaurice, M. (2017) The 2007 United Nations Declaration on the Rights of Indigenous Peoples, Austrian Review of International and European Law Online, 17(1), 137–265. doi: 10.1163/15736512-90000006a. Goodland, R. (2004) Sustainable Development Law & Policy FREE PRIOR INFORMED CONSENT, 4(2), 66–74. Available at: http://digitalcommons.wcl.american.edu/sdlp. Hong, Y.-H. (1996) Can Leasing Public Land Be An Alternative Source of Local Public Finance?, Lincoln Institute of Land Policy Working Paper. Huina Gao (2019) Public Land Leasing, Public Productive Spending and Economic Growth in Chinese Cities, Land Use Policy, 88(June), p. 104076. doi: 10.1016/j.landusepol.2019.104076. Inter-American Court of Human Rights (2008) Case of the Saramaka People v. Suriname (Interpretation of the Judgement on Preliminary Objections, Merits, Reparations, and Costs), 2008(172), 1–17. Jabatan Peguam Negara (2006) Akta 134,Akta Orang Asli 1954.pdf. James Anaya (2009) General Assembly, Human Right Council, United Nation. doi: 10.1017/s0020818300031660. Jennifer Laughlin (2013) UN-REDD Programme;Guidelines on Free , Prior and Informed Consent, p. 58. Julaihah, J. (2020) Penambahbaikan Pelaksanaan Pajakan Tanah Rizab, Ijazah Sarjana Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah, Universiti Teknologi Malaysia. Available at: http://www.mendeley.com/research/geographic-information-system-gis-multicriteria-analysissustainable-tourism-planning/. Peterson, G. E. (2012). Unlocking Land Values for Urban Infrastructure Finance: International Experience, (October), 1–60. The Commissioner Of Law Revision (2020) Akta 828, Kanun Tanah Negara (pindaan 2020).pdf. Tian, L. and Ma, W. (2009) Government intervention in city development of China: A tool of land supply, Land Use Policy, 26(3), 599–609. doi: 10.1016/j.landusepol.2008.08.012. Wahyuni, E., Ode, L. and Nikmat, M. (2021) PENERAPAN STANDARD OPERATION PROCEDURE ( SOP ) PADA USAHA KECIL MENENGAH ( UKM ) AA BENTO KELURAHAN, 1(1), 45–54. Yusuf, B., Tefera, S. and Zerihun, A. (2009) Land Lease Policy in Addis Ababa, p. 140.


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 97 DAN SAINS SOSIAL SERAH BALIK BERIMILIK SEMULA TANAH MELALUI PERUNTUKANPERUNTUKAN KHAS (SEKSYEN 204A-204H) KANUN TANAH NEGARA [AKTA 828] Mariya Mohd, Robiah Suratman dan Salfarina Samsudin Fakulti Alam Bina Dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru Abstrak Serah Balik Berimilik Semula (SBBS) didefinisikan sebagai pemulangan semula tanah oleh tuanpunya tanah berimilik kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk sesuatu tujuan tertentu yang mana tanah ini kemudiannya akan dikembalikan semula serta merta oleh PBN kepada tuan punya tanah berkenaan tanpa mendedahkan pemilik kepada risiko kehilangan tanah. SBBS ini merangkumi proses penukaran syarat, penyatuan dan pecah sempadan dalam satu permohonan serentak tertakluk kepada kelulusan PBN mengikut keperluan permohonan yang dibuat, yang mana kemudiannya tanah itu dikembalikan semula kepada tuanpunya dengan serta merta dalam unit-unit atau bahagian-bahagian yang berlainan atau berasingan. SBBS juga merupakan pendekatan untuk menggalakkan pemilik tanah/pemaju untuk mengoptimumkan penggunaan tanah mereka yang juga secara tidak langsung menjadi alat untuk kawalan pembangunan dengan syarat-syarat yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Peruntukanperuntukan Khas Kanun Tanah Negara [Akta 828] (KTN) pula adalah undang-undang untuk melaksanakan permohonan SBBS bagi semua negeri di Semenanjung Malaysia. Peruntukan ini telah dibawa masuk ke dalam KTN pada tahun 1984 melalui Akta A587 bertujuan untuk mempercepatkan proses permohonan pembangunan tanah. Peruntukan-peruntukan Khasterdiri daripada sembilan (9) seksyen iaitu seksyen 204A hingga 204H yang mana setiap daripadanya mempunyai fungsi dan peranan bersama yang saling berkaitan antara satu sama lain dan perlu difahami dalam permohonan SBBS. Pemahaman yang jelas terhadap pemakaian semua seksyen dalam Peruntukan Khas ini memberi dapat faedah dan manfaat bersama antara Pihak Berkuasa Negeri, tuanpunya tanah/pemaju, Pentadbiran Tanah Negeri dan Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seterusnya dapat meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan di Pentadbiran Tanah secara keseluruhan. Kata Kunci: Pembangunan Tanah, Serah Balik Berimilik Semula, Peruntukan-peruntukan Khas, Kanun Tanah Negara [Akta 828] Pengenalan Secara umum, peraturan mengenai pembangunan tanah dapat dilihat sebagai polisi atau dasar tanah yang merupakan set peraturan dan undang-undang untuk panduan penggunaan tanah secara efisien (Lichfield, 1979). Cadangan pembangunan tanah hendaklah selaras dengan perundangan yang diperuntukkan kerana pembangunan akan menjadi tidak bermakna sekiranya isu tanah dan keperluan perundangan tidak dapat ditangani dengan cekap pada peringkat awal cadangan pembangunan (Suleiman, 2004). Berdasarkan perspektif Malaysia, pembangunan tanah bermaksud satu proses menukar penggunaan asal mana-mana tanah milik seperti syarat nyata, sekatan kepentingan dan kategori kegunaan tanah berbanding dengan apa yang telah diberimilik sebelum ini oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) (Ahmad Hidayat, 2017).


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 98 DAN SAINS SOSIAL Di Malaysia, polisi tanah adalah peraturan dalam bentuk undang-undang bertulis yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan urusan dan perihal tanah (Lee, 1979). Kanun Tanah Negara [Akta 828] (KTN) adalah undang-undang utama berkaitan tanah, sentiasa disemak dan diperkemaskan penggunaannya bagi memenuhi keperluan semasa khususnya dalam menghadapi cabaran pembangunan yang semakin pesat dan juga merupakan usaha berterusan untuk menambah baik kerangka penyeragaman dan pemahaman perundangan tanah (Alias, 2005). Di bawah KTN, istilah pembangunan tanah adalah merujuk kepada Divisyen III, Bahagian Tujuh (7), Bab empat (4) dan Bahagian Sembilan (9) iaitu; seksyen 124 (permohonan penukaran syarat), seksyen 124A (pecah sempadan dan tukar syarat serentak), seksyen 135 (pecah sempadan), seksyen 148 (penyatuan tanah), serta Bahagian Dua Belas (12); eksyen 203-204 (Serah Balik Berimilik Semula - Lot-lot berdampingan hakmilik pejabat tanah) dan seksyen 204A-204H (Serah Balik Berimilik Semula – Peruntukan-peruntukan Khas). Tuanpunya tanah berimilik mempunyai hak dan pilihan untuk membuat suatu permohonan di bawah semua peruntukan-peruntukan tersebut untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Serah Balik Berimilik Semula Tanah Serah Balik Berimilik Semula (SBBS) merupakan antara mekanisma permohonan pembangunan tanah yang merangkumi proses penukaran syarat dan sekatan kepentingan, penyatuan dan pecah sempadan dalam satu permohonan serentak tertakluk kepada kelulusan PBN (Ahmad Hidayat, 2017). Sebagai contoh, tanah bersyarat nyata pertanian, diserah kepada PBN untuk ditukar syarat dan diberimilik semula untuk tujuan pembangunan bangunan kediaman atau perniagaan. Permohonan untuk mendapatkan lanjutan tempoh pegangan juga boleh dipohon bersekali, jika hakmilik asal yang bertempoh telah berbaki kurang daripada tempoh asal diberimilik. Selain daripada memberi manfaat kepada pemilik tanah, SBBS juga mendatangkan hasil kepada PBN melalui pengenaan premium tambahan dan penjanaan sewa (cukai) tanah baru berdasarkan cadangan pembangunan serta peruntukan kawasan-kawasan rizab kerajaan seperti rizab kawasan lapang, rizab rumah ibadat, kawasan hijau, dan utiliti. Pengenaan kawasan rizab adalah kaedah pemeliharaan tanah untuk Kerajaan Negeri (Alias, 2005; Azmi et al., 2019). Serah Balik Berimilik Semula (SBBS) boleh didefinisikan sebagai pemulangan semula tanah oleh tuanpunya tanah berimilik yang berdampingan yang dipegang di bawah hakmilik muktamad atau hakmilik sementara atau kombinasi yang dimiliki oleh tuan punya yang sama kepada PBN untuk sesuatu tujuan tertentu yang mana tanah ini kemudiannya akan dikembalikan semula serta merta oleh PBN kepada tuan punya tanah berkenaan tanpa mendedahkan pemilik tanah kepada risiko kehilangan tanah (Ariff et al., 2020; Awang, 1991; Low Wee, 2006). Sekiranya permohonan ditolak oleh PBN, makanya SBBS ini tidak berkuatkuasa dan tanahnya kembali kepada keadaan, sifat dan ciri-ciri asal. Menurut (Abu Bakar, 2007;Abdul Rahman Jamaludin,1998) SBBS dilaksanakan bertujuan untuk meringkaskan dan memudahcara prosedur permohonan di mana kelulusan tukar syarat, pecah sempadan dan penyatuan tanah dapat dipertimbangkan secara serentak dalam satu permohonan. Apabila kerajaan memberimilik semula tanah tersebut, barulah ditentukan jenis kegunaan tanah yang baru sepertimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 79(2) KTN. Sebagaimana yang dinyatakan dalam Penyata Rasmi Parlimen (1984), tujuan SBBS adalah bagi maksud memberi kemudahan dan pilihan kepada kaedah pembangunan atau pemajuan tanah sedia ada. SBBS juga merupakan pendekatan untuk menggalakkan pemilik tanah/pemaju untuk mengoptimumkan penggunaan tanah mereka yang juga secara tidak langsung menjadi alat untuk kawalan pembangunan dengan pembangunan syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 99 DAN SAINS SOSIAL berkuasa negeri. Sehubungan itu, pematuhan kepada syarat yang dikenakan akan memberi laluan dalam menyediakan pembangunan yang mencukupi dan baik untuk semua. Selain itu, pembangunan mampan yang boleh dicapai melalui pelaksanaan SBBS bukan sahaja memenuhi konteks alam sekitar dan sosial tetapi juga memastikan bekalan pembangunan hartanah pada masa akan datang. Menurut Law Chee Pei (2000), proses SBBS adalah bertujuan membantu pemaju mengurangkan beban kewangan dan merancang pembangunan mengikut peringkat dan berimilik semula adalah atas unit-unit yang lebih kecil untuk keseluruhan tanahnya. Pemahaman asas mengenai proses SBBS adalah di mana sebidang tanah yang besar dipecahkan mengikut cadangan pembangunan yang mungkin terdiri daripada kediaman, komersial dan juga perindustrian. Apabila Kebenaran Merancang (KM) yang diberikan sepenuhnya oleh pihak berkuasa perancangan, apa-apa pembangunan hendaklah diteruskan dengan proses SBBS di mana ia memerlukan rundingan daripada Pejabat Tanah Daerah (PTD) sebelum ia dibawa kepada perhatian PBN untuk pertimbangan dan kelulusan. Adalah penting untuk ditekankan bahawa walaupun KM telah diberikan di peringkat perancangan tempatan, ia tidak bermakna pembangunan itu boleh dilaksanakan. SBBS kemudiannya akan bertindak sebagai medium bagaimana cadangan pembangunan berdasarkan KM yang diluluskan. Dalam erti kata lain, proses SBBS adalah untuk mematuhi cadangan penggunaan tanah yang diluluskan dalam KM yang kemudiannya akan diikuti dengan pengeluaran hakmilik baru dengan kategori baru kegunaan tanah yang akan di proses di pejabat tanah setelah memperoleh kelulusan PBN. Seperti mana yang diperkatakan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu (Abu Bakar, 2007; Ariff et al., 2020; Awang, 1991; Azmi et al., 2019; Hafez, 2020; Jaiya, 2017; Low Wee, 2006; Suhailizan, 2016; Suleiman, 2004; Suliman et al., 2018) proses dan prosedur SBBS ini melibatkan dan didokong oleh pelbagai agensi, jabatan dan badan profesional seperti pemaju hartanah, Juruukur Berlesen, Perunding Hartanah, Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Tanah Daerah, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Perumahan), Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dan Pihak Berkuasa Negeri. Proses dan prosedur yang melibatkan beberapa rantaian jabatan dan agensi memerlukan keseragaman dan kefahaman bagi memudahcara prosedur permohonan supaya berjalan dengan lancar, tersusun dan isu – isu yang terbit sebelum, semasa dan selepas proses permohonan SBBS dapat diatasi dengan sebaiknya (Ahmad Hamidi dan Yati, 2019). Oleh itu, penglibatan kepelbagaian agensi dan jabatan ini akan memberi kesan kepada tempoh masa. Justeru, setiap mereka yang berperanan ini perlu memahami setiap peraturan dan undang-undang yang di peruntukkan supaya proses dan prosedurnya teratur, sah dan menepati hasrat dan keperluan. Permohonan SBBS adalah melalui Borang 12D KTN yang dikemukakan kepada Pentadbir Tanah Daerah berkaitan dengan disertakan bersama perkara-perkara seperti bayaran yang ditetapkan, surat kebenaran daripada pemegang lien dan orang yang mempunyai tuntutan yang dilindungi oleh kaveat dan pemegang gadaian (jika berkaitan), pelan yang diluluskan oleh pihak berkuasa berkaitan, menunjukkan lot-lot yang hendak diserahbalik dan pelan prahitungan yang menunjukkan butir-butir terperinci bahagian-bahagian dan unit-unit yang hendak diberimilik semula. Dokumen hakmilik keluaran perlu dikemukakan melainkan jika tidak dapat dikemukakan maka kenyataan bersumpah daripada pemilik dan notis daripada pemilik kepada orang atau badan yang memegang hakmilik supaya mengemukakan hakmilik tersebut. Permohonan yang diterima hendaklah diendoskan nota mengenainya di dalam dokumen hakmilik daftar. Proses SBBS boleh diterangkan seperti Rajah 1;


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 100 DAN SAINS SOSIAL Rajah 1: Proses SBBS dalam permohonan Pembangunan Tanah (Azmi et al., 2019) Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa perkara di dalam SBBS yang perlu dilihat ke arah untuk memastikan penyampaian perkhidmatan pentadbiran tanah yang cekap dan berkesan seperti berkaitan proses dan prosedur, tempoh masa, penyelarasan dan koordinasi, pembangunan kapasiti dan dokumentasi (Ariff et al., 2020). Menurut Chow (1999), proses kerja boleh didefinisikan sebagai sesuatu prosedur pembangunan yang menggabungkan beberapa aktiviti dan proses yang melibatkan pelbagai agensi untuk mencapai matlamat bersama. Berkaitan tempoh masa pula, menurut Top of Form(R Ibrahim dan Norris Kweku, 2018; Kincaid, 2003) menyatakan bahawa masa yang diambil oleh mana-mana pihak berkuasa untuk membuat keputusan dan kelulusan adalah sukar untuk diramalkan dan tidak pasti. Isu tempoh masa dan prosedur adalah isu kawalan dan seliaan terbesar dalam merasionalkan kejayaan sektor pembangunan hartanah (M A Marzukhi et al., 2019). Penyelarasan dan koordinasi pula melibatkan satu rantaian yang panjang terdiri daripada kepelbagaian jabatan dan agensi profesional dengan latar belakang yang berlainan adalah satu cabaran yang besar (Ibrahim & Norris Kweku, 2018). Dalam situasi ini, peraturan yang jelas akan membantu agensi berkaitan mengikuti proses yang lancar dan tersusun. Sementara itu, pembangunan kapasiti sangat penting dalam memastikan urusan dan proses susatu kerja itu berjalan lancar. Kekurangan pengetahuan dan kemahiran kakitangan akan menyumbang kepada ketidakcekapan dalam proses pembangunan tanah. Menurut Marlyana Azyyati Marzukhi et al., (2019), melalui kajiannya menunjukkan bahawa pegawai dan kakitangan yang tidak mempunyai pengetahuan yang cukup akan sesuatu perkara dan proses kerja itu akan sentiasa mencari alasan untuk terlibat menguruskan permohonan dengan lancar dan teratur. Justeru, dalam memproses permohonan, rujukan dan panduan yang komprehensif perlu diwujudkan bagi memastikan permohonan yang lapuk, tidak lengkap dan tidak pasti untuk diproses tidak berlaku. Ini adalah antara isu dokumentasi yang berlaku. (Suhailizan, 2016) menjelaskan ketidakaturan rujukan atau panduan berkaitan pembangunan tanah menyebabkan proses membuat keputusan yang tidak berkesan dan mengheret masa untuk memproses permohonan daripada tepat pada masanya. Peruntukan-peruntukan Khas (Seksyen 204A-204H) KTN [Akta 828] Dalam Serah Balik Berimilik Semula Tanah Peruntukan-peruntukan Khas (Peruntukan Khas) diperkenalkan bagi maksud memberi kemudahan dan pilihan kepada kaedah pembangunan atau pemajuan tanah sedia ada di samping mempercepatkan proses pemohonan melalui SBBS untuk mengimbangi fasa kerancakan pembangunan. Peruntukan Khas ini adalah merupakan peruntukan baru yang dibawa masuk ke dalam KTN tetapi dengan mengekalkan tujuan-tujuan sedia ada yang ditambah baik. Di dalam KTN, Peruntukan Khas merujuk kepada Sekyen 204A hingga 204H mana setiap daripadanya mempunyai fungsi dan peranan bersama yang tersendiri dan saling berkaitan antara satu sama lain dan perlu difahami keperluannya dalam permohonan SBBS. Permohonan Kebenaran Merancang daripada PBT - di proses oleh OSC Kebenaran Merancang di perolehi PBT - Borang C1 diperolehi Permohonan SBBS - Pejabat Tanah Daerah - Endorsan oleh PTD PTG menerima kertas pertimbangan daripda PTD untuk syor dan dibawa kepada PBN untuk Kelulusan - Pengeluaran Notis 5A dan Bayaran Premium Pendaftaran Hakmiik - PTD/PTG Pembangunan di Tapak oleh Pemaju


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 101 DAN SAINS SOSIAL Secara umumnya, Peruntukan Khas adalah mekanisma permohonan SBBS bagi semua negeri di Semenanjung Malaysia. Peruntukan ini dibawa masuk ke dalam KTN pada tahun 1984 melalui Akta A587 dan mula berkuatkuasa pada Mac 1985 (Penyata Rasmi Parlimen, 1984). Jadual 1 menunjukkan secara ringkas perkara-perkara di dalam Peruntukan Khas. Jadual 1 Peruntukan Khas Sek.204A-204H (KTN [Akta 828]) Peruntukan Khas (Seksyen 204A-204H) Perkara 204A Pengistiharan mengenai penerusan operasi peruntukan S.124 dan Bab 1 dan 3 Bah. 9. 204B Kuasa untuk meluluskan penyerahan balik dan pemberimilikan semula. 204C Syarat-syarat bagi kelulusan penyerahan balik dan pemberimilikan semula. 204D Permohonan-permohonan bagi kelulusan penyerahan dan pemberimilikan semula. 204E Prosedur mengenai permohonan (perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan); seperti perlanjutan tempoh pegangan dan penglibatan tanah kerajaan. 204F Pertimbangan semula di bawah peruntukan S.79(2) dan penarikan balik permohonan. 204G Perkembalian tanah dan pemusnahan dokumen. 204GA Tanah tertakluk kepada gadaian ataupun kepentingan berdaftar. 204H Pemakaian Akta mengenai pemberimilikan semula adalah terpakai sebagaimana ia terpakai mengenai pemberimilikan. Menyoroti maksud dan definisi khas ini, jika dilihat di dalam kamus Oxford, ianya memberi tafsiran special sebagai better, greater, or otherwise different from what is usual, designed or organized for a particular person, purpose, or occasion. Manakala di dalam kamus Cambridge English pula menyatakan bahawa special bermaksud not ordinary or usual, especially great or important, or having a quality that most similar things or people do not have, having a particular purpose. Justeru, berdasarkan tafsiran-tafsiran di dalam kamus tersebut, dapat kita fahami bahawa perkataan special itu bermaksud berbeza daripada lain, bukan yang biasa atau kelaziman, khas atau istimewa (Jaiya, 2017). Berbanding peruntukan lain, Peruntukan Khas mempunyai beberapa kelebihan di antaranya jenis atau taraf hak milik yang boleh dimohon (hak milik sementara atau/dan hak milik muktamad), permohonan untuk mendapatkan lanjutan tempoh pajakan jika tanah yang dimohon adalah hakmilik bertempoh dan ruang untuk memohon tanah kerajaan bersebelahan dengan tanah milik yang terlibat dengan cadangan pembangunan. Peruntukan Khas ini telah mengalami beberapa siri pindaan dan semakan. Pindaan dan penambaikan terhadap Peruntukan Khas sejak diperkenalkan adalah seperti di Jadual 2.


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 102 DAN SAINS SOSIAL Jadual 2 Senarai Pindaan dan Penambahbaikan Peruntukan Khas (Olahan Penulis Berdasarkan Penyata Rasmi Parlimen, 1984; Penyata Rasmi Parlimen, 1985; Penyata Rasmi Parlimen, 1992; Penyata Rasmi Parlimen, 2001; Penyata Rasmi Parlimen, 2007; Penyata Rasmi Parlimen, 2016) Bil Tahun Akta Perkara Penambahbaikan/Pindaan/Semakan 1. 1984 A587 Peruntukan-peruntukan Khas (Peruntukan Seksyen 204A-204H) diperkenalkan berasaskan empat falsafah penting iaitu; (1) untuk menyesuaikan dengan kehendak pembangunan; (2) bagi keperluan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru; (3) untuk kepentingan Kerajaan-kerajaan Negeri; dan (4) untuk memperbaiki sistem serta prosedur pentadbiran tanah. 2. 1985 A615 Peruntukan S.204C(2)(a) dan S.204C(2) (b); berkaitan orang atau badan yang mempunyai kepentingan lien atau kaveat di atas tanah yang perlu memberi keizinan bertulis. Keperluan keizinan bertulis sepertimana dinyatakan dalam Peruntukan 204C(1)(e). 3. 1992 A832 Berkaitan penyediaan pelan susun atur yang menunjukkan bahagianbahagian yang akan diserahbalik dan dan pelan pra hitungan butiran perincian bahagian-bahagian, unit-unit yang akan diberimilik semula. Melibatkan Peruntukan; S.204B(1), S.204C(1)(a), S.204D(1), S.204D(1)(c), S.204D(1)(d), S.204E(1), S.204E(2), S.204E(3), S.204G(2) dan S.204H bertujuan untuk menyelaraskan istilah yang digunakan supaya selari dengan peruntukan lain dalam Kanun. 4. 2001 A1104 Peruntukan S.204B(1); Bagi menggalakkan kepesatan pembangunan tanah, Peruntukan 204B dan Borang 12D dicadangkan dipinda dengan memperuntukkan bahawa tanah yang dipegang di bawah hakmilik sementara juga boleh diserah balik di bawah peruntukan seksyen ini. Peruntukan S.204GA; Kemasukan Peruntukan GA berkaitan tanah yang mempunyai bebanan berdaftar. [GA] memperuntukkan bahawa tanah yang mempunyai gadaian juga boleh diserahbalik dengan persetujuan pemegang gadaian. Gadaian tersebut di atas akan disambung semula ke dalam hak milik-hak milik tanah yang baru kelak. lni adalah perubahan kepada peraturan yang sedia ada yang tidak membenarkan hak milik yang ada kepentingan berdaftar melalui proses ini. 5. 2008 A1333 Peruntukan S.204GA; Memasukkan subseksyen (1A) ke dalam Peruntukan ini. Bagi tanah-tanah yang tertakluk kepada gadaian, kebenaran pemegang gadaian perlu diperoleh sebelum tuan tanah membuat permohonan. Pindaan ini mengehendaki pentadbir tanah membatalkan catatan persetujuan pemegang gadaian atas dokumen hakmilik pendaftaran jika permohonan berkenaan ditarik balik atau urusan yang dibuat ditolak oleh Pihak Berkuasa Negeri. 6. 2016 A1516 Peruntukan S.204B(2); Pindaan kepada peruntukan menjelaskan bahawa hak milik sementara yang diguna bagi permohonan serah balik dan beri milik semula perlu


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 103 DAN SAINS SOSIAL mempunyai pelan akui kecuali dibenarkan sebaliknya oleh Pihak Berkuasa Negeri. Ini dapat memberikan kepastian tentang keluasan dan sempadan sebenar tanah sebelum apa-apa keputusan dibuat oleh pihak berkuasa negeri tentang berimilik semula umpukan-umpukan, berdasarkan pelan dikemukakan. Peruntukan S.204E(3A) Sekiranya pemohon berhasrat untuk mendapatkan tempoh pemberimilikan yang melebihi daripada baki tempoh hakmilik asal pemohon hendaklah memohon pelanjutan tempoh pajakan di bawah peruntukan 90A bersekali dengan permohonan. Peruntukan S.204E(3B) subperuntukan (3B) memperuntukkan Pihak Berkuasa Negeri boleh dalam menentukan permohonan itu, memberimilik tanah Negeri yang bersempadanan kepada tuanpunya. Peruntukan S.204G(2A) Memorial tentang perkembalian tanah kepada Negeri dalam dokumen hakmilik daftaran hendaklah dibuat hanya selepas bayaran penuh dijelaskan mengikut Borang 5A dan dokumen hakmilik keluaran hanya dimusnahkan selepas itu. Apabila peruntukan 204GA terpakai, memorial perkembalian hanya boleh dibuat selepas semua gadaian, jika ada, dilepaskan. Peruntukan S.204GA(2) Subseksyen 2A(b) kepada seksyen 204G iaitu keperluan melepaskan gadaian. Penerimaam kelulusan oleh tuanpunya hendaklah juga termasuk persetujuan oleh pemegang gadaian untuk melepaskan gadaian dan setelah pemberimilikan semula, mengemukakan suaitu gadaian baru untuk disempurnakan. Namun, dilihat masih terdapat ketidakseragaman dan ketidakfahaman berkaitan pengunaaan Peruntukan Khas dalam permohonan SBBS. Kamus Dewan Edisi Keempat, mentakrif ketidakseragaman sebagai perihal tidak sama, ketidakselarasan manakala ketidakfahaman sebagai perihal tidak memahami, kegagalan memahami. Keseragaman dan kefahaman yang jelas dalam mentafsir pemakaian dan pelaksanaan peraturan dan undangundang adalah sangat penting selaras dengan hasrat kewujudan KTN itu sendiri iaitu penyeragaman dan pemahaman dalam pelaksanaan undang-undang berkaitan tanah. Terdapat beberapa impikasi kepada ketidakfahaman dan ketidakseragaman ini. Antaranya, akan memberi kesan kepada proses cadangan projek-projek pembangunan yang bakal dilaksanakan (Khalil dan Adelabu, 2012). Kemungkinan kepada terjadinya kes-kes mahkamah juga akan berlaku. Selain itu juga, ketidakpastian dalam mengatasi sesuatu isu tanah yang diaju dan dikemukakan seterusnya akan membawa kemungkinan kepada permohonan lambat atau tidak diproses serta membuat kesilapan dalam menasihati semasa peringkat awal permohonan oleh barisan hadapan pejabat-pejabat tanah daerah (Adibah, 1997). Di samping itu juga, akan mewujudkan rantaian yang tidak jelas (missing link) antara PTD dan PBT dalam mengimbangi keperluan antara keduanya dengan konteks yang berbeza dalam perancangan dan pembangunan tanah. Kepelbagaian dasar juga boleh menyebabkan ketidakpastian dan kekeliruan kepada pelabur untuk membuat pelaburan dalam sektor pembangunan hartanah. Menurut Mohd Shukri (2011), setiap pentadbiran tanah di negeri-negeri perlu mewujudkan atau membangunkan rangka atau sistem maklumat tanahnya sendiri dan mempunyai dasar dan polisi tersendiri untuk pentadbiran dan pengurusan tanah. Sebarang kekhilafan dalam memproses sesuatu urusan tanah akan mendatangkan kesan negatif kepada imej sistem penyampaian perkhidmatan awam. Ekspektasi rakyat yang semakin meningkat


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 104 DAN SAINS SOSIAL mendorong kerajaan menyediakan prasarana undang-undang yang lebih kondusif. Perkara ini akan memberi kesan kepada proses cadangan projek-projek pembangunan yang bakal dilaksanakan (Khalil dan Adelabu, 2012). Peruntukan [S.204A] - Pengisytiharan Mengenai Penerusan Operasi Seksyen 124 dan Bab 1 dan 3 Bahagian Sembilan Pengenalan kepada peruntukan ini hendaklah tidak ditafsirkan sebagai menjejaskan dan tidak memberhentikan operasi atau penggunaan peruntukan S.124 dan Bab 1 dan 3 Bahagian Sembilan. Ianya menerangkan berkaitan hak pemilik tanah tidak dihadkan untuk memohon pengubahan syarat-syarat, sekatan-sekatan dan kategori-kategori, pecah sempadan tanah dan penyatuan dan mendapatkan pertimbangan permohonannya selaras dengan tujuan peruntukan. Ini selari dengan Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat (1984), yang menyatakan tujuan pindaan tersebut adalah bagi maksud memberi kemudahan dan pilihan kepada kaedah pembangunan atau pemajuan tanah sedia ada iaitu untuk mempercepatkan pemajuan tanah melalui permohonan yang disatukan dan dimohon bersekali oleh tuan tanah. Peruntukan khas ini adalah peruntukan baru tetapi dengan mengekalkan tujuan-tujuan sedia ada yang ditambah baik. Tiada ciri-ciri khusus yang perlu dipatuhi di bawah perkara [S.204A] ini. Peruntukan [S.204B] - Kuasa Untuk Meluluskan SBBS Di bawah peruntukan ini, PBN boleh meluluskan SBBS bagi mana-mana satu atau lebih tanah berimilik yang berdampingan sama ada hakmilik sementara (HS), hakmilik muktamad (HM) atau kombinasi keduanya yang dipegang oleh pemilik yang sama. Tersiratnya perjanjian di antara PBN dan pemohon bahawa pemberimilikan semula akan berlaku dengan serta merta mengikut perancangan dan tataatur yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Walaupun tanah yang dipegang di bawah Hakmilik Sementara mestilah telah diukur halus dan mempunyai Pelan Akui yang dikeluarkan oleh Pengarah Ukur tetapi PBN boleh mengarahkan sebaliknya secara am atau dalam kes-kes tertentu. Tuan punya tanah mempunyai jaminan bahawa dia akan diberi milik semula tanah mengikut tujuan permohonannya oleh PBN dengan dikenakan termaterma tambahan jika PBN merasakan perlu. Sekiranya permohonannya ditolak oleh PBN atau dia tidak bersetuju dengan terma-terma tambahan yang dikenakan oleh PBN, maka penyerahan balik daripadanya adalah tidak berkuatkuasa dan tanahnya akan kembali kepada keadaan, sifat dan ciri-ciri asal tanah itu. Peruntukan [S.204C] - Syarat-syarat Bagi Kelulusan SBBS Tiada permohonan SBBS boleh dipertimbangkan untuk kelulusan oleh PBN melainkan syaratsyarat seperti mempunyai kelulusan Pihak Berkuasa Perancangan terhadap pelan perancangan, tiada bayaran sewa tertunggak, tanah tidak di bawah penahanan mana-mana mahkamah, tiada kepentingan berdaftar atas tanah dan mendapat keizinan bertulis daripada pemegang lien, pengkaveat dan pemegang gadaian dipenuhi. Peruntukan [S.204D] - Permohonan-permohonan Bagi Kelulusan SBBS Permohonan untuk SBBS melalui peruntukan ini dibuat menggunakan Borang 12D. Walau bagaimanapun sekiranya pemohon berhasrat untuk memohon juga pelanjutan tempoh pajakan di bawah peruntukan S.90A, borang permohonan untuk tujuan tersebut hendaklah dikemukakan juga. Permohonan hendaklah disertai dengan: i. bayaran pendaftaran permohonan mengikut yang ditetapkan di dalam Kaedah-Kaedah Tanah Negeri yang berkuatkuasa; ii. semua keizinan bertulis daripada pemegang lien, pengkaveat dan pemegang gadaian sepertimana kehendak Peruntukan S.204C(1)(e);


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 105 DAN SAINS SOSIAL iii. pelan tataatur yang menunjukkan bahagian yang akan diserahbalik dan pelan prahitungan yang menunjukkan bahagian-bahagian dan unit-unit yang hendak diberimilik semula beserta apa-apa ketetapan yang Pentadbir Tanah kehendaki; pelan tataatur yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Perancang yang menunjukkan bahagian-bahagian dan unit-unit yang hendak diberimilik semula; iv. dokumen hakmilik keluaran. Sekiranya dokumen hakmilik keluaran berada dalam simpanan pihak lain, pemohon hendaklah membuat perakuan bersumpah dan menyertakan bersama notis yang beliau kemukakan kepada pihak lain tersebut untuk menyerahkan hakmilik tersebut kepada Pentadbir Tanah dalam tempoh 14 hari dari tarikh ianya disampaikan; dan v. Pentadbir Tanah hendaklah memastikan endosan mengenai permohonan dibuat ke dalam dokumen hakmilik daftar tanah tersebut. Peruntukan [S.204E] - Prosedur Mengenai Permohonan Keputusan untuk melulus atau menolak permohonan adalah budi bicara dan kuasa mutlak PBN. PBN boleh meminta pemohon meminda permohonan atau pelan. Perkara-perkara berikut perlu ditentukan sekiranya meluluskan permohonan sama ada dengan pindaan atau tanpa pindaan sepertimana yang dinyatakan dalam S.79(2). Bentuk hakmilik muktamad ditetapkan berdasarkan peruntukan peruntukan S.77(3)(a) dan (b) hakmilik Pejabat Pendafar bagi tanah bandar atau tanah pekan dan mana-mana tanah desa yang berkeluasan melebihi empat (4) hektar. Manakala Hakmilik Pejabat Tanah bagi tanah desa yang tidak melebihi empat (4) hektar. Walau bagaimanapun PBN boleh menetapkan jenis Hakmilk Pejabat Pendaftar bagi tanah desa yang tidak melebihi empat (4) hektar jika sesuai. Kadar sewa yang akan dikenakan adalah mengikut kadar-kadar di dalam KaedahKaedah Tanah Negeri yang berkuatkuasa. Kadar pemium yang akan dikenakan adalah mengikut kadar-kadar di dalam Kaedah-Kaedah Tanah Negeri/Peraturan Semasa yang berkuatkuasa. Berkaitan kenaan premium, selain kenaan premium ke atas elemen peningkatan/pengekalan kategori dan syarat nyata atas pemberimilikan semula perkaraperkara berikut perlu juga ditentukan seperti kenaan premium akibat elemen pelanjutan tempoh pajakan di bawah peruntukan S.90A, kenaan premium akibat pemberimilikan semula hakmilikhakmilik asal yang berbeza baki tempoh hakmilik. Elemen pelanjutan tempoh bagi tanah yang baki asalnya lebih singkat untuk diseragamkan dengan baki tempoh hakmilik yang lebih lama dan kenaan premium sekiranya PBN meluluskan pemberimilikan tanah kerajaan yang bersempadanan kepada pemohon bersekali dengan kelulusan serahbalik dan berimilik semula tanah pemohon. Syarat nyata yang ditetapkan asasnya adalah berdasarkan cadangan perancangan oleh pemohon dan kelulusan perancangan Pihak Berkuasa Perancangan. Walau bagamanapun, PBN tidak boleh menetapkan syarat nyata dan sekatan kepentingan yang bertentangan dengan kehendak Bab 4, Bahagian 7 berkaitan syarat-syarat dan sekatan kepentingan. Tempoh pemberimilikan semula adalah bergantung kepada tempoh hakmilik asal. Jika hakmilik asal adalah untuk tempoh lama-lamanya maka tempoh pemberimilikan semula hendaklah juga untuk tempoh selama-lamanya. Walau bagaimanapun sekiranya pemohon memohon supaya pemberimilikan semula untuk tempoh beberapa tahun, PBN boleh meluluskan sedemikian. Jika hakmilik asal adalah untuk tempoh beberapa tahun, maka tempoh pemberimilikan semula tidak boleh kurang daripada baki tempoh hakmilik asal. Sekiranya pemohon berhasrat untuk mendapatkan tempoh pemberimilikan yang melebihi daripada baki tempoh hakmilik asal pemohon hendaklah memohon pelanjutan tempoh pajakan di bawah peruntukan S.90A bersekali dengan permohonan di bawah peruntukan di bawa masuk pada tahun 2016 melalui Akta A1516 (subseksyen 3A)(Penyata Rasmi Parlimen, 2016) . Keputusan


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 106 DAN SAINS SOSIAL untuk meluluskan atau menolak permohonan pelanjutan tempoh tersebut terletak kepada budi bicara PBN. PBN juga boleh menetapkan tempoh pemberimilikan semula sekiranya hakmilikhakmilik asal adalah gabungan daripada hakmilik yang berbeza baki tempoh hakmilik. PBN boleh meluluskan pemberimilikan semula untuk tempoh yang pada pandangan PBN adalah patut. Mengambilkira ketetapan bahawa jika hakmilik asal adalah untuk tempoh beberapa tahun, maka tempoh pemberimilikan semula tidak boleh kurang daripada baki tempoh hakmilik asal, maka pemberimilikan semula untuk tanah yang tidak seragam baki tempoh tersebut hendaklah mengikut baki tempoh hakmilik yang lama. Melalui peruntukan ini tuan punya tanah di samping mengemukakan permohonan di bawah peruntukan ini turut boleh memohon tanah kerajaan yang berdampingan atau bersebelahan dengan tanah berimiliknya. Peruntukan subseksyen (3B) ini walau bagaimanapun hanya menyatakan PBN boleh memberi milik tanah Kerajaan yang berdampingan atau berhampiran (Penyata Rasmi Parlimen, 2016). Dilihat, kemasukan sub peruntukan ini adalah satu usaha dan inisiatif yang baik dengan memberikan satu bentuk kemudahan kepada tuan tanah dan pemaju. Ia melibatkan perluasan peruntukan SBBS dengan hasrat atau tujuan untuk menggalakkan lagi kepesatan pemajuan dan pembagunan tanah. Melalui pindaan tersebut, subseksyen (3B) seksyen ini memperuntukkan seperti berikut;“Pihak Berkuasa Negeri boleh dalam menentukan permohonan itu, memberimilik tanah Negeri yang bersempadanan kepada tuanpunya.” Peruntukan [S.204F] - Pertimbangan Semula di bawah Seksyen 79(2) dan Penarikan Balik Permohonan Keistimewaan di bawah peruntukan ini pemohon mempunyai ruang dan peluang umtuk memohon pertimbangan semula (reconsider) terhadap keputusan yang telah diputuskan oleh PBN. Pemohon/tuanpunya boleh membuat permohonan pertimbangan rayuan ke atas syaratsyarat pemberimilikan semula yang ditawarkan oleh PBN seperti yang dinyatakan. Sekiranya rayuan tidak diluluskan, maka pemohon boleh menarik semula permohonannya dan PBN akan membatalkan kelulusan yang telah diberikan serta membatalkan nota yang diendors di atas dokumen hakmilik. Peruntukan [S.204G] - Perkembalian Tanah dan Pemusnahan Dokumen Keluaran Penerimaan oleh pemohon bolehlah dianggap bermula semasa pemohon menjelaskan bayaran premium tambahan dan lain-lain bayaran kelulusan yang dituntut melalui Notis Borang 5A. Setelah bayaran dijelaskan dan pemohon telah memenuhi keperluan-keperluan teknikal yang lain seperti penetapan taburan lot kuota bumiputera (jika berkaitan), mendapatkan Sijil Bayaran Ukur daripada Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia, menyediakan dokumendokumen perlu untuk pendaftaran hakmilik baharu dan gadaian ke atas tanah dilepaskan (jika berkaitan) barulah hakmilik asal dibatalkan dan hakmilik baharu didaftarkan. Dokumen Hakmilik Keluaran (DHK) kepada mana-mana tanah yang telah dikembalikan kepada PBN hendaklah jika boleh dimusnahkan jika DHK tersebut tidak dikemukakan, pengemukaannya hendaklah dituntut di bawah S.15 KTN. Peruntukan [S.204GA] - Tanah Tertakluk Kepada Gadaian Peruntukan [S.204GA] mensyaratkan tanah berimilik yang hendak diserahkan sekiranya ada bebanan gadaian, maka di samping keperluan untuk mendapatkan kebenaran daripada pemegang gadai di peringkat permohonan, bebanan gadaian tersebut hendaklah dilepaskan sebelum hak milik yang berkenaan dibatalkan bebanan gadaian tersebut hendaklah dilepaskan sebagaimana peruntukan S.278 KTN. Sekiranya permohonan diluluskan, penerimaan kelulusan dipihak pemohon adalah termasuk persetujuan oleh pemegang gadaian untuk


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 107 DAN SAINS SOSIAL melepaskan gadaian sebelum hakmilik dibatalkan. Hakmilik baharu yang dihasilkan tidak akan mengandungi apa-apa bebanan gadaian. Sekiranya pemohon atau pemegang gadaian ingin memasukkan gadaian ke atas hakmilik baharu tersebut ianya adalah satu permohonan gadaian yang baharu dan tiada kena mengena dengan gadaian yang telah dilepaskan. Subperuntukan 2 kepada peruntukan [S.204GA] ini selain menekankan kepada keperluan melepaskan gadaian pada hak milik asal turut bersama-sama itu mensyaratkan gadaian baharu diwujudkan dan dibawa masuk ke dalam hak milik baharu. Peruntukan [S.204H] - Pemakaian Akta Mengenai Pemberimilikan Semula adalah Terpakai Sebagaimana ia Terpakai Mengenai Pemberimilikan Pemakaian Akta mengenai pemberimilikan semula terpakai sebagaimana mengenai pemberimilikan dan juga menurut subseksyen (2) yang diperuntukan di bawah Peruntukan [S.204G]. Di bawah komponen ini menerangkan bahawa peruntukan-peruntukan KTN adalah terpakai mengenai semua persoalan, perkara dan prosedur berkaitan bahagian atau unit yang diluluskan pemberimilikan semula dan yang berbangkit selepas tanah yang terkandung di dalamnya telah terkembali kepada PBN mengikut subseksyen (2) dalam perkara peruntukan [S.204G] sebagaimana terpakainya ke atas pemberimilikan Tanah Kerajaan di bawah KTN. Perbincangan dan Kesimpulan SBBS adalah mekanisma yang memberi faedah dan manfaat untuk membantu pemaju dalam mempercepatkan proses pembangunan tanah. Manakala, Peruntukan Khas merupakan satu peruntukan yang diwujudkan untuk menambahbaik prosedur permohonan untuk kemudahan pembangunan tanah melalui SBBS. Ketidakfahaman dan ketidakjelasan amalan tidak sepatutnya timbul dan ianya adalah amat berisiko. Ketidakfahaman amalan akan membawa kepada perbezaan serta ketidakseragaman yang mana dengan sendirinya sudah tidak menzahirkan tujuan penggubalan KTN sebagaimana maksud Perkara 76[4] Perlembagaan Persekutuan iaitu bagi mewujudkan keseragaman. Terdapat beberapa faktor utama yang berkemungkinan besar menyebabkan timbulnya isu perbezaan amalan di kalangan warga kerja pentadbiran tanah. Antaranya adalah hasrat atau tujuan asal pindaan undang-undang itu tidak difahami oleh warga kerja pentadbiran tanah. Hasrat atau tujuan yang baik selalunya akan menghasilkan output atau keputusan yang tidak baik apabila berlakunya masalah dalam rantaian proses kerja yang berkaitan. Ini sering kali berlaku kerana hasrat atau tujuan sesuatu perkara itu gagal disampaikan dengan terang dan jelas kepada pihak-pihak yang terlibat dalam proses kerja yang berkenaan. Apabila tujuan atau maksud pindaan undang-undang itu tidak dikomunikasikan sebaiknya, maka ia menimbulkan pelbagai tafsiran yang kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk amalan atau tindakan yang berbeza-beza. Aspek ketidakfahaman ini akan menghasilkan tindakan dan output yang berbeza-beza dan tidak seragam. Adalah didapati penambahbaikan prosedur, jangka masa, penyelarasan, pembinaan kapasiti dan dokumentasi merupakan langkah penting yang perlu diambil ke arah penyampaian perkhidmatan Pentadbiran Tanah yang cekap dan berkesan. Dalam pada itu, Pihak Berkuasa Negeri seiring dengan Pentadbiran Tanah Negeri perlu bertanggungjawab memastikan dasardasar kerajaan berkaitan tanah dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti hidup di samping mencapai sasaran optimum pendapatan Kerajaan Negeri melalui pelaksanaan proses dan prosedur pembangunan tanah yang berkesan, cekap dan mampan. Penyediaan Garis Panduan (GP) merupakan salah satu elemen keberkesanan dalam menyampaikan perkhidmatan kerajaan serta mewujudkan kefahaman dan penjelasan bagi satusatu proses dan prosedur (Mohd Nazri dan Razli, 2011). GP boleh dijadikan sebagai instrumen kawalan rekod di mana sebarang perubahan dan pengemaskinian boleh dipantau selia bagi tujuan penambahbaikan yang berterusan. Penjelasan yang terperinci akan memastikan


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 108 DAN SAINS SOSIAL keseragaman dan ketelusan kepada proses dan prosedur selaras dengan hasrat kerajaan untuk memudahcara pekhidmatan yang disampaikan dan ditawarkan kepada rakyat. Penentuan prosedur dan tatacara yang jelas akan membolehkan semua pihak mudah untk memainkan peranan, menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan lebih teratur serta efisen. Secara tidak langsung, ini akan membawa kepada peningkatan kecekapan dan produktiviti di dalam sistem penyampaian Pentadbiran Tanah Negeri dan Daerah secara keseluruhan. Rujukan Abu Bakar, I. (2007). Peranan Perunding Tanah dalam Proses Permohonan Serah Balik Kurnia Semula Dalam Negeri Johor. Universiti Teknologi Malaysia. Ahmad Hamidi, M., & Yati, M. (2019). Komentar : Pertikaian Cadangan Pembangunan Tanah dan Syarat Nyata tanah : Satu Kupasan. Jurnal Pentadbiran Tanah, 1(1), 51. Ahmad Hidayat, M. I. (2017). Amalan Tatacara Permohonan Tanah Pertanian Di Pejabat Tanah Daerah. Universiti Teknologi Malaysia. Alias, I. (2005). Keberkesanan Pengeluaran Hakmilik Kekal Berdasarkan Pindaan Kanun Tanah Negara 1965 (Akta A1104). Universiti Teknologi Malaysia. Ariff, A. H., Samsudin, S., & Ahmad, M. H. (2020). Surrender and Re-alienation Approval Process: A Review of Emerging Issues and Way Forward From Evidence Base. Journal of Critical Reviews, 7(16), 699–707. https://doi.org/10.31838/jcr.07.16.96 Awang, A. (1991). Serah Balik Kurnia Semula Tanah Di Negeri Johor. The Surveyor ,1991, 26(4), 5. Azmi, R., Suhailizan, S., Mohd Halim, H., Amirul Haffiz, A., Mohd Shahrizan, S., Robiah, S., & Salfarina, S. (2019). Surrender and Re-Alienation of Land in Johor , Malaysia : a Planning Tool and Mechanism for Sustainable Property Development. Cambridge Dictionary Chow, W. M. (1999). The Workflow System and Its Applications. Production Planning and Control, 10(6), 506– 519. https://doi.org/10.1080/095372899232803 Concise Oxford English Dictionary (2008) Hafez, A. A. (2020). Proses Penyerahan Balik dan Pemberimilikan Semula di Bawah Seksyen 204D KTN Melalui Sistem e-Tanah. Universiti Teknologi Malaysia. Ibrahim, R., & Norris Kweku, H. (2018). Streamlining the Planning Approval Process for a Sustainable Urban Development-A Case Study for Unwinding Manmade Complexities. Stud. Archit. Urban. Environ. Sci. J, 1(1), 1–10. https://doi.org/10.22034/saues.2018.01.01 Jaiya, A. (2017). Pemajuan Tanah Melalui Peruntukan-peruntukan Khas (Seksyen 204A-H Kanun Tanah Negara 1965) – Suatu Pilihan. Jurnal Pentadbiran Tanah, 1(1), 97. Kamus Dewan Edisi Keempat Kanun Tanah Negara [Akta 828] Khalil, S., & Adelabu, S. A. (2012). Model for Efficient Service Delivery in Public Service. Journal of Public Administration and Governance, 2(3), 85. https://doi.org/10.5296/jpag.v2i3.2157 Kincaid, D. (2003). Adapting Buildings for Changing Uses. Adapting Buildings for Changing Uses. https://doi.org/10.4324/9780203223178 Lee, G. B. (1979). A Review of Land Policy and Policy Measures in Malaysia. Habitat International, 4(4–6), 471–483. https://doi.org/10.1016/0197-3975(79)90058-4 Lichfield, N. (1979). Towards a Comprehension of Land Policy. Habitat International, 4(4–6), 379–395. https://doi.org/10.1016/0197-3975(79)90050-X Low Wee, H. (2006). Pengeluaran Hakmilik Blok Selepas Kelulusan Serahbalik Kurnia Semula Di Negeri Johor. Universiti Teknologi Malaysia. Marzukhi, M A, Jaafar, A., Ling, O., & Leh, H. (2019). The Effectiveness Of Building Plan Approval . Case Study : 5. Marzukhi, Marlyana Azyyati, Omar, D., Arshad, A. F., Leh, O. L. H., Yusup, M., & Jaafar, A. (2019). One Stop Centre (OSC): Lessons On Best Practices in Planning System Delivery. Planning Malaysia, 17(1), 104– 115. https://doi.org/10.21837/pmjournal.v17.i9.590 Mohd Nazri, Z., & Razli, C. R. (2011). Amalan Sistem Penyampaian Perkhidmatan dan Prestasi Pihak Berkuasa Tempatan. International Conference on Management (ICM 2011) Proceeding, December, 1075–1089. Mohd Shukri, B. I. (2011). Land Administration in Peninsular Malaysia. Jurnal Pentadbiran Tanah, 1(1), 100– 116. Penyata Rasmi Parlimen, (1984) (Dewan Rakyat).


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 109 DAN SAINS SOSIAL Penyata Rasmi Parlimen, (1985) (Dewan Rakyat). Penyata Rasmi Parlimen, (1992) (Dewan Rakyat). Penyata Rasmi Parlimen, (2001) (Dewan Rakyat). Penyata Rasmi Parlimen, (2007) (Dewan Rakyat). Penyata Rasmi Parlimen, (2016) (Dewan Rakyat). Perlembagaan Malaysia Suhailizan, S. (2016). Kepentingan Ulasan Tanah Oleh Pejabat Tanah Daerah Dalam Sesuatu Permohonan Kebenaran Merancang (KM). Universiti Teknologi Malaysia. Suleiman, M. M. (2004). Proses Permohonan untuk Pembangunan Tanah di Negeri Sembilan: Amalan dan Undang-undang. Universiti Teknologi Malaysia. Suliman, S. B., Haffiz, A., Ariff, B., & Bin, S. (2018). Undang-undang Pembangunan Tanah. Jurnal Pentadbiran Tanah, 2(1), 20. https://www.jkptg.gov.my


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 110 DAN SAINS SOSIAL KEPENTINGAN DAN HALANGAN PENGELUARAN HAKMILIK SAMBUNGAN SELEPAS PENGAMBILAN TANAH Nor Farahani Saad, Salfarina Samsudin dan Fatin Afiqah Md Azmi Abstrak Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT) adalah merupakan satu akta dan undang-undang yang digubal khas untuk mengambil balik tanah milik individu bagi membangunkan ekonomi Malaysia dan kemudahan untuk masyarakat setempat. Akta ini digubal bagi membolehkan pihak kerajaan mengambil mana-mana tanah untuk pelaksanaan pembangunan. Setiap Pengambilan Tanah perlu melalui tiga (3) proses utama iaitu Peringkat Pra Pengambilan, Peringkat Pengambilan dan Peringkat Pasca Pengambilan. Proses pengeluaran Hakmilik Sambungan selepas pengambilan tanah merupakan salah satu proses yang perlu dilaksanakan di peringkat pasca pengambilan tanah sepertimana yang termaktub di dalam APT 1960. Jika pengambilan yang dibuat melibatkan keseluruhan lot, maka proses pengambilan akan terhenti setelah keluarnya Borang K di bawah Seskyen 22 APT 1960 kepada tuan tanah terlibat. Namun, dalam keadaan bilamana pengambilan hanya melibatkan sebahagian lot sahaja, maka proses pengambilan tanah tidak akan hanya terhenti selepas keluarnya Borang K. Proses selanjutnya yang perlu diberi perhatian oleh pentadbir tanah adalah proses pengeluaran hakmilik sambungan bagi baki lot yang ditinggalkan. Proses ini perlu dilaksanakan bagi memudahkan tuan tanah untuk menjalankan urusniaga selanjutnya ke atas tanah terlibat dan pindaan cukai dengan kadar yang baru juga perlu dibuat sekaligus akan mengurangkan beban kepada tuan tanah yang berkaitan. Walaupun akta ini telah menetapkan prosedur dan tatacara yang sewajarnya untuk dilaksanakan, namun masih terdapat pihak-pihak bertanggungjawab yang tidak dapat mematuhi prinsip yang ditetapkan ini. Justeru, kajian ini akan membincangkan mengenai halangan-halangan yang dihadapi dalam mengeluarkan hakmilik sambungan selepas pengambilan tanah di Negeri Pulau Pinang, di samping membincangkan mengenai kepentingan hakmilik sambungan ini kepada pelbagai pihak berkaitan. Kajian ini juga akan memberi manfaat kepada tuan tanah, pembuat dasar, dan pihak pentadbiran tanah bagi memastikan halangan yang dihadapi diberikan tumpuan dalam usaha penambaikan proses pengeluaran hakmilik sambungan kelak. Kata Kunci: Akta Pengambilan Tanah, Hakmilik Sambungan, Halangan, Kepentingan. Pengenalan Setiap proses pembangunan yang dilaksanakan dalam sesebuah negara akan melibatkan penggunaan tanah. Semakin banyak pembangunan, maka semakin banyak penggunaan tanah yang terlibat. Oleh kerana sumber tanah sedia ada adalah semakin terhad, maka pihak berkuasa perlu mencari pendekatan untuk menjayakan pembangunan yang dirancang terutamanya bagi pembangunan yang terpaksa melibatkan tanah-tanah berimilik. Salah satu pendekatan kerajaan bagi mengatasi masalah ini adalah dengan mewujudakan Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960 (Akta 486) bagi merealisasikan hasrat pembangunan seperti yang ditetapkan. Menurut Anuar Alias (2014), Pengambilan Tanah di Malaysia membawa maksud ‘ satu tindakan yang diambil oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk mengambil tanah yang dimiliki oleh orang perseorangan, badan atau perbadanan untuk tujuan awam’. Akta ini memberi kuasa kepada PBN untuk mengambil tanah yang diperlukan untuk tujuan awam atau oleh mana-mana orang


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 111 DAN SAINS SOSIAL atau pihak swasta yang mengambil untuk tujuan dan kemudahan awam, atau untuk industri, perlombongan dan kediaman (Su Tiang Joo & Pang Kong Leng ,2018). APT 1960 telah mula berkuatkuasa sejak 13 Oktober 1960 di Semenanjung Malaysia dan tujuan utama diwujudkan adalah untuk menyatukan undang-undang yang berkaitan dengan pengambilan tanah, penilaian pampasan yang mesti dikira terhadap sesuatu pengambilan tanah dan perkara-perkara berbangkit. APT 1960 juga memperuntukan beberapa aspek seperti tujuan pengambilan tanah, pihak berkuasa yang berhak mengambil tanah, prosedur melaksanakan pengambilan tanah, kaedah bantahan ke atas proses pengambilan tanah, dan kaedah penilaian pampasan ke atas tanah yang diambil (Ainul Jaria, 2008). Proses pengambilan tanah akan bermula bilamana terdapat permohonan daripada mana-mana agensi kerajaan, perbadanan atau orang perseorangan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 3 (a) (b) (c), APT 1960. Menurut Seksyen 3, PBN dibenarkan untuk mengambil mana-mana tanah yang diperlukan bagi tujuan; (a) tujuan awam, (b) oleh mana-mana orang atau badan bagi apa-apa maksud yang pada pandangan PBN akan memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi negara atau (c) bagi apa-apa maksud perlombongan, kediaman, pertanian, perniagaan, perindustrian, perusahaan dan rekreasi. Pengambilan mana-mana tanah yang terlibat adalah dilindungi di bawah Artikel 13, Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan bahawa tiada seseorang boleh dilucutkan hartanya melainkan dengan suatu pampasan yang mencukupi. Setiap pihak yang terlibat adalah layak dibayar pampasan dan jika mereka tidak bersetuju, maka pihak yang terlibat boleh mengemukakan bantahan ke mahkamah sepertimana yang diperuntukan di dalam Seksyen 38 (1) APT 1960. Dalam setiap pengambilan tanah, ada beberapa proses yang perlu dilalui sebelum tanah tersebut diambil milik. Antara proses yang perlu dilalui adalah Peringkat Permohonan, Pewartaan Seksyen 4 (Borang A), Pewartaan Seksyen 8 (Borang D), Sijil Perakuan Segera (Certificate of Urgency) Seksyen 19, Siasatan dan Bayaran Pampasan, Rujukan ke Mahkamah (Borang N), Pemilikan Secara Rasmi (Borang K) dan Penarikan Balik dan Permohonan Ukur (PU), Pindaan Cukai dan Penyediaan Hakmilik Sambungan. Berdasarkan proses-proses seperti yang dinyatakan di atas, salah satu proses yang perlu diberi perhatian oleh setiap Pentadbir Tanah di peringkat pasca pengambilan adalah proses permohonan ukur (PU), pindaan cukai dan hakmilik sambungan. Menurut Seksyen 25 (1) APT 1960, jika hanya sebahagian daripada sesuatu lot itu telah diambil, maka Pentadbir Tanah hendaklah menyemak semula cukai mengikut anggaran keluasan tanah yang tidak diambil dan mengukur semula baki lot selepas Borang K (Seksyen 22) diendorskan dan dikeluarkan. Manakala menurut Seksyen 26 (1) akta yang sama pihak berkuasa pendaftaran hendaklah mengeluarkan hakmilik sambungan pada baki bahagian tanah yang dipegang oleh tuan tanah. Menurut Syed Norul Shahril (2016), kebanyakan stigma pihak berkepentingan seperti agensi pemohon, agensi pengambil, pentadbiran tanah dan masyarakat menganggap bahawa proses pengambilan sebahagian tanah telah terhenti selepas Borang K selesai didaftarkan dan projek pembangunan sudah mula dilaksanakan maka akibatnya pentadbiran tanah terpaksa berdepan dengan tunggakan hakmilik sambungan yang masih belum dikeluarkan kepada tuan tanah yang terlibat. Kajian Literatur Hakmilik sambungan adalah hakmilik yang akan dikeluarkan samada oleh Pendaftar atau Pentadbir Tanah daripada hakmilik lama kepada hakmilik baru (Anas Yusof, 2021). Hakmilik sambungan akan dikeluarkan ke atas tanah secara keseluruhan sekiranya terdapat keadaan seperti yang dinyatakan di dalam seksyen 166 (1) Kanun Tanah Negara (KTN) 1965. Salah satu keadaan adalah selepas proses pengambilan tanah sepertimana dinyatakan dalam Seksyen 166 (1)(h) KTN. Dalam keadaan pengambilan tanah, hanya tanah-tanah yang terlibat dengan


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 112 DAN SAINS SOSIAL pengambilan sebahagian tanah sahaja yang akan dikeluarkan hakmilik sambungan ke atas baki tanah yang telah diukur semula tersebut. Proses pengeluaran hakmilik sambungan selepas pengambilan tanah akan dilaksanakan oleh Pejabat Tanah selepas endorsan Borang K di dalam hakmilik tanah yang terlibat dilaksanakan. Selepas selesai sesuatu pengambilan tanah, agensi pengambil seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) atau Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) atau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan sebagainya akan menyediakan Pelan Pengambilan yang lengkap dengan ‘bearing’ dan ‘distance’ untuk diserahkan kepada Pejabat Tanah. Sekiranya pelan pengambilan telah lengkap semasa permohonan pengambilan tanah, maka pelan tersebut boleh digunapakai untuk proses selanjutnya. Selepas pelan ini diperolehi, Pejabat Tanah melalui Penolong Pegawai Penempatan (SO) akan menyediakan Permohonan Ukur (PU) untuk pengeluaran hakmilik sambungan kepada tuan tanah yang terlibat. Setelah itu, PU akan dihantar kepada pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) untuk tujuan ukur halus bagi menentukan sempadan dan keluasan baki yang tinggal. Setelah diukur halus, JUPEM akan menyediakan Pelan Akui (PA) dan dikemukakan semula kepada pejabat tanah untuk dikeluarkan hakmilik sambungan. Dalam kes di mana pelan pengambilan sebelum siasatan masih disimpan oleh pejabat tanah dan keluasan yang diambil tidak mempunyai sebarang perubahan, maka pelan pengambilan asal boleh digunakan oleh pejabat tanah untuk dibuat Pelan PU. Hakmilik sambungan hanya boleh dikeluarkan setelah baki lot diukur halus dan mendapat PA daripada pihak JUPEM. Hakmilik sambungan diproses dan didaftarkan di Pentadbiran Tanah sama ada di pejabat tanah atau pejabat pendaftar. Proses pengeluaran hakmilik sambungan bermula apabila borang K didaftarkan (Seksyen 23, APT 1960) dan notis Borang L dikeluarkan bagi meminta pemilik tanah memulangkan hakmilik (Seksyen 24, APT 1960). Apabila sebahagian sesuatu lot diambil, semakan cukai dan pengukuran semula dibuat oleh pentadbiran tanah (Seksyen 25, APT 1960). Selepas itu, pelan PU dihantar ke JUPEM. Seterusnya, hakmilik sambungan akan dikeluarkan selepas hakmilik sedia ada dibatalkan (Seksyen 26, APT 1960). Proses pengeluaran hakmilik sambungan bagi pengambilan sebahagian tanah diringkaskan melalui jadual seperti berikut: Jadual 1 Proses Pengeluaran Hakmilik Sambungan Selepas Proses Pengambilan Tanah (Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, 2021) Bil Tindakan Langkah-langkah Tempoh masa (ikut hari bekerja) 1 Pembantu Tadbir (Pembangunan & Pelupusan) Borang K didaftarkan (Seksyen 23 APT 1960) 3 hari 2 Pembantu Tadbir (Pembangunan & Pelupusan) Mengenalpasti lot-lot tanah yang terlibat dengan pengambilan sebahagian tanah dan telah dikeluarkan Borang K dan dibayar pampasan sewajarnya. 3 hari 3 Pembantu Tadbir (Pembangunan & Pelupusan) Notis Borang L dikeluarkan kepada pemilik tanah untuk pemulangan hakmilik (Seksyen 24, APT 1960) 2 hari 4 Pembantu Tadbir (Pembangunan & Pelupusan) Semak fail yang berkaitan dengan pengambilan sebahagian tanah dan serahkan 2 hari


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 113 DAN SAINS SOSIAL kepada Penolong Pegawai Tanah (PPT) untuk penyediaan Permohonan Ukur (PU) 5 Penolong Pegawai Tanah (PPT) PPT akan menyemak samada Pelan Pengambilan yang lengkap dengan ‘bearing and distance’ dikemukakan bersama atau tidak. Sekiranya tiada, PU tidak boleh disediakan. Sekiranya lengkap, PU akan disediakan bersama sijil pembebasan bayaran ukur kepada Pengarah Ukur Negeri. 5 hari 6 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Setelah menerima PU daripada pejabat tanah, pihak JUPEM akan membuat ukuran halus lot terlibat dan menyediakan Pelan Akui (PA) dengan nombor lot baru dan dihantar semula kepada Pentadbir Tanah melalui sistem untuk proses selanjutnya 1 bulan 7 Pembantu Tadbir (Pendaftaran) Setelah PA diterima daripada JUPEM, bahagian pendaftaran akan menjana nombor perserahan bagi kemasukan data hakmilik untuk proses pendaftaran selanjutnya. Fail akan dikemukakan kepada PPT untuk pengiraan cukai baharu 5 hari 8 Penolong Pegawai Tanah (PPT) PPT akan membuat pengiraan cukai baru menurut Seksyen 25 APT 1960. 3 hari 9 Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) Membuat proses pendaftaran hakmilik baru dan membatalkan hakmilik keluaran yang lama 1 hari 10 Pembantu Tadbir (Pendaftaran) Sisih hakmilik lama dan kemukakan kepada bahagian hasil untuk kemaskini sistem hasil bagi tujuan pembayaran cukai yang baharu 3 hari Kepentingan Pengeluaran Hakmilik Sambungan Pengeluaran hakmilik sambungan selepas pengambilan tanah ini mempunyai beberapa kepentingan samada kepada pihak kerajaan, pentadbiran tanah mahupun tuan tanah. Menurut Nurfatiha binti Mohd Daud (2016), antara kepentingan yang dikenalpasti antaranya adalah ianya akan memudahkan tuan tanah untuk melakukan urusniaga tanah kerana keluasan tanah adalah muktamad dan tidak menimbulkan keraguan kepada pihak lain dalam urusan jual beli, gadaian dan sebagainya. Seterusnya tuan tanah tidak perlu membuat pecah sempadan dan sebagainya yang melibatkan kos yang tinggi kerana tanah telah berpecah menjadi dua (2) lot secara automatik (jika pengambilan di tengah-tengah) akibat daripada pengambilan. Selain itu, nilaian tanah menjadi tinggi untuk urusan jual beli atau urusniaga tanah kesan daripada pembangunan infrastruktur yang dibuat di atas tanah yang diambil. Tuan tanah juga mudah untuk mengusahakan dan memajukan tanah mereka kerana kemudahan asas telah wujud di kawasan yang terlibat dengan pengambilan tanah seperti jalan, sekolah, klinik, dan sebagainya. Pemilik tanah juga akan mendapat hakmilik baru yang menunjukkan baki keluasan sebenar serta kadar cukai baru mengikut keluasan baki tanah. Urusniaga akan mudah dilaksankan dan pembangunan tanah juga mudah untuk dimajukan memandangkan nilaian tanah tersebut menjadi lebih tinggi disebabkan oleh pembangunan yang dirancang oleh pengambilan tanah terlibat (Anas Yusof, 2021).


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 114 DAN SAINS SOSIAL Manakala menurut Syed Noorul (2016) pula, hakmilik sambungan selepas pengambilan tanah akan menjadi bukti ketuanpunyaan kepada pemilik tanah. Hakmilik ini amat penting bagi pemilik tanah untuk mengiktiraf sempadan tanah yang dimilikinya. Dengan mengetahui sempadannya, pemilik tanah mempunyai hak dalam mentadbir, mengurus dan membangunkan tanah yang dimiliki. Urusniaga dapat dilaksanakan oleh pemilik tanah walaupun hakmilik sambungan selepas pengambilan tanah belum dikeluarkan, namun ia terhad kepada beberapa urusniaga sahaja dan menyukarkan pemilik tanah untuk membuat beberapa urusan lain seperti pecah bahagian, pecah sempadan dan serahbalik kurnia semula. Dari sudut kepentingan kepada pentadbiran tanah pula, pengeluaran hakmilik sambungan ini akan meningkatkan imej kepada pentadbiran tanah dan kerajaan. Jika proses ini ditangguhkan maka ia akan menjadi lebih sukar apabila melibatkan pengambilan bertindih di atas hakmilik yang sama dan hakmilik sambungannya tidak pernah dikeluarkan. Sebagai tambahan, pengeluaran hakmilik sambungan juga amat penting bagi menunjukkan sempadan tanah terutama kepada pembeli dan pelabur bagi membangunkan tanah tersebut. Terdapat juga kes di mana tuan tanah mengambil kesempatan semasa proses jual beli tanah dengan tidak memaklumkan kepada pembeli bahawa tanah mereka telah terlibat dengan pengambilan walaupun endorsan Borang K telah dicatatkan di belakang hakmilik. Masih ada pembeli atau pelabur yang kurang peka terhadap perkara ini dan akibatnya, pembeli tidak berpuas hati dengan keluasan yang diperolehi berbanding nilai yang dibayar. Seandainya pengeluaran hakmilik sambungan selepas pengambilan tanah ini tidak diberi perhatian sewajarnya, isu ini akan meninggalkan kesan yang besar bukan sahaja kepada pentadbiran tanah malah turut menjejaskan tuan tanah, agensi pengambil dan pihak kerajaan itu sendiri. Menurut Seksyen 28 APT 1960 menetapkan bahawa sekiranya terdapat perbezaan antara keluasan tanah yang diambil dengan keluasan tanah dijadualkan mengikut Seksyen 14, maka perbezaan itu hendaklah dinilai mengikut kadar yang sama seperti award Pentadbir Tanah terdahulu dalam Borang G dan Pentadbir Tanah perlu membayar caj bayaran lewat sebanyak 5% mulai dari tarikh tanah itu diambil milik atau pampasan dibayar mengikut mana yang terdahulu sepertimana yang dinyatakan dalam Seksyen 32 (2) APT 1960. Implikasinya, ia akan mendatangkan kerugian kepada Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan atas tuntutan semula pampasan akibat pertambahan keluasan yang diambil setelah proses pengukuran semula dibuat. Semakin lama proses pengukuran semula dibiarkan, maka risiko pertambahan kos akan meningkat tahun demi tahun mengikut caj yang ditetapkan termasuk bayaran faedah 5% setahun. Perkara seperti ini ada dibincangkan melalui kes mahkamah Smart Fair Sdn Bhd lawan Pentadbir Tanah Daerah Kerian (2018) MLJU 156, kes Mohamad Fawzi bin Mohd Yusof lwn Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat (2012) MLJ 8, 2016 dan Kes Bandar Utama City Corp Sdn Bhd (previously Damansara Jaya Sdn Bhd) lawan Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada tahun 2017 (MLJ, 2018). Halangan dalam Pengeluaran Hakmilik Sambungan Realiti yang berlaku kini di kebanyakan pejabat tanah di Malaysia adalah terpaksa berdepan dengan aduan daripada tuan tanah yang kebanyakannya berkisar mengenai kegagalan untuk membangunkan tanah kerana tidak mengetahui sempadan tanah yang telah diambil oleh kerajaan akibat kegagalan mengeluarkan hakmilik sambungan. Terdapat pelbagai faktor penghalang yang boleh diterjemahkan dalam proses menyelesaikan tunggakan hakmilik sambungan dan hakmilik tetap. Berdasarkan kajian literatur yang dilaksanakan, kajian mengenai isu tunggakan hakmilik sambungan adalah sangat kurang dilaksanakan terutamanya di Malaysia. Kajian-kajian terdahulu yang dilaksanakan menunjukkan bahawa antara faktor utama yang menjadi penghalang dan menimbulkan masalah bagi isu ini antaranya adalah


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 115 DAN SAINS SOSIAL melibatkan halangan perundangan, halangan sumber manusia, halangan urus tadbir, dan halangan kos. a) Halangan Perundangan Dalam menyediakan hakmilik sambungan ini, Pentadbir Tanah hendaklah memastikan peruntukan dan prinsip yang ditetapkan di dalam Seksyen 25 & 26 APT 1960, Seksyen 166 (1)(h), Seksyen 167, Seksyen 170 dan Seksyen 174 KTN 1965 perlu dipatuhi sepenuhnya. Walaupun akta-akta ini telah menggariskan mengenai keperluan pengeluaran hakmilik sambungan untuk dilaksanakan, namun hasil penelitian mendapati bahawa tiada tempoh masa yang ditetapkan bagi mengeluarkan hakmilik sambungan terutamanya selepas pengambilan tanah yang menyebabkan ianya kurang diberi perhatian dan kurang menjadi keutamaan oleh pihak yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakannya. b) Halangan Sumber Manusia Antara penemuan yang ditemui melalui kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji terdahulu mendapati bahawa antara punca menyebabkan tunggakan hakmilik sambungan selepas pengambilan tanah ini adalah sikap sambil lewa kakitangan pentadbiran tanah (amalan kerja tidak baik dan tidak fokus dan tidak menekankan kepada hakmilik sambungan), tidak mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Kanun Tanah Negara (KTN) dengan tidak memberi perhatian kepada Akta yang ditetapkan dengan alasan tiada garis panduan, tiada penekanan daripada pihak pelanggan dan kekurangan kakitangan untuk pelarasan lot (Nur Fatihah Daud, 2016). Seterusnya menurut Alias Ibrahim (2005) yang melaksanakan kajian ke atas pengeluaran hakmilik kekal menyatakan bahawa antara permasalahan yang ditemui banyak melibatkan faktor dalaman di pentadbiran tanah iaitu antaranya ialah kerja-kerja menyediakan PU tidak menjadi keutamaan setelah hakmilik sementara didaftarkan dan sesetengah pejabat tanah tidak mempunyai daftar PU, akibatnya pegawai yang berkenaan tidak mengetahui kedudukan dan kemajuannya. Apabila surihan penempatan atau PA diterima daripada JUPEM, penerimaan ini tidak dicatat sebelum diedarkan untuk dimasukkan ke dalam fail yang berkaitan. Penulis berpandangan bahawa bagi melaksanakan proses ini, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran dan pengalaman. Hal ini dibuktikan dalam isu penyelesaian tunggakan hakmilik sementara kepada hakmilik tetap (QT-FT) yang menunjukkan bahawa faktor kemahiran seperti kemahiran komunikasi, penyelesaian masalah, pemikiran kritikal, komputer & elektronik, pengurusan, interpersonal dan perkeranian merupakan elemen penting dalam melaksanakan sesuatu tugasan (JKPTG,2015). Kemahiran dan pengetahuan dalam proses urusan tanah telah banyak membantu menyelesaikan tunggakan urusan tanah seperti QT dan FT yang suatu masa dahulu (sebelum tahun 2008) merupakan masalah besar dalam institusi tanah di setiap negeri. c) Halangan Urus Tadbir Menurut Syed Norul Shahril (2016), permasalahan yang timbul dalam proses pengeluaran hakmilik sambungan adalah bilamana berlaku ketidakcekapan pentadbiran tanah, kegagalan agensi pengambil untuk menyediakan Pelan 'Precomp' selepas pengambilan tanah, kegagalan pejabat tanah untuk menyediakan PU dan kelewatan pejabat tanah mengemukakan PU kepada pihak JUPEM. Selain itu, faktor pengambilan tanah tidak diteruskan setelah pewartaan Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 juga menjadi penyumbang kepada isu ini (Nor Haryanie Bakar, 2014). Catatan atau endorsan Borang K tidak dibuat di dalam dokumen hakmilik terlibat yang menyebabkan bahagian yang bertanggungjawab untuk menyediakan hakmilik sambungan ini tidak mengetahui akan keperluannya. Hal-hal ini terjadi mungkin kerana faktor latihan atau kursus yang kurang diberikan kepada kakitangan yang berkaitan menyebabkan mereka tidak mahir untuk melaksanakan proses yang ditetapkan. Selain itu, isu bebanan tugas


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 116 DAN SAINS SOSIAL kakitangan juga perlu dilihat semula sebagai faktor yang mungkin menyebabkan isu ini terjadi. Kajian impak yang dilaksanakan oleh pihak JKPTG pada tahun 2015 membuat unjuran sekurang-kurangnya seramai 875 orang kakitangan tambahan diperlukan untuk membantu urusan pengambilan tanah. Penulis juga melihat isu tunggakan hakmilik sambungan selepas pengambilan tanah ini juga kurang diberi perhatian oleh pihak pengurusan samada di peringkat pejabat tanah mahupun di peringkat PTG. Tiada laporan-laporan rasmi yang dikemukakan secara bulanan atau tahunan berhubung jumlah tunggakan ini kepada pihak atasan. Hal ini dapat dibuktikan semasa pengumpulan data yang bakal dilaksanakan kelak. d) Halangan Kos Salah satu elemen penting dalam melaksanakan proses hakmilik sambungan selepas pengambilan tanah adalah penyediaan PU. Antara punca kelewatan pengeluaran hakmilik sambungan selepas pengambilan tanah yang melibatkan PU adalah kelewatan pejabat tanah mengemukakan PU kepada JUPEM dan kegagalan pejabat tanah menyediakan PU (Syed Norul Shahril, 2016). Ianya merupakan faktor yang kritikal yang perlu diberi perhatian dan diambil tindakan penyelesaian. Antara sebab yang menghalang pelan PU dihantar kepada JUPEM adalah kerana Penolong Pegawai Tanah mempunyai halangan semasa pengukuran untuk penyediaan pelan PU di atas tapak disebabkan agensi pengambil sedang menjalankan aktiviti perlaksanana projek, pelan pengambilan tanah yang disediakan oleh agensi pengambil tidak lengkap dengan “bearing” dan “distance”. Pada kebiasaanya, agensi pengambil telah menghantar pelan pengambilan tanah semasa permohonan pengambilan dan menganggap pelan tersebut boleh digunakan dalam proses pengeluaran hakmilik sambungan. Namun walau bagaimanapun, pelan tersebut tidak dapat digunakan dalam proses pengeluaran hakmilik sambungan kerana terdapat perubahan keluasan sepanjang proses pengambilan tanah sehingga perintah Pentadbir Tanah semasa siasatan dikeluarkan iaitu Borang H terutamanya pengambilan yang melibatkan jajaran. Justeru, Pejabat Tanah terpaksa meminta agensi pengambil menyediakan pelan” pre-comp” yang lengkap selepas Borang H atau Borang K dikeluarkan. Dalam hal ini, agensi pengambil hendaklah melantik Juruukur Berlesen untuk penyediaan pelan “pre-comp” selepas pengambilan tanah dan bukan hanya pelan pengambilan tanah semasa permohonan pengambilan tanah. Pelan ini penting dalam menentukan sempadan sebenar pemilik– pemilik tanah selepas siasatan atau perbicaraan pengambilan tanah selesai. Isu berkaitan penyediaan pelan ini tentunya akan melibatkan kos peruntukan yang besar kepada agensi pengambil. Oleh itu, inilah yang menjadi halangan utama kepada agensi bagi menyelesaikan isu ini tambahan pula projek yang dilaksanakan telah lama siap dan selesai. Kesimpulan Kegagalan pengeluaran hakmilik sambungan tidak akan menghalang urusniaga seperti pindah milik atau urusan jual beli dilaksanakan. Namun, ianya akan mendatangkan kesulitan bilamana pembeli terbaru tidak melihat endorsan Borang K di dalam hakmilik yang sepatutnya keluasan tanah telah ditolak akibat daripada pengambilan tanah. Keluasan di dalam hakmilik sepatutnya telah ditolak dengan keluasan pengambilan sepertimana endorsan di belakang hakmilik dan ada di kalangan penjual yang tidak menyatakan hal ini semasa proses jual beli dan mengambil kesempatan, maka pembeli baru akan tertipu dengan anggapan mereka membeli keseluruhan lot dengan keluasan yang tertera di hakmilik lama dan bayaran juga dibuat dengan kadar keluasan yang lama. Isu-isu sebegini sebenaranya telah banyak berlaku di mana-mana pentadbiran tanah terutamanya yang melibatkan pengambilan pada tahun 80an-90an dan pengambilan jajaran untuk jalanraya atau parit dan tali air. Lebih kronik lagi apabila penyediaan PU tidak dapat dibuat di peringkat pejabat tanah kerana Pelan Pengambilan Asal pengambilan (yang


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 117 DAN SAINS SOSIAL mengandungi ‘bearing dan ‘distance’) telah hilang dan tiada di dalam fail permohonan. Dalam kes sebegini, agensi pengambil perlu mengambil inisiatif untuk melantik juruukur berlesen bagi mengukur keluasan mengikut keluasan yang diambil semasa pengambilan. Dalam kebanyakan kes, agensi pengambil tidak mampu melaksanakannya kerana ianya melibatkan kos kepada agensi dan kos melantik juruukur perlu dimohon dalam peruntukan bajet tahunan sesuatu agensi berkaitan. Oleh yang demikian, isu ini akan terus dibiarkan akibat tiada peruntukan tahunan untuk melantik jururukur dan PU tidak dapat dikeluarkan dan ukur halus juga tidak dapat dibuat oleh pihak JUPEM. Berkaitan isu pindaan cukai pula yang sepatutnya dilaksanakan, selagimana hakmilik sambungan tidak dikeluarkan, maka tuan tanah masih membayar cukai pada kadar terdahulu (kadar sebelum pengambilan). Hal ini sekiranya dibiarkan akan mendatangkan masalah kepada pihak kerajaan sekiranya berlaku tuntutan di kemudian hari oleh tuan tanah kerana telah terlebih membayar cukai. Justeru, dengan adanya kajian ini diharap dapat membantu pihak kerajaan dan pentadbiran tanah terutamanya untuk mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan tunggakan hakmilik sambungan selepas pengambilan ini di samping mencari punca halangan kepada berlakunya tunggakan yang dinyatakan. Rujukan Ainul Jaria Maidin (2008). Principles of Malaysia Land Law. Lexis Nexis. Alias Ibrahim (2005). Keberkesanan Pengeluaran Hakmilik Kekal Berdasarkan Pindaan Kanun Tanah Negara 1965. Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi. Universiti Teknologi Malaysia. Johor. Anas bin Mohd Yusof (2021). Peranan Jurukur Tanah Berlesen Dalam Mempercepatkan Proses Pengeluaran Hakmilik Sambungan. Fakulti Alam Bina dan Ukur. Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Anuar Alias (2014). Pengambilan Tanah, Hak dan Panduan Pemilik Tanah. Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur Ismail Omar (2016). Tanah oh Tanah. Percetakan Muafakat Jaya Sdn.Bhd Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang (2021). Kajian Impak Pasukan Petugas Khas Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (2015). Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia (2017). Malayan Banking Bhd lawan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor.Malayan Law Journal (9) Malaysia (2018). Smart Fair Sdn Bhd lawan Pentadbir Tanah Daerah Kerian dan satu lagi. Malayan Law Journal Malaysia. (2010). Federal Constitution. Kuala Lumpur. Malaysia (2001). Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486). International Law Book Services, Kuala Lumpur. Mazlan Ismail & Ismail Omar (2012). Pengambilan Tanah. UUM Press, Malaysia Mohd Azhar Ismail (2020). Pengantar dan Prosedur Pengambilan Tanah, Edisi Ke-3 Pengambilan Tanah (Akta Pengambilan Tanah 1960 Akta 486 pindaan) Nor Haryanie Bakar (2014). Projek Sarjana Muda “Kelewatan Proses Penyediaan Hakmilik 82 Sambungan Selepas Pengambilan Tanah”. Fakulti Geoinformasi Dan Harta Tanah. Universiti Teknologi Malaysia. Johor Nur Fatihah Md Daud (2016). Kepentingan Penyediaan Hakmilik Sambungan Selepas Pengambilan Tanah (Borang K). Fakulti Geoinformasi Dan Harta Tanah Universiti Teknologi Malaysia Noor ‘Ashikin Binti Hamid Noraida Binti Harun Nazli Bin Ismail @ Nawang (2011). Pengambilan Tanah bagi Pembangunan Ekonomi: Isu dan Penyelesaian. Jurnal Undang Undang dan Masyarakat 15. Universiti Kebangsaan Malaysia S. Kulasingam & Anor V Commisioner Of Lands Federal Territory & Ors [1982] 1 MLJ 204 Salleh Buang. (1993). Undang-Undang Tanah di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Su Tiang Joo & Pang Kong Leng (2018). The Law on Land Acquisition. The Malaysian Current Law Journal Sdn.Bhd Syed Norul Shahril. (2016). Proses Pengeluaran Hakmilik Sambungan Selepas Pengambilan Tanah. Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah Universiti Teknologi Malaysia Zalina Zakaria (2006). Pengambilan tanah secara paksa di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960: gangguan kepada Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan? Jurnal Syariah 14(2), 73 – 86


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 118 DAN SAINS SOSIAL PROSEDUR PAJAKAN TANAH PERSEKUTUAN Nafiza Abu Al-Ashari, Robiah Suratman dan Shahril Abd Rahman Fakulti Alam Bina Dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru Abstrak Urusniaga pajakan tanah merupakan satu bentuk mekanisme yang diguna pakai oleh badanbadan kerajaan di seluruh dunia bagi menguruskan, mengoptimumkan penggunaannya serta mendapatkan hasil demi pembangunan ekonomi negara. Kerajaan Persekutuan Malaysia mengguna pakai mekanisme pajakan ini sebagai satu bentuk pengawalan yang dilaksanakan dalam dasar pengurusan tanah Persekutuan sepertimana yang dijelaskan dalam Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) Bilangan 3 Tahun 2008, maka prosedur pajakan tanah Persekutuan telah wujudkan bagi melancarkan gerak kerja operasi. Namun begitu, terdapat kelompongan dalam prosedur pajakan tersebut yang membawa kepada dua(2) isu yang dikenal pasti mempengaruhi prestasi pengurusan pajakan tanah Persekutuan secara keseluruhan dalam jangka masa panjang dan perlu dibuat penambahbaikan. Pertama, peranan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) sebagai pengurus tanah Persekutuan. Yang kedua, penetapan prosedur pemantauan dan penguatkuasaan bagi kutipan hasil pajakan tanah Persekutuan. Oleh yang demikian, terdapat keperluan untuk menambahbaik prosedur berdasarkan dua isu ini dimana peranan PTP perlu diperkasakan sebagai pengurus tanah Persekutuan dan difahami oleh agensiagensi Persekutuan lain serta prosedur pemantauan dan penguatkuasaan kutipan hasil pajakan tanah Persekutuan perlu diadakan dengan tindakan proaktif agar sumber tanah Kerajaan Persekutuan dapat dibangunkan secara mampan. Artikel ini diharapkan dapat memberi manfaat perkongsian pengetahuan pengurusan pajakan tanah Persekutuan serta dapat dijadikan panduan kepada pihak pemegang dan pengurus harta tanah bagi badan-badan kerajaan mahupun swasta. Kata Kunci: Kerajaan Persekutuan, Urusniaga Pajakan, Tanah Kerajaan, Pengurusan Harta Tanah, Prosedur Pengenalan Tanah milik Kerajaan merupakan suatu aset yang perlu diberi penekanan serius. Ini kerana sumber tanah merupakan instrumen yang penting kepada penyediaan perkhidmatan yang diberikan secara langsung atau tidak langsung. Kerajaan telah membelanjakan sejumlah wang yang besar dengan membangunkan tanah tersebut menyediakan pelbagai kemudahan dan fasiliti dan infrastruktur bagi meningkatkan taraf hidup rakyat seperti pembinaan sekolah untuk pendidikan, pembinaan hospital untuk kemudahan rawatan kesihatan dan sebagainya. Para pengkaji sebelum ini bersetuju bahawa mana-mana pihak yang diberi mandat menjadi kerajaan oleh rakyat perlu memastikan tanah untuk kegunaan awam perlu diurus dengan baik serta dapat menjalankan fungsinya secara optimum dalam jangka masa yang panjang (White, 2011)(He et al., 2019). Sebagai contoh, di Singapura, masalah kekurangan tanah bukan menjadi faktor penghalang bagi kerajaan membangunkan sistem jaringan pengangkutan yang efisien yang merupakan antara terbaik di dunia demi kesejahteraan rakyat (Soon Looi, 2018) Dengan pengurusan tanah yang strategik dan sistematik ia dapat meningkatkan kecekapan dan tahap profesionalisme organisasi kerajaan yang berkaitan. (Sahid, 2016)


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 119 DAN SAINS SOSIAL Di Malaysia, tanah kerajaan Persekutuan dinyatakan di bawah Bab IV Perlembagaan Persekutuan di dalam dua (2) bentuk iaitu bentuk hakmilik dan rizab. Bidang kuasa tanah Persekutuan dinaungi oleh suatu undang-undang iaitu Akta Pesurujaya Tanah Persekutuan 1957 (Akta 349) yang menjelaskan secara ringkas kuasa Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP), merupakan satu Perbadanan (Corporation) yang ditubuhkan oleh Kerajaan Tanah Melayu melalui Federal Land Commissioner Ordinance 1957 [ Ord. No. 47 of 1957] bagi mewarisi harta-harta tidak alih Kerajaan British melalui The Chief Secretary (Incorporation) Ordinance 1949. Maka, PTP juga merupakan entiti Kerajaan Persekutuan yang akan memegang tanah-tanah yang akan diperolehi oleh Kerajaan Persekutuan dari semasa ke semasa (Ganason, 2020). Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) yang menjalankan kuasa PTP bertanggung jawab menjaga keseluruhan 38,704 lot tanah milik Persekutuan yang berkeluasan 327, 351.63 hektar (JKPTG 2019). Di dalam setiap perolehan tanah Persekutuan terdapat sekurang-kurangnya dua (2) pihak yang terlibat iaitu Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) dan PTP. Secara amnya KJP berperanan untuk mengenalpasti (termasuk memohon tanah melalui PTP), membangun dan mengawal tanah Kerajaan Persekutuan sementara PTP pula berperanan sebagai pengurus kepada tanah-tanah Persekutuan. Semua perolehan tanah untuk kegunaan Kerajaan Persekutuan dengan mengguna peruntukan/pembiayaan sama ada melalui geran atau pinjaman dan sama ada pembiayaan sepenuhnya atau sebahagian daripada kos projek/perbelanjaan oleh Kerajaan Persekutuan hendaklah didaftar atas nama PTP. Tanahtanah yang telah diperolehi perlu diuruskan dengan cekap dan berkesan supaya penggunaannya dapat dioptimumkan. Urusniaga Pajakan Tanah Persekutuan Pajakan tanah merupakan satu mekanisme popular yang diguna pakai oleh pihak kerajaan di seluruh dunia bagi menguruskan tanah, mengoptimumkan penggunaannya serta mendapatkan hasil demi pembangunan ekonomi negara. Selain daripada keberkesanannya untuk menjana kecairan, melepaskan modal ekuiti dan meningkatkan nisbah perakaunan, ia juga berfungsi meminimumkan risiko memiliki tanah, dengan memindahlan hak selebihnya kepada pemajak selama tempoh pajakan. (Adenuga et al., 2021). (Peterson, 2012) menyifatkan pajakan tanah boleh dijadikan sumber pendapatan yang besar kepada sesebuah negara dalam merancakkan sistem infrastruktur yang menjadi faktor penggalak kepada pertumbuhan bandar-bandar dan perkembangan ekonomi. Menyoroti trend dasar pembangunan tanah di negara China misalnya, mekanisme pajakan sebagai salah satu strategi sumber pendapatan kerajaan yang popular yang diguna pakai sejak tahun 1980 (Deng, 2005);((Shouying, 2019)). Di Hong Kong pula, kerajaan memajak tanah dengan menggunakan sistem kontrak dimana kutipan hasil adalah berdasarkan bayaran premium yang dikenakan melalui lelongan, pengubahsuaian syarat pajakan dan pembaharuan kontrak. Sama seperti di China ianya merupakan sumber pendapatan yang penting bagi pertumbuhan bandar-bandar (George & Lin, 2017). Di Singapura, kecekapan pihak Kerajaan dalam perancangan guna tanah mendorong Singapura berkembang maju dengan penggubalan dasar undang-undang yang komprehensif tambahan pula pihak Kerajaan mempunyai kuasa untuk mengawal secara langsung penawaran, penggunaan dan pembangunan tanah ((Jamaludin, 2020; Government Of Singapore Centre For Livable Cities 2021) sebanyak 90% keluasan tanah, kerajaan Singapura memberi pajak tanah kerajaan yang belum dibangunkan termasuk tanah rizab kepada pihak swasta. Jamaludin, 2020.), (Murakami, 2018) Tidak terkecuali juga di Malaysia, pajakan telah lama dilaksanakan sejak zaman penjajahan Kolonial British diantara pemerintah Melayu dengan pemodal Eropah serta komunitit pendatang Cina pada masa itu yang terlibat dengan ekonomi wang. Selain itu, di


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 120 DAN SAINS SOSIAL negeri Johor, Maharaja Abu Bakar pemerintah pada ketika itu sering menjalinkan kerjasama perniagaan dan memberikan konsesi pajakan tanah kepada komuniti Arab dalam sektor perlombongan dan perladangan mengikut syarat-syarat yang dilaksanakan di bawah Sistem Kangcu. Rasional tindakan memberi konsesi ini didorong oleh kesediaan pemegang konsesi pajakan untuk membayar cukai tanah kepada Kerajaan Negeri. (Abdullah et al., 2017) Di peringkat kerajaan Persekutuan, urusniaga pajakan dilaksanakan untuk menguruskan tanah Persekutuan yang tidak dibangunkan bagi mengelakkan kerugian kepada Kerajaan Persekutuan walaupun tujuan asal perolehan tanah oleh KJP adalah bertujuan melaksanakan pembangunan fasiliti untuk rakyat. Pajakan tanah Persekutuan merupakan salah satu mekanisme pengawalan yang dilaksanakan yang terkandung dalam tatacara pengurusan tanah Persekutuan (Pekeliling PTP Bilangan 3 Tahun 2008, Kompendium Pengurusan Tanah Persekutuan 2021). JKPTG yang bertindak sebagai pengurus tanah Persekutuan bertanggung jawab melaksanakan pajakan kepada pihak yang berminat untuk membangunkan tanah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Terdapat dua jenis urusniaga pajakan tanah Persekutuan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan iaitu urusniaga pajakan biasa di bawah bidang kuasa JKPTG dan yang kedua urusniaga pajakan penswastaan yang diuruskan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri. Tempoh pajakan bagi tanah milik Persekutuan adalah berdasarkan Seksyen 221 dan 222 Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 1965) iaitu tempoh diantara 3 hingga 99 tahun bagi tanah-tanah di Semenanjung Malaysia manakala di Sabah dan Sarawak tempoh pajakan adalah berlandaskan undang-undang tanah negeri masing-masing yang mempunyai kesamaan dari segi prinsip dan konsep pendaftaran seperti KTN 1965 (Ganason 2020). Manakala tempoh pajakan bagi tanah rizab Persekutuan di semenanjung Malaysia ialah selama tempoh 21 tahun berpandukan kepada peruntukan di bawah Seksyen 63 KTN 1965 Di samping itu, kelulusan urusniaga pajakan tanah PTP perlu didaftarkan dalam hakmilik tersebut menggunakan borang 15A (pajakan keseluruhan) atau 15 B (pajakan sebahagian) bagi tanah-tanah Persekutuan yang terletak di semenanjung Malaysia tertakluk kepada KTN 1965 manakala di Sabah dan Sarawak mengguna pakai undang-undang tanah di negeri masing-masing. Perjanjian pajakan akan dimeterai dan ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak dimana PTP sebagai pemilik tanah Persekutuan dan pemajak iaitu pihak yang menduduki tanah yang bertanggung jawab membayar kadar pajakan dan cukai tanah sepanjang tempoh pajakan tersebut. (JKPTG 2020) Prosedur Pajakan Tanah Persekutuan Menurut (Dewan Bahasa Pustaka, 2019), prosedur bermaksud cara yang lazim untuk membuat sesuatu urusan atau tatacara melakukan urusan dengan betul.(Sub et al., 1996) pula menyatakan prosedur kerja ialah satu siri prosedur kerja yang berurutan, peringkat langkah demi langkah dan jelas menunjukkan laluan atau aliran yang mesti diambil dari mana kerja itu dilakukan berasal, di mana ia diteruskan dan bila atau di mana ia selesai, dalam konteks menyelesaikan sesuatu bidang pekerjaan/tugas. Dalam penyediaan prosedur, perincian terhadap sesuatu proses termasuk kepada apa dan bagaimana prosesnya, tempoh masa serta pihak yang terlibat. Selain itu juga, amatlah penting untuk memahami matlamat bagi sesuatu proses kerja itu dilakukan agar ianya dapat dilakukan secara kosisten dan sentiasa mempunyai ruang untuk diperbaiki bergantung kepada situasi dan keadaan semasa. (Sub et al., 1996) KTN 1965 telah menguatkuasakan pemakaian instrumen dalam pendaftaran yang berlandaskan sistem Torrens. Mengikut sistem Torrens, setiap urusniaga berkaitan dengan tanah perlu menggunakan borang-borang berkaitan yang telah ditetapkan dan didaftarkan bagi menjamin kesahan setiap urusan tanah yang dilakukan. (Rabiáh 2017). Dalam urusniaga pajakan dan pajakan kecil, instrumen yang digunapakai didaftarkan menggunakan borang 15A


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 121 DAN SAINS SOSIAL (Serji, 1994) Dalam urusniaga pajakan dan pajakan kecil, instrumen yang diguna pakai didaftarkan menggunakan boring 15A (melibatkan keseluruhan tanah) dan boring 15B (sebahagian tanah). Di antara maklumat penting dalam borang pajakan ialah nama dan alamat pemilik tanah, nama dan alamat pemajak, tempoh pajakan, tandatangan kedua-dua belah pihak serta tarikh tandatangan, serta dinyatakan sama ada dipajak keseluruhan tanah atau sebahagian tanah. Disamping itu juga, perundangan Akta Kontrak 1950 juga turut terpakai dimana perjanjian pajakan tanah Persekutuan yang melibatkan kedua-dua pihak pemilik tanah iaitu PTP dan juga pemajak perlu dimeterai dan dimuktamadkan. Selain daripada tatacara perundangan yang merupakan intipati penting dalam prosedur pajakan tanah Persekutuan, ulasan daripada beberapa agensi Persekutuan juga diperlukan bagi melicinkan urusan gerak kerja operasi. Pihak Kementerian/Jabatan Pengguna tanah misalnya perlu memberikan ulasan kepada JKPTG sama ada tanah yang dimohon pajak mempunyai keperluan cadangan pembangunan terkini atau sebaliknya. Selain itu juga, peranan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) selaku pihak profesional dalam memberikan nilaian harta tanah diperlukan bagi mencadangkan kadar nilaian pajakan tanah tersebut untuk memberikan pulangan yang tinggi kepada Kerajaan Persekutuan. Laporan tanah terkini juga perlu diperoleh daripada pihak JKPTG negeri. Ini kerana menurut (Hallsworth & Rutter 2021) setiap pihak yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam sesuatu bidang tersebut memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu dasar kerajaan bagi memastikan matlamatnya berkesan untuk jangka panjang. Disamping itu juga, proses membuat keputusan juga merupakan intipati penting yang diwujudkan dalam prosedur pajakan tanah Persekutuan. Untuk apa keputusan dibuat, bagaimana keputusan dibuat, untuk kepentingan siapa, siapa yang membuat kelulusan adalah persoalan kepentingan berterusan. Pembuatan keputusan adalah proses memilih antara alternatif untuk memenuhi objektif atau memenuhi kriteria matlamat keputusan. (Ngah et al., 2015) Dalam amalan pengurusan harta tanah kerajaan, dasar pengurusan strategik turut dipratikkan dengan meletakkan pihak pembuat keputusan ialah di peringkat pengurusan tertinggi. (Ariyawansa, 2016) Dalam hal ini, pihak pembuat keputusan adalah pihak Jemaah Menteri yang bertanggung jawab memastikan keputusan yang dibuat dapat mempengaruhi prestasi yang baik kepada organisasi dalam jangka masa panjang selain daripada memberi kepentingan kepada pemajak tanah Persekutuan (JKPTG 2020)(Ngah et al., 2015) Prosedur pajakan tanah Persekutuan juga disokong oleh Sistem Pengurusan Tanah Persekutuan (Myetapp) yang memudahkan carian mengenai maklumat tanah Persekutuan seperti butiran-butiran perihal tanah yang ada dalam hakmilik. Menurut (Saad & Daud, 2016), sistem teknologi maklumat dikenal pasti berupaya menyediakan satu infrastruktur pengurusan dan pentadbiran maklumat yang lebih cekap dan berkesan. Sistem Myetapp ini dibangunkan untuk memudahkan pengguna awam, KJP serta pengguna dalaman JKPTG. Terdapat tiga (3) teras bidang dalam system Myetapp iaitu Pengurusan Pengambilan Tanah, penguatkuasaan dan Hasil Persekutuan serta Pembahagian Pusaka Kecil. Dalam urusan hasil Persekutuan, capaian maklumat terhad kepada bidang tugas semakan maklumat sewaan tanah Persekutuan sahaja. (JKPTG 2020) Prosedur pajakan biasa Prosedur permohonan pajakan tanah Persekutuan yang dirangka di JKPTG bertujuan untuk memudahkan proses permohonan kelulusan terutamanya urusniaga pajakan biasa yang dibuat oleh pihak luar iaitu syarikat atau badan-badan berkanun/koperasi kepada JKPTG. Permohonan dibuat dengan menggunakan borang yang boleh didapati di laman web JKPTG. Selain itu juga, pemohon pajak perlu mengemukakan borang bersekali dengan sijil carian rasmi hak milik tanah bagi tanah milik, Salinan hakmilik, pelan pra hitungan serta cadangan tujuan


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 122 DAN SAINS SOSIAL pembangunan yang dapat memberi manfaat kepada rakyat secara amnya. Selain itu, pemohon pajak perlu mengemukakan pendaftaran syarikat, penyata kewangan syarikat, punca kuasa memegang tanah sepertimana yang dinyatakan dalam akta tubuh syarikat serta punca kewangan bagi membiayai projek. Dalam prosedur pajakan biasa tanah Persekutuan, ulasan daripada pihak KJP merupakan perkara paling penting dalam memproses kelulusan permohonan pajakan. Sekiranya permohonan ini tidak dipersetujui oleh KJP, maka proses kelulusan pajakan tidak akan dilaksanakan. Pihak JKPTG akan memaklumkan kepada pihak pemohon pajak bahawa permohonan tersebut tidak dapat diteruskan untuk kelulusan di peringkat Jemaah Menteri. Laporan tanah terkini daripada pihak JKPTG negeri diperlukan untuk memastikan tanah tersebut boleh diberi pajak serta kadar nilaian pajakan perlu diperolehi daripada pihak JPPH sebelum Memorandum Jemaah Menteri diangkat untuk kelulusan. (JKPTG 2020) Rajah 1.0 menunjukkan prosedur pajakan biasa tanah Persekutuan. Rajah 1. Prosedur pajakan biasa tanah Persekutuan Sumber: JKPTG 2020


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 123 DAN SAINS SOSIAL Prosedur pajakan penswastaan Pajakan penswastaan ialah satu bentuk pajakan tanah yang terhasil daripada keputusan kerajaan untuk menswastakan sesebuah agensi. Ini kerana apabila sesuatu agensi itu diswastakan, maka harta tanah yang diduduki itu masih merupakan milik Kerajaan Persekutuan dan urusniaga pajakan tanah dilaksanakan diantara Kerajaan Persekutuan (pemilik) dan agensi yang diswastakan seperti Pos Malaysia Berhad (dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pos Malaysia), Syarikat TM Berhad (yang dahulunya dikenali sebagai Jabatan Telekom Malaysia) dan lainlain agensi kerajaan yang diswastakan (pemajak). Pada akhir tempoh pajakan, pemajak boleh mengemukakan cadangan untuk membeli terus harta tanah sedia ada atau pun kekal dengan pajakan. Sebagai contoh, Kerajaan boleh menimbang untuk memajakkan beberapa harta seperti tanah dan makmal-makmal penyelidikan sebagai satu langkah dalam rancangan menswastakan harta-harta Kerajaan. (Pelan Induk Penswastaan 1991). Rajah 2.0 menunjukkan prosedur pajakan penswastaan tanah Persekutuan. Rajah 2. Prosedur Pajakan Penswastaan Tanah Persekutuan (Olahan penulis) Sumber: JKPTG 2020


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 124 DAN SAINS SOSIAL Perbincangan Walaupun prosedur pajakan tanah Persekutuan yang diwujudkan dapat mengoptimumkan penggunaan tanah dan menjana hasil untuk Kerajaan Persekutuan, namun berdasarkan LKAN 2019, didapati bahawa prestasi pengurusan pajakan tanah Persekutuan secara keseluruhan adalah tidak cekap dan tidak efektif. Hasil pemerhatian mendapati terdapat dua (2) isu utama yang dikenal pasti dalam prosedur pajakan tanah Persekutuan yang mempengaruhi prestasi pengurusan pajakan secara keseluruhan iaitu: Peranan dan fungsi PTP sebagai Pengurus Tanah Persekutuan PTP selaku pengurus hartanah Kerajaan Persekutuan memainkan peranan yang penting dalam melindungi hak-hak ketuanpunyaan Kerajaan Persekutuan dan ini menjadi kayu pengukur kepada keberkesanan dasar pengurusan tanah Persekutuan yang cekap. Walau bagaimanapun, ketidak tersediaan kementerian-kementerian untuk mengubah prosedur perancangan perolehan tanah dan memberikan peranan lebih kepada PTP juga menghindari pihak PTP untuk mengoptimumkan pengurusan tanah terbiar. Puncanya masalah pemerolehan tanah yang tidak terkawal menyebabkan bank tanah Persekutuan menjadi terlalu tinggi. (Ganason 2020). Keengganan pihak KJP melepaskan tanah kepada PTP/JKPTG walaupun tiada sebarang pembangunan dilaksanakan melebihi tempoh masa lima (5) tahun sepertimana arahan yang termaktub dalam Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2 tahun 2007 menyebabkan mekanisme pajakan tidak dapat dilaksanakan dengan efektif kerana dihalangi dengan persepsi kuasa PTP tidak dilihat penting sebagai penasihat atau perancang pembangunan tanah Persekutuan pada masa ini. (Ganason 2020) Prosedur pajakan tanah Persekutuan telah menetapkan kebergantungan kepada ulasan yang diberikan oleh kementerian/jabatan untuk membuat keputusan sama ada permohonan pajakan ini boleh diteruskan atau sebaliknya memberi ruang kepada kementerian/jabatan mengguna pakai dan membangunkan tanah-tanah tersebut mengikut perancangan mereka sendiri tanpa kawalan dan pemantauan. Memetik laporan akhbar Berita Harian bertarikh 14 Oktober 2019, Timbalan Menteri Besar Kelantan Yang Berhormat Datuk Mohd Amar bin Nik Abdullah menyatakan seluas 675.99 hektar tanah di negeri Kelantan yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan masih belum dibangunkan. Maka tidak hairanlah Zimmerman 2007 pernah mengatakan tanah-tanah Kerajaan sering disalah gunakan, dan hampir kesemua negara di dunia menggunakan sumber ini dengan tidak betul termasuk amalan dalam pengurusan tanah Kerajaan Persekutuan Malaysia. Semua pihak seharusnya seharusnya memahami mekanisme pajakan tanah Persekutuan ini dilaksanakan untuk kepentingan kerajaan Persekutuan dibawah perancangan dan pengurusan strategik ekonomi negara agar tanah diuruskan dengan efisien dan bukannya untuk kepentingan satu pihak semata-mata. Penetapan prosedur pemantauan kutipan hasil pajakan tanah Persekutuan (Bond & Dent, 1998), (Shardy et al., 2011) pernah menyatakan bahawa pemilikan harta tanah di sektor awam sering menimbulkan konflik antara pelaksanaan amalan pengurusan harta tanah demi keuntungan atau tanggungjawab sosial kepada rakyat. Di sesetengah negara, pajakan tanah kerajaan tidak digunakan sebagai instrumen kawalan perancangan semata-mata bahkan dapat meningkatkan nilai pembangunan dan memberikan pulangan pendapatan. Di Hong Kong misalnya, kutipan hasil pajakan memberikan pulangan pendapatan yang besar kepada hasil Kerajaan. ( Bourassa & Hong, 2004). Dalam konteks tadbir urus harta tanah Kerajaan Persekutuan Malaysia, perjanjian pajakan boleh terbatal sekiranya terdapat kepentingan Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan tanah tersebut demi kewajipan sosial kepada


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 125 DAN SAINS SOSIAL rakyat. Namun atas sebab keterpaksaan tindakan kepada ketidakstabilan ekonomi, maka agensi-agensi Kerajaan Persekutuan juga disaran meneruskan usaha meningkatkan hasil pendapatan melalui pelbagai sumber (Berita Harian Online, Oktober 2019), termasuk PTP yang menguruskan dalam memastikan pajakan tanah Persekutuan dapat memberikan pulangan. Pendapatan yang diperolehi daripada tanah Persekutuan dilihat sebagai satu alternatif yang boleh menyumbang kepada hasil bukan cukai Kerajaan Persekutuan.1 Berdasarkan Tinjauan Fiskal 2021, kutipan hasil tanah Persekutuan juga turut menyumbang kepada pendapatan Kerajaan Persekutuan iaitu sebanyak RM 227.3 billion secara keseluruhan untuk tahun 2020. Pada tahun 2019, kutipan hasil tanah Persekutuan mencatatkan sebanyak RM 82.36 juta (Memorandum Perbendaharaan Mengenai Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan Tahun 2020). Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM 60.98 juta diperolehi daripada 176 pemajak tanah Persekutuan (Laporan Ketua Audit Negara 2019). Walau bagimanapun, berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2019, didapati bahawa salah satu faktor kepada ketidak cekapan prestasi pajakan tanah Persekutuan adalah ketiadaan prosedur pemantauan kutipan hasil pajakan. Perkara ini turut dibincangkan oleh (Shardy et. al 2011) bahawa salah satu ciri pengurusan harta tanah kerajaan adalah kerana ketiadaan prosedur dan pemantauan bagi aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Ini adalah kerana pajakan hanyalah merupakan langkah pengawalan terhadap tanah dan dilihat bukan sebagai bidang tugas utama dalam dasar pengurusan tanah Persekutuan. Maka, implikasi ketiadaan prosedur pemantauan kutipan hasil ini telah meyebabkan tunggakan pajakan berlaku setiap tahun. Pekeliling Perbendaharaan (Pengurusan Akaun Belum Terima) mengenai pemantauan dan penguatkuasaan terhadap tunggakan ABT menetapkan Pegawai Pengawal hendaklah mewujudkan Garis Panduan Dalaman dimana di antara lainnya menyatakan perlu mengambil kira mekanisme pemantauan di peringkat Kementerian dan Jabatan Kerajaan. Tambahan pula telah didapati bahawa tunggakan pajakan atau gantirugi tersebut telah melebihi enam (6) tahun dan ini menyebabkan tiada sebarang tindakan boleh dibuat untuk mendapatkannya selepas tamatnya tempoh enam (6) tahun dari tarikh tunggakan tersebut perlu dibayar berdasarkan Seksyen 20 Akta Had Masa 19532 . Jadual 1.0 menunjukkan tunggakan hasil pajakan tanah Persekutuan setakat bulan Disember 2019. 1 Hasil bukan cukai kerajaan Persekutuan termasuk sewaan tanah, bangunan, kenderaan, jentera dan pelbagai peralatan 2 Seksyen 20 Akta Had Masa 1953 Had Masa Tindakan Untuk Mendapat Kembali Sewa “ tiada apa-apa tindakan boleh dibawa, atau distress boleh dibuat, untuk mendaptkan Kembali tunggakan sewa, atau ganti rugi berkenaan dengannya, selepas tamatnya tempoh enam tahun dari tarikh tunggakan itu kena dibayar”


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 126 DAN SAINS SOSIAL Jadual 1 Tunggakan Hasil Pajakan Tanah Persekutuan Setakat Disember 2019 Sumber: Laporan Ketua Audit Negara 2019 Walaupun mekanisme pajakan hanya merupakan suatu bentuk pengawalan dalam pengurusan tanah Persekutuan untuk mengoptimumkan penggunaan tanah, namun halatuju pajakan ini perlu ditentukan agar bebanan kewangan tidak ditanggung oleh kerajaan secara berterusan. Masakan tidak, beban cukai tanah bagi tanah yang belum dibangunkan yang perlu dibayar oleh JKPTG adalah berjumlah RM21.59 juta, ini adalah kerana tanggung jawab membayar cukai tanah bagi kesemua tanah Persekutuan adalah di bawah tanggung jawab JKPTG. (Laporan Ketua Audit Negara 2019). Bebanan kewangan yang tinggi ini tidak seharusnya wujud sekiranya dasar pengurusan tanah Persekutuan ini dilaksanakan dengan cekap dan efektif dan kosnya diminimumkan dari segi operasi pengurusan dan penyelenggaraan seperti yang diperkatakan oleh (Shardy et al., 2011) (Ching 1994). Tanah tidak sepatutnya menjadi beban kepada kerajaan sebaliknya ianya menjadi alat untuk membantu kerajaan menjana pendapatan (Sahid, 2016) Kesimpulan Umumnya, mekanisme pajakan tanah Persekutuan telah mencapai obkektif dasar pengurusan tanah Persekutuan untuk tanah diuruskan dengan baik, meminimumkan risiko pemilikan malah dapat menjana hasil demi pembangunan ekonomi negara. Namun demikian terdapat keperluan untuk menambah baik prosedur pajakan tanah Persekutuan berdasarkan dua (2) isu utama yang dikenal pasti mempengaruhi prestasi pengurusan pajakan tanah Persekutuan secara keseluruhan dalam jangka masa panjang. Peranan PTP sebagai pengurus tanah Persekutuan perlu diperkasakan dan difahami oleh agensi-agensi Persekutuan lain. Disamping itu, prosedur pemantauan kutipan hasil pajakan perlu diadakan dengan tindakan proaktif agar sumber tanah kerajaan Persekutuan dapat dibangunkan secara mampan. Bil. No. Daftar Pemajak Tarikh tempoh tunggakan (Hari) Tempoh tunggakan (Hari) Jumlah tunggakan (RM juta) 1 50945-P 30.06.1996 - 25.09.2007 4,105 1.21 2 467433-A 07.02.2005 - 26.11.2012 2,850 0.05 3 763762-D 15.10.2007 - 22.05.2015 2,777 0.04 4 574882-U 22.10.2007 - 22.05.2015 2,770 0.04 5 418398-X 07.02.2009 - 29.07.2015 2,364 0.69 6 755715-M 07.01.2014 - 31.12.2019 2,185 1.92 7 5718882-W 07.02.2009 - 09.09.2014 2,041 0.05 8 301908-K 07.06.2013 - 20.09.2018 1,932 0.11 9 623516-V 22.10.2007 - 11.01.2011 1,178 0.03 10 578819-V 07.02.2006 - 06.07.2007 515 0.01 JUMLAH 4.15


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 127 DAN SAINS SOSIAL Rujukan Abdullah, A. R. T., Esa, M. S., & Mohd Rudzainoor, M. H. I. (2017). Aspek Perburuhan Dan Permodalan Dalam Ekonomi Melayu: Persoalan Dominasi Ekonomi Komuniti Imigran Zaman Permulaan Kapitalisme ~ The Aspects Of Labour And Capital In The Malay Economy: The Question Of Economic Domination Of The Immigrant Community In Early. Manu: Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa (Ppib), 2017, 123–151. Https://Doi.Org/10.51200/Manu.V0i0.1065 A.Adenuga, C. Jack, R.Mccarry (2021) The Case For Long Term Land Leasing: A Review Of The Empirical Literature Journal Land Volume 10 Issue 3 (1-21) Akta Had Masa 1953 Akta Kontrak 1950 Ariyawansa, R. G. (2016). Management Of Real Estate: Principles Of Real Estate Development And Mangement 1st Edition. June. Bond, S., & Dent, P. (1998). Efficient Management Of Public Sector Assets The Call For Correct Evaluation Criteria And Techniques. Journal Of Property Valuation And Investment, 16(4), 369–385. Https://Doi.Org/10.1108/14635789810228169 Dewan Bahasa Dan Pustaka (2019). Maklumat Kata Juga Ditemukan Dalam : Perkhidmatan +. Dewan Bahasa Dan Pustaka, 6, 1–2. Https://Prpm.Dbp.Gov.My Ganason, A (2020) Pesuruhjaya Tanah Persekutuan: Isu Dan Permasalahan Land, 4(1), 2020, Ms119-134 Hasil, A., Persekutuan, K., Government, F., & Estimates, R. (2019). Hasil Kerajaan Persekutuan. 185–187. Hong, Y.-H. (1996). Can Leasing Public Land Be An Alternative Source Of Local Public Finance? Lincoln Institute Of Land Policy Working Paper. Retrieved From Http://Scholar.Google.Com/Scholar?Hl=En&Btng=Search&Q=Intitle:Can+Leasing+Public+Land+Be+A n+Alternative+Source+Of+Local+Public+Finance? Huina Gao. (2019). Public Land Leasing, Public Productive Spending And Economic Growth In Chinese Cities. Land Use Policy, 88(June), 104076. Https://Doi.Org/10.1016/J.Landusepol.2019.104076 Jabatan Audit Negara Malaysia (2019) Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 1 Aktiviti Kementerian Jabatan Persekutuan Dan Agensi Badan Berkanun Persekutuan Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan (2020) Panduan Permohonan Pajakan Https://Www.Jkptg.Gov.My/My/ Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan (2008) Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 3 Tahun 2008 Fungsi Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Peranan Kementerian Jabatan Pengguna Dalam Perolehan Tanah Untuk Kegunaan Kerajaan Persekutuan Dan Pengurusan Tanah Persekutuan Selepas Perolehan Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan (2007) Pekeliling Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan (2007) Had Tempoh Masa Memiliki Dan Memegang Tanah Kerajaan Persekutuan Yang Belum Dan Tidak Dimajukan Oleh Kementerian Dan Agensi Pengguna Julaihah, J. (2020). Penambahbaikan Pelaksanaan Pajakan Tanah Rizab Universiti Teknologi Malaysia. Kanun Tanah Negara 1965 (Pindaan 2016) Kerajaan Persekutuan Disaran Terus Tingkat Hasil Pendapatan (2019, Oktober 14) Laporan Ketua Audit Negara 2018 Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Www.Beritaharian.Com.My Kementerian Kewangan Malaysia (2019) Pekeliling Perbendaharaan Pengurusan Akaun Belum Terima Www.Treasury.Gov.My Kementerian Kewangan Malaysia (2020) Tinjauan Fiskal 2021 Dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2021 Kertas Perintah Cdm. 22 Tahun 2020 Malaysia Mohd Zulkifli Zainuddin (2009, Oktober 14) Lebih 675 Hektar Tanah Persekutuan Belum Dibangunkan New Straits Time Press Online Http://Www.Nstp.Com.My Ngah, K., Penyelidikan, P., Dan, D., Antarabangsa, K., Zakaria, Z., Noordin, N., & Mustaffa, J. (2015). DecisionMaking Model At Local Government Level: A New Proposed For Majlis Perbandaran Kuantan. Issn, 6(1), 2222–1700. Www.Iiste.Org Perlembagaan Persekutuan Malaysia. (2010). Perlembagaan Persekutuan Malaysia, 161(1). Retrieved From Http://Www.Kptg.Gov.My/Images/Pdf/Perundangan-Tanah/Perlembagaanpersekutuan.Pdf Peterson, G (2012) Unlocking Land Values For Urban Infrastructure Finance : International Experience Consideration For Indian Policy; Policy Research Working Paper 6683 Rutter, M. H. & J. (2021). Making Policy Better Improving Whitehalls’s Core Business 2021. In Institute For Government 2021. Saad, A., & Daud, E. D. (2016). Kepelbagaian Model Penerimaan Teknologi Dan Sistem Maklumat. International


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 128 DAN SAINS SOSIAL Conference On Ict In Education, Universiti Pendidikan Sultan Idris., March, 25–26. Sahid, S. (2016). Pengurusan Strategik Harta Tanah Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor. Universiti Teknologi Malaysia, 7. Serji, R. M. (1994). Sistem Torrens Dalam Undang-Undang Tanah Di Malaysia: Sistem Yang Tidak Eksklusif. 256–264. Http://Conference.Kuis.Edu.My/Iconlee/Images/Eproceeding/014-Iconlee-2017.Pdf Shardy, A., Arman, A. R., Mohd Hanizun, H., Mohd Najib, S., Abdullah, S., Razak, A. A., Hanafi, M. H., & Salleh, M. N. (2011). Managing Government Property Assets: The Main Issues From The Malaysian Perspective. Journal Of Techno-Social, 3(1), 35–52. Sub, K., Tata, B., Kantor, U., Kab, K., Pamoedji, S. M., & Pamoedji, S. (1996). Konsep Prosedur Kerja. White, A.D. (2011). A review of UK public sector real estate asset management. Journal of Corporate Real Estate Asset Management. Journal of Corporate Real Estate, 13(1), 6-15, https://doi.org/10.1108/14630011111120314 Zimmerman. W. (2007) Good Governance in Public Land Management Journal Of Land Reform Land Settlement and Cooperatives 2, 30-40


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 129 DAN SAINS SOSIAL HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN DENGAN KEMAHIRAN MENULIS JAWI DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH Mohd Akhbar Ab Kadir1 , Azhar Muhammad1 , Mohd Zailani Mohd.Yusoff2 1Universiti Malaysia Kelantan 2Universiti Utara Malaysia Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengetahui hubungan antara gaya pembelajaran audio, visual dan kinestetik dengan kemahiran menulis Jawi dalam kalangan murid di lima buah sekolah rendah dalam Daerah Machang. Kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui perbezaan penguasaan kemahiran Jawi diantara murid yang mengamalkan gaya pembelajaran audio, visual dan kinestetik. Responden kajian melibatkan 200 orang murid tahun lima di lima buah sekolah rendah di Daerah Machang menggunakan borang soal selidik. Set soal selidik mengandungi 30 item soalan yang merangkumi tiga jenis gaya pembelajaran serta soalan ujian Jawi. Manakala data deskriptif menggunakan Ujian-t dan Korelasi Pearson yang kemudian ditunjukkan dalam bentuk jadual. Nilai alpha keseluruhan bagi soal selidik ialah 0.860 dan menunjukkan kebolehpercayaan soalan yang tinggi. Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan gaya pembelajaran audio adalah gaya pembelajaran yang paling dominan yang diamalkan oleh kebanyakkan responden. Wujud perbezaan yang signifikan diantara gaya pembelajaran audio denagan gaya pembelajaran visual dan kinestetik terhadap kemahiran menulis Jawi. Ujian korelasi Pearson dalam kajian ini telah menunjukkan perhubungan yang signifikan (p<0.01) di antara gaya pembelajaran audio, visual dan kinestetik dengan kemahiran menulis Jawi. Sehubungan itu, beberapa cadangan kepada pihak yang terlibat dikemukakan oleh pengkaji termasuk penganjuran seminar kepada guru dan murid untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memahami dan mengamalkan gaya pembelajaran yang bersesuaian bagi meningkatkan kemahiran menulis Jawi dalam kalangan murid sekolah rendah. Kata Kunci: Gaya Pembelajaran, Kemahiran Menulis Jawi, Audio, Visual dan Kinestetik Pendahuluan Gaya pembelajaran yang berkesan dapat merangsang murid untuk meningkatkan minat terhadap pembelajaran dan pencapaian akademik. Bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang optimum, guru seharusnya mengenal pasti gaya pembelajaran murid dan menggunakan pendekatan yang sesuai. Guru perlu bertanggungjawab mengajar dan membimbing murid, manakala murid pula perlu menerima ilmu yang disampaikan oleh guru atau mencari sendiri ilmu dengan bimbingan guru dan menggunakan gaya atau ragam pembelajaran tersendiri (Manja, 1990). Gaya pembelajaran merujuk kepada keadaan di mana murid- murid belajar dengan cara yang paling optima. (Dunn & Dunn 1981). Ramai orang mempunyai kaedah unik untuk mempelajari bahan- bahan yang sukar (Dunn 2000). Satu lagi definisi gaya pembelajaran adalah, ‘ ciri- ciri biologi yang menjadikan kaedah pengajaran efektif bagi beberapa murid dan tidak efektif bagi murid- murid yang lain’ (Dunn, Beaudry dan Klavas, 1989). Manakala, Stewart dan Felicetti (1992) mendifinisikan gaya pembelajaran sebagai “ keadaan pendidikan di mana murid- murid boleh belajar”. Oleh itu, gaya pembelajaran tidak menekankan kepada apa yang dipelajari tetapi bagaimana seseorang itu belajar. Adalah penting untuk guru- guru untuk mengenal bukan sahaja tingkah laku murid- murid, tetapi juga untuk mencari dan


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 130 DAN SAINS SOSIAL mengkaji kecenderungan seseorang terhadap pembelajaran (Dunn, Thies dan Honigsfeld, 2011). Latar Belakang Kajian Murid sekolah rendah merupakan golongan yang bakal menjadi harapan Negara untuk meneruskan kecemerlangan pada masa akan datang. Namun kecemerlangan hanya akan dapat dicapai oleh murid sekiranya mereka mengamalkan pembelajaran yang bersesuaian. Sebaliknya, jika gaya pembelajaran mereka tidak bersesuian dan tidak berkesan semasa pembelajaran sudah pasti akan menyebabkan pencapaian akademik yang kurang memberangsangkan. Perbezaan individu yang wujud dalam diri murid menyebabkan guru sukar untuk memahami gaya pembelajaran yang diamalkan. Ini kerana faktor perbezaan murid mempengaruhi gaya pembelajaran yang diamalkan. Murid sekolah rendah terutamanya memerlukan kemahiran pembelajaran yang betul untuk mendapat keputusan yang cemerlang sebelum berada di sekolah menengah. Penyataan Masalah Isu permasalahan dalam pendidikan islam sekolah rendah sering dilihat dari aspek penguasaan jawi dan kemampuan membaca al- Quran yang kurang memberangsangkan dalam kalangan murid. Ada juga dalam kalangan mereka yang berjaya menguasai kemahiran jawi dan membaca al- Quran tetapi pada peringkat yang sederhana. Oleh itu, banyak pihak telah membincangkan pelbagai faktor yang menjadi punca kepada kelemahan ini diantara salah satu faktor tersebut adalah gaya pembelajaran murid. Masalah penguasaan jawi dikalangan murid menjadi isu yang hangat diperkatakan. Menguasai setiap kemahiran mengenal huruf adalah wajib bagi setiap murid terumanya mengenal huruf tunggal jawi. Murid yang tidak mengenal huruf jawi akan menyebabkan mereka tertinggal apabila rakan- rakan yang seusia mereka telah mengikut kemahiran yang lebih tinggi dan semakin susah. Murid akan semakin sukar mengingat kembali apa yang diajar dan terkeliru dengan bunyi dan bentuk huruf yang hampir sama sebutan dan bentuknya. Menurut Muhammad Endut (1990) pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis jawi akan semakin ketinggalan dalam pendidikan Islam apabila alat bantu mengajar yang digunakan oleh guru ditulis dalam tulisan jawi. Pembelajaran jawi adalah salah satu komponen mata pelajaran Pendidikan Islam dengan pendekatan pengajaran sebanyak dua kali seminggu bagi tahap satu. Gaya pembelajaran seseorang individu adalah penting dalam sesuatu pengajaran. Guruguru mesti sensitif untuk mengenal gaya proses maklumat umum murid- murid kerana ia dapat mempercepatkan pembelajaran dan memperjelaskan berasaskan aspek- aspek tertentu. Ini adalah kerana terdapat perbezaan sifat pembelajaran seseorang terhadap tajuk atau isi pelajaran yang perlu diberi perhatian oleh guru. Akan tetapi, apa yang berlaku dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran jawi ialah murid diberitahu apa yang mereka patut belajar, bukannya bagaimana mereka patut belajar. Guru- guru kurang memberi pendedahan atau penekanan kepada murid tentang gaya pembelajaran yang sesuai dan patut diamalkan oleh murid. Merujuk kepada permasalahan ini, murid mungkin tidak mengamalkan gaya pembelajaran yang sesuai dan berkesan. Oleh itu, adalah penting bagi guru mengenal pasti gaya pembelajaran murid serta membimbing mereka supaya mengamalkan gaya pembelajaran yang dapat meningkatkan penguasaan kemahiran jawi dengan lebih baik.


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 131 DAN SAINS SOSIAL Objektif Kajian 1. Mengenal pasti perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran berdasarkan jantina. 2. Mengenal pasti perbezaan yang signifikan antara kemahiran menulis jawi berdasarkan jantina. 3. Mengenal pasti hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran (audio,visual dan kinestetik) dengan kemahiran menulis jawi. Persoalan Kajian 1. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran berdasarkan jantina ? 2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran menulis jawi berdasarkan jantina ? 3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran (audio,visual dan kinestetik) dengan kemahiran menulis jawi ? Tinjauan Literatur Teori Pembelajaran Dalam kajian ini, beberapa teori dilihat bersesuaian dan relevan dengan gaya pembelajaran. Antara teori pembelajaran tersebut adalah seperti teori pembelajaran behaviorisme, teori kognitivisme dan teori konstraktivisme. Kerangka Teoritikal Kajian Rajah 1. Kerangka Teoritikal Kajian Teori Pembelajaran Behaviorisme Teori pembelajaran behaviorisme berdasarkan pada pemerhatian yang dilakukan secara objektif ke atas pembelajaran pada manusia dan haiwan. Pakar teori ini menghuraikan Gaya Pembelajaran Kemahiran Menulis Jawi Tingkah laku Pemerhatian Maklum balas Peneguhan


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 132 DAN SAINS SOSIAL pembelajaran sebagai penguasaan ilmu baru. Teori ini diperkenalkan oleh mazhab behaviorisme. Mereka mengatakan bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkah laku, iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Teori ini berfokus kepada pembolehubah yang boleh dilihat, dinilai dan yang boleh dimanipulasikan. Ahli behaviorisme tidak melibatkan diri dengan sesuatu yang berlaku dari kesedaran dalaman seperti tingkah laku seseorang disebabkan dan dipengaruhi oleh persekitarannya. Ia berdasarkan prinsip bahawa rangsangan dari persekitaran membawa tindak balas pada tingkah laku. Teori ini juga menyarankan bahawa pembelaran berlaku apabila tindakan secara ulang dilakukan sehingga ianya menjadi kebiasaan. Tingkah laku yang berulang itu dapat dikekalkan dengan peneguhan.Teori behaviorisme menyatakan bahawa pembelajaran berlaku apabila murid memperlihatkan tingkah laku secara konsisten seperti yang diingini iaitu murid memberi maklum balas terhadap peristiwa- peristiwa yang dirangkakan. Perubahan pembelajran ini berlaku melalui empat proses iaitu perhubungan, pelaziaman klasik, pelaziman operan dan pembelajaran melalui pemerhatian. Teori ini juga meanggalakkan pembelajarn melalui galakan dan rangsangan. Rangsangan boleh berbentuk pujian dan penghargaan. Gaya Pembelajaran Pelajar Gaya pembelajaran merupakan cara yang digunakan oleh seseorang murid untuk memahami sesuatu subjek dalam proses pembelajaran. Gaya pembelajaran murid murid juga berkaitan dengan cara perancangan, persediaan dan pengurusan murid dalam menghadapi sesuatu peperiksaan. Perancangan, persediaan, dan pengurusan yang terancang banyak membantu murid yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan. Menurut Raiff (1992) gaya pembelajaran ialah sebagai cara peribadi untuk memproses maklumat semasa mempelajari sesuatu konsep dan prinsip baru.Abdul Razak Ahmad (1999) menyatakan bahawa perancangan, persediaan dan pengurusan yang terancang dari segi pedagogi dan cara pembelajaran pelajar yang sistematik dan berkesan merupakan dimensi baru yang perlu diberikan perhatian untuk mempertingkatkan pencapaian akademik pelajar dalam sesuatu mata pelajaran. Peterson (1979) dan Stewart (1981) dalam Ee Ah Meng (1995) pula berpendapat bahawa gaya pembelajaran boleh murujuk kepada pendekatan pengajaran yang digemari seseorang pelajar. Terdapat pelajar yang gemarkan cara syarahan manakala ada pula yang lebih gemarkan cara belajar sendiri. Personaliti individu yang berbeza akan menentukan gaya pembelajaran yang paling sesuai serta berkesan baginya. Apa yang dapat kita simpulkan ialah, gaya pembelajaran perlu dipelajari dan diterokai seterusnya dimantapkan dari masa ke semasa oleh setiap murid. Dengan memilih cara yang betul, masa dan tenaga dapat dijimatkan serta pencapaian murid juga akan cemerlang. Model Gaya Pembelajaran VAK Gaya pembelajaran VAK oleh Fernald, Keller, Orton, Gillingham, Stillman dan Montessori (1920) dalam Rashidah Rashid (2008) mengandungi tiga aspek iaitu gaya pembelajaran visual, audio dan kinestetik. Menurut model gaya pembelajaran VAK menjelaskan bahawa kebanyakan murid mempunyai gaya pembelajaran yang dominen atau mengutamakan satu gaya pembelajaran dalam pembelajaran mereka. Namun begitu terdapat sesetengah murid menggunakan beberapa gaya pembelajaran ataupun menggunakan kesemua gaya pembelajaran iaitu visual, audio dan kinestetik bagi mengimbangkan pembelajaran mereka di dalam bilik bilik darjah.


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 133 DAN SAINS SOSIAL Gaya Pembelajaran Visual Gaya pembelajaran visual merujuk kepada murid belajar melalui proses deria dan aktiviti penglihatan. Melalui gaya ini murid lebih selesa belajar dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan di dalam buku, di papan putih, di dalam carta atau paparan komputer. Murid lebih suka membaca teks terlebih dahulu sebelum menghadiri kelas. Murid ini lebih mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks. Seperti kebiasaannya di dalam pembelajran jawi, murid di ajar membaca dan menulis berdasarkan apa yang tercatat di papan putih atau apa yang terkandung di dalam buku teks. Sekiranya ingin mengingati sesuatu, murid visual akan menulis nota ringkas yang di berikan oleh guru sebaik sahaj atau secepat mungkin selepas kelas berakhir. Menyalin nota sebenarnya dapat membantu murid lebih mengingati apa yang telah diajar oleh guru dan membiasakan diri murid dengan seni tulisan jawi. Gaya Pembelajaran Audio Gaya pembelajaran audio merujuk kepada gaya belajar murid yang lebih cenderung dan peka kepada deria pendengaran. Murid audio dirujuk sebagai murid yang belajar dengan mendengar perkataan yang disebut dan juga arahan lisan. Mereka akan mendengar syarahan atau kuliah yang diberikan sebelum membaca nota- nota yang diberikan. Mereka boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau menggerakkan bibir ketika membaca terutamanya apabila mempelajari sesuatu yang baru ( Pusat Perkembangan Kurikulum. 2001). Ini bersesuaian dengan proses pembelajaran jawi kerana murid perlu menyebut huruf- huruf jawi dengan makhraj yang betul dan tepat bagi memastikan mereka mengenal, memahami dan mengingati huruf- huruf jawi tersebut. Bagi mengukuhkan ingatan, murid audio akan mendengar semula rakaman pita audio atau menerangkan dan berbincang dengan murid lain atau dengan guru tentang sesuatu perkara yang telah dipelajarinya. Mohd Yunus (1990) berpendapat bahawa mendengar bukanlah semata- mata menerima dan mengenali bunyi di sekeliling bahkan mendengar adalah satu proses yang aktif yang memerlukan pemikiran, penilaian dan pencatuman. Tanpa tujuan khusus murid akan ketinggalan perkara- perkara penting dalam pembelajaran. Gaya Pembelajaran Kinestetik Murid jenis kinestetik merujuk kepada murid yang belajar melalui pergerakan badan dan kemahiran psikomotor. Murid ini akan mencuba latihan- latihan baru hasil daripada penglihatan mereka. Murid jenis kinestetik ini juga dirujuk sebagai murid yang belajar melalui pengalaman dan mengambil bahagian secara fizikal dalam aktiviti bilik darjah. Murid ini juga akan menulis nota khas dan nota guru. Mereka lebih berminat menjawab soalan dalam bentuk penulisan. Mereka dapat mengingati dengan lebih baik apabila mencuba terus aktiviti melalui pelaksanaan menggunakan kecekapan tangan. Permainan, penggunaan komputer dan aktivitiaktiviti yang melibatkan perbendaharaan kata dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran didalam bilik darjah murid jenis kinestetik. Kajian- kajian Yang Berkaitan Dengan Gaya Pembelajaran Menurut Honey dan Mumford (1992) pembelajaran adalah satu proses seumur. Manusia bukan sahaja berbeza dari segi kemahiran belajar, malah manusia juga berbeza dar segi gaya pembelajaran. Gaya pembelajaran boleh berubah dan bergantung kepada masa dan situasi ( keadaan persekitaran dimana individu itu berada dan tempat). Pembelajaran telah berlaku apabila murid boleh mempamerkan sesuatu yang baru, samada dalam bentuk pemahaman, kemahiran dan kesedaran. Dalam proses pembelajaran terdapat beberapa kecenderungan yang


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 134 DAN SAINS SOSIAL dimiliki dan diamalkan oelh murid. Kecenderungan ini termasuklah kecenderungan untuk memiliki pengalaman semasa mempelari sesuatu, kecenderungan untuk mengimbas kembali, kecenderungan memastikan implementasi dan kecenderungan untuk membuat kesimpulan. Kajian oleh Hii Siong Ting (2006) keatas 146 orang pelajar sains tahun lima, fakulti pendidikan UTM dengan menggunakan set soal selidik Dunn dan Dunn (1978) mendapati pelajar mempunyai kecenderungan yang tingii terhadap elemen gaya pembelajaran cahaya, suhu, motivasi sendiri, rakan sebaya, pelbagai cara dan sebagai elemen yang terdiri daripada visual, kinestetik, audio, masa pagi dan masa malam. Hasil kajian menunjukkan kecekalan pelajar berada pada tahap yang rendah. Entswile (1981) menyatakan pelajar- pelajar menggunakan pendekatan pembelajaran dengan tujuan yang berbeza- beza. Entwistle telah mengambil kira kerja yang dilakukan oleh Pask (1976) untuk merangka model pembelajaran pada peringkat pendidikan tinggi. Pelajar menggunakan strategi pembelajaran yang berbeza berdasarkan gaya pilihan masing- masing. Pembelajaran yang berkesan memerlukan gaya pembelajaran yang versatile iaitu menggunakan pendekatan dalaman ( deep approach ) mengintegrasikan gaya ‘holist’ dan gaya serialis. Strategi holist menghasilkan tahap kefahaman yang dikaitkan dengan pendekatan dalaman pasif, manakala strategi serialist dikaitkan dengan pendekatan luaran (surface approach). Pelajar yang cenderung kea rah holist atau serialist sahaja akan menimbulkan ciri pedagogi pembelajaran seprti membuat generalisasi tanpa menyediakan sokongan- sokongan yang relevan. Kajian oleh Hyeok Kang (1999) telah dijalankan untuk menentukan gaya pembelajaran 306 penuntut Korea dari dua buah Sekolah Tinggi di Seoul, Korea. Kajian ini mengikut kajian Reid (1987) dalam mengkaji gaya pembelajaran penuntut ESL di Amerika Syarikat. Kajian Reid mencari maklumat mengenai empat gaya pembelajaran yang asas iaitu visual, audio, kinestetik dan ‘ tactile’ dan juga pemilihan cara belajar individu atau kelompok. Secara keseluruhannya, penuntut Korea ini mengamalkan gaya pembelajaran audio, kinestetik dan cara belajar individu sebagai gaya pembelajaran utama. Visual, ‘tactile’ dan cara belajar kelompok merupakan gaya pembelajaran yang kedua atau minor. Metodologi Kajian Reka Bentuk Kajian Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif untuk mengukur gaya pembelajaran audio, visual dan kinestetik dalam penguasaan kemahiran menulis jawi dikalangan murid tahun 4 di dalam zon satu di Daerah Machang. Kaedah penyelidikan kuantitatif akan membolehkan sesuatu fenomena yang berlaku dapat dijelaskan dalam bentuk yang mudah dan ekonomik (dalam bentuk angka) (Mohamad Najib Abd Ghafar, 2003). Disebabkan itulah, untuk mengetahui keberkesanan gaya pembelajaran audio,visual dan kinestetik dalam penguasaan jawi dikalangan murid dan segala maklumat akan dipersembahkan dalam bentuk angka. Bagi mendapatkan maklumat yang terperinci, satu tinjauan yang berbentuk deskriptif dilakukan untuk melihat hubungan gaya pembelajaran audio,visual dan kinestetik terhadap penguasaan kemahiran menulis jawi dalam kalangan murid. Menurut Mohd.Majid Konting (2004) kajian yang berbentuk deskriptif memerlukan penyelidik menggunakan tektik pensampelan bagi mendapatkan maklumat dalam sesuatu populasi. Nilai maklumat amat bergantung pada persampelan. Sekiranya persampelan dilakukan dengan berkesan, maklumat yang didapati boleh digunakan untuk membuat inferens kepada populasi yang dikaji. Kajian ini menggunakan soal selidik untuk mendapat maklumat dan data yang diperlukan. Maklumat tentang pembolehubah kajian ini dikutip dalam keadaan semulajadi pada masa kejadian. Data


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 135 DAN SAINS SOSIAL yang dikumpul dan hasil kajian ini dapat memberi maklumat untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan Dapatan Kajian Jantina Jadual 1 menunjukkan frekuensi responden mengikut jantina. Seramai 21 (52.5%) orang murid adalah perempuan dan 19 (47.5%) adalah murid lelaki. Taburan ini sebenarnya menggambarkan populasi murid perempuan yang terdapat di tiga buah kelas yang dikaji adalah lebih ramai berbanding murid lelaki. Jadual 1 Taburan Responden Mengikut Jantina Frenkuensi Peratus (%) Jantina Lelaki 19 47.5 Perempuan 21 52.5 Jumlah 40 100 Dapatan Deskriptif Di bahagian ini, keputusan dari ujian yang dibuat akan dianalisa bagi mengetahui gaya pembelajaran yang dominan diamalkan oleh murid dalam kemahiran menulis Jawi dan menjelaskan samaada hipotesis-hipotesis yang hendak dikaji ditolak atau gagal ditolak. Apakah Gaya Pembelajaran Yang Diamalkan Murid Dalam Kemahiran Menulis Jawi ? Jadual 3.3 menunjukkan demensi gaya pembelajaran yang diamalkan oleh murid dalam mempelajari kemahiran menulis Jawi yang merangkumi gaya audio, gaya visual dan gaya kinestetik. Nilai min bagi gaya pembelajaran audio adalah 4.34 dan sisihan piawai 0.365, manakala min bagi gaya pembelajaran visual adalah 4.03 dan sisihan piawai 0.371. Bagi gaya pembelajaran kinestetik pula, nilai min adalah 4.33 dan sisihan piawainya adalah 0.336. Hasil dapatan menunjukkan gaya pembelajaran audio (min 4.34) lebih dominan berbanding dengan gaya pembelajaran visual dan kinestetik. Jadual 2 Min Bagi Demensi Gaya Pembelajaran. Pembolehubah Min Sisihan Piawai Gaya Audio 4.34 0.365 Gaya Visual 4.03 0.371 Gaya Kinestetik 4.33 0.336 H◦1: Tidak Terdapat Perbezaan Yang Signifikan Antara Jantina Dengan Kemahiran Menulis Jawi. Jadual 3 merumuskan keputusan Ujian-t yang dijalankan. Dari analisis, Ujian-t adalah signifikan (t(4.683)=-1.373,p<.05). Nilai ini menunjukkan bahawa hipotesis nul (H◦1) ditolak kerana terdapat perbezaan penguasaan kemahiran menulis Jawi di antara murid lelaki dengan murid perempuan. Min penguasaan kemahiran menulis Jawi (3.67) murid perempuan lebih tinggi daripada min penguasaan Jawi (3.32) murid lelaki. Kesimpulannya penguasaan kemahiran menulis Jawi murid perempuan lebih baik daripada murid lelaki.


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 136 DAN SAINS SOSIAL Jadual 3 Ujian-t Penguasaan Kemahiran Menulis Jawi Mengikut Jantina Jantina Min Sisihan Piawai Darjah Kebesaran t Signifikan Lelaki 3.32 1.003 4.683 - 1.373 0.037 Perempuan 3.67 .577 4.683 - 1.338 0.037 *Signifikan pada aras 0.05 H◦2: Tidak Terdapat Perbezaan Yang Signifikan Antara Kelas Dengan Kemahiran Menulis Jawi. Jadual 4 merumuskan keputusan ujian ANOVA Satu Hala yang dijalankan. Dari analisis yang dijalankan, nilai signifikan yang diperoleh F(1.373)=0.266, p> 0.05. Nilai ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan di antara tiga kategori pemboleh ubah kelas yang dikaji, maka hipotesis nul (H◦2) gagal ditolak. Ini menunjukkan oleh nilai min yang hampir sama seperti min kelas Cemerlang ialah 4.34, min kelas Gemilang 4.03 dan min kelas Gigih 4.33. Dapatan ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan penguasaan kemahiran menulis Jawi berdasarkan kelas. Jadual 4 Ujian ANOVA 1 Hala Tentang Penguasaan Kemahiran Menulis Jawi Berdasarkan Kelas. Kelas Min Sisihan Piawai Darjah Kebesaran F Signifikan Cemerlang 4.34 0.3657 40 1.373 0.266 Gemilang 4.03 0.3712 Gigih 4.33 0.3369 Jumlah 4.68 0.3421 * Signifikan pada aras .05 Adakah Terdapat Perbezaan Dari Segi Penguasaan Kemahiran Menulis Jawi Mengikut Gaya Pembelajaran Audio, Visual dan Kinestetik ? H◦3: Tidak Terdapat Perbezaan Yang Signifikan Dari Segi Penguasaan Kemahiran Menulis Jawi Mengikut Gaya Pembelajaran Audio, Visual dan Kinestetik. Jadual 5 menunjukkan bahawa keputusan bagi gaya pembelajaran audio ialah F (3.514)=0.841, p>0.05. Maka hipotesis nul (H◦3) adalah gagal ditolak , iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi penguasaan kemahiran menulis Jawi mengikut gaya pembelajaran audio. Manakala keputusan bagi gaya pembelajaran visual F (3.514)=2.447, p>0.05 dan gaya pembelajaran kinestetik F (3.514)=0.666, p>0.05. Maka hipotesis nul (H◦3) adalah gagal ditolak, iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi penguasaan kemahiran menulis Jawi mengikut gaya pembelajaran visual dan gaya pembelajaran kinestetik. Kesimpulannya penguasaan kemahiran menulis Jawi bagi murid yang mengamalkan ketiga-tiga gaya tersebut adalah tidak mempunyai perbezaan yang signifikan.


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 137 DAN SAINS SOSIAL Jadual 5 Ujian ANOVA 1 Hala Penguasaan Kemahiran Menulis Jawi Berdasarkan Gaya Pembelajaran Audio, Visual Dan Kinesteti. Gaya Pembelajaran Punca Variasi Jumlah Kuasa Dua DK Varian F Sig Audio Antara kumpulan Dalam kumpulan Jumlah 0.342 4.874 5.216 3 36 39 0.114 0.135 0.841 0.481 Visual Antara kumpulan Dalam kumpulan Jumlah 0.910 4.464 5.374 3 36 39 0.303 0.124 2.447 0.080 Kinestetik Antara kumpulan Dalam kumpulan Jumlah 0.233 4.195 4.428 3 36 39 0.078 0.117 0.666 0.578 * Signifikan pada aras .05 Adakah Terdapat Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Audio, Visual Dan Kinestetik Dengan Kemahiran Menulis Jawi ? H◦4: Tidak Terdapat Hubungan Yang Signifikan Antara Gaya Pembelajaran Audio Dengan Kemahiran Menulis Jawi. Berdasarkan kepada analisa Kolerasi Pearson dalam jadual 6 didapati nilai p= 0.166, lebih besar dari aras signifikan (p > 0.05). Oleh itu keputusan ujian membuktikan hipotesis nul (H◦4) gagal ditolak iaitu tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran audio dengan kemahiran menulis jawi. Hasil ujian juga mendapati nilai pekali r ialah 0.223. Ini menunjukkan bahawa tidak ada hubungan diantara gaya pembelajaran audio dengan penguasaan kemahiran menulis Jawi dan ianya berada pada tahap boleh diabaikan. Jadual 6 Nilai Korelasi Pearson Berkaitan Penguasaan Gaya Pembelajaran Audio Dengan Kemahiran Menulis Jawi. Pernyataan N Kolerasi Signifikan Gaya Pembelajaran Audio 40 0.233 0.166 * Signifikan pada aras p<0.05


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 138 DAN SAINS SOSIAL H◦5: Tidak Terdapat Hubungan Yang Signifikan Antara Gaya Pembelajaran Visual Dengan Kemahiran Menulis Jawi. Jadual 7 memperlihatkan hasil analisis Kolerasi Pearson, menunjukkan nilai p= 0.483, lebih besar dari aras signifikan (p < 0.05). Oleh itu keputusan ujian membuktikan hipotesis nul (H◦5) gagal di tolak iaitu tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran visual dengan penguasaan kemahiran menulis jawi. Hasil ujian juga mendapati nilai pekali r ialah 0.144. Ini menunjukkan bahawa tidak ada hubungan diantara gaya pembelajaran visual dengan penguasaan kemahiran menulis Jawi kerana ianya berada pada tahap boleh diabaikan. Jadual 7 Nilai Korelasi Pearson Berkaitan Penguasaan Kemahiran Menulis Jawi Dengan Gaya Pembelajaran Visual Pernyataan N Kolerasi Signifikan Gaya Pembelajaran Visual 40 0.114 0.483 * Signifikan pada aras p<0.05 H◦5: Tidak Terdapat Hubungan Yang Signifikan Antara Gaya Pembelajaran Kinestetik Dengan Kemahiran Menulis Jawi. Berdasarkan kepada analisa Kolerasi Pearson yang dijalankan, didapati nilai p= 0.287, lebih besar dari aras signifikan (p < 0.05). Oleh itu keputusan ujian membuktikan hipotesis nul (H◦5) gagal di tolak iaitu tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran kinestetik dengan penguasaan kemahiran menulis jawi. Hasil ujian juga mendapati nilai pekali r ialah 0.172. Ini menunjukkan bahawa tidak ada hubungan diantara gaya pembelajaran kinestetik dengan penguasaan kemahiran menulis Jawi kerana ianya berada pada tahap boleh diabaikan. Ini bermakna tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran kinestetik dengan penguasaan kemahiran menulis jawi. Jadual 8 Nilai Korelasi Pearson Berkaitan Gaya Pembelajaran Kinestetik Dengan Penguasaan Kemahiran Menulis Jawi Pernyataan N Kolerasi Signifikan Gaya Pembelajaran Kinestetik 40 0.172 0.287 * Signifikan pada aras p<0.05 Cadangan Kajian Lanjutan Bagi pengkaji yang berminat untuk meneruskan kajian ini, terdapat beberapa cadangan yang ingin dikemukankan sebagai garis panduan. Antaranya adalah seperti berikut: i. Kajian lanjutan juga boleh dijalankan terhadap pelajar-pelajar sekolah menengah diperingkat menengah rendah dan menengah tinggi. ii. Kajian lanjutan dijalankan untuk menentukan sama ada guru menguasai pengetahuan gaya pembelajaran murid untuk menyesuaikan dengan gaya pengajaran yang


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 139 DAN SAINS SOSIAL digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya semasa mengajar kemahiran menulis jawi iii. Selain itu kajian lanjutan berbentuk mencari hubungan antara gaya pembelajaran dengan kemahiran menulis jawi dari aspek, prestasi akademik, taraf sosial ekonomi dan lokasi tempat. Kesimpulan Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza-beza. Guru perlu memahami gaya pembelajaran yang diamalkan oleh murid. Murid juga perlu mengetahui gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan diri mereka. Dengan ini, guru boleh menyediakan kaedah pengajaran yang bersesuaian supaya boleh meningkatkan lagi minat murid terhadap mata pelajaran yang diajar di dalam kelas. Pihak sekolah dan guru perlu memainkan peranan dalam memberi dorongan atau galakkan dan menyediakan kemudahan serta persekitaran yang bersesuaian kepada murid mereka supaya murid berasa selesa semasa belajar. Bukan setiap gaya belajar yang digunakan betul, sebagai murid perlu mencari gaya belajar yang paling bersesuaian dengan diri sendiri supaya boleh mencapai proses pembelajaran yang efektif. Dengan ini, matlamat meningkatkan pencapaian akademik murid dengan pencapaian akademik yang cemerlang akan tercapai. Rujukan Ahmad., Abdul Razak. "Hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian mata pelajaran sejarah." 1990. Abdul Razak Mahmud. (2000). Persuratan Islam Kelantan, Terengganu dan Pattani Sehingga Awal Abad Ke- 20. Pengasuh, 12 (5), ms 25- 30 Abdul Aziz Ismail. (2001). Kajian gaya pembelajaran pelajar dengan pencapaian subjek Geografi di sekolah menengah. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia. Tidak diterbitkan. Alias Baba (1999), Statistik penyelidikan dalam Pendidikan Sains Sosial. Ed. Ke- 3. Bangi : Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia. Amin Mohd Rasyid. (1991). Masalah-masalah pengajaran Pendidikan Islam (KBSM) satu tinjauan persepsi guruguru sekolah rendah. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia. Tidak diterbitkan. Amat Juhari Moain. (1991). Sejarah Tulisan Jawi. Jurnal Dewan Bahasa, 35 (11). Ms.102. Azizi Yahya dan Syazwani Abdul Razak. (2008). Hubungan antara gaya pembelajaran dan kaedah pengajaran dengan pencapaian mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam Di Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Sembilan. http://eprints.utm.my/6059/1/aziziyahwani.pdf. Dicapai pada Julai 2017 Ciccarelli, S. K, dan Mayer, G. E. (2006). Psychology. United States of America : Prentice Hall. Cortazzi, M., & Jin, L. (1996), Cultures of learning : Language classroom in China. Dlm. H. Coleman (Ed.), Society and the language classroom, Cambridge : Cambridge University Press. Dunn, R dan Steven, J.M. (1997). Teaching Diverse College Students to Study a Learning Style Prescription. College Student Journal, 31 (3), ms. 333- 339. Dunn, R.S., Dunn, K.J.,& Price, G. E. (1989), Identifying individual learning styles, Dlm. Keefe J.W. (Ed), Student learning style: Diagnosing and prescribing program (ms. 39-54). Reston, Va: National Association of Secondary School Principals. Ee.Ah Meng (1995). Psikologi Dalam Bilik Darjah. Selangor. Fajar Bakti Sdn.Bhd. Farizah binti Yahya. (2005). Penguasaan Jawi di kalangan pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah di Subang Jaya. Tesis Sarjana. Universiti Malaya. Tidak diterbitkan. Ghazali Othman. (1998). Kesilapan Biasa Dalam Penyelidikan Pendidikan. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, IAB 8 (02), ms.42. Hii Siong Ting. (2006). Gaya pembelajaran Sains tahun lima Fakulti Pendidikan. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia. Tidak diterbitkan. Ishak Harun & Hasan Basri (1994). Laporan Penguasaan Jawi Pelajar Sekolah Menengah. Universiti Malaysia. Tidak diterbitkan. Jawatan Kuasa Penyelidikan dan Penerbitan Makatab Perguruan Seri Kota, (1997). Jurnal Pendidikan Tigaenf, 2(1), ms.1-9. Junaidah Mat Lia. (1999) Penilaian tahap kemahiran membaca di kalangan pelajar Tingkatan Dua di Sekolah Menengah di Wilayah Persekutuan. Tesis Sarjana. Universiti Malaya. Tidak diterbitkan.


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 140 DAN SAINS SOSIAL Kamarudin Haji Husin dan Siti Hajar Haji Abd Razak. (1996). Penguasaan Kemahiran Membaca, Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Khang Kyoung Seock. (1990). Perkembangan Tulisan Jawi Dalam Masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat (2002). Maimunah Ismail. (1995). Kemahiran Membaca Al- Quran Dikalangan Pelajar- Pelajar Tingkatan Satu: Satu Kajian Kes. Tesis Sarjana Universiti Malaya. Tidak diterbitkan. Manja Mohd Ludin. (1990). Psikologi, Sosiologi Dan Falsafah Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. McKeachie, J.W.(1995). Learning Styles Can Become Learning Strategies. NTLF Featured Article, 4(6). http://www.ntlf.com. Dicapai pada 20/07/2017. Mohd Majid Konting. (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mohd. Najib Ghafar. (2003). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Muhd Yunus Noor. (1990). Psikologi Belajar Dan Teknik Belajar Yang Berkesan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd. Nasaruddin bin Shamsuddin. (2004). Penguasaan Tulisan Jawi Di Kalangan Pelajar Tingkatan Dua Di Sebuah Sekolah Menengah. Universiti Malaya: Tesis. Tidak diterbitkan. Nik Hasan Seman. (2006). Pengaruh Motivasi Dan Gaya Pembelajaran Pelajar Terhadap Kemahiran Menulis Jawi. Universiti Malaysia Sabah: Tesis Sarjana. Tidak diterbitkan. Nik Rosila Nik Yaacob. (2007). Penguasaan Jawi Dan Hubungannya Dengan Minat Dan Pencapaian Pelajar Dalam Pendidikan Islam. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 22,ms.161-172. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Modul Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Ragbir Kaur Joginder Singh (PhD) (2011). Panduan Ilmu Pendidikan Komprehensif Untuk KPLI, Sekolah Rendah: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd Kuala Lumpur. Rashidah Rashid. (2008). Hubungan antara gaya pembelajaran dengan motivasi dalam kalangan pelajar di Sebuah Sekolah Menengah Luar Bandar , Sabah. Tesis Sarjana Universiti Teknologi Malaysia. Tidak diterbitkan.


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 141 DAN SAINS SOSIAL KEPUASAN KERJA DAN KESEJAHTERAAN DALAM KALANGAN GURU: KAJIAN META-ANALISIS Zaine Zulkifli, Intan Hashimah Mohd Hashim, dan Mahathir Yahaya Abstrak Sistem pendidikan sedang mengalami perubahan dan pembaharuan yang sangat pesat bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Hal ini boleh memberikan kesan kepada kesejahteraan sebagai seorang guru. Walaupun telah banyak berlaku perubahan dan pembaharuan, perbincangan terhadap faktor yang memberi pengaruh kepada kesejahteraan guru masih lagi kompleks dan sentiasa dikaji bagi penambahan dalam aspek-aspek yang bersesuaian. Kajian ini dilakukan untuk menangani jurang yang wujud dengan mengenalpasti peranan kepuasan kerja dalam mempengaruhi kesejahteraan guru. Kepuasan kerja dilihat antara aspek yang mampu meningkatkan kualiti kesejahteraan individu. Justeru, kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti melihat hubungan di antara kepuasan kerja terhadap kesejahteraan guru. Hasil analisis kajian-kajian lepas menunjukkan hubungan yang positif antara kepuasan kerja dan kesejahteraan. Kata Kunci: Kepuasan Kerja, Kesejahteraan, Guru Pengenalan Realiti kerjaya perguruan berubah, selari dengan pembangunan dan perkembangan globalisasi dalam bidang pendidikan di Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha memaju serta memartabatkan bidang pendidikan di Malaysia dengan perlaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Pelan ini bertujuan membangunkan modal insan, membina negara bangsa, merapatkan jurang pendidikan, serta melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Seterusnya dalam konsep pendidikan yang berpaksikan Falsafah Pendidikan Negara menyentuh tentang usaha menyeluruh ke arah peningkatan kualiti dalam sistem pendidikan negara melalui pembentukan generasi yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek dalam usaha mencapai kecemerlangan akademik (Tahir, Al Muzammil, & Salleh, 2013). Oleh itu,, profesion perguruan mempunyai peranan yang sangat penting dalam mencapai matlamat yang disasarkan kerajaan. Peranan guru di dalam bidang pendidikan sentiasa dicabar dengan keadaan persekitaran terutamanya dengan perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), masalah disiplin pelajar, bebanan tugas yang berlebihan, persekitaran kerja yang sibuk, sistem pentadbiran sekolah yang lemah, dan persepsi dan kehendak ibu bapa pelajar (Ishak, Iskandar, & Ramli, 2010). Peranan yang berlebihan ini boleh menyebabkan gangguan emosi dan tekanan psikologikal terhadap guru (Idris, 2003; Ishak et al., 2010; Ishak, Mustapha, Mahmud, & Ariffin, 2006) dan tahap motivasi guru-guru menurun (Surana, 2010). Selain itu, pelbagai cabaran dan perubahan dalam bidang pendidikan ini telah menjadikan profesion guru menghadapi keadaan yang membimbangkan kerana pendidik sekarang tidak lagi komited dan dedikasi terhadap kerjaya mereka (Ismail, 2014). Stres pekerjaan yang dilalui guru ini akan memberi impak negatif kepada kesejahteraan mereka dari pelbagai aspek seperti emosi, motivasi, rohani, dan fizikal. Ini menjadi punca kepada kerjaya guru tidak lagi menjadi pilihan serta majoriti daripada guru berasa tidak puas hati terhadap


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 142 DAN SAINS SOSIAL kerjaya mereka sendiri. Akhir sekali, guru-guru ini membuat keputusan untuk berhenti dari profesion mereka (Fetherston & Lummis, 2012). Kurangnya kualiti kesejahteraan dalam kebanyakkan sektor pekerjaan memberi impak buruk seperti peningkatan dalam cuti sakit, masalah ketidakhadiran, masalah disiplin, dan prestasi pekerja yang menjejaskan produktivti organisasi (Amin & Akbar, 2013; Avey, Patera, & West, 2006; Page & Vella-Brodrick, 2009; Usman, 2017). Masalah kesejahteraan guru bukan merupakan isu baru, isu ini telah ditimbulkan di beberapa forum dari semasa ke semasa. Isu menjadi panas apabila ramai guru mula tidak berpuashati dengan tambahan bidang kerja yang membebankan bagi mereka. Kesejahteraan guru yang jelas semakin menurun ini menyebabkan penurunan produktiviti guru peningkatan guru untuk berhenti kerja dan bersara lebih awal (Bajorek, Gulliford, & Taskila, 2014; Uusiautti, Harjula, Pennanen, & Maatta, 2014). Faktor kepuasan kerja dilihat boleh menpengaruhi atau meramal terhadap kesejahteraan guru (R. Bashir, Shahzad, Khalid, & Farooqi, 2018; Hansen, Buitendach, & Kanengoni, 2015; Kovacs, Stiglbauer, Batinic, & Gnambs, 2018). Oleh itu, kepuasan kerja memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan tahap kesejahteraan guru. Kajian Literatur Kepuasan Kerja Kepuasan kerja telah ditakrifkan dengan pelbagai pendekatan, termasuk aspek perbezaan individu, keperluan, atau nilai perbandingan kerja dibuat dan bagaimana sesuatu tugasan itu dijalankan (Schappe, 1998). Darjah kepuasan kerja yang dilaporkan oleh setiap individu itu adalah berbeza-beza termasuk kepuasan intrinsik dan kepuasan ektrinsik terhadap organisasi (Judge, Thoresen, Bono, & Patton, 2001). Sikap (Steel & Rentsch, 1997) dan persekitaran organisasi (Wright & Davis, 2003) dapat memenuhi keperluan individu turut mempangruhi kepuasannya terhadap organisasi. Kepuasan kerja amat penting dalam bidang pengurusan psikologi modal insan dan organisasi hari ini (Tugimin, Saadan, Yusof, & Hasan, 2009). Rivai (2001) pula mengatakan bahwa kepuasan kerja adalah respon emosional yang menunjukkan perasaan yang menyenangkan berkaitan dengan pandangan pekerja terhadap kerjayanya. Locke (1969) mendefinisikan kepuasan kerja sebagai keadaan emosi yang menyeronokkan, hasil daripada tafsiran sesorang terhadap pekerjaannya sebagai menyenangkan dan berjaya. Wright dan Bonett (2007) pula mendapati kepuasan kerja adalah respon afektif atau perasaan suka mengenai sesuatu situasi kerja. Manakala Hellriegel dan Slocum (2010) dan Mihdar (2013) mengatakan kepuasan kerja adalah hasil pencapaian sesuatu matlamat dan dinikmati oleh semua pihak yang terlibat bersama. Kepuasan kerja dapat diringkaskan sebagai satu perasaan yang seronok terhadap sesuatu kerja atau tugasan yang dilakukan. Nikmat atau kepuasan itu dapat dilahirkan melalui prestasi kerja yang baik serta emosi yang gembira dalam persekitaran pekerjaan individu. Kesejahteraan Kesejahteraan merupakan satu proses dinamik yang memberikan nilai kepada manusia tentang bagaimana kehidupan mereka berkembang sama ada bertambah baik atau sebaliknya. Kesejahteraan didefinisikan sebagai perasaan bebas daripada tekanan, rasa gembira mengatasi rasa sedih dalam jangka masa panjang, perasaan positif dengan kehidupan, dan memperoleh apa yang diinginkan seiring dengan matlamat (Atchley & Barusch, 2004). Costanza et al. (2007) pula mendefinisikan kesejahteraan adalah sebagai tindak balas individu atau kumpulan terhadap kegembiraan, kepuasan hidup, dan kebajikan mereka. Veenhoven (2013) juga mengaitkan kesejahteraan dengan aspek kegembiraan. Kegembiraan adalah pengukuran


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 143 DAN SAINS SOSIAL terhadap sejauh mana individu menyukai akan kehidupan atau darjah seseorang menilai kehidupan mereka secara keseluruhan. Kesejahteraan adalah kategori yang luas dan menyentuh pelbagai aspek kehidupan termasuk respon emosi individu, kepuasan, dan penilaian global terhadap kepuasan hidup (Diener, Suh, Lucas, & Smith, 1999). Seligman (2011) pula menyatakan orang yang sejahtera dapat dilihat dari emosi positif, penglibatan dan hubungan sosial, pengertian hidup, dan juga pencapaian individu. Oleh itu, kesejahteraan dapat disimpulkan sebagai kualiti hidup yang dapat diukur secara psikologi atau dalaman yang melibatkan hubungan sosial, kebahagiaan, kepuasan diri dan kehidupan, pekerjaaan, pendidikan dan lain-lain. Metodologi Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis variabel kepuasan kerja dan kesejahteraan guru. Perlaksanaan pencarian penerbitan bagi kajian-kajian terdahulu yang sesuai menggunakan kata kunci seperti berikut: kepuasan kerja, kesejahteraan, kesejahteraan subjektif, kesejahteraan psikologi, dan guru. Semua artikel penyelidikan lepas telah diperolehi melalui pangkalan data dalam talian seperti SAGE, Web of Science, dan Google Scholar. Beberapa ciri-ciri atau kriteria telah digariskan bagi mencari artikel-artikel lepas yang relevan: (a) kajian bagi variabel kesejahteraan dan kepuasan kerja; (b) Kajian yang melibatkan guruguru sekolah; (c) Penyelidikan yang baru dan terkini; dan (d) Penyelidikan perlu menghuraikan tentang kesejahteraan dan kepuasan kerja guru. Sebab pemilihan penerbitan kajian yang terkini adalah bagi memastikan penyelidikan-penyelidikan tersebut adalah terbaru dan bersesuain dengan konteks peredaran zaman. Kajian meta analisis dilakukan selepas analisis dibuat bagi melihat perkaitan antara kesejahteraan dan kepuasan kerja guru, dan ringkasan daripada hasil analisis ini adalah di bawah (Jadual 1). Jadual 1 Meta-analisis bagi kepuasan kerja dan kesejahteraan No. Elemen Kajian Elemen Lain Kajian 1 Kepuasan kerja Prestasi kerja, Komitmen kerja (Abdullah, 2021; Arifin, 2015; B. Bashir & Gani, 2020; De Simone, Cicotto, & Lampis, 2016; Perera, Granziera, & McIlveen, 2018; Reilly, Dhingra, & Boduszek, 2014; Rezaee, Khoshsima, Zare-Bahtash, & Sarani, 2018) Efikasi kendiri, Personaliti, Motivasi Stres dan tekanan, Bebanan kerja 2 Kesejahteraan Kebahagiaan, Sokongan sosial (R. Bashir et al., 2018; Chan, 2013; Hansen et al., 2015; Kovacs et al., 2018; Kun & Gadanecz, 2019; Poormahmood, Moayedi, & Alizadeh, 2017; Upadyaya & Salmela-Aro, 2013; Vaisanen, Pietarinen, Kepuasan kerja


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 144 DAN SAINS SOSIAL Pyhalto, Toom, & Soini, 2017) Dalam Jadual 1 di atas menggambarkan kebanyakkan kajian yang dilakukan adalah kajian tinjauan kuantitatif menggunakan instrumen yang berkaitan dengan kesejahteraan dan kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru. Perbincangan dan Kesimpulan Berdasarkan kajian meta analisis, dua pembolehubah utama yang ingin dikenalpasti oleh penulis di dalam kajian ini adalah; Kepuasan Kerja Kepuasan kerja adalah antara elemen penting dalam setiap individu. Kajian yang dilakukan oleh Rezaee et al. (2018) mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara kepuasan kerja dan prestasi kerja guru. Bashir dan Gani (2020) pula mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara kepuasan kerja dan komitmen kerja guru. Hal ini jelas bahawa kepuasan kerja mempengaruhi komitmen kerja guru. Hasil kajian oleh Arifin (2015) menyatakan motivasi guru juga boleh mempengaruhi kepuasan kerja mereka. Stres dan tekanan (De Simone et al., 2016; Reilly et al., 2014) serta bebanan tugas (Abdullah, 2021) di tempat kerja mampu memberikan impak kepada kepuasan kerja guru-guru. Seterusnya, efikasi kendiri guru juga akan turut terganggu jika mereka mempunyai tahap kepuasan kerja yang rendah (Reilly et al., 2014). Personaliti adalah antara elemen penting yang boleh mempengaruhi kepuasan kerja seseorang termasuklah guru (Perera et al., 2018). Dapat disimpulkan bahawa terdapat banyak elemen dan faktor yang mempunyai hubungkait dengan kepuasan kerja. Kesejahteraan Kesejahteraan adalah keadaan emosi yang positif dan menyeronokkan, hasil daripada tafsiran seseorang terhadap kehidupannya (Diener et al., 1999). Bashir et al. (2018) mendapati kepuasan kerja adalah elemen yang boleh memberi kesan kepada kesejahteraan guru. Hasil kajian oleh Kovacs et al. (2018) menyatakan dimensi di dalam kepuasan kerja seperti kepuasan intrinsik dan kepuasan ekstrinsik mempunyai kaitan terhadap kesejahteraan individu sebagai guru. Seterusnya, Hansen, Buitendach, dan Kanengoni (2015) mempunyai dapatan kajian yang sama iaitu kepuasan kerja mempunyai hubungan yang positif terhadap kesejahteraan di dalam kajian mereka. Namun, kajian antara kedua-dua pembolehubah ini dalam bidang pendidikan adalah terhad terutamanya di Malaysia. Terdapat juga elemen lain yang memberi pengaruh kepada kesejahteraan guru. Kesejahteraan guru juga berkait rapat dengan elemen kebahagiaan (Chan, 2013). Kajian oleh Poormahmood, Moayedi, dan Alizadeh (2017) mendapati kesejahteraan mempunyai kesan terhadap kebahagiaan guru. Kajian ini disokong oleh Kun dan Gadanecz (2019) yang mendapati kesejahteraan mempunyai hubungan dengan kebahagiaan dalam kalangan guruguru di Hungary. Guru yang sejahtera di tempat kerja dilihat mempunyai emosi positif yang menjadi pemangkin kepada kebahagiaan mereka. Selain itu, sokongan sosial yang diperoleh guru juga mempunyai hubungan dengan kesejahteraan guru. Ini disokong oleh kajian Vaisanen et al. (2017) menyatakan sokongan sosial seperti dari rakan sekerja dan pihak sekolah yang diperoleh ditempat kerja memberi pengaruh kepada kesejahteraan dalam kehidupan mereka. Ini konsisten dengan dapatan kajian oleh Upadyaya dan Salmela-Aro (2013) menyatakan perhubungan positif di sekolah dapat meningkatkan kesejahteraan guru.


Click to View FlipBook Version