The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Cabaran Semasa Dalam Pendidikan, Pengurusan dan Sains Sosial

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAK BUKU MAYA PSS KOLEJ VOKASIONAL KUALA KLAWANG, 2023-01-13 10:31:52

Cabaran Semasa Dalam Pendidikan, Pengurusan dan Sains Sosial

Cabaran Semasa Dalam Pendidikan, Pengurusan dan Sains Sosial

CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 145 DAN SAINS SOSIAL Kepuasan kerja dan kesejahteraan guru adalah penting bagi memastikan guru sentiasa konsisten dalam memberikan pengajaran dan pembelajaran terbaik kepada pelajarnya. Peranan yang dimainkan oleh kepuasan kerja adalah penting dalam meningkatkan tahap kesejahteraan guru. Justeru, penyelidik mencadangkan kajian terhadap hubungan antara kepuasan kerja dan kesejahteraan guru di Malaysia. Tambahan lagi, kajian terhadap bidang ini masih lagi kurang dalam konteks guru di Malaysia. Oleh itu, penerokaan yang lebih mendalam dalam bidang ini perlu dikembangkan agar dapat memberikan impak positif kepada kesejahteraan guru disamping meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan Malaysia. Secara kesimpulannya, kepuasan kerja dan kesejahteraan ini adalah sinonim dengan kehidupan individu terutamanya sebagai seorang pendidik. Hal ini penting bagi seorang guru dalam mencapai kesejahteraan dalam kerjaya mereka demi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lebih lancar. Oleh itu, peranan kepuasan kerja ditekankan dalam kajian ini dalam memastikan kesejahteraan guru dapat dicapai. Penghargaan Penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan dan Universiti Sains Malaysia (USM). Rujukan Abdullah, A. S. (2021). Leadership, Task Load And Job Satisfaction: A Review Of Special Education Teachers Perspective. Turkish Journal of Computer and Mathematics Education (TURCOMAT), 12(11), 5300- 5306. Amin, Z., & Akbar, K. P. (2013). Analysis of psychological well-being and turnover intentions of hotel employees: An empirical study. International Journal of Innovation and Applied Studies, 3(3), 662-671. Arifin, H. M. (2015). The Influence of Competence, Motivation, and Organisational Culture to High School Teacher Job Satisfaction and Performance. International Education Studies, 8(1), 38-45. Atchley, R. C., & Barusch, A. S. (2004). Social Forces and Aging: An Introduction to Social Gerontology: Wadsworth/Thomson Learning. Avey, J. B., Patera, J. L., & West, B. J. (2006). The implications of positive psychological capital on employee absenteeism. Journal of leadership & organizational studies, 13(2), 42-60. Bajorek, Z., Gulliford, J., & Taskila, T. (2014). Healthy teachers, higher marks. Establishing a link between teacher health & wellbeing, and student outcomes, 34. Bashir, B., & Gani, A. (2020). Testing the effects of job satisfaction on organizational commitment. Journal of management development, 39 (4), 525-542. Bashir, R., Shahzad, S., Khalid, M., & Farooqi, S. M. (2018). Correlation of Self-Esteem, Job Satisfaction and Psychological Well-Being among Special Education Teachers. Al-Qalam, 23(1.), 512-522. Chan, D. W. (2013). Subjective well-being of Hong Kong Chinese teachers: The contribution of gratitude, forgiveness, and the orientations to happiness. Teaching and Teacher Education, 32, 22-30. Costanza, R., Fisher, B., Ali, S., Beer, C., Bond, L., Boumans, R., . . . Farley, J. (2007). Quality of life: An approach integrating opportunities, human needs, and subjective well-being. Ecological economics, 61(2-3), 267-276. De Simone, S., Cicotto, G., & Lampis, J. (2016). Occupational stress, job satisfaction and physical health in teachers. European Review of Applied Psychology, 66(2), 65-77. Diener, E., Suh, E. M., Lucas, R. E., & Smith, H. L. (1999). Subjective well-being: Three decades of progress. Psychological bulletin, 125(2), 276. Fetherston, T., & Lummis, G. (2012). Why Western Australian secondary teachers resign. Australian Journal of Teacher Education, 37(4), 1-20. Hansen, A., Buitendach, J. H., & Kanengoni, H. (2015). Psychological capital, subjective well-being, burnout and job satisfaction amongst educators in the Umlazi region in South Africa. SA Journal of Human Resource Management, 13(1), 1-9. Hellriegel, D., & Slocum, J. W. (2010). Organizational Behavior: Cengage Learning. Idris, R. (2003). Profil Personaliti Guru-Guru Sekolah Menengah. Unpublished master’s thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia. Ishak, N. M., Iskandar, I. P., & Ramli, R. (2010). Emotional intelligence of Malaysian teachers: a comparative study on teachers in daily and residential schools. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 9, 604-612.


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 146 DAN SAINS SOSIAL Ishak, N. M., Mustapha, R., Mahmud, Z., & Ariffin, S. R. (2006). Emotional intelligence of Malaysian teachers: Implications on workplace productivity. International Journal of Vocational Education and Training, 14(2), 8-24. Judge, T. A., Thoresen, C. J., Bono, J. E., & Patton, G. K. (2001). The job satisfaction–job performance relationship: A qualitative and quantitative review. Psychological bulletin, 127(3), 376. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Kovacs, C., Stiglbauer, B., Batinic, B., & Gnambs, T. (2018). Exploring different forms of job (dis) satisfaction and their relationship with well‐Being, motivation and performance. Applied Psychology, 67(3), 523- 556. Kun, A., & Gadanecz, P. (2019). Workplace happiness, well-being and their relationship with psychological capital: A study of Hungarian Teachers. Current Psychology, 1-15. Locke, E. A. (1969). What is job satisfaction? Organizational behavior and human performance, 4(4), 309-336. Mihdar, F. (2013). The Effect of Job Satisfaction and Organizational Justice on Organizational Citizenship Behavior with Organization Commitment as The Moderator. Paper presented at the International Conference On Law, Business and Governance (ICon-LBG). Page, K. M., & Vella-Brodrick, D. A. (2009). The ‘what’,‘why’and ‘how’of employee well-being: A new model. Social Indicators Research, 90(3), 441-458. Perera, H. N., Granziera, H., & McIlveen, P. (2018). Profiles of teacher personality and relations with teacher self-efficacy, work engagement, and job satisfaction. Personality and Individual Differences, 120, 171- 178. Poormahmood, A., Moayedi, F., & Alizadeh, K. H. (2017). Relationships between psychological well-being, happiness and perceived occupational stress among primary school teachers. Archives of Hellenic Medicine/Arheia Ellenikes Iatrikes, 34(4). Reilly, E., Dhingra, K., & Boduszek, D. (2014). Teachers’ self-efficacy beliefs, self-esteem, and job stress as determinants of job satisfaction. International Journal of Educational Management, 28(4), 365-378. Rezaee, A., Khoshsima, H., Zare-Bahtash, E., & Sarani, A. (2018). A Mixed Method Study of the Relationship between EFL Teachers' Job Satisfaction and Job Performance in Iran. International Journal of Instruction, 11(4), 577-592. Rivai, H. A. (2001). Pengaruh kepuasan gaji, kepuasan kerja dan komitmen organisasional terhadap intensi keluar. Universitas Gadjah Mada. Schappe, S. P. (1998). The influence of job satisfaction, organizational commitment, and fairness perceptions on organizational citizenship behavior. The journal of Psychology, 132(3), 277-290. Seligman, M. E. (2011). Flourish: A New Understanding of Happiness and Well-being - and how to Achieve Them. New York: Nicholas Brealey. Steel, R. P., & Rentsch, J. R. (1997). The dispositional model of job attitudes revisited: Findings of a 10-year study. Journal of applied psychology, 82(6), 873. Surana, M. R. (2010). Hubungan antara Kemampuan Manajerial Kepala Sekolah, Motivasi Guru, Lingkungan Kerja, dan Komitmen Guru dengan Kinerja Guru di SMP se Kabupaten Bantul. UNY. Tahir, L. M., Al Muzammil, M., & Salleh, M. (2013). Impak Strategi Politik Terhadap Amalan Kepimpinan Pengajaran Pengetua Cemerlang. Sains Humanika, 60(1). Tugimin, A. J., Saadan, R., Yusof, M. N., & Hasan, H. (2009). Perkaitan persepsi terhadap organisasi dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru penolong kanan sekolah menengah negeri Melaka. Journal of Human Capital Development, 2(1), 65-76. Upadyaya, K., & Salmela-Aro, K. (2013). Development of school engagement in association with academic success and well-being in varying social contexts. European Psychologist, 8(2), 136-147. Usman, A. (2017). The effect of psychological wellbeing on employee job performance: Comparison between the employees of projectized and non-projectized organizations. Journal of Entrepreneurship & Organization Management, 6(01), 8-12. Uusiautti, S., Harjula, S., Pennanen, T., & Maatta, K. (2014). Novice teachers’ well-being at work. Journal of Educational and Social Research, 4(3), 177-177. Vaisanen, S., Pietarinen, J., Pyhalto, K., Toom, A., & Soini, T. (2017). Social support as a contributor to student teachers’ experienced well-being. Research Papers in Education, 32(1), 41-55. Veenhoven, R. (2013). Conditions of happiness: Springer Science & Business Media. Wright, B. E., & Davis, B. S. (2003). Job Satisfaction in the Public Sector: The Role of the Work Environment. American Review of Public Administration, 33(1), 70-90.


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 147 DAN SAINS SOSIAL IMPLIKASI PERBEZAAN I‘RAB TERHADAP MAKNA AYAT AL-QURAN DALAM SURAH ALI ‘IMRAN Nur ‘Izzati Mohd Shapee dan Mohd Hilmi Abdullah Abstrak Kajian ini meliputi kajian daripada Al-Quran yang menekankan aspek nahunya. Pengetahuan ilmu nahu merupakan perkara asas dalam mempelajari bahasa Arab. Dalam ilmu nahu terdapat cabang-cabang ilmu khusus antaranya ialah bab i‘rab. Penguasaan ilmu nahu khususnya dalam bahagian i‘rab dapat menjelaskan makna sesebuah ayat dalam bahasa Arab dengan jelas dan tepat. Kajian ini akan meneroka bab i‘rab khususnya dalam surah Ali ‘Imran. Objektif utama iaitu untuk mengenal pasti ayat-ayat Al-Quran dalam surah Ali ‘Imran yang mengandungi i‘rab yang pelbagai untuk membuktikan bahawa perbezaan tersebut adalah tergolong dalam kategori perbezaan kepelbagaian dan bukannya perbezaan pertentangan yang mencacatkan makna ayat Al-Quran. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif sepenuhnya. Surah Ali ‘Imran dijadikan sebagai populasi kajian yang melibatkan 25 sampel yang meliputi ayat, frasa dan juga perkataan. Instrumen utama kajian ialah kitab Al-Quran kemudian disusuli kitab tafsir AlQuran dan hadis, kitab bahasa Arab serta kamus. Seterusnya, data dianalisis dengan mengumpulkan 25 sampel yang mengandungi i‘rab yang pelbagai dalam surah Ali ‘Imran beserta maknanya berdasarkan pandangan dan perbahasan daripada ulama-ulama nahu. Kata kunci : Al-Quran, Surah Ali ‘Imran, Bahasa Arab, Nahu, I‘rab Pengenalan Pemahaman Al-Quran memerlukan penguasaan ilmu bahasa Arab yang mendalam dari sudut pelbagai aspek khususnya dalam bab i‘rab. Penafsiran yang dibuat tanpa mendalami dan menguasai ilmu bahasa Arab akan menyebabkan berlakunya ketidakpastian dan tidak menepati maksud sebenar yang dikehendaki. Sebagai contoh, dalam Al-Quran, setiap potongan ayatnya adalah saling terikat antara satu ayat dengan ayat yang lain. Akan tetapi, terikatnya satu ayat dengan ayat yang lain adalah bergantung kepada kedudukan dan keadaan ayat itu sendiri. Dari sini dapat di lihat, akan timbulnya kepelbagaian dari segi perbezaan kedudukan bentuk sesebuah i‘rab. Menurut Shawqi Daif (1993), sebab-sebab penciptaan ilmu nahu Arab, penulisan hurufhuruf Arab dan tanda-tanda bacaan adalah untuk membezakan sebutan di antara huruf-huruf Arab. Hal ini adalah disebabkan oleh, terdapat kesalahan berbahasa dalam kalangan bangsa Arab ketika zaman Rasulullah S.A.W. Hal ini terbukti apabila terdapat seorang lelaki pada zaman Rasulullah s.a.w yang telah melakukan kesalahan ketika bercakap dari sudut baris dan sebutan huruf. Peristiwa ini menampakkan bahawa pentingnya mengetahui fungsi ayat dan perkataan yang dipertuturkan khususnya dalam pertuturan bahasa Arab. Firman Allah S.W.T dalam surah Saad ayat yang ke 29 : با ِب {29 { ْ ل ْْلَ ُوا ا ول ُ َّدبَّ ُروا آياتِ ِه َولِيَتَ َذ َّك َر أ ْي َك ُمبا َر ٌك لِيَ لَ ِ ناهُ إ ْ َزل نْ َ ِكتا ٌب أ (Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar. (29)


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 148 DAN SAINS SOSIAL Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibril A.S secara berperingkat yang dimulai surah Al-Fatihah dan diakhiri dengan surah AnNas. Rasulullah S.A.W merupakan seorang ummi yang bermaksud seorang yang tidak tahu menulis dan membaca. Maka daripada itu, baginda sentiasa menghafal dan bergantung kepada kekuatan ingatan untuk menjaga setiap wahyu yang diturunkan kepada baginda. Baginda menghafal kesemua wahyu yang diturunkan dan membacanya serta menyampaikannya kepada para sahabat secara tartil dan tersusun. Baginda turut mentafsirkan dan menjelaskan maksud dan intisari ayat yang diterima itu supaya dapat difahami maksud asalnya. (Rosmawati Ali, 2010). Dalam usaha untuk memahami setiap isi kandungan Al-Quran, perlunya seseorang itu untuk memahami maksud ayat yang terdapat dalam Al-Quran. Bagi memenuhi tuntutan tersebut, bermula zaman selepas Nabi Muhammad s.a.w sehingga pada hari ini, para ulama giat melakukan pentafsiran ayat Al-Quran kepada bahasa-bahasa yang mudah difahami tanpa mengelirukan makna asal ayat Al-Quran. Hal ini adalah untuk memudahkan para pembaca memahami setiap isi ayat yang dibaca dengan jelas. Namun begitu, terdapat beberapa ayat yang masih samar dan memerlukan kepada usaha pentafsiran yang lebih mendalam supaya ayat-ayat tersebut dapat difahami tanpa diseleweng maksud asal ayat Al-Quran. Kajian Literatur Kajian tentang Al-Quran telah mendapat tempat dan perhatian daripada ramai penulis di Malaysia mahupun di luar negara. Oleh itu, terdapat pelbagai bentuk kajian-kajian lepas yang boleh dijadikan sebagai kajian sorotan literatur bagi kajian ini. Berdasarkan kajian daripada Ahmad Yunus dan Asmilyia Mokhtar (2018), menyatakan bahawa tafsir al-Quran dengan Al-Quran adalah metode yang pertama yang paling tepat dan terbaik dalam memahami ayat-ayat Allah S.W.T. Perkara yang terbaik dalam mentafsir AlQuran ialah Al-Quran itu sendiri. Manakala, tafsir Al-Quran dengan Al-Sunnah atau Al-Hadis merupakan kaedah yang berada pada kedudukan kedua dalam metode tafsir Al-Ma’thur. Hal ini kerana, Al-Hadis berperanan sebagai suatu unsur yang memperjelaskan makna daripada AlQuran. Al-Quran menggunakan pelbagai gaya bahasa dan pendekatan dalam menyeru manusia untuk mendalami ilmu ini. Menurut Syamsul Hidayat dan Amien Ashiddiqi (2018), kaedah yang digunakan dalam mengi‘rab Al-Quran bagi penutur bukan Arab yang asal. Malah, dalam kajian ini juga mengetengahkan kepentingan i‘rab itu sendiri yang dianggap sebagai sebuah petunjuk utama dalam menguasai bahasa Arab. Seterusnya, daripada Al-Nayilah (1976) yang menyatakan bahawa Al-Quran adalah sumber yang bersih dengan sifatnya yang memiliki tahap periwayatan yang paling dipercayai. Periwayatan yang paling dipercayai akan menghindarkan Al-Quran daripada sebarang penyelewengan insan yang tidak bertanggungjawab. Kajian yang dilakukan ini memerlukan kepada perbahasan dan penjelasan daripada pandangan-pandangan para cendekiawan Islam. Terdapat pelbagai sudut pandangan yang berbeza-beza daripada cendekiawan Islam atau sarjana-sarjana Islam tentang isi kandungan yang terdapat dalam Al-Quran. Justeru itu, pemilihan kajian-kajian lepas yang releven dan tepat akan membantu dalam memperjelaskan setiap jawapan daripada persoalan yang terdapat dalam kajian ini. Metodologi Surah Ali ‘Imran dijadikan sebagai populasi kajian. Populasi yang digunakan dengan hanya memberi fokus terhadap surah ini sahaja dan tidak melibatkan surah-surah lain yang terdapat dalam Al-Quran. Manakala, persampelan kajian ini diambil dengan menyenaraikan ayat-ayat serta perkataan yang berkaitan dengan perbezaan i‘rab yang akan mendatangkan makna yang


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 149 DAN SAINS SOSIAL pelbagai dalam surah ini. Daripada surah Ali ‘Imran ini, terdapat 25 ayat atau perkataan yang timbul hasil daripada perbezaan i‘rab yang pelbagai. Kajian terdiri daripada 25 sampel yang merangkumi ayat, frasa dan juga perkataan daripada surah Ali ‘Imran. Pengkaji mengumpulkan kesemua 25 sampel yang dijumpai dan kemudiannya menyatakan jenis i‘rab yang terlibat mengikut pandangan ulama nahu. Seterusnya, penyelidik menganalisis pandangan yang pelbagai daripada ulama berkaitan makna ayat Al-Quran yang terhasil daripada perbezaan i‘rab yang terlibat. Pandangan ulama dikumpul dan dianalisis adalah berdasarkan hasil carian daripada kitab-kitab Tafsir Al-Quran, buku tatabahasa bahasa Arab dan juga kamus bahasa Arab. Kesimpulan Kesimpulannya, analisis terhadap kajian ini mengandungi perbahasan ulama-ulama tafsir berdasarkan kepada perbezaan i‘rab yang berlaku terhadap ayat, frasa dan juga perkataan yang terlibat. Pandangan yang berbeza daripada ulama-ulama tafsir tidak mendatangkan kecacatan terhadap makna sebenar ayat Al-Quran. Malah, perbezaan tersebut menunjukkan kepelbagaian dari segi mentafsirkan kalimah Arab mengikut kepada tatabahasanya yang pelbagai jenis terutama dari segi i‘rab dan kedudukannya dalam sesebuah ayat khususnya dalam surah Ali ‘Imran ini. Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mencari ayat, frasa dan juga perkataan yang membawa kepada dua atau lebih maksud tanpa mendatangkan kecacatan terhadap makna sebenar ayat Al-Quran khususnya dalam surah Ali ‘Imran. Penemuan 25 sampel kajian ini telah membuktikan bahawa perbezaan dan kepelbagaian dalam mengi‘rab kalimah Arab menghasilkan maksud kalimah serta ayat yang berbeza untuk mudah difahami tanpa mencacatkan makna sebenar ayat Al-Quran. Perbezaan yang berlaku adalah untuk meraikan pandangan yang berbeza-beza dan pelbagai daripada ulama-ulama tafsir tanpa wujudnya perselisihan pendapat antara mereka. Penghargaan Terima kasih buat pihak penganjur Kaizentrenovation kerana telah menganjurkan conference yang memberi manfaat kepada pelajar pascasiswazah khususnya. Terima kasih juga ditujukan buat ibubapa Mohd Shapee bin Muda dan Fauziah binti Musa yang telah banyak bersusah demi kelangsungan pendidikan anaknya sehingga ke peringkat sarjana ini. Tidak lupa juga buat penyelia say Dr Mohd Hilmi bin Abdullah dan pensyarah-pensyarah khususnya pensyarah dari Sarjana Sastera Bahasa Arab Universiti Pendidikan Sultan Idris. Akhir sekali ucapan terima kasih buat rakan seperjuangan yang sama-sama menempuh kenangan sepanjang menghabiskan pengajian di peringkat ini. Rujukan Al-Quran Al-Karim Ahmad Yunus Mohd Noor & Asmilyia Mohd Mokhtar. (2018). Metodologi Pentafsiran Ibn Badran Dalam Karya "Jawahir Al-Afkar Wa Ma’adin Al-Asrar". 3rd International Seminar on Islamic Thought. PROCEEDINGS: ISBN 978-967-0913-95-7. Al-Nayilah. (1976). Al-Shawahid wa al-Istishhad fi al-Nahwi. Baghdad: Matbac at al-Zahra'. Rosmawati Ali. (2010). Pengantar Ulum al-Quran. Kuala Lumpur : Percetakan Salam Sdn. Bhd. h. 35&36. Shawqi Daif. (1993). Tafsir al-Nahw al-Ta‘limiyy Qadiman Wa Hadithan Ma‘a Nahji Tajdidihi. Kaherah : Dar al- Maa:rif. Syamsul Hidayat & Amien Ashiddiqi. (2018). Metode I‘Rāb Al-Qur’an Dan Konvensional Sebagai Pembelajaran Bahasa Arab Bagi Non Arab Di Ponpes Al Madinah Boyolali. Universiti Muhammadiyah Surakarta 2 PPMI (Pondok Pesantren Modern Islam Assalam) Pabelan Kartasura Sukoharjo. Profetika, Jurnal Studi Islam, Vol. 19, No. 2, Desember 2018: 123-135.


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 150 DAN SAINS SOSIAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) MENGGUNAKAN MPPF-LT DAPAT MENINGKATKAN TAHAP PENGLIBATAN DAN PERKEMBANGAN MURID-MURID PRASEKOLAH Nur Nazuha Beevi Abdul Aziz dan Haizuan Md Yunus IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, KM 10, Jalan Padang Tengku, 27200, Kuala Lipis, Pahang. Abstrak Strategi MP-PF-LT merupakan salah satu inisiatif yang digunakan bagi menggantikan pengajaran secara tradisional bersemuka dan juga pendekatan pengajaran secara luar talian semata-mata iaitu hanya membekalkan modul atau lembaran kerja kepada murid-murid bagi meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) dengan lebih berkesan. Strategi ini menggabungkan beberapa pendekatan pengajaran yang mana lebih memberi impak terhadap peningkatan kualiti guru, peningkatan penglibatan ibu bapa dan juga kemenjadian murid dalam PdPR. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kebolehgunaan Strategi MPPF-LT dalam meningkatkan tahap penglibatan murid dan ibu bapa dan penguasaan murid khususnya kemahiran asas (bertutur, membaca dan menulis) bagi Tunjang Bahasa dan Komunikasi (Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris) murid-murid prasekolah SK Laksamana. Strategi MP-PF-LT merujuk kepada M-Pembelajaran (MP- pembelajaran mudah alih) iaitu pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian (video pengajaran, video Youtube, WhatsApp, Telegram, Google Meet, kuiz Wordwall dan Live Worksheet), pembelajaran flip (PFPembelajaran Flip) iaitu pendekatan pengajaran guru merekodkan topik pengajaran dalam bentuk video menggunakan aplikasi Canva sebelum guru mengendalikan kelas dalam talian menggunakan Google Meet dan kaedah luar talian (LT-luar talian) iaitu kaedah pengajaran luar talian menggunakan modul atau lembaran kerja bagi murid yang menghadapi masalah peranti atau internet. Seramai 25 orang murid prasekolah, 15 orang ibu bapa dan seorang guru prasekolah terlibat dalam kajian ini. Kaedah yang digunakan adalah tinjauan dan pemerhatian menerusi Instrumen Pentaksiran Prasekolah (PdPR), hasil kerja murid, soal selidik dan temu bual dengan ibu bapa. Dapatan pemerhatian dan penilaian selama lapan minggu menggunakan Strategi MP-PF-LT menunjukkan terdapat peningkatan tahap penglibatan murid dan ibu bapa dan penguasaan murid khususnya kemahiran asas (bertutur, membaca dan menulis) bagi Tunjang Bahasa dan Komunikasi (Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris). Oleh itu, Strategi MPPF-LT sangat sesuai digunakan oleh murid-murid prasekolah sewaktu penularan pandemik Covid-19 yang melaksanakan PdPR ataupun sewaktu pengajaran dan pembelajaran bersemuka. Kata Kunci :Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah, Pembelajaran Mudah Alih, Pembelajaran Flip, Kaedah Luar Talian, Penglibatan Murid dan Ibu Bapa. Refleksi PdP/ Pengalaman Yang Lalu Strategi MP-PF-LT merujuk kepada M-pembelajaran (MP-pembelajaran mudah alih) iaitu kaedah pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian (video pengajaran, video Youtube, WhatsApp, telegram, google meet, kuiz wordwall dan live worksheet), pembelajaran flip-PF (Flipped Classroom) iaitu pendekatan pengajaran guru merekodkan topik pengajaran dalam bentuk video menggunakan aplikasi Canva sebelum guru mengendalikan kelas dalam talian menggunakan Google Meet dan pendekatan Luar Talian (LT-Luar Talian) iaitu kaedah


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 151 DAN SAINS SOSIAL pengajaran luar talian menggunakan modul atau lembaran kerja bagi murid yang menghadapi masalah peranti atau internet. Penggunaan kaedah gabungan iaitu pendekatan secara dalam talian dan pendekatan secara luar talian dikatakan mampu membawa impak yang positif kepada hasil pembelajaran pelajar (Mohd Azli, Wong, & Goh, 2016). Pengajaran dan pembelajaran dalam talian merupakan proses pembelajaran online dan terjadi secara real-time. Terdapat dua kategori pembelajaran dalam talian iaitu segerak (synchronous) dan tidak segerak (asynchronous). Segerak bererti berlaku secara serentak. Proses pembelajaran berlaku serentak atau real-time antara guru dan murid. Dengan cara ini interaksi berlaku secara langsung antara guru dan murid dalam talian. Manakala tidak segerak pulak bererti tidak berlaku secara serentak iaitu murid melalui proses pembelajaran berbeza dengan guru. Murid dapat melaksanakan pembelajaran sesuai dengan jadual dan masa yang telah ditetapkan (Komang & Astini, 2020). Platform pembelajaran secara segerak antaranya Google Meet, Voice Chat Telegram, Zoom, Microsoft Team dan Webex. Manakala platform yang tidak segerak antaranya WhatApps, Telegram, Google Classroom (Muniroh Hamat et.al, 2020) dan banyak lagi aplikasi yang ditawarkan. Di antara isu utama yang menyebabkan terhasilnya Strategi MP-PF-LT adalah disebabkan oleh 3 faktor iaitu guru, ibu bapa dan juga murid-murid. Sejajar dengan situasi pandemik Covid 19 yang membimbangkan maka pembukaan sekolah pada 20 Januari 2021 bagi negeri Perak yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah secara PdPR iaitu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah. Pada peringkat awal, guru telah menggunakan kaedah pengajaran secara luar talian kerana Sekolah Kebangsaan Laksamana terletak di kawasan luar bandar yang mempunyai kekurangan dari segi capaian internet dan kemudahan peranti. Maka semua guru telah menyediakan Modul PdPR kepada setiap murid. Setelah sebulan menggunakan kaedah pengajaran secara luar talian terdapat beberapa permasalahan yang timbul di antaranya ialah guru menghadapi masalah untuk membuat pentaksiran terhadap penguasaan murid, contohnya dari aspek kemahiran bertutur yang mana guru tidak dapat melaksanakan pengajaran yang mempunyai interaksi dua hala. Interaksi dua hala sangat penting dalam proses perkembangan kanak-kanak kerana ia dapat membantu perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak. Selain itu guru tidak dapat menerapkan pemupukan kemahiran berfikir aras tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang mana kebiasaannya guru akan menggunakan teknik penyoalan kognitif. Ada beberapa topik pengajaran yang tidak hanya sesuai dengan pemberian modul atau lembaran kerja. Tugasan kerja dalam modul biasanya lebih sesuai kepada pemupukan kemahiran berfikir aras rendah dan kemahiran berfikir aras sederhana. Begitu juga dengan perkembangan sosioemosi kanak-kanak iaitu murid-murid mula menjadi renggang dengan guru kerana tiada interaksi secara dua hala seperti di dalam kelas. Perhubungan yang tidak rapat dan mesra di antara guru dan murid boleh mengganggu perkembangan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Merujuk kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang digubal, ia memberi penekanan kepada pengetahuan dan kemahiran asas serta nilai dalam enam tunjang pembelajaran iaitu komunikasi kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika serta ketrampilan diri (Nur Hazirah & Masayu, 2020). Hal ini telah menunjukkan betapa pentingnya perkembangan murid-murid prasekolah secara holistik yang mana sedikit sebanyak telah terjejas apabila Covid 19 telah melanda negara kita. Ibu bapa juga sering mempunyai permasalahan seperti cara untuk membantu anak di rumah membuat tugasan PdPR walaupun penerangan telah diberikan di dalam modul dan juga menerusi WhatsApp prasekolah. Ibu bapa tidak tahu cara untuk memotivasikan anak untuk terus belajar secara PdPR dan konsisten dalam penguasaan pembelajaran. Ibu bapa tidak tahu cara untuk membuat anak faham atau cara mengajar sesuatu topik atau kemahiran. Rajah 1 di


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 152 DAN SAINS SOSIAL bawah merupakan luahan perasaan seorang ibu terhadap anaknya yang mana tidak mahu membuat tugasan PdPR. Jika disuruh anaknya akan mengamuk dan menangis, ibu menjadi buntu tidak tahu bagaimana cara untuk memujuk anaknya. Hal ini menunjukkan perubahan yang telah berlaku kepada murid apabila mereka perlu mengikuti PdPR bersama ibu bapa di rumah. Ibu bapa tidak mempunyai pengetahuan atau ilmu psikologi bagaimana ingin memujuk anaknya. Terdapat juga ibu bapa yang mengadu anaknya langsung tidak mahu memegang pensel untuk menulis jadi bagaimana anaknya ingin membuat tugasan. Permasalahan ini merupakan faktor utama yang menyebabkan ibu bapa tertekan apabila perlu mengajar anak bagi proses pengajaran dan pembelajaran di rumah. Rajah 1. Luahan ibu yang tertekan dengan sikap anaknya yang tidak mahu membuat tugasan PdPR Apakah yang menyebabkan murid prasekolah berkelakuan sedemikian ketika berada di rumah. Hal ini mungkin disebabkan anak tersebut berasa tertekan dan cuba memberontak terhadap situasi yang terpaksa mereka alami ketika pandemik Covid 19 ini. Proses pembelajaran murid di rumah adalah sangat berbeza dengan proses pembelajaran mereka sewaktu di sekolah. Di sekolah murid prasekolah dapat berjumpa dengan kawan-kawan, berinteraksi dan bermain bersama-sama yang mana dapat membantu perkembangan mereka secara holistik. Berdasarkan fitrah semula jadi kanak-kanak yang suka bermain maka penekanan telah diberikan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan semakan 2017 (KSPK, 2017) untuk fokus pada konsep belajar sambil bermain. Apabila guru hanya membekalkan modul, murid menjadi kurang bermotivasi dan tahap perkembangan murid dalam pembelajaran juga kurang memberangsangkan. Jika bersemuka murid-murid dapat berinteraksi dan bergaul dengan kawan-kawan yang mana ini sangat membantu perkembangan


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 153 DAN SAINS SOSIAL sosioemosi kanak-kanak, namun begitu PdPR telah menyekat kebebasan kanak-kanak dan fitrah semula jadi kanak-kanak itu sendiri. Isu-isu PdPR yang telah dinyatakan menunjukkan bahawa pendekatan PdPR secara luar talian adalah kurang bersesuaian bagi murid-murid prasekolah kerana mereka tidak dapat menjalani kehidupan normal sebagai seorang kanak-kanak yang aktif, bebas, mempunyai perasaan ingin tahu, naluri untuk bermain dan mengalami keseronokan apabila berinteraksi dengan kawan-kawan. Justeru itu saya cuba mencari alternatif untuk menyelesaikan permasalahan tersebut Apa yang saya tahu, saya perlu menukar kaedah PdPR kepada kaedah yang lebih menarik dan berkesan. Saya telah mengedarkan soal selidik untuk mengenal pasti kesanggupan ibu bapa dalam mengikuti kelas dalam talian dan saya dapati hampir 15 orang ibu bapa bersetuju untuk mengikuti kelas PdPR secara dalam talian. Di samping itu, saya cuba mengenal pasti ibu bapa yang menghadapi masalah peranti dan juga capaian internet. Jadual 1 Tinjauan terhadap kesanggupan ibu bapa mengikuti kelas secara dalam talian Kesanggupan Pendekatan Pengajaran Secara Dalam talian (Menonton Video Pengajaran / Kelas Menerusi Google Meet / kedua-duanya) Ketidaksanggupan pendekatan pengajaran secara dalam talian Dhia, Jannah, Danial, Fahim, Firdaus, Khalish, Humairah, Khaireen, Maryam, Naila, Sofia, Maisarah, Aminrul, Darwish, Anisa, Hajidah, Farish, Ammar dan Raisya. Adam, Shamil, Aleesa, Damia dan Jannah Balqish. Jumlah : 20/25 Jumlah : 5/25 Hasil tinjauan mendapati hampir 80% ibu bapa mempunyai kesanggupan untuk menonton video pengajaran / mengikuti kelas dalam talian / kedua-duanya. Justeru itu, saya mula mempersiapkan diri untuk belajar menghasilkan video pengajaran dan menyampaikan kelas secara dalam talian menggunakan Voice Chat Telegram / Google Meet. Saya mengikuti kursus dan bengkel untuk penghasilan video pengajaran. Akhirnya saya memilih aplikasi Canva untuk menghasilkan video pengajaran kerana ia mempunyai slaid persembahan yang menarik. mudah digunakan dan mesra pengguna. Tujuan Kajian & Objektif Kajian Tujuan utama Strategi MP-PF-LT adalah untuk mengoptimumkan penglibatan murid dan ibu bapa dalam PdPR dan meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran asas (bertutur, membaca dan menulis) bagi Tunjang Bahasa dan Komunikasi. Oleh itu, strategi ini mempunyai beberapa objektif utama; i. Membantu meningkatkan penglibatan murid-murid dalam PdPR secara berkesan. ii. Membantu meningkatkan penguasaan murid-murid dalam kemahiran asas (bertutur, membaca dan menulis) bagi Tunjang Bahasa dan Komunikasi. (Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris) iii. Membantu meningkatkan penglibatan ibu bapa yang secara langsung meningkatkan keberkesanan ibu bapa membimbing anak dalam PdPR.


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 154 DAN SAINS SOSIAL Soalan Kajian Strategi MP-PF-LT mempunyai beberapa persoalan kajian; i. Sejauh mana Strategi MP-PF-LT dapat membantu meningkatkan penglibatan murid-murid dalam PdPR secara berkesan? ii. Sejauh mana Strategi MP-PF-LT membantu meningkatkan penguasaan muridmurid dalam kemahiran asas (bertutur, membaca dan menulis) bagi Tunjang Bahasa dan Komunikasi (Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris)? iii. Sejauh mana Strategi MP-PF-LT dapat membantu meningkatkan penglibatan ibu bapa yang secara langsung meningkatkan keberkesanan ibu bapa membimbing anak dalam PdPR. Kumpulan Sasaran Kajian ini melibatkan seramai 25 orang murid-murid prasekolah SK. Laksamana 2021 dan beberapa orang ibu bapa yang dipilih secara persampelan bertujuan. Jadual 2 di bawah merupakan pecahan bilangan murid berdasarkan umur dan jantina; Jadual 2 Maklumat Bilangan Murid Prasekolah PERKARA 6 TAHUN 5 TAHUN JUMLAH Lelaki 6 5 11 Perempuan 9 5 14 Jumlah 15 10 25 Kaedah Kajian Kajian tindakan ini dilaksanakan berpandukan Model Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1988) iaitu Gelung Kajian Tindakan. Ia mempunyai empat langkah utama iaitu mereflek, merancang, bertindak dan memerhati dan seterusnya kembali kepada refleksi. Keseluruhan pelaksanaan kajian tindakan ini disifatkan sebagai kitaran pertama dan jika masalah dapat diselesaikan, guru tidak perlu meneruskan kepada kitaran kedua melainkan masalah yang dikaji tidak dapat diselesaikan, barulah guru memulakan semula proses sebagai kitaran 2. Proses ini berulang sehinggalah masalah yang dikaji dapat diselesaikan (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM, 2008). Kajian ini hanya menggunakan satu kitaran dalam Gelung Kajian Tindakan kerana permasalahan dapat diatasi dalam Kitaran 1. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini ialah secara pemerhatian dan penilaian di dalam kelas dalam talian, hasil kerja murid, soal selidik dan temu bual dengan ibu bapa. Instrumen yang digunakan ialah Instrumen Pentaksiran Prasekolah (PdPR) dan hasil kerja murid (analisis dokumen). Tindakan Yang Dijalankan / Intervensi Berikut merupakan tinjauan awal yang dilakukan apabila guru memilih pendekatan pengajaran secara luar talian iaitu hanya membekalkan modul PdPR / lembaran kerja kepada murid-murid prasekolah setiap minggu. Berdasarkan pemerhatian terdapat beberapa permasalahan yang timbul terhadap murid-murid, ibu bapa dan guru sendiri. Jadual 3 di bawah menunjukkan bagaimana pengenal pastian masalah dilakukan dalam tinjauan awal.


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 155 DAN SAINS SOSIAL Jadual 3 Pengenal pastian masalah dalam pengajaran dan pembelajaran Cara Penilaian Hasil Penilaian Pemerhatian dan interaksi dengan ibu bapa dengan menggunakan saluran WhatsApp Pendekatan luar talian Modul / Lembaran Kerja PdPR Guru : Sukar untuk mengajar topik-topik yang memerlukan penekanan kepada kemahiran asas seperti kemahiran bertutur dan membaca bagi Tunjang Bahasa dan Komunikasi. Sukar membuat penilaian atau pentaksiran terhadap penguasaan murid dalam kemahiran asas seperti kemahiran bertutur dan membaca bagi Tunjang Bahasa dan Komunikasi. Hasil kerja murid tidak asli, terdapat hasil kerja murid yang dilaksanakan oleh orang lain dan menyebabkan guru tidak mengetahui perkembangan murid secara individu dengan baik. Guru tidak berpuas hati jika guru tidak dapat mengajar murid-murid sama seperti kaedah bersemuka. Murid-Murid : Murid tidak dapat menguasai beberapa kemahiran asas dalam Tunjang Bahasa dan Komunikasi seperti kemahiran bertutur dan kemahiran membaca jika PdPR menggunakan pendekatan luar talian. Murid tidak dapat berinteraksi secara dua hala yang mana boleh mengganggu perkembangan secara holistik khususnya perkembangan sosioemosi. Fitrah semula jadi kanak-kanak iaitu suka bermain telah terjejas iaitu konsep belajar sambil bermain tidak dapat dijalankan jika guru menggunakan pendekatan luar talian. Konsep belajar sambil bermain sangat membantu perkembangan murid-murid secara holistik. Pembelajaran tidak melibatkan gaya pembelajaran yang menarik seperti tiadanya penggunaan visualisasi, auditori dan kinestatik serta penggunaan otak tidak melibatkan kedua-dua belah hemisfera. Murid menjadi kurang berkeyakinan diri jika tidak berlaku interaksi dua hala dan penglibatan dalam aktiviti-aktiviti yang fokus kepada kemahiran bertutur Penglibatan murid dalam PdPR kurang memberangsangkan dan murid kurang bermotivasi untuk mengikuti pembelajaran. Ibu Bapa : Tiada panduan yang khusus untuk membimbing anak membuat tugasan PdPR yang telah diberikan.


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 156 DAN SAINS SOSIAL Ibu bapa tidak mendapat sebarang input yang dapat memperkembangkan diri sendiri seperti input berkaitan gaya keibupaan dalam mendidik anak di rumah dan sebagainya. Ibu bapa tidak dapat memotivasikan anak di rumah untuk mengikuti PdPR dengan berkesan. Ibu bapa tidak mendapat sokongan sepenuhnya dari pihak sekolah atau guru jika guru menggunakan pendekatan luar talian sematamata. Berdasarkan kepada permasalahan di atas, maka guru mula memikirkan cara yang sesuai dan berkesan bagi mengatasinya. Guru perlu mengadakan kelas secara dalam talian bagi memastikan penglibatan aktif murid dan ibu bapa dalam PdPR serta meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran asas (bertutur, membaca dan menulis) bagi Tunjang Bahasa dan Komunikasi (Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris). Penglibatan aktif murid dalam PdPR dapat menjamin perkembangan murid secara optimum, manakala penglibatan aktif ibu bapa dalam PdPR adalah sangat penting untuk membantu membimbing murid-murid prasekolah yang sememangnya masih muda dan tidak boleh berdikari untuk mengikuti PdPR dengan sendiri. Oleh itu peranan ibu bapa sangat penting dalam PdPR khususnya bagi murid-murid prasekolah. Guru juga memberi penekanan kepada kemahiran asas (bertutur, membaca dan menulis) bagi Tunjang Bahasa dan Komunikasi kerana salah satu persediaan utama murid-murid belajar di prasekolah adalah untuk memastikan mereka dapat menguasai kemahiran asas (bertutur, membaca dan menulis) apabila mereka ke kelas Tahun 1 nanti. Justeru itu, guru telah membuat tinjauan dengan menyediakan soal selidik dalam FormApp untuk mengenal pasti kesanggupan ibu bapa mengikuti kelas dalam talian dan menonton video pengajaran guru. Secara tidak langsung guru juga memperoleh maklumat berkaitan ibu bapa yang menghadapi masalah peranti dan capaian internet. Hasil tinjauan menunjukkan hampir 80% ibu bapa mempunyai kesanggupan untuk menonton video pengajaran / mengikuti kelas dalam talian / kedua-duanya. Hanya 20% yang menghadapi masalah peranti dan capaian internet. Hal ini sangat menggembirakan saya sebagai seorang guru yang selama ini tidak berpuas hati jika tidak dapat mengajar murid-murid prasekolah sendiri seperti di dalam kelas sebelum ini. Saya mula memikirkan kaedah pengajaran yang paling terbaik dan berkesan buat murid-murid saya yang menghadapi masalah peranti atau capaian internet dan buat mereka yang sanggup untuk mengikuti kelas secara dalam talian. Menerusi pembacaan, gabungan kaedah pengajaran secara dalam talian dan luar talian merupakan kaedah yang paling berkesan untuk kedua-dua kategori murid-murid prasekolah di Sekolah Kebangsaan Laksamana iaitu bagi yang menghadapi masalah peranti atau capaian internet dan bagi yang tidak menghadapi masalah peranti atau capaian internet. Oleh itu, saya mula membuat perancangan yang rapi untuk PdPR murid-murid prasekolah SKL. Saya memilih untuk menggunakan Pembelajaran Mudah Alih (MP-M-Pembelajaran), Pembelajaran Flip (Flipped Classroom) dan Luar Talian (LT-Luar Talian) yang mana amat bersesuaian dengan situasi murid-murid prasekolah SKL. Gabungan ketiga-tiga kaedah pengajaran tersebut saya namakan sebagai Strategi MP-PF-LT. Strategi MP-PF-LT merujuk kepada pembelajaran mudah alih (MP-M-Pembelajaran) iaitu kaedah pengajaran dalam talian (video pengajaran menggunakan aplikasi Canva, video Youtube, WhatsApp, Telegram, Google Meet, kuiz Wordwall dan Liveworksheet), pembelajaran flip (FL-Flipped Classroom) iaitu pendekatan pengajaran guru merekodkan topik pengajaran dalam bentuk video menggunakan aplikasi Canva sebelum guru mengendalikan kelas dalam talian menggunakan Google Meet dan Luar Talian (LT-Luar Talian) iaitu kaedah pengajaran luar talian menggunakan modul atau lembaran kerja bagi murid yang menghadapi masalah peranti atau internet.


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 157 DAN SAINS SOSIAL Jadual 4 Cara pelaksanaan PdPR dengan menggunakan Strategi MP-PF-LT adalah seperti berikut : Masa Kaedah PdPR 9.10 pagi – 9.40 pagi (30 minit) Video Pengajaran yang disediakan guru untuk mengajar topik tertentu menggunakan aplikasi Canva (Kaedah Pembelajaran Flip) Murid perlu menonton video pengajaran terlebih dahulu kemudian guru akan membuat perbincangan lebih lanjut dalam kelas dalam talian (Google Meet). 10.10 pagi – 11.10 pagi Pembelajaran Kendiri Berstruktur Guru telah menyediakan lembaran kerja berkaitan dengan topik pengajaran dengan menggunakan aplikasi Canva. Murid akan membuat tugasan bersama ibu bapa di rumah dan jika ada tugasan yang murid tidak faham, boleh bertanya guru sewaktu kelas dalam talian. Bagi murid yang menghadapi masalah peranti atau capaian internet, guru menggunakan kaedah tradisional iaitu membekalkan modul atau lembaran kerja kepada murid. Setelah siap tugasan, murid akan menghantar kepada guru di sekolah dan guru akan menyemaknya dan membuat pentaksiran. 12.15 tengah hari – 1.15 petang ( 1 jam) Kelas dalam talian (Google Meet) Guru mengajar lanjutan dari topik dalam Video Pengajaran, guru menggabungkan pelbagai kemahiran dan kesepaduan dalam pelbagai tunjang juga nilai. Selain itu guru juga memberikan latihan pengukuhan seperti kuiz Wordwall atau Liveworksheet. Guru akan merekod pengajaran kelas dalam talian supaya murid yang tidak berkesempatan untuk mengikuti kelas tersebut boleh menonton semula video. Guru membuat penilaian terhadap hasil kerja murid yang telah dihantar dalam WhatsApp secara lisan menggunakan Voice Message.


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 158 DAN SAINS SOSIAL Guru menyemak hasil kerja murid dan menghantar semula kepada murid dan meminta murid membuat pembetulan jika ada kesalahan. Guru membuat penilaian berdasarkan Instrumen Pentaksiran Prasekolah (PdPR) yang telah disediakan. Guru mengisi rekod penghantaran tugasan PdPR dan penglibatan aktif dalam kelas dalam talian. Tujuannya adalah untuk memberi peneguhan kepada murid dan ibu bapa yang sentiasa aktif dalam PdPR. Pemberian hadiah pada setiap bulan dapat meningkatkan motivasi murid-murid untuk sentiasa aktif dalam PdPR dan memberi keseronokan kepada murid-murid. Dapatan Kajian / Refleksi Kajian Hasil dapatan menunjukkan Strategi MP-PF-LT dapat membantu meningkatkan penglibatan murid-murid dalam PdPR secara berkesan. Setiap hari penglibatan murid-murid dan ibu bapa dalam PdPR hampir 80% berbanding sebelum ini hanya 60%. Penglibatan aktif murid-murid dan ibu bapa dinilai berdasarkan kepada menonton video pengajaran guru yang telah disediakan, membuat tugasan PdPR dan menghantarnya, mengikuti kelas dalam talian atau murid-murid dapat mengikuti salah satu kaedah yang dinyatakan. Hal ini kerana terdapat murid yang menghadapi masalah peranti atau masalah capaian internet boleh membuat tugasan PdPR


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 159 DAN SAINS SOSIAL dengan modul atau lembaran kerja yang telah disediakan, bagi murid-murid yang ibu bapa bekerja tetapi ada peranti dan capaian internet di rumah biasanya murid tersebut akan mengikuti kelas dalam talian dan tugasan PdPR akan dibuat pada hujung minggu apabila ibu bapa tidak bekerja, bagi murid-murid yang ibu bapa tidak bekerja dan mempunyai peranti dan capaian internet kebiasaannya akan menonton video pengajaran dan membuat tugasan PdPR atau menonton video pengajaran, membuat tugasan PdPR dan mengikuti kelas dalam talian (Google Meet). Justeru itu, Strategi MP-PF-LT sangat membantu meningkatkan penglibatan aktif murid-murid dan ibu bapa dalam PdPR. Strategi MP-PF-LT dapat membantu meningkatkan penguasaan murid-murid dalam kemahiran asas (bertutur, membaca, menulis) bagi Tunjang Bahasa dan Komunikasi (Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris). Dapatan ini dapat dinilai menerusi Instrumen Pentaksiran Prasekolah (PdPR) bagi Tunjang Bahasa dan Komunikasi (Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris). Jadual 5 Penilaian Penguasaan Murid dalam PdPR bagi aktiviti melibatkan kemahiran asas (Bertutur, Membaca, Menulis) Tempoh Pelaksanaan Ogos - September Aktiviti Melibatkan Kemahiran Asas (Bertutur, Membaca Menulis) Penilaian Penguasaan Murid Dalam PdPR Minggu 1 Kelas : Prasekolah SKL Hari : Isnin Tarikh : 26/7/2021 Tunjang : Bahasa Melayu (Pekerjaan) Objektif Pembelajaran : Kumpulan 2 : Dapat menulis 6 pekerjaan dan melukis 6 peralatan pekerjaan dengan betul. Dapat menyenaraikan 10 pelbagai pekerjaan lain yang diketahui murid dengan betul. Kumpulan 1 Dapat menulis 6 pekerjaan berdasarkan gambar yang diberikan dengan bimbingan. Objektif kelas dalam talian : Dapat memberi maklum balas yang baik terhadap simbol, gambar dan lisan oleh guru. Kumpulan 1 BM : 2/14 SM : 4/14 TM : 8/14 Kumpulan 2 : BM : SM : TM :11/11 Minggu 1 Kelas : Prasekolah SKL Hari : Selasa Tarikh : 27/7/2021 Tunjang :Bahasa Inggeris (Occupation) Objektif Pembelajaran: Kumpulan 2 : Dapat menulis 6 pekerjaan dan 6 tempat pekerjaan berdasarkan gambar dengan betul. Kumpulan 1 BM : 2/14 SM : 4/14 TM : 8/14 Kumpulan 2 : BM : SM :


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 160 DAN SAINS SOSIAL Dapat menjawab 4 soalan pemahaman berkaitan pekerjaan dengan betul. Kumpulan 1 Dapat menulis 6 pekerjaan dan 6 tempat pekerjaan berdasarkan dengan bimbingan. Objektif kelas dalam talian : Dapat memberi maklum balas yang baik terhadap simbol, gambar dan lisan oleh guru. TM :11/11 Minggu 2 INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH (PdPR) Kelas : Prasekolah SKL Hari : Isnin Tarikh : 2/8/2021 Tunjang : Bahasa Melayu (PekerjaanBhg 2) Objektif Pembelajaran : Kumpulan 2 : Dapat menulis 6 jenis pekerjaan beruniform dan 6 jenis pekerjaan tidak beruniform dengan betul. Dapat menjawab 4 soalan pemahaman berkaitan peranan pekerjaan dengan betul. Kumpulan 1 : Dapat menulis 4 jenis pekerjaan beruniform dan 4 jenis pekerjaan tidak beruniform dengan bimbingan. Objektif kelas dalam talian : Dapat memberi maklum balas yang baik terhadap simbol, gambar dan lisan oleh guru. Kumpulan 1 BM : 2/14 SM : 4/14 TM : 8/14 Kumpulan 2 : BM : SM : TM :11/11 Minggu 2 INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH (PdPR) Kelas : Prasekolah SKL Hari : Selasa Tarikh : 3/8/2021 Tunjang : Bahasa Inggeris (When I Grow Up…) Objektif Pembelajaran : Kumpulan 2 : Dapat menulis 6 jenis pekerjaan beruniform dan 6 jenis pekerjaan tidak beruniform dengan betul. Dapat menyatakan cita-cita apabila dewasa kelak dengan betul. Kumpulan 1 : Dapat menulis 4 jenis pekerjaan beruniform dan 4 jenis pekerjaan tidak beruniform dengan betul. Objektif kelas dalam talian : Kumpulan 1 BM : 2/14 SM : 4/14 TM : 8/14 Kumpulan 2 : BM : SM : TM :11/11


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 161 DAN SAINS SOSIAL Dapat memberi maklum balas yang baik terhadap simbol, gambar dan lisan oleh guru. Minggu 3 INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH (PdPR) Kelas : Prasekolah SKL Hari : Isnin Tarikh : 9/8/2021 Tunjang : Bahasa Melayu (KVKVK & KVKKV) Objektif Pembelajaran : Kumpulan 2 : Dapat menulis 6 perkataan KVKVK dan KVKKV dengan betul. Dapat membina 4 ayat berdasarkan perkataan yang diberikan dengan betul. Kumpulan 1 : Dapat menyalin 6 perkataan KVKVK dan KVKKV berdasarkan gambar dengan bimbingan. Objektif kelas dalam talian : Dapat memberi maklum balas yang baik terhadap simbol, gambar dan lisan oleh guru. Kumpulan 1 BM : 2/14 SM : 4/14 TM : 8/14 Kumpulan 2 : BM : SM : TM :11/11 Minggu 3 INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH (PdPR) Kelas : Prasekolah SKL Hari : Selasa Tarikh : 11/8/2021 Tunjang : Bahasa Inggeris (CVC Words-Letter E) Objektif Pembelajaran : Kumpulan 2 : Dapat menulis 6 jawapan yang betul berdasarkan gambar dan membaca perkataan dengan betul. Dapat menyalin 5 ayat mudah dan membacanya dengan betul. Kumpulan 1 Dapat menulis 6 jawapan berdasarkan gambar dan membaca perkataan dengan bimbingan. Objektif kelas dalam talian : Dapat memberi maklum balas yang baik terhadap simbol, gambar dan lisan oleh guru. Kumpulan 1 BM : 2/14 SM : 4/14 TM : 8/14 Kumpulan 2 : BM : SM : TM :11/11 Minggu 4 INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH (PdPR) Kelas : Prasekolah SKL Hari : Isnin Tarikh : 16/8/2021 Kumpulan 1 BM : 2/14 SM : 4/14 TM : 8/14


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 162 DAN SAINS SOSIAL Tunjang : Bahasa Melayu (KVKKVK) Objektif Pembelajaran : Kumpulan 2 : Dapat menulis 6 perkataan berdasarkan gambar dan membina 6 ayat dengan betul. Dapat menyalin dan membaca ayat mudah dengan betul. Kumpulan 1 : Dapat menulis 6 perkataan berdasarkan gambar dengan bimbingan. Objektif kelas dalam talian : Dapat memberi maklum balas yang baik terhadap simbol, gambar dan lisan oleh guru. Kumpulan 2 : BM : SM : TM :11/11 Minggu 4 INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH (PdPR) Kelas : Prasekolah SKL Hari : Selasa Tarikh : 17/8/2021 Tunjang : Bahasa Inggeris (CVC Words-Letter U) Objektif Pembelajaran : Kumpulan 2 : Dapat menulis 6 perkataan berdasarkan gambar dengan betul. Dapat menyalin ayat mudah dan membacanya dengan betul. Kumpulan 1 : Dapat menulis 6 perkataan berdasarkan gambar dengan bimbingan. Objektif kelas dalam talian : Dapat memberi maklum balas yang baik terhadap simbol, gambar dan lisan oleh guru. Kumpulan 1 BM : 2/14 SM : 4/14 TM : 8/14 Kumpulan 2 : BM : SM : TM :11/11 Minggu 5 INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH (PdPR) Kelas : Prasekolah SKL Hari : Isnin Tarikh : 23/8/2021 Tunjang : Bahasa Melayu (Kenali Malaysia) Objektif Pembelajaran : Kumpulan 2 : Dapat melukis 7 gambar bendera berdasarkan nama negeri yang ditetapkan dengan betul. Dapat menulis 13 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan dengan betul. Kumpulan 1 BM : 2/14 SM : 4/14 TM : 8/14 Kumpulan 2 : BM : SM : TM :11/11


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 163 DAN SAINS SOSIAL Kumpulan 1 : Dapat melukis 7 gambar bendera berdasarkan nama negeri yang ditetapkan dengan bimbingan. Objektif kelas dalam talian : Dapat memberi maklum balas yang baik terhadap simbol, gambar dan lisan oleh guru. Minggu 5 INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH (PdPR) Kelas : Prasekolah SKL Hari : Selasa Tarikh : 24/8/2021 Tunjang : Bahasa Inggeris(Mimi and Anis at The Parade) Objektif Pembelajaran : Kumpulan 2 : Dapat menghasilkan lakaran gambar sepanduk berdasarkan tema Happy Independence Day dengan betul. Kumpulan 1 : Dapat menghasilkan lakaran gambar sepanduk berdasarkan tema Happy Independence Day dengan bimbingan. Objektif kelas dalam talian : Dapat memberi maklum balas yang baik terhadap simbol, gambar dan lisan oleh guru. Kumpulan 1 BM : 2/14 SM : 4/14 TM : 8/14 Kumpulan 2 : BM : SM : TM :11/11 Minggu 6 INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH (PdPR) Kelas : Prasekolah SKL Hari : Isnin Tarikh : 30/8/2021 Tunjang : Bahasa Melayu (Pemimpin Negara) Objektif Pembelajaran : Kumpulan 2 : Dapat menulis 9 nama Perdana Menteri Malaysia dengan betul. Dapat menjawab 4 soalan pemahaman berkaitan pemimpin Negara dengan betul. Kumpulan 1 Dapat menulis 6 nama Perdana Menteri Malaysia dengan bimbingan. Objektif kelas dalam talian : Dapat memberi maklum balas yang baik terhadap simbol, gambar dan lisan oleh guru. Kumpulan 1 BM : 2/14 SM : 4/14 TM : 8/14 Kumpulan 2 : BM : SM : TM :11/11


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 164 DAN SAINS SOSIAL Minggu 6 INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH (PdPR) Kelas : Prasekolah SKL Hari : Selasa Tarikh : 1/9/2021 Tunjang : Bahasa Inggeris (Bear Hunt) Objektif Pembelajaran : Kumpulan 2 : Dapat melukis 4 gambar beruang mengikut daya imaginasi dengan kreatif. Dapat menyusun dan menulis 6 halangan mengikut urutan jalan cerita dengan betul. Kumpulan 1 Dapat melukis 4 gambar beruang dan menyusun 6 halangan mengikut urutan jalan cerita dengan bimbingan. Objektif kelas dalam talian : Dapat memberi maklum balas yang baik terhadap simbol, gambar dan lisan oleh guru. Kumpulan 1 BM : 2/14 SM : 4/14 TM : 8/14 Kumpulan 2 : BM : SM : TM :11/11 Minggu 7 INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH (PdPR) Kelas : Prasekolah SKL Hari : Isnin Tarikh : 6/9/2021 Tunjang : Bahasa Melayu (Bina Rangkai Kata & Ayat) Objektif Pembelajaran : Kumpulan 2 : Dapat membina 6 rangkai kata dan 6 ayat mudah dengan betul. Dapat membaca 6 rangkai kata dan 6 ayat mudah dengan betul. Kumpulan 1 Dapat membina dan membaca 6 rangkai kata dengan bimbingan. Objektif kelas dalam talian : Dapat memberi maklum balas yang baik terhadap simbol, gambar dan lisan oleh guru. Kumpulan 1 BM : 2/14 SM : 4/14 TM : 8/14 Kumpulan 2 : BM : SM : TM :11/11 Minggu 7 INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH (PdPR) Kelas : Prasekolah SKL Hari : Selasa Tarikh : 7/9/2021 Tunjang : Bahasa Inggeris (CVC Words-Letter O) Kumpulan 1 BM : 2/14 SM : 4/14 TM : 8/14 Kumpulan 2 : BM :


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 165 DAN SAINS SOSIAL Objektif Pembelajaran : Kumpulan 2 : Dapat menulis 6 jawapan yang betul berdasarkan gambar dan membaca perkataan dengan betul. Dapat menyalin 5 ayat mudah dan membacanya dengan betul. Kumpulan 1 Dapat menulis 6 jawapan berdasarkan gambar dan membaca perkataan dengan bimbingan. Objektif kelas dalam talian : Dapat memberi maklum balas yang baik terhadap simbol, gambar dan lisan oleh guru. SM : TM :11/11 Minggu 8 INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH (PdPR) Kelas : Prasekolah SKL Hari : Isnin Tarikh : 20/9/2021 Tunjang : Bahasa Melayu (Bina Rangkai Kata & Ayat) Objektif Pembelajaran : Kumpulan 2 : Dapat menulis 10 rangkai kata dan 6 ayat mudah dengan betul. Dapat membaca 6 ayat mudah dengan betul. Kumpulan 1 Dapat menulis dan membaca 6 rangkai kata dengan bimbingan. Objektif kelas dalam talian : Dapat memberi maklum balas yang baik terhadap simbol, gambar dan lisan oleh guru. Kumpulan 1 BM : 2/14 SM : 4/14 TM : 8/14 Kumpulan 2 : BM : SM : TM :11/11 Minggu 8 INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH (PdPR) Kelas : Prasekolah SKL Hari : Selasa Tarikh : 21/9/2021 Tunjang : Bahasa Inggeris (Story About Chiku) Objektif Pembelajaran : Kumpulan 2 : Dapat menulis 7 kaedah mencuci tangan dan mendemonstrasikan cara mencuci tangan dengan betul. Dapat menyalin 4 ayat mudah lirik lagu dengan betul. Kumpulan 1 Kumpulan 1 BM : 2/14 SM : 4/14 TM : 8/14 Kumpulan 2 : BM : SM : TM :11/11


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 166 DAN SAINS SOSIAL Dapat menulis 5 kaedah mencuci tangan dan mendemonstrasikan cara mencuci tangan dengan bimbingan. Objektif kelas dalam talian : Dapat memberi maklum balas yang baik terhadap simbol, gambar dan lisan oleh guru. Berdasarkan pentaksiran yang dijalankan bagi bulan Ogos dan bulan September iaitu selama 8 minggu, didapati peratus murid-murid bagi kategori Telah Menguasai (TM) telah meningkat kepada 76%, manakala murid-murid bagi kategori Sedang Menguasai (SM) adalah sebanyak 16% dan Belum Menguasai (BM) adalah sebanyak 8%. Sebelum ini guru menghadapi kesukaran untuk membuat pentaksiran secara menyeluruh jika hanya membekalkan modul atau lembaran kerja sahaja. Tetapi setelah menggunakan Strategi MP-PFLT, guru dapat membuat pentaksiran dengan mudah menerusi hasil kerja murid (tugasan PdPR) yang dihantar dalam WhatsApp dan kelas dalam talian terutamanya kepada kemahiran bertutur dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Apabila guru menunjukkan Instrumen Pentaksiran Prasekolah (PdPR) dengan tahap penguasaan yang spesifik mengikut kumpulan yang telah ditetapkan, ibu bapa dengan sedaya upaya memastikan anak mereka dikategorikan dalam skala Telah Menguasai (TM). Selain itu, perekodan pentaksiran menunjukkan penglibatan aktif murid-murid dan ibu bapa dalam PdPR. Bagi murid yang mencapai penglibatan PdPR sebanyak 75% ke atas, ganjaran atau peneguhan akan diberikan iaitu sijil penghargaan dan hadiah. Ganjaran yang diberikan dapat meningkatkan lagi motivasi intrinsik murid-murid untuk terus bersemangat dan konsisten mengikuti PdPR. Strategi MP-PF-LT juga dapat membantu meningkatkan penglibatan ibu bapa yang secara langsung meningkatkan keberkesanan ibu bapa membimbing anak dalam PdPR. Rajah 2 di bawah menunjukkan beberapa maklum balas oleh ibu bapa berkaitan manfaat video pengajaran yang telah disediakan dan kelas dalam talian yang telah dijalankan. Selain itu guru juga menyediakan soal selidik menerusi AppsForm untuk mengenal pasti kelebihan video pengajaran yang disediakan sama ada dapat membantu ibu bapa untuk membimbing anak membuat tugasan PdPR, membolehkan murid memahami topik pembelajaran, memastikan murid lebih berminat untuk belajar, murid dapat mengingati pembelajaran yang telah dipelajari di dalam kelas dan dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar.


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 167 DAN SAINS SOSIAL Rajah 2. Tinjauan dan maklum balas ibu bapa terhadap video pengajaran dan kelas dalam talian yang telah dijalankan


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 168 DAN SAINS SOSIAL Secara kesimpulannya, penyediaan video pengajaran dapat membantu ibu bapa membimbing anak untuk membuat tugasan PdPR. Majoriti ibu bapa menjawab soal selidik yang disediakan dengan jawapan tersebut. Empat jawapan yang lain iaitu membolehkan murid memahami topik pembelajaran, memastikan murid lebih berminat untuk belajar, murid dapat mengingati pembelajaran yang telah dipelajari di dalam kelas dan dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar adalah lebih berfokus kepada kepentingan murid. Jawapan yang pertama adalah berfokus kepada ibu bapa iaitu video pengajaran dapat membantu membimbing anak membuat tugasan PdPR. Ibu bapa juga memberikan maklum balas yang positif berkaitan dengan kelas dalam talian yang mana dapat membantu murid lebih memahami sesuatu topik pembelajaran kerana ibu bapa tidak tahu cara untuk membuat penerangan atau mengajar seperti cikgu. Menerusi kelas dalam talian anak mereka dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih menarik dan menyeronokkan. Cadangan Kajian Seterusnya Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, didapati beberapa perubahan berlaku kepada murid iaitu murid kelihatan lebih seronok mengikuti PdPR, ini dapat dilihat menerusi rakaman video sewaktu kelas dalam talian. Penguasaan murid dalam kemahiran asas (bertutur, membaca dan menulis) bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris juga meningkat. Apa yang paling penting adalah murid-murid dapat berinteraksi dengan guru dan kawan-kawan, hal ini sangat membantu dalam perkembangan kemahiran bertutur, dapat meningkatkan keyakinan diri murid, dapat membantu perkembangan sosioemosi murid dan seterusnya membantu perkembangan murid secara holistik. Hal ini menunjukkan Strategi MP-PF-LT sangat membantu dalam perkembangan murid khususnya murid dapat belajar dengan konsep belajar sambil bermain sewaktu kelas dalam talian. Di samping itu, murid juga telah diberi pendedahan kepada penggunaan teknologi yang semakin canggih dan mencabar. Strategi MP-PF-LT telah melibatkan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan ini telah memberi peluang kepada murid prasekolah untuk meneroka dan berfikiran secara kreatif serta kritis. Menurut Zawiah (2020), pembelajaran dalam talian mampu menghasilkan seseorang yang mempunyai kemahiran sepanjang hayat. Kemahiran ini merupakan satu kemahiran utama dalam Kemahiran Abad ke 21 yang perlu dikuasai oleh setiap individu termasuklah muridmurid prasekolah. Manakala perubahan yang berlaku kepada guru ialah guru dapat mengajar dengan lebih berkesan dan menyeronokkan. Pengajaran guru adalah berfokus kepada pengajaran abad ke 21 (PAK21) yang mana guru telah menggunakan pembelajaran mudah alih (M-Pembelajaran), pembelajaran flip, didik hibur, penggunaan ICT seperti aplikasi Canva, WhatApps, Telegram, Youtube, kuiz Wordwall, Google Meet dan Liveworksheet. Pentaksiran dapat dilaksanakan dengan mudah dan merangkumi pelbagai kemahiran dalam Tunjang Bahasa dan Komunikasi. Guru berasa lebih bermotivasi untuk mengajar manakala murid pula lebih bermotivasi untuk belajar. Ibu bapa juga memperoleh manfaat menerusi Strategi MP-PF-LT iaitu dapat membantu ibu bapa membimbing anak dalam membuat tugasan PdPR, mendapat input-input dari pelbagai aspek yang dapat dipraktikkan dalam gaya keibubapaan dan secara tidak langsung ibu bapa turut mengetahui tahap penguasaan anak masing-masing dalam pembelajaran yang telah mereka ikuti. Bagi cadangan kajian akan datang, saya berharap Strategi MP-PF-LT ini dapat diaplikasikan oleh guru-guru pendidikan awal kanak-kanak yang lain khususnya sewaktu tempoh PdPR ini. Strategi ini sangat sesuai dilaksanakan untuk kanak-kanak prasekolah yang mempunyai naluri semula jadi yang suka bermain, meneroka, berinteraksi dan suka kepada pengalaman bermakna. Hal ini adalah bertujuan memastikan perkembangan mereka berlaku secara menyeluruh iaitu berkembang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial.


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 169 DAN SAINS SOSIAL Rujukan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. (2006). Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur : BPPPDP, KPM. Kementerian Pendidikan Malaysia (2017). Buku Penerangan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) (Semakan 2017). Kemmis, S. & Wilkinson, M. (1988). The action research planner, 3rd ed. Victoria, Australia : Deakin University Press. Liyana Maisarah Ismail, Norzi Mohd Yusoff & Mohd Isa Hamzah (2021). Potensi aplikasi Telegram dalam pengajaran dan pembelajaran di rumah bagi prasekolah. Global Journal of Educational Research & Management (GERMANE), 1(1), 58-68. Mohd Azli, Y., Wong, K. T., & Goh, P.S. C. (2016). Blended learning pedagogy, learning styles and assessment activities in the classroom. International Journal of Advanced and Applied Sciences, 3(11), 36-39. Mohd Azli, Y., Wong, K. T., & Sabran, R. (2020). Faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan dan penggunaan pendekatan pembelajaran teradun dalam kalangan guru : Pembangunan dan pengujian model. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru, 30-145. Ni Komang Suni Astini (2020). Tantangan dan peluang pemanfaatan teknologi informasi dalam pembelajaran online masa Covid-19. Cetta : Jurnal Ilmu Pendidikan, 3(2), 241-255. Nur Hazirah Hairia’an & Masayu Dzainudin (2020). Pengajaran dan pemudahcaraan dalam talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 9, 18-28. Zawiah Bahrom. (2020). Pedagogi norma baharu : Cabaran dan hikmah. Jurnal Refleksi Kepemimpinan, 1(3), 74- 85.


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 170 DAN SAINS SOSIAL “GAP” DALAM PENDIDIKAN Gurumoorthy Poobalan, Junaidi Asman, RosleeTalip, Shanmuganathan Mookan, Rosna Padan, Zulhairul Ramlee, Sukuneswari Kaliappan dan Aishah Mohd Aris Abstrak Pendidikan mampu membangunkan sesebuah negara. Pendidikan bukan sahaja menjadi tunjang kepada pembangunan ekonomi dan politik malah menentukan kesejahteraan hidup rakyat. Artikel ini bertujuan untuk meneroka dan membincangkan jurang yang wujud dalam pendidikan dan cadangan yang sesuai dalam mengatasinya. Data diperolehi daripada tinjauan melalui soal selidik tidak berstuktur dan kajian perpustakaan. Hasil kajian mendapati terdapat 6 aspek dikenalpasti sebagai jurang yang perlu diperbaiki dalam memastikan kecemerlangan dan kualiti pendidikan di samping mengurangi isu keciciran murid. Antara aspek berkenaan ialah pengurusan rancangan pengajaran, pengurusan kelas, sistem kuota dalam pemilihan unit kokurikulum, pengurusan pdpc, sistem peperiksaan dan pelaksanaan pentaksiran dalam bilik darjah (PBD). Penyelidik mencadangkan beberapa langkah dalam merapatkan jurang dalam sistem pendidikan. Implikasi kajian ini memberi pengetahuan asas dan hala tuju bagi penyelidik dan pengamal untuk sentiasa menambahbaik jurang dalam sistem pendidikan sejajar dengan transformasi sekolah 2021-2025. Kata Kunci: Pengurusan Rancangan Pengajaran, Pengurusan Kelas, Sistem Kuota, Peperiksaan, Pentaksiran Dalam Bilik Darjah Pengenalan Dunia pendidikan dalam pada abad ke 21 ini amat kompleks dan holistik. Pelbagai perkembangan telah berlaku sejak berkurun akibat perubahan polisi pendidikan dan pentadbiran negara. Amnya, kita juga telah mencapai pelbagai pembaharuan dan inovasi dalam dunia pendidilan berbanding dari dahulu hingga kini. Dalam abad ke-21 ini, pendidikan bersemuka juga direvolusi dengan pendidikan secara maya akibat pendemik Covid-19. Pemebelajaran talian merupakan reaiti yang dihadapi oleh masyarakat kini. Walau bagaimanapun, hal ini turut mengundang pelbagai cabaran hebat kepada guru, murid, ibu bapa dan masyarakat terutamanya keluarga berpendapatan rendah (B40) dan kawasan luar bandar.


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 171 DAN SAINS SOSIAL Rajah 1. Contoh Program Dan Polisi Yang Dilaksanakan Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia Kini, pembelajaran berteknologi telahpun mula mencengkam dunia pengajaran dan pembelajaran tradisional. Namun begitu, sistem pendidikan negara kita masih lagi mengguna pakai kaedah-kaedah tradisional yang diadaptasi dalam pdpc terutamanya kawasan luar bandar yang belum membangun. Pelbagai polisi dan program telah diperkenal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mempertingkat kualiti pendidikan dimata dunia (boleh dirujuk melalui rajah 1) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah di lancar secara berperingkat dalam memastikan kualiti pdpc dan kemenjadian murid serta kecemerlangan institusi pendidikan. Walaupun pelbagai program dan polisis pendidikan yang bertukar-tukar mengikut peredaran zaman maka wujudnya “Gap” dalam pendidikan. Gap dalam pendidikan bermaksud jurang yang wujud dalam pendidikan akibat perubahan sistem atau polisi pendidikan. Jurang dalam pendidikan ini hanya dapat dikenal pasti oleh kumpulan pelaksana polisi pendidikan iaitu guru-guru. Guru menjadi tulang belakang kepada sistem pendidikan negara dalam menghasilkan ilmuwan dan cendekiawan yang menakluki dunia ini. Maka, guru lebih arif dalam mengetahui dan merancang perapatan jurang yang wujud dalam pendidikan negara. Kajian Literatur Pendidik merupakan tulang belakang pembina masa hadapan sesebuah masyaakat dan negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Jurang yang wujud dalam sistem pendidikan bukan sahaja mampu meruntuhkan kecemerlangan akademik dalam dunia pendidikan malah menjatuhkan sosioekonomi sesebuah negara. Berdasarkan kajian–kajian lepas, terdapat pelbagai jurang dalam pendidikan yang dinyatakan dalam penyelidik-peneylidik yang lalu di dalam dan diluar negara. Sektor pendidikan di seluruh dunia terkesan akan penularan wabak Covid-19. Walau bagaimanapun pembelajaran secara maya telah digantikan dengan pembelajaran bersemuka diatas penutupan sekolah. Namun begitu, pelaksanaan pembelajaran maya mempunyai jurang yang besar yang perlu diperbaiki. Menurut Fontanos et.al.,(2021) dan Olanrewaju et.al.,(2021), antara jurang yang perlu diperbaiki dalam pelaksanaan pembelajaran maya ialah memperhebat garis panduan pembelajaran maya untuk memenuhi keperluan dan konteks pelajar yang berbeza terutamanya golongan terpinggir (Skopek et.al.,(2021); membangunkan dasar pembelajaran maya, menambah baik pengajaran pembelajaran dengan mengukuhkan saluran komunikasi, penilaian formatif, dan bahan pembelajaran multimedia; menyediakan pilihan


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 172 DAN SAINS SOSIAL luar talian dan dalam talian; meneroka penggunaan video, pusat latihan mudah alih dan masa belajar yang fleksibel. Jurang pencapaian antara pelajar dari latar belakang yang berbeza juga menjadi penentu dalam kecemerlangan akademik. Sistem pendidikan bertingkat hierarki di Amerika Syarikat, yang menyediakan sekolah berasingan dengan kurikulum yang sangat berbeza untuk pelajar yang mempunyai kebolehan dan aspirasi kerjaya yang berbeza, mampu meningkatkan jurang pencapaian akademik pelajar (Boneva et.al.,2021 dan Schofield, 2010). Selain itu, institusi pendidikan sekolah terutamanya sekolah luar bandar harus memperkayakan sumber pengajaran digital sekolah; memastikan kualiti rangkaian sekolah; mempertingkatkan kebergunaan ICT guru, kemahiran pemprosesan maklumat dan etika maklumat oleh guru supaya jurang ICT diantara guru-guru sekolah rendah dan menengah dan kawasan bandar dengan luar bandar diatasi (Wu et.al.,2021). Oleh hal yang demikian, kompetensi guru dalam pengaplikasian ICT antara guru-guru juga turut mennjadi jurang yang perlu diperbaiki dalam pada abad ke-21. Disamping itu, pengagihan biasiswa kepada pelajar secara tidak saksama juga merupakan jurang dalam pendidikan. Kelayakan untuk biasiswa mengurangkan jurang pencapaian sosioekonomi dalam kalangan pelajar sekaligus meningkatkan pencapaian pelajar (Laajaj et.al.,2022). Dalam abad millennium ini yang mengutamakan pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), pembangunan mampan tidak boleh dicapai tanpa sumbangan bakat wanita dalam dunia yang kian membangun ini. Dalam kajian di Bangaladesh, kesetaraan jantina dalam pendidikan juga merupakan jurang dalam pendidikan. Jurang jantina dalam peruntukan sumber pendidikan dalam isi rumah harus disetarakan supaya penglibatan kaum wanita adalah sama hak dengan lelaki (Alonso et.al.,2021, Delaney et.al.,2021, Pekkarinen, 2021, Xu et.al.,2022, dan Yu et.al.,2021). Sekolah luar bandar mungkin berbeza daripada sumber sekolah bandar; pelajar di sekolah di bandar dan persekitaran yang lebih maju dari segi ekonomi sering menunjukkan pencapaian yang lebih tinggi. Penggubal dasar harus menumpukan dalam meningkatkan sumber pembelajaran yang tersedia untuk sekolah luar bandar di seluruh rantau, terutamanya sebagai tindak balas kepada kekurangan sumber teknologi mereka untuk membangunkan kecekapan digital pelajar (Bati & Workneh, (2021) dan Josic et.al.,2022). Metodologi Penyelidik menjalankan kajian kuantitatif –diskriptif. Soal selidik tidak berstuktur dalam bentuk Google Form digunakan dalam kajian ini. Seramai 39 orang guru mengambil bahagian dalam kajian. Sampel kajian diperolehi melalui teknik persampelan rawak mudah. Penyelidik juga menggunakan data skunder dalam memperoleh maklumat kajian ini mendalam. Data yang diperolehi dianalisis kajian ini untuk mendapatkan hasil kajian. Dalam memperoleh data yang lebih spesifik, penyelidik telah mengumpul dan sintesis data skunder yang berkaitan dengan kajian. Penyelidik menganalisis data atau informasi yang diperolehi berkaitan dengan kajian melalui pembacaan dan pembezaan terhadap data. Informasi (data skunder) bagi kajian ini diperolehi melalui buku- buku ilmiah, tesis, jurnal, kertas kerja, artikel serta kajian - kajian lepas yang berkaitan. Data-data juga diperolehi melalui perpustakaan digital dari pelbagai universiti dan sumber dari terbitan jurnal-jurnal pakar dari gedung ilmu gergasi. Dapatan Kajian dan Perbincangan Berdasarkan rajah 4.1, terdapat 6 kategori hasil dapatan berkaitan jurang dalam pendidikan. Antara aspek berkenaan ialah pengurusan rancangan pengajaran, pengurusan kelas, kokurikulum, pengurusan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc), sistem peperiksaan dan pelaksanaan pentaksiran dalam bilik darjah (PBD). Kebiasanya, sesebuah intitusi sekolah akan


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 173 DAN SAINS SOSIAL menerima arahan dan pekeliling pelaksanaan dari Keenterian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikkan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Arahan yang dismpaikan akan ditaksir dan dirumuskan oleh pemimpin sekolah yang terdiri daripada pnegetua dan pentadbir sekolah yang merangkumi (Senior Leader Team dan Middle Leader Team). Setiap arahan atau dasar yang dilaksanakan disekolah akan melibatkan 3 pihak yang utama iaitu guru, murid dan pemimpin sekolah. Segala keputusan yang diambil diperingkat pentadbiran sekolah akkan mengutamakan kecemerlangan dan imej institusi pendidikkan dan berfokus kepada kemenjadian murid. Rajah 2. Model Jurang dalam Pendidikan Berdasarkan pengurusan Rrancagan Pengajaran Harian (RPH), guru-guru menyuarakan bahawa kurangnya penyediaan RPH mengikut tahap penerimaan dan kemampuan pembelajaran pelajar. Realiti yang berlaku disekolah adalah sebahagian besar RPH adalah sama untuk semua pelajar yang membezakannya ialah penilaian sahaja. Mengikut SKPMG standard 4, guru-guru seharusnya melaksanakan perancangan pengajaran harian yang berbeza mengikut kemampuan pelajar (KPM, 2017). Sebagai contoh, dalam pengurusan RPH, strategi catch-up plan yang dianjurkan oleh KPM baru-baru ini boleh diteruskan walaupun bukan dalam situasi pemulihan pandemik Covid19 kerana secara tidak langsung guru dapat merancang dan melaksanakan Pdpc mengikut tahap murid yang terbeza walaupun dalam satu kelas yang sama. Bahkan, kepelbagaian input dan idea daripada pelbagai tahap murid dapat dizahirkan. Secara amnya, murid mampu mendapat ilmu melalui perkongsian rakan sebaya. Berdasarkan pemerhatian dalam pelaksanaan pelan yang terdapat dalam KPMperkasaku dapat menggalakkan & mengaktifkan guru, menganalisis, merancang & melaksanakan setiap elemen pdpc seperti murid, persekitaran, teknik pdpc yang pelbagai. Secara rasionalnya, pengurusan RPH perlu diambil berat dalam menzahirkan kualiti pdpc yang berkualiti. Guru perlu sedar bahawa elemen analisis perlu dibudayakan dalam perancangan & pengurusan RPH. Justeru, dalam menjamin kemenjadian murid pihak pentadbiran sekolah haruslah sentiasa


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 174 DAN SAINS SOSIAL merancang pengurusan RPH bagi keterbezaan murid difokuskan kerana kita mempunyai pelbagai variasi latar belakang murid. Seterusnya, jurang dari aspek pengurusan kelas atau bilik darjah murid. Kini terutamanya disekolah luar bandar, pelajar tidak diberi pilhan dalam mengikuti kelas yang mereka minati untuk mengambil subjek-subjek tertentu malah mereka dipilih berdasarkan markah ujian dan peperiksaan bukan berdasarkan minat pelajar. Amnya, KPM telah memperkenalkan ujian psikometrik bagi mengenalpasti minat dan kecenderungan murid tetapi masih ada pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah tidak jelas rasionalnya pelaksanaan ujian tesebut. Kesannya, data yang diperolehi daripada ujian psikometrik hanya digunapakai oleh kaunselor sahaja untuk sesi kaunseling, bukan untuk dijadikan salah satu elemen penting dalam penetapan kelas murid. Ketidakfahaman tujuan ujian psikometri oleh pihak atasan sekolah telah menyebabkan peletakkan murid dalam setiap murid tidak mengikut kecenderungan minat mereka. Secara tidak langsung, sekolah telah menidakkan peluang pembelajaran murid mengikut minat mereka. Secara amnya, murid lebih mudah faham dan seronok belajar mengikut minat dan kecenderungan mereka. Penetapan kelas yang tidak mengikut minat pelajar juga mendorong pelajar kepada keciciran murid dan mula timbulnya masalah disiplin ang serius dalam kalangan pelajar. Tambahan pula, kadar nisbah untuk satu guru adalah 20 orang pelajar sepatutnya tetapi sebaliknya lebih dari 30 orang murid bagi satu kelas atas sebab-sebab tertentu. Kesannya guruguru tidak dapat fokus kelemahan dan mlah keseluruhan murid yang berhenti sekolah bagi tempoh mac 2020 hingga julai 2021 adalah 21,316 orang (Data Murid Cicir, Astro Awani, 2021). Hal ini berbeza dengan sistem penggiliran yang dianjurkan oleh KPM Dalam fasa pemulihan Covid-19, sebenarnya memberikan satu senario baru dalam dunia pendidikan. Rasionalnya, kaedah penggiliran ini mampu mengatasi isu kepadatan murid dalam satu kelas. Walau bagaimanapun ramai guru merungut rentetan kurang kesedaran mereka rasionalnya sistem penggiliran ini. Sistem penggiliran bukan sahaja dapat mengatasi masalah kepadatan murid dalam 1 kelas malah pembudayaan Pak21 dapat dilaksanakan dengan mudah. Paling manisnya, sebenarnya hubungan murid dan guru juga mampu dirapatkan. Secara tidak langsung guru mampu mengenali murid mereka dengan lebih baik. Justeru, nisbah jumlah pelajar perlu dikuatkuasakan dalam sistem pendidikan disemua sekolah bagi mengelakkan isu keciciran dan peningkatan kemenjadia murid. Selain itu, pembelajaran dan pemudahcaraan (Pdpc) merupakan salah aspek yang mendukung jurang dalam pendidikan. Pdpc yang sering dilaksanakan ialah berasaskan dalam menghabiskan silibus bukan berdasarkan tahap penerimaan. Hal ini dilakukan oleh guru-guru disebabkan pelajar atas kekangan masa dan silibus yang padat. Hasil pemerhatian, rata-rata guru tidak begitu jelas konsep pendekatan modular dalam pdpc yang disarankan dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Ketidakfahaman ini menyebabkan guru dan murid menjadi stres dalam mengejar masa untuk menghabiskan silibus dalam 1 tahun. Bahkan, ketidakfahaman dan kurangnya pendedahan yang jelas sistem KSSM dan KSSR ini; telah menyebabkan guru ambil sikap ‘asal ajar, yang penting habis silibus’. Kesannya murid tidak dapat pdpc yang berkualiti. Pentadbir sekolah perlu mengambil langkah dalam usaha memberikan kejelasan sistem KSSM dan KSSR kepada guru. Selain itu, guru perlu mempunyai sikap membudayakan KBAT dalam melaksanakan pdpc. Guru sewajarnya mengambil inisiatif kendiri dalam mencari input melalui pembacaan dan kursus dalam memahami setiap rasional pelan pendidikan dilaksanakan agar guru lebih faham tentang tindakan yang mereka perlu laksanakan. Sistem Peperiksaan juga merupakan salah satu aspek yang meningkatkan jurang dalam pendidikan. Peperiksaan yang tidak berpusat antara negeri dan daerah tidak sah apabila ianya


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 175 DAN SAINS SOSIAL dibandingkan dari aspek pencapaian diantara suatu sekolah dengan sekolah lain mahupun dibandar atau diluar bandar. Keputusan peperiksaan berpusat juga tidak seharusnya dibandingkan diantara negeri dan diberi ranking. Hal ini seolah-olah kita memperjudikan sesuatu untuk kemenangan sedangkan pencapaian sebenar adalah seharusnya berdasarkan perkembangan bakat dan potensi pelajar. Tambahan pula, polisi menambah markah diatas keperihatinan menjaga reputasi sekolah oleh pihak pentadbir sekolah turut merupakan salah satu jurang yang perlu diatasi supaya pencapaian sebenar murid dan guru dapat perkembang mengikut kebolehan pelajar. Jurang yang kelima ialah dari aspek pentaksiran berasaskan bilik darjah (PBD). Realiti sebenar yang berlaku disekolah ialah guru kurang faham rasional dan kepentingan PBD dilaksanakan di sekolah. Guru kurang yakin dan kurang faham dengan kemampuan PBD. Selain itu, wujud isu kecalaran intergiriti guru dalam menilai PBD akibat sikap pilih kasih dan ketiadaan rekod eviden yang sistematik mengikut topik. Selain itu, guru-guru juga menghadapi kekangan masa dalam mengulangi penilaian semula untuk mencapai tahap pencapaian (TP) minimum murid yang sebenar. Seharusnya kejituan penilaian guru perlu saksama dan selari dengan kewujudan murid cicir. Disamping itu, berlakunya ketirisan dalam keesahan dan kebolehpercayaan penilaian PBD kerana guru terpaksa mengisi data mengikut TP minimum bagi mengelak disoal pentadbir dan PPD. Justeru, dalam isu ini, diharapkan libat urus bersama KPM untuk PBD sangat diperlukan bagi memberikan pemahaman yang jelas kepada guru dan masyarakat berkaitan PBD. Dari aspek kokurikulum pula, sistem kuota dalam pemilihan pelajar untuk badan beruniform, kelab dan sukan dan permainan mewujudkan jurang dalam pendidikan yang mana boleh menyekat penglibatan dan perkembangan potensi serta bakat murid. Amnya, sistem kuota hanya membenarkan pendaftaran terhadap badan beruniform, kelab dan sukan dan permainan disekolah beradasarkan kekosongan dan sistem first come, first serve yang ditetapkan bukannya berdasarkan minat pelajar secara keseluruhannya. Tambahan pula, Pengajaran sesetengah sukan dan permainan disekolah tidak mempunyai insfrastuktur dan logistik yang yang lengkap dan sesuai mengikut silibus Pendidikan Jasmani. Hal ini menyebabkan tidak semua pelajar dapat belajar dan memperkembang bakat mereka dalam bidang yang diminati oleh mereka. Disamping itu, pihak KPM juga dicadangkn mewujudkan silibus e-game sejajar dengan perkembangan teknologi dunia. Justeru, isu-isu dalam kokurikulum ini harus diberi perhatian serius oleh pihak KPM dalam memastikan kemanjadian murid sentiasa terjamin tanpa ancaman akan isu-isu dalam sistem pendidikan ini. Kesimpulan Penyelidikan ini mampu menjadi panduan kepada para pendidik dan juga pembuat polisi pendidikan dalam merapatkan Gap yang sering menjadi titik tolak peningkatan kemenjadian murid di mata dunia. Setiap institusi pendidikan haruslah meneliti isu-isu yang mewujudkan jurang dalam pendidikan. Para pentadbir sekolah (SLT dan MLT) harus memainkan peranan penting dalam memastikan jaminan kualiti pendidikan di institusi pendidikan masing-masing. Secara keseluruhannya, setiap program atau dasar yang dilaksanakan harus dinilai keberkesanannya dari semasa ke semasa dan perlu melalui proses maklum balas dari semua pihak yang terlibat terutamanya guru, murid, dan ibu bapa pelajar. Justeru, kemenjadian murid dapat diselarikan dengan transformasi pendidikan negara. Rujukan Alonso, M. T., Barba-Sánchez, V., López Bonal, M. T., & Macià, H. (2021). Two perspec-tives on the gender gap in computer engineering: From secondary school to higher education. Sustainability (Switzerland), 13(18). https://doi.org/10.3390/su131810445


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 176 DAN SAINS SOSIAL Bati, T. B., & Workneh, A. W. (2021). Evaluating integrated use of information technologies in secondary schools of Ethiopia using design-reality gap analysis: A school-level study. Electronic Journal of Information Systems in Developing Countries, 87(1). https://doi.org/10.1002/isd2.12148 Boneva, T., & Rauh, C. (2021). Socio-Economic Gaps in University Enrollment: The Role of Perceived Pecuniary and Non-Pecuniary Returns. SSRN Electronic Journal. https://doi.org/10.2139/ssrn.3106691 Data Murid Cicir. Diperolehi pada 6 Dis 2021 dari https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lebih-34000- murid-cicir-pada-2018-lebih-tinggi-berbanding-20202021-334772 Delaney, J., & Devereux, P. J. (2021). It’s Not Just for Boys! Understanding Gender Differences in Stem. SSRN Electronic Journal. https://doi.org/10.2139/ssrn.3390163 Fontanos, N., Gonzales, J. F., Lucasan, K. L., & Ocampo, D. (2022). Policy Analysis on Education in Emergencies (EiE) and Flexible Learning Options (FLOs) for Senior High School (SHS) in the Philippines. Philippine Journal of Public Policy: Interdisciplinary Development Perspectives, https://doi.org/10.54096/lywm4472 Josic, S., Japelj Pavešić, B., Gutvajn, N., & Rožman, M. (2022). Scaffolding the Learning in Rural and Urban Schools: Similarities and Differences. In IEA Research for Education, 13, 213–239. Springer Nature. https://doi.org/10.1007/978-3-030-85802-5_10 Laajaj, R., Moya, A., & Sánchez, F. (2022). Equality of opportunity and human capital accumulation: Motivational effect of a nationwide scholarship in Colombia. Journal of Development Economics, 154. https://doi.org/10.1016/j.jdeveco.2021.102754 Olanrewaju, G. S., Adebayo, S. B., Omotosho, A. Y., & Olajide, C. F. (2021). Left behind? The effects of digital gaps on e-learning in rural secondary schools and remote communities across Nigeria during the COVID19 pandemic. International Journal of Educational Research Open, 2(2), 100092. https://doi.org/10.1016/j.ijedro.2021.100092 Pekkarinen, T. (2021). Gender Differences in Education. SSRN Electronic Journal. https://doi.org/10.2139/ssrn.2019442 Schofield, J. W. (2010). International evidence on ability grouping with curriculum differentiation and the achievement gap in secondary schools. Teachers College Record, 112(5), 1492–1528. https://doi.org/10.1177/016146811011200506 Skopek, J., & Passaretta, G. (2021). Socioeconomic Inequality in Children’s Achievement from Infancy to Adolescence: The Case of Germany. Social Forces, 100(1), 86–112. https://doi.org/10.1093/sf/soaa093 Kementerian Pendidikan Malaysia (2017), Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (Skpmg2), Putrajaya: Kementerian pendidikan Malaysia. Wu, D., Zhou, C., Li, Y., & Chen, M. (2022). Factors associated with teachers’ competence to develop students’ information literacy: A multilevel approach. Computers and Education, 176. https://doi.org/10.1016/j.compedu.2021.104360 Xu, S., Shonchoy, A. S., & Fujii, T. (2022). Assessing gender parity in intrahousehold allocation of educational resources: Evidence from Bangladesh. World Development, 151. https://doi.org/10.1016/j.worlddev.2021.105730 Yu, J., McLellan, R., & Winter, L. (2021). Which Boys and Which Girls Are Falling Behind? Linking Adolescents’ Gender Role Profiles to Motivation, Engagement, and Achievement. Journal of Youth and Adolescence, 50(2), 336–352. https://doi.org/10.1007/s10964-020-01293-z


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 177 DAN SAINS SOSIAL KAJIAN INTERAKSI SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI SEMASA PKP Noor Aina Abdul Razak, Nor Hanim Abd Rahman, dan Rafizah Kechil Abstrak Sejak pandemik Covid-19 melanda negara pada awal 2020, kerajaan telah melaksanakan beberapa siri perintah kawalan pergerakan (PKP) dengan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi. Bermula dengan PKP inilah, sistem pendidikan daripada peringkat rendah hingga ke universiti telah berubah sepenuhnya. Pembelajaran jarak jauh dalam talian (ODL) telah menjadi norma baharu dalam sistem pendidikan negara. Namun begitu, terdapat beberapa isu dan cabaran yang timbul sepanjang tempoh ODL dilaksanakan. Salah satu daripadanya ialah implikasi interaksi sosial para pelajar. Tinjauan awal yang dijalankan ini melihat sejauh mana ODL telah memberi kesan terhadap interaksi sosial para pelajar Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP). Soal selidik yang dijalankan secara atas talian telah menerima 191 maklum balas dari apda para pelajar. Data yang diperolehi dianalisa menggunakan perisian SPSS. Keputusan analisa menunjukkan terdapat perhubungan yang positif yang kuat antara ODL dan interaksi sosial para pelajar dengan nilau R=0.818, dan R 2=0.669. Kata Kunci: Interaksi Sosial, Pembelajaran Jarak Jauh Dalam Talian, PKP, Covid-19, Pelajar Universiti Pengenalan Selama bertahun-tahun, proses pengajaran dan pembelajaran telah mengalami pelbagai perubahan dan penambahbaikan, daripada pembelajaran secara bersemuka kepada pembelajaran dalam talian yang diperkenalkan beberapa tahun sebelum wabak itu melanda. Namun begitu, pembelajaran dalam talian tidak dilaksanakan secara meluas oleh semua peringkat pengajian sehingga munculnya wabak Covid-19 yang melanda dunia ketika ini. Dengan pelaksanaan PKP, kerajaan dan kementerian pendidikan menggesa sekolah dan universiti menjalankan pembelajaran dalam talian. Penggunaan peranti elektronik dan gajet seperti telefon pintar, komputer riba dan tablet telah meningkat secara mendadak, berbanding kaedah papan hitam atau kaedah papan putih yang biasa. Peralihan daripada mod pendidikan tradisional kepada dalam talian yang lebih dikenali sebagai ‘Open Distance Learning’ (ODL) kini telah menjadi norma baharu dan cabaran kepada semua pendidik dan pelajar, di seluruh dunia. Tidak dapat tidak, ODL telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita terutamanya bagi mereka yang berada dalam sistem pendidikan. Pelbagai kajian telah dijalankan sejak kemunculan wabak itu. Salah satu bidang yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penyelidik ialah kesan ODL terhadap interaksi sosial pelajar universiti. ODL secara tidak langsung menggalakkan pelajar berdikari dalam menentukan masa mereka sendiri, bila, di mana, dan bagaimana menyertai kelas dalam talian mereka. Ini serba sedikit pastinya menjadi permulaan yang agak sukar kepada pelajar untuk menyesuaikan diri. Pelajar juga perlu lebih berdikari dan bermotivasi diri, selain bergantung kepada kelajuan internet, penjelasan tambahan dan maklum balas pensyarah (Norman, 2020).


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 178 DAN SAINS SOSIAL Kajian Literatur Little (2016) menulis dalam bukunya dengan merujuk 'interaksi sosial' sebagai pertemuan bersemuka, di mana berlaku kehadiran secara fizikal antara satu sama lain untuk tempoh tertentu. Kekurangan pertemuan secara bersemuka antara dua atau lebih individu, berkemungkinan besar akan mewujudkan beberapa kesan yang boleh mengganggu kehidupan sosial seseorang, secara positif dan negatif. Bernadetha (2020) mendapati walaupun ODL menggalakkan pelajar lebih berdikari, ketiadaan pensyarah secara fizikal menyekat mereka untuk memantau pelajar mereka dengan lebih dekat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Cao (2020) menyatakan bahawa penjarakan fizikal yang semakin meningkat dalam kalangan individu akibat PKP menyebabkan 24.9% pelajar mengalami kebimbangan yang menjejaskan kehidupan harian mereka dan menyebabkan kelewatan akademik. Selain itu, satu lagi kajian yang dilakukan oleh Ilonga, Ashipala dan Tomas (2020) di Namibia turut menyebut kesan negatif pelajar yang kurang berinteraksi secara bersemuka dengan pensyarah. Kajian tersebut merumuskan bahawa pelajar berasa didiskriminasi dan tidak dilayan secara adil berbanding pelajar di dalam kampus. Selain itu, terdapat hubungan positif yang sangat lemah (r=0.281) antara pembelajaran kendiri (disebabkan pembelajaran dalam talian) dan intensiti interaksi sosial. Walaupun ODL menghadkan interaksi fizikal dalam kalangan pelajar, kajian juga menunjukkan kebimbangan terhadap penyalahgunaan teknologi dan pelbagai aplikasi media sosial terhadap penipuan dan plagiarisme (Nor Hanim et al., 2021). Oleh itu, adalah penting untuk menghasilkan struktur yang betul dan membina interaksi yang relevan untuk pembelajaran dalam talian (Lasfeto & Ulfa, 2020). Mehall (2020) menyokong bahawa kekurangan interaksi interpersonal disebabkan persekitaran dalam talian boleh memudaratkan, membawa kepada ketidakpuasan hati pelajar, dan mewujudkan halangan dalam kalangan pensyarah dan pelajar. Baber (2021) percaya bahawa amalan penjarakan sosial sebagai norma baharu telah banyak mengurangkan kesan positif interaksi sosial apabila individu menggunakan persekitaran dalam talian lebih untuk tujuan pembelajaran berbanding tujuan bersosial. Begitu juga, Elmer (2020) mendapati rangkaian interaksi dan pembelajaran berkumpulan telah berkurangan memandangkan lebih ramai pelajar belajar bersendirian. Di samping itu, kajian oleh Haider dan Al-Salman (2020) mendapati majoriti pelajar bersetuju bahawa ODL telah mengakibatkan penjarakan sosial dan pengasingan pelajar. Kajian yang dilakukan oleh Noor Aina, Nor Hanim dan Rafizah (2021) mendapati lebih 60% responden bersetuju bahawa sesi ODL memberi kesan yang tidak baik kepada interaksi sosial mereka seperti perasaan terasing, malas dan sunyi. Metodologi Di dalam kajian ini, pelajar dari pelbagai fakulti telah diberikan soal selidik yang dikongsi melalui WhatsApp, Telegram, dan Ufuture. Soal selidik ini telah dikelaskan kepada tiga kategori. Bahagian pertama mengandungi empat soalan demografi berkaitan jantina, umur, latar belakang akademik, dan lokasi kawasan kediaman responden. Pada bahagian kedua pula, terdapat empat soalan berkaitan kebolehcapaian internet dan pilihan ODL. Manakala bahagian terakhir terdiri daripada sepuluh soalan kajian yang disasarkan kepada interaksi sosial. Tinjauan telah dijalankan dari 1 Oktober 2020 hingga 28 Februari 2021 dan di mana seramai 191 responden telah menjawab. Keputusan tersebut yang menggunakan skala Likert lima mata, mewakili 'Sangat tidak setuju 1' hingga 'Sangat setuju 5' kemudiannya dianalisis menggunakan perisisan SPSS 16. Kesimpulan Kajian ini menunjukkan pelajar wanita menyumbang 54.5% daripada keseluruhan 191 responden. Ia juga menunjukkan bahawa 68.1% responden berumur di bawah 22 tahun. Mereka


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 179 DAN SAINS SOSIAL yang berumur antara 23-30 tahun menyumbang sebanyak 26.7% manakala bakinya ialah 5.2% daripada jumlah responden. 75.4% daripada mereka terdiri daripada pelajar prasiswazah (diploma dan sarjana muda) dan majoriti daripada mereka datang dari kawasan taburan yang hampir sama iaitu bandar (46.6%), pinggir bandar (30.4%) dan luar bandar (23%). Kertas kerja ini juga merangkumi kajian demografi tentang pelan data, kelajuan internet, gaya pembelajaran yang lebih baik dan kepuasan terhadap ODL. Hasil kajian menunjukkan bahawa 188 responden (98.4%) mempunyai sama ada pelan data terhad atau tidak terhad yang akan memudahkan mereka semasa sesi ODL. 87.41% (167) daripada responden melanggan talian internet yang laju dan sederhana. Lebih separuh daripada pelajar menggemari pembelajaran teradun atau ‘blended-learning’ (53.4%), manakala 14.7% lagi memilih ODL sepenuhnya. Walau bagaimanapun, masih terdapat sebilangan daripada mereka yang menggemari sesi bersemuka secara tradisional (31.9%). Daripada 191 responden, 58.1% (111) berpuas hati dengan kaedah pembelajaran tetapi 9.4% (18) berpendapat bahawa ODL tidak memberi manfaat kepada pemahaman mereka tentang pembelajaran. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, majoriti pelajar (lebih 50%) bersetuju dengan semua item bahawa sesi ODL menjejaskan interaksi sosial mereka secara negatif. Mereka bersetuju bahawa belajar berpanjangan di rumah boleh menyebabkan ketegangan, tidak sihat dari segi sosial dan psikologi serta mengurangkan aktiviti fizikal mereka. Apatah lagi perasaan kesunyian, kebimbangan terhadap gangguan siber, dan kehilangan sesi bersemuka tradisional. Keputusan ini menyokong kajian yang dilakukan oleh Mehal (2020), Coa (2020) dan Baber (2021). Model Summary Model R R Square Adjusted R Square Std. Error of the Estimate 1 .818a .669 .667 .40015 a. Predictors: (Constant), ODL_X ANOVAa Model Sum of Squares df Mean Square F Sig. 1 Regression Residual Total 60.857 1 60.857 380.063 .000b 30.103 188 .160 90.960 189 a. Dependent Variable: Social_Interaction_Y b. Predictors: (Constants), ODL_X Analisis lanjut telah dilakukan untuk membuktikan betapa kuatnya hubungan antara ODL dan interaksi sosial. Berdasarkan analisis, model menunjukkan bahawa nilai R ialah 0.818, bermakna terdapat hubungan positif yang kuat antara ODL dan interaksi sosial dalam kalangan pelajar. Keputusan ini menyokong dapatan yang perolehi oleh Lasfeto & Ulfa (2020) di mana terdapat hubungan positif antara ODL dan interaksi sosial. Tambahan pula, R2=0.669 menunjukkan bahawa 66.9% daripada variasi dalam ODL boleh dijelaskan oleh interaksi sosial. Daripada ANOVA, dapat dilihat bahawa nilai signifikan adalah 0.000, yang bermaksud terdapat kesan negatif ODL terhadap interaksi sosial, kerana soalan tinjauan dinyatakan negatif. Kesimpulannya, walaupun ODL telah menjadi sebahagian daripada kehidupan pelajar, kebimbangan terhadap interaksi sosial mereka tidak boleh diabaikan. Ini hanyalah tinjauan


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 180 DAN SAINS SOSIAL awal yang memfokuskan kepada pelajar di UiTMCPP sahaja. Pada masa hadapan, kajian ini perlu diperluaskan kepada pelajar-pelajar di kampus lain juga. Lebih banyak kerja harus dilakukan untuk menyiasat secara terperinci kesan ODL ini memandangkan ia telah menjadi sebahagian daripada cara hidup para pelajar. Selain interaksi sosial, tinjauan juga boleh merangkumi kesan psikologi terhadap pelajar akibat ODL, dan menyiasat hubungan antara kesan sosial dan kesan psikologi. Penghargaan Terima kasih kepada semua penulis yang telah memberi sumbangan dalam menyiapkan kertas kerja ini. Terima kasih juga kepada semua di Jabatan Sains Komputer dan Matematik (JSKM), Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang atas bantuan mereka dan kepada semua pelajar yang meluangkan masa untuk mengisi kaji selidik. Akhir sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu kami dalam apa jua cara secara langsung atau pun tidak langsung. Rujukan Baber, H. (2021). Social interaction and effectiveness of the online learning – A moderating role of maintaining social distance during the pandemic COVID-19. Asian Education and Development Studies, https://doi.org/10.1108/AEDS-09-2020-0209 Bernadetha, N. (2020). The effectiveness of distance learning using social media during the pandemic period of COVID-19: A Case in Universitas Kristen Indonesia. International Journal of Advanced Science and Technology, 29 (7). 1764-1772. Cao, W., Fang, Z., Hou, G., Han, M., Xu, X., Dong, J., & Zheng, J. (2020). The psychological impact of the COVID-19 epidemic on college students in China. Psychiatry research, 287, 112934. https://doi.org/10.1016/j.psychres.2020.112934 Elmer, T., Mepham, K., & Stadtfeld, C. (2020). Students under lockdown: Comparisons of students’ social networks and mental health before and during the COVID-19 crisis in Switzerland. PLoS ONE 15(7), e0236337. https://doi.org/10.1371/journal.pone.0236337 Haider, A. S., & Al-Salman, S. (2020). Dataset of Jordanian university students’ psychological health impacted by using e-learning tools during COVID-19. Data in Brief, 32, 106104. www.elsevier.com/locate/dib.2020.106104 Ilonga, A., Ashipala, D. O., & Tomas, N. (2020). Challenges experienced by students studying through open and distance learning at a higher education institution in Namibia: implications for strategic planning. International Journal of Higher Education, 9(4), 116-127. https://doi.org/10.5430/ijhe.v9n4p116 Lasfeto, D. B., & Ulfa, S. (2020). The relationship between self-directed learning and students’ social interaction in online learning environment. Journal of E-Learning and Knowledge Society, 16(2), 34-41. https://doi.org/10.20368/1971-8829/1135078 Little, W. (2016). Introduction to Sociology – 2nd Canadian Edition. BCcampus. https://opentextbc.ca/introductiontosociology2ndedition/ Mehall, S. (2020). Purposeful interpersonal interaction in online learning: What is it and how it is measured? Online Learning Journal, 24(1), 182-204. https://doi.org/10.24059/olj.v24i1.2002 Norman, Z. (2020). Understanding the effect of distance learning vs. face-to-face learning experiences on students' engagement in higher education. Available at SSRN: https://ssrn.com/abstract=3734764 or http://dx.doi.org/10.2139/ssrn.3734764 Noor Aina, A. R., Nor Hanim, A. R. & Rafizah, K. (2021). The impact of online distance learning during covid19 pandemic on social interaction among university students. E-book: Implication of Students’ Performance and Obstacles through Open Distance Learning (ODL) Teaching Methods During Movement Control Orders (MCO), Unit Penerbitan JSKM, UiTMCPP, Vol 2: 71-76 Nor Hanim, A. R., Rafizah, K. & Noor 'Aina, A. R. (2021). Quality Assurance: Perspectives on Readiness, Trust, Cheating and Plagiarism in E-assessment. International Journal of Practices in Teaching and Learning (IJPTL), 1(2), 1-6 Rafizah, K., Nor Hanim, A. R., & Noor Aina, A. R. (2021). Psychological impact of covid-19 on university students using open distance learning. E-book: Implication of Students’ Performance and Obstacles through Open Distance Learning (ODL) Teaching Methods During Movement Control Orders (MCO), Unit Penerbitan JSKM, UiTMCPP, 2, 77-85


CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN, PENGURUSAN 1 DAN SAINS SOSIAL


Click to View FlipBook Version