The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Belajar daripada kegagalan bisnes orang lain dimasa lalu untuk mencipta kejayaan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kamal.alrahman, 2023-07-10 00:56:53

Belajar Daripada Kegagalan

Belajar daripada kegagalan bisnes orang lain dimasa lalu untuk mencipta kejayaan.

Keywords: Belajar Melalui Kegagalan

i BELAJAR DARIPADA KEGAGALAN ~ RESEPI UNTUK BERJAYA HAKCIPTA DAN PENAFIAN HAKCIPTA Hakcipta © Kamaludin Abdul Rahman, 2020 E-book ini atau mana-mana bahagiannya tidak boleh diterbitkan semula atau digunakan dengan cara apapun tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarang, kecuali untuk penggunaan petikan ringkas dalam ulasan buku. PENAFIAN Pengarang EBook ini serta bahan-bahan yang terkandung di dalamnya telah berusaha sedaya upaya dalam menyediakannya. Pengarang tidak membuat representasi atau jaminan berhubung dengan ketepatan, kebolehlaksanaan, kesesuaian atau kelengkapan isi EBook ini. Maklumat yang terdapat dalam EBook ini adalah khusus untuk tujuan pendidikan. Oleh itu, jika anda ingin melaksanakan idea-idea yang terdapat dalam EBook ini, anda bertanggungjawab sepenuhnya atas tindakan itu.


ii Kandungan Halaman Bahagian I KEGAGALAN BISNES DISEBABKAN FAKTOR LUARAN 1-37 Bahagian II KEGAGALAN BISNES DISEBABKAN FAKTOR DALAMAN 38-60 Bahagian III KEGAGALAN BISNES DISEBABKAN FAKTOR DIRI SENDIRI 61-86 Bahagian IV CADANGAN DAN KESIMPULAN 87-110


BAHAGIAN I KEGAGALAN BISNES DISEBABKAN FAKTOR LUARAN atuh bangun kehidupan seseorang usahawan itu ibarat pasaran saham. Ada kalanya turun, dan ada kalanya naik. Orang kata, lautpun ada pasang surutnya. Bumipun ada musim hujan dan ada musim kemaraunya. Walau sebesar manapun sesebuah bisnes, mereka tidak dapat lari daripada hukum alam, ada masa ke atas, ada masa ke bawah dan mungkin tidak boleh bangun langsung. J


Kamal Al Rahman 2 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Syarikat terbesar dan terkaya di Amerika Syarikat seperti Enron telah jatuh tersungkur dan digulung pada 2003 disebabkan oleh jenayah korporat yang dilakukan oleh pegawai-pegawai kanan syarikat. Syarikat gergasi Daewoo dari Korea Selatan telah digulung dalam tahun 1998 disebabkan oleh penyalahgunaan wang syarikat sebanyak USD22 bilion oleh bekas pengasasnya. Begitu juga dengan nasib yang menimpa ke atas syarikat I.T terbesar di India, Satyam, yang mengalami kerugian sebanyak USD1.6 bilion pada 7 Januari, 2009. Nasib yang sama juga menimpa syarikat-syarikat tempatan seperti Landmark Berhad dan MBf Holdings Berhad, yang telah terpadam daripada peta Bursa Malaysia. Syarikat paling besar di dunia dan tempatanpun boleh tersungkur, apatah lagi nasib yang dialami oleh peniaga kecil dan sederhana. Menurut American Small Business Association 2010, 75 peratus bisnes kecil dan sederhana di Amerika Syarikat menemui kegagalan


Kamal Al Rahman 3 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya dalam tempoh lima tahun pertama. Namun begitu, tiada statistik rasmi kadar kegagalan bisnes yang dikeluarkan oleh Malaysia. Kejatuhan bisnes bermula apabila jumlah jualan (turnover) sudah tidak berupaya lagi untuk menampung perbelanjaan bulanan operasi syarikat. Simptom seterusnya, pihak syarikat tidak mampu lagi untuk membayar tanggungan pemiutang dagang dan juga pinjaman. Akhirnya, pihak pemiutang atau institusi kewangan memohon kepada mahkamah untuk menggulung syarikat tersebut dalam menuntut kembali wang mereka. Usahawan yang tiada pinjaman bank tidak terdedah kepada tindakan penggulungan daripada pemiutang, dan mereka mampu untuk meneruskan legasi bisnes secara menceburi bidang lain yang lebih menguntungkan. Mengapakah kebanyakan daripada bisnes tidak dapat bertahan lama? Mesti terdapat sebab-sebab tertentu kenapakah bisnes mereka gagal, samalah seperti kata pepatah “tiada angin masakan pokok bergoyang.”Ada yang mampu bertahan berbisnes di


Kamal Al Rahman 4 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya bawah 3 tahun, 3-5 tahun, lebih daripada 5 tahun dan paling terbaik lebih daripada 10 tahun. Tumpuan perbincangan dalam e-book ini ialah mendedahkan faktor-faktor kegagalan usahawan PKS di Malaysia. Melalui pengalaman secara seeing is believing bersama-sama dengan lebih 500 pelanggan/usahawan, saya mensintesiskan penyebab utama kegagalan yang boleh menghancurkan sesuatu bisnes. Rasional Belajar Daripada Kegagalan Terlampau banyak faktor-faktor kritikal kejayaan usahawan telah dibentangkan dalam pelbagai kajian dan dibicarakan dengan begitu meluas. Sebaliknya, apa yang berlaku sangat mengejutkan apabila ramai usahawan berjaya yang dikaji gagal dalam perniagaan mereka selepas tempoh 5-10 tahun, seperti yang dihujahkan oleh V. Chan Kim dan Renee Mouborgne dalam buku Blue Ocean Strategy (2005). V. Chan Kim dan Renee Mouborgne berkata:


Kamal Al Rahman 5 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya “The bestselling book In Search of Excellence was published twenty years ago. Yet within two years of its publication numbers of company surveyed began to slip into oblivion.” Tambah mereka lagi: “As documented in Managing of the Edge, two-thirds of the identified model firms in the book had fallen from their perches as industry leaders within five years of its publication.” Donald B. Bibeault (Corporate Turnaround, 1999), menekankan tentang belajar daripada kesilapan masa lepas: “Few among us would advocate studying failure in order to succeed. Studying failure to avoid failure does make a lot of sense, however. Those of us entrusted with the management of sound, on going business have a particular responsibility to learn from the past mistake of others.” Menurut Hamka pula (Tasauf Moderen, Edisi Baru, 1997): “Meskipun kita akui pengaruh pengalaman, tetapi bukanlah itu yang terpenting, pengalaman adalah langkah yang pertama. Adapun pelajaran hidup yang kedua ialah memerhatikan alam. Alam adalah laksana kitab besar yang terhampar dimuka kita, di dalamnya tertulis perjuangan hayat yang telah ditempuh lebih dahulu oleh orang lain. Di situ dapat kita tilik bagaimana orang lain telah naik, telah mujur dan


Kamal Al Rahman 6 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya bahagia dan dapat pula kita lihat mereka jatuh, tersungkur, ada yang tak bangun lagi, ada yang menyesal selama-lamanya. Kita dengar pekik orang yang kesakitan, maka kita tanyakan kepadanya apa sebab dia jatuh, setelah itu kita tidak lalui lagi dijalan yang pernah dilaluinya.” Menurut Dr. A.P.J. Abdul Kalam – Mantan Presiden India (2002- 2007): “Do not read success stories, you only get a message. Read failure stories, you will get some ideas to get success.” Pemimpin-pemimpin bisnes yang kreatif dan inovatif akan menggunakan faktor-faktor kegagalan orang lain dalam membina organisasi atau bisnes yang lebih berdaya maju. Mereka menggunakan daya kreativiti dan inovasi tanpa had bagi mengatasi sebarang kelemahan atau kegagalan tersebut, mencantasnya, bagi membolehkan mereka mencapai kejayaan. Akhirnya, mereka beranggapan kegagalan pada masa lalu bukanlah suatu halangan. Berdasarkan hujah-hujah di atas, faktor-faktor kegagalan sesebuah bisnes lebih rasional untuk dikaji atau dibincangkan berbanding dengan faktor kejayaannya. Hal ini disebabkan oleh faktor kegagalan mampu memberikan suatu peringatan tentang kesilapan atau kesalahan yang telah pun berlaku. Sudah sewajarnya, segala kesalahan atau kesilapan usahawan yang membawa


Kamal Al Rahman 7 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya kepada kegagalan dijadikan sebagai suatu pengajaran untuk generasi akan datang. Objektif e-book ini ialah: Bahagian berikut ini membincangkan faktor-faktor kegagalan dalam bisnes dan langkah-langkah pre-emptif yang difikirkan Bertindak sebagai lampu kuning, iaitu memberikan tanda-tanda berwaspada terlebih dahulu sebelum sesebuah perniagaan itu menemui titik kegagalan. Dengan lain perkataan, usahawan dibekalkan dengan suatu sensor bagi mengelak kapal mereka daripada merempuh terumbu karang yang boleh menenggelamkan kapal tersebut. Untuk mengurangkan risiko kerugian yang lebih besar apabila usahawan mula menemui simptonsimptom kegagalan, sama ada mereka ingin merawat perniagaan yang sakit dan meneruskannya, keluar terus daripada bisnes tersebut sebelum mengalami kerugian yang lebih teruk atau bertukar kepada model bisnes lain. Untuk membimbing usahawan dan peniaga dalam membuat suatu keputusan yang tuntas, terutamanya berkenaan denga isu-isu yang berkaitan dengan punca-punca kegagalan atau kemerosotan bisnes mereka.


Kamal Al Rahman 8 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya munasabah bagi mengelak perkara-perkara tersebut berlaku. Sesungguhnya, mencegah lebih baik daripada mengubati! Menurut pemerhatian dan pengalaman saya ke atas lebih daripada 500 pelanggan selama lebih 30 tahun, faktor utama kegagalan bisnes boleh dibahagikan kepada tiga; iaitu: Faktor Luaran Kegagalan bisnes disebabkan faktor luaran terbit daripada pembolehubah-pembolehubah yang sukar untuk dikawal atau diramal oleh seseorang usahawan. Ia ibarat seseorang yang sedang memandu kereta tiba-tiba dilanggar kenderaan lain daripada belakang. Walaupun pemandu kereta memandu berhemah dan berhati-hati, namun begitu, dia masih juga kena langgar sehingga boleh mengakibatkan nyawanya dalam bahaya. Kegagalan Bisnes Faktor Luaran Faktor Dalaman Faktor Diri Sendiri


Kamal Al Rahman 9 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Dalam erti kata lain, faktor-faktor luaran ini bukanlah berpunca daripada usahawan itu sendiri, tetapi disebabkan oleh faktor-faktor berikut: Perasaan Hasad Dengki Perasaan hasad dengki (dikenali dengan singkatan PHD) tidak dapat dihapuskan sama sekali daripada muka bumi ini. Disebabkan perasaan hasad dengki iblis terhadap Nabi Adam a.s. yang hidup bahagia dalam syurga, maka Baginda dan isterinya Siti Hawa tercampak ke dunia lantaran termakan buah yang dilarang oleh Allah setelah dihasut oleh iblis. Faktor Luaran Hasad dengki Terlampau bergantung Sabotaj dan konspirasi Kena tipu Kawan makan kawan Perubahan dasar Krisis ekonomi Bencana alam Balasan menzalimi orang Persaingan


Kamal Al Rahman 10 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Perasaan hasad dengki ibarat api dalam sekam, api tetap menyala walaupun tidak kelihatan asapnya. Perasaan hasad dengki bukan sahaja setakat menyebabkan sesebuah perniagaan itu runtuh, malahan; rumah tangga, pemerintahan, hubungan persahabatan dan lain-lain boleh musnah menjadi abu. Kewujudan orang yang hasad dengki dalam hidup tidak kita disedari. Ataupun sudah lambat menyedarinya. Siapakah kaum pendengki ini? Orang yang menyimpan perasaan hasad dengki boleh terdiri daripada: Tidak mungkin orang yang tidak mengenali kita menyimpan perasaan hasad dengki pada kita. Mereka tidak tahu menahupun tentang diri kita, dan tidak ada sebab kenapa mereka harus iri hati pada kita. saudara mara •harta pusaka •anak-anak pesaing •tender/projek •kelebihan pesaing kawan-kawan •kelebihan seseorang


Kamal Al Rahman 11 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Kaum pendengki menyimpan perasaan hasad dengki mereka pada seseorang disebabkan perkara-perkara berikut: Golongan pendengki merupakan orang yang mempunyai masalah kerohanian yang amat teruk. Kehadiran mereka dalam lingkungan hidup seseorang begitu sukar untuk dikenalpasti sebab mereka pandai berpura-pura. Sebagai langkah-langkah pre-emptif, kita mampu mengurangkan perasaan hasad dengki orang lain melalui pendekatan berikut: kelebihan seseorang •kelebihan seseorang: seperti kepandaian atau kemahiran seseorang melakukan sesuatu; suara yang lunak; cantik atau lawa; masakkan sedap dan disukai orang; kaya-raya; berjaya dalam perniagaan; mempunyai kuasa dan pengaruh; pangkat dan kedudukan; dan kelebihan-kelebihan unik lain. mahu cepat kaya/berjaya •mahu cepat capai matlamat: kaum pendengki ingin mencapai sesuatu cita-cita yang diidamkan dalam jangka masa yang singkat sehingga sanggup bertindak ‘matlamat menghalalkan cara’ tanpa perlu bersusah payah. Hal ini termasuklah membeli kuasa dan pangkat, rasuah, dan kaedah ‘gila’ lain yang tidak masuk akal.


Kamal Al Rahman 12 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Terlampau Bergantung Dalam bisnes, elakkan daripada terlampau bergantung kepada seseorang untuk melakukan kerja-kerja. Misalnya, bergantung kepada pelanggan-pelanggan tertentu, pembekal-pembekal tertentu, ataupun bergantung kepada kakitangan tertentu sahaja. Hal ini disebabkan oleh setiap sesuatu hubungan itu tidak akan berkekalan sampai bila-bila. Hubungan kita dengan kakitangan akan terputus juga apabila kakitangan tersebut berkahwin dan mengikuti suami bekerja di tempat lain. Begitu juga halnya dengan pelanggan; mereka datang dan pergi apabila mendapati anda tidak mengelak perasaan hasad dengki orang rahsiakan projekprojek bisnes berhati-hati dengan orang yang rapat jangan menunjuknunjuk kekayaan langkah-langkah preemptif


Kamal Al Rahman 13 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya lagi menguntungkan, ataupun terdapat kedai lain menjual pada harga yang lebih murah. Oleh itu, elakkan daripada menjalankan bisnes dengan hanya bergantung kepada membekalkan barang atau perkhidmatan kepada, misalnya, TNB, Telekom atau pada Petronas sahaja. Pegawai-pegawai dalaman yang berkuasa memilih kontraktor pembekalan akan bertukar kerja suatu hari nanti, atau pun polisi syarikat mereka melantik pembekal/kontraktor baharu apabila tamat tempoh tiga tahun. Begitu juga, pelanggan-pelanggan utama akan lari dan mencari orang lain pada suatu hari kelak. Mereka ini akan ditinggalkan kita juga. Adalah afdal jika kita tidak terlampau bergantung pada sesuatu atau mana-mana kaki tangan, pembekal, pelanggan dan lain-lain. Pelbagaikan bilangan pembekal dan pelanggan disebabkan hilang satu terdapat banyak lagi yang lain. Terdapat seorang usahawan menjalankan bisnes membekalkan pelbagai produk perkakasan dan alat ganti telekomunikasi. Beliau telah melantik seorang pegawai pemasaran sebagai wakil untuk menjual barang-barang telekomunikasi kepada pelanggan. Selepas 2-3 tahun kemudian, pegawai pemasaran tersebut berhenti kerja. Kemudian, bekas pekerjanya telah menjalankan bisnes yang sama, dan membekalkan kepada pelanggan yang


Kamal Al Rahman 14 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya sama dengan bekas majikannya dahulu. Akhirnya, beliau berjaya mengenepikan bekas majikannya bagi membekalkan beberapa item barang yang dahulunya dibekalkan oleh bekas majikannya. Majikan atau pemilik bisnes perlulah menerima hakikat bahawa pekerja, pembekal dan pelanggan tidak akan kekal lama, dan mereka akan pergi jika mendapati terdapat tempat lain yang lebih menghijau buat mereka. Berkaitan dengan bidang pemasaran, pemilik atau majikan hendaklah mengambil langkah pre-emptif berikut: pemilik perlu menguasai kepentingan strategik bisnes, pemasaran, pembekal dan pelanggan perbanyakkan bilangan pelanggan dan pembekal pastikan pemerian tugas kepada staf tidaak menjejaskan bisnes


Kamal Al Rahman 15 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Sabotaj dan Konspirasi Perbuatan sabotaj dan konspirasi dilakukan oleh seseorang yang inginkan bisnes kita mengalami kerugian dan seterusnya lingkup. Perbuatan ini juga berkait rapat dengan perasaan hasad dengki atau iri hati, lantas mereka bertindak melakukan sabotaj dan konspirasi bagi menyekat dan menimbus terus bisnes seseorang daripada muka bumi. Walau dalam bidang apa sekalipun yang diceburi, terdapat orang yang tidak senang melihat kejayaan kita. Musuh terdapat di mana-mana sahaja. Misalnya, restoran musuhnya dalam kalangan orang yang bisnes restoran juga. Orang politik, musuhnya dalam kalangan orang politik juga. Mahukah anda bermusuh dengan orang yang tidak anda dikenali? Tentu tidak. Dalam bisnes, lazimnya terdapat tiga jenis perbuatan sabotaj dan konspirasi seperti yang dibincangkan di bawah.


Kamal Al Rahman 16 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Sabotaj Daripada Staf Seorang staf mampu melakukan sabotaj yang boleh merugikan bisnes kita. Usahawan kerap terlepas pandang untuk memantau aktiviti staf mereka. Antaranya ialah perbuatan memberi maklumat rahsia kepada pesaing-pesaing mengenai jualan, kedudukan kewangan syarikat, pelangganpelanggan utama (anchor aclients), pembekal, senarai harga dan lain-lain. sabotaj dan konspirasi staf pejabat rakan kongsi, pengarah lain pesaing kawan makan kawan


Kamal Al Rahman 17 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Staf juga mungkin berhenti kerja dan kemudiannya menjadi pesaing apabila dia melihat bisnes kita sangat menguntungkan. Semasa bekerja dahulu, staf tersebut telah mencuri pelbagai maklumat strategik untuk kegunaanya kelak. Kelakuan tidak jujur ini sukar untuk dikawal oleh majikan. Sabotaj Daripada Rakan Kongsi atau Pengarah Lain Lazimnya, sebuah perniagaan perkongsian tidak berapa ramai bilangan yang dapat bertahan lama. Hal ini disebabkan oleh sikap sesama rakan kongsi yang tidak sehaluan, masingmasing ada konflik kepentingan dan sukar bagi mereka duduk berbincang apabila bisnes mereka meningkat maju. Tambahan pula, terdapat rakan kongsi yang sanggup melihat bisnes itu lingkup sama sekali, berbanding dengan menjual sahaja kepentingannya kepada rakan kongsi yang lain. Hal ini bermaksud, jika rakan kongsi itu tidak boleh lagi duduk satu kapal dengan kita, dia seharusnya keluar sahaja dengan aman damai tanpa merosakkan kapal kita. Suatu ketika dahulu, saya mengenali seorang kontraktor kelas A dalam bidang kerja-kerja elektrik. Lembaga pengarahnya mempunyai sijil-sijil kompeten dan kemahiran elektrikal sehinggakan syarikatnya berjaya memperolehi tender-tender besar. Terdapat seorang Pak Cik yang


Kamal Al Rahman 18 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya merupakan seorang pengarah dan pemegang syer syarikat tersebut. Pada peringkat permulaan, perniagaan mereka berjalan dengan begitu lancar sekali. Setelah mendapat projek dan wang mula masuk, pengarah-pengarah mula membuka mata dengan lebih besar. Lama kelamaan, Pak Cik tersebut sudah tidak tahan lagi dengan gelagat berebut wang ringgit dan mula berlaku pergeseran dalam kalangan lembaga pengarah. Justeru, beliau mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan pengarah dan sanggup kehilangan wang pencen yang telah dilaburkannya sebanyak RM40,000. Tidak berapa lama kemudian, syarikat tersebut dilanda pelbagai masalah disebabkan salah seorang pengarah yang memegang lesen kecekapan lari begitu sahaja sehingga banyak projek-projek syarikat yang tidak dapat disiapkan. Perbuatan sabotaj dan konspirasi juga berlaku jika terdapat ramai rakan kongsi atau pengarah dalam syarikat. Akan wujud tim A dan tim B dalam suatu syarikat merupakan suatu lumrah, lama-kelamaan syarikat akan terbiar begitu sahaja. Sabotaj Daripada Pesaing-pesaing Dalam dunia bisnes, persaingan merupakan suatu perkara yang sihat. Tambahan pula, dalam pasaran persaingan sempurna, pengeluar dan pengguna bebas meletak harga dan keluar masuk pasaran. Pada hakikatnya, kaum peniaga atau usahawan tidak sanggup bersaing secara sihat – mereka


Kamal Al Rahman 19 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya berebut-rebut mendapatkan pelanggan, walaupun dengan cara yang tidak sihat. Pesaing-pesaing juga boleh mensabotaj bisnes lawan dalam pelbagai bentuk, iaitu memotong harga, membuka bisnes yang sama di sebelah kedai kita, mencuri pelangganpelanggan utama dan lain-lain lagi. Natijahnya, timbullah unsur-unsur tidak sihat seperti menggunakan ilmu sihir dan perbuatan lain dengan tujuan untuk mensabotaj bisnes seseorang sehingga tutup kedai. Suatu hari, saya bersembang dengan seorang pelanggan berbangsa Bangladesh yang menjalankan bisnes pasar mini. Kemudian, datang seorang pembekal air mineral yang bertanyakan berapakah harga air mineral yang dibelinya daripada pembekal asal. Si Bangladesh mulakan tawar menawar harga dengan pembekal air mineral yang baharu, dan dia sanggup membekalkan air mineral pada harga yang lebih murah daripada harga pembekal lama. Begitu juga, saya pernah melihat sebuah pasar mini yang sudah lebih dua puluh tahun bertapak di situ jatuh merosot disebabkan oleh sebuah pasar mini baharu dibuka bersebelahan dengannya. Tanpa disedari, setiap hari pesaing baharu datang ke pasar mininya bertujuan untuk sailang harga barangbarangnya. Pesaing tersebut mula meletakkan harga yang lebih rendah sehingga mengakibatkan pelanggan-pelangganya telah lari ke kedai sebelah.


Kamal Al Rahman 20 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Perbuatan sabotaj dan konspirasi merupakan suatu kaedah berkesan untuk menjatuhkan lawan dalam bisnes. Peraturan umum etika bisnes menyatakan bahawa usahawan perlu bersaing secara sihat, namun begitu, peraturan tersebut sudah tidak relevan lagi. Sebagai langkah berwaspada, adalah afdal jika usahawan dapat mempraktikkan perkara-perkara berikut: kawalan maklumatmengawal akses maklumat sensitif kepada staf. perjanjian perkongsian - melindungi hak dan kepentingan sesama rakan kongsi. strategi bisnesmenukar model bisnes untuk menghadapi persaingan sengit.


Kamal Al Rahman 21 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Kena Tipu Purata seorang usahawan mesti pernah kena tipu paling kurang 3-4 kali atau lebih seumur hidup mereka. Kena tipu yang melibatkan wang ringgit dalam jumlah yang besar sangat mengecewakan kita seumur hidup. Wang yang kita ada itu diperolehi daripada titik peluh sendiri ataupun pinjaman. Mungkin juga pinjaman wang daripada saudara mara, kemudian kena tipu pulak. Akibatnya, hubungan kita dengan saudara mara boleh menjadi renggang. Apabila kena tipu, bayangkanlah – sebahagian atau keseluruhan daripada simpanan kita lenyap sekelip mata. Jika wang yang diperolehi itu melalui pinjaman, akibatnya kita terpaksa membayar semula wang pinjaman tersebut kepada pemiutang tanpa mendapat apa-apa pulangan pun. Seorang wanita telah dipujuk oleh teman lelakinya supaya meminjamkannya sebanyak RM50,000 untuk mendapatkan 200 ekar tanah daripada sebuah kerajaan negeri. Teman lelakinya pula telah dipujuk oleh pengarah urusan syarikat supaya membantu syarikat mereka dan menjanjikan imbuhan besar


Kamal Al Rahman 22 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya kepada sesiapa yang memberikan pinjaman. Teman lelaki wanita tersebut membawanya berjumpa dengan pengarah urusan syarikat dan menunjukkan surat temuduga tanah daripada exco kerajaan negeri. Justeru, pengarah urusan syarikat mohon bantuan RM50,000 daripada wanita tersebut untuk membayar wang upfront bagi mendapatkan tanah. Sebagai balasan, wanita itu akan dilantik sebagai pengarah syarikat dan dijanjikan 20 peratus milikan saham dalam syarikat. Beliau bersetuju mengeluarkan wang RM50,000 hasil daripada pemberian bapanya sebelum meninggal dunia. Diringkaskan, pengarah urusan syarikat telah menghilangkan diri beberapa hari kemudian selepas menerima wang RM50,000 daripada wanita tersebut. Ingatlah! Menangis air mata darah pun wang itu tidak boleh dapati kembali. Terdapat banyak lagi kisah kena tipu yang dalam dunia bisnes telah dipaparkan dalam media. Jangan lupa, bahawa Si Penipu tahu seseorang itu memiliki harta yang dia dikehendaki. Untuk mengelak daripada ditipu, berikut dinyatakan beberapa langkah pre-emptif supaya kita berwaspada selalu:


Kamal Al Rahman 23 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Kawan Makan Kawan Media elektronik dan sosial banyak menyiarkan berita golongan remaja menjadi rosak akhlak akibat daripada terpengaruh dan terikut-ikut dengan kawan-kawan pada peringkat mulanya. Lamakelamaan, mereka juga turut menghisap rokok, mencuri, mengambil dadah, clubbing, bohsia, LGBT, tingkah laku songsang dan lain-lain. Sesungguhnya, segala yang baik boleh menjadi buruk disebabkan oleh pengaruh kawan-kawan. Seorang sarjana menyatakan bahawa Perasaan tamakmembuatkan kita gagal berfikir secara rasional, sebab sudah dikuasai oleh nafsu. Terlampau berfikiran positif-fikiran kognitif gagal mengesan sebarang penipuan. Gunakan kalbu atau gerak hati sebab qalbu akan rasa resah dan gelisah jika ada suatu yang tidak baik. Due diligence-minta pendapat bebas daripada orang yang berilmu lebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan. Atau semak dahulu sesuatu perkara sebelum buat keputusan.


Kamal Al Rahman 24 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya halaju (speed) penyerapan perkara-perkara buruk itu lebih cepat berbanding dengan halaju kebaikan. Jelaslah bahawa kawan-kawan rapat di sekeliling boleh mempengaruhi corak kehidupan seseorang. Jika seorang kawan itu boleh membawa kebaikan dalam hidup kita tiada masalah, tetapi jika sebaliknya, boleh menghancurkan hidup kita. Prinsip berkawan mudah sahaja, iaitu; berkawanlah dengan sesiapa sahaja, selagi persahabatan itu tidak mendatangkan keburukan. Dalam bisnes, memang terdapat ramai kawan-kawan seperjuangan, tetapi sukar untuk mendapat sahabat sejati. Walau bagaimanapun, kita boleh mengasingkan keakraban antara seseorang kawan dengan kawan yang lain berdasarkan kepada perangai dan tingkah laku mereka. Persahabatan perlu dibina atas dasar keikhlasan, menang-menang, dan bukannya menang-kalah seperti yang selalu diamalkan dalam bisnes. Menang-kalah bermaksud kawan-kawan hanya datang untuk mengambil kesempatan dan menguntungkan dirinya sahaja. Perangai kawan yang sering meminjam wang tetapi tidak membayarnya semula, dan mengelak apabila kita mohon pertolongan daripadanya perlulah kita hindari.


Kamal Al Rahman 25 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Suatu ketika dahulu terdapat seorang usahawan telah menjalanan perniagaan dengan seorang kawan baiknya sejak dibangku sekolah lagi. Selepas menghabiskan pengajiannya di IPT, mereka berdua menubuhkan sebuah syarikat dan berjaya memenangi tender bernilai jutaan ringgit dalam usia yang sangat muda. Setahun kemudian, langit tidak selalu cerah, perhubungan mereka berdua berantakan (saya tidak tahu puncanya), dan akhirnya seorang daripadanya terpelanting keluar daripada syarikat. Pengarah syarikat yang ditendang keluar terpaksa menjual kereta dan rumahnya disebabkan beliau sudah tidak mempunyai sumber pendapatan lain bagi membayar ansuran kereta dan rumahnya. Sementara itu, kawannya terus berjaya dalam perniagaan, meninggalkannya, walaupun mereka telah berjanji sehidup semati pada peringkat awal dahulu. Terdapat banyak lagi contoh-contoh kawan makan kawan yang boleh di jadikan tauladan dan pengajaran buat kita semua. Dalam sebuah persahabatan, pastikan bahawa kita dapat mengawal persabatan itu supaya sentiasa dalam suasana aman dan harmoni. Berikut merupakan bagaimana seharusnya kita menjaga sebuah persahabatan:


Kamal Al Rahman 26 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Perubahan Dasar dan Peraturan Sesetengah dasar dan peraturan kerajaan ataupun peraturan lainlain boleh juga memusnahkan sesebuah perniagaan. Sebagai contohnya, Gerbang Perdana Sdn. Bhd. yang dianugerahkan projek membina jambatan bengkok antara Johor Bahru dengan Singapore, telah dibatalkan oleh pihak berkuasa pada tahun 2006. Akibatnya, kontraktor utama dan sub-kontraktornya telah mengalami kerugian yang teruk walaupun dibayar dengan ganti rugi RM100 juta. Begitu juga dengan Dasar Automatif Negara yang dilaksanakan oleh kerajaan pada tahun 2006 dahulu. Pada peringkat awal perlaksanaannya, penjual kereta terpakai mengalami kerugian teruk disebabkan menurunkan harga kereta yang telah mereka beli pada harga yang tinggi sebelum dasar tersebut dikuatkuasakan. Berkawan dengan semua orang, tetapi berkawan dengan orang yang baik sekurang-kurangnya terbau kewangiannya. Berkawan dengan penjual minyak wangi Sebaik manapun kita berkawan, mesti ada batasan dan hadnya. Jika mereka mahu pinjam wang, buatlah surat dan nyatakan tarikh bila dia akan membayarnya. Mempercayai kawan tanpa had Pastikan kita boleh menjadi rol model kepada kawankawan, khususnya sikap, tindakan, kebajikan dan lainlain. Menjadi contoh kepada kawan-kawan


Kamal Al Rahman 27 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Suatu ketika dahulu, pernah seorang pelanggan saya menjalankan perniagaan stesyen minyak yang sangat maju di Jalan Cheras. Perniagaan beliau terpaksa ditutup disebabkan oleh pembinaan lebuhraya CherasKajang melibatkan tanah tapak stesyen minyaknya diambil alih oleh pihak berkuasa. Jelaslah, perubahan polisi dan peraturan pihak berkuasa merupakan salah satu faktor boleh menggagalkan sesebuah perniagaan yang sedang berjalan rancak. Krisis Ekonomi dan Kewangan Serantau Krisis kewangan Asia dalam tahun 1997 telah menyebabkan mata wang Malaysia jatuh sehingga pernah mencecah ke tahap RM4.88 per US$1.00 dollar pada 7 Januari 1998 (sebelum krisis ekonomi pertukaran asing hanya RM2.50 = US$1.00 sahaja). Kemudian, indek komposit KLSE jatuh menjunam sehingga ke tahap 467.55 pada 7 Julai 1998. Hal ini bermakna, peniaga yang mengimpot barangbarang terpaksa membayar RM4,880 bagi barangan yang sama bernilai US$1,000 (kenaikan harga sebanyak 95 peratus).


Kamal Al Rahman 28 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Seorang daripada pelanggan saya mengimpot mesin-mesin kilangnya telah jatuh muflis disebabkan perubahan pertukaran mata wang ini. Beliau tidak mampu untuk mambayar harga mesin-mesin kilang yang telah pun diimpot daripada luar negara (pada harga tukaran asing RM2.50 = US$1.00) sebelum krisis kewangan Asia berlaku. Ramai dalam kalangan usahawan yang bangkrap apabila pihak bank meningkatkan kadar faedah sedangkan perniagaan mereka mula mengecut dan tidak mampu lagi untuk melangsaikan ansuran pinjaman. Kajian impak ke atas perniagaan kecil dan sederhana di Greece dalam tahun 2012 disebabkan oleh krisis ekonomi dan kewangan yang melanda negara-negara Eropah ialah seperti berikut: ➢ Jumlah jualan, jatuh sebanyak 85% ➢ Permintaan, jatuh sebanyak 83.1%


Kamal Al Rahman 29 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya ➢ Kecairan perniagaan, jatuh 86.5% ➢ Jumlah pesanan, jatuh 85.4% ➢ Pelaburan, 6.9% perniagaan merekodkan peningkatan, 37.4% merekodkan pelaburan jatuh, dan 52.6% bisnes terhenti seketika Terdapat 53.3% daripada usahawan yang dikaji berkata mereka mungkin akan keluar daripada bisnes atau menutup kedai mereka. Di Malaysia pula, kesan negatif krisis kewangan ke atas usahawan kecil dan sederhana ialah ke tahap muflis apabila pihak pemiutang seperti bank dan pembekal barang niaga mengambil tindakan menuntut hutang atau akaun belum bayar daripada usahawan. Semasa krisis kewangan melanda negara dalam tahun 1997, bisnes menguncup menyebabkan jumlah wang dalam pasaran juga menguncup, mengakibatkan usahawan tidak mampu untuk menampung kos berubah dan akhirnya merebak kepada kos tetap. Seterusnya, apabila jumlah kos meningkat lebih tinggi daripada jumlah jualan, maka sudah sampailah tanda-tanda simptom titik tutup bisnes. Krisis ekonomi dan kewangan serantau tidak dapat dielakan walaupun dalam kalangan negara-negara besar sekalipun. Misalnya, krisis gadaian sub-prima di Amerika Syarikat dalam tahun


Kamal Al Rahman 30 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya 2008 menyebabkan hampir seluruh dunia mengalami kemelesetan. Krisis ekonomi di Amerika Syarikat menjadi bertambah buruk apabila pada masa yang sama berlaku kenaikan harga minyak mentah, peningkatan inflasi dan juga pengangguran. Menurut ahli ekonomi, antara penyebab utama krisis kewangan serantau ialah: a. Pinjaman gadai janji tak berhemat Terlalu banyak kredit yang ditawarkan oleh pihak bank, kadar faedah yang terlalu rendah, harga harta tanah yang meningkat naik, dan peraturan pinjaman lemah sehinggakan orang yang tidak mampu pun boleh membeli rumah. b. Gelembong harta tanah Polisi kewangan yang mudah, harga rumah meningkat ke paras harga yang bukan nilainya yang sebenar. Pasaran harta tanah menjadi gelembong panas ekonomi yang menunggu masa untuk meletup. c. Hutang luar yang tinggi Projek-projek mega dalam negara dibiayai melalui pinjaman luar sehingga jumlah paras hutang melebihi keluaran negara kasar.


Kamal Al Rahman 31 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya d. Pinjaman gadai janji yang tidak bercagar Kebanyakan bank memberikan pinjaman mudah tanpa cagaran daripada peminjam. Dalam keadaan kemelesetan ekonomi, pihak bank tidak dapat memungut pinjaman, dan ramai peminjam telah jatuh muflis. Ketiadaan cagaran menyebabkan pihak bank tidak dapat menjual harta sipeminjam menyebabkan tahap kecairan bank jatuh merudum. Oleh yang demikian, untuk mengatasi kemelesetan ekonomi, tiada formula khusus yang mampu mengatasinya dalam jangka masa yang singkat. Hanya simpanan wang tunai dan emas dapat membantu ketika kita dalam kesusahan. Walau bagaimanapun, usahawan perlu bersedia sejak mula menjalankan perniagaan lagi dengan mengambil langkah-langkah awasan seperti berikut:


Kamal Al Rahman 32 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Bencana Alam Tiada siapa pun yang dapat menahan bencana alam dalam bentuk banjir, gempa bumi, tsunami, gunung berapi, ribut taufan, menjaga nisbah aset-liabiliti, supaya aset sentiasa melebihi liabiliti. sediakan sediakan payung sebelum hujan - menyimpan aset cair seperti wang tunai, emas dan saham amanah.


Kamal Al Rahman 33 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya kebakaran, tanah runtuh, penyakit, kemalangan dan sebagainya mampu menyebabkan kemusnahan dalam apa jua bentuk sekalipun hatta perniagaan kita. Misalnya, gempa bumi yang melibatkan tsunami di Jepun pada 11 Mac 2011 baru-baru ini telah menyebabkan kerajaan Jepun mengalami kerugian sebanyak lebih USD100 billion. Kerugian yang disebabkan oleh bencana tidak dilindungi oleh polisi insurans, dan boleh menyebabkan usahawan muflis! Namun begitu, disebalik kerugian yang dialami oleh satu pihak, terdapat juga pihak lain yang memperolehi keuntungan daripadanya. Misalnya, akibat daripada bencana banjir yang melanda Shah Alam pada tahun 2008 dahulu, terdapat banyak kereta telah ditenggelami air dan akibatnya bahagian injin telah mengalami kerosakan. Bengkel-bengkel kereta mendapat durian runtuh disebabkan semua kereta yang rosak perlu diover haul injinnya supaya dapat berfungsi semula. Oleh itu, kesan bencana alam boleh meranapkan bisnes dan nyawa manusia. Peperangan dan wabak penyakit seperti Covid 19 juga mampu melenyapkan bisnes dalam sekelip mata. Langkah preemptif yang sangat sesuai dilaksanakan ialah sediakan payung sebelum hujan (menyimpan wang, emas, berjimat cermat) dan juga menjaga nisbah aset supaya lebih tinggi daripada hutang.


Kamal Al Rahman 34 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Balasan Menzalimi Orang Balasan menzalimi orang boleh difahamkan sebagai berbuat baik sangat dituntut, namun, jika seseorang itu berbuat jahat kepada orang lain, perbuatannya itu akan dibalas dengan kejahatan jua akhirnya. Dalam bahasa Inggerisnya dikatakan sebagai what goes around, comes around. Ada juga yang menyatakan ibarat membaling boomerang, iaitu selepas dibaling ke udara, boomerang itu akan datang semula ke arah pembalingnya. Begitu juga, pepatah Melayu ada menyatakan ibarat meludah ke langit, iaitu air liur akan terkena muka orang yang meludah itu.


Kamal Al Rahman 35 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Antara kejahatan dan kezaliman yang kerap dilakukan oleh usahawan termasuklah memberi rasuah kepada seseorang yang meluluskan projek, sabotaj bisnes orang lain, santau, dan pebagai kaedah zalim untuk menewaskan pesaing-pesaing. Perbuatan rasuah mengalihkan rezeki yang telah dikhususkan oleh Allah kepada kita kepada si pemberi rasuah. Perbuatan jahat seperti ini lambat laun akan menerima balasan juga. Berikut adalah petikan hadis mengenai doa orang-orang yang dizalimi atau teriniaya. Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi sekalipun dia adalah orang kafir. Maka sesungguhnya tidak ada penghalang diantaranya untuk diterima oleh Allah (Hadis riwayat Ahmad). Oleh itu, perlu ditegaskan bahawa dalam kehidupan berbisnes, elakkan daripada berbuat jahat atau zalim kepada orang lain. Akhirnya, perbuatan jahat akan mendapat balasan tunai juga.


Kamal Al Rahman 36 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Persaingan Perniagaan apapun memang mempunyai persaingan. Usahawan kerap kalah bersaing khususnya daripada aspek harga, melainkan dia seorang monopolis atau bertaraf pemborong. Jika seseorang usahawan itu mempunyai kuasa mutlak dalam peletakkan harga, maka dia boleh mengawal daya penembusan pasaran dengan selesa. Jika seorang usahawan itu menjual produk dalam pasaran persaingan sempurna seperti menjual tudung dan jubah, restoran, Jangan zalimi atau khianati orang jangan rampas hak orang jangan zalimi orang lain jangan beri rasuah jangan sihir orang


Kamal Al Rahman 37 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya kedai tayar dan servis dan lain-lain, harga ditentukan oleh kuasa permintaan-penawaran. Dalam keadaan begini, agak sukar untuk meletakkan harga dengan margin yang dikehendaki disebabkan pesaing lain juga menjual pada harga yang sama. Jika usahawan bertaraf pemborong, pengilang atau pengimport, mereka mendapat pembekalan barang pada harga terbaik. Misalnya, seorang usahawan pembekal gas petronas bertaraf stokis boleh menjual gas pada harga borong dan runcit dengan menikmati margin yang tinggi. Jangan lawan pesaing yang terus menurunkan harga sampai ke tahap kita sudah tidak mampu turunkannya lagi. Fikirkan kaedah lain atau ubah model bisnes supaya lebih berdaya saing seperti berikut: • menamatkan barisan produk yang kurang menguntungkan • menambah produk terbaharu yang lebih menguntungkan • menambah nilai produk seperti pesanan atas talian, perkhidmatan penghantaran dan lain-lain • menambah elemen-elemen teknologi dalam bisnes supaya lebih menarik pelanggan.


Kamal Al Rahman 38 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya BAHAGIAN II Kegagalan Bisnes Disebabkan Faktor Dalaman enyebab kegagalan bisnes faktor dalaman bermaksud kegagalan yang berpunca daripada evironmen usahawan itu sendiri. Lazimnya, usahawan tidak pantas bertindak mengawal kegagalan tersebut di peringkat awal walaupun sudah dikesan. Hal ini mungkin disebabkan terlepas pandang, leka ataupun sikap tidak ambil peduli walaupun diberikan nasihat kepadanya atau sentiasa berpandangan positif. Pandangan positif P


Kamal Al Rahman 39 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya bermaksud, seseorang itu tetap berpandangan baik walaupun kita sudah bagi tahu bahawa staf dia curang, atau si anu itu penipu. Usahawan tidak menjangkakan bahawa keadaan ‘sakitnya’ telah merebak sehinggalah sampai ke peringkat yang sangat sukar untuk diselamatkan lagi. Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya ke atas usahawanusahawan, faktor-faktor dalaman kegagalan bisnes dapat dibentang seperti di bawah: tidak cukup modal kawalan dalam lemah krisis dalaman lokasi tidak strategik harga yang tidak menguntungkan tiada inovasi produk kurang ilmu


Kamal Al Rahman 40 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Tidak Cukup Modal Sekiranya anda mempunyai modal yang kecil, buatlah bisnes yang memerlukan modal yang kecil juga. Masalah akan timbul jika kita mempunyai modal yang kecil tetapi ingin menjalankan perniagaan yang bermodal besar. Ingatlah, pepatah Melayu ada menyatakan ukur baju di badan sendiri. Jumlah modal yang dilaburkan dalam bisnes mempunyai hubungan langsung dengan risiko yang ditanggung. Pepatah Melayu lain juga ada menyatakan ‘besar periuk, besarlah keraknya’. Untuk memulakan bisnes, tidak semestinya seseorang itu perlukan modal permulaan yang besar. Kebanyakan sumber modal permulaan diperolehi daripada simpanan sendiri ataupun pinjaman daripada kawan-kawan dan saudara-mara. Kemudian, keuntungan yang diperolehi boleh dikumpulkan setiap bulan untuk membesarkan lagi bisnes. Usahawan perlulah bertindak tuntas, walaupun terpaksa memulakan bisnes dengan modal yang kecil sahaja.


Kamal Al Rahman 41 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Yang penting, kita mempunyai wawasan yang jelas tentang perkara yang hendak dilakukan, dan apa yang ingin dicapai daripada bisnes itu. Yakin boleh! Kesan tidak cukup modal dipertengahan jalan berbisnes boleh menyebabkan hak milik bisnes bertukar tangan. Misalnya, kisah seorang usahawan yang menjalankan perniagaan pengilangan dan penjualan sejenis pati sirap minuman. Pada peringkat permulaan, bisnes usahawan ini berjalan dengan rancak. Terdapat banyak permintaan daripada para pelanggan. Setahun selepas itu, usahawan ini panik, ingin menutup bisnesnya disebabkan tidak cukup modal pusingan untuk membeli bahan mentah. Tambahan pula, kos operasi kilang yang semakin meningkat. Puncanya, beliau menjual produknya secara kredit kepada semua pengedar-pengedar yang dilantik tanpa kawalan dan kutipan hutang. Simtom tutup kedai mula kelihatan apabila jualan kreditnya tidak dapat dikutip, melangkaui tempoh setahun. Natijahnya, beliau tidak lagi mampu meneruskan perusahaannya akibat disebabkan kehabisan modal pusingan bagi memenuhi pesanan. Tambahan pula, usaha-usaha untuk mendapatkan pembiayaan bisnes yang sudah gawat dan tenat itu sangat lewat dilakukan. Amat sukar baginya untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan bagi menyelamatkan bisnes tersebut. Pinjaman daripada pelabur persendirian pada saat-saat bisnes ingin tenggelam merupakan last resort bagi mana-mana usahawan. Namun begitu, pinjaman peribadi perlu dibuat secara berhati-hati, iaitu urusan pinjaman


Kamal Al Rahman 42 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya perlulah tidak berdasarkan memberi beberapa peratus syer syarikat sebagai balasan kepada sipemberi pinjaman. Hal yang sama juga pernah berlaku ke atas seorang usahawan yang mana beliau telah membuat pinjaman peribadi daripada seseorang disebabkan tidak cukup modal pusingan untuk kerja-kerja pembekalan barang kepada pihak kerajaan. Sebagai balasannya, sipeminjam telah memperuntukkan 20 peratus saham syarikatnya kepada sipemberi pinjaman, dan sipemberi pinjaman bersetuju untuk keluar daripada syarikat apabila pinjaman sudah dilangsaikan. Setelah bisnes tersebut berkembang maju, sipeminjam berjaya melunaskan pinjaman syarikatnya beserta dengan keuntungan yang telah dipersetujui kepada sipemberi pinjaman. Tiba-tiba berlaku pergaduhan apabila sipemberi pinjaman enggan keluar daripada syarikat tersebut seperti yang telah dipersetujui bersama, walaupun hutangnya telah habis dibayar. Akhirnya, usahawan tersebut mengambil jalan yang sukar, beliau terpaksa menubuhkan sebuah syarikat baharu disebabkan pelabur tersebut enggan keluar daripada syarikatnya itu.


Kamal Al Rahman 43 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Seorang usahawan lain yang saya kenali pula bertindak bijak dalam hal membuat pinjaman untuk tujuan bisnes. Beliau akan memberikan pulangan berkadaran dengan jumlah pinjaman dalam suatu tempoh yang dipersetujui bersama. Beliau telah meletakkan syarat bahawa sipemberi pinjaman (biasanya orang yang dikenali) hanyak berhak mendapat keuntungan beberapa peratus daripada jumlah pinjaman sahaja. Sipelabur tidak diperuntukan syer atau tidak dilantik sebagai pengarah syarikat disebabkan oleh pinjaman tersebut. Kaedah pinjaman pelaburan menurut kaedah seperti ini didapati lebih selamat dan menguntungkan kedua-dua belah pihak. Tetapi awas, jangan pinjam daripada ahlong. Oleh itu, untuk memastikan supaya kesinambungan sesebuah bisnes dapat dipelihara berterusan, pastikan bahawa: Mulakan dengan perniagaan berskala kecil - elakkan daripada mencagarkan rumah untuk mendapatkan pinjaman Strategi mengumpul modal - mulakan dengan mengumpul modal. Modal yang bayak boleh menukar model perniagaan atau membuka cawangan. Ingatlah cash is king. Pinjaman peribadi - jangan biarkan pinjaman peribadi dicagar dengan syer syarikat bagi mengelakkan bisnes bertukar milik. Buat pinjaman berdasarkan winwin; yakni memberikan peratusan tertentu daripada jumlah pinjaman. Jika pinjaman RM100,000; berikan keuntungan 5% dalam tempoh enam bulan.


Kamal Al Rahman 44 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Kawalan Dalaman yang Lemah Kawalan dalaman boleh dibahagikan kepada dua aspek yang penting; iaitu, kawalan aliran tunai dan kawalan kredit. Kedua-dua jenis kawalan ini sangat penting kerana ia dapat mengawal kesihatan bisnes dan frod. Aliran tunai yang lemah, ibarat jantung bisnes juga dalam keadaan yang lemah. Kawalan aliran tunai melibatkan pemantauan wang keluar dan wang masuk dalam syarikat. Wang keluar harus dipantau supaya tidak terdapat elemenelemen penyelewengan dan pembaziran. Kawalan kredit pula melibatkan penilaian had kredit pelanggan dan kutipan hutang. Kedua-dua aspek ini sangat penting bagi jenis bisnes yang bukan bersifat jualan tunai dan menyimpan stok untuk dijual semula.


Kamal Al Rahman 45 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Pemantauan wang keluar perlu dikawal secara berhati-hati dan tidak meletakkan sebarang elemen emosi persahabatan atau persaudaraan. Pernah berlaku kepada seorang usahawan baharu (bekas pengurus bank yang bersara dengan mengambil skim VHS) yang menjalankan perniagaan operator sebuah resort yang dipajak daripada kerajaan negeri. Beliau percaya penuh dengan kredibiliti seorang lagi pengarah syarikat yang dilantik sebagai pengurus operasi bagi menguruskan perniagaan resort tersebut. Cek-cek telah ditanda tangani terlebih dahulu dan diserahkan kepada pengurus operasi tanpa sebarang kawalan. Beliau juga tanpa curiga memberi wang tunai dengan jumlah yang banyak kepada pengurus operasinya untuk menyelesaikan kos operasi diperingkat permulaan, yang akhirnya diselewengkan. Akhirnya, beliau telah kehabisan semua wang skim VHSnya kerana telah diselewengkan oleh pengurus operasi yang sangat beliau percayai. Seorang usahawan lain pula mendapati bisnesnya begitu menguntungkan. Namun begitu, timbul suatu persoalan kenapa setiap bulan beliau terpaksa ‘top-up’ wang peribadinya ke dalam bisnes tersebut. Beliau menyuruh saya membuat akaun dan due diligent audit untuk memberi laporan kepadanya. Setelah disemak akaunnya secara terperinci, melalui penyediaan akaun pengurusan, memang terdapat keuntungan seperti yang beliau jangkakan. Akaun pengurusan mendapati kebocoran dalam aliran tunai bisnesnya. Tanpa


Kamal Al Rahman 46 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya disedari, kebocoran wang tersebut digunakan untuk membayar ansuran empat buah kereta anak-anaknya berjumlah RM6,000 di samping gaji berjumlah RM6,000 dibayar kepada tiga orang anak-anaknya. Terdapat juga pembaziran lain sebanyak RM1,000.00 sebulan. Oleh sebab margin keuntungan pengedar bahan api telah ditetapkan dan tren jualan yang konstan, beliau tidak dapat meningkatkan pendapatan dengan menaikkan margin keuntungan dan meningkatkan jualan. Cuba kita fikirkan apakah langkah-langkah berkesan yang boleh dilakukan oleh usahawan tersebut untuk memulihkan kembali aliran tunainya? Jawapannya, sudah tentulah membuat bayaran ansuran setakat sebuah kereta dan hanya membenarkan seorang anaknya sahaja menguruskan perniagaan tersebut. Seorang pelanggan saya sangat aktif berniaga dalam bidang barang-barang pembinaan dan logam pada peringkat bisnesnya. Beliau tidak menghadapi masalah aliran tunai memandangkan keadaan ekonomi sedang meletop pada masa itu. Terdapat ramai kontraktor pembinaan membeli barang-barang secara pukal daripadanya. Beliau berani menjual barang-barang niaga secara kredit tanpa had disebabkan aliran tunainya dalam keadaan sihat. Apabila ekonomi merudum pada tahun 1997, sektor pembinaan jatuh teruk dan ramai daripada pelanggannya gulung tikar dan gagal membayar balik hutang-hutang mereka. Natijahnya, beliau telah menanggung bebanan hutang lebih daripada RM2 juta dan amat sukar untuk memungut kembali hutang-hutang tersebut. Dalam bisnesnya, terdapat beberapa kelemahan


Kamal Al Rahman 47 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya dalam kawalan aliran tunai dan kredit, pertama; tiada satu sistem kawalan kredit di peringkat awal dibuat ke atas setiap pelanggannya, misalnya, pelanggan yang sudah banyak hutang masih lagi diberi kemudahan kredit. Kedua; tidak mewujudkan satu mekanisma pengurusan memungut hutang secara konsisten dan berkesan. Contohnya, kaedah pembayaran back-to-back, membuat panggilan telefon secara berkala, menghantar surat peringatan setiap bulan dan lain-lain tindakan yang difikirkan sesuai. Ketiga; tidak menghantar letter of demand dengan mengupah peguam untuk mengutip hutangnya. Jika hanya berdiam diri sahaja, penghutang juga akan mendiamkan diri dan lama-kelamaan situasi sebegini dapat dilihat apabila jumlah penghutang mula bertimbun. Kesimpulannya, dengan sistem kawalan hutang yang baik, kaedah kutipan hutang yang berkesan dan konsisten serta perbelanjaan berhemah dapat mengatasi masalah pengecutan aliran tunai dalam bisnes. Untuk mengatasinya, seseorang usahawan perlulah melaksanakan langkah-langkah pre-emptif berikut:


Click to View FlipBook Version