The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Belajar daripada kegagalan bisnes orang lain dimasa lalu untuk mencipta kejayaan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kamal.alrahman, 2023-07-10 00:56:53

Belajar Daripada Kegagalan

Belajar daripada kegagalan bisnes orang lain dimasa lalu untuk mencipta kejayaan.

Keywords: Belajar Melalui Kegagalan

Kamal Al Rahman 98 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Peribahasa ada menyatakan bahawa besar periuk besarlah keraknya. Dalam bisnes, jumlah pelaburan mempunyai hubungan secara langsung dengan tahap risiko. Bermula dengan modal yang kecil tidak semestinya bisnes kita tidak baik, begitulah sebaliknya. Kemudian, fikirkan satu wawasan supaya kita dapat mengatur langkah dan bergerak ke arah menguasai pasaran yang lebih besar lagi. Lazimnya, bisnes yang bermula daripada skala kecil, apabila meningkat maju sangat sukar untuk jatuh dan terus kukuh dengan jenama sendiri. ❹ Fleksibel Setiap perancangan bisnes atas kertas dilihat begitu cantik sekali. Realitinya tidak begitu. Seorang usahawan telah memulakan bisnes barangan logam. Selang setahun kemudian, sebuah kedai barangan logam lain telah dibuka bersebelahan dengan kedainya. Sepuluh bulan kemudian, usahawan tersebut menutup kedainya disebabkan tidak mampu menyaingi harga murah yang ditawarkan oleh pesaingnya. Ketika ekonomi Malaysia sedang memuncak (sebelum 1997), terdapat terlalu ramai kontraktor Kelas F yang aktif menjalankan


Kamal Al Rahman 99 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya bisnes. Selepas ekonomi merudum dalam tahun 1997 disebabkan krisis kewangan di Asia, ramai daripada kontraktor Kelas F gulung tikar disebabkan ketiadaan projek-projek baharu. Para usahawan perlulah fleksibel dalam perancangan bisnes mereka, iaitu bertindak pantas dengan menukar model bisnes sebelum terus jatuh tertiarap. Pada tahun 90-an dahulu, seorang usahawan menjalankan bisnes stesyen minyak di Damansara Utama, Petaling Jaya. Beliau menyatakan kepada saya untuk menutup bisnesnya dan menyerahkan semula stesyen minyak tersebut kepada syarikat minyak. Saya bertanya kepada beliau kenapa? Beliau memberitahu saya, lebih baik rugi sedikit daripada menanggung kerugian yang berpanjangan. Kali terakhir saya terjumpa beliau ialah dalam tahun 2009 di mana dia telah berhijrah ke Johor Bahru untuk menjalankan bisnes lain di sana. ❺ Margin Keuntungan yang Tinggi Walaupun mula berniaga dengan bersumberkan modal yang kecil, pastikan produk yang dijual mempunyai margin keuntungan yang tinggi. Margin keuntungan seunit produk yang tinggi dapat menyerap kos tetap dan kos berubah yang sentiasa meningkat.


Kamal Al Rahman 100 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Contoh Nasi Lemak: Kos sebungkus RM0.75 Jualan RM2.25 Margin: 66.67% Markup: 200% Profit: RM1.50 Keuntungan kasar 100 bungkus nasi lemak = 100 x RM1.5 = RM150 Untuk memastikan harga yang selesa, produk hendaklah dimarkup dengan kadar lebih daripada 100%. Misalnya, nasi lemak di atas telah dimarkup dengan kadar 200%. Kemudian lihat harga pesaing dahulu sebelum letak harga. Markup yang melebihi 100% sangat penting bagi tujuan menyerap kos-kos lain. Markup yang kurang daripada 100% menyebabkan margin keuntungan yang sangat rendah sehingga boleh mengakibatkan bisnes tidak mampu menyerap kos-kos lain. Sahabat saya, Allahyarham Master Chef Shokri dalam laman sosial facebook menulis supaya usahawan meletakkan harga jualan makanan tiga kali ganda daripada kos membuat makanan. Margin keuntungan yang tinggi sangat mempengaruhi jangka hayat suatu perniagaan.


Kamal Al Rahman 101 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya ❻ Strategi Pemasaran – Go Digital Strategi pemasaran merupakan suatu aktiviti tersusun bagaimana produk atau perkhidmatan itu sampai ke tangan (dibeli) pengguna. Aktiviti ini hendaklah dijalankan oleh usahawan dengan lebih bijak supaya kewujudan produk mereka sampai kepengetahuan pengguna dalam jangka masa yang singkat. Tiga peringkat yang sangat penting berlaku di sini, iaitu; memperkenalkan produk dalam pasaran; di mana produk boleh diperolehi dan bagaimana produk sampai ke tangan pengguna. Oleh itu, jaringan kerjasama strategik dengan pasaraya hiper seperti Tesco, Giant, Carefour, Mydin, Econsave dan rangkaian kedai 24 jam seperti Seven Eleven, Speedmart, Pasar Mini 4K dan di stesyenstesyen petrol perlu difikirkan. Usahawan boleh menjadi pembekal dengan menggunakan platform yang disediakan oleh mereka. Dropship merupakan suatu kaedah pemasaran moden yang sangat popular. Dropship melibatkan penjualan suatu produk atau perkhidmatan yang mana pengedar hanya perlu membayar kepada pembekal berdasarkan produk atau servis yang diniagakan. Pembekal akan terus menghantar produk kepada pelanggan tanpa


Kamal Al Rahman 102 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya perlu melalui pengedar. Manfaat bisnes dropship ialah pengedar tidak perlu memiliki barang dan premis bisnes sendiri. Go Digital! Usahawan boleh menjadi dropshipping agen kepada syarikat e-dagang seperti Lazada, Alibaba, Shopee, Fingo, Amazon dan lain-lain boleh dimanfaatkan dalam strategi pemasaran. Dropshipper menjalankan aktiviti dropship dengan membekalkan produk terus kepada pelanggan disamping menjadi rakan affiliate e-dagang. Bisnes secara e-dagang dan dropship dapat mengurangkan kos serta mewujudkan rangkaian pelanggan dengan pantas. Menggunakan teknologi pemasaran sosial juga sangat penting jika mampu dimanfaatkan. Misalnya, penggunaan FB Ads dan Google Ads sangat perlu dikuasai oleh seseorang usahawan jika dia betulbetul serius dalam bisnes. Usahawan yang serius boleh mulakan dengan mengikuti kursus-kursus Fb Ads dan Google ads dahulu. Penggunaan laman web dengan teknologi e-dagang mampu untuk bertindak sebagai seorang jurujual bisnes 24 jam. Walau bagaimanapun, kos-kos pengiklanan digital bukanlah suatu yang murah, tetapi sangat berkesan. Usahawan boleh buat digital marketing secara trial, kemudian lihat impaknya dalam tempoh


Kamal Al Rahman 103 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya tertentu. Mengupah pakar-pakar pemasaran digital perlu difikirkan jika bisnes kita mampu untuk membayar perkhidmatan mereka. Seseorang usahawan tidak mampu mencapai kejayaan sekiranya beliau melakukan segalanya bersendirian. Oleh itu, mengedar produk secara mengadakan perikatan strategik dengan syarikatsyarikat lain yang sudah kukuh dipasaran dapat mempercepatkan lagi penembusan barang-barang ke seluruh dunia. ❼Mengubah Model Bisnes Bagi menghadapi persaingan yang kuat, usahawan hendaklah menyusun strategi yang lebih berkesan untuk mengatasi lawan. Antaranya ialah dengan mengubah model bisnes seperti berikut: ➢ Mengubah bisnes alatulis semata-mata kepada 75% kedai runcit dan 25% lagi alatulis. ➢ Menggunakan perkongsian strategik dengan syarikat edagang, seperti Lazada, Shopee, Fingo dan lain-lain untuk menembusi pasaran tanpa sempadan.


Kamal Al Rahman 104 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya ➢ Menggunakan teknik pemasaran sosial, iaitu web 2.0, tetapi perlu menguasai teknik Fb ads, Google ads, Insta ads dan lain-lain terlebih dahulu. ➢ Mengubah haluan kepada bidang bisnes lain yang lebih menguntungkan. ➢ Menaiktaraf bisnes peruncitan kepada pemborongan, libatkan diri dengan pasaran import dan eksport. Mengubah model bisnes boleh dilakukan apabila kita mendapati terdapat banyak saingan, keuntungan pada paras cukup makan atau bisnes itu sudah tiada permintaan lagi. Namun begitu, mengubah model bisnes boleh juga dilakukan jika seseorang itu ingin meningkatkan lagi prestasi bisnesnya supaya dapat menguasai kadar penembusan pasaran yang tinggi. Mengubah model bisnes boleh digabungkan serentak dengan penjenaman semula bisnes. ❽ Penjenamaan Semula Penjenamaan semula merupakan suatu proses mengubah imej syarikat atau produk. Tujuannya ialah dengan imej baharu itu akan


Kamal Al Rahman 105 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya menjadi lebih menarik bagi pengguna. Hal ini melibatkan strategi pemasaran seperti mengubah logo, nama bisnes, symbol dan lainlain. Tujuan utama penjenamaan semula ialah untuk mempengaruhi persepsi pelanggan mengenai produk atau perkhidmatan atau syarikat secara keseluruhan. Penjenamaan semula sangat baik kerana dapat meningkatkan lagi jualan serta memperluaskan lagi penembusan produk dalam pasaran. Walau bagaimanapun, penjenamaan semula harus dibuat dengan berhati-ahti, dikhuatiri boleh menyebabkan syarikat kehilangan pelanggan-pelanggan. Pelanggan menganggap mungkin syarikat asal mengalami kerugian dan sudah diambil alih oleh orang lain. Maklumkan kepada pelanggan bahawa syarikat menjalani proses penjenamaan semula tersebut. ❾ Bertindak Pantas Peluang bisnes yang terhidang di hadapan mata haruslah disambar dengan pantas. Adalah dikhuatiri tindakan yang lambat


Kamal Al Rahman 106 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya membolehkan pihak lain dapat mengesan daya maju bisnes yang kita jalankan dan mereka tanpa teragak-agak akan memintasnya. Lupakan sahaja kisah dongeng kura-kura dengan arnab kerana manakan wujud orang yang sedang berlumba tertidur! Janganlah sampai kita tertidur dalam perlumbaan bisnes untuk menguasai pasaran. ❿ Rekayasa dan Penstrukturan Semula Syarikat Rekayasa semula bisnes ialah suatu segi yang berkaitan dengan memikirkan semula aktiviti bisnes, gaya kepimpinan, pemasaran berkesan, aliran kerja organisasi, penjenamaan semula, pembinaan semula pelan perniagaan, sistem pengurusan dan lain-lain. Rekayasa semula hendaklah dilaksanakan jika syarikat berada dalam kerugian, tiada inovasi dan hilang arah tujuan. Namun begitu, rekayasa semula bisnes ini memerlukan penglibatan konsultan luar untuk membuat penilaian dan penambahbaikan suatu syarikat. Penstrukturan semula syarikat meliputi rombakan komposisi Lembaga Pengarah, pelantikan pengurusan atasan seperti CEO, Pengurus, CFO, COO supaya syarikat lebih berdaya saing seterusnya menguntungkan pelabur.


Kamal Al Rahman 107 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Penstrukturan semula syarikat juga berlaku jika terdapat pertukaran hakmilik dalam syarikat atau untuk penambahbaikan prestasi bisnes yang suam-suam kuku. Pemilik baharu sudah tentu akan membuat rombakan utama dalam struktur organisasi syarikat. ⓫ Penglibatan Dalam Komuniti Penglibatan komuniti dengan bersikap proaktif dalam masyarakat sekeliling seperti kariah masjid, persatuan penduduk, persatuanpersatuan sukan setempat dan badan-badan amal yang lain sangat berkesan. Penglibatan komuniti ini bermaksud memperkenalkan bisnes atau syarikat melalui penglibatan diri kita dalam masyarakat. Penglibatan proaktif dalam komuniti seolah-olah memperkenalkan jenama produk, pemilik dan syarikat kepada umum secara terus dan kaedah ini tidak memerlukan kos. Secara tidak langsung pula penglibatan komuniti mampu meningkatkan jualan ⓬ Perikatan Strategik Perkongsian atau pakatan strategik antara dua buah syarikat komersial yang biasanya diformalkan oleh suatu atau lebih kontrak


Kamal Al Rahman 108 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya perniagaan. Perkongsian strategik biasanya tidak melibatkan hubungan entiti, agensi atau syarikat yang sah. Seseorang itu membekalkan terus produknya di mana sahaja yang vendor mahukan. Teknik ini dapat mengurangkan kebergantungan kepada pelanggan-pelanggan tertentu sahaja. ⓭Pengurusan Risiko Terdapat dua jenis risiko yang dihadapi oleh manusia, iaitu hidup terlampau singkat, atau hidup terlampau lama. Begitu juga dengan bisnes, terdapat tujuh jenis risiko yang perlu diberi perhatian oleh usahawan bersaiz kecil-sederhana. Risiko-risiko tersebut ialah: • Risiko strategik - risiko strategik berkaitan dengan kendalian bagi sesuatu industri tertentu, misalnya pemerosesan bahanbahan seperti racun dan bahan kimia adalah sangat merbahaya. • Risiko pematuhan – risiko yang berkaitan dengan pematuhan sesuatu peraturan dan undang-undang.


Kamal Al Rahman 109 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya • Risiko kewangan – risiko yang berkaitan dengan struktur kewangan bisnes, transaksi perniagaan, dan sistem pengurusan kewangan yang anda miliki. • Risiko operasi – risiko yang berkaitan dengan operasi perniagaan. • Risiko pasaran – risiko luaran yang sukar dikawal oleh syarikat seperti bencana alam, krisis ekonomi dan kewangan dan perubahan polisi kerajaan. Risiko dalam bisnes PKS perlu diuruskan oleh usahawan dengan cekap, tanpa mengambil masa yang lebih lama untuk memutuskan sesuatu perkara kritikal. Usahawan juga hendaklah mampu mencongak risiko-risiko bisnes yang bakal dihadapi. Tindak balas yang lewat bagi mengatasi risiko-risiko boleh menyebabkan bisnes boleh mengalami kerugian besar, dan seterusnya menemui kegagalan.


Kamal Al Rahman 110 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Kesimpulan Belajar daripada kegagalan merupakan suatu koleksi daripada pengalaman yang ditimba daripada dunia realiti keusahawanan. Sesungguhnya, peristiwa yang berlalu sangat baik untuk dijadikan teladan supaya usahawan tidak mengulangi kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan oleh orang-orang terdahulu. Belajar daripada kegagalan dapat menyedarkan usahawan bahawa kesilapan itu hendaklah sentiasa diperbaiki dengan segera. Mungkin juga mereka perlu digagalkan dahulu supaya tidak sombong dan angkuh dengan kekayaan yang mereka miliki. Seterusnya bangun semula atas landasan yang betul untuk meraih kejayaan yang lebih bermakna.


Click to View FlipBook Version