Kamal Al Rahman 48 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Krisis Dalaman Krisis dalaman berlaku disebabkan oleh perbezaan pendapat yang tidak dapat diselesaikan dalam kalangan pekongsi firma atau pun lembaga pengarah syarikat. Krisis dalaman menjadi bertambah kronik sekiranya masing-masing pekongsi atau pengarah tidak mahu mengalah atau bertolak ansur. Punca utama perbezaan pendapat sehingga ke tahap menyebabkan krisis dalaman berlaku adalah disebabkan perebutan kuasa untuk menguasai jawatan, kawalan syer syarikat, konflik kepentingan, keuntungan rahsia dan lain-lain. Kebiasaanya, di peringkat awal bisnes, semua urusan berjalan dengan lancar dan Hantar letter of demandtuntutan hutang yang melebihi enam bulan Kutipan hutangpastikan hutang dikutip secara konsisten, dalam tempoh tiga bulan. Lemah Kawalan Dalaman Kawalan kredit-hadkan belian kredit pelangan. Tambahan kredit berdasarkan performan pelanggan.
Kamal Al Rahman 49 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya tidak wujud sebarang pergeseran. Apabila bisnes sudah mula maju, wang sudah banyak masuk, maka bermulalah aksi-aksi yang tidak terlintas akan berlaku sebegitu rupa. Terdapat sebuah syarikat yang menjalankan bisnes pembekalan baranganbarang keseluruh organisasi di Kuala Lumpur. Pengarahnya terdiri daripada dua orang kawan baik, A dan B. Si A mempelawa B menjadi pengarah syarikat untuk mencukupkan syarat bilangan dua orang pengarah sahaja. Si A sanggup melepaskan jawatan bekerja makan gaji disebabkan minatnya yang mendalam dalam bidang bisnes. Tidak lama kemudian, bisnesnya mula meningkat maju disebabkan kerajinan Si A, dan Si A sudah mampu membeli sebuah kereta baharu. Apabila Si A menukar kereta baharu, Si B yang pendiam tiba-tiba melenting dan menuntut elaun pengarah RM1,000.00 sebulan daripada Si A. Alasannya ialah beliau ialah pengarah syarikat dan memegang 50 % syer (disebabkan modal berbayar Si A dan Si B dalam syarikat ialah RM2.00), maka dia berhak atas keuntungan syarikat. Si A cuma meminjam nama kawannya Si B untuk mencukupkan bilangan dua orang pengarah syarikat di sisi undangundang. Si B bekerja di tempat lain, dan bukannya bekerja dalam syarikat kepunyaan Si A. Disebabkan Si A tidak mahu melayan tuntutan tersebut, Si B telah bertindak mengambil tindakan undang-undang ke atas Si B atas sebabsebab tidak pernah menyediakan penyata kewangan yang diaudit dan tidak pernah mengadakan mesyuarat agung tahunan syarikat. Sejak itu, bermulalah detik-detik krisis dalaman yang akhirnya membawa kepada syarikat tersebut tidak dapat dijalankan. Si A sudah tidak berminat lagi untuk menjalankan syarikat tersebut dan mula menubuhkan bisnes milik tunggal lain supaya tidak lagi diganggu oleh Si B.
Kamal Al Rahman 50 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Terdapat banyak syarikat yang terhenti aktiviti bisnes mereka begitu sahaja disebabkan oleh krisis dalaman. Terdapat ramai juga yang memilih untuk menyelasaikan krisis dalaman ini melalui tindakan mahkamah untuk memuaskan hati masing-masing. Ada yang sanggup membiarkan bisnes itu musnah sama sekali asalkan hati mereka puas. Akhirnya; kalah jadi abu, menang jadi arang – kedua-duanya sudak rosak dan tidak boleh dipakai lagi. Akibatnya, bisnes hancur. Oleh itu, berhati-hatilah dalam memilih rakan kongsi niaga, iaitu fikirkanlah dari aspek faedah yang diperolehi daripada orang itu jika kita ingin berkongsi dengannya. Jika tiada sebarang kelebihan yang boleh didapati daripadanya, lupakan sahaja pekongsi itu! Seseorang itu perlu memikirkan perkara-perkara berikut sebelum mengambil rakan kongsi ataupun melantik pengarah/pemegang syer ke dalam firma atau syarikat:
Kamal Al Rahman 51 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Lokasi Tidak Strategik Lokasi yang strategik adalah penting disebabkan ianya dapat meningkatkan lagi jumlah volum bisnes berjenis walk in seperti restoran, kedai gunting rambut, perkhidmatan dobi, pasar mini dan lain-lain. Bisnes jenis tersebut bergantung kepada lokasi yang padat orang, mudah jalan keluar-masuk, mempunyai kawasan pakir yang besar, mudah dilihat orang dan terdapat beberapa gedung membeli belah lain disekitarnya. KRISIS DALAMAN Menjual kepentingan dalam syarikat, jika tidak boleh bersama lagi. Buat perjanjian perkongsian Selesaikan secara "menangmenang." Jangan bergaduh!
Kamal Al Rahman 52 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Berbeza pula dengan beberapa jenis bisnes lain (seperti firma perkhidmatan profesional arkitek, peguam dan juruodit), tidak beberapa memerlukan lokasi yang strategik memandangkan mereka mempunyai pelanggan-pelanggan tertentu ataupun memang pelangganlah yang kerap mencari mereka. Lokasi strategik seperti lot tepi sangat strategik untuk perniagaan seperti kedai-kedai tayar dan perkhidmatan servis kereta, restoran, pasar mini dan lain-lain. Namun begitu, kadar sewa premis di kawasan tersebut sangat tinggi dan perlukan jumlah jualan harian yang tinggi juga bagi membolehkan bisnes terus hidup. Saya pernah pergi ke sebuah kedai menjahit pakaian di Komplek Diamond, Bandar Baru Bangi untuk alter seluar jeans. Kedudukan kedainya agak tersorok dan saya berpendapat lokasinya sangat tidak sesuai. Selang beberapa tahun kemudian saya cari semula kedai jahitan tersebut tetapi sudah tiada lagi situ. Puas saya berjalan-jalan mencarinya, dan akhirnya ternampak kedai itu terletak disuatu lokasi yang lebih strategik dan boleh dilihat oleh orang ramai. Begitu juga sebuah café di Bandar Baru Bangi yang mana variasi makanannya unik dan enak, tetapi perniagaannya tidak begitu berdaya maju disebabkan pasaran ditempat itu hanya majoritinya dikunjungi oleh pelajar-pelajar universiti. Apabila café tersebut berpindah ke kawasan yang lebih strategik, iaitu di lot sudut, dan terdapat pelbagai kedai-kedai yang menjual pelbagai barang pengguna disekelilingnya, maka ramai pelanggan daripada golongan pekerja datang memenuhi café tersebut. Oleh itu, lokasi perniagaan boleh
Kamal Al Rahman 53 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya mempengaruhi tahap kemajuan sesebuah bisnes disebabkan ianya dapat meningkatkan volum jualan. Harga Yang Tidak Menguntungkan Terdapat beberapa kaedah letak harga yang diamalkan dalam pasaran, namun begitu bab ini tidaklah bertujuan untuk membincangkan kaedah-kaedah tersebut. Harga yang tidak menguntungkan disebabkan oleh kesilapan dalam meletakkan lokasi tingkat bawah-mudah dapat tumpuan ramai walk-in mudah dilihat, restoran dan pasaraya lokasi tersorokpelanggan bukan walk-in tingkat atasbisnes perkhidmatan tiada stok
Kamal Al Rahman 54 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya harga, terutamanya dalam pasaran persaingan sempurna yang banyak persaingan. Kaedah meletakkan harga yang betul akan menentukan kejayaan bisnes pada masa depan. Bagi produk tiada atau sangat kurang persaingan, usahawan bebas meletakkan harga dengan margin keuntungan yang dikehendaki. Persaingan sengit wujud akibat daripada tindakan pesaing-pesaing lain mencantas harga supaya mereka dapat mengawal suatu pasaran atau untuk memenangi sesuatu tender. Bagi produk yang bersaing, usahawan hendaklah meletakkan pada harga pesaing atau bersedia untuk meletakkan harga lebih rendah daripada itu. Seorang usahawan sanggup membekal suatu jenis barangan pada kerajaan dengan margin keuntungan lima peratus sahaja disebabkan persaingan yang agak sengit. Apabila beliau berjaya mendapat projek pada harga tersebut, tiba-tiba harga barangan daripada pembekal meningkat 20 peratus disebabkan oleh kenaikan harga bahan mentah yang tidak dapat dikawal. Akibatnya, usahawan tersebut menanggung kerugian besar disebabkan menjual barang yang telah dipesan pada kadar sebut harga asal disebabkan harga kos per unit lebih tinggi daripada harga jualan seunit. Begitu juga ramai daripada usahawan yang sanggup mencantas harga hanya semata-mata untuk mendapatkan kerja-kerja pembinaan, ubahsuai, penambahbaikan bangunan-bangunan,
Kamal Al Rahman 55 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya jalan raya dan lain-lain kemudahan prasarana. Apabila jumlah kos meningkat, mereka terpaksa meninggalkan kerja-kerja dalam pembinaan tersebut separuh jalan dan hal ini menyebabkan banyak projek-projek tidak dapat disiapkan dengan sempurna ataupun terbengkalai. Menjual dengan harga yang terlampau murah juga boleh mengakibatkan pembeli beranggapan bahawa barangan tersebut adalah dalam kategori barangan bawahan. Adalah penting seseorang itu memikirkan jumlah margin keuntungan dalam meletakkan harga. Produk perlu dijual dalam jumlah kuantiti yang banyak dan kita boleh menjualnya secara pukal (seperti dozen, tan, atau minimum 100 unit dalam satu kotak). Fokuskan kepada margin keuntungan terbaik yang perlu ditentukan disebabkan kos-kos hendaklah meliputi sesuatu yang mungkin kita terlepas pandang untuk diambil kira. Contohnya, tidak memasukkan gaji sendiri dan bayaran ansuran bank dalam pengiraan kos. Walau bagaimanapun, harga bukanlah penentu terakhir laku atau tidaknya sesuatu produk. Misalnya, barang mewah, walaupun harganya mahal, tetapi golongan berpendaptan tinggi tetap
Kamal Al Rahman 56 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya membelinya disebabkan orang yang memakainya merasakan dirinya ada kelas. Oleh yang demikian, dalam strategi letak harga, kita hendaklah mengambil kira perkara-perkara berikut: Kos per unit = + ℎ Harga jualan = kos per unit + margin keuntungan Margin keuntungan = ℎ ℎ x markup (%) Strategi letak harga kira dahulu kos per unit, baharu letak harga letak harga sendiri jika tahu kos per unit. elakkan menjual pada harga yang merugikan.
Kamal Al Rahman 57 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Tiada Inovasi Produk Inovasi merupakan suatu proses mengubah, memperbaiki, memperelokkan lagi dan mengemaskini sesuatu barang supaya ianya menjadi lebih menarik dan berteknologi, selaras dengan peredaran masa. Produk lama yang tiada inovasi menjadi lapuk dan usang, seterusnya ditinggalkan pengguna. Produk telefon mudah alih Nokia dan Motorolla akhinya menjadi lapuk dan usang apabila ditinggalkan pengguna lantaran tidak menggunakan teknologi telefon pintar. Kemudian, Apple memperkenalkan iPhone pada 29 Jun 2007 dengan mengunakan teknologi pintar yang menggabungkan pelbagai media dalam telefon mudah alihnya. Dalam masa yang singkat, iPhone berjaya mengenepikan semua pesaingnya dalam pasaran. Pada tahun 2013, Nokia telah menjual teknologi telefon mudah alihnya kepada Microsoft setelah gagal bersaing dengan iPhone. Kepentingan inovasi ialah: ➢ Sebagai penyelesaian masalah sesuatu situasi;
Kamal Al Rahman 58 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya ➢ Mampu meningkatkan produktiviti; ➢ Mampu mengatasi pesaing; dan ➢ Lebih mudah untuk menembusi pasaran. Inovasi produk sering dikaitkan dengan penggunaan teknologi baru dan kreativiti untuk mengubah dimensi barang lama supaya kelihatan canggih serta dapat memberi nilai tambah kepada pengguna. Usahawan sewajarnya sudah bersedia dengan ideaidea baharu bagi menampilkan produk atau perkhidmatan yang berlainan dalam setiap keluaran. Inovasi yang sedikit sahaja pada produk sudah dianggap mempunyai suatu inovasi baharu. Sesungguhnya, inovasi dan kreativiti produk dapat mengekalkan kesetiaan pengguna, justeru dapat meneruskan kesinambungan bisnes seseorang. Untuk memastikan produk atau perkhidmatan mempunyai inovasi, perkara-perkara berikut wajar dilaksanakan: Memperkenalkan idea baharu ke atas produk. Meningkatkan tahap perkhidmatan supaya cepat dan lebih efisien. Mencipta produk yang lebih dinamik supaya tidak usang bagi menjaga kesetiaan pengguna.
Kamal Al Rahman 59 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Kurang Ilmu Kurang ilmu bermaksud seseorang usahawan itu kurang ilmu daripada sudut tertentu, terutamanya pemasaran, inovasi, kepimpinan dan lain-lain. Mereka menguasai kemahiran dalam bidang sendiri, tetapi tidak menguasai bidang-bidang kritikal bisnes yang lain. Misalnya, seseorang yang menceburkan diri dalam tanaman cili fertigasi. Apabila sampai musim menuai hasil, usahawan itu tidak tahu di mana dia harus menjual cilinya itu. Akibatnya, cili rosak dan habis terbuang begitu sahaja. Sebelum menjalankan suatu bisnes, pastikan siapakah pembelinya lebih dahulu, samada pasaraya, hipermarket, pasar basah, pasar malam dan lain-lain lagi. Dengan cara tersebut, pasaran kelihatan lebih terjamin dan dapat mengurangkan risiko lambakan atau pembaziran. Walaupun produk terbaik, jika tiada pembelinya, siasialah berniaga! Keusahawanan bukanlah suatu bidang yang hanya tahu setakat menghasilkan produk sahaja. Usahawan pula hendaklah bersedia mempelajari ilmu-ilmu berniaga yang lain sama ada secara mengikuti kursus ataupun belajar daripada orang lain. Janganlah
Kamal Al Rahman 60 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya malu untuk belajar jika tidak mahu ketinggalan. Aspek-aspek ilmu lain yang perlu dikuasai termasuklah: •Sebagai usahawan, kerja-kerja yang kurang penting hendaklah diwakilkan kepada pembantunya. Tidak perlulah dia buat kerja daripada A-Z. Penugasan kerja •Daya kepimpinan sangat penting untuk berjaya.Pemimpin yang berkesan ialah mereka yang mempunyai wawasan, bermotivas tinggi dan berorientasikan hasil. Daya kepimpinan berkesan boleh digambarkan melalui kakitangan yang cekap, teratur, berdisiplin serta tidak banyak aduan. Daya kepimpinan •Mempunyai mentaliti melaksanakan semua kerja hingga selesai tanpa bertangguh. Memastikan setiap masalah diselesaikan dengan sempurna. Proaktif •Pandai menguruskan hal-hal kewangan bisnes seperti pengurusan wang tunai, kredit pelanggan, simpanan dan pelaburan. Celik Wang •Boleh mengawal emosi tahap tinggi sama ada dengan staf, pembekal, pelanggan dan dengan orang lain. Kawalan Emosi •Tanpa perkhidmatan pelanggan yang baik, pelanggan akan lari ke tempat lain Perkhidmatan Pelanggan •Usahawan perlu menguasai teknik pemasaran digital jika dia mahu pergi lebih jauh. Para pelanggan lebih suka melayari internet untuk membeli sesuatu disebabkan menjimatkan kos dan masa mereka. Pemasaran Digital •Seseorang usahawan itu perlu sedar kelemahan diri dan mencari bantuan daripada mereka yang mahir untuk menyelesaikan masalah bisnesnya. Sedar Kelemahan Diri
Kamal Al Rahman 61 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya BAHAGIAN III FAKTOR KEGAGALAN BISNES DISEBABKAN DIRI SENDIRI ukan salah ibu mengandung, pinta badan memang begitu. Seseorang itu sering menyalahkan orang lain apabila dia gagal, pada hal kegagalan itu berpunca daripada kelemahan dirinya sendiri. Misalnya, patutkah murid-murid menyalahkan guru apabila mereka gagal dalam peperiksaan. Acap B
Kamal Al Rahman 62 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya kali seseorang menyalahkan itu dan ini apabila tidak dapat mencapai apa yang dihajatinya. Ambillah iktibar daripada kisah lagu rakyat bangau oh bangau. Dalam lagu tersebut, bangau menyalahkan dirinya kurus disebabkan oleh ikan yang tidak mahu timbul. Kemudian, ikan pula cuba menyalahkan rumput yang tumbuh panjang sangat. Seterusnya, rumput pula menyalahkan kerbau yang tidak datang memakannya sehingga menyebabkannya tumbuh panjang. Akhirnya, penghujung lagu ini telah ditamatkan oleh ular yang mengaku bahawa katak itu memang makanannya. Jika tidak ada ular yang membuat pengakuan dalam lagu tersebut, maka tidak diketahui sampai bilakah lagu tersebut dapat ditamatkan. Dalam diri setiap manusia mempunyai kekuatan, jika mereka berjaya menggunakan kekuatan tersebut, maka berhasillah apa yang dicitakannya. Seseorang usahawan itu hendaklah yakin
Kamal Al Rahman 63 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya dengan dirinya sendiri. Walaupun begitu, mereka tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan, lalu berlakulah kegagalan. Berikut diketengahkan faktor-faktor kegagalan bisnes yang berpunca daripada kelemahan diri sendiri. ① Kegagalan Masa Lepas Kenapa bisnes gagal boleh berpunca daripada kegagalan masa lepas. Maka, terbenamlah benih-benih kegagalan itu dalam minda
Kamal Al Rahman 64 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya separa sedar usahawan buat selama-lamanya. Serik dan taubat tidak mahu buat lagi. Dalam menangani kegagalan masa lampau, hendaklah kita ambil peduli tentang tiga prinsip berikut; iaitu: Pertama: Jika kita mahu berniaga atau jadi usahawan, kegagalan masa lampau hendaklah dihapuskan sama sekali daripada sarang fikiran separuh sedar. Jika tidak, selagi itulah kita tidak boleh move. Kedua: Ingatlah, masa lampau tidak boleh dikenang, tidak boleh diperbetulkan lagi dan kita tidak boleh kembali semula untuk membetulkannya. Masa lampau merupakan zaman kita belajar bertatih, jatuh lalu tersungkur. Ketiga: Dan yang lebih penting, kita hendaklah bertindak untuk dan bagi kepentingan sekarang dan akan datang. Kehidupan yang lampau sudah berlalu, seharusnya kita perlu harungi masa sekarang dan akan datang. Oleh itu, lupakan kegagalan waktu silam memandangkan ia mampu menjadi batu penghalang untuk kita bergerak maju dimasa hadapan. ② Tiada Penetapan Matlamat Penetapan matlamat melibatkan tiga elemen secara langsung yakni; modal, jangka masa dan risiko. Sesuatu matlamat yang dirancang perlulah memasukkan ketiga-tiga elemen ini, seperti;
Kamal Al Rahman 65 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya modal awal yang cukup untuk menampung kos operasi. Kenapa bisnes gagal juga boleh disebabkan oleh tiada penetapan matlamat. Matlamat merangkumi jangka masa pendek (1-3 tahun), jangka masa sederhana (3-5 tahun) dan jangka masa panjang (lebih daripada 5 tahun). Matlamat juga hendaklah dinyatakan secara kuantitatif dan munasabah. Matlamat juga perlulah bersifat fleksibel dan boleh diubah suai pada bila-bila masa mengikut keadaan. Walau bagaimanapun, artikel ini tidak menerangkan bagaimana sepatutnya membina penetapan matlamat.
Kamal Al Rahman 66 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Risiko pula berkaitan dengan jumlah modal yang dilaburkan dan bidang perniagaan yang dijalankan. Besar modal, besarlah risikonya. Bidang perniagaan yang low demand mempunyai risiko yang tinggi. Buat kajian permintaan pengguna terlebih dahulu. Penetapan matlamat mampu menjadi perisai kenapa bisnes gagal. Jika seseorang usahawan itu telah menetapkan matlamatnya secara bertulis, dia mampu untuk mencapai lima perkara. ▪ Pertama: matlamat yang dirangka itu mampu meletuskan sikap untuk melaksanakan gerak kerja yang telah digariskan itu. ▪ Kedua: penetapan matlamat yang komprehensif dapat membimbing usahawan supaya lebih fokus dengan kerja-kerja yang telah ditetapkan terlebih dahulu. ▪ Ketiga: usahawan dapat mengekalkan momentum atau kuasa bertindak untuk menggerakkan dirinya ke arah pencapaian matlamat. ▪ Keempat: penetapan matlamat juga mampu untuk menyelaraskan fokus berdasarkan maklum balas daripada kemajuan gerak kerja lepas dan dibuat pengubahsuaian di mana perlu. ▪ Kelima: dengan penetapan matlamat seseorang itu mampu membina karekter berani dan akhirnya dia dapat mengenalpasti perkara yang benar-benar penting untuk perniagaanya. Seseorang yang berjaya mencapai matlamatnya dikatakan dia mampu membina keberkesanan diri, mengembangkan keperkasaan dan jati diri serta dia dapat membuktikan dirinya
Kamal Al Rahman 67 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya sebagai seorang juara. Tidak keterlaluan jika kita katakan dia merupakan suatu rare spesis yang mampu menterjemahkan suatu matlamat. ③ Gagal Untuk Berubah Dunia bisnes hari ini sangat pantas berubah, dan begitu juga dalam mana-mana perusahaan sekalipun, mereka tidak boleh mengelakkan diri daripada berubah. Perubahan persekitaran ekonomi dan bisnes pada dasawarsa ini berlaku sangat robus dan di luar jangkaan manusia. Misalnya, lihatlah apa yang telah berlaku kepada dinosaur, ia pupus sama sekali kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan alam sekitar. Sebaliknya,
Kamal Al Rahman 68 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya lihatlah lipas, di mana-manapun ia boleh hidup sehinggakan sukar manusia hendak menghapuskannya. Sesiapa sahaja, atas nama perubahan, perlu menganjak ke suatu paradigma baharu secara keseluruhan dan bersepadu demi untuk mencapai kejayaan dalam apa jua bidang sekalipun. Pasaran adalah sangat kejam bagi sesiapa sahaja yang tidak bersedia untuk berubah, mereka akan dihukum oleh pelangganpelanggan sehingga boleh menyebabkan bisnes mereka sudah tidak diperlukan lagi. Alvin Toffler menegaskan sama ada anda tidak bertindak balas langsung atau tidak bertindak balas cukup pantas atau dengan berkesan kepada perubahan yang berlaku di sekeliling kita. Beliau menamakan kelemahan seseorang dalam menghadapi perubahan mendesak ini sebagai “kejutan masa depan.” Seorang usahawan menjalankan perniagaan agensi insuran am yang sangat aktif pada peringkat awal perniagaannya. Pendapatannya sangat lumayan disebabkan terdapat hanya dua buah agensi insurans sahaja di bandar tersebut, termasuklah agensinya. Selepas dua, tiga tahun kemudian, beliau mendapati banyak agensi-agensi insurans am baharu telah dibuka di mana pemilikya jauh lebih muda dan lebih berpendidikan daripada beliau. Lamakelamaan, perniagaannya telah merosot sedikit demi sedikit. Tambahan pula, agensi-agensi insurans baharu menggunakan sistem talian terus melalui internet, sedangkan beliau masih lagi menggunakan kaedah lama menulis
Kamal Al Rahman 69 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya cover note dan menunggu polisi siap dalam tempoh sebulan. Beliau tetap tegar dengan kaedah lama, tidak mahu berubah dan tidak mahu belajar komputer! Akhirnya, beliau ditendang keluar daripada pasaran kerana tidak berupaya untuk cope-up dengan perubahan teknologi. Usahawan perlulah berubah dalam semua aspek bisnes dengan menggunakan kaedah-kaedah terkini terutamanya dalam aspek promosi, pemasaran, penghantaran, pelayanan pelanggan dan lain-lain. Kaedah perjalanan bisnes diabad 20 ini sangat moden dan canggih, walaupun menjalankan bisnes yang kecil. Usahawan muda kini berebut-rebut memasarkan produk mereka di Lazada, Shopee, Fingo dan ada yang sanggup bertindak lebih jauh dengan memasarkannya di Alibaba, Ebay, Amazon dan lain-lain. Disamping usahawan ini berniaga, mereka juga menjana pendapatan afflilate sampingan yang ditawarkan oleh syarikatsyarikat gergasi e-dagang. Mempelajari teknik-teknik baharu pemasaran digital perlukan ketekunan, semangat dan kuasa anjakan yang kuat supaya mampu bersaing dipasaran terbuka. Terdapat ramai daripada usahawan menggunakan teknologi Web2 iaitu Facebook, Instagram dan Google dengan menggunakan applikasi siap bina seperti Google Ads dan Fb Ads untuk memasarkan terus produk dan perkhidmatan mereka kepada
Kamal Al Rahman 70 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya netizen. Sudah tentu usahawan seperti ini telah mempelajari teknikteknik penting seperti target consumer, copywriting, payment gateway dan lain-lain. Berniaga boleh dijalankan tanpa perlu ada pejabat. Produk boleh dihantar dengan menggunakan syarikat kurir seperti Pos Laju, Skynet, TNT, CityLink, FedEx, DHL dan lain-lain. Bagi penghantaran makanan pula, usahawan boleh dapatkan perkhidmatan daripada dahmakan, QuickSent, Honestbee, Food Panda, GrabFood, dan lain-lain lagi dengan menggunakan apps sahaja. Oleh itu, usahawan hendaklah memastikan bahawa dia perlu sentiasa berubah, terutamanya daripada aspek produk, perkhidmatan, pemasaran dan penghantaran. Hakikatnya, mereka perlulah sentiasa belajar ilmu-ilmu baharu untuk berjaya. Pemasaran terus dengan menggunaan medium siap bina Web 2 seperti FB, Google, Insta dll. Pasarkan produk di syarikat e-dagang; Lazada, Shoppee, Fingo, Amazon dll. Dropshopping. Penggunaan syarikat kurier Digital Economy
Kamal Al Rahman 71 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya ④ Menyalahkan Orang Lain Sikap suka menyalahkan orang lain disebabkan kelemahan dan ketidakbolehan diri sendiri boleh menggagalkan perniagaan. Sikap ini menyebabkan seseorang itu tidak mahu mengakui kelemahan sendiri, apatah lagi memperbaikinya, malah cuba mencari sebab lain untuk menutup kelemahan tersebut. Sewaktu ekonomi Malaysia sedang memuncak dahulu (sebelum krisis kewangan serantau 1987) ramai usahawan boleh dikatakan hidup mewah. Ketika itu indeks komposit pasaran saham berada sekitar lebih 1,500 ke atas, dan pertumbuhan ekonomi sentiasa melebihi 8% setahun. Seorang usahawan menjalankan industri pengilangan mendapat pinjaman daripada bank berjumlah hampir RM1,000,000.00. Selepas mendapat pinjaman tersebut, beliau asyik berulang alik ke syarikat broker saham untuk jual-beli saham secara kontra dengan jumlah dagangan yang banyak dan mengabaikan pengurusan perniagaannya. Apabila pasaran mula merudum dan terus merudum, beliau terpaksa top-up margin kerugian yang dialaminya sehingga ke tahap menggunakan sumber wang daripada perniagaan. Kesannya, beliau terpaksa menggunakan wang syarikat yang diperolehi daripada pinjaman bank apabila pihak syarikat broker saham telah mengeluarkan notis tuntutan hutang. Akhirnya, kilang beliau terpaksa ditutup disebabkan kehabisan modal pusingan untuk membeli bahan mentah dan
Kamal Al Rahman 72 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya membayar kos overhead, dan beliau menyalahkan pekerja-pekerja kilangnya yang tidak cekap sehingga menyebabkan syarikatnya mengalami kerugian. Gunakan wang pinjaman untuk menjalankan perniagaan dan bukan untuk tujuan peribadi. ⑤ Membuka Perniagaan Bukan Teras Membuka perniagaan lain yang bukannya bidang teras kita merupakan salah satu penyebab yang mampu menggagalkan perniagaan. Perkara ini berlaku disebabkan usahawan yang mempunyai lebihan dana daripada perniagaan terasnya, tetapi modal kerja-kos operasi dan pembelian bahan mentah pembelian aset-untuk kegunaan operasi perniagaan
Kamal Al Rahman 73 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya tidak tahu bagaimana harus beliau salurkan lebihan dana tersebut untuk menggandakan lagi pendapatannya. Kemudian, terdapat tukang canang yang mengambil kesempatan mencadangkan suatu bidang perniagaan lain yang digembargemburkan mendatangkan keuntungan. Sebenarnya, selagi sesuatu perniagaan itu belum dijalankan, sukar untuk membuktikan bahawa ianya suatu perniagaan yang sangat menguntungkan. Terdapat seorang usahawan yang menjalankan perniagaan menjual basikal, alat-ganti dan juga baik pulih basikal. Kemudian beliau telah membuka sebuah bisnes butik pakaian yang dikendalikan oleh anak perempuannya. Perniagaan butik tersebut mengalami kerugian dan beliau telah menyuntik modal tambahan ke dalam bisnes itu. Disebabkan kerap menyuntik modal ke dalam bisnes butik anaknya, bisnes basikal beliau mengalami masalah aliran tunai yang serius. Akhirnya, pihak bank terpaksa menggantung akaun semasanya selama enam bulan kerana kerap mengeluarkan cek-cek tendang. Pengeluaran cek-cek tendang menunjukkan simtom bisnes kurang sihat, iaitu syarikat tidak cukup wang pusingan untuk membiayai kos overhednya. Kedudukan aliran tunai yang negatif sukar untuk dipulihkan melainkan beliau menyuntik modal tambahan daripada luar. Modal tambahan pula selalunya datang daripada sumber terakhir simpanan seseorang, pinjaman daripada orang lain ataupun pinjaman daripada bank. Pinjaman daripada orang lain agak
Kamal Al Rahman 74 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya membayakan sekiranya mereka mahukan pegangan syer dalam syarikat dan juga kawalan dalaman bisnes seseorang. Pihak bank pula sukar untuk membantu bisnes yang mengalami masalah aliran tunai, tambahan pula jika usahawan itu telah mengeluarkan beberapa keping cek tendang. Lebih afdal jika kita betul-betul fokus dalam bisnes teras yang menguntungkan dan mengembangkannya lagi ke tahap maksimum. Caranya ialah dengan membesarkan saiz bisnes atau membuka cawangan baharu. Bisnes pertama merupakan denyut nadi kita, dan elak libatkan diri dalam bisnes lain di luar pengetahuan, melainkan bisnes kita itu sudah merosot. Jelas sekali mereka menyedut sumber wang daripada bisnes teras untuk disalurkan kepada bisnes baharu. Seorang usahawan lain mempunyai pengalaman menjalankan bisnes restoran selama lebih daripada 15 tahun dahulu. Restorannya maju, dan ramai orang suka dengan masakannya. Disebabkan bisnesnya banyak untung, beliau menjalankan bisnes lain yang bukan bidangnya sebagai rakan kongsi niaga. Buat permulaanya, beliau mengeluarkan wang sebanyak RM80,000.00 sebagai modal awal perkongsian. Bisnes perkongsian tersebut diuruskan sepenuhnya oleh rakan kongsinya yang tidak mengeluarkan wang sedikitpun, tetapi menjanjikan peluang serta keuntungan yang bakal diperolehi. Pada setiap bulan, usahawan tadi memasukkan RM5,000.00 lagi sebagai modal tambahan
Kamal Al Rahman 75 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya untuk menampung kos operasi bisnes baharunya. Modal tambahan terus dimasukkan setiap bulan sehinggalah hampir setahun. Jumlah modal keseluruhan yang telah dikeluarkan dalam tempoh setahun adalah sebanyak RM140,000 (RM80,000+RM60,000), sedangkan untung belum lagi masuk. Malahan, rakan kongsinya mendapat gaji RM3,000 sebulan tanpa perlu mengeluarkan modal. Akhirnya; usahawan tersebut dapat menghidu tandatanda kehancuran lebih awal dan beliau mengambil langkah drastik untuk menutup perniagaan baharunya setelah menyedari (1) beliau mengalami kerugian sebanyak lebih daripada RM140,000.00 dalam masa setahun (2) aliran wang tunai restorannya telah menguncup teruk akibat menyuntik wang ke dalam bisnes baharunya (3) rakan kongsinya yang tidak mengeluarkan modal mendapat gaji buta RM3,000.00 setiap bulan. Akhirnya, rakan kongsinya berjaya mengumpulkan modal daripada keuntungan restoran untuk mebuka suatu bisnes baharu sebagai kontraktor telekomunikasi. Untuk menambah keuntungan daripada bisnes sekarang, gunakan strategi berikut: Bisnes teras simpan wang untuk strategi besarkan bisnes teras jangan sedut wang daripada bisnes teras untuk buka bisnes bukan teras besarkan saiz bisnes teras buka cawangan bisnes teras
Kamal Al Rahman 76 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya ⑥ Pembaziran Pembaziran bermaksud berbelanja berlebih-lebihan untuk perkara-perkara yang tidak diperlukan. Tambahan pula, pembaziran tersebut dilakukan semasa dalam peringkat praperniagaan lagi. Dalam erti kata lain, modal permulaan bisnes habis dibelanjakan untuk menubuhkan pejabat sahaja. Hal ini termasuklah ubahsuai pejabat secara berlebihan, membeli perabot dan sofa mewah, membeli peralatan pejabat yang kurang diperlukan, mengadakan kursus staf di hotel-hotel mewah dan lainlain lagi. Situasi ini dapat digambarkan oleh sebuah syarikat di mana semua pengarahnya terdiri daripada orang-orang ternama dan berasal daripada makan gaji. Sewaktu dalam syarikat konglomerat dahulu, mereka sudah biasa dengan perabot dan peralatan pejabat yang lengkap dan canggih, serta terdapat setiausaha cantik membantu tugas mereka. Pejabat pula diubahsuai dengan kos RM50,000.00,
Kamal Al Rahman 77 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya tidak termasuk peralatan pejabat yang canggih seperti mesin fotostat, perabot dan sofa mewah, penghawa dingin, karpet dari dinding ke dinding dan lain-lain lagi. Kemudian syarikat mencetak sejumlah fail yang tidak masuk akal banyaknya, termasuklah invois, kepala surat, sampul surat, kertas simili dan beranika jenis alat tulis. Hal ini berlaku disebabkan pihak pengarahnya tiada langsung pengalaman dalam menguruskan perniagaan sendiri dan sudah terbiasa dengan suasana kerja di syarikat-syarikat besar yang serba serbinya lengkap. Setelah dicampur perbelanjaan pra-operasi dan promosi, dalam tempoh sepuluh bulan sahaja syarikat mereka telah menghabiskan wang sebanyak RM150,000. Pengarah-pengarah yang lain mula panik, pendapatan belum masuk lagi, tuduh menuduh dan tuding-menuding antara satu dengan yang lain pun berlaku. Setahun kemudian, syarikat mula tidak mampu menampung perbelanjaan operasi, termasuklah gaji kaki tangan syarikat. Disebabkan ansuran bulanan sudah lama tidak dilunaskan, pihak bank mula mengambil tindakan menuntut hutang tertunggak terhadap syarikat tersebut. Sudah jatuh ditimpa tangga! Selepas pasca-bisnes pula, pembaziran lazimnya dilakukan untuk perbelanjaan-perbelanjaan yang bukannya bertujuan
Kamal Al Rahman 78 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya meningkatkan jualan atau pendapatan syarikat. Wang banyak dibazirkan untuk tujuan bukan bisnes seperti membeli kereta mewah dan perbelanjaan peribadi lain. Seorang akauntan disebuah syarikat pernah bertanya kepada saya bagaimana beliau harus menegur bosnya yang sangat boros berbelanja sehingga ke suatu tahap yang tidak munasabah. Di samping kereta syarikat yang digunakan, bosnya juga mengeluarkan wang syarikat untuk membayar kereta isteri dan anak-anaknya, ansuran rumah, pembantu rumah, perbelanjaan bermain golf, barang-barang kegunaan rumah dan lain-lain sehingga mencecah lebih RM20,000 sebulan. Perbelanjaan persendirian secara berlebih-lebihan ini telah menyebabkan bayaran gaji untuk kakitangan telah terjejas dan kadangkadang dibayar agak lambat. Hal ini disebabkan bosnya lebih mementingkan perbelanjaan peribadi berbanding dengan perbelanjaan operasi bisnes. Perbelanjaan bisnes perlulah atas perkara-perkara penting dan tidak banyak membebankan kewangan pemiliknya. Perbelanjaan yang perlu dibiayai diperingkat permulaan adalah seperti sewa pejabat, gaji kakitangan, perbelanjaan utiliti, belian stok, promosi dan pemasaran dan perbelanjaan operasi yang lain; iaitu bagi membolehkan bisnes tersebut terus berjalan tanpa menghadapi masalah aliran tunai. Kemudian, pastikan bisnes itu berkembang terlebih dahulu dengan memberikan tumpuan atas aspek-aspek pemasaran dan promosi
Kamal Al Rahman 79 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya supaya dapat meningkatkan tahap jualan. Berbelanja ke atas barang-barang kurang penting untuk keperluan operasi bisnes haruslah dibiayai melalui keuntungan bisnes dan bukannya melalui modal kerja yang tersedia. Jika kita ingin membeli aset seperti peralatan pejabat yang canggih, perabot ekslusif dan hiasan pejabat haruslah ditambah dari masa ke semasa setelah mendapat keuntungan daripada bisnes. Kaedah ini dapat memelihara aliran tunai keluar yang sihat di samping dapat menyimpan lebihan wang dengan lebih selesa. Sebagai seorang usahawan, pembaziran boleh dielakkan secara: perbelanjaan permulaan Kenalpasti perbelanjaan yang penting dahulu. boleh dapatkan aset second-hand untuk jimatkan wang. upgrade aset-aset pejabat Boleh upgrade aset-aset pejabat baharu sedikit demi sedikit melalui keuntungan perniagaan dan bukannya dengan menggunakan modal. meningkatkan jualan Fokus bisnes lebih kepada aktiviti meningkatkan jualan atau pendapatan. Dengan volum jualan yang banyaklah mampu menanggung perbelanjaan
Kamal Al Rahman 80 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya ⑦ Tidak Berdisiplin Bagi orang yang berjaya, sudah pasti mereka meletakkan disiplin sebagai salah satu faktor utama untuk mencapai kejayaan. Walaupun orang yang dikira gifted seperti Tiger Wood (pemain golf professional), Amalina (pelajar SPM 17A), Datok Lee Chong Wei (pemain badminton No. 1 dunia) Mohd Firdaus (pelajar Fizik cemerlang di UPM dengan CGPA 4.0) sekalipun, mereka tetap meletakkan satu set disiplin yang tinggi untuk mencapai kejayaan. Adalah sukar bagi seseorang itu mencapai suatu kejayaan dengan begitu mudah tanpa set disiplin yang tinggi dan juga tanpa usaha. Disiplin merupakan tonggak kejayaan. Untuk berjaya, kita perlu membentuk disiplin diri, terutamanya mengikut jadual kerja harian dan bulanan supaya tugasan dapat dilaksanakan dengan lebih efisyen. Untuk mencapai kejayaan saya bahagikan disiplin diri itu kepada tiga fasa utama; pertama, berdisiplin dalam melaksanakan kerja-
Kamal Al Rahman 81 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya kerja untuk mencapai matlamat; kedua, berdisiplin ketika mengendalikan wang ringgit; dan ketiga, berdisiplin dalam menjalankan perniagaan supaya dapat bertahan lama. Dalam fasa pertama, kerja-kerja perlulah dirancang, diatur dan dilaksanakan dengan konsisten. Segala perancangan awal boleh dirombak semula untuk disuaikan dengan keadaan semasa bagi mencapai matlamat. Fasa pertama merupakan fasa penentu, sama ada sukses, atau gagal! Disiplin ketika mengendalikan wang bermaksud kita perlu berdisiplin menjaga aliran tunai bisnes untuk tujuan operasi bisnes, membayar hutang, membayar gaji staf dan lain-lain perbelanjaan operasi. Misalnya, pihak majikan hendaklah bertanggungjawab membayar caruman KWSP pekerja, membayar balik pinjaman bank, cukai pendapatan dan lain-lain. Disiplin ketiga begitu sukar untuk dilaksanakan, disebabkan untuk mempertahankan bisnes dalam jangka masa panjang bukanlah suatu kerja yang mudah. Dalam bidang bisnes apa sekalipun yang dijalankan, usahawan perlu melakukannya dengan penuh berdisiplin, minat dan bersemangat. Apabila DNA bisnes teguh berdiri dalam diri seseorang, hayat bisnes dapat bertahan lama walaupun bisnes bertukar ganti.
Kamal Al Rahman 82 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Kegagalan bisnes disebabkan oleh diri sendiri bukanlah kebetulan, tetapi pilihan. Kita yang memilih jalan kegagalan. Buang segala sikap yang boleh merugikan diri sendiri, cuma kita sahaja yang boleh mengubahnya. Orang lain cuma mampu memberikan pendapat atau nasihat sahaja. Walaupun beribu nasihat telah diberikan, jika kita enggan berubah, lubuk kegagalan sedia menanti. Asas minimum set disiplin yang diperlu diamalkan oleh usahawan untuk berjaya adalah:
Kamal Al Rahman 83 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya ⑧ Malas Malas merupakan ibu kepada segala faktor kegagalan. Pepatah Melayu ada menyatakan ‘hidup segan mati tak mahu.’Malas merupakan satu penyakit yang mesti dikikis habis-habisan, disebabkan ia merupakan ibu kepada sifat-sifat negatif yang lain. Misalnya, pelajar-pelajar yang sangat berjaya dalam peperiksaan merupakan mereka yang rajin berusaha dan bukannya dalam kalangan pelajar yang malas. Orang yang rajin dan bekerja keras dapat melaksanakan kerja-kerja mereka berlipat kali ganda hasilnya berbanding dengan orang yang malas. Selepas bom atom digugurkan di Nagasaki dan Hiroshima •Buang godaan dan gangguan •Makan ikut masa dan makanan yang sihat •Jangan tunggu masa yang sesuai •Jadual rehat, beri ganjaran untuk diri sendiri •Cekap mengurus masa •Latih diri supaya berdisiplin Disiplin
Kamal Al Rahman 84 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya semasa perang dunia kedua pada tahun 1945, tempat tersebut menjadi padang jarak padang tekukur. Namun begitu, dengan penuh kerajinan dan dedikasi rakyatnya, Jepun telah bangun semula membina negaranya sehingga berjaya menjadi sebuah negara perindustrian terkaya di dunia. Menurut Brian Tracy, 50 peratus manusia membuang masa pada waktu kerja disebabkan bersembang dengan rakan sekerja, melewat-lewatkan waktu rehat sambil minum kopi atau makan tengahari, perniagaan peribadi, membaca akhbar atau majalah dan melayari internet. Beliau menggesa supaya seseorang bekerja sepenuh perhatian pada keseluruhan waktu bekerja disamping memulakan kerja satu jam lebih awal, dan bekerja lebih masa untuk mencapai produktiviti. Tidak hairanlah usahawan yang berjaya merupakan manusia yang rajin berusaha. Mereka menanggung pelbagai jenis perbelanjaan dan pinjaman sebelum membawa balik pulangan bersih sebagai pendapatan untuk dirinya. Setelah bisnes sudah stabil, masa usahawan lebih banyak di gunakan dalam hal-hal monitoring dan perancangan. Disamping itu, mereka juga memikirkan bagaimana untuk mengembangkan lagi bisnes yang sedia ada.
Kamal Al Rahman 85 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Berikut adalah beberapa kaedah untuk mengatasi malas: ⑨ Penyebab-penyebab lain Sebab-sebab lain yang boleh menggagalkan bisnes juga berpunca daripada pelbagai faktor sampingan selain daripada penyebab yang telah dinyatakan di atas. Berdasarkan pemerhatian ke atas bisnes-bisnes yang gagal selama lebih 30 tahun, penyebab kejatuhan bisnes berpunca daripada sebab-sebab utama seperti yang dibincangkan di atas. Lakukan peraturan 2 minit. Jika boleh buat kurang 2 minit, jangan tangguh. Buat senarai to-do. Cepat-cepat buat, jangan buat benda lain dahulu. Abaikan gangguan. Buat kerja yang sukar dahulu.
Kamal Al Rahman 86 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Penyebab-penyebab lain termasuklah kempimpinan yang lemah, tiada tumpuan, pemilik tidak menjalankan kegiatan pemasaran dan promosi yang berterusan, suka bertangguh, terlepas pandang, keuntungan rahsia yang dilakukan oleh pengarah syarikat, masalah mental, bisnes yang sudah ketinggalan zaman dan lain-lain lagi.
Kamal Al Rahman 87 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya BAHAGIAN IV Cadangan dan Kesimpulan egagalan bukanlah sesuatu yang aib, malah ia merupakan detik keramat bermulanya manusia meraih kejayaan. Sebenarnya, belajar daripada kegagalan lebih berkesan berbanding dengan terlalu obses melihat kejayaan orang lain. Hal ini disebabkan jalan-jalan mencapai kejayaan dalam bisnes itu tidak K
Kamal Al Rahman 88 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya diketahui sepenuhnya, mungkin dengan cara yang dilarang. Walaupun dengan cara yang tidak betul, manusia tetap memujanya bahawa dia telah berjaya. Kejayaan pula merupakan suatu matlamat umum usahawan, dan detik-detik seseorang usahawan itu dikatakan berjaya ialah: ➢ (a) Mencapai matlamat kebebasan kewangan; ➢ (b) Kemampuan mereka mengekalkan perniagaan; dan ➢ (c) Mewariskan bisnes kepada anak-anak. Mencapai matlamat kebebasan kewangan merupakan kemuncak kehidupan seorang usahawan. Kenapa? Pada tahap ini usahawan sudah tidak perlu lagi bekerja disebabkan simpanan atau pelaburannya sudah mencukupi untuk menanggung kos sara hidupnya. Jika seorang usahawan itu sudah mencapai tahap (a) di atas, maka tahap (b) dan (c) sudah tidak diperlukan lagi. Jika bisnes itu diwariskan, waris belum tentu mampu menjanjikan kejayaan seperti ibu-bapa atau datuk mereka. Mungkin juga waris tidak berminat berniaga, tetapi berminat untuk dapatkan harta pusaka sahaja.
Kamal Al Rahman 89 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Berikut merupakan beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan oleh usahawan sebagai langkah awasan supaya sekurangkurangnya mereka dapat meminimumkan kerugian, seterusnya mengelakkan kegagagalan bisnes mereka. Pada peringkat pra-usahawan, berikut merupakan usaha-usaha pelarasan diri paling asas yang perlu usahawan amalkan. PERINGKAT PRA-USAHAWAN Usahawan hendaklah melaraskan jajaran dan pengimbangan diri diperingkat pra-usahawan supaya mereka berada dilandasan yang betul. Landasan yang betul ini diibaratkan suatu kompas kehidupan, suatu alat penunjuk arah supaya usahawan tidak sesat dikemudian hari. Niat Doa Hubungan dengan Ibu-bapa Usaha dan Tawakkal Infak
Kamal Al Rahman 90 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Jika seseorang itu berpandukan kepada suatu yang betul diperingkat awal lagi, maka dipenghujung nanti kita dapat lihat seseorang itu mencapai kejayaan dengan mengikuti lorong yang betul. Niat Niat itu adalah tujuan. Betulkan niat kita dahulu. Tujuan berniaga itu kerana Allah, bukan kerana faktor lain. Disamping itu, niat kita jadi usahawan ialah jalan itu lebih mudah untuk membantu orang susah, golongan asnaf dan membuat kebajikan lain yang sangat dituntut. Lupakan niat untuk hidup senang dan jadi kaya-raya melalui jalan berniaga. Tidak semua usahawan hidup kaya-raya. Ramai juga yang bankrap. Mengejar harta kekayaan itu ibarat mengejar kaki langit, makin dikejar semakin jauh. Oleh itu, perbetulkan niat kita diperingkat awal lagi. Doa Senjata utama untuk berjaya adalah doa. Apabila kita berdoa bersungguh-sungguh, seluruh anggota tubuh badan akan bergerak
Kamal Al Rahman 91 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya seiiring dengan doa untuk menjayakan apa yang kita pohon pada Allah. Firman Allah (Ghafir: 60): “Dan Tuhan kamu berfirman‘Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina.” Allah telah berjanji akan memperkenankan doa kita. Yakinlah dengan doa dan permohonan kita itu akan dimakbulkan olehNya. Berdoalah setiap hari, buatlah dengan bersungguh-sungguh. Hubungan Dengan Ibu-Bapa Jagalah hubungan baik dengan kedua ibu-bapa. Hal ini disebabkan doa mereka terhadap anak-anak sangat mustajab untuk makbulkan Allah. Kemudian, sebelum mula berniaga, mohon ampun dan restu daripada kedua ibu-bapa dahulu. Dan mohonlah kepada ibu-bapa supaya mereka mendoakan kita berjaya.
Kamal Al Rahman 92 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Usaha dan Tawakkal Tawakkal tanpa usaha ibarat kita hendakkan sesuatu secara percuma sahaja. Setelah berusaha bersungguh-sungguh, kita berdoa dengan penuh yakin, mohon hasil yang terbaik. Kemudian, serahlah bulat-bulat pada Allah dalam memberikan hasil atau pulangannya. Ingatlah, rezeki itu milikNya, kita hanyalah hamba yang mengharapkan rahmat dariNya. Infak Apabila usahawan dapat banyak keuntungan, infak merupakan suatu jalan yang dapat menggandakan lagi hasil mereka. Firma Allah (Al-Baqarah: 261) Perumpamaan mereka yang membelanjakan harta-harta mereka di jalan Allah adalah seperti satu biji benih yang menumbuhkan tujuh batang tangkai yang mana pada setiap satu tangkai itu mempunyai 100 biji benih. Dan Allah melipatgandakan (pahala) kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah itu Maha Luas lagi Maha Mengetahui. Daripada firman di atas, nisbah menginfakkan harta ialah 1:700. Ia diibaratkan satu kebaikan itu akan dibalas dengan 700 kali kebaikan
Kamal Al Rahman 93 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya atau keuntungan kepada pelakunya dalam bentuk hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Hubungan Dengan Allah dan Manusia Kehidupan manusia menjadi lebih aman dah harmoni jika mereka dapat menjaga dua perkara ini; yakni, hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia secara konsisten. Hubungan dengan Allah ialah melaksanakan segala suruhannya tanpa kecuali. Hubungan dengan manusia pula tidak berlaku zalim dan mengkhianati antara satu sama lain disepanjang kehidupan kita dimuka bumi ini. PERINGKAT PASCA-USAHAWAN Sediakan Payung Sebelum Hujan – Rukun 13 Menjalankan suatu bisnes tidaklah seberapa sukar seperti yang dijangkakan. Perkara pokok yang paling sukar sekali ialah melestarikan bisnes tersebut supaya berkembang maju dan mampu bertahan lama. Hakikatnya, mana-mana bisnes yang besar dan berjaya sekalipun boleh jatuh tersungkur pada bila-bila masa, apatah lagi bisnes yang kecil.
Kamal Al Rahman 94 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Hakikatnya, tiada jaminan atau tongkat sakti yang mampu melestarikan suatu bisnes, ia ibarat hayat manusia, mati sewaktu bayi, mati muda, mati pertengahan umur atau mati masa usia tua. Dalam menangani kemelut kejatuhan bisnes, saya lebih cenderung menyelesaikannya mengikut pendekatan‘mencegah lebih baik daripada mengubati. Kemudian, jika berlaku juga kejatuhan tersebut, sekurang-kurangnya usahawan dapat meminimumkan kerugian daripada mengalami kejatuhan yang lebih teruk. Usahawan sepatutnya sudah dapat menjangkakan kejatuhan dalam bisnes mereka (jika berlaku) diperingkat awal lagi. Oleh itu, kita perlu bersedia (dengan sumber-sumber last resort) untuk bangun semula daripada kejatuhan, ataupun membuka bisnes lain yang lebih berdaya maju.
Kamal Al Rahman 95 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya Sangat penting kita sediakan payung sebelum hujan disebabkan langit tidak selalunya cerah. Langkah-langkah awasan berikut mampu lakukan oleh usahawan demi memastikan kesinambungan bisnes dapat dilestarikan. ❶ Nisbah Jumlah Aset-Liabiliti Jualan hutang sangat tidak digalakkan bagi peniaga-peniaga kecil. Namun begitu, pengurusan kredit (jika wujud) perlulah diawasi dengan berhati-hati supaya nisbah jumlah liabiliti tidak melebihi Nisbah jumlah aset-liabiliti Simpan-Labur keuntungan Modal Kecil Wawasan Besar Fleksibel Tinggi Margin Keuntungan Strategi Pemasaran - Go Digital Mengubah Model Bisnes Penjenamaan Semula Bertindak Pantas Rekayasa dan Penstrukturan Semua Syarikat Penglibatan Dalam Komuniti Perikatan Strategik Pengurusan Risiko
Kamal Al Rahman 96 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya jumlah asset. Dalam pengurusan kewangan, istilah ini dipanggil sebagai nisbah kecairan, iaitu jumlah aset hendaklah sentiasa lebih tinggi daripada jumlah liabiliti. Sebagai seorang usahawan, pastikan bahawa bagi setiap RM1.00 aset semasa, kadar tanggungan semasa (hutang) bisnes cuma berada pada tahap 20-30 sen sahaja. Jika syarikat berada dalam kecairan yang tinggi, sebarang tuntutan pemiutang dapat dipenuhi tanpa sebarang masalah. Bisnes tanpa hutang membolehkan pemiliknya tidur lena dan hidup bahagia tanpa gangguan daripada pemiutang. ❷ Simpan-Labur Keuntungan Keuntungan yang terbit daripada bisnes haruslah disimpan atau dilabur dengan penuh disiplin. Prinsip menabung mudah sahaja, iaitu perbelanjaan hendaklah tidak melebihi pendapatan. Kemudian, simpanlah dalam bentuk harta mudah cair, sama ada dalam bentuk tunai, saham amanah, emas atau pun pelaburan lain yang mendatangkan pulangan yang tinggi. Simpanan ini akan bertindak sebagai cagaran terakhir yang boleh ditebuskan untuk membayar hutang tertunggak dan dapat
Kamal Al Rahman 97 BELAJAR DARIPADA Kegagalan bisnes resepi untuk berjaya meneruskan bisnes seperti biasa. Tingkatkan jumlah simpanan sejajar dengan peningkatan pendapatan, tetapi elakkan daripada meningkatkan jumlah hutang. Sasaran simpanan hendaklah sekurang-kurangnya 30-40% daripada pendapatan bersih. Simpanan yang cukup dapat bertindak sebagai kusyen, sekiranya berlakunya kemelesetan ekonomi pada masa akan datang. Sikap menabung secara konsisten amat penting dan banyakkan membaca buku-buku mengenai perancangan kewangan atau dapatkan bantuan daripada seorang perancang kewangan profesional. Ketika kesusahan, wang tunailah menjadi penyelamat terakhir yang dapat membantu kita, bukannya saudara mara, kawan-kawan atau ahlong. ❸ Modal Kecil Wawasan Besar Pada peringkat awal, seseorang itu hendaklah memikirkan sebuah bisnes yang bermodal kecil dahulu. Dalam bisnes kecil-kecilan, saiz bisnes tidak penting, tetapi margin keuntungan dan bilangan pelangganlah yang menetukan pulangan. Misalnya, penjual nasi lemak di tepi-tepi jalan mendapat margin keuntungan sehingga 100%, iaitu sekiranya jualan pada pagi tersebut mencecah RM400, keuntungan yang diperolehinya berjumlah RM200.