1 Perakaunan Semester 2 (Edited Version)
2 SEKAPUR SIRIH Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia Assalammualaikum Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam yang telah memberikan berbagai nikmat, yang telah menyediakan jalan dan menunjukkan arahnya, maka dapat dihasilkan sebuah Modul Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) mata pelajaran Perakaunan STPM. Ucapan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia, iaitu Unit Pengurusan Tingkatan Enam dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dengan kerjasama Majlis Peperiksaan Malaysia serta gabungan tenaga dan jalinan kepakaran Jurulatih Utama mata pelajaran Perakaunan yang terpilih atas kesedaran dan inisiatif yang akhirnya menjana usaha menerbitkan modul Perakaunan ini. Sukacita juga dimaklumkan bahawa modul ini telah melalui beberapa proses penambahbaikan tertentu di kalangan jurulatih utama demi menjaga kualiti kandungan modul, agar memenuhi dan menepati kehendak sukatan pelajaran Perakaunan tingkatan enam. Kandungan modul ini dibahagikan kepada tiga bahagian berdasarkan kelompok tajuk mengikut penggal untuk mengisi keperluan PdP di tingkatan enam yang berorentasikan sistem peperiksaan pada setiap akhir penggal. Dalam penyediaan modul ini, penggunaan bahasa yang ringkas dan padat, serta latihan yang disediakan, diharap dapat merangsang minda guru bagi menghayati matlamat dan objektif untuk menjana penyampaian PdP yang berkesan dan membuahkan hasil pembelajaran yang efektif. Hasrat utama panel penggubal modul, adalah untuk membantu guru-guru Perakaunan mengukuhkan kefahaman dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Namun begitu, guru harus kreatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan mengikut kesesuaian tajuk, latar belakang pelajar dan keperluan kurikulum serta pentaksiran semasa. Justeru itu kami berharap agar guru-guru menjadikan modul ini sebagai salah satu koleksi sumber rujukan, disamping pelbagai bahan dan sumber ilmiah yang lain dalam melaksanakan PdP yang berkesan di sekolah. Bagi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, BPSH merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada panel penggubal modul, iaitu guru-guru jurulatih utama atas khidmat yang telah diberikan dalam menjayakan penerbitan modul ini. Oleh itu, adalah menjadi aspirasi KPM, agar modul ini menjadi panduan guru dalam proses PdP di sekolah. ABDULLAH BIN MAD YUNUS
3 PENGHARGAAN PN SUHIDAH ABDULLAH UNIT PENGURUSAN DAN AKADEMIK TINGKATAN ENAM, KPM PN MARZIATON DAUD. UNIT PENGURUSAN DAN AKADEMIK TINGKATAN ENAM, KPM PN NORAZLINA BINTI ABDUL MANAF PEGAWAI PEPERIKSAAN, MPM PANEL PENGGUBAL 1. PN MASTURAH BT ABU SAMAH SMK TINGGI PORT DICKSON 2. PN SAW GUAT FONG SMK TEMERLOH 3. PN LIM MOOI HWA SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG 4. PN WAN SHAHIDA BT WAN ABDULLAH SMK DATO’ SYED OMAR 5. PN HOU LEE HENG SMK SULTAN ABU BAKAR KUANTAN 6. PN JEANNYTHA JAWI SMKGREEN ROAD 7. PN NORIZAH BT ABD. KARIM SMK SERI BANDAR PONTIAN 10. PN SUZANA BT HAJI SHAHARUDDIN SMK SERI KAMPAR 11. PN HAJJAH FARIDAH BT SABAR SMK AGASEH, LAHAD DATU 12. PN NOR KASMAH BT ABDUL KARIM SMK DARUL EHSAN 13. PN YAP POH MOI SMK MAXWELL 14. PN AMINAH BT DAUD SMK VIC TORIA PN FARIDAH BT A KARIM SMK MUNSHI ABDULLAH 15. PN WAN KAMARIAH BT WAN ENDUT SMK ALAM MEGAH
4 7.0 ASAS PERAKAUNAN PENGURUSAN DAN KOS Hasil Pembelajaran 7.1 Pengenalan kepada perakaunan pengurusan Calon seharusnya dapat: 1. mentakrifkan perakaunan pengurusan dan perakaunan kos; 2. membandingkan perakaunan pengurusan dengan perakaunan kos dari segi aktiviti, fokus, output, dan pengguna output; 3. mengenal pasti skop perakaunan pengurusan yang terdiri daripada pengumpulan, pemprosesan serta pelaporan maklumat kewangan, dan bukan kewangan; 4. menjelaskan fungsi perakaunan pengurusan dalam perancangan, kawalan, dan pembuatan keputusan; 5. menjelaskan hubung kait perakaunan pengurusan dengan perakaunan kewangan; membandingkan perakaunan pengurusan dengan perakaunan kewangan dari sudut jenis pengguna, pemasaan laporan, tujuan laporan, jenis maklumat digunakan, bentuk laporan yang dihasilkan, dan peraturan penyediaan laporan. Nota Ringkas 1. a. Takrif Perakaunan pengurusan –sebagai pengaplikasian pengetahuan dan kemahiran profesional dalam menyelia dan membentangkan maklumat perakaunan dengan cara yang dapat membantu pihak pengurusan untuk memformulasikan dasar dan merancang serta mengawal operasi sesebuah perniagaan. b. Takrif Perakaunan kos – mengumpulkan data-data kos untuk disampai dan digunakan oleh perakaunan pengurusan. Ia merupakan sebahagian daripada perakaunan pengurusan 2. Perbandingan antara Perakaunan Kos dengan Perakaunan Pengurusan Dimensi Perakaunan Kos Perakaunan Pengurusan Aktiviti Mengumpulkan dan memproses maklumat-maklumat kos daripada awal urus niaga yang berkaitan dengan kos Menganalisis dan mentafsirkan maklumat kos yang telah diterima daripada bahagian perakaunan kos Fokus Fokus pada data-data kos Fokus pada penggunaan maklumat kos untuk membuat perancangan dan keputusan Output Keputusan diperoleh melalui pemprosesan data kos seperti kos bahan mentah, kos buruh langsung, kos overhed dan penentuan untung dengan menggunakan teknik yang berkaitan. Rumusan maklumat daripada perakaunan kos digunakan untuk memenuhi tugas-tugas dan tanggungjawab pengurusan Pengguna Output Pihak pengurusan bawahan dan pertengahan organisasi Pihak pengurusan pertengahan dan atasan
5 3. Skop perakaunan pengurusan - Menjalankan fungsi pengurusan organisasi yang terdiri daripada perancangan, pengorganisasian dan pengarahan, kawalan, serta membuat keputusan. Maklumat perakaunan yang berguna memiliki ciri ketepatan, pemasaran, boleh difahami, relevan, boleh dibandingkan, objektif, boleh dipercayai dan lengkap. 4. Perakaunan kewangan-Merekod pergerakan tunai, menunjukkan urusniaga kewangan yang berlaku, menunjukkan untung rugi bagi sesuatu tempoh perakaunan dan menunjukkan kedudukan kewangan sesuatu tempoh perniagaan. 5. Perbandingan antara Perakaunan kewangan dengan Perakaunan Pengurusan Dimensi Perakaunan Kewangan Perakaunan Pengurusan Pengguna utama Pengguna luaran Pengguna dalaman Pemasaran Menfokus masa lepas Menfokus masa depan Peraturan dan undang-undang Pendedahan mesti mematuhi keperluan MFRS, Akta Syarikat Tidak mematuhi apa-apa peraturan Pengesahan laporan Diaudit oleh juruaudit bertauliah seperti CPA dan CA Tidak perlu pengauditan bebas dari luar syarikat. Contoh: 1. Nyatakan 3 perbezaan antara perakaunan kewangan dengan perakaunan pengurusan 2. Terangkan 2 fungsi perakaunan pengurusan. Cadangan jawapan 1. Nyatakan 3 perbezaan antara perakaunan kewangan dengan perakaunan kos Perakaunan kewangan Perakaunan kos i. i.Kegunaan luaran ii. ii.Menghasilkan maklumat kewangan iii. iii.Mesti mematuhi prinsip dan perakaunan yang diterbitkan oleh badan iktisas iv. i. i.Kegunaan dalaman ii. ii.Menghasilkan maklumat kewangan dan bukan kewangan iii. iii.Tidak memenuhi prinsip perakaunan iv. sesuai untuk mengukur prestasi individu seperti pengurus. 2. Terangkan 2 fungsi perakaunan pengurusan. a) membuat keputusan – analisa titik pulang modal menentukan dasar yang perlu diikuti b) perancangan – belanjawan adalah satu alat yang mengkoordinasi semua aktiviti-aktiviti dalam sesuatu perniagaan dan menentukan objektif yang perlu dicapai
6 7.2 Pengenalan kepada pengurusan kos Hasil Pembelajaran Calon seharusnya dapat: 1. membezakan kos dengan belanja; 2. mengenal pasti skop pengurusan kos yang meliputi pengumpulan, perekodan, pengelasan, penganalisisan, dan pengagihan kos. Nota Ringkas 1. Kos melibatkan pengorbanan sesuatu aset atau sumber untuk mendapatkan aset yang lain. 2. Belanja melibatkan pengorbanan sesuatu aset atau sumber untuk memperoleh hasil dalam sesuatu tempoh perakaunan. 3. Skop Perakaunan Kos - meliputi aktiviti-aktiviti merekod, mengumpul dan menganalisa data-data kos bagi sesebuah keluaran atau perkhidmatan serta menyampaikan maklumat terkini untuk membuat perancangan, kawalan kos terhadap sesuatu projek. Perakaunan kos membolehkan: 1. Keberuntungan dan prestasi setiap kerja operasi dan jabatan dikenalpasti. 2. Tujuan kawalan dan perancangan bagi operasi biasa 3. Membuat keputusan ,menentukan polisi harga dan juga buat perancangan untuk masa depan 4. Laporan dalaman dapat disediakan 7.3 Pengelasan kos Hasil Pembelajaran Calon seharusnya dapat: 1. mengelaskan kos berasaskan: (i) fungsi pengeluaran, iaitu kos produk (kos prima, kos penukaran, dan kos boleh diinventorikan), (ii) fungsi bukan pengeluaran, iaitu kos tempoh (jualan & agihan, pentadbiran, dan kewangan); 2. mengelaskan kos berasaskan kelakuan, iaitu kos tetap, kos berubah, dan kos campuran (separa berubah); 3. mengelaskan kos berasaskan kos langsung, kos tak langsung, kos relevan, kos melepas, kos hangus (kos tenggelam), kos boleh kawal, kos tak boleh kawal, kos jumlah, kos purata, dan kos unit. Nota Ringkas 1. Pengelasan kos mengikut kelakuan a. kos berubah Kos yang berubah mengikut volum pengeluaran. Perubahan ini berubah berkadar langsung dengan pengeluaran. Contohnya: bahan mentah ,upah pekerja. Kos(RM) )) Unit keluaran
7 b. Kos tetap Kos yang tidak berubah walaupun volum pengeluaran berubah dalam tahap yang ditetapkan. Contohnya, sewa kilang, gaji penyelia. Kos(RM) Kos(RM) c. Kos campuran Kos yang mengandungi unsur kos tetap dan kos berubah. Contohnya utiliti, imbuhan jurujual. 2. Pengelasan kos mengikut Fungsi a. Kos keluaran/ kos produk Semua kos yang telah dilakukan untuk menghasilkan sesuatu produk. Kos ini akan menjadi barangan dijual. Selalunya sebahagian daripada kos ini akan disimpan sebagai inventori akhir dan ditunjuk dalam Penyata kedudukan Kewangan b. Kos bukan pengeluaran /Kos Tempoh Kos yang terlibat dalam memindahkan barangan siap dalam kilang sehingga barangan dijual, kos ini adalah untuk kegunaan tempoh semasa dan tidak diinventorikan, dengan itu kos tempoh juga dianggap sebagai belanja. Contoh : kos pengagihan dan pemasaran, kos pentadbiran am dan kos kewangan. 3. Pengelasan kos mengikut Pengesanan a. Kos langsung Kos yang boleh dikesan terus pada keluaran. Contohnya bahan mentah, buruh langsung. b. Kos tak langsung Kos yang tidak dapat dikesan terus kepada produk, ianya tidak terlibat secara langsung dengan keluaran. Contahnya kos overhed(susut nilai mesin, sewa kilang, gaji tidak langsung, utiliti kilang) 4. Kos boleh kawal dan kos tidak boleh kawal a. Kos boleh kawal Kos yang boleh dipengaruhi oleh keputusan dan tindakan pengurus. Contohnya, gaji penyelia, bahan mentah. b. Kos tidak boleh kawal Kos yang tidak boleh dipengaruhi oleh keputusan syarikat. Contohnya ialah kenaikan harga bahan mentah, inflasi, kerosakan mesin secara tiba-tiba. Unit keluaran Kos tetap akan menjadi kos bertingkat apabila melebihi julat output yang ditetapkan
8 5.Kos relevan dan Kos tidak relevan 1. Kos relevan terdiri daripada kos/hasil yang akan dilibatkan pada masa hadapan dan kos/hasil yang berbeza antara pilihan. Contohnya kos boleh elak, kos peluang/kos melepas, kos berubah, kos tetap yang belum dilibatkan, kos pertambahan, kos pembezaan dan, hasil masa hadapan dan berbeza antara pilihan. 2. Kos tak relevan terdiri daripada kos/hasil sejarah/kos/hasil masa lepas dan kos/hasil yang tidak berbeza antara pilihan. Contohnya kos tak boleh elak, kos hanggus/tenggelam, kos tetap, kos berubah yang telah dilibatkan dan hasil yang telah dilibatkan. 7.4 Komponen kos Pengeluaran Hasil Pembelajaran Calon seharusnya dapat: 1. memerihalkan komponen kos pengeluaran yang terdiri daripada kos bahan, kos buruh, dan kos overhed pengeluaran; 2. memerihalkan fungsi, objektif, dan skop sistem pengeluaran, iaitu sistem pengurusan bahan, buruh dan overhed. Nota Ringkas 1. Komponen-komponen kos pengeluaran terdiri daripada kos bahan langsung, kos buruh langsung dan kos overhed perkilangan. - Kos bahan mentah langsung dan kos buruh langsung dikelaskan sebagai kos utama atau kos prima dalam pengeluaran - Kos overhed perkilangan terdiri daripada semua kos sampingan yang diperlukan untuk menukarkan bahan mentah menjadi barangan siap. ****kos penukaran = kos buruh langsung + kos overhed perkilangan 2. Jumlah kos pengeluaran merangkupi kos bahan langsung yang digunakan, kos buruh langsung dan kos overhed perkilangan 3. Kos purata seunit pengeluaran adalah jumlah kos pengeluaran dibahagi dengan jumlah unit yang dikeluarkan. Contoh: 1. Kos boleh dikelaskan sebagai kos keluaran atau kos tempoh. Bagi setiap yang berikut, nyatakan sama ada ia kos keluaran atau kos tempoh. Sekiranya ia adalah kos keluaran, kenal pasti kos tersebut sebagai bahan langsung, buruh langsung atau overhed: a. Gaji kerani bilik stor kilang b. Kos penyelidikan dan pembangunan pada peringkat korporat c. Waranti d. Yuran perundangan yang dibayar oleh organisasi e. Minyak pelincir bagi mesin jahit f. Pensil dan klip kertas bagi pengurus pengeluaran g. Insurans atas gudang h. Susut nilai bangunan kilang i. Gaji operator mesin jahit di kilang pakaian j. Susu di dalam kepingan coklat k. Susut nilai peralatan pejabat di ibu pejabat
9 2. Perniagaan Mayung mengeluarkan dan menjual pelbagai jenis beg tangan. Maklumat kos bagi bulan Mac 2015 adalah seperti berikut: a) Kos mereka bentuk yang dibayar kepada pereka secara bulanan ialah M3500. b) Upah yang dibayar kepada pekerja luar yang membaiki peralatan di bahagian pengeluaran syarikat ialah RM2000. c) Jumlah bahan kulit dibeli pada bulan ini ialah RM5000, baki dalam inventori pada akhir bulan ialah RM600 dan tiada baki inventori pada awal bulan Mac d) Upah tukang membuat beg tangan ialah RM8000. e) Belanja utiliti di bahagian pengeluaran ialah RM1500. f) Kos bahan-bahan sampingan seperti gam, benang dan lain-lain ialah RM1400 g) Susut nilai peralatan kilang ialah RM600 h) Belanja alatulis RM120 i) Kos pengiklanan ialah RM1000 j) Kos insurans pekerja pengeluaran ialah RM800. k) Penyelia kilang RM1600 l) Upah membersihkan tapak pengeluaran RM200 Dikehendaki: Berdasarkan maklumat di atas, hitung yang berikut: i. Kos tetap ii. Kos berubah iii. Kos tempoh iv. Kos keluaran v. Kos prima Cadangan Jawapan 1. Item Kos keluaran Kos tempoh Kos bahan langsung Kos buruh langsung Kos overhed a. √ √ b. √ c. √ d. √ e. √ √ f. √ √ g. √ √ h. √ √ i. √ √ j. √ √ k √
10 2. kos Kos tetap RM Kos berubah RM Kos tempoh RM Kos keluaran RM Kos prima RM Kos Overhed RM Upah pereka 3,500 3,500 3,500 Upah membaiki 2,000 2,000 2,000 Kos bahan 4,400 4,400 4,400 Upah tukang 8,000 8,000 8,000 Belanja utiliti 1,500 1,500 1,500 Kos bahan sampingan 1,400 1,400 1,400 Susutnilai peralatan 600 600 600 Belanja alatulis 120 120 pengiklanan 1,000 1,000 Insuran pekerja 800 800 800 Penyelia kilang 1,600 1,600 1,600 Upah pembersihan 200 200 200 7,820 17,300 1,120 24,000 12,400 11,600
11 7.5 Pengekosan produk 7.5.1 Kos bahan Hasil Pembelajaran Calon seharusnya dapat: 1. membandingkan bahan mentah langsung dengan bahan mentah tak langsung; 2. memerihalkan komponen kos bahan yang terdiri daripada harga kos, pengangkutan, caj pelabuhan, insurans, penyimpanan, cukai, diskaun, dan kos pesanan; 3. menyatakan tujuan pengumpulan kos; 4. mengenal pasti jenis dokumen kos bahan yang terdiri daripada permintaan bahan, pesanan belian, invois, resit, dan kad inventori; 5. menggunakan kaedah pengurusan inventori secara tradisi untuk menentukan yang berikut: (i) kuantiti pesanan ekonomi (KPE) dengan menggunakan kaedah bergraf dan kaedah formula, (ii) titik pesanan semula dan kekerapan pesanan; 6. menjelaskan pengurusan inventori dalam sistem tepat pada masa (just-in-time JIT)) yang meliputi takrif, syarat, dan kepentingannya; 7. membandingkan pengurusan inventori berasaskan kaedah tradisi dengan sistem JIT. Nota Ringkas 1. Kos bahan terbahagi kepada: a. Bahan mentah langsung adalah bahan mentah yang dapat dikenalpasti dengan jelas dan digunakan untuk menghasilkan / memproses sesuatu produk b. Bahan mentah tak langsung adalah bahan sampingan yang diperlukan tetapi bukan bahan asas dalam pengeluaran 2. Komponen kos bahan terdiri daripada kos harga bahan mentah, kos pesanan, kos pegangan, caj pengangkutan, insurans, cukai import dan diskaun yang diterima. 3. Dokumen-dokumen yang digunakan dalam pengurusan bahan i. Nota permintaan bahan – mendapatkan kelulusan untuk membeli bahan ii. Borang pesanan belian – memberi kelulusan kepada pembekal untuk membekalkan bahan iii. Nota serahan – memeriksa kuantiti dan kualiti bahan yang dibeli. iv. Nota penerimaan – membuktikan kuantiti yang dibeli adalah betul v. Kad inventori – merekodkan jenis barangan yang keluar masuk stor, kuantiti dan jumlah amaunnya. 4. Kaedah pengurusan inventori yang baik mesti dapat membeli bahan mentah pada masa, harga, kuantiti yang tepat dan baik serta bahan mentah yang digunakan mesti sentiasa cukup supaya dapat memenuhi keperluan pengeluaran dengan itu pesanan yang efektif diperlukan. 5. Kaedah kuantiti pesanan ekonomi (KPE) adalah kaedah yang popular digunakan untuk menentukan saiz pesanan yang paling ideal, supaya kos pegangan dan pesanan adalah minimum, atau dengan kata lain, KPE digunakan untuk mengira kuantiti optimum inventori harus dipegang pada sesuatu masa. 6. Kos pegangan terdiri daripada kos kos pengawalan, kelengkapan ,ruang inventori(sewa, cahaya), faedah pegangan dan kos melepas.
12 Kos pesanan 7. Kos pesanan terdiri daripada kos-kos perkeranian bagi menyediakan pesanan belian, kos-kos memproses dan penerimaan khas berkaitan dengan bilangan pesanan yang diproses, kos pengangkutan(penghantaran) 8. Kos pada KPE = Kos pesanan + Kos pegangan = (Bilangan pesanan × kos per pesanan) + (inventori purata × kos pegangan per unit) 9. KPE boleh ditentukan dengan melukis graf atau secara formula Contoh: 1. Syarikat Aliysa menggangarkan bahawa bahan mentah yang diperlukan untuk tahun depan adalah seperti berikut: Kuantiti diperlukan tahun depan 1800 unit Harga belian/unit RM10 Kos pesanan/kali RM30 Kos pegangan 15% atas harga belian (berdasarkan kepada inventori purata), a. cari saiz pesanan yang paling ideal dengan menggunakan kaedah graf Kuantiti 100 300 500 800 1000 1200 1600 1800 Kos pesanan(RM30) 540 180 108 67.5 54 45 33.75 30 Inventori purata(RM) 50 150 250 400 500 600 800 900 Kos pegangan 75 225 375 600 750 900 1200 1350 Jumlah kos 615 405 483 667.5 804 945 1233.75 1380 Kos(RM) Lakaran graf Kuantiti Pesanan Ekonomi Jumlah kos Kos penyimpanan KPE = 269unit unit
13 b. KPE boleh dihitung dengan Formula Kuantiti pesanan ekonomi= Atau Cadangan Jawapan Kuantiti pesanan ekonomi= = 269 unit 10. Titik Pesanan Semula adalah tingkat dimana syarikat perlu membuat permintaan belian untuk mendapatkan bekalan baru. 11. Titik Pesanan semula = Unit Jualan pada setiap tempoh x Masa menunggu pesanan 12. Pengurusan Inventori Sistem Tepat Pada Masa (JIT) – pembelian atau penerimaan bahan mentah atau barangan daripada pembekal sebaik sahaja bahan mentah atau barangan diperlukan. Ciri-ciri penting JIT: a. Kuantiti inventori yang dipegang adalah sifar b. Semua bahan mentah atau barangan berada dalam keadaan sempurna c. Hubungan yang baik dengan pembekal. 7.5.2 Kos buruh Hasil Pembelajaran Calon seharusnya dapat: 1. membandingkan buruh langsung dengan buruh tak langsung; 2. memerihalkan komponen kos buruh yang terdiri daripada upah, gaji, bonus, faedah sampingan, kerja lebih masa, masa terbiar, latihan, potongan sukarela dan bukan sukarela, KWSP, PERKESO, dan pencen; 3. mengelaskan kos buruh berasaskan kelakuan, iaitu tetap dan berubah; 4. menghitung kos buruh berasaskan: i. masa kerja, iaitu waktu biasa, waktu lebih masa dan syif masa bekerja dengan menggunakan dokumen kad kerja, kad rakam masa, dan kad masa terbiar, ii. bilangan output dengan menggunakan kad bilangan output;
14 Nota Ringkas 1. Kos buruh ialah tenaga diperlukan untuk menukar bahan mentah kepada barang siap. 2. Kos buruh terbahagi kepada a. Buruh langsung Kos yang terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran, dan ia boleh dikesan secara langsung mengikut unit keluaran. (contoh: kos buruh langsung seperti upah tukang jahit) b. Buruh tak langsung Kos buruh yang tidak dapat dikesan secara langsung dalam pengeluaran. Contoh: gaji, bonus, masa terbiar, KWSP dan PERKESO 3. Oleh kerana kos buruh adalah kos utama dalam pengeluaran, maka pengawalan dan perancangan yang lengkap harus dilaksanakan. Antaranya i. Sistem perekodan yang lengkap Kad-kad seperti kad kerja, Tiket perakam masa, kad masa terbiar dan kad masa terbiar dan kad bil output akan digunakan. ii. Pengawasan dan penilaian iii.Menetapkan piawaian yang sesuai dan langkah-langkah pengawasan seperti penyeliaan perlu dijalankan dengan rapi. iv. Skim pembayaran yang sesuai 4. Masa terbiar ialah masa pekerja yang dibayar tetapi kerja tidak dijalankan. Contoh ,apabila berlakunya kekurangan bahan mentah atau kerosakan mesin. 5. Jenis-jenis skim ganjaran a. Berasaskan kadar masa Kelebihan i. Mudah dikira ii. Sesuai untuk keluaran yang mementingkan kualiti bukan kuantiti Kekurangan i. Tidak menggalakkan peningkatan output ii. Tidak membezakan pekerja yang mahir dengan yang kurang mahir b. Berasaskan unit output Kelebihan i. Sesuai untuk kilang yang mementingkan kuantiti ii. Ganjaran untuk setiap pekerja mudah dipastikan iii. Membezakan pekerja yang produktif dengan yang tidak produktif. Kekurangan i. Tidak menjamin kualiti Upah = masa kerja × kadar upah per jam Upah = unit output × kadar upah per unit
15 Contoh: 1. En Sharif bekerja sebagai tukang jahit di sebuah kilang batik. Dia akan dibayar dengan upah RM8 perjam sebagai bayaran asas. Dia akan dibayar upah satu setengah kali ganda jika bekerja lebih daripada 40 jam seminggu. Dalam bulan Januari 2015, dia bekerja 50 jam dalam minggu pertama, 48 jam dalam minggu kedua dan 38 jam dalam minggu ketiga dan 46 jam dalam minggu keempat. a. Kirakan jumlah upah En Sharif untuk bulan Januari b. En Sharif diwajibkan untuk membuat caruman KWSP 9% dan PERKESO 3% daripada upah bulanannya. Majikan pula adalah wajib untuk mencarumkan KWSP dan PERKESO sebanyak 11% dan 3% masing-masing untuk pekerjanya. i. Kirakan upah bersih yang diterima oleh En Sharif ii. Jumlah kos overhed yang perlu ditanggung oleh majikan En Sharif Cadangan Jawapan a. Jumlah upah En Sharif = RM1552 b. i. Upah bersih = RM 1365.76 ii. Kos overhed = (24 Jam × RM4 )+ (RM1552 ×14% ) = RM313.28 7.5.4 Pengurusan Overhed Hasil Pembelajaran Calon seharusnya dapat: 1. menjelaskan maksud overhed yang meliputi bahan tak langsung, buruh tak langsung,overhed perkilangan, dan overhed bukan perkilangan; 2. menyatakan komponen kos overhed termasuk gaji, sewa, bekalan, insurans, cukai taksiran dan cukai tanah, penyelenggaraan, susut nilai, dan utiliti; 3. mengumpul kos overhed mengikut pusat kos dan seterusnya mengasingkan kos overhed mengikut kelakuan kos; 4. menguntukkan kos kepada pusat kos pengeluaran dan pusat kos perkhidmatan mengikut kaedah tradisi; 5. menghitung dan mengagih semula kos dengan menggunakan kaedah langsung dan kaedah berjujukan (kaedah bertingkat); 6. menjelaskan konsep penyerapan overhed dalam pengekosan normal dan pengekosan sebenar; 7. memerihalkan penyerapan overhed jabatan pengeluaran kepada produk; 8. menghitung kadar serapan overhed pratentu berasaskan kos bahan mentah, kos buruh langsung, kos utama, jam buruh langsung, jam mesin, dan unit pengeluaran; 9. menghitung dan merekodkan overhed terkurang atau terlebih serap ke dalam jurnal dan lejar; 10. mentakrifkan pengekosan berasaskan aktiviti; 11. membandingkan kaedah pengekosan berasaskan aktiviti dengan kaedah tradisi dalam memperuntukan kos overhed; 12. menghitung kadar peruntukan kos overhed berasaskan aktiviti. Nota Ringkas 1. Overhed terdiri daripada perbelanjaan tidak langsung sesebuah perniagaan. 2. Overhed perkilangan merupakan sebahagian daripada kos pengeluaran. Ia terdiri daripada bahan tak langsung, buruh tak langsung dan belanja tidak langsung. 3. Semua kos overhed perkilangan perlu dikumpul mengikut pusat iaitu sama ada pusat pengeluaran atau pusat perkhidmatan mengikut asas yang sesuai.
16 4. Asas pengagihan kos overhed: Item kos Asas Pengagihan Sewa bangunan, elektrik Keluasan lantai setiap pusat kos Gaji penyelia pengeluaran, kos kantin Bilangan kakitangan di setiap pusat kos Susut nilai peralatan Nilai peralatan setiap pusat kos Kos susut nilai bangunan Keluasan lantai setiap pusat kos 5. Kos overhed perkilangan di pusat perkhidmatan perlu diagih dan diperuntukan ke pusat pengeluaran untuk penentuan kos pengeluaran untuk seunit. 6. Kaedah pengagihan kos ini boleh mengikut: a. Kaedah langsung atau terus - kos dari setiap jabatan perkhidmatan akan diperuntukan terus ke jabatan pengeluaran. b. Kaedah Berjujukan atau bertingkat -Kos jabatan perkhidmatan akan diagihkan ke jabatan pengeluaran dan jabatan perkhidmatan yang lain mengikut prosedur pengagihan yang ditetapkan. 7. Sistem pengekosan sebenar melibatkan semua kos sebenar dan menyerapkan atau memperuntukan overhed perkilangan sebenar kepada pelbagai kerja 8. Sistem Pengekosan normal Sistem ini menggunakan kos sebenar bagi bahan mentah langsung dan buruh langsung serta menyerap kos perkilangan yang pelbagai berdasarkan kadar pratentu. 9. Kadar overhed pratentu dapat dikira dengan: Kadar Penyerapan Overhed pratentu = 10. Kadar overhed pratentu digunakan kerana: a. Kos perlu dianggarkan terlebih dahulu untuk mengira harga seunit produk. b. Mencegah turun naiknya harga produk mengikut perubahan volum jualan. 11. Catatan jurnal untuk penyerapan overhed Dt Inventori Kerja dalam proses RMXX Kt Overhed kilang RMXX 12. Penggunaan kadar serapan overhed pratentu akan menyebabkan overhed perkilangan lebih diserap atau kurang diserap. Dengan itu pelarasan perlu dibuat di akhir tempoh pengeluaran. a) Jika Overhed kurang diserap, amaun itu perlu ditambah kepada kos barang dijual Dt Kos barang dijual RM XX Kt Overhed kilang RM XX (menyelaraskan overhed kurang diserap) b) Jika Overhed terlebih serap , amaun itu perlu ditolak daripada kos barang dijual Dt Overhed kilang RM XX Kt Kos barang dijual RMXX (menyelaraskan overhed lebih serap) Overhed yang dibelanjawankan Asas unit yang ditetapkan
17 13. Overhed terlebih atau terkurang diserap dianggap tidak material jika kurang daripada 5% daripada untung bersih. Maka pelarasannya hanya dibuat di akaun kos barang dijual. 14. Sebaliknya Overhed terlebih atau terkurang diserap dianggap material jika lebih daripada 5% daripada untung bersih. Maka pelarasannya perlu dibuat di akaun kos barang dijual, inventori kerja dalam proses dan inventeri barang siap. Misalnya: overhed pengeluaran kurang diserap RM5,000, maka pelarasannya: Dt Kos barang dijual RM3,000 Inventori kerja dalam proses RM1,000 Inventori barang siap RM1,000 Kt Overhed kilang RM5,000 Contoh: 1. Syarikat Mega mempunyai dua jabatan iaitu Jabatan Perkhidmatan dan Jabatan Pengeluaran. Jabatan Perkhidmatan terdiri daripada Jabatan Pentadbiran dan Jabatan Penyelenggaraan. Jabatan Pengeluaran terdiri daripada Jabatan Pembuatan Komponen dan Jabatan Pemasangan. Maklumat lain bagi setiap jabatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 adalah seperti berikut: Jabatan Kos bahan mentah (RM) Kos buruh langsung (RM) Kos overhed (RM) Jam buruh langsung (jam) Keluasan ruang diduduki (meter persegi) Asas agihan Pentadbiran 0 40,500 36,200 16,250 1,100 Jam buruh langsung Penyelenggaraan 40,750 55,500 42,040 18,250 1,200 Keluasan ruang Pembuatan Komponen 842,600 625,500 562,500 248,200 45,000 - Pemasangan 342,800 680,200 621,500 182,150 35,000 - Dikehendaki: Dengan menggunakan kaedah terus, hitung jumlah kos Jabatan Penyelenggaraan yang diagihkan kepada Jabatan Pembuatan Komponen dan jumlah kos Jabatan Pentadbiran yang diagihkan kepada Jabatan Pemasangan. Cadangan Jawapan: Jabatan Pembuatan Komponen Jabatan Pemasangan Jabatan Penyelenggaraan Jabatan Pentadbiran Kos bahan mentah (RM) 842,600 342,800 40,750 0 Kos buruh langsung (RM) 625,500 680,200 55,500 40,500 Kos Overhed (RM) 562,500 621,500 42,040 36,200 Jumlah (RM) 2,030,600 1,644,500 138,290 76,700
18 Pengagihan Jabatan Pembuatan Komponen Jabatan Pemasangan Jabatan Penyelenggaraan Jabatan Pentadbiran Jumlah kos (RM) 2,030,600 1,644,500 138,290 76,700 Jabatan Penyelenggaraan (a) 77,788 (b) 60,502 (138,290) - Jabatan Pentadbiran (c) 44,236 (d) 32,464 - (76,700) Jumlah (RM) 2,152,624 1,737,466 - - (a) 45,000/80,000 x 138, 290 (b) 35,000/80,000 x 138,290 (c) 248,200/430,350 x 76,700 (d) 182,150/430,350 x 76,700 Contoh: 2. Syarikat J menggunakan asas jam mesin dalam menentukan kadar penggunaan overhed keluaran syarikatnya. Berikut adalah kos keluaran yang berlaku tempoh lepas Belanjawan Sebenar Overhed pengeluaran RM180,000 RM178,080 Jam mesin 50,000 48,000 Unit keluaran 40,000 38,760 i. Kirakan kadar penyerapan overhed pratentu ii. Kirakan overhed diserap iii. Hitung sama ada overhed lebih diserap atau kurang diserap Cadangan Jawapan i. Kadar Penyerapan Overhed pratentu = = RM3.6 per jam mesin ii. Overhed diserap = 48,000 jam ×RM3.6 = RM172,800 iii. Overhed kurang diserap = RM5,280 15. Pengekosan berasaskan aktiviti (ABC) – satu pendekatan yang memperuntukan kos kepada objek kos seperti produk, perkhidmatan atau pelanggan berdasarkan penggunaan sumber dalam sesuatu aktiviti pengeluaran. Aktiviti merujuk kepada peristiwa, tugas, atau unit kerja yang dilakukan bagi memenuhi sesuatu tujuan yang spesifik. Pelaksanaan Pengekosan Berasaskan Aktiviti( Activity Based Costing-ABC) melibatkan empat langkah seperti di bawah: 1. Mengenal pasti kos sumber dan aktiviti utama 2. Menentukan pendorong kos/ pemacu kos bagi setiap aktiviti utama 3. Mewujudkan kos terkumpul /membentuk kelompok kos untuk setiap aktiviti utama 4. Memperuntukkan kos aktiviti utama kepada objek kos. RM180,000 50,000 jam mesin
19 Contoh: CT Sdn Bhd mengeluarkan dua model pembesar suara berprestasi tinggi iaitu model Xing dan model Ying. Data mengenai kedua-dua produk adalah seperti berikut: Model Jam buruh langsung Pengeluaran tahunan Jumlah jam buruh langsung Xing 1.8 JBL 5,000 unit 9,000 JBL Ying 0.9 JBL 30,000 unit 27,000 JBL 36,000 JBL Maklumat tambahan adalah seperti berikut: i) Model Xing memerlukan bahan mentah sebanyak RM72 seunit, manakala model Ying memerlukan sebanyak RM50 bahan mentah seunit. ii) Kadar jam buruh langsung adalah RM10 sejam. iii) Syarikat sering menggunakan jam buruh langsung sebagai asas untuk memperuntukkan kos overhed perkilangan kepada produk. iv) Model Xing adalah lebih kompleks untuk dikeluarkan berbanding dengan model Ying dan ia memerlukan penggunaan peralatan khas. v) Disebabkan keperluan kepada kerja khas seperti yang dinyatakan di dalam (iv) di atas, pihak syarikat sedang mempertimbangkan untuk menggunapakai pengekosan berasaskan aktiviti dalam memperuntukkan kos overhed pengeluaran kepada produk. Tiga aktiviti telah dikenalpasti seperti berikut: Aktiviti Penggerak aktiviti Jumlah kos (RM) Penyediaan mesin Bilangan penyediaan 360,000 Pemprosesan khas Jam mesin 180,000 Perkilangan am Jam buruh langsung 1,260,000 1,800,000 Penggerak aktiviti Jangkaan Aktiviti Model Xing Model Ying Jumlah Bilangan penyediaan 50 100 150 Jam mesin 12,000 0 12,000 Jam buruh langsung 9,000 27,000 36,000 Dikehendaki: Andaikan pihak syarikat memutuskan untuk menggunakan pengekosan berasaskan aktiviti untuk memperuntukkan kos overhed kepada produk. (i) Kirakan kadar aktiviti bagi setiap aktiviti. (ii) Tentukan jumlah kos overhed yang akan diserap kepada setiap model menggunakan sistem pengekosan berasaskan aktiviti.
20 Cadangan Jawapan (i) Penggerak Aktiviti Jumlah kos(RM) Jangkaan aktiviti Kadar aktiviti Bilangan penyediaan 360,000 150 RM360,000 150 =RM2400 Jam Mesin 180,000 12,000 RM180,000 12,000 = RM15 Jam buruh langsung 1,260,000 36,000 RM1,260,000 36,000 = RM35 (ii) Model Xing Penggerak Aktiviti Kadar aktiviti Jangkaan aktiviti Jumlah kos overhed (RM) Bilangan penyediaan RM2,400 50 RM2,400 X 50 = RM120,000 Jam Mesin RM15 12,000 RM15 X 12,000 = RM180,000 Jam buruh langsung RM35 9,000 RM35 X 9,000 = RM315,000 RM615,000 Model Ying Penggerak Aktiviti Kadar aktiviti Jangkaan aktiviti Jumlah kos overhed (RM) Bilangan penyediaan RM2,400 100 RM2,400 X 100 = RM240,000 Jam Mesin RM15 0 0 Jam buruh langsung RM35 27,000 RM35 X 27,000 = RM945,000 RM1185,000 16. Perbezaan antara kaedah pengekosan Tradisional dengan kaedah pengekosan berasaskan Aktiviti. Pengekosan Tradisional Pengekosan Berasaskan Aktiviti Menggunakan antara satu hingga tiga pemacu kos berasaskan volum untuk mengesan kos aktiviti kepada objek kos Menggunakan pelbagai pemacu kos berasaskan volum dan bukan volum untuk mengesan kos aktiviti kepada objek kos. Mengenal pasti pusat kos di mana kos akan dikumpul. Mengenal pasti bagaimana produk memacu aktiviti pengeluaran atau perniagaan. Kos dikumpul dalam pusat kos Kos dikumpul dalam kelompok kos aktiviti Melibatkan penentuan kadar kos overhed bagi setiap pusat kos pengeluaran. Melibatkan penentuan kadar pemacu kos bagi setiap kelompok kos aktiviti.
21 LATIHAN 1. Jelaskan perbezaan di antara perakaunan pengurusan dan kos. 2. Syarikat Hill ingin mengklasifikasikan kos di bawah: a. Gaji penyelia kilang b. Gaji akauntan perakaunan kos c. Insurans kebakaran bagi kilang d. Gaji operator mesin e. Bungkusan untuk keluaran f. Bahan mentah untuk keluaran Dikehendaki: Kelaskan kos-kos di atas mengikut i. Tingkah laku kos ii. Fungsi kos (iaitu kos keluaran atau kos tempoh) 3. Syarikat Pengeluaran Komunikasi mengeluarkan 1,000 unit radio untuk kereta. Maklumat berikut merupakan kos-kos yang terlibat bagi tempoh berakhir 31 Disember 2015: Kos prima ialah RM180,000, RM85,000 adalah untuk bahan langsung. Kos penukaran ialah RM195,000. Diberi juga kos kerja dalam proses awal RM13,000 dan kos kerja dalam proses akhir RM20,000. Manakala belanja pentadbiran, jualan dan am ialah RM 60,000. Hitungkan: i. Kos buruh langsung ii. Kos overhed kilang iii. Kos keluaran iv. Keuntungan syarikat jika hasil jualan ialah RM450,000 4. Syarikat Bisson membekalkan suatu bahan mentah kepada restoran-restoran yang terdapat di sekitarnya. Bahan mentah ini dibungkus kepada 12 keping per bungkusan. Setiap bungkusan ini dijual dengan harga RM20. Syarikat ini mempunyai permintaan yang tetap daripada pelanggannya ialah 2,000 bungkusan setiap bulan. Syarikat Bisson memperolehi bungkusan in dengan kos RM10 setiap satu daripada pengilang dan masa menunggu ialah 3 hari selepas pesanan dibuat. Kos pesanan setiap tempahan ialah RM120 dan kos pegangan inventori ialah 10% daripada kos bahan mentah setiap tahun. (Andaikan syarikat ini beroperasi 365 hari setahun) Dikehendaki: i. Kirakan kuantiti pesanan ekonomi ii. Bilangan pesanan tahunan iii. Jumlah kos penyimpanan dan pesanan dalam setahun iv. Jika tahap inventori di tangan dalam masa ini ialah 200 bungkusan. Bilakah Syarikat perlu memesan semula?
22 5. Maklumat berikut diperoleh daripada Syarikat Hijree: Permintaan bahan MJ415 adalah 40 unit hari bekerja. Kos pesanan adalah RM300 sepesanan. Kos seunit bahan MJ415 adalah RM5.00 dan kos pegangan adalah 10% atas kos seunit. Hari kerja setahun ialah 250 hari. Dikehendaki: a. Hitungkan Kuantiti Pesanan Ekonomi (KPE) bagi Syarikat Hijree. b. Hitungkan jumlah kos pesanan dan pegangan bahan MJ415 berdasarkan Kuantiti Pesanan Ekonomi (KPE). c. Tentukan bilangan pesanan bahan MJ415 yang perlu dibuat oleh Syarikat Hijree setiap tahun? d. Nyatakan empat faktor kualitatif yang perlu dipertimbangkan dalam mengamalkan teknik Kuantiti Pesanan Ekonomi (KPE) 6. a. Jelaskan tiga asas dalam penentuan gaji buruh pengeluaran. b. Seorang buruh pengeluaran menerima RM10.00 sejam bagi waktu kerja biasa dan RM12.00 sejam bagi waktu kerja lebih masa. Beliau bekerja 48 jam dalam minggu pertama bulan Mei 2015 yang waktu bekerja biasanya ialah 40 jam. Dikehendaki: i. Hitung gaji buruh itu bagi minggu pertama Mei 2015. ii. Hitung bayaran premium kerja lebih masa buruh itu. iii. Hitung bayaran gaji yang dianggap sebagai kos buruh langsung dan yang dianggap sebagai kos overhed . iv. Tunjukkan catatan jurnal bagi pemindahan kos buruh tak langsung. 7. Karim ialah seorang operator pengeluaran dan telah bekerja 50 jam dalam seminggu. Kadar bayarannya RM6 untuk 40 jam pertama dan RM10 untuk jam yang selanjutnya. Tentukan jumlah upah Karim dan amaun yang dimasukkan ke dalam upah langung dan upah tak langsung. 8. Syarikat MH370 membayar upah kepada pekerjanya mengikut unit output yang telah disiapkan, iaitu RM10 per unit. Untuk memotivasikan pekerja, satu bayaran upah asas telah diperkenalkan iaitu RM1,200 sebulan. Dalam bulan Januari 2014, data-data berikut telah diperolehi: Pekerja Unit keluaran Siva 115 Azizah 126 Liow 120 a. Tentukan amaun upah langsung dan upah tak langsung b. Sediakan catatan jurnal yang terlibat.
23 9. Nyatakan 2 perbezaan antara overhed perkilangan dan overhed pentadbiran. Bagi setiap jenis overhed itu, nyatakan 4 contoh kos yang terlibat. Jelaskan maksud overhed terlebih serap dan overhed terkurang serap, tunjukkan catatan jurnal untuk Overhed terlebih serap . 10. Syarikat Byron mempunyai 2 jabatan pengeluaran dan 3 jabatan perkhidmatan(katakan P1,P2,S1,S2,S3).Kos yang berlaku di setiap jabatan adalah seperti berikut: Jabatan S1 S2 S3 P1 P2 RM RM RM RM RM Bahan mentah 20,000 50,000 100,000 62,500 37,500 Buruh 56,250 14,250 93,750 18,750 187,500 Overhed 32,000 41,000 63,200 48,250 112,200 Jabatan S1 akan mengagihkan kos kepada jabatan lain mengikut bahagian bahan mentah. S2 pula mengagihkan kos kepada jabataan lain berasaskan kos buruh dan S3 diagihkan kepada jabatan penggunanya secara sama rata. Dikehendaki: i) Agihkan kos jabatan perkhimatan kepada jabatan pengeluaran mengikut kaedah terus. ii) Jabatan P1 menyerap kos overhednya berasaskan kepada kos buruh. Kirakan kadar serapan overhed untuk P1 per ringgit buruh. 11. Syarikat Elektrik Anita Sdn Bhd mengeluarkan dua jenis produk EA dan SA. Syarikat telah menggunakan kadar overhed pratentu keseluruhan sejak beberapa tahun. Seorang perunding perniagaan diupah oleh Syarikat Elektrik Anita Sdn Bhd telah mencadangkan syarikat boleh mengagihkan kos overhed kepada produk dengan lebih baik menggunakan keadah pengekosan berasaskan aktiviti yang bergantung kepada kadar penggerak kos aktiviti. Setelah mengkaji aktiviti dan kos pengeluaran, perunding berkenaan telah mengumpul maklumat berikut untuk tahun lepas. EA SA Unit pengeluaran dan jualan 5,000 10,000 Jam buruh langsung digunakan 10,000 30,000 Kos buruh langsung RM100,000 RM450,000 Kos bahan mentah langsung RM120/unit RM140/unit Kos overhed pengeluaran yang berlaku tahun lepas diagihkan mengikut kelompok kos aktiviti seperti di bawah: Kelompok kos aktiviti Penggerak kos aktiviti Kos aktiviti Penyediaan mesin Jam penyediaan mesin RM300,000 Pemesanan belian Bilangan pesanan belian RM240,000 Rekabentuk produk Bilangan rekabentuk produk RM330,000 Pembungkusan dan penghantaran Bilangan penghantaran RM280,000 Jumlah kos overhed pengeluaran RM1,150,000
24 Data berkaitan aktiviti pengeluaran bagi kedua-dua produk berhubung dengan pengerak kos aktiviti adalah seperti di bawah: Penggerak kos aktiviti EA SA Jam penyediaan mesin 4,000 2,000 Bilangan pesanan belian 1,200 800 Bilangan rekabentuk produk 200 100 Bilangan penghantaran 800 600 Dikehendaki: (i) Hitungkan kadar aktiviti bagi setiap kelompok kos aktiviti. (ii) Kirakan kos seunit produk EA dan SA dengan menggunakan keadah pengekosan berasaskan aktiviti .
25 8.0 KAEDAH PENGEKOSAN 8.1 Pengekosan tempahan kerja Hasil Pembelajaran: Calon seharusnya dapat: 1. menyatakan ciri, aliran kos, dan contoh perniagaan yang menggunakan pengekosan tempahan kerja. 2. menentukan dokumen sumber untuk: (i) kos bahan langsung (kad lejar stok dan nota permintaan bahan), (ii) kos buruh langsung (kad masa kerja), (iii)kos overhed (lembaran kos overhed); 3. menyediakan lembaran kos kerja untuk menghitung kos tempahan kerja; 4. menentukan dan merekodkan kos kerja siap, kerja dalam proses, dan kos barang dijual dalam akaun kawalan; 5. menyediakan rumusan kepada pihak pengurusan tentang pengekosan tempahan kerja. Nota Ringkas Pengenalan 1. Pengekosan tempahan kerja digunakan apabila setiap unit atau kelompok unit berbeza daripada keluaran yang lain. 2. Sistem Pengekosan Tempahan kerja melibatkan pengumpulan kos mengikut aktiviti yang dapat dikenal pasti. Kos-kos yang terlibat akan dikumpul dan direkod secara berasingan untuk setiap kerja sehingga kerja-kerja tersebut disiapkan. Oleh itu, satu kerja itu boleh merupakan satu tempahan khas seperti rak pameran. Jika keluaran hanya satu unit, maka semua kos input yang terlibat akan menjadi kos seunit rak pameran tersebut. Sekiranya keluaran sekelompok misalnya 100 helai baju batik , mempuratakan jumlah kos input itu akan memberi kos sehelai baju batik tersebut. 3. Pengekosan tempahan kerja digunakan oleh syarikat yang terlibat dengan pengeluaran produk yang berbeza-beza antara satu sama lain dan biasanya dibuat mengikut kehendak atau spesifikasi pelanggan melalui tempahan. Ciri-ciri Pengekosan Tempahan Kerja 1. Produk yang dihasilkan bergantung kepada spesifikasi pelanggan/tempahan pelanggan. 2. Produk yang dikeluarkan adalah pelbagai jenis. 3. Kos diukur mengikut setiap kerja atau kelompok yang disiapkan bukan mengikut masa pemprosesan. 4. Kos dikumpulkan mengikut kerja Contoh Perniagaan yang menggunakan Pengekosan Tempahan Kerja 1. Firma pembuatan atau perkilangan seperti industri pembuatan perabot mengikut tempahan pelanggan, firma pembinaan rumah bangalow, perniagaan tempahan baju kurung. 2. Firma dalam industri perkhidmatan seperti firma percetakan kad jemputan atau majalah sekolah, firma membaiki automobil ikut kehendak pelanggan, firma guaman ikut kes pelanggan, firma juruaudit ikut perniagaan pelanggan, firma perubatan bagi setiap pesakit.
26 Aliran Kos Dalam Pengekosan Kerja Akaun Inventori Bahan Mentah Akaun Inventori Kerja Dalam Proses ABB2000 KDP 1150 BML 1150 Barang Siap 5950 OHK 500 BL 1600 OHK 3200 Akaun Upah Belum Bayar Akaun Inventori Barang Siap KDP 1600 KDP 5950 KBDJ 5950 OHK 1300 Akaun Kawalan Overhed Kilang Akaun Kos Barang Dijual BMTL 500 KDP 3200 Inv BS 5950 UBB 1300 KBDJ 300 OHK 300 Bank 1700 (overhed kurang serap) Dokumen Sumber 1. Borang permintaan bahan Borang permintaan bahan merupakan satu dokumen yang merekod jenis dan kuantiti bahan yang dikeluarkan dari jabatan stor untuk diperuntukkan kepada sesuatu kerja. Kos bahan mentah yang dikeluarkan kepada jabatan pengeluaran akan direkodkan dalam borang ini. Maklumat yang terdapat dalam borang permintaan bahan adalah seperti kos seunit bahan mentah, kuantiti bahan mentah, keterangan untuk jenis bahan yang dikeluarkan, jumlah kos, nombor permintaan, tarikh dan tanda tangan pihak yang berkaitan. Syarikat Perkilangan Impian No: B10 Borang Permintaan Bahan No Kerja: 112 Tarikh: 1 Mac 2015 Jabatan: Mencetak Diterima oleh: LeeMun Diluluskan oleh: Tan Chong Dikeluarkan oleh: Micheal No Item Keterangan Kuantiti Kos seunit Jumlah Kos A001 Kertas A5 100 rim RM11.50 RM1,150.00 Diluluskan oleh Diterima oleh: Dikeluarkan oleh:
27 2. Kad Masa Kerja / Tiket masa kerja Kad masa kerja menunjukkan jumlah masa yang diambil oleh seorang buruh yang diperuntukkan kepada kerja tersebut. Maklumat yang terdapat dalam kad masa kerja seperti kadar upah sejam, jumlah masa yang diambil oleh seseorang pekerja dan jumlah kos buruh yang dilibatkan dalam sesuatu kerja. 3. Lembaran Kos Overhed Overhed kilang yang dicajkan kepada setiap jabatan, dikumpulkan dengan menggunakan lembaran kos overhed. Selepas overhed kilang telah dikumpulkan, kos-kos ini kemudian diserapkan kepada unit-unit yang dikeluarkan dengan menggunakan asas-asas yang sesuai untuk tujuan memastikan kos kerja yang ditempah. Sekiranya kadar overhed pratentu digunakan untuk menyerapkan overhed kepada unit-unit yang dikeluarkan. Overhedoverhed sebenar dikumpulkan untuk menentukan amaun overhed lebih atau kurang diserapkan. Kad Masa Kerja No Kad Masa Kerja: 388 Gred Pekerja: Penjaga mesin E1 No Pekerja: 0001 Kadar sejam: RM10.00 Nama Pekerja : Alicia Lim Bulan : Mac 2015 No kerja Jam Masa Bekerja 112 Minggu Jumlah jam Kos (RM) 1 2 3 4 40 jam 40 jam 40 jam 40 jam 160 1600 Disahkan oleh: Penyelia kilang Kilang Cetak Jamil Lembaran Kos Overhed Kerja : 112 Tarikh:1/3/2015 Kadar pratentu:RM20 Tarikh mula:1/3/2015 Asas aktiviti: Jam buruh langsung(80jam) Tarikh siap: 28/3/2015 Asas serapan: Keseluruhan Item Overhed Kos sebenar Buruh tak langsung RM1,300 Utiliti 400 Sewa kilang 1,300 Bahan tak langsung 500 Jumlah overhed Overhed diserap (RM20X160) Overhed kurang serap 3,500 3,200 300 Disediakan oleh: Disahkan oleh: _______________ _____________ (Kerani Akaun Kos) (Akauntan Kos)
28 4. Lembaran Kos Kerja i. Lembaran kos kerja merupakan laporan kos yang disediakan untuk merekodkan ringkasan kos bahan mentah, kos buruh langsung dan kos overhed kilang untuk sesuatu kerja. ii. Lembaran kos kerja ini mengandungi butir-butir maklumat seperti nama syarikat, nombor kerja, jenis keluaran, nama pelanggan, tarikh mula dan siap, jumlah kuantiti, harga dan nombor rujukan seperti tiket masa, nombor borang permintaan bahan. iii. Amaun overhed pengeluaran yang dicatat di lembaran kos kerja adalah overhed diserap yang ditentukan menggunakan kadar overhed pratentu Kilang Cetak Jamil Lembaran Kos Kerja No.siri:111 No. Kerja: 112 Nama Pelanggan: SMK Tunku Abdullah Produk: Majalah Sekolah Kuantiti: 200 buah Tarikh Mula: 1 Mac 2015 Tarikh Siap: 28 Mac 2015 Tarikh penghantaran: 30 Mac 2015 Bahan Langsung Buruh Langsung Overhed Kilang Rujukan Kos(RM) No.Tiket Jam Kos(RM) Jam kadar Kos(RM) B10 1150 388 160 1600 160 RM20 3200 Jumlah 1150 Jumlah 160 1600 Jumlah 3200 Ringkasan: Bahan Mentah Langsung RM1150 Buruh Langsung RM1600 Overhed kilang RM3200 Jumlah Kos RM5950 Unit siap 200 Kos seunit RM29.75 Disediakan oleh: Disahkan oleh: Aminah kennyong
29 Catatan Jurnal Dalam Pengekosan Kerja 1. Merekod belian bahan mentah Contoh: Belian bahan mentah secara kredit bernilai RM2,000 Dt Inventori Bahan Mentah RM2,000 Kt. Akaun Belum Bayar RM2,000 2. Merekod bahan mentah yang digunakan dalam proses pengeluaran. Contoh: Bahan mentah langsung yang diperlukan untuk proses pengeluaran ialah RM1,150. Manakala bahan mentah tak langsung sebanyak RM500 diperlukan. Dt Inventori Kerja Dalam Proses RM1,150 Dt Overhed Kilang 500 Kt. Inventori Bahan Mentah RM1,650 3. Merekod kos buruh langsung dan buruh tak langsung Contoh kos buruh langsung yang dilibatkan ialah RM1,600 dan buruh tak langsung RM 1300. Dt Inventori Kerja Dalam Proses RM1,600 Dt Overhed kilang RM1,300 Kt. Upah belum bayar RM2,900 4. Merekod overhed kilang diserap Contoh: overhed kilang diserap pada kadar RM20 per jam buruh langsung. Jumlah jam buruh langsung yang diperlukan ialah 160 jam buruh langsung. Dt Inventori Kerja Dalam Proses RM3,200 Kt. Overhed kilang RM3,200 5. Merekod overhed kilang yang terlibat dalam bulan Mac Item Overhed Kos sebenar Utiliti RM 400 Sewa kilang RM 1,300 Jumlah overhed RM 1,700 Dt Overhed kilang RM1,700 Kt. Bank RM1,700
30 6. Merekod kos kerja siap Contoh: Katakan kerja untuk mencetak 200 buah buku majalah sekolah telah disiapkan sepenuhnya. Dt Inventori barang siap RM5,950 Kt. Inventori Kerja Dalam Proses RM5,950 7. Merekod Kos barang dijual Contoh: Tempahan kerja untuk mencetak 200 buah buku majalah sekolah yang telah siap akan dihantar kepada pelanggan. Dt Kos barang dijual RM5,950 Kt. Inventori barang siap RM5,950 Rumusan Pesanan Jualan Pesanan Pengeluaran Borang Permintaan Bahan Tiket masa Overhed diserap Lembaran kos kerja
31 Latihan Pengekosan Tempahan Kerja 1. Syarikat Harris Berhad menggunakan sistem pengekosan tempahan kerja dan menyerapkan kos overhed dengan menggunakan kadar overhed pratentu berasaskan jam buruh. Bagi tahun 2015, kos overhed pengeluaran dianggarkan berjumlah RM120,000 dan jam buruh ialah 60,000 jam. Sebuah Syarikat Sui Sui telah membuat tempahan khas 200 buah kerusi eksekutif daripada Syarikat Harris Berhad. Kerja 108 untuk tempahan khas ini akan mengambil masa 14 hari untuk disiapkan dan telah dihantar kepada pelanggan pada 28 Jun 2015. Tempahan ini melibatkan item kos berikut: (1) Dua permintaan bahan mentah, iaitu KB001 dan KB002 yang masing-masing berjumlah RM4,800 dan RM6,200. (2) Kos Buruh langsung ialah RM6,000 dengan kadar RM4 sejam. Pada akhir tahun, jumlah jam buruh langsung sebenar ialah 66,000 jam dan kos overhed pengeluaran sebenar ialah RM135,000. Dikehendaki: (i) Sediakan Lembaran Kos Kerja yang lengkap bagi Kerja 108 dengan menunjukkan kos seunit. (ii) Sediakan catatan jurnal untuk merekodkan kos bagi kerja 108. (iii) Hitung amaun overhed terlebih atau terkurang serap bagi Syarikat Harris Berhad. (iv) Sediakan catatan jurnal untuk memindahkan amaun overhed terlebih atau terkurang serap kepada akaun kos barang dijual. 2. Hogle Berhad merupakan sebuah firma yang menggunakan sistem tempahan kerja. Pada 1 Januari, baki awal inventori adalah seperti berikut: Bahan mentah RM20,000 Kerja dalam proses 15,000 Barang siap 30,000 Syarikat menyerapkan kos overhed dengan menggunakan kadar overhed pratentu berasaskan jam mesin. Pada tahun semasa, syarikat menganggarkan 75,000 jam mesin dan kos overhed yang terlibat RM450,000. Berikut adalah urus niaga yang berlaku untuk tahun semasa. (i) Belian bahan mentah secara kredit sebanyak RM410,000 (ii) Bahan mentah yang digunakan dalam proses pengeluaran sebanyak RM380,000. Daripada jumlah ini, RM360,000 adalah bahan mentah langsung dan bakinya adalah bahan mentah tak langsung. (iii) Jumlah penggajian perkilangan buruh langsung dan buruh tak langsung masing-masing RM75,000 dan RM110,000. (iv) Utiliti kilang yang terlibat RM43,000. (v) Belanja susut nilai mesin RM280,000. (vi) Insurans kilang yang dibayar dengan cek RM7,000 (vii) Pada tahun semasa, jumlah jam mesin sebenar yang terlibat ialah 80,000 jam mesin. (viii) Berdasarkan lembaran kos kerja, sebanyak RM900,000 kos barang telah disiap sepenuhnya. (ix) Barang siap akan dijual pada harga RM1,500,000. Kos barang dijual untuk tempahan kerja ini ialah RM870,000.
32 Anda dikehendaki: (i) Sediakan catatan jurnal untuk merekodkan semua urus niaga yang berkaitan . (ii) Hitung amaun overhed terlebih atau terkurang serap bagi Hogle Berhad. (iii) Sediakan catatan jurnal untuk memindahkan amaun overhed terlebih atau terkurang serap kepada akaun kos barang dijual. 3. Syarikat Kain Batik Malaysia membuat kain sutera batik mengikut kehendak dan spesifikasi pelanggan. Syarikat menggunakan pengekosan tempahan kerja dalam mengumpul dan memperuntukkan kos kepada setiap kerja. Maklumat-maklumat berikut diperoleh daripada operasi syarikat sepanjang bulan Mac 2015. (i) Pada awal bulan Mac diberi: No kerja kos (RM) Status 501 40,000 siap 502 22,000 dalam proses 503 20,000 dalam proses Pada awal bulan, stok bahan langsung dinilaikan pada kos RM12,500. (ii) Sepanjang bulan, kos-kos yang dicajkan kepada kerja-kerja: No kerja Kos bahan langsung kos buruh langsung 502 RM3,000 RM12,500 503 RM4,000 RM15,000 504 RM10,000 RM23,500 505 RM8,300 RM20,400 Sepanjang bulan juga, kos-kos berikut terlibat: Belian bahan langsung RM20,000 Bayaran upah buruh langsung RM63,400 Overhed perkilangan sebenar dibayar RM28,000 (iii) Pada akhir bulan Mac, status kerja-kerja ialah : No kerja Status 501 dijual 502 dijual 503 siap 504 siap 505 dalam proses (iv) Syarikat menyerap overhed perkilangan kepada kerja-kerja menggunakan kadar 40% daripada kos buruh langsung. Dikehendaki: Sediakan catatan jurnal yang perlu direkod dari perkara (ii) ,(iii) dan (iv) sepanjang bulan Mac 2015.
33 8.2 Pengekosan proses Hasil Pembelajaran: Calon seharusnya dapat: 1. menyatakan ciri, aliran kos, dan contoh perniagaan yang menggunakan pengekosan proses; 2. membandingkan pengekosan proses dengan pengekosan tempahan kerja; 3. menghitung perkara yang berikut dengan menggunakan kaedah purata wajaran dengan tidak mengambil kira rugi normal, rugi tak normal, dan laba tak normal (terhad kepada dua jabatan sahaja): (i) unit setara, (ii) kos unit setara, (iii)kerja dalam proses, (iv)penentuan kos dipindah-masuk, (v) kos barang siap; 4. merekodkan dalam jurnal dan lejar (akaun kerja dalam proses, akaun barang siap, dan akaun kos barang dijual); 5. menyediakan rumusan kepada pihak pengurusan tentang pengekosan proses. Nota Ringkas Pengenalan Pengekosan Proses adalah satu kaedah menentukan kos kerja siap apabila pengeluaran barangan mengikut satu siri proses. Keluaran yang dihasilkan adalah homogenus. Bahan mentah dan buruh langsung yang digunakan adalah sama bagi setiap unit keluaran. Jenis produk yang menggunakan pengekosan proses: Sabun, cat, minyak, kain, simen, kertas, makanan seperti coklat dan mi segera manakala pengeluaran minuman seperti susu dan air minuman soda. Jenis perniagaan yang menggunakan pengekosan proses: Industri membuat sabun, kilang memproses minyak petroleum, industri membuat simen dan sebagainya. Terdapat juga industri perkhidmatan yang menggunakan pengekosan proses seperti bank, pos dan elektrik yang melibatkan beberapa proses yang dijalankan berulang kali. Ciri-ciri Pengekosan Proses 1. Produk adalah sama jenis. 2. Pengeluaran dalam kuantiti yang banyak dan berterusan. 3. Proses pengeluaran akan melalui beberapa jabatan dan kos akan dikumpulkan mengikut setiap jabatan bagi setiap tempoh Aliran Kos Dalam Pengekosan Proses Proses Satu Proses kedua Proses ketiga Barang siap (keropok ubi kentang) Menyediakan ubi kentang Menggoreng Ubi kentang Membungkus
34 Akaun Inventori Bahan Mentah Akaun Kerja Dalam Proses Jab A ABB xxx KDP Jab A xx BML xx KDP Jab B xxx KDP Jab B xx BL xx OHK xx Akaun Upah Belum Bayar Akaun Kerja Dalam Proses Jab B KDP Jab A xx KDP Jab A xx Inv brg siap xx KDP Jab B xx BML xx BL xx OHK xx Akaun Overhed Kilang KDP Jab A xx KDP Jab B xx Akaun Inventori Barang Siap KDP Jab B xx KBDJ xx Akaun kos Barang dijual Inv BS xx Catatan Jurnal (i) Bahan mentah dimasukkan ke dalam Jabatan A Dt inventori Kerja Dalam Proses- Jab A XX Kt Inventori bahan mentah XX (ii)Buruh langsung dimasukkan ke dalam Jabatan A Dt Inventori Kerja Dalam Proses - Jab A XX Kt upah belum bayar XX (iii)Overhed perkilangan dicaj kepada Jabatan A Dt Inventori Kerja Dalam Proses –Jab A XX Kt Overhed kilang XX (iv)Apabila unit siap Jabatan A dimasukkan sebagai input bagi Jab B Dt Inventori Kerja Dalam Proses – Jab B XX Kt Inventori Kerja Dalam Proses Jab A XX (v)Merekod kos yang terlibat di Jabatan B bagi proses yang ke- 2 Dt Inventori Kerja dalam Proses – Jab B XX Kt Inventori bahan mentah XX Kt Upah belum bayar XX Kt Overhed kilang XX (vi)Merekod barang siap yang dipindahkan daripada akaun kerja dalam proses Jab B Dt Inventori barang siap XX Kt Inventori Kerja Dalam Proses –Jab B XX
35 (vii) Apabila barang siap dijual, maka catatan menggunakan sistem inventori berterusan: Dt Kos barang Dijual XX Kt Inventori barang siap XX Dt Akaun belum terima XX Kt Jualan XX Persamaan antara sistem pengekosan proses dengan sistem pengekosan kerja 1. Kedua-dua sistem menggunakan asas yang sama untuk mengagihkan kos bahan langsung, kos buruh langsung dan kos overhed kepada produk bagi tujuan pengiraan kos seunit produk. 2. Kedua-dua sistem menyediakan akaun-akaun perkilangan yang sama seperti akaun inventori bahan mentah, akaun overhed kilang, akaun kerja dalam proses dan akaun inventori barang siap. 3. Kedua-dua sistem melibatkan aliran kos-kos yang sama dalam penyediaan akaun perkilangan. Perbezaan antara sistem pengekosan proses dengan sistem pengekosan kerja Pengekosan Proses Pengekosan kerja 1. Sejenis keluaran yang dihasilkan secara berterusan dengan kuantiti yang besar untuk satu jangka masa yang panjang 1.Pelbagai jenis keluaran dikeluarkan pada sesuatu tempoh mengikut spesifikasi pelanggan 2. Kos dikumpulkan mengikut jabatanjabatan. 2. Kos dikumpulkan mengikut tempahan kerja. 3. Laporan kos pengeluaran jabatan ialah dokumen sumber utama yang menunjukkan pengumpulan dan pengagihan semula kos oleh setiap jabatan. 3. Lembaran kos kerja ialah dokumen penting yang menunjukkan pengumpulan kos mengikut kerja. 4. kos seunit produk dikira mengikut jabatan dalam laporan kos pengeluaran jabatan. 4. kos seunit produk dikira mengikut kerja dalam lembaran kos kerja. Konsep unit setara Unit setara = Bilangan unit separa siap x Peratusan siap Berdasarkan formula di atas, unit setara dimaksudkan dengan ukuran unit-unit output mengikut peratusan siap bagi bahan, buruh dan overhed yang telah dilibatkan dalam output. Unit belum siap akan ditukarkan kepada unit setara barang siap. Konsep unit setara ini merupakan asas kepada pengekosan proses. Misalnya, 500 unit inventori kerja dalam proses dianggarkan 40% siap ini dikatakan sebagai 200 unit setara barang siap. Tujuan unit-unit kerja dalam proses dinyatakan dalan bentuk unit setara barang siap supaya kos seunit barang siap bagi sesuatu pusat memproses dapat dikira .
36 Kaedah Kos Purata Di bawah kaedah ini, kos yang berkaitan dengan inventori kerja dalam proses awal tidak diasingkan dengan kerja yang dijalankan dalam tempoh yang baru iaitu kos kerja dalam proses awal akan bercampur dengan kos yang baru ditambah dalam tempoh semasa. Manakala unit setara bagi sesuatu tempoh dihitung dengan unit barang siap dicampurkan dengan inventori akhir kerja dalam proses. + = Inv awal KDP 5,000 unit dimulakan Inv akhir KDP dalam tempoh ini 4,800 unit siap dan dipindah ke proses seterusnya Unit siap dan dipindah keluar 4,800 Kerja dalam proses akhir 100 Unit setara pengeluaran 4,900 Contoh 1: Maklumat berikut diperoleh daripada Jabatan Pembancuh bagi bulan Oktober bagi Syarikat Ria. 1 Okt : Kerja dalam proses awal mengandungi 2,000 liter dengan tahap penyiapan ialah 100% bagi bahan langsung dan 20% bagi kos penukaran. Jumlah kos kerja dalam proses awal ialah RM8,000 iaitu RM6,000 bagi bahan langsung dan RM2,000 bagi kos penukaran. Sepanjang Okt : Memulakan 10,000 liter tambahan. Kos ditambah ialah RM24,000 bagi bahan langsung dan RM30,400 bagi kos penukaran. 31 Okt: 6,000 liter disiapkan dan dipindah ke Jabatan Pengetinan. Kerja dalam proses akhir mengandungi 6,000 liter dengan tahap penyiapan ialah 100% bagi bahan langsung dan 80% bagi kos penukaran. Dikehendaki: 1. Unit setara bagi setiap jenis kos berasaskan kos purata wajaran. 2. Kos seunit setara 3. Nilai kerja dalam proses akhir 4. Jumlah Kos yang dipindah keluar ke jabatan berikutnya. Kos kerja dalam proses awal Kos ditambah dalam tempoh semasa Jumlah Kos Kos unit-unit siap dan dipindah keluar Kos unit-unit dalam kerja proses akhir 200 unit 30 % siap 4,600 unit yang dimulakan dan siap dalam tempoh ini 400 unit 25% siap
37 Cadangan jawapan 1. Unit Setara Unit fizikal Bahan langsung Kos penukaran Unit Siap Kerja dalam proses akhir 6,000 6,000 6,000 6,000 6,000 4,800 Jumlah 12,000 12,000 10,800 2. Bahan langsung Kos penukaran Kerja dalam proses awal + kos ditambah Jumlah kos RM 6,000 24,000 30,000 RM 2,000 30,400 32,400 Jumlah Kos/unit setara RM30,000/12,000 RM32,400/10,800 Kos seunit setara RM2.5 RM3.00 3. Kerja dalam proses akhir: Bahan langsung: 6,000 × RM2.50 =RM15,000 Kos penukaran: 4,800 ×RM3.00 = RM14,400 RM29,400 4. Jumlah Kos yang dipindah keluar = 6,000 × RM5.50 = RM33,000 Kos Pindahan Masuk Dalam firma yang mempunyai banyak jabatan memproses, unit-unit siap daripada jabatan pertama akan dipindah ke jabatan kedua dan jabatan-jabatan seterusnya. Kos unit-unit siap yang dipindah keluar daripada jabatan memproses yang sebelumnya dan dicajkan ke jabatan memproses berikutnya dipanggil kos pindahan masuk. Contoh 2 Gunakan maklumat pada Contoh 1 (kaedah purata wajaran) untuk nilai kos yang dipindah keluar daripada Jabatan Pembancuh ke Jabatan Pengetinan, iaitu jabatan memproses terakhir. Maklumat berikut diperoleh daripada Jabatan Pengetinan bagi bulan Oktober: 1 Oktober : Kerja dalam proses awal mengandungi 4,000 liter dengan tahap penyiapan ialah 100% bagi bahan langsung dan 40% bagi kos penukaran . Kos kerja dalam proses awal ialah RM22,000 bagi kos pindahan masuk, RM4,000 bagi kos bahan langsung dan RM1,920 bagi kos penukaran. Sepanjang Okt : 6000 liter dipindah masuk daripada Jabatan Pembancuh dengan kos RM33,000. Unit-unit siap dan dipindah keluar ke stok barang siap ialah 8,000 liter. Kos bahan langsung dan kos penukaran yang ditambah ialah RM4,000 dan RM17,000. 31 Oktober: 2,000 liter berada dalam kerja dalam proses akhir dengan tahap penyiapan ialah 100% bagi bahan langsung dan 30% bagi kos penukaran.
38 Dikehendaki: 1. Unit setara bagi setiap jenis kos berasaskan kos purata wajaran. 2. Kos seunit setara 3. Nilai kerja dalam proses akhir 4. Jumlah kos barang siap. Cadangan jawapan 1. Unit Setara Kos pindahan masuk Bahan langsung Kos penukaran Unit Siap Kerja dalam proses akhir 8,000 2,000 8,000 2,000 8,000 600 Jumlah unit setara 10,000 10,000 8,600 2. Kos Pindahan Masuk Bahan Langsung Kos Penukaran Kerja dalam proses awal + kos ditambah Jumlah kos Kos seunit setara RM 22,000 33,000 55,000 55,000/10,000 =RM5.50 RM 8,000 4,000 12,000 12,000/10,000 =RM1.20 RM 1,920 17,000 18,920 18,920/8,600 =RM2.20 3. Kos/unit setara Unit setara Kos Kerja dalam proses akhir: Kos pindahan masuk Bahan langsung Kos penukaran RM 5.50 RM 1.20 RM 2.20 × 2,000 × 2,000 × 600 = RM11,000 = RM2,400 = RM1,320 Jumlah RM14,720 4. Kos barang siap = RM8.90 × 8,000= RM71,200
39 Laporan kos pengeluaran bagi Jabatan Pembancuh bagi bulan Oktober menggunakan kaedah purata wajaran ialah seperti di bawah: A)Unit untuk diakaunkan Unit fizikal Kerja dalam proses awal Unit dimulakan untuk pengeluaran 2,000 10,000 Jumlah 12,000 B)Unit telah diakaunkan Unit Fizikal Bahan langsung Kos penukaran Siap dan dipindah keluar Kerja dalam proses akhir 6,000 6,000 6,000 6,000 6,000 4,800 Unit setara pengeluaran 12,000 12,000 10,800 C) Kos untuk diakaunkan Jumlah kos Bahan langsung Kos penukaran Kerja dalam proses awal Kos dilibatkan Jumlah kos RM8,000 RM54,400 RM62,400 RM6,000 RM24,000 RM30,000 RM 2,000 RM30,400 RM32,400 Unit setara pengeluaran 12,000 10,800 Kos seunit setara RM2.50 RM3.00 D) Kos telah diakaunkan: Kos/unit setara Jumlah kos Siap dan dipindah keluar Kerja dalam proses akhir: Bahan langsung Kos pertukaran RM 5.50 RM2.50 RM3.00 RM33,000 RM15,000 RM14,400 RM29,400 Jumlah Kos RM62,400
40 Laporan kos pengeluaran bagi Jabatan Pengetinan bagi bulan Oktober menggunakan kaedah purata wajaran ialah seperti di bawah: A)Unit untuk diakaunkan Unit fizikal Kerja dalam proses awal Dipindah masuk dari Jabatan Pembancuh 4,000 6,000 Jumlah 10,000 Unit Setara B)Unit telah diakaunkan Unit Fizikal Kos pindahan masuk Bahan langsung Kos penukaran Siap dan dipindah keluar Kerja dalam proses akhir 8,000 2,000 8,000 2,000 8,000 2,000 8,000 600 Unit setara pengeluaran 10,000 10,000 10,000 8,600 C) Kos untuk diakaunkan Jumlah kos Kos pindahan masuk Bahan langsung Kos penukaran Kerja dalam proses awal Kos dilibatkan Jumlah kos RM31,920 RM54,000 RM85,920 RM22,000 RM33,000 RM55,000 RM8,000 RM4,000 RM12,000 RM 1,920 RM17,000 RM18,920 Unit setara pengeluaran 10,000 10,000 8,600 Kos seunit setara RM5.50 RM1.20 RM2.20 D) Kos telah diakaunkan: Kos/unit setara Unit setara Jumlah kos Siap dan dipindah keluar Kerja dalam proses akhir: Kos pindahan masuk Bahan langsung Kos pertukaran RM 8.90 RM5.50 RM1.20 RM2.20 8,000 2,000 2,000 600 RM71,200 RM11,000 RM 2,400 RM 1,320 RM14,720 Jumlah Kos RM85,920
41 Latihan Pengekosan Proses 1. Nyatakan dua perbezaan antara pengekosan proses dengan pengekosan tempahan kerja. 2. Berikan dua contoh industri yang menggunakan pengekosan proses dan dua contoh industri yang menggunakan pengekosan tempahan kerja. [STPM2013] 3. Syarikat Rindu Bhd mengeluarkan satu produk yang melalui beberapa jabatan pemprosesan. Maklumat berkaitan dengan Jabatan Penapisan syarikat itu bagi bulan Jun 2015 adalah seperti yang berikut. Kerja dalam proses pada 1 Jun 100,000kg Bahan langsung 80% siap dan kos penukaran 60% siap Kerja dalam proses pada 30 Jun 120,000kg Bahan langsung 60% siap dan kos penukaran 50% siap Kos berkaitan kerja dalam proses pada 1 Jun : Bahan langsung RM156,000 Kos penukaran RM192,000 Kos yang ditambah dalam bulan Jun : Bahan langsung RM162,000 Kos penukaran RM208,000 Unit siap dan dipindah keluar ialah 140,000 unit Dikehendaki: Dengan menggunakan kaedah purat wajaran, hitung (i) Unit setara bahan langsung dan kos penukaran, (ii) Kos seunit setara bahan langsung dan kos penukaran, (iii) Kos inventori akhir kerja dalam proses dan kos unit siap [STPM2013] 4. Stella Hair Enterprise mengeluarkan produk penjagaan rambut yang berkualiti tinggi khusus untuk wanita. Bahan-bahan diadun di dalam Jabatan campuran dan dibungkus ke dalam bekas bersaiz 8 gram di Jabatan Pembungkusan. Maklumat berikut berkait dengan Jabatan Campuran untuk bulan Mei 2015: Unit (liter) Kerja dalam proses, 1 Mei 10,000 (100% siap untuk bahan, 90% siap Untuk buruh dan overhed) Kerja dimulakan sepanjang bulan Mei 50,000 Kerja dalam proses, 31 Mei 8,000 (100% siap untuk bahan, 80% siap Untuk buruh dan overhed) Kos-kos dalam akaun kerja dalam proses pada 1 Mei untuk Jabatan Campuran adalah seperti berikut:
42 Jabatan Campuran Kerja dalam proses, 1 Mei: Bahan langsung RM20,000 Buruh langsung RM40,000 Overhed pengeluaran RM30,000 RM90,000 Kos-kos dilibatkan oleh Jabatan Campuran sepanjang bulan Mei adalah seperti berikut: Jabatan Campuran Bahan langsung RM90,000 Buruh langsung RM110,000 Overhed pengeluaran RM99,950 RM299,950 Dikehendaki: Sediakan Laporan kos pengeluaran Jabatan Campuran bagi bulan berakhir 31 Mei 2015. 5. Zytec Sdn Bhd mengeluarkan kapsul Gingko untuk mengubati penyakit Parkinson yang prosesnya melalui tiga jabatan: Campuran, Pengkapsulan dan Pembotolan. Di dalam Jabatan Campuran, rumusan Gingko disukat, dipindah dan dicampur bersama-sama. Campuran tersebut kemudiannya di pindah keluar ke dalam bekas berukuran liter persegi. Jabatan Pengkapsulan memasukkan campuran serbuk tersebut ke dalam kapsul. Kerja dalam proses, 1 Mac, ialah 50 liter (40% siap) di dalam Jabatan Campuran dan 4000 kapsul(50% siap) di dalam Jabatan Pengkapsulan. Kos bagi setiap jabatan adalah seperti berikut: Sepanjang bulan Mac, sebanyak 250 liter daripada Jabatan Campuran dan 120,000 kapsul dari Jabatan Pengkapsulan telah siap dan dipindah keluar. Bahan mentah langsung dimasukkan di awal proses. Kos yang dimasukkan ke dalam pengeluaran adalah sperti berikut: Pada Mac 31, terdapat lagi 60 liter (50% siap) di dalam Jabatan Campuran dan 6,000 kapsul (40% siap) dalam Jabatan Pengkapsulan. Overhed di dalam kedua-dua jabatan diagihkan berasaskan peratusan kos buruh langsung. Di dalam Jabatan Campuran, overhed adalah 200 peratus kos buruh langsung, manakala di Jabatan Pengkapsulan overhed adalah 150 peratus. Dikehendaki: Sediakan Laporan kos pengeluaran Jabatan Campuran dan Jabatan Pengkapsulan bagi bulan berakhir 31 Mac 2015. Jabatan Campuran Jabatan Pengkapsulan Bahan mentah langsung RM1,200 RM3,200 Buruh langsung RM1,280 RM2,000 Overhed RM2,560 ? Pindah masuk - RM1,400 Jabatan Campuran Jabatan Pengkapsulan Bahan mentah langsung RM4,800 RM15,500 Buruh langsung RM6,720 RM3,600 Overhed ? RM5,400 Pindah masuk - ?
43 8.3 Pengekosan Perkhidmatan Hasil Pembelajaran: Calon seharusnya dapat: 1. menyatakan ciri, aliran kos, dan contoh perniagaan yang menggunakan pengekosan perkhidmatan; 2. membandingkan pengekosan pengeluaran barangan dengan pengekosan perkhidmatan; 3. menjelaskan tujuan pengekosan perkhidmatan, iaitu menentukan harga/caj/ yuran/fi, kawalan, dan pembuatan keputusan; 4. mengelaskan kos kepada kos tersedia (standing cost) dan kos pengendalian berubah (running cost); 5. menentukan kos seunit perkhidmatan melalui langkah yang berikut: (i) mengenal pasti unit kos dan pusat kos, (ii) mengumpul dan menganalisis kos mengikut kaedah tempahan kerja, (iii) menghitung kos seunit perkhidmatan 6. menyediakan rumusan kepada pihak pengurusan tentang pengekosan perkhidmatan. Nota Ringkas: 1. Jenis Perkhidmatan Contoh: Hospital, pengangkutan, guaman, insurans, perbankan, pelancongan, komunikasi, hotel, pengauditan, pembentungan dan syarikat perunding cara. 2. Institusi Perkhidmatan Contoh: Institusi kewangan, perhotelan, telekomunikasi, guaman, pengauditan dan pengangkutan 3. Perbezaan antara penyediaan penyata kewangan antara firma yang ditawarkan perkhidmatan dengan firma pengilangan Firma Perkhidmatan Firma Pengilangan 1. Penyata Kedudukan kewangan tidak menunjukkan inventori barang siap, hanya ada inventori bekalan dan nilai inventori kerja dalam proses 1. Penyata Kedudukan kewangan menunjukkan 3 jenis inventori iaitu inventori bahan mentah, inventori kerja dalam proses dan inventori baran siap. 2. Kos buruh langsung adalah tinggi kerana kos ini merupakan kos kepakaran perkhidmatan. 2. Kos buruh langsung merupakan kos operator kilang dan bayaran upah kepada buruh kilang adalah kecil. 3. Kos pengendalian berubah (running cost) dan kos tetap (standing cost) 3. kos dikumpulkan berasaskan kepada kos bahan langsung, kos buruh langsung , kos overhed kilang dan dicaj kepada kos produk. 4. Syarikat perkhidmatan menyediakan penyata pendapatan. 4. Syarikat pengilangan menyediakan penyata pengeluaran dan penyata pendapatan.
44 4. Perbezaan Firma perkhidmatan dan firma perkilangan Firma Perkhidmatan Firma Pengilangan 1. Tidak ada komponen kos bahan mentah langsung. Input hanya terdiri daripada kos buruh langsung dan overhed sahaja 1. komponen kos input terdiri daripada kos bahan mentah langsung, kos buruh langsung dan overhed 2. Kos pengendalian berubah (running cost) dan kos tetap (standing cost) 2. kos dikumpulkan berasaskan kepada kos bahan langsung, kos buruh langsung , kos overhed kilang dan dicaj kepada kos produk. 3. Tiada output fizikal. 3. Ada output fizikal 4. Dalam penyata pendapatan tidak ada komponen kos barang dijual 4. Dalam penyata pendapatan terdapat komponen kos barang dijual 5. Perbezaan Kos tersedia (standing cost) dan Kos pengendalian( running cost) Kos tersedia (Standing cost) Kos Pengendalian(Running cost) Kos yang berlaku tanpa bergantung kepada amaun perkhidmatan yang dibekalkan Kos yang berubah berasaskan amaun perkhidmatan yang dibekalkan Contoh: 1. gaji pemandu bas 2. susut nilai kenderaan Contoh: 1. Kos penggunaan minyak petroleum untuk bas. 2. Minyak pelincir 6. Perbezaan Perhotelan dan firma perkilangan Firma Perhotelan Firma Pengilangan 1. kos bahan mentah langsung secara relatifnya kecil berbanding dengan kos buruh langsung, belanja langsung dan overhed 1. kos bahan mentah dan kos buruh langsung secara relative lebih besar berbanding dengan kos overhed. 2. Kesukaran untuk menetapkan kos seunit output yang bersesuaian 2. kos dan harga seunit output dapat ditetapkan dengan mudah 3. Tiada output fizikal. 3. Ada output fizikal 4. Industri perhotelan tidak mempunyai inventori proses dan inventori barang siap 4. Perkilangan mempunyai inventori Kerja Dalam Proses dan produk yang belum dijual boleh disimpan sebagai inventori barang siap. 5. Penentuan untung rugi ditunjukkan dalam penyata pendapatan 5. Perlu menyediakan penyata kos perkilangan untuk mengira kos barang di kilang dan penentuan untung rugi ditunjukkan dalam penyata pendapatan.
45 7. Ciri-ciri khusus Perkhidmatan Ciri-ciri Penjelasan 1. Produk Merupakan satu aktiviti yang tiada pemilikan barangan/ tiada bentuk fizikal/ tiada kewujudan fizikal 2. Inventori Tiada inventori bahan mentah langsung dan inventori barang siap. 3. Komponen kos Tiada komponen kos bahan mentah langsung. Input hanya terdiri daripada kos buruh langsung dan overhed bukan perkilangan 4. Laporan Kewangan Dalam penyata pendapatan komprehensif tidak ada komponen kos barang dijual. 8. Tujuan penentuan kos perkhidmatan (i) Untuk menentukan fi atau yuran perkhidmatan yang akan dicajkan terhadap pelanggan atau tempahan kerja (ii) Mengadakan pengawalan kos perkhidmatan seperti mengenalpasti kos langsung dan kos tidak langsung bagi sesuatu kerja yang terlibat. (iii) Pengukuran prestasi iaitu kos perkhidmatan yang ditentukan dapat mewujudkan satu cabaran kepada individu atau perniagaan untuk mencapai sesuatu objektif atau matlamat yang telah ditetapkan./ mengukur prestasi kos sebenar berbanding dengan kos telah dirancangkan. (iv) Membuat keputusan sama ada untuk menerima sesuatu tawaran menjalankan perkhidmatan/kos perkhidmatan. (v) Membuat perancangan seperti dari segi ramalan jumlah perkhidmatan yang diberi, aktiviti perkhidmatan dan kos-kos yang terlibat. Latihan Pengekosan Perkhidmatan 1. Nyatakan tiga langkah yang digunakan untuk menentukan kos seunit perkhidmtan. 2. Nyatakan tiga perbezaan antara perniagaan perkhidmatan dengan perkilangan. 3. Huraikan tiga perbezaan yang ketara dalam penyediaan penyata kewangan antara firma yang menawarkan perkhidamatan dengan firma perkilangan. 4. Greenco ialah sebuah firma pengiklanan. Maklumat perkhimatan yang dijalankan oleh Greenco dalam bulan Januari 2015 adalah seperti berikut: Item Kerja AA Kerja BB Bahan langsung RM2,000 RM3,200 Buruh langsung(pereka) RM7,800 RM8,800 Jam Pereka 50 jam 68 jam Maklumat tambahan: (2) Kos overhed diperuntukkan pada tugasan membuat papan iklan adalah berasaskan jam pereka. (3) Kadar overhed pratentu ialah RM40 sejam pereka. (4) Kerja AA telah disiapkan dalam bulan Januari 2015. (5) Belanja langsung yang lain bagi bulan Januari 2015 untuk kerja AA dan kerja BB masingmasing ialah RM2,000 dan RM4,000. (6) Peratusan keuntungan ditetapkan bagi setiap kos kerja ialah 20%.
46 Dikehendaki: (i) Jumlah kos yang diperuntukan bagi kerja AA dan kerja BB. (ii) Yuran perkhidmatan bagi kerja yang telah disiapkan, (Klon STPM 2015) 5. Cik Rati mempunyai sebuah firma kecil yang diberikan nama Rati Enterprise. Firmanya telah beroperasi selama 3 tahun. Perkhidmatan utama yang ditawarkan ialah Pengelolaan aktiviti majlis khas seperti hari keluarga, majlis perkahwinan dan majlis makan malam dan sebagainya. Data yang berikut berkaitan dengan tempoh operasi bagi 6 bulan yang berakhir pada 30 Jun 2015. RM Inventori bekalan pada 1 Januari 2015 10,000 Inventori bekalan pada 30 Jun 2015 25,000 Aktiviti dalam proses pada 1 Januari 2015 40,000 Aktiviti dalam proses pada 30 Jun 2015 73,000 Belanja jualan khidmatan dan promosi 14,000 Belanja pentadbiran dan am 28,000 Overhed diserap 144,500 Overhed terkurang serap 5,000 Belian bekalan 45,000 Buruh langsung (3 orang x22 aktiviti × RM800 setiap Aktiviti) 52,800 Dikehendaki: (i) Sediakan penyata kos perkhidmatan untuk 6 bulan pertama tahun 2015 bagi Rati Enterprise. (ii) Dengan mengandaikan bahawa caj purata yang dikenakan untuk setiap aktiviti ialah RM12,000, sediakan panyata pendapatan komprehensif bagi Rati Enterprise untuk tempoh yang sama. (STPM 2005)
47 9.0 PENGEKOSAN MARGINAL DAN SERAPAN Hasil Pembelajaran Pelajar seharusnya dapat 1. mentakrif pengekosan marginal dan serapan 2. mengasingkan kos kepada i) kos produk dan kos tempoh ii) kos tetap dan kos berubah dengan menggunakan kaedah tinggi rendah 3. menyediakan penyata pendapatan mengikut teknik i) pengekosan marginal ii) pengekosan serapan (pelarasan overhed terlebih dan terkurang serap) 4. menjelaskan perbezaan untung bersih mengikut teknik pengekosan marginal dan pengekosan serapan 5. memerihalkan kelebihan dan kelemahan teknik pengekosan marginal dan pengekosan serapan 6. menyediakan rumusan kepada pihak pengurusan tentang teknik pengekosan marginal dan pengekosan serapan Nota Ringkas 1. Takrif pengekosan marginal dan pengekosan serapan. Pengekosan marginal juga dikenali sebagai pengekosan langsung atau pengekosan berubah. Pengekosan marginal hanya memperuntukan kos perkilangan berubah seperti kos bahan mentah langsung, kos buruh langsung dan kos overhed kilang berubah kepada produk. Bagi kos overhed kilang tetap pula dikira sebagai kos tempoh. Ini bermakna kos overhed kilang tetap bukan kos yang diinventorikan dalam pengekosan marginal. Pengekosan serapan pula dikenali sebagai pengekosan penuh dimana semua kos perkilangan sama ada kos perkilangan berubah atau kos perkilangan tetap akan diperuntukkan kepada kos produk. Oleh itu kos bahan mentah langsung, kos buruh langsung dan semua kos overhed perkilangan merupakan kos produk. Ini bermakna kos overhed kilang tetap dianggap sebagai kos yang diinventorikan dan bukan kos tempoh. Perbezaan antara Pengekosan Serapan dengan Pengekosan Marginal Pengekosan Serapan Pengekosan Marginal Lebih menitikberatkan fungsi kos. Lebih menitikberatkan gelagat kos. Ciri utama ialah menghitung untung kasar. Ciri utama ialah menghitung margin sumbangan/caruman. Semua jenis kos perkilangan diambil kira dalam menentukan kos produk. Hanya kos perkilangan berubah diambil kira dalam menentukan kos produk. Inventori dinilai pada kos perkilangan sepenuhnya. Inventori dinilai pada kos perkilangan berubah. Tidak sesuai digunakan untuk membuat keputusan tetapi boleh digunakan bagi tujuan pengurusan dalaman organisasi. Sesuai digunakan untuk membuat keputusan dan bagi tujuan pengurusan dalaman organisasi. Tidak boleh digunakan untuk membuat analisis kos volum untung kerana gagal membezakan kos berubah dan kos tetap daripada jumlah kos. Asas untuk membuat analisis kos volum untung dan penting dalam menjamin proses perancangan dan pengawalan yang berkesan.
48 2. Pengasingan Kos Kos boleh diasingkan kepada a) Kos produk dan kos tempoh Pengekosan Serapan Pengekosan Marginal Pengekosan Serapan Pengekosan Marginal b) Kos tetap dan kos berubah Kos sebenarnya boleh dibahagikan kepada tiga jenis mengikut tingkah laku iaitu kos tetap, kos berubah dan kos campuran. Kos tetap ialah kos yang jumlahnya tidak berubah mengikut perubahan unit pengeluaran. Manakala kos berubah pula ialah sejumlah kos yang berubah secara berkadar lansung dengan perubahan unit pengeluaran. Kos campuran pula perlu diasingkan kepada komponen kos berubah dan kos tetap menggunakan kaedah tinggi rendah. Kaedah tinggi-rendah Kaedah ini membandingkan perubahan kos antara tingkat aktiviti paling tinggi dengan tingkat aktiviti paling rendah bagi sesuatu tempoh. Jumlah kos = Kos Tetap + ( Kadar kos berubah x Tahap aktiviti ) Kadar kos berubah = Kos tertinggi – Kos terendah Aktiviti tertinggi – Aktiviti terendah Oleh itu, Kos Tetap ( pada tingkat aktiviti tertinggi ) = Jumlah kos pada tingkat tertinggi – ( kadar kos berubah x tahap aktiviti tertinggi) Contoh: Syarikat Gema mempunyai butiran berikut mengenai pengeluaran dan jumlah kos sejenis barangan dapur keluarannya. Pengeluaran (unit) Jumlah kos (RM) Januari 1,000 7,000 Februari 1,300 8,500 Mac 1,500 9,500 April 1,200 8,000 Mei 1,800 11,000 *Kos bahan langsung *Kos Buruh Langsung * Kos overhed kilang berubah * Kos overhed kilang tetap *Kos bahan langsung *Kos Buruh Langsung * Kos overhed kilang berubah Kos Produk *Belanja jualan * Belanja pentadbiran *Kos overhed kilang tetap * Belanja jualan * Belanja pentadbiran Kos tempoh
49 Hitung i. kos berubah seunit ii. kos tetap Jumlah kos = Kos Tetap + ( Kadar kos berubah x tahap aktiviti ) Kadar kos berubah = Kos tertinggi – Kos terendah Aktiviti tertinggi – Aktiviti terendah = RM 11,000 – RM 7,000 1,800 unit – 1,000 unit = RM 5 seunit Oleh itu, Kos Tetap ( pada aktiviti tertinggi ): = Jumlah kos – (kadar kos berubah x tahap aktiviti) = RM 11,000 – (RM 5seunit x 1,800 unit) = RM 2,000 3. Penyediaan Penyata Kewangan mengikut teknik Pengekosan Marginal dan Serapan a) Beza penilaian inventori akhir dan kos produk seunit Contoh Syarikat Abadi Sdn Bhd yang baru memulakan operasi telah memberikan maklumat berikut berkaitan suatu produk keluarannya bagi tahun 2015. Unit Inventori awal - Pengeluaran 2,000 Jualan ( harga jualan RM 100 seunit) 1,500 RM Kos berubah seunit: Bahan mentah langsung 30 Buruh langsung 20 Overhed perkilangan berubah 10 Jualan dan pentadbiran berubah 8 Kos tetap Overhed perkilangan tetap 10,000 Belanja jualan dan pentadbiran tetap 7,500 Penghitungan kos produk seunit adalah seperti berikut: Pengekosan Serapan Pengekosan Marginal Bahan mentah langsung 30 30 Buruh langsung 20 20 Overhed perkilangan berubah 10 10 Overhed perkilangan tetap (RM 10,000 / 2,000 unit) 5 - Kos produk 65 60
50 Unit inventori akhir = Inventori awal + pengeluaran – jualan = 0 + 2,000 – 1,500 = 500 unit Nilai inventori akhir: Pengekosan Serapan = 500 unit × RM 65 = RM 32,500 Pengekosan Marginal = 500 unit × RM 60 = RM 30,000 Dengan perbezaan nilai inventori akhir menggunakan kaedah pengekosan marginal dan serapan ini akan memberi kesan kepada kos jualan, untung kasar serta untung bersih dalam Penyata Pendapatan Komprehensif. Syarikat Abadi Sdn Bhd Penyata Pendapatan Komprehensif ( Pengekosan Serapan ) Bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 RM RM Jualan ( 1,500 × RM 100 ) 150,000 Tolak : Kos barang dijual Inventori awal 0 Kos pengeluaran/ Kos barang dikilang ( 2,000 × RM65 ) 130,000 130,000 Tolak Inventori akhir ( 500 × RM65 ) 32,500 97,500 Untung Kasar 52,500 Tolak : Belanja jualan dan pentadbiran berubah (1,500 × RM 8 ) 12,000 Belanja jualan & pentadbiran tetap 7,500 19,500 Untung Bersih 33,000 Syarikat Abadi Sdn Bhd Penyata Pendapatan Komprehensif ( Pengekosan Marginal ) Bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 RM RM Jualan ( 1,500 × RM 100 ) 150,000 Tolak : Kos barang dijual Inventori awal 0 Kos pengeluaran/ kos barang dikilang ( 2,000 × RM60 ) 120,000 120,000 Tolak Inventori akhir ( 500 × RM60 ) 30,000 90,000 60,000 Tolak Belanja jualan & pentadbiran berubah ( 1,500 × RM8 ) 12,000 Margin sumbangan 48,000 Tolak : Belanja tetap Overhed perkilangan 10,000 Belanja jualan dan pentadbiran 7,500 17,500 Untung Bersih 30,500