51 Perbezaan untung bersih = 500 × RM5 =RM2,500 Perbezaan untung bersih antara Pengekosan Serapan dengan Pengekosan Marginal disebabkan oleh perbezaan nilai inventori akhir dalam kedua-dua kaedah pengekosan terutama jika berlaku perubahan dalam tingkat inventori pada awal dan akhir tempoh. Jika ada pertambahan dalam inventori akhir, ini bermakna sebahagian keluaran dalam tempoh semasa belum terjual dan kosnya dicampurkan dalam nilai inventori akhir. Dibawah kaedah pengekosan serapan, sebahagian kos overhed tetap perkilangan akan termasuk dalam nilai inventori akhir. Oleh itu, pendapatan bersih yang diperoleh dalam tempoh tersebut akan menjadi lebih besar daripada pendapatan bersih pengekosan serapan. Sekiranya berlaku pengurangan dalam inventori akhir, ini bermakna kuantiti jualan adalah lebih besar daripada kuantiti pengeluaran dalam tempoh semasa. Pendapatan bersih dibawah kaedah pengekosan serapan akan menjadi lebih rendah daripada pendapatan bersih dibawah pengekosan marginal. Hal ini kerana sebahagian dari inventori awal telah terjual dalam tempoh tersebut dan ini bermakna sebahagian daripada belanja overhed tetap dalam tempoh sebelumnya akan ditolak daripada hasil bagi tempoh semasa. Perbezaan antara untung atau rugi bersih di bawah kedua-dua kaedah pengekosan dapat dikira seperti berikut: Pendapatan bersih Pengekosan Serapan - Pendapatan bersih Pengekosan Marginal = Kos seunit overhed tetap perkilangan × Unit dikeluarkan tolak Unit dijual 4. Pelarasan Overhed Terlebih atau Terkurang Serap Penyata pendapatan Pengekosan Serapan sahaja perlu membuat pelarasan terhadap overhed terlebih atau terkurang serap kerana elemen overhed tetap perkilangan sahaja yang menghasilkan situasi terlebih atau terkurang serap. Penyata pendapatan Pengekosan Serapan Penyata pendapatan Pengekosan Serapan Jualan x Jualan x ( - ) Kos barang dijual: ( - ) Kos barang dijual Inventori awal x Inventori awal x (+)kos barang di kilang* x (+)kos barang di kilang x (-) Inventori akhir x (-) Inventori akhir x ( - ) Overhed tetap terlebih serap x x ( + ) Overhed tetap terkurang serap x x Untung kasar x Untung kasar x ( - ) Belanja jualan & pentadbiran: ( - ) Belanja jualan & pentadbiran: Berubah x Berubah x Tetap x x Tetap x x Untung Bersih x Untung Bersih x *kos barang dikilang =kos pengeluaran
52 Contoh Syarikat Zuri Berhad memberikan data operasi kilang bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 seperti yang berikut: Inventori awal, 1 Januari 8,500 unit Inventori akhir, 31 Disember 3,450 unit Jualan 34,540 unit Harga jualan seunit RM 23 Kos perkilangan berubah seunit RM 5 Kos jualan dan pentadbiran berubah seunit RM 1.50 Tingkat jam mesin normal 600 jam Kadar pengeluaran piawai 50 unit sejam mesin Overhed perkilangan tetap RM154,000 Kos jualan dan pentadbiran tetap RM108,000 Andaikan kos dan unit piawai adalah malar. Dikehendaki: Sediakan penyata pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 dengan menggunakan kaedah i. Pengekosan marginal ii. Pengekosan serapan Cadangan Jawapan Syarikat Zuri Sdn Bhd Penyata Pendapatan Komprehensif ( Pengekosan Serapan ) Bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 RM RM Jualan ( 34,540 × RM 23/unit ) 794,420.00 Tolak : Kos barang dijual Inventori awal (RM10.13 × 8,500) 86,105.00 Kos pengeluaran (RM10.13 × 29,490) 298,733.70 384,838.70 Tolak Inventori akhir (RM10.13 × 3,450) 34,948.50 349,890.20 Tambah Kos Overhed kurang serap 2,716.30 352,606.50 Untung Kasar 441,813.50 Tolak : Belanja jualan & pentadbiran Berubah(RM1.50 × 34,540) 51,810 Tetap 108,000 159,810.00 Untung Bersih 282,003.50
53 Syarikat Abadi Sdn Bhd Penyata Pendapatan Komprehensif ( Pengekosan Marginal ) Bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 RM RM Jualan 794,420 Tolak : Kos Berubah Inventori awal (RM5 × 8,500) 42,500 Kos pengeluaran (RM5 × 29,490) 147,450 189,950 Tolak Inventori akhir (RM5 × 3,450) 17,250 172,700 (+)Belanja jualan & pentadbiran berubah 51,810 224,510 Margin sumbangan 569,910 Tolak : Belanja tetap Overhed perkilangan 154,000 Belanja jualan dan pentadbiran 108,000 262,000 Untung Bersih 307,910 Jalan kerja: Pengeluaran = 3,450 + 34,540 – 8,500 = 29,490 unit Kadar serapan overhed tetap = RM 154,000 ÷ 30,000 unit = RM 5.13/unit Overhed kurang serap = RM154,000 – (29,490 xRM5.13) =RM2,716.30 5. Kebaikan dan kelemahan Pengekosan Serapan dan Pengekosan Marginal Pengekosan Serapan Kebaikan Kelemahan 1. dapat membuat pengasingan antara kos keluaran dengan kos tempoh 2. dapat membantu menentukan untung kasar dan untung bersih bagi sesuatu tempoh 3. verhed kilang digunakan sepenuhnya dan diserapkan kedalam unit keluaran 4. Sesuai sebagai laporan luaran kerana mematuhi piawai. 1. menyukarkan proses pembuatan keputusan kerana semua jenis kos perlu diambil kira. Tidak menunjukkan perhubungan antara kos, volum dan untung. Maka teknik ini tidak menbantu pihak pengurusan membuat keputusan dalam jangka masa pendek. 2. Kurang sesuai digunakan untuk penilaian prestasi pengurusan kerana kos tidak diasingkan kepada kos tetap dan kos berubah. 3. Masalah overhed lebih serap atau kurang serap.
54 Pengekosan Marginal Kebaikan Kelemahan 1. beri peluang kepada pihak pengurusan untuk menilai gelagat kos dan kesensitivi kos terhadap perubahan dalam aktiviti kos 2. penyata kos yang disediakan mudah difahami dan ringkas kerana kos tetap tidak diambil kira dalam penyediaan penyata pendapatan 3. overhed tetap terlebih atau terkurang serap adalah tidak relevan kerana overhed tidak diambil kira dalam menentukan kos seunit produk kerana hanya kos berubah sahaja yang diambil kira 4. Untung merupakan fungsi jualan. Sepatutnya untung harus mengambil kira kedua-dua fungsi jualan dan keluaran 5. Untung sebenar dapat ditentukan kerana kos tetap tidak diserap kedalam kos inventori akhir 6. merupakan asas untuk melakukan analisis kos volum untung dan menyediakan belanjawan fleksibel 1. keputusan yang dibuat mungkin tidak tepat kerana hanya kos berubah yang diambil kira dalam menghitung kos seunit produk dan menentukan harga seunit produk 2. margin caruman mungkin tidak mencukupi untuk menampung kos tetap jika terlalu banyak produk dijual pada harga marginal 3. harga jualan tidak boleh dinaikkan semata-mata untuk menampung kekurangan pesanan terutama apabila berlaku pembesaran dalam perniagaan 4. inventori dikurang nyatakan semasa menyediakan penyata pendapatan 5. tidak sesuai digunakan bagi tujuan penaksiran cukai
55 SOALAN LATIHAN 1. Syarikat Mercu Merdeka mengeluar dan menjual sejenis barangan dapur. Maklumat yang berikut adalah berkaitan aktiviti syarikat bagi tahun berakhir 31 Disember 2015. Butiran RM Kos berubah seunit: Bahan mentah langsung 140 Buruh langsung 35 Overhed pengeluaran 22 Komisen jualan 15 Kos tetap setahun: Overhed pengeluaran 84,000 Belanja jualan dan pentadbiran 56,500 Harga jualan seunit 350 Jumlah pengeluaran 7,000 Jumlah jualan 5,500 Dikehendaki: a) Sediakan penyata pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 dengan menggunakan kaedah pengekosan marginal dan serapan. b) Jika unit pengeluaran syarikat lebih besar daripada unit jualan, kaedah pengekosan yang manakah yang akan memberikan untung bersih yang lebih tinggi? Jelaskan jawapan anda. [No.4(b), STPM K2, 2012 ] 2. ( a ) Nyatakan kesan penggunaan teknik pengekosan serapan dan teknik pengekosan marginal ke atas untung bersih jika, (i) unit pengeluaran lebih besar daripada unit jualan, (ii) unit jualan lebih besar daripada unit pengeluaran, dan berikan dua sebab mengapa setiap perkara itu berlaku. ( b ) Syarikat Kejora Berhad mengeluar dan menjual kotak hadiah. Dalam bulan Jun 2015, sebanyak 9,000 unit telah dikeluarkan, dan 8,200 unit telah dijual dengan harga RM12.40 seunit. Kos yang terlibat adalah seperti berikut: Item Kos (RM) Bahan mentah langsung 11,200 Buruh langsung 8,800 Overhed berubah perkilangan 9,700 Overhed tetap perkilangan 47,700 Komisen jualan ialah 5 % atas harga jualan, dan belanja pentadbiran tetap ialah RM21,400. Dikehendaki: (ii) hitung kos seunit kotak hadiah dengan menggunakan teknik pengekosan serapan dan teknik pengekosan marginal.
56 (iii) hitung margin sumbangan bagi seunit kotak hadiah. (iv) Sediakan penyata pendapatan bagi bulan Jun 2015 dengan menggunakan teknik pengekosan serapan dan teknik pengekosan marginal. [ STPM 2014 K2] 3. ( a ) Perihalkan dua perbezaan antara pengekosan marginal dengan pengekosan serapan. ( b ) Syarikat Segama mengeluarkan 23,000 unit dan menjual 20,000 unit produk RX-Ayu. Maklumat operasi syarikat bagi tahun 2015 adalah seperti berikut: RM Jualan 210,000 Kos perkilangan: Bahan mentah langsung 55,200 Buruh langsung 80,500 Overhed berubah 25,300 Overhed tetap 20,700 Jualan dan pentadbiran: Kos berubah 12,000 Kos tetap 7,500 Dikehendaki: (i) Sediakan penyata pendapatan Syarikat Segama bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 dengan menggunakan teknik pengekosan marginal dan teknik pengekosan serapan. (ii) Jika harga jualan seunit produk RX-Ayu telah bertambah 10 %, syarikat perlu melibatkan belanja iklan sebanyak RM 1,500. Hitung unit produk RX-Ayu yang perlu dijual untuk memperoleh keuntungan sebanyak RM 30,000 dengan menggunakan kaedah margin sumbangan. [ STPM 2014 U2] 4. Syarikat Mercu Berhad mengeluarkan satu model telefon bimbit dengan jenama Merc. Keluaran syarikat dijual kepada pemborong dengan harga RM 100 seunit. Yang berikut ialah penyata untung rugi yang dibelanjawankan pada tahap aktiviti normal. RM RM Jualan 2,000,000 Belanja: Bahan langsung 600,000 Upah langsung Overhed pengeluaran: Berubah Tetap Overhed pentadbiran tetap Overhed pemasaran tetap Untung bersih 400,000 100,000 400,000 200,000 100,000 1,800,000 200,000
57 Syarikat sedang merangka belanjawan bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 dan 31 Disember 2016. Bagi tahun 2015, jualan dijangka pada tahun 80% aktiviti normal manakala pengeluaran dijangka pada tahap aktiviti normal. Bagi tahun 2016 pula, jualan dijangka pada tahap aktiviti normal manakala pengeluaran dikurangkan kepada 80% aktiviti normal untuk menghabiskan stok yang dihasilkan pada tahun 2015. Dikehendaki: (i) Sediakan penyata pendapatan komprehensif proforma bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 dan 31 Disember 2016 berasaskan pendekatan pengekosan serapan dan pengekosan langsung. (ii) Bincangkan secara ringkas kesan kedua-dua pendekatan pada (i) di atas terhadap untung bersih atau rugi bersih syarikat. [ No.4, STPM 2005 ]
58 10.0 ANALISIS KOS-VOLUM-UNTUNG ( KVU ) Hasil pembelajaran Pelajar seharusnya dapat 1) memerihalkan KVU dan pulang modal (terhad kepada satu produk) 2) mengasingkan kos kepada kos tetap dan kos berubah dengan menggunakan Kaedah Tinggi Rendah 3) menjelaskan konsep margin caruman dan nisbah margin caruman 4) menyatakan andaian dalam analisis KVU 5) memerihalkan kelebihan dan kelemahan analisis KVU 6) menentukan TPM dalam unit dan RM dengan menggunakan kaedah persamaan, kaedah margin caruman dan kaedah bergraf 7) mentakrifkan margin keselamatan 8) menjelaskan kepentingan margin keselamatan 9) menghitung atau menunjukkan pada graf margin keselamatan dan unit, ringgit, dan peratusan 10) menganalisis kesan perubahan komponen yang berikut terhadap TPM, jualan , untung, dan margin keselamatan: (i) perubahan harga jualan, (ii) perubahan kos berubah (iii) perubahan kos tetap (iv) perubahan volum jualan 11) menentukan jualan dalam unit atau ringgit bagi mencapai untung sasaran 12) menyediakan rumusan kepada pihak pengurusan tentang hasil analisis KVU NOTA RINGKAS 1. Pengenalan kepada analisis Kos Volum Untung ( KVU ) Analisis kos-volum-untung (KVU) adalah satu alat pengurusan yang membantu pihak pengurusan untuk memahami hubungan antara kos, volum (unit pengeluaran atau jualan ) dan keuntungan sesebuah organisasi. Antara keputusan yang boleh dicapai dengan menggunakan analisis KVU adalah seperti berikut: (i) Jenis produk yang patut dibuat atau dijual, (ii) Bentuk polisi harga jualan yang patut digunakan (iii) Strategi pemasaran yang boleh digunakan (iv) Jenis-jenis kemudahan yang produktif yang boleh memaksimumkan untung Analisis kos-volum-untung (KVU) akan mewujudkan analisis titik pulang modal (TPM) setelah konsep margin caruman dan margin keselamatan diketahui. 2. Pengasingan kos kepada kos tetap dan kos berubah Analisis kos-volum-untung memerlukan kos-kos campuran (separa berubah atau separa tetap) diasingkan kepada elemen kos tetap dan kos berubah terlebih dahulu. Subtajuk ini telah dibincangkan dalam topik yang lepas. (Tajuk 9)
59 3. Margin caruman atau margin sumbangan ialah amaun hasil jualan tolak belanja-belanja berubah atau : Margin caruman seunit = Harga jualan seunit – kos berubah seunit Jumlah margin caruman = Jumlah jualan – Jumlah kos berubah Nisbah margin caruman = Margin caruman seunit Harga jualan seunit 4. Andaian dalam Analisis Kos-Volum-Untung i. Jumlah kos dapat dibahagikan kepada elemen kos tetap dan kos berubah ii. Keluk/garisan jumlah hasil dan keluk/garisan jumlah kos berbentuk garis lurus. iii. Harga jualan seunit, kos berubah seunit dan jumlah kos tetap telah diketahui atau dikenal pasti dengan tepat dan konsistan. iv. Perubahan tingkat hasil adalah disebabkan oleh berlakunya perubahan jumlah unit keluaran dan unit jualan. v. Semua unit keluaran dapat dijual dan tiada inventori dalam simpanan. 5. Kepentingan / kelebihan Analisis Kos-Volum-Untung (i) Sebagai alat perancangan Jika sesebuah syarikat meletakkan sasaran untung untuk sesuatu tempoh, maka pihak pengurusan syarikat perlu merancang tentang berapa jenis produk yang perlu dikeluarkan serta berapa unit jualan untuk setiap jenis produk. Perancang juga dapat dibuat untuk menyediakan kos pengeluaran ( berubah atau tetap ) jika ingin mencapai titik pulang modal. (ii) Sebagai alat pembuatan keputusan Harga jualan perlu ditentukan dengan menggunakan analisis kos-volum-untung. Analisis ini juga membantu apabila keperluan timbul untuk menentukan % kos-kos berubah atau tetap boleh dinaikkan atau diturunkan. (iii) Sebagai alat kawalan Setiap jenis kos dapat dikawal kerana setiap perubahan terutamanya kos berubah dan harga jualan boleh mempengaruhi margin caruman atau untung bersih. (iv) Sebagai alat pengukur prestasi Dengan melihat kepada titik pulang modal atau untung sasaran, prestasi sesuatu unit atau jabatan atau individu dapat diukur sama ada mencapai apa yang telah dirancangkan atau tidak. Penyiasatan perlu dibuat untuk mencari sebab-sebab sasaran tersasar dan siapa yang perlu bertanggungjawab. 6. Kelemahan Analisis Kos-Volum-Untung a. Dalam realiti perniagaan sebenar, tidak semua jumlah kos boleh diasingkan kepada kos tetap dan kos berubah. Banyak faktor luar kawalan seperti tindakan pesaing, ketidakpastian masa depan, perubahan teknologi dan inovasi boleh menyebabkan kos berubah, harga jualan serta jumlah kos berubah. b. Analisis KVU kurang sesuai untuk digunakan oleh perniagaan yang mengeluarkan pelbagai jenis produk. Perubahan campuran jualan akibat perubahan harga jualan, kos tetap dan kos berubah akan menyebabkan analisis kos-volum-untung menjadi lebih kompleks dan kurang tepat. × 100
60 c. Usaha untuk mengasingkan kos kepada kos tetap dan kos berubah sebenarnya melibatkan proses yang rumit. d. Analisis kos-volum-untung mengandaikan kos tetap adalah malar/konstan pada satu-satu julat aktiviti yang relevan yang telah ditentukan. Dalam realiti perniagaan, sebarang perubahan kos tetap akan menyebabkan keluk jumlah kos berbentuk tangga atau bertingkat dan bukan garis lurus lagi. Kesannya mengakibatkan analisis kos-volumuntung menjadi kurang tepat. 7. Kaedah Penentuan Titik Pulang Modal ( TPM ) Titik pulang modal ialah titik jualan dimana syarikat tidak memperolehi untung atau tidak mengalami kerugian. Dengan kata lain, hasil jualan adalah mencukupi untuk menutup semua kos yang berlaku sama kos tetap atau kos berubah. Terdapat tiga kaedah bagi menghitung titik pulang modal iaitu : a. Kaedah Persamaan Untung = Hasil Jualan – ( Kos berubah + Kos tetap ) = [Harga jualan seunit × Unit dijual] – [Kos berubah seunit × Unit dijual] – jumlah kos tetap Pada titik pulang modal, untung = 0. Maka Hasil Jualan = ( Kos berubah + Kos tetap ) [Harga jualan seunit × Unit dijual] = [Kos berubah seunit × Unit dijual] + Jumlah kos tetap Contoh: Syarikat Zizi mengeluarkan satu produk. Kos tetap bagi produk itu RM5,000 sebulan dan kos berubah RM4 seunit. Produk itu dijual pada harga RM6.50 seunit. Hitung i. titik pulang modal dalam unit dan RM. ii. Untung syarikat sekiranya jualan ialah 3000 unit. Cadangan Jawapan: i. Pada TPM, untung =0. Hasil Jualan = ( Kos berubah + Kos tetap ) Hasil Jualan – Kos berubah = Kos tetap [Harga jualan seunit × Unit dijual] - [Kos berubah seunit × Unit dijual]= jumlah kos tetap RM6.50 ×Q – RM4 × Q = RM5,000 RM2.50 × Q = RM5,000 Q ( unit pada TPM) = = 2,000 unit TPM (Ringgit) = 2,000 × RM6.50 = RM13,000 ii. Untung = (RM6.50 ×3,000 unit) – (RM4.00 ×3,000) – RM5,000 = RM2,500 RM5,000 RM2.50
61 b. Kaedah Margin Caruman Kaedah ini menentukan margin caruman perunit keluaran dahulu, sebelum TPM ditentukan. Untung = Hasil – (Kos berubah + Kos tetap) = [Harga jualan seunit × Unit dijual] – [Kos berubah seunit × Unit dijual] – jumlah kos tetap Persamaan ini boleh ditukar kepada: Untung + kos tetap = [harga jualan seunit – kos berubah seunit] × unit dijual Maka Unit dijual = Dan Margin caruman seunit = Harga jualan seunit – kos berubah seunit Pada titik pulang modal, untung adalah sifar. Oleh itu, Titik pulang modal (unit) = Contoh: Harga jualan sebiji burger yang dijual oleh sebuah restoran ialah RM8.90. Kos-kos berikut berlaku dalam menyediakan burger tersebut. Kos sebiji roti RM0.80 Kos daging perunit 2.00 Kos bahan tak langsung seunit 0.10 Kos penyelian sebulan 1,000 Kos sewa dan lain-lain 2,500 Hitung TPM dalam unit dengan menggunakan kaedah margin caruman. Cadangan Jawapan Harga jualan sebiji burger = RM8.90 Kos berubah sebiji burger = RM2.90 Maka, margin caruman seunit = RM8.90 – RM2.90 = RM6.00 Titik pulang modal (unit) = = 584 unit (angka bulatkan) Jumlah kos tetap Margin caruman seunit RM3,500 RM 6 Jumlah kos tetap + untung Harga jualan seunit – kos berubah seunit Jumlah kos tetap Margin caruman seunit
62 1. Kaedah Bergraf Melalui kaedah graf, keluk atau garis jumlah kos dan garis jumlah hasil akan dilakarkan. Titik pertemuan antara garis jumlah kos dengan jumlah hasil merupakan titik pulang modal. Volum output TPM Jumlah Kos Jumlah Hasil Kos tetap Unit TPM TPM RM Kos 4. Margin Keselamatan Margin keselamatan ialah jumlah unit produk yang dijual atau dijangka dapat dijual atau jumlah hasil yang diperoleh atau dijangka diperoleh selepas titik pulang modal. Ianya bertindak sebagai pagar keselamatan bagi pihak pengurusan supaya sentiasa berjaga-jaga agar jangan membenarkan jualan jatuh sehingga lebih rendah daripada titik pulang modal. Jika ini berlaku, perniagaan akan mula mengalami kerugian. Margin keselamatan( dalam unit ) = unit jualan semasa – unit TPM Margin keselamatan( dalam RM ) = Jumlah jualan – Jumlah TPM Nisbah margin keselamatan = X 100 5. Kepentingan Margin Keselamatan Nisbah margin keselamatan merupakan ukuran bagi membandingkan risiko yang terlibat dalam jualan produk. Produk dengan nisbah margin keselamatan yang rendah dikatakan lebih berisiko berbanding dengan produk yang mempunyai nisbah margin keselamatan yang tinggi. Margin keselamatan Unit jualan semasa atau dijangka
63 Volum output TPM Jumlah Kos Jumlah Hasil Kos tetap Unit TPM TPM RM Kos Unit MK Unit jualan semasa MK dlm RM 7. Menghitung margin keselamatan Contoh: Syarikat Risa dan Pisa masing-masing mmenunjukkan volum jualan semasa sebanyak 7,200 unit dan 9,000 unit. TPM kedua-dua syarikat pula ialah 6,000 unit bagi Syarikat Risa dan 8,000 unit bagi Syarikat Pisa. Tentukan syarikat yang mempunyai daya tahan kejatuhan volum yang lebih tinggi. Cadangan Jawapan Margin keselamatan (Syarikat Risa) = 1,200 unit; dan Nisbah margin keselamatan = × 100 = 16.7% Margin keselamatan (Syarikat Pisa) = 1,000 unit; dan Nisbah margin keselamatan = × 100 = 11.1% Kesimpulan: Syarikat Risa mempunyai daya tahan kejatuhan yang lebih tinggi kerana nisbah margin keselamatan yang lebih tinggi. 7,200- 6,000 7,200 9,000- 8,000 9,000
64 8. Aplikasi Analisis Kos-Volum-untung Analisis terhadap perubahan elemen dalam analisis kos-volum-untung boleh dilakukan untuk menilai kesan perubahan harga jualan, kos tetap dan kos berubah terhadap kos volum untung. (i) Perubahan harga jualan (ii) Perubahan kos berubah (iii) Perubahan kos tetap (iv) Perubahan volum jualan Contoh Syarikat Gemilang Sdn Bhd. yang mengeluarkan dan menjual bingkai gambar membekalkan data-data yang berikut bagi tahun berakhir 31 Disember 2015: Unit jualan 3,000 unit Kos tetap RM 50,000 Harga jualan seunit RM 120 Kos berubah seunit RM 80 Syarikat sedang mempertimbangkan tiga alternatif bagi pengeluaran bingkai gambar secara besar-besaran ke pasaran baru. Tiga alternatif adalah seperti berikut: Alternatif A : Belanja pengiklanan meningkat sebanyak RM 16,000 yang menyebabkan volum jualan bertambah daripada 1,800 unit kepada 2,500 unit. Alternatif B: Kadar komisen jurujual dinaikkan daripada RM 6 kepada RM 10 dan tindakan ini telah menyebabkan volum jualan bertambah daripada 1,800 kepada 2,100 unit. Alternatif C : Penurunan harga jualan daripada RM 120 kepada RM 115 seunit serta peningkatan kos pengiklanan RM 16,000 telah menyebabkan volum jualan meningkat daripada 1,800 unit kepada 3,120 unit. Dikehendaki: i. Hitung TPM dalam unit bagi Syarikat Gemilang ii. Tunjukkan penghitungan bagi alternatif terbaik untuk syarikat atau terus mengekalkan harga jualan, kadar komisen jurujual atau polisi promosi sedia ada. Cadangan Jawapan i. Titik pulang modal (unit) = Titik pulang modal (unit) = = 1,250 unit ii. Alternatif A Untung asal = (RM40×1,800) – RM50,000 = RM22,000 Untung cadangan baru = (RM40×2,500) –RM66,000 = RM34,000 Cadangan ini akan menambahkan keuntungan syarikat sebanyak RM12,000 Jumlah kos tetap Margin caruman seunit RM50,000 RM120-RM80
65 Alternatif B Untung asal =( RM40×1,800) –RM50,000 = RM22,000 Untung cadangan baru = (RM36×2,100) –RM50,000 = RM25,600 Cadangan ini akan menambahkan keuntungan syarikat sebanyak RM3,600 Alternatif C Untung asal = (RM40×1,800) –RM50,000 = RM22,000 Untung cadangan baru =( RM35×3,120) –RM66,000 = RM43,200 Cadangan ini akan menambahkan keuntungan syarikat sebanyak RM21,200 Kesimpulannya: Syarikat Gemilang seharusnya memilih Alternatif C kerana ia membawa tambahan untung yang paling tinggi iaitu sebanyak RM21,200. 9. Menentukan Jualan dalam Unit dan RM bagi Mencapai Untung Sasaran Untung = Hasil Jualan – ( Kos berubah + Kos tetap ) = [Harga jualan/unit × Unit dijual] – [Kos berubah/unit × Unit dijual] – jumlah kos tetap Persamaan ini boleh ditukar kepada: Untung + kos tetap = [harga jualan/unit – kos berubah/unit] × unit dijual Maka Unit Jualan = Jumlah kos tetap + untung Harga jualan seunit – kos berubah seunit Kaedah Margin Caruman ini membolehkan syarikat meletakkan untung yang disasarkan untuk mengetahui jumlah unit yang perlu dijual untuk mencapai untung tersebut. 10. Rumusan kepada pihak pengurusan tentang hasil analisis Kos-Volum-Untung Bagi tujuan membuat rumusan dan cadangan mengenai analisis KVU, perkara-perkara yang perlu dikemukakan ialah: i. Latar belakang kes yang dikaji dengan menggunakan analisis KVU dan TPM. ii. Andaian-andaian yang digunakan dalam analisis. iii. Sediakan hasil pengiraan TPM serta namakan kaedah penghitungan yang digunakan. iv. Sediakan jawapan-jawapan TPM, margin keselamatan dan jualan yang perlu dibuat untuk mendapatkan untung sasaran. v. Sediakan jawapan-jawapan TPM bagi beberapa alternatif dengan menunjukkan perubahan margin caruman dan perubahan untung.
66 SOALAN LATIHAN 1. Jelaskan kepentingan analisis Kos- Volum-Untung. 2. Nyatakan empat andaian penggunaan analisis Kos-Volum-Untung. 3. ( a ) Perihalkan empat permasalahan dalam membuat keputusan yang dapat diselesaikan dengan menggunakan analisis kos-volum-untung. ( b ) Agensi Pelancongan Puspita telah membuka pejabatnya di Bandar Kota Kinabalu. Maklumat kos dan belanja agensi bagi bulan Mac 2013 adalah seperti berikut: RM Kos tetap bulanan: Sewa pejabat 6,000 Susut nilai peralatan pejabat 400 Utiliti 220 Talian telefon 1,040 Sambungan untuk tempahan tiket atas talian 760 Gaji agen pelancongan 2,800 % Kos berubah sebagai peratusan atas jualan Utiliti 4 Insentif kakitangan 10 Pengiklanan 8 Bekalan & belanja pos 2 Bayaran perkhidmatan tempahan tiket atas talian 6 Dikehendaki: (i) Hitung titik pulang modal dalam RM dan bilangan unit tiket yang perlu dijual dengan menggunakan kaedah margin caruman. Andaikan harga tiket ialah RM 800 seunit. (ii) Hitung nilai jualan, dalam RM, untuk memperoleh untung bersih sasaran RM 8,000 dengan menggunakan kaedah margin caruman. Tentukan margin keselamatan, dalam RM pada titik jualan sasaran ini. (iii) Lakar dan labelkan graf kos-volum-untung dengan menggunakan maklumat yang telah diperoleh di (i) dan (ii) di atas [ STPM 2014,U2] 4. Maklumat tentang produk A dan B bagi Perniagaan Faridah adalah seperti berikut: Produk A (RM) Produk B (RM) Jualan 300,000 300,000 Kos berubah ( 200,000 ) ( 75,000 ) Margin sumbangan 100,000 225,000 Kos tetap ( 90,000 ) ( 180,000 ) Pendapatan bersih 10,000 45,000 Jualan bagi produk A ialah 100,000 unit manakala jualan bagi produk B ialah 75,000 unit.
67 Dikehendaki: i) Hitung titik pulang modal dalam unit dan RM bagi setiap produk. ii) Hitung margin keselamatan dalam RM bagi setiap produk. ii) Berikan maksud margin keselamatan, dan berdasarkan kepada margin keselamatan yang dihitung di (i), berikan ulasan anda. iii) Jika harga jualan produk A dikurangkan sebanyak 5 % dan belanja pengiklanan ditambah sebanyak RM100,000, kuantiti jualan produk A dijangka akan meningkat sebanyak 20 %. Hitung titik pulang modal dalam unit dan jumlah keuntungan yang baru. Jelaskan sama ada perubahan ini patut dilaksanakan atau tidak. iv) Jika bahan langsung yang lebih tinggi kualitinya digunakan dalam pengeluaran produk B, kos berubah produk B akan meningkat sebanyak 5 % dan harga jualan dijangka akan meningkat sebanyak 15 %. Oleh yang demikian, kuantiti jualan produk B dijangka meningkat sebanyak 25 %. Hitung titik pulang modal dalam unit dan jumlah keuntungan yang baharu. Jelaskan sama ada perubahan ini patut dilaksanakan atau tidak. [ STPM 2015 P2] 5. Syarikat Romi dan Juli Sdn. Bhd. Mengeluarkan sejenis pakaian sukan. Pendapatan bersih operasi yang dijangka bagi tahun hadapan adalah seperti berikut: RM Jualan (45,500 unit@ RM 15.50 seunit) 705,250 Tolak : Kos berubah 423,150 Margin caruman 282,100 Tolak : Kos tetap 250,000 Pendapatan bersih operasi 32,100 Dikehendaki: (a) Hitung: (i) margin caruman seunit dan nisbah margin caruman bagi pakaian sukan, (ii) titik pulang modal, dalam unit dan RM, dengan menggunakan kaedah nisbah margin caruman, (iii) margin keselamatan dalam unit. (b) Pengurus pengeluaran mencadangkan agar bahan mentah yang lebih berkualiti digunakan untuk membuat pakaian itu. Ini akan menyebabkan peningkatan kos bahan mentah sebanyak RM2.00 seunit. Justeru, harga jualan akan dinaikkan kepada RM 18.00 seunit. Jika cadangan ini diterima, hitung titik pulang modal dalam unit. (c) Pengurus jualan pula memberikan cadangan yang lain, iaitu mengadakan promosi yang lebih menarik dengan harga jualan promosi RM 12.00 seunit. Langkah ini akan melibatkan pertambahan kos iklan sebanyak RM20,000, dan beliau menjangkakan unit jualan akan meningkat sebanyak 25 %. Jika cadangan ini diterima, hitung titik pulang modal dalam unit. (d) Cadangan manakah antara (b) dan (c) di atas yang wajar diterima? Nyatakan alasan anda. (e) Jelaskan empat kepentingan titik pulang modal kepada pengurus sesebuah syarikat. [ STPM 2013 P2]
68 6. Perkilangan Caklatik Sdn Bhd mengeluarkan sejenis coklat berkacang. Setiap kotak dengan berat 950 gram dijual pada harga RM35. Yang berikut merupakan kos-kos berubah seunit yang dilibatkan: RM Kekacang 4.40 Coklat koko 7.00 Gula 2.20 Mentega 5.50 Bahan-bahan lain 2.10 Kotak, bahan pembungkusan 3.80 Komisen jualan 1.30 Kos overhed tetap ialah RM75,000 setahun, manakala kos jualan dan pentadbiran tetap pula berjumlah RM26,500 setahun. Pada tahun lepas, syarikat tersebut telah menjual 40,000 kotak produk tersebut. Dikehendaki: i. Hitung margin caruman seunit untuk sekotak coklat dan nisbah margin caruman. ii. Hitung bilangan kotak coklat yang patut dijual untuk mencapai titik pulang modal. Berapakah titik pulang modal dalam nilai ringgit? iii. Hitung pendapatan bersih yang dijangka. iv. Hitung unit titik pulang modal yang baharu jika syarikat tersebut menaikkan harga jualan kepada RM38, tetapi tindakan itu menyebabkan jualan turun kepada 35,000 kotak. Beri nasihat kepada pihak pengurusan sama ada mereka patut menaikkan harga jualan. Penjelasan anda perlu disokong dengan penghitungan yang sesuai
69 11 PEMBUATAN KEPUTUSAN 11.1 Pengenalan kepada pembuatan keputusan Hasil Pembelajaran: Calon seharusnya dapat: 1. menjelaskan maksud pembuatan keputusan untuk pengurusan dalaman. 2. memerihalkan pembuatan keputusan jangka pendek (pendekatan kos relevan) dan jangka panjang (belanjawan modal). 3. menyatakan langkah dalam pembuatan keputusan. Nota Ringkas Pengenalan 1. Pembuatan keputusan merupakan salah satu fungsi perakaunan pengurusan. 2. Pembuatan keputusan adalah proses memilih cadangan atau altenatif yang terbaik dimana setiap keputusan yang dibuat perlu dianalisa secara kuantitatif dan kualitatif. Analisa secara kuantitatif berkaitan angka-angka seperti untung, pulangan atas pelaburan, kos dan hasil manakala analisa secara kualitatif berkaitan faktor-faktor bukan angka iaitu kemanusiaan, undang-undang, persekitaran dan sebagainya. 3. Keputusan yang dibuat mungkin untuk jangka pendek atau jangka panjang. Pembuatan keputusan 1. Kos dan manafaat perlu dibandingkan dalam membuat keputusan yang menggunakan kaedah/pendekatan tertentu dengan berbagai data dan maklumat. Penggunaan kaedah berbeza memberikan keputusan yang berbeza. 2. Pembuatan keputusan jangka pendek adalah untuk jangka masa semasa atau jangka masa pendek. Ia berkaitan pendekatan kos relevan dimana hanya data relevan diambilkira dalam membuat analisis sebelum keputusan terbaik dipilih. Contohnya keputusan menerima atau menolak tempahan khas, keputusan membuat atau membeli, keputusan menggugurkan atau meneruskan keluaran atau operasi jabatan dan keputusan bagi situasi terhad. 3. Pembuatan keputusan jangka panjang adalah untuk jangka masa yang melebihi satu tahun. Ia berkaitan dengan belanjawan modal yang biasanya melibatkan kos yang tinggi. Contohnya keputusan pembelian aset tetap dan keputusan mempertimbangkan projek terbaik untuk dipilih. Langkah-langkah dalam pembuatan keputusan 1. Menentukan objektif keputusan dibuat sama ada untuk memperoleh untung, mengurangkan kos, meningkatkan produktiviti, memperluaskan pasaran dan lain-lain. 2. Mengkaji alternatif yang boleh dipilih. 3. Mengumpul data atau maklumat dan membuat analisis secara kuantitatif iaitu dari segi kos atau untung (manafaat) dan mengambil kira faktor kualitatif contohnya kesan keputusan kepada pekerja atau alam sekitar. 4. Memilih alternatif terbaik yang memberi keuntungan atau pengurangan kos. 5. Menilai prestasi.
70 11.2 Kos Relevan Hasil Pembelajaran: Calon seharusnya dapat: 1. menjelaskan konsep dan ciri kos relevan. 2. mengenal pasti kos relevan dan tak relevan, iaitu kos melepas, kos hangus (tenggelam), kos pertambahan, kos pembezaan, kos boleh elak, dan kos tak boleh elak. 3. menganalisis dan membuat keputusan dalam situasi yang berikut: (i) membuat atau membeli, (ii) menerima atau menolak pesanan khas, (iii) situasi faktor terhad (terhad kepada satu faktor sahaja dan mengikut tertib keutamaan), (iv) menggugurkan atau meneruskan keluaran/jabatan. Nota Ringkas Konsep dan ciri kos relevan 1. Konsep kos relevan adalah maklumat kos dan hasil yang akan memberi kesan kepada keputusan yang hendak dibuat oleh pihak pengurusan dalam jangka pendek. 2. Ciri kos relevan adalah: (i) Kos masa hadapan iaitu kos yang belum dilibatkan pada tempoh semasa. (ii) Kos yang berbeza antara alternatif. Kos relevan dan kos tak relevan 3. Kos relevan terdiri daripada kos/hasil yang akan dilibatkan pada masa hadapan dan kos/hasil yang berbeza antara pilihan. Contohnya kos boleh elak, kos peluang/kos melepas, kos berubah, kos tetap yang belum dilibatkan, kos pertambahan, kos pembezaan dan, hasil masa hadapan dan berbeza antara pilihan. 4. Kos tak relevan terdiri daripada kos/hasil sejarah/kos/hasil masa lepas dan kos/hasil yang tidak berbeza antara pilihan. Contohnya kos tak boleh elak, kos hanggus/tenggelam, kos tetap, kos berubah yang telah dilibatkan dan hasil yang telah dilibatkan. Jenis situasi yang menggunakan pendekatan kos relevan dalam membuat keputusan 1. Membuat atau membeli. Bagi perniagaan perkilangan, keputusan melibatkan pertimbangan sama ada membuat atau membeli sesuatu komponen. Contohnya bagi kilang mengeluarkan minuman kordial, komponen botol untuk mengisi minuman tersebut boleh dibuat dikilang sendiri atau membeli botol daripada pengeluar botol sedia ada. Dalam industri perkhidmatan pula, pembuatan keputusan melibatkan petimbangan sama ada menggunakan pekerja baharu atau menggunakan buruh kontrak yang disediakan oleh agensi pekerjaan. Langkah yang perlu diambil untuk membuat keputusan membuat atau membeli adalah: (i) Menentukan objektif keputusan dan mengumpul semua kos relevan iaitu kos yang memenuhi kedua-dua ciri kos relevan. (ii) Membuat analisa kos bagi kos membuat dan kos membeli sama ada menggunakan pendekatan kos pembezaan. (iii) Memilih kos yang paling rendah antara kos membuat atau kos membeli.
71 Contoh keputusan membuat atau membeli komponen: Syarikat Hup Son Bhd. mengeluarkan alat memasak. Antara produk syarikat ialah set periuk yang diperbuat daripada porselin dan besi tahan karat. Maklumat perakaunan untuk mengeluarkan periuk tersebut adalah seperti yang berikut: (1) Kos pengeluaran periuk per set. Item Porselin (RM) Besi tahan karat (RM) Bahan mentah langsung 188 110 Buruh langsung 44 44 Overhed berubah 10 10 Overhed tetap 50 50 Jumlah 292 214 (2) Overhed tetap setahun. Item RM Gaji penyelia 48,000 Susut nilai peralatan 6,000 Sewa kilang 50,000 (3) Kadar serapan overhed berasaskan jam buruh langsung. (4) Jam buruh langsung yang digunakan ialah 11,000 jam. Syarikat Perkilangan Belanga Bhd. telah menawarkan kepada Syarikat Hup Son Bhd. untuk membekalkan kesemua set periuk yang diperlukan. Harga yang ditawarkan ialah RM264 per set periuk porselin dan RM200 per set periuk besi tahan karat. Jika tawaran ini diterima, semua peralatan yang digunakan untuk membuat set periuk di Syarikat Hup Son Bhd. akan dilupuskan tanpa nilai skrap. Penyelia pengeluaran dan ruang kilang juga tidak diperlukan lagi. Kebiasaannya Syarikat Hup Son Bhd. mengeluar dan menjual 1,000 set periuk porselin dan 1,500 set periuk besi tahan karat setahun. Dikehendaki: (i) Dengan membuat penghitungan kos membuat dan kos membeli periuk porselin dan besi tahan karat, tentukan sama ada syarikat Hup Son Bhd. wajar membuat sendiri atau membeli periuk tersebut.
72 Penyelesaian Buat(RM) Beli(RM) Bahan mentah langsung (RM188x1,000)+(RM110x1,500) 353,000 Buruh langsung (RM44x2,500) 110,000 Overhed berubah (RM10x2,500) 25,000 Overhed tetap (RM48,000+RM50,000) 98,000 Kos belian (RM264x1,000)+(RM200x1,500) 564,000 Jumlah 586,000 564,000 Keputusan: Syarikat patut membeli dari luar dan tidak membuatnya sendiri kerana penjimatan jika membeli dari luar ialah sebanyak RM22,000(586,000 - 564,000). (Petikan STPM 2015 Kertas 2) 2. Menerima atau menolak pesanan khas. Pembuatan keputusan ini berkaitan pertimbangan sama ada menerima atau menolak pesanan dengan harga khas. Biasanya harga yang diminta dalam pesanan khas adalah lebih rendah daripada harga yang ditawarkan dipasaran. Langkah yang perlu diambil untuk membuat keputusan menerima atau menolak pesanan khas adalah: (i) Menentukan objektif keputusan dan mengumpul semua kos relevan iaitu kos yang akan meningkat atau bertambah jika tempahan ini diterima. (ii) Membuat analisa dengan semua kos relevan ditolak daripada hasil jualan yang dijangka diterima dan memastikan caruman daripada tempahan khas tersebut. (iii) Tempahan khas patut diterima jika caruman adalah positif dan untung perniagaan akan bertambah. Sebaliknya tempahan khas tidak patut diterima jika caruman adalah nagetif. Contoh keputusan Menerima atau menolak pesanan khas: Syarikat Alam Raya Sdn. Bhd. mengeluar dan menjual seluar sukan pada harga RM25.00 sehelai. Maklumat tentang kos bagi mengeluarkan sehelai seluar adalah seperti yang berikut: RM Bahan mentah langsung 10.20 Buruh langsung 5.50 Overhed perkilangan berubah 1.80 Belanja pemasaran berubah 1.00 Overhed perkilangan tetap 2.50 Jumlah 21.00 Syarikat Alam Raya Sdn. Bhd. mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk menerima satu pesanan khas bagi 6,000 helai seluar pada harga tawaran RM 19.00 sehelai. Jika tawaran ini diterima syarikat tidak perlu menanggung kos pemasaran berubah. Walau bagaimanapun, satu peralatan berharga RM 1,500 perlu dibeli khusus untuk membuat logo bagi pesanan tersebut. Peralatan ini tidak boleh digunakan untuk tujuan lain.
73 Dikehendaki: (i) Dengan membuat penghitungan untung atau rugi, tentukan sama ada syarikat patut menerima atau menolak pesanan khas itu. Jelaskan jawapan anda. (ii) Jelaskan empat faktor kualitatif yang perlu dipertimbangkan untuk membuat keputusan di (i) di atas. Penyelesaian (i) RM RM RM Hasil 19.00 - Kos bahan mentah 10.20 Kos buruh langsung 5.50 Overhed pengeluaran berubah 1.80 (17.50) Margin sumbangan 1.50 @ 6,000unit= 9,000 Kos tetap(peralatan) 1,500 Keuntungan 7,500 Keputusan: Syarikat patut terima kerana pesanan khas ini akan memberikan pendapatan tambahan sebanyak RM7,500. (ii) Empat faktor kualitatif yang perlu dipertimbangkan: (1) Penerimaan pesanan khas ini tidak akan menjejaskan permintaan terhadap produk tersebut. (2) Penerimaan pesanan khas ini tidak akan menjejaskan pengeluaran produk ini yang sedang dijalankan sebagaimana biasa. (3) Pesanan khas ini bukanlah yang kerap berlaku, tetapi hanya sekali sahaja. (4) Terdapat kapasiti yang mencukupi dan tidak menjejaskan pengeluaran sedia ada. (Petikan STPM 2014 Kertas 2) 3. Situasi faktor terhad: Pembuatan keputusan ini berkaitan masalah faktor atau input seperti kekurangan bahan mentah, penawaran buruh mahir yang tidak mencukupi dan lain-lain. Keputusan yang akan dibuat adalah dengan mencari kombinasikan pengeluaran yang terbaik untuk mengatasi faktor terhad. Langkah yang perlu diambil untuk membuat keputusan dalam situasi adalah: (i) Menentukan objektif keputusan dan mengumpul semua kos relevan. (ii) Membuat analisa semua kos relevan dan memastikan caruman seunit faktor terhad dan membuat peringkatan caruman seunit faktor terhad. (iii) Kombinasi pengeluaran yang terbaik mengikut caruman seunit faktor terhad akan dipilih. Contoh keputusan bagi situasi terhad: Kilang komputer Montell yang mengeluarkan tiga jenis produk sedang menghadapi masalah kekurangan jurutera dan juruteknik yang telah berpindah ke cawangan baru dibuka di kawasan perindustrian di tempat lain. Maklumat berkenaan dengan masalah faktor terhad akibat perpindahan kakitangannya ke tempat lain ditunjukkan di bawah ini.
74 Butiran Komputer riba RM Mesin cetak RM Mesin faks RM Hasil 144,000 68,000 80,000 Bahan mentah 12,000 16,800 15,900 Buruh langsung 33,000 25,000 15,000 Overhed berubah 18,000 12,000 14,000 Penyelesaian Butiran Komputer Riba Mesin cetak Mesin faks Margin caruman RM81,000 RM14,200 RM35,100 ÷ Kos buruh langsung ÷ 33,000 ÷ 25,000 ÷ 15,000 Margin Caruman per RM buruh RM2.46 RM0.57 RM2.34 Pemeringkatan caruman per buruh (Tertib keutamaan) (1) (3) (2) Keputusan: Margin Caruman per buruh tertinggi adalah daripada pengeluaran komputer riba, diikuti oleh mesin faks dan akhir sekali mesin cetak 4. Menggugurkan atau meneruskan keluaran/jabatan. Pembuatan keputusan di buat menggunakan pendekatan pembezaan sama ada menggugurkan atau meneruskan keluaran/jabatan. Langkah yang perlu diambil untuk membuat keputusan dalam situasi adalah: (i) Menentukan objektif keputusan dan mengumpul semua kos relevan, iaitu kos-kos yang boleh dielakkan jika jabatan berkenaan ditutup. (ii) Membuat analisa semua kos relevan dan memastikan caruman yang positif. (iii) Jika caruman adalah positif, operasi akan diteruskan. Contoh keputusan menggugurkan atau meneruskan keluaran/jabatan. Syarikat Sedap Sdn. Bhd. mengeluarkan beberapa jenis produk makanan. Syarikat bercadang untuk memberhentikan pengeluaran produk sos tiramnya. Maklumat operasi tentang produk sos tiram itu adalah seperti yang berikut: RM Jualan 280,000 Kos berubah: Kos perkilangan (130,000) Komisen jualan (55,000) Margin sumbangan 95,000 Kos tetap: Gaji pengurus pengeluaran sos tiram (8,000) Overhed perkilangan am* (43,000) Pentadbiran am* (76,000) Untung/(rugi) operasi (32,000) *Kos tetap overhed perkilangan am dan kos tetap pentadbiran am adalah untuk kesemua produk yang dikeluarkan oleh syarikat ini.
75 Dikehendaki: Dengan membuat penghitungan untung atau rugi, tentukan sama ada syarikat wajar atau tidak memberhentikan pengeluaran produk sos tiramnya itu. Jelaskan jawapan anda. Penyelesaian RM Jualan 280,000 - Kos berubah: Kos penkilangan (130,000) Komisen jualan (55,000) Margin sumbangan 95,000 - Kos tetap: Gaji pengurus pengeluaran (8,000) Untung 87,000 Keputusan : Tidak wajar untuk memberhentikan pengeluaran produk sos tiram kerana ia sebenarnya menyumbangkan sebanyak RM87,000 keuntungan secara keseluruhannya dan membantu menampung kos tetap jabatan yang lain. Kos am yang diagihkan kepada lain-lain produk akan tetap ada walaupun produk sos tiram diberhentikan dan akan diagihkan kepada lainlain produk yang masih beroperasi. (Petikan STPM 2014 Kertas 2) Latihan 1. Nyatakan empat faktor kualitatif yang perlu dipertimbangkan oleh sesebuah perniagaan apabila membuat keputusan sama ada perlu menerima atau menolak pesanan khas. 2. Syarikat Maju Berhad mengeluarkan meja komputer berjenama Cocaho. Operasi semasa adalah pada tahap 80% kapasiti mesin. Keputusan operasi syarikat untuk enam bulan pertama bagi tahun 2015 adalah seperti yang berikut. RM Jualan (30,000 unit) 6,000,000 Tolak kos barang dijual 3,240,000 Untung kasar 2,760,000 Tolak Belanja operasi 1,500,000 Untung bersih 1,260,000 Pada bulan Julai 2015, syarikat menerima pesanan khas bagi 6,000 unit Cocaho pada harga RM190 seunit. Pesanan khas ini perlu disiapkan pada 31 Ogos 2015. Jika pesanan khas ini diterima, syarikat akan menanggung kos tambahan pengangkutan sebanyak RM2,200. Maklumat tambahan: (1) Kos berubah ialah 65% daripada kos barang dijual (2) Belanja tetap ialah 40% daripada belanja operasi. (3) Mesin khas perlu disewa bagi bulan Julai dan Ogos 2015 untuk menyiapkan pesanan khas itu dengan sewaan sebanyak RM1,000 sebulan. Dikehendaki: (i) Dengan menunjukkan kesan ke atas keuntungan syarikat, cadangkan sama ada Syarikat Maju Berhad perlu menerima atau menolak pesanan khas itu. (ii) Andaikan pesanan khas itu berjumlah 8,000 unit, cadangkan sama ada Syaikat Maju Berhad patut menerima atau menolak pesanan khas itu. Tunjukkan penghitungan untuk menyokong cadangan anda.
76 3. Syarikat Perkilangan Asean mengeluarkan beberapa jenis permainan kanak-kanak untuk dijual kepada pasar raya tempatan. Maklumat operasi mengenai sejenis keluaran yang mempunyai Kod TOY 123 bagi tahun berakhir 2015 adalah seperti berikut: Pengeluaran 8,000 unit Jualan 6,700 unit Harga jualan RM6.20 seunit Item Kos (RM) Bahan mentah langsung 5,600 Buruh langsung 4,400 Overhed perkilangan berubah 4,800 Overhed perkilangan tetap 24,000 Belanja pentadbiran tetap 12,000 Komisen jualan dibayar 10% atas jualan. Pada tahun 2016, syarikat bercadang untuk memberhentikan pengeluaran TOY 123 kerana kurang permintaan. Kemudahan yang sedia ada untuk pengeluaran TOY 123 boleh digunakan untuk membuat TOY 234 dan TOY 236. Maklumat yang berkaitan dengan pengeluaran kedua-dua permainan tersebut adalah seperti yang berikut: TOY 234 seunit TOY 236 seunit Jam mesin 2 jam 2.5 jam Harga jualan RM13.50 RM14.50 Bahan langsung RM3.00 RM2.50 Buruh langsung RM2.50 RM4.00 Overhed perkilangan berubah RM5.00 RM4.00 (berasaskan jam buruh langsung) Overhed perkilangan tetap RM4.50 RM5.50 (berasaskan jam mesin) Anggaran jualan TOY 234 dan TOY 236 masing-masing ialah 9,000 unit dan 11,000 unit manakala kapasiti mesin yang ada hanyalah 33,000 jam mesin setahun. Dikehendaki: (i) Hitung nilai inventori TOY 123 pada akhir tahun 2016. (ii) Berdasarkan margin caruman sejam mesin, tentukan pengeluaran yang manakah antara TOY 234 dengan TOY 236 yang perlu diberikan keutamaan? (iii) Berdasarkan jawapan anda pada (ii), hitung bilangan unit yang perlu dikeluarkan bagi setiap jenis permainan itu supaya dapat memaksimumkan keuntungan. [STPM 2013 Kertas 2]
77 4. Sui Sui Sendirian Berhad mengeluarkan alat kosmetik wanita memerlukan bahan mentah Vit-C bagi menghasilkan losen muka. Maklumat kos yang telah dikumpulkan bagi membuat 20,000 gram bahan Vit-C adalah seperti berikut . RM Bahan mentah 2,600 Buruh langsung 3,000 Overhed kilang berubah 2,400 Overhed kilang tetap 4,000 Sui Sui Sendirian Berhad boleh membeli Vit-C daripada firma luar dengan harga RM400 sekilogram. Jika syarikat membeli Vit-C dari firma luar, kos overhed kilang tetap sebanyak RM1,800 dapat dijimatkan. Di samping itu, syarikat boleh menyewakan kemudahan yang digunakan untuk menghasilkan Vit-C kepada firma lain dengan sewa RM1,600. Dikehendaki : i) Nasihatkan Sui Sui Sendirian Berhad sama ada patut terus mengeluarkan Vit-C atau membeli dari pihak luar. ii) Berikan dua faktor kualitatif yang perlu dipertimbangkan semasa membuat keputusan pada (i) di atas. 5. Firma Sakura memproseskan 3 komponen dengan maklumat berikut : A B C Unit Keluaran 1,000 2,000 1,000 Hasil Jualan RM 5,000 RM 12,000 RM 7,000 Kos Berubah 3,000 8,000 5,750 Kos Tetap 500 2,000 1,000 Unit Keluaran Sejam 2 unit 5 unit 4 unit Permintaan Tahunan 2,000 unit 4,000 unit 3,000 unit Harga Belian Seunit RM2.50 RM5.00 RM5.80 Jam mesin maksimum setahun adalah 1,150 jam Dikehendaki : (i) Kirakan caruman per jam bagi setiap komponen dan keutamaan pengeluaran. (ii) Tunjukkan komponen mana yang patut dibuat sendiri atau dibeli dari pihak luar.
78 6. Syarikat Permata Hati Berhad mengeluarkan dua jenis komponen yang boleh menjadi sebahagian barang siapnya. Pengurusan sedang menimbangkan cadangan sama untuk membuat sendiri atau membeli komponen tersebut kerana kedua – duanya boleh diperolehi di pasaran pada harga RM60.00 seunit untuk komponen X dan pada harga RM25.00 seunit untuk komponen Y. Berikut adalah kos pengeluaran seunit untuk komponen – komponen tersebut Komponen X Komponen Y Bahan langsung RM20.00 RM22.00 Buruh langsung 16.00 6.00 Overhed berubah 8.00 2.00 Overhed tetap 15.00 5.00 Syarikat Permata Hati Berhad juga mengeluarkan dua barang siap yang lain, iaitu jenam :a Bagus dan jenama Hebat. Walau bagaimanapun, kedua – dua keluaran ini tidak menggunakan komponen X dan Y. Syarikat Pemata Hati Berhad boleh meneruskan atau menghentikan jualan mana – mana jenama ini jika difikirkan perlu. Maklumat mengenai kos pengeluaran dan harga jualan untuk setiap jenama adalah seperti berikut: Jenama Bagus Jenama Hebat Bahan langsung RM10.00 RM25.00 Buruh langsung 10.00 22.00 Overhed berubah 6.00 14.00 Overhed tetap 15.00 30.00 Harga jualan 35.00 85.00 Dikehendaki : a) Jika Syrikat Permata Hati Berhad ingin memaksimumkan untung, apakah pilihan yang patut dilaksanakan ? Tunjukkan semua penghitungan [12] b) Komponen dan jenama di atas menggunakan mesin yang sama dan keupayaan mesin terhad kepada 40,000 jam mesin setahun. Maklumat lain yang berkenaan dengan unit pengeluaran tahunan dan penggunaan jam mesin seunit adalah seperti berikut : Komponen X Komponen Y Jenama Bagus Jenama Hebat Unit pengeluaran 6,000 5,000 4,000 4,000 Jam mesin seunit 4 2 4 5 Dengan jam mesin yang terhad ini apakah keputusan yang patut diambil untuk meningkatkan keuntungan ? Tunjukkan semua penghitungan
79 7. Syarikat Kamal Bahry memproses sejenis produk yang menggunakan empat jenis komponen mikrocip yang dinamakan KB01, KB02, KB03 dan KB04. Syarikat ini mempunyai keupayaan mesin beroperasi 15 000 jam setahun dengan menggunakan satu syif kerja. Dengan keupayaan terhad ini, syarikat perlu menganalisis dan menentukan jenis komponen yang perlu dibuat atau dibeli dari pembekal luar. Berikut merupakan butiran berhubung dengan empat jenis komponen tersebut: KB01 KB02 KB03 KB04 Volum pengeluaran (unit) 2 000 4 000 2 000 5 000 Jam mesin per unit 4 jam 2 jam 5 jam 2 jam RM RM RM RM Kos pengeluaran per unit Bahan 1.50 2.50 2.00 2.80 Buruh 2.10 1.80 2.20 2.40 Overhed berubah 1.20 1.50 1.30 1.60 Overhed tetap 0.50 0.70 1.10 0.80 Komponen-komponen di atas boleh dibeli daripada pembekal luar pada harga-harga berikut: KB01 KB02 KB03 KB04 RM RM RM RM Harga belian per unit 4.00 6.00 8.50 7.80 Memandangkan mesin syarikat hanya boleh beroperasi 15,000 jam setahun, bukan semua komponen dapat diproses sepenuhnya oleh kilang Syarikat Kamal Bahry. Bagi komponen yang tidak dapat diproses atau diproses sepenuhnya, komponen-komponen ini boleh diproses dengan menggunakan syif kerja kedua tetapi ini akan menyebabkan kos buruh meningkat sebanyak 80%. Kos-kos lain dijangka tidak berubah. Dikehendaki: a) Nasihatkan yang manakah jenis komponen yang patut dibuat dan yang mana patut dibeli. b) Bagi komponen yang patut diproses, tunjukkan keutamaan (ranking) yang patut diberi kepada setiap komponen berkenaan dalam penggunaan jam mesin. c) Bagi komponen-komponen yang tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya melalui syif pertama, patutkah komponen ini dibeli atau diproses melalui syif kedua?
80 11.3 Belanjawan modal Hasil Pembelajaran: Calon seharusnya dapat: 1. mentakrifkan belanjawan modal 2. membuat keputusan dengan menggunakan kaedah yang berikut: (i) tempoh bayar balik, (ii) aliran tunai terdiskaun. 3. menjelaskan faktor kualitatif yang perlu dipertimbangkan untuk membuat keputusan. 4. memerihalkan kebaikan dan kelemahan kaedah tempoh bayar balik dengan kaedah nilai kini bersih. 5. menyediakan rumusan kepada pihak pengurusan tentang hasil analisis kualitatif dan kuantitatif. Nota Ringkas Pengenalan 1. Belanjawan modal merujuk kepada proses perancangan sumber modal, menilai dan menganalisis sesuatu projek pelaburan dan membuat keputusan berkaitan projek tersebut. 2. Belanjawan modal melibatkan tempoh beberapa tahun, oleh itu keputusan yang hendak dibuat perlulah lebih teliti. Belanjawan modal melibatkan usaha membuat keputusan jangka panjang. 3. Kaedah pembuatan keputusan dalam belanjawan modal adalah: (i) Tempoh bayar balik (ii) Aliran tunai terdiskaun Kaedah Belanjawan Modal 1. Tempoh bayar balik Kaedah ini mengukur masa yang diambil untuk memperolehi semula pelaburan asal. Aliran tunai masuk setiap tahun dijumlahkan sehingga sama dengan pelaburan asal dan keputusan akan diambil bagi projek yang pelaburan asalnya paling singkat. Rumus untuk mengira tempoh bayar balik adalah seperti berikut: 2. Aliran tunai terdiskaun Kaedah tempoh bayar balik mempunyai kekurangan iaitu tidak mengambil kira keuntungan dalam membuat keputusan dan tidak mengambil kira nilai masa wang. Aliran tunai terdiskaun mengukur aliran tunai masuk dan keluar yang dijangka berlaku pada masa depan. Kaedah nilai kini bersih termasuk dalam aliran tunai terdiskaun. Pelaburan asal bersih Aliran tunai bersih tahunan Tempoh bayar balik =
81 Langkah menggunakan kaedah nilai kini: (i) Sediakan jadual untuk menunjukkan aliran tunai setiap tahun bagi setiap projek pelaburan. (ii) Pilih satu kadar diskaun untuk mendiskaunkan aliran tunai. (iii) Hitung nilai kini bersih setiap tahun dengan cara aliran tunai bersih darab kadar faktor diskaun yang ditentukan. (v) Jumlahkan nilai kini bersih bagi setiap projek pelaburan. (vi) Pilih projek pelaburan yang memberi nilai kini bersih yang paling tinggi. Contoh Syarikat Jom Jaya terlibat dalam industri pembinaan. Maklumat tentang dua projek pelaburan baharu yang sedang dipertimbangkan oleh syarikat itu adalah seperti berikut: Butiran Projek Y Projek Z Pembelian lori Peralatan pembinaan Aliran tunai bersih tahunan Jangka hayat projek Nilai sisa RM230,000 - RM35,000 9 tahun RM25,000 - RM240,000 RM40,000 9 tahun RM5,000 Kos modal ialah 12%. Dikehendaki: Tentukan projek mana yang patut dipilih oleh Syarikat Jom Jaya jika syarikat menggunakan kaedah (i) tempoh bayar balik, (ii) nilai kini bersih. Penyelesaian: (i) Tempoh bayar balik Projek Y = RM230,000 = 6.57 tahun @ 6 tahun 7 bulan RM35,000 Tempoh bayar balik Projek Z = = RM240,000 RM40,000 = 6 tahun Keputusan: Projek Z dipilih kerana tempoh bayar baliknya lebih pendek. (ii) Projek Y: Tahun Amaun (RM) FD 12% Nilai kini (RM) Pelaburan 0 (230,000) 1.000 (230,000) Aliran bersih tahunan 1 -9 35,000 5.3282 186,487 Nilai sisa 9 25,000 0.3606 9,015 Nilai kini bersih (34,498) Pelaburan asal bersih Aliran tunai bersih tahunan
82 Projek Z: Tahun Amaun (RM) FD 12% Nilai kini (RM) Pelaburan 0 (240,000) 1.000 (240,000) Aliran bersih tahunan 1 -9 40,000 5.3282 213,128 Nilai sisa 9 5,000 0.3606 1,803 Nilai kini bersih (25,069) Keputusan: Syarikat tidak perlu memilih mana-mana projek kerana kedua-dua projek nilai kini bersihnya negatif atau rugi. Faktor Kualitatif Dalam Pembuatan Keputusan Bagi Belanjawan Modal: 1. Kesan keputusan kepada pekerja. 2. Kesan keputusan kepada alam sekitar. 3. Kesan keputusan terhadap undang-undang dan peraturan kerajaan. 4. Kesan keputusan terhadap persaingan. Kebaikan dan Kelemahan Kaedah Tempoh Bayar Balik dengan Kaedah Nilai Kini Bersih: 1. Kaedah Tempoh Bayar Balik Kebaikan Kelemahan 1. Mudah difahami dan mudah dihitung. 2. Dalam situasi modal terhad, projek yang cepat memberikan pulangan adalah yang lebih baik. 3. Lebih berfokus pada risiko pelaburan. 4. Perbandingan boleh dibuat antara usia kegunaan aset dengan tempoh bayar balik(TBB) , projek dengan TBB yang lebih pendek berbanding dengan usia guna patut diterima. 1. Tidak mengambil kira pulangan/ aliran masuk tunai selepas mencapai tempoh bayar balik. 2. Tidak mengambil kira nilai masa wang. 3. Tidak mengambil kira keberuntungan.
83 2. Kaedah Nilai Kini Bersih Kebaikan Kelemahan 1. Mengambil kira nilai kini wang. 2. Nilai aliran tunai masuk(ATM) dan aliran tunai keluar(ATK) ditentukan dibandingkan pada masa yang sama, jadi perbandingan ATM dan ATK boleh dibuat dengan adil. 3. Memfokuskan kepada keberuntungan. 1. Penghitungan lebih rumit kerana perlu menggunakan faktor diskaun bagi menentukan nilai kini. 2. Tidak mengambil kira risiko pelaburan. 11.4 Penentuan harga Hasil Pembelajaran: Calon seharusnya dapat: 1. mentakrifkan penentuan harga; 2. menjelaskan asas penentuan harga dan faktor yang mempengaruhi penentuan harga. 3. menentukan harga pesanan khas berasaskan kos. 4. menentukan harga jualan mengikut kaedah tokok kos dengan menggunakan pendekatan yang berikut: (i) pendekatan serapan, (ii) pendekatan marginal (harga jualan = kos + (% tokokan kos)) (Kos dalam persamaan merujuk kepada jumlah kos atau jumlah kos perkilangan bagi pendekatan serapan dan merujuk kepada jumlah kos berubah atau jumlah kos berubah perkilangan bagi pendekatan marginal) 5. menentukan harga jualan mengikut kaedah harga sasaran; (harga sasaran = kos sasaran + untung sasaran) 6. menyediakan rumusan kepada pihak pengurusan bagi tujuan perancangan, mengawal, menilai prestasi, dan membuat keputusan. Nota Ringkas Pengenalan 1. Penentuan harga produk atau perkhidmatan adalah salah satu alat pembuatan keputusan. 2. Penentuan harga akan mempengaruhi kuantiti produk yang ditawarkan dan hasil serta keuntungan sesebuah perniagaan. 3. Penentuan harga adalah pembuatan keputusan jangka panjang tetapi bagi penentuan harga pesanan khas dikelaskan sebagai pembuatan keputusan jangka pendek. Asas Penentuan Harga 1. Asas penentuan harga adalah asas kos, pasaran, dan asas ekonomi. 2. Faktor yang mempengaruhi penentuan harga adalah kos, persaingan, pelanggan, undangundang, dasar kerajaan, keadaan ekonomi dan lain-lain.
84 Penentuan Harga Jangka Pendek 1. Penentuan harga jangka pendek adalah sesuai bagi penentuan harga pesanan khas. 2. Penentuan harga bagi pesanan khas yang baik perlu mengambil kira kos berubah dan kos tetap perkilangan walaupun dalam kos relevan, kos tetap adalah kos yang tidak relevan. Contoh Syarikat RR pengeluar produk GG memberikan maklumat kos pengeluaran seperti berikut: Kos berubah pengeluaran Kos tetap pengeluaran RM26.80 RM7.80 Syarikat SENI ingin membeli 2,000 unit produk GG daripada Syarikat RR. Dikehendaki: Tentukan harga minima bagi pesanan khas ini. Penyelesaian Harga minima = RM26.80 + RM7.80 =RM36.60 Penentuan Harga Jangka Panjang 1. Penentuan harga jangka panjang memerlukan kos jangka panjang iaitu kos tetap dan faktor kualitatif yang perlu diambil kira. 2. Asas penentuan harga jangka panjang ialah penentuan harga berasaskan pasaran dan penentuan harga berasaskan kos. 3. Penentuan harga jualan mengikut kaedah tokok kos dengan menggunakan pendekatan yang berikut: (i) pendekatan serapan, (ii) pendekatan marginal (harga jualan = kos + (% tokokan kos)) (Kos dalam persamaan merujuk kepada jumlah kos atau jumlah kos perkilangan bagi pendekatan serapan dan merujuk kepada jumlah kos berubah atau jumlah kos berubah perkilangan bagi pendekatan marginal) 4. Penentuan harga jualan mengikut kaedah harga sasaran, rumusnya ialah harga sasaran = kos sasaran + untung sasaran Contoh Syarikat TT Bhd. memberikan maklumat kos perkilangan dan belanja jualan dan pentadbiran untuk produk berjenama GIGIH ditunjukkan seperti yang berikut: Kos perkilangan: RM Bahan mentah langsung (seunit) 6,100 Buruh langsung (seunit) 4,560 Overhed perkilangan berubah (seunit) 2,900 Overhed perkilangan tetap (tahunan) 890,000 Belanja jualan dan pentadbiran: Berubah (seunit) 3,900 Tetap (tahunan) 860,000 Beberapa peratusan tokokan diberikan untuk mengira harga jualan yang harus dikenakan terhadap produk berjenama GIGIH seperti yang berikut: (a) 75% atas kos pengeluaran berubah (b) 60% atas jumlah kos pengeluaran (c) 54% atas jumlah kos keseluruhan (kos pengeluaran serta belanja jualan dan pentadbiran)
85 (d) 40% atas kos berubah keseluruhan (kos pengeluaran berubah serta belanja jualan dan pentadbiran berubah) Kapasiti pengeluaran tahunan produk GIGIH dengan kemudahan sedia ada adalah 1,000 unit. Dikehendaki: Tentukan harga jualan seunit berdasarkan asas tokokan bagi (a) hingga (d). Penyelesaian RM (a)Bahan mentah langsung 6,100 Buruh langsung 4,560 Overhed perkilangan berubah 2,900 Kos pengeluaran berubah seunit 13,560 x 175% 175% Harga jualan seunit (Pendekatan marginal) 23,730 RM (b)Buruh mentah langsung 6,100 Buruh langsung 4,560 Overhed perkilangan tetap (890,000/1,000) 890 Overhed perkilangan berubah 2,900 Jumlah kos pengeluaran seunit 14,450 x 160% 160% Harga jualan seunit (Pendekatan serapan) 23,120 RM (c)Buruh mentah langsung 6,100 Buruh langsung 4,560 Overhed perkilangan tetap (890,000/1,000) 890 Overhed perkilangan berubah 2,900 Belanja jualan dan pentadbiran Tetap (860,000/1,000) 860 Berubah 3,900 Jumlah kos keseluruhan seunit 19,210 x 154% 154% Harga jualan seunit (Pendekatan serapan) 29,583.40 RM (d) Buruh mentah langsung 6,100 Buruh langsung 4,560 Overhed perkilangan berubah 2,900 Belanja jualan dan pentadbiran berubah 3,900 Kos berubah keseluruhan seunit 17,460 x 140% 140% Harga jualan seunit (Pendekatan marginal) 24,444
86 LATIHAN 1. Syarikat sedang mempertimbangkan untuk membeli mesin baru yang berkos RM50,000 dengan usia guna 10 tahun. Mesin ini dijangka dapat mengurangkan kos kendalian sebanyak RM10,000 setahun. Kadar pulangan yang dikehendaki ialah 16%. Hitung nilai kini bersih mesin tersebut. 2. Syarikat merancang membeli sebuah jentera dengan kos RM27,000 bagi mengurangkan kos operasi sebanyak RM6,000 setahun untuk tempoh 10 tahun. Jentera ini mempunyai nilai skrap RM2,000 pada akhir usia gunanya. Jentera ini dijangka memerlukan kos RM4,000 pada tahun ke lima. Kadar pulangan yang dikehendaki ialah 14%. Hitung nilai kini bersih mesin tersebut. 3. Firma sedang mempertimbangkan untuk membeli mesin atau tidak dengan maklumat berikut : Kos sebuah mesin RM50,000 Kapasiti keluaran sebuah mesin 100,000 unit setahun Nilai Skrap 10% atas kos Usia mesin 2 tahun Unit Keluaran Tahunan: Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Unit : 60,000 70,000 120,000 130,000 Harga jualan seunit dijangka RM1 dengan kos keluaran berubah seunit RM0.30. Jika sebuah mesin tidak cukup untuk menampung keluaran, mesin kedua akan dibeli. Dikehendaki : Menasihati firma sama ada cadangan untuk beli mesin patut diterima atau tidak dengan kadar diskaun 10% seperti berikut : Tahun Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Faktor diskaun 10% 0.9091 0.8264 0.7513 0.6830 4. Syarikat bercadang membeli mesin baru bagi meningkatkan pengeluaran kilang. Pembekal memberikan sebut harga dan spesifikasi bagi dua mesin seperti berikut : Mesin A Mesin B Harga mesin RM80,000 RM108,000 Nilai skrap pada usia guna 6 tahun RM10,000 RM12,000 Syarikat meramalkan mesin A dapat memberikan pulangan bersih tahunan berjumlah RM28,000, tetapi kos pembaikan RM30,000 perlu dibelanjakan pada tahun ke 5, Mesin B pula diramal dapat memberikan pulangan bersih RM45,000 bagi tahun pertama hingga ke tahun 4, tetapi menurun sebanyak RM4,500 bagi tahun berikutnya.
87 Dikehendaki : Hitung tempoh bayar balik bagi kedua mesin tersebut, dan berikan cadangan mesin mana patut dibeli oleh syarikat. 5. Syarikat bercadang mengganti mesin lama yang telah dibeli 5 tahun lalu. Mesin lama ini boleh dijual dengan harga RM5,000. Syarikat mempunyai dua pilihan mesin A dan B, maklumat yang berkaitan dengan mesin tersebut adalah seperti yang di bawah : Mesin A Mesin B Kos mesin RM85,000 RM150,000 Aliran tunai masuk bersih tahunan RM15,000 RM35,000 Nilai sisa RM5,000 RM10,000 Kadar diskaun 12% 16% Usia guna 10 tahun 8 tahun Dikehendaki : i. Hitung nilai kini bersih mesin A dan B ii. Nasihatkan Syarikat mesin mana yang patut dibeli. 6. Syarikat Munira ingin menukarkan sebuah mesin yang sudah usang dan sering mengalami kerosakan. Mesin ini sudah disusutnilaikan sepenuhnya dan tiada lagi nilai baki semasa pelupusan. Peralatan baharu yang akan dibeli bernilai RM20,000 dan akan memberikan penjimatan tunai tahunan sebanyak RM7,500 sebelum cukai. Usia guna peralatan baharu ialah lima tahun dan tidak akan mempunyai nilai baki. Maklumat tambahan (i) Syarikat menggunakan kaedah garis lurus untuk susut nilai mesin dan kiraan susut nilai adalah sepenuhnya bagi setiap tahun termasuk tahun mesin itu dibeli dan dilupuskan. (ii) Kesemua hasil dan belanja operasi berlaku pada setiap akhir tahun. (iii) Kos modal dan cukai korporat masing-masing ialah 12% dan 28%. Dikehendaki: Dengan mengambil kira cukai korporat, hitung (a) tempoh bayar balik, (b) nilai kini bersih. (STPM 2012 KERTAS 2)
88 12 PENGEKOSAN PIAWAI Hasil Pembelajaran: Calon seharusnya dapat: 1. mentakrifkan pengekosan piawai dan menjelaskan kaitannya dengan sistem pengekosan sebenar dan sistem pengekosan normal 2. memerihalkan kepentingan pengekosan piawai dalam penentu harga, perancangan, prestasi dan kawalan; 3. memerihalkan proses penyediaan kos piawai dengan mengambil kira masa, kaedah(kos sejarah, kajian kejuruteraan, dan ramalan pengurusan), dan semakan semula(mengambil kira perubahan dalam persekitaran); 4. menjelaskan jenis kos piawai , iaitu piawai unggul dan piawai praktikal; 5. menyediakan lembaran kos piawai 6. mentakrifkan varians dan analisis varians. 7. memerihalkan kepentingan pengekosan piawai ; 8. menjelaskan jenis varians iaitu varians bahan langsung, buruh langsung dan overhed; 9. menganalisis varians yang berikut: i) Varians bahan langsung , varians penggunaan (varians harga berasaskan kuantiti belian) ii) Varians buruh langsung, iaitu varians kadar dan kecekapan buruh iii) Varians overhed berubah,iaitu varians perbelanjaan dan varians kecekapan iv) Varians overhed tetap, iaitu varians perbelanjaan dan varians volum (Varians kecekapan dan varians kapasiti tidak diperlukan) 10. merekod varians dalam jurnal dan lejar 11. menjelaskan implikasi analisis varians dan pihak yang bertanggungjawab dan mencadangkan tindakan susulan pengurusan seperti menyiasat, menyemak semula piawai, memberi ganjaran, dan mengenakan penalti Pengenalan Pengekosan Piawai adalah satu kaedah menghitung kos produk dengan mendarabkan harga piawai/kadar piawai dengan kuantiti piawai yang dibenarkan untuk output sebenar. Perbezaan antara Sistem Pengekosan Piawai, Pengekosan Sebenar dan Pengekosan Normal Kos Perkilangan Bahan langsung Buruh Langsung Overhed kilang Pengekosan Sebenar Kos sebenar Kos sebenar Kos sebenar Pengekosan Normal Kos sebenar Kos sebenar Overhed diserap Pengekosan Piawai Kos Piawai Kos Piawai Kos Piawai Definisi Kos Piawai i) Kos piawai ialah kos yang dirancang untuk satu unit barang atau perkhidmatan yang ditawarkan. Kos piawai merupakan kos pratentu . ii) Kos piawai merupakan satu konsep unit.
89 Kepentingan kos piawai : i) Perancangan Kos piawai boleh digunakan untuk merancang atau meramalkan jualan, keluaran, unit kos, pusat kos dan prestasi organisasi secara keseluruhan. ii) Kawalan Kos piawai dapat digunakan untuk membandingkan kecekapan dan prestasi antara jabatan dengan jabatan lain dalam sesuatu orgainsasi. Ini bertujuan untuk mengawal selia aktiviti jabatan dan mangambil tindakan pembetulan terhadap jabatan yang lemah. iii) Penilaian prestasi Kos piawai dapat mewujudkan satu cabaran kepada individu atau perniagaan untuk mencapai sesuatu objektif atau matlamat yang telah ditetapkan. Kos piawai boleh dijadikan unsur motivasi yang penting untuk semua ahli dan jabatan dalam organisasi. iv) Pembuatan keputusan Melalui penentuan kos piawai, organisasi dapat memudahkan simpan kira dan menentukan harga jualan sesuatu barang atau perkhidmatan dengan lebih tepat. Pembentukan Kos Piawai Terdapat tiga kaedah dalam pembentukan piawai: 1) Kaedah rekod sejarah/ pengalaman masa lepas. Kaedah ini membuat anggaran mengenai bilangan pekerja dan kuantiti bahan yang yang diperlukan untuk setiap unit kos. Piawai akan dibentuk berdasarkan operasi yang lepas. 2) Kaedah kajian kejuruteraan . Kaedah ini menitikberatkan usaha untuk mendapatkan rangkaian yang paling baik dari segi pemerolehan sumber pengeluaran , kualiti pengeluaran dan kaedah pengeluaran. 3) Kaedah ramalan pihak pengurusan untuk masa akan datang. Kaedah ini menyatakan pihak pengurusan akan berdasarkan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki untuk menentukan piawai. Pengurus sumber manusia, pengurus pengeluaran dan pengurus belian akan terlibat secara langsung dalam proses penentuan piawai. Jenis Kos Piawai 1. Piawai Unggul/Ideal i) Piawai unggul ialah piawai yang tahap pencapaian hanya boleh dicapai dalam keadaan yang paling baik. ii) Piawai ini memerlukan kecekapan yang sempurna tanpa sebarang pembaziran, kecuaian, ketidakcekapan, kerosakan , masa terbiar, kemalangan, kecacatan dan sebagainya. iii) Kesannya kakitangan tidak bersemangat kerana matlamat agak sukar dicapai. 2. Piawai Boleh Capai/ Pratikal i) Piawai ini berasaskan tahap pencapaian yang dijangka akan dicapai dalam tempoh akan datang. Piawai ini lebih realistik dan boleh capai. ii) Piawai ini membuat peruntukan bagi pembaziran, kelewatan, masa terbiar dan ketidakcekapan.
90 iii) Penggunaan kos piawai praktikal akan memaksa pengurusan dan pekerja berusaha sesungguh-sungguh dalam menjalankan operasi, di samping menjaga kemudahan yang ada dengan sebaik mungkin. iv) Kebaikan penggunaan kos piawai praktikal akan memberi dorongan kepada pekerja, memudahkan pekerja menjalankan tugas mereka dan juga tidak mudah putus asa. Lembaran Kos Piawai Lembaran kos piawai merupakan dokumen untuk mengumpulkan kos piawai bagi seunit atau sekelompok keluaran secara terperinci. Syarikat Inti Sari No Siri: 0012 Kad Kos Piawai Nama keluaran: Bingkai gambar Tarikh: 31 Julai 2015 Bahan Mentah: Jabatan A: 2 unit kepingan pewter @ RM2.30 seunit RM4.60 1 unit kepingan kaca @ RM1.20 seunit RM1.20 RM5.80 Buruh Langsung: Jabatan A: 0.5 jam buruh E @ RM1.50 sejam RM0.75 1.0 jam buruh F @ RM1.00 sejam RM1.00 Jabatan B: 1.0 jam buruh G @ RM2.00 sejam RM2.00 RM3.75 Overhed Kilang: Jabatan A: 1.5 jam @ RM1.40 sejam RM2.10 Jabatan B: 1.0 jam @ RM2.00 sejam RM2.00 RM4.10 Jumlah kos piawai seunit RM13.65 ========== Disediakan oleh: Disahkan oleh: Varians Bahan Langsung (Harga piawai – Harga sebenar) × Kuantiti sebenar (Kuantiti piawai – Kuantiti sebenar) × Harga piawai Varians bahan Langsung Varians harga bahan Varians Kuantiti bahan
91 Contoh 1 Maklumat berikut digunakan untuk mengira varians harga dan varians kuantiti bahan. Maklumat piawai Harga piawai sekilogram bahan langsung RM5.00 Kuantiti piawai bahan langsung untuk seunit produk × 2 kg Kos piawai bahan langsung RM10.00 Maklumat sebenar: Bahan langsung dibeli 7,000 kg Harga sekilogram × RM5.05 Jumlah kos sebenar dibeli RM35,350 Jumlah bahan langsung sebenar digunakan 6,250kg Unit pengeluaran sebenar 3,000 unit Penyelesaian: Varians Harga Bahan (Menggunakan Kuantiti Bahan Dibeli) Varians harga = (Harga piawai – Harga sebenar) × Kuantiti sebenar = (RM5-RM5.05) × 7,000 kg = RM350 (Tidak Memuaskan) Varians Kuantiti Bahan/Penggunaan Bahan ( Menggunakan Kuantiti Bahan Digunakan) Varians kuantiti bahan = (Kuantiti piawai –Kuantiti sebenar) × Harga piawai = [(2 kg × 3,000 unit) – 6,250 kg] × RM5 = RM1,250 (Tidak Memuaskan) Varian bahan mentah = Varians harga + varians kuantiti bahan = RM350(TM) + RM1250( TM) = RM1,600 (Tidak Memuaskan) Catatan jurnal Bagi sistem Pengekosan Piawai, akaun-akaun inventori bahan langsung, inventori kerja dalam proses dan inventori barang siap adalah direkod pada harga/ kadar piawai. 1. Dt Inventori bahan langsung (HP x QS) XX Kt Varians harga bahan(memuaskan) XX Kt Akaun belum bayar(HS x QS) XX (merekod pembelian bahan langsung) 2. Dt Inventori bahan langsung (HP x QS) XX Dt Varians harga bahan(Tidak memuaskan) XX Kt Akaun belum bayar(HS x QS) XX (merekod pembelian bahan langsung) 3. Dt Inventori kerja dalam proses (HP x QP) XX Kt Varians penggunaan bahan (memuaskan) XX
92 Kt Inventori bahan langsung (HP x QS) XX (merekod penggunaan bahan sekiranya penggunaan bahan sebenar ) 4. Dt Inventori kerja dalam proses (HP x QP) XX Dt Varians penggunaan bahan (Tidak memuaskan) XX Kt Inventori bahan langsung (HP x QS) XX (merekod penggunaan bahan sekiranya penggunaan bahan sebenar ) Berdasarkan contoh 1 di atas, catatan jurnal seperti berikut: 1. Dt Inventori bahan langsung (RM5 x 7,000kg) 35,000 Dt Varians harga bahan(Tidak Memuaskan) 350 Kt Akaun Belum bayar 35,350 (merekod pembelian bahan langsung) 2. Dt Inventori kerja dalam proses (RM5 x 6,000kg) 30,000 Dt Varians penggunaan bahan (Tidak memuaskan) 1,250 Kt Inventori bahan langsung (RM5x6,250kg) 31,250 (merekod penggunaan bahan sekiranya bahan digunakan sebenar 6,250kg) atau Dt Varians Pengunaan bahan (TM) 1,250 Kt Kerja Dalam Proses 1,250 ➢ Sekiranya varians memuaskan: Dt Kerja Dalam Proses Kt Varians yang positif ➢ Sekiranya varians tidak memuaskan: Dt Varians yang negatif Kt Kerja dalam proses Varians Buruh Langsung (Kadar piawai – Kadar sebenar) × Jam Sebenar (Jam piawai – Jam sebenar) × Kadar Piawai Varians Buruh Langsung Varians kadar buruh Varians Kecekapan Buruh
93 Contoh 2 Maklumat berikut digunakan untuk mengira varians kadar buruh dan varians kecekapan buruh. Maklumat piawai : Kadar piawai buruh langsung RM4 sejam Jam piawai buruh langsung seunit produk 1 ½ jam Maklumat sebenar: Unit pengeluaran 3,000 unit Jumlah jam buruh langsung digunakan untuk mengeluarkan 3,000 unit 4,800 jam Kadar sebenar buruh langsung RM4.20 sejam Penyelesaian: Varians kadar buruh= (kadar piawai – kadar sebenar) × Jam sebenar = (RM4 – RM4.20) × 4,800 jam = RM960 (Tidak memuaskan) Varians kecekapan buruh = (jam piawai – jam Sebenar) × Kadar piawai = [(3,000 unit × 1 ½ jam) – 4,800 jam) × RM4 = RM1,200 (Tidak Memuaskan) Varians kos buruh= Kos Piawai – Kos sebenar = (RM4 × 1 ½ ×3,000) – (4,800 × RM4.20) = RM18,000 – RM20,160 = RM2,160 (Tidak Memuaskan) Atau Varian buruh langsung = Varians kadar + varians kecekapan = RM960(Tidak Memuaskan)+RM1,200( Tidak Memuaskan) = RM2,160(Tidak Memuaskan) Catatan jurnal Catatan untuk akaun inventori kerja dalam proses hanya terdiri daripada kadar piawai dan jam piawai digunakan. Harga sebenar dan jam sebenar tidak digunakan. Ini memenuhi prinsip pengekosan piawai bahawa semua akaun inventori direkod dengan kadar piawai. 1. Dt Inventori kerja dalam proses (KP x JP) XX Dt Varians kadar buruh (TM) XX Dt Varians kecekapan buruh(TM) XX Kt Upah belum bayar (KS x JS) XX (merekod kerja dalam proses dengan varians kos buruh langsung) 2. Dt Inventori kerja dalam proses (KP x JP) XX Dt Varians kecekapan buruh (TM) XX KT Varians kadar buruh(M) XX
94 Kt Upah belum bayar (KS x JS) XX (merekod kerja dalam proses dengan varians kos buruh langsung) Berdasarkan contoh 2 di atas, catatan jurnal seperti berikut: Dt Inventori kerja dalam proses (RM4 x 4,500jam) 18,000 Dt Varians kadar buruh (TM) 960 Dt Varians kecekapan buruh(TM) 1,200 Kt Upah belum bayar (RM4.20 x 4,800jam) 20,160 (merekod kerja dalam proses dengan varians kos buruh langsung) Atau Dt Varians kecekapan buruh(TM) 1,200 Dt Varians kadar buruh(TM) 960 Kt Inventori kerja dalam proses 2,160 Aliran kos bagi Sistem Pengekosan Piawai Berdasarkan contoh 1 di atas, andaikan 7000 kg bahan yang dibeli dan penggunaan bahan sebenar 6250kg. Berdasarkan contoh 2, aliran kos bagi Varians kos buruh langsung seperti di bawah. Ak belum bayar Ak Inventori Bahan mentah (HSxQS) (HPXQS) (HPxQS) 35350 35000 31250 Ak kerja Dalam Proses (HPxQP) 30000 (KPxJP) 18000 AK varians harga Bahan Akaun Varians kuantiti bahan (HP<HS) (QP<QS) 350(TM) 1250(TM) Ak Upah Belum Bayar (KS x JS) 20160 Ak Varian kadar buruh Ak Varians kecekapan buruh (KP<KS) (JP<JS) 960(TM) 1200 (TM)
95 Varians Overhed Pengeluaran Berubah (Kadar Piawai – Kadar Sebenar) × Jam Sebenar (Jam piawai – Jam sebenar) × Kadar Piawai Varians overhed berubah = Kos piawai – Kos sebenar atau Varians overhed berubah = Varians perbelanjaan overhed berubah + Varians kecekapan overhed berubah * Kos piawai = kadar overhed berubah sejam x Jam piawai x keluaran sebenar Contoh 3 Maklumat piawai : Overhed berubah: 1 ½ jam pada RM1 RM1.50 Overhed tetap : 1 ½ jam pada RM2 RM3.00 Kadar overhed pratentu dikira berdasarkan penggunaan normal 5,000 jam buruh langsung. Maklumat sebenar: Unit pengeluaran 3,000 unit Jumlah jam buruh langsung digunakan untuk mengeluar 3,000 unit 4,800 jam Overhed berubah : RM4,580 Overhed tetap: RM10,500 Varians perbelanjaan Overhed Berubah = (kadar overhed berubah piawai – kadar overhed berubah sebenar) × Jam sebenar ATAU Varians perbelanjaan Overhed Berubah = (kadar serapan overhed berubah × Jam sebenar) – Overhed berubah sebenar Varians Overhed Pengeluaran Berubah Varians Perbelanjaan Overhed Berubah Varians Kecekapan Overhed berubah
96 Penyelesaian: Varians perbelanjaan overhed berubah = (kadar serapan overhed berubah × Jam sebenar) – Overhed berubah sebenar = (RM1× 4,800jam) – RM4,580 = RM220 ( memuaskan) Varians kecekapan overhed berubah = (Jam piawai untuk output sebenar – Jam sebenar) × Kadar overhed piawai = [(1 ½ jam × 3000 ) – 4800 jam] × RM1 = RM300 (Tidak Memuaskan) Varians kos overhed pengeluaran berubah = Kos piawai – Kos sebenar =(3,000 unit × RM1.50) – RM4,580 =RM4,500 – RM4,580 =RM80 (Tidak memuaskan) Varians Overhed Pengeluaran Tetap Overhed tetap dibelanjawankan – Overhed tetap sebenar (Jam piawai – Jam Dibelanjawankan) × Kadar Piawai sejam @ ( Jam piawai × Kadar piawai sejam ) – Overhed tetap dibelanjawankan Dengan menggunakan soalan contoh 3: Penyelesaian: Varians perbelanjaan overhed tetap = overhed dibelanjawankan – overhed sebenar = (RM2 x 5,000jam) – RM10,500 = RM500 (Tidak memuaskan) Varians volum overhed tetap= (Jam piawai × kadar serapan piawai sejam) – Overhed tetap dibelanjawankan =(1 ½jam × 3,000 ×RM2) – (RM2 ×5,000) =RM1,000(Tidak Memuaskan) Varians kos overhed tetap= overhed diserap – overhed sebenar = kos piawai – kos sebenar Varians Overhed Pengeluaran Tetap Varians Perbelanjaan Overhed Tetap Varians Volum Overhed Tetap
97 = (3,000 × RM3)– RM10,500 = RM1,500 (Tidak Memuaskan) *RM1,500 ialah overhed kurang serap Catatan jurnal untuk hapus kira overhed kilang memuaskan atau tidak memuaskan ke dalam akaun kos barang dijual sekiranya nilainya tidak material. Maklumat catatan di bawah menggunakan contoh 3 dan 4. Dt Varians Perbelanjaan overhed berubah(M) 220 Kt Kos barang dijual 220 Dt kos barang dijual 1,800 Kt Varian Kecekapan overhed berubah(TM) 300 Kt Varians perbelanjaan overhed tetap(TM) 500 Kt Varians volum overhed tetap (TM) 1,000 Sebab-sebabnya berlakunya varians volum: 1. Tenaga kerja bekerja dengan lebih cekap dan menghasilkan lebih banyak artikel dan lebih banyak overhed yang diserapkan. 2. Tenaga kerja bekerja lebih banyak jam daripada yang dibelanjawankan. Oleh itu, lebih banyak output telah dihasilkan dan lebih banyak overhed telah diserapkan. Sebab-Sebab Varians Memuaskan dan Tidak Memuaskan Tidak Memuaskan Memuaskan Varians Harga Bahan 1. Tidak dapat mengawal harga barang kerana kenaikan harga umum pada harga bahan. 2. Pembelian bahan yang tidak cekap iaitu beli bahan mentah dengan segera atas permintaan bahagian pengeluaran. 3. Pembelian bahan jenis yang lebih mahal dengan kualiti yang lebih tinggi. 1. Pembelian bahan daripada pembekal yang boleh dipercayai dengan harga yang lebih murah (lebih diskaun diterima). 2. Pembelian bahan yang rendah kualiti tetapi lebih murah. Varians Penggunaan Bahan 1. kualiti bahan yang rendah yang mengakibatkan pembaziran bahan yang tinggi. 2. Pekerja yang tidak mahir atau penyeliaan yang tidak ketat dan kurang berkesan. 3. Kerosakan mesin dalam proses pengeluaran 1. Pengendalian bahan yang cekap. 2. kualiti bahan yang digunakan adalah tinggi (kurangkan pembaziran) 3. membuat penjadualan yang cekap, menetapkan volum pengeluaran yang sesuai dengan kemampuan operator atau mesin. 4. Tiada kesilapan dalam
98 memperuntukkan bahan kepada setiap pekerja. Varians kadar upah 1. Penetapan kadar piawai buruh yang ketinggalan zaman dan tidak mengambil kira kenaikan kadar buruh menerusi masa. 2. Mengambil pekerja yang tidak mahir atau tidak mempunyai kebolehan yang setimpal dengan kadar upah yang diberikan. 1. Menggunakan buruh yang berskil rendah 2. Bekalan buruh yang berlebihan Varians kecekapan buruh 1. Pengupahan pekerja-pekerja yang kurang mahir dan pengalaman./Pekerja malas mengganggu pengeluaran 2. Masa hilang dalam pengeluaran kerana kualiti bahan yang rendah 3. Kesilapan dalam pengagihan masa dan pekerja mengikut kemahiran, pengalaman dan kelulusan./ Penjadualan kerja yang tidak cekap 4. Penggunaan mesin lama dan kurang penyenggaraan 1. Pengawasan yang baik terhadap pekerja-pekerja 2. Pengagihan buruh yang cekap dari segi tugas, masa dan tempat. Varians Perbelanjaan Overhed Tetap 1. Overhed tetap yang dianggar mungkin silap 2. Pertambahan kos perkhidmatan. 3. Perkhidmatan digunakan dengan banyak dan tidak ekonomi. 1. Penjimatan kos sebenar. 2. Semua perkhidmatan digunakan secara ekonomi. Varians Volum Overhed Tetap 1. kemudahan tidak digunakan dengan berkesan 2. kerosakan loji dan mesin 1. kemudahan digunakan dengan berkesan 2. lebih insentif diberi kepada pekerja-pekerja Varians Perbelanjaan Overhed Berubah 1. overhed berubah dianggar atau jam dianggar mungkin silap 2. terlebih mengguna perkhidmatan, misalnya air dan elektrik. 3. Harga bahan tak langsung telah meningkat 1. overhed berubah dianggar atau jam dianggar mungkin silap 2. penjimatan dalam penggunaan perkhidmatan, misalnya air dan letrik. 3. Harga bahan tak langsung telah menurun Varians kecekapan Overhed berubah 1. tiada pengawasan baik terhadap pekerja-pekerja 2. Pengupahan pekerja-pekerja yang kurang pengalaman. 1. Pengawasan baik terhadap pekerja-pekerja 2. Pekerja-pekerja adalah cekap 3. Lebih insentif diberi kepada
99 3. Masa hilang dalam pengeluaran kerana mutu bahan yang rendah pekerja-pekerja. Pihak bertanggungjawap terhadap Varians 1. Varians harga bahan adalah dipertanggungjawab kepada pengurus belian. 2. Varians kuantiti bahan adalah dipertanggungjawab kepada pengurus pengeluaran 3. Varians kadar buruh adalah dipertanggungjawab kepada pengurus sumber manusia 4. Varians kecekapan buruh adalah dipertanggungjawab kepada pengurus pengeluaran. Pihak yang bertanggungjawab terhadap varians bahan langsung yang memuaskan 1. Penyelia pengeluaran- memastikan pekerja kurang membazirkan bahan mentah. 2. Pengurus belian- membeli bahan yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan iaitu beli daripada pembekal yang boleh dipercayai dan mendapat diskaun dengan membeli dalam kuantiti yang banyak. 3. Pengurus Sumber Manusia- mengambil pekerja yang berkualiti dan cekap dan ini tidak menyebabkan pembaziran kepada bahan mentah. 4. Penetap piawai- menetap piawai yang munasabah dan menghampiri harga semasa. 5. Pengurus pengeluaran- membuat penjadualan yang cekap, menetapkan volum pengeluaran yang sesuai dengan kemampuan operator atau mesin. Pihak yang bertanggungjawab terhadap varians buruh langsung tidak memuaskan 1. Penyelia pengeluaran- menyelia pekerja seperti yang sepatutnya. 2. Pengurus belian- membeli bahan yang berkualiti rendah menyebabkan pekerja terpaksa mengulangi kerja-kerja yang sama kerana bahan yang rosak dan ini menyebabkan masa kerja menjadi lebih panjang dan upah meningkat. 3. Pengurus Sumber Manusia- mengambil pekerja yang tidak mahir, malas dan tidak bermotivasi. 4. Penetap piawai- menetap piawai yang tidak munasabah, terlalu rendah dan ketinggalan masa. 5. Pengurus pengeluaran- membuat penjadualan atau pengagihan tugas yang tidak cekap, menetapkan volum pengeluaran yang berlebihan daripada kemampuan operator atau mesin. Kesimpulan Analisis varians sebenarnya bukan semata-mata bertujuan mempersalahkan pihak bertanggungjawab tetapi lebih merupakan satu cara untuk menentukan sebab wujudnya varians dan pihak yang bertanggungjawab. Pihak yang bertanggungjawab seharusnya diberi peluang untuk menjelaskan punca sebenar varians tersebut berlaku kerana bukan semua varians yang wujud berada dalam kawalan pihak yang bertanggungjawab. Bagi mana-mana varians yang telah diketahui punca dan sebabnya maka pihak yang bertanggungjawab seharusnya mengambil tindakan pembetulan atau menyemak semula piawai yang ditetap sebelum ini.Varians dan punca varians boleh dijelaskan dengan menyediakan laporan prestasi dan cadangan tindakan kepada pihak pengurusan bagi tujuan merancang, mengawal, menilai prestasi dan membuat keputusan. Berdasarkan contoh 1 dan contoh 2 di atas. Di bawah adalah contoh laporan prestasi kos piawai bagi sebuah syarikat yang mengeluarkan produk kopi campuran.
100 Syarikat Mkopi Sdn Bhd Laporan prestasi Jabatan Pengeluaran bagi bulan berakhir 31 Mac 2015 Bahan mentah Harga Piawai Kuantiti sebenar digunakan Kuantiti Piawai dibenarkan Perbezaan kuantiti Varians Kuantiti bahan Penjelasan Kopi RM5.00 6250kg 6000kg 250kg RM1250 (Tidak Memuaskan) Pengendalian bahan yang tidak cekap Syarikat Mkopi Sdn Bhd Laporan prestasi Jabatan pengeluaran bagi bulan berakhir 31 Mac 2015 Jenis Varians Jam sebenar Kadar buruh sebenar Kadar piawai Perbezaan Kadar buruh Varians kadar buruh Penjelasan Kadar buruh 4800 RM4.20 RM4.00 RM0.20 RM960 (TM) Kesilapan penjadualan pekerja Jenis varians Kadar buruh piawai Jam sebenar Jam piawai dibenarkan Perbezaan jam buruh Varians kecekapan buruh Penjelasan Kecekapan buruh RM4.00 4,800 4,500 300 RM1,200(TM) Kerosakan mesin dalam proses pengeluaran Selain itu, sekiranya pihak tertentu sudah mencapai piawai yang ditetapkan maka pihak pengurusan seharusnya memberi ganjaran kepada pekerjanya. Sebaliknya, sekiranya pihak bertanggungjawab tidak dapat mencapai piawai seperti mana yang ditetapkan maka seharusnya mengenakan penalti seperti tidak mendapat bonus tahunan. Latihan Pengekosan Piawai 1. Jelaskan maksud kos piawai dan berikan dua contoh kos piawai. 2. Nyatakan tiga sumber maklumat untuk membentuk kos piawai bagi sesebuah perniagaan. 3. Perihalkan perbezaan antara kos piawai unggul dengan kos piawai praktikal. Jelaskan kebaikan menggunakan kos piawai pratikal berbanding dengan kos piawai unggul. 4. Nyatakan tiga kepentingan pengekosan kos piawai. 5. Berikan tiga sebab berlakunya varians kecekapan buruh langsung yang tidak memuaskan dan tiga sebab berlakunya varians penggunaan bahan mentah langsung yang tidak memuaskan. 6. Nyatakan tiga cara untuk mengatasi masalah bagi setiap varians yang dinyatakan di soalan 5 agar tidak berulang lagi pada masa hadapan. 7. Syarikat Purnama Sdn Bhd. menggunakan sistem pengekosan piawai bagi produknya. Kos overhed pengeluaran berubah diserap menggunakan asas jam buruh langsung. Maklumat perakaunan tentang produk adalah seperti yang berikut: Kos piawai per unit: Bahan mentah langsung (1.5 gram pada harga RM16.00 pergram) RM 24.00 Buruh langsung (0.75 jam pada kadar RM8.00 sejam buruh langsung) RM6.00