The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mooihwalim99, 2023-11-10 06:15:50

Sem 2 module

Perakaunan Sem 2

Keywords: Perakaunan

101 Overhed pengeluaran berubah (0.75 jam pada kadar RM3.00 sejam buruh langsung) RM2.25 Kos dan unit sebenar: Belian bahan mentah langsung( 21,000 gram pada harga RM17 per gram) RM357,000 Buruh langsung (16,750 jam pada kadar harga RM8.00 sejam Buruh langsung) RM134,000 Unit dikeluarkan 22,400 Bahan mentah langsung digunakan 33,400 Dikehendaki: Hitung varians dan tentukan sama ada varians tersebut memuaskan atau tidak memuaskan bagi yang berikut: ii. Harga bahan mentah langsung dan penggunaan bahan mentah langsng. iii. Kadar buruh langsung dan kecekapan buruh langsung. [STPM 2013U2] 8. Syarikat Hayati mengeluar dan menjual baju kemeja T. Kos piawai sehelai baju kemeja T bagi tahun 2014 adalah seperti berikut: Item Kuantiti piawai Kos piawai sehelai baju kemeja T Bahan mentah langsung 3 meter 24 Buruh langsung 2 jam 20 Overhed berubah 2 jam 10 Overhed tetap 2 jam 6 Dalam tahun 2014, syarikat bercadang untuk mengeluarkan 22,500 helai baju kemeja T dengan jumlah jam buruh langsung ialah 45,000 jam. Aktiviti sebenar dalam tahun 2014 adalah seperti yang berikut: 1) Belian bahan mentah langsung ialah 65,000 meter kain kapas pada kos RM507,000. 2) Bahan mentah langsung yang digunakan ialah 63,500 meter kain kapas. 3) Kos buruh langsung ialah RM424,125 untuk 43,500 jam buruh langsung. 4) Jumlah overhed perkilangan ialah RM450,000. 5) Tiada Jumlah varians kos overhed tetap . 6) Jumlah unit keluaran ialah 22,000. Dikehendaki: Hitung (i) Varians harga bahan mentah langsung dan varians kuantiti bahan mentah langsung. (ii)Varians kadar buruh langsung dan varians kecekapan buruh langsung. (iii)Varians perbelanjaaan overhed berubah dan varians kecekapan overhed berubah [Klon STPM2015]


102 9. Syarikat Mawar mengeluarkan satu produk. Syarikat tersebut telah menyiapkan piawai berikut bagi buruh dan bahan: Bahan langsung Buruh langsung Kuantiti piawai ? kilogram per unit Jam piawai 2 jam seunit Harga piawai ? per kilogram Kadar piawai RM16 per jam Kos piawai seunit ? RM32 Pada bulan lalu, syarikat tersebut membeli 3,500 kg bahan langsung dengan jumlah kos RM4,375. Semua bahan ini telah digunakan untuk pengeluaran sebanyak 1,300 unit output. Kos buruh langsung berjumlah RM36,688.50 untuk bulan tersebut. Varians berikut telah dikira: Varians kuantiti bahan RM685 (tidak memuaskan) Jumlah varians bahan RM335 (memuaskan) Varians kecekapan buruh RM3,495 (memuaskan) Dikehendaki: (i) Harga piawai bagi bahan (ii) Kuantiti piawai bagi bahan yang dibenarkan bagi seunit output. (iii) Kos buruh langsung sebenar sejam bagi bulan tersebut. (iv) Varians kadar buruh langsung 10. Syarikat Ong Han Berhad merupakan pengeluar kotak menyimpan makanan beku. Sepanjang bulan April 2014, Syarikat Ong Han Berhad telah mengeluarkan sebanyak 1,450 unit dan telah melibatkan kos sebenar seperti di bawah. RM Overhed pengeluaran berubah 11,000 Overhed pengeluaran tetap 26,000 Buruh langsung(8,000 jam buruh langsung) 151,200 Bahan mentah langsung(30,000 kilogram dibeli dan digunakan) 66,000 Kos piawai dan maklumat belanjawan tahunan adalah seperti berikut: Kos Piawai setiap kotak: Buruh langsung(5 jam pada kadar RM18 sejam) RM90 Bahan mentah langsung(20 kg pada kadar RM2 sekg) RM40 Overhed berubah(5 jam pada kadar RM1.50 sejam) RM7.50 Overhed tetap(5 jam pada kadar RM3 sejam) RM15 RM152.50 Maklumat belanjawan tahunan: Overhed berubah RM150,000 Overhed tetap RM300,000 Aktiviti yang dirancang untuk tahun 2014 100,000(*JBL) *JBL( Jam Buruh Langsung) Kos overhed belanjawan diagihkan sama rata sepanjang tahun.


103 Dikehendaki: (a) Kirakan kos seunit sebenar bagi setiap kotak (b) Kirakan: i) Varians harga dan varians penggunaan bahan. ii) Varians kadar dan varians kecekapan buruh langsung. iii) Varians perbelanjaan dan varians kecekapan overhed berubah. iv) Varians perbelanjaan dan varians volum overhed tetap


104 14.0 BELANJAWAN Hasil pembelajaran 14.1 Pengenalan kepada belanjawan Calon seharusnya dapat 1. mentakrif belanjawan 2. membezakan jenis belanjawan berasaskan fungsi ( operasi dan kewangan ), tempoh masa dan pendekatan ( statik dan fleksibel ) 3. memerihalkan objektif belanjawan, iaitu untuk perancangan, kawalan, pembuatan keputusan, koordinasi, komunikasi, motivasi dan penilaian prestasi 4. menyatakan faktor yang perlu dipertimbangkan dalam menyediakan belanjawan seperti yang berikut: (i) tempoh belanjawan (bergantung kepada tujuan belanjawan) (ii) pihak yang terlibat (iii) kaedah penyediaan belanjawan ( belanjawan lini, belanjawan asas sifar, belanjawan berterusan dan belanjawan pertambahan ) (iv) aspek kelakuan dalam belanjawan (kelakuan individu dan jabatan-jabatan dalam organisasi) (v) rangsangan luar (dasar kerajaan, faktor ekonomi, persaingan, cita rasa pelanggan dan perkembangan teknologi) 5. memerihalkan langkah penyediaan belanjawan yang terlibat seperti yang berikut (i) penetapan objektif (ii) pembentukan jawatankuasa (iii) pengumpulan data (iv) mengenal pasti faktor-faktor halangan (v) penyediaan belanjawan (vi) komunikasi belanjawan (vii) pelaksanaan belanjawan Nota Ringkas 1. Takrif belanjawan Belanjawan ialah pelan kuantitatif yang dirancang bagi sesuatu tempoh yang ditetapkan seperti belanjawan berasaskan fungsi operasi atau kewangan untuk jumlah jualan, belian bahan, pengeluaran dan pendapatan yang dirancang. Belanjawan berasaskan tempoh masa juga diperlukan untuk sesebuah organisasi menetapkan kuantiti sumber, kos, perbelanjaan, hasil, aset, liabiliti dan aliran tunai. Oleh itu belanjawan sebenarnya melambangkan pendekatan statik atau fleksibel rancangan strategik perniagaan, unit, organisasi dan aktiviti yang boleh diukur. 2. Objektif belanjawan a. Alat perancangan Belanjawan merupakan satu proses menentukan matlamat yang ingin dicapai untuk memberikan panduan kepada organisasi tentang arah tuju yang sepatutnya diberi perhatian untuk jangka pendek atau jangka panjang. Proses belanjawan tahunan menggalakkan pengurus merancang untuk operasi masa depan, menghalusi pelan strategik sedia ada dan


105 mempertimbangkan bagaimana mereka boleh bertindak balas kepada keadaan yang berubahubah. b. Alat koordinasi Belanjawan memudahkan penyelarasan antara bahagian/jabatan serta membolehkan tindakan bahagian/jabatan yang berlainan di oraganisasi itu dibawa ke dalam suatu rancangan yang sama. c. Alat komunikasi Pihak pengurusan tertinggi organisasi menggunakan belanjawan sebagai alat berkomunikasi agar objektif organisasi dapat disampaikan kepada semua lapisan pengurusan organisasi tersebut supaya aktiviti setiap bahagian/jabatan dapat diselaraskan demi mencapai objektif yang sama. d. Alat motivasi Belanjawan boleh digunakan oleh pihak pengurusan untuk menetapkan piawaian atau penanda aras yang perlu dicapai oleh setiap bahagian/jabatan. Oleh itu, secara tindak langsung belanjawan sebenarnya memberikan motivasi kepada pengurus dan kakitangannya untuk melaksanakan tugas mereka secara bersungguh-sungguh untuk mencapai objektif yang dirancang oleh organisasi. e. Alat kawalan Pihak pengurusan boleh menggunakan belanjawan untuk mengawal aktiviti-aktiviti yang dipertanggungjawab kepada semua dibawah seliaan masing-masing. f. Alat penilaian prestasi Belanjawan boleh digunakan untuk menilai prestasi sesebuah bahagian/jabatan atau individu apabila perbandingan dibuat antara angka belanjawan dengan angka sebenar. Keberkesanan seseorang pengurus mengurus bahagian/jabatan dibawahnya boleh dinilai menggunakan belanjawan. Keupayaan seseorang pekerja melaksanakan sesuatu tanggungjawab juga boleh dinilai menggunakan belanjawan. 3. Faktor yang Perlu Dipertimbangkan dalam Penyediaan Belanjawan a. Tempoh belanjawan Tempoh belanjawan ialah tempoh masa sesebuah organisasi untuk mengunjurkan pendapatan dan perbelanjaan mereka. Tempoh ini perlu disesuaikan dengan tujuan belanjawan disediakan. b. Pihak yang terlibat Pihak yang terlibat dalam penyediaan belanjawan seharusnya merupakan mereka yang secara aktif telibat dalam aktiviti yang dirancang. c. Kaedah penyediaan belanjawan Kaedah penyediaan bergantung kepada jenis belanjawan yang ingin disediakan: i. Belanjawan Lini (bergarisan) Belanjawan ini mengandungi pelbagai garis kombinasi produk atau perkhidmatan yang dijual dengan sumber yang terhad atau pendapatan tertentu. ii. Belanjawan Asas Sifar Belanjawan ini dimulakan dengan baki awal sifar dan bukan berdasarkan belanjawan yang lepas serta disediakan berdasarkan apa yang diperlukan untuk tempoh yang akan datang.


106 iii. Belanjawan berterusan Belanjawan ini disediakan dengan menambah satu lagi bulan (tempoh belanjawan) pada akhir bulan belanjawan yang lepas. iv. Belanjawan pertambahan Belanjawan ini disediakan bermula dengan belanjawan yang lepas. d. Aspek kelakuan dalam belanjawan Kelakuan individu serta kelakuan bahagian/jabatan dalam organisasi perlu diambil kira dalam penyediaan belanjawan kerana belanjawan yang disediakan mestilah boleh difahami oleh semua dalam organisasi tersebut serta mudah dikomunikasikan antara bahagian/jabatan. e. Rangsangan luar Rangsangan luar meliputi perubahan dasar kerajaan, faktor ekonomi, persaingan, cita rasa pelanggan, dan perkembangan teknologi yang kesemuanya adalah diluar jangkaan sesebuah organisasi dan sukar dikawal. 4. Langkah Penyediaan Belanjawan a. Penetapan objektif Setiap belanjawan yang disediakan harus mengikut objektif yang telah disediakan. Semua bahagian/jabatan yang menyediakan belanjawan harus bekerjasama untuk mencapai objektif yang sama. b. Pembentukan jawatankuasa Pihak pengurusan tertinggi harus melantik ahli jawatankuasa belanjawan yang biasanya terdiri daripada pengurus setiap bahagian/jabatan.Mereka merupakan individu yang bertanggungjawab untuk mencipta dan mengekalkan tanggungjawab fiskal bagi sesebuah organisasi. c. Pengumpulan data Data-data sejarah serta ramalan mesti digunakan untuk menyediakan sesuatu belanjawan dalam organisasi. Semua urus niaga yang ingin dijalankan perlu disokong dengan data yang boleh dipercayai agar belanjawan yang disediakan lebih realistik. d. Mengenal pasti faktor-faktor halangan Sepanjang proses penyediaan belanjawan, segala faktor-faktor yang menghalang kelancaran aktiviti-aktiviti yang dirancang mesti dikenal pasti. Seterusnya faktor-faktor tersebut perlu dikawal dan dikurangkan ke tahap minima agar tidak mengganggu operasi perniagaan. e. Penyediaan belanjawan Proses ini dijalankan apabila objektif telah ditetapkan dan semua data yang berkaitan telah dikumpulkan. Format belanjawan yang digunakan perlulah sesuai dengan jenis belanjawan yang dibuat dan mudah difahami. f. Komunikasi belanjawan Belanjawan yang disediakan harus dapat dikomunikasikan antara jabatan yang ada dalam setiap organisasi. Hebahan perlu dibuat mengenainya serta keterangan lanjut harus diberi kepada semua warga organisasi.


107 g. Pelaksanaan belanjawan Semua individu atau bahagian/jabatan perlu bertanggungjawab untuk melaksanakan belanjawan yang telah disediakan. Laporan pencapaian perlu disediakan dari masa ke masa supaya objektif belanjawan disediakan dapat dicapai. 5. Jenis-Jenis Belanjawan a. Berdasarkan tempoh belanjawan, belanjawan boleh dijeniskan kepada: (i) Belanjawan jangka pendek iaitu belanjawan yang disediakan untuk tempoh kurang dari satu tahun. (ii) Belanjawan jangka panjang iaitu belanjawan yang mempunyai tempoh sekurangkurangnya satu tahun. b. Berdasarkan fungsi: (i) Belanjawan operasi: merangkumi belanjawan bagi tiap-tiap kumpulan item hasil dan belanja dalam sesuatu operasi serta rumusan hasil operasi. Belanjawan yang termasuk dalam kumpulan ini adalah: i) Belanjawan jualan ii) Belanjawan pengeluaran iii) Belanjawan penggunaan bahan iv) Belanjawan belian bahan v) Belanjawan buruh langsung vi) Belanjawan overhed kilang vii) Belanjawan belanja jualan dan pentadbiran viii) Belanjawan tingkat inventori ( bahan, kerja dalam proses dan barang siap) (ii) Belanjawan kewangan: menunjukkan tentang aliran tunai dan kedudukan kewangan organisasi iaitu merangkumi belanjawan bagi item-item aset, liabiliti dan modal. Belanjawan yang termasuk dalam kategori ini adalah: i) Penyata pendapatan proforma ii) Penyata perkilangan proforma iii) Proforma Kunci Kira-kira iv) Proforma Penyata Aliran Tunai v) Belanjawan tunai c. Berdasarkan kandungan i) Belanjawan tetap: menyediakan anggaran bagi satu tingkat aktiviti sahaja. ii) Belanjawan fleksibel: memberi anggaran bagi beberapa tingkat aktiviti yang mungkin tercapai.


108 14.2 Belanjawan induk Hasil pembelajaran Calon seharusnya dapat: 1. Menjelaskan hubung kait komponen belanjawan yang berikut: (i) belanjawan operasi yang meliputi jualan, pengeluaran, penggunaan bahan, belian bahan, buruh langsung, overhed kilang, belanja jualan dan pentadbiran, dan tingkat inventori ( bahan, kerja dalam proses, dan barang siap) (ii) belanjawan kewangan yang meliputi tunai dan penyatapro forma(penyata perkilangan,penyata pendapatan, kunci kira-kira, dan penyata aliran tunai). Menyediakan belanjawan induk yang merangkumi semua komponen belanjawan di atas Nota Ringkas 1. Komponen belanjawan induk Belanjawan Induk terdiri daripada dua komponen utama iaitu belanjawan operasi dan belanjawan kewangan. Belanjawan buruh langsung Belanjawan pengeluaran Belanjawan Jualan Belanjawan bahan langsung Belanjawan overhed kilang Penyata perkilangan pro forma Penyata pendapatan Komprehensif pro forma Belanjawan tunai Penyata Kedudukan Kewangan pro forma Belanjawan belanja jualan dan pentadbiran Belanjawan inventori akhir


109 2. Contoh penyediaan belanjawan induk: Berikut adalah Penyata Kedudukan Kewangan Syarikat DeEgg Bhd pada 31 Disember 2015. Data-data dalam Penyata Kedudukan Kewangan ini digunakan untuk menyediakan belanjawan induk bagi belanjawan tahun 2016 Syarikat DeEgg Bhd Penyata Kedudukan kewangan pada 31 Disember 2015 Aset (RM) Tunai 47,500 Akaun belum terima 66,000 Inventori: Kepingan kaca: 960kg @RM8.00 sekg 7,680 Barang siap 83,500 Harta tanah , logi dan peralatan(nilai buku) 4,000,000 Jumlah aset 4,204,680 Liabiliti dan Ekuiti Akaun belum bayar – belian bahan langsung 49,700 Modal saham biasa 3,500,000 Pendapatan tertahan 654,980 Jumlah liabiliti dan ekuiti 4,204,680 a. Belanjawan Jualan Belanjawan jualan merupakan asas kepada belanjawan induk. Hampir keseluruhan belanjawan dalam belanjawan induk berdasarkan kepada belanjawan jualan. Belanjawan jualan mengandungi jumlah anggaran jualan dalam unit dan ringgit jualan. Belanjawan jualan untuk Syarikat DeEgg Berhad. Syarikat menjangkakan bahawa jualan dalam tempoh dua tahun akan datang meningkat sebanyak 2,000 unit pada setiap sukuan bagi keduadua produk Mimi dan Nini. Harga jualan bagi produk Mimi ialah RM20 seunit dan produk Nini ialah RM30 seunit. Unit jualan sukuan keempat tahun 2015 bagi produk Mimi ialah 2,000 unit dan produk Nini ialah 5,000 unit. Syarikat DeEgg Berhad Belanjawan Jualan Bagi Empat Sukuan Berakhir 31 Disember 2016 Sukuan 1 Sukuan 2 Sukuan 3 Sukuan 4 Jumlah Mimi Unit Jualan 4,000 6,000 8,000 10,000 Harga Jualan seunit (RM) 20 20 20 20 Jumlah Jualan (RM) 80,000 120,000 160,000 200,000 Nini Unit Jualan 7,000 9,000 11,000 13,000 Harga Jualan seunit (RM) 30 30 30 30 Jumlah Jualan (RM) 210,000 270,000 330,000 390,000 Jumlah Jualan keseluruhan(RM) 290,000 390,000 490,000 590,000 1,760,000


110 b. Belanjawan Pengeluaran Belanjawan pengeluaran menunjukkan jumlah unit yang perlu dikeluarkan untuk memenuhi anggaran jualan dan mencapai paras inventori akhir yang dikehendaki. = + - Syariakt DeEgg Berhad mengamalkan inventori akhir barang siap untuk kedua-dua produk adalah 20% daripada jualan bagi sukuan berikutnya. Syarikat DeEgg Berhad Belanjawan Pengeluaran Produk Mimi Bagi Empat Sukuan Berakhir 31 Disember 2016 Sukuan 1 Sukuan 2 Sukuan 3 Sukuan 4 Unit Jualan 4,000 6,000 8,000 10,000 (+)Inventori Akhir 1,200 1,600 2,000 2,400 5,200 7,600 10,000 12,400 (-)Inventori Awal 800 1,200 1,600 2,000 Unit Pengeluaran diperlukan 4,400 6,400 8,400 10,400 Syarikat DeEgg Berhad Belanjawan Pengeluaran Produk Nini Bagi Empat Sukuan Berakhir 31 Disember 2016 Sukuan 1 Sukuan 2 Sukuan 3 Sukuan 4 Unit Jualan 7,000 9,000 11,000 13,000 (+)Inventori Akhir 1,800 2,200 2,600 3,000 8,800 11,200 13,600 16,000 (-)Inventori Awal 1,400 1,800 2,200 2,600 Unit Pengeluaran diperlukan 7,400 9,400 11,400 13,400 Inventori akhir Barang siap Inventori awal Barang siap Unit jualan Unit pengeluaran


111 c. Belanjawan Bahan Langsung Bahagian pertama dipanggil belanjawan penggunaan bahan langsung. Belanjawan ini dikira dengan mendarabkan jumlah pengeluaran dikehendaki dengan anggaran kuantiti bahan langsung yang diperlukan untuk mengeluarkan satu unit produk siap. Bahagian kedua dipanggil belanjawan belian bahan langsung yang menunjukkan kuantiti bahan langsung yang akan dibeli untuk memenuhi keperluan pengeluaran dan anggaran inventori akhir bahan langsung. = + - = × Untuk pengeluaran seunit produk Mimi dan Nini, maklumat penggunaan bahan mentah seunit keluaran adalah seperti berikut: Keperluan bahan mentah bagi seunit keluaran Harga sekeping Mimi Nini Kepingan pewter RM1 2 3 Kepingan kaca RM8 1/4 1/2 Bagi inventori bahan mentah langsung, Syarikat DeEgg Berhad menetapkan untuk menyimpan inventori kepingan kaca sebanyak 20% daripada keperluan pada sukuan berikutnya. Mankala bagi kepingan pewter pula, syarikat menggunakan sistem tepat pada masa(Just- In- Time). Belanjawan Bahan Mentah Kepingan Pewter Bagi Empat Sukuan Berakhir 31 Disember 2016 Sukuan 1 Sukuan 2 Sukuan 3 Sukuan 4 Mimi Unit pengeluaran diperlukan 4,400 6,400 8,400 10,400 X Kepingan pewter bagi seunit keluaran 2 2 2 2 Jumlah kepingan bahan diperlukan 8,800 12,800 16,800 20,800 Nini Unit pengeluaran diperlukan 7,400 9,400 11,400 13,400 X Kepingan pewter bagi seunit keluaran 3 3 3 3 Jumlah kepingan bahan diperlukan 22,200 28,200 34,200 40,200 Kuantiti Belian bahan mentah(keping) 31,000 41,000 51,000 61,000 X Harga belian sekeping RM 1 RM 1 RM 1 RM 1 Kos Belian Bahan Mentah RM31,000 RM41,000 RM51,000 RM61,000 Kos belian bahan langsung Kuantiti belian Bahan langsung Kos bahan langsung seunit Kuantiti Belian Bahan langsung Penggunaan bahan langsung Anggaran inventori akhir bahan langsung Anggaran Inventori awal bahan langsung


112 Syarikat DeEgg Berhad Belanjawan Bahan Mentah Kepingan kaca Bagi Empat Sukuan Berakhir 31 Disember 2015 Sukuan 1 Sukuan 2 Sukuan 3 Sukuan 4 Mimi Unit pengeluaran diperlukan 4,400 6,400 8,400 10,400 X Kepingan kaca bagi seunit keluaran 1/4 1/4 1/4 1/4 Jumlah kepingan bahan diperlukan 1,100 1,600 2,100 2,600 Nini Unit pengeluaran diperlukan 7,400 9,400 11,400 13,400 X Kepingan kaca bagi seunit keluaran 1/2 1/2 1/2 1/2 Jumlah kepingan bahan diperlukan 3,700 4,700 5,700 6,700 Jumlah penggunaan bahan mentah (Keping) 4,800 6,300 7,800 9,300 (+)Inventori akhir 1,260 1,560 1,860 2,160 6,060 7,860 9,660 11,460 (-)Inventori awal 960 1,260 1,560 1,860 Kuantiti Belian bahan mentah(keping) 5,100 6,600 8,100 9,600 Harga belian sekeping RM 8 RM 8 RM 8 RM 8 Kos Belian Bahan Mentah RM40,800 RM52,800 RM64,800 RM76,800 d. Belanjawan Buruh Langsung Belanjawan buruh langsung dapat menentukan jumlah kos buruh langsung yang diperlukan untuk tujuan belanjawan pengeluaran dan juga dapat merancang keperluan pekerja lebih awal sebelum proses pengeluaran berjalan. Belanjawan buruh langsung menunjukkan jumlah kos buruh langsung yang diperlukan untuk memenuhi kehendak belanjawan pengeluaran. Terlebih dahulu jumlah jam buruh langsung perlu dikira dengan mendarabkan anggaran unit pengeluaran dengan anggaran jumlah jam yang diperlukan untuk mengeluarkan seunit keluaran siap. Kemudian, jumlah kos buruh langsung dihitung dengan jumlah jam buruh langsung didarabkan dengan anggaran kadar buruh langsung sejam. Bagi Syarikat DeEgg Berhad, jumlah jam diperlukan untuk mengeluarkan seunit keluaran bagi Mimi dan Nini ialah 0.1 jam masing-masing. Manakala anggaran kadar buruh langsung sejam ialah RM20. Diandaikan kadar yang sama dibayar untuk semua pekerja.


113 Syarikat DeEgg Berhad Belanjawan Buruh Langsung Bagi Empat Sukuan Berakhir 31 Disember 2015 Sukuan 1 Sukuan 2 Sukuan 3 Sukuan 4 Mimi Unit pengeluaran diperlukan 4,400 6,400 8,400 10,400 X Jam buruh langsung seunit keluaran 0.1 0.1 0.1 0.1 Jumlah Jam buruh langsung digunakan 440 640 840 1,040 Nini Unit pengeluaran diperlukan 7,400 9,400 11,400 13,400 X Jam buruh langsung seunit keluaran 0.1 0.1 0.1 0.1 Jumlah Jam buruh langsung digunakan 740 940 1,140 1,340 Jumlah keseluruhan jam buruh langsung 1,180 1,580 1,980 2,380 Kadar buruh langsung sejam RM20 RM20 RM20 RM20 Jumlah kos buruh langsung RM23,600 RM31,600 RM39,600 RM47,600 e. Belanjawan Kos Overhed Perkilangan Belanjawan ini memberikan semua overhed pengeluaran yang dijangka akan terlibat dalam tempoh belanjawan. Belanjawan ini ditunjukkan mengikut tingkah laku kos iaitu kos overhed kilang berubah dan kos overhed kilang tetap. Bagi Syarikat DeEgg Berhad, kos overhed pengeluaran berubah mengikut jam buruh langsung pada kadar RM10 sejam. Bagi kos overhed tetap, anggaran juga dibuat berdasarkan analisis pengalaman lepas seperti berikut: Sukuan 1 (RM) Sukuan 2 (RM) Sukuan 3 (RM) Sukuan 4 (RM) Tahunan (RM) Bahan mentah tidak langsung 5,100 5,600 6,100 6,600 23,400 Buruh tidak langsung 20,400 22,400 24,400 26,400 93,600 Overhed lain 15,500 18,000 20,500 23,000 77,000 Susut nilai loji dan mesin 22,500 22,500 22,500 22,500 90,000 Jumlah overhed 63,500 68,500 73,500 78,500 284,000


114 Syarikat DeEgg Berhad Belanjawan kos Overhed Pengeluaran Bagi Empat Sukuan Berakhir 31 Disember 2016 Kos berubah Kadar sejam buruh langsung Sukuan 1 (RM) Sukuan 2 (RM) Sukuan 3 (RM) Sukuan 4 (RM) Overhed pengeluaran berubah RM10 11,800 15,800 19,800 23,800 Jumlah kos berubah 11,800 15,800 19,800 23,800 Kos tetap Bahan mentah tidak langsung 5,100 5,600 6,100 6,600 Buruh tidak langsung 20,400 22,400 24,400 26,400 Overhed lain 15,500 18,000 20,500 23,000 Susut nilai mesin dan loji 22,500 22,500 22,500 22,500 Jumlah kos tetap 63,500 68,500 73,500 78,500 Jumlah kos overhed kilang 75,300 84,300 93,300 102,300 f. Jadual Kutipan Akaun Belum Terima dan Jadual Pembayaran Akaun Belum Bayar Berdasarkan pengalaman lepas, Syarikat DeEgg Berhad telah membuat anggaran bahawa sebanyak 60% daripada jualan adalah jualan kredit dan selebihnya ialah jualan tunai. Sebanyak 80% daripada jualan kredit dikutip pada sukuan semasa dan bakinya akan dikutip pada sukuan yang berikutnya. Selain itu, pembelian bahan mentah langsung dibuat secara kredit. Terma kredit ialah 80% dibayar pada sukuan semasa dan bakinya diselesaikan pada sukuan berikutnya. Syarikat DeEgg Berhad Jadual Kutipan Akaun Belum Terima Bagi Empat Sukuan Berakhir 31 Disember 2016 Sukuan 1 (RM) Sukuan 2 (RM) Sukuan 3 (RM) Sukuan 4 (RM) Akaun Belum Terima 31 Disember 2015 66,000 Kutipan daripada Jualan Kredit: Sukuan 1 Sukuan semasa 139,200 Sukuan berikutnya 34,800 Sukuan 2 Sukuan semasa 187,200 Sukuan berikutnya 46,800 Sukuan 3 Sukuan semasa 235,200 Sukuan berikutnya 58,800 Sukuan 4 Sukuan semasa 283,200 Jumlah Kutipan Akaun Belum Terima 205,200 222,000 282,000 342,000


115 Syarikat DeEgg Berhad Jadual Pembayaran Akaun Belum Bayar Bagi Empat Sukuan Berakhir 31 Disember 2016 Sukuan 1 (RM) Sukuan 2 (RM) Sukuan 3 (RM) Sukuan 4 (RM) Akaun Belum bayar pada 31 Disember 2015 49,700 Bayaran kepada Akaun Belum bayar : Sukuan 1 57,440 14,360 Sukuan 2 75,040 18,760 Sukuan 3 92,640 23,160 Sukuan 4 110,240 Jumlah Pembayaran Akaun belum Bayar 107,140 89,400 111,400 133,400 h. Penyediaan Belanjawan tunai. Objektif utama belanjawan tunai disediakan untuk menentukan sesebuah syarikat mempunyai lebihan tunai atau kekurangan tunai untuk sesuatu tempoh. Kepentingan Belanjawan Tunai 1. Menentukan keupayaan tunai untuk menjalankan operasi perniagaan pada masa depan. 2. Merancang dan mengawal pembayaran dan penerimaan tunai. 3. Menganggarkan penerimaan tunai agar strategi jualan dan polisi pemberian kredit yang tepat dapat dilaksanakan. 4. Merancang pembelian hartanah, loji dan peralatan dan merancang pelaburan jika terdapat lebihan tunai. 5. Membolehkan tindakan awal diambil untuk menghadapi kekurangan tunai. 6. Sebagai panduan kepada pihak bank untuk memberi permohonan pinjaman. 7. Menunjukkan jangkaan punca penerimaan dan pembayaran tunai. Contoh: Untuk menyediakan belanjawan tunai, akauntan Syarikat DeEgg Berhad telah memberi maklumat tambahan berikut: 3. Pada awal bulan Januari, syarikat ingin membeli sebuah mesin pengeluaran baru yang mampu meningkatkan kapasiti pengeluaran sedia ada. Mesin ini berharga RM500,000 dan akan dibiayai melalui pinjaman bank. Tempoh bayaran balik pinjaman ialah lima tahun dan dijelaskan pada kadar yang sama setiap akhir sukuan. Kadar faedah ialah 5% setahun berasaskan kaedah baki berkurangan. 4. Bahan mentah tidak langsung dibeli apabila diperlukan dan dibayar secara tunai. Inventori kerja dalam proses juga tidak direkod oleh syarikat. 5. Semua kos overhed pengeluaran dibayar secara tunai. 6. Belanja jualan dan pentadbiran syarikat ialah sebanyak RM50,000 bagi setiap sukuan, dibayar secara tunai. 7. Pengarah syarikat menjangkakan bahawa dividen sebanyak RM25,000 akan disytiharkan pada sukuan pertama dan ketiga. Dividen ini akan dibayar pada akhir sukuan kedua dan keempat.


116 Syarikat DeEgg Berhad Belanjawan Tunai Bagi Empat Sukuan Berakhir 31 Disember 2016 Sukuan 1 (RM) Sukuan 2 (RM) Sukuan 3 (RM) Sukuan 4 (RM) Baki awal 47,500 103,910 193,172 368,747 Penerimaan Tunai Jualan 116,000 156,000 196,000 236,000 Akaun Belum Terima 205,200 222,000 282,000 342,000 Pinjaman 500,000 Jumlah Penerimaan Tunai 821,200 378,000 478,000 578,000 Pembayaran Tunai Akaun Belum Bayar 107,140 89,400 111,400 133,400 Bahan mentah tidak langsung 5,100 5,600 6,100 6,600 Buruh langsung 23,600 31,600 39,600 47,600 Buruh tidak langsung 20,400 22,400 24,400 26,400 Overhed lain 15,500 18,000 20,500 23,000 Overhed pengeluaran berubah 11,800 15,800 19,800 23,800 Belanja jualan dan pentadbiran 50,000 50,000 50,000 50,000 Dividen 25,000 25,000 Mesin 500,000 Jumlah Pembayaran Tunai 733,540 257,800 271,800 335,800 Lebihan /(kurangan) 87,660 120,200 206,200 242,200 Bayaran balik : Pinjaman 25,000 25,000 25,000 25,000 Belanja faedah 6,250 5,938 5,625 5,313 Baki Akhir 103,910 193,172 368,747 580,634


117 Syarikat DeEgg Berhad Belanjawan Inventori Akhir bagi tahun berakhir 31 Disember 2016 Inventori Bahan langsung: RM Kepingan kaca 17280 Inventori Barang siap: RM Mimi 26,400 Nini 42,000 68,400 Pengiraan kos seunit Mimi Bahan langsung: kepingan pewter RM 2 kepingan kaca RM 2 Buruh langsung RM 2 Overhed kilang berubah RM 1 Overhed kilang tetap RM 4 Jumlah kos seunit RM 11 Nini Bahan langsung kepingan pewter RM 3 kepingan kaca RM 4 Buruh langsung RM 2 Overhed kilang berubah RM 1 Overhed kilang tetap RM 4 Jumlah kos seunit RM 14 Kadar serapan overhed kilang tetap sejam buruh langsung = RM284,000 7,120jam = RM 39.90 Kos overhed kilang tetap seunit RM 4.00


118 Syarikat DeEgg Berhad Belanjawan kos Pengeluaran dan kos barang dijual bagi tahun berakhir 31 Disember 2016 Kos bahan langsung digunakan: RM RM Inventori awal bahan langsung 7,680 Belian 419,200 426,880 Inventori akhir bahan langsung 17,280 Kos bahan langsung digunakan 409,600 Kos buruh langsung 142,400 Kos overhed pengeluaran 355,200 Jumlah kos pengeluaran 907,200 campur Inventori awal barang siap 83,500 990,700 Tolak Inventori akhir barang siap 68,400 Kos barang dijual 922,300 i. Penyata Pendapatan Komprehensif dibelanjawankan Penyata pendapatan komprehensif yang dibelanjawankan akan membantu pihak pengurusan mengukur dan menilai prestasi perniagaan. Penyata pendapatan komprehensif dibelanjawankan ini disediakan dengan berdasarkan maklumat dari belanjawan operasi. Syarikat DeEgg Berhad Penyata Pendapatan Komprehensif Proforma bagi tahun berakhir 31 Disember 2016 RM RM Jualan 1,760,000 tolak kos barang dijual 922,300 Untung kasar 837,700 tolak: belanja jualan dan pentadbiran 200,000 Belanja faedah 23,126 223,126 Untung bersih sebelum cukai 614,574 campur : Pendapatan tertahan awal 654,980 1,269,554 tolak dividen 50,000 Pendapatan tertahan akhir 1,219,554


119 j. Penyata Kedudukan Kewangan yang dibelanjawankan Penyata Kedudukan kewangan dibelanjawankan merupakan satu ramalan tentang kedudukan kewangan sesebuah organisasi pada akhir sesuatu tempoh masa akan datang. Syarikat DeEgg Berhad Penyata Kedudukan kewangan Proforma bagi tahun berakhir 31 Disember 2016 Aset Bukan Semasa RM RM Harta tanah, loji dan peralatan 4,410,000 Aset Semasa Inventori : Bahan langsung 17,280 Barang siap 68,400 Akaun Belum Terima 70,800 Tunai 580,634 737,114 5,147,114 Ekuiti Pemilik Modal saham biasa 3,500,000 Pendapatan tertahan 1,219,554 4,719,554 Liabiliti Bukan Semasa Pinjaman 400,000 Liabiliti semasa Akaun Belum bayar 27,560 5,147,114


120 14.3 Belanjawan fleksibel Hasil pembelajaran Calon seharusnya dapat: 1. mentakrifkan belanjawan fleksibel; 2. memerihalkan kepentingan belanjawan fleksibel; 3. membandingkan belanjawan statik dengan belanjawan fleksibel; 4. menyediakan belanjawan fleksibel dengan mengasingkan kos tetap dan kos berubah (kaedah Tinggi Rendah); 5. menyediakan laporan prestasi dengan menunjukkan perbezaan antara angka sebenar dengan angka yang dibelanjawankan dalam belanjawan statik dan fleksibel; 6. menyediakan rumusan dalam bentuk laporan belanjawan, laporan prestasi belanjawan, dan cadangan kepada pihak pengurusan bagi tujuan merancang, mengawal, menilai prestasi, dan membuat keputusan. Nota Ringkas: 1. Belanjawan statik ialah belanjawan yang disediakan pada peringkat awal perancangan pengeluaran, belanjawan statik biasanya mempunyai satu tahap pengeluaran sahaja. 2. Belanjawan fleksibel merujuk kepada belanjawan yang disediakan untuk melaraskan belanjawan statik pada tahap output sebenar. 3. Penyediaan belanjawan fleksibel memerlukan kiraan jangkaan kos pada aras aktiviti yang berbeza. Dengan itu corak kelakuan kos perlu dipastikan terlebih dahulu. 4. Kaedah pengasingan kos kepada kos berubah dan kos tetap yang digunakan adalah kaedah Tinggi Rendah. 5. Perbandingan antara belajawan statik dengan belanjawan fleksibel. Butiran Belanjawan statik Belanjawan Fleksibel Tempoh Disediakan pada awal jangka masa tertentu Disediakan pada akhir jangka masa tertentu Sifat Tidak berubah dengan jumlah output yang dicapai Diubah suai mengikut tahap aktiviti sebenar Klasifikasi Disediakan tanpa mengklasifikasikan kos kepada kos berubah dan kos tetap Disediakan dengan mengklasifikasikan kos kepada kos berubah dan kos tetap Andaian Mempunyai aplikasi yang terhad dan tidak berkesan sebagai alat kawalan kos Mempunyai aplikasi yang luas dan berkesan sebagai alat kawalan kos 6. Belanjawan fleksibel membolehkan perbandingan kos yang sebenar dengan yang dijangkakan dilakukan pada julat output yang ditentukan. Dengan itu varians bagi semua punca kos dapat dipastikan. 7. Laporan varians kos ini akan membantu pihak pengurusan mengenalpastikan punca varians ini berlaku dan mengamalkan langkah-langkah yang berkesan untuk mengawal kos. 8. Laporan varians daripada belanjawan fleksibel boleh juga digunakan sebagai satu alat pengukuran prestasi untuk memberi ganjaran kepada ketua jabatan.


121 Contoh: 1. Berikut adalah maklumat yang diperolehi daripada Syarikat SEMPURNA SDN BHD Belanjawan Sebenar Output (unit) 100,000 120,000 RM RM Bahan mentah 67,400 80,700 Buruh langsung 288,100 345,900 Buruh tak langsung berubah 143,900 172,680 Belanja utiliti berubah 9,000 10,500 Kos overhed tetap 60,000 71,500 Belanja pentadbiran tetap 24,950 30,000 Maklumat tambahan : a. Berikan definisi Belanjawan Fleksibel b. Anda dikehendaki menyediakan belanjawan fleksibel bagi tingkat pengeluaran 120,000 unit dan seterusnya laporan prestasi bagi syarikat berkenaan Cadangan Jawapan: a. Belanjawan flesibel merupakan belanjawan yang disediakan untuk beberapa tingkat aktiviti. b. Belanjawan fleksibel Sebenar Laporan prestasi Output (unit) 120,000 120,000 RM RM Varians Bahan mentah(0.674x120,000) 80,880 80,700 180(M) Buruh langsung(2.881x120,000) 345,720 345,900 180(TM) Buruh tak langsung berubah(1.439x120,000) 172,680 172,680 - Belanja utiliti berubah(0.09x120,000) 10,800 10,500 300(M) Kos overhed tetap 60,000 71,500 11,500(TM) Belanja pentadbiran tetap 24,950 30,000 5,050 (TM) Jumlah varians 16,250 (TM) Syarikat menggunakan bahan mentah dan belanja utiliti berubah dengan baik kerana masingmasing menunjukkan varians yang memuaskan. Manakala syarikat kurang cekap dalam penggunaan buruh langsung dan kawalan kos tetap bagi kos overhed tetap dan belanja pentadbiran tetap kerana varians tidak memuaskan.


122 Latihan bab 14 1. Perihalkan empat fungsi belanjawan yang dapat membantu pihak pengurusan menjalankan tugas dengan berkesan. [ STPM 2012 K2] 2. Bincangkan peranan belanjawan sebagai i) alat perancangan ii) alat kawalan 3. Maklumat yang berikut didapati daripada Megan Anggun Berhad. (i) Nilai jualan keluaran dan kos belian barangan adalah seperti yang berikut: (ii) Sebanyak 75% daripada belian bahan dibayar dalam suku tahun belian dibuat dan bakinya dibayar dalam suku tahun berikutnya. (iii) Syarikat telah memperolehi hasil jualan sebanyak 70% dalam suku tahun jualan dibuat dan sebanyak 25% lagi dalam suku tahun berikutnya dan bakinya tidak dapat dikutip. (iv) Belanja operasi tetap bagi setiap suku tahun dianggar berjumlah RM 85,000 dan daripada jumlah ini adalah belanja susutnilai sebanyak RM15,000. (v) Syarikat membayar dividen tunai RM15,000 bagi setiap suku tahun. Belanja operasi berubah ialah 12% atas nilai jualan. (vi) Syarikat membuat keputusan untuk membeli mesin bernilai RM80,000 dalam suku tahun kedua dan RM60,000 dalam suku tahun ketiga. (vii)Syarikat akan mendapatkan pinjaman jangka pendek pada awal suku tahun jika berlaku kekurangan tunai.Pembayaran semula pinjaman akan dilakukan dengan kadar faedah 10% setahun dan akan dibuat pada akhir suku tahun apabila lebihan tunai melebihi baki tunai minimum. (viii) Baki akaun tunai pada akhir tahun 2014 ialah RM25,000. Syarikat perlu mengekalkan baki tunai minimum pada tahap RM18,000. Dikehendaki : Sediakan belanjawan tunai bagi tahun 2015 mengikut suku tahun bagi Megan Anggun Berhad. Tahun Jualan (RM) Belian (RM) 2014(Sebenar) Suku keempat 350,000 200,000 2015(Jangkaan) Suku Pertama Suku Kedua Suku Ketiga Suku Keempat 450,000 560,000 650,000 550,000 300,000 350,000 390,000 280,000


123 4. Syarikat Bitara Berhad ingin menyediakan belanjawan tunai bagi bulan Mei 2015. Maklumat yang berkaitan adalah seperti berikut : (1)Baki tunai awal bagi bulan Mei ialah RM 12,200. (2)Jualan sebenar bagi bulan Mac, April dan Mei adalah seperti berikut: Mac April Mei Jualan tunai(RM) 8,250 6,540 12,000 Jualan kredit(RM) 40,000 50,000 70,000 Jumlah Jualan (RM) 48,250 56,540 82,000 (3)Bayaran bagi jualan kredit dikutip dalam tempoh tiga bulan mengikut nisbah yang berikut : 20% dikutip pada bulan yang sama dengan jualan 60% dikutip pada bulan yang berikutnya. 15% dikutip pada bulan kedua selepas jualan. Baki 5 % lagi tidak dapat dikutip. (4)Belian inventori bagi bulan Mei berjumlah RM40,500, dan 20% daripada belian inventori itu dibayar pada bulan belian itu dibuat. Jumlah belum bayar bagi belian inventori bulan April ialah RM25,000 yang semuanya akan dibayar pada bulan Mei. (5)Belanja jualan dan pentadbiran yang dibelanjawankan bagi bulan Mei ialah RM19,500. Daripada jumlah ini, RM6,000 adalah untuk belanja susutnilai. (6) Sebuah mesin akan dibeli dengan kos RM28,000 pada bulan Mei dan dividen yang berjumlah RM4,600 akan dibayar pada bulan Mei. (7) Syarikat mesti mengekalkan baki tunai minimum sebanyak RM8,000. Pinjaman tunai boleh diperoleh dari sebuah bank tempatan jika diperlukan. Dikehendaki : Sediakan yang berikut bagi bulan Mei 2015 bagi Syarikat Bitara Berhad. (i) Jadual kutipan yang dijangka. (ii)Jadual pembayaran tunai kepada pembekal untuk belian inventori (iii)Belanjawan tunai 5. Syarikat Jaya merancangkan operasinya dan telah membuat anggaran untuk beberapa bulan akan datang. Berikut adalah anggaran-anggaran yang telah dibuat: (1) Jan Feb Mac April Mei Jun Julai Anggaran jualan (unit) 30,000 35,000 40,000 47,000 52,000 60,000 64,000 Harga jualan seunit ialah RM 1.50 seunit. (2) Stok barang siap pada 1 Januari ialah 6,000 unit. Stok akhir pada setiap bulan ialah 20% atas jualan bulan berikut. Dikehendaki : Sediakan Belanjawan pengeluaran bulanan untuk tempoh enam bulan dari Januari hingga Jun.


124 6. Syarikat Hasiff telah membuat anggaran jualan berikut bagi tempoh lima bulan akan datang. Jun Julai Ogos Sept Okt Anggaran jualan (unit) 8,000 12,000 20,000 25,000 28,000 Harga jualan seunit (RM) 8.00 8.00 8.00 8.00 8.00 Syarikat Hasiff hendak menyediakan beberapa belajawan dan berikut adalah maklumat relevan yang telah diberikan: a. Inventori barang siap yang dijangka dipegang pada 1 Jun adalah 1,500 unit. Inventori jualan dikehendaki pada akhir setiap bulan adalah 10% atas jualan bagi bulan yang berikutnya. b. Satu unit barang siap yang dikeluarkan memerlukan dua unit bahan mentah yang boleh dibeli pada harga RM2.50 seunit. c. Inventori bahan mentah yang dijangka akan dipegang pada 1 Jun adalah sebanyak 2,000 unit. Inventori bahan mentah yang diperlukan pada akhir setiap bulan adalah 10% atas jumlah yang digunakan pada bulan yang berikut. Dikehendaki: Sediakan belanjawan-belanjawan berikut: i. Belanjawan pengeluaran bulanan bagi tempoh empat bulan dari Jun hingga September. ii. Belanjawan penggunaan bahan mentah bulanan bagi tempoh empat bulan dari Jun hingga September. iii. Belanjawan belian bahan mentah bulanan bagi tempoh tiga bulan dari Jun hingga Ogos. 7. Syarikat Cahaya Sdn Bhd mengeluarkan produk makanan sihat, iaitu Matahari. Bagi kos pengeluaran bulan Mac 2015, maklumat yang berikut telah diperoleh. (1) Kos piawai dan kos sebenar sekotak: Kos piawai sekotak Kos sebenar sekotak Bahan mentah langsung RM20.00 RM18.75 Buruh langsung RM22.50 RM21.50 Overhed berubah RM11.00 RM15.00 (2) Kos tetap sebulan: Belanja susut nilai RM1,200 Gaji pekerja pentadbiran RM5,600 Belanja insurans RM 700 Belanja utiliti RM 500 Maklumat tambahan: Jumlah pengeluaran sebenar bagi bulan Mac 2015 adalah sebanyak 400 kotak Dikehendaki: (i) Sediakan laporan prestasi belanjawan fleksibel Syarikat Cahaya Sdn Bhd bagi bulan Mac 2015. (ii) Berikan ulasan tentang laporan prestasi belanjawan yang disediakan di (i), dan cadangkan penambahbaikan bagi pengeluaran produk kepada pihak pengurusan.


125 8. Syarikat A ingin menyediakan satu belanjawan fleksibel bagi tahun akan datang. Akauntan kos syarikat telah menyediakan data-data berikut untuk membolehkan belanjawan tersebut disediakan. a. Harga jualan: semua unit yang dihasilkan dijual pada harga RM12 seunit. b. Bahan langsung: 2 kg per unit pada harga 75 sen sekg c. Buruh langsung: 4 jam per unit pada kadar RM1.20 sejam d. Gaji: seorang pekerja diperlukan bagi setiap 5,000 unit yang dikeluarkan. Setiap pekerja dibayar RM2,000 setahun. e.Kuasa: 20 sen bagi setiap jam mesin yang digunakan. Satu unit yang diproses memerlukan 1.5 jam mesin f. Belanja penyelenggaraan mesin: RM400 bagi setiap 2,500 jam mesin yang digunakan. g. Susut nilai mesin RM4,000 setahun h. Kos jualan 2.5% atas nilai jualan. Dikehendaki: Menyediakan belanjawan fleksibel untuk volum 10,000 unit dan 15,000 unit. 9. Syarikat Cheng Berhad mengeluarkan produk minuman dengan menggunakan teknik belanjawan boleh ubah untuk menilai prestasi perniagaannya. Berikut adalah maklumat yang telah diperoleh. Kos berubah seunit Jumlah kos tetap yang dibelanjawankan RM RM Bahan langsung 2.50 Sewa 30,000 Buruh langsung 1.20 Susutnilai 200,000 Utiliti 0.50 Penyeliaan 100,000 Bahan tak langsung 0.80 Belanja bekalan 20,000 Jumlah pengeluaran sebenar bagi bulan Julai 2015 adalah sebanyak 5,000 botol dengan kos sebenar yang berikut. Jumlah kos berubah Jumlah kos tetap RM RM Bahan langsung 13,000 Sewa 37,000 Buruh langsung 5,800 Susutnilai 200,000 Utiliti 2,300 Penyeliaan 80,000 Bahan tak langsung 4,100 Belanja bekalan 20,700 Dikehendaki : Sediakan laporan prestasi belanjawan fleksibel Syarikat Cheng Berhad bagi bulan Julai 2015.


126 LAMPIRAN 1


Click to View FlipBook Version