The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Komunikasi Umum adalah salah satu daripada sub-topik yang
terkandung dalam kursus MPU 22042 Bahasa Kebangsaan A.
Kursus ini merupakan kursus yang wajib diambil oleh para pelajar
yang tidak mendapat kredit bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). E-book ini
mengandungi huraian dan perincian berkaitan dengan topik
pengucapan awam di bawah tajuk Komunikai Lisan. Beberapa
bentuk pengucapan awam yang termasuk dalam silibus piliteknik
seperti ucapan, temu-ramah, pidato, forum, ulasan dan komentar
dibincangkan dalam buku ini. Tips pengucapan umum, format
serta persediaan untuk melakukan pengucapan umum dihuraikan
dalam bentuk infografik untuk menarik minat pembaca serta
mudah untuk difahami. E-book ini juga disertakan dengan
pelbagai maklumat tambahan yang menarik menggunakan
aplikasi web 2.0 bagi membantu para pensyarah dan pelajar
meneroka dan mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih berkesan serta melatih diri melakukan pengucapan
umum. Hasil daripada pembelajaran topik ini, pelajar akan dapat
memahami dan menunjukkan cara penyampaian pengucapan
umum menggunakan kaedah yang sesuai.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ustaz Izzat Amin (U.I.A), 2022-07-05 21:43:46

PENGUCAPAN UMUM

Komunikasi Umum adalah salah satu daripada sub-topik yang
terkandung dalam kursus MPU 22042 Bahasa Kebangsaan A.
Kursus ini merupakan kursus yang wajib diambil oleh para pelajar
yang tidak mendapat kredit bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). E-book ini
mengandungi huraian dan perincian berkaitan dengan topik
pengucapan awam di bawah tajuk Komunikai Lisan. Beberapa
bentuk pengucapan awam yang termasuk dalam silibus piliteknik
seperti ucapan, temu-ramah, pidato, forum, ulasan dan komentar
dibincangkan dalam buku ini. Tips pengucapan umum, format
serta persediaan untuk melakukan pengucapan umum dihuraikan
dalam bentuk infografik untuk menarik minat pembaca serta
mudah untuk difahami. E-book ini juga disertakan dengan
pelbagai maklumat tambahan yang menarik menggunakan
aplikasi web 2.0 bagi membantu para pensyarah dan pelajar
meneroka dan mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih berkesan serta melatih diri melakukan pengucapan
umum. Hasil daripada pembelajaran topik ini, pelajar akan dapat
memahami dan menunjukkan cara penyampaian pengucapan
umum menggunakan kaedah yang sesuai.

Keywords: pengucapan umum, komunikasi lisan

PENGUCAPAN
UMUM

IZZAT AMIN BIN MOHD NASIR
RAIHAN BINTI AHMAD

PENGUCAPAN
UMUM

IZZAT AMIN BIN MOHD NASIR
RAIHAN BINTI AHMAD

PENULIS
IZZAT AMIN BIN MOHD. NASIR
RAIHAN BINTI AHMAD

JABATAN PENGAJIAN AM
POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
KULIM HI-TECH PARK,
09000 KULIM, KEDAH.

No. Telefon : (04) 4033333

No. Faksimili : (04) 4033303

E-mel : [email protected]

Laman Sesawang: https://ptsb.mypolycc.edu.my/

Hak Cipta © 2022 Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

e ISBN: 978-967-2740-10-0

Hak cipta terpelihara. Mana-mana Bahagian di dalam buku ini tidak dibenarkan untuk disalin,
disimpan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara sama ada elektronik, mekanikal,
fotokopi dan rakaman atau sebaliknya atau apa cara yang memungkinkan untuk diterbitkan
semula tanpa izin daripadapenulis dan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Izzat Amin bin Mohd. Nasir

MPU22042 :Bahasa Kebangsaan A / Penulis : Izzat Amin bin Mohd. Nasir, Raihan binti

Ahmad. Mode of access: Internet

eISBN 978-967-2740-10-0

1. Pengucapan Umum

2. Komunikasi lisan

3. Bahasa Kebangsaan A

4. Government publications--Malaysia.

5. Electronic books.

I. Raihan binti Ahmad. II. Judul.

Diterbitkan oleh:
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
Kementerian Pengajian Tinggi

Pengucapan i
Umum

Penulis 1

NAMA : IZZAT AMIN BIN MOHD
NTPTEAEUSNMAIGNRPAAKJTUIABNSEUARLMTT,AUPNGOAALHSITB:EAJKAHNBIYIAKATHA,N
KULIM, KEDAH

Ilmu tanpa UPIM
amal umpama JPPTASB

pohon yang Penulis 2
tidak berbuah
NTPTEAEUMNMAGANPAAK:JTURIAABNSIHEUARALMTNT,AUBPNGOIANALHSTITIB:EAAJKHAHNBMIYIAKAATDHA,N
KULIM, KEDAH

ii Pengucapan
Umum

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas
junjungan besar nabi Muhammad s.a.w para sahabat serta seluruh ahli
keluarganya. Komunikasi adalah suatu medium yang digunakan oleh
manusia untuk saling berhubungan sesama mereka. Namun, ia
memerlukan garis panduan yang betul supaya tidak berlaku salah
faham, perbalahan dan sebagainya. Ibarat kata pepatah terlajak perahu
boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Sebagai manusia, kita
tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Oleh yang demikian, ilmu
berkaitan komunikasi perlu dipelajari lebih-lebih lagi ilmu berkaitan
komunikasi umum.

Alhamdulillah, kami telah berjaya menyelesaikan penulisan e-Book bagi
topik 2 Kursus MPU22042 iaitu Komunikasi Lisan. Dalam buku ini kami
hanya memfokuskan kepada satu topik kecil sahaja iaitu berkaitan
komunikasi umum. Buku ini boleh digunakan sebagai bahan rujukan
untuk digunakan oleh pensyarah dan pelajar kerana ia bertepatan
dengan silibus yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pengajian
Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi.
e-Book ini disediakan sebagai satu inisiatif membantu pensyarah dan
pelajar melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara
kolaboratif dan interaktif bersesuaian dengan fenomena pendidikan
norma baharu masa kini. Diharapkan dengan terhasilnya e-book ini
dapat memberikan satu impak yang besar kepada kecemerlangan
pelajar dalam kursus MPU22042 Bahasa Kebangsaan A.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pusat Pembelajaran Dan
Multimedia kerana menyediakan kursus-kursus yang bersesuaian untuk
membantu kami menyiapkan e-book ini. Terima kasih juga kepada
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah kerana memberi ruang dan peluang
kepada para pensyarah untuk menghasilkan buku ini bagi
memantapkan lagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Disediakan Oleh:
Izzat Amin bin Mohd Nasir

Raihan binti Ahmad

Pengucapan iii
Umum

ABSTRAK

Komunikasi Umum adalah salah satu daripada sub-topik yang
terkandung dalam kursus MPU 22042 Bahasa Kebangsaan A.
Kursus ini merupakan kursus yang wajib diambil oleh para pelajar
yang tidak mendapat kredit bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). E-book ini
mengandungi huraian dan perincian berkaitan dengan topik
pengucapan awam di bawah tajuk Komunikai Lisan. Beberapa
bentuk pengucapan awam yang termasuk dalam silibus piliteknik
seperti ucapan, temu-ramah, pidato, forum, ulasan dan komentar
dibincangkan dalam buku ini. Tips pengucapan umum, format
serta persediaan untuk melakukan pengucapan umum dihuraikan
dalam bentuk infografik untuk menarik minat pembaca serta
mudah untuk difahami. E-book ini juga disertakan dengan
pelbagai maklumat tambahan yang menarik menggunakan
aplikasi web 2.0 bagi membantu para pensyarah dan pelajar
meneroka dan mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih berkesan serta melatih diri melakukan pengucapan
umum. Hasil daripada pembelajaran topik ini, pelajar akan dapat
memahami dan menunjukkan cara penyampaian pengucapan
umum menggunakan kaedah yang sesuai.

Kata kunci : pengucapan umum, komunikasi lisan

iv Pengucapan
Umum

Isi Kandungan

.................................................................................................................Penghargaan ...................................................... iii
Abstrak.................................................................. iv
Isi Kandungan...................................................... v
Pengenalan........................................................... 1
Bentuk-bentuk Pengucapan Awam................ 2
Ciri-ciri Persamaan Komunikasi Lisan............ 4
Ucapan.................................................................. 7-19
Temu Ramah....................................................... 20-28
Pidato.................................................................... 29-35
Forum.................................................................... 36-49
Ulasan dan Komentar........................................50-53
Rujukan................................................................. 55

Pengucapan v
Umum

PENGENALAN

Sebelum wujudnya tulisan, masyarakat manusia menggunakan
komunikasi lisan sebagai alat penting untuk merakam dan
berinteraksi dengan ahli masyarakat. Segala urusan dan
perhubungan antara sesama manusia menggunakan medium
komunikasi lisan untuk menyampaikan sesuatu berita atau
maklumat di antara satu sama lain.

Karya-karya masyarakat dihafal dan diturunkan dari generasi
ke satu generasi. Setelah manusia mula mempunyai peradaban,
mereka mula mencipta tulisan dan mula membuat karya bertulis,
Namun demikian, bahasa lisan dapat menyampaikan sesuatu maksud
dengan lebih berkesan berbanding dengan bentuk tulisan.

Penerimaan sesuatu maksud berita atau maklumat akan
mengalami pemahaman atau penerimaan yang berbeza berdasarkan
kepada cara penyampaian maklumat. Sekiranya sesuatu maklumat
itu diperolehi melalui penulisan, kemungkinan maklumat yang
diterima akan difahami dengan pemahaman yang berbeza daripada
yang dimaksudkan oleh penulis. Adapun penyampaian maklumat
yang disampaikan melalui lisan, akan difahami sebagaimana yang
dimaksudkan oleh penyampai.

1 Pengucapan
Umum

BENTUK-BENTUK
PENGUCAPAN AWAM

UScTyPaeaTpePmraFnaaikPudonghPleraUariaeamrutcnlnbmomaaagasratehaahnaandnsdaaManlinaaKnjlioMsmeesnytuaarrat

Pengucapan 2
Umum

Bentuk-bentuk
ucapan

atau komunikasi
mempunyai ciri-ciri

persamaan yang
dikongsi bersama

3 Pengucapan
Umum

CIRI-CIRI PERSAMAAN
KOMUNIKASI LISAN

1. Persiapan rapi

Mempunyai pengetahuan yang cukup dalam
skop ucapan yang akan disampaikan.
Mempunyai kecekapan berbahasa dalam
bahasa yang digunakan dalam komunikasi itu.
Mempunyai sikap suka bertanya, suka
mendengar, mempunyai kemahiran
menganalisis dan berfikiran kritis.

2. Mencungkil maklumat

Memiliki perbendaharaan maklumat yang
cukup.
Menggiatkan proses pembelajaran dan
pembacaan setiap masa.
Internet dijadikan sebagai salah satu sumber
maklumat.

3. Mengetahui jenis ucapan yang
hendak disampaikan

Memahami dengan baik jenis ucapan yang
hendak digunakan.
Memerlukan kepakaran penyampaian.
Penggunaan retorik, peribahasa dan analogi
bersesuaian.

Pengucapan 4
Umum

CIRI-CIRI PERSAMAAN
KOMUNIKASI LISAN

4. Memancing pendengar

Memulakan dengan ungkapan atau kata-kata
yang menarik perasaan pendengar.
Menyelidiki audien terlebih dahulu.
Menggunakan anekdot positif.
Menjalinkan hubungan baik dengan audien

5. Mengadun maklumat

Perlu mengadun maklumat, data dan statistik
dari pelbagai sumber.
Adunan maklumat hendaklah sesuai dengan
taraf khalayak.

6. Memfokus kepada tema

Pastikan tema ucapan sampai dan memberi
kesan.
Gunakan maklumat-maklumat yang ada untuk
menajamkan tema (focus ucapan).

5 Pengucapan
Umum

CIRI-CIRI PERSAMAAN
KOMUNIKASI LISAN

7. Mendapatkan apresiasi
dengan tepukan gemuruh

Memerlukan statistik, anekdot, contoh dan
humor.
Anekdot dan humor hendaklah relevan dan
tidak keterlaluan.
Elakkan daripada menggunakan ‘lawak-lawak
bodoh’.

8. Statistik dan anekdot

Penggunakan statistik untuk menguatkan
hujah.
Data yang digunakan hendaklah disertakan
sumber.
Menggunakan anekdot iaitu cerita atau
peristiwa sebenar.

"Dengan bilangan yang melebihi suku juta
penagih dadah yang mana daripada jumlah

itu 90% daripadanya adalah lelaki, tidak
hairanlah mengapa sukar sekali bagi saya

mendapatkan calon suami.”

Contoh anekdot .
Situasi : Menggambarkan keadaan penagih dadah.

Pengucapan 6
Umum



1 Ucapan ialah satu cara komunikasi untuk
menyampaikan sesuatu maklumat.

Ia bertujuan memberitahu, mendidik,

2 meyakinkan, meransang, memberikan

motivasi, dan juga menghiburkan khalayak.

Ucapan merupakan komunikasi sehala

3 yang melibatkan proses pelahiran idea

melalui lisan mempunyai tujuan tersendiri
dan diujarkan berdasarkan tema.

4 Idea pokok yang diperkatakan
dalam ucapan
Unsur penting
dalam ucapan Gaya atau bahasa yang digunakan
oleh penyampai

Pengolahan idea penyampai ucapan

Kebolehan penyampai memberikan
ucapan berdasarkan situasi

Pengucapan 8
Umum

Ciri-ciri Ucapan

Berlaku berdasarkan majlis. 1

Melibatkan bilangan sasaran yang ramai. 2

Interaksi antara sumber dengan penerima 3
maklumat adalah rendah.

Biasanya tiada interaksi antara penceramah 4
dan pendengar.

Ucapan Yang Berkesan

1 Persediaan untuk menyesuaikan
diri dengan khalayak ramai.

2 Menyampaikan dengan
jelas isi bicara.

3 Penggunaan laras
bahasa yang sesuai.

Fahami tahap kefahaman

4 pendengar terhadap perkara yang

disampaikan.

5 Baik jika dilakukan secara
ekstemporanous.

9 Pengucapan
Umum

TEKNIK PENGUCAPAN UMUM

1 Bahasa Badan
2 Penampilan Menarik
3 Pengetahuan Luas
4 Persediaan

Pe1nguUcmapuamn 10

Bahasa Badan

Bahasa badan merupakan salah satu elemen penting
dalam proses pengucapan awam. Ekspresi muka dan
gaya secara tidak lansung dapat menerangkan kepada
penonton mengenai perasaan pengucap tersebut. Selain
itu, intonasi yang menarik juga memainkan peranan
kerana pengucap yang cemerlang mempunyai daya
tarikan yang tinggi dari segi intonasi suara yang tinggi dan
rendah mengikut keadaan. Intonasi yang mendatar tidak
akan menarik perhatian para pendengar. Senyuman
yang manis dan sapaan yang mesra akan menjadi satu
permulaan yang baik untuk sebuah komunikasi yang
positif.

Penampilan Menarik

Seorang pengucap perlulah berpenampilan
menarik dari segi pakaian dan cara pembawakan
penyampaiannya serta sesuai dengan tema
majlis. Pengucap perlulah memakai pakaian yang
kemas dan sesuai dengan majlis yang akan
dihadiri. Pakaian juga mampu membuatkan seorang
pengucap itu lebih berkeyakinan di hadapan
khalayak.

11 Pengucapan
Umum

Pengetahuan Luas

Seorang pengucap hendaklah mempunyai ilmu
pengetahuan yang luas dalam bidang yang hendak
disampaikan. Dengan berbekalkan pengetahuan am
yang tinggi, seorang pengucap dapat menarik
perhatian penonton mahupun pendengar.

Persediaan
Persediaan fizikal dan mental adalah suatu perkara yang sangat
penting sebelum membuat pengucapan. Ianya dapat
mengurangkan perasaan gementar dan menaikkan
keyakinan seseorang pengucap. Pengucap hendaklah
menyediakan draf terlebih dahulu untuk teks ucapan supaya
ucapan yang akan dilakukan nampak lebih berkeyakinan.

Pengucapan 12
Umum

Aspek penting melibatkan ucapan
dalam majlis formal

Taraf hadirin




Seseorang yang akan melakukan ucapan hendaklah

mengenalpasti tingkatan kedudukan,

martabat atau darjat seseorang yang hadir

dalam majlis.

Perkara ini sangat penting untuk penyediaan teks
supaya protokol atau salutasi disusun
berdasarkan kehadiran tetamu. Ini akan
mempengaruhi kesantunan bahasa yang digunakan.




Terdapat dua jenis taraf hadirin :

Satu taraf hadirin Dua taraf hadirin

13 Pengucapan
Umum

a.Satu taraf hadirin



Tetamu terdiri daripada pemimpin yang berperingkat
menteri, orang-orang kenamaan, pegawai-pegawai tinggi
kerajaan/swasta, ketua jabatan dan sebagainya.

Contoh :
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri…..
Yang amat berhormat menteri besar/ ketua menteri….
Yang berhormat menteri kabinet…….
Yang berusaha pegawai-pegawai tinggi kerajaan…….
Yang berusaha ketua-ketua jabatan……
Dan para hadirin sekalian……

b. Dua taraf hadirin

Terdiri daripada dua peringkat:
1) Raja-raja yang memerintah atau raja muda/tengku
mahkota.
2) Pemimpin-pemimpin peringkat menteri atau orang-orang
kenamaan.

Contoh :

Duli Yang Maha Mulia Sultan …, Duli yang maha mulia tengku

Yang berhormat setiausaha kerajaan Negeri Selangor……….

Yang berhormat ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan

negeri……..

Yang berbahagia tan sri-tan sri dan dato’-dato’………..

Dif-dif kehormat………..

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Pengucapan 14
Umum

FORMAT UCAPAN

Penutup Hormat Majlis

Penutup Hormat Majlis
10 10

6 1

Huraian Huraian 5 2 Pengenalan
10 Pengen1aTl0anaTjaujukk

4 3

Rangka Ucapan Definisi
10 10

Rangka Definisi
Ucapan

15 Pengucapan
Umum

CONTOH UCAPAN

TEKS UCAPAN PERASMIAN SEMPENA PROGRAM SP-ICE
2019 ‘SYNERGY FOR EXCELLENCE’

Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Berusaha, Leftenan Kolonel Bersekutu (Pertahanan
Awam) Pn. Yusma binti Yusof, Pengarah Politeknik
Tuanku Sultanah Bahiyah.
Yang Berusaha En. Mohd Zamre Bin Ab Rahman,
Timbalan Pengarah (Akademik) Politeknik Tuanku
Sultanah Bahiyah.
Yang Berusaha Mejar Bersekutu (Pertahanan Awam)
Mohd. Yusaini Bin Mohamed Ali, Timbalan Pengarah
(Sokongan Akademik) Politeknik Tuanku Sultanah
Bahiyah
Yang Berusaha Shamsul Bahrain Bin Md Yusuf
Penyelaras Program SP-ICE 2019 ‘SYNERGY FOR
EXCELLENCE’ merangkap Ketua Unit Kolaborasi Industri
& Kebolehpasaran Pelajar Politeknik Tuanku Sultanah
Bahiyah.
Ketua-Ketua Jabatan Akademik, Wakil-wakil industri,
Pegawai-Pegawai Kanan, Para Pensyarah, Para pelajar
serta hadirin dan hadirat.

Terlebih dahulu marilah kita merafakkan rasa syukur ke
hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah berkat dan
keizinan daripada-Nya, dapatlah kita bersama-sama
berada dalam majlis perasmian PROGRAM SMART
PARTNERSHIP – INDUSTRY FOR CAREER AND
EMPLOYABILITY atau ringkasnya SP-ICE 2019.

bersambung...

Pengucapan 16
Umum

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih
kepada pihak penganjur kerana menjemput saya ke
majlis yang indah ini serta merasmikan program ini iaitu
PROGRAM SMART PARTNERSHIP – INDUSTRY FOR
CAREER AND EMPLOYABILITY 2019.

Saya difahamkan bahawa program ini telah memilih
tema ‘SYNERGY FOR EXCELLENCE’. Kerjasama
merupakan pemangkin dalam melahirkan graduan
berkualiti, berpengetahuan serta berkemahiran dalam
memenuhi kehendak pasaran pekerjaan selepas
menamatkan pengajian.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Semasa kita memulakan Revolusi Perindustrian Ke-4,
jelas bahawa teknologi akan memainkan peranan
penting dalam hampir semua aspek kehidupan kita.
Masa depan adalah mengenai teknologi, kecerdasan
buatan, automasi dan sebagainya.

Antara inisiatif yang telah dirancang adalah program
pendidikan ke arah 4IR, meningkatkan mekanisme
penyampaian dengan membawa industri ke kampus,
pembelajaran abad ke 21, program pembelajaran
berasaskan kerja, kursus pembelajaran sepanjang hayat
ke arah komuniti pintar dan juga pembangunan
kemahiran bakat yang memaksimumkan potensi sumber
Manusia.

bersambung...

17 Pengucapan
Umum

Politeknik pada hari ini berada pada transformasi fasa
yang ketiga iaitu fasa pemerkasaan (2016-2020).
Transformasi Politeknik terus berjalan dan ia
merupakan satu usaha berterusan dari pelbagai pihak.
Ia juga mempunyai matlamat untuk membina kredibiliti
dan imej baharu politeknik dalam membangunkan
modal insan negara bagi memenuhi keperluan Model
Baru Ekonomi (MBE) yang memberi penekanan kepada
keupayaan dalam inovasi dan kreativiti.

Politeknik Malaysia telah berusaha memantapkan lagi
proses pengajaran dan pembelajaran dengan
mewujudkan ekosistem berteraskan Industri 4.0. Cara
penyampaian juga akan menggunakan teknologi terkini
seperti pembelajaran dalam talian, pembelajaran
berasaskan pengalaman, pembelajaran kolaboratif,
realiti maya, simulasi dan penggunaan bilik kuliah yang
berunsurkan Technology Enabled Classroom( TECC)
dikenali sebagai TECCgogy yang telah dipraktikkan di
Politeknik.

Hadirin yang dihormati sekalian

Buku Rangka Kerja TVET 4.0 (2018 - 2025) telah
dibangunkan dan sejajar dengan Rangka Kerja Industri
Asas 4.0 Kebangsaan - INDUSTRI 4WRD untuk
memastikan pendidikan TVET memenuhi keperluan
Revolusi Perindustrian Keempat (4 IR).

bersambung...

Pengucapan 18
Umum

Rangka Kerja TVET 4.0 (2018-2025) menggariskan enam
teras yang meliputi graduan TVET yang berkualiti, tadbir
urus yang responsif dan mampan, bakat yang didorong
oleh teknologi, transformasi sistem pendidikan TVET,
kerjasama industri dan masyarakat serta
mengaplikasikan budaya penyelidikan dan inovasi.

Hadirin yang dihormati sekalian

Bagi menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran di
Politeknik, perancangan dan pelaksanaan aktiviti
akademik adalah memenuhi keperluan kurikulum
pengajian, standard akreditasi dan kerangka kelayakan
yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia atau
lebih dikenali sebagai Malaysian Qualifications Agency
(MQA). Selain daripada itu, Diploma yang ditawarkan di
Politeknik juga mendapat pengiktirafan persijilan MS ISO
9001:2015.

Pengiktirafan sebegini sangat penting demi masa depan
graduan-graduan politeknik untuk memastikan program
yang dipilih oleh para graduan diiktiraf di peringkat
kementerian dan peluang pekerjaan menjadi mudah
untuk diperoleh nanti. Sekiranya PTSB berjaya
mengorak langkah ini, secara tidak langsung PTSB akan
menjadi salah sebuah hub kecemerlangan pendidikan
teknik dan vokasional di Malaysia. In Sya Allah.

Dengan kalimah suci, Bismillahirrahmanirrahim, saya
dengan ini merasmikan “PROGRAM SMART
PARTNERSHIP – INDUSTRY FOR CAREER AND
EMPLOYABILITY” – SP-ICE 2019.
Sekian, Terima kasih.

19 Pengucapan
Umum



Temuramah : proses
komunikasi dua hala
yang formal dan berlaku
secara terancang. Proses
asas dalam temu ramah
adalah menyoal dan

menjawab.

CIRI-CIRI TEMU RAMAH



Mempunyai objektif untuk mendapatkan
maklumat
Mempunyai orang yang menyoal.

Mempunyai orang yang ditanya.

Bersifat dialog.

Berbentuk soal jawab.

Tujuan temu ramah adalah untuk
mendapatkan maklumat. Oleh itu,
temu ramah selalunya berdasarkan
suatu tajuk, isu atau persoalan
yang telah ditetapkan terlebih
dahulu.

Pengucapan 22
Umum

Format Temu Ramah Pendahuluan: Orang yang menemu ramah akan memulakan
majlis dengan kata-kata aluan atau ucapan
Isi: aluan dan dimulakan dengan salam sejahtera.
Perlu menggunakan kata ganti nama diri yang
Penutup sesuai dengan taraf atau pangkat individu
yang ditemuramah.
Fokus pada hal atau perkara yang akan
ditemuramah.
Boleh gunakan bahasa kiasan atau peribahasa
dan kata singkatan seperti ‘tak’ , ‘dah’

Penemu ramah memulakan dialog dengan
orang yang ditemu ramahnya. Penemu ramah
mengemukakan soalan mengikut turutan.
Soalan yang dikemukakan adalah ringkas ,
tidak rumit dan berbelit-belit. Dalam dialog
itu, kedua-dua pihak harus bertanya,
memberi pendapat atau pandangan.
Elakkan penggunaan soalan yang cuma
memerlukan jawapan “ya” atau “tidak”.
Soalan-soalan disusun dengan baik supaya
terus berkesinambungan.
Kawal jumlah perkataan yang digunakan
(lebih kurang 80 patah perkataan )

Penemu ramah membuat ulasan tentang
temu ramah.
Akhiri perbualan dengan mengucapkan
terima kasih kepada yang ditemuramah.

23 Pengucapan
Umum

CONTOH TEMU RAMAH

Assalamulaikum, saya wakil dari
Dragons Production House ingin
bertanya beberapa soalan berkaitan
kecemerlangan cik dalam peperiksaan
SPM tahun 2020. Boleh cik
perkenalkan diri cik?

Wa'alaikum salam, nama
saya Nur Damia, saya ialah
bekas pelajar SMK Sibu Jaya
dan juga bekas calon SPM
2020.

bersambung...

Pengucapan 24
Umum

Bagaimana cik mengatur masa
untuk mengulang-kaji dalam
kelas online?

Secara jujurnya saya tidak begitu mahir dalam
menguruskan masa, tetapi untuk kelas online
saya akan mengikuti setiap jadual yang
ditetapkan oleh cikgu. Untuk ulang-kaji pula
saya akan bangun pagi sekitar jam 3 atau 4
pagi kerana pada masa itu otak kita berasa
segar. Kemudian pada waktu malam saya
akan menyiapkan setiap latihan yang
diberikan oleh cikgu, kemudian saya juga akan
mencari latihannya selebihnya di internet
ataupun pada buku-buku latihan yang saya
beli.

bersambung...

25 Pengucapan
Umum

Apa yang anda paling
rindu tentang PDP secara
bersemuka?

Banyak yang saya rindu, tetapi apa yang saya
rindu ialah ketika aktiviti secara berkumpulan
dan juga pembentangan. Ketika aktiviti secara
berkumpulan kita dapat berkongsi banyak idea
dengan rakan-rakan kita, bertukar-tukar
pandangan, mendengar pendapat masing-
masing, jadi masa itu kita dapat memahami
apa yang dibincangkan dan untuk
pembentangan pula kita dapat melihat banyak
karenah dan gelagat semasa pembentangan.
Ada yang lawak, ada yang serius ada yang
biasa-biasa, jadi perkara itu menjadi hiburan
kepada kami semua semasa di dalam kelas.

bersambung...

Pengucapan 26
Umum

Apa nasihat cik kepada
adik-adik yang sedang
belajar di sekolah
sekarang?

Nasihat saya kepada adik-adik yang bakal menghadapi
peperiksaan SPM pada tahun 2021, adalah teruskan
lakukan persiapan bagi menghadapi peperiksaan. Jangan
sesekali berputus asa atau tertekan lebih-lebih lagi pada
waktu pandemik ini.

Ada 3 tips yang adik-adik boleh amalkan sebelum
menghadapi peperiksaan penting ini.

Pertama, lakukan ulangkaji setiap hari.
Kedua, pastikan selalu bertanya guru dan rakan-rakan
yang pandai.
Ketiga, jangan sesekali tinggalkan doa dan solat.
Pastikan setiap hari kita berdoa agar dimudahkan dan
mintalah pada ibu dan ayah untuk turut mendoakan
kejayaan kita.

bersambung...

27 Pengucapan
Umum

Baiklah cik. Bolehkah cik
berikan kata-kata akhir?

Saya ingin mengucapkan selamat
maju jaya kepada semua adik-adik
terutamanya adik-adik yang akan
mengambil peperiksaan SPM tahun
depan. Saya mendoakan kejayaan
anda semua dan saya juga berharap
anda semua mencapai kejayaan yang
diimpikan dan selamat maju jaya juga
untuk masa depan anda semua.

Terima kasih cik Nur Damia kerana
sudi meluangkan masa untuk
menjawab soalan-soalan saya pada
hari ini. Diharap perkongsian
daripada cik Nur Damia ini akan
menjadi perangsang kepada semua
pelajar untuk terus mengejar
kecemerlangan.
Sekian, terima kasih.

Pengucapan 28
Umum



PIDATO

Ucapan yang disampaikan di khalayak untuk
menghuraikan dan menjelaskan tentang sesuatu tajuk
atau persoalan.

Pidato berlangsung dalam bentuk komunikasi
sehala. Pendapat atau pandangan dalam sesuatu
pidato adalah intipati pidato. Oleh itu kemahiran
melahirkan pendapat adalah penting.

Pidato merupakan penyampaian ucapan yang tidak
membaca teks secara langsung dan hanya
bertumpu kepada satu topik sahaja. Ucapan pidato
disampaikan untuk menarik perhatian umum
dan membawa mesej-mesej tertentu kepada orang
ramai dan meyakinkan audiens melalui cara
pembawaan pidato dari aspek isi tajuk, penampilan,
gaya dan kesantunan bahasa.

Juara PABM 2021 -
Siti Nur Shafika

Pengucapan 30
Umum

TUJUAN PIDATO
1 Memberi penerangan tentang sesuatu

tajuk kepada pendengar.

2 Memaklumkan tentang sesuatu yang baru
kepada pendengar.

3 Meyakinkan pendengar tentang pendirian
pemidato terhadap sesuatu persoalan.

4 Memujuk atau mempengaruhi pendengar
supaya bersetuju dengan idea/hujah/ isi
pidato yang disampaikan oleh pemidato.

31 Pengucapan
Umum

TEKS PIDATO

Pembuka kata: Memberi penghargaan kepada pihak
Mukadimah yang hadir.
Isi

Penutup isi

Penutup
Menarik minat dan membina keyakinan
pendengar: Ini ialah bahagian permulaan

pidato.
Pemidato memulakan pidatonya dengan
memberi penjelasan tentang tajuk pidato.





Bahagian paling penting dalam pidato.
Segala persoalan dikupas dengan sebaik-
baiknya dalam bahagian ini.




Bahagian penutup kepada segala
persoalan yang telah dipidatokan tadi. Ini
bukanlah penutup pidato, tetapi adalah
penutup kepada isi pidato sahaja.


32
Penutup kepada seluruh pidato.

Pemidato akan merakamkan
penghargaan kepada beberapa pihak
termasuk pihak penganjur, jawatankuasa
yang terlibat, tetamu keutamaan jika ada,

dan juga kepada para hadirin.



Pengucapan
Umum

CONTOH TEKS PIDATO

Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terima kasih sekali lagi peneraju acara panel juri yang
bijaksana dhif-dhif kehormat, seterusnya hadirin semua.

Hadirin yang dihormati,
Maudhu’ pidato spontan saya pada hari ini ialah “Bidang
Teknikal dan Vokasional”. Sesungguhnya bidang teknikal
dan vokasional boleh ditakrifkan sebagai satu bidang yang
memerlukan individu mempunyai kemahiran yang
menggunakan peralatan. Untuk mengupas tajuk ini dengan
lebih berkesan saya tampilkan dua persoalan.

Hadirin yang dihormati,
Persoalan pertama teknikal dan profesional memakmurkan
negara. Hadirin, bidang teknikal dan vokasional merupakan
satu bidang yang penting dalam dunia zaman sekarang.
Lantaran itu pihak kerajaan perlulah memastikan rakyatnya
mempunyai kemahiran. Tambahan pula dengan
mempunyai kemahiran, rakyat boleh mencipta sesuatu
yang baru untuk memajukan ekonomi negara kita. Sebagai
contoh pemerkasaan dan penumbuhan sekolah teknik dan
vokasional membolehkan Malaysia melahirkan anak didik
yang berkemampuan tinggi yang mampu menjana ekonomi
negara. Pendek kata bidang teknik dan vokasional
sememangnya mampu menjanjikan Malaysia sebagai
negara maju

33 Pengucapan
Umum

CONTOH TEKS PIDATO

Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terima kasih sekali lagi peneraju acara panel juri yang
bijaksana dhif-dhif kehormat, seterusnya hadirin semua.

Hadirin yang dihormati,
Maudhu’ pidato spontan saya pada hari ini ialah “Bidang
Teknikal dan Vokasional”. Sesungguhnya bidang teknikal
dan vokasional boleh ditakrifkan sebagai satu bidang yang
memerlukan individu mempunyai kemahiran yang
menggunakan peralatan. Untuk mengupas tajuk ini dengan
lebih berkesan saya tampilkan dua persoalan.

Hadirin yang dihormati,
Persoalan pertama teknikal dan profesional memakmurkan
negara. Hadirin, bidang teknikal dan vokasional merupakan
satu bidang yang penting dalam dunia zaman sekarang.
Lantaran itu pihak kerajaan perlulah memastikan rakyatnya
mempunyai kemahiran. Tambahan pula dengan
mempunyai kemahiran, rakyat boleh mencipta sesuatu
yang baru untuk memajukan ekonomi negara kita. Sebagai
contoh pemerkasaan dan penumbuhan sekolah teknik dan
vokasional membolehkan Malaysia melahirkan anak didik
yang berkemampuan tinggi yang mampu menjana ekonomi
negara. Pendek kata bidang teknik dan vokasional
sememangnya mampu menjanjikan Malaysia sebagai
negara maju .

Sambung

Pengucapan 34
Umum

CONTOH TEKS PIDATO

Sambung

Hadirin yang dihormati,
Indikator kedua, teknikal dan vokasional melahirkan individu
berkemahiran. Hadirin, kemahiran adalah sesuatu yang
sangat penting dan setiap individu perlulah mempunyai
kemahiran. Lantaran itu, setiap individu perlulah belajar
untuk meneroka dunia baharu dan mempelajari teknik-
teknik baharu. Tambahan pula, sekiranya kita mempunyai
kelebihan berbanding orang lain, kita akan dipilih sama ada
untuk melanjutkan pelajaran ataupun untuk mendapat
pekerjaan. Sebagai contoh seorang individu yang
berkebolehan untuk mencipta sama ada menggunakan
bidang teknologi mahupun bidang-bidang permesinan,
mereka lebih untuk dipilih untuk mendapat pekerjaan.
Pendek kata, bidang teknikal dan profesional membantu
untuk melahirkan seorang ataupun ramai individu yang
mampu menjamin ekonomi negara dan berkemahiran.

Kesimpulannya, ayuh bersama-samalah kita mengekalkan
kemahiran dalam diri dan memperbaiki diri kita karena
dayung sudah ditangan perahu sudah di air, tinggal lagi
usaha kita untuk memulakan langkah pertama. Percayalah
bahawa bidang teknikal dan vokasional mampu menjana
ekonomi negara.
Sekian, wabilahitaufik walhidayah, Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.

35 Pengucapan
Umum



Apa itu forum?

Forum ialah sebuah majlis perbincangan
tentang sesuatu perkara dan persoalan.

Mirip dengan aktiviti menemu ramah.

Biasanya majlis forum melibatkan 3 @ 4
orang penceramah dan seorang moderator.

Tajuk-tajuk yang dipilih untuk diadakan
forum biasanya bersifat kontroversi.

Panel mengulas isu yang dikemukakan oleh
pengerusi daripada beberapa sudut/aspek.

Biasanya tajuk forum diberikan lebih awal
kepada ahli panel supaya ahli panel dapat
bersedia dengan soalan yang akan
dikemukakan semasa majlis forum
berlangsung.

37 Pengucapan
Umum

Apa itu forum?

Terdapat juga beberapa bentuk forum yang
membenarkan khalayak bertukar-tukar
pandangan atau pendapat dengan panel.

Semasa majlis forum berlangsung, moderator
akan mengemukakan soalan atau
pandangan.

Ahli-ahli panel akan dijemput oleh moderator
untuk membentangkan hujah- hujah secara
bergilir-gilir.

Selepas semua panel membuat kesimpulan
masing-masing, moderator pula yang akan
membuat kesimpulan hasil daripada
perbincangan forum tersebut.

Akhir sekali, moderator akan memberi ruang
kepada penonton untuk berbincang dengan
ahli panel.

Pengucapan 38
Umum

Forum Forum
panel perbahasan

BENTUK-BENTUK Forum kuliah
FORUM

Forum Forum temu
simposium ramah

Moderator
Kemahiran yang perlu ada bagi mempengerusikan forum

Kemahiran mempengerusikan forum
Kemahiran mengawal forum
Kemahiran melahirkan pendapat
Kemahiran kawal nada dan intonasi
Kemahiran menutup forum

39 Pengucapan
Umum

SEBELUKEMAHIRAN
MEMPENGERUSIKAN FORUM

Peranan pengerusi terbahagi kepada 3 tahap :

Pengerusi memainkan peranan
penting dalam pengendalian
forum.

M SE
SEMASA
SEBELUM
LEPAS
Dapatkan biodata ahli-ahli panel.

Cari maklumat tentang tajuk forum dan hayatinya.

Menganalisis audien, (ketahui latar belakang, tahap
pendidikan, taraf sosio-ekonomi, pangkat & gelaran)

Tentukan peruntukan masa untuk setiap ahli panel.

Sediakan soalan-soalan perbincangan yang
bermutu dan menepati tajuk.

Kenal pasti kepakaran ahli-ahli panel supaya soalan
yang ditujukan sesuai dengan kepakaran mereka.

Pengucapan 40
Umum

SEMASA Ucapkan kata- kata aluan kepada peserta forum
dan penonton.
SELEPAS
Huraikan tajuk forum.

Perkenalkan ahli forum dari segi biodata peribadi.

Menerangkan syarat-syarat dan peraturan-
peraturan seperti peruntukan masa untuk sesi
pembentangan dan soal jawab kepada ahli panel
dan penonton.

Bersoal-jawab dengan ahli panel pertama tentang
maksud tajuk forum.

Kawal perbincangan supaya tidak menyeleweng
daripada tajuk.

Kemukakan soalan mengikut kepakaran ahli panel.

Menggalakkan penonton mengemukakan soalan
dan pendapat.

Rumuskan forum dengan menggunakan isi-isi
penting yang didapati dari forum

Sampaikan ucapan penutup, merakamkan
penghargaan, dan memohon maaf.

Menyerahkan majlis kepada juruacara.

41 Pengucapan
Umum

KEMAHIRAN
MENGAWAL FORUM

Pada peringkat awal selalunya
pengerusi akan menjelaskan
tatacara forum. Semasa forum
berlangsung pengerusi akan
menjadi fasilitator supaya
perjalanan forum berjalan lancar.




Adakalanya pengerusi perlu bersifat tegas agar :

Dapat mengawal masa setiap pembentangan kertas kerja atau
pendapat setiap ahli panel.

Mengawal perbincangan agar tidak menyeleweng dari tajuk.

Mengawal ahli panel lain daripada mengganggu ahli panel yang
sedang membuat pembentangan kertas kerja atau pendapat.

Mengawal ahli panel daripada terlalu emosi dan menyentuh isu-
isu sensitif.

Mengawal penonton supaya tidak mengemukan soalan yang
menyentuh isu sensitif serta memastikan soalan yang diajukan
jelas dan tidak kabur.

Memberi peluang kepada ahli panel untuk memberi pendapat
dan menjawab soalan.

Pengucapan 42
Umum

KEMAHIRAN
MELAHIRKAN PENDAPAT

Ahli panel perlu menguasai kemahiran untuk
melahirkan pendapat yang meliputi 3 aspek :

Menentukan jenis pendapat
Cara melahirkan pendapat
Cara mempengaruhi audien

43 Pengucapan
Umum


Click to View FlipBook Version