The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Komunikasi Umum adalah salah satu daripada sub-topik yang
terkandung dalam kursus MPU 22042 Bahasa Kebangsaan A.
Kursus ini merupakan kursus yang wajib diambil oleh para pelajar
yang tidak mendapat kredit bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). E-book ini
mengandungi huraian dan perincian berkaitan dengan topik
pengucapan awam di bawah tajuk Komunikai Lisan. Beberapa
bentuk pengucapan awam yang termasuk dalam silibus piliteknik
seperti ucapan, temu-ramah, pidato, forum, ulasan dan komentar
dibincangkan dalam buku ini. Tips pengucapan umum, format
serta persediaan untuk melakukan pengucapan umum dihuraikan
dalam bentuk infografik untuk menarik minat pembaca serta
mudah untuk difahami. E-book ini juga disertakan dengan
pelbagai maklumat tambahan yang menarik menggunakan
aplikasi web 2.0 bagi membantu para pensyarah dan pelajar
meneroka dan mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih berkesan serta melatih diri melakukan pengucapan
umum. Hasil daripada pembelajaran topik ini, pelajar akan dapat
memahami dan menunjukkan cara penyampaian pengucapan
umum menggunakan kaedah yang sesuai.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ustaz Izzat Amin (U.I.A), 2022-07-05 21:43:46

PENGUCAPAN UMUM

Komunikasi Umum adalah salah satu daripada sub-topik yang
terkandung dalam kursus MPU 22042 Bahasa Kebangsaan A.
Kursus ini merupakan kursus yang wajib diambil oleh para pelajar
yang tidak mendapat kredit bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). E-book ini
mengandungi huraian dan perincian berkaitan dengan topik
pengucapan awam di bawah tajuk Komunikai Lisan. Beberapa
bentuk pengucapan awam yang termasuk dalam silibus piliteknik
seperti ucapan, temu-ramah, pidato, forum, ulasan dan komentar
dibincangkan dalam buku ini. Tips pengucapan umum, format
serta persediaan untuk melakukan pengucapan umum dihuraikan
dalam bentuk infografik untuk menarik minat pembaca serta
mudah untuk difahami. E-book ini juga disertakan dengan
pelbagai maklumat tambahan yang menarik menggunakan
aplikasi web 2.0 bagi membantu para pensyarah dan pelajar
meneroka dan mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih berkesan serta melatih diri melakukan pengucapan
umum. Hasil daripada pembelajaran topik ini, pelajar akan dapat
memahami dan menunjukkan cara penyampaian pengucapan
umum menggunakan kaedah yang sesuai.

Keywords: pengucapan umum, komunikasi lisan

KEMAHIRAN
MELAHIRKAN PENDAPAT

1 Menentukan
jenis pendapat

Ahli panel perlu membuat analisis terhadap audien untuk
menentukan aspek, isi, dan cara menyampaikan pendapat
yang sesuai dengan citarasa dan latar belakang penonton.

Tentukan aspek yang akan dibentangkan supaya
perbincangan tidak menyeleweng daripada tajuk dan
tujuan forum.

Memilih dan menyusun isi agar bertepatan dengan aspek
yang akan disampaikan.

Mengemukakan pendapat yang disokong dengan fakta,
bukti statistik dan contoh supaya hujah lebih konkrit,
berkaitan dan meyakinkan.

Sentiasa menumpukan perhatian terhadap hujah-hujah
rakan serta pandangan daripada penonton agar tindak
balas yang wajar dapat diberikan.

Menjawab soalan dan memberi pendapat terhadap
kemusykilan daripada penonton dengan meyakinkan.

Pengucapan 44
Umum

2 Cara melahirkan
pendapat

Gunakan bahasa yang sesuai dengan audien dan aras
pendapat.
Gunakan bahasa yang jelas tepat dan tidak meleret-leret.
Elak guna istilah-istilah yang bombastik dan sukar
difahami serta laras bahasa yang sesuai dengan majlis.
Selitkan unsur humor semasa menyampaikan pendapat.
Menunjukkan keyakinan diri.

45 Pengucapan
Umum

3 Cara
mempengaruhi
audien

Wujudkan hubungan mata dengan penonton.

Gunakan gaya tangan, mata dan gerakan badan untuk
menekankan fakta.

Menunjukkan mimik muka yang meyakinkan.

Mengkaji dan mengetahui peringkat pemikiran, taraf
sosio-ekonomi, jantina dan profesion audien.

Selitkan ayat-ayat berbentuk soalan untuk mewujudkan
rangsangan di kalangan audien.

Gunakan bahasa yang sesuai
dengan audien termasuk
teknik retorik.

Selitkan unsur kecindan.

Pastikan suara dapat didengari
oleh semua audien.

Menjangka had atau
batasan tumpuan audien.

Pengucapan 46
Umum

KEMAHIRAN
KAWAL NADA & INTONASI

Semasa menyampaikan pendapat, ciri-ciri dan intonasi
yang wajar diberikan perhatian seperti berikut :

Tinggikan nada apabila hendak menarik perhatian.
Memperlahankan dan merendahkan suara ketika
hendak memujuk.
Jangan berhujah terlalu laju atau perlahan.
Pause – berhenti sebentar apabila perlu.
Gunakan sebutan baku.
Gunakan bahasa yang indah, tersusun dan mudah
difahami.
Gunakan nada yang gembira apabila hendak
menghidupkan suasana yang hambar.
Gunakan nada dan intonasi yang
menggambarkan keperihatinan.

Sebagai penonton pula, sebaiknya menggunakan nada suara
yang menggambarkan keperihatinan dan hormat kepada ahli
panel ketika hendak mengemukakan soalan atau pandangan.

47 Pengucapan
Umum

KEMAHIRAN
MENUTUP FORUM

Dalam penutup forum, pengerusi sekali lagi menunjukkan
kewibawaannya melalui kemahiran-kemahiran yang
berikut :

Ucapkan terima kasih kepada semua ahli panel yang
telah menyampaikan pendapat berkenaan tajuk
forum.

Membuka majlis kepada penonton untuk
mengemukakan soalan/pandangan. Pengerusi perlu
mewujudkan suasana yang kondusif dan galakkan
penonton untuk melibatkan diri.

Bertindak sebagai fasilitator sewaktu sesi soal jawab.

Rumuskan keseluruhan idea yang telah diforumkan,
pengerusi perlu: (peka terhadap setiap aspek tajuk
dan membuat kesimpulan dengan menggabungkan
semua idea yang telah dihujahkan.)

Sampaikan kata-kata penutup dengan ucapkan
terima kasih kepada semua ahli panel dan semua
yang terlibat.

Menyatakan harapan agar isu dan pandangan yang
dikemukakan mendatangkan manfaat kepada semua.

Mohon maaf kepada semua sekiranya terdapat
sebarang kesilapan ketika kendalikan forum.

Pengucapan 48
Umum

CONTOH
FORUM

ALUAN

ISI FORUM

PENUTUP

FORUM

49 Pengucapan
Umum



ULASAN DAN
KOMENTAR

Ulasan dan komentar : huraian atau ulasan (yang
mengandungi penjelasan, kritik, atau pendapat
mengenai sesuatu perkara dan lain-lain.)

Penjelasan yang mengandungi kritikan dan
pendapat mengenai sesuatu perkara yang ditulis.

Konsep ulasan :

1 Rumusan keseluruhan bahan.
2 Pandangan pro atau kontra
3 Taksiran kandungan
4 Kupasan – berbentuk deskriptif
5 Huraian – pengembangan idea
6 Nilai – amalan baik/faedah
7 Pengajaran – mesej yang diperolehi

51 Pengucapan
Umum

CONTOH TEKS ULASAN

CARA-CARA MEMBUAT
ULASAN (PEMINDAHAN

MAKLUMAT)

KAEDAH MEMBINA ULASAN

Ulasan adalah pemindahan
maklumat daripada pelbagai

bentuk yang bergambar
kepada maklumat bertulis.

Pengucapan 52
Umum

CONTOH TEKS ULASAN

MAKAN SECARA SIHAT, GUNAKAN
PIRAMID MAKANAN SEBAGAI PANDUAN

Makan paling sedikit Lemak, minyak,
garam dan gula

Makan sederhana Susu, dadih dan keju
Ikan, ayam, daging
& Kekacang

Makan banyak Buah-buahan dan
sayur sayuran

Makan paling Bijirin, produk bijirin
banyak dan ubi

Amalan gaya hidup sihat amatlah penting terutamanya

berkaitan pemakanan. Oleh itu, terdapat beberapa

amalan pemakanan sihat yang dianjurkan oleh pakar

pemakanan. Kita haruslah mengurangkan pengambilan

makanan berlemak, manis, masin dan berminyak secara

berlebihan. Makanan-makanan seperti itu adalah punca

berlakunya obesiti dan penyakit-penyakit lain. Selain itu,

kita juga hendaklah melakukan senaman supaya gaya

hidup kita menjadi cergas dan cerdas. Di samping itu,

mengambil makanan secara terancang dan mengikut

Kadar obesiti jadual juga adalah penting.

penduduk negara
ini sudah
meningkat
Kesimpulannya, penjagaan

cara dan kadar pemakanan

adalah penting untuk

mendapatkan kehidupan

yang sihat.

53 Pengucapan
Umum

Tuntutlah ilmu,
dan untuk

menuntut ilmu
belajarlah

tenang dan sabar.

- Umar bin Khattab -

Pengucapan 54
Umum

Senarai
Rujukan

Adenan Ayob : Bahasa Kebangsaan; Oxford Fajar Sdn. Bhd, Shah
Alam, Selangor, 2009.
Ainal Akmar Ahmad; Kesantunan Bahasa Semasa Berkomunikasi Di
Laman Sosial; Proceeding of the International Conference on
Government & Public Affair 2016 (ICOGPA2016)
Awang Mohamad Amin (1983). “Beberapa Masalah Pengajaran -
Pembelajaran Karangan Peringkat Tinggi.” Dewan Bahasa.
Chooi Say Tee; 2019. Teks Pra-U STPM Bahasa Melayu, Sasbadi Sdn.
Bhd, Petaling Jaya.
Diane M.Barone, et al. 2006. Improving Student Writing, K-8, From
Meaning - Making to High Stakes. California: Corwin Press.
Kamarudin Hj. Husin. (1999). Bahasa Kebangsaan (A) : (untuk
warganegara Malaysia). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.
Kamarul Afendy Hamimi; 2015. Bahasa Melayu Komunikasi : Oxford
Fajar Sdn. Bhd, Shah Alam, Selangor.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka
Mohamed Nadzri Mohamed Sharif; 2016. Bahasa Kebangsaan A;
Emiritus Publication Sdn. Bhd, Batu Caves, Selangor.
Norfazila Ab. Hamid, 2017. Sopan Dan Santun Dalam Berbahasa:
Cerminan Akal Budi Masyarakat Melayu Dan Islam; Program
Kolokium Pengajian Terjemah Siri 2.
Mohamed Nadzri Mohamed Sharif, Suhaila Ngadiron, 2016. Bahasa
Kebangsaan A, Emiritus Publication, Tanjung Malim, Perak.

Terbitan :


Click to View FlipBook Version