Ustaz Izzat Amin (U.I.A) Download PDF
  • 5
  • 0
PENGUCAPAN UMUM
Komunikasi Umum adalah salah satu daripada sub-topik yang
terkandung dalam kursus MPU 22042 Bahasa Kebangsaan A.
Kursus ini merupakan kursus yang wajib diambil oleh para pelajar
yang tidak mendapat kredit bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). E-book ini
mengandungi huraian dan perincian berkaitan dengan topik
pengucapan awam di bawah tajuk Komunikai Lisan. Beberapa
bentuk pengucapan awam yang termasuk dalam silibus piliteknik
seperti ucapan, temu-ramah, pidato, forum, ulasan dan komentar
dibincangkan dalam buku ini. Tips pengucapan umum, format
serta persediaan untuk melakukan pengucapan umum dihuraikan
dalam bentuk infografik untuk menarik minat pembaca serta
mudah untuk difahami. E-book ini juga disertakan dengan
pelbagai maklumat tambahan yang menarik menggunakan
aplikasi web 2.0 bagi membantu para pensyarah dan pelajar
meneroka dan mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih berkesan serta melatih diri melakukan pengucapan
umum. Hasil daripada pembelajaran topik ini, pelajar akan dapat
memahami dan menunjukkan cara penyampaian pengucapan
umum menggunakan kaedah yang sesuai.
View Text Version Category : 47
  • Follow
  • 0
  • Embed
  • Share
  • Upload
Related publications