The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by e- LIBRARY SJKC BIN CHONG, 2023-04-11 02:50:37

Mengejar Cita-cita

Mengejar Cita-cita

MENGEJAR CITA-CITA NAJIB A. H Penerbit Idaman (001376667-X) Shah Alam 2006 KOLEKSI NOVEL IDAMAN REMAJA


Semua hakcipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam sebarang cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik dengan cara elektronik, mekanikal, penggambaran semula, perakaman ataupun sebahagiannya tanpa izin terlebih dahulu dari PENERBIT IDAMAN. PENERBIT IDAMAN 29, JALAN ANGGERIK ARANDA, 31/4 KOTA KEMUNING, 40460 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN © PENERBIT IDAMAN Cetakan Pertama...2006 Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalamPenerbitan Najib A. H. Mengejar Cita-cita / Najib A. H. (Koleksi Novel Idaman Remaja) ISBN 983-3312-10-2 (set) ISBN 983-3312-13-6 1. Malay language-Readers-Fiction. I. Judul. Ii. Siri. 499.2386 Rekaletak Huruf: Noor Azlin Ayub


Koleksi Novel Idaman Remaja mengandungi cerita-cerita yang berkaitan dengan adab, moral serta pengajaran di dalam kehidupan seharian. Koleksi ini diterbitkan dengan tujuan untuk pengkayaan bahasa, berhibur, mengisi masa lapang dengan cara yang lebih berfaedah dan untuk tujuan-tujuan lain. Glosari dan soalan disediakan untuk menguji kefahaman pembaca dan membantu pembaca agar lebih memahami moral yang cuba disampaikan. Semoga cerita-cerita dan nilai-nilai murni yang cuba dipaparkan akan memberi manfaat ke arah membentuk generasi yang bermoral dan berakhlak mulia. PRAKATA EDITOR


1.Geram 1 2.Sampai Bila Begini 12 3.Guru Bimbingan 23 4.Kem Motivasi 35 5.Usaha Tangga Kejayaan45 6.Cabaran 56 7.Kertas Jawapan 69 8.Jangan Dipedulikan 81 9.Peperiksaan 90 10.Mengecapi Kejayaan 99 Soalan 106 Glosari 107 ~Mengejar Cita-cita~


“Geram sungguh aku. Bodoh sangatkah aku ni?” bentak Aidil sesampainya di rumah pada petang itu. “Kalau dah otak bengap, kalau dah bodoh macam keldai, mana boleh dapat markah lebih. Bodoh!” Aidil masih ingat kata-kata Lokman semasa rehat di sekolah pagi tadi. Aidil terus meninggalkan kantin sekolah apabila diejek oleh Lokman dan Badri. “Itulah dahulu orang suruh pergi sekolah kau ponteng. Sekarang baru nak merungut-rungut. Nak 1 Geram 1


markah lebih pulak. Boleh jalanlah kawan,” kata-kata Badri itu masih berlegar-legar dalam ingatannya. Niat hati ketika di kantin pada pagi itu untuk mendapatkan nasihat dan semangat baru daripada kawan-kawan. Tetapi lain pula yang terjadi. Lokman dan Badri memperlekehkan hajatnya itu. Aidil sungguh kesal dengan kelakuan Lokman dan Badri. “Aku tak boleh tahan dengan perangai mereka. Mereka bukan kawan yang boleh membantu,” Aidil berkata dalam hati. “Apa yang Angah menungkan itu? Sejak tadi kakak tengok Angah tak pedulikan makanan yang dihidangkan. Kenapa, Angah ada masalah kah?” tanya Nadia, kakak Aidil. Nadia memang sedia maklum akan halangan yang bakal dihadapi oleh adiknya itu setelah kembali ke sekolah. Dulu dia memang seringkali ponteng sekolah. Aidil memang hampir-hampir dibuang sekolah. Akan tetapi atas usaha ayahnya iaitu Pak Kamil, dia masih dibenarkan bersekolah di situ. Semasa dibenarkan kembali bersekolah di SK Sri Bahagia itu, memang Pak Kamil sudah berjanji 2


kepada guru besar sekolah akan memastikan Aidil akan membaiki kelakuannya yang suka ponteng sekolah sebelum itu. Aidil juga sudah pun menandatangani surat Aku Janji. Dia sudah menanam azam baru untuk berubah. Itu sebabnya dia mula bersekolah semula saban hari dan cuba meningkatkan pencapaiannya dalam pelajaran. Tetapi kejadian di sekolah pagi tadi meruntuhkan semangat di hatinya. Ingatkan mereka semua boleh membantu. Tetapi mereka pula menjadi peruntuh semangat rakan-rakan. “Tak ada apa-apalah, kak.” “Mana boleh. Angah mesti ada masalah di sekolah.” Kata Nadia yang tidak mempercayai katakata adiknya itu. Nadia yang sudah bersekolah menengah itu memang cukup kenal dengan sikap adiknya apabila menghadapi masalah. “Cakaplah pada kakak. Kakak pasti akan membantu.” “Kawan-kawan Angah di sekolah tu. Semuanya tak boleh diharap. Sepatutnya mereka membantu Angah, ini tidak,” Aidil memberitahu kakaknya. 3


4 “Apa yang Angah maksudkan? Kakak tak faham.” Aidil menceritakan apa yang berlaku di sekolah tadi. Dia baru saja menerima keputusan ujian bulanan yang lepas. Dalam ujian itu, Aidil cuma mendapat markah di bawah lima puluh peratus dalam kebanyakan pelajaran. Dia cuba mendapatkan nasihat Lokman dan Badri ketika minum di kantin sekolah pada waktu rehat. Tetapi pertanyaannya itu menjadi punca pertengkaran kecilnya dengan Lokman dan Badri. Mereka tidak mahu memberi apa-apa nasihat kepada Aidil, sebaliknya mereka menempelaknya. Itulah yang membuatkan Aidil merasa marah. “Angah mungkin salah anggap. Mereka mungkin tak bermaksud begitu.” “Tidak. Mereka memang memperlekehkan Angah. Mereka tak mahu Angah maju. Angah cuma minta pandangan mereka bagaimana untuk belajar dengan baik dan mendapat markah macam mereka,” jelas Aidil kepada kakaknya. Nadia mengangguk-anggukkan kepalanya


5 mendengar cerita Aidil. Dia fikir mungkin betul juga kata-kata adiknya itu. “Kalau begitu, bila ayah balik nanti kakak akan beritahu masalah ini kepadanya,” pujuk Nadia lag sambil menepuk-nepuk bahu Aidil. “Betulkah kakak mahu menolong Angah?” tanya Aidil ragu-ragu. “Kakak ni kan kakak Angah. Mestilah kakak akan menolong adiknya. Angah tak percaya dengan kakak ke?” tanya Nadia pula. “Kakak mesti berjanji untuk menolong Angah. Angah juga teringin untuk cemerlang dalam pelajaran. Angah juga ingin berjaya macam Lokman dan Badri,” kata Aidil dengan penuh harapan. Selepas itu Nadia meninggalkan Adil bersendirian di ruang tamu. Dia masuk ke biliknya. Aidil pula ke dapur untuk makan tengahari. Selepas makan tengahari, Aidil masuk ke biliknya. Dia duduk di kerusi. Dia teringat kembali akan kesalahan yang telah dilakukannya sebelum ini. “Kenapalah aku bodoh sangat sebelum ni. Aku ikut sambil


6


7 -budak macam Dali dan Man tu mengapa? Mereka anak orang berada. Kalau mereka gagal dalam pelajaran, bapa mereka mungkin boleh membantu. Tapi bagaimana dengan aku? Aku cuma orang biasa, keluargaku bukan orang kaya. Kenapa aku mesti ikut cara hidup mereka berdua?” Aidil menyesali kesilapannya dua bulan yang lalu. Pada ketika itu dia bukanlah ingin sangat untuk mengikut perangai liar Dali dan Man. “Kalau kau anak jantan, kau kena berani macam kami. Kita kan masih kanak-kanak. Buat apa rajin sangat pergi ke sekolah. Bila di sekolah menengah nanti, barulah kita belajar betul-betul.” Aidil masih ingat kata-kata Dali yang telah memerangkapnya. Bermula dari saat itulah, Aidil sering menghilangkan diri dari sekolah. Kadang-kadang datang, kadang-kadang tidak. Kalau datang pun tengah hari nanti dia akan menghilang. Ini memeningkan kepala guru-guru sekolahnya, terutama sekali guru kelasnya, Cikgu Kamariah. Cikgu Kamariah memang ada menulis surat kepada Pak Kamil. Tetapi surat itu tidak sampai ke tangan Pak Kamil. Aidil telah menyembunyikan surat budak


8 itu. Aidil telah diajar oleh Dali dan Man bagaimana untuk mengelakkan diri dari dikesan oleh ibu bapa mereka. Tetapi sepandai-pandai tupai melompat ada masanya akan jatruh ke tanah jua. Nasib Aidil kurang baik apabila Cikgu Kamariah datang ke rumahnya pada suatu hari setelah kejadian ponteng sekolah Aidil semakin menjadi-jadi. Ketika Cikgu Kamariah datang ke rumah dia tiada di rumah. Ketika itu dia sedang leka bermain permainan video di Mutiara Cyber-Cafe tidak jauh dari rumahnya. Pak Kamil pada mulanya tidak percaya dengan cerita Cikgu Kamariah. “Kalau pakcik tak percaya, pakcik datanglah ke sekolah. Pakcik tengoklah sendiri jadual kehadirannya,” kata Cikgu Kamariah. Pak Kamil mengambil cuti sehari untuk mengesan tingkah laku Aidil sejak kebelakangan itu. Dia datang berjumpa dengan Cikgu Kamariah di sekolah dan bertanya kepada guru dan rakan-rakan sekolahnya. “Betul pakcik. Aidil tidak datang ke sekolah. Kadang-kadang dia datang, kadang-kadang tidak. Kalau datang pun selepas waktu rehat dia terus lesap,”


9 beritahu rakan-rakan sekelasnya. Aidil akhirya terperangkap. Rahsia besarnya selama ini diketahui juga oleh Pak Kamil. Dengan bantuan polis, Mutiara Cyber-Cafe diserbu. Ketika itu Aidil, Dali, dan Man sedang asyik bermain permainan video. “Ayah tak sangka dengan kelakuan kamu selama ini, Aidil. Ayah sangka kamu anak yang baik, tapi sampai hati kamu menipu ayah,” kata Pak Kamil selepas membawa Aidil balik dari balai polis. “Kamu anak lelaki dalam keluarga kita. Siapa lagi yang akan menjadi waris keluarga kita?” tanya Pak Kamil pada malam itu. Lama juga Pak Kamil bersyarah. Dia mengingatkan Aidil akan tanggungjawabnya sebagai anak lelaki dalam sebuah keluarga. Puan Salbiah hanya mendiamkan diri saja. Dia menyokong semua kata-kata Pak Kamil. Aidil tidak berani untuk mengangkat muka. Dia malu besar setelah ditangkap polis dan rahsianya selama ini telah terbongkar. “Kalau ayah beri peluang pada Angah, Angah


10 berjanji akan perbaiki kesalahan Angah selama ini,” rayu Aidil selepas tidak tahan untuk mendengar bebelan ayahnya. Dia benar-benar rasa bersalah. “Kalau Angah degil, ayah mungkin akan minta polis sumbatkan kamu ke dalam lokap semalam atau dua malam. Baru padan dengan muka kamu,” kata Pak Kamil memberi amaran. Aidil takut dengan amaran itu. Dia pernah tengok di televisyen betapa seksanya orang yang ditahan di dalam lokap. Mereka tidur tanpa bantal dan tilam di atas simen dalam keadaan tidak berbaju. Kadang-kadang digigit pula oleh pijat. Aidil tidak mahu semua itu berlaku padanya. “Angah nak ayah buat begitu?” tanya Pak Kamil. “Angah tak mahu ayah. Berilah Angah peluang. Angah dah insaf sekarang.” Rayu Aidil bersungguhsungguh. Pada malam itu, Pak Kamil menunjukkan salinan surat sekolah yang menyatakan bahawa Aidil dibuang sekolah kerana ponteng sekolah secara berturut-turut lebih dari sebulan. Pihak sekolah


11 sebenarnya telah membuat keputusan untuk membuangnya dari sekolah. Setelah rahsia Aidil terbongkar, Pak Kamil merayu agar Aidil dimaafkan dan dibenarkan belajar di sekolah itu semula. Dia tidak mahu Aidil dibuang sekolah. Aidil masih ingat akan hari dia pergi ke sekolah dengan ayahnya. Di bilik guru besar dia berjanji di hadapan guru dan ayahnya untuk kembali ke sekolah dengan sikap yang baru. Dia telah menandatangani surat Aku Janji dengan pihak sekolah. “Saya berjanji kepada ayah dan cikgu. Saya akan mengubah sikap buruk saya selama ini.” Kata Adidil berjanji.


12 Malam itu seperti yang dijanjikan, Nadia menceritakan masalah yang dihadapi oleh Aidil di sekolah. Waktu itu jam menunjukkan pukul sembilan malam. Mereka sekeluarga sedang duduk di ruang tamu. “Betulkah apa yang Kak Long cakapkan tu, Angah?” tanya Pak Kamil. Aidil tidak menjawab pertanyaan Pak Kamil. Dia cuma memandang wajah ayahnya. Kemudian dia memandang wajah kakak dan ibunya. Dia kemudiannya memberikan isyarat kepada kakaknya Sampai Bila Begini 2


13 agar menceritakan masalahnya. Aidil sebenarnya agak takut hendak menceritakan hal yang telah berlaku di sekolahnya siang tadi. Lebih-lebih lagi apabila mengingatkan kemarahan ayahnya beberapa minggu lalu kerana kejadianponteng sekolahnya. “Dia diam tu maknanya betullah tu,” kata Nadia. “Habis, kamu nak buat balik perangai kamu yang dulu? Apabila ditimpa dugaan macam ini, kamu tak mahu terus berusaha. Ayah tak fikir kawan-kawan kamu sanggup buat macam tu. Mungkin mereka sekadar menguji kesungguhan kamu untuk mengubah sikap buruk kamu yang dulu,” jawab ayahnya pula. “Orang mengadu masalah, dileternya pula. menyesal aku cakap,” detik hati Aidil. “Mungkin benar kata ayah kamu tu. Cuba kamu jumpa balik kawan kamu. Cuba sekali lagi,” cadang Puan Salbiah pula menyokong kata-kata suaminya. “Tidak ayah. Mereka kata Angah bodoh. Bodoh macam keldai. Itu yang Angah tak tahan. Mereka tak patut cakap Angah macam tu,” Aidil yang pada mulanya tidak mahu bersuara akhirnya membuka mulut.


14 “Betulkah ni? Angah pun satu. Kalau nak tanya rakan, tengoklah dulu ‘mood’ mereka dahulu. Mungkin mereka kurang selesa waktu tu. Sebab tu kamu dikatakan macam-macam,” celah Puan Salbiah. “Ayah dan ibu macam menyalahkan Angah saja. Angah tanya masa rehat, takkan masa itu ‘mood’ mereka tak baik.” “Ayah tak fikir begitu. Orang pandai macam Lokman dan Badri tu mungkin ada cara tersendiri. Cuba Angah selidik dulu.” Aidil bungkam dengan kata-kata ayah dan ibunya. Mungkin betul juga kata mereka, fikir Aidil. Dia terus berdiam diri. “Kalau ayah dan ibu dah kata begitu, nanti Angah cuba tanya sekali lagi kepada mereka,” kata Aidil mengakhiri perbualan mereka malam itu. Kemudiannya dia masuk ke bilik. Dia membuka buku sekolah. Dia mula menelaah buku-buku pelajarannya. Tetapi peristiwa siang tadi masih menghantuinya. Perbincangannya dengan ayah dan


15 ibunya sebentar tadi masih terngiang-ngiang di fikirannya. Dia menutup kembali bukunya. Kalaulah sejak awal dia tidak buat perangai tidaklah dia menanggung semua ini. Bukan senang hendak berubah setelah melakukan kesalahan. Orang akan curiga dengan perubahan yang dilakukan. Terlalu banyak dugaan yang datang. Malam itu Aidil tidur antara lena dan jaga. Tahutahu hari sudah siang. Dia ke sekolah pada hari itu dalam keadaan yang kurang selesa. Maklumlah malam tadi dia kurang tidur. Di dalam kelas, dia melihat Lokman dan Badri asyik menjelingnya sepanjang masa. Sekali-sekala kedengaran kata-kata yang menyakitkan hati keluar dari mulut Lokman dan Badri. “Kalau nak berjaya, kenalah bersungguhsungguh. Kalau nak dapatkan sagu, kenalah dipecahkan ruyungnya. Kalau nak tanya rakan, kenalah keluar belanja sikit,” kata Lokman kepada Badri. Kata-kata itu seakan ditujukan kepadanya. Berdesing telinga Aidil apabila mendengarnya. Sewaktu rehat, Aidil duduk sekali di meja


16 makan bersama Lokman dan Badri. Aidil terpaksa menebalkan mukanya apabila Lokman dan Badri memandangnya dengan pandangan yang semacam. “Dah hilangkah ribut di kampung sana, Badri? Aku tengok budak-budak dah mula turun bermain di padang,” kata Lokman semasa Aidil meletakkan punggungnya di bangku. Aidil buat-buat tak dengar saja. “Ini mungkin dugaan lagi,” bisik hatinya. “Mengapa dengan ribut di kampung sana? Cakaplah terus-terang. Jangan sindir-sindir. Kita satu kelas dan sama sekolah kenapa mesti sindirmenyindir?” kata Aidil. “Eh..dia faham dengan apa yang kita katakan. Ingatkan tadi tak faham,” kata Lokman sambil memandang Badri. “Sebab aku faham dengan perangai kau berdualah aku duduk semeja dengan kau berdua.” Aidil terus bersuara. “Tak bolehkah kau berdua menolong aku?” “Buat apa kami tolong kau? Dua bulan lalu


17


18 kau selalu menyakitkan hati kami. Inilah masanya kami hendak membalas dendam,” balas Badri. “Aku tak pernah pun melakukan apa-apa kesalahan kepada kau berdua.” “Buat-buat lupa pula. Semasa kau baik dengan Dali dan Man dulu, kau kutuk-kutuk aku dan Badri. Kau tak ingat?” Kata Lokman. “Itu masa Dali dan Man ada di sini. Aku sudah lupakan hal itu. Tak bolehkah kamu berdua maafkan aku?” “Tak boleh main maaf begitu saja kawan. Sakit hati kami ni masih belum sembuh lagi. Kami tak boleh maafkan kau begitu saja.” “Sudahlah. Kalau kau tak pandai, jangan nak minta nasihat daripada kami. Carilah orang lain. Kami meluat dengan kau,” sambung Badri. Aidil mengakui kebenaran kata-kata Lokman dan Badri. Semasa dia berkawan baik dengan Dali dan Man, dia selalu menyakitkan hati Lokman dan Badri. Tetapi kini, Dali dan Man telah ditukarkan ke sekolah lain. Mereka tidak dibenarkan bersekolah di SK Sri Bahagia lagi. Guru besar sekolah enggan


19 mereka mereka kembali. Selepas Dali dan Man bertukar sekolah, Aidil tidak mempunyai kawan lagi. Dia cuba berbaik semula dengan Lokman dan Badri. Tetapi nampaknya Lokman dan Badri tidak mahu berkawan dengannya. Apabila mendengar kata-kata Lokman dan Badri, Aidil cepat-cepat menghabiskan makanannya. Dia segera meninggalkan mereka berdua. “Ha! Ha! Ha! Padan muka dia.” Kedengaran suara itu di telinganya sebaik sahaja dia beredar meninggalkan Lokman dan Badri. Malam itu Aidil mengadu lagi kepada ayahnya. Kali ini dia sendiri yang bercakap. Ketika Pak Kamil sedang duduk di ruang tamu, Aidil datang menghampirinya. “Ayah, Lokman dan Badri tidak mahu berkawan dengan Angah lagi. Mereka berdendam dengan Angah.” “Dendam? Mengapa?” tanya ayahnya. “Ya, ayah. Mereka sebenarnya berdendam dengan Angah.”


20 “Angah pernah bergaduh dengan mereka sebelum ini?” tanya Pak Kamil lagi. Aidil hanya mendiamkan diri. “Rupa-rupanya Aidil pernah bersengketa dengan Lokman dan Badri sebelum ini.” Fikir Pak Kamil. Aidil tunduk apabila mendengar pertanyaan ayahnya. “Kenapa tak jawab pertanyaan ayah?” tanya Pak Kamil. “Angah pernah bergaduh dengan mereka?” “Bergaduh tu tidaklah tapi cuma pertengkaran kecil. Itupun berlaku dua bulan lepas, semasa ada Dali dan Man masih bersekolah di sini,” terang Aidil. “Patutlah mereka layan Angah macam tu. Kata orang, ada ubi ada batas. Itu satu pengajaran buat Angah. Lain kali jangan suka menyakiti hati orang lain. Sekarang giliran Angah pula yang disakiti.” “Tapi itu dahulu. Angah dah berubah dan sudah melupakan hal itu tetapi mereka masih mengungkitnya.” “Manusia ni, kalau mereka dah sakit hati, perkara yang berlaku 10 tahun dulu pun akan diungkit lagi. Mereka tidak fikir soal masa. Kalau mereka nak


21 ungkit, mereka akan ungkit.” Panas telinga Aidil mendengar kata-kata ayahnya. Dia sedar bahawa dia sekarang sebenarnya sedang menerima balasan atas kesalahannya yang lalu. Dulu dia selalu menyakiti hati rakannya, sekarang hatinya pula yang disakiti. Aidil hanya tunduk apabila mendengar katakata ayahnya. Satu persatu perkataan masuk ke gegendang telinganya. Walaupun pedih, tetapi dia harus menerimanya kerana memang dia yang bersalah. “Dahlah tu ayahnya. Esok, lusa pergilah ke sekolah, jumpa guru bimbingan sekolah untuk dapatkan bantuan. Jangan dibiarkan hal macam ini berlarutan. Bukan saja Angah yang rosak, budak Lokman dan Badri tu pun rosak sama nanti. Mereka juga masih mentah. Sikit-sikit nak gaduh, sikit-sikit nak dendam,” kata Puan Salbiah masuk campur. Dia duduk di sisi suaminya. “Tengoklah bila abang senang nanti.” Aidil kemudiannya meninggalkan ruang tamu. Dia masuk ke biliknya untuk menyiapkan kerja sekolah


22 yang diberikan oleh gurunya siang tadi. “Susah betul budak-budak zaman sekarang ni. Kalau bergaduh main dendam-dendam pula. Zaman kita kanak-kanak dulu taklah macam ni. Lepas bergaduh selalunya kita akan berdamai semula,” kata Puan Salbiah menyambung perbualan. “Betul kata awak tu. Entah ilmu apa yang diamalkan budak-budak zaman sekarang ni, tak tahulah.” “Anak-anak zaman millenium lah katakan. Semua yang tak baik dari luar hendak diamalkan.” Pak Kamil menggelengkan kepalanya memikirkan hal Aidil dan rakan-rakannya di sekolah. Dia sedar betapa sukarnya membesarkan dan mendidik anak-anak pada masa kini.


23 Hari itu Pak Kamil dan Puan Salbiah ke SK Sri Bahagia. Dia berjumpa dengan Cikgu Yahya, guru bimbingan sekolah. “Assalamualaikum, cikgu.” “Waalaikumussalam. Silakan duduk pakcik, makcik.” Cikgu Yahya memandang wajah Pak Kamil dan Puan Salbiah dengan senyuman. Pak Kamil dan Puan Salbiah membalas senyuman Cikgu Yahya. Ketika itu, Pak Kamil sempat memandang 3 Guru Bimbingan


24 sekeliling bilik Cikgu Yahya. Bermacam-macam poster yang ditampal di biliknya. Semuanya berkaitan dengan khidmat bimbingan. “Ada apa-apa yang boleh saya bantu pakcik dan makcik?” Kata Cikgu Yahya memulakan bicara. “Anak kami, si Aidil tu. Kami rasa cikgu pun sedia maklum. Dia kan pernah ponteng sekolah dan telah pun dibuang sekolah. Sekarang dia sudah insaf dan mahu berubah. Tetapi...” Puan salbiah meluahkan rasa di hati, tetapi kemudiannya terhenti. Sebenarnya, Puan Salbiah merasa sedih dengan situasi yang dihadapi oleh anak keduanya itu. Anaknya mahu berubah tetapi ada sahaja halangannya. “Kawan-kawan sekolahnya pula yang menjadi penghalang. Mereka tidak memberikan bantuan dan sokongan kepadanya.” Sambung Pak Kamil apabila dilihatnya Puan Salbiah tak mampu lagi untuk meneruskan ceritanya. “Siapa yang pakcik maksudkan?” tanya Cikgu Yahya. “Kata anak kami, Lokman dan Badri, rakan


25 sekelasnya yang buat hal. Beberapa hari dahulu dia cuba mendapatkan nasihat daripada mereka. Tetapi dia ditempelak dan diejek. Dikatanya Aidil itu bodoh macam keldai. Itulah yang diceritakan oleh Aidil kepada kami,” terang Pak Kamil. Cikgu Yahya mendengar apa yang diterangkan oleh Pak Kamil. Dicatatkannya di dalam fail yang terletak di atas meja. Sesekali dia menjeling Puan Salbiah. Dilihatnya Puan Salbiah sedang mengesat pipinya. “Apa lagi yang dikatakan oleh Lokman dan Badri?” “Itu saja yang diberitahu oleh Aidil kepada kami,” jawab Pak Kamil. “Kami lihat Aidil memang benar-benar mahu berubah. Lebih-lebih lagi selepas Dali dan Man telah ditukar sekolah. Dia sudah tiada kawan di sekolah ini. Dia cuba untuk berbaik dengan Lokman dan Badri tetapi mereka tidak mahu. Mereka menyimpan dendam kepada Aidil. Sebelum ini Aidil pernah bertengkar dengan mereka berdua,” terang Puan Salbiah kemudiannya. Cikgu Yahya menganggukkan kepala. Dia


26 sudah faham kini apa masalah yang dihadapi oleh Aidil ketika itu. “Aidil datang ke sekolah hari ini?” “Dia ke sekolah macam biasa. Kami tidak benarkan dia ponteng macam dulu lagi. Dia datang ke sekolah tapi hatinya tak senang, cikgu,” terang Puan Salbiah lagi. “Kami harap cikgu dapat menyelesaikan masalah ini. Kami percaya cikgu boleh membantu,” kata Pak Kamil sambil memandang wajah Cikgu Yahya. “Insya-Allah pakcik, makcik. Saya akan cuba uruskan,” kata Cikgu Yahya memberi jaminan. Pak Kamil dan Puan Salbiah kemudiannya meninggalkan bilik bimbingan. Mereka pulang ke rumah. Dalam hati mereka amat berharap agar masalah tersebut dapat diselesaikan. Petang itu Aidil dipanggil ke bilik bimbingan oleh Cikgu Yahya. Dia ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan masalah yang dihadapinya. Dia amat bersimpati dengan Aidil. Cikgu Yahya meminta Aidil menceritakan


27 masalah yang dihadapinya. “Saya akan bantu kamu. Saya akan usahakan agar masalah kamu tu selesai,” kata Cikgu Yahya ketika Aidil datang berjumpa dengannya di bilik bimbingan petang itu. Aidil memandang Cikgu Yahya. Cikgu Yahya senyum kepadanya. Aidil dapat merasakan bahawa Cikgu Yahya benar-benar mahu membantunya menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Aidil kemudiannya menceritakan satu persatu masalahnya dengan Lokman dan Badri. Dia menceritakan apa yang Lokman dan Badri katakan kepadanya. “Pokok di luar sana tu sedang bergoyang. Kamu tahu apa sebabnya?” tanya Cikgu Yahya. “Kurang pasti cikgu. Tetapi mungkin ditiup oleh angin ataupun ada orang yang telah menggoyangkan pokok itu. Atau mungkin juga ada monyet yang sedang bergayut di dahan pokok itu.” Jawab Aidil. Cikgu Yahya memandang Aidil sambil tersenyum. “Cikgu menyindir sayakah? Cikgu bertanyakan soalan tetapi kemudian tersenyum apabila saya menjawabnya.”


28


29 “Cikgu tidak menyindir tetapi bertanya kepada kamu. Kamu tak faham soalan cikgu?” “Saya faham.” “Kalau faham, jawablah soalan cikgu tadi.” “Dahulu memang saya ada berselisih faham dengan Lokman dan Badri. Dulu saya berkawan dengan Dali dan Man. Sekarang mereka sudah betukar sekolah. Dengan siapa lagi saya nak berkawan. Di kelas saya itu ramai murid-murid perempuan. Jadi saya cuba berbaik dengan Lokman dan Badri.” Cikgu Yahya mengangguk-anggukkan kepala. Dia senyum memandang Aidil yang sedang bercerita punca perselisihan fahamnya dengan Lokman dan Badri. Cikgu Yahya kini sudah mengetahui masalah dan punca yang dihadapi oleh Aidil dengan rakanrakannya. Baginya itu adalah masalah biasa bagi kanak-kanak seperti Aidil dan rakan-rakannya. Berpunca daripada perkara yang kecil, mereka akan berselisih faham, bergaduh dan kemudiannya memutuskan tali persahabatan.


30 Cikgu Yahya memikirkan apakah tindakan yang bakal dilakukannya selepas itu. Dia bercadang untuk memanggil Lokman dan Badri untuk diberikan bimbingan dan nasihat. Kalau masih kurang berkesan, dia akan mengambil inisiatif lain. Aidil kemudiannya dibenarkan pulang. “Terima kasih cikgu,” kata Aidil lalu keluar meninggalkan bilik bimbingan. Cikgu Yahya terus duduk di kerusinya. Dia menyemak fail-fail bimbingan yang ada di biliknya. Dia menyemak senarai murid SK Sri Bahagia yang bakal menemuinya beberapa hari lagi. Mereka telah membuat temujanji dengannya sebelum itu. “Lokman dan Badri nampaknya perlu dipanggil segera. Murid-murid yang lain terpaksa dikemudiankan dahulu,” detik hati Cikgu Yahya ketika menyusun senarai murid-murid yang akan berjumpa dengannya esok dan lusa. Esoknya, Lokman dan Badri dipanggil ke biliknya. Cikgu Yahya tidak berkata apa-apa. Cikgu Yahya memasang video melalui laptop. CIkgu Yahya meminta Lokman dan Badri menoton video tentang bagaimana seekor burung membantu semut yang


31 sedang dihanyutkan air sungai. Burung itu menjatuhkan sehelai daun kepada semut yang sedang terkapai-kapai di atas permukaan air. Sang Semut berjaya menyelamatkan diri dengan menggunakan daun yang digugurkan oleh Sang Burung. “Terima kasih Sang Burung. Atas pertolongan kamu saya selamat.” Video itu terus dimainkan oleh Cikgu Yahya. Di skrin laptop Cikgu Yahya, Lokman dan Badri melihat seorang pemburu sedang berjalan-jalan di pinggir hutan. Pemburu itu ternampak Sang Burung sedang bertenggek di dahan. Pemburu membidik senapangnya ke arah Sang Burung. “Aduh! Tak guna punya semut, kau gigit kaki aku!” jerit pemburu itu. Jeritan pemburu itu didengari oleh Sang Burung yang sedang bertenggek di atas pokok. Ketika ia sedar bahawa ada seorang pemburu di bawah pokok tempat ia bertenggek, ia pun segera terbang. Pemburu itu sangat hampa. Dia kemudiannya meninggalkan kawasan itu. Tidak lama kenudian, Sang Burung terbang


32 menghampiri Sang Semut. “Terima Kasih atas pertolongan kamu tadi. Kalau tidak tentu aku akan menjadi lauk pemburu itu,” kata Sang Burung. “Itu sudah menjadi tanggungjawab aku. Tempoh hari kau tolong aku. Hari ini, aku pula tolong kau. Kitakan sesama makhluk Tuhan, saling bantumembantu,” kata Sang Semut. Cikgu Yahya menutup tayangan klip video yang ditayangkannya tadi. Dia berharap mesej yang ingin disampaikannya itu difahami oleh Lokman dan Badri. “Apa pendapat kamu tentang klip video tadi?” tanya Cikgu Yahya. “Itu cerita binatang cikgu. Hanya sekadar hiburan,” ulas Lokman. “Kamu pula, Badri?” “Cerita tentang persahabatan dua makhluk Tuhan. Mereka saling tolong menolong.” “Apa pengajaran dari klip video ini?” Lokman dan Badri berasa malu untuk menerangkan pengajaran daripada klip video itu. Mereka sedar bahawa apa yang ditunjukkan oleh Cikgu Yahya adalah sindiran terhadap sikap mereka sejak kebelakangan ini.


33 Sejak kebelakangan ini mereka tidak mahu berkawan dengan Aidil. Mereka selalu menempelak Aidil. Mereka mengejek Aidil yang mahu berubah. Mereka memperbodohkannya. Mereka mengatakan Aidil bodoh macam keldai “Cikgu pasti kamu berdua tahu pengajaran dari klip video ini. Kamu dari kelas yang pandai. Kalau kamu tidak mahu memberitahunya malulah kamu,” cabar Cikgu Yahya. Rasa tercabar di hati Lokman dan Badri. “Cikgu ni betul-betul mencabar kita,” detik hati Lokman dan Badri. “Kita mesti berbuat baik antara satu sama lain. Jangan suka bergaduh,” kata Lokman ringkas. “Bagus. Mudah sahaja pengajarannya kan?” kata Cikgu Yahya. “Kalau semut tadi tidak dibantu oleh burung, ia tentu akan hanyut dibawa arus sungai. Kalau burung tadi tidak dibantu oleh semut pula, dagingnya sudah tentu menjadi lauk pemburu itu. “Kamu mesti amalkan pengajaran di dalam klip video itu tadi,” kata Cikgu Yahya. “Baik, cikgu,” jawab Lokman dan Badri.


34 Cikgu Yahya nampaknya berpuas hati dengan pertemuannya pagi itu. Dia pecaya nasihatnya akan memberi bekas di hati Lokman dan Badri. Dia yakin Lokman dan Badri akan berubah selepas itu. Dia mahu Lokman dan Badri berbaik-baik semula dengan Aidil. “Aidil murid yang perlu diberi bantuan. Dia macam cerita semut tadi. Kalau tidak dibantu dia akan hanyut dan tidak dapat diselamatkan. Kamu berdua pula seperti burung tadi. Kamu mesti menghulurkan bantuan. Kamu mesti memberikan pertolongan kepadanya. Hari ini dia memerlukan bantuan kamu. Kamu berdua murid yang pandai di kelas. Jangan kedekut dengan ilmu yang kamu miliki,” kata Cikgu Yahya kepada Lokman dan Badri. Mereka berdua kemudiannya dibenarkan meninggalkan bilik bimbingan. Ketika itu loceng rehat baru sahaja berbunyi. Lokman dan Badri terus beredar ke kantin sekolah.


35 Murid-murid tahun enam Sk Sri Bahagia telah dibawa oleh pihak sekolah ke Kem Rimba Templer di pinggir bandar Kuala Lumpur untuk mengikuti kem motivasi anjuran PIBG sekolah. Mereka akan berada di situ selama tiga hari dua malam. Pada petang Jumaat mereka mula bertolak dari pekarangan sekolah dengan menaiki dua buah bas sekolah yang disewa khas. Sesampainya di sana, mereka ditempatkan di asrama yang memang sudah tersedia di kem tersebut. 4 Kem Motivasi


36 Pada sebelah malam hari pertama, mereka mengadakan aktiviti berkenalan. Walaupun mereka telah mengenali antara satu sama lain, tetapi Cikgu Yahya yang menjadi penceramah dalam sesi itu menggunakan cara yang berbeza. Cikgu Yahya tahu ramai antara murid-murid di sekolahnya cuma kenal secara luaran sahaja rakanrakan mereka. Mereka tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam. “Malam ini kita cuba untuk mengenali hati budi rakan-rakan. Setiap orang hendaklah memberitahu cita-cita masing-masing, apa yang disukai dan apa yang tidak,” kata Cikgu Yahya memulakan aktiviti pada malam itu. “Saya Lokman. Cita-cita saya ialah ingin menjadi seorang doktor. Saya suka membaca buku dan suka mempunyai kawan yang ramai. Tetapi saya tidak suka kawan-kawan yang menyakiti hati saya,” kata Lokman apabila tiba gilirannya memperkenalkan diri. “Saya Badri. Cita-cita saya ingin menjadi juruterbang kapal terbang. Saya suka sukan yang


37 lasak dan membaca buku cerita yang berunsur pengembaraan. Saya tidak suka orang yang mengungkit-ungkit kisah lama,” kata Badri pula. “Saya Aidil. Cita-cita saya ialah untuk menjadi seorang usahawan berjaya. Saya ingin memiliki kilang yang mengeluarkan barang-barang pengguna. Saya suka membaca buku yang berunsurkan penyiasatan. Saya tidak suka menyimpan dendam,” kata Aidil. Cikgu Yahya juga ada mengulas tentang apa yang disukai dan apa yang tidak disukai. Cikgu Yahya berharap yang baik itu terus diamalkan dan apa yang tidak disukai itu hendaklah dijauhi. “Antara sebab kita bergaduh dengan rakanrakan kita ialah kita tidak tahu apa yang kawan suka dan tidak. Bak kata pepatah, rambut sama hitam, hati lain-lain.” “Cikgu, peperangan yang berlaku di dunia ini juga berpunca kerana tidak memahami perbezaan antara kita. Betulkah cikgu?” tanya Aidil. “Betul tu. Gagal memahami orang lain adalah punca perkara-perkara yang tidak baik berlaku.” Jawab Cikgu Yahya.


38 Selepas selesai menghabiskan sesi perkenalan, semua murid diarahkan masuk ke bilik masing-masing. Mereka diminta terus tidur kerana aktiviti yang seterusnya akan diadakan pada awal pagi esok. Keesokan pagi, murid-murid dikejutkan oleh guru-guru bertugas. Mereka diarahkan ke surau kem untuk menunaikan solat Subuh berjemaah. Selepas solat Subuh, Ustaz Samsuri memberikan kuliah Subuh kepada semua peserta. Habis kuliah Subuh, semua murid diminta kembali ke asrama dan bersedia untuk senaman pagi. Senaman pagi dilakukan oleh Cikgu Sudin. Semua murid diminta memanaskan badan dan membuat aktiviti regangan. Selepas itu Cikgu Sudin mengadakan pertandingan mini. Selesai sarapan pagi, semua murid berkumpul semula di bilik darjah di tingkat satu. Cikgu Hassan yang menjadi penceramah mula mengambil tempat. “Hari ini kita akan berbincang tentang bagaimana kita menggunakan masa setiap hari. Semua orang mempunyai 24 jam sehari. Tetapi mengapa ada di antara kita yang mengadu tidak cukup masa,” kata Cikgu Hassan memulakan ceramahnya.


39


40 “Kita semua mesti membetulkan keadaan ini. Sebenarnya bukan kita tidak cukup masa, cuma kita tidak bijak menguruskan masa kita,” sambung Cikgu Hassan. “Bagaimana caranya cikgu?” celah Lokman. “Sabarlah dulu, Lokman. Sebentar lagi kamu akan diajar bagaimana untuk menguruskan masa kamu dengan bijak,” kata Cikgu Hassan. Semua murid SK Sri Bahagia diam mendengar ceramah Cikgu Hassan. Satu persatu beliau menerangkan bagaimana cara yang bijak untuk menguruskan masa. Masa terus berlalu. Cikgu Hassan telah menghabiskan ceramahnya. Selepas itu seorang lagi penceramah muncul untuk menyampaikan ceramahnya kepada para peserta. Setelah ceramah yang kedua tamat, Cikgu Yahya yang juga merupakan pengurus kem motivasi itu memberitahu peserta bahawa pada jam dua petang nanti semua murid akan dibawa meredah hutan di sebelah timur. “Kita meredah Hutan Simpan Templer ini. Di sana ada banyak tumbuhan yang sudah pun diberi nama pada pangkal pokoknya. Kamu mesti mencatat


41 nama-nama itu sebanyak mungkin. Selain itu saya juga ingin kamu semua membuat catatan apa sahaja yang berlaku di sepanjang perjalanan di hutan petang nanti,” kata Cikgu Yahya. “Apa perlunya kami membuat catatan itu cikgu?” tanya Dasimah. “Catatan itu sangat berguna untuk bahan rujukan kamu. Kalau kamu ingin membuat karangan, kamu sudah ada bahan untuk tulisan itu,” jelas Cikgu Yahya. “Ada apa-apa lagi yang perlu kami bawa cikgu?” tanya Zamri pula. “Kamu bawalah seorang sebotol kecil air minuman. Kamu tentu memerlukannya ketika dalam perjalanan nanti.” Petang itu, semua peserta telah pun berada di tengah-tengah hutan simpan itu. Guru-guru mengiringi murid-murid dalam perjalanan di hutan itu. Lokman dan Badri sibuk mencatatkan namanama pokok yang mereka jumpa. Mereka turut melakar bentuk pokok itu di atas kertas yang dibawa. Perjalanan meredah hutan itu sungguh


42 menyeronokkan mereka semua. Mereka berjalan sambil berbincang tentang apa yang mereka lihat di sepanjang perjalanan itu. “Eh, apa yang melekat pada pokok tu cikgu? Sekali tengok macam ranting kayu saja?” tanya Faridah. “Itulah mentadak.” Kata Cikgu Jamil. Faridah mengangguk tanda faham. Semua murid meneruskan perjalanan. Mereka kini menuruni bukit melalui denai-denai di hutan itu. Mereka sekarang berada di jambatan zig-zag. Jambatan itu dibina merentasi anak sungai. Muridmurid masih berjalan dalam keadaan beratur. Mereka tidak dbenarkan memotong barisan ataupun berpecah. Lokman, Badri dan Aidil berjalan di belakang semua murid lain. Di belakang mereka ada Cikgu Yahya. Lokman asyik memerhatikan ikan-ikan berenang di dasar anak sungai di tepi denai yang mereka lalui. “Aduh!” tiba-tiba Lokman menjerit kesakitan. Semua murid diarahkan menghentikan


43 perjalanan. Mereka dibenarkan melihat-lihat di sekitar anak sungai yang mereka lalui itu. “Cikgu, kaki saya sakit. Saya rasa buku lali saya terseliuh,” adu Lokman. Cikgu Lokman memeriksa kaki Lokman. Tidak lama kemudian, Cikgu Laila yang berada di tengahtengah barisan murid menghampiri Lokman yang mengerang kesakitan. Cikgu Laila memeriksa sekali lagi kaki Lokman. Dia menyemburkan sedikit cecair kepada buku lali Lokman. “Tak ada apa-apa Lokman. Kamu masih boleh meneruskan perjalanan,” kata Cikgu Laila. Lokman bangun dari duduk. “Tak bolehlah cikgu. Masih sakit lagi,” adu Lokman. Tak mengapa. Badri dan Aidil, kamu berdua bergilir-gilir pimpin Lokman,” arah Cikgu Yahya. Semua murid kemudiannya meneruskan perjalanan. Ketika itu perjalanan meredah hutan sudah hampir tamat. Mereka sudah tiba di penghujung jalan. “Bagaimana Lokman, boleh teruskan perjalanan lagi?” tanya Aidil. Aidil kemudiannya memimpin Lokman berjalan. Sebelum itu dia dipimpin oleh Badri.


44 “Kau sungguh baik Aidil. Kau tidak menyimpan dendam kepadaku rupanya. Apa yang kau ucapkan di majlis perkenalan malam tadi memang betul,” kata Lokman. “Usah disebut perkara lama. Ini kan tanggungjawab aku sebagai seorang kawan,” balas Aidil. Tidak lama kemudian mereka telah sampai kembali ke asrama tempat penginapan mereka. Cikgu Yahya membenarkan semua peserta kem motivasi itu berehat sebentar. “Lepas sejuk badan nanti, bolehlah kamu pergi minum petang,” beritahu Cikgu Yahya. Lokman yang masih berasa sakit-sakit di bahagian kakinya terus dipimpin oleh Aidil ke katil di bilik tempat dia menginap. “Terima kasih Aidil, Badri.” Lokman terus duduk di katil. Di situ dia berbaring untuk menghilangkan kepenatan berjalan meredah hutan.


45 Kalau mahu maju dalam pelajaran kita mestilah berusaha. Tiada yang bulat akan datang bergolek. Tiada yang pipih akan datang melayang. Ilmu pelajaran tidak akan masuk dengan sendirinya ke dalam kepala kita tanpa usaha. Menuntut ilmu melibatkan masa yang panjang. Seperti berjalan jauh berbatu-batu. Ia tidak boleh diperoleh dalam masa yang singkat. Perjalanan yang jauh mestilah dimulai dengan langkah yang pertama. 5 Usaha Tangga Kejayaan


Click to View FlipBook Version