The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by e- LIBRARY SJKC BIN CHONG, 2023-04-11 02:50:37

Mengejar Cita-cita

Mengejar Cita-cita

46 Untuk mendapatkan ilmu atau pelajaran, kita mestilah berguru. Kamu semua memang bertuah kerana pada hari ini sekolah-sekolah telah dibina oleh kerajaan. Kamu boleh menuntut ilmu dengan mudah. Akan tetapi kamu juga mesti sedar ada ketikanya kamu perlu berjumpa dengan guru untuk mendapatkan nasihat. Contoh mudah ialah kalau kamu ingin tahu rahsia kejayaan orang-orang yang berjaya kamu harus berjumpa kaunselor atau guru bimbingan. Kamu bertuah kerana di sekolah kita ada guru bimbingan sepenuh masa untuk kamu berjumpa dan mendapatkan khidmat. Jangan malu atau segan untuk berjumpa dengannya. Kata-kata guru besar semasa perhimpunan pagi itu masih terngiang-ngiang di telinganya. Katakata guru besar itu menambahkan lagi semangatnya untuk meneruskan hajatnya agar menjadi pelajar yang baik. Kalau beberapa bulan dahulu dia selalu ponteng sekolah bersama-sama Dali dan Man. Tetapi sekarang dia sudah insaf.


47 Lokman dan Badri juga telah menjadi kawan baiknya sejak pulang dari kem motivasi. Peristiwa ketika meredah hutan di Hutan Simpan Templer tempoh hari membuka lembaran baru di antara Lokman, Badri dan Aidil. Lokman juga telah memberitahu rahsia tentang bagaimana dia boleh berjaya. “Aku selalu berjumpa dengan Cikgu Yahya. Cikgu Yahya tu banyak ilmu. Dia akan membantu kita bagaimana menjadi murid yang berjaya dalam pelajaran. Dia akan tunjukkan caranya. Pergilah berjumpa dengannya,” kata Lokman. Sebab itulah Aidil ingin berjumpa dengan Cikgu Yahya petang itu. Selepas waktu persekolahan tamat, awal-awal lagi Aidil sudah menunggu Cikgu Yahya di hadapan bilik kaunseling. Dia sudah mengatur temujanjinya dengan Cikgu Yahya beberapa hari yang lalu. Maklumlah, Cikgu Yahya kini bukan saja popular di kalangan murid-murid yang mempunyai masalah disiplin, tetapi juga kepada mereka yang mahu meningkatkan kualiti peribadi dan kualiti pelajaran.


48 Kalau mula-mula dahulu ramai murid-murid enggan berjumpa dengan Cikgu Yahya, tetapi sekarang ramai yang berlumba-lumba. Mereka percaya Cikgu Yahya boleh membantu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Cikgu Yahya juga setanding dengan kaunselor di luar sana. Aidil masih lagi duduk di bangku di hadapan bilik bimbingan. Cikgu Yahya belum tiba lagi. Cikgu Yahya akan masuk lambat sedikit kerana ada hal lain yang perlu dilakukannya. Aidil memandang di sekitar sekolah SK Sri Bahagia. Dari jauh kelihatan beberapa orang murid sedang berjalan ke arahnya. “Mungkin mereka juga ingin berjumpa dengan Cikgu Yahya,” teka Aidil. “Lama kamu menunggu?” tanya Kamalia. “Bila Cikgu Yahya akan sampai?” tanya Kamalia lagi. “Lama tu tidaklah. Tetapi kalau kamu rasa tempat duduk saya ni agak panas juga,” jawab Aidil.


49


50 “Selalunya dia akan menepati jadualnya. Ke mana dia agaknya. Lewat pula hari ini nampaknya,” kata Salmi pula. “Yalah. Mungkin ada masalah dalam perjalanan agaknya,” kata Hadi pula. “Sabarlah. Selalunya Cikgu Yahya akan menepati masa. Dia tidak akan lambat tanpa sebab,” kata Kamalia. “Tengok di sana. Dah datang pun,” kata Aidil sambil menunjukkan ke arah seseorang yang sedang menunggang motosikal. Cikgu Yahya baru sahaja memasuki pekarangan sekolah. Apa yang dikatakan oleh Aidil itu benar. Cikgu Yahya kini sedang menongkatkan motosikalnya di bangsal motosikal. “Mengapa pula dia menunggang motosikal. Selalunya dia memandu kereta,” kata Aidil kepada beberapa orang rakannya yang sedang menunggu di hadapan bilik kaunseling. “Lama kamu menunggu?” sapa Cikgu Yahya apabila sampai di hadapan biliknya.


51 “Tidaklah cikgu. Adalah dalam sepuluh minit,” kata Kamalia. Cikgu Yahya kemudiannya memberitahu ada orang meminjam keretanya pada petang itu. Terpaksalah dia menaiki motosikal. Tetapi tayarnya panict pula di pertengahan jalan. Terpaksalah dia membaikinya dahulu di bengkel berdekatan. Cikgu Yahya mempelawa Aidil dan rakanrakannya yang lain masuk. Aidil, Kamalia, Hadi dan Salmi segera masuk. Mereka duduk di kerusi yang tersedia di situ. Mereka duduk di kerusi yang sudah disusun dalam bentuk bulatan. Cikgu Yahya duduk di suatu sudut. “Kamu tahu, ciri-ciri untuk berjaya sudah pun ada pada kamu sendiri. Kamu semua mempunyai sifat-sifat fizikal yang sempurna. Kenapa kamu tidak seperti murid-murid lain?” kata Cikgu Yahya memulakan sesi bimbingannya kepada Aidil, Hadi, Salmi dan Kamalia. “Saya kurang jelas apa maksud cikgu,” tanya Aidil. “Ya, memang kamu tidak faham maksud cikgu.


52 Contohnya begini. Saya menarik seekor kuda ke tepi kolam, tetapi saya tak mampu untuk memaksa kuda itu untuk minum. Kuda itu sendiri yang akan menentukan sama ada ia hendak minum atupun tidak,” kata Cikgu Yahya. Aidil, Hadi, Salmi dan Kamalia menganggukanggukan kepala mereka. Mereka sudah faham akan maksud Cikgu Yahya tadi. Maksudnya kalau ingin berjaya usaha itu mestilah datang dari diri sendiri, bukan dari orang lain. Kalau datang dari orang lain ianya tidak akan berkekalan. “Sudah jelaskan? Kalau ingin berjaya, kita sendiri mesti berusaha lebih. Cikgu-cikgu di sekolah ini cuma menjadi pembantu sahaja,” terang Cikgu Yahya lagi. “Takkan cukup dengan usaha macam kuda tadi sahaja cikgu. Mesti ada lagi rahsia lain untuk berjaya,” tanya Aidil. “Memang benar. Untuk berjaya dalam pelajaran, kamu kena cukup bahan-bahan bacaan yang berkaitan. Dengan bahan itu kamu akan dapat cukup bahan untuk menghadapi peperiksaan. Mereka yang berjaya memiliki itu semua.”


53 “Kami yang serba kekurangan ini nampaknya tidak berpeluanglah cikgu?” “Tidak juga. Banyak pilihan yang boleh kamu cari. Kamu boleh ke perpustaakan. Pinjam bahanbahan itu atau buat rujukan.” “Selain daripada bahan-bahan bacaan dan rujukan, apa lagi yang kami perlukan untuk berjaya?” “Kamu perlukan latihan yang kerap atau orang sebut latih tubi. Kamu mungkin tahu sendiri, kalau kamu ingin pandai menunggang basikal, apa kamu akan buat? Pastinya kamu akan berlatih berulangkali, betulkan?” “Betul apa yang cikgu katakan itu. Dahulu saya tidak tahu menunggang basikal. Berkat latihan yang berterusan, saya pun berjaya menunggang basikal. Apabila saya pandai menunggang tidaklah saya terbabas lagi ke dalam longkang,” terang Hadi. Aidil, Kamalia dan Salmi tertawa apabila mendengar kata-kata Hadi yang pernah masuk longkang kerana berlatih menunggang basikal. “Sekarang kamu dah mahir menunggang basikal, bukan? Begitu juga dengan pelajaran kamu.


54 Kalau kamu berlatih dan terus berlatih tanpa mengira penat dan jemu, cikgu yakin kamu pasti boleh berjaya. Kamu mesti ingat dengan slogan semangat Malaysia Boleh. Dengan semangat Malaysia Boleh itulah ada anak Malaysia yang sudah berjaya mendaki Gunung Everest, mengelilingi dunia dengan perahu layar secara solo, dan macam-macam lagi. Gunakan semangat itu untuk memajukan diri sendiri,” kata Cikgu Yahya. Selepas itu Cikgu Yahya memberitahu lagi. “Untuk berjaya, jangan lupa berdoa kepada Allah. Apa sahaja usaha kita, kalau Allah tidak izinkan, ia tidak akan terjadi. Kita jangan kedekut untuk berdoa. Sebakhilbakhil manusia adalah orang yang tidak mahu berdoa kepada Allah. Berdoa kepada Allah tidak memerlukan wang ringgit. Kita boleh lakukannya sendiri.”


55 Aidil, Hadi, Salmi dan Kamalia menganggukanggukkan kepala. Pada ketika itu mereka terbayangkan Cikgu Yahya itu seperti seorang ustaz yang selalu berceramah di masjid di taman perumahan tempat tinggal mereka. Mereka kemudiannya meninggalkan bilik bimbingan. Cikgu Yahya juga keluar. Aidil segera meningglkan kawasan sekolah. DIa mengaturkan langkahnya untuk pulang ke rumah.


56 Petang itu Aidil bermain badminton bersama kakaknya di hadapan rumah. Mereka tidak menggunakan gelanggang yang sebenar. Sekadar meletakkan seutas tali di hadapan sebagai tanda sempadan permainan. Mereka berdua bermain untuk memanaskan badan dan mengeluarkan peluh sahaja. Mereka sedar kalau tidak bersenam tubuh badan mereka tidak akan sihat dan mungkin juga menyebabkan badan mereka menyimpan banyak lemak. 6 Cabaran Lagi.


57 Selepas penat bermain, mereka berdua duduk berehat di hadapan rumah. Kemudian mereka terdengar bunyi telefon berbunyi. Nadi segera masuk ke dalam rumah. “Hello, Nadia bercakap. Siapa di sana?” “Saya Puan Zainab, jururawat dari Hospital Universiti.” “Ada apa yang boleh saya bantu?” “Ini rumah Puan Salbiahkah?” “Ya, betul. Ini rumah Puan Salbiah. Tapi emak saya tiada di rumah.” “Adik ini anaknyakah?” “Ya, mengapa?” “Emak adik sekarang berada di hospital. Dia kemalangan. Sekarang dia sedang dirawat di wad kecemasan.” “Baiklah, saya akan datang segera.” Kata Nadia lalu meletakkan gagang telefon. Dia keluar memberitahu adiknya. “Ibu kemalangan. Sekarang dia berada di Hospital Universiti.


58 “Ayah tak tahukah ibu kemalangan?” “Mungkin ayah tak tahu lagi sebab pihak hospital yang menghubungi kita.” “Kita tunggu ayah balik dulu.” Kata Nadia. Aidil mengangguk Nadia dan Aidil masuk ke rumah kembali. Mereka membersihkan diri masing-masing. Kemudian mereka duduk di ruang tamu. Tidak lama kemudian ayah mereka pulang dari kerja. Pak Kamil terkejut apabila mendengar berita kemalangan isterinya. Tanpa berlengah Pak Kamil, dan anak-anaknya segera ke hospital. Di hospital, Puan Salbiah sudah pun sedarkan diri. Dilihatnya kaki Puan Salbiah sudah pun berbalut simen putih. Kakinya digantungkan ke atas. “Kaki ibu patah?” detik hati Aidil. Pak Kamil mahu bertanya sesuatu tetapi dilihatnya Puan Salbiah masih kelihatan lemah. Dia menangguhkan niatnya itu. Nadia dan Aidil duduk di sisi katil tempat ibu mereka berbaring. Dia merenung wajah ibunya yang sudah berumur lebih daripada empat puluh tahun. Sesekali mereka melihat kekusutan wajah ayahnya


59 yang berasa sedih dengan musibah yang menimpa diri ibu mereka. Puan Salbiah memandang Pak Kamil, kemudian beralih kepada Nadia dan Aidil. Dia cuba untuk membuka mulut tetapi dia masih berasa lemah. Dia hanya melihat ahli keluarganya yang berada di sisinya ketika itu. Lama juga Puan Salbiah ditahan di hospital untuk rawatan. Setelah beberapa minggu barulah dia dibenarkan keluar. Dia telah diberikan kerusi roda. Kakinya yang patah menyebabkan dia tidak boleh berjalan seperti biasa sehingga lebih dua bulan. “Dugaan lagi buatku,” detik hati Aidil. “Aku akan membantu ibu di rumah. Aku perlu menyorong ibu sekiranya ibu hendak bergerak ke sana ke mari.” Aidil berkata kepada dirinya sendiri. Minggu demi minggu berlalu. Puan Salbiah hanya menghabiskan masanya di rumah sehingga kakinya benar-benar sembuh. Setiap kali hendak bergerak dia akan menggunakan kerusi roda atau kadang-kadang menggunakan tongkat.


60 Di waktu petang, Aidil dan kakaknya banyak membantu. Sekiranya ingin bersiar-siar di hadapan rumah pada waktu petang, Puan Salbiah akan meminta bantuan anak-anaknya. Pada suatu hari, Aidil menemui Cikgu Yahya tentang kemusykilan yang dihadapinya. “Sejak kebelakangan ini saya berasa sedikit terganggu.” Adu Aidil. “Apa yang mengganggu kamu?” “Ibu saya.” “Mengapa dengan ibu kamu?” “Dia banyak menyusahkan saya.” “Pelik juga rungutan kamu kali ini. Sepanjang pengalaman saya menjadi kaunselor selama ini tidak ada orang yang merungut atau mengadu tentang ibu yang menyusahkan anaknya.” “Ya, cikgu. Ibu saya benar-benar menyusahkan saya.” “Apa yang ibu kamu lakukan?” “Dia selalu meminta saya melakukan itu dan ini. Jika dia perlukan apa-apa, dia akan meminta bantuan saya.” Cikgu Yahya termenung sebentar. “Betulkah


61


62 apa yang dikatakan oleh Aidil ni? Apa pula masalah yang dihadapinya sekrang,” fkir Cikgu Yahya. “Bukan semua ibu baik kepada anak-anak. Ada juga ibu yang kurang baik.” Ciikgu Yahya kemudiannya terfikirkan sesuatu. “Apa yang ibu kamu minta?” Cikgu Yahya bertanya kepada Aidil. “Dia minta diangkat, minta makanan, minta dibawa keluar rumah.” “Apa sebenarnya masalah ibu kamu?” “Ibu saya kemalangan beberapa minggu yang lalu dan menyebabkan kakinya patah. Dia tidak boleh berjalan seperti biasa. Dia terpaksa menggunakan kerusi roda.” “Hmm, patut lah,” kata Cikgu Yahya. Cikgu Yahya berfikir lagi. Pada fikirannya ini semua bukanlah salah Puan Salbiah. Aidil sendiri yang bersalah. Aidil memang sepatutnya memberikan bantuan kepada ibunya yang sakit. Cikgu Yahya kemudiannya menceritakan kisah Si Tanggang yang derhaka. Dahulu Si Tanggang merupakan anak orang kampung yang miskin. Setelah


63 sekian lama mengembara dia menjadi kaya dan berkahwin dengan anak raja. Kerana telah menjadi kaya, dia enggan mengaku ibunya yang miskin. Akibatnya, dia disumpah menjadi batu. “Mengapa cikgu ceritakan kisah itu kepada saya? Saya bukan anak derhaka macam Si Tanggang,” komen Aidil. “Memang betul kamu bukan anak derhaka. Tetapi kalau dibiarkan kamu merungut, kamu boleh jadi macam Si Tanggang juga. Dengan ibu bapa kita tidak boleh sama sekali berkata ‘ah’ atau meninggi suara. Kamu pernah melakukan itu?” “Tak pernah cikgu.” “Tetapi saya dengar tadi kamu merungut tentang ibu kamu. Apa jadi kalau dia terdengar rungutan itu. Pastinya dia rasa tersinggung. Pernah kamu merungut di depannya?” “Tak pernah cikgu.” “Kalau begitu baguslah.” Aidil kemudiannya memandang wajah Cikgu Yahya. Cikgu Yahya ada menyimpan sedikit janggut.


64 “Jadi apa yang patut saya lakukan sekarang cikgu?” “Kamu mestilah banyak-banyak bersabar. Kamu banyakkan berdoa agar ibu kamu cepat sembuh. Beri bantuan kepada ibu kamu yang sangatsangat memerlukan bantuan kamu. Jangan merungut lagi.” Aidil mengangguk tanda setuju. Dia kemudiannya meninggalkan bilik kaunseling. Dia berasa lega setelah mendapat nasihat daripada Cikgu Yahya. Dia sedar kini bahawa pengorbanannya sangat penting untuk ibunya. Ketika pulang ke rumah, sepanjang perjalanan itu Aidil teringatkan cerita Ustaz Halim, guru agamanya. Dia pernah bercerita tentang seorang anak yang menuntut ilmu tanpa izin ibunya. Pada suatu ketika, anaknya itu telah ditimpa bencana. Rumah tempat tinggalnya telah dimasuki perompak. Perompak itu telah memotong kaki dan tangannya serta mencungkil biji matanya. Ibunya teringin sangat berjumpa kembali dengan anaknya itu. Setiap hari dia berdoa. Takdir Yang Maha Kuasa telah menentukan si ibu tadi telah


65 berjaya menemui kembali anaknya. Dia begitu terkejut dengan keadaan anaknya ketika itu. Si ibu bertanya kepada seorang yang alim, kenapa anaknya jadi begitu. “Itulah balasan anak yang derhaka. Biarpun untuk menuntut ilmu, si anak perlu meminta izin orang tuanya terlebih dahulu,” kata orang alim itu. Aidil mengangguk-anggukkan kepala sambil berjalan pulang ke rumah. “Dah balik pun Angah. Tolong ambilkan air untuk ibu,” kata Puan Salbiah sebaik sahaja Aidil masuk ke rumah. “Baik ibu. Tunggu Angah ambilkan.” Setelah beberapa ketika berada di dapur, Aidil kembali ke ruang tamu. Dia menghulurkan air yang diminta. “Kamu ke mana tadi? Risau ibu dibuatnya,” kata Puan Salbiah. “Apa yang ibu risaukan?” “Ibu mana yang tak risaukan anaknya. Sekarang ni macam-macam boleh berlaku kalau jika tidak selalu beringat.”


66 “Angah kan anak lelaki. Tahulah Angah menjaga diri.” “Betul kata Angah tu. Tetapi takdir Tuhan siapa yang tahu.” Jawab ibunya. Puan Salbiah memandang anaknya. Anak keduanya kini sudahpun berumur dua belas tahun. “Sudah besar rupanya anak lelakiku ini. Mudahmudahan bila dewasa nanti dia akan menjadi orang yang berguna. Berguna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara,” bisik hati Puan Salbiah. Aidil memandang ibunya. Ibunya kelihatan sedih dan mengalirkan air mata. “Kenapa ibu menangis?” tanya Aidil yang terkejut apabila ibunya menangis dengan tiba-tiba. Puan Salbiah segera mengesat air mata yang meleleh di pipinya. “Ibu bukannya menangis, Angah. Mata ibu masuk habuk,” dalih Puan Salbiah. “Ibu sembunyikan sesuatu dari Angah ya..” cungkil Aidil. Aidil tahu selalunya ibu akan merasa sedih dan menangis apabila teringatkan Syamsul, adiknya yang sudah meninggal dunia.


67 Syamsul, anak ketiga Puan Salbiah iaitu adik Aidil telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya ketika bermain basikal beberapa tahun yang lalu. Dia sendiri turut terlibat dalam kemalangan itu. “Ibu teringatkan adik ya..” “Tidaklah Angah. Ibu hanya memikirkan masa depan Angah. Belajarlah rajin-rajin sehingga ke universiti. Jadilah orang berilmu.” “Baik ibu. Harapan ibu itu akan Angah tunaikan. Doakan semoga Angah berjaya.” Puan Salbiah mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia sememangnya sering berdoa agar anak-anaknya berjaya. Setiap kali selepas solat dia tidak lupa untuk berdoa. Dia mahu Aidil dan Nadia berjaya di dunia dan akhirat. Tidak lama kemudian, Pak Kamil pulang dari kerja. “Apa yang dibincangkan kamu dua beranak ni?” tanya Pak Kamil sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di ruang tamu.


68 “Tak ada apa-apa. Kami cuma berbual-bual kosong. Sementara menanti Nadia menyiapkan minuman petang,” kata Puan Salbiah. Tidak lama kemudian, Nadia keluar dari dapur. Dia membawa satu jag air teh kosong dan sepiring pisang goreng yang masih panas lagi. Mereka berempat kemudiannya minum petang bersamasama.


69 Sekolah Kebangsaan Sri Bahagia baru sahaja mengadakan Peperiksaan Percubaan UPSR. Setelah dua minggu berlalu, guru mata pelajaran memulangkan semula kertas-kertas jawapan peperiksaan itu kepada semua murid tahun enam. Boleh dikatakan hampir semuanya berasa gembira dengan keputusan yang mereka terima kecuali Aidil. Selepas menerima kertas peperiksaan Matematik dan Penulisan, dia terdiam. Markah yang diperolehinya agak mengejutkan. 7 Kertas Jawapan


70 “Cikgu, saya rasa tak percaya dengan markah yang saya perolehi ini. Saya fikir ada sesuatu yang tidak kena dengan kertas jawapan ini,” kata Aidil kepada Cikgu Hamidah, guru matematiknya. Cikgu Juriah menyemak semula kertas jawapan Aidil. “Tidak ada apa-apa yang salah. Semuanya saya sudah tandakan dengan betul,” kata Cikgu Hamidah. “Cikgu, tulisan di kertas jawapan ini bukan tulisan saya. Bagaimana ini boleh terjadi?” komen Aidil. “Nama yang tertulis di atas kertas jawapan itu nama kamu. Jadi, tentulah ini kertas jawapan kamu,” balas Cikgu Hamidah lagi. Selepas itu Aidil berjumpa pula dengan Cikgu Juriah iaitu guru Bahasa Melayunya. “Saya dapati kertas jawapan saya ini ada yang tidak kena cikgu. Tulisan di kertas jawapan ini bukan tulisan saya. Macam telah disabotaj orang seseorang,” kata Aidil kepada Cikgu Juriah. “Berani kamu menuduh ada orang yang melakukan sabotaj. Seumur hidup cikgu tak pernah melihat ada orang nak sabotaj kertas jawapan orang lain. Kalau nama kamu tercatat di kertas jawapan ini,


71 pastilah kertas jawapan ini kamu yang punya,” kata Cikgu Juriah. Aidil merasa sungguh kecewa selepas aduannya tidak dilayan oleh guru-guru berkenaan. “Macam mana hal ini boleh berlaku. Mungkinkah ada orang di dalam kelas ini yang ingin membuat aniaya kepada aku,” bisik Aidil. Sejak kejadian itu, Aidil asyik termenung. Hal ini disedari oleh Lokman dan Badri. “Kami lihat kau selalu termenung dan muram saja, mengapa?” tanya Lokman semasa waktu rehat. “Entahlah. AKu betul-betul tak faham. Aku belajar bersungguh-sungguh tetapi markah peperiksaan percubaan UPSR aku tidak begitu menggalakkan,” cerita Aidil. “Kau banyak melakukan kesilapan dalam jawapan tak?” tanya Badri. “Setahu aku, apa yang aku jawab dalam peperiksaan itu aku jawab dengan betul. Jawapan matematik yang aku tanda dalam kertas soalan masih aku simpan. Ianya tak sama dengan kertas jawapan yang aku terima kelmarin. Pelik sungguh,” cerita Aidil.


72


73 “Kau syak ada sesuatu yang berlaku?” duga Lokman. “Ya. Tetapi aku tak tahu bagaimana ini boleh berlaku,” kata Aidil pula. “Apa yang kau syakkan itu?” tanya Badri. “Ada seseorang yang telah menukarkan kertas jawapan aku.” “Pelik bunyi tuduhan kau tu. Tak pernah dibuat orang. Ini melibatkan maruah seseorang.” “Orang kalau nak buat sesuatu yang tidak baik, tidak akan pedulikan apa-apa lagi.” “Kau yakin dengan apa yang kau cakapkan ini? tanya Lokman. “Ya. Aku yakin sekali.” Jawab Aidil pula. “Kau ada syak sesiapa yang melakukan hal ini?” tanya Badri. “Aku tidak mengesyaki sesiapa. Tapi aku boleh tunjukkan buktinya.” Lokman dan Badri termenung memikirkan masalah yang dihadapi oleh Aidil. Mereka tahu


74 prestasi pelajaran Aidil semakin meningkat. Tetapi mereka kurang pasti dengan apa yang berlaku sekarang. Mereka berdua kemudiannya melihat kertas jawapan mata pelajaran Matematik dan Penulisan Aidil. Mereka agak terkejut dengan tulisan nama di atas kertas jawapan Aidil. Mereka tahu tulisan di atas kertas jawapan itu bukannya tulisan Aidil tetapi tulisan orang lain. “Kamu sudah adukan hal ini kepada Cikgu Hamidah dan Cikgu Juriah?” “Sudah. Tetapi Cikgu Hamidah dan Cikgu Juriah tidak percaya kepada aku. Mereka kata kalau nama di kertas itu tertulis nama aku, maka kertas itu aku yang punya.” “Betul juga kata cikgu tu.” “Masalah ini nampaknya agak rumit.” Aidil termenung. Begitu juga dengan Lokman dan Badri. “Aku dapat satu akal. Kita jumpa dengan Cikgu Yahya.” Kemudian Aidil, Lokman dan Badri ke bilik bimbingan.


75 “Kami menghadapi masalah yang agak rumit, cikgu.” Beritahu Lokman. “Aidil mengadu kepada kami yang kertas jawapannya seperti telah ditukar oleh seseorang. Dia meminta cikgu menyelesaikan masalah ini.” “Ada bawa kertas jawapan tersebut?” “Ini dia cikgu. Tulisan nama calon di kertas jawapan itu bukan tulisan saya. Saya syak ada orang yang telah menukarkan kertas jawapan saya.” “Berat tuduhan ini. Ini melibatkan maruah seseorang.” Kata Cikgu Yahya. Cikgu Yahya termenung. Dia memikirkan sesuatu. Sementara itu dia memandang ke sekeliling arah bilik tempatnya memberikan khidmat bimbingan kepada semua murid di sekolah itu. “Beginilah. Kertas jawapan ini kamu berikan kepada cikgu. Cikgu akan berjumpa dengan guru besar untuk menyelesaikan masalah ini.” Aidil dan rakan-rakannya keluar meninggalkan bilik Cikgu Yahya. Cikgu Yahya keluar dan terus ke bilik guru besar. Lama juga dia berbincang dengan guru besar.


76 Dalam tempoh setengah jam, Cikgu Hamidah dan Cikgu Juriah dipanggil ke bilik guru besar. Tidak lama kemudian, Cikgu Hamidah dan Cikgu Juriah pun keluar dari bilik guru besar. Aidil, Lokman dan Badri kini berada di kelas mereka, 6 A. Sebentar kemudian Cikgu Juriah masuk ke kelas mereka. “Saya ingin mengumpul semula kertas jawapan Penulisan dan Matematik. ” Kata Cikgu Juriah. “Kumpulkan sekarang.” Kebetulan pada masa itu, semua murid 6 A masih lagi menyimpan kertas-kertas jawapan peperiksaan percubaan UPSR di dalam beg masingmasing. Mereka pun mengeluarkannya dan menyerahkan kepada Cikgu Juriah. “Terima kasih atas kerjasama semua.” Kata Cikgu Juriah lalu beredar. Dia segera ke bilik guru besar. Cikgu Ramlan pun ikut sama. Pada waktu itu Cikgu Yahya pun masih berada di bilik guru besar. “Cuba kita selidik apa yang tidak kena dengan kertas-kertas jawapan peperiksaan percubaan UPSR


77 yang lalu. Tak pernah perkara begini berlaku dalam sejarah peperiksaan kita,” kata Encik Malik, guru besar sekolah. “Saya rasa ada seseorang yang telah menukar nama-nama calon pada kertas jawapan beberapa orang murid.” Cikgu Yahya mengulangi kata-katanya yang sebelum itu telah dikemukakan kepada guru besar. Cikgu Juriah dan Cikgu Hamidah membelekbelek kertas jawapan murid-murid tahun 6 A yang baru dikumpulkan tadi. “Mungkin ada di antara cikgu-cikgu semua yang mengenali tulisan Aidil. Cuba cari yang mana satu kertas jawapannya yang telah ditukar namanya,” arah Encik Malik. “Saya rasa kita perlu memanggil dan rakanrakannya untuk mengesahkan yang mana satu kertas jawapannya. Saya dan Cikgu Ramlan tidak dapat mengingati bentuk tulisan Aidil itu,” kata Cikgu Hamidah. Aidil, Lokman dan Badri dipanggil masuk ke bilik guru besar. “Cuba kamu camkan kertas jawapan kamu. Yang mana satu kertas jawapan kamu.”


78 Aidil terus membelek-belek kertas jawapan Penulisan kertas jawapan asalnya. “ini dia cikgu,” kata Aidil menunjukkan kertas jawapan Penulisan dan Matematiknya. “Kamu pasti?” “Ya cikgu. Di sudut kiri bawah kertas jawapan ini ada saya catatkan nama saya,” kata Aidil kepada guru besar. Guru besar mengangguk-anggukkan kepala. Bijak budak Aidil ni. Mereka yang melakukan sabotaj ini telah terperangkap. “Pergi panggil Jali dan Judin,” arah guru besar kepada Lokman dan Badri. Tidak lama kemudian, Jali dan Judin berada di bilik guru besar. Mereka kelihatan takut apabila berada di bilik guru besar. “Kenapa kamu berdua nampak takut? Macam orang yang telah melakukan kesalahan sahaja nampaknya?” uji Encik Malik. “Maafkan kami cikgu. kami berjanji takkan buat lagi,” kata Jali dan judin mengaku salah. “Cepat betul kamu mengaku. Saya belum tanya


79 apa-apa lagi kamu sudah mengaku salah,” perli Encik Malik. “Mengapa kamu melakukan kerja begini?” tanya Cikgu Yahya pula. “Kami ingin dapat markah lebih dalam peperiksaan percubaan itu. Jadi, kami mencuri kertas jawapan Aidil dan menukarkan namanya pada kertas jawapan dengan nama kami,” jelas Jali. “Betul apa yang Jali katakan itu Judin?” “Betul cikgu.” “Apa yang kamu lakukan itu adalah satu penganiayaan. Kalau dalam peperiksaan UPSR yang sebenar, keputusan peperiksaan kamu boleh dibatalkan, kamu tahu?” kata Encik Malik. “Kami tahu cikgu.” “Kalau tahu mengapa kamu buat juga?” “Kami takut dengan ibu bapa kami. Mereka sangat garang. Mereka inginkan markah peperiksaan kami naik. Itu saja cara yang kami boleh buat untuk mendapat markah yang lebih.” Tidak lama kemudian, Jali dan Judin diarah mengikut Cikgu Yahya ke bilik bimbingan. Guru besar


80 sudah mengarahkan agar mereka berdua diberikan bimbingan. “Kes sudah selesai cikgu. Kita kena lebih berhati-hati agar perkara ini tidak berlaku lagi pada masa depan,” kata Encik Malik kepada Cikgu Hamdan dan Cikgu Juriah. Sekembalinya dari sekolah tengahari itu, Aidil berjalan dengan cepat menuju ke pintu pagar sekolah. Akan tetapi Lokman dan Badri mengejarnya dari belakang. “Aidil mengapa jalan cepat sangat? Tunggulah kami.” “Apa yang nak ditunggukan. Perut aku dah lapar ni. Kakak aku mesti dah sediakan makanan tengahari,” kata Aidil. “Mengapa kamu berdua mengejar aku?” tanya Aidil. “Tak sangka ada orang dengki dan khianat kepada kawan sendiri kerana mementingkan diri sendiri,” kata Lokman sambil berjalan bersaingan. “Itulah yang dinamakan manusia. Kalau dah terdesak, kawan sendiri pun akan dimakannya,” kata Badri pula. Setelah sampai di rumah, Aidil meminta diri untuk masuk. Lokman dan Badri pula meneruskan perjalanan ke rumah mereka. Rumah mereka cuma beberapa blok sahaja dari rumah Aidil.


81 Ketika berjumpa dengan Cikgu Yahya di bilik bimbingan, Jali dan Judin menceritakan bagaimana mereka menukarkan nama mereka berdua pada kertas jawapan peperiksaan Aidil. Mereka berdua mencuri masuk ke bilik guru semasa guru-guru sedang berehat. Mereka memadamkan nama Aidil dan menggantikannya dengan nama mereka. “Mengapa kamu buat kerja bodoh begini?” tanya Cikgu Yahya. Jangan Dipedulikan 8


82


“Kami ingin mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan,” jelas Jali. “Tidakkah kamu tahu bahawa perbuatan ini salah?” “Kamu tahu, cikgu.” Kata Judin. “Kalau dah tahu mengapa kamu buat juga?” Jali dan Judin terdiam. Mereka merasa malu dengan perbuatan mereka. “Semasa di bilik guru besar tadi kamu katakan kamu lakukan ini semua kerana ibu bapa kamu mahu lihat kamu mendapat markah yang tinggi. Betulkah apa yang kamu katakan itu?” “Betul, cikgu.” “Tetapi adakah mereka menyuruh kamu menipu?” “Tidak, cikgu. Mereka menyuruh kami belajar betul-betul dan perbaiki kelemahan dalam pelajaran kami,” jelas Jali. Cikgu Yahya mengangguk-anggukkan kepala. “Kalau begitu, mengapa kamu berdua sanggup menceroboh masuk ke bilik guru, mencuri kertas jawapan dan menukar nama?” soal Cikgu Yahya lagi. 83


Jali dan Judin tidak mampu lagi menjawab pertanyaan Cikgu Yahya itu. Mereka tahu mereka telah melakukan kesalahan berat. “Tak bolehkah kesalahan kami ini dimaafkan, cikgu?” tanya Jali. “Yang salah tetap salah. Kamu pun sudah mengaku kesalahan kamu. Terpulanglah kepada lembaga disiplin sekolah untuk memutuskannya. Tugas saya di sini hanya untuk memberi bimbingan kepada kamu berdua.” Jali dan Judin tunduk merenung karpet di bilik bimbingan itu. Sesekali mereka memandang dinding di bilik itu dan memandang wajah Cikgu Yahya. Jali dan Judin kemudiannya diberikan sepucuk surat untuk diberikan kepada kedua ibu bapa mereka. “Sila berikan surat ini kepada ibu bapa kamu,” kata Cikgu Yahya sambil menyerahkan sepucuk surat kepada Jali dan Judin. “Cikgu nak berjumpa dengan ibu bapa kami kah?” tanya Jali. “Itu tak perlu cikgu nyatakan. Tugas kamu berdua ialah menyampaikan surat ini kepada mereka.” 84


“Tapi, cikgu..” “Tak ada tapi-tapi lagi. Surat itu tidak menyatakan apa-apa kesalahan kamu. Cikgu cuma meminta mereka hadir ke sekolah dan berjumpa dengan cikgu sahaja.’ Jali dan Judin memandang Cikgu Yahya. “Mengapa, kamu berdua tidak percaya dengan cikgu kah?” “Bukan begitu cikgu,” kata Jali dan Judin serentak. “Kalau begitu, sampaikan surat ini kepada ibu bapa kamu,” kata Cikgu Yahya lagi. Dengan hati yang berat, Jali dan Judin keluar meninggalkan bilik bimbingan. Kesalahan yang mereka lakukan telah menimbulkan masalah besar kepada mereka sendiri. Beberapa hari selepas itu, Aidil telah disindir oleh beberepa orang murid berikutan kes tersebut. Geram sungguh di hati Aidil. “Aku tak percayalah perkara ini boleh berlaku. Orang kalau nak markah tinggi akan buat macam dakwaan. Pelik juga, bagaimana cikgu-cikgu boleh 85


86 percaya dengannya. Anak emas cikgu agaknya,” itulah kata-kata yang didengarinya. Aidil hanya memandang wajah Semaun, Eman dan Farid serta beberapa orang rakan sekelas yang menyindirnya. Dia tidak mahu bertindak kerana dia tahu dia berada di pihak yang benar. Guru besar dan beberapa orang guru lain telah mengesahkan kebenaran dakwaannya. Orang yang melakukan kesalahan itu telah pun membuat pengakuan. Sejuk hati Aidil apabila Razi, ketua kelas mereka membidas sindiran mereka yang tidak berasas itu. “Kalau nak cakap, cakaplah berdasarkan fakta, berdasarkan bukti. Jangan main cakap saja.” Terdiam mereka apabila Razi membelanya. Tetapi semasa balik dari sekolah tengahari itu, Aidil terdengar lagi sindiran yang menyakitkan hati. “Jaga-jaga, dia itu anak emas cikgu. Jangan usik nanti cikgu marah.” Dia terdengar kata-kata itu diluahkan. Aidil menoleh ke arah suara itu. Dia mendapati Lamin yang menyindirnya. Bersama-sama Lamin ketika itu ialah Jali dan Judin. “Jali dan Judin sudah menyebarkan fitnah agaknya. Dia tidak puas hati dengan aku,” detik hati


87 Aidil ketika sedang berjalan balik ke rumah. Sepanjang petang dia termenung sendirian. Sebaik sahaja Puan Salbiah pulang dari kerja petang itu, Aidil mengadu kepada ibunya. “Mengapa? Kamu bergaduh di sekolahkah pagi tadi?” tanya Puan Salbiah. “Bukan bergaduh ibu. Kes ini sebenarnya sudah selesai. Mereka berdua telah menipu guru-guru di sekolah. Mereka telah menukar nama pada kertas jawapan Angah kepada nama mereka. Angah adukan hal ini kepada Cikgu Yahya. Selepas disiasat, mereka berdua akhirnya telah mengaku yang mereka telah menukarkan nama di kertas jawapan Angah dengan nama mereka,” jelas Aidil. “Siapa mereka berdua yang Angah maksudkan?” “Jali dan Judin. Mereka menceroboh bilik guru. Mereka ambil kertas jawapan Angah kemudian mereka tukarkan kepada nama mereka.” “Sampai begitu sekali?” “Ya, ibu.” “Habis, apa yang Angah risaukan?”


“Tetapi sekarang mereka buat fitnah pula. Mereka kata Angah ni anak emas cikgu.” “Kalau Angah di pihak yang benar, tiada apa yang perlu Angah risaukan. Pedulikan saja mereka,” kata Puan Salbiah. “Apa yang dibincangkan ni? Dari luar lagi abang dengar gamat saja bunyinya.” Celah Pak Kamil yang baru saja tiba. “Angah ni. Rakan-rakan sekolahnya buat hal pula. Sudahlah hari itu kertas jawapan peperiksaannya dicuri, hari ini dia diejek pula, dikatakan anak emas cikgu. Entahlah apa nak jadi dengan budak-budak sekolah sekarang ni,” kata Puan Salbiah. “Kes curi itu dah selesaikah?” tanya Pak Kamil. “Dah selesai. Sebab itulah Angah dituduh anak emas cikgu.” Pak Kamil mengangguk-anggukkan kepalanya. “Macam-macam hal budak sekolah zaman sekarang ni.” Kata Pak Kamil pula. 88


89 “Abang nak minum?” tanya Puan Salbiah kepada Pak Kamil. “Boleh juga. Haus pula rasanya. Maklumlah dah lama tak hujan.” “Angah pergi ke dapur sekejap, tengok Kak Lomg dah siapkan air atau belum.” Aidil bangun dan terus ke dapur. Tidak lama kemudian dia keluar dengan seteko air teh bersama dengan sepiring kuih yang dibeli oleh ibunya semasa pulang dari pejabat tadi. Mereka berempat minum petang bersama.


90 Ibu bapa Jali dan Judin sudah pun berjumpa Cikgu Yahya. Mereka agak terkejut dengan kelakuan Jali dan Judin. “Tak sangka Jali sanggup buat begitu. Buat busuk nama emak dan ayah saja,” kata Pak Kasim. “Apa nak jadi dengan kau ni Judin. Kau buat perkara yang ayah dan cikgu tak ajar,” kata Pak Dolah. Cikgu Yahya diam sahaja mendengar kata-kata Pak Kasim dan Pak Dolah. Jali dan Judin cuma tunduk kerana malu dengan sikap mereka. Mereka 9 Peperiksaan


91 sedar mereka telah melakukan kesalahan besar. “Kami berjanji akan menjadi orang baik-baik selepas ini cikgu, ayah,” kata Jali dan Judin selepas itu. Walaupun perkara itu telah selesai, tetapi Aidil tetap digelar anak emas cikgu. “Apa yang saya buat selama ini adalah benar. Saya cuma menuntut hak saya,” kata Aidil kepada Cikgu Kamariah. Cikgu Kamariah bersimpati dengan masalah yang dihadapi oleh Aidil. Semasa mengajar di kelas 6A, dia menyebut perkara yang diadukan oleh Aidil. “Saya sungguh kesal dengan perbuatan segelintir pelajar. Dalam kes yang berlaku baru-baru ini, apa yang dilakukan oleh Aidil adalah benar. Dia berhak berbuat demikian. Orang yang bersalah mesti dihukum dan mereka telah pun membuat pengakuan.” Semua murid di kelas 6A memandang ke arah Jali dan Judin. Mereka berdua pula hanya tunduk memandang meja. “Jangan tengok kepada orang lain. Tengoklah dalam diri sediri. Jangan buat apa-apa yang tidak


92 betul di sisi undang-undang. Orang yang bersalah sudah pun mengakui kesalahannya. Kes itu sudah selesai.” “Tapi kini timbul pula kes baru yang menyatakan Aidil anak emas cikgu. Perkara begitu tidak berlaku. Cikgu-cikgu di sekolah ini cuma menunaikan tanggungjawabnya. Itu sahaja.” “Tuduhan yang dilemparkan tidak betul sama sekali. Saya harap perkara ini tidak disebut-sebut lagi. Faham semua?” Semua murid menganggukkan kepala mendengar kata-kata Cikgu Kamariah. Sejak hari itu, tiada sesiapa lagi yang mengatakan Aidil anak emas cikgu. Hari demi hari berlalu. Murid-murid tahun enam sibuk menyiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal menjelang dua minggu lagi. “Cikgu, boleh tolong saya tak? Soalan ini saya kurang faham. Puas saya mencuba tapi masih tak dapat cari penyelesaiannya,” kata Aidil kepada Cikgu Hamidah. Ketika waktu rehat, ramai guru berada di kantin sekolah kecuali Cikgu Hamidah dan Cikgu Sahak.


93


94 Cikgu Hamidah membaca soalan yang dikemukakan oleh Aidil. Dia kemudiannya memandang Aidil sambil tersenyum. “Soalan ini meminta kamu mencari luas kawasan yang tidak perlu dipasang permaidani, betulkan?” “Ya. Tetapi saya masih keliru dengan langkahlangkah mengiranya.” “Pertama sekali kamu mesti mengira luas lantai bilik. Kemudian, kira luas permaidani yang akan kamu pasang. Bagaimana setakat ini, faham tak?” “Faham, cikgu.” “Kemudian kamu tolakkan luas lantai dengan luas permaidani. Itulah langkah-langkah untuk mengiranya,” Cikgu Hamidah menamatkan penerangannya. “Terima kasih, cikgu. Saya sudah faham sekarang.” Aidil meninggalkan bilik guru. Dia ke kantin sekolah. Setelah membeli makanan dan minuman dia mencari bangku kosong. “Kau ke mana tadi? Kalau masa rehat, rehatlah.


95 Tapi kau pula sibuk mencari cikgu,” kata Lokman sambil menyuap bihun goreng ke mulutnya. “Betul tu, rajin betullah kau ni. Kalau ya pun berehatlah dulu. Lepas makan nanti barulah jumpa cikgu.” “Aku jumpa Cikgu Hamidah. Ada soalan yang aku tak faham. Kalau lambat-lambat nanti takut Cikgu Hamidah ada kelas lain pula.” Terang Aidil. “Sebagai kawan tentulah aku risaukan kau. Nanti kalau tak makan kau dapat sakit gastrik baru tahu.” Kata Lokman pula. “Baiklah, lain kali aku akan makan dulu sebelum jumpa dengan cikgu, ok!” kata Aidil sambil tersenyum. Loceng tamat rehat telah berbunyi. Semua murid kembali ke kelas 6A. Sedar tak sedar waktu persekolahan hari itu telah tamat. Semua murid segera pulang ke rumah masing-masing. Petang itu, Aidil sibuk mengulangkaji pelajaran hingga ke malam. Pak Kamil dan Puan Salbiah tersenyum gembira melihat kesungguhan Aidil. “Alhamdulillah. Kita berharap dia akan berjaya


Click to View FlipBook Version