96 dengan cemerlang dalam peperiksaannya,” kata Pak Kamil. “Harap-harap dia akan mendapat 5A seperti yang diidamkannya dan masuk ke sekolah berasrama penuh,” sambung Puan Salbiah. Hari terus berlalu. Peperiksaan UPSR sudah pun tiba. Semua murid tahum enam termasuklah Aidil, Lokman dan Badri hadir ke sekolah pada awal-awal pagi seperti yang diarahkan oleh guru besar. Pada jam 7.50 pagi, semua murid sudah pun memasuki dewan peperiksaan. Ketua pengawas membacakan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua calon UPSR. Selang beberapa minit kemudian, ketua pengawas mengedarkan kertas soalan dengan bantuan beberapa orang guru pengawas yang lain. Semua calon sudah menerima kertas soalan Bahasa Melayu Kefahaman. Tidak lama kemudian, murid-murid mula membuka dan membaca kertas soalan. Ketua pengawas dan guru pengawas peperiksaan sekalisekala berjalan memerhatikan murid-murid yang sedang menjawab soalan.
97 Masa terus berlalu. Peperiksaan UPSR telah pun tamat. “Lega rasanya. Kalau tidak berat rasa kepala aku ni hendak mengingati semua pelajaran,” kata Aidil sebaik sahaja keluar dari dewan pada hari ketiga. “Aku pun sama,” kata Lokman. Badri cuma mengangguk sahaja apabila mendengar kata-kata Aidil dan Lokman. Memang benar pun kata-kata mereka berdua itu. “Bagaimana dengan peperiksaan Angah, boleh jawab?” tanya Pak Kamil semasa duduk di ruang tamu pada malam itu. “Insya-Allah, ayah. Angah yakin dengan semua jawapan Angah.” “Harap-harap begitulah.” Kata Puan Salbiah. “Kalau dapat 5A, Angah fikir nak ke mana?” “Kalau boleh biarlah ke sekolah berasrama penuh,” kata Aidil dengan harapan yang tinggi. “Baguslah kalau Angah fikir begitu. Tapi sekarang ni bukan senang nak masuk sekolah berasrama penuh, banyak persaingan. Hanya yang terbaik saja yang akan berjaya,” celah Nadia pula.
98 “Betulkah begitu Nadia?” tanya Puan Salbiah. “Betul ibu. Bukan semua orang akan mendapat tempat di sekolah berasrama penuh. Mereka yang cemerlang dan anak-anak orang luar bandar saja selalunya yang berjaya masuk ke sana.” Jelas Nadia lagi. “Kalau begitu, Angah nak ke mana kalau tak dapat masuk ke sekolah berasrama penuh?” tanya ibunya. “Angah yakin Angah akan dapat. Kata cikgu sekolah, kalau markah kita paling cemerlang berbanding orang lain, peluang ke asrama penuh adalah cerah,” hujah Aidil. Aidil sebenarnya begitu berharap akan mendapat markah cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Dia telah berusaha bersungguh-sungguh tanpa rasa jemu dan penat. “Aku yakin aku akan berjaya. Aku yakin aku akan dapat masuk ke sekolah berasrama penuh,” kata Aidil semasa berbaring di katil sebelum melelapkan matanya.
99 Sebulan berlalu, kini tibalah masa yang dinantinantikan. Semua murid tahun enam menanti keputusan peperiksaan yang akan diumumkan sebentar lagi dengan penuh debaran. Pagi tadi guru besar sekolah telah ke Jabatan Pendidikan Negeri untuk mengambil keputusan peperiksaan UPSR sekolah. “Sabarlah. Beri sedikit masa untuk guru-guru membuat persiapan terakhir sebelum menyerahkan keputusan peperiksaan kamu semua,” kata Cikgu 10 Mengecapi Kejayaan
100 Hamidah apabila Razi, ketua kelas 6A bertanyakan bilakah keputusan peperiksaan akan diumumkan. Semua murid 6A duduk di kelas masingmasing. Mereka menunggu dengan sabar. Razi selaku ketua kelas 6A menyabarkan rakan-rakan sekelasnya. “Sabar. Keputusan sudah ada di tangan guru kelas. Sebentar lagi Cikgu Hamidah akan masuk ke kelas kita,” kata Razi. “Aku pasti kau akan dapat 5A,” kata Aidil kepada Lokman dan Badri. “Mana kau tahu?” “Sejak hari peperiksaan dahulu aku tengok kau berdua tenang sahaja. Tiada riak yang menunjukkan kau tidak dapat menjawab dengan baik,” kata Aidil. “Terima kasih aku ucapkan. Kata-kata kau itu merupakan doa satu. InsyaAllah, Allah akan makbulkan,” kata Lokman. “Tapi aku rasa kau juga akan dapat 5A. Aku tengok kau berusaha bersungguh-sungguh. Dalam peperiksaan percubaan yang lalu, bukankah kau juga mendapat 5A?” kata Badri. “Itu peperiksaan percubaan.” Kata Aidil sambil tersengih.
101 Aidil sebenarnya berharap agar apa yang dikatakan oleh rakan-rakannya tadi benar-benar akan menjadi kenyataan dan apa yang dicita-citakannya akan tercapai. Cikgu Hamidah masuk ke kelas 6A. Dia membawa satu sampul surat besar. Sampul surat besar itu diletakkan di atas meja. Semua murid memandang ke arah sampul surat besar itu. “Kenapa senyap saja?” soal Cikgu Hamidah kepada murid-murid 6A. Dia memandang ke sekeliling kelas. Dia melihat wajah anak-anak muridnya sambil tersenyum. “Ada yang tidak hadirkah hari ini, Razi?” tanya Cikgu Hamidah. “Semua hadir, cikgu.” “Tetapi mengapa dua kerusi di sana tu kosong?” tanya Cikgu Hamidah lagi. “Mereka berdua ke tandas, cikgu. Sakit perut agaknya.” Kata Badri. “Tak patut kamu ketawakan orang yang ke tandas. Ke tandas itu adalah satu keperluan. Kalau
102 kamu tak buang air selama sehari, kamu akan tahu betapa seksanya hidup ini,” nasihat Cikgu Kamariah. Tidak lama kemudian, Marina dan Zila masuk semula ke kelas. Mereka kemudiannya mengambil tempat duduk masing-masing. “Tahniah atas kejayaan kamu semua. Semua murid kelas ini lulus dengan cemerlang. Tahniah.” Kata Cikgu Hamidah. Cikgu Hamidah kemudiannya memanggil murid-murid kelas itu seorang demi seorang untuk mengambil slip keputusan peperiksaan UPSR. Tidak lama kemudian, tibalah giliran Aidil dipanggil ke hadapan. “Aidil,” kata Cikgu Hamidah. Aidil segera ke hadapan kelas. “Tahniah, Aidil. Keputusan 5A kamu sungguh membanggakan cikgu,” kata Cikgu Hamidah. “Terima kasih, cikgu. Itu semua adalah hasil tunjuk ajar cikgu juga,” kata Aidil. Cikgu Hamidah tersenyum mendengar kata-kata Aidil. “Lokman,” kata Cikgu Hamidah pula. “Tahniah Lokman. Kamu juga mendapat 5A.”
“Terima kasih, cikgu. Tanpa didikan cikgu, mungkin saya tidak akan mencapai kejayaan ini,” kata Lokman lalu kembali ke tempat duduknya. Selepas itu beberapa orang lagi yang mendapat 5A dipanggil ke hadapan kelas. Antaranya ialah Jali, Zila dan Jasmin. Cikgu Hamidah kemudiannya beredar meninggalkan kelas 6A. Dia ke bilik guru kerana ada beberapa tugas lagi yang perlu diselesaikan. “Tahniah Aidil. Memang aku sudah jangkakan kau akan berjaya. Kau memang boleh,” kata Lokman memberikan ucapan tahniah. “Tahniah juga untuk kau Lokman.” Jawab Aidil. Aidil kemudiannya memeluk Lokman. “Kaulah kawanku. Kau banyak membantuku dalam kejayaan aku pada hari ini selain daripada cikgu-cikgu di sekolah ini,” kata Aidil. “Kau juga banyak membantu aku dalam mengenal erti persahabatan,” balas Lokman. Ketika itu dia teringat akan beberapa peristiwa yang berlaku antaranya dengan satu ketika dulu. “Tahniah Aidil. Kau telah berjaya dalam mengejar cita-cita kau,” kata Jali. Aidil sudah pun 103
104
105 pun memaafkan apa yang dilakukan oleh Jali terhadapnya beberapa bulan dahulu. “Terima kasih. Aku juga ucapkan tahniah kepada kau,” kata Aidil. Masa persekolahan hari ini cepat berlalu. Aidil segera pulang ke rumah. Sekembalinya Puan Salbiah dan Pak Kamil ke rumah, Aidil segera menyerahkan keputusan peperiksaannya. “Ini hadiah buat ibu dan ayah,” kata Aidil kepada Puan Salbiah dan Pak Kamil. “Tahniah Angah. Alhamdulillah, doa kau sudah dimakbulkan Allah.” Kata Pak Kamil. “Nampaknya, tahun depan Angah akan ke asrama penuhlah agaknya,” kata Puan Salbiah. “InsyaAllah ibu. Doakan agar ia menjadi kenyataan,” kata Aidil tersenyum gembira.
106 1.Ke manakah Aidil pergi semasa ponteng sekolah? 2.Kenapa Lokamn dan Badri berdendam dengan Aidil? 3.Mengapa Cikgu Yahya memainkan klip video Sang Semut menolong burung? 4.Apakah yang terjadi kepada Lokman semasa di hutan? 5.Mengapakah Aidil berjumpa dengan Cikgu Yahya? 6.Mengapakah Puan Salbiah menangis pada suatu petang? 7.Mengapakah Jali dan Judin cuba menipu kertas jawapan? 8.Apakah cita-cita dan harapan Aidil? 9.Siapakah sebenarnya yang membantu kejayaan Aidil? 10.Apakah tanggungjawab setiap guru di SK Sri Bahagia? ~Soalan~
107 1. Lesap – hilang 2. Selidik – siasat 3. Intipati – intisari 4. Terseliuh – tergeliat 5. Bakhil– kedekut 6. Menyorong – menolak 7. Syak – duga 8. Jemu – bosan 9. Diumumkan – diisytiharkan 10. Memerut - membuang air besar 11. Jaminan - kepastian 12. Perselisihan - pertikaian 13. Mengerang - merintih 14. Popular - terkenal 15. Derhaka - tidak taat 16. Meluat - menyampah 17. Uji - duga 18. Pelik - aneh 19. Mentah - belum dewasa 20. Pinggir - tepi ~Glosari~