49 PENILAIAN PELAKSANAAN PERUBAHAN TINGKAH LAKU PELAJAR DAN KEBERHASILAN BERDASARKAN PROGRAM PEMANTAPAN BAHASA MELAYU STPM SEMESTER 1 NORSINAH HJ OMBI Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu Sabah ABSTRAK Amalan penilaian guru akademik tingkatan enam terhadap pelaksanaan perubahan tingkah laku pelajar dan keberhasilan berdasarkan program Pemantapan Bahasa Melayu STPM Semester 1. Amalan penilaian dilakukan oleh guru akademik bahasa Melayu tingkatan enam setelah sesuatu program berjaya dilaksanakan mengikut perancangan takwim unit Bahasa Melayu. Kajian penilaian ini menggabungkan Teori Kognitif Sosial dan Model Penilaian Kirkpatrik pada tahap ketiga serta tahap empat. Kajian penilaian ini merupakan kajian kes kualitatif yang melibatkan enam pelajar semester 1 yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu STPM Semester 1 di sebuah kolej Tingkatan Enam di Kota Kinabalu Sabah. Peserta kajian dipilih secara pensampelan bertujuan. Data diperoleh melalui temu bual, senarai semak pemerhatian, dan senarai semak analisis dokumen. Proses pengumpulan data mengambil masa lebih kurang empat bulan. Kesahan data dan keboleh percayaan data kajian dinilai melalui proses kajian rintis, tringulasi data, pengesahan peserta kajian, dan penilaian rakan. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti 23 secara koding terbuka dan dipersembahkan dalam bentuk naratif. Hasil analisis mendapati pada penilaian Model Kirkpatrik tahap tiga iaitu perubahan tingkah laku pelajar, sebelum mengikuti program dan tidak mengaplikasi teknik BORPIKA, penulisan esei pelajar kurang berkualiti, selepas mengikuti program dan mengaplikasi teknik BORPIKA, pelajar mendapat pengetahuan baharu dan cara mengaplikasi teknik BORPIKA. Hasil analisis penilaian Model Kirkpatrik pada tahap empat mendapati program ini memberikan impak dari segi peningkatan peratus kelulusan dan nilai GPMP dalam Peperiksaan Percubaan dan Peperiksaan STPM Semester 1. Selain itu, dapatan penilaian mendapati program ini wajar diteruskan kerana memenuhi objektif utama yang digariskan dalam kertas kerja program unit . Sumbangan kajian ini memberikan nilai tambah kepada amalan PdP guru akademik tingkatan enam semasa mengajar penulisan esei tidak berformat panjang dan pendek serta pentingnya amalan untuk membuat penilaian terhadap keberkesanan sesuatu program demi kepentingan sesuatu organisasi, unit Bahasa Melayu dan pihak lain yang menyumbang wang ringgit. Akhir sekali, dapatan kajian mencadangkan supaya penilaian Program Pemantapan Bahasa Melayu wajar diteruskan untuk dijadikan panduan kepada organisasi atau unit mata pelajaran yang ingin melaksanakan amalan penilaian terhadap pelaksanaan perubahan tingkah laku pelajar dan keberhasilan sesuatu program. Kata kunci: Amalan Penilaian, Perubahan tingkah laku pelajar, Keberhasilan
50 KEBERKESANAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH (PBL) TERHADAP KEMAHIRAN INSANIAH PELAJAR TEKNOLOGI PEMBINAAN DI KOLEJ VOKASIONAL DAYANG SITI KHATIJAH AWANG DAMIT Kolej Vokasional Keningau ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan pembelajaran berasaskan masalah dalam meningkatkan kemahiran insaniah pelajar kolej vokasional. Berdasarkan kajian dan laporanlaporan lepas, kebolehpasaran pelajar sangat berkait rapat dengan kemahiran insaniah pelajar. Kemahiran insaniah yang sering menjadi keutamaan oleh majikan antaranya ialah, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran menyelesaikan masalah. Oleh itu, kajian ini akan menguji tiga kemahiran insaniah ini iaitu, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran menyelesaikan masalah melalui kaedah pembelajaran berasaskan masalah yang diterapkan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah dengan membahagikan pelajar kepada dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen menggunakan kaedah berasaskan masalah dalam sesi pembelajaran manakala kumpulan kawalan menggunakan kaedah konvensional yang biasa digunakan iaitu arah dan buat kepada pelajar. Markah diberi melalui panduan pemarkahan amali dan terdapat ruang khas untuk pemarkahan kemahiran insaniah. Dapatan dari kajian ini menunjukkan, pelajar yang menggunakan kaedah berasaskan masalah dalam kerja amali lebih banyak berkomunikasi, lebih terserlah kerja berpasukan dan lebih kritis dalam menyelesaikan masalah yang berlaku di tapak bina. Adalah diharapkan dengan penerapan kaedah pembelajaran berasaskan masalah ini akan dapat meningkatkan kemahiran insaniah dalam diri setiap pelajar kolej vokasional dan meningkatkan kebolehpasaran pelajar. Kata kunci: pembelajaran berasaskan masalah, kemahiran insaniah, teknologi pembinaan
51 APLIKASI AUGMENTED REALITY SNAKE SOLAT (AR2S) MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR SVM 2 TERHADAP TAJUK RUKUN SOLAT DI KOLEJ VOKASIONAL BEAUFORT DIDI NURDINA BINTI JOSEPH Kolej Vokasional Beaufort ABSTRAK Aplikasi Augmented Reality Snake Solat (AR2S) merupakan medium pengajaran dan pembelajaran teknologi baharu yang digunakan sebagai pilihan alternatif dalam meningkatkan kualiti proses PdPc kursus pendidikan Islam. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan rukun solat pelajar SVM 2 program pelancongan menggunakan aplikasi AR2S yang menggabungkan gaya pembelajaran VAK (Visual – Auditori – Kinestetik) dan pembelajaran berasaskan teknologi. Kajian ini juga bertujuan untuk memperkembangkan kaedah mengajar kursus pendidikan Islam agar proses pengajaran dan pembelajaran tidak membosankan serta membantu pelajar menguasai topik yang dipelajari dengan mudah dan cepat Tinjauan awal yang dilakukan adalah berbentuk pemerhatian, sesi temubual dan ujian sebelum. Seramai 12 orang sampel yang terdiri daripada pelajar SVM 2 program pelancongan di Kolej Vokasional Beaufort. Hasil tinjauan awal yang dilakukan, pengkaji dapati sebanyak 85% (11 orang pelajar) yang mengalami masalah dalam menguasai topik rukun solat dengan baik kerana beranggapan kursus ini kurang penting dan tidak menarik. Bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam menguasai rukun solat dengan cepat dan mudah, pengkaji telah menggunakan aplikasi digital iaitu Augmented Reality Snake Solat (AR2S). Kajian ini juga menggunakan ujian sebelum dan ujian selepas sebagai instrumen utama dalam menganalisis data. Analisis data juga dilakukan menggunakan kaedah perbandingan skor markah pelajar dalam ujian sebelum dan ujian selepas. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penguasaan pelajar dalam topik rukun solat meningkat apabila menggunakan aplikasi AR2S ini. Seramai 12 orang pelajar menguasai rukun solat mengikut susunan dengan baik dan menghafal bacaan pada setiap rukun solat dengan baik. Hal ini membuktikan bahawa menguasai rukun solat menggunakan AR2S dapat meningkatkan motivasi pelajar dan menarik minat pelajar sama ada dari sudut intrinsik dan ekstrinsik. Kata Kunci: Augmented Reality (AR), 2S Snake Solat, Rukun Solat, Gabungan gaya pembelajaran V.A.K dan Teknologi.
52 KEBERKESANAN PENGGUNAAN KAEDAH LEARNING BY DOING DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KIMIA ADELINE LEONG SUK YEE (PhD) SALINA BINTI ABDULLAH SANGGURO (PhD) TAN CHO CHIEW KOK BOON SHIONG (PhD) NG LEE FONG (PhD) Institut Pendidikan Guru Kampus Kent ABSTRAK Penyelidikan mod campuran ini bertujuan untuk mengkaji tahap keberkesanan kaedah Learning by Doing dalam pengajaran dan pembelajaran SCES3263: Organic Chemistry di bawah tajuk polimer. Tajuk polimer memerlukan penguasaan pelajar terhadap pengetahuan konseptual pada aras makroskopik, aras mikroskopik dan juga aras persimbolan. Majoriti pelajar mempunyai kerangka alternatif berkaitan tajuk ini dan hal ini dibuktikan menerusi dapatan daripada kajian literatur dan ujian pra yang menunjukkan kurangnya penguasaan pelajar berhubung konsep saintifik berkenaan. Hal ini berpunca daripada kelemahan pelajar untuk menguasai konsep-konsep saintifik sehingga menyebabkan pelajar cenderung untuk menghafal sematamata. Kaedah Learning by Doing direkabentuk bagi merangsang kemahiran pelajar untuk memindahkan teori yang dipelajari kepada bentuk pengetahuan bermakna yang mempunyai kaitan langsung dengan kehidupan seharian mereka. Seramai 45 orang responden telah dilibatkan secara aktif dalam kajian ini. Dapatan analisis deskriptif menerusi ujian pos telah menunjukkan peningkatan sebanyak 61.4% untuk gred A berbanding hanya 22.7% pada ujian pra. Analisis soal selidik menerusi kriteria penguasaan kandungan, kolaborasi, pembelajaran bermakna, TMK, kreatif dan minat turut menunjukkan kedudukan pada julat skor min tinggi (Landell, 1997) dan ia sejajar dengan dapatan analisis kualitatif menerusi temubual berstruktur dan analisis dokumen bagi kelima-lima kriteria berkenaan. Rumusannya, kaedah Learning by Doing merupakan kaedah pembelajaran bermakna yang dapat membekalkan pelajar berhubung konsep saintifik bersekali dengan pengalaman sebenar dalam kehidupan seharian. Kata kunci: Polimer, Learning by Doing, Kimia, Pengetahuan konseptual
53 PERKEMBANGAN PENAAKULAN PELAJAR MELALUI PENDEKATAN DOMAIN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL CHANDER VENGADASALAM (PhD) SANTHI LETCHUMANAN (PhD) MUNIMAH SUDRAMANIAN (PhD) GURUMINTARJIT KAUR A/P JANGIR SINGH Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi melihat perkembangan penaakulan pelajar melalui Pendekatan Domain semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Kajian ini melibatkan 37 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Tahun 1 Semester 2 di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPGKPT). Pelajar-pelajar yang dipilih terdiri daripada yang mengikuti kursus major, Matematik, Sains dan Reka Bentuk Teknologi. Kajian ini dijalankan dalam pendekatan kualitatif dengan menggunakan reka bentuk penyelidikan tindakan. Penyelidik menggunakan model penyelidikan tindakan yang diperkenalkan oleh Kemmis & McTaggart (1988). Data dikumpul dengan menggunakan teknik temu bual kumpulan berfokus, pemerhatian, dan catatan jurnal. Analisa data dibentuk secara bertema. Dapatan kajian menunjukkan Pendekatan Domain telah digunakan sebagai pendekatan pengajaran Pendidikan Moral di bilik kuliah secara terancang. Para pelajar telah didedahkan dengan domain moral serta domain konvensi sosial. Modul pengajaran telah digunakan dalam tiga gelung penyelidikan tindakan untuk menjawab soalan-soalan kajian. Ternyata dapatan kajian mempunyai implikasi yang penting kepada pedagogi pengajaran Pendidikan Moral. Secara kesimpulan kajian ini menunjukkan kepentingan Pendekatan Domain dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral yang membawa kepada perkembangan penaakulan pelajar-pelajar PISMP di IPGKPT. Kata kunci: penaakulan, domain moral, domain konvensi sosial
54 KAJIAN KEPUASAN KERJA WARGA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU, SABAH CHANTIRASEKAR A/L KARPAN (EdD) VIVEMARLYNE F. MUDIN (PhD) SAIDAH KHADIJAH AHMAD (EdD) RODZITA YAHAYA, Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau ABSTRAK Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepuasan kerja warga Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau mengikut dimensi kepimpinan, bidang tugas, pengiktirafan, hubungan antara staf dan kemudahan di tempat kerja. Populasi kajian adalah seramai 55 orang yang terdiri daripada warga pendidik IPGKK. Metodologi kajian ialah berbentuk kuantitatif dan data dianalisis menggunakan analisis deskriptif iaitu min dan sisihan piawai dengan menggunakan SPSS Versi. Dapatan menunjukkan tahap kepuasan kerja secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana iaitu (M=3.93, SP= 1.04). Implikasi kajian ini memerlukan tindakan pihak pengurusan untuk peka dan mengambil inisiatif sebagai langkah penambahbaikan dalam mewujudkan situasi kerja yang lebih kondusif. Kata kunci: Kepimpinan, Kepuasan Kerja, Warga Pendidik
55 PERKONGSIAN MODEL TRAINING OF TRAINERS (TOT) DALAM PENGENDALIAN BENGKEL PEMBELAJARAN DIGITAL CHIAM SUN MAY (PhD) LOW KEE SUN TAN CHO CHIEW Institut Pendidikan Guru Kampus Kent ABSTRAK Artikel ini berkongsi kaedah melaksanakan Pendekatan Latihan Jurulatih (Training of Trainers, TOT) berkenaan pembelajaran digital. Bengkel diikuti dengan kajian telah dilaksanakan melalui ahli-ahli Kelab Robotik yang terdiri daripada guru siswa IPG Kampus Kent di sebuah sekolah rendah. Ia melibatkan seorang jurulatih (JU) dan 10 orang fasilitator ahli Kelab Robotik. Peserta adalah 10 orang guru dan 20 orang murid. Setiap kumpulan dibimbing oleh seorang fasilitator bagi sesi aktiviti handson selepas sesi input. Data dikutip melalui Google Form sebelum bengkel tamat. Instrumen kajian terdiri daripada 24 item kuantitatif yang meminta persetujuan peserta bengkel dalm skala 5-poin Likert dan empat item terbuka yang meminta pandangan peserta terhadap kekuatan, kekurangan, cadangan penambahbaikan dan keperluan yang belum dipenuhi. Dapatan kajian melaporkan bengkel ini adalah berjaya. Kata kunci: TRAINING OF TRAINERS (TOT), pembelajaran digital, Robotik, jurulatih, fasilitator
56 TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH TERHADAP PELAKSANAAN PENDIDIKAN KESIHATAN DAN SEKSUALITI TERHADAP MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN DI SEKOLAH PROGRAM PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS DI SABAH DAN SARAWAK – SATU KAJIAN KES DOREN RUAYAH HERMAN (PhD) Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi tahap persediaan guru pelatih PISMPdi dua buah Institut Pendidikan Guru Kampus di Sabah dan Sarawak terhadap pelaksanaan Pendidikan Kesihatan dan Seksualiti Di Sekolah. Kajian yang digunakan berbentuk tinjauan dengan menggunakan soal-selidik yang dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian A: Aspek Pengetahuan Sedia Ada (Mental), Bahagian B: Aspek Afektif (Emosi) (Afektif (Emosi)) dan Bahagian C: Aspek Kewajaran Pelaksanaan Pendidikan Seksualiti. Responden terdiri daripada 50 orang guru pelatih PISMP di IPG di Sabah dan Sabah dan Sarawak. Analisis data menggunakan statistik deskriptif. Dapatan kajian bagi 3 komponen A: Aspek Mental pada tahap min sederhana iaitu 3.3768, Bahagian B: Aspek Afektif (Emosi) pada tahap min yang tinggi 3.7989 dan Bahagian C: Aspek Kewajaran Pelaksanaan Pendidikan Kesihatan dan Seksualitidi sekolah pada tahap min yang tinggi iaitu 3.5440. Inteprestasi keseluruhan min bagi Bahagian A, B dan C ialah 3.5732 (paras min yang tinggi). Kata Kunci: Pendidikan Khas, murid bermasalah pembelajaran, pndidikan kesihatan dan seksualiti
57 PEMBINAAN KERANGKA MODEL GAYA COMMUNITY LEADERSHIP EDUCATIONAL OUTREACH (KMGC) GERTURUDE JOCK (EdD) NORAFIDAH NORALIDIN (PhD) Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Penulisan ini dibuat dengan tujuan untuk menghuraikan proses pembinaan satu kerangka model pelaksanaan Program Gaya Community Leadership Educational Outreach (CLEO) yang merupakan satu program tahunan di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya sejak tahun 2018. Sehubungan dengan itu, kertas ini akan menjelaskan tentang Program CLEO dan pembinaan kerangka model Kerangka Model CLEO. Pembinaan kerangka ini akan melibatkan 35 orang pelajar guru yang pernah menyertai program CLEO pada tahun 2018 dan 2019. Huraian akan berfokuskan kepada maklumat CLEO, pembinaan model dan aplikasi KMGC. Pembentukan satu kerangka untuk pelaksanaan CLEO ini diharap akan menjadikan Gaya CLEO dapat dilaksanakan dengan sistematik di samping untuk melahirkan bakal guru yang berkemahiran dan berjiwa pendidik melalui pelaksanaan program melibatkan pihak komuniti. Kata kunci: Kerangka, Model CLEO, penyelaras, bakal guru, Guru Berjiwa Pendidik
58 PLAY AND AUTISM SPECTRUM DISORDER: A PERSPECTIVE ON THEORY AND EDUCATION APPROACHES JOANNA TING HIE PING (PhD) Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya [email protected] ABSTRACT Play is an effective tool used by children to interact with the world set around them. In fact, play develops through a combination of experiences and interactions supported by people, toys, and places. When children get involved in activities, they do not only expand their range of emotions, but also improvise their social competence and play skills. However, since many schools fail to value the importance of play beyond early years, they dismiss the pressing need and aid required by ASD children during play. The substantial theories regarding the importance of play from the light of children’s development, along with their vast contributions to effective teaching, have been undermined. In fact, some studies have revealed the benefits of engaging autistic children in play at school after implementing interventions within school setting. As such, this review highlights play as an intervention strategy specifically for autistic children within school setting. The objectives of this review are: (a) to identify peer-reviewed studies and to describe the characteristics of evidence-based practices pertaining to play within school setting; (b) to describe the theories underpinning the notion of play within social context; and lastly, (c) to illustrate the selection toys for play sessions in classrooms so as to expand play skills and social interactions amongst children diagnosed with autism spectrum disorder (ASD). Since play is of absolute significance for autistic children to indulge in at school, it is vital to determine evidence-based interventions that are effective in promoting engagement with play within school setting. Additionally, it is essential to comprehend the context in which these interventions are effectively implemented so as to meet the individual needs of autistic children and to maximise the benefits of play as an effective intervention strategy Keywords: (Play; Autism Spectrum Disorder; Theory; Selection Toys)
59 KEKUATAN MENTAL DALAM KALANGAN ATLET OLAHRAGA IPGKG JOSEPH NANDU (PhD) RAYMIE A. BAKAR (PhD) SITI AJAR MD. NOH (PhD) Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengenal pasti profil kekuatan mental atlet olahraga IPG Kampus Gaya seramai 18 orang atlet yang menyertai Kejohanan Olahraga MSIPGM Peringkat Kebangsaan tahun 2022. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik Sport Mental Toughness Questionnaire (SMTQ) untuk menguji kekuatan mental seeorang atlet. Dapatan kajian telah dianalisis dengan kaedah deskriptif min dan sisihan piawai. Hanya terdapat seorang sahaja yang mendapat skor antara 0-21 dan selebihnya mendapat skor antara 26-30. Dapatan kajian menunjukkan bahawa atlet olahraga IPG Kampus Gaya mempunyai tahap kekuatan mental yang tinggi. Faktor yang paling mempengaruhi kekuatan mental adalah faktor motivasi. Hasil daripada kajian ini dapat memberi beberapa implikasi yang manfaat terhadap bidang sukan, khususnya kepada jurulatih dan pihak yang terlibat khususnya pihak pengurusan dalam pembangunan sukan di peringkat kampus serta mendalami aspek psikologi diri atlet yang akan mempengaruhi prestasi khususnya sukan olahraga. Kata Kunci: Kekuatan Mental
60 KERANGKA KONSEP BAGI PENYEDIAAN PERSEKITARAN AUDIO BERSEPADU UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH KOK BOON SHIONG (PhD) NG LEE FONG (PhD) SALINA BINTI ABDULLAH SANGGURO (PhD) SAIMIN BIN GINSARI (PhD) FIDELIA @ESTHER MATHEW SIPAUN (PhD) Institut Pendidikan Guru Kampus Kent ABSTRAK Audio merupakan salah satu komponen dalam media yang dapat digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran murid. Bahan audio boleh terdiri daripada bahan untuk lakonan, temu bual, simulasi, dokumentasi, demonstrasi, penerangan dan perbincangan. Kajian terdahulu menunjukkan penggunaan audio sebagai media alat pandang dengar dapat meningkatkan pemahaman pelajar di sekolah pedalaman dan ia boleh dijadikan sebagai satu alternatif baharu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun, pemilihan audio sebagai media penyampaian bahan pengajaran memerlukan penguasaan terhadap pengetahuan serta kemahiran guru bagi menghasilkan penerbitan berbentuk bahan audio. Justeru, persekitaran audio bersepadu telah direka bagi menangani isu ini agar dapat membantu guru pelatih Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Tesl menguasai kemahiran penggunaan perisian Audacity khususnya yang melibatkan rakaman dan suntingan audio, penggunaan aplikasi Anchor dan Spotify dalam penyebaran rakaman audio dan penggunaan Persekitaran Audio Bersepadu. Ujian pra dan pos telah digunakan bagi mengenalpasti keberkesanan Persekitaran Audio Bersepadu dalam pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan pada nilai min ujian pos (8.01) berbanding ujian pra (4.51) dan analisis ujian (69) = 14.10, = 0.00. Hal ini membuktikan Persekitaran Audio Bersepadu telah dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Maklum balas daripada guru pelatih menunjukkan Persekitaran Audio Bersepadu dapat memudahkan proses penyampaian pengajaran, meningkatkan kemahiran mendengar dan membantu murid dalam pembelajaran mereka. Kata kunci: Persekitaran Audio Bersepadu, Audacity, Spotify
61 REKABENTUK DAN PEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH (ONE FOR ALL) DALAM MENANGANI MASALAH GURU PELATIH IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, KEDAH KUMARAN GENGATHARAN (PhD) HAJI RIDZUAN BIN AHMAD (PhD) AZMAN BIN FADZIL (PhD) ROHANI BINTI CHE HASHIM (PhD) ELIYAWATON BINTI MOHD ALIAS Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji potensi aplikasi mudah alih One For All (OFA) dalam menangani masalah yang dihadapi oleh guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Kedah. OFA berfungsi dari segi maklum balas secara nyata, integrasi, menjaga kesejahteraan guru pelatih, alat sokongan emosi dan juga sebagai pemacu pendidikan. Penyelidik menggunakan metodologi berbentuk Design and Development Research (DDR) untuk membangunkan OFA. Aplikasi muda alih tersebut telah dibangunkan melalui tiga fasa iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan, serta fasa pelaksanaan dan penilaian. Fasa analisis keperluan dijalankan dengan memberikan Google Form kepada 265 guru pelatih yang belajar di Institut Pendidikan Guru Sultan Abdul Halim untuk mengetahui keperluan pembangunan aplikasi OFA. Sebanyak 96.5% responden bersetuju dengan pembangunan aplikasi mudah alih tersebut. Bagi fasa kedua, teknik Fuzzy Delphi telah digunakan melibatkan 10 pensyarah pakar yang dipilih daripada bidang teknologi untuk merancang elemen-elemen aplikasi tersebut. Kesemua elemen OFA telah menerima kesepakatan pakar dengan memenuhi semua syarat Fuzzy. Setelah semua elemen direka maka OFA dibangunkan dengan menggunakan model Waterfall. OFA dilancarkan dan guru pelatih dan pensyarah menggunakannya selama 6 minggu. Setelah itu, bagi fasa penilaian, sebanyak 100 orang guru pelatih dipilih secara rawak untuk menilai keberkesanan aplikasi OFA. Keberkesanan OFA dikaji dengan menggunakan intrumen soal selidik (Google Form) dan dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif manakala temu bual separa berstruktur dilaksanakan terhadap tiga pensyarah untuk mengetahui kebolehgunaan aplikasi tersebut. Temubual tersebut telah dianalisis dengan menggunakan kaedah Hermaneutik. Secara keseluruhan analisis menunjukkan sebanyak 98 calon guru merasa gembira dan puas hatidengan aplikasi ini, dan tiga pensyarah menyatakan bahawa produk kajian ini sangat berguna dalam menyelesaikan masalah pelajar seperti aspek mental, kewangan dan pendidikan. Kata Kunci: Aplikasi mudah alih, Guru Pelatih, Fuzzy Delphi, Kebajikan Pelajar, Institut Pendidikan Guru
62 SOKONGAN SOSIAL DAN KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN WANITA BEKERJAYA DI KUALA KANGSAR, PERAK MOHAMAD FAIZEL BIN ALI (PhD)1 JAMILAH BINTI AZIZ2 Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang1 Universiti Sultan Azlan Shah2 ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap sokongan sosial dan kepuasan kerja dalam kalangan wanita bekerjaya di Kuala Kangsar, Perak. Kajian ini melibatkan pelajar seramai 145 orang responden yang telah dipilih berdasarkan teknik persampelan rawak mudah. Terdapat dua alat ujian digunakan dalam kajian untuk mendapatkan maklum balas responden kajian iaitu Soal Selidik Sokongan Sosial dan Minnesota Satisfaction Questionnaire (MSQ). Kajian ini menggunakan rekabentuk kuantitatif serta menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi dengan menggunakan ‘Statistic Package for Science Social’ (SPPS) untuk menganalisis dapatan kajian ini. Hasil kajian mendapati tahap sokongan sosial adalah lebih dominan berbanding tahap kepuasan kerja dalam kalangan wanita bekerjaya di Kuala Kangsar Perak. Selain itu, hasil dapatan kajian turut menunjukkan terdapat korelasi (hubungan) yang signifikan positif antara sokongan sosial dan kepuasan kerja dengan nilai pekali R=0.830 manakala nila p ialah 0.032 dimana p < 0.05. Kesimpulan hasil dapatan menunjukkan semakin tinggi sokongan sosial akan membawa peningkatan terhadap kepuasan kerja. Justeru itu, hasil dapatan kajian ini memberi maklumat awal kepada pihak majikan serta pihak berkaitan untuk memberi perhatian khusus berkaitan aspek sokongan sosial yang diperlukan oleh golongan wanita dan dapat membantu mereka dalam mendapat kepuasan pekerjaan. Kajian ini juga mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan untuk masa hadapan. Kata Kunci: Sokongan Sosial, Kepuasan Kerja, & Wanita Bekerjaya
63 AMALAN GAYA HIDUP SIHAT GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN MOHD HANAPIAH KHAMIS (PhD) MELATI YAACOB MOHAMAD ASMADI SAMDIN (PhD) Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn ABSTRAK Gaya hidup sihat ditakrifkan sebagai amalan tabiat yang meningkatkan tahap kualiti kesihatan dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan. Selain itu, ia juga satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Pengetahuan tentang amalan gaya hidup sihat penting mewujudkan kesedaran untuk mengamalkan gaya hidup sihat demi mengekalkan kesihatan. Oleh itu, Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti Tahap Amalan Gaya Hidup Sihat Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein (IPGKTHO). Seramai 326 guru pelatih IPGKTHO telah dipilih secara rawak sebagai responden dalam kajian ini. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah tinjauan berbentuk deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik untuk meninjau tahap amalan gaya hidup sihat guru pelatih IPGKTHO. Instrumen yang digunakan bagi tujuan kajian ini ialah borang soal selidik yang diubah suai dan diadaptasi daripada Syahrul Nazri (2021) dan nilai kebolehpercayaan menggunakan Pearson Correlation r=0.91. Penganalisisan data dan maklumat yang diperolehi daripada responden dianalisis menggunakan program perisian komputer Statistical Package for Social Sciences (SPSS version 23.0 For windows). Analisis empirikal menunjukkan bahawa tahap amalan gaya hidup sihat guru pelatih IPGKTHO berada pada tahap tinggi meliputi aspek tahap pengetahun skor min = 3.12 dan tahap kesedaran skor min = 3.05 manakala tahap yang paling rendah adalah aspek pegamalan gaya hidup sihat skor min = 2.45. Oleh itu, berdasarkan dapatan kajian dapat disimpulkan bahawa guru pelatih IPGKTHO mempunyai tahap pengetahuan dan kesedaran yang tinggi namun pengamalan gaya hidup sihat kurang dititikberatkan terutamanya dari segi aspek pemakanan. Cadangan hasil daripada kajian ini ialah semua guru pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) diberi pendedahan dan maklumat berkaitan pengamalan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang. Seterusnya mewajibkan mata pelajaran Pendidikan Kesihatan sebagai syarat wajib untuk bergraduat. Kata kunci: Gaya hidup, kesihatan, amalan, guru pelatih
64 PERBANDINGAN FONEM KONSONAN BAHASA PERANCIS DAN BAHASA MELAYU MOHD NOR AZAN BIN ABDULLAH (PhD) Universiti Malaysia Sabah ABSTRAK Bahasa Perancis berasal daripada rumpun bahasa Indo-Eropah manakala bahasa Melayu berasal daripada rumpun Austronesia. Penulis akan meneliti perbandingan konsonan di antara kedua-dua bahasa tersebut. Perbezaan rumpun bahasa sudah tentunya memperlihatkan perbezaan dan persamaan kandungan gugus konsonan dalam pembentukan leksis. Bahasa Perancis tidak mempunyai bunyi sebutan hentian glotis /?/ dan /r/ konsonan getaran bersuara manakala bunyi getaran dari lelangit lembut /R/ tidak terdapat dalam sebutan Melayu. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti dan meneliti jumlah bunyi konsonan. Terdapat pola gugus konsonan hadir secara berpasangan dalam pembinaan leksis tersebut. Kaedah kajian berbentuk kajian kepustakaan dengan merujuk bahan-bahan bertulis dan juga dokumen-dokumen yang berkaitan. Kepentingan kajian ini akan memudahkan pembelajaran dan penyebutan bunyi-bunyi konsonan bagi keduadua bahasa tersebut dengan sebutan yang betul. Kata Kunci: Perbandingan, Fonem, Konsonan, Perancis, Melayu.
65 INOVASI DALAM PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) BAHASA TAMIL DAN PENDIDIKAN MORAL MUNIMAH SUDARAMANIAN (PhD)1 CHANDER VENGADASALAM (PhD)2 SHEELA DEVI VEERASAMY Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi melihat keberkesanan inovasi penulisan hasil pembelajaran dalam rancangan pengajaran harian (RPH) melalui teknik penggunaan warna. Kajian ini melibatkan 31 orang pelajar Program Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 5 di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPGKPT). Pelajar-pelajar yang dipilih terdiri daripada jurusan atau major Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Reka Bentuk Teknologi (RBT). Kajian ini juga melibatkan dua kursus iaitu Bahasa Tamil dan Pendidikan Moral. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah analisis dokumen terhadap penulisan RPH yang dilakukan oleh para siswa dan siswi pendidik. Aspek utama kajian ini ialah pencapaian hasil pembelajaran dalam pelaksanaan rancangan pengajaran harian. Dapatan kajian menunjukkan 100% pelajar yang menggunakan teknik warna dalam hasil pembelajaran dapat memastikan hasil pembelajaran tersebut dicapai melalui aktiviti yang dirancang. Walaupun teknik penulisan RPH ini kelihatan mudah tetapi keberkesanannya adalah sangat tinggi dalam penulisan RPH bagi semua subjek. Secara kesimpulan kajian ini menunjukkan kepentingan pencapaian hasil pembelajaran RPH dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil dan Pendidikan Moral pelajarpelajar di IPGKPT.Teknik ini juga boleh digunapakai untuk penulisan RPH semua subjek. Kata kunci: inovasi penulisan RPH, hasil pembelajaran, perancangan aktiviti
66 FAKTOR KEMEROSOTAN KEPENGGUNAAN BAHASA MELAYU DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) MUSIRIN BIN MOSIN (PhD) Universiti Malaysia Sabah ABSTRAK Dewasa ini dikatakan bahawa kepenggunaan Bahasa Melayu di peringkat institusi pengajian tinggi semakin ketara khususnya di UMS. Bagi mencari kebenaran, kajian ini dilaksanakan dengan tujuan mengkaji faktor-faktor dominan yang menyebabkan perihal ini terjadi. Kajian yang dipandu dengan teori keperluan Maslow ini, membuat penelitian akan sejauhmana makna “keperluan” itu dapat merasionalkan faktor-faktor kemerosotan kepenggunaan Bahasa Melayu, wajar berlaku di lokasi kajian. Isu kajian ini hanya dapat dirungkaikan melalui kajian kualitatif yang memerlukan penghuraian faktor dengan memperagakan kaedah mengutip data secara temu bual ke atas empat belas subjek kajian, iaitu tujuh orang pensyarah dan tujuh orang pelajar daripada aliran pendidikan. Transkripsi data temu bual dan bahan-bahan kepustakaan dianalisis secara manual mengikut prosedur dan memfokuskan penganalisisan secara tematik. Daripada analisis temu bual didapati faktor dominan kemerosotan kepenggunaan Bahasa Melayu terdiri daripada keperluan globalisasi, ketidakupayaan Bahasa Melayu, keperluan rangkaian antarabangsa, keperluan pelajar antarabangsa, keperluan rangking universiti dan keselesaan berbahasa dalam kalangan pensyarah dan pelajar antarabangsa. Rumusannya kemerosotan kepenggunaan Bahasa Melayu di institusi seolah-olah tidak dapat dielakkan kerana keperluan semasa bidang ilmu, pada ketika Bahasa Melayu tidak berupaya menyediakan perbendaharaan kata bagi bidang bersifat teknikal seperti komputer dan Sains. Dapatan yang didorong oleh keperluan global memperakui idea teori yang menekankan keperluan semasa sebagai faktor penting yang memaksa faktor kemerosotan itu terpaksa diterima. Kata kunci: Faktor, kemerosotan, kepenggunaan, Bahasa Melayu
67 MODUL No PRoBLeMS : NABAESS OM PUPUWADAN PROJECT BASED LEARNING MODULE STEM NANCY NG YUT KUAN (PhD)1 KATHARINE BINTI UNDIN2 CALVIN MARINOE CORADIUS3 NURFARAH DINA BINTI KAHAR4 MOHAMMAD RAHMAT BIN MOHD. SAFIAN ZURI5 AISHAH MOHD. ARIS6 ¹Pejabat Pendidikan Daerah Beluran, ²Pejabat Pendidikan Daerah Kinabatangan, ³SMK Balaban Jaya Beluran, ⁴,5SMK Bukit Garam II, ⁶SMK Beluran ABSTRAK Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning) dalam Sains mengutamakan hasil atau produk yang praktikal dengan menggabungjalinkan pengetahuan, idea, kemahiran seperti Kefahaman melalui Reka Bentuk (KmR) serta pengalaman sebenar dalam kehidupan seharian. Contohnya, eksperimen dan penghasilan model dalam pengajaran serta pembelajaran (PdP) di kelas mahupun di rumah. Namun, selepas tinjauan awal dibuat terhadap kerja kumpulan secara bertulis mahupun lisan dalam pembentangan serta semakan dokumentasi seperti buku latihan dan lembaran kerja, para pelajar tidak dapat membuat laporan serta menghasilkan produk PBL yang dikehendaki. Hasil temubual separa terhadap pelajar, didapati semua aktiviti yang dijalankan tanpa panduan berstruktur, tidak terancang dan kurang sistematik, adalah faktor-faktor permasalahan tersebut. Justeru, Modul No PRoBLeMS dengan integrasi EDP (Engineering Design Process) serta Reisser dan Dick, terbukti dapat merekayasa didik hibur, KBAT, KBKK, PAK21 serta PBD untuk menghasilkan produk PBL pelajar biasa tetapi berimpak luar biasa. Kata Kunci: No PRoBLeMS, EDP, KmR, Reisser dan Dick
68 h-PBL DALAM MEMBANGUNKAN KARAMAH INSANIAH NANCY NG YUT KUAN (PhD)1 AISHAH BINTI MOHD ARIS2 1Pejabat Pendidikan Daerah Beluran 2SMK Beluran, Beluran ABSTRAK Isu murid cicir dalam PdP semakin hangat dibicarakan dalam membangunkan karamah insaniah. Melalui pembacaan jurnal, didapati Pembelajaran Berasaskan Projek merupakan salah satu kaedah pedagogi yang holistik dalam membentuk kemenjadian murid di samping dapat menerapkan elemen KBAT, STEM, Pendekatan Bertema dan PAK-21 untuk merapatkan jurang keciciran murid dalam PdP. Memandangkan para pelajar serta ibu bapa menghadapi isu capaian internet, sosioekonomi dan lokaliti, kami mengintegrasikan pembelajaran hibrid dalam pembelajaran berasaskan projek atau model secara maksimum bagi mencapai impak yang lebih optimum. h-PBL merupakan satu akronim intervensi PdP yang membawa maksud h sebagai hibrid dan PBL bermaksud Project Based Learning. Melalui h-PBL ini, kemenjadian murid dapat direkayasa melalui kombinasi platform digital serta Eviden h-PBL dimuatnaik dalam Dashboard hPBL bagi menghargai karamah insaniah murid agar mereka terus bermotivasi dan tidak cicir dalam PdP. Kata Kunci: PBL, Pendekatan Bertema, Pembelajaran Digital dan Pembelajaran Hibrid
69 KESEDIAAN GURU PELATIH ELEKTIF MATEMATIK MENGAJAR MATEMATIK SEKOLAH RENDAH NARAWI BIN ABU BAKAR (PhD) Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak ABSTRAK Guru merupakan pelaksana utama dan memainkan peranan yang penting untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan pendidikan STEM di peringkat sekolah. Elektif matematik adalah pilihan guru pelatih PISMP IPGKS dari pengajian pengkhususan Bahasa Melayu dan Bimbingan Kaunseling ambilan Jun 2021. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesediaan guru pelatih yang memilih elektif matematik di IPGKS untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran matematik. Seramai 18 orang pelajar yang memilih elektif ini telah dijadikan sebagai peserta kajian untk menjawab beberapa persoalan selepas mengikuti kursus MTES3063 dan MTES3073. Terdapat tiga segman dalam temubual berstruktur ini iaitu segman 1: bagaimana PCK membantu pengajaran, segman 2: kemahiran teknik penyoalan bagi mewujudkan interaksi dua hala dan segman 3: bagaimana mencari maklumat barkaitan kaedah pengajaran. Dapatan kajian ini mendapat guru pelatih telah bersedia untuk mengajar matematik. Semua peserta bersetuju bahawa penguasaan PCK banyak membantu dalam melincinkan proses pengajaran. Kemahiran teknik menyoal juga perlu dikuasai agar dapat memberi peluang semua murid berfikir. Berdasarkan kedua-dua kursus elektif matematik ini, perserta telah didorong dan diajar untuk menghasilkan pelbagai strategi dan aktiviti pengajaran yang menarik dan berkualiti. Mereka yakin bahawa suatu hari nanti mereka mampu mengaplikasikan kesemua ilmu pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari ini dengan berkesan dan lancar. Bersemangat melaksanakan tugas seorang guru matematik di masa hadapan. Cadangan kajian seterusnya adalah berkaitan isu kesedian pelajar perlu menguasi alat ICT sebagai penghubung pembelajaran maya selaras dengan perkembangan semasa selepas fasa COVID19. Kata kunci: IPGKS, kesediaan guru, elektif matematik, teknik menyoal
70 PERSEPSI DAN HALA TUJU PELAJAR DALAM PENGAJIAN TAHFIZ, SATU SOROTAN NOR HAYATI FATMI TALIB (PhD) BANI HIDAYAT MOHD SHAFIE (PhD) MASTURA BINTI MAMAT Politeknik Nilai, Negeri Sembilan Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi Emel : [email protected] ABSTRAK Pendidikan al-Quran merupakan suatu cabang ilmu yang fundamental kepada umat Islam merangkumi keseluruhan keperluan hidup manusia untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat. Pelaksanaan yang berkesan dan berkualiti serta perancangan hala tuju antara penentu kepada kualiti dan kewibawaan graduan tahfiz yang dihasilkan. Kajian ini bertujuan untuk mendapat maklumat berkaitan kepuasan pelajar tahfiz dan hala tuju pelajar selepas mengikuti program tahfiz. Kajian berbentuk tinjauan secara kuantitatif telah dilaksanakan menggunakan soal selidik melibatkan 179 responden kajian yang dipilih mengikut persetujuan pusat pengajian tahfiz. Hasil kajian mendapati, kaedah pengajaran dan bahan bantu mengajar berada pada tahap tinggi (SM: 3.867; SP: 0.786), tenaga pengajar berada pada tahap tinggi (SM 4.087; SP: 0.784), kemudahan keselamatan dan kesihatan berada pada tahap tinggi (SM: 3.750; SP: 0.916) dan Infrastuktur berada pada tahap tinggi (SM: 3.96; SP: 0.903). Peluang menyambung pengajian ke politeknik menunjukkan tahap sederhana (SM: 3.130; SP: 1.163). Dapatan menujukkan bahawa institusi tahfiz secara keseluruhannya berada pada tahap yang baik dan pelajar mempunyai hala tuju yang jelas selepas menamatkan pengajian tahfiz. Sungguhpun begitu, masih banyak ruang penambahbaikan boleh dilaksanakan agar institusi tahfiz boleh setanding dengan sistem Pendidikan arus perdana negara. Kata kunci: Tahfiz,pendidikan al-quran, hala tuju tahfiz, institusi tahfiz, pengajian tahfiz
71 TRAINEE TEACHER’S AWARENESS AND PERCEPTION TOWARDS STEM IMPLEMENTATION IN ENGLISH EDUCATION NGUI GEOK KIM (PhD) Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRACT STEM has become an essential element in 21st -century education in terms of transferring scientific skills that drive modern civilization. Malaysia Education Plan 2013-2025 strengthened integrated STEM education basic reform to promote STEM student enrollment. Integrated STEM education is a novel concept in Malaysia and one of the new pillars of the 2017 Secondary School Standard Curriculum. Modern education emphasizes STEM. Science, engineering, and maths. Due to this emphasis, English, one of the most vital disciplines, is neglected. Language-integrated science intervention research is scarce despite the global importance of STEM instruction in English for ESL learners. To integrate STEM into language subjects and vice versa, ESL trainee teachers must be surveyed on STEM education. This study seeks to understand trainee instructors' views on STEM in ESL classes. The method of study was a descriptive study and the sample involve trainee teachers from IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu. There are a total of 57 trainee teachers participated in this study and the instrument of this study is an online survey questionnaire. The finding of this study shows that the awareness and perception of trainee teachers towards STEM implementation in language learning is positive. STEM also encourages instructors to study and teach English. This suggests that young English teachers want to incorporate Science, but future studies must address environmental challenges. Keywords: Trainee Teacher, STEM education, ESL Teaching, and Learning
72 HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASI DENGAN KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN PEMIMPIN PERTENGAHAN DI IPGK ZON SABAH NORAFIDAH NORALIDIN (PhD)1 LINA THOMAS @ TUPANG (EDD)2 NAIMA KADIR3 HJ. HARUN HJ. SARAIL4 1 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya 2 Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau 3 Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau 4 Institut Pendidikan Guru Kampus Kent ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan untuk meninjau hubungan gaya kepimpinan transformasi dengan kepuasan kerja dalam kalangan pemimpin pertengahan di Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) Zon Sabah. Responden kajian terdiri daripada 65 orang pemimpin pertengahan iaitu Ketua Jabatan dan Ketua Unit di IPGK zon Sabah. Data yang diperoleh daripada kajian ini dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science versi 25.0 (SPSS) yang melibatkan statistik deskriptif (min, peratus dan frekuensi) dan statistik inferensi (Korelasi Pearson). Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhan tahap kepimpinan transformasi ketua jabatan di empat buah IPGK zon Sabah berada pada tahap sangat tinggi (min= 4.28, sp = .55) dan tahap kepuasan kerja pemimpin pertengahan di empat buah IPGK zon Sabah adalah tinggi (min= 4.17, sp = .50). Seterusnya dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan sangat kuat dan positif antara gaya kepimpinan transformasi ketua jabatan dengan kepuasan kerja pemimpin pertengahan (r = .848, p < .001). Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa kepimpinan transformasi ketua jabatan yang baik akan meningkatkan kepuasan kerja dalam pemimpin pertengahan. Kata kunci: Gaya kepimpinan, kepuasan kerja, kepimpinan transformasi, pemimpin pertengahan
73 PERSONALITI KEPIMPINAN MURID SEKOLAH BERASRAMA PENUH NORLIA HARUN (PhD)1 FARRAH SYUHAIDA ISMAIL (PhD)2 RUZIEHA ABD HALIM (PhD)3 Sekolah Menengah Sains Batu Pahat1 Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis2 ABSTRAK Kepimpinan murid Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah antara matlamat yang difokuskan dalam memastikan kemenjadian murid SBP sebagai pelapis pemimpin negara di masa akan datang. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti personaliti kepimpinan yang dimiliki oleh murid-murid di salah sebuah SBP di Johor. Kajian ini melibatkan seramai 230 orang murid yang dipilih secara persampelan rawak mudah. Reka bentuk kajian adalah secara tinjauan deskriptif. Data dikumpulkan menggunakan Inventori Personaliti Kepimpinan Murid SBP yang diubahsuai daripada Inventori Tret Personaliti oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Nilai kebolehpercayaan Inventori Personaliti Kepimpinan Murid SBP ialah 0.89. Terdapat lima elemen personaliti kepimpinan yang diukur melalui kajian ini iaitu ekstrovert, kepelbagaian, kepimpinan, resilien dan analitikal. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid-murid SBP mempunyai tahap yang sederhana dan tinggi bagi kelima-lima elemen yang diukur. Dapatan ini turut menggambarkan bahawa murid-murid SBP sangat berpotensi untuk menjadi pemimpin di masa akan datang. Selain itu, pihak sekolah dan SBP juga seharusnya menyediakan pelbagai jenis program pengembangan khususnya yang berkaitan kepimpinan murid selaras dengan objektif Bahagian Sekolah Berasrama Penuh di KPM. Kata kunci: Kepimpinan, Personaliti, Murid, Sekolah Berasrama Penuh
74 ‘BERTITIK’ KEARIFAN TEMPATAN DALAM KELESTARIAN WARISAN BAJAU SAMA RAHMAH ABDUL GHANI (PhD) Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Masyarakat Bajau kaya dengan pelbagai khazanah warisan silam, sama ada dalam bentuk kebendaan mahupun bukan kebendaan. Batititik atau bertititik merupakan muzik instrumental tradisional yang begitu popular dalam kalangan masyarakat Bajau Sama, yang selalu mengiringi upacara keramaian,seperti dalam adat istiadat perkahwinan,membayar nazar,berkhatan atau khatam al-Quran. Antara peralatan muzik tradisional ini ialah kulintangan,gong,bebandil dan gendang. Kajian ini berfokus untuk mengenal pasti kearifan tempatan dalam warisan seni muzik tradisional masyarakat Bajau Sama, dan seterusnya mendokumentasikan muzik bertitik Bajau Sama daerah Kota Belud. Populasi kajian terdiri daripada etnik Bajau Sama yang terletak di daerah Kota Belud. Pemilihan kawasan kajian ini adalah kerana majoriti etnik Bajau Sama mendiami kawasan berkenaan. Pendekatan kualitatif dengan kaedah pemerhatian, temu bual dan dokumentasi telah digunakan untuk kajian ini.Hasil kajian mendapati bahawa pelbagai pihak perlu memainkan peranan yang penting untuk melestarikan aktiviti kebudayaan etnik Bajau Sama melalui persatuan atau kelab yang berkaitan dengan kebudayaan yang terdapat dalam sesuatu kaum. Kata kunci: bertitik, Bajau Sama, Kearifan Tempatan, Kelestarian, warisan
75 INTEGRATING MINECRAFT AND THE 5E INSTRUCTIONAL MODEL IN TEACHING FRACTIONS: AN INVESTIGATION OF PUPILS’ PROBLEM-SOLVING SKILLS RAYNER BIN TANGKUI (PhD) Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau [email protected] ABSTRACT This quasi-experimental pretest and posttest non-equivalent control groups design aims to identify the effectiveness of integrating Minecraft and the 5E Instructional Model in enhancing pupils’ problem-solving skills, especially in solving fractional problems. The study sample consisted of 63 Year 5 pupils in two intact classes which were selected through cluster sampling. The control group consisted of 31 pupils while the treatment group consisted of 32 pupils. The control group were exposed to the teaching and learning of fractions using conventional methods while the treatment group were exposed to the teaching and learning of fraction using Minecraft integrated with the 5E Instructional Model. Research instruments include a pretest and posttest which were administered and analyzed to identify pupils’ achievement in fractions. Based on the findings, there is a significant difference in the posttest mean achievement score, (t(63) = -3.43, p = .00), with the treatment group obtaining a higher mean achievement score compared to the control group. It can be concluded that pupils’ problem-solving skills in mathematics can be significantly enhanced through the integration of Minecraft and the 5E Instructional Model. Keywords: Minecraft, 5E Instructional Model, problem-solving, fractions, mathematics
76 ELEMEN SEJARAH MARITIM DALAM PENDIDIKAN SEJARAH DI MALAYSIA SAPIHI DULAMIT (PhD) WIDAYATI HARUN (PhD) Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian ini meneliti bidang sejarah maritim dalam pendidikan sejarah di Malaysia menggunakan pendekatan sejarah dalam memperolehi sumber-sumber kajian sama ada dalam bentuk primer atau sekunder. Tujuan kajian adalah untuk meneliti aspek-aspek sejarah maritim dan kepentingan sejarah maritim dalam pendidikan sejarah di Malaysia. Maritim mempunyai peranan yang signifikan dengan perkembangan sesebuah negara yang mempunyai laut atau bersempadan dengan lautan. Lautan adalah anugerah yang sangat bernilai kepada negara-negara yang bersempadan dengannya. Dari sudut sejarah, maritim telah membina peradaban maritim seiring dengan tamadun manusia, melahirkan kerajaan-kerajaan maritim yang agung dan berfungsi sebagai pusat perdagangan dan keagamaan. Malahan, kewujudan kerajaan-kerajaan tersebut seiring dengan sistem perundangan yang masih relevan dan menjadi asas rujukan kepada sistem perlembagaan Malaysia hari ini. Penemuan kajian jelas menunjukkan bahawa isi kandungan kurikulum sejarah sama ada di peringkat menengah rendah dan atas tidak memberi penekanan terhadap topik sejarah maritim dan kerajaan-kerajaan yang berasaskan kelautan. Ini membuktikan bahawa bidang sejarah maritim perlu perhatian yang sewajarnya dalam dasar pendidikan di Malaysia. Kata kunci: Sejarah maritim, pendidikan sejarah, Kesultanan Melayu Melaka, perdagangan dan pelayaran
77 HUBUNGAN EFIKASI PELAJAR IPG TERHADAP KEMAHIRAN PENGAJARAN SEMASA PRAKTIKUM SHUKIMAN SUKARDI (PhD) Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Malaysia High Income Nation dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) menyasarkan pendidikan berkualiti sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara. Ini meletakkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjadikan guru sebagai agen tranformasi yang mampu meningkatkan kualiti pendidikan negara. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan efikasi guru terhadap perlaksanaan Pengajaran semasa menjalani praktikum. Seramai 154 orang responden terlibat dalam kajian ini. Responden merupakan pelatih guru yang telah menjalani latihan mengajar fasa 1 dan fasa 2. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data adalah satu set soal selidik yang terdiri dari tiga bahagian (A, B & C). Bahagian A menjurus kepada maklumat demografi. Bahagian B mengandungi soal selidik mengenai efikasi guru. Soal selidik efikasi guru adalah berdasarkan soal selidik yang telah dibina oleh Tschanmen-Moran dan Hoy (2001) pada nilai kebolehpercayaan alpha (α) 0.94. Manakala Bahagian C mengandungi soal selidik mengenai kemahiran pengajaran guru. Analisis deskriptif dan inferensi digunakan bagi menjawap soalan kajian antaranya min, sisihan piawai, ujian-t dan analisis korelasi pearson. Kata Kunci: Efikasi Guru, Praktikum, Perlaksanaan Pengajaran, pelatih guru
78 HUBUNGAN AKTIVITI FIZIKAL DENGAN KONSEP KENDIRI FIZIKAL PELAJAR PENDIDIKAN JASMANI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA SITI AJAR MD NOH (PhD) JOSEPH NANDU (PhD) RAYMIE A. BAKAR (PhD) Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Penyelidikan ini bertujuan mengenal pasti hubungan aktiviti fizikal dalam kalangan pelajar Pendidikan Jasmani Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dengan konsep kendiri fizikal. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif kaedah tinjauan bagi memperoleh data. Sampel kajian seramai 800 orang pelajar. Sampel dipilih menggunakan teknik pensampelan kelompok. Pengumpulan data diperoleh daripada instrumen soal selidik konsep kendiri fizikal dan aktiviti fizikal. Data dianalisis menggunakan IBM SPSS Statistics 21 bagi menjelaskan hipotesis kajian. Analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang positif antara aktiviti fizikal dengan konsep kendiri fizikal ( r = .428, p < .05). Oleh itu, aktiviti fizikal dapat menyumbang kepada perkembangan konsep kendiri fizikal yang positif. Seterusnya memberikan kesejahteraan sepanjang kehidupan. Kata Kunci : Aktiviti Fizikal, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Konsep Kendiri Fizikal, Pendidikan Jasmani, Pelajar IPGM
79 KURIKULUM SEJARAH DI MALAYSIA SELEPAS MERDEKA (1957 - 2014) WIDAYATI HARUN (PhD) SAPIHI DULAMIT (PhD) Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dasar-dasar pendidikan yang telah digubal di Malaysia sejak selepas merdeka dan meninjau sejauh manakah dasardasar pendidikan tersebut menyentuh tentang bidang sejarah dan impaknya kepada masyarakat. Masyarakat umum mempersoalkan sukatan pelajaran dan buku teks Sejarah yang digunapakai pada masa kini yang terlalu dikuasai dan dipengaruhi oleh unsur-unsur bukan sejarah. Kurikulum mata pelajaran sejarah bermula di sekolah rendah dengan nama tawarikh selepas menjelangnya kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Pada tahun 1967, untuk julung kalinya, kurikulum sejarah telah diajar menggunakan silibus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang lebih berpusatkan sejarah tempatan dan memberi penekanan kepada nilai dan sumber tempatan. Pengenalan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1956 merupakan titik tolak dalam perubahan sistem pendidikan tanah air yang telah memberi perhatian yang khusus terhadap mata pelajaran sejarah. Kemuncak bagi reformasi pendidikan yang dicetuskan menerusi Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 ini ialah terbentuknya KBSM pada tahun 1988. Pada 24 Oktober 2010, Kementerian Pendidikan sekali lagi mengumumkan pengenalan mata pelajaran Sejarah di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Bermula tahun 2014, KSSR telah diperkenalkan untuk memenuhi keperluan sistem pendidikan bertaraf dunia. Pengiktirafan mata pelajaran sejarah dengan mewajibkan calon lulus di peringkat SPM pada tahun 2013 sudah cukup mengangkat pendidikan sejarah dalam kurikulum pendidikan di Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia menekankan bahawa kajian semula terhadap sukatan pelajaran sejarah di sekolah-sekolah menggambarkan betapa seriusnya kerajaan dalam membina aspirasi nasional seperti yang termaktub dalam Ruku Negara dan Dasar Ekonomi Baru, khususnya dalam pembinaan masyarakat yang baru dan usaha membentuk perpaduan nasional. Kata Kunci: Kurikulum Sejarah, Dasar Pelajaran Kebangsaan 1960, Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, Mata Pelajaran Wajib.
80 IMPAK APLIKASI TEKNIK VIDEO REVIEW TERHADAP TAHAP KEMAHIRAN MENJAWAB PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL LATIFAH BINTI AYANG (PhD) SMK Tandek, Kota Marudu Sabah ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti tahap peningkatan kemahiran menjawab pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Moral SPM dalam kalangan pelajar Tingkatan 5. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuasi eksperimen yang melibatkan kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Sampel kajian terdiri daripada 40 orang pelajar Tingkatan 5 (tahap penguasaan sederhana dan lemah) dari dua buah sekolah di daerah Kota marudu, Sabah. Masing-masing terdiri daripada 20 orang sampel kumpulan rawatan dan 20 sampel lagi dalam kumpulan kawalan dan turut melibatkan ujian pra dan pasca. Keputusan ujian dianalisis menggunakan analisis deskriftif dan analisis inferens (Ujian t iaitu paired sampel test dan independent sampel test) untuk menguji tahap peningkatan kemahiran menjawab pelajar sebelum dan selepas pelaksanaan intervensi teknik Video Review. Analisis kajian mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kemahiran menjawab pelajar dalam ujian pra dan pasca untuk kedua-dua sampel kumpulan rawatan dan kawalan. Manakala ujian hipotisis nul kedua mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kemahiraan menjawab pelajar dalam markah ujian pasca dalam kumpulan kawalan. Akhir sekali dapatan kajian mengesahkan terdapat peningkatan yang ketara iaitu dalam kumpulan sampel rawatan melalui pencapaian dalam ujian pasca iaitu selepas pelaksanaan intervensi teknik Video Review dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kata kunci: kuasi eksperimen, sampel kawalan, sampel rawatan, video review.
81 PERBEZAAN DEMOGRAFI TERHADAP PENCAPAIAN KENDIRI GURU BAHASA MELAYU SYAHRUL NIZAM SALAM (PhD) SARIMAWATHY JUMANIE (PhD) GHAZALI SULAIMAN (PhD) ABDUL SAID AMBOTANG (PhD) Universiti Malaysia Sabah ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor jantina dan pengalaman mengajar terhadap pencapaian kendiri guru di Sabah. Reka bentuk kajian adalah berbentuk deskriptif menggunakan kaedah tinjauan. Soal selidik sebagai instrumen kajian telah digunakan untuk mendapatkan data kuantitatif melibatkan seramai 380 guru Bahasa Melayu iaitu sebagai responden. Data yang diperoleh, dianalisis secara deskriptif (min, sisihan piawai, peratus dan kekerapan) dan inferensi. Keputusan ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina. Manakala, keputusan ujian ANOVA sehala berdasarkan pengalaman mengajar, menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan. Implikasi daripada kajian ini, mencadangkan bahawa pencapaian kendiri guru perlu sentiasa ditingkatkan dan ditambah baik dari semasa ke semasa terutama dari segi penguasaan pengetahuan, sikap dan kemahiran.
82 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENGENAL PASTI KATA BERIMBUHAN MeN- BAGI KATA DASAR YANG BERPANGKALKAN HURUF k, t, p, s EDLYEN PILUS Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran murid dalam mengenal pasti kata berimbuhan MeN- bagi kata dasar yang berpangkalkan huruf k, t, p dan s dengan menggunakan Kit Tepuk Tangan. Kumpulan sasaran kajian ini melibatkan 8 orang murid tahun 3 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa Tenghilan. Fokus kajian saya adalah untuk melihat sejauh mana penggunaan Kit Tepuk Tangan ini dapat membantu murid mengukuhkan kemahiran menggunakan imbuhan meN- yang betul pada kata dasar yang berpangkalkan huruf k, t, p dan s. Tinjauan awal mendapati bahawa terdapat murid yang masih melakukan kesilapan dalam mengenal pasti imbuhan MeN- yang sesuai dengan kata dasar yang berpangkalkan huruf k, t, p dan s. Instrumen kajian yang digunakan ialah ujian pra dan ujian pasca, soal selidik dan pemerhatian. Dapatan kajian bagi ujian pra menunjukkan purata iaitu 10.75 manakala dalam ujian pasca selepas pengaplikasian Kit Tepuk Tangan, menunjukkan purata sebanyak 333.5. Implikasi dapatan kajian ini mencadangkan bahawa penggunaan Kit Tepuk Tangan dapat meningkatkan kemahiran murid dalam mengenal pasti kata berimbuhan MeN- bagi kata dasar yang berpangkalkan huruf k, t, p dan s.
83 TAHAP KESEDARAN DAN AMALAN KAKITANGAN AKADEMIK TERHADAP PENGURUSAN PENYIMPANAN REKOD PERCUKAIAN ELYN MOHD RIDZWAN1 NOR HASRADIANA AMAN2 ZILHAYA MOKDEH3 Politeknik METrO Johor Bahru, Johor ABSTRAK Kajian ini adalah untuk mengkaji tahap kesedaran penjawat awam (kakitangan akademik) terhadap amalan pengurusan rekod percukaian untuk tujuan audit dan penyiasatan cukai. Seramai 200 orang responden dari 10 buah institusi pendidikan telah terlibat dalam penelitian ini. Rekabentuk kajian yang digunakan adalah tinjauan secara kuantitatif yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data telah dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for The Social Science) yang melibatkan skor min, sisihan piawai dan ujian T. Hasil daripada kajian yang dijalankan mendapati kesedaran awam tentang pengurusan rekod ini masih rendah dikalangan ahli akademik. Katakunci: Kesedaran, penyimpanan rekod, cukai
84 KECERDASAN IQ MEMBENTUK KEMATANGAN EQ DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU : SATU PENELITIAN BAHARU ELYN BT MOHD RIDZWAN*1 NOR HASRADIANA BINTI AMAN*2 ZILHAYA BINTI MOKDEH*3 1,2,3Politeknik MetRO Johor Bahru, Malaysia [email protected]*1 ABSTRAK Kajian ini bertujuan melihat tahap kecerdasan IQ serta hubungannya terhadap tahap kematangan EQ pelajar di Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) bagi usaha membentuk modal insan berjiwa kelas pertama melalui dimensi pendidikan yang lebih holistik. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik yang diedarkan kepada 113 orang pelajar semester 3 dan 4 di PMJB. Hasil penelitian menunjukkan bahawa tahap kematangan emosi pelajar adalah pada tahap sederhana secara keseluruhannya. Di samping itu terdapat terdapat perbezaan signifikan terhadap kecerdasan IQ dalam membentuk kematangan EQ mengikut jantina bagi beberapa domain yang dikaji. Namun demikian data menunjukkan terdapat hubungan yang tidak signifikan di antara tahap kecerdasan IQ dengan kematangan EQ. Secara tuntasnya, pelajar perlu di didik bukan sahaja melengkapkan mereka dengan kecemerlangan ilmu akademik yang mantap semata, malah memperkasa daya tahan dan meningkatkan kepintaran emosi bagi meneroka peluang-peluang baharu. Kata Kunci : kecerdasan IQ, kematangan EQ, hubungan,jantina, pengaruh
85 MANAGING TAX RECORDS: PRACTICES AMONG ACADEMIC STAFF ELYN MOHD RIDZWAN1 NOR HASRADIANA BINTI AMAN2 ZILHAYA BINTI MOKDEH3 Politeknik METrO Johor Bahru, Johor ABSTRACT This study was carried out to examine the awareness level of civil servants (specifically academic staff) regarding the practice of tax record-keeping management for the purpose of audit and tax investigation by the Inland Revenue Board (IRB). The study encompassed a sample of 200 participants drawn from 10 educational institutions, employing a quantitative survey methodology with a questionnaire as the primary research instrument. Data analysis was conducted using SPSS software version 2.0, with the mean score serving as the primary measurement.The findings indicate that the overall level of public awareness among academicians regarding record management is still low. Keywords: Tax records management, tax evasion, academic staff, Inland Revenue Board (IRB)
86 KAEDAH PERMAINAN: APLIKASI ‘FahImJa_3S’ MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DARJAH 5 TERHADAP MAD TAMKIN, MAD BADAL, MAD IWAD, MAD TABI’I DAN MAD SILAH QASIRAH FAEZATUL AISYAH BINTI JAIDOL1 HAFSHAH BINTI NOOR KHOLIS2 NUR ARIBAH BINTI ARBANI3 SITI NURSAADAH BINTI FERIDAUS4 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Hukum mad merupakan salah satu hukum tajwid dalam pembacaan al-Quran. Hukum mad mempunyai banyak pembahagian bergantung kepada jenis huruf yang bertembung dan kedudukan pada ayat. Mad bermaksud menambah dan berfungsi dengan memanjangkan suara ketika bertemu huruf mad atau huruf lin. Tahap penguasaan murid dalam mengenal pasti dan membaca ayat AlQuran yang mengandungi hukum mad masih lemah dan merupakan kekangan utama yang dihadapi oleh murid dalam membaca alQuran. Sebuah intervensi telah dihasilkan untuk membantu murid menguasai hukum Mad Tamkin, Mad Badal, Mad Iwad, Mad Tabi’i dan Mad Silah Qasirah dengan mudah. Inovasi ini dinamakan sebagai FahImJa_3S yang juga merupakan singkatan bagi Faham, Imbas, Jawab dan 3 Stesen. FahImJa_3S dibina melalui dua kaedah iaitu secara digital dan konkrit. Setiap stesen yang disediakan mampu merangsang minda murid sekaligus meningkatkan kefahaman mereka terhadap hukum mad yang dipelajari. Inovasi ini dikhususkan bagi subjek Pendidikan Islam Tahun 5. Objektif utama inovasi ini adalah untuk melahirkan murid celik tajwid iaitu murid dapat mengenal pasti hukum tajwid mad sekaligus dapat membaca potongan ayat Al-Quran yang mengandungi hukum tajwid mad dengan betul dan bertajwid. Melalui pendekatan ini, ia akan memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta berlangsung dengan lancar. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah dalam bentuk kualitatif manakala sasaran kajian adalah memfokuskan kepada murid Tahun 5 di Sekolah Rendah. Kaedah, instrumen serta analisis data pula akan dibina menggunakan kaedah triangulasi data. Hasil dapatan daripada penggunaan bahan intervensi FahImJa_3S terbukti berjaya meningkatkan penguasaan murid terhadap hukum mad iaitu Mad Tamkin, Mad Badal, Mad Iwad, Mad Tabi’i dan Mad Silah Qasirah. Kata kunci: Tajwid, Mad Tamkin, Mad Badal, Mad Iwad, Mad Tabi’i, Mad Silah Qasirah, FahImJa_3S
87 KEPELBAGAIAN VARIASI DIALEK DI KAMPUNG DARAMAKAN DAN TAHAP KEPERCAYAAN PENGGUNAAN DIALEK TERSEBUT DALAM PERCAKAPAN SEHARIAN FATRIANNA BINTI JULIM Institut Pendidikan Guru Kampus Kent ABSTRAK Kajian ini mengkaji mengenai dialek dialek dusun yang digunakan oleh masyarakat kampung Daramakan dalam percakapan seharian. Kajian ini akan menerangkan beberapa dialek yang sering digunakan dalam percakapan seharian masyarakat orang kampung dengan menyertakan beberapa contoh perkataan yang sering digunakan. Hal ini untuk menyelesaikan masalah atau isu yang dihadapi iaitu kekeliruan masyarakat kampung Daramakan mengenai dialek sebenar mereka atau suku sebenar mereka. Isu utama dalam kajian ini ialah terdapat pelbagai dialek yang digunakan oleh masyarakat kampung Daramakan sehingga mereka Dan juga masyarakat lain keliru akan dialek sebenar atau suku sebenar mereka. Terdapat Dua objektif utama dalam kajian ini iaitu mengenal pasti variasi dialek yang digunakan oleh masyarakat di kampung Daramakan Dan juga mengenal pasti berapa tahap kepercayaan orang kampung Daramakan menggunakan dialek dialek yang sering digunakan di kampung Daramakan. Metodologi Kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian mix method iaitu yang menggunakan kedua Dua kajian kualitatif Dan juga kuantitatif. Terdapat beberapa dapatan Kajian yang akan diperoleh dalam kajian ini iaitu kajian ini dapat mengenal pasti dialek dialek yang digunakan oleh masyarakat kampung, dapat mengenal pasti tahap kepercayaan penggunaan dialek tersebut, dapat mengenal pasti faktor kenapa dialek dialek tersebut digunakan Dan mengenal pasti aspek perbezaan dialek dialek tersebut
88 FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN PELAJAR POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN DALAM KURSUS PROGRAMMING FUNDAMENTALS (DFC 20113) BAGI SESI 2 : 2021/2022 FAUZIAH BINTI BASOK 1 WAN SALMIZI BIN WAN MAHMOOD 2 1,2 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu, Malaysia * [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi mengetahui faktor-faktor kejayaan pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin dalam kursus Programming Fundamentals (DFC 20113) bagi Sesi 2 : 2021/2022. Responden yang terlibat adalah seramai 134 orang iaitu merupakan pelajar-pelajar yang lulus bagi kursus ini. Objektif kajian tindakan ini adalah untuk mengetahui faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan pelajar dan seterusnya dapat meningkatkan pencapaian cemerlang pelajar dalam kursus ini. Kaedah kajian yang digunakan ialah borang soal selidik. Data telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package Windows (SPSS) untuk mendapatkan peratusan dan skor min bagi setiap item. Penganalisaan dilakukan terhadap faktor pensyarah, sistem pengajaran dan pembelajaran, disiplin diri dan peperiksaan akhir. Nilai kebolehpercayaan item soal selidik adalah 0.824. Hasil dapatan kajian mendapati nilai min bagi keempat-empat faktor yang dikaji berada pada tahap tinggi. Namun responden lebih memilih faktor disiplin diri dengan nilai min 4.57 sebagai faktor utama kejayaan dalam kursus Programming Fundamentals (DFC 20113) bagi Sesi 2 : 2021/2022. Manakala faktor pensyarah mencatat nilai min sebanyak 4.32, faktor sistem pengajaran dan pembelajaran sebanyak 4.22 dan faktor peperiksaan akhir sebanyak 4.18. Sehubungan itu, disiplin diri memainkan peranan yang penting dalam memastikan kejayaan pelajar dalam kursus Programming Fundamentals (DFC 20113). Dapatan kajian ini seterusnya dapat membantu pelajar-pelajar yang lemah di dalam kursus ini dengan memberi lebih perhatian terhadap faktor disiplin diri. Kata Kunci : Faktor, Programming Fundamentals, kejayaan
89 IMPAK KESANTUNAN BERBAHASA KADAZANDUSUN DALAM KULIAH DAN TUTORIAL TERHADAP PELAJAR IPG KAMPUS KENINGAU SABAH FEDILIA VURISIAH DADONG1 MUSIRIN BIN MOSIN (PhD)2 MOHD. NOR AZAN BIN ABDULLAH (PhD)3 1, 2,3 Universiti Malaysia Sabah ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meneroka sejauh mana Impak kesantunan berbahasa Kadazandusun dalam kuliah dan tutorial terhadap pelajar Institut Pendidikan Guru kampus Keningau Sabah. Kesantunan berbahasa Kadazandusun diungkapkan melalui puisi tradisional iaitu Sudawil. Sudawil diungkapkan secara sopan untuk menggantikan nilainilai yang tidak sopan dalam kesantunan berbahasa. Kajian ini berbentuk kajian fenomena dan menggunakan pendekatan kualitatif yang dilaksanakan di IPG kampus Keningau. Data kajian dianalisis dengan menggunakan Nvivo 12 plus. Pengumpulan data dilakukan melalui temubual, pemerhatian dan analisis dokumen. Oleh itu, seramai dua orang pensyarah dan empat orang pelajar telah dipilih sebagai informan di IPG Kampus Keningau. Dapatan daripada dua informan pensyarah dan empat orang pelajar BKD adalah penting digunakan oleh pensyarah meningkatkan kesantunan berbahasa kadazandusun dalam masa kuliah dan tutorial dijalankan. Kata kunci: Kesantunan, Kadazandusun, Impak, Kuliah, Tutorial.
90 BUDAYA PANTANG LARANG PERKAHWINAN DALAM MASYARAKAT KADAZAN FLAVIA ANGEL MALANJUN¹, MUHAMMAD FARIS AKMAL MUHAMAD KAMAL², NUR IZHAM LASUN³, NUR SHAFIQA AQILA MAT SANI⁴ NURUL SYAZWANI SYARIFUDDIN⁵ Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Sabah mempunyai keunikan yang pelbagai terutamanya dari segi etnik, kaum dan budaya. Kaum Kadazan ialah sebuah etnik bumiputera bagi negeri Sabah di Malaysia dengan jumlah penetapan penduduk yang terbesar di kawasan Pantai Barat Sabah khususnya di Penampang, Sabah. Adat resam adalah perkara yang sering dipraktikkan oleh pelbagai etnik atau kaum bagi menghormati asal usul kaum tersendiri. Namun, dalam mempraktikkan adat resam ini, pantang larang turut diberi fokus bagi mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku sesuai dengan perancangan yang ingin dilakukan seperti perkhawinan, pertunangan, kelahiran, dan kematian. Pada zaman dahulu, masyarakat Kadazan Penampang patuh serta berpegang teguh kepada adat resam dan pantang larang sebagai pegangan hidup mereka. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji dan mengetahui pantang larang dalam adat perkhawinan kaum Kadazan. Hal ini kerana ramai orang yang belum mengetahui adat dan pantang larang yang perlu dilakukan bagi menjalankan majlis perkhawinan berdasarkan adat yang telah dipraktik sejak dahulu lagi sehingga kini akibat peredaran masa serta kurang cakna akan sejarah-sejarah berkaitan adat dan pantang larang. Kata kunci: Adat Resam, Pantang Larang, Perkahwinan
91 TEACHERS’ PERSPECTIVES ON THE IMPLEMENTATION OF COMMUNICATIVE LANGUAGE TEACHING (CLT) TOWARDS RETICENT LEARNERS IN MALAYSIAN ESL PRIMARY CLASSROOM GRACE ANAK DAVID BRANCH HAROLD ONG WEI ANN (PHD) Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRACT Communicative Language Teaching (CLT) was first introduced in Malaysian context in 1998 by the National Language Council of Malaysia as a breakthrough approach that is intended to bring about language learning with an emphasis on communication and language use in real-life contexts. Although CLT has been implemented in Malaysia for a while, its effectiveness, particularly with reticent learners, is disputed because these students typically avoid speaking and responding to inquiries, which results in a passive involvement in CLT activities. Teachers still struggle to adopt CLT effectively in the classroom due to this critical factor. This case study aims to report the teachers’ perspectives on the factors of students’ reticence during CLT activities, teaching and learning (T&L) strategies they used in CLT activities that encourage reticent learners to speak, and CLT’s effectiveness towards reticent learners in the classroom. This study was conducted in an urban school located in Kota Kinabalu, Sabah. Three English teachers were selected and interviewed, and their post-lesson reflections as well as lesson plans were analysed thoroughly. The findings have indicated that the main factors of reticence are psychological and linguistic factors, and the most commonly used strategies to encourage reticent learners to speak are scaffolding and building positive learning environment. CLT is also found to be effective in enhancing reticent learners’ participation only if constant communicative activities are being practised in the classroom. There is a concern on how to evaluate reticent learners as they did not speak during communicative activities so teachers must implement various evaluation methods. Keywords: CLT, reticent, communication
92 KAEDAH PERMAINAN: APLIKASI ‘BOOK EXPLORE’ DALAM MEMBANTU MURID BERKEPERLUAN KHAS TAHUN 4 MENGUASAI TAJUK BERIMAN KEPADA RASUL HAFSHAH BINTI NOOR KHOLIS1 AZRA BINTI SAIFUDDIN2 FAEZATUL AISYAH BINTI JAIDOL3 NUR ARIBAH BINTI ARBANI4 1,2,3,4Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK Di Malaysia, Program Pendidikan Inklusif (PPI) merupakan program pendidikan bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang dilaksanakan di sekolah harian. Sebagai seorang pendidik khususnya guru Pendidikan Islam, bagi melahirkan modal insan MBK dalam proses perkembangan pembelajaran adalah cabaran besar yang perlu digalas oleh guru Pendidikan Islam. Antara tajuk penting dalam Pendidikan Islam ialah ‘Beriman Kepada Rasul’. Tajuk ini penting kerana ia merupakan salah satu daripada Rukun Iman. Tahap penguasaan MBK tentang tajuk ini masih ditahap kurang menguasai. Dengan adanya inovasi yang dihasilkan dalam kajian ini iaitu ‘Book Explore’ akan dapat membantu MBK menguasi topik ‘Beriman Kepada Rasul’ bagi murid Tahun 4. Book Explore dibina melalui dua kaedah iaitu secara digital dan konkrit. Objektif utama adalah untuk melahirkan MBK sebagai seorang umat Islam yang tahu tentang beriman kepada Rasul. Maka kajian ini dijalankan untuk membuktikkan penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang efisien dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran di bawah tajuk ‘Beriman Kepada Rasul’ membolehkan peningkatan penguasaan tajuk tersebut. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah dalam bentuk deskriptif manakala sasaran kajian adalah memfokuskan kepada MBK tahun 4 dalam PPI. Kaedah, instrumen serta analisis data pula akan dibina menggunakan kaedah triangulasi data. Hasil dapatan kajian dirujuk dari pelbagai para cendikiawan bagi menyokong kajian ini. Melalui pendekatan ini, ia akan memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta berlangsung dengan lancar. Kata kunci: Program Pendidikan Inklusif, Murid Berkeperluan Khas, Akidah, Beriman Kepada Rasul, Pendidikan Islam
93 STUDENT MATRIC CARD PAYMENT SYSTEM USING RFID TECHNOLOGY 1HAIRI ALIAS 2AIDA AZMILA AZMI 3SUFIAN SALIM 1,2,3Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu ABSTRACT The Student Matric Card Payment System (SMaCPay) using RFID is an application which utilizes RFID scanner from matric card to record and track the student expenditure at PSMZA cooperative mart. This application is designed specifically to monitor the polytechnic student expenditure record once they purchase at cooperative mart. RFID SMaCPay uses Rapid Application Development (RAD) methodology. The RAD model is an effective methodology to provide much quicker development and higher-quality results than those achieved with the other software development methodologies. It is designed in such a way that, it easily takes the maximum advantages of the software development. This application has been developed using HTML and PHP as it language programming, Javascript as it scripting and MySQL as it database platform. This application enables student to make a payment via RFID tag using their matric card and check the balance amount through the application. Student’s tendency for SMaCPay has been evaluated with min score of 1.61 for technical, 2.02 for user interface, 1.75 for data accuracy and 1.71 for accessibility aspect. Nevertheless, usage of current material for the matric card is quite unsecured due to low quality and result the embedded RFID chip within the card easy to damage which will cause to data loss. Keyword: RFID, Matric card, Payment system, Cooperative Mart
94 FBD HAN LEE TENG1 CHI NYUK HIONG2 CHONG SU TING NANCY3 KENNETH LIEW YIT CHUN4 BENNY KONG5 1,2,3,4,5SKC Anglo Chinese, Kota Kinabalu ABSTRAK SK 10.1 Tuas merupakan satu tajuk dalam DSKP Sains Tahun 4 (semakan 2017). Murid dikehendaki mengenal pasti 3 titik dalam tuas iaitu fulkrum, beban dan daya (F, B, D) dan membanding bezakan 3 kelas tuas. Murid biasanya hanya menghafal 3 kelas tuas dengan merujuk beberapa objek yang terhad. Cara pembelajaran ini kurang bermakna dan membosankan, ianya juga tidak membantu murid memahami konsep tuas. 20 murid tahun 6 (2023) telah belajar SK 10.1 pada tahun 4 (2021) tetapi tidak menguasai sepenuhnya (skor ujian-pra: 3.85/10). Mereka telah dibimbing belajar semula SK 10.1 melalui inovasi FBD ini. Pembelajaran yang lebih bermakna dan membantu mereka kenal pasti 3 titik F,B dan D dengan senang dan seterusnya boleh membanding bezakan 3 kelas tuas dengan tepat. Ianya dilaksanakan ke atas 6 objek harian yang mengaplikasikan konsep tuas.
95 BUDAYA TRADISI MASYARAKAT BAJAU LAUT DI PULAU MABUL, SEMPORNA, SABAH HEIDI HANA IRWAN WIRA1 RISHIJEET SINGH SEKHON2 1,2Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan bertujuan bagi menyelusuri kehidupan masyarakat Bajau Laut dari aspek kebudayaan tradisi setempat yang diamalkan secara warisan turun-temurun. Objektif kajian adalah untuk mengetahui kebudayaan masyarakat Bajau Laut dari aspek perkahwinan, perayaan, pakaian tradisional, makanan tradisional dan kraftangan. Proses penyelidikan ditumpukan kepada masyarakat Bajau Laut yang tinggal di atas rumah perahu atau lepa bagi menyelusuri budaya tradisi mereka di laut. Budaya tradisi masyarakat Bajau Laut yang pada dasarnya mempunyai kontradiksi dengan masyarakat arus perdana menyebabkan kajian ini dilaksanakan untuk menyantuni mereka dan sebagai tanda apresiasi terhadap keunikan budaya mereka. Data kajian diperoleh melalui kaedah kajian kualitatif iaitu kaedah pemerhatian dan temubual secara langsung terhadap responden masyarakat Bajau Laut di perairan Pulau Mabul dalam kalangan ibu bapa yang melibatkan anak-anak mereka belajar di madrasah terapung melalui program “Community and Research Based Education” anjuran IPG Kampus Tawau (IPGKT). Dapatan kajian menunjukkan bahawa budaya tradisi masyarakat Bajau Laut mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri di samping berlakunya asimilasi antara agama Islam dan budaya tradisi mereka. Cadangan bagi kajian lanjutan adalah untuk mengkaji setiap aspek yang terdapat dalam budaya tradisi masyarakat Bajau Laut dengan lebih spesifik agar setiap masyarakat di Malaysia mendapat pendedahan mengenai budaya tradisi mereka dengan lebih mendalam. Kata kunci: Kebudayaan Tradisi, Laut, Rumah Perahu, Bajau Laut
96 THE ONTOLOGICAL AND EPISTEMOLOGICAL ASSUMPTIONS IN PISMP TESL RESEARCH HENRY NICHOLAS LEE1 CARLMILLA FREDDIE2 JEAN MARTIN3 1,2,3Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya *[email protected] ABSTRACT The practise of understanding deeply research ontology and epistemology might not be part of the undergraduate paper at IPG. However, as supervisors, we see the crucial importance to expose undergraduates to recognise the nature of research and existence of objects they are researching. A few narratives gathered from six PISMP TESL students revealed lack of understanding on the existential conditions pertaining to the material, social, cultural, and political environments pertaining to the main topic of their research. Based on our exclusive talks with them, we identified their knowledge assumptions and other contradictions when writing about and explaining their research flow. In this paper, we discuss the positions taken on the nature of reality or an object of research which are ontological, and positions taken on the meaning and method of acquiring knowledge which are epistemological. These positions are explained from the students’ narratives and were analysed using thematic analysis. Findings indicate a significant understanding of students’ view of the ‘reality’ of language skills. Keywords: PISMP TESL, Ontology, Epistemology, Language skills
97 MENYELUSURI ETNIK TERPINGGIR: PERSEPSI IBU BAPA BAJAU LAUT TERHADAP PENGALAMAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK BAJAU LAUT HUSNUL HUDA MOHD RAWI1 SITI FATIMAH ISHAK2 KHALID SA’AT @ JAMIL, MOHD NAZMI DESA3 1,2,3Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau ABSTRAK Kajian ini bergerak atas andaian bahawa komuniti Bajau Laut kurang mendapat peluang pendidikan. Hal ini ditegaskan kerana pendidikan bukan lagi dilihat sebagai satu isu yang bersifat lokal atau kenegaraan semata-mata tetapi telah menjadi isu sejagat dan harus diperjuangkan. Dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan memahami isuisu pendidikan yang dihadapi oleh komuniti Pala’u. Justeru itu, Kajian yang telah dijalankan di Pulau Mabul, Semporna ini menggunakan kaedah temu bual yang melibatkan beberapa orang responden dari kalangan ibu bapa pelajar. Hasil kajian mendapati, budaya tradisi masyarakat Pala’u yang amat terikat dengan laut menyebabkan mereka merasakan pendidikan tidak penting dalam kehidupan mereka. Selain itu, faktor lain seperti buli di sekolah, jarak ke sekolah dan sistem petempatan atas perahu yang berpindah randah. Dalam konteks perundangan di Malaysia pula, ketiadaan dokumen dan juga status masyarakat Pala’u yang tidak jelas dari segi kewarganegaraan menyebabkan mereka tidak layak diberikan pendidikan seperti yang dinikmati oleh penduduk warganegara Malaysia. Secara umumnya komuniti Pala’u boleh dikatakan melihat pendidikan sebagai sesuatu yang kurang penting dalam kehidupan mereka dan mereka beranggapan amalan tradisi yang telah mereka lakukan dan warisi sejak turun-temurun adalah lebih baik dan harus diteruskan. Kata kunci: Pendidikan, Bajau Laut, komuniti, kesedaran, ibu bapa, Semporna
98 PISANG ELEMEN UTAMA DALAM PENGHASILAN MAKANAN TRADISI MASYARAKAT BUGIS ELLIZANDER LAMIT1 INTAN SHAHERA BINTI MOHAMAD2 NURFARAIN BINTI JAMAL3 WAN NUR ANISA BINTI WAN RAGHALI4 YUNIE MARLINIE BINTI SAHIRON5 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Masyarakat Bugis terkenal sebagai salah satu suku etnik yang berasal dari Sulawesi Selatan, Indonesia. Akibat daripada faktor-faktor seperti perdagangan dan peperangan, masyarakat Bugis telah tersebar di seluruh Nusantara seperti di Johor dan Sabah, bahkan hingga ke Mancanegara. Di samping terkenal sebagai pelaut yang handal dan mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal dagang, masyarakat Bugis juga arif dalam menyediakan makanan tradisi yang berasaskan pisang. Hal ini kerana, pisang berfungsi membekalkan tenaga kepada masyarakat Bugis pada zaman dahulu serta sesuai untuk dijadikan bekal dalam perjalanan laut yang jauh. ‘Sanggarak Peppek’, ‘Barongko’, ‘Pisang Telemmek’, ‘Pisang Ijo’ dan ‘Bandang-bandang’ merupakan antara makanan tradisi masyarakat Bugis yang disediakan menggunakan pisang sebagai bahan utama. Kata Kunci: pisang, makanan tradisi, masyarakat Bugis