99 ENHANCING MALAYSIAN ESL PRIMARY STUDENTS SPEAKING SKILLS THROUGH TIKTOK – A CONCEPT PAPER JAYVIANNE JOISIN MADAM CAROLINE VAL MADIN Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu [email protected] ABSTRACT This concept paper explores the use of TikTok as a platform to enhance the speaking skills of Malaysian ESL primary students through the creation and sharing of short-form, duetable audio-visual videos. The study specifically targets rural school students who commonly struggle with English pronunciation, particularly the correct pronunciation of the /th/ digraph. Through a diagnostic test, it was determined that these students face difficulties in producing the appropriate sounds. To address this issue, Kemmis and McTaggart's Action Research twocycle process will be employed, comprising four stages: planning, acting, observing, and reflecting. In Cycle 1, the focus is on improving /th/ pronunciation using audio-visual TikTok duet videos with word-by-word pronunciation and slowmotion audio. Initial results indicate a slight improvement in the students' speaking skills. Building on this, Cycle 2 concentrates on further enhancing /th/ pronunciation through audio-visual duet TikTok videos, incorporating word-by-word pronunciation and a text for students to read aloud, emphasizing the correction progress. Keywords: TikTok, pronunciation, speaking skill, English as a second language, online learning
100 THE PERSPECTIVES OF ENGLISH TEACHERS ON THE EFFECTIVENESS OF USING CTL WITH ENTERTAINMENT MEDIA JENNY ROSE JOHNNY JULIANA JOHARI Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya [email protected] ABSTRACT Entertainment media has been internationally recognised to aid in Teaching and Learning (T & L) through the Contextual Teaching and Learning (CTL) approach. However, the perspectives of Malaysian teachers towards the simultaneous use of entertainment media and CTL for English language learning are still unclear. The research participants were four primary school English teachers from a school in Kota Kinabalu, Sabah. The research objectives were to explore the benefits of entertainment media to enhance T&L and to find out the effectiveness of CTL by exploring the views of English primary school teachers of various ranks. The data for this case study were collected qualitatively through document inspection and interviews. Research findings showed that while the participants favoured both entertainment media and CTL, their necessity was still questioned. The researcher provides suggestions for future research by providing recommendations to various stakeholders. Key words: Entertainment media, Contextual Teaching and Learning (CTL), perspectives, benefits, effectiveness.
101 CABARAN PELAKSANAAN PENDIGITALAN PENDIDIKAN DALAM BILIK DARJAH PASCA COVID-19 DI SEKOLAH PEDALAMAN JOYIEMIN MIN1 MUSIRIN MOSIN2 1Sekolah Kebangsaan Gusi, Pejabat Pelajaran Daerah Ranau, Sabah 2Universiti Malaysia Sabah, [email protected] ABSTRAK Jurang digital diantara sekolah bandar dan pedalaman sering menjadi isu pendidikan sekian lamanya. Apatah lagi, akses pendidikan dari segi pengajaran dan pembelajaran sekolah pedalaman menjadi lebih sukar apabila perintah kawalan pergerakan dilaksanakan kesan COVID 19 di awal tahun 2020. Disebabkan keperluan mendesak ini, Satelit Jalur Lebar dan Pencawang Talian Telefon dibina untuk tujuan kemudahan pendidikan dan perhubungan. Sekaligus memberi peluang kepada sekolah pedalaman menikmati pendigitalan pendidikan terutama sekali pembelajaran atas talian. Kajian ini mengetengahkan cabaran yang dihadapi oleh guru dan murid yang cuba mengamalkan pendigitalan pendidikan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Pedalaman, menilai keberkesanan dan juga cadangan penambahbaikan pendigitalan pendidikan dalam Sekolah Pedalaman. Kajian ini dijalankan secara kualitatif yang mana melibatkan survei mudah kesemua murid Tahun 6 dan juga temubual secara mendalam dengan wakil sekolah dan Ibu Bapa murid. Dapatan kajian menunjukkan pendigitalan pendidikan terutama sekali pembelajaran secara atas talian masih belum dapat diterima sepenuhnya oleh murid dan ibubapa. Namun, tidak kurang juga dari kalangan mereka yang menerima baik pendigitalan pendidikan ini. Hal ini disebabkan kekangan dari segi fasiliti asas, penggunaan peranti yang tidak sesuai, kekurangan kewangan untuk pembelian data internet serta pembelajaran secara tradisional lebih disyorkan. Implikasinya, visi kementerian dalam pendigitalan pendidikan sekolah pedalaman dan merapatkan jurang digital diantara Sekolah Luar dan Pedalaman masih jauh lagi untuk dicapai. Konklusinya, peranan guru dan pihak kementerian penting dalam memberikan penekanan lebih kepada pembudayaaan pendigitalan pendidikan di Sekolah Pedalaman agar jurang digital tidak terus melebar selaras dengan hasrat kerajaan dalam menuju revolusi industri 4.0. Kata Kunci : Pendigitalan Pendidikan, Pasca covid19, Sekolah Pedalaman, Jurang Digital
102 INOVASI PENGAJARAN JAWI DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM: SUATU TINJAUAN JUNNDIAH @ JUNAIDAH BINTI MAJIT1 MUHAMAD SUHAIMI BIN TAAT2 Universiti Malaysia Sabah [email protected] ABSTRAK Inovasi adalah sesuatu yang baharu atau unik hasil ciptaan atau hasil kreativiti. Kreativiti dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) membantu murid untuk menguasai objektif pembelajaran yang disasarkan oleh guru. Sehubungan dengan itu, pelbagai inovasi telah dibangunkan oleh guru-guru bagi mempelbagaikan bahan pengajaran khususnya jawi. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti inovasi pengajaran jawi yang dibangunkan oleh Guru Pendidikan Islam yang telah disebarluaskan bagi membantu penguasaan jawi murid. Metodologi yang digunakan adalah kajian kepustakaan dan analisis dokumen. Rujukan daripada jurnal-jurnal ilmiah, laporan kajian serta tesis yang berkaitan digunakan bagi mengumpul maklumat dan data tentang inovasi pengajaran Jawi dalam kalangan Guru Pendidikan Islam. Berdasarkan kajian, dapatan menunjukkan bahawa kebanyakkan bahan inovasi yang dibangunkan membantu penguasaan jawi murid. Iaitu khusus untuk murid yang diajar . Secara ringkasnya, dapat disimpulkan bahawa bahan inovasi GPI perlu disebarluaskan kepada rakan-rakan GPI melalui medium perkongsian amalan terbaik, aplikasi media social, pameran pendidikan dan seminar. Namun, pembangun bahan inovasi hendaklah mendaftarkan bahan tersebut bagi mengelakkan bahan disalahguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kata kunci: inovasi, Jawi, Guru Pendidikan Islam.
103 GAMIFIKASI DALAM PENDIDIKAN JASMANI: PENILAIAN KESAN TERHADAP MOTIVASI DAN PRESTASI AKADEMIK DALAM KALANGAN PELAJAR PDPP PENDIDIKAN JASMANI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA AMBILAN JUN 2021 K. Raja M. Kanapathy Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Gamifikasi ialah pendekatan pedagogi yang inovatif untuk menangani masalah yang berkaitan dengan tingkah laku sosial, motivasi pelajar dan prestasi akademik pada peringkat pendidikan yang berbeza. Oleh itu, penyelidikan ini bertujuan untuk menganalisis kesannya terhadap motivasi dan prestasi akademik pelajar PDPP IPG Kampus Gaya. Penyelidikan ini dijalankan dalam latihan guru masa depan yang pakar dalam pendidikan jasmani semasa dua kursus akademik. Secara keseluruhan, 54 pelajar mengambil bahagian dalam kajian ini, dibahagikan kepada kumpulan eksperimen gamified ( n = 28) dan kumpulan kawalan ( n= 26). Para peserta melengkapkan soal selidik untuk menilai motivasi dalam pendidikan jasmani sebelum dan selepas intervensi dan melaksanakan peperiksaan akhir untuk menilai prestasi akademik. Keputusan menunjukkan peningkatan dalam peraturan luaran dalam kumpulan eksperimen sahaja. Tambahan pula, kumpulan ini mencapai prestasi akademik yang jauh lebih baik. Dapatan kajian ini mencadangkan bahawa pelaksanaan gamified bermanfaat untuk prestasi akademik di peringkat Institut Pendidikan Guru, walaupun motivasi intrinsik tidak berubah. Tambahan pula, sifat ganjaran atau hukuman, sebagai ciri pendekatan pedagogi ini, boleh memainkan peranan penting dalam hasil yang dijangkakan, memandangkan peraturan luar meningkat dengan ketara selepas campur tangan. Kata kunci: metodologi aktif, inovasi pendidikan, faktor psikososial, motivasi, peningkatan petunjuk, prestasi akademik, Classcraft, pembelajaran sukan
104 KAJIAN KEPERLUAN PROGRAM BAHARU: PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (TEKNOLOGI DIGITAL - WEB DEVELOPMENT) DI POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN: PERSPEKTIF INDUSTRI KAMALUL HAYAT BIN RAMAN1 *, WAN NOORHISHAMUDIN BIN WAN MOHD2 , RISLAH BINTI ZAKRIA3 1,2,3Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu E-mail: [email protected] ABSTRAK Perancangan ke arah pembangunan sesuatu program baharu pengajian Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) perlu melalui suatu proses yang melibatkan kajian terperinci dari segenap sudut. Kajian keperluan Program (PNA) Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital – Trek Pembangunan Web) dijalankan dan dikemukan olehPoliteknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun Terengganu kepada Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) bagi mendapatkan kelulusan dan seterusnya memohon akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Kaedah kajian adalah berdasarkan gabungan kajian kualitatif dan kuantitatif. Data primer diperolehi melalui maklumbalas pihak industri dengan menggunakan instrumen soal selidik dan temuduga. Data sekunder pula diperolehi daripada bahan-bahan penerbitan seperti Rancangan Malaysia ke 11, Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti (2018- 2025), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Berdasarkan dapatan yang diperolehi didapati pihak industri menyokong penuh program ini dilaksanakan di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Justifikasi rasional membangunkan program ini adalah berdasarkan daripada hasil dapatan kajian data primer dan data sekunder yang positif, potensi untuk mengadakan kolaborasi dengan pihak swasta, rekabentuk kurikulum yang mengikut keperluan industri dan menggunakan kaedah P & P selari dengan perkembangan teknologi masa kini. Implikasi perlaksanaan yang harus diberi penekanan untuk menjayakan program ini adalah mengenai ruang, peralatan, tenaga pengajar, pasaran modal insan dan kebolehpasaran pelajar. Kata Kunci : TVET, rekabentuk kurikulum, modal insan, kebolehpasaran pelajar
105 MEREKABENTUK DAN MEMBANGUNKAN SISTEM PENGURUSAN KUPON AMAL BERASASKAN WEB DI POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN KAMARUDIN RIPIN1* , NOR DEANA CHE HASSAN2 , RAHIMATUN AWALIN AB RAZAK3 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu e-mail: [email protected] ABSTRAK E-charity wallet ialah sistem berasaskan web yang digunakan di politeknik sultan mizan zainal abidin. Kajian yang dicadangkan ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan e-charity wallet, membangunkannya pada platform berasaskan web dan menjalankan ujian ke atas sistem. Ia berfungsi untuk menyimpan inventori yang berkaitan dengan kupon amal seperti jumlah dan penerima kupon amal. Sebelum sistem dibangunkan, sukar untuk mengakses data tentang penerima kupon. Projek ini menggunakan model air terjun semasa pembangunan projek. Projek ini melibatkan tiga skop pengguna termasuk pelajar (penerima), pentadbir (pegawai hep) dan kantin atau kafeteria. Bahasa php, visual studio code, pelayan apache dan pangkalan data mysql digunakan untuk membangunkan sistem berasaskan web manakala perisian bootstrap digunakan sebagai bahagian hadapan antara muka web. Ujian kotak putih dan ujian penerimaan pengguna telah dijalankan ke atas sistem ini. Keputusan menunjukkan bahawa ujian adalah positif, dan ini bermakna sistem dilakukan seperti yang diharapkan. Disimpulkan sistem ini banyak membantu untuk menjadikan kupon amal tersusun dengan baik, sedia, dan mudah digunakan. Kata kunci: amal, kupon, berasaskan web, inventori
106 PENGGUNAAN TEKNOLOGI DIGITAL DALAM PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI, POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN, DUNGUN TERENGGANU KAMARUDIN BIN RIPIN1* MOHD REDZUAN BIN ROSLY2 1,2Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu [email protected] ABSTRAK Pengaruh pendigitalan dalam bidang pendidikan telah terbukti berkesan dalam memberi sumbangan yang positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Terdapat cadangan untuk melaksanakan pendigitalan dalam pembelajaran di Politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Namun begitu timbul persoalan sama ada warga Politeknik telah bersedia untuk menerima dan memanfaatkan teknologi ini dalam proses PdP sekiranya cadangan ini dilaksanakan kelak. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti tahap penerimaan dan tahap penggunaan teknologi digital untuk pembelajaran di kalangan pelajar di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun, Terengganu khususnya di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, PSMZA. Kajian ini juga akan mengenal pasti beberapa masalah yang dihadapi oleh pelajar di Politeknik dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi digital dalam pembelajaran mereka di Politeknik. Responden kajian terdiri daripada 250 orang pelajar daripada Diploma Teknologi Maklumat(teknologi digital) di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Data kajian diperolehi melalui agihan borang soal selidik kepada responden dan dianalisis secara statistik deskriptif menggunakan perisian SPSS Versi terkini. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden mempunyai tahap penerimaan yang tinggi terhadap pengggunaan teknologi digital untuk pembelajaran. Kajian menunjukkan tahap penggunaan teknologi digital bagi tujuan pembelajaran di kalangan responden berada pada tahap yang sederhana. Hasil kajian juga telah mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar di Politeknik dalam melaksanakan penggunaan teknologi digital untuk pembelajaran seperti laman-laman web berkaitan subjek ataupun kursus yang diikuti amat terhad, kekurangan laman web dalam bahasa Melayu, kebanyakan sumber atau maklumat berkaitan pembelajaran di dalam bahasa Inggeris, kemudahan komputer dan internet yang sangat terhad dari segi bilangan dan masa penggunaan dan juga perkhidmatan internet seringkali tergendala dan tidak memuaskan. Kata Kunci: digital, pengajaran dan pembelajaran, politeknik, internet
107 PERMAINAN PAPAN KATA NAMA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH KHADIJAH@ASWATI BINTI HJ ADENAN1 ANIS NURSYAFIQAH BINTI SUNSAI2 ELLIEKHA ANAK JIMMY 3 NUR ASMIDARWATI BINTI SAHARI4 SALIMIAH@SAZARINAH BT JAMILI5 1,2,3,4,5Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan bagi membantu meningkatkan kefahaman murid terhadap kata nama menggunakan teknik permainan Papan Kata Nama. Teknik permainan Papan Kata Nama merupakan satu inovasi yang digunakan untuk membantu murid menguasai penggunaan kata nama. Peserta kajian ini melibatkan 10 orang murid tahun 3 dari sebuah sekolah di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berpandukan reka bentuk Model Kemnis dan Mc Taggart. Data dikumpul melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Hasil analisis data mendapati bahawa semua responden menunjukkan perubahan positif dari aspek penguasaan topik kata nama. Teknik permainan Papan Kata Nama ini dibina dalam dua bentuk, iaitu secara maujud dan digital. Dapatan ini membuktikan bahawa penggunaan teknik Papan Kata Nama mampu meningkatkan penguasaan murid dalam memahami kata nama am dan kata nama khas dengan betul. Secara keseluruhannya, kajian ini dapat dijadikan sebagai rujukan oleh guru-guru Bahasa Melayu dalam mewujudkan proses pengajaran dan pemudahcaraan yang berkesan melalui pendekatan yang menarik. Kata kunci: Papan Kata Nama, inovasi, kata nama, digital, maujud
108 KAJIAN PENGHASILAN BATA SIMEN DENGAN MENGGUNAKAN ABU TERBANG DAN PALM OIL FUEL ASH (POFA) KHAIRUDIN CHE HUSAIN1 CHE KU NORHAZLINA CHE KU MAIDIN2 1,2 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu [email protected] ABSTRAK Bata simen merupakan bahan binaan yang diperbuat daripada campuran simen dan pasir yang berbentuk empat segi tepat. Bata simen secara amnya digunakan bagi pembinaan rumah kediaman atau bangunan kecil, harganya juga murah dan ia biasanya digunakan bagi struktur yang tidak menanggung beban. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji sifat fizikal dan mekanikal bata simen. Kepentingan kajian ini adalah bagi memberi gambaran tentang sifat bata simen, faktor-faktor yang mempengaruhi sifatnya serta kesan pengunaan POFA dan Abu Terbang dalam adunan bata simen. Objektif kajian adalah bagi menentukan hubungan adunan terhadap sifat fizikal bata iaitu toleransi dimensi, ketumpatan, kadar serapan awal, serapan lembapan dan sifat mekanikal iaitu kekuatan mampatan bata simen. Kajian ini dijalankan dengan mengumpul tiga (3) jenis sampel berlainan daripada tiga (3) kilang yang berada di Negeri Terengganu. Tiga jenis sampel juga dihasilkan di makmal menggunakan simen Portland biasa (OPC), POFA dan Abu Terbang sebagai pengganti simen. Semua sampel diuji dan keputusan dianalisis menggunakan Microsoft Excel dan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf. Kajian menunjukkan bata simen yang dikaji memenuhi kesesuaian penggunaannya dalam aspek serapan lembapan dan kekuatan mampatan namun sebahagian daripadanya mempunyai kekurangan pada aspek serapan awal lembapan dan toleransi dimensi. Kajian juga telah mendapati bahawa penggunaan POFA dan Abu Terbang di dalam adunan bata simen memberi kesan yang positif terhadap sifat fizikal dan mekanikal terutamanya terhadap kekuatan mampatan. Adunan sesuatu bata simen juga didapati sangat mempengaruhi sifat fizikal dan mekanikalnya. Kata Kunci : Bata Simen; POFA; Sifat Fizikal; Kekuatan
109 PEMBENTUKAN MODAL INSAN MASYARAKAT BAJAU LAUT DI PULAU MABUL, SEMPORNA, SABAH KHAIRUNNISA HUSNA BINTI ROSSLEY NOR HAFIZAH BINTI AHMAD Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pembentukan modal insan di dalam kehidupan masyarakat Bajau Laut. Sampel kajian ialah 3 responden dari kalangan ibu bapa kepada kanak-kanak Bajau Laut yang menyertai program “Community and Research Based Education” anjuran Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau. Pusat penyelidikan terletak di perairan laut Mabul, Semporna, Sabah. Data bagi menjawab persoalan kajian diperolehi melalui kaedah temu bual dan pemerhatian. Hasil kajian menunjukkan bahawa modal insan kehidupan masyarakat Bajau Laut adalah sangat unik. Ia dipengaruhi oleh aspek kawasan petempatan, pemindahan pengetahuan dari satu generasi ke generasi lain dan kebergantungan kepada persekitaran untuk sumber pendapatan. Semoga hasil kajian ini menjadi pencetus kepada pembentukan modal insan yang lebih baik untuk generasi akan datang. Kata Kunci: Pembentukan, Modal Insan, Bajau Laut,
110 PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN GURU BAHASA MELAYU TERHADAP AMALAN PEDAGOGI TERBEZA DI SEKOLAH RENDAH: SATU TINJAUAN AWAL LAW YIEN HUA NG LEE FONG Institut Pendidikan Guru Kampus Kent [email protected] ABSTRAK Pedagogi terbeza merupakan strategi pengajaran yang memberi penekanan kepada kepelbagaian gaya pembelajaran setiap murid untuk memberikan pendidikan yang saksama kepada murid. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik bagi mengenal pasti tahap dan hubungan pengetahuan, kemahiran dan amalan guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan pedagogi terbeza di sekolah rendah. Responden terdiri daripada 30 orang guru Bahasa Melayu di sekolah rendah daerah Bintulu yang dipilih secara persampelan bertujuan. Data dianalisis secara statistik deskriptif dan statistik inferensi melalui perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 29.0. Dapatan tinjauan awal menunjukkan bahawa kesemua tiga aspek yang diukur mencatatkan skor min yang tinggi iaitu skor min bagi tahap pengetahuan adalah 4.20, tahap kemahiran adalah 4.11 dan tahap amalan adalah 4.05. Dapatan awal ini juga menunjukkan terdapat hubungan yang erat antara pengetahuan dan kemahiran guru Bahasa Melayu dengan amalan melaksanakan pedagogi terbeza. Kesimpulannya, guru Bahasa Melayu mempunyai tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan yang tinggi dalam pelaksanaan pedagogi terbeza di sekolah rendah. Pengkaji berharap saling bergantungan dan amalan pedagogi terbeza hendaklah dibudayakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memenuhi setiap kehendak murid tanpa menidakkan hak keperluan mereka bagi menguasai isi pembelajaran. Kata kunci: pedagogi terbeza, pengetahuan, kemahiran, amalan, guru Bahasa Melayu
111 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT UNTUK MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN (TP) DAN MENARIK MINAT MURID DALAM MATAPELAJARAN SAINS: “BUMI DAN ANGKASA” SEKOLAH RENDAH DENGAN MENGGUNAKAN INOVASI “SMARTS NOTES” DAN “PBD BUDDY”. LEOPOLD KELVIN BIUS Sekolah Kebangsaan St Joseph Kuala Penyu, Sabah [email protected] ABSTRAK Teknologi merupakan salah satu alat yang mempunyai potensi yang tinggi untuk meningkatkan kefahaman dan menarik minat murid dalam pembelajaran Sains. Sehubungan dengan itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mendiskripsikan pelaksanaan pdpc berpusatkan murid dengan mengaplikasikan aktiviti menggunakan inovasi “Smarts Notes” dan “PBD Buddy” bagi topik Bumi dan Angkasa bagi Matapelajaran Sains Sekolah Rendah. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk membantu menambah baik amalan saya dalam pengajaran berkenaan dengan topik Bumi dan Angkasa terhadap murid Tahun 6 sekolah rendah. Kajian ini dilaksanakan dengan rekabentuk kajian tindakan yang melibatkan kumpulan sasaran seramai 11 orang murid Tahun 6 yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru pada tahun 2022. Teknik pengumpulan data yang dibuat adalah dengan menggunakan pemerhatian, temubual, rakaman video, gambar dan analisis dokumen yang dianalisis secara diskriptif Hasil daripada dapatan kajian menunjukkan aktiviti yang telah dirancang sepanjang kajian ini telah membantu guru serta dapat menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran dari segi aspek merangka, merancang dan melaksanakan aktiviti berpusatkan murid tanpa menjejaskan elemen isi kandungan yang perlu dikuasai oleh murid. Kajian ini memberi impak yang tinggi dalam membantu guru memahami dan memberi gambaran yang jelas terhadap proses pelaksanaan kajian tindakan secara holistik. Kata kunci: Smarts Notes, PBD Buddy, Teknologi, Holistik
112 KESEDIAAN DAN CABARAN PENDIGITALAN PENDIDIKAN BAGI MURID SEKOLAH RENDAH LOW KEAT YI Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Pendigitalan pendidikan merupakan salah satu agenda penting untuk mewujudkan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK 21) yang bermatlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di peringkat antarabangsa. Kajian ini bertujuan untuk memahami kesediaan dan cabaran murid sekolah rendah dalam pendigitalan pendidikan. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan dijalankan terhadap 30 orang murid Tahun 6 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa Kota Kinabalu. Hasil kajian telah menunjukkan peserta telah bersedia untuk pendidikan digital memandangkan kelengkapan utama telah tersedia dan terdapat beberapa cabaran dihadapi seperti kesukaran mendapat capaian rangkaian Internet dan bayaran internet yang mahal. Beberapa cadangan telah dikemukan supaya dapat membantu pihak-pihak tertentu untuk meningkatkan tahap kesediaan dan menyelesaikan cabaran dalam pendigitalan pendidikan. Kata kunci: Pendigitalan Pendidikan, Sekolah Rendah, Pembelajaran Abad Ke21, Kesediaan, Cabaran
113 KEBERKESANAN PENGGUNAAN AMAZING INTERVENTION MODULE (AIM) 2.0 DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TINGKATAN 5 UNTUK TOPIK MATRIKS LYDRINNIE KOH@ RINNIE SMK Beluran [email protected] ABSTRAK Kemahiran menjawab soalan Matematik merupakan aspek utama dalam menyelesaikan persamaan linear dalam Topik Matriks. Soalan popular tersebut terdapat dalam Kertas dua dengan 4 markah dalam kertas Matematik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tinjauan awal dijalankan ke atas 20 orang murid Tingkatan 5, melalui kaedah menganalisis tugasan murid, soal selidik, Ujian Pra dan Ujian Pos. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak dapat menyelesaikan soalan latihan yang diberikan. Dengan menggunakan perkataan akronim, Amazing (A), Intensive (I) dan Module (M), maka terhasillah AIM. AIM juga membawa maksud capai dalam Bahasa Melayu. Amazing Intensive Module (AIM) 2.0 adalah satu bahan inovasi atau modul permainan yang telah ditambahbaik dari inovasi sebelumnya. Menurut James (1993) melalui Faiz (2012), aktiviti ‘hands on’ merupakan pembelajaran daripada pengalaman sendiri iaitu murid menimba pengalaman secara konkrit yang mampu membantu meningkatkan kefahaman dan daya ingatan ditambah dengan nota-nota ringkas dan skema pemarkahan. Secara keseluruhannya, Bahan Bantu Mengajar ini berjaya meningkatkan prestasi murid dari segi markah dalam soalan-soalan latihan, Ujian Pos dan Ujian Bulanan. AIM 2.0 merupakan bahan bantu mengajar yang menarik, menjimatkan kos dan masa selain merentasi bidang sains, bahasa dan sebagainya. Justeru, AIM 2.0 mempunyai potensi disebar luas ke sekolah-sekolah yang lain termasuklah sekolah rendah, pendidikan khas, tadika, prasekolah dan taska. AIM 2.0 dibina sesuai dan memenuhi keperluan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang dikeluarkan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Kata kunci: matriks, persamaan linear, Matematik, modul, bahan bantu mengajar
114 IMPLEMENTATION ModBus - BASED pH MONITORING USING PLC AND HMI IN TILAPIA FISH AQUAPONICS TANK MASRUL NIZAM MAHMOD1 MOHD KAMAL HAT2 Politeknik Muadzam Shah,Pahang. *e-mail: [email protected] ABSTRACT The recirculating water system in the aquaponics tank is very important in giving tilapia fish and vegetables good nutrients. The water from the tank is routed to the plants and back directly into the tank. The higher the water quality, the better the fish growth rate. The target of this study is to create direct monitoring using sensors and Programmable Logic Controller (PLC) system control. The research method is in the field where it is done for 2 weeks with water temperature and pH. Readings are taken using an analog pH sensor connected via ModBus directly to the PLC control to be converted from analog to digital reading, and displayed on a HumanMachine Interface (HMI). PLC has been set up so that the light will turn on and the siren will sound if below than pH 4. 20 samples of natural water and nine more buffers were tested for pH, and the correct pH values were identified. The tilapia fish tank served as a pH sensor test in this research. Therefore, investigated the pH ranges that are ideal for tilapia fish. Finding discovered that tilapia fish equal pH range between 5 and 6. Continuous monitoring ensure water quality and tilapia fish growth rate effectively. Keywords: pH Monitoring; ModBus; PLC; HMI
115 DESIGNING AND DEVELOPING LAA PAR FOOD ORDERING SYSTEM AT KEDAI MAT YIE ROTI CANAI TAMAN RAKYAT MAZLINA BINTI MUSTAPHA1 *, MUHAMAD SYAFIQ IKRAM BIN MOHAMAD TARMIZI2 , MUHAMMAD HIDAYAT BIN AB AZIZ3 1,2,3Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu email: [email protected] ABSTRACT LAA PAR is a web-based system and application that provides an online service to manage food ordering. This initiative was developed to replace manual methods for ordering food and avoid mistakes when placing orders by staff. This project used the Waterfall model during the project development. We chose the waterfall model as our methodology because the project is divided into sequential phases, with some overlap and splashback acceptable between phases. The project's objectives are to convert a manual system to be more systematic in managing food ordering and notification information. This project involved two users’ scopes, including admin and customer. This system enables customers to make an online payment, and the system will send a notification status. This system has been developed using PHP as its language programming, Javascript as its scripting, and MySQL as its database platform. The system helps make online food ordering and notification well-organized, ready, and easy to access. Keywords: LAA PAR; web-based system; food ordering.
116 KAJIAN ANALISIS DAN REKABENTUK SISTEM MATRIK DENGAN PERMODELAN UNIFIED MODEL LANGUAGE (UML) 1MAZLINA BINTI MUSTAPHA 2FAUZIAH BINTI BASOK 3HAIRI BIN ALIAS Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu email: [email protected] ABSTRAK Sistem MATRIX menggunakan teknologi web dibangunkan untuk memudahkan pengurusan maklumat persidangan menggantikan pengurusan secara manual. Objektif utama pembangunan sistem ini untuk menguruskan rekod pendaftaran, pembayaran, semakan kajian dan status pendaftaran kajian secara dalam talian. Fungsi-fungsi sistem ini dikenalpasti bagi memudahkan proses pengurusan maklumat persidangan menjadi lebih sistematik. Sebelum pembangunan sistem ini, pihak pengurusan persidangan sukar untuk mendapatkan data yang tepat dan efisien kerana di simpan ditempat yang berasingan seperti google drive, cakera keras dan emel. Metodologi pembangunan sistem ini dilaksanakan menggunakan Model Rapid Application Development (RAD) dengan pendekatan sistem berorientasi objek yang dimodelkan menggunakan Unified Modelling Language(UML). Sistem ini mempunyai empat skop pengguna iaitu peserta persidangan, pentadbir persidangan, penyemak kajian (reviewer) dan pentadbir kewangan. Sistem ini telah dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP, perisian bootstrap dan pangkalan data MySQL yang bertindak sebagai data sokongan dan menjadikan simpanan data lebih teratur. Ujian kotak putih dan ujian penerimaan pengguna telah dilaksanakan ke atas sistem ini. Keputusan pengujian sistem menunjukkan impak yang positif dan sistem ini telah digunapakai. Kesimpulannya, sistem ini telah berjaya menguruskan maklumat persidangan dan data disimpan secara tersusun, mudah diakses dan selamat. Katakunci: Sistem MATRIX; pengurusan; teknologi web; UML.
117 AMALAN PEMBUDAYAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH MAZREN TIKUSAN1 YAZID MAHADI2 1,2SMK Kota Marudu, Sabah ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengkaji amalan pembudayaan KBAT guru-guru sekolah menengah dalam elemen pengajaran dan pembelajaran. Seramai 112 orang guru di sebuah sekolah menengah, Sabah menjadi responden dalam kajian ini. Instrument amalan pembudayaan KBAT dalam pembelajaran dan pemudahcaraan telah diubahsuai berdasarkan borang penilaian pembudayaan amalan KBAT Kementerian Pendidikan Malaysia (2017) yang digunakan menilai sekolah-sekolah yang membudaya amalan KBAT dalam elemen pedagogi. Data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan min, peratus dan kekerapan. Manakala statistik inferensi menggunakan ujian t dan ANOVA satu hala untuk melihat perbezaan amalan pembudayaan KBAT guru. Dapatan kajian menunjukkan amalan pembudayaan KBAT guru-guru dalam elemen pembelajaran dan pemudahcaraan adalah pada tahap tinggi, namun tahap penglibatan pelajar dalam amalan pembudayaan KBAT berada pada tahap sederhana. Ujian inferensi pula, menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan amalan pembudayaan KBAT guru-guru berdasarkan jantina, pemgalaman dan umur. Hasil kajian mencadangkan supaya program sokongan terhadap amalan pembudayaan KBAT dalam semua aspek pengurusan sekolah dipertingkatkan terutamanya penglibatan aktif para pelajar dalam aktiviti-aktiviti berunsurkan KBAT. Kata Kunci: Amalan pembudayaan, Guru-Guru, Pengajaran dan Pemudahcaraan, KBAT, Sekolah Menengah
118 PEDAGOGI BERFOKUS DAN TERBEZA: BUKTI CAKNA GURU KEPADA KEPELBAGAIAN KECERDASAN MURID MAZURA BINTI SULAIMAN Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur ABSTRAK Streaming class tiada lagi di sekolah apabila pemansuhan sistem peperiksaan bagi murid sekolah rendah telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan surat siaran Bilangan 14 Tahun 2018. Kesannya akan wujud kepelbagaian murid yang berada di dalam bilik darjah yang sama. Impaknya pendekatan pengajaran yang bersifat “one-size-fitsall” jelas menunjukkan sudah tidak sesuai dilaksanakan. Pemilihan pedagogi guru perlu disesuaikan untuk memberi hak keadilan kepada semua murid. Cakna kepada tuntutan keperluan tersebut mana kertas konsep ini bertujuan untuk mengutarakan cadangan pembangunan satu model pedagogi berfokus dan terbeza dalam pengajaran kemahiran bahasa Melayu bagi membantu guru menangani isu ini. Pedagogi berfokus bermaksud memastikan semua murid meski berbeza tahap kecerdasan dapat mencapai objektif pembelajaran yang sama berdasarkan DSKP. Pedagogi terbeza pula merupakan satu konsep pengajaran yang menekankan kepelbagaian murid yang memerlukan para guru mengubahsuai empat elemen iaitu dari segi kandungan, proses, produk dan persekitaran. Kertas konsep ini akan membicarakan tentang konsep pedagogi berfokus dan terbeza, isuisu dan keperluan amalan pedagogi berfokus dan terbeza. Diharapkan kertas kajian ini dapat memberi input kepada pelbagai pihak agar menyokong dan menyedari pentingnya dibangunkan satu model pedagogi berfokus dan terbeza khususnya bagi pengajaran kemahiran bahasa Melayu. Kata kunci: kepelbagaian murid, model pedagogi berfokus dan terbeza, pengajaran kemahiran bahasa Melayu.
119 RURAL GRAMMAR TRANSLATION APPROACH (RGTA) ADVERBS MADE EASY MD. NAZRULSHAH BIN NAZIR AHMAD SK Kampung Enam Nabawan, Sabah ABSTRACT Conventional ways of teaching English seems to be debatable nowadays due to the relevance of the approaches applied in classroom teaching and learning. The nature of teaching English as second language especially the teaching grammar elements pose continuous challenges to teachers. The main focus of this research is aimed towards the teaching of Adverbs to a group of 20 young second language learners in SK Kampung Enam, Nabawan, Sabah.The problems in teaching Adverbs are resolved using the technique called Rural Grammar Translation Approach ( RGTA ) Adverbs Made Easy. It focuses mainly on the affixes which can be found in Adverbs. The method is by teaching and drilling the students with the spelling patterns and affixes which can be seen in Adverbs using the RGTA Bookmark to assist. The improvement is visible to be seen especially in writing simple sentences. The students were given sentences in Malay, and they have to translate them in English. After some time, they are able to apply Adverbs and put more colours into their writing.Overall, RGTA Adverbs Made Easy is certainly the latest, more relevant, applicable and practical technique to be applied in classroom teaching and learning. It is hoped that this technique will be used widely in Malaysia especially to help the non-English speakers and low English proficient students to achieve better. Keywords: RGTA; adverbs; teaching technique; affix
120 KAJIAN TINDAKAN PENGGUNAAN E-BANK SOALAN S & M DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGHAFAL BAHASA TAMIL MOGANADASS A/L PURNSHATMAN SJKT Sungai Renggam, Johor [email protected] ABSTRAK Kajian Tindakan ini bertujuan membincangkan amalan penggunaan e-Bank Soalan S & M dalam Bahasa Tamil. secara digital dalam kalangan murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil . Objektif kajian tindakan ini adalah meningkatkan kemahiran murid dalam menguasai hafalan kesusateraan tamil dengan mudah dan minat murid mata pelajaran Bahasa Tamil tersebut. Seterusnya, guru Bahasa Tamil dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Tamil. Pengkaji menggunakan model Teori Angragogy diperkenalkan oleh Malcolm Knowles dalam kajian ini. Kajian ini melibatkan lapan orang murid tahun 5 Veiyon di SJKT Sungai Renggam, Shah Alam, Selangor. Berdasarkan intervensi yang telah diaplikasikan murid telah menunjukkan mereka memahami maksud dan menghafal kesusasteraan Bahasa Tamil dengan senang dengan penggunaan kaedah e-Bank Soalan S & M. Ini kerana, murid-murid boleh menjawab berulangulang sesuatu set soalan sehingga mereka betul-betul faham maksud kesusasteraan Bahasa Tamil. Kajian Tindakan penggunaan e-bank soalan S & M akan meningkatkan tahap hafalan dan minat murid dalam mata pelajaran Bahasa Tamil. Penggunaan e-bank soalan S & M akan memudahkan para guru menggunakan BBM yang diperlukan melalui satu pusat (One Stop Centre). Kajian tindakan ini akan meningkatkan kualiti pembelajaran abad ke-21 (PAK21). Muridmurid akan belajar dengan seronok dengan penggunaan e-bank soalan S & M. Kata kunci: bank soalan, Bahasa tamil, murid, PAK-21
121 PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN SEJARAH MOHAMAD SAH LAWISAU1 , SITTI KHATIZAH MOHD YUSOF2 , NOR AMIN LAWISAU3 1SMK Bugaya, Semporna, Sabah 2SMK Dato Panglima Abdullah Semporna, Sabah 3 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu Sabah3 ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan kurikulum Sejarah di sekolah menengah menggunakan model penilaian CIPP (Kontek, Input, Proses dan Produk) yang dikembangkan oleh Stufflebeam (1971). Keberkesanan pelaksanaan kurikulum Sejarah dinilai berdasarkan kepada empat dimensi iaitu konteks, input, proses dan produk. Dalam dimensi kontek, kajian meneliti permasalahan yang timbul dalam pelaksanaan kurikulum Sejarah serta sikap pelajar terhadap kurikulum Sejarah di sekolah menengah. Dimensi input menilai keyakinan pelajar terhadap pembelajaran Sejarah serta penggunaan bahan bantu belajar yang digunakan oleh guru. Dimensi proses melibatkan strategi pembelajaran, gaya pengajaran guru dan penilaian yang dilakukan oleh guru terhadap pelajar. Manakala dimensi produk menilai pencapaian objektif kurikulum Sejarah dan perubahan sikap pelajar selepas mengikuti kurikulum Sejarah. Soal selidik oleh Rohaimi Ishak & Ramlah Jantan (2015) yang diadaptasikan berdasarkan model CIPP digunakan dalam kajian ini. Sampel terdiri daripada 534 orang pelajar yang berasal dari beberapa buah sekolah menengah di daerah Semporna, Sabah. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriftif untuk mendapatkan jumlah peratus dan skor min. Kajian ini memberi gambaran menyeluruh mengenai keberkesanan pelaksanaan kurikulum Sejarah di sekolah menengah berdasarkan model penilaian CIPP, serta memberikan pemahaman tentang aspek-aspek yang perlu ditambahbaik untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Kata Kunci: Persepsi, mata pelajaran sejarah, sekolah menengah, pelaksanaan kurikulum, model CIPP
122 THE EFFECTS OF GAMIFICATION IN THE CLASSROOM ON PRE-SERVICE TEACHER EDUCATION TRAINEES MOHD DANIAL AIMAN BIN MOHD YATIM ALVIN AUH MIN HAN (PhD) Institut Penguruan Guru Kampus Gaya Email: [email protected] ABSTRACT This study attempted to examine the effect of gamification on pre-service ESL teacher education trainees and to ascertain to what extent gamification has affected pre-service ESL teacher trainees based on Bloom's Taxonomy in the affective domain. The participants were from one of the education faculty of a local educational institute in Kota Kinabalu. Furthermore, studies of effect in gamification remain limited in the Malaysian ESL language learning context, hence the findings would contribute to a better contextual understanding of 'effect' within the second language setting. The study used Bloom Taxonomy Affective Domain as the measurement tool in ascertaining the effect of gamification on pre-service teacher education trainees in their teaching and learning practices. In this study, a survey and semi-structured interviews had been conducted to gain the relevant data in achieving the objectives. The participants were three pre-service ESL teacher trainees that had finished their practicum. The findings indicated that gamification had been achieved at a certain stage based on Bloom's Affective domain and several discussions had been conducted to investigate the reasoning of certain stages that didn't achieve a certain level. The study signals the importance for teachers to conduct gamification inside the classroom in order to achieve a greater positive effect within the classroom. Key words: gamification, engagement, Bloom Taxonomy Affective Domain
123 MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA SENDI NAMA DARI DAN DARIPADA TERHADAP MURID TAHUN EMPAT MENGGUNAKAN PIRAMID Dr. Dp. MOHD FAZWAN PANG NURAFIFAH BINTI ARDI SITI AISYAH BINTI MAZLAN SITI HAJAR BINTI SUKIMAN RAJA INTAN NAJIHAH BINTI RAJA SHAHRIMAN Institut Pendidikan Guru Kampus Kent [email protected] ABSTRAK Antara masalah yang dihadapi ialah murid tidak dapat membezakan penggunaan fungsi kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’. Oleh itu, ia telah menyebabkan kesukaran seterusnya memberi satu impak yang negatif kepada murid yang kurang menguasai topik ini kerana kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ sering digunakan dalam ayat bahasa Melayu. Secara tidak langsung, prestasi murid dalam mata pelajaran bahasa Melayu akan terjejas. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan kata sendi nama dari dan daripada dalam bahasa Melayu menggunakan Piramid Dr. Dp. dalam kalangan murid tahun 4. Kajian ini dilaksanakan di sebuah sekolah rendah di daerah Tuaran, Sabah. Seramai 9 orang murid tahun 4 yang dipilih sebagai peserta kajian. Oleh yang demikian, Piramid Dr. Dp. telah dihasilkan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid terutamanya penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam bahasa Melayu. Data-data dalam kajian ini dikumpul menggunakan borang soal semak, protokol temubual dan ujian. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif dan dipersembahkan menggunakan jadual dan graf. Dapatan kajian menunjukkan berlaku peningkatan pada ujian pra dan ujian pos terhadap markah semua peserta kajian. Peningkatan ini menunjukkan bahawa intervensi yang diperkenalkan membantu menyelesaikan masalah murid tahun 4 berkaitan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam penggunaan ayat bahasa Melayu. Secara keseluruhannya, kajian ini bukan sahaja mampu meningkatkan kefahaman yang mendalam dalam diri murid, tetapi turut membantu memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru berkaitan topik kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam ayat bahasa Melayu. Kata Kunci: Kata sendi nama, dari dan daripada, Piramid Dr. Dp., Prestasi Murid
124 PENGAPLIKASIAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) BERSUMBERKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DALAM KALANGAN GURU PELATIH BAHASA MELAYU MOHD HANIF BIN ABDUL LATIF NUR FARISSHA BINTI AZHAR NURUL AIN BINTI MOHD SAIDI SYARIFAH NUR ATHIRAH BINTI ADNAN SALINA BINTI ABDULLAH SANGGURO (PhD) Institut Pendidikan Guru Kampus Kent [email protected] ABSTRAK Penggunaan TMK semakin luas digunakan terutamanya dalam bidang pendidikan. Setiap guru perlu mengaplikasikan penggunaan TMK dalam PdP mereka selaras dengan kandungan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bahasa Melayu sekolah rendah. Dapatan awal menunjukkan terdapat cabaran dalam mengaplikasikan BBM bersumberkan TMK ini sehingga menyukarkan guru pelatih untuk mengaplikasikannya dalam bilik darjah. Antara cabaran yang dihadapi adalah seperti kurang pengetahuan berkaitan TMK, kekurangan bekalan capaian internet, dan banyak lagi. Penyelidikan ini bertujuan untuk meneroka cabaran yang dihadapi serta melihat sejauh mana penggunaan BBM bersumberkan TMK diaplikasikan dalam PdP di bilik darjah. Justeru, penyelidikan ini dijalankan ke atas guru pelatih IPG Kampus Kent ambilan Jun 2020. Seramai 3 orang peserta kajian telah dipilih menggunakan persampelan bertujuan. Pemilihan peserta kajian ini adalah dalam kalangan guru pelatih Bahasa Melayu yang telah menjalani praktikum Fasa 1. Penyelidikan ini menggunakan reka bentuk kajian kes dengan menggunakan pendekatan kualitatif serta menggunakan kaedah pengumpulan data berbentuk pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen. Kata kunci: Bahan Bantu Mengajar (BBM), Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), Bahasa Melayu
125 CerHIT: MEMBANTU MENINGKATKAN PENGUASAAN TOPIK IMBUHAN AWALAN KATA NAMA PeN- DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 MOHD KHAIRUL NA’AIM BIN PENCHARI RAHMAH BINTI ABDUL GHANI Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya E-mel: [email protected] ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan bertujuan bagi meningkatkan kefahaman murid dalam menguasai penggunaan Imbuhan Awalan Kata Nama peNdengan mengaplikasikan teknik CeHIT dalam kalangan murid Tahun 4. Kajian ini berorientasikan dua objektif yang utama iaitu mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid dalam memahami topik Kata Nama Berimbuhan Awalan peN- serta mengenal pasti kesan penggunaan aplikasi teknik CerHIT terhadap penguasaan murid dalam memahami dan menggunakan Kata Nama Berimbuhan Awalan peN pada konteks yang tepat.. Reka bentuk kajian yang dipilih ialah kajian tindakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Peserta kajian yang dipilih adalah berdasarkan kaedah peserta bertujuan. Pemilihan peserta kajian melibatkan lima orang murid Tahun 4 dari sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis dokumen, ujian awal, senarai semak pemerhatian, temu bual dan ujian akhir. Data dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat kesan yang signifikan melalui penggunaan teknik CerHIT dalam meningkatkan kefahaman murid terhadap konsep dan penggunaan Imbuhan Awalan Kata Nama peN- dalam kalangan murid Tahum 4. Implikasinya, kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan teknik yang efektif dan menarik dalam pengajaran imbuhan awalan peN- dapat mengurangkan kesilapan penggunaan imbuhahan awalan peN- Bahasa Melayu serta mampu meningkatkan kefahaman tatabahasa murid selaras dengan garis panduan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kata kunci: Teknik CerHIT, Imbuhan Awalan Kata Nama peN-, Tatabahasa
126 ANALISIS PENILAIAN KEBERKESANAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK TERHADAP PELAJAR DI POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN SESI II: 2022/2023 MOHD REDZUAN BIN ROSLY Politeknik Sulatan Mizan Zainal Abidin, Terengganu ABSTRAK Sistem Penasihatan Akademik (SPAk) adalah satu kaedah pengurusan pelajar di mana seorang dari kalangan pensyarah dilantik sebagai Penasihat Akademik (PA) bagi membantu pelajar dalam pembangunan akademik dan sahsiah pelajar sepanjang sesi pengajiannya di politeknik. Kajian ini dijalankan bagi melihat tahap keberkesanan SPAk terhadap pelajar di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) pada sesi II: 2022/2023. Analisis skor min dan frekuensi dijana melalui modul Pengurusan Penasihat Akademik atau singkatannya iPAd iaitu salah satu modul yang terdapat dalam Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP). Responden kajian ini terdiri daripada 1860 orang pelajar PSMZA yang mengisi borang soal selidik secara dalam talian melalui platform iPAd dalam SPMP dengan pemantauan oleh PA masing-masing. Hasil dapatan kajian yang telah dijalankan di dapati bahawa purata keseluruhan bagi penilaian terhadap keberkesanan SPAk di PSMZA adalah 3.72. Dapatan ini jelas memperlihatkan tahap keberkesanan SPAk di PSMZA bagi sesi II: 2022/2023 berada pada tahap yang cemerlang. PA telah menjalankan peranan sebagai penggerak dalam memastikan SPAk dapat membentuk pelajar yang cemerlang akademik dan juga sahsiah diri yang baik. Kata kunci: SPAk, Penasihat Akademik, keberkesanan
127 KAJIAN PENGGUNAAN SISTEM TUTORIAL INTERAKTIF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK TOPIK DAYA BAGI KURSUS SAINS KEJURUTERAAN MOHD RUSHDY BIN YAACOB1 AZIRA BINTI DAUD2 HAZRIESYAM AMIR BIN MUSTAPHA3 123Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang ABSTRAK Topik Daya merupakan salah satu topik yang perlu dikuasai dan difahami oleh pelajar yang mengambil kursus sains kejuruteraan. Kebanyakan pelajar dilihat lemah dari segi pengiraan dan imaginasi apabila mereka menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan topik daya. Kajian ini dijalankan secara soal selidik untuk melihat penerimaan dan keberkesanan penggunaan sistem tutorial interaktif, ReForce-T.exe ke atas 46 orang responden yang terdiri daripada pensyarah dari Jabatan Matematik, Sains dan Komputer yang mengajar kursus Sains Kejuruteraan serta pelajar dari program Diploma Kejuruteraan Awam dan Diploma Kejuruteraan Mekanika , Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah yang mengambil kursus Sains Kejuruteraan pada sesi 1:2022/2023. Secara keseluruhannya, purata skor tahap penerimaan dan keberkesanan penggunaan sistem toturial interaktif ialah 3.87 yang menunjukkan tahap skor yang tinggi (Hazriesyam et al., 2022), menggambarkan sebanyak 96.75% daripada responden menerima baik penggunaan sistem tersebut. Kata kunci: Sistem Tutorial Interaktif, ReForce-T.exe, Daya, Sains Kejuruteraan
128 TAHAP PENGETAHUAN DAN KESEDIAAN GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM MOHD ZULKARNAIN BIN GANTALA1 SABARIAH BAHRUN2 WAN NURAFIQAH SABRINA BINTI WAN MUSTAPA3 NUR SAFWAH BINTI ABDULLAH4 NUR ADLINA DIYANA BINTI JEFFRY5 1,2,3,4,5Institut Pendidikan Guru Kampus Kent ABSTRAK Sistem pendidikan di seluruh dunia dipengaruhi oleh unsur-unsur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang semakin berkembang. Oleh itu, adalah penting bagi guru Pendidikan Islam (GPI) untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan bersedia untuk mengamalkan teknik yang sesuai dan berkesan dalam menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran Pendidikan Islam (PI). Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan kesediaan guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) PI Sekolah Kebangsaan di Daerah Tuaran, Sabah. Sampel kajian seramai 52 orang GPI yang mewakili 60 orang daripada populasi terlibat dalam penyelidikan ini. Data di kumpul menggunakan instrumen soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian "Statistical Product and Service Solutions" (SPSS) versi 28.0.1.0. Analisis secara deskriptif digunakan bagi mengira nilai peratus dan min. Hasil daripada kajian ini menunjukkan tahap pengetahuan dan kesediaan guru adalah pada tahap tinggi dengan min=4.24 dan min=4.04, tetapi tahap penggunaan TMK adalah pada tahap sederhana tinggi sahaja iaitu dengan min=3.70. Dapatan ini penting kepada para guru Pendidikan Islam dan Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya dalam menambah baik amalan PdP dan meniadi rujukan untuk menyediakan program yang memberi impak kepada para guru bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran di sekolah. Kata Kunci: pengetahuan, kesediaan, penggunaan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi
129 KaGaNDO MENINGKATKAN PENGUASAAN TOPIK KATA GANTI NAMA DIRI ORANG DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 MUHAMMAD AFFAN BIN AHAMAD Sekolah Kebangsaan Sungai Jejawi, Teluk Intan, Perak [email protected] ABSTRAK KaGaNDO merupakan sebuah produk inovasi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang menerapkan belajar sambil bermain. Penciptaannya adalah bertujuan untuk membantu murid memahami konsep kata ganti nama diri orang, meningkatkan kemahiran bahasa sewaktu menngunakan kata ganti nama diri orang, mewujudkan pembelajaran yang aktif dan meningkatkan motivasi dan keseronakan sewaktu belajar. Penyelidik telah menjalankan ujian pra dan ujian pasca bagi menilai peningkatan murid dalam ujian tersebut. Didapati sebanyak 16% peningkatan dalam penguasaan topik kata ganti nama diri orang dalam kalangan murid setelah ujian pra dan ujian pasca dilaksanakan. Dapatan soal selidik menunjukkan nilai min bagi kempat-empat aspek berada di tahap yang tinggi iaitu pengetahuan (M=2.98), kemahiran bahasa (M=3.10), sikap (M=3.33) dan afektif (M=3.48). Impaknya, murid dapat menjelaskan, meningkatkan kemahiran bahasa, memupuk sikap kerjasama dan bermotivasi semasa mempelajari kata ganti nama diri orang . Seiring pendigitalan pendidikan ini, penggunaan Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) turut diterapkan untuk memudahkan murid menjawab kuiz melalui imbasan kod QR. Penggunaannya sesuai kepada murid-murid yang menghadapi masalah bacaan perkataan tanpa mengira tahap kelas serta boleh didedahkan kepada rakanrakan guru sama di peringkat sekolah melalui Professional Learning Community (PLC) mahupun di peringkat tertinggi melalui perkongsian amalan terbaik. Kata kunci: kata ganti nama diri orang, belajar sambil bermain.
130 Kubus TanCa : MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN TANDA BACA DALAM PENGHASILAN KARANGAN NARATIF BAHASA MELAYU BAGI MURID TAHUN 5 MUHAMMAD BIN AZIS RAHMAH BINTI ABDUL GHANI (PhD) Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan Kubus TanCa bagi meningkatkan penguasaan penggunaan tanda baca dalam penghasilan karangan naratif Bahasa Melayu. Kemahiran menulis merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh setiap individu. Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi melalui pelbagai jenis penulisan kreatif dan bukan kreatif. Kemahiran ini merupakan kemahiran berbahasa yang asas dan sangat penting untuk dikuasai oleh sesorang individu bagi melengkapkan elemen-elemen kemahiran berbahasa yang lain. Kelemahan murid dalam menguasai kemahiran menulis mampu mengakibatkan murid tersebut tidak berupaya untuk melengkapkan kemahiran-kemahiran lain dalam subjek Bahasa Melayu. Oleh yang demikian, pengaplikasian Kubus TanCa adalah bertujuan untuk membantu murid menguasai aspek tatabahasa dalam kemahiran menulis dengan berkesan. Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk kualitatif dan mengadaptasikan Model Jean McNiff. Pengkaji mewujudkan sebuah intervensi iaitu Kubus TanCa yang menggabungkan elemen seni origami dan kod warna dalam binaan strukturnya. Kubus TanCa juga memfokuskan kepada 6 tanda baca iaitu tanda noktah, tanda koma, tanda soal, tanda seru, huruf besar dan huruf kecil. Berdasarkan kaedah persampelan, seramai lima orang murid Tahun 5 dari salah sebuah sekolah di daerah Papar, Sabah mengalami masalah penggunaan tanda baca dalam penulisan karangan naratif. Instrumen yang digunakan termasuklah ujian awal dan akhir, pemerhatian dan temu bual serta data yang dikumpulkan akan dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan murid dalam kemahiran menulis meningkat selepas mengaplikasikan Kubus TanCa. Tuntasnya, kajian ini dapat dijadikan sebagai rujukan kepada guru-guru bahasa Melayu dalam mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan khususnya bagi kemahiran menulis. Kata Kunci: Tanda baca, tatabahasa, karangan naratif, Kubus TanCa, kemahiran menulis.
131 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA SUKU KATA TERBUKA HURUF JAWI DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK NOTA CELIK SIFIR JAWI MUHAMMAD FAKHRULNAIM BIN OMAR RAHMAH AWG BESAR SYAHIDAHTUN ATHIRAH BINTI MALIK NUR DAYINI LAILY BINTI YUSUF DAIS NOOR ITQAN SOMIMI BINTI SIMBUN 1,2Institut Pendidikan Guru Kampus Kent 3,4,5Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK Sebahagian murid tahun 5 Mabul menghadapi masalah dalam kemahiran membaca suku kata terbuka jawi. Masalah ini menyebabkan mereka hilang minat terhadap bidang jawi dan sukar untuk belajar matapelajaran pendidikan Islam kerana keseluruhan isi kandungan buku teks subjek itu menggunakan tulisan Jawi. Untuk menangani masalah ini, kajian ini bertujuan untuk mencari pendekatan terbaik menggunakan formula paling mudah bagi murid membaca jawi. “Nota Celik Sifir Jawi” telah diperkenalkan. Kemahiran murid bagi membaca suku kata terbuka dan tertutup cuba ditingkatkan dengan menggunakan Teknik Sifir Jawi. Dapatan kajian ini menunjukkan murid-murid yang selama ini langsung tidak tahu membaca perkataan jawi mula menunjukkan proses tahap penambahbaikkan. Setiap kali menjalankan P&P, dengan berbekalkan nota celik sifir Jawi, mereka mampu untuk membaca jawi di papan putih tanpa ragu-ragu. Dapat dirumuskan, kemahiran murid dapat ditingkatkan sekiranya kita mampu menggunakan kaedah yang sesuai dengan tahap mereka. Amalan penyelidikan untuk mencari pendekatan terbaik dalam amalan Pengajaran dan Pembelajaran bukan sahaja dapat mengatasi masalah pembelajaran murid malah menggilap kreativiti dan inovasi guru. Kata kunci: Kemahiran, Membaca, Nota Celik Sifir Jawi, Jawi, Amalan pengajaran dan pembelajaran.
132 MALAY TRADITIONAL COOKING APPARATUS: TORN OR TIMELESS? MUHAMMAD IBRAHIM SA’MIN1 NUR ATIKAH MOHAMMAD NOR HISHAM2 NUR SYAZANA AHMAD IZAZUDDIN3 MOHD SALEHUDDIN MOHD ZAHARI4 MOHD SHAZALI MD. SHARIF5 1Keningau Vocational College, Sabah1 2,3,4,5 Universiti Teknologi MARA (UiTM), Puncak Alam, Selangor ABSTRACT The purpose of this paper is to identify the Malay traditional cooking apparatuses that are still in use until today for the process of preparation and cooking Malays authentic food, in the daily lives of Malay household. A qualitative research using purposive sampling design; fieldwork via observation was employed in this study in the area of Selangor and Kedah. Also, the study adopted in-depth semi structured interviews with a total eight informants incorporating different age categories like senior citizens, the working adults and the youth to represent the Gen Z’s. The collected data were presented in a form of pictures and verbatim as a significant evidence, supported with informant’s observation. As a result, 12 traditional cooking apparatuses were identified and most of them are still in use in keeping with their relevancy. Keyword: Malay traditional cooking apparatus, culinary tool, Malay traditional food, modern cooking apparatus
133 MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERBAHASA ARAB DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 MENGGUNAKAN KAEDAH MUMTAZ MUHAMMAD MUSTAQIM BIN AZMAN Sekolah Kebangsaan Pangi, Kunak Sabah [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan penguasaan bahasa kelas dalam kalangan murid tahap dua menggunakan kaedah Mumtaz yang membantu murid fokus terhadap empat kemahiran yang ditekankan oleh KPM iaitu kemahiran mendengar, kemahiran membaca, kemahiran bertutur dan kemahiran menulis. Kaedah Mumtaz telah direka hasil daripada penelitian guru Bahasa Arab serta murid yang tidak mengenali dan memahami bahasa kelas. Oleh itu, Mumtaz dibina selari dengan Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DKSP) Bahasa arab serta bahasa kelas yang mudah untuk diterjemahkan di dalam bilik darjah. Objektif Mumtaz adalah untuk membantu murid mengenal bahasa kelas dengan mudah dan boleh menggunakannya dalam kehidupan seharian. Seramai 5 peserta kajian yang terlibat untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Model kajian Kemmis dan Mc Taggart (1988) telah dijadikan panduan. Kaedah pengumpulan data yang digunakan pula ialah pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan penguasaan murid terhadap bahasa kelas meningkat. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan tingkahlaku positif oleh peserta kajian turut menjadi bahan sokongan. Hasil temubual pula membuktikan apabila guru menggunakan kaedah Mumtaz untuk meningkatkan penguasaan murid dalam bahasa kelas sekaligus penglibatan murid menjadi aktif ketika PdPc berlangsung. Kesimpulannya, kaedah Mumtaz berkesan meningkatkan penguasaan bahasa kelas dan menambah baik amalan pedagogi guru dalam PdPc.
134 PENGGUNAAN HALAMAN OH MY BLOX! DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGATURCARAAN DALAM KALANGAN MURID TAHAP 2 MUHAMMAD SABIQ BIN MOHD NOOR SK Taman Nusa Damai, Pasir Gudang, Johor [email protected] ABSTRAK Topik reka bentuk pengaturcaraan merupakan salah satu topik dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah memberi fokus kepada penggunaan kod-kod arahan pengaturcaraan, fitur-fitur pada antara muka perisian pengaturcaraan dalam menghasilkan sebuah atur cara baharu. Kegagalan murid untuk menguasai kemahiran dalam pengaturcaraan berpunca daripada amalan pengajaran guru secara pemusatan guru disamping kekurangan sumber pengajaran terhadap topik tersebut. Oleh yang demikian, intervensi yang dilaksanakan adalah melalui pengintegrasian pembelajaran teradun dan pembelajaran berasaskan projek dengan sokongan halaman sistem pengurusan bahan yang dinamakan sebagai Oh My Blox! Catch Up Game telah dibangunkan. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam topik pengaturcaraan dalam kalangan murid tahap 2 sekolah rendah menggunakan kaedah pengumpulan data seperti pemerhatian berstruktur, analisis dokumen, soal selidik dan temubual. Hasil dapatan menunjukan bahawa amalan pembelajaran ini memberi kesan kepada kemahiran murid dimana berlaku perubahan penguasaan murid bagi kemahiran pengaturcaraan. Melalui intervensi ini, sebanyak 67% murid dan 65% murid bersetuju perkara ini memberi impak kepada motivasi belajar dan sikap murid terhadap topik pengaturcaraan. Kesimpulannya, perubahan amalan pengajaran dapat memberi kesan kepada amalan pengajaran guru dalam topik pengaturcaraan. Perkara ini secara tidak langsung menyokong kepada anjakan pertama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu menyediakan kesamarataan akses pendidikan berkualiti dibawah sub perkara meningkatkan kualiti pendidikan STEM. Perkara ini secara tidak langsung meningkatkan kemahiran komputasional muridmurid dalam usaha menyediakan modal insan berkemahiran dalam bidang STEM. Kata kunci : Reka Bentuk dan Teknologi, Pengaturcaraan, Pembelajaran Teradun, Pemikiran Komputasional
135 DESIGNING AND DEVELOPING A WEB-BASED SYSTEM FOR MANAGING CLASS RELEASE AT POLYTECHNIC SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN MURNIYATI BINTI ABDUL 1 , SUZIWATI BINTI YUSOF2 1,2 Department of Information and Communication Technology, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu Abstract Class Release System is a web-based system used at the Department of Information and Communication Technology, Polytechnic Sultan Mizan Zainal Abidin. The proposed studies aimed to identify the requirement of management of class release, develop it on a web-based platform and conduct testing on the system. The purpose of developing this system is to replace the manual use of the system. Before the system is developed, students need to go to the JTMK Department to get leave approval and sometimes students have to leave the class to complete the leave form. This project used the waterfall model as project methodology during the project development. This project involved three user scopes including students, academic advisor and head of the department. The System is implemented using web-based technologies which include CSS, JS, HTML and MySQL, PHP and runs on the Windows operating system. System testing has been conducted on this system. The result is passed and performed as expected from the given input. It is concluded that this system helps make the management release class systematic and more efficient. Besides that, the system is easy to use and user-friendly. Key Words: Class Release, web-based, students, system, Class release system
136 PENGURUSAN ASAS KEHIDUPAN MASYARAKAT BAJAU LAUT DI PULAU MABUL NABIHA SHUHADA MUHAMMAD ROSLAN1 YUSMAIL JUSUP2 SITI FATIMAH ISHAK3 1,2,3Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengetahui pengurusan asas kehidupan masyarakat Bajau laut. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan temubual terhadap tiga orang ketua keluarga Bajau laut yang terlibat dengan program Community Research Based Education IPG Kampus Tawau yang terletak di perairan pulau mabul semporna sabah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat keunikan pengurusan asas kehidupan masyarakat Bajau laut dari aspek corak hidup, pengurusan kematian, pengurusan kesihatan dan pengurusan ekonomi yang berasaskan maritim. Implikasi kajian ini diharapkan mampu menambah pengetahuan masyarakat kini mengenai asas kehidupan komuniti Bajau laut di Pulau Mabul agar mereka boleh membantu masyarakat Bajau laut untuk lebih maju. Kata kunci: Bajau laut, asas kehidupan, pulau mabul, maritim
137 EASY TELE-PRAK UNIT PRAKTIKUM NANCY NA Institut Pendidikan Guru Kampus Kent ABSTRAK Inovasi dalam pengurusan amalan profesional adalah perlu untuk meningkatkan kecekapan pengurusan Unit Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Kent dalam merealisasikan transformasi institut Pendidikan guru. Inovasi EASY TelePrak merupakan penjenamaan daripada aplikasi Telegram untuk membantu meningkatkan kualiti pengurusan dalam penyampaian info, pengedaran dokumen, penghantaran dokumen amalan profesional serta penjimatan dalam kos cetakan dokumen. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bagaimana EASY Tele-Prak boleh digunakan dalam proses pengurusan amalan profesional. Pendekatan kualitatif digunakan dalam kajian ini dengan reka bentuk kajian kes. Seramai 6 orang pelajar yang mewakili setiap opsyen PISMP ambilan Jun 2019 iaitu Bahasa Kadazandusun (SK), Bahasa Melayu (SK) dan Bahasa Melayu (SJKC) telah dipilih sebagai sampel kajian. Temubual digunakan sebagai instrumen bagi mendapatkan data kajian ini. Kajian ini mendapati banyak faedah yang diperolehi oleh pelajar selepas menggunakan EASY Tele-Prak iaitu mesra pengguna, platform perbincangan secara digital serta pengedaran dokumen dengan cepat. Kajian ini menunjukkan bahawa inovasi terkini dapat membantu meningkatkan kecemerlangan pengurusan Unit Praktikum.
138 THE CASPRS STRATEGY: SCAFFOLDING READING COMPREHENSION THROUGH LEXICAL INFERENCING IN A YEAR 5 ESL CLASSROOM NICOLE LEE WEI WEI HAROLD ONG WEI ANN Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Email: [email protected] ABSTRACT This action research probe into how the CASPRS strategy scaffold the Year 5 pupils’ reading comprehension through lexical inferencing. Lexical inferencing is the process of making informed guesses on the meaning of unfamiliar words by referring to the available linguistic and contextual clues. Inferring the meaning of unfamiliar words is one of the Learning Standards stipulated for reading skill in the KSSR-aligned CEFR curriculum. Results from preliminary study on forty-two Year 5 pupils from an urban primary school in Kota Kinabalu however indicated that the pupils scored the lowest for the aforementioned learning standard. They were highly dependent on the teacher’s explanation and their own attempt on guessing the meaning of unfamiliar words often resulted in uninformed guesses with no effort of reasoning or governing their guesses based on solid premises. The underlying reason behind this is that the pupils were not equipped with the necessary repertoire for them to successfully guess the meaning of these words. Thus, the CASPRS strategy was introduced as the panacea to remedy this problem. The intervention for this action research is meticulously designed with close reference to the CEFR curriculum to guide the pupils to independently infer the meaning of unfamiliar words by merging six (n=6) sub-strategies of lexical inferencing: context, antonym, synonym, prefix, root word and suffix; hence, granting the acronym and the name of this strategy, CASPRS. This qualitative, two-cycle action research utilizes the Kemmis & McTaggart action research model. Researcher’s reflective journal, audio recordings and worksheets were used as the instruments and later triangulated. Positive outcomes were observed through the implementation of the CASPRS strategy particularly in regards to the pupils’ ability to utilize known words surrounding unfamiliar words (semantic cues), choosing the best definition for an unfamiliar word by establishing context and dissecting words using morphological analysis. To sum up, the CASPRS strategy had proven to be resourceful in improving the pupils’ lexical inferencing skills for reading comprehension. Future study suggestions should include a more fun and enjoyable component as an additional value to this intervention. Keywords: CASPRS strategy, reading comprehension, unfamiliar words, lexical inferencing, KSSR
139 PENGGUNAAN KAD RODA UNTUK MENARIK MINAT PELAJAR DALAM MENGUASAI BIDANG JAWI NIRWANA BINTI HARUN Sekolah Kebangsaan Pekan, Lahad Datu [email protected] ABSTRAK Tulisan jawi berasal daripada tulisan Arab iaitu menggunakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan jawi juga merupakan satu jenis tulisan yang mempunyai hubungan yang erat dengan perkembangan agama Islam di Malaysia. Jawi merupakan bidang yang ditekankan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) melalui mata pelajaran Pendidikan Islam. Penggunaan roda Jawi secara umumnya telah meluas dalam kalangan guru agama dan telahpun diguna pakai mengikut kreativiti guru itu sendiri. Namun masih ada lagi guru Pendidikan Islam ataupun JQAF masih belum tahu apa itu kad roda jawi dan masih tidak mengaplikasikannya. Penggunaan Roda Jawi sebetulnya mampu untuk meningkatkan serta memberi penguasaan kepada murid untuk lebih mengenal huruf tunggal jawi, suku kata terbuka dan tertutup selain dapat menulis huruf jawi dengan lebih kemas di buku tulis. Secara keseluruhannya, kertas konsep ini dihasilkan agar dapat membantu guru-guru agama mempraktikkan penggunaan Roda Jawi di sekolah rendah terutamanya. Namun terdapat beberapa elemen dari sudut input dan proses perlu ditambahbaik bagi mempertingkatkan keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran matapelajaran jawi di sekolah. Kata Kunci : Jawi, Kad Roda, Pendidikan Islam
140 KESAN PENDEKATAN KELAS BERBALIK TERHADAP MOTIVASI DAN PENCAPAIAN PELAJAR TINGKATAN DUA BAGI TOPIK SISTEM SURIA NOR HIDAYAH BINTI ARIFFIN Universiti Malaya ABSTRAK Kelas Berbalik merupakan pendekatan pedagogi yang menterbalikkan struktur asal kelas dengan menjadikan pengajaran guru sebagai ‘kerja rumah’ manakala latihan pula diselesaikan di dalam kelas melalui perbincangan bersama guru dan rakan sekelas. Kajian Kelas Berbalik dijalankan selepas mempertimbangkan beberapa isu yang dirasakan perlu diatasi bagi tujuan untuk meningkatkan motivasi dan pencapaian sains pelajar tingkatan dua. Antaranya adalah untuk mengurangkan kebergantungan kepada kelas tradisional dan meningkatkan keseronokan pelajar dengan mengintegrasikan teknologi dalam PdPc. Selain itu, kajian turut dilakukan dengan memberi tumpuan kepada kajian Kelas Berbalik terhadap motivasi dan pencapaian sains pelajar tingkatan dua. Ini kerana kajian lepas mendapati terdapat penurunan pada motivasi dan pencapaian pelajar sekolah menengah. Antara keperluan lain untuk kajian ini dijalankan adalah disebabkan oleh kekurangan kajian Kelas Berbalik di Malaysia berbanding kajian Kelas Berbalik dari luar negara seperti Amerika Syarikat. Ini menyebabkan tidak banyak rujukan tempatan yang boleh dirujuk oleh pengkaji. Tambahan lagi, didapati kajian Kelas Berbalik di peringkat menengah adalah terhad kerana kebanyakan pengkaji tempatan memberi fokus kepada kajian di peringkat universiti. Pendekatan Kelas Berbalik dipilih untuk dilaksanakan dalam PdPc topik Sistem Suria bagi membantu pelajar memahami topik ini dengan lebih mudah. Ini kerana kajian mendapati topik Sistem Suria adalah bersifat abstrak dan kompleks. Ini boleh menyebabkan miskonsepsi sains dan kesukaran kepada pelajar jika pendekatan tradisional digunakan oleh guru. Kajian Kelas Berbalik ini adalah berbentuk pendekatan kuantitatif dan melibatkan 60 pelajar sekolah menengah rendah yang terdiri daripada kumpulan kawalan dan rawatan. Reka bentuk kuasi eksperimen dipilih kerana kajian ini ingin melihat kesan pendekatan Kelas Berbalik terhadap motivasi dan pencapaian pelajar. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat hubungan antara motivasi dengan pencapaian topik Sistem Suria. Analisis deskriptif digunakan untuk menjelaskan tentang demografi responden bagi kumpulan rawatan yang menggunakan pendekatan Kelas Berbalik dan juga untuk mengkaji motivasi dan pencapaian pelajar melalui interpretasi skor min. Manakala analisis statistik inferensi pula menggunakan Analysis of Covariance (ANCOVA) dan Korelasi Pearson. Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati peningkatan motivasi dan pencapaian pelajar yang ditunjukkan dalam ujian pasca adalah disebabkan oleh rawatan yang dilaksanakan kepada pelajar. Keputusan ini menunjukkan terdapat perbezaan signifikan pada motivasi dan pencapaian antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dengan ujian pra sebagai kovariat. Keputusan ini juga turut mencadangkan bahawa pendekatan Kelas Berbalik telah meningkatkan motivasi dan pencapaian pelajar kumpulan rawatan dalam ujian pasca dengan ketara. Hasil dari ujian Korelasi Pearson pula mendapati hubungan antara motivasi dan pencapaian pelajar adalah positif namun ditahap sederhana. Daripada dapatan kajian ini, dapat disimpulkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi dengan pencapaian topik Sistem Suria. Interprestasi analisis data menyimpulkan bahawa pelajar yang mempunyai motivasi yang tinggi, cenderung untuk mendapat keputusan pencapaian yang baik. Untuk kajian di masa hadapan, adalah dicadangkan supaya faktor seperti jumlah dan jantina responden, demografi, tempoh pelaksanaan, bahan PdPc, peringkat kajian dan kaedah penyelidikan boleh dipelbagaikan untuk memberi nilai tambah dalam kajian Kelas Berbalik di Malaysia.
141 KAEDAH “I PICK N PAIR”: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS JAWI PERKATAAN PINJAMAN BAHASA INGGERIS TAHUN 4 NOR AMALINA BINTI MOHD HASARUDIN SHUKIMAN BIN SUKARDI (PhD) Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya emel : [email protected] ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti kemahiran peserta kajian dalam menulis dan menyambung huruf Jawi dalam Perkataan Pinjaman Bahasa Inggeris. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan Kaedah “I Pick N Pair” dalam meningkatkan kemahiran peserta kajian dalam menulis dan menyambung Perkataan Pinjaman BahasA Inggeris dalam tulisan Jawi. Kajian ini dilaksanakan terhadap tiga orang peserta kajian di sebuah sekolah bertempat di daerah Putatan. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengunakan Model Kurt Lewin (1946) yang mempunyai empat langkah iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Kaedah yang digunakan untuk pengumpulan data adalah pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat pola-pola kesalahan peserta kajian dalam menyambung dan menulis perkataan pinjaman Bahasa Inggeris dalam tulisan jawi dan menulis jawi perkataan suku kata tertutup yang mengandungi vokal a dan epepet. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa Kaedah “I Pick N Pair” memberikan kesan yang positif kepada peserta kajian dalam menulis Jawi dengan lebih mudah. Malah, kaedah tersebut juga boleh digunakan dalam setiap kemahiran menulis Jawi dan bukan hanya berfokus kepada menjawikan Perkataan Pinjaman Bahasa Inggeris sahaja. Kata Kunci: Meningkatkan, Kemahiran Menulis, Menyambung Huruf Jawi, Kaedah I Pick N Pair
142 TEKNIK ‘SAOK’ : SATU KAEDAH MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN 4 UNTUK MEMBINA AYAT TUNGGAL BERDASARKAN GAMBAR NOR SUZIEANA BINTI RABANI FARAH AIN NADRAH BINTI ANDROD AZIDAH BINTI HAJARIN @ HAJIRIN NURMIMIEMAISARAH JALIANAH BINTI LONG Institut Pendidikan Guru Kampus Kent [email protected] ABSTRAK Kajian tindakan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam membina dan mengembangkan ayat berdasarkan gambar menggunakan teknik SAOK terhadap murid Tahun 4. SAOK merupakan akronim daripada perkaraan (S) Siapa, (A) Aktiviti, (O) Objek, (K) Keterangan. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah yang terletak di daerah Tuaran, Sabah. Melalui tinjauan awal yang dilakukan terhadap murid Tahun 4, pengkaji mendapati terdapat 4 orang murid yang lemah untuk meluaskan ayat yang mereka fikirkan melalui idea utama yang mereka dapati. Justeru itu, fokus kajian ini menekankan penggunaan teknik jadual SAOK dalam membina ayat yang gramatis berdasarkan gambar. Kajian ini telah menggunakan tiga instrumen bagi mengumpul data kajian iaitu ujian (ujian pra dan ujian pos), temu bual dan pemerhatian. Intervensi telah dijalankan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran membina ayat yang lengkap. Berdasarkan data dan analisis yang dilakukan, didapati bahawa peserta kajian menunjukkan peningkatan yang ketara daripada lemah kepada baik dalam ujian pos. Perkara ini membuktikan bahawa teknik SAOK berjaya membantu peserta kajian dalam meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal berdasarkan gambar. Kata Kunci : membina ayat gramatis, gambar, teknik SAOK
143 KEBERKESANAN PENGGUNAAN MODUL “CAKNA BACA” DAN KAD “LIPAT BUKA” UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 DAN 5 NORAINI OMBI1 ALVIRA ALEXANDER W. WINCESLAUS2 DOROTHY ERISE AK ANDREW3 LINGOH WAZNAH SAIDIYAH SIDIK4 1Sekolah Kebangsaan Penampang Sabah. , 2,3,4Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan untuk melihat keberkesanan modul Cakna Baca dan kad lipat buka untuk meningkatkan kemahiran bacaan dalam kalangan murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5. Kajian tindakan ini melibatkan 8 orang murid dan tiga orang guru pelatih sebagai pembimbing dibawah seliaan pengkaji. Tinjauan awal yang dibuat oleh pengkaji terhadap keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) mendapati tahap pencapaian murid-murid terlibat ialah 4 orang TP3 (menguasai konstruk 3), 3 orang TP2 (menguasai konstruk 2) dan 1 orang TP1 (kenal abjad). Hasil temubual guru-guru pelatih terhadap murid-murid ini pula mendapati bahawa kesemua murid-murid terlibat tidak mempunyai bahan bacaan bersesuaian kemampuan mereka serta tiada bimbingan membaca semasa berada di rumah. Dapatan temubual turut mendapati 1 orang murid merupakan murid cicir yang tidak pernah bersekolah. Berdasarkan maklumat tersebut, pengkaji telah mengambil pendekatan untuk menggunakan modul bacaan Cakna Baca yang disusun merangkumi konstruk 1 sehingga konstruk 12 serta kad lipat buka untuk digunakan oleh guru-guru pelatih sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM). Bimbingan membaca menggunakan modul bacaan Cakna Baca dan kad lipat buka ini kemudiannya dilaksanakan oleh guru-guru pelatih dalam masa 3 ke 4 minggu. Pengajaran dan pembelajaran yang berterusan serta berjadual menunjukkan peningkatan prestasi murid dalam penguasaan kemahiran membaca. Berdasarkan analisis senarai semak penguasaan literasi, didapati 4 murid telah dapat menguasai konstruk 5 dan 4 orang lagi telah menguasai konstruk 3. Penguasaan konstruk bacaan ini melayakkan 4 murid mencapai TP4 dan 4 murid mencapai TP3 dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
144 PEMBANGUNAN DAN KEBERKESANAN INDUSTRIAL TRAINING REPOSITORY PREPARATION TOOLKIT SYSTEM (InTERN KIT) NORHAYATI SA’ADAH BINTI CHE ABD RAZAK 1 NOR SYAHADATAINI BINTI AWANG2 1,2Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu ABSTRAK Industrial Training Repository Preparation Toolkit (InTERN KIT) dibangunkan untuk membantu pelajar mendapatkan maklumat berkaitan Latihan Industri. Ia juga merupakan platform bagi memudahkan proses temujanji pemantauan dan penyedia templat laporan akhir latihan industri mengikut format. Laporan Akhir Latihan Industri perlu dilengkapkan oleh pelajar sekurang-kurangnya 20 minggu dalam tempoh latihan. Pendekatan Model Air Terjun telah digunakan sebagai panduan untuk membangunkan sistem ini. Oleh itu, dengan adanya InTERN KIT ini, pelajar mendapat maklumat berkaitan latihan industri dengan lebih berkesan berbanding dengan kaedah manual yang menggunakan buku cetakan. Seramai 34 orang responden telah menjalani proses pengujian terhadap rekabentuk sistem dan keberkesanan penggunaan InTERN KIT dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen pengujian. Hasilnya, didapati majoriti responden bersetuju bahawa rekabentuk system adalah sangat baik dan sistem ini membantu serta memudahkan para pelajar menjalani latihan industri dan pemantauan oleh pensyarah. Kata kunci: Repositori Industry; Pemantauan Latihan; Laporan akhir
145 STUDENTS’ PERSPECTIVES: THE USE OF L1 IN ESL/EFL CLASSROOM NORLIN DOIVIRIN1 SUZIEWATI BINTI MAT YAAKUP2 1,2SMK Pekan Kuala Penyu, Sabah ABSTRACT The debate over whether English language classrooms should include or exclude students’ native language has been a contentious issue for a long time but as of yet the research findings have not been entirely persuasive either way. Thus, this study aims to give deeper insight into why English language students use their mother tongue in their English classrooms instead of using English. To attain the objectives of this study, data was collected through questionnaires distributed to 59 form six students in one secondary school in Kuala Penyu, Sabah.The findings of the study show that participants in the survey agreed that they usually used the first language to explain and ask about the new ideas and concepts presented in English classes, to feel connected to their cultures, and when they felt they could not find the correct word in English. The findings of the study imply that educators are offered a clearer picture of the reasons and attitudes of the students regarding the first language use in English classrooms in EFL settings. Keywords: mother tongue, students’ perspectives
146 APLIKASI PIRAMID AMBACOKUP SEBAGAI PERANCAH MENINGKATKAN PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU TAHAP 2 NUR ‘AQILAH HUSNA BINTI YAHAYA ROZITA BINTI BUYOH (PH.D) Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya [email protected] ABSTRAK Kemahiran menulis merupakan kemahiran berbahasa yang tertinggi dan sukar untuk dikuasai oleh murid iaitu bermula dengan perkataan, frasa, ayat, perenggan lalu membentuk sebuah karangan panjang. Pengolahan idea penulisan karangan yang menarik memerlukan tautan dan runtutan yang baik. Kesinambungan kupasan idea penulisan yang berkesan dapat dibentuk menggunakan perancah yang sistematik dalam pengajaran. Pengajaran penulisan karangan Bahasa Melayu sekolah rendah bertujuan untuk membolehkan murid-murid memberi hujah dan pendapat yang kritis dan kreatif terhadap pelbagai situasi yang mereka hadapi. Namun, realitinya murid tidak dapat mengembangkan isi penulisan karangan dengan baik dan penyampaian idea yang tidak teratur serta kabur. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kelemahan kesinambungan idea dalam penulisan karangan Bahasa Melayu dan menambah baik penulisan karangan Bahasa Melayu menggunakan perancah Piramid AMBACOKUP. Kajian ini dilaksanakan melalui kajian kes dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Kajian ini berpandukan Teori Perkembangan (Scaffolding) dan Teori Konstruktivisme yang dikemukakan oleh Lev Vygotsky (1896-1934). Kajian ini melibatkan sebuah sekolah rendah berdekatan daerah Papar di Sabah. Data kajian dianalisis menggunakan analisis deskriptif menggunakan beberapa instrumen kajian seperti ujian diagnostik pra dan pasca, latihan pengukuhan aplikasi digital, temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Hasil dapatan menunjukkan keberkesanan penggunaan perancah Piramid AMBACOKUP dalam meningkatkan penguasaan menulis karangan. Hasil analisis data menunjukkan peningkatan terhadap tahap pencapaian murid dalam ujian akhir diagnostik serta mendapat respons yang positif daripada peserta kajian. Perancah ini dapat dijadikan garis panduan kepada murid dalam mengolah penulisan karangan dengan lebih sistematik dan garamatis. Secara keseluruhannya, perancah Piramid AMBACOKUP berhasil membuktikan bahawa penulisan karangan murid dalam Bahasa Melayu dapat ditingkatkan. Kata kunci: Perancah, Piramid AMBACOKUP, Kemahiran Menulis, Karangan.
147 PENGAMALAN SOLAT LIMA WAKTU DALAM KALANGAN MURID TAHUN 6 DI SEKOLAH RENDAH DAERAH TUARAN NUR ADLINA DIYANA BINTI JEFFRY Institut Pendidikan Guru Kampus Kent ABSTRAK Solat adalah ibadah yang wajib dilaksanakan oleh setiap individu Muslim yang sudah mencapai akil baligh. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap kefahaman, pengamalan solat lima waktu murid sekolah rendah dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Selain itu juga, untuk melihat hubungan di antara tahap kefahaman dengan tahap pengamalan solat murid dan perbezaan jantina dalam pengamalan solat. Kajian tinjauan ini menggunakan borang soal selidik yang melibatkan seramai 50 orang murid Tahun 6. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 29.0 secara deskriptif dan inferensi, Korelasi Pearson dan Ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan responden mempunyai tahap kefahaman yang tinggi terhadap amalan solat. Namun, tahap pengamalan solat murid berada pada tahap sederhana dan kurang memuaskan. Dapatan menunjukkan faktor individu merupakan faktor tertinggi dalam mempengaruhi pelaksanaan solat murid selain daripada faktor keluarga, guru, rakan sebaya dan persekitaran dan terdapat hubungan antara kefahaman dengan pengamalan solat. Seterusnya, terdapat perbezaan jantina dalam pengamalan solat. Penemuan ini dapat memberikan panduan kepada ibu bapa dan institusi pendidikan dalam usaha memastikan pengamalan solat murid sentiasa konsisten dalam kehidupan seharian. Kata kunci: solat, SPSS, soal selidik, Korelasi Pearson, Ujian-t
148 PENGGUNAAN 'TEKNIK JUTA ARAH' DALAM PENGUASAAN KATA ARAH MURID SEKOLAH RENDAH TAHAP 1 NUR AIDILLA BINTI MAIMUN1 OTHMAN BIN ABDUL AZIZ2 1,2Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Email : [email protected] ABSTRAK Kajian penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk membantu penguasaan kata arah murid sekolah rendah Tahap Satu, Tahun Tiga. Ini selaras dengan permasalahan yang difokuskan iaitu kelemahan penguasaan kata arah dalam konteks ayat Bahasa Melayu. Penyelidikan ini memberi peluang kepada pengkaji untuk menambah baik amalan mengajar dalam subjek Bahasa Melayu. Peserta kajian terdiri daripada lima orang murid daripada sebuah sekolah di daerah Papar. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan perancangan tindakan sistematik berasaskan Model Kemmis dan McTaggart (1988). Data-data dikumpul menerusi instrumen ujian pra, ujian pasca, temu bual dan pemerhatian. Hasil tinjauan awal melalui instrumen ujian pra dan temu bual mendapati tahap penguasaan kata arah kelima-lima peserta kajian masih berada pada tahap lemah. Peserta kajian keliru penggunaan kata arah yang betul dan tepat. Sehubungan itu, pengkaji telah mengimplimentasikan Teknik Juta Arah bagi membantu meningkatkan tahap penguasaan kata arah peserta kajian. Pelaksanaan tindakan berasaskan Teknik Juta Arah ini menunjukkan keputusan yang amat memuaskan. Peserta kajian dilihat menampilkan sikap positif dan penglibatan yang aktif. Keyakinan yang dipamerkan membolehkan mereka mencapai peningkatan skor prestasi dalam ujian pasca. Lebih memberangsangkan, terdapat peserta kajian yang mencapai skor penuh dalam ujian pasca. Peningkatan ini membuktikan bahawa tindakan yang diaplikasikan amat relevan dan memberikan impak positif terhadap penguasaan kata arah peserta kajian. Tuntasnya, pengaplikasian Teknik Juta Arah ini terbukti berkesan untuk meningkatkan penguasaan kata arah dalam konteks ayat peserta kajian. Kata Kunci : Tahap penguasaan, Kata arah, Teknik Juta Arah, Ayat