qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq
E-Technopreneur 1
wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqw
ertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwer
tyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty
ghjklzxcvbnmqMODUL E-TECHNOPRENEUR 1
u io p a s d f CUB 10012/20012 w e rt yu i
opasdfghjklzxcvbn2016/2017 mqwertyuiop
INSTITUT KEMAHIRAN MARA BESUT, TERENGGANU
asdfghjklzxcvbnmqwertyuiopas
dfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdf
ghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfgh
jklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjkl
zxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzx
cvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcv
bnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbn
mqwertyuiopasdfghjklzxcvbnm
qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq
wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqw
ertyuioBKT pasdfghjk1lzxcvbnmrtyuCUB10012 i
E-Technopreneur 1
UNIT 1:
BAGAIMANA UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN
HASIL PEMBELAJARAN:
Di akhir pembelajaran unit ini pelajar akan dapat:
1. Mengaplikasikan idea kreativiti dan inovasi kepada produk dan servis.
2. Mengenalpasti kebaikan dan keburukan struktur perniagaan.
BKT 1 CUB 10012
E-Technopreneur 1
1.1 ASAS PENGETAHUAN PERNIAGAAN
KENAPA INGIN MENJADI USAHAWAN?
Potensi pendapatan yang akan diperolehi dari perniagaan adalah ‘Unlimited”
berbanding makan gaji yang mana jumlah pendapatannya adalah tetap setiap
bulan
Masa anda lebih fleksibel kerana anda adalah boss yang menentukan masa
anda masuk dan habis kerja
Realitinya menjadi usahawan tidak semudah itu dan apakah yang akan berlaku
apabila pulangan yang diimpikan tidak tercapai…takkan berputus asa pulak?
MENTALITI JANGKA HAYAT PERNIAGAAN
Oleh itu perlukah kitaran hidup kita mempengaruhi prestasi perniagaan anda?
Jika kita hanya menerima hakikat bahawa jualan akan menurun apabila ianya
sampat ke satu peringkat atas andaian Produk atau Servis kita tidak lagi
diterima dipasaran selari dengan umur kita yang meningkat, memang
perniagaan kita lambat-launnya akan gulung tikar.
Oleh itu, niat untuk meneruskan perniagaan akan terbantut begitu sahaja.
Tetapi jika anda berani berinnovasI kebarangkalian tinggi perniagaan anda
BKT 2 CUB 10012
E-Technopreneur 1
boleh diteruskan ke generasi seterusnya dan inilah dinamakan legasi
perniagaan.
1.3 LEGASI MELALUI PERNIAGAAN ORGANIK
Modal kecil = Bisnes pun kecil (Ini adalah suatu persepsi yang salah)
Bisnes yang kecil mampu menjadi besar sehingga dilegasikan jika anda faham konep
pertumbuhan ORGANIK
PERTUMBUHAN ORGANIK:
Proses mengembangkan sesebuah perniagaan mengikut kemampuan modal sedia
ada tanpa pembaziran dan pulangan dilaburkan semula untuk perkembangan
perniagaan tersebut ke suatu tahap yang paling optimum.
PERSOALAN:
Adakah kita mengambil masa yang secukupnya untuk mengembangkan produk kita
secara natural dengan membina “customer base”?
Adakah kita menambahnilai kepada produk yang sedia ada hasil dari pulangan yang
diperolehi?
Adakah kita lebih kepada konsep mendapatkan pelbagai produk untuk dijual untuk
menghasilkan untung sahaja?
Kita perlu faham bahawa brand seperti Johnson & Johnson (bermula dengan
“surgical dressing”), avon (bermula dengan perfume) dan pelbagai brand lain bermula
dengan satu produk sebelum berkembang ke tahap mereka sekarang.
PENDEKATAN PEMIKIRAN STRATEGIK UNTUK MELEGASIKAN
PERNIAGAAAN ANDA
Realitinya kita tidak mampu meramal dengan tepat masa depan perniagaan kita
tetapi apa yang kita mampu adalah memahami scenario perniagaan kita dengan
mengukur “Business Risk” (RisikoPerniagaan) dengan kaedah “Sales Forecast”
(RamalanJualan).
Nilai Pelaburan: Berapakah nilai modal yang minima yang perlu dilaburkan (Perlu
mengikut kemampuan pelabur untuk mengelakkan pinjaman yang perlu dibayar
faedah bulanan)
Nilai Pulangan: Berapakah pulangan yang realistik yang mampu dihasilkan
Tempoh Pulangan: Berapa lama perniagaan kita mampu bertahan sebelum
mencapai keuntungan
BKT 3 CUB 10012
E-Technopreneur 1
Strategi Seterusnya: Apakah yang perlu dilakukan apabila pulangan modal telah
tercapai
BKT 4 CUB 10012
E-Technopreneur 1
KONSEP BUAT DUIT Vs MENGEMBANGKAN PERNIAGAAN
BKT 5 CUB 10012
E-Technopreneur 1
BKT 6 CUB 10012
E-Technopreneur 1
STRUKTUR PERNIAGAAN
Pada dasarnya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun
yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC)
dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawalselia
syarikat dan perniagaan. SSM yang mula beroperasi pada 16 April 2002.
SSM bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang
berikut:
Akta Syarikat 1965 (Akta 125);
Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197);
Akta Syarikat Amanah 1949 (Akta 100);
Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 (Akta 28);
Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 (Akta 743);
(Sila rujuk ssm.com.my untuk mendapatkan maklumat terkini)
BKT 7 CUB 10012
E-Technopreneur 1
JENIS STRUKTUR PERNIAGAAN
BKT 8 CUB 10012
E-Technopreneur 1
KESIMPULAN STRUKTUR PERNIAGAAN
1) Saiz perniagaan
Ini melibatkan beberapa rakan kongsi. Perlu ada perjanjian yang jelas dari
segi pemilikan untuk mengelakkan sebarang isu timbul di masa hadapan.
2) Modal yang diperlukan oleh perniagaan
Adakah amaun modal yang diperlukan adalah besar ataupun kecil. Di
samping keperluan audit dari SSM akan memastikan kewangan syarikat
menjadi lebih teratur.
3) Rancangan jangka panjang perniagaan
Dalam membina mana-mana perniagaan yang bermula dari status enterprise,
adalah penting untuk pemilik untuk membangunkan perniagaannya ke tahap
sendirian berhad kerana:
Akaun syarikat akan sentiasa dikemaskini supaya mudah untuk mendapatkan
kemudahan dari pihak bank di masa akan datang.
Di samping pembayaran gaji kepada pemilik perniagaan, pembayaran
bulanan seperti KWSP dan SOCSO akan membantu pemilik perniagaan dari
segi tabungan dimasa hadapan dan juga perlindungan semasa tempoh
bekerja.
Memudahkan pernilaian terhadap syarikat dari perspektif pelabur yang ingin
melabur di dalam syarikat apabila bisnes berkembang pesat.
Para usahawan perlu faham isu liabiliti di mana di peringkat enterprise pemilik
dan perniagaan adalah satu maka tanggungan adalah tidak terhad. Oleh itu
apabila pemilik perniagaan sudah mampu menaikkan taraf perniagaan,
adalah wajar bertukar kepada struktur sendirian berhad.
BKT 9 CUB 10012
E-Technopreneur 1
LATIHAN PRAKTIKAL:
1.2 WHAT TO SELL? (APA YANG HENDAK DIJUAL?)
Arahan:
Pelajar diarahkan membentuk kumpulan yang terdiri dari 2 hingga 4 orang.
Setiap kumpulan perlu berbincang mengenai produk atau servis yang hendak
dijual dan membuat analisis SWOT. Pelajar dikehendaki memilih idea
perniagaan seperti kategori FESYEN, MAKANAN DAN MINUMAN, KOSMETIK
DAN SERVIS.
1.0 PENGENALAN PRODUK
1.1 Sebab pemilihan produk/perkhidmatan
1.2 Kelebihan/Keunikkan produk/perkhidmatan
1.3 Analisis SWOT
BKT 10 CUB 10012
E-Technopreneur 1
UNIT 2:
MEMAHAMI PASARAN
HASIL PEMBELAJARAN:
Di akhir pembelajaran unit ini pelajar akan dapat:
1. Menentukan perbezaan setiap komponen segmentasi untuk lebih memahami
jenis-jenis sasaran pelanggan.
2. Mengaplikasikan kaji selidik untuk memahami kehendak sasaran pelanggan.
3. Menganalisis maklumat pelanggan.
BKT 11 CUB 10012
E-Technopreneur 1
2.1 MENEMBUSI PASARAN
Pengenalan Segmentasi
Aplikasi Proses Segmentasi kepada Perniagaan
Pengenalan Kaji Selidik
Jenis-Jenis Kaji selidik
Contoh Soalan Kaji Selidik
Tips Melakukan Kaji Selidik
Contoh Borang Kaji Selidik
BKT 12 CUB 10012
E-Technopreneur 1
2.2 JENIS-JENIS PELANGGAN
MELALUI SEGMENTASI USAHAWAN DAPAT:
•Mengenalpasti jenis produk atau servis yang sesuai untuk dijual
•Mengenalpasti jumlah potensi bilangan pembeli dipasaran
•Meletakkan ‘Target’ Jualan yang realistik
•Mengenali karakter pelanggan
•Menyediakan modal pelaburan untuk inventori pada tahap optimum hasil dari
mengenali potensi pelanggan
•Berkomunikasi secara lebih effektif dengan sasaran pelanggan ketika
melakukan kempen promosi
BKT 13 CUB 10012
E-Technopreneur 1
APPLIKASI SEGMENTASI PADA PERNIAGAAN
2.3 MEMAHAMI KEHENDAK PELANGGAN
PENGENALAN KAJISELIDIK
Definasi
Adalah suatu kaedah untuk mendapatkan maklumbalas dari responden (yang
menjawab soalan) mengenai sesuatu isu.
Dalam konteks perniagaan pula ianya merupakan suatu kaedah untuk mendapatkan
maklumbalas dari penguna di pasaran mengenai produk atau perkhidmatan yang
dikeluarkan
Kategori Kaji selidik
Sebelum produk dikeluarkan
Selepas produk dikeluarkan
BKT 14 CUB 10012
E-Technopreneur 1
Selepas
BKT 15 CUB 10012
E-Technopreneur 1
2.4 MENGUMPUL MAKLUMAT PENGGUNA
Kebaikan Vs Keburukan
BKT 16 CUB 10012
E-Technopreneur 1
Tips Melakukan KajiSelidik
Untuk mendapat responden dengan mudah ialah dengan memberi hadiah
saguhati kepada mereka yang menjawab.
Soalan perlulah ringkas dan mudah difahami oleh responden.
Pastikan struktur sessi soal jawab didalam kaji selidik tersebut tersusun yang
mana ianya dibahagikan kepada
Biodata responden.
Soalan berkaitan dengan isu-isu utama yang ingin dikupas oleh
penyoal.
Tambahan info dari responden seperti soalan terbuka untuk mendapat
pandangan dan idea dari responden di bahagian akhir kaji selidik.
Jangan lakukan kajiselidik masa tengahari (waktu rehat) ketika hari
bekerja kerana rata-rata responden yang berpotensi tidak mempunyai
masa untuk melayan soalan-soalan kaji selidik tersebut.
Pastikan responden bukan dari kalangan keluarga atau sahabat
kerana contoh jawapan ada kemungkinan menjadi berat sebelah.
Terdapat pelbagai perkhidmatan kajiselidik ‘Online’ yang boleh digunakan secara
percuma. Tetapi maksud percuma adalah dalam ertikata, sekiranya ingin
menggunakan keseluruhan fungsi sistem tersebut maka perlulah melanggan.
Di antaranya adalah:
Google Forms
Typeform
Survey Monkey
Kwik Surveys
BKT 17 CUB 10012
E-Technopreneur 1
BKT 18 CUB 10012
E-Technopreneur 1
LATIHAN PRAKTIKAL
2.4 Mengumpul Data Pelanggan
PROSEDUR MENGUMPUL DATA PELANGGAN
2.4.1 Membuka Akaun Email
1. Masukkan alamat google
2. TEKAN “create account”
BKT 19 CUB 10012
E-Technopreneur 1
3. Isikan maklumat yang diperlukan.
4. Selepas selesai isi maklumat, TEKAN “ Next step”.
BKT 20 CUB 10012
E-Technopreneur 1
5. Baca syarat-syarat yang dinyatakan dan TEKAN “ I AGREE”
6. Akaun Email dah siap.
BKT 21 CUB 10012
E-Technopreneur 1
2.4.2 Membuat ‘Google Form’
1. Carian alamat ‘google forms’ di internet
2. TEKAN ‘Google Forms’
BKT 22 CUB 10012
E-Technopreneur 1
3. Masuk melalui gmail anda
4. TEKAN ‘ Blank Form’
BKT 23 CUB 10012
E-Technopreneur 1
4. Boleh mula mengisi item-item soalan yang dikehendaki
BKT 24 CUB 10012
E-Technopreneur 1
BKT 25 CUB 10012
E-Technopreneur 1
BKT 26 CUB 10012
E-Technopreneur 1
PANDUAN SOALAN
1. Nama
2. No. telefon
3. Alamat
4. Email
5. Jantina
6. Pernahkah anda membeli produk secara online? YA atau TIDAK
Kalau jawapan TIDAK, sila jawab soalan no. 11.
7. Apakah produk yang dibeli dalam online?
i) Produk Kesihatan
ii) Makanan dan Minuman
iii) Fesyen
iv) Kosmetik
v) Lain-lain, nyatakan……………………..
8. Bagaimanakah anda membuat pembayaran?
i) Visa/Mastercard
ii) Online banking
iii) Cash Deposit (CDM)/Bank in
iv) Lain-lain
9. Apakah cara/teknik/aplikasi yang digunakan untuk berhubung dengan
penjual online?
i) Whatapps
ii) SMS
iii) We Chat
iv) Telefon
v) Lain-lain
BKT 27 CUB 10012
E-Technopreneur 1
10. Di manakah anda mengetahui mengenai kewujudan produk yang anda
beli?
i) Iklan surat khabar
ii) Iklan TV
iii) Iklan Online
iv) Iklan Radio
v) Iklan Majalah
11. Apakah cadangan atau komen anda mengenai pembelian
produk/servis secara online?
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
……………..
BKT 28 CUB 10012
E-Technopreneur 1
2.4.3 Membuat ‘Bit.ly’
1. Carian alamat ‘Bitly’
2. Pada pengguna baru, perlu ‘sign up’ menggunakan email atau facebook
BKT 29 CUB 10012
E-Technopreneur 1
3. perlu ‘copy’ alamat di ‘google form’ dan ‘Paste’ di ‘create bitlink’
4. Perlu ‘edit’ balik nama link baru di kotak ‘customize’
BKT 30 CUB 10012
E-Technopreneur 1
5. ‘Save’ dan ‘Share’ di Facebook
BKT 31 CUB 10012
E-Technopreneur 1
5. Dah siap untuk diisi oleh pelanggan. Alamat bitly juga boleh ‘dicopy’ dan
‘dishare’ melalui aplikasi lain seperti whatappss, Wechat dan lain-lain.
BKT 32 CUB 10012
E-Technopreneur 1
UNIT 3:
ASAS-ASAS UTAMA BAGI PRODUK
HASIL PEMBELAJARAN:
Di akhir pembelajaran unit ini pelajar akan dapat:
1. Mengaplikasikan campuran pemasaran bagi produk dan perkhidmatan.
2. Membezakan antara jenama dan pemasaran.
3. Mengaplikasikan elemen-elemen penjenamaan bagi produk atau
perkhidmatan yang ditawarkan oleh pelajar-pelajar.
BKT 33 CUB 10012
E-Technopreneur 1
3.1 DEFINISI KONSEP USP (UNIQUE SELLING POINT)
USP boleh didefinasikan sebagai faktor yang membawa kelainan
kepada produk atau perkhidmatan anda. Tetapi kelainan yang dibawa
perlulah memberi nilai tambah yang tidak mampu disampaikan oleh
pesaing.
Sifat-Sifat USP:
• Sesuatu yang unik dan berbeza
• Sesuatu yang membezakan dengan yang lain
• Memberi manfaat yang khusus
• Menambah nilai dari yang asal
3.2 DEFINISI PENJENAMAAN
Perkataan ‘branding’atau penjenamaan membawa maksud
penghasilan nama, reka bentuk dan imej yang unik diminda
penguna/pembeli untuk membezakan suatu produk/perkhidmatan
berbanding dengan produk/perkhidmatan yang lain.
3.3 ASAS-ASAS PEMASARAN
Perkataan ‘marketing’atau pemasaran boleh didefinasikan sebagai
suatu tindakan perniagaan yang dilakukan untuk mempromosikan dan
menjual sesuatu produk atau perkhidmatan.
BKT 34 CUB 10012
E-Technopreneur 1
3.4 CAMPURAN PEMASARAN (4’Ps)
Definisi campuran pemasaran
Campuran pemasaran adalah satu set elemen-elemen pemasaran
yang boleh dikawal dan berstrategi di mana setiap usahawan
menggabungkannya untuk menghasilkan maklumbalas yang
dikehendaki di dalam pasaran sasaran. Dengan menggunakan
elemen-elemen di dalam campuran pemasaran, usahawan boleh
melakukan aktiviti-aktiviti pemasaran untuk mempengaruhi permintaan
terhadap produknya. Ia mengandungi empat elemen iaitu produk,
harga, saluran agihan dan promosi atau lebih dikenali sebagai ‘4 P’
(product, price,place and promotion).
BKT 35 CUB 10012
E-Technopreneur 1
Komponen-kompenan asas dalam campuran pemasaran
1) Produk (Product)
Produk adalah sesuatu yang bersifat fizikal (tangible) atau tidak
fizikal (intangible) seperti perkhidmatan dimana ianya melalui suatu
kitaran jangkahayat produk (Product Life Cycle) yang merangkumi:
•Fasa pengenalan (introduction)
Banyakkan promosi agar produk dikenali
•Fasa perkembangan (growth)
Mengawal kualiti produk sambil meningkatkan pelbagai kaedah
promosi.
Melakukan kajian untuk memberi nilai tambah pada produk.
•Fasa kematangan (maturity)
Memberinilaitambahdanmemperkenalkanbarisanproduk(product
line) baru
.
•Fasa penurunan (decline)
Sekiranya tiada pembaharuan dan kemasukan pesaing yang
banyak, produk akan mengalami penurunan pada jualan.
BKT 36 CUB 10012
E-Technopreneur 1
2) Harga (Price)
Price Skimming
Kaedah meletakkan harga tinggi di fasa pengenalan produk untuk
mengaut keuntungan tinggi
Contoh: Barangan elektrik seperti Smart HDTV
Penetrating Price
Kaedah meletakkan harga yang rendah diawal pengenalan produk
di pasaran untuk menarik pembeli.
Contoh jenama fesyen seperti tudung, jubah dan lain yang baru
masuk pasaran.
Premium Price
Produk yang dijual pada harga yang sangat mahal kerana persepsi
terhadap produk adalah sangat premium.
Contoh produk premium adalah kereta mewah seperti porsche, roll
royce dan sebagainya.Tetapi dalam menentukan harga, faktor-
faktor berikut perlu diambilkira:
•Harga yang ditetapkan tidak membebankan perniagaan pada
jangka masa panjang.
•Adakah pasaran yang sedia ada cukup besar untuk menampung
margin keuntungan yang rendah.
•Pasaran terlalu anjal disebabkan pengguna terlalu sensitif pada
perubahan harga pada suatu segmen produk tertentu.
•Harga rendah yang ditetapkan oleh pesaing
BKT 37 CUB 10012
E-Technopreneur 1
3) Promosi (Promotion)
Promosi adalah suatu kaedah untuk usahawan berkommunikas
idengan menyampaikan informasi kepada pelbagai pelanggan
melalui kaedah berikut yang dikenali sebagai Promotional Mix:
•Promosi jualan (Sales Promotion) –Penekanan kepada harga
diskaun atau quantiti yang lebih dari kebiasaannya untuk menarik
jualan
•Pengiklanan (Advertising) –Menggunakan medium ‘mainstream’
seperti TV, Radio atau Cetak untuk menyampaikan iklan, atau
mengunakan medium alternatif seperti internet sebagai medium
pengiklanan
•Perhubungan awam (Public relations) –Menekankan perhubungan
dengan pengguna melalui kaedah Corporate Social Responsibility
(CSR). Ini mewujudkan kepercayaan dari pelanggan kepada
jenama tersebut
•Aktiviti acara (Events) –Menganjurkan ‘on the ground’ aktiviti untuk
mendekatkan pengguna kepada jenama disamping melakukan
jualan secara tak langsung
BKT 38 CUB 10012
E-Technopreneur 1
4) Tempat (Place)
Place’ dalam erti kata perniagaan adalah tempat dimana produk
tersebut diedarkan. Suatu ketika dahulu, untuk berniaga seseorang
usahawan perlu mempamerkan produk-produk mereka dikedai
hypermarket, dan gedung membeli belah agar produk mereka
diketahui umum.
Tetapi melalui peredaran zaman kaedah berniaga telah berubah
dimana tanpa bangunan yang fiziakal usahawan masih mampu
mempamerkan produk mereka. Diantara kaedahnya adalah melalui:
•Katalog
•Brochure
•Telemarketing
•Website (Pendekatan e-commerce)
•Social Media (Facebook, instagram, line)
BKT 39 CUB 10012
E-Technopreneur 1
LATIHAN PRAKTIKAL
3.4 CAMPURAN PEMASARAN (4P’s)
FACEBOOK
1) Cara membuat page
1. Pergi ke https://facebook.com/pages/create
2. Pilih kategori pages. Untuk kategori yang paling sesuai, pilih ‘Brand
& Product’
3. Pilih kategori page, letakkan nama page dan tandakan’ I agree’.
Kemudian klik
BKT 40 CUB 10012
E-Technopreneur 1
4 Masukkan penerangan ringkas kedai, alamat website dan klik Save
Info. Gunakan formula ini:
<Kelebihan kami> + <untuk tempahan, sila hubungi nombor>
5 Masukkan website (jika ada)
6 Masukkan alamat untuk kedai agar senang orang nak ingat alamat
Facebook untuk kedai kita.
Alamat Facebook ini sedikit sebanyak membantu carian di
Google
Sebagai contoh, jika ada orang search ‘Butik Online’ di Google,
kemungkinan page kita di Facebook akan keluar di Google juga
kerana ada kata kunci ‘Butik Online’ pada nama page kita.
7 Pilih YES pada soalan ini dan pilih YES sekali lagi. Kemudian klik
‘Save Info’.
BKT 41 CUB 10012
E-Technopreneur 1
8 Upload gambar untuk gambar profil page di sini atau skip sahaja
9 Klik ‘Add to Favorite’ untuk memasukkan page kita pada bahagian
Favorite agar senang nak buka kembali page kita. Kemudian klik
‘Next’.
BKT 42 CUB 10012
E-Technopreneur 1
10 Klik Skip
11 Tahniah! Pages kita dah pun siap!
BKT 43 CUB 10012
E-Technopreneur 1
12 Lengkapkan maklumat Pages
Klik About
Lengkapkan semua details disini
BKT 44 CUB 10012
E-Technopreneur 1
Posting Jualan dalam Facebook
1) Soft Sell
Soft Sell ialah teknik di mana anda berkongsi maklumat dahulu
barulah menjual. Anda boleh menggunakan teknik ini berulang kali
kerana orang ramai gemar membaca maklumat. Soft Sell sesuai
bagi meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap anda kerana
dengan berkongsi maklumat, anda dapat menunjukkan kepakaran,
meningkatkan kepercayaan, mengajar prospek tentang produk anda
dan memudahkan produk anda dikenali.
Contoh Posting Jualan Teknik Soft Sell
>>RAHSIA KULIT YANG CANTIK dalam masa 3 HARI<< TAJUK
-Tulisan besar & symbol panah untuk
Ramai orang yang mempunyai masalah kulit yang tidak penegasan
cantik tetapi malu untuk mengaku. Selalunya mereka -Beri tempoh masa untuk tawaran lebih
salah beli produk, sebab itulah pakai asyik tak menjadi menarik
saja. Sebab muka orang kan lain-lain.
PENGENALAN
Jadi, rahsia untuk mendapatkan kulit yang cantik yang -Cerita masalah berkaitan yang dihadapi
tidak ramai orang tahu ialah: oleh target.
-Beri sebab mengapa solusi sedia ada tidak
1. Basuh muka setiap hari cukup
Jika anda rasa muka bangun pagi atau muka anda
berminyak, basuhlah muka dengan air bersih selalu. PENCERITAAN
Kulit kita ni kalua kena air akan segar selalu. Kongsi tip penyelesaian. Buat dalam bentuk
bullet.
2. Gunakan sabun pencerah muka 1.Point pertama
Zaman sekarang ni banyak sabun pencerah muka
yang best, so gunakan sebaik mungkin! Terangkan point di atas
2.Point kedua
Ingin mencerahkan dan mencantikkan lagi muka Terangkan point di atas
dengan cepat?
PENCERITAAN
Like page FB <Nama Page FB> untuk mengetahui -Tanya soalan berdasarkan tip sebelum ini
pelbagai tip lain yang lebih menarik untuk solusi lebih baik
CTA (Call to Action)
-CTA untuk promosi laman web atau page
FB tanpa perlu menjual (hard sell)
-Boleh juga minta audiens share post
kepada kawan-kawan lingkungan mereka
BKT 45 CUB 10012
E-Technopreneur 1
Contoh posting soft sell
BKT 46 CUB 10012
E-Technopreneur 1
2) Hard Sell
Teknik hard sell
A – Attention
I – Interest
D – Desire
A – Action
i) ATTENTION
Secara ringkasnya kita TARIK PERHATIAN. Tak kisahlah dalam
apa jenis pengiklanan sekalipun, mula-mula sekali mesti tarik
perhatian.
Gunakan magic words untuk menjadikan ayat iklan lebih menarik
seperti
Rahsia, Strategi, Teknik, Taktik, Panas, Percuma, Diskaun,
Terhad, Bagaimana, Penggunaan Nombor
ii) INTEREST
INTEREST ialah menarik minat, kita tarik minat untuk orang
terus mendengar apa yang kita nak sampaikan.
iii) DESIRE
DESIRE ialah menyenaraikan FAEDAH produk kita kepada
pelanggan supaya mereka lebih tertarik dan ingin memilikinya.
Ingat! Jangan ceritakan CIRI-CIRI, sebaliknya ceritakan
FAEDAH-FAEDAH yang boleh pelanggan dapat apabila
menggunakan produk kita.
BKT 47 CUB 10012
E-Technopreneur 1
iv) ACTION
Letak CTA (Call to Action) untuk suruh mereka beli. Contoh
teknik:
i. Teknik Terus Letak Harga dan Cara Beli Kebaikan:
a. Memudahkan orang mengetahui cara membeli dengan
cepat.
b. Keburukan:
c. Terus letak harga akan membuatkan orang lari
walaupun dia berminat pada awalnya.
d. Tiada orang komen dan like jika berminat (tiada
interaksi dengn audiens).
ii. Teknik PM/SMS untuk mendapatkan harga Kebaikan:
a. Mudah untuk tahu ada orang berminat atau tidak
dengan produk kita.
b. Memudahkan kita dapat likes & komen (Interaksi
dengan audiens tinggi)
c. Keburukan:
d. Orang mungkin malas nak PM/SMS
Seeloknya kita minta dia PM kita untuk harga barulah kita
bagitahu cara untuk membuat pembayaran. Jika dia berminat
dengan produk kita, dia akan terus PM/SMS untuk tahu lebih
lanjut.
iii. CTA untuk suruh orang beli
a. Suruh orang PM kita jika berminat.
b. Letakkan link yang membawa pembeli ke ruangan
mesej.
iv. Bonus
Untuk menguatkan lagi post jualan, berikan BONUS untuk
pembeli terawal.
BKT 48 CUB 10012
E-Technopreneur 1
v. Jaminan
Letakkan jaminan supaya pelanggan rasa selamat apabila
membeli produk kita.
vi. Reminder
Letakkan peringatan yang offer yang berikan ini mungkin akan
tamat bila-bila masa sahaja.
Contoh Posting Jualan Teknik Hard Sell
INTEREST
- Berkongsi gambar /
testimonial dari pelanggan
terdahulu untuk tarik minat
& keyakinan audiens
ACTION
- Beri CTA untuk terus beli
- Teknik letak harga dan
terus bawa ke link jualan
ATTENTION & DESIRE
- Gambar merupakan salah
satu cara terbaik untuk
tarik perhatian audiens
- Gambar produk dipakai
buatkan audiens boleh
lebih teringin untuk
memilikinya
BKT 49 CUB 10012