The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohd Ridhwan, 2022-02-12 12:50:54

MDL SEM 1 2018 (1)

MDL SEM 1 2018 (1)

E-Technopreneur 1

 Contoh posting hard sell

BKT 50 CUB 10012

E-Technopreneur 1

3) Teaser
Teaser ialah sejenis teknik pengiklanan di mana kita usik / berikan
sedikit preview apa yang pengguna akan dapat. Iklan ini sesuai
digunakan semasa produk kita baru lagi nak launch.
i) Tajuk menarik
Letakkan tajuk yang menarik contohnya:
i. AKAN TERBIT TAK LAMA LAGI
ii. RAHSIA <PRODUK> AKAN DITERBITKAN!
iii. BAKAL DIBONGKARKAN!
ii) Preview
Usik sedikit pelanggan dengan letakkan ayat-ayat yang menarik
minat dia untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Elok letakkan
benefit/apa yang orang akan dapat dengan produk ini.
iii) Tanya ada yang berminat tak?
Tanya soalan untuk menggalakkan pembaca mengambil bahagian
dalam post kita. Lagi best kalau letak offer yang diorang tak boleh
tolak kalau tempah awal-awal dengan kita

BKT 51 CUB 10012

E-Technopreneur 1

 Contoh teaser

BKT 52 CUB 10012

E-Technopreneur 1

 INSTAGRAM
i) Sebuah applikasi perkhidmatan online secara mobile
untuk berkongsi gambar dan video pada pelbagai
platform media sosial seperti Facebook, Twitter, Tumblr
dan Flickr.
ii) Seperti Facebook, setiap penguna instagram mempunyai
akaun tersendiri yang mana sesiapa yang berminat untuk
mengikuti (follow) akaun instagram tertentu boleh
memohon untuk mengikuti akaun tersebut.
iii) Followers ini yang akan mewujudkan kommuniti untuk
sesuatu akaun instagram yang diikuti. Antara akaun yang
mempunyai pengikut yang besar adalah, selebriti, ahli
sukan, tokoh politik dan juga pelbagai jenis jenama yang
terkenal
iv)

Cara Daftar Instagram

i) MUAT TURUN APLIKASI
 Akaun Instagram boleh dibina di iOS (iPhone, iPad, iPod)
atau android (telefon pintar selain keluaran Apple).
 Cari aplikasi di App Store (iOS) atau Google Play
(Android).
 Download & Open

BKT 53 CUB 10012

E-Technopreneur 1

ii) BUAT AKAUN GUNA EMEL
 JANGAN daftar guna Facebook. Ia akan auto bina
akaun berdasarkan FB peribadi anda.
 Akaun Instagram ini adalah untuk bisnes anda. Gunakan
alamat emel bisnes anda.

BKT 54 CUB 10012

E-Technopreneur 1

iii) PILIH USERNAME YANG DIKENALI
 Pilih username dan kata kunci, dan letakkan gambar
profil yang bersesuaian.
 Pilihan username & gambar ini akan bantu anda
membina jenama dan memudahkan orang ramai cari dan
ikut (follow) anda.

BKT 55 CUB 10012

E-Technopreneur 1

iv) PILIH GAMBAR PROFIL YANG BETUL
 Gunakan logo syarikat, jenama atau gambar yang
berkaitan sebagai gambar profil anda.
 Tekan butang +Photo di atas
 Pilih “Take Photo” atau “Choose from Library” untuk
dapatkan gambar yang sesuai.
 JANGAN import dari Facebook; ia akan bercampur aduk
dengan akaun FB peribadi anda.

BKT 56 CUB 10012

E-Technopreneur 1

v) PROFIL ASAS
 Gunakan nama bisnes anda. Jika anda sendiri ialah
‘wajah’ bisnes anda, gunakan nama sendiri.
 Letakkan no telefon yang digunakan untuk berinteraksi
dengan pelanggan anda selama ini, untuk beri
pendedahan akaun anda kepada seramai mungkin orang,
menggunakan bantuan yang disediakan Instagram
 Seterusnya anda akan diminta untuk mula follow orang
lain. JANGAN mula follow.
 Lebih baik anda post beberapa keping gambar
sebelum mula follow orang lain. Jika anda follow
sekarang, mereka akan lihat profil anda yang kosong dan
tidak akan follow anda kembali.
 Klik ‘Skip’

vi) BERMULA
 Ini adalah ‘Home’ anda. Apabila anda ‘follow’ orang lain,
gambar mereka akan muncul di sini.
 Home: Lihat semua foto terkini orang yang anda follow.
 Search: Cari orang, tempat, barang dan hashtags,
termasuk apa yang orang lain minat
 Camera: Ambil gambar untuk mula berkongsi post.
 Notifications: Lihat orang terkini yang follow akaun anda
dan sukakan gambar anda.
 Profile: Akaun anda, semua yang anda telah post dan
akses kepada settings menu.

BKT 57 CUB 10012

E-Technopreneur 1

vii) KEMASKINI PROFIL
 Tekan butang profil di bawah hujung kanan, dan pilih
butang
‘Edit Your Profile’ di bahagian atas.
 Kemaskini profile anda.
 Letakkan URL laman web anda sekiranya ada, dan
maklumat ringkas tentang apa yang bisnes anda buat,
lokasi, dan sedikit maklumat yang menarik atau kelakar
mengenai bisnes anda

BKT 58 CUB 10012

E-Technopreneur 1

viii) SET UP YOUR SOCIAL SHARING
 Lihat pautan untuk ke akaun Twitter and Facebook
anda.
 Klik “Share to” dan pilih akaun yang betul.

BKT 59 CUB 10012

E-Technopreneur 1

ix) MULA POSTING
 Pos 9 atau 10 gambar dahulu sebelum mula follow
orang lain.
 Apabila mereka dapat notifikasi anda ‘follow’,
mereka biasanya akan lihat profil dan gambar
terlebih dahulu.
 Tekan ikon kamera di bahagian tengah bawah
untuk mengambil gambar dan mula posting!

BKT 60 CUB 10012

E-Technopreneur 1

Contoh Instagram yang boleh dilayari

BKT 61 CUB 10012

E-Technopreneur 1

 WHATSAPP

1. Apakah itu Whatsapp?
Ianya adalah sebuah sistem applikasi pesanan ringkas yang
boleh digunakan menghantar: a) Pesanan text
b) Gambar
c) Video
d) Lokasi
e) Rakaman Audio

2. Platform yang digunakan?
WhatsApp boleh digunakan pada platform IOS, Blackberry dan juga
Android. Disamping itu ianya juga boleh digunakan pada ‘web browser’.
Pengguna WhatsApp boleh menghantar pesanan melalui internet
secara percuma kepada nombor telefon pintar yang unik yang mana
app tersebut telah dimuat turun kedalam telefon pintar tersebut.

3. Pesanan dihantar kepada siapa Penghantaran pesanan boleh
dilakukan:
a) Secara terus kepada seseorang individu
b) Atau kepada beberapa indivudu secara serentak didalam sebuah
kumpulan (group). Grup tersebut terdiri dari seorang admin yang
mencipta grup tersebut disamping ahli-ahli yang telah ditambah
kedalam grup tersebut oleh admin

Pesanan individu Pesanan dalam grup

BKT 62 CUB 10012

E-Technopreneur 1

 TEKNIK MENJUAL MENGUNAKAN WHATSAPP

1. Teknik manipulasi yang bakal didedahkan adalah untuk mengajar anda
menjadi jurujual yang sukar ditolak oleh pelanggan.

2. Mengikut statistik rasmi yang digunakan oleh kebanyakan peniaga
online terutamanya di facebook meletakkan closing rate 20% dari
jumlah pelanggan yang masuk.

3. Persoalannya, anda dah belajar buat marketing untuk mendapatkan
pelanggan tambahan.

4. Anda juga sudah pernah belajar cara closing melalui whatsapp.

5. Masalahnya disini adalah ramai jurujual terlupa, bahawa berinteraksi
dengan pelanggan melalui whatsapp sebenarnya memerlukan
kebolehan berkomunikasi yang lebih tinggi.

6. Ini kerana anda mampu mendapat kepercayaan (trust) dan ‘pegang’
pelanggan anda betul-betul. Bukan dengan cara mengunakan template
kaku (dibaca sebagai template standard) seolah-olah pelanggan
bercakap dengan robot.

7. Jurujual yang hebat adalah jurujual yang boleh mengawal pelanggan
dalam proses menukar seseorang yang tidak membeli (suspek) kepada
seorang pembeli.

8. Sekarang anda akan belajar dengan contoh template yang bakal
didedahkan kepada anda, bagaimana cara terbaik untuk
memanipulasi pelanggan anda hingga memaksimumkan kadar
jualan closing rate anda daripada 20% kepada up to 80%

BKT 63 CUB 10012

E-Technopreneur 1

-----------------------------------------------------------------------------------------

 TEMPLATE UNTUK MENJUAL BULK
[UNTUK MENBESARKAN AMAUN TRANSAKSI]
-----------------------------------------------------------------------------------------
Merangkumi semua aspek , harga yang jelas , sangat menyakinkan,
penjimatan pada harga. Sesuai digunakan kepada semua pelanggan.
Contoh : Besarkan amount transaksi dengan bagi pakej jual lebih 1unit.

BKT 64 CUB 10012

-------------------------------------------------------------------------------------------
 TEMPLATE UPSELL
[ UNTUK BESARKAN AMAUN TRANSAKSI ]
DIcadang mengabungkan dengan produk lain sebagai pelengkap
-------------------------------------------------------------------------------------------

65

 TEMPLATE PEMBAYARAN
[ UNTUK BAGI NO. AKAUN ]
Hantar info akaun anda
-------------------------------------------------------------------------------------------

Boleh saya tahu sis lebih mudah membuat pembayaran melalui Maybank
atau CIMB
(Yang ada online banking lebih baik)
 TEMPLATE SELEPAS TERIMA PAYMENT
[ REMINDER REPEAT ORDER – 1 ]
Tanamkan awal-awal di minda pelanggan apakah keburukkan kalau tak guna
produk/servis secara berterusan
-------------------------------------------------------------------------------------------

66

 TEMPLATE SELEPAS TERIMA PAYMENT [
REMINDER REPEAT ORDER NANTI – 2 ]

Simpan diskaun/offer untuk pembelian seterusnya
-------------------------------------------------------------------------------------------

67

 TEMPLATE SELEPAS TERIMA PAYMENT
[ MINTA TESTIMONIAL – 1 ]
Nak minta sesuatu dari orang, anda kena bongkarkan sedikit mengenai
diri anda --------------------------------------------------------------------------------------
-----

68

 TEMPLATE SELEPAS TERIMA PAYMENT
[ MINTA TESTIMONIAL – 2 ]

-------------------------------------------------------------------------------------------
Terima Kasih atas pembelian sis (Nama pendek pelanggan)
Saya dah terima pembayaran RM127
Di sini saya sertakan butir order sis,
Order:
Nama:
Alamat:
No.tel:
Butir pembayaran :
Kalau semua details ni tepat, sis reply <OK>
OK
Ok! Terima Kasih sis (Nama pendek
pelanggan) Nanti saya hantarkan tracking
number poslaju.

Bila sis dah terima baju & shawl jangan lupa ambil gambar & tag
facebook kami yer! Mana tahu nanti sis jadi follower bertuah sebab
tak lama lagi company akan buat contest secara mengejut sebagai
tanda penghargaan kepada existing followers.

Dengarnya memang nak bagi hadiah lumayan nanti :)
Saya personally pun join sekali walaupun contest tak umum lagi.

69

 TEMPLATE SELEPAS TERIMA PAYMENT
[ MINTA REFERRAL – 1 ]
Offer Extra! Lebih banyak kegunaan pada pelanggan,lebih tinggi nilai value
yang pelanggan , lebih mudah untuk kuasai minda pelanggan Jika anda
boleh mengenalpasti MIC pelanggan, gunakan ayat penyata yang tepat pada
interest mereka.
-------------------------------------------------------------------------------------------

Terima Kasih atas pembelian sis (Nama pendek pelanggan)
Saya dah terima pembayaran RM190

Di sini saya sertakan butir order sis,

Order:
Nama:
Alamat:
No.tel:
Butir pembayaran :

Kalau semua details ni tepat, sis reply <OK>
OK

Ok! Terima Kasih sis (Nama pendek
pelanggan) Nanti saya hantarkan tracking
number poslaju.

Saya ingat nak bg sis extra free gift bernilai RM30 sekiranya sis
boleh share dengan saya 3 orang kenalan sis yang ada masalah
sama dengan sis. Mana tahu mereka pun dalam diam tercari-cari
penyelesaian terbaik sama macam sis.

Sis jangan risau, produk dah proven bantu ramai wanita. Mesti
kawankawan sis akan rasa lebih berterima kasih dengan sis
kenalkan pada saya

Saya beri sis extra free gift bernilai RM30.

70

Berminat x?

 TEMPLATE SELEPAS TERIMA PAYMENT
[ MINTA REFERRAL – 2 ]

Ini adalah konsep derma / charity. Bukan untuk anda menipu pelanggan
anda. (anda harus explain sikit pasal konsep charity)
Contoh kepada Implementor : Nak lihat proses dengan jelas
-------------------------------------------------------------------------------------------

Terima Kasih atas pembelian sis (Nama pendek pelanggan)
Saya dah terima pembayaran RM190
Di sini saya sertakan butir order sis,
Order:
Nama:
Alamat:
No.tel:
Butir pembayaran :
Kalau semua details ni tepat, sis reply <OK>

OK

71

Ok! Terima Kasih sis (Nama pendek
pelanggan) Nanti saya hantarkan tracking
number poslaju.
Fyi sis, Pembelian sis ni RM15 akan didermakan kepada “Charity X”
kerana kami under program sempena Hari Raya Haji ni.
Saya nak minta tolong kalau sis boleh bantu saya berikan 3 nama
kenalan sis yang ada masalah sama dengan sis. Dengan bantuan
dari sis, saya boleh bantu untuk tambah nilai sumbangan.
Sis, jangan risau, 3 rakan sis ini saya tak datang untuk minta
sumbangan. Saya akan share product sahaja dulu. Program ini
hanya diberi tahu selepas pembayaran diterima sama seperti
proses pembelian sis :)

72

3.5 JENAMA VS PEMASARAN
Pelajar-pelajar dibahagikan kepada kumpulan masing-masing. Mereka perlu
membuat perbincangan mengenai:
1) Terangkan definisi jenama dan pemasaran mengikut kefahaman masing-
masing.
2) Apakah perancangan bagi kumpulan masing-masing berkaitan jenama
produk atau perkhidmatan mereka pada masa hadapan.
3) Apakah strategi pemasaran atau campuran pemasaran yang telah ditetapkan
bagi kumpulan masing-masing.
4) Apabila selesai membuat perbincangan, pelajar-pelajar perlu membuat
pembentangan mengenai jenama dan strategi pemasaran yang telah
dipersetujui oleh ahli kumpulan masing-masing.

73

3.6 KAJIAN KES APPLE VS MICROSOFT

 APPLE

Mereka bermula dengan wang sebanyak USD1,300 (RM3,900) yang diperoleh daripada hasil jualan
kalkulator saintifik milik Stephen Gary Wozniak dan Volkswagen milik Steve Jobs. Dengan wang ini mereka
menghasilkan sendiri komputer peribadi di garaj rumah keluarga Steve Jobs. Komputer-komputer ini
kemudiannya dijual di pasaran dan pada April 1976, syarikat Apple ditubuhkan. Dan kini selepas 35 tahun
(seusia dengan penulis), Apple merupakan antara syarikat korporat paling berjaya di Amerika Syarikat dan
dunia dengan nilai pasaran saham sekitar USD200 billion (RM600 billion) dan hanya beberapa langkah di
belakang pencapaian Microsoft.

Apakah yang menjadikan Apple sebagai syarikat korporat yang cukup dikagumi rakan dan pesaingnya?
Produk-produk keluarannya seperti iPod, iPhone dan iPad menjadi rebutan di pasaran dan ini dapat dibuktikan
apabila di Sydney, beribu pembeli sanggup berkhemah di luar kedai dua hari sebelum iPhone4 dilancarkan?

Bukan setakat itu, produk keluaran Apple mempunyai golongan pembeli yang cukup setia di mana majoriti
mereka yang menggunakannya tidak akan bertukar ke jenama lain walaupun harganya lebih mahal dari
produk-produk lain yang seumpamanya.

Jika dirujuk pada majalah-majalah perniagaan di Amerika Syarikat, terdapat banyak faktor yang boleh
disenaraikan sebagai penyumbang kepada kejayaan Apple ini. Namun, artikel ini akan menyenaraikan enam
faktor utama yang dikenalpasti menjadikan produk-produk Apple sebagai antara produk yang paling berjaya
dalam pasaran.

Karisma Kepimpinan Steve Jobs
Percaya atau tidak Steve Jobs tidak mempunyai ciri-ciri bos idaman seorang pekerja. Beliau terkenal dengan
gaya kepimpinan autokratik dan sukar untuk sesiapa bekerja di bawahnya. Mereka yang pernah bekerja
dengannya mengatakan beliau bukan sahaja boleh mengubah keputusan yang telah dibuatnya dalam sekelip
mata malah adakalanya beliau akan memalukan mereka yang tidak sependapat dengan pandangannya.

Visi yang idealistik

Tetapi di sebalik itu, Steve Jobs telah berjaya memulihkan Apple yang di ambang kejatuhan, menaikkan
keuntungan syarikat dan mengembalikan imej Apple. Harga saham Apple telah meningkat lebih dari 8 kali
ganda semenjak beliau menerajui Apple.

Walaupun beliau tegas dan keras dalam memimpin mengikut caranya sendiri, Steve dilihat sebagai seorang
pemimpin yang bijak dan mempunyai visi yang idealistik iaitu ‘menghasilkan komputer sebagai suatu alat
untuk mengubah dunia’ dan ini membuatkan ramai yang tertarik untuk bekerja dengannya.

Pencipta iPod dan iPhone ini meletakkan tanda aras yang tinggi untuk inovasi dimana beliau merupakan CEO
yang sangat obses dalam memastikan produk-produk Apple sempurna dalam setiap perkara. Steve Jobs
memastikan produknya adalah yang terbaik kerana beliau percaya jika ‘anda menghasilkan sesuatu yang
amat hebat, maka setiap orang akan mahu menggunakannya’.

Malah, dedikasi beliau pada penemuan baru dan kecemerlangan ini telah mencipta budaya yang menjadikan
Apple sebagai simbol inovasi

74

Matlamat yang Jelas
Di Apple, matlamat akhirnya bukannya untuk membuat keuntungan tetapi Apple meletakkan dengan jelas
matlamat utamanya ialah untuk ‘merekabentuk, membangunkan dan membawa kepada pasaran produk-
produk yang lebih bagus’. Apple percaya dari situ, orang ramai akan menyukai produk-produknya,
mendapatkannya dan dari situlah mereka menjana pendapatan.

Kerana itu, Apple memastikan agar mereka tidak hanya sekadar menghasilkan produk baru yang hanya
sekadar berbeza dengan produk pesaing tetapi mereka memastikan produk yang dihasilkan lebih bagus
serta mempunyai kualiti tinggi. Bagi Apple, sekadar menghasilkan produk yang berbeza dan baru itu
adalah mudah.

Penekanan pada aspek ‘lebih bagus’ pada produk Apple mencerminkan pendirian syarikat tersebut untuk
tidak mahu menjadi sebuah syarikat yang berterusan mengeluarkan produk yang baru hanya semata-mata
kerana mahu terus ‘hidup’ tanpa memikirkan kesan jangka panjangnya. Bagi Apple, adalah satu
pembaziran apabila sesebuah syarikat itu menggunakan segala sumbernya yang ada termasuk masa bekerja
pekerja hanya untuk mengeluarkan produk yang baru yang tidak memberi nilai baru pada pembeli.

Inovasi, Satu Cara Hidup
Inovasi merupakan jantung dan nyawa Apple. Di Apple, inovasi tidak dijadikan kenyataan yang ditampal
di dinding One Infinite Loop, ibupejabatnya tetapi ia dijadikan cara hidup di syarikat tersebut. Mereka
bukan setakat berfikir bagaimana untuk menghasilkan produk baru yang lebih bagus seperti iPod dan
iTunes Stores (yang merupakan ‘kedai jualan’ muzik kedua terbesar di US selepas Walmart).

Tetapi mereka juga berterusan mengenalpasti jalan bagi menambahbaik produk sedia agar menjadi lebih
bagus, contohnya seperti iPad 2 yang lebih 33 peratus lebih nipis, 15 peratus lebih ringan dan 2 kali lebih
laju dari iPad 1. Begitu juga dengan iPod Nano yang merupakan inovasi dari produk asalnya iaitu iPod.

Produk yang mengujakan

Pembangunan produk baru di Apple bermula dari keberanian mereka menghasilkan produk yang benar-
benar membuat diri mereka sendiri teruja terlebih dahulu dan adakalanya ia bermula dengan dengan
mempersoalkan kemampuan produk sedia ada. Sebagai contohnya idea penghasilan iPhone bermula
dengan soalan-soalan pelik seperti di bawah:

“Apa yang kita benci ? Telefon bimbit. Apa yang kita akan ada dengan teknologi sedia ada ? Telefon
bimbit dengan Mac di dalamnya. Apa yang kita mahu miliki ? Sebuah iPhone.”

Dan setiap usaha inovasi di Apple diambil begitu serius sehingga ia dipanggil usaha ‘moon shot’ di US.
(‘Moon shot’adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada program angkasa lepas oleh NASA).
Mereka bersungguh-sungguh memfokuskan segala sumber yang ada untuk menghasilkan sesuatu produk
walaupun kejayaannya di pasaran masih belum pasti sepertimana produk Apple TV, G4 Cube dan
MacBook Air yang tidak berjaya di pasaran.

Namun, sebagai sebuah syarikat yang berteraskan inovasi, kegagalan adalah lumrah bagi Apple. Apa yang
penting bagi mereka, setiap usaha penghasilan produk inovasi wajib dibuat dengan bersungguh-sungguh
kerana apabila produk itu berjaya, kejayaan yang dicapainya adalah besar dan mengatasi kegagalan
produk-produk terdahulu.

Ini dapat dilihat jumlah jualan iPhone yang mencecah 45 juta di seluruh dunia setakat tahun 2010.
Manakala jualan iPad pula mencecah 3 juta unit hanya dalam masa 80 hari pelancarannya.

Setiap pekerja di Apple mempunyai fungsi tugas mereka sendiri tetapi terdapat ‘garisan halus’ di antara
fungsi-fungsi tersebut di mana setiap dari mereka mesti mampu berkolaborasi atara satu sama lain
walaupun mempunyai projek yang berlainan.

75

Pasukan Kerja yang Istimewa
Tidak semua orang boleh bekerja dengan gaya kerja Steve Jobs dan tidak semua orang boleh bekerja
dengan Apple walaupun mempunyai kemahiran dan pengalaman yang banyak. Apple memerlukan
pasukan kerja yang mereka gelarkan sebagai ‘pasukan kerja yang istimewa’.

Setiap pekerja di Apple mempunyai fungsi tugas mereka sendiri tetapi terdapat ‘garisan halus’ di antara
fungsi-fungsi tersebut di mana setiap dari mereka mesti mampu berkolaborasi atara satu sama lain
walaupun mempunyai projek yang berlainan.

Mereka juga hanya akan mengambil pekerja yang merasa tidak puas atau cukup dengan apa yang ada.
Pereka produk Apple mestilah seorang fanatik dalam menghasilkan produk yang benar-benar sempurna
sehinggakan bentuk skru di bawah MacBook pun dipastikan selari dengan rekabentuk keseluruhan
MacBook tersebut. Apple memerlukan pereka produknya mempunyai kepercayaan (belief), nyalarasa
(passion) dan komitmen dalam mencapai kesempurnaan.

Kemampuan beremosi

Bagi jawatan jurutera, Apple bukan sekadar mencari mereka yang mempunyai kemahiran teknikal tetapi
juga yang mempunyai kemampuan beremosi. Kemampuan beremosi di sini merujuk kepada nyalarasa
dan daya tahan yang mampu mendorong diri jurutera tersebut untuk mengatasi segala halangan dari segi
teknikal dan rekabentuk bagi memastikan sesuatu projek itu siap mengikut jadual.

Seperkara lagi, tekanan di kalangan rakan sekerja di Apple amat tinggi sehinggakan ketua sesuatu unit
atau projek akan ditolak oleh orang bawahan sekiranya pencapaiannya lemah. Menurut Ketua Pegawai
Operasi Apple iaitu Tim Cook, Apple bukan tempat bekerja bagi mereka yang mempunyai hati dan
semangat yang lemah.

Mampu Membentuk dan Mewujudkan Pasaran Baru
Bagi Steve Jobs, sesuatu produk yang dihasilkan tidak semestinya kerana pasaran memerlukannya, tetapi
apa yang penting adalah untuk ‘menghasilkan produk yang pasaran yang mahukan sebelum mereka
sendiri sedar mereka mahukannya’. Kerana itu Steve Jobs diketahui tidak berpegang pada kaedah kajian
pasaran, grup fokus dan sebagainya tetapi dia menghasilkan produk yang beliau mahukan.

Sebagai contohnya, ketika iPhone dan iPad mula-mula diperkenalkan, adakah sesiapa yang mahukannya
sebelum ia dijual? Tetapi apabila ia telah djual, hampir setiap daripada kita mahu memilikinya.

‘Cool factor’

Kemampuan berkomunikasi dan perhubungan awam Steve Jobs dikatakan faktor utama produknya
berjaya di pasaran. Realitinya itu hanyalah faktor penyokong, faktor utama kejayaannya adalah faktor
‘cool’ (cool factor) yang ada pada produk tersebut yang terhasil dari inovasi kreatif, rekabentuk unik
yang bergaya, mesra pengguna serta pada harga yang munasabah.

Seperkara lagi, dalam menghasilkan produknya, Apple sedar apa yang penting kepada majoriti pengguna
adalah pengalaman menggunakan produk tersebut bukannya teknologi di sebalik produk tersebut.
Pengguna lebih teruja dengan kemampuan iPod menyimpan sehingga 1,000 lagu bukannya dengan
spesikasi pemacu keras (hard drive) di dalam iPod tersebut.

76

Persepsi pasaran
Apple juga berjaya membentuk persepsi pasaran bahawa jenamanya adalah jenama berteknologi tinggi
sepertimana jenama Chanel dan Polo dalam dunia fesyen. Produk-produk Apple telah menjadi produk
yang mendefinasikan identiti pemiliknya di mana pemiliknya dipandang sebagai mereka yang inovatif,
bijak, bergaya dan berbeza dengan orang kebanyakkan yang lain.
Rangkaian Produk yang Sedikit
Berbanding dengan pengeluar produk telefon bimbit dan komputer riba yang lain, Apple mempunyai
rangkaian produk yang sedikit. Ini memudahkan pengguna untuk memahami perbezaan antara produk-
produknya dan sekaligus memudahkan pembeli membuat kepurusan untuk membeli.
Sebagai contohnya bandingkan di laman web berapa banyak jenis telefon pintar yang dijual iPhone
dengan jenama Nokia dan Blackberry. Jumlah jenis telefon pintar iPhone boleh dikira hanya dengan satu
jari sahaja.

Memfokuskan sumber
Justeru pendekatan yang digunakan Apple adalah menghasilkan hanya beberapa produk dengan
menggunakan segala sumber yang ada di tangan dan menjadikannya berjaya. Mereka percaya jika
sesebuah syarikat menggunakan sumber yang ada untuk mengeluarkan rangkaian atau jenis produk yang
banyak, kualiti dan fungsinya akan menurun.
Ini kerana sumber untuk menghasilkan setiap produk akan berkurangan dek kerana jumlah rangkaian dan
jenis produk yang banyak mahu dihasilkan. Produk yang mempunyai kualiti dan fungsi yang rendah tidak
akan mampu berjaya di pasaran.
Keenam-enam strategi yang digariskan di atas secara keseluruhannya menggambarkan moto Apple itu
sendiri iaitu ‘Think Different’ atau berfikir dengan cara berbeza. Apple memilih untuk menggunakan
pendekatan yang berbeza dalam menguruskan perniagaannya yang adakalanya bertentangan dengan
teknik pengurusan tradisional yang telah lama diamalkan oleh syarikat-syarikat lain.
Dan perbezaan inilah yang akhirnya meletakkannya sebagai salah satu jenama dan syarikat korporat yang
paling berjaya di dunia.

77

 MICROSOFT

William Henry Gates III (dilahirkan pada 28 Oktober 1955) atau lebih dikenali sebagai Bill Gates, ialah
ahli perniagaan Amerika Syarikat dan pengasas Microsoft Corporation (bersama Paul Allen). Beliau juga
adalah pengerusi, bekas Ketua Perisian Arkitek dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif untuk Microsoft
Corporation , syarikat perisian terbesar di dunia.

Bill Gates ialah salah seorang ahli perniagaan yang amat terkenal dalam revolusi komputer peribadi.
Walaupun beliau dihormati ramai dengan kekayaaan berdasarkan kepintaran dan cara pemikirannya, namun
begitu taktik perniagaan beliau kerap dikritik sebagai tidak bersaing secara adil yang menyebabkan beliau
dihadapkan ke mahkamah beberapa kali.

Bill Gates kerap membuat sumbangan dengan mendermakan jumlah wang yang besar kepada banyak
organisasi dan program kajian sains menerusi yayasan yang ditubuhkan beliau pada tahun 2000, Bill &
Melinda Gates Foundation.

Microsoft Corporation

Basic
Selepas membaca majalah Popular Electronics, keluaran Januari 1975 yang memperkenalkan Altair 8800,
Bill Gates menghubungi MITS (Micro Instrumentation and Telemetry Systems), syarikat yang mencipta
mikro komputer tersebut. Walaupun pada ketika ini beliau masih belum memulakan sebarang penulisan kod
untuk Altair 8800, beliau memberitahu president syarikat MITS bahawa kerja-kerja membina pengantaraan
BASIC sedang dibuat oleh rakan - rakan kongsinya. Bill Gates dan Paul Allen masih tidak dapat
memulakan penulisan kod punca kerana mereka masih belum mempunyai Altair, tujuan beliau menelefon
hanyalah untuk mendapat perhatian dari pihak MITS.

Presiden syarikat MITS bersetuju untuk bertemu Bill Gates dan Paul Allen untuk memberi demonstrasi.
Dalam beberapa minggu, Bill Gates dan Paul Allen berjaya membina padanan (emulator) untuk Altair yang
menggunakan minikomputer dan pengantaraan BASIC. Bill Gates dan Paul Allen kemudiannya berjaya
mendapat kontrak mengedarkan pengantaraan tersebut yang digelar Altair BASIC selepas kejayaan mereka
di dalam demonstrasi yang dibuat di pejabat MITS di Albuquerque.

Bill Gates kemudiannya menubuhkan syarikat, Micro-Soft, bersama Paul Allen dan mengambil cuti belajar
dari Harvard untuk memulakan perniagaan barunya.

Microsoft BASIC menjadi perisian yang popular kepada ramai pengemar komputer dan sumber kodnya
disalin dan diedar secara meluas kepada komuniti – komuniti peminat komputer. Pada Februari 1976, Gates
menulis surat terbuka kepada pengemar (Open Letter to Hobbyists) di dalam risalah MITS, yang
menjelaskan bahawa MITS tidak boleh meneruskan pengeluaran, mengedar dan mengekalkan perisian yang
berkualiti tinggi tanpa bayaran. Penjelasan itu tidak diendahkan oleh oleh ramai pengemar komputer tetapi
Bill Gates tetap dengan pendiriannya bahawa pembina perisian berhak mendapat bayaran di atas kerjanya.

Microsoft memutuskan kerjasamanya dengan MITS pada penghujung 1976 dan meneruskan pembinaan
bahasa pengatucaraan perisian (programming language software) untuk pelbagai sistem.

78

Menurut Bill Gates, pekerja - perkarja awal di Microsoft biasanya membuat lebih dari satu kerja pada awal
penubuhannya, seperti contoh, sesiapa yang menjawab telefon yang meminta barang dihantar, adalah orang
yang harus membungkus barang dan menghantarnya. Bill Gates mempunyai tanggungjawab yang besar
dalam syarikatnya tetapi tetap membantu di dalam penulisan kod. Dalam 5 tahun yang pertama penubuhan
Microsoft, beliau sendiri akan memeriksa setiap satu baris kod sumber dan juga membuat pembaikian kod,
jika perlu, sebelum ia diedarkan.

Kerjasama dengan IBM
Pada 1980, IBM menawar Microsoft untuk membina mengantaraan BASIC untuk komputer peribadi terbaru
syarikat tersebut yang dipanggil IBM PC. Apabila diberitahu oleh IBM bahawa mereka mengkehendaki
sistem operasi (Operating System), Bill Gates mencadangkan system operasi CP/M yang dibina oleh Dr.
Gary Kildall dari syarikat Digital Research (DRI).

Walau bagaimanapun, apabila perbincangan IBM dan DRI tidak berjalan lancar, wakil IBM, Jack Sams
meminta Bill Gates mendapatkan mereka satu sistem operasi yang boleh digunakan. Menurut Jack Sams,
perbincangan beliau dengan DRI menghadapi jalan buntu berkaitan dengan masalah lesen perisian.
Beberapa minggu kemudian, Bill Gates mencadangkan 86-DOS (QDOS), sebuah sistem operasi yang
hampir sama dengan CP/M, dibina oleh Seattle Computer Products (SCP), Microsoft berjaya mendapat
persetujuan dari SCP untuk menjadi ajen untuk QDOS dan kemudiannya menjadi pemilik tunggal untuk
lesen tersebut. Walau bagaimanapun, Bill Gates tidak pernah menyatakan bahawa IBM adalah bakal
pelanggan untuk QDOS. Setelah kerja adaptasi dibuat untuk membolehkan QDOS berfungsi di dalam
computer peribadi , Microsoft menjualkannya kepada IBM, yang dikenali sebagai PC-DOS. PC-DOS adalah
sistem operasi untuk semua komputer peribadi IBM yang dijual oleh Microsoft kepada IBM tanpa syarat
dan pembayaran hanya dibuat sekali sahaja. Dalam masa yang sama Microsoft membina MS-DOS, sebuat
sistem operasi untuk komputer bukan milik IBM yang juga dikenali sebagai “klon”.

Bill Gates tidak faham mengapa DRI tidak berminat dengan projek system operasi bersama IBM dan
bererapa tahun kemudiannya, beliau mendakwa Dr. Gary Kildall sebagai seorang yang mengambil sikap
sambil lewa, dakwaan itu dinafikan oleh DRI.

Beberapa lama kemudiannya, syarikat Compaq berjaya meniru BIOS IBM dan menjual komputer peribadi
yang lebih murah. Tidak lama kemudian, pasaran komputer melimpah dengan komputer-komputer klon
IBM di mana sistem operasinya menggunakan MS-DOS. Komputer peribadi mendapat permintaan yang
banyak serata dunia dan dengan sekelip mata, Microsoft menjadi sebuat syarikat yang besar dan penting di
dalam senarai syarikat perisian di dunia. Microsoft sehingga kini meneruskankan pembinaan sistem-sistem
operasi, perisian applikasi dan banyak lagi.

Windows
Pada tahun 1980 an, Microsoft memperkenalkan versi sistem operasi menggunakan Graphical User
Interface (GUI) berdasarkan idea yang diasaskan oleh Xerox corporation, dan diperkemaskinikan oleh
Apple. Microsoft melancarkan sistem operasi baru yang dinamakan “Windows” untuk menandingi pasaran
perisian untuk menjadikan perisian lebih mudah digunakan (user friendly).

Windows 3.0 yang dikeluarkan pada 1990 mendapat kejayaan besar, dijual sebanyak 10 juta unit dalam
tempoh 2 tahun pertama dan memahatkan nama Microsoft sebagai syarikat terunggul dalam penjualan
sistem operasi.

Bagi memastikan produk Microsoft kekal sebagai nombor 1 di dalam perniagaan sistem operasi, Microsoft
berkerjasama dengan syarikat-syarikat komputer peribadi untuk memuatkan “Windows” secara sedia ada di
dalam semua komputer-komputer baru. Dengan kejayaan kerjasama itu, Microsoft Corporation menjadi
syarikat gergasi di dalam arena sistem operasi dan menjadikan Bill Gates sebagai orang terkaya di dunia
sehingga ke hari ini.

79

Strategi dan pengurusan
Semenjak Microsoft ditubuhkan pada 1975 sehingga ke 2006, Bill Gates bertanggungjawab keatas strategi
syarikat dan pemasaran. Beliau secara agresifnya telah memperluaskan peluang pemasaran produk-produk
Microsoft dan mengembangkan syarikat itu sehingga dikenali sebagai syarikat perisian gergasi. Beliau juga
adalah seorang yang bertanggungjawab meluluskan hampir semua keputusan besar syarikat itu yang
menyebabkan beliau kerap ditarik ke mahkamah untuk memberi penjelasan terhadap tindakan -tindakan
pemasaran beliau yang dikatakan berlaku tidak adil terhadap syarikat lawannya. Di dalam keterangannya di
mahkamah pada 1998, Bill Gates dilaporkan oleh wartawan sebagai memberi keterangan sukar dilawan.
Beliau berhujah kepada peguam dari Jabatan kehakiman US, David Boies, mengenai maksud “Lengkap”,
“Ambil Berat”, “Jihat” dan sebagainya yang walau bagaimanapun membuatkan hakim Jackson ketawa
mendengarnya.

Bill Gates kemudiannya berkata kepada wartawan bahawa beliau sengaja melawan David Boies yang
menurutnya cuba menenukarkan fakta-fakta beliau dan bersikap angkuh ketika menyoalnya. Bill Gates
menambah “Walau apa pun tindakan yang akan dikenakan kepada saya, sikap biadap saya kepada David
Boise adalah yang terbesar”. Walaupun dinafikan oleh Bill Gates, hakim membuat keputusan bahawa
Microsoft telah melanggarkan kanun perniagaan di dalam Akta Sherman dengan melaku pembolotan dalam
perniagaan dan cuba menyekat persaingan.

Bill Gates kerap bertemu dan membuat perbincangan dengan ketua-ketua pengurus dan juga pengurus-
pengurus program syarikat. Beliau juga boleh menjadi keterlaluan apabila tidak menyukai apa yang didengar
atau apa yang berlaku di dalam mesyuarat. Kerap kali beliau didengari menjerit “Ini adalah benda terbodoh
yang pernah saya dengar” atau “Apa pasallah kau tak masuk pasukan keamanan sahaja?” kepada para
pekerja. Walau bagaimanapun, beliau biasanya mengalah apabila mendapat penjelasan yang sewajarnya dari
pekerja yang dimarahinya. Jikalau beliau tidak berpuas hati dengan kerja – kerja yang dihadapi oleh pengurus
teknikal, sesekala beliau dikatakan bertanya mereka “Apa, kau nak aku habiskan kerja ni pada hari minggu ni
ke?”

Tugas utama Bill Gates di Microsoft adalah lebih kepada bahagian pengurusan perniagaan, pemasaran dan
pentadbiran. Tetapi pada awal penubuhan Microsoft, beliau aktif di dalam pembinaan perisian terutamanya di
dalam bahasa pengaturcaraan syarikat tersebut.

Pada tahun 2000, Bill Gates mengumumkan sahabat baiknya, Steve Ballmer sebagai Ketua Pegawai Eksekutif
dan melantik dirinya "Ketua Perisian Arkitek".

Pada 15 Jun 2006, Bill Gates mengumumkan bahawa beliau tidak akan lagi bekerja sepenuh masa dalam
masa dua tahun untuk meluangkan lebih banyak masa kepada kerja amal. Beliau menlantik Ray Ozzie sebagai
"Ketua Perisian Arkitek" yang baru dan hanya mengekalkan jawatan "Pengerusi" dan sebagai penasihat untuk
projek-projek utama syarikat sahaja. Salah satu usaha beliau sebelum melepaskan jawatan hariannya di
Microsoft ialah menghasilkan kumpulan perisian robotik.

80

Soalan
1. Terangkan gaya pengurusan yang diamalkan oleh Steve Jobs dan Bill Gates.
2. Sediakan satu analisis SWOT bagi Syarikat Apple dan Microsoft
3. Mengapakah syarikat teknologi seperti Apple dan Microsoft amat memerlukan
pasukan kerja yang istimewa?
4. Jelaskan visi dan misi syarikat Apple dan Microsoft

81

UNIT 4:
ASAS-ASAS KEWANGAN

HASIL PEMBELAJARAN:

Di akhir pembelajaran unit ini pelajar akan dapat:
1. Menyediakan komponen-komponen rancangan kewangan bagi perniagaan
masing-masing.
2. Mengenalpasti aras harga pasaran semasa bagi memastikan ketahanan dan
keuntungan bagi setiap syarikat.
3. Menyediakan penyata kewangan bagi perniagaan masing-masing.

82

4.1 PENGENALAN KEPADA KEWANGAN
Semua individu dan organisasi yang rasional akan cuba mendapatkan

keuntungan atau wang dan selepas itu berbelanja atau melabur wang tersebut untuk
tujuan tertentu.

Kewangan adalah berkait rapat dengan proses ini, institusi, pasaran dan
instrumen yang terlibat dalam pemindahan wang antara individu dan perniagaan.
Kewangan boleh ditakrifkan sebagai seni dan sains dalam menguruskan wang.
Keputusan kewangan dibuat berdasarkan kepada konsep asas, prinsip dan teori
kewangan. Keputusan ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama seperti
berikut:

(a) Keputusan pelaburan berkaitan dengan aset;
(b) Keputusan kewangan berkaitan dengan liabiliti dan ekuiti pemegang

saham; dan
(c) Keputusan pengurusan yang berkaitan dengan keputusan operasi dan

keputusan kewangan harian syarikat.

Kejayaan atau kegagalan sesuatu perniagaan bergantung kepada kualiti
keputusan kewangan yang dibuat. Setiap keputusan yang dibuat akan mempunyai
implikasi kewangan yang penting. Adalah penting jika seseorang itu tidak mempunyai
pengalaman yang luas dalam bidang kewangan seperti pengurus pemasaran, pengurus
pengeluaran dan pengurus sumber manusia untuk memahami kewangan bagi
membolehkan mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih baik.

 PERKARA ASAS DALAM PERAKAUNAN

i) ASET BUKAN SEMASA
Semua harta yang dibeli untuk kegunaan perniagaan dan bukan untuk di jual. Harta
ini digunakan secara kekal dalam perniagaan untuk beberapa jangkamasa
perniagaan. Contohnya seperti tanah, bangunan, kelengkapan pejabat, mesin,
kenderaaan dan lain-lain.

83

ii) ASET SEMASA
Harta perniagaan yang mudah berubah bentuk nilainya dalam jangkamasa pendek.
Contohnya seperti tunai di tangan, tunai di bank, penghutang, deposit, stok, dan
lain-lain.
iii) LIABILITI BUKAN SEMASA
Tanggungan jangka panjang adalah hutang kepada pihak lain yang boleh dijelaskan
dalam jangka masa lebih daripada satu tahun. Contohnya seperti pinjaman
berjangka daripada mana-mana institusi kewangan.
iv) LIABILITI SEMASA
Segala hutang perniagaan yang mesti dijelaskan dalam masa 1 tahun. Contohnya
pemiutang, bank overdraft, dan lain-lain hutang jangka pendek
v) EKUITI/HAK MILIK
Ekuiti/Hak milik adalah merupakan sejumlah nilai kewangan, (tunai/harta) yang
menjadi hak mutlak pemilik perniagaan yang dibawa masuk kedalam perniagaan
tersebut. Ia terdiri daripada modal dan keuntungan terkumpul. Peningkatan hak
milik juga boleh menunjukkan peningkatan didalam nilai perniagaan.
vi) HASIL
Ia adalah segala pendapatan atau hasil yang diperolehi atau akan diperolehi oleh
perniagaan setiap bulan atau tahun. Contonya sewa diterima, komisen diterima,
diskaun diterima, jualan atau upah diterima
vii)BELANJA
Ia adalah segala perbelanjaan yang dikeluarkan oleh sesebuah perniagaan samada
setiap minggu, bulan atau tahun. Contohnya sewa, gaji, komisen, cukai pendapatan,
belanja am, belian dan sebagainya

84

LATIHAN PRAKTIKAL
4.2 KOMPONEN-KOMPONEN KEWANGAN
1) PENYATA UNTUNG RUGI
DEFINISI PENYATA UNTUNG RUGI
Penyata Untung Rugi adalah merupakan penyata yang menunjukkan segala ringkasan
hasil dan perbelanjaan bagi sesuatu tempoh perakaunan.
KEPENTINGAN PENYATA UNTUNG RUGI
 Mengetahui keuntungan atau kerugian bagi sesuatu perniagan atau perusahaan.
 Memudahkan peniaga mengkaji prestasi/kecekapan perniagan mereka.
 Membantu bakal-bakal pelabur atau rakan kongsi mengetahui keupayaan dan
keuntungan perniagaan.
 Kehendak/keperluan pihak luar terutama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan
pemiutang

85

NAMA PERNIAGAAN
PENYATA PENDAPATAN BAGI TAHUN BERAKHIR ………………

RM RM

A) HASIL

Jualan XX

B) TOLAK : KOS BARANG DIJUAL

Stok Awal XX

(+) Belian XX

Kos barang untuk dijual XX

(-) Stok Akhir XX

C) UNTUNG KASAR XXXX

LAIN-LAIN PENERIMAAN XX
Diskaun Diterima XX
Komisen Diterima XX
Sewa Diterima XX XXX
Faedah Diterima
XXXX

D) TOLAK : PERBELANJAAN XX
PENYELENGGARAAN XX
Gaji XX
Sewa Dibayar XX
Diskaun Diberi XX
Insurans XX
Iklan XX
Komisen Diberi XX
Belanja Utuliti XX
Lesen XX XXX
Belanja Pemabikan
Belanja Pencucian

E) UNTUNG BERSIH @ RUGI BERSIH XXXXXX

86

CARA MENYEDIAKAN PENYATA UNTUNG RUGI

Penyata ini disediakan dengan menyenaraikan perkara-perkara berikut :

A. HASIL
Hasil dimaksudkan sebagai hasil bersih untuk tempoh perakaunan perniagaan tersebut.

B. KOS BARANG DIJUAL
Kos barang dijual adalah harga belian barang-barang yang telah dijual di dalam tempoh
perakaunan. Kos barang dijual boleh di dapati dengan menggunakan pengiraan berikut:

RM

Stok Awal 5 000

(+) Belian 28 000

Kos Barang Untuk Dijual 33 000

(-) Stok Akhir 3 800

Kos Barang Dijual 29 200

Kos Barang Dijual mempunyai kaitan rapat dengan untung kasar yang diperolehi kerana
kos barang dijual yang rendah akan meninggikan untung kasar dan sebaliknya. Nilai kos
barang dijual adalah bergantung kepada penilaian stok akhir yang dibuat. Lebih tinggi
nilaian stok akhir dibuat bererti lebih rendah kos barang dijual dan seterusnya meninggikan
keuntungan kasar yang diperolehi.

C. UNTUNG KASAR
Untung Kasar adalah perbezaan di antara hasil bersih dengan kos barang dijual

D. PERBELANJAAN PENYELENGGARAAN
Perbelanjaan ini adalah perbelanjaan-perbelanjaan yang terlibat di dalam penjualan.
Segala perbelanjaan yang dicatatkan di dalam Penyata Untung Rugi tidak semuanya
melibatkan pembayaran wang tunai seperti susut nilai yang merupakan perbelajaan bukan
tunai yang dikenakan kepada harta tetap yang dimiliki.

E. UNTUNG BERSIH SEBELUM CUKAI
Perbezaan di antara untung kasar dengan perbelanjaan penyelenggraan dikenali
sebagai untung bersih sebelum cukai.

87

2) KUNCI KIRA-KIRA
Kunci Kira-kira adalah satu penyata menunjukkan kedudukan semua HARTA,
TANGGUNGAN dan EKUITI/HAK MILIK pada sesuatu tarikh yang tertentu.
KEPENTINGAN KUNCI KIRA-KIRA
 Untuk mengetahui jumlah/kedudukan HARTA, TANGGUNGAN dan EKUITI/PEMILIK
bagi sesuatu tarikh yang tertentu.
 Sebagai bahan untuk mengukur atau menilai perkembangan perniagaan

88

Format Kunci kira-kira RM
xx
NAMA PERNIAGAAN ___________________ xx
KUNCI KIRA-KIRA PADA ___________________ xx
xx
RM RM XXXX
ASET BUKAN SEMASA
XXXX
Perabot
Kenderaan xx
Premis xx
Lekapan Dan Lengkapan/ Kelengkapan xxx
xx
MODAL PUSINGAN (ASET SEMASA BERSIH) xx xxx
ASET SEMASA xx
Stok xx xxx
Penghutang xx xxxxx
Bank XXXXX
Tunai
xx
TOLAK LIABILITI SEMASA xx
Pemiutang
Overdraf Bank

xxx

JUMLAH ASET BERSIH

EKUITI PEMILIK
Modal
TAMBAH untung bersih

TOLAK Ambilan

TAMBAH LIABILITI BUKAN SEMASA xx
Pinjaman Bank

JUMLAH EKUITI PEMILIK

89

Cara Menyediakan Kunci Kira-Kira

Langkah 1 Harta tetap

Campur Harta semasa
Tolak
Langkah 2 Modal Pusingan Tanggungan Semasa

Langkah 3 Tolak

Tanggungan Jangka
Panjang

Langkah 4 Jumlah Harta Bersih

Langkah 5 Modal
Campur
Ekuiti / Hak Milik
Keuntungan
Terkumpul

Tolak

Ambilan

90

LATIHAN PENGUKUHAN

Anda dikehendaki menyediakan penyata untung rugi dan kunci kira-kira bagi tahun berakhir 31
Disember 2011 dari Imbangan Duga berikut :-

PERNIAGAAN EWA GROUP ENTERPRISE
IMBANGAN DUGA PADA 31 DISEMBER 2011

PERKARA DEBIT ( RM ) KREDIT ( RM )
Bangunan kedai 25000
Van 10300 52940
Perabot 2500
Stok pada 1/1/2011 6050 6500
Ambilan 3700 1250
Belian 28614
Jualan 468
Tunai di bank 11450 40376
Tunai di tangan 150 101534
Penghutang-Liza 6800
Pemuitang – Hazwan
Sewa diterima 400
Insuran kedai 3615
Upah dan gaji 1268
Belanja am
Komisen diterima 1160
Cukai perniagaan 527
Belanja membaiki van
Modal 101534

Stok akhir pada 31 Disember 2011 berjumlah RM 3800

91

4.4 BUKU TUNAI
Rekod utama yang disimpan dalam perniagaan biasa ialah rekod penerimaan dan

pembayaran. Rekod ini dikenali sebagai Buku Tunai. Buku Tunai merupakan
gabungan Akaun Tunai dan Akaun Bank. Buku tunai terdiri daripada dua bahagian iaitu
bahagian debit di sebelah kiri dan bahagian kredit di sebelah kanan. Bahagian debit
merekodkan semua penerimaan secara tunai dan cek manakala bahagian kredit
merekodkan semua pembayaran secara tunai dan cek.

 Penerimaan Tunai
Terdapat empat sumber utama wang tunai dan cek yang diterima oleh para
peniaga dalam urusniaga perniagaannya sehari-hari. Sumber ini ialah:
a) Hasil jualan tunai
b) Hasil kutipan daripada penghutang untuk jualan secara kredit (hutang)
c) Hasil daripada pendapatan – pendapatan lain yang mungkin didapati
daripa komisen, elaun, diskaun dan lain-lain.
d) Hasil-hasil lain (jaulan asset tetap, kuitipan balik deposit dan lain-lain)

 Pembayaran Tunai
Empat sumber pembayaran yang dibuat mengguankan wang tunai atau cek
adalah seperti:
a) Pembayaran untuk belian secara tunai(belian barang niaga )
b) Pembayaran hutang-hutang perniagaan (bayaran kepada pemiutang)
c) Belanja-belanja operasi seperti gaji, sewa premis, bil utiliti dan lain-
lain
d) Pembayaran-pembayaran lain seperti deposit tender, belanja-belanja
tak berkala, belian aset tetap

92

Penerimaan (Debit) Pembayaran (Kredit)

Tarikh Butir Fol Tunai Bank Tarikh Butir Fol Tunai Bank
1/1 56,000 2/1 6400
2/1 Baki awal 5,000 5/1 Belian
11,500 4,400
5/1 Jualan No 3,800 5,700 Belian 660

7/1 resit

Jualan No 7/1 Deposit 1,000
15/1 tender
Cek Kasturi Ent-

Ahmad Bhd No

Cek

8/1 Bendul Bhd- 700 29/1 Gaji 2,200
Komisen
3,000 30/1 Bil utili 530 4,700
31/1 Tunai (kontra) 31/1 Sewa premis 700
Belian perabot 58,500
Bank (kontra) 3,000 76,200
Baki akhir 3,610
9,500
9,500 76,200

1/2 Baki awal 3,610 58,500

Contoh Buku Tunai

 Catatan Kontra

Catatan Kontra adalah catatan yang dibuat dalam akaun tunai dan akaun
bank untuk pindahan tunai. Pindahan tunai adalah memindahkan tunai di
tangan ke bank dan tunai di bank ke tunai di tangan.

93

LATIHAN PENGUKUHAN

Berikut merupakan urusniaga bagi Syarikat Muhibbah bagi bulan Mac. Rekodkan
urusniaga berikut ke dalam Buku Tunai.

RM

Mac 1 Baki Buku Tunai

Tunai 1 300

Bank 11 000

6 Menerima cek daripada Sani 760

7 Menerima cek daripada Goh 3 500

8 Menjual barang niaga secara tunai 845

8 Belian barang niaga dengan cek 580

9 Membayar insurans dengan tunai 500

10 Menerima cek untuk jualan 1 210

19 Membayar syarikat Wong dengan cek 2 800

20 Membayar gaji dengan cek 1 200

22 Menerima komisen dengan tunai 770

24 Membeli alatan pejabat dengan cek 1 570

25 Jualan tunai 1 350

29 Memasukkan tunai ke bank 1 000

94

E-Technopreneur 1

UNIT 5:
RANCANGAN PERNIAGAAN

HASIL PEMBELAJARAN:

Di akhir pembelajaran unit ini pelajar akan dapat:
1. Menyediakan rancangan perniagaan untuk penghasilan produk atau
perkhidmatan.
2. Memulakan perniagaan masing-masing berdasarkan kepada rancangan
perniagaan yang tlah dibuat.
3. Menyiapkan rancangan perniagaan yang komprehensif dan lengkap.

BKT 95 KUB 1012

E-Technopreneur 1

5.1 DEFINISI RANCANGAN PERNIAGAAN

Rancangan perniagaan ialah sebuah dokumen bertulis yang menerangkan
tentang perniagaan yang hendak dijalankan secara menyeluruh. Ia merupakan “blue
print” perniagaan untuk menerangkan mengenai kajian yang telah dijalankan dan
perancangan perniagaan pada masa hadapan. Ia juga menerangkan tentang
ramalan dan jangkaan serta kaedah perlaksanaan strategi perniagaan tersebut.
Rancangan Perniagaan (RP) juga dikenali sebagai kertas kerja, kertas projek atau
prospektus.

TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Membolehkan usahawan melihat dan menilai idea atau projek perniagaan yang
dicadangkan dengan teliti, objektif, kritikal dan praktikal.

 RP dapat memberi gambaran sama ada projek yang hendak dirancangankan
oleh usahawan berdaya maju ( viable ) atau tidak.

 Membantu usahawan menganggarkan keperluan sumber-sumber perniagaan
dan mengagihkannya dengan lebih baik dan jelas.

 Meyakinkan pihak-pihak tertentu contohnya untuk pembiayaan kewangan
bahawa projek yang dirancangkan berdaya maju dan sesuai untuk pelaburan
atau pembiayaan.

 Membantu usahawan mengatasi dan menyelesaikan masalah yang mungkin
timbul dalam melaksanakan projek perniagaan.

5.2 KOMPONEN RANCANGAN PERNIAGAAN

1) PENGENALAN RP

Bahagian ini merupakan pembuka tirai kepada keseluruhan Rancangan
Perniagaan. Antara perkara-perkara yang perlu dibincangkan dalam
bahagian ini ialah :

i. Nama perniagaan
ii. Jenis perniagaan yang dijalankan
iii. Latarbelakang industri perniagaan yang diceburi
iv. Lokasi perniagaan
v. Tarikh perniagaan dijalankan

BKT 96 KUB 1012

E-Technopreneur 1

vi. Faktor pemilihan jenis perniagaan yang diceburi
vii. Potensi daya maju perniagaan di masa hadapan

2) TUJUAN RP

Setiap Rancangan Perniagaan yang disediakan mempunyai tujuan yang
tertentu. Usahawan yang menyediakan Rancangan Perniagaan perlu
menyatakan dengan jelas tujuan penyediaan Rancangan Perniagaan
tersebut.

Sebagai contoh, sekiranya Rancangan Perniagaan disediakan untuk
mendapatkan pinjaman kewangan daripada BCB sebanyak RM 50,000 bagi
membiayai keperluan modal pusingan, tujuan penyediaannya boleh
dinyatakan seperti berikut :

“Rancangan Perniagaan ini disediakan oleh Syarikat Fair One Sdn. Bhd. bagi
memohon pembiayaan kewangan sebanyak RM 50,000 daripada BCB untuk
kegunaan modal pusingan perniagaan”.

Sekiranya Rancangan Perniagaan ini disediakan untuk membantu usahawan
dalam menguruskan perniagaannya, maka tujuan penyediaan Rancangan
Perniagaan tersebut boleh dinyatakan seperti berikut :

“Rancangan Perniagaan ini disediakan oleh Syarikat Fair One Sdn. Bhd.
sebagai garis panduan untuk menguruskan perniagaan”.

3) LATAR BELAKANG SYARIKAT

Bahagian ini penting, terutama sekali kepada pihak yang mempunyai kaitan
dengan projek yang dijalankan seperti pihak bank, pelabur atau agensi yang
berkenaan.

Bahagian ini mengandungi maklumat-maklumat asas tentang perniagaan
seperti nama, alamat, kegiatan perniagaan ini penting kepada pihak
berkenaan kerana memudahkan mereka mengenalpasti secara jelas
perniagaan yang akan berurusniaga dengan mereka. Mereka juga dapat
membuat penyelidikan awal bagi menentukan kredibiliti dan keupayaan
perniagaan.

BKT 97 KUB 1012

E-Technopreneur 1

Maklumat penting yang perlu dinyatakan adalah seperti berikut:

i. Nama Perniagaan
ii. Alamat Perniagaan
iii. Alamat Surat Menyurat (jika berlainan)
iv. No. Telefon
v. Bentuk Perniagaan
vi. Aktiviti / Kegiatan Utama Perniagaan
vii. Tarikh Perniagaan Dimulakan
viii. Tarikh Perniagaan Didaftakan
ix. Nombor Pendaftaran Perniagaan
x. Modal Permulaan
xi. Nama dan Alamat Pemegang Saham Ahli Kongsi
xii. Nama Bank Perniagaan
xiii. Nombor Akaun Bank Perniagaan
xiv. Jenis Akaun Perniagaan
xv. Sumbangan Ekuiti
Segala maklumat yang diberikan dalam bahagian ini hendaklah betul dan
tepat. Penggunaan sebutan-sebutan ringkas atau penggunaan perkataan
yang tidak serupa dengan butir-butir rasmi akan merumitkan pihak
perniagaan pada masa hadapan dari segi perudangan.

Contoh:

Perniagaan didaftarkan secara rasmi sebagai Jasmine Haiqal Enterprise,
tetapi dalam RP, dicatatkan sebagai JH Enterprise. Hal ini adalah tidak tepat
dan akan merumitkan pihak perniagaan itu sendiri pada masa hadapan iaitu
apabila berurusan dengan pihak-pihak lain.

4) LATARBELAKANG PEMILIK / RAKAN KONGSI

a) Maklumat - maklumat yang terkandung di dalam latarbelakang
perniagaan adalah untuk membolehkan pihak yang berkenaan
(pelabur, pegawai bank,pembekal, kakitangan, pelanggan) untuk
menilai keupayaan dan kredibiliti perniagaan.

b) Dari maklumat latarbelakang pemilik /ahli kongsi/ pemohon akan
membolehkan pihak-pihak yang berkenaan menilai usahawan , rakan

BKT 98 KUB 1012

E-Technopreneur 1

kongsi atau pemilik saham dari segi keupayaan menguruskan
perniagaan.
c) Latarbelakang pemilik/rakan kongsi juga bertujuan untuk
membolehkan usahawan menjual diri mereka kepada kepada pihak
yang berminat dengan perniagaaan yang di jalankan oleh usahawan
tersebut.
d) Butiran yang terkandung di dalam latarbelakang / rakan kongsi adalah
seperti di bawah:

i. Nama Penuh
ii. Nombor Kad Pengenalan
iii. Tarikh Lahir
iv. Umur
v. Jantina
vi. Alamat Tetap
vii. Nombor Telefon
viii. Taraf Perkahwinan
ix. Kelulusan Akedemik
x. Kursus Yang pernah Di Hadiri
xi. Pengalaman
xii. Pekerjaan Sekarang
xiii. Perniagaan Lain Yang Pernah Di Ceburi

5) RANCANGAN PENTADBIRAN

Bahagian ini menyentuh aspek-aspek pentadbiran sesebuah organisasi
perniagaan. Kejayaan sesebuah organisasi perniagaan bergantung
kepada kecekapan usahawan mengurus dan mentadbir perniagaan
tersebut. Untuk tujuan ini, organisasi perlu mempunyai satu sistem gerak
kerja yang teratur dan kemas.

6) RANCANGAN PEMASARAN

Kejayaan sesebuah perniagaan bergantung kepada keupayaan perniagaan
tersebut menawarkan barangan yang diperlukan oleh sasaran pengguna.
Barangan yang ditawarkan ini mesti bertepatan dengan keperluan dan kehendak
pengguna.

BKT 99 KUB 1012


Click to View FlipBook Version