Didedikasikan buat teman-teman
yang sedang lelah dengan permasalahan kehidupan.
Jangan mudah mengalah atau mengaku kalah
kerana anda tidak pernah sendirian.
Selamat bermujahadah!
Kandungan Halaman
5 - 54
BAHAGIAN PERTAMA 56 - 102
Selamat Datang Masalah! 104 - 147
BAHAGIAN KEDUA
Mencari Ketenangan
BAHAGIAN KETIGA
Membina Kekuatan
BAHAGIAN PERTAMA
Selamat Datang Masalah!
Redha, Usaha & Cari Hikmah
"Apa jua takdir yang datang kepada kita,
Allah nak kita:
(1) Redha, (2) Usaha dan (3) Cari Hikmah."
Setiap kita bergerak di atas takdir masing-masing.
Jika berlaku sesuatu ujian kepada kita, apa yang Allah nak lihat dari kita?
Yang Terbaik Untuk Kita
"Apa yang kita ingin belum tentu terbaik buat kita."
Allah selalu aturkan terbaik buat kita.
Belum tentu yang kita suka itu terbaik buat kita dan
belum tentu yang terbaik itu kita suka.
Selalulah berdoa pada Allah mengaturkan terbaik buat kita dan
menganugerahkan kita sentiasa redha dengan ketentuannya.
Ketika Hilang Semangat
"Jika kita rebah dan hilang semangat,
berdirilah untuk mencari kekuatan dengan solat.
Jika kita berdiri kerana kejayaan,
rebahkanlah dahi bersyukur dengan solat."
Solat adalah segala-galanya dalam hidup.
Kerana ia adalah penghubung kita dengan Pencipta kita.
Belajarlah untuk memperbaiki kualiti solat,
kemudian tingkatkanlah kuantitinya.
Ujian Pada Kelemahan
"Allah akan mendatangkan ujian kepada benda kelemahan kita
bukan benda kekuatan kita."
Ujian datang untuk menguatkan kita.
Sebab itu, kita diuji pada
kelemahan kita
bukan pada perkara yang kita kuat.
Barang Hilang, Apa Nak Buat ?
"Jika harta benda kita di curi, ingatlah tiga perkara.
(1) Syukur, tak hilang semua.
(2)Syukur, bukan kita yang mencuri.
(3) Doa Allah ganti yang lebih baik."
Apabila barang kita hilang, terus berdoa tiga perkara ini.
Kerana kita di dalam keadaan teraniaya.
Ada peruntukan doa mustajab.
Syukur akan menjadikan rezeki kita bertambah dan
"minta ganti" untuk dipulangkan semula atau
digantikan semula apa yang hilang.
Musibah dan Ketenangan
"Usahlah bimbang ditimpa musibah kerana di sebaliknya terdapat hikmah dan
nikmat yang lebih baik diganti oleh Allah."
Kita boleh tenang di atas musibah
jika kita meyakini
di sebaliknya ada hikmah dan gantian yang lebih baik.
Jangan Tangisi Kehilangan
"Jangan tangisi kehilangan kerana Allah tidak akan mengambil sesuatu tanpa
menggantikannya dengan yang lebih baik."
Jangan terlalu meratapinya kerana
Allah Yang Maha Mengetahui
apa yang akan Dia beri di sebalik kehilangan itu.
Manusia dan Sifat Marah
"Jangan sesekali membuat keputusan ketika marah."
Marah adalah sifat manusia. Kita tidak dapat lari dari sifat ini.
Cuma. Jangan jadikan marah sebagai tabiat dan kebiasaan.
Perkara remeh pun mahu marah.
Dan lebih-lebih lagi, jangan buat keputısan ketika marah,
kerana khuatir keputusan itu bukan dari pertimbangan yang waras.
Tujuan ujian didatangkan
"Ujian samada akan membuat kita lebih dekat atau lebih jauh dengan
Allah SWT. Buatlah pilihan yang bijak."
Manfaat Dari Kesilapan
"Jangan menyalahkan orang lain. Bertanggungjawablah dengan
kegagalan diri."
Pelajari dari kesilapan kita.
Kita akan dapat banyak ilmu dan pengalaman
dari peristiwa yang berlaku. Selalulah muhasabah diri dan
kita akan sentiasa dapat meningkatkan diri kita.
Berhentilah Berharap Dengan Duniamu
"Berhenti mengharap dunia akan bagi segala hak kita."
Dunia penuh penipuan dan tipu daya.
Kita akan sering kecewa kerana tertipu.
Dunia penuh dengan sistem yang tidak adil,
kita akan sentiasa rasa dizalimi.
Dunia penuh dengan perkara sementara dan tidak kekal,
kita akan rasa kehilangan.
Semua itu akan menyedihkan dan memenatkan hati kita.
Oleh itu bergantunglah kepada Allah kerana Allah Maha Sempurna,
Maha Memberi, Maha Pengasih dan Maha Memelihara.
Ubat Kesedihan
"Jika sedih atau hilang semangat,baca dan ambil pengajaran daripada
Surah Al-Muddathir ayat 1 - 7".
Bukan sahaja baca surah ini.
Malahan, ambil iktibar maksudnya.
Maksiat Bukan Ubat Bagi Hati
"Sesuatu yang baik itu pasti mendatangkan ketenangan sedangkan
maksiat pasti mendatangkan kegelisahan."
Allah tidak menjadikan maksiat itu ubat bagi hati.
Maksiat membawa senang hati tetapi
tidak membawa tenang hati.
Sedangkan ketenangan hati itulah yang akan membawa
kebahagiaan kepada seseorang.
Ya, kebahagiaan dunia dan akhirat.
Iman Perkara Terpenting Dalam Hidup
"Seseorang boleh menghancurkan hatimu dan menjatuhkan harga dirimu.
Tetapi jangan sesekali membiarkan mereka menghancurkan imanmu."
,
Jangan biarkan ianya rosak atau
dirampas orang lain atau dirosakkan
kerana berkesan dengan sesuatu peristiwa.
Kerana dengan iman
kita akan selamat di dunia sehinggalah ke akhirat.
Bila Tak Nampak Jalan Keluar
"Bila keadaan sulit, kita kadang rasa tak tahan sangat sampai
nak bernafas pun susah. Tenang dan yakinlah bantuan Allah akan hadir."
Ketika susah maka hati akan berbisik,
keluhan akan datang dan yang paling bahaya
bisikan-bisikan syaitan akan masuk
untuk melemahkan semangat kita.
Sentiasalah kita bergantung kepada Allah dan
memohon kepada Allah agar
diberikan jalan keluar bagi segala permasalahan kita.
Apabila hati tenang dengan berdoa maka
akal akan dapat mencari jalan keluar
lebih-lebih lagi apabila jalan keluar itu diilhamkan oleh Allah.
Semua orang diuji, bezanya adalah bentuk,
kesamaannya adalah ujian menyempitkan hati.
Jangan bandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain nanti
kita tidak akan dapat apa-apa kebahagiaan.
Kesusahan Membina Kekuatan
"Kesusahan yang kita lalui hari ini akan membina kekuatan yang kita
perlu di kemudian hari."
Setiap perkara perlukan persediaan dan kadang kala
seseorang susah masa kini dia mendapat pengalaman dan ilmu.
Kemudian ilmu dan pengalaman itu
menjadikannya matang di dalam menempuh kejayaan.
Sentiasalah positif di dalam hidup.
Diam Ketika Bertengkar
"Ada ketika kita hanya perlu diam ketika pertengkaran.
Diam tidak bererti salah dan menerima tuduhan tetapi
ia mungkin menyelamatkan banyak hal. "
Diam ketika pertengkaran bukan bermaksud
kita kalah atau setuju dengan tuduhan.
Ada pertengkaran yang tidak perlu dilayan terutama
jika datang dari orang yang tidak pandai.
Jangan Minta disegerakan Mati
"Sakit ke, gaduh ke jangan sampai doa minta mati.
Sebab orang mati minta dihidupkan balik."
Walau apa keadaan, jangan minta disegerakan mati kerana
apabila mati maka terputuslah amalan seseorang.
Orang yang telah mati juga minta supaya
dihidupkan balik agar mereka boleh beramal.
Jika keadaan sakit yang teramat sangat dan
tidak tahan pun jangan minta disegerakan mati.
Harga Diri
"Jangan risau diri tak dihargai tetapi risaulah jika tiada harga diri."
Ramai orang risau tidak dihargai tetapi
terlupa bahawa tiada harga diri lebih buruk.
Binalah harga diri dengan
memperbaiki kelemahan dan keaiban diri.
Sedih dan Runsing
"Jangan biarkan diri sedih berterusan. Ubatlah hati. Sesungguhnya
orang mukmin yang hebat tidak takut atau berdukacita."
Sesungguhnya orang beriman itu
tidak runsing dan
tidak berduka cita.
Salah Tetap Salah
"Salah tetap salah, betul tetap betul. Jangan dah buat salah tapi
tak mengaku dan minta maaf."
Sebaik-baik orang yang berbuat kesilapan adalah
orang yang meminta maaf dan bertaubat.
Bukan berbuat salah kemudian
membela kesalahan yang ada.
Kawan Ketawa vs Kawan Menangis
"Jika kita dalam kesusahan ramai akan menjauh, itu biasa.
Jangan runsing kerana Allah lah sebaik-baik Mengurus dan Membantu kita."
Kawan sama ketawa ramai.
Kawan sama menangis susah nak cari.
Ketika susah, hilang semua kawan.
Itulah lumrah kehidupan di dunia.
Tapi ingatlah Allah sentiasa bersama kita.
Allah sentiasa membantu kita di dalam apa keadaan asalkan
kita tetap bergantung kepadaNya.
Bila Terasa Berat
"Setiap kali dilanda kesulitan dan permasalahan hidup, amalkan
Surah Al-Insyirah. Yakin janji Allah SWT selepas kesulitan pasti ada
kesenangan."
Surah ini diturunkan ketika
Nabi SAW berasa sangat berat dan sedih
di dalam menjalankan amanah da'wah.
Jadi surah ini bagus diamalkan
jika kita diuji dengan perasaan yang sama
walaupun keadaan kita berbeza.
Sesungguhnya Al-Qur'an merupakan
penyembuh bagi orang-orang yang beriman.
Kekuatan Menangani Stress
"Kita tak akan mampu menghadapi stress dengan kekuatan fizik, emosi dan
mental kita semata. Kita perlukan kekuatan extra daripada Allah dengan
amalan zikir."
Stress negatif adalah perosak hidup.
Minta kekuatan pada Allah untuk menangani stress kita.
Mengeluh Tidak Merubah Apa-apa
"Kalaulah mengeluh boleh menyelesaikan masalah, sudah tentu kita
digalakkan untuk mengeluh."
Bangun, usaha dan tawakkallah pada Allah.
Tatkala Kesunyian
"Jika berasa diri keseorangan ingatlah Allah sentiasa bersama-sama kita."
Ingatlah Allah sentiasa bersama dengan kita.
Susah atau senang ramai ataupun seorang.
Lebih-lebih lagi tatkala kita berada di dalam kesedihan.
Fitnah Adalah Salah Satu Ujian Yang Allah Jadikan
"Jika terfitnah, tenang dan berdiamlah. Tidak perlu gopoh membela diri."
Jangan fitnah orang. Dan jika terkena fitnah minta bantuan pada Allah banyak-
banyak."
Pengiktirafan Allah Lebih Utama
"Seringkali kita kecewa walau telah melakukan yang terbaik,
tidak mengapa kerana pengiktiran Allah lebih bermakna daripada manusia."
Mengharap manusia boleh kecewa.
Mengharap Allah kita akan terus dibimbing dengan hidayahNya.
Siapakah Yang Hebat?
"Selaku kemanusiaan, marah itu pasti. Cuma mukmin yang hebat ialah
yang dapat mengawal kemarahannya dan tidak akan membenci."
Sifat marah memang ada dalam diri manusia.
Tetapi kita di ajar untuk kawal kemarahan.
Kalau Berkalau
"Kata-kata 'kalaulah..' mencetuskan keluhan dan menghampiri kegagalan
dengan kita menyesali dan menyalahkan takdir."
Hindari perkataan "kalaulah...".
Kerana ia perkataan keluhan dan
perkataan keluhan adalah
tabiat orang yang gagal.
Takdir Yang Datang
"Benda kalau nak jadi sekelip mata sahaja. Maka sentiasalah minta
takdir yang baik-baik."
Kita perlu berusaha yang terbaik di dalam kehidupan kita.
Tetapi usaha kita tetap tertakluk kepada takdir.
Oleh itu, mintalah takdir-takdir yang baik
di dalam kehidupan kita di samping
usaha yang kita maksimakan.
Ubat Stress
"Stress? Solatlah kerana solat menjamin ketenangan dan akan mengusir segala
kebimbangan."
Ubat stress terbaik adalah doa dan zikir.
Stress penyakit rohani,
maka tiada pil zahir dapat mengubatinya.
Kawan Sejati
"Ketika kita berjaya, rakan-rakan kita akan mengetahui siapa kita
manakala ketika kita susah, kita akan tahu siapa rakan-rakan yang sejati."
Kenali kawan ketika kita berjaya dan
kenali sahabat ketika kita susah.
Jangan Terpedaya
"Jangan terpedaya dengan kesenangan sementara yang terlihat seperti
emas di mata tetapi rupanya racun pada hati."
Kita gunakan dunia untuk keperluan hidup kita di dunia.
Dan untuk ladang amal bagi hidup kita di akhirat.
Belajarlah Dari Orang Bodoh
"Orang bijak selalu belajar dari orang bodoh sedangkan orang bodoh tidak
pernah belajar dan mengambil iktibar dari apa dan siapa pun."
Perjalanan dari bodoh ke bijak adalah
perjalanan dari belajar kepada semakin mahu belajar.
Bukan dari belajar kepada
berhenti belajar kerana telah tahu segalanya.
Kerana kejahilan boleh berlaku dalam dua perkara.
Pertama orang yang malas untuk belajar.
Kedua orang yang telah rasa cukup dengan ilmunya dan berhenti belajar.
Dengan Apa Kita Diuji?
"Hati-hatilah dengan kecenderungan diri masing-masing. Lelaki sering diuji
dengan perempuan dan pangkat manakala wanita sering diuji dengan
kesenangan dan perhiasan."
Setiap manusia akan
diuji dengan berbagai-bagai ujian.
Antara yang sering manusia kalah apabila dia
diuji pada kelemahan semulajadi dirinya.
Bila Tiada Jalan Keluar
"Masalah..jika tanpa jalan keluar ia akan terasa besar."
Penentu kepada besar atau pun tidak
sesebuah masalah ialah
adakah ia mempunyai jalan keluar atau tidak.
Oleh itu bertakwalah kepada Allah,
kerana Allah akan memberi jalan keluar kepada
masalah bagi orang yang bertakwa.
Jangan Bandingkan
"Jangan bandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain, nanti kita tidak akan
merasa apa-apa kebahagiaan.Semua orang ada bahagiannya masing-masing."
Bahagia itu letaknya di hati.
Itulah asas dan puncanya.
Yang zahir hanya alat yang membantu sahaja.
Ramai orang membangunkan alat tetapi
tidak membangunkan punca bahagia.
Sebab itu, semakin dicari semakin tidak ditemui kebahagiaan itu.
Yang Maha Menyembuh
"Percayalah hanya Allah sahaja yang mampu mengubati segala kesakitan.
Bukan manusia, bukan dengan jalan maksiat apatah lagi dengan jalan
khurafat."
Berubatlah ketika sakit tetapi
yakinlah bahawa yang memberi kesembuhan adalah Allah dan
oleh itu, sentiasalah
bergantung dan berharap kepada Allah.
Jangan Jadi Batu
"Dalam banyak-banyak batu di dunia ini, janganlah memilih untuk
menjadi batu api dan batu penghalang kepada kebaikan."
Batu yang maknawi selalu wujud di dalam diri manusia.
Jika batu yang zahir kita mudah alihkan,
tetapi batu yang maknawi, susah ingin diurus.
Ingatkanlah mengenai
batu nisan bagi orang yang menjadi
batu penghalang kepada kebaikan.
Tiada Yang Sia-sia
"Tak akan ada usaha baik yang sia-sia. Walaupun tidak berjaya, percayalah
pahala tetap ada."
Kadang-kadang kita terasa
lemah semangat untuk berbuat sesuatu kebaikan.
Tetapi ingatlah bahawa
sesuatu kebaikan tidak pernah sia-sia.
Pasti akan di balas oleh Allah dengan kebaikan
walaupun kadang-kadang kita tidak perasan.
Bila Kesalahan Jadi Seribu
"Manusia akan lupa seribu kebaikan dengan satu kesalahan.
Manakala Allah akan mengampunkan seribu kesalahan dengan satu taubat."
Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.
Allah mengampunkan seberapa besar dosa hamba-hambaNya
dengan syarat dia bertaubat. Tetapi berapa
ramaikah orang yang sentiasa mahu bertaubat ?
Bila Pertolongan Allah Datang?
"Pertolongan Allah itu datang tepat pada masanya. Tidak awal atau lewat
sesaat pun."
Pertolongan Allah itu besar tetapi
tidak ramai yang mencarinya.
Permasalahan kita akan kecil
jika diberi jalan keluar oleh Allah.
Kenapa Perlu Bersabar?
"Bersabar bukan bermaksud pasrah pasif, ia adalah memahami sesuatu ada
hikmah."
Bersabarlah di dalam segala ujian hidup.
Kerana Allah bersama orang yang sabar
walaupun mereka tidak perasan.
Ia Jadi Nikmat Bila Kita Bersyukur
"Bersyukurlah di atas apa jua takdir ketentuan Allah bagimu kerana
pasti Allah tidak akan mensia-siakan hamba-Nya."
Setiap takdir yang berlaku ada hikmahnya.
Allah lebih mengetahui yang terbaik.
Bagi kita hambaNya, usaha semaksima mungkin dan
jangan mengalah dengan rintangan.
Mulia dan Hina
"Gagal dalam mulia lebih baik daripada berjaya dalam kehinaan."
Mulia adalah pengiktirafan,
yang diperolehi bukan dipaksa.
Gagal atau berjaya adalah kesan pada usaha
sedangkan mulia atau hina kesan pada nilai.
Sebab itu ada orang berjaya tapi penuh kehinaan dan
ada orang gagal tapi penuh penghormatan dan kemuliaan.
Usahakanlah sesuatu dengan nilai dan jatidiri yang tinggi agar
jika kita berjaya, berjaya dengan kemuliaan dan
jika kita gagal sekalipun, gagal yang tidak hina.