The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kompilasi kata-kata hikmah pencetus semangat dan motivasi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by My Flower English, 2019-09-27 00:30:37

Wahai Masalah Aku Ada Allah!

Kompilasi kata-kata hikmah pencetus semangat dan motivasi

Keywords: motivational quotes

Penuhi Hati Dengan Iman dan Kasih Sayang
"Orang yang dalam hatinya ada kebencian akan senang membenci. Penuhilah
hati kita dengan iman dan kasih sayang."

Hati yang kurang iman akan mudah runsing sedangkan
hati yang kurang kasih sayang akan

mudah membenci, mudah marah-marah,
mudah membesarkan perkara kecil dan
susah memaafkan.

Besar Jadi Kecil
"Semua benda bermula dengan kecil kemudian menjadi besar kecuali musibah.
Musibah datang dengan besar dan beransur menjadi kecil."

Bersabarlah
di atas segala ujian kerana Allah Yang Maha Pemberi

jalan keluar bagi segala masalah.

Lepas Satu...Datang Satu Lagi
"Lepas satu ujian, datang ujian lagi.. Ya memang susah.. tetapi
Allah sedang melihat usaha kita dalam menyelesaikan permasalahan yang kita
hadapi itu."

Selagi hidup selagi itu ada ujian.
Untuk Allah melihat

mana antara kita yang paling baik amalan
ketika berhadapan dengan ujian.

Bila Kita Rasa diAniaya
"Maafkanlah kesalahan orang lain kepada kita. Bukan untuk dia tetapi untuk
ketenangan hati kita."

Kita akan terasa hati dan sakit.
Memaafkan adalah cara

melepaskan bebanan hati tersebut.
Orang yang berbuat salah tersebut
tetap kena minta maaf pada kita jika
mereka mahu kesalahan mereka diampunkan Allah.

BAHAGIAN KEDUA

- Mencari Ketenangan -

Di manakah Ketenangan?
"Tenang bukan letak di tempat. Ia terletak di hati."

Tenangkan hati,
maka tenanglah seluruh badan.

Tenangkan hati dengan zikir.
Badan akan tenang dengan keberkatan.

Awas! Jangan Salah Fokus
"Jika kita fokus kepada masalah, ia akan bertambah.
Jika kita fokus kebarangkalian, akan datanglah peluang."

Setiap orang diuji dengan berbagai masalah.
Jangan fokus dan mengeluh kepada
masalah yang telah berlaku.

Kita tidak akan mampu mengembalikan
susu yang telah tumpah ke tanah

dengan mengeluh dan menyesalinya.
Fokus kepada apa usaha yang perlu kita buat

untuk mengatasinya. Dunia untuk diurus
bukan untuk dirunsingkan.

Jika Allah Tak Izin
"Walaupun berkumpul orang ramai antara barat ke timur
nak mudaratkan kita, jika Allah tak izin, maka kita tak akan apa-apa."

Jangan risau atas
hasad orang lain kerana mereka juga hamba Allah

yang tertakluk atas takdir Allah.
Berhimpun mereka untuk memudaratkan kita,

tidak akan terjadi jika tanpa izin Allah.

Jangan Putus Asa
"Orang yang tidak pernah mengalah (putus asa) tidak akan dapat dikalahkan."

Putus asa adalah satu
sifat yang akan menghentikan usaha.
Orang yang berjaya mengatasi sifat putus asa adalah
orang yang tidak akan berhenti di dalam sesuatu usaha.
Dan orang yang sentiasa berusaha maka

mereka akan mendapat
apa yang mereka usahakan dengan izin Allah.

Wujudkan Harapan
"Semangatkan diri dengan harapan. Selalu akan ada harapan bagi mereka
yang berusaha dan berdoa."

Manusia boleh bergerak di saat sukar
kerana masih lagi ada harapan.

Mereka akan hilang semangat jika
merasa tidak ada lagi harapan.

Islam mengajarkan supaya kita tidak putus harap.
Dan orang yang mempunyai iman

tidak akan pernah putus harapan kerana Allah lah
yang punyai takdir-takdir yang baik untuk kita.
Jangan pernah berhenti untuk berusaha dan
jangan pernah berhenti untuk berdoa.

Melembutkan Batu
"Kata-kata yang sopan mampu melembutkan hati sekeras batu,
kata-kata kesat mampu mengeraskan hati selembut sutera."

Tutur kata ibarat pisau.
Ia boleh memberi faedah dan
ia juga boleh memudaratkan.

Lihatlah Yang Telah Ada
"Jangan kecewa memikirkan hajat yang tidak tertunai setelah
berdoa tetapi syukurilah keluasan nikmat Allah beri tanpa kita minta."

Berapa banyak keperluan kita yang
Allah sediakan tanpa kita minta?

Mengapa pertikaikan permintaan kita yang belum ditunaikan?

Tiada Yang Sempurna
"Bila jatuh, belajarlah untuk bangkit dan apabila berbuat salah, belajarlah
daripada kesilapan itu."

Semua anak Adam ada melakukan kesilapan.
Yang terbaik antara kita adalah

yang mengambil pengajaran dan
memperbaiki kesilapan yang telah berlaku.

Menulis Semula Takdir
"Semua dalam hidup ini telah tertulis. Tapi dengan DOA ia boleh ditulis
semula."

Doa dapat merubah qadha.
Selalu berdoa dan jangan putus asa.

Kenapa Hidup Terasa Susah?
"Hidup kita akan tersangat susah jika kita cuba selesaikan
semua masalah secara bersendirian tanpa bantuan Allah SWT."

Hidup kita penuh dengan cabaran dan ujian.
Jika perjalanan hidup kita dipermudahkan Allah,

maka semua benda akan menjadi mudah.
Oleh itu sentiasa

bergantung kepada Allah dalam segala urusan.

Jagalah Hati
"Jagalah hati untuk selalu tenang kerana ketenangan adalah syurga yang
didahulukan."

Usahakan untuk tenang di dalam hidup
dengan zikir dan munajat pada Allah.
Kerana orang yang tenang adalah

orang yang telah dikurniakan syurga di dunia
sebelum mendapat syurga di akhirat.

Belajar Dari Kesilapan
"Kesilapan bukan perkara yang perlu terus-menerus dikesali hingga tak boleh
move-on. Minta ampun, baiki diri dan langkah maju ke hadapan."

Belajarlah dari kesilapan sama ada
kesilapan diri sendiri ataupun kesilapan orang lain.

Belajar dari kesilapan juga merupakan satu
proses pembelajaran hingga ke akhir hayat.

Lupakan Dia
"Lupakan apa sahaja yang menyakitimu tetapi ingat apa yang dapat
dipelajari daripada sakit itu."

Apa yang menyakitkan memang perit tetapi
pengajaran di sebaliknya amat manis.
Lupakan yang perit.

Ambil pengajaran yang dapat mematangkan kita.

Jangan Cepat Menghukum
"Jangan cepat menghukum seseorang dengan kesalahan yang kita nampak
sedangkan mungkin dia lebih mulia di sisi Allah SWT berbanding kita."

Setiap anak Adam ada melakukan kesalahan.
Sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah

orang yang bertaubat kepada Allah.
Jangan terlalu ekstrim di dalam menghukum manusia kerana
kita tidak tahu betapa dia dikasihi oleh Allah jika dia bertaubat.

Bila Kecewa, Susah Atau Penat
"Bila rasa nak berhenti, ingat balik kenapa kita mulakan."

Bila rasa kecewa, susah atau penat
di dalam berbuat sesuatu,
ingat balik niat asal kita,

kenapa kita berbuat perkara itu.

Penilaian Allah Lebih Penting
"Orang sentiasa menilai luaran, sedangkan Allah SWT menilai dalaman dan
hati hamba-hambaNya."

Kepada Allah kita kembali.
Tidak akan sama

kembali dalam keadaan diredhai dan
dalam keadaan sebaliknya.

Syukuri Apa Yang Ada
"Jangan runsing apa orang lain dapat tapi syukurilah apa yang kita dapat."

Jangan jadi orang yang sentiasa
melihat nikmat orang lain lalu kita mencemburuinya sehingga

hilang rasa bersyukur pada apa yang kita ada.
Belajarlah melihat nikmat yang ada pada diri kemudian
bersyukur dengan lidah dengan ucapan Alhamdulillah.

Bersyukur dengan perbuatan
(ialah) dengan berkongsi.

Dan bersyukur dengan hati
(ialah) dengan berdoa agar kita terus diberkati.

Lazimkan Bersyukur
"Dengan bersyukur, nikmat yang kecil terasa besar dan ujian yang besar
terasa kecil."

Syukur adalah satu sifat yang mempunyai
kesan yang luar biasa di dalam kehidupan kita.

Dengan bersyukur kita akan dapat
mencungkil nikmat yang tidak pernah kita lihat sebelum ini.

Segala ujian juga dapat dilihat dengan
kaca mata positif jika kita melazimkan sifat syukur.

Biasakan bersyukur dan
kita akan sentiasa positif didalam kehidupan kita.

Jangan Tangisi Susu Yang Telah Tumpah
"Sia-sia kita sesali masa lalu, sebaliknya fikir dan rancanglah masa depan."

Susu yang telah tumpah ke tanah
tidak akan dapat kita ambil balik dengan sempurna.

Sekalipun kita tangisi sepanjang hari kita.
Sama dengan perkara yang telah berlaku.
Sia-sia kita keluhkan. Ambillah iktibar pada

yang telah berlaku dan bina
yang akan datang dengan pengalaman ini.

Sifat Jujur
"Orang yang sentiasa berkata jujur akan mendapat
rasa cinta, hormat dan kepercayaan."

Sifat jujur adalah sifat yang menjadikan
orang merasa senang dengan kita.

Sifat ini kadang-kadang susah untuk kita laksanakan.
Kalau jujur dengan orang lain pun susah,

jujur dengan diri sendiri sebenarnya lagi susah.
Jujur dalam menerima kelemahan diri,

jujur dalam menerima teguran orang lain,
jujur dalam memberikan pandangan

yang bagus kepada orang yang tidak kita suka.
Dan jujur dalam memberikan hak orang lain walaupun tidak diminta.

Kenapa Orang Memuji Kita?
"Ketahuilah apabila orang sekeliling terasa kagum dan memandang mulia akan
kita, hakikatnya mereka tertarik dengan diri kita yang telah ditutup keaiban
oleh Allah."

Jangan tertipu dengan pujian,
terimalah pujian dengan bersyukur dan
kemudian mengucapkan alhamdulillah iaitu
memulangkan segala pujian kepada Allah.

Ini kerana orang dipuji
bukan kerana kehebatannya tetapi
kerana Allah menutupi keaibannya.

Jadilah Diri Sendiri
"Orang yang membangunkan topeng akan penat. Jadilah diri sendiri dengan
peribadi yang mulia dan penuh keikhlasan."

Berapa ramai orang yang membangunkan
kepura-puraan di dalam hidup?

mereka menjadi sangat penat kerana
mempertahankan kepura-puraan itu.
Jangan hidup bertopeng, tapi bangunkan
peribadi agar kecantikan kita adalah
kecantikan hakiki, bukan kerana topeng.

Musuh Yang Sebenar
"Sebenarnya yang menjatuhkan diri kita adalah sikap kita sendiri."

Dua perkara dalaman yang
melemahkan diri seseorang.
Nafsunya dan mazmumahnya.

Dalam Diri
"Nak mulakan sesuatu pasti akan terlihat mustahil sehinggalah ia selesai."

Cabaran paling besar dalam diri manusia adalah
dirinya sendiri. Ketika semangat dirinya telah hilang dan

berasa tidak mampu untuk meneruskan langkah
ketika itu berhentilah langkahnya

walaupun tidak ada sesiapa yang menghalang.

Sedetik Berlalu Tak Akan Kembali
"Ingatlah hidup ini berlalu mengikut minit dan saat.
Jangan sia-siakan masa dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah."

Jangan bazirkan masa kita pada perkara yang tidak berfaedah.
Orang muda membazirkan masa mereka

dengan permainan dan benda-benda yang melalaikan.
Orang dewasa menghabiskan masa dengan
tidak berpuas hati pada banyak perkara.
Dan orang tua membazirkan masa mereka
dengan keluhan dan kesedihan.
Tapi orang yang beriman sentiasa
memenuhi masa mereka dengan
perkara positif dan tenang bersama Illahi.

Yang Boleh Online Tanpa Perlu Kredit
"Tatkala jalinan yang lain telah terputus atau gagal, sentiasalah 'online'
dengan Allah secara lebih erat."

Manusia ada terasa hati dan ada yang merajuk sehingga
tidak menghubungi kita. Ingatlah bahawa Allah
tidak pernah meninggalkan hambaNya,

walaupun seseorang itu selalu menderhaka kepadaNya.

Kehebatan Ikhlas
"Jika kita buat sesuatu kerana Allah, pasti kita tak akan kecewa, marah atau
sedih kalau manusia tak menghargai kita."

Ikhlas menjadikan kita
konsisten di dalam melakukan sesuatu kerana
kita tidak mengharapkan "recognition" dari manusia.

Kita hanya mahukan redha Allah.
Mencari redha Allah berbanding "recognition" manusia

menjadikan kita lebih tenang dan
bermotivasi di dalam apa sahaja yang kita buat.

Berdoalah Dengan Cara Yang Betul
"Minta doa kena spesifik. Macamana kita mengadu dengan mak ayah kita,
lebih lagi kita kepada Allah."

Berdoalah kerana Allah berjanji untuk
mustajabkan doa kita semua.

Mengadu seperti mana kita mengadu kepada manusia,
malahan lebih lagi, kerana Allah

bukan saja Maha Mendengar tetapi Maha Memberi.

Jangan Sibuk Dengan Yang Belum Ada
"Kita selalu lupa bersyukur pada nikmat yang ada di depan mata dan
asyik sering mengidamkan perkara yang tiada."

Selalulah bersyukur di atas nikmat yang ada dan
janganlah runsingkan perkara yang tiada.

Yang ada bersyukurlah dan yang tiada berusahalah.
Sesungguhnya dunia untuk diurus bukan untuk dirunsingkan.

Melihat Kelemahan Diri
"Tak semua orang dianugerahkan seni melihat kelemahan diri sendiri.
Maka terimalah dengan hati yang terbuka apabila ada orang sekeliling
menegur dan memberi nasihat."

Semua orang ada kelemahan diri.
Menyedari kelemahan diri adalah
kunci utama di dalam usaha memperbaiki diri.

Jangan Menunggu Dan Menangguh
"Jangan tunggu bahagia baru nak bersyukur tetapi syukurlah dulu untuk
meraih bahagia."

Mulakan, mulakan dan mulakan.
Mulakan dengan bersyukur maka
semua kebaikan akan digandakan untuk kita.

Tanpa Kita Sedar
"Tiada sesiapa mahu disakiti. Tetapi kita tak sedar kadang
kita sering menyakiti orang sekeliling kita samada sengaja atau tidak."

Orang Muslim adalah yang
menyelamatkan orang sekelilingnya dengan lidah dan tangannya.

Jangan suka menyakitkan orang lain seperti
mana kita tidak suka disakiti.

Kita ambil sebanyak mungkin yang boleh
dari perkara halal, kemudian bila-bila masa boleh
kita lepaskan sebagai sedekah, infaq dan sebagainya.

Nasihat Kadang Kala Pahit
"Nasihat ni macam ubat. Nak sihat tapi tak nak makan ubat.
Macam mana itu?"

Tidak semua nasihat senang didengar.
Kerana menganggap diri betul atau perasaan sombong

ataupun merendahkan orang lain
menyebabkan nasihat terasa pahit.
Tapi ibarat ubat perlu juga telan untuk

menyembuhkan jiwa kita.

Tidak Adil Untuk Dinilai
"Dalam keadaan tertekan, kadang-kala kita tak menjadi diri kita.
Tidak adil untuk menilai pasangan kita dalam keadaan stress."

Orang yang stress kadangkala
bertindak di luar kebiasaan dan
tidak adil jika kita menilai dan menghukum peribadinya
semata-mata berdasarkan keadaan itu.

Membanding Dengan Cara Yang Betul
"Bila membanding diri dengan di atas, kita akan sentiasa merasa kurang.
Membanding diri ke bawah, kita akan merasa lebih."

Dalam perkara-perkara berkaitan
amalan dan akhirat sentiasalah melihat
orang yang di atas kita. Agar kita sentiasa

merasa kurang dan akan berusaha
meningkatkan lagi seperti orang tersebut.

Dalam perkara-perkara berkaitan dunia,
sentiasalah memandang orang yang di bawah kita

agar kita sentiasa bersyukur.

Kekuatan Hati, Akal dan Fizikal
"Jika kita menghadapi kesulitan, tetapi tidak menyerah, itulah kekuatan."

Kekuatan tidak diukur oleh diri sendiri.
Tetapi dapat diketahui setelah datangnya ujian.
Jika datang ujian maka kita bertahan dan bertabah,
maka dapat diketahui bahawa kita ada kekuatan.
Sebab itu Salahuddin al-Ayyubi pernaha berkata:
"Aku berdoa kepada Allah untuk diberikan kekuatan kepadaku,

tapi setiap kali berdoa pasti akan
datang sahaja ujian yang akan melemahkanku."

Beliau menambah,
"rupanya setiap kali aku dapat mengatasi ujian yang melemahkanku,

maka setiap itulah akan bertambah kekuatan yang ada padaku."

Berkawanlah Dengan Orang Berilmu dan Berakhlak
"Jika kita didatangi dengan orang yang jahil yang mahu merosakkan hati kita,
diam dan berlalulah pergi. Usah dilayan."

Berkawanlah dengan orang berilmu dan
berakhlak kerana kebaikan mereka akan melimpah pada kita.

Jika ada orang jahil mengata kita,
jangan ambil hati kerana mereka tidak mengetahui.

Jangan Tangisi Kegagalan
"Kegagalan bukan untuk ditangisi.
Jadikan ia sebagai batu loncatan untuk berjaya."

Jangan tangisi nasi yang sudah menjadi bubur.
Tetapi usahakan bagaimana bubur yang ada menjadi

lebih sedap dengan tambahan sambal, ayam,
daging, sos dan sebagainya. Jangan tangisi kegagalan.

Jadikan ia indah sebagai
pengalaman yang berharga di dalam mencipta kejayaan.

Belajarlah Melupakan Kesedihan
"Belajarlah melupakan peristiwa lalu yang membuat kita sedih,
kecewa atau marah walaupun kita tiada button delete & empty recycle bin."

Belajarlah melupakan
kesedihan yang telah lalu dan yang akan datang.
Yang telah lalu dari pengalaman-pengalaman dan

kekecewaan kita. Yang akan datang dari
sangka-sangka dan kerunsingan kita.

Tak Perlu Jelaskan
"Tak perlu menjelaskan tentang diri kita kepada orang lain. Sebab yang suka
kita tidak perlukannya dan yang benci kita tidak akan mempercayainya."

Tak perlu ghairah menjelaskan apa yang kita ada.
Sentiasalah bersederhana kerana

sebaik-baik perkara (adalah) yang seimbang.

Tak Mampu Buat Semua Perkara
"Ada orang kadang mengeluh penat jadi suami/isteri/mak/ayah.
Kita memang tak mampu jadi sempurna, ada juga yang terlepas pandang.
Mohonlah bantuan Allah."

Kerana kita adalah makhluk dan hamba yang lemah.
Mohon kepada Allah untuk memberi bantuan
di dalam apa yang kita usahakan. Orang yang

dipermudahkan oleh Allah akan mudah sekali urusannya.

Kalau Nak diBantu
"Kalau nak kita sering dibantu oleh Allah dalam membuat keputusan hidup,
jagalah solat."

Solat adalah hubungan kita dengan Allah.
Apabila hubungan kita dengan Allah kuat,
maka Allah akan berikan jalan keluar bagi segala masalah.

Mengeluh Tidak Pernah Memberi Apa-apa
"Kita nak mengeluh buat apa? Untuk apa? Dapat apa?
Jangan pernah rasa susah sebab semua kebaikan ada ganjaran pahala."

Bangkit dan bergeraklah.
Ia akan merubah keadaan.

Sindrom TER
"Hati-hati jika ada sindrom 'Ter..'
aku yang terbaik, terhebat, terpandai, tercantik.
Bagus tapi takut diri rasa hebat hingga jadi ujub dan takabbur."

Sindrom 'Ter...' boleh menjadikan seseorang bongkak jika tidak dijaga hatinya.

Penyakit Ujub
"Ujub ialah bila merasa diri hebat dan boleh bertukar
menjadi takabbur bila mula menghina dan merendahkan orang lain."

Di antara penyakit hati adalah sifat ujub iaitu
merasa hairan dan takjub kepada kehebatan diri.
Ujub boleh menjadi takabbur apabila merasakan
kehebatan diri ditambah dengan menghina orang lain.
Ini yang berlaku pada syaitan apabila dia merasa

dia lebih bagus dari Nabi Adam AS.
Dalam waktu yang sama menghina Nabi Adam AS kerana penciptaannya dari tanah.

Elakkan sifat ujub kerana ia permulaan kepada sifat takabbur.


Click to View FlipBook Version