The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kompilasi kata-kata hikmah pencetus semangat dan motivasi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by My Flower English, 2019-09-27 00:30:37

Wahai Masalah Aku Ada Allah!

Kompilasi kata-kata hikmah pencetus semangat dan motivasi

Keywords: motivational quotes

Perkataan Musuh Terhadap Diri Kita
"Kata-kata musuh kadang-kala betul. Walaupun perit, terima kebenaran dan
baiki diri."

Perkataan musuh pada diri kita
perlu kita berikan perhatian.
Kita berikan perhatian kerana

mereka dapat melihat apa kelemahan diri kita.
Dengan itu kita boleh memperbaiki kelemahan diri.

Sehinggakan dalam satu tempoh yang singkat
kelemahan itu dapat diperbaiki dan mereka

tidak ada lagi sebab untuk merendahkan kita.
Perkataan musuh boleh kita jadikan sebagai

cermin kepada titik buta (blind spot) pada kelemahan
yang tidak kita perasan

untuk kita memperbaiki kelemahan diri kita.

Pencuri Masa Kita
"Jangan habiskan masa kita memikirkan orang yang membenci kita.
Sungguh merugikan."

Masa adalah satu perkara yang cukup bernilai dalam hidup kita.
Jangan biarkan masa tidak terisi atau berlalu dengan sia-sia.
Jangan biarkan masa kita dicuri oleh orang lain.
Antara perkara yang boleh mencuri masa kita adalah
kita sibuk memikirkan kenapa orang membenci kita.
Jika Nabi SAW bersikap demikian maka

dakwah tidak akan pernah berkembang hingga ke mana-mana.
Kerana sekalipun kita berbuat perkara yang baik dan betul,
tetap akan ada orang yang tidak menyukai kita.
Teruskan bergerak dengan gagah selayaknya seperti
orang yang sedang membina kehebatan hidup.

BAHAGIAN KETIGA

- Membina Kekuatan -

Formula Harian
"Mulakan hari kita dengan tawakkal, pertengahannya dengan sabar,
hujungnya dengan syukur, walaupun hari itu sukar buat kita."

Hari yang kita lalui tidak sama.
Kadang kala membuatkan kita gembira.
Kadang kala membuatkan kita menangis.
Kerana kita hanya merancang dan tidak tahu apa yang akan berlaku,
maka bertawakkallah. Ketika berusaha, bersabarlah dan hasil,
sama ada dapat atau tidak, bersyukurlah.
Syukur kerana dapat atau syukur kerana
masih diberi peluang untuk terus berusaha.

Pergantungan Kepada Allah
"Hidup ini urus semaksima mungkin. Baki serah kepada Allah SWT."

Hidup perlu diurus semaksima dan semampu yang boleh.
Tetapi tidak semua hasilnya seperti apa yang kita harapkan.
Oleh itu sentiasalah berdoa dan bergantunglah kepada Allah
agar Allah menyempurnakan perkara yang tidak mampu kita lakukan.

Ilmu adalah Pelita
"Nak ubah sikap jadi lebih baik perlu tambah ilmu sebab
hanya dengan ilmu dapat menambah baik peribadi."

Ilmu adalah pelita.
Dengannya teranglah perjalanan hati.
Pengubah sikap pengukuh akal. Pembetul tingkahlaku penambat ilham.

Mencabar Diri
"Jangan bataskan cabaran hidup kita tetapi cabarlah diri kita melampaui
batasan kemampuan kita untuk kejayaan."

"Challenge" satu emosi yang membolehkan
seseorang itu maju ke hadapan atau maju melanggar tembok.

Selalulah bermesyuarat dan istikharah
di dalam segala usaha agar tindakan kita dibantu Allah.

Lima Bencana
"Terbencana 5 hal jika kita sombong dan merasa diri besar.
(1)Hati Mati,
(2)Terhalang Hidayah,
(3)Hilang Rahmat Allah,
(4)Hilang Keberkatan Hidup,
(5)Hilang Ketenangan Diri."

Sapa Ada Lagi Ibu dan Ayah?
"Pandanglah wajah ibu dan ayah. Kita tengok sunat dan boleh pahala.
Apatah lagi dengan berbakti dan membahagiakan mereka."

Anda masih berpeluang berbakti dan
mendapatkan doa dari mereka. Bagi yang telah tiada,
kita berpeluang untuk sedekahkan pahala untuk mereka.

Gunakan Kelebihan Kita
"Kalau kita rasa kita bagus, gunakan kebagusan diri kita untuk bantu dan
bagi kebaikan. Jangan memandang hina orang lain."

Setiap orang mempunyai kelebihan semulajadi yang Allah anugerahkan.
Gunakan kelebihan kita untuk berbakti bukan untuk memandang rendah orang lain.

Bila Jatuh Lagi
"Walau sudah taubat tetapi masih mengulangi dosa itu lalu bertaubatlah lagi.
Moga akhirnya diberi kekuatan."

Jika melakukan kesilapan dan
bertaubat kemudian jatuh lagi di dalam kesilapan yang sama,

teruskanlah bertaubat.
Mudah-mudahan dengan memperbanyakkan taubat kita
akan diberi kekuatan untuk meninggalkan kesalahan ataupun

kesilapan yang dibuat dengan rahmat Allah.
Sesungguhnya Allah tidak melihat di mana kita bermula.

Allah melihat di mana penghujung kita.
Jika penghujung itu baik, maka baik lah yang akan dinilai oleh Allah.

Jadilah Orang Realistik
"Ada 3 hari di dunia ini. Semalam, esok dan hari ini. Semalam telah berlalu tak
mampu kita ubah. Esok akan datang yang kita tidak tahu. Hari ini yang kita
miliki untuk kita berbuat amal kebaikan."

Menggunakan waktu hari ini yang sememangnya kita punyai dan
kita lalui dengan sebaik-baiknya. Jangan asyik terikat dengan
masa lalu sehingga kita tidak boleh bergerak ke hadapan.

Dan jangan merunsingkan masa hadapan yang kita tidak pasti.
Masa lalu jadikan sebagai tauladan dan
masa akan datang rancanglah

sebaik-baiknya menurut sunnatullah yang ada.

Jangan Risaukan Apa Yang Orang Kata
"Kita diberi masa 24 jam sehari. Jangan sia-siakan waktu dengan memikirkan
orang lain mengata kita. Buat rugi masa kita je."

Jangan risaukan apa yang orang kata kepada kita.
Ia akan mengambil masa kita dan melemahkan semangat kita.

Masa yang ada baik gunakan untuk diri kita,
rancang untuk kebaikan dan kejayaan dunia akhirat.

Amalkan Zikir
"Amalan zikir ibarat baju besi yang menjadi perisai membenteng diri daripada
panahan yang tidak baik."

Antaranya adalah mengamalkan pada setiap pagi Ayat Kursi.
Semoga Allah sentiasa memberkati dan melindungi hidup kita.

Jangan Pernah Menyerah
"Rasa diri salah? Perbaiki. Rasa gagal? Cuba lagi. Jangan pernah menyerah
atau putus harap."

Orang yang hatinya ada kepercayaan kepada Allah dan Rasul,
tidak akan berputus asa. Teruskan berusaha,

gagal bukan penamat, ia hanya kejayaan yang tertangguh.

Terhalang Bukan Bermaksud Terkubur
"Jadikan halangan sebagai batu loncatan bukan batu penghalang."

Setiap halangan berdiri di hadapan kita dengan
alasan mereka tersendiri. Jika sebab dan alasan untuk kita

berjaya lebih kuat, maka kita akan dapat me"nyah"kan
segala halangan yang berada di hadapan kita.

Tingkatkan Diri Dengan Cara Mulia
"Naikkan diri tanpa jatuhkan orang lain."

Kita diajar untuk sentiasa meningkatkan diri kita.
Kita diajar untuk sentiasa memperbaiki kelemahan diri kita.

Itu diajar untuk menaikkan diri kita.
Tetapi bukan dengan cara menjatuhkan orang lain dan

bukan dengan cara yang terhina.

Bila Terasa Lelah
"Akan tiba masa perjuangan akan menjadi sukar hingga terasa lelah tetapi
pejuang tidak akan mudah menyerah."

Berjuang tidak akan pernah menyerah kalah.
Sama ada dia menang secara bergaya atau
mati dalam keadaan mulia.

Tetaplah Memilih Kebenaran
"Tetaplah memilih kebenaran walaupun ia amat pahit untuk diperkatakan
atau diterima."

Kebenaran itu kadang kala pahit.
Tetapi ia perlu diterima.

Cuma sistem nilai seseorang menjadikan
seseorang tak sama melihat sesuatu kebenaran.
Ada satu kebenaran yang dipandang benar oleh seseorang
tetapi dipandang salah oleh seseorang yang lain.
Jadikanlah sistem nilai kita selaras seperti apa yang Allah dan
Rasul kehendaki maka kita akan punyai sistem pandang yang
sama mengenai apa itu kebenaran. Kan kita sedang kembali
pada Allah dan Rasul. Ikutlah Allah dan Rasul agar
kita pulang sebagai orang yang diterima sebagai

hamba dan umatnya yang baik.

Akhlak = Sifat + Sikap
"Akhlak diterjemahkan dengan sifat dan sikap. Tak dikatakan berakhlak jika
mulut manis tapi hati sentiasa memburukkan orang lain."

Akhlak itu ada yang berbentuk sikap iaitu apa yang kita nampak dan
ada yang berbentuk sifat iaitu apa yang ada dalam hati.

Bentuklah kedua-duanya untuk menjadikan hidup kita lebih mulia.

Raikan Perbezaan Pendapat
"Sering kali kita pandang manusia lain dengan penuh sangka-sangka.
Raikanlah perbezaan manusia jangan fikir orang lain sama macam kita."

Raikan perbezaan pendapat.
Cuma jangan terlalu menjadi "apologetic" kepada orang lain sehingga

hilang jati diri dan hilang maruah. Kerana mempertahankan maruah
adalah sebahagian dari Maqasid Syariyyah.

Yang Perlu Peningkatan
"Jadilah insan yang bukan saja meningkat usianya tetapi meningkat juga
kedewasaannya. Bukan tinggi gelarannya tetapi ketinggian ilmunya yang
utama."

Semakin berumur kita maka biarlah semakin
tambah keilmuan, ketakwaan dan amalan.

Orang Hebat
"Orang yang hebat pasti mempunyai guru dan juga musuh yang hebat."

Biasanya orang hebat mempunyai guru yang hebat.
Guru mendidik dan melatih mereka serta

memberikan ilmu dan cara hidup yang membetulkan sikap mereka.
Orang hebat juga biasanya mempunyai musuh yang hebat.
Musuh menjadikan mereka tidak lupa diri dan
tidak berada di zon selesa.
Mereka akan sentiasa meningkatkan diri.
Oleh itu sentiasalah positif dalam hidup.
Orang yang tidak suka kepada kita akan menjadikan

kita sentiasa meningkatkan diri dan tidak jatuh ke zon selesa.

Sebaik-baiknya
"Nak ajak orang lain melakukan kebaikan,kita perlu memulakannya dulu.
Nak cegah kemungkaran kita perlu hindarkannya dulu."

Jika kita ingin mengajak seseorang kepada kebaikan sebaiknya
kita cintai dulu kebaikan itu. Dengan mencintai kebaikan kita akan

menghampirinya dan berusaha mengamalkannya.
Jika ingin mengajak orang mencegah kepada perkara maksiat
sebaiknya kita dahulu perlu membencinya. Dengan membenci

perkara makiat kita akan berusaha menghindarkannya.

Jangan Bertangguh

"Jika boleh selesaikan hari ini, maka selesaikanlah. Jangan bertunda kerja.
Habis satu usaha, cari dan binalah usaha yang baru."

Jadikan Al-Qur'an Panduan Hidup
"Apa pun yang kita rasa, apa pun yang kita dengar dan lihat, suluhlah
dengan Al-Qur'an dan Sunnah kerana ada perkara yang deria
tidak mampu mengungkap."

Pandangan mata kita tidak mampu menyingkap yang tersurat.
Hanya yang bijak dan yang berpengalaman mampu melihat yang tersurat.

Lebih-lebih lagi apabila dibantu oleh Allah.
Jadikan Al-Qur'an panduan hidup supaya

kita bukan saja dapat menimba yang tersirat tetapi juga yang tersurat.

Kenapa Sabar itu Susah?
"Memang susah nak tahan sabar. Tapi untuk mensia-siakan ganjaran menjadi
orang yang penyabar sangatlah rugi."

Sabar kunci kejayaan di dunia. Sebab apa?
Ia menjadikan seseorang tetap konsisten di dalam usaha.

Sabar kunci kejayaan di akhirat. Sebab apa?
Sebab pahalanya sangat luar biasa.

Formula Berdoa
"Doalah kepada Allah SWT tanpa segan silu. Mintalah sebanyak mana dan
setinggi apa pun kerana tiada yang terlalu banyak untuk-Nya."

Berdoalah yang tinggi-tinggi dan
hebat-hebat kerana Allah itu Maha Pemberi.

Jika kita minta yang hebat-hebat dan
Allah tidak memberinya, maka Dia akan

memberi yang bawah sedikit dari itu.
Kalau langsung tidak memohon dan meminta,
Allah tetap beri tetapi pahala untuk berdoa kita tidak dapat.

Perangi Malas dan Lemah Semangat
"Mana ada bangun-bangun ada guni emas tepi katil. Usahalah!
Mohon perlindungan Allah daripada sifat malas serta lemah semangat."

Perangi sifat malas dan hindarkan sifat putus asa.
Kedua-duanya menjerat kita kepada

kerendahan hidup dan menghalang kita untuk
naik ke darjat yang lebih tinggi.

Orang Yang Cerdik
"Orang yang cerdik tidak akan meremehkan pendapat yang bermanfaat dan
teguran yang membina."

Orang cerdik ibarat roti canai.
Dibanting, dipenyek, dilambung, ditepuk dan dibakar.

Hasilnya, ia menjadi sangat bagus kualitinya.
Jangan marah apabila ditegur.

Kerana ia proses menjadikan kita lebih berkualiti.

Bila Kena Gayanya
"Jika kita berusaha tepat dan kena gayanya, percayalah Allah Akan memberi
hasil kejayaan kepada kita."

Berusahalah terhadap sesuatu dengan cara dan kaedah yang betul.
Dengan melalui sunnatullah. Maka Insya Allah,

Allah Yang Maha Pemurah akan menganugerahkan kepada
kita hasil usaha kita ditambah dengan
rezeki yang tidak disangka-sangka.

Hadapi Takut Dengan Berani
"Rasa takut bukan dijadikan alasan tetapi untuk dihadapi memajukan diri."

Setiap orang ada mempunyai rasa takut dan
risau tetapi jadikanlah rasa takut dan risau itu sebagai cabaran untuk

kita menghadapinya dengan berani.
Setiap sesuatu bermula dengan kecil dan ia akan menjadi besar.

Kecuali permasalahan di dalam hidup,
ia bermula dengan besar dan kalau kita
hadapinya dengan berani ia akan menjadi kecil.

Dari Allah Kita Datang
"Hidup ini menuju kepada Allah SWT. Jangan biar orang lain memberi kesan
kepada kita hingga kita lupa tujuan hidup kita."

Jangan biarkan perjalanan pulang kepada Allah
terganggu dengan kesedihan yang panjang, dendam,
hasad dengki dan berbagai lagi sifat mazmumah diri.

Jadi Yang Terbaik
"Tak ada satu cara pun nak jadi sempurna. Tapi ada berjuta cara nak jadi baik."
Nak jadi sempurna memang tak dapat sebab "tidak ada gading yang tidak
retak."

Tapi nak jadi terbaik, boleh.
Dan Nabi sallallahu alaihi wassalam juga sentiasa menganjurkan

kita untuk menjadi yang terbaik di kalangan kita.

Buat Yang Terbaik
"Jangan mengharapkan orang sentiasa menyokong kita. Buatlah sehabis baik
kemudian tawakkal pada Allah. Itulah sebaik-baik harapan."

Allah sentiasa bersama orang yang baik sedangkan
manusia belum tentu. Berapa ramai orang yang baik

dimusuhi oleh orang yang ada di sekeliling mereka?

Kita Saling Melengkapi
"Terkadang setiap kita mahu mencari yang sempurna. Terlupa bahawa kita
saling melengkapi. Tak akan ada yang sempurna."

Hargai orang lain kerana kita saling melengkapi.

Jatuh Untuk Bangun
"Jika terjatuh janganlah berhenti. Walaupun jatuh berulang kali, belajarlah
untuk bangun kembali."

Orang yang hanya belajar untuk berjaya akan lumpuh apabila terjatuh.

Syirik Jangan Dimulakan
"Benda syirik jangan dimulakan, sebab sekali jadi betul takut kita terus percaya
sampai bila-bila."

Yang Menjamin Segala Rezeki
"Sekarang sana sini susah. Tanpa meninggalkan usaha, percaya dan yakinlah
selagi ada kehidupan, di situ ada rezeki yang telah dijanjikan Allah."

Kesusahan sebenar apabila ia disusahkan oleh Allah.
Dan kesenangan sebenar apabila seseorang itu

disenangkan oleh Allah di dalam segala urusannya.
Jadi sentiasalah berdoa untuk Allah

permudahkan dan senangkan segala urusan kita.

Yang Kita Suka vs Yang Kita Tak Suka
"Ada benda yang kita SUKA buat tapi Islam LARANG. Ada pula benda yang kita
TAK SUKA buat tapi Islam SURUH."

Apa yang kita buat perlu sesuai dengan keredhaan Allah.
Kerana kadang-kadang apa yang kita suka belum tentu diredhai oleh Allah.

Dan kadang-kadang perkara yang diredhai oleh Allah
menguji hati kita. Keredhaan Allah adalah
keutamaan hidup seorang insan.

Umur Semakin Berkurang, Bukan Bertambah
"Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Berbuat baiklah dan selalu syukur
kerana kita tak tahu bila kita akan dipanggil pergi."

Umur kita ada permulaan dan ada penghujung.
Bila ia mahu habis tidak seorang pun tahu.

Ibarat lampu di dinding yang memakai minyak.
Habis minyak maka matilah ia.

Selalulah bertaubat dan meningkatkan amalan.
Meminta maaf sesama manusia dan memperbaiki hubungan silaturrahim.

Semoga Allah menganugerahkan kita Husnul Khotimah.

Hijrah
"Hijrahlah ke arah kebaikan,tinggalkan segala maksiat."

Berhijrahlah ke arah yang lebih baik.
Maka niat yang baik akan terus diperbaiki oleh Allah.

Tak Rugi Berbuat Baik
"Jalani hidup dengan prinsip buat baik walaupun orang lain berbuat jahat
kepada kita. Sebab kita berbuat baik kerana Allah perintah begitu."

Buat baik tidak pernah rugi kerana
kita akan dibalas dengan kebaikan sekalipun
balasan kebaikan itu kita tidak sedar dan tidak terjangkakan.

Lihatlah Kebaikan Pada Orang Lain
"Andai mata kita tertutup untuk melihat kebaikan adalah kebaikan, maka yang
diperbesarkan adalah kesalahan serta kelemahan."

Mohonlah kepada Allah agar kita sentiasa dapat melihat
kebaikan yang ada pada orang lain dan pada diri kita sendiri.

Kebaikan yang ada pada orang lain supaya
kita menghargainya dan berterima kasih kepadanya.

Kebaikan yang ada pada diri kita supaya
kita bersyukur dan mengucapkan Alhamdulillah kerana

Allah mengizinkan kita untuk berbuat kebaikan.

Hidup Adalah Sebuah Keputusan
"Satu ketika, hati akan berada di sebuah persimpangan, ketika itu munajatlah
pada Allah, jalan mana yang ingin ditempuhi."

Kita tidak boleh hidup tanpa keputusan.
Orang yang lemah di dalam hidupnya adalah
orang yang tidak boleh membuat keputusan.

Tetapi orang yang rugi adalah
orang yang tersilap membuat keputusan.
Istikharah dan bermunajat pada Allah adalah
jalan terbaik untuk membuat sesuatu keputusan.

Cinta Yang Utama
"Kejarlah cinta Allah, nescaya kita akan dicintai oleh manusia juga."

Cinta Allah yang utama.
Kerana cinta manusia boleh berubah melainkan jika ia ditetapkan Allah.

Wahai Masalah...Aku Ada Allah!
"Kita selalu mengeluh, wahai Allah, aku ada masalah...", cuba ubah dan
katakan, "wahai masalah, aku ada Allah.."

Kita selalu nampak masalah itu sebagai perkara besar.
Kita lupa bahawa kurang berdoa itu masalah yang besar dalam hidup kita.

"Barang siapa bertakwa kepada Allah nescaya
Dia akan membukakan jalan keluar baginya.."

QS At-Talaq 65:2

Hidup ini tidak pernah sepi dari masalah kan? Kerana masalah itu sebahagian dari
kehidupan. Ada ketikanya dalam hidup ini kita diuji dengan masalah yang besar sampaikan
nak bernafas pun mungkin terasa sukar. Hakikatnya, masalah hanya jadi besar bila tiada
jalan keluar. E-book ini adalah sebuah kompilasi kata-kata hikmah yang dipetik daripada
instagram Ustaz Muhamad b. Abdullah (Ustaz Amin). Laman instagram beliau sarat dengan
banyak lagi kata-kata pencetus semangat dan motivasi. Baik untuk sesiapa sahaja yang di
saat ini tercari-cari jawapan kepada persoalan yang membelenggu diri.

Tentang e-book ini, sebaiknya dibaca saat anda berteman secawan kopi atau minuman
kegemaran. Boleh juga dibaca bersama si manja kucing kesayangan dengan syarat anda
telah terlebih dahulu memberinya makan:) Tentu juga boleh dibaca ketika anda sedang
menunggu di stesen LRT selagi mana fokus anda tidak terganggu dengan suasana sekeliling
yang mungkin sedikit hiruk-pikuk dengan pelbagai bunyi. Bacalah dan cuba fahami. Sewaktu
badai melanda kehidupan, sebaiknya kita bermuhasabah diri. Renungkan. Baca sekali lagi
lalu sematkan di dalam hati. Semoga buku kecil ini bermanfaat sebagai teman di ketika anda
sedang letih dengan apa saja kesulitan kehidupan. Mohon maaf di atas sebarang
kekurangan dan kelemahan.

Terima kasih & Wassalam.
Sarah Hajar Fahmy
[email protected]
Kuala Lumpur, September 2019
Nota: E-book ini bukan untuk jualan


Click to View FlipBook Version