Himpunan Tazkirah Ramadan
2. Antara sunnah utama puasa ialah bersahur.
Makan di penghujung malam, sebelum menjelang
waktu Subuh bukanlah satu kebiasaan bagi
kebanyakan manusia. Namun, atas titah perintah
agama, setiap Muslim melakukannya bagi
menunaikan sunnah Nabi SAW dan padanya ada
hikmah yang pelbagai untuk seseorang yang
berpuasa. Ini termasuk memberikan kekuatan
untuknya pada siang hari, juga melatihnya bangun
di waktu sebelum fajar untuk beribadah kepada
Allah. Ini disebut dalam surah Al-Zariyat, ayat 18:
َوِب�ْ أَل ْ َسا ِر ُ ْه َي ْس َت ْغ ِف ُرو َن
Maksudnya: “Pada waktu sahur mereka
memohon keampunan”.
3. Dalam hadis pula Nabi SAW menyebut:
�َ�م َاَففََِأأء ْْغساَِلفتَُّ ِردْجن ََييُال َ ِبح َي ُ نَل� َ َمي ْْب قَن،ك َمََل ْمْي َْن ةٍنَلي َْيِْإسََدت ُْلعغ ِفاوُِنلرَّيِن�سي:،ينْ زُِث� ُُللُ َثرُّباَنل َّال ْيَتَِيَبْلا َس َرأاُلَِن آكلي�َِوخََُفتُأَرعَْايع َُقِط َلوي ُُُه َّل
51
Himpunan Tazkirah Ramadan
Ertinya: “Tuhan kita Yang Maha Berkat dan
Agung turun setiap malam ke langit dunia,
ketika hanya tinggal sepertiga malam
yang akhir. Lalu berfirman: “Sesiapa yang
berdoa kepadaKu, akan Aku perkenankan
untuknya. Sesiapa yang meminta kepadaKu,
akan aku berikanNya. Sesiapa yang
memohon keampunan kepadaKu, akan Aku
ampunkannya”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
4. Maka bersahur itu membawa kita bangun
pada waktu doa dimustajabkan dan keampunan
diberikan. Moga ia menjadi kebiasaan yang
berterusan dalam hidup. Maka tidak hairan jika
Nabi SAW berpesan:
“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu
ada keberkatan”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
52
Himpunan Tazkirah Ramadan
Keberkatan sesuatu yang sangat penting
dalam kehidupan. Kehidupan ini jika hanya
bergantung kepada nilai-nilai kebendaan semata
akan menemui pelbagai kusut masainya.
Keberkatan membawa cahaya kehidupan
untuk insan mendapat limpah kurniaan Tuhan
melebihi kadar kebendaan ataupun kehidupan
materialistik yang dirasainya. Sahur antara punca
lahirnya keberkatan. Bagaimana? Allah Maha
Pemberi dengan cara yang dikehendakiNya diluar
daripada andaian kebanyakan kita.
5. Tujuan sahur bukan menyibukkan diri
dengan hidangan. Makanan sahur memadai
sesuatu yang memberikan kekuatan kepada orang
yang akan berpuasa esok harinya. Kesempatan
sahur patut diambil untuk berdoa dan beristighfar
setelah makan dan minum apa yang dapat memberi
kekuatan pada besok hari. Sebab itu dalam hadis
disebutkan tamar sebagai pilihan sahur disebabkan
kandungan tamar yang baik untuk tenaga orang
yang berpuasa. Sabda Nabi SAW:
53
Himpunan Tazkirah Ramadan
ِن ْع َم َ ُسو ُر اْ ُل ْؤ ِم ِن ال َّت ْم ُر
Ertinya: “Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah
tamar”.
(Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-
Baihaqi, sanadnya sahih)
6. Jika tiada tamar, seseorang boleh sahaja
bersahur dengan apa yang memberikan kekuatan
untuk berpuasa pada hari tersebut. Mungkin juga
ada orang yang tidak gemar tamar, ataupun
tidak sesuai tamar untuk kesihatannya, maka
agama itu luas untuk diamalkan. Apa yang tidak
dapat diamalkan secara literal, boleh dihayati
secara maksud ataupun kehendak (maqsad) syarak
di sebalik sesuatu galakan ataupun perintah.
54
HHiimmppuunnaannTTaazzkkiirraahhRRaammaaddaann
TAZKIRAH
8
KEISTIMEWAAN RAMADHAN8
Allah subhanahu wa ta’ala memfardhukan
puasa ramadhan ke atas hambaNya, juga Allah
telah mensyari’atkan puasa-puasa sunat yang lain
daripada fardhu ini, serta menjanjikan ganjaran
yang sangat besar yang menjadi idaman bagi setiap
hambaNya yang beriman.
Sabda Nabi sallahu ‘alaihi wasallam:
َخَِبرَّيع َفًدا اللُه َو ْج َ� ُه َع ِن ال َّنا ِر،َم ْن َصا َم َي ْومًا ِف يْ� َسِب َْيسِ ْبلِع ْيا نَلل�ِه
8 Tazkirah ini disediakan oleh: Nurul Faezah binti Yahaya.
55
Himpunan Tazkirah Ramadan
Ertinya: Dari Abi Sa’id al-Khudri berkata: Aku
telah mendengar Nabi sallahu ‘alaihi wasallam
bersabda: “Sesiapa yang berpuasa satu hari
pada jalan Allah, nescaya Allah akan jauhkan
mukanya daripada api neraka sejauh 70 tahun”.
(HR al-Imam al-Bukhary: 2840)
ANTARA KEISTIMEWAAN RAMADHAN
1. Meningkatkan taqwa.
Bulan Ramadhan, merupakan bulan yang di
mana Allah mengarahkan kita berusaha meraih
taqwa, seperti firmanNya dalam surah al-Baqarah,
183:
َع َل ُك ِت َب ُك ِت َب َع َل ْي ُ ُك ال ِّص َيا ُم َ َكا آ َم ُنو ْا �َاَّل ِذي ن َأ يُّ َ�ا �َي
ِمن َق ْب ِل ُ ْك َل َع َّل ُ ْك َت َّت ُقو َن �َاَّل ِذي ن
Yang bermaksud: “Hai orang-orang yang
beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang
sebelum kamu agar kamu bertakwa”.
56
Himpunan Tazkirah Ramadan
Perbincangan berkenaan kaedah, cara dan
cabaran yang boleh menghalang kita mencapai
target ini perlu diberi perhatian yang lebih.
2. Bulan al-Quran.
Al-Quran diturunkan pada bulan yang mulia ini,
dalil; firman Allah subhanahu wa ta’ala:
شَ ْ� ُر َر َم َضا َن اَّل ِذ َي ُأن زِ� َلِّم ِفَين ِهاْ ُالْلَُقدْرىآ ُن ُه ًدى ِّلل َّنا ِس َوَب ِّي َنا ٍت
Yang bermaksud: “Beberapa hari yang
ditentukan itu ialah bulan Ramadhan, bulan
yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al
Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan
penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk
itu dan pembeda antara yang hak dan yang
bathil”.
(al-Baqarah: 185)
57
Himpunan Tazkirah Ramadan
Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk bagi
manusia, bukti kebenaran petunjuk dan pembeza
di antara yang haq dan bathil. Justeru
perbincangan berkenaan kemestian setiap umat
Islam hendaklah kembali kepada al-Quran sebagai
satu-satunya formula untuk berjaya sebagai
golongan bertaqwa dan selamat di dunia dan
akhirat perlu diperhebatkan.
3. Peluang untuk memasuki syurga melalui
pintu ar-Royyan.
Dari Sahl radhiyallahu’anhu, Nabi sallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda:
ََِيإفَْيَّوُنَقموِفُايْمل ِ�قوَي َاانَ ْمجََلِ َّةنلَِةَيلَْبَدي�ًْبُد�خ ُُ ُيخلَُقاَِليُمِْْندلمُ ْهُنَُخَُهأْل ََألحاٌَِل َّحدم ٌْرنَّيدَُ�هغْي ََُُغأْني� َُُ�َحْيهٌُْ ْددهَفُُِإي ََخذقُاا ُل َلد ِ ََمأْْيخن ُلنَُه�واااللُأ ََّّْغصصِلاائئَِِ ُُق�� َووف َََ ْلنن
Ertinya: “Sesungguhnya di surga terdapat
sebuah pintu yang bernama ar-Royyan. Orang-
orang yang berpuasa akan memasukinya
58
Himpunan Tazkirah Ramadan
pada hari kiamat. Tidak ada seorangpun
yang memasukinya selain mereka. Akan ada
yang berseru, ‘Manakah orang-orang yang
berpuasa?’. Maka bangkitlah mereka. Dan tidak
akan memasukinya selain mereka. Apabila
mereka telah masuk, maka pintu itu akan
ditutup sehingga tidak akan ada lagi yang
masuk melewatinya seorang pun.”
(HR. al-Imam al-Bukhari dalam Kitab as-
Shiyam)
4. Malam al-Qadr.
Kita beruntung dan istimewanya menjadi
umat Nabi Muhammad sallahu ‘alaihi wasallam,
kerana kita dikurniakan satu malam yang
mempunyai pahala melebihi seribu bulan
ibadahnya, iaitu malam al-Qadr. Seperti yang
dinyatakan dalam al-Quran surah al-Qadr:
Firman Allah:
َل ْي َ ُةل اْل َق ْد ِر َخْي ٌ� ِّم ْن َأْل ِف شَ ْ� ٍر
59
Himpunan Tazkirah Ramadan
Maksudnya: Malam al-Qadr itu lebih baik
daripada seribu bulan.
5. Musim berdoa.
Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam telah
memberitahu bahawa doa yang tidak ditolak ialah
doa orang yang berpuasa.
Hadis:
�ُع َُ�َوق ُْاةمَاالْ ِإََللرَُْمظاُسلُْموو ُِامْلل َعاال ِلِدهُل َ َص َّوالل َّاصلالِئُه:ُرْي َ"�ََثةل َِا َرثح يٌِضة نَ َي�َ�ُلي ُْتفا َل�ِلطُُّ َهدر ََق َداوَْعَ َدلوْت:َ ََأ ِبو يَ�س َّ َُهل َع ْن
َع َل ْي ِه
Ertinya: Dari Abi Hurairah radhiyallahu ‘anh
berkata: Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam
terlah bersabda: “Ada tiga doa yang tidak
tertolak: (1) doa pemimpin yang adil, (2) doa
orang yang berpuasa sampai berbuka, (3) doa
orang yang dizalimi”.
(HR at-Tirmizi: 3595, Ibn Majah: 1752)
60
Himpunan Tazkirah Ramadan
Maka ambillah kesempatan di sini untuk
banyak-banyak berdoa untuk kebaikan diri kepada
Allah ta’ala.
Di antara waktu yang baik untuk berdoa;
i. Ketika berpuasa
ii. Waktu sedang bermunajat
iii. Waktu di tengah malam/ tahajjud
Dalil: al-Baqarah: 186:
َوِإِإَ َذذاا َدَ َسعَأَال ِ َنكَف ْلَِيع َْباس َِتد ِجيي ُبَع نوِّْاي�ِ يَفِلإ نَِّ يوْ�ل ُيَقْ ِؤرِيم ُن ٌو ْبا ُأِب ِي�جيَل َ ُع َّلبُه َْدم َْيعَْ�وَُةش ُادل َّود َا ِنع
Maksunya: “Dan apabila hamba-hambaKu
bertnya kepadamu (Muhammad) tentang Aku,
maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan
permohonan orang yang berdoa apabila
dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu
memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu,
agar mereka memperoleh kebenaran”.
61
Himpunan Tazkirah Ramadan
َوَقا َل َر ُّب ُ َُعك ْنا ْدِعَُعباوَِند ِيت�ي�َأ َْسسََتي ِْدج ُ ْخ ُلبوَلَ ُن ْكَج ۚ َ�ِنَّإ ََّ�ن َداَّال ِِذيخ ِنَري� نََي� ْس َت ْكِب ُ�و َن
Maksudnya: “Berdoalah kepadaKu, nescaya
akan Aku perkenankan, Sungguh orang-orang
yang menyombongkan diri karena enggan
beribadah kepada-Ku, akan dimasukkan ke
dalam neraka Jahannam dalam keadaan hina
dina”.
(Al-Ghafir : 60)
Kita digalakkan untuk berdoa, salah satunya:
dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin
Buraidah, dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha: Bahawasanya
‘Aisyah bertanya kepada Rasulullah sallahu ‘alaihi
wasallam, Ya Rasulullah, sekiranya aku melihat lailatul
qadr, apa yang hendak aku berdoa? Lalu Rasulullah
bersabda:
�ال َّل ُه َّم ِإَّن َك َع ُف ٌّو تُ ِ� ُّب اْل َع ْف َو َفا ْع ُف َع نِّ ي
62
Himpunan Tazkirah Ramadan
“Ya Allah sesungguhnya Dikau adalah Tuhan
Yang Maha Pemaaf, Dikau suka memberi
kemaafan, oleh yang demikian maafkanlah
daku”.
)(Sunan Ibn Majah, disahihkan oleh al-Albani
6. Kegembiraan bagi orang yang berpuasa.
Orang yang berpuasa; gembira ketika bertemu
Allah:
َََاأاففِْلعلإَََّّلَنيَّحُُُنلِقهصَْيداِِْئأَُفبِيلَع َْ�لليركِْ�إيَُ،نِّأََِهفيَُُْهوح�طَََََأ نيَلرمْوياا�َََْيُ�مََْسُِأإة�َّبرََُفٌْذَلجؤارَِِْعقَِزْضأنثاََْفَ يَصديََلا�طوِِئََباٌرِاا�هلَّلَََّّل،لفََِِلُُيوَللراوََِّْلُاَمِصحلُّع ْذَْنَِّكنُخوهصَِيإَِيََْرياَذَُينعبُقاِِْمف�َ ،وللِقَُُُفِيجَالاإَّْبسِْ�نلَِْنٌقَْةنُ�ارسَََّ،بم َََُِّآلهموسَ ِكٍداإَََّفَدبَرِمِذلُُرِهالبََسَيَََُّحلأِوكص،دَُِباَِِئهحِلِنٌإََّ�َدصياَْْلخَُلوََّفولُأِْلُِْامرمللووِهَ َُِّحَ.قََصتصاَصفَْياَّت َاوِِفََُلممن�ِل
63
Himpunan Tazkirah Ramadan
Ertinya: Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam
bersabda: semua amalan anak adam adalah
untuknya kecuali puasa. Sesungguhnya
ia adalah milikKu, dan Aku lah yang akan
membalasnya. Puasa itu perisai. Apabila salah
seorang daripada kamu berpuasa, janganlah ia
bersama isterinya dan janganlah ia bergaduh.
Jika seseorang mencacinya, hendaklah dia
berkata: sesungguhnya aku berpuasa. Demi
Tuhan yang diri Muhammad di TanganNya,
sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa
lebih harum di sisi Allah daripada haruman
kasturi. Orang yang berpuasa mempunyai
dua kegembiraan; iaitu kegembiraan ketika
berbuka puasa, dan kegembiraan ketika
bertemu Tuhannya.
(Sahih al-Bukhari, kitab as-Sawm, no: 1780)
64
HHiimmppuunnaannTTaazzkkiirraahhRRaammaaddaann
TAZKIRAH
9
PRODUKTIF RAMADHAN9
Ramadhan merupakan bulan yang dinanti-
nantikan oleh semua umat Islam dan ia merupakan
bulan ibadat. Oleh itu, Ramadhan bukanlah bulan
yang melemahkan atau kita merasa diri malas dan
lemau dalam melakukan aktiviti-aktiviti seharian
kita seperti bulan-bulan sebelum Ramadhan.
Sepatutnya bulan Ramadhanlah menambahkan
lagi semangat dan bersungguh dalam kita
mengerjakan ibadah dan juga aktiviti kehidupan kita.
9 Disediakan oleh: Nurul Faezah binti Yahaya
65
Himpunan Tazkirah Ramadan
Kita mahu Ramadhan kali ini akan menjadi
Ramadhan yang lebih baik dan terbaik bagi kita.
Jadi, di sini ada beberapa langkah untuk kita
mencapai Ramadhan yang produktif dan lebih
bersemangat.
1. Niat.
Niat dari hati yang ikhlas dan bersungguh
dalam beribadah serta perbanyaklah doa agar
Ramadhan kali ini lebih berproduktif.
2. Menguruskan masa.
Aktiviti di bulan Ramadhan tentu akan berbeza
dengan aktiviti-aktiviti kkita sebelum ini. Oleh itu
kita harus adakan jadual bagi menguruskan masa
dan aktiviti kita sepanjang Ramadhan.
Buatlah rancangan itu pada malam
sebelumnya, pilih dua atau tiga aktiviti penting
yang ingin kita lakukan dan capai untuk hari esoknya
serta buatkan catatan dalam buku hariab atau
buku khusus.
66
Himpunan Tazkirah Ramadan
3. Jauhi perkara-perkara yang negatif.
Hendaklah kita menjaga perbuatan, perkataan,
tingkah-laku dan hati dari perkara-perkara yang
akan mengurangkan pahala puasa kita. Puasa
bukan hanya sekadar untuk menahan diri dari lapar
dan dahaga semata.
4. Jangan pernah tinggalkan sahur.
Cuba bangun awal sekurang-kurangnya dua
atau satu jam sebelum fajar. Pilihlah makanan yang
sihat dan seimbang untuk diri kita supaya siang
esoknya tetap produktif.
5. Istirehat yang cukup.
Kekurangan istirehat boleh menjadikan kita
kurang terfokus dan ini boleh mempengaruhi pada
produktiviti amalan kita. Oleh itu cuba kita cari masa
sedikit untuk dapatkan tidur pada waktu siang,
tidak lebih dalam 20 minit sebelum atau selepas
solat zuhur, ini merupakan salah satu cara untuk
mengecas kembali tenaga kita.
67
Himpunan Tazkirah Ramadan
6. Merancang hari-hari Ramadhan.
Merancang hari-hari Ramadhan dan apa
target pencapaian kita. Hal ini bagi membantu untuk
mencapai target mana yang lebih utama dalam
kegiatan seharian kita.
68
Himpunan Tazkirah Ramadan
Check-list di bulan Ramadhan:
Aktiviti Target
Sahur
Puasa
Bangun malam
Solat berjemaah:
• Subuh
• Zuhur
• Asar
• Maghrib
• Isyak
Solat sunat:
• Dhuha
• Tarawikh
• Witr
• Dan lain-lain
Tadarus al-Quran
Sedekah
Istighfar
Zikir pagi dan petang
Banyakkan berdoa
69
HHiimmppuunnaannTTaazzkkiirraahhRRaammaaddaann
TAZKIRAH
10
SALAFUSSOLEH DI BULAN RAMADHAN10
Generasi salaf adalah generasi terbaik dan
bersungguh-sungguh untuk melakukan ibadat
dalam mengharapkan ganjaran dan redha Allah
SWT serta mengikuti sunnah nabi SAW. Termasuklah
dalam bulan ramadhan, mereka akan bersungguh-
sungguh dan serius untuk berlumba-lumba
melakukan ibadat, kerana mengetahui betapa
berharganya bulan yang penuh dengan barakah ini.
Mereka tidak mensia-siakan peluang berada
di bulan ramadhan dengan membiarkan ia pergi
10 Disediakan oleh Mohd Zulhamdi b Zainol Abidin
70
Himpunan Tazkirah Ramadan
begitu sahaja. Mereka ini menjadi panduan yang
baik untuk kita semua menjalani bulan yang berkah
ini dengan amalan-amalan yang terbaik. Berikut
merupakan antara keadaan salafussoleh ketika
bulan ramadhan.
1. Berdoa kepada Allah SWT agar
dipertemukan dengan ramadhan dan
menerima amalan kita.
Dinukilkan oleh al-Hafiz Ibnu Rejab RH, Mu’alla bin
al-Fadhl mengatakan:
“Mereka dulu (salafussoleh) selama enam
bulan berdoa kepada Allah SWT agar
mempertemukan mereka dengan ramadhan,
dan selama enam bulan selepas ramadhan
berdoa agar Allah menerima amalan mereka
selama bulan ramadhan”.
Satu harapan yang sangat besar mereka
harapkan dari Allah SWT, kerana Ramadhan adalah
bulan penuh keberkatan yang tidak ada pada bulan
lain. Perbanyakkanlah doa kepada Allah SWT supaya
agar Allah SWT mempertemukan kita dengan bulan
yang penuh dengan kerberkatan ini.
71
Himpunan Tazkirah Ramadan
Begitu juga memperbanyakkan doa dan
bersangka baik yang Allah SWT menerima amalan-
amalan soleh yang kita lakukan.
2. Membaca al-Quran.
Mereka salafussoleh memperbanyakkan
bacaan al-Quran pada bulan Ramadhan dan lebih
fokus kepada al-Quran apabila datangnya bulan
Ramadhan serta meninggalkan yang lainnya. Al-
Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam sahihnya
pada bahagian keutamaan membaca al-Quran:
Ertinya : “biasanya Jibril menyemak bacaan
al-Quran Nabi SAW sekali pada setiap tahun,
namun pada tahun wafatnya Nabi SAW, Jibril
melakukannya dua kali.”
(Riwayat al-Bukhari)
Dinukilkan dari kitab Siyar a’lam al-Nubala, Imam
Malik bin Anas RH apabila masuk bulan ramadhan
beliau meninggalkan bacaan hadis dan majlis ilmu,
beliau hanya fokus kepada bacaan al-Quran.
72
Himpunan Tazkirah Ramadan
3. Bangun malam (Qiyamullail).
Bangun malam adalah merupakan kebiasaan
para salaf dalam melakukan munajat, mengadu,
dan meminta kepada Allah. Samada selain pada
bulan ramadhan ataupun pada bulan ramadhan,
Namun pada ramadhan mereka lebih bersunguh
- sungguh dalam menghabiskan sisa-sisa malam.
Diriwayatkan oleh Imam Malik RH dalam kitabnya al-
Muwatta’, Abdullah bin Abu Bakar berkata, aku telah
mendengar ayahku berkata:
“Dahulu kami selesai dari solat malam
pada bulan ramadhan, kami pun segera
menyiapkan makanan (untuk sahur) kerana
takut menjelangnya waktu subuh”.
4. Memperbanyakkan sedekah pada bulan
ramadhan.
Diriwayatkan oleh al-Imam Bukhari dan al-
Muslim daripada Ibnu ‘Abbas RA, bahawa:
“Nabi SAW adalah manusia yang paling
pemurah dalam berbuat kebaikan, dan
73
Himpunan Tazkirah Ramadan
baginda SAW lebih pemurah pada bulan
ramadhan.”
(Muttafaqun alaih)
Dinukilkan oleh Ibnu Rejab dalam kitabnya
Lataif al-Ma’arif bahawa Ibnu Umar RA berpuasa
dan tidak berbuka kecuali bersama dengan orang-
orang miskin.
5. Menjaga lisan dan kurangkan bercakap.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
al-Imam al-Bukhari Nabi SAW bersabda :
“sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan
yang haram dan perbuatan yang haram,
maka Allah SWT tidak berhajat usahanya
meninggalkan makan dan minum”.
(Riwayat al-Bukhari)
Dalam kitab Musnad Ibnu Abi Syaibah Abu Zar
berkata: “Apabila kamu berpuasa maka jagalah
semampu kamu”. Umar al-Khattab RA berkata:
74
Himpunan Tazkirah Ramadan
“Bukanlah puasa itu hanya sekadar menahan
diri dari makan dan minum semata-mata,
tetapi menahan daripada bercakap dusta,
berbuat kebatilan, buat perkara yang sia-sia
dan bersumpah yang tidak berguna.”
Semoga Allah SWT menerima amalan puasa
kita dan mengurniakan kepada kita kemampuan
dan kekuatan untuk kita melakukan amal soleh
sepertimana yang dilakukakan oleh salafussoleh.
amin!
75
HHiimmppuunnaannTTaazzkkiirraahhRRaammaaddaann
TAZKIRAH
11
BEBERAPA KESALAHAN KETIKA
MELAKSANAKAN IBADAH PUASA11
1. Mempercepat Atau Mengawalkan Waktu
Bersahur.
Perbuatan seperti ini tentunya bertentangan
dengan sunnah Rasulullah SAW, bahawasanya
Rasulullah SAW mengakhirkan (melewatkan) waktu
sahurnya hingga mendekati azan solat Subuh
sebagaimana dalam hadis Zaid bin Tsabit RA
riwayat Al-Imam Al-Bukhari dan Muslim bahwa Zaid
berkata;
11 Tazkirah ini telah disediakan oleh ustaz Syed Abullah Idid Bin
Syed Salim Idid
76
Himpunan Tazkirah Ramadan
َك َن َ ْك : ُق ْل ُت.الصّ ََل ِة ََر ُُق ْس ْد ُو ِرلَماالَلبِْهي نَ ثُُ�ََّ�ماقُ ْ؟� ََنقاا َِإ َل �لخ َم َع �ََت َس َّح ْر ن
ْ ِس ْي نَ� آَي ًة
Ertinya: “Kami makan sahur bersama
Rasulullah SAW kemudian berdiri untuk
mengerjakan solat. Saya (Anas bin Malik yang
meriwayatkan dari Zaid) berkata: “Berapa
lama jarak antara keduanya (sahur dan
azan)?” (Zaid) menjawab, “(Sepanjang
pembacaan) lima puluh ayat”.
Oleh itu, marilah kita semua mengamalkan
sunnah melewatkan waktu makan sahur ini
sepertimana yang di amalkan oleh Rasulullah SAW
dan para sahabatnya RA mudah-mudahan kita
semua tergolong dalam kalangan para hambanya
yang mendapat rahmat dan keberkatan dari ibadah
sahur yang kita semua laksanakan.
2. Meninggalkan Perbuatan Berkumur-Kumur
Dan Memasukkan Air Kedalam Hidung Ketika
Berwudhu Dalam Keadaan Berpuasa.
77
Himpunan Tazkirah Ramadan
Ada di kalangan mereka yang berpuasa
menganggap bahawa perbuatan berkumur-kumur
dan memasukkan air kedalam hidung merupakan
pembatal puasa, sedangkan amalan tersebut
merupakan perkara yang disunnahkan ketika
berwudhu, walaupun seseorang itu sedang berpuasa,
sebagaimana yang telah diterangkan oleh Rasulullah
dalam hadis yang sahih, riwayat Abu Daud;
َو َب�ِل ْغ ِف� الِا ْس ِت ْن َشا ِق ِإل َّا َأ ْن َت ُكو َن َصائِ ً�ا
Ertinya: "Bersungguh-sungguhlah dalam
beristinsyaq (memasukkan air kedalam
hidung) kecuali jika engkau sedang berpuasa".
Dan Al-Imam Ibnu Taimiyah rahimahullah telah
berkata, yang ertinya: “Adapun berkumur-kumur dan
beristinsyaq (memasukkan air ke dalam hidung)
disyari’atkan (dibolehkan) bagi orang yang berpuasa
dan perkara ini disepakati oleh para ulama. Nabi
dan para sahabat juga berkumur-kumur dan
beristinsyaq ketika berpuasa.
78
Himpunan Tazkirah Ramadan
Akan tetapi Nabi telah bersabda,
“Bersungguh-sungguhlah dalam beristinsyaq
(memasukkan air kedalam hidung) kecuali
jika engkau sedang berpuasa”. Yang dilarang
ketika sedang berpuasa di sini ialah berlebih-
lebihan ketika istinsyaq (yaitu memasukkan
air kedalam hidung)” bukanlah (larangan)
memasukkan air kedalam hidung.
(Majmu’ah Al Fatawa, 25: 266)
3. Melewat-Lewatkan Untuk Berbuka Puasa
Apabila Telah Masuk Waktu Berbuka Puasa.
Rasulullah SAW telah menjelaskan tentang
sunnah mempercepatkan untuk berbuka puasa
apabila telah masuk waktu berbuka. sebagaimana
dalam hadis Sahl bin Sa’d As-Sa’idy RA yang telah di
riwayatkan oleh Al-Imam Bukhari dan Muslim;
ل َا َي زَ�ا ُل ال َّنا ُس ِب خَ�ْي ٍ� َما َجَّع ُل ْوا ْال ِف ْط َر
79
Himpunan Tazkirah Ramadan
Ertinya: “Manusia akan sentiasa berada dalam
kebaikan selama mereka menyegerakan
berbuka puasa (setelah tiba waktu Berbuka
Puasa)”.
Inilah salah satu sunnah ketika hendak
berbuka puasa yang di ajarkan oleh Rasulullah
SAW kepada umatnya, mudah-mudahan
dengan mengamalkan sunnah yang mulia ini kita
mendapat rahmat dan keampunan dari Allah SWT.
80
HHiimmppuunnaannTTaazzkkiirraahhRRaammaaddaann
TAZKIRAH
12
MENGHAYATI SUNNAH BERSAHUR12
1. Puasa bukan satu penyeksaan. Islam mahu
setiap Muslim berpuasa, tapi dalam masa yang
sama Islam tidak mahu menjadikan bukan
Ramadhan bulan yang mewujudkan suasana
longlai dan lemah kepada umat Islam.
Sebaliknya, ia bulan keinsafan yang cuba
menjadikan setiap Muslim merasai kesusahan
mereka yang tiada makanan dan betapa besarnya
erti mendapat makanan. Di samping puasa
merupakan ibadah yang dalamnya ada amalan-
amalan yang mana setiap Muslim disuruh
mencontohi Nabi mereka SAW.
12 Tazkirah ini disediakan oleh Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri
Zainul Abidin
81
Himpunan Tazkirah Ramadan
2. Antara sunnah utama puasa ialah bersahur.
Makan di penghujung malam, sebelum menjelang
waktu Subuh bukanlah satu kebiasaan bagi
kebanyakan manusia. Namun, atas titah perintah
agama, setiap Muslim melakukannya bagi
menunaikan sunnah Nabi SAW dan padanya ada
hikmah yang pelbagai untuk seseorang yang
berpuasa.
Ini termasuk memberikan kekuatan untuknya
pada siang hari, juga melatihnya bangun di waktu
sebelum fajar untuk beribadah kepada Allah. Ini
disebut dalam surah Al-Zariyat, ayat 18:
َوِب�ْ أَل ْ َسا ِر ُ ْه َي ْس َت ْغ ِف ُرو َن
Maksudnya: “Pada waktu sahur mereka
memohon keampunan”.
82
Himpunan Tazkirah Ramadan
3. Dalam hadis pula Nabi SAW menyebut:
�ََي ْب ق م َاف ََِأفءَأْغْاِفلسََُّتردِْنََجيُلاي َِحب ي نََ�ُل،َ��ك َمََل ْمْي َْن ةٍنَلي َِْيإسََْتد ْلُغعِفاُولِنر َِّنيسي:،َّ َارُّلبَّلَْنياِ َتلََيب ْا َاسرَأُآَللِنكِي�خَ ُوَرَتف َُأعَيْاُع َق ِطولَ ُي ُُهل ُثينُْل زِ�ُُثل
َم ْن
Ertinya: “Tuhan kita Yang Maha Berkat dan
Agung turun setiap malam ke langit dunia,
ketika hanya tinggal sepertiga malam
yang akhir. Lalu berfirman: “Sesiapa yang
berdoa kepadaKu, akan Aku perkenankan
untuknya. Sesiapa yang meminta kepadaKu,
akan aku berikanNya. Sesiapa yang
memohon keampunan kepadaKu, akan Aku
ampunkannya”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
4. Maka bersahur itu membawa kita bangun
pada waktu doa dimustajabkan dan keampunan
diberikan. Moga ia menjadi kebiasaan yang
berterusan dalam hidup. Maka tidak hairan jika
Nabi SAW berpesan:
83
Himpunan Tazkirah Ramadan
“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu
ada keberkatan”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Keberkatan sesuatu yang sangat penting
dalam kehidupan. Kehidupan ini jika hanya
bergantung kepada nilai-nilai kebendaan semata
akan menemui pelbagai kusut masainya.
Keberkatan membawa cahaya kehidupan
untuk insan mendapat limpah kurniaan Tuhan
melebihi kadar kebendaan ataupun kehidupan
materialistik yang dirasainya. Sahur antara punca
lahirnya keberkatan.
Bagaimana? Allah Maha Pemberi dengan
cara yang dikehendakiNya diluar daripada andaian
kebanyakan kita.
5. Tujuan sahur bukan menyibukkan diri
dengan hidangan. Makanan sahur memadai
sesuatu yang memberikan kekuatan kepada orang
yang akan berpuasa esok harinya. Kesempatan
sahur patut diambil untuk berdoa dan beristighfar
setelah makan dan minum apa yang dapat
84
Himpunan Tazkirah Ramadan
memberi kekuatan pada besok hari. Sebab itu
dalam hadis disebutkan tamar sebagai pilihan
sahur disebabkan kandungan tamar yang baik
untuk tenaga orang yang berpuasa. Sabda Nabi SAW:
ِن ْع َم َ ُسو ُر اْ ُل ْؤ ِم ِن ال َّت ْم ُر
Ertinya: “Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah
tamar”.
(Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-
Baihaqi, sanadnya sahih)
Jika tiada tamar, seseorang boleh sahaja
bersahur dengan apa yang memberikan kekuatan
untuk berpuasa pada hari tersebut. Mungkin juga
ada orang yang tidak gemar tamar, ataupun tidak
sesuai tamar untuk kesihatannya, maka agama
itu luas untuk diamalkan. Apa yang tidak dapat
diamalkan secara literal, boleh dihayati secara
maksud ataupun kehendak (maqsad) syarak di
sebalik sesuatu galakan ataupun perintah.
85
HHiimmppuunnaann TTaazzkkiirraahh RRaammaaddaann
TAZKIRAH
13
BERBUKA DAN ADAB MAKAN13
1. Islam satu agama yang bertamadun. Ia
mengajar kehalusan budi dan pekerti, termasuklah
ketika waktu makan dan minum. Islam bukan sahaja
memerintah kita memakan yang halal, Islam juga
mengajar etika ketika makan. Maka, perlu kita sedari
bahawa di bulan puasa ini, ketika kita berbuka
puasa kita sebenarnya sedang menghayati amalan
sunnah. Seperti mana puasa itu sunnah, berbuka
(iftar) juga sunnah. Maka apabila sedang
mengamalkan sunnah berbuka puasa seperti
berbuka dengan rutab ataupun tamar, janganlah
pula kita lupa adab-adab makan yang lain.
13 Tazkirah ini disediakan oleh Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri
Zainul Abidin
86
Himpunan Tazkirah Ramadan
2. Antara adab makan yang ditegaskan oleh
Islam ialah memulakan makan dengan bismillah.
Kemudian, makan dan minum dengan tangan kanan.
Demikian juga tidak gelojoh sehingga kelihatan
tamak dan tidak sopan. Hal ini seperti yang diajar
oleh Nabi SAW kepada anak tiri baginda yang
masih kecil iaitu Umar bin Abi Salamah sewaktu dia
hendak makan:
َو ُ ْك ِ َّما َي ِلي َك، َو ُ ْك ِب َي ِمي ِن َك، َ ِّس ا َّل َل،َي� ُغل َا ُم
Ertinya: “Wahai budak! Sebutlah nama Allah,
makanlah dengan tangan kananmu dan
makanlah apa yang dekat denganmu”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
3. Makanan yang kita makan adalah kurniaan
Allah semata. Makanan boleh terhalang dari
menjadi rezeki kita bukan sahaja disebabkan kita
tiada kemampuan membelinya, tetapi juga mungkin
disebabkan penyakit ataupun halangan yang
lain. Betapa ramai orang kaya yang tidak mampu
makan sekalipun mampu membeli.
87
Himpunan Tazkirah Ramadan
Maka sebagai tanda ingatan kita atas kurniaan
Allah, maka sebutlah namaNya ketika makan.
Bismillah juga sebagai tanda pergantungan segala
harapan dan kekuatan dengan namaNya apabila
makan. Justeru kita bismillah bererti ‘dengan
nama Allah daku makan ataupun minum’. Ertinya,
kita menyebut nama Allah dengan maksud
pergantungan kita kepadaNya apabila kita makan.
4. Makan dengan tangan kanan adalah adab
makanan yang paling zahir dalam majlis makan
orang muslim. Ia lambang yang nyata dan adab
yang tertonjol. Dalam hadis lain baginda menyebut:
ذا َ شوََي ِشْ� َ�َ ُب َبف ْلِبَي ِششْ� ََ�ماِْلب ِب َي ِمي ِن ِه،َ َم َاِو ِِإل،�ِإ َذا َأ َ َك َفَِأإ ََّحن ُدا ُل َّْكش ْيَف ْلََطياْأ َُ ْن َكي أِْ�بَُيُ ِمكيِِبن ِشِه
Ertinya: “Apabila seseorang kamu makan,
makanlah dengan tangan kanannya. Apabila
dia minum, minumlah dengan tangan
kanannya. Ini kerana syaitan makan dan
minum dengan tangan kiri”.
(Riwayat Muslim)
88
Himpunan Tazkirah Ramadan
Hadis ini hendaklah difahami di sudut
spiritualnya. Baginda bercakap di sudut spiritual
yang hanya dapat difahami oleh orang yang
menghayatinya. Sikap anti-syaitan diajar oleh Islam
sehingga kita disuruh berbeza dengannya dalam
segala cara, termasuk cara makan.
5. Maka, dari hadis di atas kita faham bahawa
makan ataupun minum dengan tangan kiri adalah
amalan syaitan. Islam menyatukan budaya makan
dengan menjadikan tangan kanan sebagai adab
makan yang jelas kelihatan bagi orang muslim.
Malangnya, masih ada yang makan ataupun
minum dengan tangan kiri. Ini termasuk mereka yang
menggunakan garpu untuk menyuap lauk ataupun
makanan lain ke mulut. Juga mereka yang minum
tangan kiri kononnya kerana tangan kanan ada
bekas makanan. Kesemuanya ini amalan syaitan.
Kita hendaklah mengelakkan perbuatan tersebut
terutama semasa berbuka puasa yang mana
kita beribadah kepada Allah. Masakan kita ketika
beribadah meniru tingkah laku syaitan.
89
Himpunan Tazkirah Ramadan
6. Dalam hadis Umar bin Abi Salamah tadi,
diajar agar makan apa yang terdekat dengan kita
sebagai adab sopan supaya tidak mengganggu
orang lain yang makan bersama. Ini juga
mengelakkan sikap gelojoh dalam majlis makan.
Para ulama hadis yang mengulas hadis ini
dengan menyatakan seseorang boleh mengambil
makan yang jauh darinya jika ada keperluan
seperti jenis makanan yang memerlukan bahan
tambahan yang lain. Bahan itu pula berada pada
arak yang agak jauh, maka bolehlah dia
mengambilnya. Namun, hendaklah memelihara
kesopanan dan ketertiban di majlis makan.
90
HHiimmppuunnaannTTaazzkkiirraahhRRaammaaddaann
TAZKIRAH
14
BERTERIMA KASIH DAN MAKAN DENGAN
KADARNYA14
1. Apabila kita menyebut Ramadhan, maka tidak
boleh dipisahkan dari pelbagai jemputan berbuka
puasa sepanjang bulan ini. Amalan menjemput
orang berbuka, ataupun menyediakan makanan
untuk mereka yang berpuasa merupakan satu
amalan yang mulia yang digalakkan di sisi sunnah
Nabi SAW. Ya, secara umumnya menjamu orang
lain makan merupakan amalan yang digalakkan di
sisi Islam, namun menjamu orang berbuka puasa
lebih banyak ganjarannya. Ini seperti yang disabdakan
oleh Nabi SAW:
14 Tazkirah ini disediakan oleh Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin
Zainul Abidin
91
Himpunan Tazkirah Ramadan
َم ْن َف َّط َر َصائِ ً�ا َك َن َأَ ُْلج ِ ِرم ْثا ُللَّصَأاِئ ِْ�ج ِرَ ِهش ْي ًئَغاْي َ� َأَّن ُه لا َي ْن ُق ُص ِم ْن
Ertinya: “Sesiapa yang memberi makan orang
yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi)
pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa
dikurangkan sedikit pun pahala orang yang
berpuasa tersebut”.
(Riwayat al-Tirmizi [beliau berkata: ‘hasan
sahih’], Ibn Majah dan Ibn Hibban menilainya
sebagai sahih. Demikian juga al-Albani
menilainya sebagai sahih)
2. Sikap berterima kasih amatlah ditekankan
oleh Islam. Nabi SAW bersabda:
َم ْن َ ْل َي ْش ُك ِر ال َّنا َس َ ْل َي ْش ُك ِر ا َّل َل
Ertinya: “Sesiapa yang tidak tahu berterima
kasih kepada manusia, dia tidak tahu berterima
kasih kepada Allah”.
(Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi, bertaraf sahih).
92
Himpunan Tazkirah Ramadan
Justeru, kita juga mestilah demikian apabila
mendapat jemputan. Kita disunnahkan berdoa untuk
pemberi makan dan berterima kasih kepadanya.
Dalam hadis, Anas menceritakan:
،،جلاَ َواءَأل ََِّنإَِبَ يُّكل� ََط ََسصعَّْاع َِملد ُْبا ُِنلكل�ُهاُْعَأََعلبَْبلاَْي�َدِاَهُةر،ََ وئِ َُثُ�سَّ َّ�وَلَقَان،ُ َكعََفلَاْأيلَ َِهَّكصَا،ََأو ََّنفَسجََّ�اَاللََّءنِب ِب يَّ« َخ�أُ�ْفْب زٍََ�ط َص ََّرو َلِزعْيْان َلٍلدُ ُهت
َو َص َّل ْت َع َل ْي ُ ُك اْ َل َلِئ َك ُة
Ertinya: “Bahawa Nabi SAW pernah datang
kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia
menghidangkan roti dan minyak. Baginda
pun makan. Kemudian Nabi SAW bersabda:
“Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka
yang berpuasa, telah makan makanan kamu
mereka yang baik dan telah berselawat ke atas
kamu para malaikat.”
(Riwayat Abu Daud, Diya al-Maqdisi dalam
Al-Ahadith al-Mukhtarah menilainya sahih)
93
Himpunan Tazkirah Ramadan
3. Mendoakan untuk orang berbuat baik
kepada kita melambangkan sikap mengenang
budi seseorang. Mendoakan orang yang berbudi
akan membangun nilai kerohanian dalam diri kita.
Semasa bulan Ramadhan, banyak jamuan dan
pemberian yang kita terima, maka berterima
kasihlah kepada pemberi berserta doa untuk mereka.
Sabda Nabi SAW:
،ْنأتُ َفُا�َ ْصدَونُُ َهععو ِاإَل َْيُلُ ْ َكح َّتَم ْ�ع َُترَ� ْو ًوفاا ََأفَّن َ ُك ِ ْف ُكئ َقو ُْهد،ُئ َووَنََ ُمكه َْف،َ َفوِ َإم ْ ْنن َ َْدل َعتَاِج ُ� ُْكد َوف َاأ َِمجاي ُُبت َو ُكهِف
Ertinya: “Sesiapa yang menjemput kamu, maka
sahutlah jemputannya. Sesiapa yang membuat
kebaikan kepada kamu, maka balaslah
kebaikannya. Jika kamu tidak dapati apa
yang boleh kamu membalasnya (jasanya),
maka berdoalah untuknya sehingga kamu
melihat (merasakan) kamu benar-benar telah
membalas kebaikannya”.
(Riwayat Ahmad, al-Nasai, Abu Daud dll,
dinilai sebagai sahih)
94
Himpunan Tazkirah Ramadan
4. Perlu diingatkan bahawa dalam Islam,
kita diperintahkan mengambil setiap perkara
dengan kadarnya. Demikianlah makan dan minum.
Apatahlagi dalam bulan Ramadhan yang selepas
berbuka kita akan bersolat dan beribadah yang
lain. Janganlah kerana rasa lapar atau makanan
yang percuma yang diperolehi maka kita berlebihan
dari kadar yang sepatutnya . Makan dan
bersederhanalah bagi setiap kadar makanan yang
diambil. Sabda Nabi SAW :
ََنفِب َُفث َُلِ� ْسٌ ِسهث ِِلب َطاَْبع ِنا ِ�م ِهآ َ َد َو ُمث ُلُأ ٌُ َثك ٌت.َع َافِ ًإءِْل شنَشَ ًََّ��كااَِبنِِهمَ َْنلو ُثَُبَل َْمٌطا ٍَث ةَنلِل،َما َُيمَِق ْأَلم َآنَد ِ ُ يٌّص ْلمَب ُِهو
Ertinya: “Anak Adam itu tidak memenuhi suatu
bekas yang lebih buruk daripada perutnya.
Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap
yang dapat meluruskan tulang belakangnya
(memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya
tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan,
95
Himpunan Tazkirah Ramadan
satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga
untuk pernafasan.”
(Riwayat Tirmizi, katanya: hadis ini hasan
sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar al-A` sqalani dalam
Fath al-Bari menyatakan hadis ini hasan)
96
HHiimmppuunnaannTTaazzkkiirraahhRRaammaaddaann
TAZKIRAH
15
SABAR DALAM MENGERJAKAN IBADAH15
1. Bulan Ramadhan adalah sinonim dengan
‘bulan kesabaran’ berdasarkan sabda Rasulullah
s.a.w:
ُ ْص شَ ْ� َر ال َّصْب ِ� َر َم َضان
Ertinya: Berpuasalah kamu pada bulan
kesabaran, Ramadhan.
(Riwayat Abu Daud)
15 Tazkirah ini disediakan oleh Mohammad Wafiq bin Desa.
97
Himpunan Tazkirah Ramadan
2. Apakah yang dimaksudkan dengan sabar?
Sabar berasal daripada kalimah bahasa arab yang
membawa erti sekat dan kawal. Apabila seseorang
itu ditimpa musibah dan dia bersabar maka
sebenarnya dia telah menyekat dan mengawal
dirinya daripada bertindak di luar batasan agama
seperti menyalahkan takdir dan berburuk sangka
dengan Allah swt.
3. Para ulama telah membahagikan sabar itu
kepada tiga bahagian.
i) Sabar dalam melakukan ibadah.
ii) Sabar dalam meninggalkan kemaksiatan.
iii) Sabar dalam menghadapi ujian takdir yang
menyakitkan.
4. Untuk tazkirah kali ini kita akan
membincangkan tentang kesabaran dalam
melakukan amal ibadah kepada Allah swt. Allah swt
telah berfirman dalam Surah al-Zariyat ayat 56 :
َوَما َخ َل ْق ُت ا ِْجل َّن َواْ ِإل ْن َس ِإَّل ِل َي ْع ُب ُدو ِن
98
Himpunan Tazkirah Ramadan
Maksudnya: Tidaklah aku ciptakan jin dan
manusia kecuali untuk beribadah kepadaKu.
5. Justeru, beribadah dan mengabdikan diri
kepada Allah swt merupakan matlamat utama
penciptaan kita di dunia ini.
6. Walaupun begitu, untuk melakukan amal
ibadah dalam kehidupan ini memerlukan kepada
rasa sabar yang tinggi bagi seseorang insan. Segala
perintah Allah swt itu perlulah dilaksanakan dengan
penuh keikhlasan dan disusuli dengan rasa sabar
yang mana adakalanya hati manusia itu menjadi
lemah dan tidak mampu beristiqamah dengan
amal ibadah. Dalam perkara ini Allah swt telah
berfirman dalam Surah Maryam ayat 65:
�ْ َر ُّب ال َّس َما َوا ِلِ ِعتَب َاوَادِْت أَِلْهرۚ َِه ْضلَوََتمْاع ََبُ ْلي نَ َُ�ُلَم َا ِ َسفًّاياْع ُب ْد ُه َوا ْص َطِب
99
Himpunan Tazkirah Ramadan
Maksudnya: Dialah Tuhan yang mentadbir
lagit-langit dan bumi serta apa yang ada
antara keduanya maka abdikanlah diri kamu
kepadaNya dan bersabarlah untuk beribadah
kepadaNya. Adakah kamu ketahui siapakah
yang standing denganNya?
7. Apabila Allah swt memerintahkan manusia
untuk bersabar dalam ibadah maka jelas
menunjukkan bahawa sabar adalah suatu elemen
penting yang perlu ada bagi seseorang muslim
dalam setiap amal ibadat yang dikerjakannya.
Tanpa ada rasa sabar dalam jiwa dengan disulami
rasa keikhlasan mustahil seseorang hamba itu
mampu melaksanakan segala suruhan Allah swt
dan juga rasulNya secara sempurna.
8. Pendek kata segala amalan soleh perlu
diperbanyakkan pada bulan yang mulia ini dan
segalanya memerlukan kesabaran yang tinggi
dalam menunaikannya. Malah ketahuilah bahawa
syurga itu jalannya bukanlah dengan bersenang-
senang tetapi memerlukan kesabaran dan
kekentalan jiwa dengan melaksanakan segala
100