Himpunan Tazkirah Ramadan
“Rasulullah SAW bersungguh-sungguh pada
sepuluh malam terakhir dengan kesungguhan
yang tidak beliau lakukan pada waktu-waktu
lainnya“.
(Riwayat Muslim)
Tambahan pula hadis lainnya dari Aisyah RA,
beliau berkata:
ال َع شْ ُ� َش َّد. َّ َلو َِأإْيََذقاَ َظد ََأخْ َه َلُل،اللُوهَأ ْعح َليياهَل ْي َو ُلس،كان النب ُيّ� ِمئْ زَص�َّ َر ُله
“Nabi SAW apabila memasuki sepuluh
malam terakhir, beliau mengikat
sarungnya, menghidupkan malamnya
dan membangunkan istri-istrinya (untuk solat
malam)”.
(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Imam Ibnu Katsir rahimahullah dalam kitab
Tafsir Al-Qur’anil Azhim menjelaskan, “makna
151
Himpunan Tazkirah Ramadan
perkataan Aisyah RA : ()ش َّد ِم ئْ زَ� َر ُ ُه, dikatakan
maknanya adalah menjauhi isteri (tidak menjima’
isteri), dan ada kemungkinan bermakna kedua-
duanya (mengikat sarungnya dan tidak
menjima’ isteri)” .
ii. Memperbanyakkan doa.
Doa yang dianjurkan Rasulullah SAW adalah
seperti yang ditunjukkan oleh hadis Aisyah berikut
ini:
َو،اَعل َِّل ُْله َّ ُم ِتإَّنَأ َ ُّىك َلَْعي َُفةٌٍّلو َل ُْتيَِ�ُةل ُّاْبل َقاْْلدَِعر ْف :َأْ(ي( َُقتو ِ ِإلْن:اَي َ�أ ُقَرو ُُسلو َِفيلَ�اا؟َّل َِقلا!َ َألَر َم
).�ِ�َّفا ْع ُف َع ن
“Beliau berkata: Wahai Rasulullah, seandainya
aku bertepatan dengan malam lailatul qadAr,
doa apa yang aku katakan? Beliau berkata,
“Katakan: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha
Pemaaf, dan Engkau menyukai maaf, maka
maafkan aku”.
(Riwayat Al-Tirmizi & Ibn Majah)
152
Himpunan Tazkirah Ramadan
iii. Menghidupkan malam lailatul qadar
dengan ibadah sunat-sunat yang lain.
Sebagaimana dijelaskan dalam hadits Abu
Hurairah RA, bahwa Nabi SAW bersabda:
َما َت َق َّد َم ِم ْن � ُْغح ِِتف ََرس َا ًبُل. َ َصوا َمم َنر ََمقا ََمضاَل َْي َن ةَلِإ ي َتاََْل�قَ َّاقنًد�دَ ِم َر ِو ِماإ ي ْ َْنح�ِات نًَ َذْ�نسِباًَِبوه�ا،ََذْمنِ ْب ِنه
ُغ ِف َر َ ُل َ ُل َما
“Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan
penuh keimanan dan pengharapan dari
Allah, niscaya akan diampuni dosa-
dosanya yang telah lalu. Dan barangsiapa
menghidupkan malam lailatul qadar dengan
penuh keimanan dan pengharapan dari Allah,
nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang
telah lalu”.
(Riwayat Al-Bukhari)
Akhir kata, marilah kita selalu berdoa dan
meminta kepadaNya, memohon taufiqNya agar
153
Himpunan Tazkirah Ramadan
kita diberi kemudahan dalam ketaatan kepadaNya,
diberi kesempatan untuk menuai pahala dariNya
dengan berpuasa, qiyamul lail dan melakukan
ibadah-ibadah lainnya di bulan Ramadhan pada
tahun ini, sehingga kita keluar dari bulan yang
penuh berkah ini dengan penuh keimanan,
takut, berharap dan cinta hanya kepadaNya semata.
Dan mudah-mudahan Allah senantiasa
membimbing dan memberikan kita kekuatan untuk
tetap istiqamah di atas jalanNya yang lurus iaitu
jalan orang-orang yang diredai dan diberikan
kenikmatan olehNya sampai kita bertemu
denganNya nanti. Amin.
154
HHiimmppuunnaannTTaazzkkiirraahhRRaammaaddaann
TAZKIRAH
24
RAMADHAN BULAN MEMBACA AL-QURAN24
Seperti mana kebiasaan pusingan bulan
setiap tahun, dengan rahmat Allah SWT, sekali
lagi kita berkesempatan masuk ke dalam bulan,
bulan yang penuh keberkatan dan menjanjikan
keampunan daripada Allah SWT. Baginda SAW
berpesan didalam sepotong hadith riwayat Imam
at-Tirmizi:
َأ ْن َق ْب َل ا ْن َس َل َخ �َّ ُث َر َم َضا ُن َع َل ْي ِه َد َخ َل َر ُج ٍل َأْن ُف �َ َر ِغ
َل ُي ْغ َف َر
24 Tazkirah ini disediakan oleh Mohd Shahril Bin Mohd Shukri,
Pegawai Institut Sunnah dan Irsyad Jabatan Mufti Perlis
155
Himpunan Tazkirah Ramadan
Ertinya: “Binasa (rugi besar) seseorang yang
masuk kedalam bulan Ramadhan kemudian
berlalu sebelum sempat dia diampunkan”.
Al-Munawi didalam kitab (Faidhul Qadir)
mengulas maksud hadith ini dengan menyebut
“amat rugi bagi seorang yang tahu, sekiranya dia
mengawal nafsu dan beramal sepanjang berada
dibulan Ramadhan ini, beramal dengan segala
bentuk ketaatan ketika berpuasa dan mendirikan
qiyam, Allah ampunkan kesalahannya yang lepas,
namun dia cuai dan mengabaikannya hingga
berlalu Ramadhan.
Sesiapa yang merebut kesempatan ini
dengan melaksanakan ketaatan dengan penuh
iman dan mengharapkan pahala, Allah muliakannya,
dan sesiapa yang tidak merebut peluang ini akan
mendapat kehinaan dari Allah SWT.
Salah satu peluang yang harus direbut oleh
kita ialah memanfaatkan masa-masa yang ada
dengan membaca al-quran. Bagaimanakah kita
dengan al-Quran sebelum ini? Bilakah kali terakhir
156
Himpunan Tazkirah Ramadan
helaian mushaf itu dibuka oleh tangan kita? Adakah
hingga sudah lupa bagaimana membacanya
dengan memberikan setiap huruf haknya
(bertajwid)?
Inilah masanya merebut peluang menjadikan
al-Quran teman setia yang menjadi penawar jiwa.
Allah SWT berfirman:
َو ُننَ زِّ� ُل ِم َن اْل ُق ْرآ ِن َما ُه َو ِش َفا ٌء َو َر ْ َح ٌة ِل ْ ُل ْؤ ِم ِنْي نَ� َو َل
َي زِ�ْي ُد ال َّظاِ ِل ْي نَ� ِإَّل َخ َسا ًرا
Maksudnya: “Dan Kami turunkan Al-Quran
(Sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat
bagi orang-orang yang beriman, sedangkan
bagi orang-orang yang zhalim hanya akan
menambah kerugian.”
(QS Al-Isra’: 82)
Al-Quran dan puasa akan memberikan syafaat
kepada tuannya. Baginda Rasulullah SAW bersabda:
157
Himpunan Tazkirah Ramadan
ال َأ ِّ َ ْصوََييي ُا َقُرمو َُِّولباْل َُاْقملَُْنقرْْآعرُتُآ ُنُه َنياْلَشم َََّنطف ََْععع ُاات َُِمهَنف َُياِلولََّْلانشَلَّْعشَّفوْبََ َِمع�ادَِب َو�يناْل َّلو َِْيمِتالِبْل ِ�َقفلَنََّي َا�شَِّامفِ ِْرةعِنََفييَُ�قش ِِّوففُ ْيعِلِنه ياَق�لا َِِّفصيلَ ِيها ُم
“Puasa dan Al Qur’an akan memberikan
syafa’at kepada seorang hamba pada hari
kiamat. Berkata puasa, “Ya Rabb, aku telah
menghalangnya dari makanan dan syahwat
di waktu siang, izinkan aku memberi syafa’at
kepadanya.” Al Qur’an berkata, “Aku telah
menghalangnya tidur di waktu malam, izinkan
aku memberi syafa’at untuknya. Keduanya
pun diberikan keizinan untuk memberi syafa’at.”
(HR Ahmad)
Perlu untuk kita tahu berdasarkan hadith ini,
syafa’at tersebut diberikan kepada orang yang
meninggalkan apa yang diharamkan Allah ketika
sedang berpuasa. Adapun orang yang hanya
menahan lapar dan dahaga dalam masa yang
158
Himpunan Tazkirah Ramadan
sama melakukan perkara yang ditegah dalam
agama tidak termasuk dalam kelebihan ini. Demikian
juga syafaat dari al-quran, ia akan diberikan
kepada orang yang sanggup bersengkang mata
mengurangkan waktu tidurnya demi membaca al-
Quran.
Berikut merupakan panduan umum untuk kita
jadikan bulan Ramadhan sebagai bulan membaca
al-Quran:
1. Mencari masa untuk duduk bersama
ahli keluarga bertadarrus dan saling
memperbetulkan bacaan. Bedasarkan hadith
riwayat al-Bukhari:
َخْي ُ� ُ ْك َم ْن َت َع َّ َل اْل ُق ْرآ َن َو َع َّ َل ُه
Ertinya: “Yang terbaik dikalangan kamu
ialah yang mempelajari al-Quran dan
mengajarkannya”.
159
Himpunan Tazkirah Ramadan
2. Tidak malu dan mudah berputus asa
untuk mula membaca al-Quran sekalipun
merangkak cara bacaannya.
Didalam hadith riwayat Imam Muslim Baginda
SAW bersabda ertinya:
“Orang yang membaca Al-Qur’an sedangkan
dia mahir bacaannya, akan mendapat tempat
di dalam Syurga bersama-sama dengan
rasul-rasul yang mulia lagi baik. Sedangkan
orang yang membaca Al-Qur’an, tetapi dia
tidak mahir, membacanya tergagap-gagap
dan agak berat lidahnya (kerana belum lancar),
dia akan mendapat dua pahala.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)
3. Membaca ayat al-Quran bukan sahaja
dengan menjaga adab-adabnya, namun
berusaha untuk memahami (tadabbur) dan
merenung diri dengan khuyuk setiap ayat
yang dibaca. Allah SWT berfirman:
َأ َف َل َي َت َدَّب ُ�و َن اْل ُق ْرآ َن َأ ْم َع َ ٰل ُق ُلو ٍب َأ ْق َفاُ َلا
160
Himpunan Tazkirah Ramadan
Maksudnya: “(Setelah diterangkan yang
demikian) maka adakah mereka sengaja tidak
berusaha memahami serta memikirkan isi Al-
Quran? Atau telah ada di atas hati mereka
kunci penutup (yang menghalangnya daripada
menerima ajaran Al-Quran)?”.
(QS Muhammad:24)
4. Tidak gopoh membaca al-Quran hingga
mengabaikan hukum hakam bacaan serta
meneruskan kebiasaan membaca al-
Quran sekalipun setelah berakhirnya bulan
Ramadhan. Istiqamah melakukan ibadah
secara sederhana lebih disukai menurut
sunnah daripada melakukan dengan banyak
sekaligus yang akhirnya ditinggalkan kerana
jemu dan penat.
161
HHiimmppuunnaannTTaazzkkiirraahhRRaammaaddaann
TAZKIRAH
25
RAMADHAN PELUANG MENDAPAT
KEAMPUNAN 25
1. Berpuasa di bulan Ramadhan bukan sahaja
menahan diri dari makan dan minum, malah ia
adalah suatu jalan bagi meraih taqwa dan masa
yang sesuai untuk mendapatkan keampunan Allah
serta menghapuskan kesalahan kita sama ada
dengan Allah dan manusia.
2. Allah menghidangkan pelbagai kelebihan
dan keistimewaan dalam bulan Ramadhan khas
untuk hamba-hambanya yang melakukan kerja-
kerja ketaatan, seolah-olah taburan bonus daripada
25 Tazkirah ini disediakan oleh: Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani
162
Himpunan Tazkirah Ramadan
majikan kepada pekerjanya yang melakukan
tugasan dengan baik.
3. Oleh sebab itulah, Allah sangat murka
dengan melaknat sesiapa yang berjaya memasuki
Ramadhan tetapi tidak berusaha mendapatkan
keampunan dariNya, seolah-olah langsung
tidak menyedari dirinya mempunyai dosa untuk
bertaubat, malah terus menerus malakukan
kemungkaran di dalam bulan Ramadhan yang penuh
keberkatan.
4. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
Al-Imam Al-Bukhari dalam Kitabnya al-Adab al-
Mufrad, Jibril A.S berkata kepada Baginda Nabi SAW:
َر ِغ َ� َأْن ُف َع ْب ٍد َد َخ َل َع َل ْي ِه َر َم َضا ُن َ ْل ُي ْغ َف ْر َ ُل
Ertinya: “Allah melaknat seorang hamba yang
masuk ke dalam Ramadhan tetapi tidak meraih
keampunan untuknya ”.
163
Himpunan Tazkirah Ramadan
Ini menunjukkan bahawa sungguh rugi orang
yang melepaskan peluang berada dalam bulan
Ramadhan tetapi tidak merasai nikmatnya taqwa
kepada Allah dengan amalan-amalan kebaikan yang
boleh menebus dosanya.
5. Selain memohon keampunan dari Allah,
kesalahan dengan manusia lain perlu ditebus
dengan mengembalikan haqnya. Meminta maaf
itu disyariatkan dalam Islam. Rasulullah SAW ada
bersabda:
َِممْنَْ ُصنهاِ َاْلكٌََلني ُْأْو َِمتُخأ َََِقذُْبلخ ََِ َمذلْمن َُِْأمهظََ َِْبللنَقٌَةْيَدُِسِكِّأَيرلَئوَِا َمخ ْنِيظَِِتهَدليَِِتنمَ ِاصهٌْانر َ ِوَِِحِإوعَبْ ِْرهنل َِِضفَدُِْْل�هرَََِتمأ ٌَْهُوكلِإْ شَنَْعنََيْل َُْ�يل ٍِكهء ََ َنحف ْلَََيُسَلَتناََح ٌََّلع ٌْتُلل
Ertinya: “Orang yang pernah menzalimi
saudaranya dalam keadaan apapun, maka
hari ini ia wajib meminta perbuatannya
tersebut dihalalkan (dimaafkan) oleh
saudaranya, sebelum datang hari di mana
164
Himpunan Tazkirah Ramadan
tidak ada dinar dan dirham. Ini kerana jika
orang tersebut memiliki amal solih, amalnya
tersebut akan dikurangkan untuk membayar
kezalimannya. Namun jika ia tidak memiliki
amal solih, maka ditambahkan kepadanya
dosa-dosa dari orang yang ia zalimi”.
(HR. Al-Imam Al-Bukhari)
6. Di antara perkara yang boleh dijadikan
amalan dalam usaha mendapatkan keampunan
Allah SWT adalah dengan memperbanyakkan doa
memohon keampunan khususnya dalam bulan
Ramadhan ini.
Dalam banyak keadaan, tempat yang paling
baik dan mustajab berdoa yang boleh dilakukan
pada setiap hari adalah berdoa ketika dalam
solat. Kita sering membacanya dalam solat, tetapi
mungkin dalam bulan Ramadhan yang penuh
keberkatan ini kita membacanya dengan penuh
penghayatan, kefahaman dan pengharapan dari
lubuk hati yang ikhlas.
165
Himpunan Tazkirah Ramadan
Antara doa-doa keampunan ma’thur yang
boleh diamalkan dalam solat seperti berikut:
i. Doa iftitah / istiftah.
الاَّْل َُأَهلوَّْباَمْي ََبلُ�ْغِ ِعضْردِ ِمَبْبْيِننايلاَّ�لل َُّ َهدوََّنَبمْي َِننَِّقس�ِنَ يواَل�اَّخلل َُِّثهَْمطلَّاِْمَينج�ا َََْغويخ ِاْلَََبسطْلاََِنَ�يك ِيا�د�ََب ِي�مَ َعْْنَدكاََ ُخيتَنََّقَطب ْايَي�نَ��اَلياَّْث ِبَْول�ْ شْ َُلِبا� ِِءق
Ertinya: “Ya Allah, jauhkanlah antara aku dan
kesalahan-kesalahanku, sebagaimana Engkau
jauhkan antara timur dan barat. Ya Allah,
bersihkanlah aku dari kesalahan-kesalahanku
sebagaimana baju putih dibersihkan dari
kotoran. Ya Allah, cucilah aku dari kesalahan-
kesalahanku dengan air, salju dan embun).”
(HR. Al-Imam Al-Bukhari, Al-Imam Al-Muslim
dan lafaznya adalah dari Al-Imam Al-Nasai)
166
Himpunan Tazkirah Ramadan
ii. Doa ketika ruku’ dan sujud.
ُس ْب َحاَن َك َال ّل ُه َّم َرَّب َنا َو ِب َ� ْم ِد َك َال ّل ُه َّم ا ْغ ِف ْر ِل
Ertinya: “Maha Suci Engkau Ya Allah Tuhan
kami, dengan memuji-Mu, Ya Allah ampunilah
aku”.
(HR Al-Imam Al-Bukhari)
iii. Doa ketika duduk antara dua sujud.
َر ِّب ا ْغ ِف ْر ِ يل، َر ِّب ا ْغ ِف ْر ِ يل
Ertinya: “Wahai Tuhan, berilah keampunan
kepadaku”.
(HR Al-Imam Al-Nasai, Sahih al-Albani)
iv. Doa selepas bacaan tahiyyat akhir dan
sebelum memberi salam.
167
Himpunan Tazkirah Ramadan
َ َلو َايْ ْرغ َِف ُْحرِن يا�ل ُّ ِإذَُّننوكَ َأبْن ِإلََّت،إ نَِّفيا� ْغَِفظ َْ ْرل ِ ُيلت ََنم ْْفغِِف َيارْلًس َةغ ُُِفظم ْوًُْلنرا ِاَعلكَِّْنث يِردًِ�َحايك َُ�و،ِ َأاْنل َّل َُه َّتم
Ertinya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku telah
banyak menzalimi diriku sendiri. Tiada yang
dapat mengampunkan dosa-dosa kecuali
Engkau, maka ampunilah diriku dengan
keampunan yang Engkau miliki. Rahmatilah
aku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang”.
(HR Al-Imam Al-Bukhari)
168
HHiimmppuunnaannTTaazzkkiirraahhRRaammaaddaann
TAZKIRAH
26
BAGAIMANAKAH MEMUSTAJABKAN DOA
RAMADHAN?26
1. Semua insan inginkan agar doanya
mustajab. Hidup tanpa doa adalah satu
kemusnahan. Banyak perkara yang kita perlu
mohon kepada Allah. Bukan sahaja nikmat atau
cita-cita yang diidamkan pada masa hadapan,
namun kita juga perlu memohon agar tidak
dihilangkan nikmat dan cita yang telah diperolehi.
Insan sentiasa memerlukan Tuhan dalam
hidupnya. Kehidupan ini jauh lebih besar daripada
26 Tazkirah ini disediakan oleh Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri
bin Zainul Abidin.
169
Himpunan Tazkirah Ramadan
kudrat seorang insan untuk dia mengawalnya.
Betapa ramai para penguasa yang merasai diri
mereka hebat, tetapi akhirnya tumbang dan tewas.
Betapa canggih dan teguh peralatan yang bina,
namun binasa. Siapakah yang menguasai alam?!
Allah, Allah dan Allah. Awal dan akhir. Zahir dan batin.
2. Semakin dekat insan dengan Allah, semakin
mustajab doanya. Kemustajaban doa sangat
berkait dengan kekhusyukan jiwa hamba yang
berdoa. Semakin tertumpu perasaannya kepada
kebesaran Allah, semakin pantas doanya
dimustajabkan.
Sebenarnya, bukannya susah untuk berdoa,
tetapi yang susah ialah mencari jiwa yang khusyuk
yang menyebabkan doa mustajab. Ramai orang
tersalah sangka dalam hal ini. Mereka hanya
tertumpu kepada waktu, ungkapan dan tempat
berdoa tetapi melupai perkara asas iaitu
kekhusyukan diri insan yang berdoa itu sendiri.
Maka jangan hairan jika ada insan yang tidak
dimustajabkan doanya sekalipun dia berada di
Mekah, ataupun berada pada bulan Ramadhan.
170
Himpunan Tazkirah Ramadan
Walaupun unsur tempat yang mustajab ataupun
waktu mustajab telah dipenuhi, namun dia gagal
memenuhi perkara yang asasi iaitu jiwa yang
khusyuk yang benar-benar memohon dengan penuh
erti seorang hamba.
Tumpuan perasaan kepada Tuhan dengan
penuh kerendahan diri dan harapan. Jika unsur itu
dipenuhi, kemudian diikuti dengan tempat ataupun
waktu yang mustajab maka doa menjadi amat
mustajab.
3. Setelah kita memahami hal ini, maka kita
cuba memahami bahawa Allah menjanjikan untuk
memustajabkan doa mereka yang berpuasa. Ini
kerana, puasa pada bulan Ramadhan dapat
membentuk jiwa yang khusyuk.
Ramadhan pula waktu yang Allah sayang
disebabkan bulan pilihanNya dan suasana hamba-
hambaNya taat kepadaNya. Maka Allah setelah
menyebut tentang kewajiban berpuasa pada
bulan Ramadhan, maka Allah ikuti dengan janjiNya
di mana Dia berfirman dalam surah al-Baqarah,
ayat 186:
171
Himpunan Tazkirah Ramadan
ِإ َذا ۖ ِب ُأي ِ�جَليَع َّلُ ُهب ْمَدَي ْْ�ع َُوَشةُدالوَّ َدنا ِع َفِإ نِّ ي� َق ِري ٌب ۖ َِفع َْلبَيا ِْدس َتيِج َيعُنِّب يو�ا َس َأَل َك َو ِإ َذا
ِ يل َوْل ُي ْؤِم ُنوا َد َعا ِن
Maksudnya: "Dan apabila hamba-hambaKu
bertanya kepadamu mengenai Aku maka
(beritahu kepada mereka): Sesungguhnya
Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka);
Aku perkenankan permohonan orang yang
berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka
hendaklah mereka menyahut seruanKu
(dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah
mereka beriman kepadaKu supaya mereka
mendapat petunjuk”.
4. Setiap manusia yang hidup pada waktu ini
akan memasuki Ramadhan. Muslim dan juga bukan
muslim. Mereka yang berpuasa dan juga mereka
yang bermaksiat. Apakah setiap orang
dimustajabkan doa mereka pada bulan Ramadhan?
Sudah pasti bukan demikian fahaman yang betul.
172
Himpunan Tazkirah Ramadan
Doa dimustajabkan apabila insan itu berpuasa.
Puasa itu mendatangkan pahala. Puasa itu juga
mendidik rohani agar tunduk kepada kehendak
Allah. Puasa menyuburkan keikhlasan dalam jiwa.
Lantas puasa membentuk kekhusyukan yang luar
biasa. Dengan itu doa orang yang berpuasa
dimustajabkan.
5. Sesiapa yang berpuasa dalam ertikata yang
sebenar akan dapat merasai perbezaan jiwanya.
Lebih mendalam dia menghayati puasanya pada
hati, lidah dan tingkah laku, maka bertambahlah
kekhusyukan jiwanya. Bertambah pula sayang
Allah kepadanya. Apabila dia berbuka puasa, dia
telah menyempurnakan arahan Allah. Sayang Allah
melimpah kepadanya. Maka Nabi SAW bersabda:
Berdoa ketika berbuka. Ini berdasarkan hadis Nabi
SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa
yang tidak ditolak ketika dia berbuka”.
(Riwayat Ibn Majah, al-Hakim dalam al-
Mustadrak, al-Baihaqi dll. Sanadnya pada
nilaian hasan dan ke atas. Ahmad Syakir
dalam ‘Umdah al-Tafsir menilainya sahih)
173
Himpunan Tazkirah Ramadan
6. Al-Munawi menukilkan satu pendapat yang
menyebut:
“Dikhususkan untuk umat ini mengenai doa
dalam firman Allah dalam surah Al-Ghafir, ayat
60: Maksudnya: “Berdoalah kepadaKu nescaya
Aku mustajabkan untuk kamu”. Itu asalnya
untuk para nabi. Kemudian diberikan kepada
umat ini apa yang diberikan kepada para
nabi AS. Namun, urusan umat ini bercampur
baur disebabkan nafsu menguasai jantung
hati mereka maka ia pun terhijablah. Maka,
puasa itu mencegah nafsu. Apabila seseorang
meninggalkan syahwatnya, maka bersihlah
jantung hatinya serta bersinarlah cahaya
maka dimustajabkan doa. Maka hadis ini dan
yang seumpamanya hanya untuk sesiapa
yang telah menunaikan hak puasa dengan
sebenarnya. Dia memelihara lidah, jiwa dan
perbuatannya”.
(Al-Munawi, Faidh al-Qadir 2/634, Beirut: Dar
al-Kutub al-‘Ilmiyyah)
174
Himpunan Tazkirah Ramadan
Justeru, Ramadhan bulan diberkati. Puasa pula
menjadikan kita bersih jiwa dan nurani. Gabungan
keberkatan bulan dan kebersihan jiwa menjadikan
doa kita mustajab. Jika sekadar bulan yang
diberkati sedangkan jiwa kita tetap kotor, maka janji
Allah ini mungkin tidak untuk kita.
175
HHiimmppuunnaannTTaazzkkiirraahhRRaammaaddaann
TAZKIRAH
27
MEMELIHARA KEMUFLISAN PAHALA
RAMADHAN27
1. Puasa sebenarnya satu latihan (tarbiyah)
dalam hidup muslim. Ia seperti sebuah institusi
latihan yang bertujuan membentuk disiplin para
peserta. Bukan sekadar untuk diamalkan ketika
berkursus sahaja, tetapi untuk dibawa ke dalam
kehidupan sebenar selepas tamat kursus. Ini seperti
juga ibadah haji dan umrah.
Seseorang yang sedang berada dalam ibadah-
ibadah ini disuruh mematuhi pantang larang
tertentu sepanjang tempoh berkaitan. Maka
27 Tazkirah ini disediakan oleh Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri
Zainul Abidin
176
Himpunan Tazkirah Ramadan
seseorang yang berpuasa, seperti dalam ihram
haji dan umrah tidak boleh bertengkar dalam
perkara yang sia-sia, tidak boleh mencerca, tidak
boleh mengucapkan perkataan yang buruk dan lain-
lain.
2. Walaupun perkara-perkara itu sememang
tidak sepatutnya dilakukan dalam semua keadaan,
namun oleh kerana ramai manusia yang gagal
mematuhi peraturan Allah dalam hal tersebut,
maka setiap tahun dalam bulan Ramadhan, kita
semua dimasukkan ke dalam pusat latihan atau
tarbiyyah Ramadhan untuk kita kembali menghayati
disiplin tersebut.
Ia satu program latihan ilahi (tarbiyah
rabbaniyyah). Ramadhan satu latihan Tuhan selama
sebulan bagi membolehkan kita berdisplin dalam
menjalani kehidupan pada sebelas bulan yang lain.
Kita diajar dalam tempoh latihan ini untuk menjaga
tindakannya demi memelihara pahala ibadah.
Jika kita gagal, kita akan kehilangan pahala dan
kehalusan jiwa yang mendekati Allah.
177
Himpunan Tazkirah Ramadan
Nabi SAW bersabda:
�ا،ٌََمفِإَََّفنأْلَُهيَ ُحقِِْيد ُلل َِْإكونَِّأَينَف��ل َااَأَْيمُْْ�جرُِفٌزؤ ْثيَ ِصَباوِِئهل،ِ لو،ُْ َأَ ِإكََّحَ ٌلند َياَْلأ ْو ِّوُمص ََقيااََتََصم، َ َدَ َسومِاإَّ َبَ ُذُهلا،اُْب َفِجِنَّإن� ٌْةنآ،ََُيوُّاْلكص َِّ َصخََيع ِاْ ُملب
Ertinya: “Setiap amalan anak Adam baginya
kecuali puasa, maka sesungguhnya ia bagiKu
dan Aku yang membalasnya dan puasa
merupakan perisai, apabila seseorang kamu
berpuasa maka janganlah ia bercakap yang
cela, bertempik dan sekalipun dimaki oleh
seseorang atau diperanginya maka hendaklah
berkata: Sesungguhnya aku berpuasa, demi
yang jiwa Muhammad ditangannya maka
bau mulut orang yang berpuasa terlebih
harum di sisi Allah dari bau kasturi. Bagi
orang yang berpuasa mempunyai dua
kegembiraan. Apabila berbuka dia merasa
gembira dengan berbukanya dan apabila
bertemu Allah dia merasa gembira dengan
puasanya”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
178
Himpunan Tazkirah Ramadan
3. Kehilangan pahala adalah sesuatu yang
amat merugikan. Jika kita faham betapa berertinya
pahala bagi seorang insan yang akan bertemu
Tuhan, kita akan dapat menilai besarnya erti pahala.
Pahala membawa ke syurga, sementara dosa
membawa ke neraka.
Jika puasa itu diandaikan sebagai satu
pekerjaan dan pahala sebagai gajinya, maka
perlanggaran pantang larang itu sebagai
pengurangan atau pemotongan gaji. Namun
pahala lebih bererti daripada gaji dalam kehidupan
duniawi ini. Ramai orang yang beramal dalam
dunia ini pulang kepada Allah pada Hari Kiamat
kelak dalam keadaan muflis kerana kehabisan
pahala amalan disebabkan dosa-dosanya kepada
orang lain.
Nabi SAW bersabda:
،يم� َْ َنويَْقََو َذلم َ ِادْلْف ِرق َََيهَاهَ َذَماُِةل،ََ ي�اسْ َُقِلْمْفدِْلنَ ُُشأَتَّسَم�ِت ِفي َ�يهََنَيذاأْ�اِت:اُُللَ ْوفوَِيلأاْ� ِت،َوَُِإز َّسَنك؟ٍةاَْق:لِل، ِا َصفََايْقااٍُ َلم ْف،َان ََعوَم،ِبََأَوتََْصدَلُرلَ ٍموةَت
179
Himpunan Tazkirah Ramadan
َف ُي ْع َط، َو ضَ َ� َب َه َذا، َو َس َف َك َد َم َه َذا،َو َأ َ َك َما َل َه َذا
،َي�َفُِإ ْهْنَف َفُِطنَِير َْحت ْ َتح ََعسََلنْياُِته ُه،ِمَحْ َنس ََناخِت َِطها ََعوَل َْيه َِهذ ُاأ ِِمخ َْذن َه َذا
ِف ي� ال َّنا ِر ثُ َّ� ُط ِر َح ،َح َس َناِت ِه َِأم ْ ْنن َق ْب َل
ُي ْق�ضَ َما
Ertinya: “Tahukah kamu siapakah orang yang
muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis
dalam kalangan kami ialah sesiapa yang
tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda:
“Orang yang muflis dalam umatku ialah
sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti
bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah
memaki seseorang, menuduh seseorang,
memakan harta seseorang, menumpah darah
seseorang dan memukul seseorang. Lalu
diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya.
Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat
dilangsaikan kesalahannya, maka diambil
dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya
lantas dicampakkan dia ke dalam neraka”
(Riwayat Muslim)
180
Himpunan Tazkirah Ramadan
4. Lidah adalah punca terbesar kita kehilangan
pahala. Puasa jika dapat mendidik lidah kita
daripada mencerca, dusta, menuduh dan memaki
hamun orang lain, maka itu satu kejayaan yang
besar dalam latihan ini. Manusia yang beradab tidak
mengeluarkan kata-kata kesat dari mulutnya.
Dia mungkin tegas, pedas dan tajam
penghujahannya, tetapi tidak dusta, kesat dan buruk
perkataan. Muslim yang baik tidak menzalimi orang
dengan lidah dan anggotanya, samada pada bulan
Ramadhan, ataupun selain Ramadhan. Nabi SAW
bersabda:
َو ِق َتا ُ ُل ُك ْف ٌر،ِس َبا ُب الُم ْس ِ ِل ُف ُسو ٌق
Ertinya: “Memaki orang muslim itu perbuatan
fasik dan memeranginya perbuatan kufur”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
181
Himpunan Tazkirah Ramadan
5. Justeru, Ramadhan mendidik kita menjaga
perkataan. Ini termasuklah antara pasangan
suami isteri. Ada orang yang memelihara lidahnya
daripada memaki orang lain, tetapi tidak kepada
isterinya ataupun suaminya. Padahal kepada
isteri atau suami lebih patut dijaga kerana mereka
adalah pasangan kita dan ada perintah-perintah
khusus dalam al-Quran dan al-Sunnah untuk
menjaga hubungan dengan mereka. Maka
peliharalah dari kemuflisan pahala.
182
HHiimmppuunnaannTTaazzkkiirraahhRRaammaaddaann
TAZKIRAH
28
RAMADHAN MADRASAH AL-QURAN28
1. Bulan Ramadhan ialah penghulu bulan.
Apabila ia disebut sebagai penghulu, maka bererti
ia melebihi dari bulan-bulan yang lain dari sudut
fadilat dan kelebihannya. Di antara kelebihan bulan
Ramadhan ialah Allah menurunkan al-Quran di
dalam bulan ini. Firman Allah di dalam surah Al-
Baqarah ayat 185:
َوَب ِّي َنا ٍت ِلل َّنا ِس اْل ُق ْر َآ ُن ُه ًدى اَّل ِذ ِيم ُأَنْنزِ� َاْ ُلل َِفدي ِهى َر َم َضا َن شَ ْ� ُر
.َواْل ُف ْر َقا ِن
28 Tazkirah ini disediakan oleh: Nor Faezah Binti Hassan, Pega-
wai Institut Sunnah & Irsyad, Jabatan Mufti Negeri Perlis.
183
Himpunan Tazkirah Ramadan
“Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan
al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian
manusia, dan menjadi keterangan-keterangan
yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan)
perbezaan antara yang benar dengan yang
salah”.
2. Oleh itu, marilah kita bersama-sama
mengambil peluang untuk meletakkan al-Quran di
kedudukannya yang sebenar di bulan Ramadhan
ini. Al-Quran adalah kitab untuk dibaca, ditadabbur,
diamalkan, dijadikan hukum, dijadikan perlembagaan
dan sebagainya.
3. Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat
praktikal untuk menambah amal ibadah termasuklah
membaca al-Quran. Pada bulan Ramadhan, umat
Islam tidak perlu makan tengahari, para suri rumah
pula tidak perlu menyediakan makanan tengah
hari seperti hari-hari lain. Berikut adalah cadangan-
cadangan agar kita mempunyai jadual yang
tersusun serta dapat menjadikan al-Quran sebagai
madrasah untuk diaplikasikan dalam bulan yang
mulia ini.
184
Himpunan Tazkirah Ramadan
i. Membuat jadual membaca al-Quran
sepanjang bulan Ramadhan.
Kadangkala bagi sesetengah orang, untuk
menghabiskan bacaan al-Quran dalam satu bulan
Ramadhan terasa berat. Namun jika dibahagikan satu
hari satu juzuk, mungkin akan terasa lebih ringan.
Misi menamatkan bacaan al-Quran sepanjang
bulan Ramadhan akan terasa mudah dan praktikal
jika jumlah halaman ini dirancang dan dibahagikan
mengikut jadual yang ditetapkan. Jika kita dapat
mendisiplinkan setiap kali sebelum dan selepas solat
dengan membaca hanya 5 halaman, insya Allah
kita akan dapat mengkhatamkan al-Quran sebelum
Ramadhan berakhir.
Sasaran menamatkan bacaan al-Quran
sekurang-kurangnya sekali sepanjang Ramadhan
bukanlah suatu misi yang mustahil. Generasi awal
Islam (salafus soleh) telah membuktikan, bahawa
mereka dapat melakukan lebih baik dari kita.
Semangat mereka membaca al-Quran sebanyak-
banyaknya tidak lain tidak bukan semata-mata
ghairah untuk meraih pahala dan ganjaran yang
banyak dari Allah.
185
Himpunan Tazkirah Ramadan
Nabi menyebutkan setiap huruf diberikan 10
ganjaran. Ditambah pula pada bulan Ramadhan
setiap amalan digandakan 10 kali ganda lagi. Maha
Suci Allah, benar-benar sungguh Allah itu Maha
Pemurah kepada hamba-hambanya.
Disebutkan juga dalam sebuah hadith yang
lain tentang ganjaran membaca al-Quran, Sahabat
Uqbah bin Amir menceritakan,
“Nabi Muhammad keluar sedangkan
kami berada di Suffah, lalu beliau berkata,
‘Siapakah diantara kalian yang mahu pergi
ke Buth-han atau ‘Aqiq setiap hari dan
membawa pulang dua ekor unta yang
gemuk, tanpa melakukan dosa dan
memutuskan silaturrahim? Kami berkata, ‘Kami
semua mahu, wahai nabi Allah’. Lalu beliau
menyambung, ‘Kalau begitu, kenapa kalian
tidak mahu pergi ke masjid untuk belajar atau
membaca dua ayat dari kitab Allah. Itu lebih
baik dari dua ekor unta, dan tiga ayat lebih
baik dari tiga dan empat ayat lebih baik dari
empat dan sejumlah unta’.
(Riwayat Muslim)
186
Himpunan Tazkirah Ramadan
ii. Meletakkan al-Quran diruangan yang
mudah dilihat.
Sekiranya kita memang seorang yang susah
membelek al-Qur’an, antara cadangan yang boleh
kita lakukan adalah meletakkan mushaf al-Quran
beserta terjemahan di ruangan yang mudah dilihat
dan mudah dicapai.
Letakkan mushaf ini di tempat-tempat yang
kita selalu berada seperti di bilik tidur, di ruang
tamu, di dalam kereta, di pejabat dan di dalam beg
tangan bagi wanita atau beg kerja bagi lelaki. Lebih
afdal al-Quran beserta terjemahan itu saiz berukuran
kecil supaya mudah untuk di bawa kemana-mana.
iii. Memanfaatkan waktu-waktu senggang
dan waktu-waktu menunggu untuk
membaca al-Quran.
Tanpa kita sedari, setiap hari kita akan
membiarkan masa-masa senggang berlalu begitu
sahaja. Antara waktu yang boleh kita isikan dengan
bacaan al-Quran ialah ketika berada di dalam
kenderaan sewaktu perjalanan pergi dan balik dari
187
Himpunan Tazkirah Ramadan
kerja, ketika menunggu kenderaan awam, ketika
melakukan apa-apa urusan, seperti menunggu di
pejabat pos, klinik dan kaunter-kaunter perkhidmatan
dan lain-lain.
Sekiranya dihitung dan dikumpulkan waktu
yang kita bazirkan boleh mencecah berjam-jam
setiap hari. Oleh itu, seandainya kita tidak membawa
mushaf setiap masa, kita juga boleh mengulang
surah-surah yang pendek, atau surah-surah yang
sudah dihafal agar masa yang terluang dapat diisi
dengan bacaan al-Quran.
iv. Mengurangkan kegiatan lain yang kurang
memberi manfaat.
Di sepanjang bulan Ramadhan ini, marilah
kita bersama-sama memaksimumkan masa
sepenuhnya supaya kita boleh memberikan fokus
yang lebih terhadap amal ibadah seperti
mengurangkan aktiviti menonton rancangan yang
tidak bermanfaat ditelevisyen serta membaca
segmen akhbar dan majalah yang kurang penting.
188
Himpunan Tazkirah Ramadan
Kadangkala, hampir kebanyakan masa yang
dihabiskan untuk menonton sebuah drama atau
filem bersama iklan-iklannya boleh digunakan untuk
menghabiskan bacaan satu juzuk al-Quran.
v. Memanfaatkan teknologi yang sedia ada
berkaitan al-Quran.
Kecanggihan teknologi yang semakin pesat
ini lebih memudahkan untuk kita memanfaatkan
masa yang ada untuk membaca al-Quran,
bertadabbur ayat-ayat al-Quran supaya dapat
dimanfaatkan sebagai satu ibadah seperti
memuat turun aplikasi yang boleh didapati secara
percuma antaranya aplikasi al-Quran.
Melalui muat turun aplikasi ini, antaranya akan
memudahkan kita agar tidak lagi perlu membawa
satu mushaf yang tebal dan berat untuk dibaca,
bahkan kita boleh membuka aplikasi ini dimana-
mana sahaja.
4. Akhir kata, hendaklah kita menjadikan
Ramadhan kali ni sebagai madrasah untuk
menghidupkan bulan yang mulia ini dengan
189
Himpunan Tazkirah Ramadan
tilawah, tadarus serta mengamalkan al-Quran
sepenuhnya. Hal ini kerana pada bulan ini syaitan-
syaitan penghasut manusia telah dibelenggu. Inilah
peluang untuk kita meraih taqwa dan ganjaran
pahala amal ibadat yang telah dijanjikan oleh
Allah SWT untuk hamba-hamba-Nya yang beriman.
Allahu’alam.
190
HHiimmppuunnaannTTaazzkkiirraahhRRaammaaddaann
TAZKIRAH
29
RAIKAN SYAWAL DENGAN KEGEMBIRAAN29
1. Kita telah berada di penghujung Ramadhan
dan insyaAllah kita akan menyambut serta
meraikan Aidilfitri pada tanggal 1 Syawal setelah
berlalunya Ramadhan. Namun, apakah konsep
sebenar sambutan hari raya mengikut pandangan
Islam?
2. Masyarakat Melayu kita sering mengaitkan
hari raya dengan hari kesedihan. Perkara ini
diransang tambah oleh media kita. Apabila tiba hari
raya, takbir raya ala Melayu berirama sedih, alunan
melodinya mendayu dan mengundang airmata.
Drama dan cerita dalam media akan dikaitkan
29 Tazkirah ini disediakan oleh SS Dato’ Dr MAZA
191
Himpunan Tazkirah Ramadan
dengan kisah-kisah sedih dan pilu, puisi dan lagu
juga begitu. Apakah hari raya dalam Islam hari
sedih, atau hari kemenangan dan kegembiraan?
3. Hari raya dalam Islam bukan sekadar
tradisi atau cetusan idea mana-mana pihak. Ia
adalah syariat yang diturunkan oleh Allah dan ada
hukum-hakamnya yang tersendiri. Di samping ia
adalah hari yang Allah peruntukkan untuk kaum
Muslimin membesarkan Allah, ia juga adalah hari
kemenangan dan kegembiraan. Firman Allah dalam
surah al-Baqarah, ayat 185 yang maksudnya:
“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya
diturunkan (permulaan) Al Qur’an sebagai
petunjuk bagi manusia dan penjelasan-
penjelasan mengenai petunjuk itu dan
pembeda (antara yang hak dan yang batil).
Karena itu, barang siapa di antara kamu
hadir (di negeri tempat inggalnya) di bulan
itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan
itu, dan barang siapa sakit atau dalam
perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah
baginya berpuasa), sebanyak hari yang
ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain.
192
Himpunan Tazkirah Ramadan
Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan
tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan
hendaklah kamu mencukupkan bilangannya
dan hendaklah kamu mengagungkan Allah
atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu,
supaya kamu bersyukur”
Ayat ini menjelaskan tentang kedatangan hari
raya adalah tanda syukur atas nikmat kurniaan
Allah. Maka kita disuruh bertakbir membesarkan
Allah pada hari raya. Ini semua tanda kejayaan dan
kegembiraan.
4. Nabi SAW menunjukkan penghayatan hari
raya pada zaman baginda penuh dengan
kegembiraan dan ceria. Kata Ummu Atiyyah RA:
“Rasulullah SAW memerintahkan kami (kaum
wanita) keluar pada hari raya fitri dan adha;
termasuk para gadis, wanita haid, anak dara
sunti. Adapun mereka yang haid tidak
menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan
dan seruan kaum muslimin”.
(Riwayat al-Bukhari)
193
Himpunan Tazkirah Ramadan
5. Nabi SAW dalam sunnahnya menunaikan
solat hari raya di tanah lapang, sehingga
memungkinkan setiap individu menyertai
kemenangan dan kegembiraan pada hari tersebut.
Adalah penting untuk memperlihatkan kekuatan,
perpaduan, kejayaan dan kebahagiaan hidup kaum
Muslimin pada hari raya.
6. Takbir hari raya adalah takbir yang
bersemangat, bukan berirama sedih seperti takbir
kita. Cubalah dengar takbir hari raya di dunia Arab,
lain iramanya.
7. Di sudut hiburan pula, ruang yang luas
Islam berikan untuk insan Muslim bergembira,
syaratnya jangan menyanggahi syariat. Islam
agama yang luhur lagi memahami jiwa insan yang
berbagai. Hiburan bukan satu kewajipan, tetapi satu
ruang atau sudut yang kadang-kala diperlukan oleh
insan dalam keadaan tertentu, atau membantu
seseorang menikmati kehidupan dunia ini.
8. Sesiapa yang tidak mahu, tidak mengapa
tetapi jangan dihalang orang menikmatinya. Hari
raya adalah hari gembira. Hiburan dengan disiplin
194
Himpunan Tazkirah Ramadan
dan adab yang baik merangsang kegembiraan
itu, maka bertambah meriah hari raya yang
diperuntukkan agama untuk kita. Dalam hadis
daripada isteri Rasulullah SAW Ummul Mukminin
‘Aishah RA:
“Bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu
Bakr masuk ke rumahnya (rumah Aisyah)
dan Nabi SAW berada di sisinya. Ketika itu
ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi
mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath
(peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu
Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak
dua kali). Nabi SAW bersabda: “Biarkan mereka
wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan
sesungguh hari ini adalah hari raya kita”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
9. Hiburan adalah hak inovasi dan kreativiti
insan yang diizinkan selagi tidak menyanggahi
prinsip dan hukum yang Islam tetapkan. Apatah
lagi baginda Nabi SAW apabila mengizinkan hal ini
menyebutkan pada hari berkenaan:
195
Himpunan Tazkirah Ramadan
“Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam
agama kita ada keluasan. Sesungguhnya
aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi
mudah”.
(Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani)
10. Hari raya di dalam Islam adalah hari
gembira, bukan hari sedih dan duka seperti yang
selalu ditonjolkan oleh drama dan lagu Melayu
menjelang hari raya. Apa sahaja aktiviti yang
merangsang suasana gembiara dan tidak
menyanggahi syarak, adalah digalakkan pada hari
raya. Ini termasuklah kuih-muih, ziarah-menziarahi,
duit dan hadiah raya, juga nyanyian dan hiburan.
Islam adalah agama lurus tapi mudah dan praktikal
untuk kehidupan insan.
196