The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SeMenTA Digital Library, 2022-04-07 07:01:20

HIMPUNAN TAZKIRAH RAMADAN

RAMADAN

Himpunan Tazkirah Ramadan

ibadah dan meninggalkan segalalarangan Allah
swt.Sabda Rasulullah saw:

‫ُح َّف ِت اجل َّن ُة ب�لَمكا ِر ِه و ُح َّف ِت ال َّنا ُر ب�ل شَّ�وا ِت‬

Ertinya: Dikelilingi syurga dengan perkara yang
tidak disukai dan dikelilingi neraka dengan
keinginan syahwat.

(Riwayat Muslim)

101

HHiimmppuunnaannTTaazzkkiirraahhRRaammaaddaann

TAZKIRAH

16

PUASA DAN MENAHAN DIRI
DARIPADA DOSA16

1. Ramadhan ialah bulan yang penuh dengan
keberkatan, kerahmatan dan keampunan yang
Allah SWT kurniakan kepada seluruh umat Nabi
Muhammad SAW. Matlamat Allah SWT mengurniakan
bulan Ramadhan yang mulia ini, adalah bagi
mendidik kita menjadi hamba yang bertakwa
kepada Tuhan yang Maha Agung.

2. Hal ini seperti mana Allah SWT berfirman
dalam surah al-Baqarah ayat 183:

16 Tazkirah ini disediakan oleh Ustaz Hanafy Bin Zakaria
102

Himpunan Tazkirah Ramadan

‫َي� َأ يُّ َ�ا اَّل ِذي نَ�اَّلآ َِمذيُن نَو�ا ُِمك ِْتن َ َق ْبب ِل َ ُع َل ْْيك َُل َُعك َّلاُل ْ ِّكصََتيَّتاُُقمو ََنَكا ُك ِت َب َع َل‬

Maksud: “Hai orang-orang yang beriman,
diwajibkan atas kamu berpuasa sebagai
mana diwajibkan atas orang-orang sebelum
kamu agar kamu bertakwa”.

Berdasarkan ayat yang dibacakan, kita
dapat fahami bahawa Ramadhan ibarat sebuah
madrasah,atau pusat pendidikanyang menyediakan
modul pembelajaran,dan sukatan untuk mencapai
segala objektif ketakwaan kepada Pencipta
Yang Maha Esa. Antara modul yang terpenting dalam
bulan ini ialah puasa.

3. Puasa ialah ibadah yang menyucikan
jiwakerana orang yang berpuasa perlu
mengorbankan keinginan hawa nafsunya, dengan
meninggalkan segala perkara yang dilarang oleh
Allah SWT, dan usaha melaksana segala perintahNya.
Disamping itu, puasa juga mempunyai nilai yang

103

Himpunan Tazkirah Ramadan

sangat tinggi disisi Allah Azzawajalla, sebagaimana
Allah SWT berfirman dalam hadis Qudsi:

‫�ا‬،ٌَ‫َمفِإَََّفنأْلَُهيَ ُحقِِْيد ُلل َِْإكونَِّأَينَف��ل َااَأَْيمُْْ�جرُِفٌزؤ ْثيَ ِصَباوِِئهل‬،ِ ‫لو‬،ُْ ‫َأَ ِإكََّحَ ٌلند َياَْلأ ْو ِّوُمص ََقيااََتََصم‬،‫ َ َدَ َسومِاإَّ َبَ ُذُهلا‬،‫اُْب َفِجِنَّإن� ٌْةنآ‬،‫ََُيوُّاْلكص َِّ َصخََيع ِاْ ُملب‬

Ertinya: “Setiap amalan anak Adam
(manusia) adalah untuknya melainkan puasa,
sesungguhnya puasa itu untuk Aku dan Aku
sendiri yang memberi balasannya. Puasa
adalah benteng, dan apabila salah seorang
di antara kamu sedang melaksanakan
puasa, janganlah dia berkata-kata lucah dan
bertengkar, jika ada orang lain yang memakinya
atau ingin bergaduh dengannya, maka
hendaklah dia mengatakan “aku berpuasa”.

(Riwayat: al-Imam al-Bukhari & al-imam
Muslim)

104

Himpunan Tazkirah Ramadan

4. Rasulullah SAW telah menegaskan bahawa
hakikat berpuasa adalah dengan menahan diri
daripada segala perbuatan dosa sebagaimana
dalam sebuah hadis yang sahih, baginda SAW
bersabda:

�‫ َس ِ َّ ِل َحا َج ٌة ِف ي‬.‫� َافََبل ُْيه‬،َ ‫َم ْن َ ْل َي َد ْع َق ْو َ َلأ ْانل ُّ َزي َودِرَع َو َاطلَ َععا ََمم َُهل َ ِبو ِشَه‬

Ertinya: “Sesiapa yang tidak meninggalkan
perkataan yang keji dan beramal dengan-
Nya, maka Allah tidak berhajat untuk dia
meninggalkan makan dan minumannya”.

(Riwayat: Bukhari, Abu Daud, al-Tirmizidan
An-Nasa’i)

Berdasarkan hadis diatas, jelas bahawa puasa
bukanlah sekadar menahan lapar dan dahaga
semata-mata, akan tetapi puasa yang Allah
inginkan dari para hamba-Nya ialah puasa
yang dilaksanakan dengan penuh perasaan
muraqabatullah (diawasi oleh Allah SWT).

105

Himpunan Tazkirah Ramadan

5. Oleh yang demikian, wajib keatas orang
yang berpuasa untuk menjaga diri daripada segala
anasir-anasir yang boleh mencemarkan ibadah
puasanya bahkan merosakkannya. Dia hendaklah
memelihara lidahnya, matanya, telinganya, tangan
dan kakinya dan seluruh anggota badannya
daripada perkara yang diharamkan oleh Allah SWT
dan menjadikan puasanya itu sebagai benteng
untuk memelihara dirinya daripada azab Allah SWT.

Ulama salaf berkata:

Ertinya: “Puasa diterima oleh Allah selagi
mana anggota badannya berpuasa daripada
perbuatan maksiat”.

6. Oleh hal yang demikian, sangat tidak wajar
bagi seseorang yang sanggup meninggalkan
makan dan minum, sedangkan keduanya itu
dihalalkan sepanjang tahun selain bulan Ramadhan,
tetapi dia tidak meninggalkan maksiat, sedangkan
maksiat itu Allah haramkan sepanjang hayat.

Oleh itu, orang yang berpuasa hendaklah
berusaha menahan dirinya daripada segala

106

Himpunan Tazkirah Ramadan

perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT disamping
melaksanakan segala perintah-Nya agar tergolong
dalam golongan insan-insan yang bertakwa.

107

HHiimmppuunnaannTTaazzkkiirraahhRRaammaaddaann

TAZKIRAH

17

DARI RAMADHAN KE RAMADHAN17

Sabda Nabi SAW:

‫ِإ َل‬ ‫ َو َر َم َضا ُن‬،‫ا ْجُل ُم َع ِة‬ ‫ل‬،‫ا ٌَوتا َْجُمل ُامََب ْعي نَُةُ� ِإَّ َن‬،‫ ْ خَلُ ْمم َك ُِّف َسر‬،‫ال َّصََلرََوما َ ُضات َنا‬
�َ ِ‫ِإ َذا ا ْج َت َن َب اْل َك َبائ‬

Ertinya: “Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat
dan Ramadhan ke Ramadhan adalah
pengampunan dosa di antaranya, selagi
mana tidak dikerjakan dosa besar”.

17 Tazkirah ini disediakan oleh Mohd Azri Bin Mohd Nasaruddin.
108

Himpunan Tazkirah Ramadan

1. Setiap kali sampainya bulan Ramadhan, kita
melihat masyarakat menggiatkan ibadah mereka
kepada Allah SWT. Masjid-masjid tampak penuh,
melengkapkan ibadah puasa yang dilakukan pada
siang harinya. Malahan, tidak kurang juga dari
masyarakat yang bangun pada malam harinya,
dalam usaha dan kesungguhan, untuk mencari
malam lailatul qadar.

Alhamdulillah, tidak keterlaluan jika dikatakan,
bahawa ibadah masyarakat meningkat dengan
baik pada setiap kali sampainya bulan Ramadhan.

2. Namun, ingin diingatkan disini, apakah
yang berlaku pada bulan-bulan SELAIN dari bulan
Ramadhan? Apakah kita turut giat beribadah
kepada Allah? Apakah amalan-amalan puasa
sunat diteruskan? Apakah solat-solat malam kekal
dihidupkan?

Dan yang lebih penting, apakah dosa-dosa,
yang ditinggalkan pada bulan Ramadhan, gara-gara
kekhuatiran bahawa perlakuan itu mengurangkan
pahala puasa, akan terus ditinggalkan pada bulan-
bulan berikutnya, sehinggalah sampai ke bulan
Ramadhan yang berikutnya?

109

Himpunan Tazkirah Ramadan

3. Hakikat inilah yang perlu diberikan perhatian.
Bukan sahaja amal ibadah, yang ditingkatkan pada
bulan Ramadhan itu, sesuatu yang terpuji, bahkan
yang lebih baik daripada itu, adalah kita kekal
istiqamah di dalamnya. Dengan kata lain, kita
meneruskan amalnya dengan kadar yang
barangkali dalam kemampuan.

Sebagai contoh, solat witir walaupun satu
rakaat, tetapi dikerjakan saban malam. Atau
berpuasa tiga hari sebulan, tetapi dikerjakan setiap
bulan. Atau sedekah sehari RM 2 kepada masjid-
masjid yang diziarahi, tetapi dikeluarkan setiap hari.
Atau solat berjemaah di masjid, pada waktu solat
yang sebelum ini kerap ditinggalkan berjemaah,
seperti waktu subuh.

Amalan-amalan sebegini, jika difikirkan,
adalah jauh lebih mudah dari berpuasa sebulan
penuh, berdiri setiap malam untuk bertarawih, atau
berinfaq ribuan ringgit, yang dilakukan dengan
sepenuh hati pada setiap kali Ramadhan.

110

Himpunan Tazkirah Ramadan

4. Istiqamah merupakan kunci amalan dicintai
Allah. Daripada Aisyah RA meriwayatkan, sabda
Nabi SAW:

‫َأ َح ُّب اْ أَل ْ َعا َل ِإ َل الل ِه َأ ْد َو ُ َما َو ِإ ْن َق َّل‬

“Amalan yang paling dicintai Allah adalah
amalan yang berterusan, walaupun ianya
dikerjakan dengan kadar yang sedikit”.

(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Dari hadis ini, dapat kita fahami bahawa
berterusan di dalam beribadah, adalah lebih dicintai
Allah, dari amalan yang dibuat dengan kadar yang
banyak, namun dikerjakan sekali-sekala, atau dalam
perbincangan ini, cuma setahun sekali sahaja.

5. Begitulah juga halnya, jika kita perhatikan
dengan perlakuan dosa pada bulan Ramadhan.
Setiap kali sampainya bulan puasa, kita dinasihatkan
supaya tidak melakukan perkara, yang boleh
mengurangkan pahala puasa, seperti perbuatan
mengumpat dan bersikap panas baran, hendaklah

111

Himpunan Tazkirah Ramadan

dihindari ketika berpuasa. Begitu juga perlakuan
yang dilihat sebagai dosa kecil dan ‘tidak mengapa’
diamalkan, seperti tidak menjaga pandangan
mata dan membazir.

Pesanan dan nasihat untuk kita hindari
kesemua ini selalu kita dengari pada bulan puasa.
Namun, marilah kita sedar dan fahami, bahawa
apa-apa yang mengurangkan pahala berpuasa,
ianya juga merupakan satu dosa di sisi Allah SWT
pada bulan lainnya.

6. Sepatutnya, lantunan amal soleh, dan usaha
memelihara diri dari melakukan dosa, yang dipelajari
dan diamalkan pada bulan Ramadhan, perlulah
diteruskan ke bulan-bulan yang berikutnya. Ini
kerana catatan amalan manusia, berdasarkan nilai
dosa dan pahala yang digarapkan di dalam syariat
Allah, berlaku pada sepanjang masa, tidak terhenti
hanya pada bulan Ramadhan. Inilah fakta yang
perlu kita renungi, fahami, dan meletakkannya
dalam usaha memperbaiki amalan soleh kita
walaupun di luar bulan Ramadhan.

112

Himpunan Tazkirah Ramadan

7. Oleh itu, marilah kita bersama-sama,
berazam, agar diteruskan amalan Ramadhan ini
pada bulan-bulan yang berikutnya. Marilah kita
turut menyimpan azam, bahawa amalan ini akan
diteruskan sehingga kita sampai ke Ramadhan
berikutnya insyaAllah.

Begitu juga, kita berusaha menjauhkan diri
dari perlakuan dosa di luar waktu Ramadhan.
Samada dosa besar, atau dosa-dosa kecil, yang
selama ini dilihat sebagai remeh. Sesungguhnya
tawaran pengampunan pada bulan Ramadhan
adalah sangat-sangat lumayan.

Oleh itu, janganlah kita mengambil ringan
dengan mencemarkan peluang ini dengan
perlakuan dosa. Kuatkanlah amalan, dan peliharalah
kesempurnaan amalan-amalan tadi dengan
meninggalkan perbuatan kederhakaan kepada
Allah SWT. Mudah-mudahan perantaraan Ramadhan
kali ini, benar-benar menjadi pengampunan dosa
bagi kita.

113

HHiimmppuunnaannTTaazzkkiirraahhRRaammaaddaann

TAZKIRAH

18

TARBIYAH DIRI DI BULAN RAMADHAN: MARI
JAUHI SIKAP BURUK SANGKA (SU'U DZAN)18

1. Ramadhan adalah bulan latihan dan bulan
untuk melahirkan seorang individu muslim yang
benar-benar bertakwa kepada Allah SWT
sebagaimana firmanNya di dalam surah al Baqarah :

�َ‫َي� َأ يُّ َ�ا اَّل ِذي نَ� آ َم ُنوا ُك ِت َب َع َل ْي ُ ُك ال ِّص َيا ُم َ َكا ُك ِت َب َع َل اَّل ِذي ن‬
‫ِمن َق ْب ِل ُ ْك َل َع َّل ُ ْك َت َّت ُقو َن‬

18 Tazkirah ini disediakan oleh Ustaz Roslan bin Esa
114

Himpunan Tazkirah Ramadan

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang
beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang
sebelum kamu agar kamu bertakwa”.

(Al- Baqarah: 183)

2. Setiap muslim diajar dalam tempoh latihan
ini untuk menjaga tindakannya demi memelihara
pahala ibadahnya. Jika dia gagal, dia akan
kehilangan pahala dan kehalusan jiwa mendekati
Allah SWT

3. Buruk sangka sesama muslim adalah antara
penyakit hati yang boleh mengurangkan pahala
ibadat puasa di bulan Ramadhan. Buruk sangka
(su'u dzan) adalah suatu penyakit hati yang boleh
menyerang sesiapa sahaja.

4. Bahkan apabila adanya buruk sangka (su'u
dzan) pada diri seseorang, maka sudah pasti
timbul pula keinginan untuk mencari kesalahan
seseorang sehingga terbukalah kesalahan, aib atau
kelemahan seseorang itu

115

Himpunan Tazkirah Ramadan

5. Hanya keimanan dan ketaqwaan yang
kukuh mampu mengatasi rasa buruk sangka dan
mencari kesalahan orang lain ini.

6. Larangan berburuk sangka dapat kita
perhatikan berdasarkan firman Allah SWT ;

‫َب ْع َض‬ ‫ِإ َّن‬ ‫آ َم ُنوا ا ْج َتِن ُبوا َك ِث ي ً�ا ِّم َن ال َّظ ِّن‬ �َ‫اَّل ِذي ن‬ ‫َأ يُّ َ�ا‬ �‫َي‬
‫ال َّظ ِّن ِإ ثْ ٌ� ۖ َوَل َت جَ� َّس ُسوا‬

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah
kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu
tidak menyangka sangkaan yang dilarang)
kerana sesungguhnya sebahagian dari
sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah
kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan
dan keaiban orang”.

(Al-Hujurat : 12)

7. Dalam ayat ini mengandungi perintah untuk
menjauhi kebanyakan buruk sangka (su'u dzan),
karena sebagian tindakan berprasangka ada yang

116

Himpunan Tazkirah Ramadan

merupakan perbuatan dosa. Dalam ayat ini juga
terdapat larangan berbuat tajassus.

Tajassus ialah mencari-cari kesalahan-
kesalahan atau keburukan atau aib orang lain, yang
biasanya merupakan kesan dari prasangka yang
buruk.

8. Selain daripada ayat al Quran, di san
terdapat juga hadis daripada Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wa sallam yang melarang tegas sikap suka
berburuk sangka sebagaimana sabdanya.

‫ِإ َّي َ�و ُل َاْك َت جََ�و َّالس َّ ُظس َّنواَفِ َإوَّلنَاا تَل ََّ�ظا ََّنس َُأدْك َوذا َُوبل َااَت َ ْدَلاَِبدُْ�يوِاث َ َوول َلاََتا َب َتا ََ�غ َّ ُسضُوساوا‬
�ً‫َو ُك ْوُنوا ِع َبا َدا َّل ِل إ ْح َوا ن‬

Ertinya: “Berhati-hatilah kamu dari tindakan

berprasangka buruk, kerana prasangka buruk

adalah sedusta-dusta ucapan. Janganlah

kamu saling mencari keburukan orang lain,

saling inti-mengintip, saling mendengki,

117

Himpunan Tazkirah Ramadan

saling membelakangi, dan saling membenci.
Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang
bersaudara”.

(Riwayat  Al-Bukhari dan Muslim)

9. Berdasarkan perbincangan serta dalil-dalil
yang telah dinyatakan, beberapa perkara harus
diambil perhatian oleh kita semua, iaitu:

i. Ramadhan merupakan bulan membina
ketaqwaan diri serta mendidik jiwa untuk
kasih dan bersangka baik sesama kaum
muslimin.

ii. Kebanyakan sangka buruk serta mengintip
mencari aib orang lain adalah sifat tercela,
perbuatan dosa dan tidak memberi
kebaikan kepada pelakunya.

iii. Mencari aib dan kesalahan sesama
mukmin adalah sejenis penyakit hati dan
hanya mendatangkan mudarat di dalam
kesatuan ukhwah ummat Islam, bahkan
individu yang sentiasa memikirkan tentang
orang lain adalah individu yang bermasalah
dan sentiasa resah hatinya, maka penting
taqwa sebagai ubatnya.

118

Himpunan Tazkirah Ramadan

iv. Prasangka yang baik merupakan kunci
kemantapan dan kekuatan ukhwah
islamiyyah sesama mukmin.

119

HHiimmppuunnaannTTaazzkkiirraahhRRaammaaddaann

TAZKIRAH

19

MENGENDALIKAN KELUARGA DI BULAN
RAMADHAN19

1. Salah satu rahmat Allah SWT kepada umat
Islam adalah Dia memberi kita merasai nikmat
berpuasa pada siangnya dan mendirikan solat pada
malamnya di bulan Ramadhan. Dia menggandakan
pahala amalan baik dan meninggikan darjat
mereka yang beramal soleh serta membebaskan
dari azab api neraka. Umat Islam hendaklah
berusaha beramal sebanyak mungkin dan
mengambil peluang dari keberkatan dalam bulan
ini. Mereka hendaklah mengisi masa dengan
melakukan amal ibadat kepada Allah SWT.

19 Tazkiran ini disediakan oleh Muhammad Khidhir Bin Abdul
Ghani

120

Himpunan Tazkirah Ramadan

2. Dalam kesibukan beribadat, ibu bapa
hendaklah menjalankan tanggungjawab terhadap
anak-anak seperti biasa kerana ia adalah amanah
yang tidak dapat dielakkan. Mereka mesti dibesarkan
dengan baik dan diberikan pendidikan yang
sempurna. Berilah galakan kepada mereka untuk
berbuat kebaikan dan membiasakan mereka
dengan amal soleh kerana anak-anak akan
membesar mengikut apa yang dibiasakan oleh ibu
bapa mereka. Dalam bulan yang penuh berkat ini,
ibu bapa mempunyai banyak peranan untuk
dilakukan bagi memenuhi masa dan kami
mengesyorkan kepada ibu bapa beberapa perkara
berikut :

i. Memeriksa puasa anak- anak dan
menggalakkan mereka yang kurang gemar
berpuasa agar lebih cenderung kepada
ibadah itu.

ii. Mengingatkan mereka tentang hakikat
sebenar berpuasa di mana ia bukanlah
menahan dari makan dan minum
semata-mata. Bahkan sebagai satu cara
mendapatkan ketakwaan dan menebus
segala dosa.

121

Himpunan Tazkirah Ramadan

iii. Mengajar mereka tentang etika dan
peraturan ketika makan seperti makan
dengan menggunakan tangan kanan
dan mengambil makanan yang paling
hampir dan mengingatkan mereka
bahawa pembaziran itu haram.

iv. Tidak membiarkan mereka makan dengan
berlebihan selepas berbuka sehingga
terlepas solat Maghrib berjamaah.

v. Mengingatkan mereka kedudukan orang
miskin yang tidak memiliki sesuap nasi
untuk dimakan dan menceritakan kepada
mereka tentang orang-orang yang
berhijrah dan berjihad pada jalan Allah SWT.

vi. Mengadakan pertemuan bagi

menghimpunkan saudara-mara dan

mengeratkan hubungan silaturrahim. Ia

merupakan peluang untuk memperbaiki

hubungan yang terputus atau tercalar di

antara saudara-mara.

122

Himpunan Tazkirah Ramadan

vii. Membantu ibu menyedia, membersih dan
menyimpan makanan agar sentiasa baik
untuk dimakan.

viii. Mengingatkan mereka tentang waktu
solat Tarawih dan berpesan agar mereka
bersiap sedia, tidak makan terlalu banyak
dan mengajak mereka bersama-sama
mendirikan solat di masjid.

ix. Berkaitan dengan sahur, ibu bapa
hendaklah mengingatkan anak-anak
tentang kepentingannya serta tenaga yang
dihasilkannya ketika berpuasa.

x. Membagunkan mereka sebelum solat

Subuh agar mereka dapat

memperuntukkan masa yang cukup

untuk mendirikan solat malam dan witir.

xi. Memberi penekanan kepada anak-anak
untuk mendirikan solat Subuh berjemaah
di masjid terutamanya ahli keluarga yang
lelaki.

123

Himpunan Tazkirah Ramadan

xii. Menghidupkan sepuluh Ramadhan terakhir
merupakan sunnah Nabi Muhammad
SAW. Baginda sering berjaga malam
dan membagunkan keluarganya. Ini
menunjukkan keluarga perlu memberi
tumpuan untuk menjadikan malam itu
penuh dengan amalan soleh. Para suami
hendaklah membangunkan isteri dan
anak-anak agar kesemua mereka lebih
dekat dengan Allah.

xiii. Memberi galakan kepada anak kecil
untuk berpuasa, membangunkan mereka
bersahur dan menggalakkan mereka
berpuasa melalui pujian atau memberi
hadiah kepada mereka yang berjaya
berpuasa penuh selama sebulan atau
separuh dan sebagainya. Diriwayatkan
bahawa Al-Rubaiyi’ binti Muawwiz R.A
berkata, pada pagi Asyura Rasulullah SAW
menghantar berita kepada penduduk
Ansar dan berkata :

124

Himpunan Tazkirah Ramadan

‫ َو َم ْن َأ ْص َب َح َصائِ ً�ا‬، ‫َم ْن َأ ْص َب َح ُم ْف ِط ًرا َف ْل ُيتِ َّ� َب ِق َّي َة َي ْو ِم ِه‬
‫َانََبوُِنَع َْنكَص ِّدَأو ُاَْمحِإُلدِْف ُص َْْبطه َايِاَرَعن ََنال‬،‫ع َُُفكِدإوَذ‬،‫ْْيعَََنفباَُُةكه َّنِ َامذ ََاننَ ُكاصْل ِوَ ُْحعمتَّ ُِهن�َب َْي‬:‫لل َُأمْ ْتعال َُّلط‬،َُ‫ِلمَقَا‬،‫عُا‬ ‫َفلََويانَلجُْ�َّْطَصَع‬،

“Barangsiapa di waktu pagi dalam keadaan
berbuka, hendaklah ia menyempurnakan
(dengan berpuasa) di baki harinya. Dan
barangsiapa di waktu pagi hari dalam keadaan
berpuasa, hendaklah ia meneruskan puasanya”.
Dia (Ar-Rubayyi’) melanjutkan : “Sehingga
sejak hari itu kami berpuasa pada hari tersebut
dan memerintahkan anak-anak kami untuk
berpuasa pula. Untuk itu kami membuatkan
sejenis mainan (kanak-kanak). Jika salah satu
di antara anak-anak kecil tersebut menangis
karena ingin makan, kami berikan kepada dia
mainan tersebut hingga datangnya waktu
berbuka”.

(HR al-Imam al-Bukhari)

125

HHiimmppuunnaannTTaazzkkiirraahhRRaammaaddaann

TAZKIRAH

20

KUTUKAN RAMADHAN TERHADAP ORANG
YANG TIDAK MENGUBAH DIRINYA20

1. Nabi SAW pernah bersabda tentang orang
yang dilaknat dalam bulan Ramadhan. Sebagaimana
hadis yang diriwayatkan dari Abi Hurairah R.A:

:‫ َف َقا َل‬،�َ ‫ا ِْل ْنَب‬ ‫��ل‬:َ َ‫قَُْللَأسَُْرروِقغََت ي‬:‫ُ�َ َلَفس َُّر‬،‫ُِ�َلَييو‬:َ‫اَفَاََفَِّْلللقُِلُيييَْلَغلعََفلَِْْيرُجلِْبه‬،‫ َ�" َن"لق‬:ََّ‫لَرقَِلامآَِمَليَضصان‬،َّ‫ َهسدَآوَذَِاخم يَل؟ نَلا�ََف‬،َ ُ �‫َأَتْ"َوأْآ ََِّصبَمنُنيعُ ََنَعرد‬
:‫َ َمثُا َّ�فُكَْقنَاع ََْب ٍلتد‬.‫�أْن‬،َ َ‫اآا ِ َّلَّمل يُِللن‬

20 Tazkirah ini disediakan oleh: Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani

126

Himpunan Tazkirah Ramadan

‫ُي ْد ِخ ْ ُل‬ ‫َ ْل‬ ‫ل َ َدْريِغِهَ� َأَأْْنو ُ َأفَح ََعدْبُ ٍَهدا‬:ِ‫أ ْثُد ََّ�ر ََقكا ََولا‬.َ �‫ْوآَ ِب ُم يع َ نَد‬:‫ف َف َُقعْْلب ٍ ُدتَأ‬،‫َر ِغاَ� ْجََلأَّْنن َُة‬
،‫َب ُع َد‬ ‫َأ ْو‬
."�َ‫ "آ ِم ي ن‬:‫ َف ُق ْل ُت‬،‫ُذ ِك ْر َت ِع ْن َد ُه َف َ ْل ُي َص ِّل َع َل ْي َك‬

Ertinya : Dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W
menaiki mimbar lalu baginda mengucapkan,
‘Amin… amin… amin.’ Para sahabat bertanya,
‘Kenapa engkau berkata demikian, wahai
Rasulullah?’ Kemudian, baginda bersabda,
‘Jibril A.S telah berkata kepadaku, ‘Allah
melaknat seorang hamba yang melalui
Ramadhan tanpa mendapatkan ampunan
dariNya,’ maka kukatakan, ‘Amin.’ Kemudian,
Jibril berkata lagi, ‘Allah melaknat seorang
hamba yang mengetahui kedua orang tuanya
masih hidup, namun itu tidak membuatnya
masuk Jannah (kerana tidak berbakti kepada
mereka berdua),’ maka aku berkata, ‘Amin.’
Kemudian, Jibril berkata lagi, ‘Allah melaknat
seorang hamba yang tidak bersalawat ketika
disebut namamu,’ maka kukatakan, ‘Amin.”

(HR al-Imam Muslim)

127

Himpunan Tazkirah Ramadan

2. Setiap manusia akan ada yang melakukan
kesilapan dan menanggung dosa dalam
kehidupannya. Contohnya :

i. Kesilapan dalam perbuatan,
ii. kesilapan dalam pertuturan,
iii. kesilapan dalam niat,
iv. kesilapan dalam hubungan dengan Allah

dan sesama manusia.

5. Namun, sebagaimana ada pemadam
untuk memadamkan kesilapan tulisan, begitu juga
dengan dosa. Pasti ada jalan kebaikan yang akan
memadamkan kesilapan dan dosa dengan izin
Allah. Allah menyediakan dan menunjuki jalan
kepada hambaNya untuk kembali kepadaNya
setelah menyedari kesilapan dosa yang dilakukan.
Apa yang penting, bersegera mendapatkan
keampunan Allah sebagaimana firmanNya dalam
surah Ali Imran ayat 133 :

‫ال َّس َما َوا ُت‬ ‫َم ْغ ِف َر ٍة ِم ْن َر ِّب ُ ْك َو َج َّن ٍة َع ْر ضُ َ�ا‬ ‫ِإ َ ٰل‬ ‫َو َسا ِر ُعوا‬
�َ‫َواْ أَلْر ُض ُأ ِع َّد ْت ِل ْ ُل َّت ِق ي ن‬

128

Himpunan Tazkirah Ramadan

Maksudnya: “Dan segeralah kamu kepada
(mengerjakan amal-amal yang baik untuk
mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan
(mendapat) Syurga yang bidangnya seluas
segala langit dan bumi, yang disediakan bagi
orang-orang yang bertaqwa.”

6. Disamping itu, adalah diingatkan bahawa
terdapat sebaran melalui media sosial yang ada
pada hari ini tentang maklumat palsu berkaitan
dengan doa Jibril A.S ini seperti berikut:

“Ya Allah tolong abaikan puasa ummat
Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan
Ramadhan dia tidak melakukan perkara berikut:

i. Tidak memohon maaf terlebih dahulu
kepada kedua orang tuanya (jika masih
ada),

ii. Tidak bermaafan terlebih dahulu antara
suami dan isteri,

iii. Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan
orang-orang sekitarnya.

129

Himpunan Tazkirah Ramadan

Diingatkan sekali lagi agar kita hendaklah
berhati-hati kerana hadis tersebut adalah palsu.

7. Kembali kita kepada kutukan Ramadhan
dalam hadis yang sahih iaitu seseorang yang
tidak menghormati kemuliaan Ramadhan dengan
pengabaian dirinya dari melakukan ketaatan
sehingga dia tidak mendapat keampunan Allah
SWT. Sedangkan ruang dan peluang sudah ada di
hadapannya. Patutkah kita menjadi seperti orang
kafir dan munafik dengan membutakan mata dan
memekakkan telinga daripada menerima kebenaran
Tuhan untuk mendapatkan keampunan dariNya?.
Atau sanggupkah kita membiarkan diri memikul
dosa sehingga ke nafas terakhir kita yang bakal
terjun ke neraka?. Ingatlah Firman Allah S.W.T
dalam surah al-Kahfi ayat 53:

‫يَ ِج� ُدوا‬ ‫َوَ ْل‬ ‫ُم َوا ِق ُعو َها‬ ‫ال َّنا َر َف َظ ُّنوا َأ نَّ ُ� ْم‬ ‫ِرُمو َن‬ ْ‫اْ ُل�ج‬ ‫َوَر َأى‬
‫َع نْ َ�ا َم ْ ِصًفا‬

Ertinya : “Dan orang-orang yang berdosa itu
tetap akan melihat neraka, maka yakinlah

130

Himpunan Tazkirah Ramadan

mereka, bahawa mereka akan jatuh ke
dalamnya dan mereka tidak akan mendapati
sebarang jalan untuk mengelakkan diri
daripadanya.”

8. Ayuh, marilah kita bersama-sama
manfaatkan Ramadhan ini dengan melakukan
perubahan dalam diri ke arah kebaikan dan
meninggalkan perkara buruk yang kita lakukan
sebelum ini. Berdoalah kepada Allah SWT agar
perubahan yang dilakukan pada Ramadhan ini
berkekalan sehingga akhir hayat kita dan kita kembali
kepada Allah dalam keadaan hati yang sejahtera.
Insya Allah.

131

HHiimmppuunnaannTTaazzkkiirraahhRRaammaaddaann

TAZKIRAH

21

IKTIKAF - 10 RAMADHAN TERAKHIR21

1. Sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan
merupakan hari yang paling istimewa pada setiap
tahun kerana pada masa tersebut kita menantikan
kemunculan lailatulqadar. Malam tersebut
diumpamakan oleh Allah sebagai malam yang
lebih baik daripada seribu bulan. Selain itu, Allah
SWT telah menjanjikan keampunan bagi dosa-
dosa yang telah lalu untuk mereka yang menemui
malam tersebut.

21 Tazkirah ini disediakan oleh Nafizah binti Abd Halim
132

Himpunan Tazkirah Ramadan

2. Dengan melakukan iktikaf di masjid,
menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap
ibadah kepada Allah dan mengharapkan
keredhaanNya, memutuskan hubungan dengan
orang ramai dan dunia (memberi tumpuan kepada
ibadah) dan ditambah pula dengan puasa, maka
besar kemungkinan seseorang akan menemui
malam tersebut.

3. Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan
amalan iktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan
Ramadhan sejak ia disyariatkan. Baginda memulakan
iktikaf pada waktu petang 20 Ramadhan dengan
berniat melakukan iktikaf selama sepuluh hari.
Baginda keluar daripada tempat iktikaf pada pagi
Hari Raya Aidilfitri.

4. Tidak dapat dinafikan bahawa iktikaf
selama 10 hari 10 malam sebagaimana yang
dilakukan oleh Rasulullah SAW merupakan cara
iktikaf yang terbaik, paling lengkap dan paling
sempurna. Namun begitu, jika seseorang tidak
mampu atau belum mampu berbuat demikian,
dia boleh melakukan iktikaf mengikut kemampuan
dirinya.

133

Himpunan Tazkirah Ramadan

5. Terdapat beberapa prinsip dalam Islam
yang menyentuh hal ini, antaranya ialah firman
Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 286:

‫َل ُي َ ِّك ُف ال َّ ُل َن ْف ًسا ِإَّل ُو ْس َ َعا‬

Maksudnya: “Allah tidak membebankan
seseorang melainkan apa yang terdaya
olehnya.”

Dan sabda Rasulullah SAW:

�ْ ُ‫َو ِإ َذا َأ َم ْرُت ُ ْك ِب أَ� ْم ٍر َف ْأُتوا ِم ْن ُه َما ا ْس َت َط ْعت‬

Ertinya: “Apabila aku menyuruh kamu
melakukan sesuatu perkara, maka lakukanlah
ia mengikut kemampuan kamu.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

134

Himpunan Tazkirah Ramadan

6. RUKUN IKTIKAF

i. Berniat iktikaf pada permulaan iktikaf atau
ketika memperbaharui iktikaf.

ii. Berdiam diri di dalam masjid, sekurang-
kurangnya sekadar tomakninah dalam
rukuk atau sujud. Orang yang beriktikaf tidak
seharusnya keluar dari masjid kecuali atas
sebab-sebab yang dibolehkan oleh syarak
(agama).

iii. Iktikaf mestilah dilakukan di masjid yang
didirikan di dalamnya solat berjemaah lima
waktu. Tetapi lebih afdal jika seseorang
beriktikaf di dalam masjid yang didirikan
solat Jumaat.

AMALAN-AMALAN SUNAT KETIKA IKTIKAF

1. Memperbanyakkan solat-solat sunat,
membaca al-Quran, bertasbih, bertahmid,
bertahlil, bertakbir, beristighfar, berselawat
kepada Nabi serta berdoa. Ringkasnya,

135

Himpunan Tazkirah Ramadan

lakukanlah segala bentuk ketaatan untuk
mendekatkan diri kepada Allah Yang Maha
Pencipta.

2. Mempelajari ilmu seperti membaca buku-
buku tafsir al-Quran, kitab-kitab hadis, kisah-
kisah para Nabi dan orang-orang soleh serta
ilmu-ilmu agama yang lain seperti fiqah dan
sebagainya.

AMALAN YANG DIBENCI KETIKA IKTIKAF

1. Menyibukkan diri dengan perkara-perkara
yang tidak berfaedah sama ada dalam bentuk
ucapan atau perbuatan.

2. Membisu dan tidak mahu bercakap kerana
ingin mendekatkan diri kepada Allah. Dalam
sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh
al-Bukhari, Rasulullah SAW melarang seorang
sahabat yang bernama Abu Israil daripada
berbuat demikian.

136

Himpunan Tazkirah Ramadan

PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN KETIKA IKTIKAF
1. Keluar masjid kerana hajat.
Menurut Aisyah RA:

�‫ا ْع َت َك َف ُي ْد ِن‬ ‫ِإ َذا‬ ‫َو َس َّ َل‬ ‫للَِهو َكَصَّنلل َاالَيلُْهد َُعخَلُْيلِه‬،‫َ َر ْأك ََسن ُهَر َفُُأسَرو ُِّج ُل ُلا‬
‫ِ َلا َج ِة ال َّنا ِس‬ ‫ِإل َّا‬ ‫اْل َب ْي َت‬

Ertinya: “Rasulullah SAW apabila beriktikaf,
baginda menghulurkan kepalanya kepadaku,
lalu aku pun menyikat rambutnya. Baginda
tidak masuk ke dalam rumah kecuali jika ingin
menunaikan hajat sebagai seorang manusia.”

(Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

2. Keluar masjid untuk menghantar keluarga.

Hal ini pernah dilakukan oleh Rasulullah
SAW apabila isterinya Sofiah RA menziarahi
Baginda yang sedang beriktikaf di masjid pada
waktu malam. Setelah bertemu Sofiah, Baginda

137

Himpunan Tazkirah Ramadan

menghantarnya pulang ke rumah. Kisah ini
berdasarkan hadis sahih yang diriwayatkan
oleh al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud.

3. Menyikat dan mencukur rambut, memotong
kuku serta membersihkan badan daripada
kotoran.

Rasulullah SAW diriwayatkan pernah
menghulurkan kepalanya kepada Aisyah RA
yang berada di dalam rumah untuk disikat
ketika Baginda sedang beriktikaf. Ketika itu
Aisyah RA sedang haidh. Kisah ini berdasarkan
hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,
Muslim dan Abu Daud.

4. Makan, minum dan tidur di dalam masjid
dengan syarat menjaga kebersihannya.

Begitu juga orang yang beriktikaf boleh
memakai haruman, melakukan pekerjaan
yang sedikit, menyambut tetamu, bercakap
dan menghantarnya pulang, bercakap perkara
yang berfaedah, berkahwin, mengahwinkan
orang lain dan belajar serta mengajar.

138

Himpunan Tazkirah Ramadan

PERKARA YANG MEMBATALKAN IKTIKAF
1. Keluar masjid dengan sengaja tanpa sebab
walaupun sebentar.
2. Murtad.
3. Orang yang gila, mabuk, haidh dan nifas.
4. Bersetubuh.

139

HHiimmppuunnaannTTaazzkkiirraahhRRaammaaddaann

TAZKIRAH

22

MELAZIMI ZIKIR DI BULAN RAMADHAN22

Zikir adalah amalan mengingati Allah, ia
merangkumi amalan menyebut nama Allah seperti
bertasbih (Subhanallah), tahmid (Alhamdulillah),
takbir (Allahuakbar) dan tahlil (La ilaha illa Allah).

Begitu juga yang termasuk dalam zikir adalah
bacaan doa yang lain. Selain itu, bacaan al-Quran
juga adalah zikir, bahkan Ramadhan adalah bulan
diturunkan al-Quran dan kedua-duanya mempunyai
kaitan yang rapat.

Oleh itu, marilah kita sama-sama berusaha
memperbanyakkan bacaan al-Quran khususnya

22 Tazkirah ini disediakan oleh Mohamad Faisal bin Ramli.
140

Himpunan Tazkirah Ramadan

pada bulan Ramadhan dan merutinkan zikir-zikir
yang sahih dari Nabi s.a.w sepanjang bulan
Ramadhan. Antara zikir atau doa yang boleh kita
amalkan dalam bulan Ramadhan ialah:

1. Doa Ketika Berbuka Puasa.

Rasulullah s.a.w ketika berbuka puasa
membaca:

‫َذ َه َب ال َّظ َم ُأ َواْب َت َّل ِت اْل ُع ُرو ُق َو َث َب َت األَ ْج ُر ِإ ْن َشا َء ا َّل ُل‬

Ertinya: “Rasa haus telah hilang, urat-urat telah
basah dan pahala telah ditetapkan in sha
Allah.”

(HR Abu Daud. Syeikh Al-Albani mengatakan
bahawa hadis ini hasan)

2. Doa kepada Orang yang Memberi Makan
dan Minum.

Ketika Nabi s.a.w diberi minum, baginda

mengangkat kepalanya ke langit dan

mengucapkan:

141

Himpunan Tazkirah Ramadan

�‫ال َّل ُه َّم َأ ْط ِع ْم َم ْن َأ ْط َع َمِن� َو َأ ْس ِق َم ْن َأ ْس َقا ِن‬

Ertinya: “Ya Allah, gantilah makanan kepada
orang yang memberi makan kepadaku dan
berilah minuman kepada orang yang memberi
minuman kepadaku”.

(HR Muslim)

3. Doa Ketika Berbuka Puasa di Rumah Orang
Lain.

Nabi s.a.w ketika dihidangkan makanan oleh
Saad bin Ubadah, baginda mengucapkan:

‫َو َص َّل ْت‬ ‫ْب َ�ا ُر‬ َ‫األ‬ ‫ال َّصائِ ُ�و َن َو َأ َ َك َط َعا َم ُ ُك‬ ‫ِع ْن َد ُ ُك‬ ‫َأ ْف َط َر‬
‫َع َل ْي ُ ُك اْ َلل َاِئ َك ُة‬

Ertinya: “Orang-orang yang berpuasa berbuka
di tempat kamu, orang-orang yang baik
memakan makanan kamu dan malaikat pun
mendoakan agar kamu mendapat rahmat.”

(HR Abu Daud)

142

Himpunan Tazkirah Ramadan

4. Doa Setelah Solat Witir.

Nabi s.a.w ketika solat witir melazimi membaca
surah al-A’la, surah al-Kafirun dan surah al-
Ikhlas. Kemudian setelah memberi salam baginda
mengucapkan:

‫ُس ْب َحا َن اْ َل ِل ِك اْل ُق ُّدو ِس‬

Ertinya: “Maha suci Tuhan yang Maha Memiliki
lagi Maha Qudus”, sebanyak tiga kali dan
baginda mengeraskan suara pada bacaan
ketiga.

(HR Al-Nasaie. Syeikh Al-Albani mengatakan
bahawa hadis ini sahih)

Nabi s.a.w juga mengucapkan di akhir witirnya:

‫ُع ُاقل َّلوَُهب َِّتم َ ِإكنِّ يَ�و ََأأ ُُععوو ُُذَذ َِِببكِ�اَ ََكأ ْضث َِانمَْيْنك ََ ِتمك ْ َنلعََا َ ُألخَسَْنحِْفطِِ َسك َص ََكثوَِبن ُا�ًءَعاََعفَلاِْتي ََكك َِأْمن ْ َنت‬

143

Himpunan Tazkirah Ramadan

Ertinya: “Ya Allah, aku berlindung dengan
keredhaanMu dari kemarahanMu dan dengan
keselamatanMu dari hukumanMu dan aku
berlindung kepadaMu dari seksaMu. Aku tidak
mampu menghitung pujian dan sanjungan
kepadaMu, Engkau adalah sebagaimana yang
Engkau sanjungkan kepada diriMu sendiri.”

(HR Abu Daud. Syeikh Al-Albani mengatakan
bahawa hadis ini sahih)

5. Doa pada Malam Lailatul Qadar.

Sangat dianjurkan untuk memperbanyakkan
doa pada Lailatul Qadar, lebih-lebih lagi doa yang
dianjurkan oleh nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w
sebagaimana terdapat dalam hadis daripada Aisyah.
Beliau r.a berkata,

“Katakan padaku wahai Rasulullah, apa
pendapatmu, jika aku mengetahui suatu
malam adalah Lailatul Qadar. Apa yang perlu
aku katakan pada malam itu?

144

Himpunan Tazkirah Ramadan

Baginda Nabi s.a.w menjawab:

�ِّ‫ال َّل ُه َّم ِإَّن َك َع ُف ٌّو ُت ِ� ُّب اْل َع ْف َو َفا ْع ُف َع ن‬

Ertinya: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha
Pemaaf, yang menyukai permintaan maaf,
maafkanlah aku.”

(HR Tirmizi. Syeikh Al-Albani mengatakan
bahawa hadis ini sahih)

6. Ucapan Ketika Dicela atau Diganggu Orang
Lain Ketika Berpuasa.

Nabi s.a.w bersabda:

�‫َو ِإ ِن ا ْم ُر ٌؤ َقاَت َ ُل َأ ْو َشاَت َ� ُه َف ْل َي ُق ْل ِإ نِّ� َصاِئ ٌ� َم َّرَت ْي ِن‬

Ertinya: “Apabila ada orang yang mengajaknya
bergaduh atau menghinanya, maka katakanlah
aku sedang berpuasa dua kali.”

(HR Bukhari dan Muslim)

145

Himpunan Tazkirah Ramadan

Imam Nawawi dalam Al-Azkar mengatakan:
“Termasuk yang dianjurkan adalah jika
seseorang dicela oleh orang lain atau diajak
bergaduh ketika dia sedang berpuasa, maka
katakanlah “Aku sedang puasa, aku sedang
puasa”, sebanyak dua kali atau lebih.”

146

HHiimmppuunnaannTTaazzkkiirraahhRRaammaaddaann

TAZKIRAH

23

MEMBURU AL-QADAR23

1. Sesungguhnya dalam setahun terdapat
beberapa hari dan waktu tertentu yang memiliki
keutamaan, di antara bulan yang Allah muliakan
berbanding dengan bulan-bulan yang lain adalah
bulan Ramadhan, di dalamnya terdapat 10 hari
terakhir yang diistimewakan Allah SWT berbanding
dengan hari-hari yang lain di dalam bulan tersebut.
Bahkan Allah SWT mengurniakan malam al-Qadar
dengan tambahan karunia dan kedudukan yang
agung di sisi-Nya daripada seribu bulan di dalam 10
malam terakhir tersebut. Firman Allah taala dalam
surah Al-Qadr ayat 1-5:

23 Tazkirah ini disediakan oleh: Nor Faezah Binti Hassan,
Pegawai Institut Sunnah & Irsyad, Jabatan Mufti Negeri Perlis.

147

Himpunan Tazkirah Ramadan

‫ ُ)ح‬٢‫َأ))ْ)دَََتنَرس زَّال� َُاكٌلم َ ِماْايََ َللهْلي َاَِةُئلح تََّكاْلُ�ةَق ََْمدوِاْرطلَُّل ِر(عو‬٥٣٤‫أ ْْْ)�مجٍٍَِرررو َ(م((ا‬١َ‫َل ِْإينََّ�ُةِلف يَأنَْا�ْزَلا�َْلقِبَِْنإ�داُِْذهر ِ ِف َنيخ�َْيرٌَبِّل�ِْي�َِ ْةِملم ْ ِناْمل ََأْقْلْندُِِرِّفاْكل(َشَف‬

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah
menurunkannya (al-Quran) pada malam
kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam
kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih
baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun
malaikat-malaikat dan Malaikat Jibril dengan
izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan.
Malam itu (penuh) keselamatan hingga terbit
fajar.” 

2. Alangkah agungnya kedudukan malam
tersebut jika dibandingkan dengan malam-
malam yang lain, umpamanya jika seseorang
yang melakukan ibadat pada malam lailatul qadar

148

Himpunan Tazkirah Ramadan

seolah-olah dia sentiasa beribadat selama 83
tahun. Orang yang menghidupkan malam lailatul
qadar juga turut diampunkan dosa-dosanya yang
telah lalu.

3. Oleh itu, usaha mencari malam al-Qadar,
turut dijelaskan oleh Nabi Muhammad SAW melalui
sabdanya: 

“Carilah lailatul qadar di sepuluh hari terakhir
dari bulan Ramadhan.”

(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

4. Antara amalan-amalan utama yang
dianjurkan untuk memperolehi kemuliaan di bulan
Ramadhan ini antaranya:

i. Melakukan Iktikaf

Aisyah RA, beliau berkata:

149

Himpunan Tazkirah Ramadan

�َ ْ‫َص َّل اللُه َع َل ْي ِه َو َس َّ َل َك َن َي ْع َت ِك ُف اْل َع ش‬ �‫َأ َّن ال َّنب َّي‬ َ‫األ‬
‫ ثُ َّ� ِا ْع َت َك َف َأ ْز َوا ُج ُه‬،‫َر َم َضا َن َح َتّ� َت َو َّفا ُه اللُه‬ ‫َوا ِخ َر ِم ْن‬

.‫ِم ْن َب ْع ِد ِه‬

“Sesungguhnya Nabi SAW melakukan iktikaf
pada sepuluh malam terakhir di bulan
Ramadhan sehingga Allah mengambil
nyawanya, setelah kewafatan baginda isteri-
isteri baginda pun beriktikaf”.

(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Kesungguhan nabi menghidupkan malam-
malam terakhir ini digambar oleh Aisyah RA, beliau
berkata:

�ِ ْ‫اْل َع ش‬ �ْ‫ِف ي‬ ‫د‬.ُ ‫ي ََغ جْيْ� ِتَ� ِِ�ه‬ ‫اللُه علي ِه وس َّ َل‬ ‫ل‬، ‫رسو ُ الألَالَلوِها ِخ ِص َّر‬ ‫كان‬
�‫َما ل َا يَ جْ� َت ِ� ُد ِف ي‬

150


Click to View FlipBook Version