30Taujihat
SIRI PENDIDIKAN
30 TAUJIHAT
RAMADAN
Ustaz Mohd Azizee Hasan
Ustaz Razman bin Ibrahim
1
Diterbitkan oleh:
Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia
PT 12395 C Jalan BBN 1/7D,
Putra Point, Bandar Baru Nilai
71800 Nilai Negeri Sembilan
Tel: 06-8569003 Emel: [email protected]
@2020 Mohd Azizee Hasan/Razman Ibrahim
Hak Cipta Terpelihara
Semua hakcipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam
buku ini tidak boleh diterbitkan semula dalam apa jua
bentuk dan cara tanpa izin bertulis terlebih dahulu dari
penerbit.
2
ISI KANDUNGAN
1. Merebut Ganjaran Kebaikan Bulan Ramadan 6
2. Amalan-Amalan Sunnah di Bulan Ramadan 12
3. Ramadan Bulan al-Quran 17
4. Al-Quran Sumber Energi Umat 20
5. Tadabbur Surah Iqra’ 23
6. Ramadan dan Takwa 27
7. Keistimewaan Orang Bertakwa 31
8. Menjiwai Maqasid Ramadan 35
9. Bertakwa untuk menjadi ‘A Winner’ 39
10. Puasa Perisai Dunia dan Akhirat 42
11. Covid-19 Tingkatkan Sedekah 46
12. Jadilah Hamba Allah bukan Hamba Ramadan 51
13. Puasa dan Kesihatan Hati 55
14. Berkat Sahur 58
15. Ramadan Bulan Kesabaran 62
16. Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Inikan Pula Puasa 66
17. Keberkatan al-Quran 69
18. Ramadan Bulan Jihad 72
19. Ibrah Perang Badar Kualiti vs Kuantiti 85
20. Nuzul al-Quran Mencari Spirit yang Hilang 88
21. Berjayakah Puasa Kita? 92
22. Menghidupkan Iktikaf Di 10 Terakhir Ramadan 94
23. Keindahan Mukjizat al-Quran 100
24. Nilai Iman Dalam Perjuangan 105
25. Memburu Lailatul Qadar 109
26. Bilakah Lailatul Qadar? 115
27. Dambakan Kemaafan, Harapkan Keampunan 117
28. Muhasabah Ramadan 121
29. Raikan Syawal dengan Ceria, Syukur Pada Yang Esa 128
30. Puasa 6 Syawal 133
3
KATA PENGANTAR
الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات
أشهد أن لا اله إلا، من يهد الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له،أعمالنا
أما بعد، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله،الله وحده لا شريك له
Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Ilahi, siri
kompilasi 30 Taujihat Ramadan berjaya dihimpunkan. Ia adalah
himpunan siri-siri tazkirah yang dimuatkan di dalam facebook
untuk dimanfaatkan seputar mengenai kelebihan bulan Ramadan,
nilai puasa dalam kehidupan serta pengaruh al-Quran dalam
membentuk manusia yang bertakwa.
Bulan Ramadan merupakan bulan keberkatan, bulan kerahmatan
dan bulan keampunan. Ramadan merupakan madrasah tarbiyah
untuk mendidik manusia dengan nilai-nilai Robbaniy dengan satu
kelahiran manusia baharu yang bersifat fitri dan bersih daripada
segala dosa dan noda.
Melalui perintah puasa kita diajar makna keikhlasan, kesungguhan
yang menjadi pra syarat untuk kita mencapai darjat takwa.
Perintah puasa yang diselangi dengan ayat-ayat yang
membicarakan penurunan al-Quran menjadi instrumen penting
untuk membina kekuatan umat.
Siri-siri tazkirah ini yang dihimpunkan sebagai 30 Taujihat
Ramadan adalah mengambil spirit al-Quran sebagai kitab ‘az-
Zikr’ (memberi peringatan). Benarlah firman Allah di dalam Surah
az-Dzariyat: Ayat 55;
4
‘Dan berilah peringatan, kerana peringatan itu memberikan
manfaat kepada orang-orang yang beriman’.
Semoga himpunan taujihat ini memberikan kebaikan kepada kita
semua dalam memahami fiqh puasa dan nilai al-Quran dalam
kehidupan kita. Kita mengharapkan Ramadan benar-benar
mendidik dan menterjemahkan makna takwa yang menjadi
tunjang utama pensyariatan puasa.
Terima kasih tidak terhingga juga kepada sahabat saya Ust.
Razman bin Ibrahim yang turut menyumbang idea dan tulisan bagi
melengkapkan himpunan taujihat ini. Tidak lupa juga kepada
teman-teman yang sentiasa memberikan dorongan serta keluarga
yang bersabar meskipun berdepan dengan pelbagai kekangan.
Semoga usaha kecil ini diberkati dan menjadi pemberat amal di
akhirat nanti.
Mohd Azizee Hasan
Seremban, Negeri Sembilan
5
Taujihat 1
MEREBUT GANJARAN KEBAIKAN BULAN RAMADAN
إييمَاًان َم ْن َصاَم َرَم َضا َن:اَّهللُ عَلَيْيه َو َسلهَم اذََّنْهلبيلييه رَصلوهاهى لقََاهَُلَماقَاتَََقل هدَرَمُسيموُْنل َوَعا ْنْحتيأَيَِسبابااُهَرغُيْيفَرََةر
.)760( ومسلم،)38( البخاري
َوَم ْن قَاَم لَْيلَةَ الَْق ْد ير.إيَيومََماًْانن قََوااَمْحتيَرَمَسابَضااا َنغُيفإييَرمَالًَانهُ ََمواا ْحتَتيَقَسهداَمباايمغُْنيفَرذَنْبليَيههُ)َمامتتفََققهدَمعلييمهْن ذَنْبييه
Daripada Abi Hurairah r.a katanya bahawa Rasulullah SAW
bersabda: ‘Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan
penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan ganjarannya), maka
akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu’ (Riwayat Bukhari
(38)/Muslim (760)
‘Barangsiapa yang mendirikan (solat) pada bulan Ramadan
dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan ganjarannya),
maka akan diampunkan dosa-dosanyan yang lalu’.
‘Barangsiapa yang mendirikan solat pada malam Lailatul Qadr
dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan ganjarannya),
maka akan diampunkan dosa-dosanyan yang lalu’ (muttafaqun
‘alaih)
6
Ulasan Hadis:
1. Hadis menceritakan kelebihan puasa di bulan Ramadan. Ia
juga menjelaskan kelebihan bulan Ramadan, kedudukannya yang
agung di mana Allah memuliakannya dengan penurunan al-Quran.
2. Hadis ini juga menjelaskan keutamaan dan kelebihan waktu-
waktu malam di bulan Ramadan dan menerangkan betapa luasnya
rahmat Allah SWT ke atas hambaNya yang melakukan dosa dan
kejahatan.
3. Hadis ini juga adalah bukti bahawa orang-orang solih dan
bertaqwa tidak terlepas dari terjebak ke dalam perkara maksiat dan
kejahatan sebagaimana firman Allah dalam Surah Ali-‘Imran:
Ayat 135.
َوَم ْن لي ُذنُوِيبي ْم ذََكُروا اَّهللَ فَا ْستَغَْفُروا أَنُْف َس ُه ْم يَ{ْغَيفوالُهريذايل َُّنذنُإيوذَاَبفَإيَعهللُاوااَّفَهلالُ يحَوَلَْشيةاُ أَيصُْوّرواظَلََعُلمَواى
:عمران َوُه ْم يَ ْعلَ ُموَن} [آل َما فَ َعلُوا
.]135
“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji
atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu
memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang
dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? dan mereka tidak
meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui”.
7
4. Allah juga menjelaskan bahawa ketaatan dan mendekatkan diri
kepadaNya adalah sebab diangkat kemuliaan hamba.
ٌ"إي هن أَ ْكَرَم ُك ْم يعْن َد اَّهللي أَتَْقا ُك ْم إي هن اَّهللَ َعلييٌم َخبيير:قال الله تعالى
)13 :"(الحجرات
“Sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah
ialah yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
5. Puasa yang diberi ganjaran itu mestilah memenuhi dua (2)
syarat asasi iaitu:
i. Menyakini bahawa kewajipan puasa itu datangnya
daripada Allah
ii. Merebut ganjaran Allah dalam melaksanakannya tanpa
wujud perasaan riya’ atau menunjuk-nunjuk, mencari
populariti, tiada perasaan takut atau malu kepada manusia
dalam melaksanakan perintah tersebut.
6. Dalam melakukan ibadah ini perlu disertai dengan ‘ihtisab’ dan
ikhlas kepada Allah. Ibnu Battal dalam Syarah Bukhori (21/4)
menyebut bahawa hadis ini adalah dalil jelas bahawa amal solih
8
tidak akan bersih dan diterima melainkan dengan ihtisab dan niat
yang benar sebagaimana Hadis Nabi SAW:
) ولكل امرئ ما نوى،(انما الأعمال بالنيات
Maksudnya: ‘Setiap amalan itu dengan niat, dan setiap orang
diterima amalannya berdasarkan apa yang ia niatkan.’
(muttafaqun ‘alaih)
7. Ganjaran pahala beribadah pula terikat dengan pelaksanaanya
secara sempurna. Manakala ganjaran berpuasa di bulan Ramadan
pula bergantung kepada penyempurnaan syarat-syarat puasa dan
tidak ada melakukan perkara yang menghalang syarat tersebut. Al-
Mubarakfuri menyebut di dalam kitab ‘Mar’aat al-Mafatih’
tentang maksud ‘ ’من صام رمضانatas nasob kepada zorof fi bahawa
sesiapa yang berpuasa sepenuhnya dengan sebab ada kemampuan
atau berpuasa separuh harinya disebabkan uzur syarie dan dia
berniat adalah semata-mata untuk puasa, maka dia mendapat
ganjaran tersebut.
8. Amal yang diterima Allah ialah amalan yang dilakukan dengan
niat yang betul, mengharap ganjaranNya dan ada sifat ketamakan
untuk mengejar redha Allah dan syurgaNya. Al-Aini r.a dalam
kitabnya ‘Umdatul Qari’ menghuraikan maksud ‘ihtisab’ di sini
ialah ‘kerana dia berpuasa itu untuk mendekatkan diri kepada
9
Allah dan niat merupakan syarat untuk mencapai tujuan taqarrub
itu’.
9. Al-Khitabi pula menyebut: ‘Ihtisab’ adalah niat dan keazaman
iaitu dia berpuasa dengan makna bersungguh-sungguh mencari
ganjaran pahalanya, jiwa yang baik, tidak ada rasa benci atau berat
dalam melakukan puasa tersebut bahkan dia merebut sepanjang
hari puasa itu untuk ganjaran pahala yang besar. Baghawi pula
mengatakan maksud ‘ihtisab’ itu ialah mencari redha Allah dan
ganjaranNya.
10. Manakala maksud orang yang mendirikan malam-malam
Ramadan di sini ialah melakukan apa sahaja amalan-amalan yang
mendekatkan diri kepada Allah. Manakala amalan yang paling
utama di sini ialah medirikan solat. Al-Harawiy menyebut maksud
‘ ’من قام رمضانialah dia menghidupkan malam-malamnya atau
sebahagian besar malam-malam atau pada beberapa malam
dengan mendirikan solat sunat Terawih atau selain daripada itu
seperti tilawah al-Quran, berzikir, tawaf dan sebagainya.
Manakala kelebihan bangun beribadat pada malam Lailatul Qadr
pula ialah melakukan segala bentuk ketaatan yang bersifat umum
sekalipun seorang muslim itu tidak mengetahuinya bentuk dan
jenis amalan tersebut.
10
11. Maghfirah (keampunan) di sini ialah Allah mengampunkan
dosa-dosa kecil sahaja yang bukan dosa-dosa besar dengan syarat
dia bertaubat sebagaimana pandangan majoriti para ulama. Ada
sebahagian ulama mengatakan dosa-dosa besar juga diampunkan
Allah.
12. Termasuk maksud mendirikan malam-malam itu ialah
mendirikan apa-apa ibadat pada waktu malam walaupun hanya
dengan solat terawih. Jika seseorang mendirikan solat terawih
tanpa solat-solat lain ia termasuk dari maksud ini. Apatah lagi
kalau sesorang itu menghidupkan malam-malam Ramadan dengan
solat-solat malam, maka besarlah ganjarannya.
13. Hadis ini menerangkan bahawa puasa dan solat merupakan
sebaik-baik ketaatan dan amalan di bulan Ramadan. Ia merupakan
amalan yang paling baik bagi hambaNya untuk mendekatkan diri
kepada Allah.
14. Setiap amalan yang dilakukan hendaklah mengambil kira
sebab-sebabnya agar kita beroleh ganjaran dan mencapai maqasid
(tujuan) puasa.
11
Taujihat 2
AMALAN-AMALAN SUNNAH DI BULAN RAMADAN
1. Segera Berbuka
Rasulullah SAW bersabda: “Manusia akan sentiasa dalam
keadaan baik, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa.
Berbeza dengan orang Yahudi dan Nasrani yang selalu
melewatkan berbuka puasa.” (Riwayat Abu Daud)
Dari Sahl b. Saad R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mana dia
menyegerakan berbuka puasa” (Muttafaqun ‘Alaih)
2. Berbuka dengan tamar
Dari Salman b. ‘Amir ad-Dhabbiy as-Sohabiyy R.A bahawa
Nabi SAW pernah bersabda: “Apabila salah seorang daripada
kamu berbuka puasa, hendaklah dia berbuka dengan tamar
(kurma), jika tidak ada, berbukalah dengan seteguk air kerana ia
suci.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi: Hasan Sahih).
Dari Anas R.A pernah berkata: “Bahawa Rasulullah SAW
berbuka puasa sebelum mengerjakan solat dengan beberapa
rutob (kurma basah), jika tidak ada dengan kurma-kurma kecil,
jika tidak ada, dengan air.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi:
Hadis Hasan)
12
3. Melewatkan Sahur
Sabda Rasulullah SAW:
“Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada keberkatan.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Zaid b. Thabit R.A pernah berkata: “Kami pernah bersahur
bersama Rasulullah SAW, kemudian kami bangun mengerjakan
solat, pernah dikatakan, berapakah jarak antara dua masa tersebut?
Jawab baginda: “dengan kadar bacaan lima puluh ayat.”
(muttafaqun ‘alaih)
4. Meninggalkan perkataan kotor, cercaan dan perkataan lagho
(sia-sia)
Rasulullah SAW bersabda: “Puasa itu bukan hanya menahan diri
daripada makan dan minum tetapi puasa adalah menahan daripada
perkataan sia-sia dan kotor.”
Dari Abi Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
“ Bahawa Allah azzawajalla berfirman: Setiap amalan anak Adam
baginya pahala kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah
untuk aku, dan aku akan memberikan ganjarannya, puasa itu
perisai, jika salah seorang daripada kamu berpuasa maka
hendaklah dia tidak bercakap keji, bercakap kotor dan maki
hamun), jika ada yang mencelanya atau untuk membunuhnya,
hendaklah dia menyebut: ‘sesungguhnya aku berpuasa..’
(muttafaqun ‘alaih).
13
5. Menunaikan Solat Terawih dan merebut ganjaran Lailatul Qadr
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menghidupkan
malam Ramadhan (Solat Terawih) dengan iman dan
mengharapkan ganjaran pahala, maka akan diampunkan dosa-
dosanya yang lalu”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menghidupkan
solat pada malam Lailatul al-Qadr dengan iman dan
mengharapkan ganjaran pahala, maka akan diampunkan dosa-
dosanya yang lalu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Aishah R.A pernah berkata: “Bahawa Rasulullah SAW
pernah bersabda: ‘Carilah malam Lailatul al-Qadr pada malam-
malam ganjil dari sepuluh terakhir Ramadhan”. (Riwayat
Bukhari).
6. Menghidupkan malam
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menghidupkan
malam Ramadhan dengan iman dan mengharapkan ganjaran
pahala, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Memanfaatkan Ramadhan dengan berzikir dan bersedekah
Pernah ditanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah sedekah yang
paling afdhal? Maka jawab Baginda SAW: “Sedekah di bulan
Ramadhan.”
14
Dari Zaid bin Khalid al-Juhuniyy R.A, dari Nabi SAW pernah
bersabda:
“Barangsiapa yang memberi makan orang yang berbuka puasa,
maka baginya pahala sepertimana orang yang berpuasa, tidak akan
berkurang sedikit pun pahalanya seperti orang yang berpuasa”.
(Riwayat Tirmizi: Hadis Hasan Sahih)
Dari Ibnu Abbas R.A pernah berkata: “Adalah Rasulullah SAW
merupakan semulia-mulia manusia, Baginda amat mulia (paling
pemurah) terutama di bulan Ramadhan.” (Muttafaqun ‘Alaih)
8. Berdoa sepanjang hari khususnya ketika berbuka
Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya orang yang berpuasa,
tidak akan ditolak doanya.” (Riwayat Ibnu Majah)
9. Menghidupkan sepuluh malam terakhir
Di dalam satu hadis sahih: “Adalah Nabi SAW apabila masuk 10
terakhir Ramadhan, Baginda menghidupkan malam, mengejutkan
ahli keluarganya untuk bangun malam dan meninggalkan tempat
tidur”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Aishah R.A: “Bahawa Nabi SAW bersungguh-sungguh di
bulan Ramadhan yang tidak Baginda lakukan pada bulan lain,
pada sepuluh malam yang terakhir yang tidak Baginda lakukan
pada malam-malam lain.” (Riwayat Muslim)
15
10. Iktikaf terutama di sepuluh terakhir Ramadhan.
Dalam satu hadis: Ibnu Umar RA berkata:
Rasulullah SAW sentiasa beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.”
(Muttafaqun ‘Alaih)
Dari Aishah R.A bahawa Nabi SAW beriktikaf pada 10 terakhir
Ramadhan sehingga Allah mewafatkannya, kemudian diikuti para
isterinya” (Muttafaqun ‘Alaih)
11. Tilawah dan tadarus Al-Quran
Dari Ibnu Abbas R.A pernah berkata: “Adalah Nabi SAW orang
yang paling pemurah dengan kebaikan. Dia (Nabi SAW) lebih
pemurah lagi di dalam bulan Ramadan apabila didatangi oleh
malaikat Jibril. Adalah Jibril bertemu Nabi SAW setiap malam di
bulan Ramadan sehingga pagi dan mengemukakan Al-Quran
kepada Nabi SAW. Apabila Nabi SAW bertemu Jibril, Baginda
SAW menjadi lebih pemurah daripada angin yang bertiup”
(Muttafaqun ‘Alaih)
Semoga Ramadhan tahun ini disambut dengan KPI berasaskan Al-
Quran dan As-Sunnah.
16
Taujihat 3
JADIKAN RAMADAN BULAN BERDAMPINGAN DENGAN
AL-QURAN
1. Antara keistimewaan Ramadan berbanding bulan-bulan
lain ialah Allah mengkhususkannya dengan keagungan al-Quran.
Keagungan Ramadan terikat dengan dengan keagungan al-Quran.
2. 2 sebab kehebatan Ramadan iaitu diturunkan al-Quran
pada malam Lailatul Qadar dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di
langit dunia. Keduanya adalah bulan Ramadan merupakan bulan
kesungguhan yang tidak terhenti pada ibadat puasa tetapi juga
segala bentuk amalan ketaatan.
3. Ini diperkuatkan dengan hadis Nabi SAW yang diceritakan
oleh Ibnu Abbas bahawa Baginda Rasulullah SAW adalah insan
yang paling terbaik di kalangan manusia dan Baginda SAW adalah
sebaik-baik manusia di bulan Ramadan.
4. Baginda SAW adalah orang paling terbaik dalam
melakukan amalan-amalan kebaikan di bulan Ramadan. Antara
bentuk amalan terbaik yang Baginda SAW lakukan di bulan
Ramadan ialah bertadarus al-Quran.
5. Hadis Ibnu Abbas ini telah disimpulkan oleh Ibnu Rejab di
dalam kitabnya Lataif Ma’arif tentang galakan memperbanyakkan
tilawah al-Quran di bulan Ramadan.
6. Para salafussoleh bersungguh-sungguh dalam menjadikan
Ramadan bulan al-Quran. Terdapat di kalangan para sahabat r. a
17
yang mengkhatamkan al-Quran setiap tiga hari di malamnya, ada
yang tujuh hari seperti Qatadah dan ada yang selama 10 hari
seperti Abu Raja’ al-Atoridi.
7. Terdapat juga di kalangan para salafussalih seperti al-
Aswad membaca al-Quran di dalam solat dan di luar waktu solat
dan beliau menghabiskan bacaan al-Quran untuk tempoh dua
malam.
8. An-Nakhaie pula melakukannya dengan mengkhatamkan
al-Quran dalam masa dua hari pada 10 malam terakhir Ramadan
berbanding pada bulan-bulan lain iaitu selama 3 hari.
9. Qatadah pula kebiasaannya mengkhatam al-Quran selama
7 hari dan pada bulan Ramadan setiap 3 hari, manakala pada akhir
Ramadan beliau mengkhatamkannya setiap malam.
10. Imam Syafie mengkhatamkan al-Quran sebanyak 60 kali
di bulan Ramadan, begitu juga Imam Abu Hanifah.
11. Qatadah juga menjadikan bulan Ramadan masa untuk
mempelajari dan mentadabbur al-Quran. Imam Zuhri pula apabila
tiba Ramadan, beliau banyak bertilawah dan memberi makan
kepada saudara seIslam.
12. Ibnu Abdul Hakim menyebut bahawa Imam Malik apabila
tiba Ramadan, meninggalkan membaca hadis dan mendampingi
majlis ilmu sebaliknya menumpukan kepada tilawah al-Quran.
Begitu juga Sufyan at-Thauri meninggalkan ibadat-ibadat sunat
18
yang lain dan memperbanyakkan membaca al-Quran sebagaimana
yang diceritakan oleh Abdul Razzak.
13. Diceritakan bahawa Aishah R.A membaca al-Quran di
awal siang hari dan apabila terbit matahari keesokannya barulah
beliau tidur.
14. Sufyan menyebut bahawa Zabid al-Yami apabila tiba
Ramadan, beliau meminta didatangkan mushaf lantas mengumpul
sahabat-sahabatnya untuk bersama-sama bertilawah.
15. Jelas sekali para salafussoleh mencontohi Baginda Nabi
SAW dalam menjadikan Ramadan bulan al-Quran. Rasulullah
SAW adalah qudwah terbaik buat kita dalam melakukan kebaikan
diikuti para salafussoleh. Lantas bagaimana kita pula dalam
mencontohi jejak langkah mereka?. Ayuh mari kita jadikan al-
Quran dekat di hati kita agar ia menjadi syafaat dan cahaya hidup
kita.
19
Taujihat 4
AL-QURAN SUMBER ENERGI UMAT
Firman Allah di dalam Surah al-Isra’ ayat 9:
إِ َّن هذا الُْقْرآن ي ْه ِدي لَِلِّت ِهي أقْوُم
“Maksudnya: Sesungguhnya al-Quran ini memandu ke
jalan lurus”
1. Allah SWT telah memberikan keistimewaan Ramadhan ini
dengan memuliakannya dengan syariat puasa. Begitu juga
kemulian Ramadhan ini dengan penurunan al-Quran sebagai
manual panduan kepada umat Islam.
2. Pakej Ramadhan yang diisi dengan kefardhuan puasa dan
wahyu al-Quran ini memberikan isyarat betapa umat Islam perlu
kembali menjadikan al-Quran sebagai rujukan terbesar dalam
kehidupan mereka, sumber perundangan dan asas-asas kehidupan
mereka dalam semua perkara, dari soal wuduk hingga bernegara.
3. Betapa saban tahun, kita melihat umat Islam memasuki
Ramadan tanpa menjadikan al-Quran kitab panduan mereka, KPI
bagi kehidupan mereka, bahkan ada yang menyeleweng daripada
kefahaman al-Quran, berpaling daripada mengikuti ajaran-ajaran
al-Quran sehingga ada yang mencerca dan menghina al-Quran.
4. Al-Quran yang sepatutnya menjadi sumber energi
kekuatan umat, telah hilang dan lenyap dari hati-hati umat Islam.
20
Umat Islam tidak berusaha menggali dan meneroka, mencari spirit
dan kekuatan al-Quran bagi memajukan diri mereka sama ada dari
aspek keilmuan, ekonomi, politik, pendidikan dan kepemimpinan.
5. Dalam dunia pembangunan sumber manusia hari ini, kita
bercakap soal IQ, EQ, SQ dan sebagainya. Asas kepada
kecemerlangan IQ, EQ dan SQ berpaksikan kepada kecerdasan al-
Quran (QQ). Al-Quran inilah telah melahirkan rijal-rijal umat,
membina ummah Islamiyah, mengangkat pemerintahan Islam dan
membentuk wilayah tamadun Islam.
6. Al-Quran inilah telah menempa dan merubah hati Umar
Al-Khattab sehingga membentuk beliau menjadi pahlawan dan
Khalifah Islam yang hebat dan dikenali. Al-Quran inilah yang
menukar bangsa Arab dari jahiliyah kepada Islam. Al-Quran inilah
telah membina masyarakat Islam dan Daulah Islam Madinah. Al-
Quran inilah telah menjadi asas kepada peluasan wilayah Islam
sehingga menebar sebagai kuasa dunia (Ustaziyatul ‘Alam) dan
menjadi satu tamadun besar Islam (Hadharah Islamiah Kubra).
7. Justeru hadirnya Ramadan bukan sekadar kita bertilawah
dan bertadarus tetapi memaknakan al-Quran sebagai asas
kebangkitan dan kekuataan kita. Mentadabbur surah Iqra’ sebagai
surah pertama diturunkan mengajar kita 3 kata kunci membangun
peradaban iaitu Iqra’ (membaca), khalaqa (mencipta) dan
‘allama (transformasi ilmu).
21
8. Semua ini diungkap dengan kata kerja yang menuntut
umat bekerja. Bekerja dalam konteks ini ialah membina budaya
ilmu, budaya berfikir, budaya mencipta dan budaya meneroka
lantas menjadi bangsa pemimpin dan peneraju. Hanya bangsa
yang memimpin mampu mengepalai proses pembinaan tamadun
lalu bangsa-bangsa lain menjadikan mereka sumber ilmu dan
pengetahuan. Itulah yang berlaku kepada Islam di zaman
kegemilangan mereka di zaman Abbasiyah.
9. Covid-19 mesti difahami dalam kerangka qurani supaya
umat bangkit mencipta kekuatan dalam kegagalan sistem Barat.
Mendepani cabaran masa depan menuntut daya fikir dan daya
taakul yang tinggi yang sering kali diingatkan oleh Allah SWT
dalam al-Quran agar kita semua menjadi pemimpin Ulul Albab.
Hanya pemimpin bersifat Ulul Albab mampu membaca, menafsir,
mencipta dan mengambil ‘ibrah dan pelajaran di sebalik ujian
Covid-19 ini. Apakah kamu tidak berfikir?.
22
Taujihat 5
TADABBUR SURAH IQRA’
Firman Allah Taala di dalam surah al-‘Alaq (ayat 1-5) yang
bermaksud:
“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah
menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan
Tuhanmu yang Maha pemurah. Yang mengajar manusia apa
yang ia tidak tahu..”
Sinopsis Umum
1. Ayat 1-5 merupakan ayat terawal diturunkan ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ketika Baginda
menyendiri di Gua Hira.
2. Ayat ini diturunkan ketika alam ditimbuni kegelapan
jahiliyyah, ketika dunia didominasi kebejatan sosial, ketika
kezaliman dan penindasan bermaharajalela dan ketika
manusia hilang petunjuk dan pedoman.
3. Ayat 1-5 adalah penyuluh kepada satu kehidupan, cahaya
penyelamat kepada insan, penunjuk kebaikan buat umat dan
pelopor kepada satu kebangkitan dengan pengutusan seorang
Rasul, murabbi agung kepada alam jagat ini.
4. Ayat ini diturunkan di saat manusia teraba-raba mencari
cahaya penyelamat akibat kesengsaraan hidup perhambaan
kepada makhluk, mendewa-dewakan sistem ciptaan manusia
23
yang jelas membawa kepada kebangkrapan nilai dan tatanan
cara hidup bernegara.
5. Ayat ini adalah isyarat bahawa dunia memerlukan seorang
penyelamat ketika dihimpit dengan pelbagai penyakit kronik
akibat jiwa yang gersang dari nilai-nilai Rabbani yang
mengupayakan mereka keluar dari kemelut yang dahsyat ini.
Budaya Iqra dan Pendidikan Umat
1. Kunci kemajuan sesuatu umat terletak kepada proses
pendidikan umat tersebut. Proses inilah berpaksikan
kepada budaya Iqra’ (membaca). Membaca dengan
maksud memperdalamkan kualiti ilmu dan
mengukuhkan institusi keilmuan.
2. Budaya berfikir secara kritis dan kreatif adalah asas
kepada budaya Iqra’. Proses pengulangan (latihan
bertubi-tubi) adalah mekanisme pemantapan dan
pengukuhan ilmu. Allah SWT mengungkapkannya
sebanyak dua kali dalam bentuk arahan.
3. Berfikir dalam lapisan yang berbeza-beza sehingga
menghasilkan jawapan dan solusi yang mantap
berdasarkan ungkapan Iqra’ kali kedua. Ia juga
menuntut bahawa proses membaca tidak sekadar secara
literal tetapi kepada tingkatan analisis, sistaksis dan
24
mampu membuat rumusan dan penilaian dari idea yang
dicerna.
4. Kemajuan sesuatu bangsa diukur berdasarkan
keupayaan bangsa itu menghidupkan tradisi keilmuan
dan budaya berfikir sehingga menghasilkan masyarakat
berilmu (knowledge society).
5. Berilmu tidak sama dengan bermaklumat kerana proses
dapatan ilmu itu berasaskan daripada proses berfikir,
membuat inferens, analisis, penaakulan dan kajian data
yang terperinci dari sumber-sumber yang absah.
6. Matlamat pendidikan itu ialah untuk mengenali
pencipta, mengenali Rabb yang merupakan Tuhan
sekalian makhluk. Justeru, pendidikan umat mesti
berpaksikan kepada nilai akidah dengan menyuburkan
makna rububiyah dan uluhiyyah.
7. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu
dilakukan secara berulang-ulang agar ia dapat memberi
kesan dan impak. Teknik pengulangan dan latih tubi
merupakan salah satu proses P & P.
8. Penggunaan qalam menunjukkan bahawa keutamaan
menggunakan alat bantu mengajar dalam mengesani
proses pengajaran dan pembelajaran.
9. Pendidikan adalah proses long life learning (tarbiyah
madal hayat) berdasarkan kalimah ‘allamal al-insan
25
ma lam ya’lam. Proses ta’lim adalah melengkapkan
keupayaan IQ, SQ, EQ seorang insan.
10. Sesuatu umat bangun dan bangkit mempelopori dunia
jika wujud budaya ilmu, penyelidikan dan proses
pendidikan umatnya terbina.
11. Pendekatan saintifik adalah satu kaedah untuk
membentuk nilai-nilai akidah umat.
12. Kekuatan ilmu sesuatu umat apabila ia memiliki
keimanan, berpemikiran saintifik dan jiwa penerokaan.
13. Umat yang kukuh jati diri adalah umat yang subur
budaya membaca dan budaya penulisan.
14. Sains Islam adalah sains yang berpaksikan ketuhanan
dan pembuktian akidah yang sohih. Proses embriologi
menunjukkan bahawa kejuruteraan Allah mengatasi
segala-galanya. Ia menuntut umat menguasai disiplin
ilmu sains sebagai asas membangun peradaban sejagat.
15. Dalam konteks menghadapi cabaran IR 4.0 dan dunia
digital, umat memerlukan mereka yang memiliki
kecerdasaan buatan (AI), ditunjangi dengan kefahaman
yang berpandukan wahyu Ilahi. Tiada pemisahan antara
sains dan Islam bahkan sains membawa manusia
kembali kepada fitrah kewujudan mereka dan
menjelaskan peranan mereka sebagai khalifah Allah
untuk isti’mar, istiklaf dan istikhar alam ini.
26
Taujihat 6
RAMADHAN BULAN TAQWA
{ََي أَُيَّها اله يذي َن آَمنُوا ُكتي َب َعلَيْ ُك ُم ال يصيَاُم َك َما ُكتي َب عَلَى اله يذي َن يم ْن قَْبلي ُك ْم
]183:لََعله ُك ْم تَته ُقوَن} [البقرة
“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu
perintah puasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas umat
sebelum kamu, mudah-mudahan kamu mencapai ketaqwaan.”
1. Matlamat atau maqasid utama pensyariatan puasa ialah
membentuk sifat taqwa. Puasa merupakan satu cara untuk
memperolehi darjat taqwa.
2. Ini sejajar dengan maksud puasa iaitu al-kaffu, al-imsak
(menahan) atau al-imtina’, al-hirman (melarang) daripada
menuruti kehendak syahwat batin dan syahwat faraj semata-mata
untuk mendekatkan diri kepada Allah.
3. Berpuasa menyekat laluan-laluan syaitan yang berpunca
dari syahwat faraj dan syahwat perut. Nabi SAW menyebut dalam
satu hadisnya yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan menjalar
di dalam tubuh anak Adam sebagaimana aliran darah.”
4. Satu cara meninggikan darjat manusia dari gharizah
(kehendak) kebinatangan kepada sifat kemalaikatan ialah dengan
puasa. Ibnu Arabiy apabila menafsirkan ayat )‘ (لعلكم تتقونMudah-
mudahan apabila kamu lemah nafsu maka kamu akan beroleh
ketaqwaan, jika kamu mengurangi makan akan lemah syahwat dan
27
apabila lemah syahwat akan berkuranglah kamu melakukan
maksiat’.
5. Taqwa dengan ertikata sebenar menjadikan seorang
muslim itu peka dengan perintah Allah, sensitif dengan arahan
Allah, dhamir yang sentiasa berhubung dengan Allah. Segala
perintah ditaati manakala segala larangan dijauhi.
6. Justeru al-Quran sentiasa menjadikan nilai taqwa suatu
yang penting dan mendasar dalam kehidupan seorang muslim
samada di peringkat individu, keluarga dan umat.
7. Di dalam al-Quran terdapat hampir 300 tempat ayat-ayat
yang menerangkan nilai taqwa. Antaranya:
"dan berbekal-bekallah kerana sebaik-baik bekalan adalah taqwa"
(Baqarah: 197)
“dan pakaian taqwa itulah sebaik-baik pakaian” (al-‘Araaf: 26)
“barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan jadikan
baginya jalan keluar serta mengurniakan baginya pintu rezeki
yang tidak diketahui” (at-Tholak: 2-3)
“dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan
menjadikan urusannya mudah”. (at-Tholak: 4)
“bertaqwalah kepada Allah, Allah pasti memberikan petunjuk
ilmu”. (al-Baqarah: 182)
“dan kami berikan pesanan kepada orang-orang yang diberikan
kitab sebelum kamu dan juga kepada kamu agar kamu bertaqwa”
(Nisa’: 131)
28
8. Salafussoleh dari kalangan para sahabat dan para tabiin
amat menitik beratkan perkara taqwa. Thalq Ibn Habib pernah
berkata: “Apabila berlaku fitnah, maka padamkanlah api fitnah itu
dengan taqwa. Lantas orang bertanya kepadanya, “Apakah taqwa
itu?”. Katanya: “Kamu beramal mentaati perintah Allah di atas
cahaya petunjuk dari Allah serta mengharapkan pahalaNya, dan
kamu meninggalkan maksiat kepada Allah di atas cahaya petunjuk
Allah serta kamu takutkan balasan siksa Allah”.
9. Hasan al-Basri menukilkan sifat orang yang bertaqwa itu
ialah mereka takut (berhati-hati) melakukan perkara yang
diharamkan Allah serta melaksanakan segala apa yang difardukan
ke atas mereka. Umar Abdul Aziz apabila menjelaskan makna
taqwa katanya: “Bukanlah yang dikatakan taqwa itu dengan
berpuasa sepanjang hari dan tidak juga berqiamullail ataupun
menggabungkan keduanya tetapi yang dikatakan taqwa itu
meninggalkan apa yang diharamkan Allah dan melaksanakan apa
yang diwajibkan Allah. Barangsiapa yang dikurniakan perkara ini
maka itulah yang terbaik dan ia adalah satu kebaikan ke satu
kebaikan”.
10. Justeru Allah menghadiahkan puasa untuk kita supaya
diangkat darjat kita ke tahap yang tertinggi ruhinya. Itulah nilai
taqwa yang dibentuk daripada ibadah puasa.
29
11. Amat malang orang yang berpuasa sekadar menahan
makan dan minum tetapi kekal memberi dan memakan rasuah
serta mengambil harta secara haram.
12. Amat malang orang yang membaca al-Quran di bulan
Ramadan tetapi menolak syariat al-Quran. Amat malang orang
yang pemurah di bulan Ramadan tetapi hilang kemanusiaan
kepada saudara seislam. Amat malang orang yang bertemu bulan
Ramadan namun tidak diampunkan dosanya. Tanyalah diri anda
di mana nilai taqwa daripada puasa anda.
30
Taujihat 7
9 KEISTIMEWAAN ORANG BERTAKWA
1. Allah memberi solusi terhadap masalah yang dihadapinya serta
diluaskan rezekinya.
َويَْرُزقْهُ يم ْن َحيْ ُث لا َيْتَ يس ُب، َوَمن يَتهيق اَّهللَ َْيعَل لههُ َمَْراجا
“dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan
suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan
mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang
menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak
terlintas di hatinya.” (Surah al-Talaq: Ayat 2-3)
2. Allah mempermudahkan segala urusan hidupnya
َوَمن يَتهيق ٱَّهللَ َۡيَعل لههُ ۥ يم ۡن أَۡميرهيۦ يُ ۡس ً۬ارا
“Dan (ingatlah), sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya
Allah memudahkan baginya segala urusannya.” (Surah al-Talaq:
Ayat 4)
3. Allah mengurniakan keberkatan dari apa yang ada di langit dan
ضbيuرmَۡلأiَۡولَۡو أَ هن أَ ۡه َل ٱۡلُقَر ٰٓى ءَاَمنُواْ َوٱتهَق ۡواْ لََفتَ ۡحنَا عَلَْي يه ْم بََرَك ً۬ت يم َن ٱل هس َمٓاٰيء َوٱ
“Dan sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa, pasti
31
Kami akan membuka/melimpahkan kepada mereka keberkatan
dari langit dan bumi.” (Surah al-A’raf: Ayat 96)
4. Disayangiَيdيقaتهnۡل ُمd ٱiبcُّinَُييtaَلiَّهلo ٱlهنeإيhَف Allah.
بيَع ۡه يدهيۦ َوٱتهَقى أَۡوََف َم ۡن بَلَى
“Sesungguhnya barangsiapa yang menyempurnakan janjinya
(mengenai hak orang lain) dan bertakwa, maka sesungguhnya
Allah mencintai orang-orang yang bertakwa.” (Surah Ali-‘Imran:
Ayat 76)
5. Allah melindunginya daripada kejahatan dan tipudaya musuh.
َوإين تَ ۡصيِبُواْ َوتَته ُقواْ َلا يَ ُضُّرُك ْم َكۡي ُد ُه ۡم َشيْئاا
“Dan jika kamu bersabar dan bertakwa, (maka) tipu daya mereka
sedikitpun tidak akan membahayakan kamu.” (Surah Ali-‘Imran:
Ayat 120)
6. Syarat diterima amَيaيقlaُمتهnۡل.قَا َل إينهمَا يَتَ َقبهلُ ٱَّهللُ يم َن ٱ
“Sesungguhnya Allah hanya menerima (amalan) daripada orang-
orang yang bertakwa”. (Surah al-Maidah: Ayat 27)
32
7. Allah mengampunkan dosa dan memperbesarkan pahalanya.
َوَمن يَتهيق ٱَّهللَ يُ َكيف ۡر َعۡنهُ َسيَاتييهۦ َويُ ۡع يظ ۡم لَهُ ۤۥ أَ ۡجارا
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan
menghapuskan segala dosa-dosanya dan digandakan pahalanya”
(Surah at-Talaq : 5 )
8. Syarat mewاaً۬يrيقiَتsنiَ sَكاyuنrَمgaًَن.تيۡل َك ٱۡۡلَنهةُ ٱلهيِت نُوير ُث يم ۡن عيبَا يد
“Itulah Syurga yang Kami wariskan kepada hamba-hamba kami
yang bertakwa” (Surah Maryam : 63)
9. Menjadi penghuاnً۬ادiَوۡفsyينuَحrۡۡgهرa ٱلyَىaإيلng َيtيقeمتهrُhٱۡلoرrُmح ُشaَۡنt.يَ ۡوَم
“(Ingatlah) pada hari Kami himpunkan orang-orang yang
bertaqwa kepada Allah (Ar-Rahman) bagaikan kafilah yang
terhormat.” (Surah Maryam: Ayat 85)
ََووقَياسيَلَقََلُۡٱمله يذَيخَزَننَتُ ُهٱتْهمَق ۡواَْسلَ ٌمَرِهبُعَْملَيْ إُيكلَْمى يطۡٱبۡۡتُ ۡلَمنهيةفَٱ ۡدُزَمُخاراۖلُوَهاَحِهٰٓتَخليإييديذَاَن َجٓاٰءُوَها َوفُتي َح ۡت أَۡب َوٲُِبَا
“Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan
dibawa ke Syurga secara berombongan, sehingga apabila mereka
33
sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-
penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:" Salam
sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk
ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya"
(mereka pun masuk)” (Surah al-Zumar: Ayat 73)
Ramadan bulan terbaik untuk mendidik dan melatih diri kita
menjadi hamba Allah yang bertakwa.
34
Taujihat 8
MENJIWAI MAQASID RAMADAN MENUNJANGI
PERJUANGAN
Firman Allah SWT di dalam Surah al-Baqarah, ayat 183:
“Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa
sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu
daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”
1. Alhamdulillah, segala puji dan syukur kerana kita dipertemukan
dengan bulan Ramadhan al-Mubarak, bulan penuh keberkatan,
bulan rahmat, bulan keampunan. Ramadhan seringkali dikaitkan
dengan ibadah puasa yang merupakan kewajipan syarie yang telah
diperintahkan Allah kepada setiap mukallaf. Matlamat daripada
Ramadhan ialah menghasilkan mukmin yang produktif iaitu orang
yang bertaqwa. Lantas Allah mengulang-ulang di ayat 183 surah
al-Baqarah “mudah-mudahan kamu sentiasa bertaqwa”.
2. Perintah syarie yang ditaklifkan kepada generasi awal dakwah
sebagaimana kepada umat sebelum mereka tidak sekadar berupa
perintah hukum tetapi ditanggapi sebagai satu proses
pentazkiyahan jiwa dan pentarbiyahan diri bagi melengkapkan
kekuatan ruhi sebagai daie dan jundi dakwah.
3. Puasa bukan hanya menahan diri dari makan dan minum serta
perkara yang membatalkan puasa tetapi latihan kerohanian untuk
mengajar para pejuang erti mentaati perintah Allah dan
35
melaksanaknnya dengan sebaik yang mungkin untuk mencakna
mukmin muttaqin. Inilah maqasid yang ingin dicapai dalam
kefardhuan puasa.
4. Kewajipan puasa pula hadir beriringan dengan pakej tarbiyah,
tilawah dan tazkiyyah yang terkandung di dalam pakej Ramadhan.
Segala amalan-amalan sunat seperti iktikaf, tadarus, terawih,
qiamullail, infaq dan sedekah, memberi makan orang yang
berbuka puasa menjurus ke arah membina jiwa daie dan jiwa
pejuang yang tahan lasak dan uji.
5. Apatah lagi ia sinonim dengan bulan jihad dan perjuangan.
Episod kemenangan demi kemenangan di dalam bulan Ramadhan
seperti perang Badar, Fathu Makkah, pembukaan Ain Jalut,
pembebasan al-Quds adalah menifestasi mencapai maksud
maqasid Ramadhan iaitu ketaqwaan sebagai senjata kemenangan.
6. Pelajaran terbesar dari fiqh Ramadhan ialah belajar makna
maqasid. Memahami maqasid bermakna memahami tujuan dan
visi perjuangan dan mencari asbab untuk mencapai maqasid
tersebut.
7. Kemenangan di dalam perjuangan tidak ditentukan dengan
faktor-faktor material semata-mata tetapi perlu mengambil kira
asbab kepada kemenangan tersebut. Asbab itu ialah maqasid
daripada Ramadhan iaitu nilai taqwa. Taqwa adalah pra-syarat
kemenangan di dalam perjuangan. Allah menyatakan di dalam al-
Quran di dalam ayat 200 Surah Ali Imran:
36
“Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu
(menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-
perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu
lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan
bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu
berjaya (mencapai kemenangan).”
8. Bagaimana untuk mendapatkan taqwa? Taqwa terhasil dengan
sikap sabar, sanggup menanggung kesusahan serta jiwa imani
yang kental.
Imam Ibnu ‘Aroby di dalam tafsirnya menghuraikan inti ayat di
atas:
Sabar: Menahan diri daripada menuruti kehendak syahwat.
Musobaroh: Berterusan menahan diri daripada menuruti syahwat
dan melawannya.
Murobatoh: Janji yang diikat dengan sesuatu sehingga tidak ada
rasa bakhil dan ia kembali kepada sifat sabar.
9. Perkara ini boleh ditafsirkan di dalam beberapa maksud iaitu:
1) Bersabarlah atas tujuan demi agama, kemudian
bertahanlah menanggung kesabaran terhadap janji-
janji aku terhadap kamu dan kuatkanlah ikatan kamu
berdepan musuh-musuh kamu.
37
2) Bersabarlah di dalam berjihad, bertahanlah
menanggung kesabaran terhadap musuh kamu dan
ikatkanlah kuda-kuda tunggangan kamu.
3) Bersabarlah di dalam jihad, bertahanlah menanggung
kesabaran terhadap musuh kamu serta ikat dan
mantapkan solat-solat kamu.
10. Erti ‘Murobatah’ di sini ialah memasang niat dan bersedia dari
sudut fizikal untuk melaksanakan segala ketaatan. Seagung-agung
ribat ialah mengikat kuda untuk berjihad di jalan Allah dan
mengikat diri untuk terus melaksanakan solat-solat.
11. Moga Ramadhan yang kita lalui mengajar kita makna maqasid
dalam peta perjuangan. Perjuangan akan gagal jika hilang fiqh
maqasid. Gerakan menjadi lemah apabila tiada fiqh maqasid
dalam gerak amal dan gerak harakiy. Kefahaman yang mendalam
ini meletakkan bahawa pra-syarat kejayaan perjuangan ialah
memahami maqasid perjuangan Islam.
12. Fiqh maqasid akan menunjangi perjuangan harokah dan
meletakkannya berjalan mengikut marhalah (fasa-fasa). Tiada
jalan pintas untuk menang tetapi memintaskan jalan kemenangan
dengan memahami maqasid perjuangan. Semoga Ramadhan
benar-benar menjiwai kehidupan kita sebagai pejuang fi sabilillah.
38
Taujihat 9
TAQWA DAN MINDA ‘A WINNER’
1. Hadirnya Ramadan adalah peluang untuk umat Islam
meraih kebaikan dan mengumpul ganjaran pahala. Berpuasa
melatih kita menjadi manusia yang bertaqwa. Ini kerana Ramadan
adalah proses metamorforsis, proses persalinan diri merubah
beluncas menjadi rama-rama. Meskipun ia menyeksakan diri
namun mengubah menjadi seekor makhluk ciptaan Allah yang
indah dan disukai manusia.
2. Ramadan mencipta manusia baharu yang tekal
menghadapi ujian hawa nafsu dan godaan syaitan bagi
menghadapi cabaran kehidupan.
3. Taqwa adalah inti utama Ramadhan dan ia adalah jawapan
daripada matlamat syariat puasa. Mentadabbur ayat satu hingga
lima Surah al-Baqarah, Allah SWT menghubungkaitkan al-Quran,
taqwa dan kemenangan setelah dipaparkan ciri-ciri mereka yang
bertaqwa.
4. Menurut Syed Qutb di dalam tafsirnya ‘Fi Zilal al-Quran’,
‘taqwa’ merupakan sentuhan perasaan di dalam dhamir,
kelembutan dalam perasaan, perasaan takut yang berterusan, sikap
sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga dari terpijak duri-duri tajam
dalam perjalanan iaitu perjalanan kehidupan.
5. Apabila beliau mengulas perkaitan antara puasa dan
taqwa, beliau menjelaskan bahawa puasa adalah salah satu bentuk
39
jihad untuk menyiapkan jiwa yang mampu menanggung
kesusahan di medan dakwah yang terhampar dengan segala
rintangan, duri-duri tajam, yang bersimpang siur dengan runtunan
hawa nafsu, yang sentiasa menggamit mereka yang melaluinya
dengan ribuan pesona tipudaya.
6. Mereka yang mampu menahan jiwanya daripada segala
perkara yang harus dan mempesonakannya, dia mampu untuk
menanggung tanggungjawab jihad yang penuh dengan duri dan
rintangan.
7. Dalam kitab Maqasid Puasa karangan al-‘Izz Ibn Abdus
Salam yang dikenali sebagai Sultan Ulama’, beliau menyebut
bahawa Allah menyebut ‘mudah-mudahan kamu bertaqwa’ itu
bermaksud mudah-mudahan dengan berpuasa dapat mencegah
kamu daripada api neraka kerana puasa itu menjadi sebab kamu
diampunkan dosa yang menghalang kamu dicampakkan ke dalam
api neraka.’
8. Begitulah besar nilai taqwa yang ingin dicapai daripada
makna Ramadhan. Taqwa adalah satu kesedaran dan satu
kebangkitan jiwa. Maka tidak hairanlah Allah menutup di akhir
ayat kelima dengan ungkapan ‘Ulaaika humul muflihun’-
mereka itulah orang-orang yang cemerlang dan hebat.
9. Di sisi lain Allah SWT mengkehendaki kita menjadi umat
yang bertindak sebagai ‘A winner’. Pemenang tidak akan menjadi
40
pemenang jika tidak berfikir, berwatak, berpenampilan dan
bergerak dalam minda sebagai ‘A winner’.
10. Umat Islam adalah umat yang berminda ‘A winner’
bukan berminda ‘A loser’. Minda dan jiwa kalah mengheret umat
tunduk sujud kepada agenda Yahudi dan agenda Nasrani.
11. Bukankah Allah telah mengingatkan kita di akhir Surah al-
Fatihah agar tidak mengikuti kelompok mereka yang dibenci
(Yahudi) dan mereka yang sesat (Nasrani).
12. Inilah perkara yang perlu diintrospek oleh umat Islam agar
Ramadhan tidak sekadar bulan kita berlapar dan menahan diri dari
makan dan minum sahaja. Tetapi berfikir dalam kerangka minda
‘A winner’ dengan bekalan al-Quran sebagai panduan dan taqwa
sebagai pemangkin kejayaan. Kemenangan kita dengan tindakan
bukan dengan slogan dan omong-omong kosong.
13. Tidakkah Allah menyebut di akhir Surah ‘Ali-‘Imran’:
Ayat 200 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu, kuatkanlah
kesabaranmu, kuatkanlah ikatan kamu dan bertaqwalah, mudah-
mudahan kamu menjadi ‘A winner’.”
41
Taujihat 10
PUASA PERISAI DI DUNIA DAN DI AKHIRAT
Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ٌال يصيَا ُم ُجنهة
“Puasa adalah perisai” (H.R. Bukhari dan Muslim).
1. Puasa adalah madrasah mendidik jiwa dan penyucian hati
serta meluruskan perilaku di samping menyuburkan sifat-sifat
terpuji dan menghapuskan sifat-sifat keji.
2. Lantaran itu Baginda Nabi SAW menyebut di dalam
hadisnya “Puasa itu adalah perisai”. Apakah yang dimaksudkan
dengan perisai di sini. Para ulama menyebut perisai di sini ialah
puasa itu menjadi benteng daripada segala runtunan syahwat dan
kejahatan.
3. Berdasarkan hadis ini, Nabi SAW ingin memberitahu
kepada kita bahawa dengan berpuasa seseorang itu dapat
melindungi dirinya daripada melakukan kejahatan dan segala
keburukan zahir dan batin.
4. Pendinding atau perisai di sini bolehlah dihimpun
seperti berikut:
a. Perisai dirinya dari gejolak syahwat untuk
melakukan kejahatan zina sebagaimana hadis Nabi SAW.
َوأَ ْح َص ُن ليلْبَصر أَ َغ ُّض ُفَيإنهه فَلْيَتََزهو ْج ُفاَ َعْسلَتَيْيهطَابياعَل يمهصْنْويُكمُمفَاإيلْنهبَهُاءَلَةَه لَيَْليَفَْمريْعج َشَوَرَم اْنل َهلشْبَايَ ْيسبتَ يطَم ْعين
ٌيو َجاء
42
Maksudnya: “Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah
mampu (pembiayaan) berkahwin, maka bernikahlah. Kerana
nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj
(kelamin). Dan sesiapa yang belum mampu, maka hendaklah
berpuasa kerana puasa itu dapat menjadi perisai baginya (dalam
membendung syahwat)” Riwayat al-Bukhari (5065) dan Muslim
(3466)
b. Perisai dari melakukan tingkahlaku keji, bersikap
dungu dan jahil sebagaimana sabda Nabi SAW di dalam
satu hadis sahih.
“Puasa itu perisai, maka apabila ia berpuasa dia tidak
akan melakukan perkara keji dan tidak bersikap jahil
(bergaduh).”
c. Perisai dari melakukan maksiat dan perkara
haram. Di dalam hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari
Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya:”Barangsiapa
yang tidak meninggalkan perkataan keji (dusta) serta
mengamalkannya, maka Allah tidak berhajat orang itu
meninggalkan makan dan minumnya”. [Riwayat al-
Bukhari, no. Hadith 1770, 5597].
d. Perisai dari perkara yang merendahkan darjatnya di
dunia dan mendapat kehinaan di akhirat. Di dalam hadis
yang diriwayatkan Imam Ahmad: “Puasa itu adalah perisai
dan pendinding daripada api neraka.”
43
e. Perisai dari azab api neraka. Puasa adalah untuk
melahirkan manusia yang bertaqwa. Tiada balasan besar
bagi orang yang bertaqwa melainkan dijauhkan mereka
daripada azab api neraka. Dalam satu hadis, Nabi SAW
bersabda:
ما من عبد يصوم يوما في سبيل الله إلا باعد الله بذالك وجهه عن النار
سبعي خريفا
“Tidaklah seorang hamba yang berpuasa di jalan Allah
kecuali akan Allah jauhkan dia (karena puasanya) dari
neraka sejauh tujuh puluh musim” (H.R. Bukhari dan
Muslim).
Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam juga bersabda,
يصَيَواُهُمَو يُِجنهلةٌَويأًَََنْستَأَيجْج ُيّزنيِيبَبايهالَْعْب ُد يم َن،نهاايلر:قَا َل َرُبّنَا َعهز َو َج هلال
“Rabb kita ‘azza wa jalla berfirman, Puasa adalah
perisai, yang dengannya seorang hamba membentengi
diri dari api neraka, dan puasa itu untuk-Ku, Aku-lah
yang akan membalasnya” (H.R. Ahmad, shahih).
44
5. Ibnu Rejab al-Hambali di dalam kitabnya Jamiul ‘Ulum
Wal Hikam menyebut: “Puasa merupakan perisai selama tidak
dirusak dengan perkataan keji yang merusak.”
“Perisai ( )جنةadalah yang melindungi seorang hamba,
sebagaimana perisai yang digunakan untuk melindungi dari
pukulan ketika perang. Maka demikian pula puasa akan menjaga
pelakunya daripada berbagai kemaksiatan di dunia.”
“Jika hamba mempunyai perisai yang melindunginya daripada
perbuatan maksiat maka dia akan memiliki perisai dari neraka di
akhirat. Sedangkan bagi yang tidak memiliki perisai dari
perbuatan maksiat di dunia maka dia tidak memiliki perisai
daripada api neraka di akhirat.”
6. Inilah hikmah diwajibkan berpuasa. Ia akan menjadi
perisai yang melindungi seorang muslim di dunia dan di akhirat.
Di dunia dilindungi daripada maksiat, di akhirat dilindungi
daripada azab. Semoga Allah memudahkan kita untuk
menyempurnakan ibadah puasa dan meraih banyak pahala dan
berbagai keutamaannya.
45
Taujihat 11
COVID 19 TINGKATKAN SEDEKAH DI BULAN
RAMADAN
“Siapapun mukmin yang memberi makan mukmin yang
kelaparan, pada hari kiamat nanti Allah akan memberinya
makanan daripada buah-buahan syurga. Siapapun mukmin yang
memberi minum mukmin yang kehausan, pada hari kiamat nanti
Allah akan memberinya minum daripada minuman syurga.
Siapapun mukmin yang memberi pakaian mukmin lainnya supaya
tidak telanjang, pada hari kiamat nanti Allah akan memberinya
pakaian daripada perhiasan syurga.” (HR Tirmizi).
1. Antara musibah sepanjang Covid 19 ini, ramai orang
kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan. Banyak kerugian
yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan. Dianggarkan jumlah
kerugian mencecah sehingga RM63 billion. Ini menunjukkan
bahawa rakyat berada di dalam kesusahan dan kepayahan.
2. Salah satu cara membantu meringankan beban kesusahan
ini ialah dengan memberi bantuan dan pertolongan. Bantuan dan
pertolongan itu kita sebut dengan bersedekah dan sebaik-baik
sedekah adalah di bulan Ramadan.
3. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a
bahawa Nabi SAW adalah manusia yang paling pemurah dan
baginda paling pemurah terutama di bulan Ramadan. Lantaran itu
antara kelebihan bulan Ramadan ialah bulan bersedekah.
46
4. Di dalam al-Quran banyak ayat-ayat yang membicarakan
persoalan sedekah samada sedekah dalam konteks umum dan
konteks khusus.
“perkataan yang baik, memberi kemaafan itu lebih baik dari
sedekah yang diikuti dengan perkara yang menyakitkan dan Allah
Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (al-Baqarah: 163)
“perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan
Allah seperti satu biji yang tumbuh tujuh tangkai dan setiap
tangkai ada 700 biji dan Allah menggandakannya bagi mereka
yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas lagi Maha
Mengetahui.” (al-Baqarah: 261)
“orang yang bersedekah dalam kalangan lelaki dan perempuan dan
membuat pinjaman dengan Allah dengan sebaik-baik pinjaman,
akan digandakan bagi mereka dan bagi mereka pahala yang mulia’
(al-Hadid: 18)
“jika kamu menzahirkan sedekah ia adalah satu kebaikan, jika
kamu menyembunyikannya dan memberikan kepada fakir maka
itu adalah lebih baik bagi kamu serta menghapuskan dosa kamu
dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Baqarah:
271)
5. Bersedekah adalah sebaik cara melepaskan diri daripada
rantaian syaitan. Ini kerana syaitan sentiasa menyuruh kepada
bersikap kikir dan kedekut. Nabi SAW menyebut dalam hadisnya:
47
“Tidak ada suatupun yang dapat membebaskan seorang lelaki
daripada dirantai oleh 70 syaitan melainkan dengan bersedekah”.
6. Bersedekah juga menjadi sebab disembuhkan dari segala
penyakit. Dalam satu hadis sahih, Rasulullah SAW bersabda:
“Ubatilah sakit kamu dengan banyak bersedekah”. Ibnu Qayyim
pernah berkata: “Sedekah ada kesan ajaib dalam menolak pelbagai
bentuk bala dan ujian sekalipun dilakukan orang yang melakukan
dosa besar, atau orang zalim, bahkan orang kafir sekalipun.”
7. Sedekah boleh dilakukan dalam dua bentuk. Satu
dipanggil sedekah Ihtisab seperti memberi makan isteri, anak-
anak, khadam dan juga kepada diri sendiri. Manakala bentuk
kedua ialah disebut ‘sedekah al-Bazl’ iaitu pemberian orang yang
memiliki harta dan kekayaan kepada yang memerlukan
sebagaimana hadis Nabi SAW “Tangan yang memberi lebih baik
dari tangan yang meminta”.
8. Sedekah yang terbaik ialah:
a. Sedekah yang dilakukan oleh orang kaya tapi
berjiwa kikir.
b. Sedekah dari sedikit usaha kecil untuk diberi
kepada orang yang memerlukan.
c. Sedekah kepada orang yang ada pertalian rahim
tapi ada rasa permusuhan di hatinya.
d. Sedekah kepada orang miskin.
48
9. Manakala sedekah yang paling terbaik adalah di bulan
Ramadan. Sedekah ini dilakukan dengan cara memberi makan
atau memberi makan kepada orang yang berbuka puasa.
10. Para salafussoleh menyebut: “Aku suka mengajak 10
orang sahabatku dan menjamu makan mereka dengan makanan
yang mereka paling sukai lebih baik dari aku memerdekakan 10
anak Ismail”.
11. Kebanyakkan salafussaleh seperti Daud at-Thoiy, Malik
bin Dinar, Ahmad bin Hambal, Ibnu Umar tidak akan berbuka
puasa melainkan bersama mereka anak-anak yatim dan orang
miskin.
12. Hasan dan Ibnu Mubarak pula akan memberi makan
kepada saudara-saudaranya sedangkan beliau berpuasa. Abu
Suwar al-‘Adawi menyebut bahawa lelaki-lelaki dari Bani Adi
apabila mereka solat di masjid, mereka akan berbuka puasa
bersama orang yang berpuasa tetapi jika mereka dapati tiada yang
memiliki makanan, mereka akan membawa makanan ke masjid
dan berbuka sesama manusia.
13. Ibnu Rejab berkata bahawa Abu Bakar bin Abi Maryam
menyebut perihal para masyaikhnya. Katanya apabila tiba bulan
Ramadan, mereka meluaskan amalan infaq kerana dengan
berinfaq melipat ganda pahala seperti ganjaran infaq pada jalan
Allah, satu tasbih di bulan Ramadan lebih afdal dari seribu kali di
bulan-bulan lain.
49