14. Sepanjang tahun di bulan Ramadan, banyak institusi dan
NGO yang mengajak kita bersedekah. Maka ambillah peluang di
bulan Ramadan ini untuk kita bersedekah dan membantu pihak
institusi atau NGO itu melakukan usaha murni ini. Mudah-
mudahan dengan bersedekah akan menambah kebaikan dan
menghapus kejahatan kita.
50
Taujihat 12
MENJADI HAMBA ALLAH BUKAN HAMBA RAMADAN
1. Di dalam al-Quran terdapat 100 tempat di sebut kalimah
‘Ibaad’ yang bermaksud ‘hamba-hamba’. Ia merujuk kepada
kelompok orang mukmin yang sentiasa taat dan mengabdikan diri
mereka kepada Allah.
2. Antara ayat yang boleh kita tadabbur ialah ayat 63 Surah
al-Furqan:
َويعبَا ُد الهرْۡحَ ين اله يذي َن يَمْ ُشوَن عَلَى اْلأَْر يض َهْوًان
Maksudnya: “Dan Ibadur Rahman itu ialah mereka yang berjalan
di atas muka bumi dalam keadaan merendah diri”.
3. Rupa bentuk lafaz ‘Ibaad’ dalam ayat ini dibentuk dengan
huruf alif mamdudah di tengahnya. Menurut Syeikh Solah al-
Khalidy di dalam kitabnya ‘Lataif Quraniah’, huruf alif ini
melambangkan sifat kemuliaan, kekuatan, keunggulan dan
ketinggian. Ia seolah-olah menunjukkan kepala yang sentiasa
terangkat naik dan menegak.
4. Alif di sini dinamakan alif al-‘izzah yang memberi maksud
kemuliaan dan keagungan. Ia menunjukkan bahawa sifat hamba
yang beriman dan taat kepada Allah sentiasa mulia dan agung di
sisi Allah.
51
5. Kemuliaan dan keagungan ini dapat dilihat di dalam
kehidupan mereka di dunia yang meletakkan Islam sesuatu yang
agung dan tinggi mengatasi yang lain.
6. Mereka adalah hamba yang agung dan mulia dengan
risalah Islam berbanding risalah kufur. Islamlah yang menjadikan
mereka agung berbanding risalah jahiliyyah yang lain.
7. Sifat ‘izzah ini menolak mereka untuk membenci segala
bentuk jahiliah perkataan dan perbuatan. Mereka benci kepada
kekufuran, kemungkaran, kezaliman, dosa dan noda.
8. Semua ini bertitik tolak dari kemulian akidah dan
ketinggian iman yang membekas di jiwa mereka lantas menolak
segala yang menyalahi syariat dan mengikuti hawa nafsu.
9. Kemuliaan iman dan akidah ini menjadikan orang mukmin
sanggup menghadapi segala ujian dan rintangan dalam kehidupan,
sanggup diseksa, sanggup dipenjara, sanggup berjuang meskipun
terpaksa mengorbankan harta dan nyawa.
10. Ketinggian alif di dalam kalimah ‘ibaad () ِعبَاد
menggambarkan seorang mukmin yang sebenar pantang
menyerah kalah dan tunduk kepada tuntutan dunia, hawa nafsu,
syaitan dan musuh-musuh Islam. Seorang mukmin akan bangkit,
berdiri tegak mempertahankan keagungan dan kemuliaan Islam.
11. Ini berbeza dengan kalimah ‘abiid’ ( )عبيدyang bermaksud
‘hamba-hamba’ tetapi dinisbahkan kepada orang yang kafir dan
melakukan penderhakaan kepada Allah. Lantas Allah
52
menggunakan ungkapan ‘abiid’ dengan huruf ‘ya’ yang
menunjukkan kehinaan diri di sisi Allah.
12. Di dalam al-Quran terdapat 5 ungkapan yang
menggunakan lafaz ‘abiid’ iaitu pada ayat 181-182 Surah ali-
‘Imran, al-Anfal 50-51, Fussilat 46, Hajj 8-10 dan Qaf 27-29.
13. Lima sighah ‘abiid’ pada ayat-ayat tadi merujuk kehinaan
orang-orang kafir di akhirat kelak nanti. Huruf ‘Ya’ dan baris
sebelumnya berbaris bawah (kasrah) adalah lambang kedudukan
mereka yang rendah dan di bawah berbanding orang-orang yang
beriman.
14. Allah menyebut di dalam Surah Fussilat ayat 46.
{}َم ْن َع يم َل َصاليحاا فَلينَ ْف يسيه َوَم ْن أَ َساءَ فَعَلَيْ َها َوَما َرُبّ َك بيظَلهام ليلَْعبيي يد
Maksudnya: Barangsiapa yang melakukan amal solih, maka
pahalanya untuk dirinya, maka barangsiapa yang melakukan
kejahatan maka dosanya menjadi tanggungan dirinya. Dan Tuhan
kamu tidak menzalimi hamba-hambanya (menderhaka).
15. Menurut Syeikh Solah Abdul Fattah al-Khalidi, lima ayat
ini menerangkan keadilan Allah dan menafikan sifat zalim Allah
kepada manusia. Keadilan Allah dengan memasukkan orang-
orang kafir ke dalam neraka dan mereka akan menerima azab siksa
yang pedih. Maka tiada alasan mereka menyalahkan Allah kerana
tindakan itu adalah datangnya dari kezaliman diri sendiri.
53
16. Jelas Allah mengisyaratkan orang-orang yang kufur dan
derhaka sebenarnya mereka adalah manusia yang hina. Hina pada
sifat mereka, pada kehidupan mereka dan pada sikap mereka.
Mereka yang mengikuti jejak orang-orang kafir juga akan menjadi
hina seperti mereka.
17. Justeru Ramadan hadir untuk mendidik kita menjadi
hamba yang mulia di sisi Allah bukan menjadi hamba yang hina
kerana berpaling dari mengikuti perintah Allah. Kita berpuasa
menahan diri dari makan dan minum serta perkara yang
membatalkan puasa bermakna kita meletakkan perintah Allah
tinggi berbanding memenuhi keperluan perut dan hawa nafsu.
18. Seorang muslim mulia dan ‘izzah apabila menjunjung
perintah Allah dan menjadi hina apabila mengikut hawa nafsu dan
jejak langkah syaitan. Jadilah hamba Allah bukan hamba
Ramadan.
54
Taujihat 13
PUASA DAN KESIHATAN HATI
1. Hati merupakan bahagian yang terpenting dalam diri
manusia. Ia bagaikan raja yang mampu menggerakkan seluruh
jenteranya. Dari hati seluruh anggota badan lainnya akan
mengambil keteladannya, baik dalam ketaatan atau
penyimpangan.
2. Di hati inilah dua potensi keinginan akan saling menolak
dan berlawan antara satu sama lain iaitu potensi mengajak kepada
kebaikan atau kejahatan, ketaatan atau kemaksiatan, kecintaan
atau kedengkian. Oleh kerana itu hati disebut qalbun dalam
Bahasa Arab kerana litaqallubihi (cepat berubahnya) dari satu
keadaan kepada keadaan yang lain. Semua itu bergantung kepada
‘nutrisi’ yang diserap ke dalam hati.
3. Semakin baik nutrisi yang diambil oleh hati, maka semakin
baik pula hati mengawal dan mengarahkan anggota tubuhnya.
Inilah yang disebut sebagai tazkiyah nafs (penyucian jiwa).
Sebaliknya apabila seseorang tidak mampu memberikan ‘nutrisi’
yang terbaik bagi hatinya, maka hati akan dipenuhi dengan
berbagai penyakit, sehingga perilaku yang dilahirkan adalah
kehinaan.
) َوقَ ۡد َخا َب٩( ) قَ ۡد أَۡفلَ َح َمن َزهكٮ َها٨( ) فَأَ َۡلََمَها فُ ُجوَرَها َوتَ ۡقَوٮ َها٧( َونَ ۡف ً۬س َوَما َسهوٮ َها
)١٠( َمن َد هسٮ َها
55
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya
(dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); serta
mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya
kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa;
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang
sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal
kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan
dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya
(dengan sebab kekotoran maksiat). (Surah al-Shams: 7-10)
4. Sebahagian ulama membahagikan hati manusia kepada 3
bahagian iaitu qalbun salim (hati yang sihat), qalbun mayyit (hati
yang mati) dan qalbun maridh (hati yang sakit). Ketiga kategori
hati ini sangat bergantung kepada ‘nutrisi’ yang diberi kepada hati.
5. Di bulan puasa ini, kita dilatih untuk melalukan proses
tazkiyah nafs, menjaga hati dengan memberikan nutrisi yang
terbaik serta menjaganya daripada penyakit yang merosaknya. Di
samping berpuasa, kita hendaklah memperbanyakkan ibadah-
ibadah lain seperti membaca al-Quran, berzikir, solat malam serta
menjauhkan diri daripada penyakit yang merosakkan hati seperti
riya’, bangga diri, sombong, bakhil dan sebagainya.
6. Semua amalan ini jika dilaksanakan dengan bersungguh-
sungguh mampu melahirkan hati yang sihat. Dengan hati yang
sihat, jiwa akan selalu memberikan potensi yang baik dan bergerak
kepada hal-hal yang baik dan positif. Seseorang yang berpuasa
56
harus mampu mempertahankan kesihatan hatinya dan
menyuburkannya dengan cahaya keimanan serta mampu
mengubati hatinya jika ia sakit.
57
Taujihat 14
KEBERKATAN SAHUR
]تس هحروا؛ فإن في: قال النبي صلى الله عليه:عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال
متفق عليه:[ال ُّسحوير بركةا
Maksud: Dari Anas bin Malik r.a katanya: “Bersahurlah kerana
sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan” (Muttafaqun
‘Alaih)
1. Salah satu amalan sunnah di bulan Ramadan ialah dengan
bersahur.
2. Al-Hafiz Ibnu Hajar r.a menyebut sahur iaitu waktu
sebelum Subuh. Ada pendapat menyatakan masanya pada fajar
pertama sebelum azan kedua solat Subuh.
3. Hadis ini menceritakan galakkan supaya bersahur. Ia
merupakan amalan sunnah yang tidak pernah ditinggalkan oleh
Baginda Nabi SAW di bulan Ramadan. Justeru pada ulama fekah
menyatakan sahur adalah sunat muakkad.
4. Kenapa Nabi SAW menggalakkan umatnya bersahur?
Jawabnya mudah sahaja iaitu nilai berkat yang ada pada amalan
bersahur.
5. Keberkatan sahur ini dapat dilihat pada perkara-perkara
iaitu:
58
a. Keberkatan syariat iaitu dengan mengikuti sunnah
baginda Nabi SAW. Ikutan ini akan mendapat ganjaran
pahala bahkan waktu sahur adalah waktu terbaik untuk
berzikir, berdoa dan memohon keampunan kepada Allah.
b. Membezakan amalan puasa umat Islam dengan
puasa Ahli Kitab.
c. Keberkatan tubuh badan. Ini kerana akan
memberikan kekuatan dan keaktifan untuk melakukan
ibadah puasa dan ibadah-ibadah yang lain pada siang hari.
Ia juga menghindarkan diri dari sifat keji dan menyubur
sifat terpuji pada jiwa dan pergaulan dengan manusia.
d. Meningkatkan ketaqwaan dan ketaatan dalam
beribadah. Orang yang berlapar akan malas beribadah
sebagaimana manusia biasa yang malas melakukan apa
sahaja aktiviti dengan alasan letih dan lemah.
e. Bangun untuk bersahur menjadi peluang seorang
mukmin melakukan ibadat malam seperti mengerjakan
solat tahajud, berzikir, berdoa dan beristighfar.
Sesungguhnya Allah dan para malaikat akan berselawat
(memohon keampunan) kepada mereka yang bersahur.
f. Dapat mengerjakan solat Subuh berjamaah
berbanding mereka yang tidak bangun untuk bersahur.
59
6. Sebaik-baik makanan untuk bersahur ialah dengan
memakan tamar (kurma kering). Rasulullah SAW memuji mereka
yang bersahur dengan tamar. Sabda Rasulullah SAW:
نعم سحور المؤمن التمر: عن أبي هريرة عن النبي صل الله عليه وسلم
Maksudnya: “Sebaik-baik sahur orang mukmin adalah dengan
sebiji tamar kering” (Sunan Abi Daud No 2345: Hadis Sahih)
7. Dari aspek pemakanan sihat dan seimbang, kurma
mengandungi kandungan gula glukosa sekitar 55% dan 45%
fluktosa. Ia juga mengandungi sejumlah lemak, protein dan
vitamin seperti vitamin A, B2 dan B12. Kurma juga mengandungi
kalsium, sulfat, sodium, foster, potassium, sulfat, sodium, fluster,
kuningan, manganese, cobalt, zink dan selulosa.
8. Semua kandungan ini berguna untuk pertumbuhan sel-sel
otak, sel-sel saraf, sel-sel darah merah dan sel-sel tulang belakang.
9. Dalam satu hadis yang lain Nabi SAW menyebut bahawa
kebaikan umat itu selama mana mereka menyegerakan berbuka
dan melewatkan waktu sahur.
""لا تزال أمتي بخير ما إخروا السحور وعجلوا الفطر
Maksudnya: “Umatku sentiasa di dalam kebaikan selama mereka
melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka puasa” (Musnad
Ahmad, No 20996: Isnad Hasan)
60
10. Jarak masa terbaik bersahur hingga selesai masa ialah
sekitar jangkaan waktu bacaan 50 ayat al-Quran yang dibaca
dengan kadar sederhana.
Dari Zaid b. Thabit R.A pernah berkata: “Kami pernah bersahur
bersama Rasulullah SAW, kemudian kami bangun mengerjakan
solat, pernah dikatakan, berapakah jarak antara dua masa tersebut?
Jawab Baginda: “Dengan kadar bacaan lima puluh ayat.”
(muttafaqun ‘alaih)
11. Waktu sahur adalah waktu-waktu emas yang dimanfaatkan
para salafussoleh untuk bermunajat dan memohon keampunan
kepada Allah.
Firman Allah SWT di dalam al-Quran Surah Azzariyat: Ayat 18.
وبالأسحار هم يستغفرون
Maksudnya: “Ketika waktu sahur (akhir-akhir malam), mereka
berdoa memohon keampunan”.
12. Amat malang dan rugi orang yang bangun di akhir-akhir
malam sekadar untuk bersahur tetapi tidak mengambil kesempatan
untuk mengerjakan solat-solat malam dan beristighfar.
13. Rebutlah peluang waktu istimewa ini dengan
menggandakan amal ibadah. Moga Ramadan membakar dosa-
dosa kita dan merubah kehidupan kita.
61
Taujihat 15
BERSABARLAH DI CELAH-CELAH UJIAN RAMADAN
Nabi SAW pernah bersabda dalam satu hadis:
) الصوم نصف الصِب ( الترميذي
Maksudnya: "Puasa itu separuh dari sabar"
14. Lafaz perintah ‘Shaum’ hanya disebut satu kali di dalam
al-Quran pada ayat 183 Surah al-Baqarah. Perintah inilah yang
membezakan ibadah puasa dengan perintah syariat lain yang
sering kali di ulang-ulang di dalam al-Quran.
15. Nabi SAW menyebut puasa sebagai bulan sabar melalui
hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim katanya:
َصْومُ َش ْهَر ال هصِْيب َوثَلاَثَةُ اََهيم يم ْن ُك يل َش ْهر َصْومُ ال هد ْهير رواه مسلم
“Puasa di bulan Sabar (Ramadan) dan tiga hari setiap bulan
seperti puasa satu tahun” (H.R Muslim)
16. Imam Al-Baihaqi meriwayatkan hadis dengan sempurna
daripada seorang laki-laki Bani Tamim seperti berikut:
الته ْسبيي ُح ني ْص ُف، أَْو يفي يَ يديه ُيفَيواليَ يدهصْويم، ُسيََمْواوَلُْللُحَْامَمَّاهُلديلبََيّْهليلََصيلهيَامْللَىُؤهاسهََُّهمللُايءعَلََوْايْليهأََْرو َسيلهضَم،ُاالَْعَْيوليامهديليمتَهَُهازاْيكهنيننبييَرر
َوال ُطُّهوُر ني ْص ُف، ني ْص ُف ال هصِْيب
“Rasulullah SAW menghitung dengan tanganku atau dengan
tangannya. Tasbih itu separuh timbangan dan lafaz
62
‘Alhamdulillah’ memenuhinya. Takbir itu memenuhi langit dan
bumi. Puasa itu separuh daripada sabar. Kesucian itu separuh
daripada iman”.
17. Para ulama’ berbeza pendapat tentang kekuatan hadis ini.
Ibnu Hajar Al-Atsqalani mengatakan, hadis ini maqbul. At-
Tirmizi pula berkata, “Hadis ini Hasan”. Sementara Nashiruddin
al-Bani mendhaifkan hadis ini.
18. Syeikh Ahmad Mustafa al-Maraghi menukilkan hadis ini
untuk menguatkan tafsir ayat Surah al-Baqarah. Katanya:
"Sesungguhnya Allah mewajibkan kamu berpuasa agar kamu
mempersiapkan diri untuk bertaqwa kepada Allah dengan jalan
menjalankan perintah dan mencari pahala di sisi-Nya”.
19. Ibnu Rejab al-Hanbali menjelaskan eratnya hubungan
puasa dengan sifat sabar sebagai berikut: “Sabar itu ada tiga
macam; sabar dalam melaksanakan ketaatan kepada
Allah Subhanahu wa Ta’ala; sabar dalam meninggalkan hal-hal
yang diharamkan Allah Subhanahu wa Ta’ala; dan sabar dalam
menghadapi ketentuan-ketentuan (taqdir) yang tidak sesuai
dengan keinginan manusia”.
20. Ketiga bentuk sabar ini, kesemuanya terkumpul dalam satu
ibadah ‘puasa’ kerana dengan shaum, kita wajib bersabar dalam
menjalankan ketaatan dan bersabar dalam mengekang semua
keinginan syahwat yang diharamkan bagi orang yang berpuasa,
63
serta bersabar dalam menghadapi beratnya rasa lapar, haus dan
lemahnya badan yang dialami oleh orang yang sedang berpuasa.
21. Dari sudut bahasa, shaum dan sabar memiliki maksud
yang sama, iaitu اَ اْ ِل ام َساكal-Imsak (menahan diri).
22. Menurut Imam ar-Raghib al-Asfihani dalam kitabnya “al-
Mufradat fi Gharibil Qur’an”:
اَل هصْوُم يَف اْلاَ ْص يل اَْلياْم َسا ُك يم َن اْليف ْع يل َمطَْع اما َكا َن اَْوَكلَااما اَْو َم ْشياا
“Puasa pada asalnya berarti menahan diri daripada melakukan
pekerjaan, baik makan, berbicara, atau berjalan”. Manakala
perkataan sabar diertikan sebagai:
الَ هصِْبُ اَْلياْم َسا ُك يَف َضْيق
“Sabar adalah bertahan ketika kesempitan (kesusahan)”.
23. Dari segi pahala pula, antara puasa dan sabar juga terdapat
persamaan, iaitu mendapatkan pahala tanpa batas.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
١٠ الزمر/ إنهمَا يَُوَهف ال هصابيُروَن أَ ْجَرُه ْم بيغَْيير يح َساب
“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang
dicukupkan pahala mereka tanpa batas” (QS. Az-Zumar [39]:
10).
24. Selama kita berpuasa di bulan Ramadan, kita diuji dengan
kesabaran dan ketahanan mental dan sosial. Apakah kita sanggup
menderma tatkala kita memerlukan harta tersebut sedangkan di
luar sana ada saudara-saudara lain diuji dengan kesusahan akibat
64
pandemik COVID-19. Apakah kita mampu bersabar mengerjakan
ketaatan seperti bersolat sedangkan badan kita kekeringan air.
Apakah kita mampu bersabar dari melihat perkara-perkara haram
di media sosial sedangkan kita mempunyai kesempatan masa yang
banyak.
25. Justeru Shaum Ramadhan memang sarat dengan nilai-nilai
kesabaran yang sangat kita perlukan ketika ini di tengah-tengah
jangkitan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia.
26. Sebahagian para ulama menjelaskan tiga balasan yang
akan diterima oleh orang yang bersabar dalam tiga bentuk:
a. Selawat (anugerah) berupa perlindungan dan
pengampunan dosa dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
b. Rahmat (kasih sayang) berupa kasih sayang yang
tidak pernah putus sepanjang hidup bahkan setelah
meninggal dunia.
c. Hidayah (petunjuk) iaitu berupa petunjuk daripada
Allah sehingga dapat mengatasi musibah tersebut.
27. Oleh karena itu, marilah kita jadikan Ramadan ini sebagai
sarana untuk memantapkan kesabaran kita dalam menghadapi
virus Corona ini sehingga kita tetap tenang dan optimis bahwa
wabak ini dapat berakhir sebagaimana optimis kita menanti
datangnya waktu berbuka ketika kita sedang berlapar dan dahaga
untuk berbuka puasa.
65
Taujihat 16
SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT INIKAN PULA
PUASA
1. Ramadan bulan terbaik mendidik diri dengan nilai kesabaran
dan kerendahan diri. Ujian sabar di bulan Ramadan ini lebih tinggi
berbanding di bulan lain sehingga Nabi menyebut “Puasa itu
setengah daripada sabra” (HR Imam al-Tirmizi).
2. Puasa bukan hanya menahan sabar daripada makan minum,
kehendak nafsu dan syahwat, bahkan dituntut kesabaran dalam
menjaga lidah dan tutur kata. Ramadan bulan terbaik untuk
mendidik dan melatih diri kita berbicara sesuatu yang baik dan
elok serta meninggalkan tutur bicara yang dusta dan keji. Nabi
s.a.w bersabda:
فليس لله حاجة في أن يدع طعامه وشرابه،من َل يدع قول الزور والعمل به
‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta, bahkan
senang melakukannya, maka Allah tidak memerlukan makan dan
minum yang ditinggalkannya’. (HR Imam Bukhari).
“…jika seseorang mencaci atau mengajaknya bertengkar,
katakanlah saya sedang berpuasa…” (HR Imam Bukhari)
3. Seseorang yang berpuasa perlulah bersabar dan berusaha
‘mengunci lidahnya’ daripada tutur bicara yang keji dan jelek.
66
Imam al-Ghazali dalam Ihya’ ‘Ulumiddin menyatakan terdapat
banyak bahaya lidah iaitu:
(1) Perkataan yang tidak bermanfaat
(2) Berlebihan dalam berkata
(3) Berbicara panjang lebar tentang kebatilan
(4) Berdebat
(5) Bertengkar
(6) Pembicaraan yang dibuat-buat.
(7) Bercakap kosong
(8) Berkata keji dan mencaci
(9) Melaknat
(10) Bersenda gurau
(11) Menghina dan memperlekehkan orang lain.
(12) Menyiarkan kejelekan
(13) Berjanji dusta
(14) Sumpah palsu
(15) Memfitnah
(16) Mengumpat
67
(17) Berbohong
(18) Berlebihan dalam memuji
4. Nabi s.a.w turut mengingatkan supaya menjaga bicara dan tutur
kata.
، فإنكثرة الكلام بغير ذكر الله قسوة القلب،لا تكثروا الكلام بغير ذكر الله
وإن أبعد الناس من الله القلب القاسي
“Jangan memperbanyakkan pembicaraan yang bukan zikir
kepada Allah, kerana perkataan seperti itu akan mengeraskan hati
dan orang yang paling jauh dari Allah adalah mereka yang keras
hatinya.” (HR Imam Tirmizi)
5.Justeru, marilah kita memanfaatkan bulan Ramadan ini untuk
menjaga dan memelihara lidah dan tutur bicara kita daripada
perkara yang dusta dan tidak bermanfaat.
68
Taujihat 17
CARILAH KEBERKATAN PADA AL-QURAN
1. Di antara perkara yang menjadikan Ramadan istimewa
berbanding bulan-bulan yang lain ialah Ramadan adalah bulan
diturunkan al-Quran.
2. Sifat al-Quran pula sebagaimana yang disebut di dalam al-
Quran adalah ‘Mubarak’ iaitu kitab yang penuh keberkatan.
3. Ini boleh dilihat dalam beberapa ayat contohnya:
Surah al-An’aam: Ayat 155
َوَه َذاكيتَا ٌب أَنَزلْنَاهُ ُمبَاَرٌك فَاتهبيعُوهُ َواتهُقوا لََعله ُك ْم تُْرَۡحُو َن
Maksudnya: Inilah kitab al-Quran yang kami turunkannya dengan
penuh keberkatan, maka ikutilan al-Quran tersebut, dan
bertaqwalah mudah-mudahan kamu beroleh keberkatan.
Surah Al- ‘Araaf: 96
َولَْو أَ هن أَْه َل الُْقَرَولَى يكآَمننُوَاك هذَوباُتهواَقْفَواأَلََخَفتَْذًَْنحنَُهامعَِيلبََيْايهَكمانُبَواَرَكياَ ْكتيسبيُموَنَنال هس َمايء َواْلأَْر يض
Maksudnya: “Kalaulah penduduk kampung itu beriman dan
bertaqwa nescaya kami akan bukakan ke atas mereka pintu-pintu
keberkatan dari langit dan bumi, akan tetapi mereka
mendustakannya lantas kami siksa mereka terhadap apa yang telah
mereka kerjakan”.
69
Surah al-Anbiya’: Ayat 50
َوَه َذا يذ ْكٌر ُّمبَاَرٌك أَنَزلْنَهُ ۚ أَفَأَنتُْم لَهُۥ ُمن يكُروَن
Maksudnya: “Inilah al-Quran yang kamu turunkan itu
menjadi kitab (peringatan) dan di dalamnya penuh
keberkatan, apakah kamu masih lagi menderhakainya?”
4. Berkat di dalam Bahasa Arab bermaksud bertambah dan
berkembang. Menurut Imam ar-Raghib al-Asfahani maksud
berkat ialah berterusan kebaikan Ilahi pada sesuatu perkara.
5. Makna berkat pada ayat di atas bermaksud mengalirnya
kebaikan-kebaikan Ilahi kepada manusia selagi mana manusia taat
kepada perintah Allah dan menjauhi penyebab kemurkaan Allah.
6. Keberkatan al-Quran bersifat umum, luas dan meliputi
semua perkara tidak kira yang bersifat ma’nawi atau hissy. Mereka
yang menjadikan al-Quran sumber keberkatan akan beroleh
kerahmatan dan petunjuk daripada Allah.
7. Keberkatan al-Quran luas merangkumi zat al-Quran,
sumber al-Quran, ma’ani al-Quran, dilalat (bukti atau tanda) al-
Quran, ruang lingkup al-Quran dan segala bentuk perbicaraan al-
Quran pada semua lapangan kehidupan samada ekonomi, politik,
sosial, pendidikan dan kenegaraan.
8. Al-Quran menjadi berkat pada sumbernya yang datang
dari Allah, pada perantara wahyu iaitu Jibrail AS, pada penerima
wahyu (Nabi Muhammad SAW), pada malam yang penuh
keberkatan iaitu Lailatul Qadr kepada umat yang mendapat
70
keberkatan (umat Muhammad SAW), pada setiap huruf al-Quran,
pada ayat-ayatNya, pada setiap surahNya, pada dilalatNya, pada
setiap tilawahNya, pada setiap pengamalanNya, pada objektif al-
Quran, pada manhaj al-Quran dan pada setiap kesan-kesan
penghayatan dan pengaplikasian al-Quran di dalam kehidupan
insan.
9. Justeru Allah memulia dan memberkati Ramadan dengan
al-Quran. Untuk apa?. Supaya manusia berfikir dan mencari solusi
berdasarkan manhaj al-Quran dalam menghadapi apa jua keadaan
dan cabaran.
10. Lantas malapateka COVID-19, kesuraman ekonomi dunia,
cabaran digital, kepincangan permasalahan sosial, hubungan
kekeluargaan dan dunia tanpa sempadan, apakah kita masih mahu
mencari keberkatan selain dari keberkatan al-Quran?.
11. Mari kita dekati al-Quran dan mengambil pelajaran dari
setiap tilawah dan tadabbur kita. Mudah-mudahan al-Quran
memberkati kita di dunia dan akhirat.
71
Taujihat 18
RAMADAN BULAN JIHAD
“Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama
Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu
menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana
sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang
menceroboh.”
1. Ayat 183-187 dalam Surah al-Baqarah membicarakan
tentang persoalan puasa. Manakala pada ayat 190-193 pula
menyentuh persoalan jihad dan perang.
2. Ramadhan bukan sekadar bulan tarbiyyah dan tazkiyyah.
Ramadhan juga adalah bulan Jihad dan an-Nasr (perjuangan &
kemenangan). Pelbagai episod kemenangan dan kejayaan yang
telah diraih oleh umat Islam dibawah kepimpinan Baginda SAW
dan ketumbukan jihad Baginda.
3. Siri-siri dan misi-misi-misi jihad telah dilancarkan ke
seluruh pelusuk alam bagi membuka wilayah baru Islam,
72
mengukuhkan ketuanan Negara Islam dan menyebarkan Islam ke
sarwajagat.
4. Ramadhan dari aspek vertikal (menegak) ialah membina
daya kepemimpinan, keupayaan membuat polisi-polisi jihad,
merencana dan mengurus negara, kebijaksanaan berpolitik,
menstruktur dan merancang strategi serta bersiyasah melawan
musuh-musuh Islam. Termasuk juga aspek pembinaan kekuatan
organisasi, pengukuhan tarbiyah dalaman dan kelangsungan
pembinaan kawader dakwah. Ini dilihat melalui tindakan Baginda
SAW dan para khalifah-khalifah Islam di dalam siri dan misi jihad
mereka.
5. Manakala dari aspek horizontal (mendatar ialah
bagaimana dakwah berjaya menembusi sempadan umat dan
perluasan negara, membuka wilayah baru Islam (al-fath islami),
melaksanakan misi taui’yah kepada tahanan-tahanan perang,
sikap adil kepada rakyat, menjaga kebajikan mereka, amar makruf
dan nahi mungkar, membasmi kefakiran, menentang penindasan
dan kezaliman dan mewarnai nilai-nilai akhlak di dalam
kehidupan bermasyarakat.
6. Justeru Ramadhan haruslah menjadi benchmarking dalam
memahami fiqh dakwah, fiqh harakah, fiqh jihad dan fiqh
tarbiyah. Gali dan kajilah secara terperinci dari setiap peristiwa
besar yang berlaku.
73
7. Antara siri-siri jihad dan peperangan di bulan Ramadan
untuk dijadikan iktibar dan pengajaran ialah:
(1)Peristiwa Badar
Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2
Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali
Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah
yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam
mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang
terdapat di situ.
Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota
berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah
yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam
memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin
terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.
Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera
Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapan
dan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi
pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan
penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya
berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang
berjuang demi mencapai keredhaan Allah pasti mencapai
kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan
dalam Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125.
74
Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar,
sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu
bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.
(2) Islam Membuka Kota Mekah
Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah.
Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah
melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang
Islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku
Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad
ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh
berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu
pihak lain berperang.
Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada
golongan yang bertelagah iaitu Bani Bakar dan Khuza’ah.
Bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala
Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad.
Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy
Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah
Watir. Apabila berita itu sampai kepada pengetahuan Nabi
Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam
mara ke Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin
Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak
Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui
75
apapbila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin
menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya
bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian.
Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang
pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan
pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas
kepadaNya. Allah menyebut dalam Surah al-Fath: Ayat 1;
”Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu
kemenangan yang nyata”.
Sebahagian pakar tafsir al-Quran memberi maksud
‘kemenangan’ dengan kemenangan bermaksud membuka
Mekah.
(3) Peristiwa Perjalanan Nabi Muhammad SAW ke Tabuk
Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok
Semenanjung Tanah Arab, ia memberi tamparan hebat kepada
Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu.
Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur
(Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam
dengan utara Tanah Arab.
Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad
SAW, Baginda mengarahkan umat Islam berkumpul bagi
menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah
Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat Islam ketika itu
76
benar-benar teruji. Namun, mereka tetap taat kepada perintah
Nabi Muhammad SAW. Beliau sendiri memimpin tentera
seramai 30,000 anggota ke utara Madinah.
Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada
di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui
kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera
Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai
perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom
tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi
Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar
setiap tahun.
(4) Islam Sampai ke Yaman
Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi
Muhammad SAW mengutuskan Ali bin Abu Talib RA
dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman
khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua
mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa
bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10
Hijrah.
(5) Khalid bin al-Walid Meruntuhkan Berhala al-‘Uzza
Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi
Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360
77
patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya
Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al-
Walid untuk memusnahkan patung al-‘Uzza di Nakhla.
Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al-‘Uzza adalah patung
dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab
apabila melafazkan sumpah. Khalid al-Walid melaksanakan
tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu
menghancurkan patung al-‘Uzza. Selepas itu, penyembahan
patung pun berakhir.
(6) Penyerahan Bandar Taif
Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya
menghalau Nabi Muhammad SAW berdakwah di sana.
Selepas Baginda SAW dan umat Islam berjaya membebaskan
Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk
kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan
tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya bagi tempoh
yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah
pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan
menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah.
Patung al-Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.
78
(7) Pembukaan Andalus (Sepanyol)
Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-
wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh
orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711
hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92
Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar
pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus.
Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang
memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera
Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam
supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya
Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang
dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan (8) abad dan
meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada
dunia barat.
(8) Peperangan Zallaqah; Portugal
Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat,
bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku
kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor
Cordova, al-Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti
Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al-Fonso VI.
Tentera Kristian yang diketuai oleh al-Fonso VI yang
berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa
79
yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh
Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu,
Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147
Masihi.
(9) Tentera Islam Mengalahkan Tentera Mongol
Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol
melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua
Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi
seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol
dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu,
mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang
ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow
dan Kiev.
Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan
merempuh kota Baghdad yang menjadi kemegahan Dinasti
Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh
dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam
Sungai Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam
kerana dakwat.
Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi,
angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas.
Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan
Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas
80
Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain
Jalut.
Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan
berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian
yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang
Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu
adalah suatu yang luar biasa apabila Monggol yang terkenal
dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.
(10) Peperangan Yakhliz
Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti
Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan
jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusia yang
berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh
dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam
mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di
Rusia.
(11) Tertawannya Garis Bar Lev, Israel
Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang
melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan
tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390
Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973
Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali
81
sebagai Peperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober,
dan Perang Ramadhan.
Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari
tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari
antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam
pertempuran itu, Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria
di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke
Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan
di Sinai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel
memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina
kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev
sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev.
Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak
dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi
peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya
menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara
peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan
seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid
Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamah yang
mengambil alih pimpinan operasi peperangan.
Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah
bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan
tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya
82
megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga
terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.
(12) Pada bulan dan tahun yang sama rombongan Raja Himyar
tiba di Madinah untuk mengisytiharkan Islam mereka. Mereka
menjadi tetamu Baginda dan Baginda SAW menuliskan
beberapa panduan tentang hak dan kewajiban mereka. Catatan
ini merupakan salah satu dokumen penting dalam sejarah
perundangan Islam.
(13) Pada tahun ke sepuluh Hijrah, Baginda SAW mengutus
rombongan yang diketuai oleh ‘Ali bin Abi Talib ke negeri
Yaman dengan membawa bersamanya surat Baginda SAW
untuk penduduk Yaman, khasnya suku Hamdan yang kesemua
mereka memeluk Islam dalam satu hari.
(14) Pada tahun 53 Hijrah pejuang Arab Islam dapat
menakluki pulau Rudes.
(15) Pada tahun 91 Hijrah pejuang Islam mula mendarat di
Selatan Andalus.
(16) Pada tahun 129 Hijrah mula muncul di Khurasan
pendukung pengasas Kerajaan Bani Abbas dilantik sebagai
khalifah al-‘Abbasiyyah yang pertama.
(17) Pada bulan Ramadhan tahun 132 Hijriyah berakhir sudah
pemerintahan Bani Umaiyyah dan pada masa yang sama Abu
83
al-‘Abbas dilantik sebagai khalifah al-‘Abbasiyyah yang
pertama.
(18) Pada bulan Ramadhan tahun 361 Hijrah al-Jami’ah
(universiti) al-Azhar selesai dibina untuk kegunaan tempat
belajar dan mengajarkan ilmu-ilmu Arab dan syara’.
(19) Pada tahun 584 Hijriyah Salahuddin al-Ayyubi dapat
mengalahkan kaum Salib dan membebaskan semula
sebahagian besar negeri yang pernah dikuasai oleh pihak kaum
Salib (Kristian). Apabila bulan Ramadhan tiba, pada mulanya
Salahuddin al-Ayyubi ingin memberi rehat kepada para
pejuangnya, akan tetapi kerana takut ajal tiba terlebih dahulu,
maka beliau tidak menyempurnakan maksudnya itu, lalu
mengarahkan para pejuangnya meneruskan peperangan
melawan kaum Salib dan akhirnya mereka mencapai banyak
kemenangan sehingga pertengahan bulan ini.
(20) Pada tahun 658 Hijriyah Kerajaan Mamalik dapat
mengalahkan dan membendung kemaraan tentera Tartar di
‘Ain Jalut. Tentera ini bermaksud menguasai seluruh negeri
Islam, akan memasuki Mesir dan negeri-negeri lain melalui
Mesir.
8. Semoga hadirnya Ramadan bukan sekadar mendidik jiwa
tetapi juga menyuntik semangat jihad yang membara.
84
Taujihat 19
IBRAH PERANG BADAR KUALITI VS KUANTITI
َولََق ْد نَ َصَرُك ُم اَّهللُ بيبَ ْدر َوأَنتُْم أَيذلهةٌ ۖ فَاتهُقوا اَّهللَ لََعله ُك ْم تَ ْش ُكُروَن
Maksudnya: “Dan Allah telah memenangkan kamu di dalam
peperangan Badar sedangkan kamu dalam keadaan lemah
(kuantiti), maka bertaqwalah, mudah-mudahan kamu bersyukur”.
1. Peperangan Badar berlaku pada 17 Ramadan tahun ke-2
Hijrah. Orang Islam pada mulanya hanyalah mahu menghalang
pedagang Quraish dan merampas barang dagangan mereka. Hal
ini kerana kaum Quraish telah menahan harta kaum Muhajirin
yang tinggal di Madinah. Sebagai balasan, kaum muslimin harus
merebut harta dagangan Quraish. Rombongan ini diketuai oleh
Abu Sufian dari Syam ke Makkah. Beliau telah menghantar
Zamzam bin Ammar al-Ghifari pulang ke Makkah untuk
memohon bantuan. Maka ‘Amru bin Hisham (Abu Jahal) telah
mengetuai pasukannya seramai 1000 orang. Badar terletak 130
kilometer di barat daya Madinah.
2. Kemenangan berpihak kepada tentera Islam. Kira-kira 70
orang Musyrikin telah terbunuh termasuk ketua mereka yang
paling tegar dengan kesyirikannya iaitu Abu Jahal. Turut terbunuh
sebahagian pemimpin mereka. Mereka yang ditawan pula kira-
kira 70 orang. Baginda SAW telah memerintahkan agar semua
yang terbunuh dikebumikan. Baginda SAW pulang ke Madinah
85
dan melakukan syura dengan para Sahabat RA tentang urusan
tawanan perang. Umar RA mencadangkan supaya mereka
dibunuh. Abu Bakar RA pula mencadangkan supaya mereka
menebus diri mereka. Rasulullah SAW menerima cadangan Abu
Bakar RA. Oleh itu, orang Musyrikin telah menebus tawanan
mereka dengan harta.
3. Apakah pelajaran penting untuk Islam cungkil dari
peristiwa Ghazwah (perang) Badar. Ia bukan sekadar menilai dari
sudut pengkisahan sejarah namun perlu dilihat secara makro dan
mikro.
4. Secara makro Perang Badar memberikan erti bahawa
Allah SWT telah memenangkan tentera Islam di bawah
kepimpinan Rasulullah SAW. Tanpa kemenangan ini Islam pasti
lenyap dan tidak ada yang akan beriman kepada risalah agung ini.
Kemenangan itu adalah kemenangan agenda Islam bukan agenda
peribadi. Ia bukan pertembungan peribadi tetapi adalah
pertembungan prinsip sebagaimana Allah SWT menamakannya
sebagai Yaumul Furqan.
5. Pada masa yang sama, perjuangan ini perlu mengambil
kira asbab wa syurut an-nasr (sebab dan syarat-syarat
kemenangan) seperti pergantungan yang bulat kepada Allah SWT
dengan bermunajat dan berdoa kepadanya, menekuni budaya
syura, ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan,
husnu sillah billah, kesatuan pemikiran dan tindakan dalam
86
berorganisasi serta kebijaksanaan strategi dan perancangan yang
rapi.
6. Namun apa yang tersirat di sebalik kemenangan umat
Islam ialah kualiti berbanding kuantiti. Inilah fiqh besar yang perlu
difahami umat Islam bahawa siri-siri kemenangan umat Islam di
dalam sejarah bergantung kepada kualiti. Tanpa kualiti umat tidak
akan mampu bangkit dan mencipta kejayaan demi kejayaan. Ini
kerana membina kualiti adalah termasuk dalam memahami fiqh
sunan ilahiyyah.
7. Umat Islam hari ini perlukan kualiti ilmu, kualiti
pemikiran, kualiti dana, kualiti kepimpinan, kualiti pengurusan di
samping kualiti teras iaitu kualiti iman dan taqwa. Maka kuncinya
adalah bangunkan kualiti.
8. Lantaran itu membangunkan kualiti umat adalah rahsia
kekuatan dan kebangkitan lantas menjadi pelantar membina
peradaban.
87
Taujihat 20
NUZUL QURAN MENCARI SPIRIT YANG HILANG
َش ْهُر َرَم َضا َن اله يذي أُنيزَل فيييه الُْقْرآ ُن ُه ادى ليلنها يس َوبَينَات يم َن اَْلَُدى َوالُْفْرقَا ين
)185 (البقرة
Maksudnya: “Bulan Ramadan adalah bulan yang diturunkan al-
Quran, menjadi petunjuk kepada manusia, di dalamnya
mengandungi keterangan-keterangan tentang petunjuk dan
membezakan yang Haq dan Batil”.
1. 17 Ramadan setiap tahun akan diingati sebagai hari Nuzul
al-Quran. Nuzul al-Quran mengingatkan kita tentang sejarah
penurunan al-Quran kepada Baginda Nabi SAW melalui
perantaraan Jibril pada satu malam yang mulia iaitu malam
Lailatul Qadr. Penurunan al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul
‘Izzah di langit dunia secara sekaligus kemudian beransur-ansur
sampai kepada Nabi Muhammad SAW selama 23 tahun.
2. Sudah tentu penurunan ini memberi signifikan besar
kepada perjalanan sejarah manusia bahkan kepada satu peradaban
yang dibangun atas metodologi rabbani. Besarnya perubahan
perjalanan sejarah manusia kerana besarnya rahsia keagungan al-
Quran yang merupakan satu mukjizat ma’nawi agung kepada
Baginda ar-Rasul SAW.
88
3. Rahsia keagungan al-Quran terletak pada namanya yang
agung iaitu kalimat ‘al-Quran’ dan ‘al-Kitab’. Allah menyebut dua
nama khusus ini dalam al-Quran secara berasingan dan
berpadanan.
4. Secara berasingan, dapat dilihat pada ayat 9 Surah Israk
dan ayat 2 Surah al-Baqarah. Manakala secara berpadanan pula
pada 77-79 Surah al-Waqi’ah.
) اْلسراء9( إ هن َه َذا الُْقْرآ َن يَ ْه يدي ليلهيتي يه َي أَقْ َوُم
Maksudnya: “Sesungguhnya Inilah al-Quran yang memberi
petunjuk kepada jalan yang lurus”
) البقرة2( ) ذَلي َك الْ يكتَا ُب َلا َريْ َب ۛ فيييه ۛ ُه ادى ليْل ُمتهيق َي1( اَل
Maksudnya: “Inilah al-Kitab (al-Quran yang tiada keraguan
padanya menjadi petunjuk kepada orang yang bertaqwa”
) الواقعة79( ) لا يَمَ ُّسهُ إيلاه الْ ُمطَهُرو َن78( ) يفيكيتَاب َم ْكنُون77 ( ٌإنههُ لَُقْرآ ٌن َكيريم
Maksudnya: “Sesungguhnya inilah al-Quran yang mulia, di dalam
kitab yang terpelihara, tidak ada yang menyentuhnya melainkan
hamba-hamba yang suci.”
5. Dr. Solah Abdul Fattah al -Khalidi di dalam bukunya
‘Lataif Quraniah’ telah memberikan komentar kenapa Allah
menamakan kalamNya dengan dua nama ini. Antara rahsia
penggunaan dua nama ini ialah:
89
a. Pemeliharaan Allah terhadap al-Quran dari segala
bentuk penyelewengan dan perubahan melalui dua cara
iaitu ‘qiraah’ (bacaan) dan ‘kitabah’ (penulisan).
b. Dua nama tersebut (al-Quran dan al-Kitab) adalah
sepenting-penting cara untuk menjaga ketulenan dokumen
teks dan nas al-Quran.
6. Lantas kita dapati para Sahabat RA menjaga al-Quran
dengan dua cara ini. Tidak hairanlah kita dapati dalam kalangan
mereka ada yang dikenali sebagai ‘Qurra’ dan ada sebagai
‘Kuttab’ (penulis) seperti Abdullah ibn Sa’ad, Uthman ibn ‘Affan,
Ali ibn Abi Talib, Ubai ibn Ka’ab, Zaid ibn Thabit dan Mu’awiyah
ibn Abi Sufyan.
7. Dari aspek bahasa al-Quran diambil daripada kata terbitan
‘al-Qar u’ bermaksud himpun dan kumpul iaitu menghimpunkan
huruf dan kalimah al-Quran dalam satu himpunan suara.
8. Manakala ‘al-Kitab’ pula daripada perkataan al-katbu
(tulis) yang bermaksud juga menghimpunkan sesuatu kepada
suatu yang lain. Lalu dihimpunkan huruf dan kalimah al-Quran
dalam satu kertas yang ditulis dengan mata pena lantas
membentuk mushaf. Ia adalah satu bentuk ‘al-Jam’u al-Hissy’
(dapat dirasai pancaindera) untuk memudahkan umat Islam
membacanya.
9. Jelas bahawa orang yang menghafal al-Quran melalui
sebutan lafaz perlu merujuk kepada mushaf yang ditulis untuk
90
memastikan al-Quran sentiasa terjaga. Begitulah sebaliknya bagi
yang menulis pula, perlu memastikan keabsahan tulisan al-Quran
dari hafalan para Qurra’ al-Huffaz at-Thiqqat.
10. Tidak ada mekanisme paling terbaik untuk menjaga
keaslian kitabullah melainkan dengan kaedah qiraah (menjaga
bacaan) dan kitabah (menjaga penulisan). Sejarah manusia
menunjukkan tidak ada lagi mana-mana umat dapat mencapai apa
yang mampu dicapai oleh umat Islam.
11. Oleh itu, sepanjang tempoh PKP ini, eloklah kita hidupkan
normal baharu iaitu membaca sambil bertadabbur serta mencatat
makna-makna penting dari ayat yang dibaca untuk diambil ‘ibrah,
pelajaran dan inspirasi.
12. Justeru cara terbaik untuk umat kembali agung
sebagaimana agungnya al-Quran ialah dengan menjadi umat
membaca dan umat menulis. Inilah spirit yang hilang dari umat
Islam.
13. Maka ‘Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan
kamu, Yang menciptakan kamu daripada segumpal darah,
bacalah dengan nama TuhanMu yang Mulia, Yang mengajar
kamu dengan mata pena, Dia mengajar kamu apa yang kamu
tidak ketahui’.
91
Taujihat 21
BERJAYAKAH PUASA KITA?
يَٰٓأَيها ٱله يذي َن ءَاَمنُواْ ٱتهُقواْ ٱَّهللَ َوۡلتَنظُۡر نَ ۡف ًٌ۬س هما قَهدَم ۡت ليغَ ً۬د
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan
hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah diperbuatnya
untuk hari esok (akhirat). (al-Hasyr: 18)
1. Salah satu tujuan puasa adalah untuk mendapat kesucian
diri. Ia tidak akan dapat dicapai dengan hanya menahan lapar dan
dahaga sahaja tetapi mampu mengekang keinginan-keinginan
kotor hawa nafsu yang sentiasa bergejolak.
2. Apabila hati kita bersih, perangai dan kelakuan kita akan
terarah kepada perkara yang baik dan positif sehingga mampu
mencapai objektif utama puasa iaitu taqwa sebagaimana yang
disebut "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu
berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum
kamu agar kamu bertakwa" (al-Baqarah: 183)
3. Perkataan 'takwa' dalam ayat ini disebut dalam bentuk 'fiil
mudhari' yang bererti ketakwaan tersebut harus berterusan dan ada
di setiap masa dan ketika. Nilai ketakwaan harus istiqamah di
bulan Ramadan serta di bulan-bulan yang lain juga. Jangan hanya
menjadi 'penyembah Ramadan' iaitu hanya beribadat dan berbuat
92
baik di bulan Ramadan sahaja, tetapi kembali melakukan perkara
yang jelik dan tidak baik di luar Ramadan.
4. Puasa yang diterima oleh Allah SWT sebagaimana kata
ulama’ adalah dilihat dari sudut prestasi ibadah dan ketaatan kita
selepas Ramadan, apakah ia sentiasa meningkat atau berkurang?
Orang yang berjaya puasanya adalah mereka yang berjaya
menyucikan jiwanya dan selalu berusaha membersihkan dirinya
daripada dosa dan istiqomah mentaati perintahNya serta menjauhi
laranganNya di sepanjang masa.
5. Marilah kita merenung dan bermuhasabah, menilai semula
amalan-amalan kita serta menghitung kekurangan yang ada.
Apakah diterima oleh Allah atau sebaliknya.
93
Taujihat 22
MENGHIDUPKAN IKTIKAF DI 10 TERAKHIR RAMADAN
فعن عائشة رضى الله عنها أن النبى صلى الله عليه وسلمكان يعتكف العشر
رواه. الأواخر من رمضان حِت توفاه الله عز وجل ثم اعتكف أزواجه من بعده
ومسلم،البخارى
Daripada Aishah r.a bahawa Nabi SAW beriktikaf pada 10
terakhir dari Ramadhan sehingga diwafatkan Allah, kemudian
diteruskan isteri-isteri baginda.. (muttafaqun ‘alaih)
1. Antara amalan utama yang dilakukan oleh Nabi SAW pada
10 terakhir Ramadan ialah memperbanyakkan iktikaf.
2. Iktikaf bererti Iltizam (komitmen) dalam melakukan
sesuatu pekerjaan. Manakala dari sudut syarak ialah tinggal di
masjid yang dilakukan orang tertentu dengan niat yang tertentu.
Niat tersebut adalah mendekatkan diri kepada Allah.
3. Hukum iktikaf adalah sunat. Ibnu al-Munzir menyebut:
“para ulama’ bersepakat bahawa iktikaf adalah sunnah kerana
Nabi SAW melakukannya dan melaziminya, isteri-isterinya juga
ikut melakukan iktikaf bersamanya dan melakukannya setelah
wafat”. Iktikaf menjadi Wajib jika bernazar.
94
4. Nabi SAW beriktikaf setiap bulan Ramadhan selama 10
hari dan pada tahun kewafatan baginda selama 20 hari. Iktikaf
menjadi sunnah muakkad jika dilakukan di bulan Ramadhan
terutama pada 10 terakhir Ramadhan.
5. Iktikaf boleh dilakukan sepanjang masa dan waktu.
Masanya boleh satu hari tanpa malamnya atau satu malam tanpa
siang. Dalam mazhab Hanafi dan Maliki yang meletakkan puasa
sebagai syarat sah iktikaf menyatakan waktu yang pendek di
dalam melakukan iktikaf adalah satu hari. Iktikaf bagi orang yang
wajib ikut masa yang dinazarkan.
6.
7. Terdapat 4 syarat utama iktikaf iaitu niat, tinggal
(duduk) di dalam masjid, orang yang beriktikaf mestilah Islam,
berakal, suci daripada haid, nifas dan berjunub, dan di masjid.
Masjid Jami adalah awla (utama) dilakukan iktikaf. Ini
disyaratkan oleh az-Zuhri dan as-Syafie (qaul qadim). Bagi wanita
hendaklah meminta izin suaminya, manakala hamba meminta izin
daripada tuannya. Ulama’ berselisih pendapat dalam
mensyaratkan puasa sebagai syarat sah iktikaf tetapi majoriti
ulama’ menyatakan ia bukan syarat sah iktikaf. Disunatkan puasa
ketika beriktikaf berdasarkan Nabi SAW beriktikaf pada 10 akhir
Ramadhan.
95
8. Menurut Hanafi, Ahmad, Ishak dan Abu Tsaur, masjid
yang sah dibuat iktikaf adalah masjid yang dibuat solat lima
waktu dan didirikan jamaah. Imam Malik, Syafie dan
Daud pula mengatakan sah dibuat iktikaf pada setiap masjid
tanpa membataskannya. Tetapi mengikut pandangan As-
Syafieyyah, lebih afdal atau utama di masjid Jami’ (dibuat solat
Jumaat). Isteri nabi SAW melakukan iktikaf di masjid Nabawi.
Ulama’ bersepakat lelaki beriktikaf di masjid manakala bagi
wanita berlaku perselisihan pandangan di kalangan para ulama.
Orang yang bernazar tidak boleh niat iktikaf di masjid tertentu
kecuali di Masjid Haram, Masjid Nabawi dan Masjid al-Aqsa.
9. Siapa yang bernazar untuk melakukan iktikaf selama
satu hari atau beberapa hari atau melakukan iktikaf sunnah,
hendaklah dia masuk sebelum terbit fajar kemudian keluar apabila
matahari tenggelam. Jika bernazar iktikaf satu malam atau
beberapa malam, maka hendaklah ia masuk sebelum matahari
tengggelam semuanya kemudian keluar ketika terlihat fajar terbit.
Jika nazar iktikaf selama sebulan atau iktikaf sunnah, maka
awal bulan adalah awal malamnya. Dia masuk sebelum matahari
tenggelam semuanya dan keluar apabila matahari tenggelam pada
akhir bulan tersebut. Di bulan Ramadhan pada 10 terakhir, maka
dia harus masuk sebelum tenggelam matahari pada malam
kedua puluh satu (Riwayat Mazhab Hambali). Riwayat kedua
96
setelah solat Subuh. Ibn Hazam pula menyatakan sebelum
tenggelam matahari pada malam 19 Ramadhan. Semuanya
harus keluar setelah tenggelam matahari pada akhir
ramadhan.
10. Antara amalan-amalan yang digalakkan sepanjang
tempoh beriktikaf menurut Mazhab Syafie ialah sebaiknya
menyibukkan diri dengan pelbagai ketaatan kepada Allah seperti
solat, zikir, tasbih, membaca al-Quran, menyibukkan diri dengan
ilmu, mengajar, belajar, menelaah dan menulis buku
(berdakwah)-Kitab al-Majmu’. Manakalaa Ibn Qudamah dalam
kitab al-Mughni pula menganjurkan supaya dilaksanakan solat,
tilawah Quran, zikir dan ketaatan mahdhah. Ada pun mengajar al-
Quran, ilmu, diskusi dan belajar bersama fuqaha, menulis hadis
dan lain-lain yang bermanfaat tidak digalakkan. Ini juga disokong
oleh pendapat Imam Ahmad. Pandangan yang kuat dalam
masalah ini ialah menyibukkan diri dengan ibadat seperti solat,
zikir, membaca al-Quran, memikirkan akhirat dan persoalan
agama, doa dan istighfar. Dibolehkan kita melakukan hal-hal
yang bermanfat kepada orang lain seperti mengajar, berdakwah,
berdiskusi atas keperluan selebihnya kembali kepada konsep asal
iaitu menyibukkan diri untuk beribadah. Makruh ketika
beriktikaf melakukan hal-hal yang tidak perlu sama ada berupa
97
perkataan atau perbuatan seperti mengumpat, bercakap urusan
keduniaan dan sebagainya.
11. Banyak pesanan Nabi SAW agar kita menyibukkan diri
kita beriktikaf di 10 terakhir Ramadan. Daripada Ibn Umar RA
telah berkata: “Adalah Baginda Rasulullah SAW beriktikaf
sepuluh akhir Ramadhan.” (Muttafaquh ‘Alaih)
Begitu juga, daripada Aishah RA bahawa Nabi SAW beriktikaf
pada 10 terakhir dari Ramadan sehingga diwafatkan Allah,
kemudian diteruskan oleh isteri-isteri Baginda.. (muttafaqun
‘alaih)
Daripada Abi Hurairah RA telah berkata: “Bahawa Nabi SAW
beriktikaf pada setiap kali Ramadan pada 10 hari, tetapi beriktikaf
20 hari pada tahun Baginda diwafatkan”. (Riwayat al-Bukhari).
Daripada Aishah RA telah berkata: “Bahawa Rasulullah SAW
apabila masuk sepuluh akhir Ramadan, Baginda menghidupkan
malam (Qiam dan membantu ahli keluarga untuk merebut
kebaikan), mengejutkan ahli keluarganya dan mengikat
pakaiannya (bersungguh-sungguh dalam beribadat dan melakukan
kebaikan)”. (Muttafaqun ‘Alaih)
98
12. Ketika pandemik Covid 19, para ulama’ berselisih
pandangan apakah dibolehkan beriktikaf di rumah disebabkan
masjid ditutup? Terdapat pandangan yang melarang dan ada yang
membenarkannya dengan syarat-syarat yang ketat.
13. Apapun yang utama ialah meskipun kita tidak dapat
beriktikaf di masjid, kita masih ada peluang untuk melakukan
amal-amal taqarub yang lain di penghujung akhir Ramadan. Maka
manfaatkanlah masa yang berbaki untuk terus melipatgandakan
ibadah kita.
99