The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SeMenTA Digital Library, 2022-04-07 06:59:23

TAUJIHAT RAMADAN

RAMADAN

Taujihat 23
KEINDAHAN MUKJIZAT AL-QURAN

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Sesungguhnya jika sekalian
manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan
mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan
dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya
walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (al-Isra’: 88)

1. Al-Quran adalah mukjizat kepada Nabi Muhammad SAW.
Allah menurunkan al-Quran di bulan Ramadan untuk memulia dan
mengagungkan Ramadan dengan kemuliaan dan keagungan al-
Quran.
2. Perkataan mukjizat atau I’jaz tidak disentuh langsung di
dalam al-Quran mahupun hadith-hadith Nabi SAW. Hanya
terdapat 26 perkataan daripada kata dasar ‘aa-jaa-zaa’ yang
merujuk kepada maksud lemah atau melemahkan.
3. Apabila kita sebut ‘I’jaz al-Quran’ bermaksud keunikan
al-Quran yang melemahkan manusia untuk mendatangi
seumpamannya. Syeikh Manna’ al-Qattan pula menyebut I’jaz al-
Quran adalah untuk membuktikan kebenaran Nabi Muhammad
S.A.W. dalam menyampaikan risalah Islam dan menyatakan

100

kelemahan orang-orang Arab untuk menandingi keunikan al-
Quran.
4. Al-Quran diturunkan tatkala orang-orang Arab berada di
kemuncak kefasihan, keindahan gaya bahasa dan keelokan
penyampaian. Maka tatkala mereka mendengar ayat-ayat suci al-
Quran, mereka terpesona dan kagum, biarpun mereka dalam
kalangan sasterawan, ahli bahasa, pujangga mahupun pemidato
handalan.
5. Susunan huruf al-Quran dalam satu kalimah, susunan
kalimah dalam satu ayat dan kedudukan ayat dalam lingkungan
ayat-ayat yang lain terserlah keindahan, kehebatan serta ketepatan
bahasanya. Ini adalah bukti yang nyata bahawa bahasa al-Quran
bukan bahasa pujangga seperti yang didakwa oleh orang-orang
Arab Jahiliah. Ini sekaligus menjelaskan bahawa al-Quran itu
datang daripada Allah S.W.T. Yang Maha Bijaksana dan Maha
Suci daripada sebarang kelemahan
6. Salah satu ciri yang membuktikan ‘Ijaz al-Quran ialah
melihat kepada Fawatih Suwar (pembuka surah-surah al-Quran).
Ia dinamakan sedemikian kerana kedudukannya yang mengawali
perjalanan teks-teks sesuatu surah.
7. Imam as-Suyuthi telah menyimpulkan keistimewaan
Fawatih al-Quran kepada 10 teras iaitu:

a) Pujian: (Alhamdulillah - Tabaraka - Subhana): 14
surah

101

b) Huruf Tahajji: 29 surah
c) Seruan ( ‫ يأيها الناس‬/ ‫) يأيها الذين أمنوا‬: 10 surah iaitu

terdapat 10 surah, lima surah darinya seruan kepada

Rasulullah S.A.W dan lima lagi kepada umat manusia.
d) Khabar: contoh (‫) يسألونك‬: 23 surah.

e) Lafaz sumpah: 10 surah

f) Lafaz syarat: 7 surah
g) Lafaz perintah: ( ‫ (قل‬: 6 surah
h) Pertanyaan :(‫(عم يتسألون‬: 6 surah
i) Doa: ( ‫)ويل لكل همزة‬: 3 surah
j) Pertanyaan: ( ‫ ) لإيلاف قريش‬: 1 surah

8. Terdapat surah-surah yang dimulakan dengan huruf

Hijaiyyah dengan jumlah 29 surah seperti berikut:

Bermula 1 huruf 3 surah

Bermula 2 Huruf 9 surah

Bermula 3 huruf 13 surah

Bermula 4 huruf 2 surah

Bermula 5 huruf 2 surah

9. Huruf-huruf Hijaiyyah ini jika dihimpunkan semua huruf
pembuka surah di atas, kita dapati iaitu 14 huruf sahaja yang
diungkapkan dalam satu lafaz
( ‫ ) نص حكيم قاطع له س‬- Teks al-Quran yang bijaksana lagi muktamad
mengandungi pelbagai rahsia.

102

10. Susunan huruf-huruf Hijaiyah ini jika disusunkan dalam

tertib surah ia dirumuskan seperti berikut:

Mula dengan ‫آلم‬ 6 a) Bahagian 1: al-Baqarah dan
Ali-‘Imran
b) Bahagian 2: al-‘Ankabut, ar-

Rumm, al-Luqman dan as-Sajadah

Mula dengan ‫ آلر‬6 Yunus, Hud, Yusuf, ar-Ra’du, Ibrahim

Mula dengan dan al-Hijr
)‫طس‬/ ‫طواسيم (طسم‬ 3 As-Syu’araa, an-Naml dan al-Qasas

Mula dengan ‫ حم‬7 Al-Ghafir, al-Fussilat, as-Syura, az-

Zukhruf, ad-Dhukhon, al-Jatsiyah dan

al-Ahqaf

11. Penggunaan huruf-huruf ini telah menjadi perbahasan dan
perselisihan pendapat di kalangan ulama dan ahli tafsir kerana
terdapat keunikan dari segi pemilihannya. Pada hakikatnya
pembuka-pembuka surah ini mempunyai nilai i’jaz yang tinggi
bagi membuktikan kemukjizatan al-Quran.
12. Adakah susunan surah di dalam mushaf ini diatur secara
tiba-tiba. Adakah penggunaan huruf Hijaiyyah di dalam surah
secara sengaja. Jawabnya tidak. Ia membuktikan al-Quran

103

merupakan kalamullah yang penuh mukjizat dan ia bukan rekaan
manusia.
13. Menurut Syeikh Solah al-Khalidi di dalam bukunya ‘Lataif
Quraniah’ menjelaskan bahawa ini merupakan dalil kemukjizatan
al-Quran yang membuktikan sumbernya yang robbani dan
penyusunan tertib mushafnya datang dari Allah SWT.
Tidak ada jalan bagi umat melemahkan kekuatan musuh
melainkan kembali merasai keagungan al-Quran dan menjadikan
al-Quran sumber kekuatan. Ayuh tingkatkan tilawah kita dan
tadabbur kita di berbaki 10 terakhir Ramadan.

104

Taujihat 24
HAKIKAT IMAN DALAM PERJUANGAN

‫فَا ْخ َش ْو ُه ْم‬ ‫لَ ُك ْم‬ ُ‫الَََْوجَكيعُيوال‬ ‫االَنهّهللاُ ََسوني ْعقََمْد‬ ‫ا‬ ‫إي هن‬ ‫ْمقَإاييَمَلاًانََلَُوُمقَاالُلنهواا َُسح‬ ‫اله يذي َن‬
َ‫ْسبُ ن‬ ‫فَ َزا َد ُه‬
Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa

berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah

mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu

hendaklah kamu gerun kepadanya". Maka berita itu makin

menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah Allah untuk

(menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah

kepadaNya segala urusan kami)". [Ali Imran:173]

1. Di dalam ayat di atas, pada lafaz ‘imaana’ Allah
menceritakan hakikat Iman orang-orang mukmin apabila
berdepan pertarungan dengan musuh mereka iaitu orang-orang
kafir. Iman orang-orang mukmin bertambah saat mereka berdepan
dengan ujian dan mehnah di medan.
2. Jika kita mentadabbur ayat-ayat al-Quran selain ayat di
atas, terdapat 6 tempat lain Allah menggunakan lafaz ‘imaana’
yang diikuti sebelumnya perkataan ‘zaadahum-zaadahu-
liyazdaadu-yazdada’ yang membawa maksud bertambah.
3. Ayat-ayat tersebut terdapat satu pada surah al-Anfal (ayat
2), dua pada surah at-Taubah (ayat 124), satu pada surah al-Ahzab

105

(ayat 22), satu surah al-Fath (ayat 4) dan satu pada surah al-
Mudathhir (ayat 31)
4. Semua ayat-ayat di atas berkaitan pujian Allah kepada
orang-orang mukmin di atas kemuliaan dan ketinggian iman
mereka.
5. Lafaz ‘imaana’ muncul di dalam ayat-ayat tersebut di
tengah-tengah perbicaraan tentang pertarungan orang-orang
mukmin berdepan dengan orang-orang kafir samada pertarungan
itu bersifat ‘ma’rakah maidaniyyah’(bersenjata) atau ‘ma’rakah
fikriyah’(ideologi).
6. Ayat-ayat di dalam surah Ali-‘Imran, al-Anfal, al-Ahzab
dan al-Fath berkaitan pertarungan fizikal sedangkan pada ayat
Surah at-Taubah dan al-Muddathir pula berkait pertarungan
ideologi.
7. Dari sudut tatabahasa Arab, perkataan ‘imaana’ dii’robkan
sebagai ‘tamyiz’ dan hukumnya mansub. Ia adalah perkataan
nakirah (tiada pertambahan alif dan lam atau tidak diidhofahkan)
yang mengisyaratkan realiti iman mereka bertambah di sebalik
mehnah dan pertarungan yang dihadapi.
8. Fungsi ‘tamyiz’ dari sudut bahasa Arab ialah menjelaskan
makna yang kabur, menerangkan sesuatu pendirian,

106

menghuraikan maksud yang ringkas, menentukan makna
perkataan dengan terperinci atau menjawab sesuatu persoalan.
9. Apakah hikmah di sebalik Allah meletakkan kalimah
‘imaana’ sebagai ‘tamyiz’, apakah rahsia kalimah tersebut berada
di tengah-tengah ayat yang membicarakan soal mehnah yang
dihadapi orang-orang mukmin?.
10. Antara hikmah atau pelajaran besar dari penggunaan tersebut
ialah:

a) Tabiat iman bersifat fluktuatif iaitu ia bertambah dan
berkurang. Iman bertambah dengan ketaatan dan berkurang
dengan kemaksiatan.
b) Iman orang mukmin meningkat dan bertambah bila
berdepan mehnah dan ujian.
c) Kedudukan I’rob ‘tamyiz’ adalah untuk membezakan nilai
iman antara mereka yang benar-benar beriman dibandingkan
dengan orang yang mukmin yang biasa.
d) Iman mukmin sifatnya haraki iaitu iman meningkat
apabila mereka bergerak di medan perjuangan. Mehnah dan
ujian adalah bukti iman yang hidup dan berfungsi.
e) Iman yang kuat dan kukuh adalah ciri mukmin sebenar.
Imanlah yang menjadikan mereka bersifat tamayyuz (berbeza)

107

dengan kelompok kafir dan seangkatan mereka. Tanpa iman
tiadalah perbezaan.
f) Tiada iman yang sebenar tanpa jihad dan tiada jihad tanpa
dorongan iman. Justeru umat yang benar-benar beriman adalah
umat yang berjihad kerana jihad adalah bukti iman tertinggi.

108

Taujihat 25
MEMBURU LALILATUL QADAR

‫قَا َم‬ ‫«َم ْن‬ :‫قَا َل‬ ،‫يه»َو َسلهَم‬،‫الَمنهايبتيََق هدَصَمله يىم ْانللهُذَنْبيَعيهلَْي‬ ُ‫يفَرَعلَينه‬،ُ‫هُغ‬،ْ‫أَايلَِقب ْدُهيرَريْإييَرمةََاًاَنر يضَواَيْحتياَّهلَسلُابااعَن‬ ‫َع ْن‬
َ‫لَيْلَة‬

“Barangsiapa yang mendirikan ibadat pada malam al-Qadr

dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran
pahalanya, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu”

1. Di antara nikmat Allah kepada hambaNya pada bulan

Ramadan ialah anugerah malam al-Qadr. Apakah itu Lailatul

Qadr?

2. Jika kita mentadabbur surah al-Qadr, Allah menjelaskan

malam Lailatul Qadar adalah malam yang penuh kemuliaan,

keagungan dan ketinggian. Malam diagungkan baginda Nabi

SAW dengan penurunan wahyu ke atasnya, malam dimuliakan

sifat keinsanan dengan risalah langit yang menjadi penutup kepada

segala risalah di bumi. Ia adalah malam yang penuh keberkatan

dan kebaikan.

3. Di dalam Surah al-Dukhon, ayat 1, Allah menyebut

dengan firmanNya:

)1: ‫إيًهن أَنزلْنَاهُ يفي لَْيلَة ُمبَاَرَكة (الدخان‬

“Sesungguhnya Kamilah yang telah menurunkan al-Quran

pada malam yang penuh keberkatan”

109

4. Maksud keberkatan di sini ialah banyaknya kebaikan dan
keberkatan kerana sebaik-baik perkataan iaitu kalamullah
diturunkan pada malam yang terbaik, di bulan yang terbaik,
kepada manusia yang terbaik dengan perantaraan Malaikat yang
terbaik, kepada umat yang terbaik dengan membawa seribu
macam perkara yang baik.
5. Kebaikan risalah agung untuk menunjukkan jalan kepada
manusia dan menerangi hidup mereka dari kesesatan kepada
cahaya kebenaran.
6. Menurut Imam as-Sa’aadi dalam tafsirnya dinamakan
Lailatul Qadr kerana keagungan dan kelebihan malam al-Qadr di
sisi Allah, padanya Allah menetapkan pada setiap tahun dari ajal,
rezeki dan segala ketentuan takdir kepada manusia.
7. Ibnu Kathir dalam kitab tafsirnya menerangkan
bahawa pada Lailatul Qadar akan diperhalusi di Luh al-Mahfuz
mengenai penulisan takdir dalam setahun, juga akan dicatat ajal
maut dan rezeki. Dan turut juga akan dicatat segala sesuatu hingga
akhir dalam setahun.
8. Malam Lailatul Qadr adalah malam yang lebih baik dari
seribu bulan. Segala amal kebaikan yang dilakukan pada malam
tersebut, ganjaran pahalanya jauh lebih baik daripada amalan
dilakukan pada bulan-bulan yang lain. Sebahagian mufassir
menyebut ganjaran pahala pada malam tersebut seperti ganjaran

110

pahala mereka yang berjihad pada jalan Allah selama 83 tahun 4
bulan.
9. Imam Tobari di dalam tafsirnya menyebut: ‘Amalan pada
malam al-Qadr lebih baik daripada amalan seribu bulan yang tidak
sama dengan amalan lailatul Qadr. Ini menunjukkan bahawa
mereka yang beribadat pada malam tersebut ganjarannya jauh
lebih baik dari ibadat pada malam-malam selain lailatul Qadr.
10. Justeru kita lihat baginda Nabi SAW mengarahkan para
Sahabat RA supaya mencari malam tersebut pada 10 terakhir
Ramadan terutama pada malam-malam ganjil. Sabda Nabi SAW:

‫قَعَا َْشليرَراْلُسأَوَواُليخاَيرّهليلمنَصلهَرَمى اََضّاهللُن َع»لَْييه‬:ْ‫َامل‬:‫عَ ْن«ََعتَاهئريْواَشلَةَْيلََرةَيضالََْقي ْداَّيرهللُيفيعَنْالَْهايوتْيقرَالََويمَسَْنتله‬

Maksudnya: “Carilah Lailatul Qadr pada malam-malam ganjil
dari 10 Ramadan”
11. Baginda Nabi SAW akan menghidupkan malam tersebut
dengan ibadat -ibadat malam, mengejutkan ahli keluarga dan
bersungguh-sungguh dalam beribadat pada malam tersebut.
12. Di antara amalan-amalan yang terbaik pada malam
tersebut ialah dengan memperbanyakkan doa, zikir, bersolat
terawih, berqiamullail dan bertilawah al-Quran. Sufyan at-Thauri
lebih mengutamakan banyak berdoa pada malam tersebut
berbanding mendirikan solat. Manakala Ibnu Rejab pula

111

menyebut, yang terbaik dan sempurna ialah menghimpunkan

ibadat solat, tilawah, doa dan tafakur. Sebahagian yang lain

menyebut bahawa solat terawih adalah maksud kepada segala

maksud himpun tersebut kerana pada solat terawih ada solat,

tilawah dan doa.

13. Bagi mereka yang uzur syarie bolehlah memanfaatkan

malam tersebut dengan banyakkan doa, berzikir, mendengar

alunan ayat-ayat Allah, membacakan hadis-hadis Nabi atau

bersedekah yang selain dari ibadat solat dan tilawah al-Quran.

14. Antara doa yang dianjurkan untuk dibaca malam tersebut

sesuai dengan apa ‫ن‬yّ‫ي‬a‫َع‬n‫ف‬gُ d‫َع‬i‫ا‬cَ‫ف‬e‫و‬rَi‫ْف‬t‫َع‬aْ‫ل‬k‫ ا‬a‫ُّب‬n‫يت‬oَُl‫و‬eٌّh‫َعُف‬S‫ك‬aَid‫إينه‬a‫هم‬ti‫ُه‬n‫له‬a‫ال‬ Aishah RA:

."

15. Malam tersebut adalah malam para Malaikat turun
bersama Jibrail a.s membawa kebaikan kepada penghuni bumi.
Maka keselamatanlah bagi mereka yang melakukan ibadat pada
malam tersebut. ‘Salamun’ bermakna malam itu sejahtera dari
segala kejahatan dan syaitan-syaitan terhenti untuk menggoda
manusia dari melakukan kejahatan. Malam para Malaikat
memberikan kebaikan dan kesejahteraan kepada hamba-
hambanya yang taat dan bersungguh-sungguh melakukan
kebaikan.

112

16. Di dalam satu hadis, Baginda SAW menyebut:

‫َميفََوضتُاَشغُْنلَْهُرقَشَفميْهيٌْيرنه‬،‫َخُ(ْيبر(ٌأَاَلَيتم هسُْنكَْممأاَلْيءَر‬:‫اََتيُّّهلهللُْيلفتَفيَعُيحلَهيْفييهييهلََْيوألَََسبْةٌلهَواَم‬،،‫غَهز ُّلقَاَوفَيَليجيههلَرَمُسَعَرولََدْيُةُلُكاالَْمّهليلهشيَياصيََيصطالهَمييهُى‬:‫هلقَلُاََوتلَُع‬،َّ‫أَُمبعَْبََاْوانَرٌأَكُيبِبفاََۡرْلُهََرييَْحضَيرةَيام‬
)1 ())‫ُحيرَم َخْيرََها فََق ْد ُحيرَم‬

Maksudnya: Daripada Abi Hurairah r.a katanya, Sabda Rasulullah
SAW: “Telah datang kepada kamu bulan Ramadan bulan penuh
keberkatan, bulan difardhukan puasa ke atas kamu, dibuka pintu-
pintu langit (syurga), ditutup pintu-pintu Jahim (neraka),
dibelenggu syaitan-syaitan. Demi Allah padanya ada satu malam
yang lebih baik dari seribu bulan, barangsiapa yang dilarang dari
mendapat kebaikannya maka sesungguhnya dia adalah manusia
yang terlarang mendapat kebaikannya.”
17. Keistimewaan malam tersebut bukanlah sekadar merebut
ganjaran pahala yang berganda-ganda meskipun tetap ada tetapi
menghayati nilai al-Quran yang turun pada malam tersebut itulah
yang bermakna. Ini kerana mereka yang menjadikan nilai al-
Quran itu bermakna akan sentiasa memperolehi kebaikan di dalam
hidup meskipun telah berlalu lailatul Qadr.

113

18. Berbaki lagi beberapa hari, ayuh kita tingkatkan ibadah
kita, kita gandakan amal kita dan kita tidak sia-siakan masa
dengan hal yang melekakan kita. Ini kerana peluang ini hanya di
bulan Ramadan dan kita belum tentu bertemu lagi.

114

Taujihat 26
BILAKAH TERJADI LAILATUL QADR

1. Sudah menjadi kebiasaan dikalangan masyarakat ketika
berada berada di 10 terakhir Ramadan untuk mencari Lailatul
Qadar.
2. Ini berdasarkan hadis Nabi Nabi SAW:

‫َتَهرْوا‬ « :‫َو َسلهَم‬ ‫عَلَيْيه‬ ُ‫اَّهلل‬ ‫َر ُسوُل اَّهليل َصلهى‬ ‫َواقَياخَيرل‬:َ‫اَعلْاَقئيْدَشيرةَيفَري ياضلَْييوتْايرَّهلليُم َنعَْنالَْهعَا ْشقَايرلَ اْْلتأ‬ ‫َع ْن‬
»‫من َرَم َضان‬ َ‫لَْيلَة‬

‘Carilah Lailatul Qadr pada malam-malam ganjil dari 10

Ramadan’

3.Para ulama’ berbeza pendapat dalam menentukan bilakah
berlaku malam Lailatul Qadar. Ada yang menyebut malam 21, ada
mengatakan malam 25, ada pendapat mengatakan malam 27 dan
ada juga pendapat mengatakan ia berlaku pada malam 29.
4. Di antara pandangan tersebut, para ulama mentarjihkan ia
berlaku pada malam 27 berdasarkan pandangan Sahabat Nabi
SAW yang bernama Ubai bin Ka’ab.
5. Kata Ubai bin Ka’ab: “Demi Allah, tiada tuhan yang berhak
disembah melainkan Dia (Allah), sesungguhnya malam itu
berlaku pada bulan Ramadan, sesungguhnya aku tidak tahu

115

apakah malam itu, ia adalah malam yang Baginda Nabi SAW
arahkan kami untuk menhidupkannya iaitu pada pagi di malam 27
Ramadan”.
6. Apakah bukti kepada kenyataan ini?.

a) Pertama berdasarkan bilangan patah huruf pada perkataan
Lailatul Qadr berjumlah 9. Perkataan Lailatul Qadar disebut
sebanyak tiga kali di dalam surah al-Qadr. Maka jumlah
perkataan jika didarabkan dengan tiga kali ulangan ia akan
menjadi 27. (9 x 3 = 27).

b) Perkataan di dalam surah al-Qadr mengandungi 30 patah.
Kedudukan kalimah ( ‫ (هي‬ikut tertib susunan perkataan
adalah di kedudukan yang kedua puluh tujuh (27). Justeru
keberangkalian ia berlaku pada malam tersebut ada asas
sandarannya.

7. Namun hakikat yang paling penting bukanlah angka itu tetapi
setiap daripada kita menghargai detik-detik masa di setiap malam
pada 10 terakhir Ramadan untuk melakukan sebanyak mungkin
ibadah dengan bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan dari satu
malam tersebut kita dapat bertemu Lailatul Qadr.

116

Taujihat 27
DAMBAKAN KEMAAFAN DAN HARAPKAN KEAMPUNAN

‫الَْق ْد ير‬ ُ‫أَ ُّي لَيْلَة لَْيلَة‬ ‫َإيُيتْن ُّبعَليالْْمَعْفَُتو‬ ‫ُف ٌّوأََرأََكيْيريَمٌت‬،ُ‫اَلَيله ُهَرهمُسإيونهَلَكاَّهلليع‬ :‫قُْل ُت‬ ::‫اق؟َالَقَاَْتل‬،‫َمعَاْنأَقَُعواُئلي َفشييةََه‬
‫فَا ْع ُف َعيّن‬ :‫قُويِل‬

Ertinya: Dari Aisyah RA katanya: Saya bertanya kepada

Rasulullah, “Wahai Rasulullah, bagaimana menurutmu jika saya

mendapati malam lailatul Qadar, apa yang harus aku baca?”

Rasulullah bersabda, “Bacalah: Allahumma innaka ‘afuwwun

kariimun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni (Ya Allah, sesungguhnya

Engkau Maha Pemaaf yang menyukai permintaan maaf,

maafkanlah aku)”. (HR. Al-Tirmidzi)

1. Antara kelebihan bulan Ramadan adalah bulan doa.
Rasulullah SAW menganjurkan umatnya agar sentiasa
memperbanyakkan doa lebih-lebih lagi pada 10 terakhir Ramadan.
2. Antara doa yang diajarkan Nabi SAW untuk dibaca
terutama pada malam ‘Lailatul Qadr’ ialah

[ ‫] اللهُه هم إينه َك عُُفٌّو َكيريمٌ َُيت ُّب الَْعْفَو فَا ْع ُف َعيّن‬

3. Doa yang dituntut di dalam hadis ini ialah meminta
kemaafan (al-‘awf) daripada Allah SWT sedangkan kebiasaannya
kita diminta untuk meminta keampunan (al-maghfirah).
4. Dalam ungkapan orang Melayu, kita biasa dengar ayat
‘minta ampun dan maaf’, ‘ampunkan saya’, ‘maafkanlah saya’.

117

Apakah yang membezakan kemaafan (al-‘afw) dan keampunan
(al-maghfirah). Apakah ia mempunyai erti yang sama atau
sebaliknya?
5. Di dalam al-Quran, terdapat ayat yang Allah menggunakan
lafaz ‘al-‘awf’ dan ada pula ayat Allah menggunakan lafaz
‘maghfirah’. Terdapat juga ayat yang Allah lafazkan dua
perkataan tersebut.
6. Sebagai contoh pada ayat 109 al-Baqarah, al-‘Araf 199,
Allah menggunakan ‘al-‘afw’ manakala pada surah az-Zumar
(ayat: 53) dan surah al-Ahzab (ayat 35), Allah menggunakan lafaz
keampunan.
7. Dalam ayat yang lain, Allah menghimpunkan dua
perkataan tersebut seperti pada ayat 14 Surah at-Thaghabun dan
ayat 286 Surah al-Baqarah.
8. Sebahagian Sahabat seperti Ibnu Umar RA ketika beliau
hendak berbuka puasa, sering berdoa seperti berikut:

‫اللهم َي واسع المغفرة اغفر ِل‬

‘Ya Allah yang Maha Luas KeampuananMu, maka ampunkan
daku’
9. Para ulama membezakan maksud ‘al-‘afw’ dan ‘al-
maghfirah’. Ada yang mengatakan ‘al-‘afw’ lebih sempurna dari
‘al-maghfirah’, ada pula yang mengatakan ‘al-maghfirah’ lebih
sempurna dari ‘al-‘afw’.

118

10. Imam al-Ghazali berpenadapat bahawa kemaafan lebih
luas dan sempurna dari keampunan kerana kemaafan
menghapuskan kejahatan termasuk segala maksiat, ia
menghampiri sifat al-Ghafur bahkan lebih tinggi dan mendalam.
Ini kerana sifat pengampun bererti menutupi manakala kemaafan
bererti penghapusan. Menghapus kesalahan jauh lebih tinggi dari
menutupi kesalahan.

11. Syeikh Munir ad-Dimasyqi RA menyebut bahawa sifat
pengampun menghapuskan dosa keseluruhannya sehingga
seorang hamba itu melupakan dosa dan kesalahan yang
dilakukannya sedangkan keampunan pula hanya menutupi dosa
dan tidak dihukum kesalahannya.

12. Imam ar-Razi pula berpendapat kemaafan itu digugurkan
segala hukuman (pembalasan) sedangkan keampunan itu
ditutupkan jenayah kejahatannya untuk melindunginya daripada
azab yang menghina dan mengaibkannya.
13. Al-Kafawi pula berpandangan bahawa keampunan itu
menggugurkan hukuman (balasan) dan mendapat ganjaran pahala
dan ia hanya kepada untuk orang beriman. Berbeza dengan
kemaafan, ia bermaksud menggugurkan celaan dan kehinaan dan
tidak mendapat ganjaran pahala.

119

14. Syeikh Islam Ibnu Taimiyah melihat bahawa al-maghfirah
lebih luas dari ‘al-‘afw’. Ini kerana kemaafan itu ialah untuk
menggugurkan hak Allah untuk membalas kesalahan hambaNya
dan kemaafan Allah ke atas mereka sedangkan keampunan pula
bererti mencegah mereka daripada melakukan kejahatan dosa
serta penerimaan dan redha Allah ke atas mereka.
15. Kesimpulannya yang boleh diambil ialah Maghfirah ialah
keampunan daripada Allah SWT atas segala dosa yang dilakukan.
Pada hari akhirat, seorang hamba itu mendapat pengampunan atas
kesalahan yang dilakukan dan terlepas daripada seksaan, namun
dosa itu tetap tercatat pada buku amalan. Cuma ia terlindung
(mastur) dan tidak dipertontonkan. Manakala ‘al-‘afw’ pula ialah
kemaafan daripada Allah SWT atas segala dosa yang dilakukan,
dan Allah akan menghapuskannya pada catatan buku amalan
seolah-olah dosa itu tidak pernah dilakukan sama sekali serta tidak
akan ditanya mengenainya pada hari akhirat kelak.
16. Di sinilah hikmahnya mengapa Rasulullah SAW
menganjurkan kita berdoa pada malam al-Qadar agar memohon
kemaafan (‘afuww). Semoga kita terus mendambakan kemaafan
Allah dan mengharapkan keampunanNya.

120

Taujihat 28
MUHASABAH RAMADAN MENGHIRUP BEKAL

TAKWA

1. Marilah kita ucapkan rasa setinggi syukur, puji dan tahmid
yang tidak terhingga kerana kita dapat menempuh Ramadan pada
tahun ini. Tinggal beberapa saat dan ketika, kita bakal meraikan
lebaran 1 Syawal, tanda kemenangan kita menundukkan segala
runtunan hawa nafsu dan meletakkan maslahat rabbani di tempat
tertinggi mengatasi yang lain.
2. Ramadan bakal melabuhkan tirainya, Syawal pula bakal
menjelma. Pelbagai pelajaran yang kita perolehi daripada seribu
satu macam tarbiyah Ramadan. Ramadan mengajar makna
perjuangan, erti jihad, budaya disiplin, wala’ dan tajarrud hanya
semata-mata untuk Allah mengatasi kepentingan hawa nafsu.
3. Inti Ramadan mendidik kita bahawa perjuangan
menundukkan hawa nafsu adalah perjuangan para Nabi dan Rasul
yang berlangsung sehingga hari akhirat. Kemuncak kepada
perjuangan menentang hawa nafsu ialah menentang segala bentuk
pemikiran dan ideologi ciptaan manusia yang sesat dan
menyeleweng dari petunjuk al-Quran dan as-Sunnah.
4. Bekalan terbaik yang ditinggalkan oleh Ramadan ialah
bekalan taqwa. Taqwa menjadi kunci dan pra-syarat kepada
kemenangan perjuangan. Inilah persoalan atau maqasid terbesar
yang perlu dihayati dan diambil bekal oleh pejuang-pejuang
akidah bagi melawan segala bentuk berhala jahiliyah moden atas

121

pelbagai nama, berselindung di sebalik gerakan hak asasi,
berjuang atas nama gerakan sivil dan masyarakat madani.
Bukankah Allah menyebut di akhir perintah kewajipan puasa
supaya menjadi manusia yang bertaqwa.
5. Taqwa yang bukan menjelma dalam bentuk penghayatan
tingkah laku, sikap dan budaya seorang pejuang Islam sahaja
tetapi taqwa yang melayakkan kita meraih kemenangan dan
nusrah (pertolongan) daripada Allah sebagaimana pesanan
Saidina Umar RA kepada bala tenteranya agar mereka lebih takut
terhadap dosa-dosa mereka berbanding dosa-dosa pihak musuh.
Perasaan berhati-hati atau wiqayah inilah menjadi asbab Allah
mencampakkan kemenangan kepada generasi dakwah terdahulu.
Menang akidah mereka, menang jihad mereka, menang fikrah
mereka, menang dakwah mereka, menang tarbiyah mereka
sehingga layak memimpin dan menerajui dunia.
6. Marilah kita introspek diri dengan bekalan taqwa…
Allah berfirman yang bermaksud:
Pertama: “Jika kamu bertaqwa kepada Allah, Allah jadikan
untuk kamu jalan pemisah antara Haq dan Batil”
Adakah taqwa menjadikan kita dapat membezakan antara
perjuangan liberal sekular dengan perjuangan Islam yang tulen?
Adakah taqwa menjadikan kita dapat membezakan antara
perjuangan menegakkan masyarakat yang berpaksikan demokrasi
sekular dengan perjuangan menegakkan syariat Allah?

122

Adakah taqwa menjadikan kita dapat membezakan antara
ideologi-ideologi sesat dan menyeleweng dengan syariat Islam
yang membawa kebaikan dan rahmat?
Adakah taqwa menjadikan kita dapat membezakan antara
perjuangan Hamas dan Zionis Yahudi laknatullah?
Adakah taqwa menjadikan kita dapat membezakan antara
pendekatan melampau dengan manhaj ‘isti’dal’ yang dibawa oleh
para salafussoleh?
Adakah taqwa menjadikan kita dapat membezakan antara
memenuhi tuntutan nafsu dengan memenuhi tuntutan rabbani?

Kedua: “Bertaqwalah kamu kepada Allah, pasti Allah akan
memberikan ilmu kepada kamu..”
Sejauh mana taqwa menjadikan kita mukmin yang memiliki
kekuatan ilmu dan akal.
Sejauh mana taqwa mampu menjadikan kita menolak hujah
kepalsuan golongan anti Islam.
Sejauh mana taqwa menolak kita untuk menguasai pelbagai ilmu
yang diperlukan oleh seorang muslim.
Sejauh mana taqwa mendorong kita memahami ancaman dan
konspirasi musuh-musuh Islam yang terdiri dari Zionisme, Yahudi
dan Kristian.
Sejauh mana taqwa menjadikan kita prihatin terhadap isu-isu umat
Islam, isu Palestin, isu Gaza, isu Syria dan sebagainya.

123

Sejauh mana taqwa membawa kita mencintai ilmu,
mempelajari ilmu sehingga ilmu itu memberikan kekuatan kepada
kita untuk memimpin umat.
Lihatlah kekuatan ilmu yang diilhamkan Allah kepada Sultan
Muhammad al-Fateh sehingga berjaya membuka Kota
Constantinople.

Ketiga: “Siapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan
jadikan untuknya jalan penyelesaian dan memberikan rezeki
dari sumber yang tidak disangka”.
Yakinlah dengan taqwa, segala permasalahan umat diselesaikan.
Yakinlah dengan taqwa, kekuatan ummah terus kukuh dan ampuh.
Yakinlah dengan taqwa, sumber dana umat tidak pernah kering
dan kontang.
Yakinlah dengan taqwa, umat berada dalam lindungan rahmat
syariat Allah.
Yakinlah dengan taqwa, pimpinan mampu bergerak ke hadapan
meraih kemenangan.
Yakinlah juga… tanpa taqwa, umat lesu, lemah, mundur,
terkebelakang, hidup dalam suasana kerosakan nilai dan kebejatan
akhlak sehingga mengundang kemurkaan Allah.
Yakinlah juga tanpa taqwa, lahir manusia tidak amanah, umat
dalam fitnah dan negara tiada arah.

124

Keempat: “Siapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah jadikan
segala urusannya mudah”
Ingatlah segala urusan kita mudah dengan bertaqwa.
Ingatlah urusan keluarga terjaga dengan bertaqwa.
Ingatlah urusan masyarakat sempurna dengan bertaqwa.
Ingatlah urusan kita dengan umat dipermudahkan Allah dengan
sebab nilai taqwa yang ada dalam diri kita.
Ingatlah juga bahawa musuh-musuh tewas di tangan kita, kita
menang di dalam perjuangan kita dengan bekalan taqwa yang ada
pada kita.
Ingatlah bahawa taqwa sahajalah pemudah segala-galanya di
dalam hidup kita sebagai seorang muslim, mukmin dan muhsin.

Kelima: “Siapa yang bertaqwa kepada Allah, akan
dihapuskan segala dosanya dan dilipat gandakan pahalanya”
Sekadar mana taqwa berjaya mentazkiyah diri kita dari dosa-dosa?
Sejauh mana taqwa mampu menghilangkan kesalahan-kesalahan
kita?
Setakat mana taqwa boleh menghapuskan dosa-dosa kita sehingga
kita layak mendapat pertolongan Allah dalam perjuangan untuk
menegakkan kalimah Allah?
Sejauh mana pula keyakinan kita bahawa taqwa menguatkan
motivasi dan inspirasi amal kita dengan curahan pahala yang
berlipat kali ganda.

125

7. Marilah kita mengambil bekalan taqwa dari madrasah
Ramadan untuk kita istiqamah demi mengembalikan izzah umat
dan izzah islam. Bukankah Allah menyebut berkali-kali di dalam
firmanNya:
“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu dengan
sebenar-benar-taqwa”.
“Bertaqwalah kamu dengan semaksima yang mungkin menurut
batas kemampuanmu”
“Bertaqwalah kepada Allah, wahai orang yang memiliki kapasiti
akal yang tinggi?”

Sentiasalah kita mengoreksi diri dan bersiap sedia untuk kita
bertemu kepada Allah.
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah setiap diri
memerhatikan apa yang dipersiapkan untuk mengadap Tuhannya,
dan bertaqwalah kepada Allah” [al-Hasyr: 18].

Sentiasalah kita memperjuang dan menyatakan kebenaran
walaupun pahit di telan zaman.
“Wahai orang-orang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah,
dan nyatakan ucapan dengan perkataan yang benar”
8. Marilah kita jadikan taqwa sebaik-baik bekalan, sebaik-
baik pakaian, sebaik-baik perisai untuk kita berjuang dan berjihad

126

pada jalan Allah. Moga Allah terus mengampuni kita dan
menempatkan kita bersama-sama para nabi, para syuhadak, para
siddiqin dan para solihin.
9. Menangislah untuk perpisahan ini sebagaimana para
Sahabat RA menangis ketika Ramadan berangkat untuk
meninggalkan mereka dengan segala didikan tarbiyah dan
tazkiyah. Allah telah memberikan dorongan kepada kita tentang
hakikat kemenangan yang sebenar sebagaimana di dalam Surah
Ali-‘Imran ayat 200 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah dan kuatkanlah
daya kesabaranmu, dan kuatkanlah ikatan kuda kamu (siap siaga
di perbatasan jihad), dan bertakwalah kepada Allah, mudah-
mudahan kamu beroleh kemenangan..”
Ya Allah! Kami memohon keredhaanMu dan syurgaMu, dan kami
meminta berlindung dari kemurkaanMu dan balasan nerakaMu…
Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha
Mulia, cintakan keampunan, maka ampunkan dosa-dosa kami,
dosa kedua ibubapa kami, dosa sahabat-sahabat kami, dosa
seluruh saudara-saudara seIslam kami.

127

Taujihat 29
RAIKAN SYAWAL DENGAN CERIA TANDA SYUKUR

PADA YANG ESA

1. Kita telah berada di penghujung Ramadan dan insyaAllah
kita akan menyambut serta meraikan Aidilfitri pada tanggal 1
Syawal setelah berlalunya Ramadan. Namun, apakah konsep
sebenar sambutan hari raya mengikut pandangan Islam?
2. Aidilfitri ( ‫ ) عيد الفطر‬bermakna kembali kepada fitrah. Ini
bermakna Madrasah Ramadan yang kita lalui bertujuan
melahirkan manusia baharu. Kelahiran manusia baharu yang
bersifat fitrah, bersih dan suci dari dosa dan noda sebagaimana
fitrahnya seseorang apabila ia memeluk Islam.
3. Hari raya di dalam Islam adalah hari kegembiraan, ia
bukan hari kesedihan dan upacara kebudayaan. Ia adalah hari kita
mengucapkan kesyukuran di atas nikmat kurniaan Allah serta
kesungguhan kita melaksanakan ibadah dengan sempurna. Justeru
pada hari tersebut kita membesar dan mengagungkan Allah dalam
segala urusan kita.
4. Pada hari tersebut kita mengucapkan takbir, tahmid dan
tahlil sebagai tanda kita membesarkan Allah dalam kehidupan
kita, menjunjung syariat Allah mengatasi segalanya walaupun
berdepan kebencian orang-orang kafir.

128

5. Namun untuk memastikan Syawal kita bermakna, Islam
telah mengajar kita adab-adab yang perlu dijaga ketika meraikan
Hari Raya.

a) Menjamah sedikit makanan sebelum keluar menunaikan
solat hari raya sekurang-kurangnya beberapa biji tamar.
Buraidah al-Aslamiy pernah menceritakan bahawa Nabi
SAW tidak akan keluar pada hari raya melainkan Baginda
akan menjamah sedikit makanan. Manakala pada hari raya
korban pula Baginda tidak makan sehingga selesai solat dan
kembali ke rumah.
b) Keluar untuk menunaikan solat raya melalui jalan lain dan
pulang dari arah lain. Ibnu Umar RA meriwayatkan di dalam
satu hadis katanya:

‫(أ هن رسوَل الليه صلهى اللهُ علييه وسل َمكان يخرُج إلى العيدي ين من طريق ويرج ُع‬
.)‫من طريق أُخرى‬

“Sesungguhnya Rasulullah SAW keluar menunaikan solat
raya dari satu arah jalan dan pulang dari arah jalan lain.”
c) Keluar secara perlahan dan beransur-ansur seusai
mengerjakan solat hari raya, bertemu dan menyapa setiap
orang dan bertanya khabar serta mengucapkan salam.
d) Hanya mendirikan solat Eid sahaja dan tidak ada solat
sunat Qabliah atau Ba’diyah sebagaimana hadis Abdullah Ibn
Abbas.

129

‫(أ هن النبهي َصلهى اللهُ عليه وسلهَم َصلهى يَوَم اليفطْير َرْكَعتَْ يي ََلْ يُ َص يل قَْبلََها وَلا‬
.)‫بَ ْع َد َها‬

“Bahawa Baginda Nabi SAW mununaikan solat dua
rakaat hari raya tanpa solat sunat dua rakaat sebelum dan
selepasnya.”
e) Mandi sunat hari raya, berwangi-wangian dan bersiwak
sebagaimana apa yang dilakukan oleh Ibnu Umar RA.
f) Memakai pakaian yang baru dan cantik. Ibnu Umar RA
menunjukkan contoh hal ini di mana beliau memakai pakaian
yang paling indah cantik pada hari raya.
g) Berjalan kaki ke masjid dengan penuh ketenangan. Kata
Ibnu Umar RA:

.)‫(كان رسوُل الليه صلهى اَّهللُ علييه وسلهَم يخرُج إلى العي يد ماشياا ويرج ُع ماشياا‬

“Adalah Rasulullah SAW keluar menunaikan solat hari
raya dan kemudian pulang dengan berjalan kaki”.

h) Mendirikan solat di kawasan lapang sebagaimana hadis
yang diriwayatkan oleh Abu Saeed al-Khudri.
i) Segera ke tempat solat bagi makmum dan dilewatkan jika
menjadi imam. Sunat memperbanyakkan bertakbir dalam
perjalanan ke tempat solat sehingga sebelum didirikan solat.
Apabila selesai solat, maka tiada lagi takbir raya.

130

j) Solat Hari Raya didirikan tanpa azan dan iqamah
berdasarkan hadis yang diceritakan oleh Jabir RA.
k) Sunat membawa kanak-kanak hadir ke kawasan didirikan
solat sunat hari raya. Setiap muslim dianjurkan untuk
mengucapkan ucapan tahniah kepada saudara seIslam
sebagaimana yang dilakukan oleh para Sahabat RA dengan
melafazkan ucapan ‘Taqabbalallahu minna wa minkum’.
Diharuskan juga untuk berhibur dengan apa cara sekalipun
dengan syarat ia tidak melanggari syarak.
6. Sebahagian salafussoleh menyebut bahawa para Sahabat
RA berdoa untuk tempoh 6 bulan agar dipertemukan Ramadan dan
kemudiannya juga berdoa untuk 6 bulan supaya segala amalan
sepanjang Ramadan diterima Allah.
7. Mari kita jadikan Syawal hari penuh gembira, hari kita
ucapkan tanda syukur dan hari kita kembali menjadi suci bersih.
Di dalam Musnad Imam Ahmad dan Sunan an-Nasaie bahawa
Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang berpuasa dan mendirikan solat pada bulan
Ramadan dengan penuh keimanan dan menharapkan ganjaran
pahalanya, maka dia keluar dari dosa-dosanya sebagaimana dia
dilahirkan suci dari perut ibunya”.
8. Benarlah satu ungkapan:

131

“Kalaulah hamba-hambaKu tahu apa yang ada pada kelebihan
bulan Ramadan nescaya mereka berharap Ramadan itu
sepanjang tahun”.

132

Taujihat 30
KELEBIHAN PUASA 6 HARI DI BULAN SYAWAL

1. Terdapat di kalangan umat Islam merasa gembira apabila
berakhirnya Ramadan kerana berpuasa sebulan terasa berat dan
sukar baginya. Maka dia tidak mampu dan sukar untuk kembali
berpuasa. Sedangkan orang yang bersegera berpuasa di bulan
Syawal menunjukkan kecintaan dan kerinduannya kepada ibadah
puasa tersebut. Tidak berat baginya untuk melaksanakannya
bahkan sangat menyukainya kerana pelbagai faedah dan
ganjarannya. Antaranya:

(a) Puasa 6 hari di bulan Syawal ini umpama berpuasa

sepanjang tahun. Ini diperjelaskan oleh Rasulullah SAW:

‫َم ْن َصاَم َرَم َضا َن ثُمه أَتْبَعَهُ يستا يم ْن َشهوال َكا َن َك يصيَايم ال هد ْهير‬

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia
mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka
seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” (HR Muslim)

(b) Penyempurna ibadat fardhu. Solat sunat rawatib
sebelum dan selepas solat fardhu menyempurnakan
kekurangan yang dilakukan oleh seseorang dalam solat
fardhu. Begitu juga dengan ibadah puasa. Ramai umat Islam
yang berpuasa di bulan Ramadan namun banyak kekurangan

133

dan kelompongannya dari sudut penghayatan dan

pelaksanaan ibadatnya. Maka puasa enam (6) hari di bulan

Syawal umpama melengkapkan kekurangan tersebut.

(c) Sebahagian ulama’ berpandangan, ia merupakan tanda

diterimanya puasa Ramadan seseorang. Ini kerana apabila

Allah SWT menerima ibadah seseorang itu maka akan

diberikan petunjuk kepadanya untuk melakukan amal soleh

selepasnya. Kata ulama’, pahala dan ganjaran bagi sesuatu

kebaikan itu adalah kebaikan yang dilakukan selepasnya.

Barangsiapa yang melakukan kebaikan, kemudian melakukan

kebaikan lain selepas itu, maka ia adalah tanda diterima amal

kebaikan yang pertama dilakukannya. Begitu juga,

barangsiapa yang melakukan kebaikan, kemudian diikuti

dengan amal kejahatan, itu adalah tanda ditolak kebaikan

yang dilakukannya sebelum itu.

(d) Puasa di bulan Ramadan dijanjikan Allah keampunan

bagi dosanya yang terdahulu. Oleh kerana itu seluruh umat

Islam menyambut Aidilfitri iaitu kita kembali kepada fitrah.

Tiadalah nikmat dan anugerah terbesar selain daripada

mendapat keampunan daripada Allah. Allah SWT

memerintahkan supaya hambaNya menzahirkan kesyukuran

di atas kurniaan Ramadan ini sebagaimana firman-Nya dalam

Surah al-Baqarah: Ayat 185. َ‫ٱَّهلل‬ ْ‫َولي ُتڪبيُروا‬ َ‫ٱ ۡلعي هدة‬ ْ‫َوليتك يملُوا‬

‫َما َه َدٮ ُك ۡم َولَعَله ُكم تَ ۡش ُكُرو َن‬ ‫عَلَى‬

134

“..Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa
(sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah
kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu
bersyukur.”
2. Maka, sebagai tanda syukur di atas segala kurniaan yang
diberikan oleh Allah ini, maka sangat dituntut supaya kita
meneruskan pula dengan melaksanakan ibadah puasa sunat enam
(6) hari di bulan Syawal.

135

Diterbitkan oleh
Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia

136


Click to View FlipBook Version