The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 410-12-amirah, 2022-09-18 03:48:17

FOLIO PPIM MPU3062

NUR AMIRAH NAJWA
PJMS1

IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

EDUP3062
FOLIO PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

SEMESTER 4

NAMA : NUR AMIRAH NAJWA BINTI AZHAM

NO. KAD PENGENALAN: 020815-01-0022

ANGKA GILIRAN : 2021152340121

PROGRAM : PISMP

AMBILAN : JUN 2021

KURSUS : MPU3062

PENSYARAH : PN.MANORIZA BINTI ABDUL

MALEK

ISI KANDUNGAN CATATAN

BIL. PERKARA
1. Biodata Pelajar
2. Kalendar Perjumpaan
3. Sukatan PPIM
4. Sukatan Pelajaran PPIM Sekolah Rendah
5. Falsafah PPIM
6. Matlamat PPIM
7. Objektif Pertubuhan PPIM
 Pengajian Tinggi
 Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
8. Visi PPIM
9. Misi PPIM
10. Perlembagaan Pertubuhan
 Prinsip-prinsip Asas Pertubuhan
 Perlembagaan Pertubuhan
 Lambang/Logo PPIM
 Cogan Kata PPIM
 Suluh Kata PPIM
 Bendera PPIM
 Lagu PPIM
 Ikrar PPIM
 Undang-undang PPIM
11. Sejarah Penubuhan
 Sejarah Pengasas dan Penubuhan
 Tujuan Penubuhan
 Istiadat-istiadat Rasmi Pertubuhan PPIM
12. Struktur dan Organisasi Pertubuhan
 Carta Organisasi PPIM Peringkat Kebangsaan
 Carta Organisasi PPIM Peringkat Negeri
 Carta Organisasi PPIM Peringkat Daerah/Bahagian
 Carta Organisasi PPIM Peringkat Sekolah
 Carta Organisasi PPIM Peringkat IPG Kampus Raja
Melewar
 Carta Organisasi Unit Kokurikulum IPG Kampus Raja
Melewar
 Fungsi Majlis Tadbir
13. Pengurusan dan Pentadbiran
 Pendaftaran Ahli dan Kumpulan
 Kuasa Penganjur
 Struktur Unit
 Pengurusan Buku Log/Folio/Laporan Aktiviti
 Tanggungjawab Pemimpin
 Pakaian Seragam Ahli dan Pemimpin
 Takwin dan Rancangan Akttiviti
14. Kraf Perkhemahan
 Pengurusan dan Penjagaan Khemah
 Tujuan dan Faedah Membuat Gajet
 Jenis-jenis Gajet dan Kegunaannya
15. Ikhtiar Hidup
 Masakan Solar/Rimba/Kelompok

 Membuat Perangkap
16. Kebudayaan

 Nyanyian / Lagu Perkhemahan
 Permainan
 Malam Kebudayaan
17. Jalan Lasak dan Pandu Arah
 Tujuan
 Peraturan dan Persediaan
 Prosedur Jalan Lasak dan Pandu Arah
 Membaca Kompas/Global/Positioning Satelite

(GPS)
 Komunikasi Radio Amatur/UHF VHF
 Membaca Peta Tapo dan Kegunaannya
 Mengesan Tanda dan Simbol
 Laporan Pengembaraan
18. Khidmat Kesukarelawan
 Minggu Kerja
 Bantuan Bencana
 Masyarakat Penyayang
 Hari Peringatan
 Alam Sekitar
19. Simpulan Dan Ikatan
-Simpulan
 Tali Temali
 Enam Jenis Simpulan Asas
 Simpul Manuk
 Simpul Buku Sila
 Simpul Tindih Kasih
 Simpul Bunga Geti
 Simpul Balak
 Simpul Belit
-Ikatan
 Ikatan Seraya
 Ikatan Serong
 Ikatan Lilit Kacang
20. Asas Kawad Kaki
 Bahasa Hukuman
 Kawad Statik dan Dinamik
 Kawad Formasi
21. Asas Perolongan Cemas
 Tujuan dan Prinsip
 Anduh dan Bulatan
 Merawat Luka dan Gigitan
 Melecur, Pitam dan Patah
 Keracunan dan Terseliuh
 Pemulihan Pernafasan
22. Rujukan
23. Lampiran (Jika Ada)

BIODATA DIRI

NAMA : NUR AMIRAH NAJWA BINTI AZHAM

ANGKA GILIRAN : 2021152340121

NO KAD PENGENALAN : 020815-01-0022

KUMPULAN/UNIT : PENDIDIKAN JASMANI 1

KURSUS/SEMESTER : PISMP – SEMESTER 1 TAHUN 2

AMBILAN : JUN 2021

ALAMAT E-MAIL : [email protected]

ALAMAT RUMAH : NO 51, HALA PENGKALAN BARAT 28, TAMAN SRI

SAYANG, 31650, IPOH, PERAK.

NO TELEFON : 0137267916

KALENDER PERJUMPAAN

SUKATAN PPIM









SUKATAN PELAJARAN PPIM SEKOLAH RENDAH











FALSAFAH PPIM

Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah pergerakan
berpakaian seragam yang bergerak pada peringkat kebangsaan, negeri
dan daerah di Institut pengajian tinggi, maktab-maktab perguruan serta
sekolah-sekolah menengah dan rendah. Aktiviti yang dijalankan sebagai

kokurikulum secara formal dan tidak formal adalah bertujuan
membimbing puteri-puteri kea rah penyuburan dan pengembangan

potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi
mewujudkan insan PUTERI ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampu dan bersedia
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran bangsa,

masyarakatt dan negara selaras dengan ajaran Islam

MATLAMAT

Menerusi Penggubalan kurikulum yang komprehensif dan perlaksanaan secara
gabung jalin dan bersepadu. PPIM berharap agar mencapai matlamat seperti
berikut :

 Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan spiritual
puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai
pendidikan.

 Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan puteri-puteri.

 Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang gerajerja
kokurikulum sekolah, institusi, maktab, kolej dan universiti.

 Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri.

 Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan.

 Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan
ibubapa dan masyarakat, khasnya masyarakat setempat.

OBJEKTIF PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat institusi pengajian tinggi
bertujuan:

1. Melahirkan pemimpin yang cekap, berketrampilan, berwibawa, berdedikasi
dan mempunyai wawasan bagi mewujudkan masyarakat remaja yang
mampu:

Menghayati dan mengamalkan ketaatan kepada Allah SWT, rasul dan
pemerintah serta cintakan negara.
Menguasai berbagai-bagai ilmu.
Berakhlak mulia.
Berbakti kepada masyarakat tanpa mengira keturunan dan masyarakat.

2. Membimbing para pemimpin pelatih PUTERI dari segi intelek, akhlak, emosi, rohani
dan jasmani supaya menjadi insan Kamilah, berilmu, berdaya maju, berdaya juang,
berdaya tahan dan berketerampilan.
3. Menyemai rasa cinta dan selesa dengan ajaran Islam supaya hidup mereka kelak
berasaskan jalan yang diredhai Allah SWT dan dapat berbakti kepada keluarga, agama,
bangsa dan negara.
4. Membentuk sebuah kumpulan yang berindentiti sendiri dan berwawasan, progresif,
berfikiran terbuka serta mampu menjadi penggerak masyarakat.
5. Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua
serta menjadi penghubung kesinambungan antara generasi lama dan baru.

Di peringkat sekolah rendah dan menengah disusun dengan tujuan seperti berikut:

Melahirkan satu masyarakat muda yang:
a) Taat kepada Allah, Raja dan Negara
b) Berilmu
c) Berakhlak mulia
d) Berbakti kepada masyarakat

Membimbing gadis-gadis dalam sehi akhlak,rohani dan jasmani supaya menjadi insan
kamilah, berlimu, mengajar dan memperkenalkan Islam supaya kelak hidup mereka
berasakan jalan yang diterima Allah S.W.T dan dapat berbakti untuk agama, nusa dan
bangsa.

Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, progresif dan di terima masyarakat.

Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua.

VISI PPIM

Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam.
2. Mempunyai kesihatan diri dan mampu ; membangunkan diri secara bersepadu

iaitu dari segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal.
3. Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesame puteri dan terhadap diri,

keluarga, masyarakat dan negara

MISI PPIM

1. Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan Hadith di dalam konteks alam
dan kehidupan yang nyata melalui program-program yang dijalankan

2. Memberikan pendidikan dan dan latihan tidak formal kepada masyarakat khususnya
puteri melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik.

3. Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran supaya
dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat.

PERLEMBAGAAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

Nama dan alamat
Matlamat
Objektif
Keahlian
Penasihat

Guru penasihat
Ahli jawatankuasa
Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa

Kewangan
Kehadiran
Mesyuarat
Pematuhan pengurusan

Aktiviti
Peraturan-peraturan

Kesalahan
Larangan
Tindakan disiplin
Pindaan perlembagaan
Pembubaran persatuan
Perubahan
Hal-hal lain

LOGO

PENGERTIAN LOGO
 Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan

lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis PERGERAKAN
PUTERI ISLAM MALAYSIA
 Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan putih dan di dalamnya ditulis dengan huruf
jawi permulaan daripada perkataan “PERGERAKAN PUTERI ISLAM.”(Pa Pa Alif)
 Di bawah logo ini tertulis perkataan :-
“PUTERI”- Bagi Ahli-Ali Puteri
“PEMIMPIN PUTERI”- Bagi Pemimpin-Pemimpin

PENGERTIAN WARNA
Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan
Hijau : Agama
Taqwa sebagai TERAS
Putih : Kesucian
Kuning : Kesetiaan dan ketaatan

COGAN KATA PPIM

SULUH KATA PPIM

P Patuh kepada ibu bapa
U Ugama/Agama berteraskan al-Quran dan Hadis
T Taat kepada Allah dan Rasul
E Erat ukhuwah Islamiyah
R Rela berbakti kerana Allah
I Iman dipupuk ilmu dituntut

I Insaf diri, ia kepunyaan Allah dan kepada Allah ia Kembali
S Solat ditunai setiap waktu
L Larangan Allah dijauhi
A Akhlak muliah pengukuh iman
M Muslimah Mukminah rakyat seperjuangan

BENDERA PPIM

LAGU PPIM

LAGU PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja

Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia

Berusaha Mencari Pengetahuan
Berbakti Membuat Kebajikan
Belajar Mencapai Kemajuan

Bersemangat Penuh Keimanan

Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja

Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia

IKRAR PUTERI ISLAM

SEJARAH PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
SEJARAH PENGASAS PPIM

YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong

 Tunku Kurshiah diputerikan pada 16 Mei 1911 di Seri Menanti, Negeri Sembilan.
 Wanita Melayu Pertama bergelar Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
 Presiden Pergerakan Pandu Puteri Negeri Sembilan.
 Baginda dianugerahkan Pingat Emas Tun Fatimah oleh Majlis Pertubuhan Wanita

Kebangsaan atas derma kurnia baginda menaikkan taraf wanita dan kanak-kanak
dalam bidang kebajikan dan pendidikan.
 Penubuhan Pergerakan Puteri Islam Malaysia(PPIM) diilhamkan oleh YMM Tunku Puan
Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama.

SENARAI YANG DIPERTUA PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA SEJAK TAHUN
1969

SEJARAH PENUBUHAN PPIM
 Penubuhan Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) pada tahun 60an oleh Lembaga

Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diasaskan oleh YMM Tunku Puan
Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama.
 Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum hanya
berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi
bantuan kepada golongan miskin.
 Pada tahun 1969 JK khas dalam LKPIM untuk menggerakkan PPIM nama asalnya:

PUTERI LEMBAGA

 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja Permaisuri
Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang,
Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad
Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia

 Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM Pertama.

 Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM dan
ia pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987

 Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf ‘Puteri
Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh
DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun

 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform di
dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia

 23 November 1996, Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan
Azizah Wan Ismail. Untuk meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah di
dalam kerja-kerja khidmat masyarakat seperti bantuan bagi mangsa banjir dan program
ziarah hospital

 PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi pengajian tinggi pada
8 April 2000 oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti
Islam Antarabangsa.

 Awal tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin
(Allahyarhamah), ibu pejabat PPIM telah berpindah ke Darul Puteri. Perasmian Darul
Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku
Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid pada 24 Ogos 2005

 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua telah diisi oleh Y.Bhg. Datin Hajah
Badiah Abdul Manan setelah menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan 2007 -
2009 & 2009 - 2011

TUJUAN PENUBUHAN

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuaah
pergerakan berpakaian seragam yang bergerak secara

sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah, institusi dan
Institut Pendiidikan Guru serta Institusi Pengajian Tinggi di
seluruh Malaysia. Aktiviiti PPIM dijalankan bertujuan untuk

membimbing puteri-puteri kearah penyuburan pengembangan
potensi-potensi dari secara menyeluruh dan bersepadu dari
segi individu, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah SWT.

ISTIADAT - ISTIADAT RASMI

Tatacara Perjumpaan

TATACARA PERJUMPAAN

LANGKAH 1
1.1 Ketua Pasukan / Ketua Kumpulan melakukan latihan Kawad Kaki Asas

BARIS, SENANG DIRI
BARIS, BARIS SEDIA
KE KANAN LURUS
PANDANG DEPAN, DARI BELAKANG NOMBOR

1.2 Ketua Puteri memberi arahan: -

KEKUATAN PASUKAN/ KUMPULAN, LAPOR

1.3 Ketua Pasukan / Ketua Kumpulan melapor

PASUKAN (NAMA PASUKAN) 40 CUKUP
PASUKAN (NAMA APSUKAN) 20 DARIPADA 40

1.4 Ketua Puteri (Pusing pandang menghadap tiang bendera. Pasukan sudah
bersedia)

1.5 Ketua Puteri berkawad menemui Ketua Guru Pemimpin / Guru Pemimpin.
Ucapkan Salam sambil bersalaman dan mohon:

IZINKAN SAYA MEMULAKAN TATACARA
PERJUMPAAN

1.6 Guru menjawab –

SILAKAN

1.7 Ketua Puteri membalas –

TERIMA KASIH PUAN

LANGKAH 2
2.1 Ketua Puteri balik ke hadapan barisan untuk menjalankan Tatacara
Perjumpaan.

BACAAN DOA
2.2 Ketua Puteri memanggil

PEMBACA DOA, SEDIA

2.3 Pembaca Doa keluar, berdiri di sebelah Ketua Puteri dan memberi arahan :

I) UP
II) ALFATIHAH
(Surah Alfatihah Dibaca Serentak Oleh Semua Dengan Kuat)

III) Membaca Doa Perjumpaan dan diaminkan oleh semua
IV) Memberi arahan:

UP (Bawa Tangan Ke Muka, Baru Turun Tangan Ke Sisi)

V) Bacaan Asmaul Husna bersama-sama
NAS ALUKA YA ………………….

VI) Pembaca Doa beredar balik ke dalam barisan

MENAIKKAN BENDERA
2.4 Ketua Puteri memanggil

PENAIK BENDERA, SEDIA
(Tiga Orang Penaik Bendera Keluar Berdiri Di Tiang Bendera Dan

Bersedia Untuk Acara Menaikkan Bendera)

Kedudukan bendera; PPIM (kiri), Malaysia (tengah), Negeri
Sembilan* (Kanan).

* bendera negeri
2.5 Ketua Puteri (menghadap bendera) memberi arahan:

NEGARAKU – MULA
Ketiga-tiga bendera dinaikkan serentak dengan perlahan. Bendera
Malaysia lebih tinggi sedikit kedudukannya daripada bendera PPIM
dan bendera Negeri Sembilan*.

2.6 Penaik bendera ikat tali pada tiang bendera. Puteri ditengah memberi arahan:
SIAP - undur selangkah ke belakang

2.7 Ketua Puteri memberi arahan:
LAGU PUTERI MULA

2.8 Penaik Bendera (Puteri di tengah) memberi arahan:
KE KANAN PUSING…………….

(Ketiga-Tiga Berkawat Balik Ke Dalam Barisan. Puteri
Yang Terakhir Sampai Akan Sebut) – SIAP

LAFAZ IKRAR PUTERI
2.9 Ketua Puteri memberi arahan:
UP (Semua Puteri Serentak Mengangkat Tangan Untuk Bacaan Ikrar
Yang Diketuai Oleh Ketua Puteri)

BAHAWA KAMI
AHLI-AHLI PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA BERIKRAR AKAN

Taat Kepada Allah, Rasul, Pemerintah, Guru Dan Ibubapa
Mempekukuhkan Iman Dan Memperbaiki Akhlak
Membangunkan Diri Dengan Sempurna
Mengukuhkan Silaturahim Sesama Puteri
Berkhidmat Untuk Keluarga, Masyarakat Dan Negara

2.10 Ketua Puteri memberi arahan:
UP (Turun Tangan Ke Sisi)

PEMIMPIN MEMBERI TAKLIMAT ATAU TUGASAN
2.11 Pemimpin datang ke hadapan Puteri

2.12 Ketua Puteri melaporkan:

KAMI, PASUKAN (Nama Pasukan – Disebut Beramai-ramai
Serentak)
SERAMAI ………… SIAP SEDIA UNTUK
MENERIMA ARAHAN PUAN

BARIS, SENANG DIRI

2.13 Guru Pemimpin memberi salam – dijawab serentak oleh semua
2.14 PUTERI Guru Pemimpin menyampaikan taklimat atau aktiviti yang akan
dijalankan sepanjang hari berkenaan.

Ketua Puteri memberi arahan:

BARIS, BARIS….., SEDIA
TERIMA KASIH PUAN

Ketua puteri pusing menghadapa barisan dan memberi arahan:

KELUAR BARIS

2.15 Puteri mengambil peralatan / bag untuk pergi ke tempat aktiviti

TATACARA PENUTUP

LANGKAH 1
1.1 Puteri-puteri berbaris dalam 3 barisan
Setiap Pasukan mengandungi 30 – 45 orang
Setiap Kumpulan mengandungi 10 – 15 orang
(sama seperti dalam barisan tatacara perjumpaan tadi)

1.2 Latihan Kawad Kaki Asas
Ketua Puteri Memberikan Arahan:

BARIS, SENANG DIRI - BARIS, BARIS SEDIA - KE KANAN
LURUS, PANDANG DEPAN

1.3 Melaporkan Kekuatan Pasukan/ Kumpulan Ketua Puteri Memberi Arahan:

KEKUATAN PASUKAN/KUMPULAN LAPOR

1.4 Ketua Pasukan/ Kumpulan Melapor:

KEKUATAN PASUKAN / KUMPULAN LAPOR

1.5 Ketua Puteri Pusing Pandang Menghadap Tiang Bendera. (pasukan sudah
bersedia)

1.6 Guru Berjalan Ke Hadapan Ketua Puteri. Beri Ucapan Salam. Semua
Menjawab Salam Dengan Serentak.

LANGKAH 2 - AMANAT PEMIMPIN
2.1 Selepas Salam Ketua Puteri Melapor Dijawab:

Pasukan (nama Pasukan) seramai (sebut bilangan) orang sedia
mendengar amanat puan. BARIS , SENANG DIRI

2.2 Guru Pemimpin Membuat Ulasan Mengenai Aktiviti Hari Berkenaan

2.3 Setiausaha Atau Bendahari Membuat Pengumuman Atau Sebarang Bentuk
Pesanan Bagi Aktiviti Yang Akan Datang

2.4 Ketua Puteri Memberikan Arahan:

BARIS, BARIS SEDIA. TERIMA KASIH PUAN

IZINKAN SAYA MEMULAKAN TATACARA PENUTUPAN

2.5 Guru menjawab

SILAKAN

LANGKAH 3 – LAGU PUTERI
3.1 Semua dalam keadaan menghadap bendera.
3.2 Ketua puteri memberikan arahan:
LAGU PUTERI MULA

LANGKAH 4 – ACARA TURUN BENDERA
4.1 Ketua puteri memberi arahan:

PENURUNAN BENDERA SEDIA

4.2 Tiga orang Penaik Bendera (semasa Tatacara Perjumpaan) diikuti oleh 3
orang lagi (berjumlah 6 orang semuanya berkawad menuju ke hadapan
tiang bendera)

4.3 Orang Pertama (Penaik) berdiri di hadapan, orang Kedua berdiri di belakang
Ke kanan sedikit. Kedua-dua buka ikatan / simpulan bendera.

4.4 Bendera diregangkan di kawasan lapang di hadapan tiang, di hadapan K.
Puteri. Orang Pertama pegang (pegang bahagian kepala bendera) Orang
Kedua (pegang ekor bendera)

4.5 Lipat Bendera mengikut Kiraan Ketua Puteri

“SATU” - Lipat Dua, kemudian regang semula
“DUA” - Lipat dua lagi, kemudian regang semula
“TIGA”- Ekor bendera dicantumkan ke Kepala Bendera
“EMPAT” – Bahagian ekor dicantumkan lagi ke kepala bendera
“LIMA”- Lipat Kepas (3 kali)
Setelah selesai , orang pertama pegang bendera di tangan kanan,letak

/bawa ke sisi )

LANGKAH 5 – ACARA SERAH BENDERA

5.1 Keenam-enam Penurun Bendera berdiri menghadap Ketua Puteri

5.2 Pembawa Bendera Malaysia melangkah ke hadapan serahkan bendera
kepada Ketua Puteri (Berundur semula)

5.3 Pembawa Bendera Negeri berjalan ke hadapan serahkan bendera kepada
Ketua Puteri (Balik semula ke tempat dirian asal)

5.4 Pembawa Bendera Puteri berjalan ke hadapan serahkan bendera kepada
Ketua Puteri (Balik semula ke tempat dirian asal)

5.5 Keenam-enam Penurun Bendera PUSING KANAN lalu berkawat masuk ke
Barisan asal masing-masing. Orang yg akhir sampai sebut “SIAP”

5.6 Ketua Puteri menyerahkan kesemua bendera kepada Ketua Guru Pemimpin

LANGKAH 6 – BACAAN DOA PENUTUP
6.1 Ketua Puteri memanggil:

PEMBACA DOA SEDIA

6.2 Pembaca Doa keluar ke hadapan, Ketua Puteri dan Pembaca Doa pandang.
Menghadap perbarisan / pasukan.
Pembaca doa mengarahkan

“UP” Baca Doa Penutup.Teruskan dengan bacaan Tasbih
Kifarah di akhiri dengan Surah Al Asry.
“ UP” ( Tangan dibawa ke muka baru dijatuhkan tangan ke sisi )

6.3 Pembaca Doa balik ke tempat

6.4 Ketua Puteri mengarahkan

“KELUAR BARIS” (Baris gerak Keluar baris
TETAPI beratur semula dalam barisan untuk bersalaman)

LANGKAH 7 – BERSALAM – SALAMAN

CARA PERTAMA (MEMBENTUK BULATAN)

7.1 Guru Pemimpin lain memulakan bersalam berdiri disebelah Ketua Pemimpin
diikuti oleh Ketua Puteri berdiri bersebelahan

7.2 Ketua Pasukan diikuti oleh semua Puteri Pasukan Satu dan seterusnya
Pasukan yang lain.

7.3 Pemimpin memberi pesanan contoh: jalan berhati-hati, sampaikan salam
kepada Ibubapa.

CARA KEDUA (MEMBENTUK SAF SOLAT)

7.4 Bersalam mulai dari barisan belakang, salam dengan rakan hadapan seorang
demi seorang hingga sampai kepada Ketua Kumpulan / Ketua Pasukan
terus kepada Guru Pemimpin akhir sekali Ketua Guru Pemimpin

BERSALAM-SALAMAN SAMBIL BERSELAWAT

Tatacara Majlis Rasmi

TATACARA PERMULAAN MAJLIS

LANGKAH 1
1.1 Para Pemimpin dan ahli mengambil tempat sebelum ketibaan VIP
1.2 Sewaktu ketibaan VIP semua yang berada di dewan berdiri sambil berselawat
Hingga VIP sampai ke tempat duduk.

1.3 Hadirin termasuk peserta duduk selepas VIP duduk ditempat yang dikhaskan.

LANGKAH 2
2.1 Pengacara memulakan majlis:
MAJLIS DIMULAKAN DENGAN TATACARA PERJUMPAAN
* ASMAUL HUSNA DAN LAGU PUTERI
Semua yang hadir diminta berdiri untuk menyempurnakan Tatacara Majlis.
Apabila selesai, tetamu khas duduk diikuti dengan semua hadirin.

2.2 Pengacara meneruskan majlis dengan menjemput Pembaca Doa.

TATACARA PENUTUPAN MAJLIS

LANGKAH-LANGKAH PERLAKSANAAN
3.1 Pengacara merakamkan terima kasih dan seterusnya menutup majlis dengan
Bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asry (hadirin membaca dalam
keadaan Duduk)
3.2 Pengacara mempersilakan tetamu ke Jamuan / Pameran atau sebagainya
3.3 Sebelum bersurai hadirin bersalam-salaman

‫تسبيح كفارة‬

‫سورة العصر‬
‫صلوات نبي‬








Click to View FlipBook Version