CARTA ORGANISASI PPIM IPGKRM
Pengarah IPGKRM
Dr. Mazlan Bin Aris
Guru Pemimpin Guru Pemimpin
Pn. Erana Binti Abd Pn. Manoriza Binti
Seman Abdul Malek
Ketua Pasukan 1 Penghuluwati Ketua Pasukan 2
Nur Farhanah Binti
Nur Aleesa Syahida Siti Khadijah Binti
Binti Amri Mohd Tijar Mohamad Nazree
Naib Penghuluwati
Alyaa Shahila Binti
Mohd Ramzi
Setiausaha
Nelly Mahira Binti Mohd Yusoff
Pen. Setiausaha
Siti Nursyahirah Binti Ramlee
Bendahari
Syazwa Nurhanani Binti
Mahamad Muhamejelan
Pen. Bendahari
Nurin Farisya Binti Affandi
Ajk Kerohanian Ajk Sukan & Rekreasi Ajk Kebajikan
Nurul Ikhwanis Binti Nurfarah Nabilah Binti Nur Husna Binti
Hasmadi Ahmad Samhari Hidher
Ajk Majlis/Program Ajk Rencam
Fazliana Asyiqin Nur Natasya Aleya
Binti Yusuf Binti Yunos
Carta Organisasi Unit Kokurikulum IPG KAMPUS RAJA MELEWAR
Pengurusan Dan Pentadbiran
- Pendaftaran ahli dan kumpulan
a) Borang kebenaran ibu bapa
Sebelum didaftarkan kebenaran daripada ibu bapa perlu
diperolehi
b) Borang ahli
Guru Pemimpin perlu mengedarkan Borang Ahli kepada pelajar
untuk diisi dan kemudian disampaikan kepada Jawatankuasa
Perhubungan Negeri untuk mendapatkan Nombor Pendaftaran.
Keratan borang hendaklah dikembalikan kepada sekolah.
c) Pendaftaran pensyarah/ guru pemimpin dan ahli tidak beruniform
Guru-guru Pemimpin dan ahli-ahli tidak beruniform perlu
mendaftar dengan menggunakan Borang Permohonan Menjadi
Ahli (Tidak Beruniform). Borang hendaklah disahkan oleh
Perhubungan Negeri dan keratan hendaklah dihantar ke Ibu
Pejabat PPIM.
- Pembahagian ahli Mengikut Pasukan dan Menamakan Kumpulan:
a) Jumlah ahli setiap pasukan tidak melebihi 40-50 orang dan terdiri
daripada beberapa kumpulan.
b) Setiap kumpulan adalah terdiri daripada 10-15 orang.
c) Nama setiap kumpulan adalah terpulang kepada sekolah berkenaan.
d) Nama setiap pasukan hendaklah ditentukan oleh negeri masing-masing
mengikut format berikut: -
Pada tahun 1988 Sekolah Seri Puteri Kuala Lumpur
menubuhkan PPIM dengan ahlinya seramai 85 orang.
- Kuasa penganjur
a) Menyelia dan mengawal kemajuan unit PPIM di tempatnya.
b) Salah seorang daripada dua penurun tanda tangan rasmi bagi akaun
simpanan atau semasa untuk unit PPIM itu.
c) Meluluskan pendaftaran tahunan unit PPIM dengan ibu pejabat
beruniform Pergerakan Puteri Islam Malaysia.
d) Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin
PPIM
e) Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit
PPIM di mana perlu.
f) Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktiviti luaran.
BUKU LOG/ FOLIO
Kandungan buku log atau folio adalah seperti berikut:
CONTOH BUKU LOG PPIM
I. FORMAT LAPORAN AKTIVITI
LAPORAN PROGRAM / AKTIVITI
UNIT BERUNIFORM: ______________________________________________
1. NAMA PROGRAM: ___________________________________________
2. OBJEKTIF PROGRAM:
_____________________________________________________
3. TARIKH PROGRAM: __________________________________________
4. TEMPAT PROGRAM: _________________________________________
5. SASARAN: __________________________________________________
6. LAPORAN RINGKAS/PENCAPAIAN:
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
7. IMPAK: _____________________________________________________
8. PENAMBAHBAIKAN
Beberapa langkah penambahbaikan perlu diambil pada masa hadapan.
Antaranya:
i.
ii.
9. GAMBAR DOKUMENTASI (2 KEPING)
II. FORMAT RINGKASAN LAPORAN
Tanggungjawab pemimpin
PENGERUSI Mempengerusikan setiap mesyuarat.
Meneliti minit mesyuarat dan memastikan segala
NAIB PENGERUSI
keputusan mesyuarat adalah wajar dan mengikut
SETIAUSAHA agenda yang ditetapkan.
NAIB Menjalankan tugas yang diarah oleh guru
SETIAUSAHA penasihat dari semasa kesemasa.
Bertanggungjawab menjalankan tugas Pengerusi
semasa ketiadaannya.
Bertanggungjawab membantu Pengerusi
menyelia tugas AJK Persatuan.
Menjalankan tugas yang diarah oleh guru
penasihat dari semasa ke semasa.
Mengurus surat-menyurat.
Mencatat minit mesyuarat atau laporan.
Menyimpan fail atau dokumen berkaitan dengan
persatuan.
Membantu Setiausaha menjalankan segala tugas
dan tanggungjawabnya.
Berkerjasama dengan Setiausaha.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari
masa ke masa.
Bekerjasama dengan Bendahari Kehormat dalam
menyediakan Peruntukan Tahunan dan Penyata
Kewangan.
BENDAHARI Bertanggungjawab terhadap hal-hal kewangan
persatuan.
Membuat penyata dan menyimpan kira-kira
berkenaan kewangan persatuan.
Menasihati Jawatankuasa Persatuan dalam
pengawasan kewangan dan audit.
Menyediakan laporan perbelanjaan dan
dibentangkan semasa mesyuarat agung.
AJK Membantu menjalankan tugas dalam segala
program dan aktiviti yang dilaksanakan dengan
sebaik mungkin.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan.
Pensyarah Pemimpin/ Ketua Guru Pemimpin/
Guru Pemimpin/ Guru Pemimpin perlu membeli:
Pakaian Seragam Ahli Dan Pemimpin
1. Pakaian puteri sekolah rendah
2. Pakaian puteri sekolah menengah
3. Uniform pemimpin/ jurulatih
4. Uniform puteri pelatih ipt/ipa
KRAF PERKHEMAHAN
1. PENGENALAN
a. KONSEP KHEMAH
Khemah ialah tempat perlindungan sementara yang selamat dan
mempunyai kemudahan asas yang minima.
Tempat perlindungan ialah sebarang jenis dan bentuk tempat
perlindungan sama ada yang diperbuat daripada kanvas, nilon, dedaun,
buluh atau kayu dan batu yang mampu berfungsi sebagai perlindungan
daripada huja, panas, angin dan kesejukan.
Berkhemah pula ialah penghidupan di luar bangunan sama ada di
halaman atau belakang rumah, di dalam hutan, di pantai, di bukit, di
gunung dan sebagainya.
Aktiviti berkhemah berkait rapat dengan ikhtiar hidup secara individu atau
berkumpulan.
Aktiviti berkhemah merupakan salah satu daripada cabang ilmu yang
menguji kemampuan mental dan fizikal seseorang dalam menggunakan
sumber-sumber dan kemudahan yang terhad. Berkhemah akan menguji
kesanggupan setakat mana kesanggupan kita menghadapi kekurangan
dan ketidakselesaan.
b. KONSEP KRAF PERKHEMAHAN
Kraf perkhemahan merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk
menghadapi cabaran alam sekitar dan alam semula jadi dalam kegiatan
luar atau dengan kata lain perkhemahan.
Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah penting dan digunakan
apabila individu melakukan aktiviti perkhemahan
c. RASIONAL
Melatih diri untuk berkeyakinan lebih mahir dan berkeyakinan dalam
menghadapi cabaran alam semula jadi dan habitatnya.
Memupuk perasaan cinta terhadap alam semula jadi dan mensyukuri
ciptaan-Nya.
Mengamalkan nilai-nilai murni dan menghayati keindahan alam flora
dan fauna yang terdapat di muka bumi ini
d. OBJEKTIF
Melatih ahli untuk berdikari dan bersedia menghadapi
keadaan serba kekurangan
Melatih kadet menyelesaikan segala tugasan dengan
penuh tanggungjawab
Memberi pendekatan tentang kehidupan di luar yang
lebih mencabar
Merapatkan hubungan silaturrahim antara ahli
Menanam sikap bekerjasama dalam kalangan ahli
Memberi peluang kepada semua ahli untuk
mempamerkan kemahiran dan bakat yang terpendam
II. PENGURUSAN DAN PENJAGAAN KHEMAH
a. JENIS-JENIS KHEMAH
Bil. Nama Khemah Ciri-ciri
1. Ridge Tent Mempunyai tiang yang melintang di
sepanjang bumbung.
Diperbuat daripada material nilon yang
ringan supaya mudah dibawa dan dilipat.
2. Dome Tent Berbentuk gelembung dan menggunakan
3. Frame Tent material yang sesuai dan fleksibel.
Ringan, mudah dibawa dan sesuai
digunakan untuk berkelah atau
perkhemahan seperti di sekolah dan
sebagainya.
Khemah jenis besar yang biasa digunakan
untuk perkhemahan keluarga.
Rangka khemah akan dipasang dahulu dan
kanvas dipasang kemudian.
4. Bell Tent Mempunyai satu tiang, tinggi di puncak
khemah.
Jarang digunakan dan digantikan dengan
khemah jenis ‘Dome’
b. JENIS-JENIS SHELTER
Bil. Nama Shelter Ciri-Ciri
1. Phonco-Lean-To Mudah dan cepat dibina
Diikat pada dua batang pokok
Shelter tertutup pada satu
bahagian sahaja. Pastikan
shelter tidak menghala arah
angin
2. Phonco Tent Mudah dibina
Diikat antara dua batang pokok
Shelter tertutup pada dua
bahagian kiri dan kanan
3. One Man Shelter Mudah dibina dan terhalang
dari rintangan angin
Saiz yang kecil menjadikan ia
lebih sejuk dan nyaman
c. PENGURUSAN DAN KESELAMATAN KHEMAH
Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau hampir dengan
khemah.
Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian.
Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah.
Digalakkan makan di luar khemah untuk mengelakkan semut atau
binatang lain dari memasuki khemah.
Pastikan khemah ditutup kija tiada orang di dalamnya.
Pastikan diluar dan dalam khemah sentiasa berada dalam keadan
bersih dan kemas.
Merokok adalah dilarang sama sekali di dalam khemah.
Pastikan khemah yang dipasang adalah kukuh dan selamat untuk
digunakan.
d. PENJAGAAN KHEMAH
Sentiasa melindungi pancang khemah dan pastikan tiang atau
pancang khemah berada dalam keadaan baik. Letakkan pelincir untuk
memudahkan proses memasukkan dan mengeluarkan tiang atau
pancang.
Letakkan pelincir pada zip untuk memudahkan proses menutup dan
membuka khemah.
Jangan menyimpan makanan di dalam khemah untuk mengelakkan
daripada binatang atau serangga seperti semut masuk ke dalam
khemah.
Sentiasa bersihkan khemah setiap kali setelah selesai
menggunakannya dan membuang semua sampah dan kotoran yang
ditinggalkan.
Pastikan khemah betul-betul kering sebelum menyimpannya. Jika
khemah basah, elakkan daripada menekan atau menarik kerana
dikhuatiri khemah akan terkoyak
Sentiasa menggunakan peralatan yang menggunakankuasa bateri di
dalam khemah dalam usaha mengelakkan kejadian yang tidak diingini
berlaku seperti kebakaran.
e. PEMILIHAN KHEMAH
Tahan lasak
- Tidak mudah koyak
Keselesaan
- Mempunyai ruang penyimpanan barang
Perlindungan
- Melindungi kadet daripada cuaca dan serangga
Kalis air
- Terlindung daripada air hujan
Ukuran
- Mengikut bilangan orang
f. PEMILIHAN TAPAK PERKHEMAHAN
o Tapak atau tanah rata.
o Berhampiran punca air.
o Tapak lebih tinggi daripada punca air atau tidak terlalu hampir dengan
punca air.
o Mudah mendapat bahan bakar.
o Keselamatan kawasan.
o Sesuai dengan bilangan peserta.
o Tapak perkhemahan sesuai mudah untuk mendapatkan bantuan jika
perlu.
o Jauh daripada dahan mati.
o Terlindungan daripada angin.
o Pandangan persekitaran menarik.
o Mendapat sumber cahaya matahari.
o Mendapat sumber cahaya matahari.
o Mempunyai hubungan dengan frek atau denau untuk bergerak bagi
tujuan kecemasan.
III. TUJUAN DAN FAEDAH MEMBUAT GAJET
a. PENGENALAN
Gadjet didefinisikan sebagai perkakasan atau peralatan atau
perabotseperti pagar, kerusi, katil dan sebagainya yang terdapat di
rumah. Gadjet-gadjet ini diperbuat daripada kayu dengan
menggunakan paku dan gam supaya kelihatan kemas dan cantik serta
sesuai dengan situasi tempat.
Gadjet-gadjet dalam aktiviti perkhemahan diperbuat daripada buluh
atau batng kayu yang diikat menggunakan tali dengan simpulan dan
ikatan yang tertentu. Simpulandan ikutan ini amat penting agar gadjet
yang dibina menjadi kukuh dan selamat digunakan.
Gadjet ini dikenali juga sebagai kraf kayu atau wood craft. Gadjet
penting dalam aktiviti luar kerana ia mempunyai pelbagai fungsi
antaranya adalah menggantikan perkakasan dan perabot di rumah,
memudahkan pengurusan tempat atau kawasan perkhemahan dan
menjadikan aktiviti perkhemahan lebih tersusun, teratur dan
menyeronokkan.
b. TUJUAN MEMBUAT GADJET
o Mempraktikkan ilmu simpulan dan ikatan yang telah dipelajari
secara teori dan amali semasa perjumpaan persatuan.
o Membina semangat kekitaan, Kerjasama, bertanggungjawab
dan semangat bergotong-royong dalam kalangan ahli dalam
suasana yang menyeronokkan.
o Membina kekuatan mental dan fizikal kerana memerlukan idea,
kreativiti tenaga dan masa yang lama.
o Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah sepanjang
aktiviti perkhemahan.
o Meninggikan taraf penghidupan di tapak perkhemahan agar
kelihatan kemas, bersih, selesa dan menarik.
o Menentukan keluasan tapak perkhemahan masing-masing
dengan mendirikan pagar mengelilingi tapak perkhemahan.
o Dijadikan tempat untuk menyimpan Menyusun dan
memperagakan perkakasan, peralatan, bahan, maklumat,
pakaian, dan sebagainya.
o Melindungi bahan-bahan makanan sama ada bahan kering atau
basah daripada tercemar.
o Memudahkan sebarang aktiviti dijalankan di dalam kawasan
perkhemahan tanpa sebarang masalah dan gangguan seperti
memudahkan pergerakan, senang mencari maklumat dan
peralatan serta menjamin keselamtan semua ahli.
o Menjadi mercu tanda perkhemahan serta pengalaman dan
kenangan yang tidak mudah untuk dilupakan.
c. FAEDAH MEMBUAT GADJET
Mewujudkan suasana yang tenteram selesa lapang dan
selamat
D
Menjimatkan kos
Alam sekitar menjadi bersih dan nyaman
Barangan dan peralatan mudah disimpan
Memanfaatkan sumber alam persekitaran dengan
sebaik mungkin
d. KAEDAH MENDIRIKAN GADJET
o Ringkas dan praktikal dengan penggunaan bahan dan peralatan yang
minimum
o Senang dibina dalam jangka masa yang pendek
o Menggunakan bahan dan alat yang ada dipersekitaran atau yang
dibekalkan tanpa memerlukan kos yang tinggi
o Menggunakan simpulan dan ikatan yang betul dan kemas
o Susun atur mendirikan gajet di tempat yang sesuai di dalam kawasan
perkhemahan
o Jenis dan bilangan yang sesuai dengan bilangan peserta keluasan
tapak.
e. BAHAN-BAHAN UNTUK MENDIRIKAN GADJET
I. JENIS-JENIS GADJET DAN KEGUNAANNYA
Bil. Nama Gadjet Kegunaan
1. Tiang bendera Digunakan untuk
memasang bendera persatuan
2. Pagar Digunakan untuk
3. Pintu gerbang pusat kawalan ahli dan tempat
memasang bendera persatuan
Pembahagian
kawasan perkhemahan sesebuah
persatuan dengan persatuan lain
Digunakan sebagai
mercu tanda perkhemahan
4. Papan kenyataan Digunakan untuk
mrmpamerkan maklumat berkaitan
ahli persatuan, pengumuman
pemimpin, pelan atau gambar
rajah kawasan perkhemahan
5. Ampaian Digunakan untuk
menggantung dan menjemur
pakaian di tapak perkhemahan
6. Pangkin, tempat duduk dan Digunakan untuk
meja meja makan dan meja persidangan
atau perbincangan antara ahli
persatuan.
7. Rak kasut Digunakan untuk
meletakkan kasut-kasut ahli
kumpulan di kawasan perkhemahan
8. Rak dapur atau tempat memasak Digunakan untuk
memasak air atau makanan
sepanjang perkhemahan.
9. Rak barangan dapur Digunakan untuk
10. Rak menyimpan makanan meletakkan perkakasan atau
perlatan memasak dan makan
setelah digunakan.
Mempamerkan
peralatan memasak supaya
mudah untuk dicari.
Digunakan untuk
menyimpan makanan yang
belum atau telah dimasak
daripada tercemar.
11. Tempat buangan sampah basah Digunakan
dan kering sebagai tempat pembuangan
sampah sisa makanan sama ada
basah atau kering sepanjang
tempoh perkhemahan
Ikhtiar hidup
Pengenalan
Ikhtiar hidup atau lebih dikenali sebagai survival boleh diertikan sebagai suatu situasi
atau keadaan genting serta mengalami kesukaran dalam usaha untuk meneruskan
kehidupan, terutamanya semasa mengikut aktiviti perkhemahan di dalam hutan, bukit
dan gunung
Oleh itu, ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau sesuatu usaha yang dilakukan untuk
terus hidup merupakan keupayaan atau sesuatu usaha yang dilakukan untuk terus hidup
atau daya usaha yang diutamakan dalam proses kelangsungan hidup. Dalam konteks
aktiviti luar, ikhtiar hidup merupakan satu usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh
seseorang supaya dia terus hidup semasa menghadapi ancaman semasa menjalani
aktiviti luar seperti perkhemahan
1. Situasi ikhtiar hidup ialah apabila berlakunya gejala-gejala seperti yang berikut:
i. Kehabisan bekalan makanan dan minuman
ii. Ancaman binatang buas
iii. Sesat di dalam hutan
iv. Masalah perlindungan
2. Ikhtiar hidup terpaksa dilakukan kerana kelalaian manusia itu sendiri, sama ada pada
peringkat perancangan, persiapan ataupun semasa pelaksanaan aktiviti. Selain itu,
kurang pengetahuan, pengalaman dan kemahiran juga boleh menyebabkan situasi
ikhtiar hidup
3. Oleh itu, setiap individu yang ingin mengadakan atau menyertai aktiviti luar perlulah
mendalami ilmu dan kemahiran tentang perkhemahan agar situasi ikhtiar hidup akan
dapat dielakkan. Pelbagai cabaran dan risiko akan sentiasa dilalui sepanjang aktviti luar
dilaksanakan.
Prinsip ikhtiar hidup:
i. Keselamatan:
Keutamaan hendaklah diberikan kepada soal keselamatan nyawa. Ini dapat
dilakukan dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh
membahayakan keselamatan.
ii. Usaha:
Dalam situasi ikhtiar hidu[, pelbagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke
semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi. Sikap
berdiam diri dan berserah kepada nasib atau takdiri semata-mata tanpa usaha akan
mengundang risiko. Jika sesuatu usaha itu gagal maka hendaklah berushaah
dengan cara yang lain pula asalkan usaha tersebut tidak menjejaskan faktor
keselamatan. Semakin banyak usaha yang dilakukan semakin banyal peluang yang
akan muncul untuk mengatasi segala rintangan dan risiko yang dihadapi.
iii. Kawalan diri:
Dalam situasi ikhtiar hidup, kawalan diri sangat penting dilakukan supaya segala
keputusan dan tindakan dapat memberikan hasil yang positif. Tanpa kawalan diri,
perasaan cemas dan panik serta hilang pertimbangan akan meyebabkan seseorang
itu untuk bertindak secara terburu-buru tanpa berfikir. Keadaan ini pasti akan
menambahkan lagi kerumitan terhadap masalah yang sedang dihadapi.
iv. Kerjasama:
Jika dalam pasukan atau kumpulan, kerjasama yang erat dan berterusan dalam
pasukan atau kumpula amat penting untuk diberkan keutamaan agar segala
kerumitan dan kesulitan dapat diatasi secara Bersama. Kesepakatan membawa
berkat. Jika tiada kesepatan segala masalah sukar diatasi.
Masakan solar
a) Masakan solar merupakan satu cara penyediaan makan tanpa menggunakan perlaatan
dapur dan hanya menggunakan cahay matahari sebagai sumber tenaga pembakar.
b) Kaedah memasak menggunakan tenaga solar mempunyai banyak kebaikan. Antaranya
ialah :
i) Satu cara untuk mendidik ahli supaya sentiasa melindungi alam sekitar yang semakin
terancam
ii) Mengurangkan pencemaran pembakaran bahan api
iii) Mengurangkan bahaya gas dan kebakaran
iv) Salah satu ikhtiar hidup jika kehabisan bekalan gas/bahan bakar untuk memasak
makanan
c) Cuaca yang sesuai ialah semasa musim panas terik
d) Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
- Aluminium foil
- Periuk memasak nipis yang telah disembur cat aerosol hitam
- Kertas kadbod yang tebal atau kotal besar yang kosong
- Gam
- Pelekat kertas
- Plastic lut sinar
- Tali raffia
- Tiga batu kecil diletak di bawah periuk semasa memasak
Proses menyediakan dapur solar
Proses menyediakan periuk
Penyediaan menu masakan
1. Periuk berisi makan dimasukkan ke dalam beg plastik lalu diikat dengan ketat
2. Tiga batu yang kecil diletakkan di bawah periuk untuk mewujudkan aliran haba
3. Periuk diletakkan di kawasan lapang yang ada pancaran cahaya matahari
Masakan rimba
1. Masakan rimba atau backwoodsma iaitu satu cara memasak makanan semasa di
dalam hutan tanpa menggunakan periuk atau lain-lain peralatan memasak
2. Memasak dengan kaedah ini adlaah lebih sukar berbanding kaedah masakan solar
namun ianya boleh menjadi aktiviti yang menyeronokkan sebagai salah satu ikhtiar
hidup semasa berkhemah
3. Pelbagai bahan boleh digunakan sebagai bekas untuk memasak seperti buluh,
kerajang aluminiu, tanah, buah, contoh kelapa dan lain-lain
a) Kegunaan buluh semasa perkhemahan
- Buluh sangat peting untuk membuat gajet dan projek penerokaan
- Bekas makanan dan minuman
- Memasak makanan
b) Maskan rimba menggunakan buluh:
- Pilih ruas buluh yang nipis dan besar saiznya
- Pastikan buluh yang dipilih tidak retak
- Basuh bahagian dalam buluh hingga bersih
- Sediakan bahan yang hendak dimasak dalam buluh
- Jika memasak nasi di dalam buluh pastikan sukatan air adalah sama
banyak dengan sukatan beras
- Masak nasi atau lauk dengan kaedah yang ditunjukkan dalam rajah 1
Rajah 1
Membuat perangkap
Perangkap atau jerat dibina untuk memerangkap dan menangkap haiwan atau binatang
ketika kehabisan makanan semasa menyertai kegiatan perkhemahan di dalam hutan.
Terdapat beberapa jenis perangkap dan jerat yang digunakan antaranya:
- Perangkap atau jerat pelanduk
- Perangkap atau jerat ayam hutan
- Perangkap atau jerat hempap dan jerut
- Perangkap kurungan
i) Perangkap atau jerat pelanduk
Mudah untuk dibuat kerana ia hanya memerlukan beberapa bahan sahaja seperti:
- Kayu pelentk
- Tali pesawat yang kuat
- Kayu cabang berbentuk ‘Y’ yang ditajamkan kedua-dua belah hujungnya
- Kayu pesawat
- Alas pemijak
Tali jerut atau pemijak perlu ditutup dengan menggunakan daun-daun. Daun – daun
juga digosok ke tengkuk dan tubuh untuk menyembunyikan bau badan.
ii) Perangkap atau jerat ayam hutan
Jerat jenis ini mempunyai mekanisme yang sama dengan jerat simbat dan jerat
sentak yang dibuat bagi menangkap buruk ruak-ruak. Bahan-bahan yang
digunakan adalah:
- Sebatang kayu lentik dengan ukuran panjang yang sesuai
- Dua batang kayu yang bercabang
- Tali pesawat
- Dua batang kayu Pelepas
- Sebatang kayu pesawat
- Beberapa batang kayu pemijak
Namun begitu cara ini kurang popular kerana badan ayam hutan mungkin akan
tersekat oleh kayu lengkung yang digunakan
iii) Perangkap atau jerat hempap dan jerut
Perangkat ini biasanya dibuat unutk mencederakan haiwan atau binatang.
Perangkap jenis ini mudah dibuat dan dapat dilihat dengan jelas. Bahan yang
digunakan:
- Tali pesawat
- Umpan
- Tali pemberat tambahan
- Batang kayu penghempap
- Dua batang kayu penghalang hadapan
- Dua batang kau penghalang belakang
- Kayu pesawat
- Dua batang kayu Pelepas
- Beberapa batang kayu pemijak
Perangkap ini memastikan kaki haiwan terjerut serta dihempap oleh batang kayu.
iv) Perangkap atau jerat kurungan
Perangkap kurungan digunakan untuk membolehkan kita menangkap haiwan
hidup-hidup. Sungguhpun begitu, cara ini kurang popular dan tidak praktis kerana
mengambil masa yang agak lama untu disiapkan serta banyak membazirkan
tenaga. Bahan yang digunakan:
- Batang kayu
- Umpan
- Gelang rotan
- Kayu pesawat
- Tali peswat
Tiang-tiang perangkap hendaklah ditanam ke dalam tanah bagi memastikan
perangkap atau jerat tidak terbalik akibat dirempuh binatang liar
KEBUDAYAAN
NYANYIAN/LAGU PERKHEMAHAN
Tujuan:
Melahirkan ahli kadet yang tahu menyanyikan lagu-lagu rasmi negara
dan dan negeri mengikut protocol yang betul.
Menanamkan semangat patriotic dan cintakan negara semasa
menyanyikan lagu patriotik.
Memastikan ahli kadet tahu menyanyikan dan menghayati seni kata
lagu PPIM dengan baik.
Pelaksanan Aktiviti
a. Panduan mengajar Nyanyian :
i. Lagu yang baik mempunyai ciri-ciri seperti frasa dan ayat lagu
yang pendek, mudah difahami lagu yang berulang, perkataan
dan melodinya yang dan senang diingati.
ii. Para jurulatih perlu tahu menyanyikan lagu dan lirik lagu yang
dipilih sebelum mengajar kepada para kadet.
iii. Nyanyikan berulang kali untuk para kadet mendengarkannya.
iv. Para jurulatih perlu bernyanyi dalam keadaan menghadap para
kadet supaya mereka dapat memperhatikan cara jurulatih
bernyanyi
v. Nyanyian jurulatih dan para kadet perlu jelas dan teapat nada
sebuatnnya walaupun menggunakan bahasa lain atau dialeh
daerah
b. Lagu-lagu Rasmi Negara
i. Lagu-lagu rasmi negara merupakan lagu-lagu yang wajib, dihafal
dan dihormati oleh setiap rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
ii. Para jurulatih harus memastikan para kadet mampu
menyanyikan lagu rasmi negara dan memberi penjelasan tentang
protokol lagu-lagu rasmi negara.
Contoh lagu-lagu perkhemahan :
I. PERMAINAN
II. MALAM KEBUDAYAAN
JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
TUJUAN
o Mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan lebih berkesan dan mengikut
prosedur yang ditetapkan.
o Mempunyai sistem pengurusan aktiviti pandu arah yang mantap.
o Melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur pengendalian aktiviti.
PERATURAN DAN PERSEDIAAN
1. KEBENARAN
Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan, perkara yang amat
penting sekali ialah memohon kebenaran. Kebenaran daripada ibu bapa
ataupun penjaga adalah perlu dan kita harus memaklumkan mengenai aktiviti
serta tujuannya kepada mereka atau pun orang yang terdekat dengan kita.
2. PERSEDIAAN ALATAN
Titik kawalan (control point)
Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang
perlu dilawati oleh peserta.
Biasanya merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan
manusia yang jelas.
Titik kawalan bukanlah “check point” kerana ia tiada penjaga dititik.
Penanda Kawalan
Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul.
Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda
dan putih sebagai tandayang diletakkan di Titik kawalan (dalam
lingkungan 10m).
Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher)
yang unik.
Kad Kawalan
Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan
ketika menyertai acara sebagai bahan bukti atau pengesahan.
Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula
(start time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila
sampai di titik kawalan nanti.
Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan
penamat untuk mencatat masa penamat.
Peta utama
Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan
dengan keterangan kawalan.
Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan.
Keterangan Kawalan
Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description)
kawalan berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik
kawalan, kod kawalan dan keterangan mengenaikedudukan titik
kawalan.
Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk
‘teks’ tetapi dalam bentuk kod/gambar rajah.
Landasan
Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik
kawalan ke titik kawalanyang lain hingga ke penamat. Landasan
ini akan dilukis diatas peta utama dan akan disalinoleh peserta
kemudiannya.
Tanda yang berkenaan landasan adalah:
Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
Titik kawalan dengan tanda bulatan.
Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertindih.
PROSEDUR JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
SEBELUM AKTIVITI
o Penyediaan landasan
o Taklimat jurulatih dan peserta
o Semakan alatan dan logistic
o Peralatan kecemasan
o Pengagihan kumpulan/ kategori
SEMASA AKTIVITI
o Peserta dikumpulkan di tempat permulaan aktiviti
o Jurulatih bertugas di lokasi dan stesen sebelum peserta dilepaskan.
o Ketua aktiviti memberi taklimat kepada peserta.
o Peserta diberikan peralatan dan keperluan pandu arah
o Kumpulan peserta awal dibawa ke lokasi permulaan dengan peralatan yang lengkap.
o Memastikan peserta berada dalam kawasan aktiviti dan selamat dan sentiasa
berhubung menggunakan radio dari semasa ke semasa.
o Peserta memulakan aktiviti mengikut prosedur yang dotetapkan.
o Peserta tidak digalakkan mengikut kumpulan lain, masing-masing bergerak mengikut
kemahiran dan kefahaman sendiri secara berkumpulan.
SELEPAS AKTIVITI
o Jurulatih mengumpulkan semua peserta yang terlibat dan memaastikan tahap
kesihatan dan kecergasan peserta.
o Jika terdapat kecederaan mestilah dikembalikan, jika rosak atau hilang sila laporkan
kepada bahagian logistic.
o Sesi renungan/ refleksi.
o Bersalaman antara jurulatih dan peserta.
o Simpan barang di stor.
o Jurulatih aktiviti dengan menggunakan Borang Prosedur Kerja Laporan Ringkas
Aktiviti.
MEMBACA KOMPAS/ (GPS)
Kompas adalah alat yang berfungsi untuk
menunjukkan arah mata angin.
Bagi para jungle treker mereka seharusnya
mengetahui cara-cara penggunaan
kompas dan fungsinya.
Mengetahui cara membaca peta dengan
arah kompas, berkemungkinan akan sesat
adalah tipis.
Penting kepada semua penggiat pencinta
alam untuk mengetahui cara penggunaan
dan pemakaian kompas di dalam perjalan
di dalam hutan dan seumpamanya.
CARA MEMBACA KOMPAS
CARA MEMBACA KOMPAS
Letakkan kompas di atas permukaan
yang rata setelah jarum kompas tidak
bergerak lagi, maka jarum tersebut
menunjukkan ke arah utara magnet.
Bidik sasaran melalui Visir dengan kaca
pembesar. Miringkan sedijit latak kaca
pembesar, kira-kira 50 di mana
berfungsi untuk membidik ke arah Visir
dan mengintai angka pada dial.
Apabila Visir diragukan kerana kurang
jelas dilihat dari kaca pembesar,
luruskan saja garis yang terdapat pada
tutup dial ke arah Visir, mengikut
dengan sasaran tilik agar mudah dilihat
melalui kaca pembesar.
Kompas bearing sudut diukur mengikut
arah pusingan jarum jam dan jumlah
sudutnya ialah 360 darjah manakala
kompas mata angin berpandukan empat
mata angin yang utama iaitu udara,
timur, selatan dan barat.
PERKARA-PERKARA PENTING SEMASA MENGGUNAKAN KOMPAS
- Memeriksa bearing kompas bagi memastikan arah yang betul dan tepat.
- Tentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya boleh terus menghala kea rah yang
hendak dituju dengan mudah.
- Contoh: pokok besar
AKTIVITI PENGGUNAAN KOMPAS
- Mengenal arah mata angin
- Mencari arah mata angin
- Menggunakan peta
- Merintis hutan
- Aktiviti pandu arah
TIPS (LANGKAH-LANGKAH BAGI MENCARI KEDUDUKAN SESUATU TEMPAT DI
ATAS PETA)
1. Letakkan peta di atas permukaan yang rata.
2. Tandakan kedua-dua tempat yang hendak dicari bearing sudutnya, contohnya A & B.
3. Lukiskan kedudukan arah mata angin utara selatan. Ini dapat dilakukan dengan
melukis garisan yang selari dengan mana-mana garisan gred yang berhampiran.
4. Sambungkan kedua-dua titik A & B dengan satu garis lurus.
5. Gunakan jangka sudut bagi mengukur sudut bermula daru utara mengikut arah
pusingan jarum jam sehingga ke garisan yang menyambungkan kedua-dua titik
tersebut.
Komunikasi radio amatur/ UHF VHF
-merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan
elektronik
-penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat
digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada sama ada di dalam kawasan atau ke
seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang
tertentu
Membaca peta topo dan kegunaan
Maksud peta:
Peta merupakan satu gambaran yang dapat dibayangkan seolah-olah kita melihat sesuatu
Kawasan dari udara. Kita dapat mengetahui jenis tanaman, hutan, jalan raya, sungai,
penempatan dan sebagainya dengan melihat peta, kita dapat menceritakan keadaan
sesuatu tempat dan Kawasan. Peta yang sesuai untuk pengembaraan ialah peta topo
Maksud peta topo:
Peta topo ialah peta rupa bumi yang dikeluarkan oleh Jabatan Ukur Malaysia mempunyai
berbagai-bagai maklumat. Peta-peta tersebut diwarnakan (sehingga enam jenis warna) dan
mempunyai garis-garis dan symbol-simbol berserta makna bagi kedua-dua itu dalam
petunjuk peta tersebut. Maklumat utama yang boleh diperolehi daripada peta-peta itu ialah
rupa bumi dari garis kontur, bentuk saliran, tumbuhan semula jadi, jenis-jenis pertanian dan
kegiatan ekonomi yang lain, bentuk petempatan dan perhubungan. Pengetahuan dari segi
kaedah dan pendekatan dalam kajian dan tafsiran peta amat perlu untuk membolehkan
maklumat-maklumat dalam peta tersebut dibaca serta ditafsir.
Contoh peta topo
Mengesan tanda dan simbol
Tanda atau symbol digunakan semasa aktiviti jalan lasak dan pandu arah. Tujuan perlu
mempelajarinya supaya apabila sesat di dalam hutan, kitab oleh memberikan isyarat supaya
ahli yang lain boleh menjejaki dengan mudah. Isyarat boleh dibuat menggunakan batu,
rumput, ranting kayu, lorekkan pada tanah dan sebagainya.
Contoh tanda dan simbol
Laporan pengembaraan
Disediakan oleh: setiausaha aktiviti
Isi laporan:
-masa, tempat dan aktiviti
-lakaran kawasan peta jalan lasak disertakan
-catatan perjalanan
-pembahagian tugasan ahli
-gambar-gambar sepanjang aktiviti jalan lasak dan pandu arah disertakan
Contoh laporan pengembaraan