The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 410-12-amirah, 2022-09-18 03:48:17

FOLIO PPIM MPU3062

NUR AMIRAH NAJWA
PJMS1

Kerja sukarela atau khidmat sukarela adalah suatu kegiatan yang
dilakukan secara rela hati, tanpa paksaan, ikhlas dan tanpa
mengharapkan balasan yang mendatangkan manfaat kepada sesuatu
pihak yang lain. Kegiatan ini banyak melibatkan perkara yang
melibatkan kemasyarakatan.
• Tujuan-tujuan jangka pendek kerja sukarela
i. Kasih sayang
ii. Kerjasama
iii. Keperihatinan sosial
iv. Persaudaraan/persahabatan
v. Menjana modal insan dan modal sosial
vi. Patriotisme
vii. Penupayaan masyarakat
viii. Ketahanan nasional
ix. Perpaduan
x. Nilai-nilai kemanusiaan
• Bentuk-bentuk kerja sukarela
i. Berkongsi idea, fikiran dan ilmu
ii. Menyumbang kebolehan atau kemahiran
iii. Menyumbang tenaga fizikal
iv. Berkongsi pengalaman
• Sasaran
i. Individu
ii. Kumpulan (kanak-kanak, pesakit, OKU, mangsa bencana, remaja,
warga tua, pelarian perang)
iii. Keluarga
iv. Komuniti
v. Pertubuhan (Organisasi)
vi. Alam sekitar
vii. Masyarakat umum



IKATAN DAN SIMPULAN
IKATAN SERAYA

 Fungsi : Digunakan apabila dua batang kayu atau buluh bersilang dengan sudut tepat.
 Teknik :
a) Dimulakan dengan simpul manuk.
b) Kemudian dililitkan dengan kemas dan ketat.
c) Seterusnya dililit dicelah kayu.
d) Akhirnya matikan ikatan dengan simpul manuk.

IKATAN SERONG

 Fungsi:
Membuat jambatan, menara, gajet dan menyambung kayu.
Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu yang bersilang
 Teknik:
Mulakan dengan lilit balak pada kayu atau buluh yang bersilang.
Kemudian belitkan membujur dan melintang
Seterusnya dicelah-celah silang supaya lebih kuat dan kemas.
Akhirnya matikan ikat serong dengan menggunakan simpul manuk.

LILIT KACANG

 Fungsi:
Digunakan untuk mengikat kayu atau buluh bagi membuat lantai sesuatu gajet.
Digunakan untuk menganyam ranting pada rangka kayu untuk dijadikan papan seperti
pemuka meja
 Teknik:
1. Dimulakan dengan simpul manuk atau lilit balak pada sebatang tiang.
2. Kemudian ikat secara berselang-seli pada kayu atau buluh lantai dari atas ke bawah
hingga selesai.
3. Ikatan lilit kacang ditamatkan dengan simpul manuk.

SIMPUL MANUK

 Fungsi :
Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan selamat.
Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang gunting.
 Teknik :
a) Mulakan simpul pada kayu.
b) Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi.
c) Tarik hujung tali.

SIMPUL BUKU SILA

 Fungsi:
Menyambung 2 tali yang sama saiz.
Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas.
 Teknik
a) Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.
b) Masukkan hujung A dibawah B.
c) Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah

SIMPUL TINDIH KASIH

 Fungsi :
Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa.
 Teknik :
a) Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.
b) Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.
c) Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam bulatan tersebut.

SIMPUL BUNGA GETI

 Fungsi :
Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.
Mengikat tali ke suatu tanjul.
 Teknik :
a) Mulakan simpul.
b) Kemudian masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul seperti
rajah
c) Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul.

SIMPUL BALAK

 Fungsi :
Untuk mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah.
Agar kayu itu tidak licin dan mudah digerak-gerakkan.
Untuk memulakan ikatan serong.
 Teknik :
a) Gunakan tali dengan mengelilingi kayu.
b) Tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas.

SIMPUL BELIT

 Fungsi:
Kegunaannya adalah untuk mengikat hujung tali pada tiang, pokok, gelung atau tali yang
lain supaya ia tidak mudah terlucut/terungkai.
Simpulan ini juga digunakan untuk mengikat hujung tali khemah atau tali kerubung terbang
 Teknik:
a) Lilit tali pada kayu 2 kali bermula dari bawah
b) Bahagian tali A di bawa ke atas tali B dan ke bawah tali B
c) Ulang langkah b dan kemaskan

ASAS KAWAD KAKI
Kawad ialah perbarisan oleh anggota pasukan seragam atau unit beruniform, seperti
Pergerakan Puteri Islam Malaysia yang melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan
secara serentak mengikut arahan yang diberikan oleh ketua (komander). Berkawad ialah
berjalan dengan rentak kaki yang sama atau berbaris atau mengadakan perbarisan
berdasarkan arahan yang diberikan oleh ketua.

BAHASA HUKUMAN KAWAD:
a) Ingatan:
Memberi peringatan kepada skuad / kumpulan apa yang mereka akan buat
b) Harkat / Amaran:
Peringatan yang panjang terhadap perbuatan atau pergerakan yang akan dilakukan oleh
skuad.
c) Perbuatan
Arahan perbuatan yang patut dilakukan oleh skuad (dilafazkan dengan suara yang amat
nyaring oleh komander / pemimpin kawad).

BAHASA HUKUMAN KAWAD TINDAKAN

Bergerak ke kanan bertiga-tiga Ingatan

Ke kanan Harkat / Amaran

Pusing Perbuatan

LATIHAN ASAS DALAM MEMBINA BAHASA HUKUMAN KAWAD
i) Masuk baris
ii) Sedia
iii) Luruskan barisan
iv) Paras
v) Senang diri
vi) Rehatkan diri
vii) Keluar baris
viii) Pusing ke kanan
viiii) Pusing ke kiri

LATIHAN ASAS DALAM MEMBINA BAHASA HUKUMAN KAWAD
a) Masuk baris
b) Sedia
c) Luruskan barisan
d) Paras
e) Senang diri
f) Rehatkan diri
g) Keluar baris
h) Pusing ke kanan
i)Pusing ke kiri
j) Pusing/menghadap ke belakang
k) Pusing/menghadap ke hadapan
l) Kawad jalan kaki
m) Berhenti semasa berkawad/jalan kaki
n) Bersurai

KAWAD STATIK DAN DINAMIK
1) Masuk baris
2) Paraskan skuad
3) Luruskan barisan
4) Senang diri
5) Rehatkan diri
6) Sedia
7) Buka barisan
8) Tutup barisan
9) Pusing ke kanan
10) Pusing ke kiri
11) Pusing/menghadap ke belakang
12) Kawad jalan kaki
13) Berhenti semasa berkawad atau jalan kaki
14) Keluar baris
15) Skuad bersurai

KAWAD FORMASI
 dikenali sebagai kawad persembahan
 Melibatkan asas-asas kawad static dan dinamik, tetapi diolah menjadi beberapa bentuk

formasi supaya lebih menarik
Unsur gerak

Keindahan Gerak

Kekayaan getak Formasi

Unsur Penghayatan

Unsur suara

Gerakan Penutup
Syarat-syarat kawad formasi
TIDAK BOLEH memberi isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak kaki, up, atau “psst”,
sama ada oleh individu dalam platun atau luar platun, bagi mengendalikan platun

Isyarat memulakan formasi dibenarkan daripada ketua platun sahaja.

Unsur suara
-Unsur suara yang dibenarkan dalam platun adalah BUKAN bertujuan untuk memberi
hukuman/ arahan kawad formasi.
- contoh unsur suara yang dibenarkan ialah seperti teriakan slogan secara serentak atau
berkumpulan.
Ketua skuad boleh masuk dalam persembahan formasi

Pergerakan setiap formasi hendaklah menghadap ke hadapan dan pengedimulakan dan
ditamatkan dengan 3 barisan rakan ke kanan lurus

Pergerakan hormat (tabik) hanya untuk hormat sahaja iaitu mengikuti prosedur tabik yang
sah dalam disiplin kawad kaki. Contoh seperti tabik sambil melompat atau dengan sebelah
kaki atau seumpanya tidak dibenarkan sama sekali.

Contoh kawad formasi

Pertolongan Cemas

Menyelamatkan nyawa
- Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa (pendarahan, lecur,

terbakar, pernafasan)
Mengelakkan dari bertambah teruk
- Memberi rawatan yang betul & pantas untuk mengelakkan luka dan

keadaan pesakit bertambah buruk
Mengurangkan kesakitan
- Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberi

kelegaan kepada pesakit

Menyelamatan nyawa
Mengurangkan kesakitan
Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk
Mendapat bantuan doctor atau menghantar pesakit ke hospital

Jenis-Jenis Anduh
Anduh bermaksud ampu atau ambin, iaitu sejenis kain yang digunakan untuk
mengampu anggota badan yang cedera.

Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting dalam aktiviti
pertolongan cemas kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan
dalam pelbagai situasi. Kain anduh yang baik berukuran satu meter.

1. ANDUH BESAR 2. ANDUH MENAIK

3. ANDUH KECIL 4. ANDUH PERGELANGAN
TANGAN

5. PEMBALUT CINCIN

Jenis-Jenis Pembalut
Pembalut (bandage) ialah kain kasa bergulung yang berfungsi sebagai
pembalut dan pengikat di bahagian anggota yang cedera. Pembalut juga
berfungi sebagai pembantu pembebatan. Setelah luka dicuci atau dibersihkan,
luka tersebut akan ditutup dengan pembalut untuk mengelak pendarahan dan
jangkitan kuman.

1. PEMBALUT TIGA SEGI 2. PEMBALUT LEBAR

3 PEMBALUT KECIL 4. PEMBALUT
GULUNG

Pembebatan (Dressing)
Penyucian luka, penutupan luka dan pengawalan pendarahan diikuti balutan
luka dengan kain kasa atau steril pada kulit yang cedera.

Tujuan:

a. Mengurangkan kesakitan.
b. Menggalakkan penyembuhan luka.
c. Memperbaiki kosmetik kulit.
d. Mengawal penyebaran mikroorganisme.
e. Mengawal kontaminasi luka.
f.Memberi tekanan pada tempat tercedera.
g. Mengawal pendarahan.
h. Mengawal kecederaan lanjut.

Pembebatan ada tiga jenis, iaitu:

b. Pembebatan medan – bagi kegunaaan pasukan keselamatan;
c. Pembebatan luka – mengikut ukuran-ukuran luka; dan
d. Pembebatan hospital – jenis kain kasa berukuran 10 X 10 mm

Peraturan Am Membebat dan Membalut Luka:

a. Bersihkan tangan terlebih dahulu.
b. Digalakkan memakai sarung tangan.
c. Tentukan saiz bebat atau pembalut yang sesuai bagi membebat dan

membalut luka. Saiz kain perlulah lebih besar daripada kawasan luka.
d. Bersihkan luka dan kawasan sekeliling luka sebelum melakukan

pembebatan dan pembalutan.
e. Menetap dan mengemaskan bebat dan balutan di bahagian luka.

Merawat Luka Dan Gigitan:
Merawat luka:

Luka ialah sejenis kecederaan kepada tisu-tisu badan yang mengakibatkan

berlakunya pendarahan atau pengaliran darah, sama ada di bahagian luar

atau dalam badan disebabkan oleh benda atau alat yang tajam atau tumpul.

Pendarahan ada tiga jenis, iaitu:

Pendarahan Luaran (external):
 luka terhiris – disebabkan benda yang tajam seperti pisau;
 luka terkoyak – disebabkan cakaran binatang atau dawai;
 luka berdarah – kena pukulan tepat benda yang tumpul; dan
 luka tembus – luka yang disebabkan oleh tikaman pisau, jarum dan
tembakan.

Pendarahan Dalaman (internal):
 perut – muntah berdarah;
 rahim – tumpah darah;
 tali usus – darah pada dubur;
 buah pinggang – kencing berdarah;
 paru-paru/saluran pernafasan – batuk berdarah; dan
 tengkorak – darah mengalir melalui telinga atau hidung

Pendarahan Dalaman Tanpa Kesan:
 limpa dan hati pecah
 pendarahan dalam otak.

Luka terbahagi kepada dua kategori, iaitu:

Luka terbuka:
Luka teruk yang melibatkan organ-organ lain yang mengakibatkan
pendarahan atau tumpahan darah yang banyak, renjetan dan jangkitan
kuman.

Luka tertutup:

Kebiasaannya kulit tidak pecah tetapi pendarahan atau tumpahan darah
berlaku dalam tisu yang mengakibatkan bahagian yang cedera menjadi
lebam.

Cara merawat luka terbuka:
Luka-luka kecil:
(a) Memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja;

(b) Perlu dilakukan untuk mengelakkan jangkitan kuman.

(c) Langkah-langkah rawatan:

1. Bersihkan tangan dengan sabun.
2. Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor.
3. Cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman.
4. Keringkan luka menggunakan tisu atau tuala yang steril.
5. Lekatkan plaster mengikut ukuran luka.
6. Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka.
7. Gunakan pembalut untuk memegang plaster.

Luka-luka kecil yang ada benda asing:
Sekiranya terdapat benda asing yang sukar dikeluarkan dari luka seperti kaca atau
serpihan kayu yang terbenam, jangan keluarkan objek tersebut kerana dibimbangi
akan menyebabkan lebih banyak kerosakan pada tisu dan pendarahan.

Cara terbaik yang perlu dilakukan ialah:

1. Bersihkan tangan dengan sabun.
2. Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor.
3. Cuci luka agar tidak dijangkiti kuman.
4. Keringkan luka secara perlahan-lahan menggunakan tisu atau tuala yang

sudah disteril.
5. Kawal pendarahan atau pengaliran darah dengan menggunakan tekanan yang

teguh ke atas kedua-dua bahagian atau atau persekitaran objek.
6. Tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko

jangkitan kuman.
7. Buat balutan sekeling objek sehingga boleh membalut tanpa menekan objek.
8. Bawa mangsa/pesakit ke hospital.

Merawat gigitan:
Gigitan binatang biasanya meninggalkan luka yang dalam dan memindahkan kuman
ke tisu badan manusia kerana kuman terdapat pada mulut kebanyakan binatang.
Semua gigitan memerlukan rawatan perubatan dengan segera.

Tanda-tanda gigitan:
II) Luka yang dalam di daging.
III) Luka mungkin berdarah banyak atau sedikit.

Kaedah rawatan:
1. Cuci air liur binatang dengan air sehingga bersih.
2. Cuci dengan larutan cecair antiseptik/sapukan krim antiseptic.
3. Balut dengan pembalut steril.
4. Dapatkan bantuan perubatan, dail 991 atau pergi ke klinik atau hospital
berdekatan.

Jika digigit anjing:
1. Galakkan pendarahan di sekeliling tempat gigitan.
2. Cuci luka secara menyeluruh dengan air dan sapukan dengan larutan cecair
antiseptik.
3. Letakkan pembalut di atas luka dan balutkannya.
4. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

** Perhatian: Pesakit perlu diperiksa untuk memastikan rabies jika gigitannya adalah
daripada anjing yang tidak dikenali.

Melecur, Pitam dan Patah:
Melecur:
Kecederaan disebabkan oleh haba lembab seperti air mendidih, wap atau minyak
panas. Terbakar dan melecur biasanya serius. Selain daripada kesakitan dan
renjatan yang serius selepas kemalangan, ia juga akan meninggalkan kesan parut.
Terbakar:
Kecederaan kepada kulit dan tisu badan yang lain disebabkan terkena haba kering.
Terbakar boleh disebabkan oleh api yang menyala, bahan api, objek panas, bahan
kimia atau arus elektrik.

Ketenatan mangsa bergantung kepada:
 Luas permukaan yang cedera.
 Tempat yang terbakar atau melecur.
 Tahap terbakar.
 Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa.

Jenis terbakar atau melecur:
 Luar – Terbakar pada bahagian kulit.
 Dalam – Terbakar dalam rongga atau perut.

JENIS SEBAB-SEBAB SEBAB-SEBAB
JENIS Bahan api atau api.
Terkena dengan objek panas seperti perkakas
PANAS KERING dapur atau
puntung rokok.
PANAS LEMBAB Geseran
BAHAN KIMIA Wap, cecair panas seperti teh, kopi atau minyak
Kimia perindustrian seperti asap dan gas korosif.
RADIASI Kimia domestik seperti peluntur cat, racun rumput
atau alkali.
ELEKTRIK Terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari
(ultra violet)
Terdedah kepada punca-punca radioaktif.
Arus elektrik yang rendah seperti perkakas
rumah.
Kilat dan petir.
* Terbakar disebabkan arus elektrik akan
melibatkan dua tempat luka sahaja.

Tahap kecederaan:

Tahap pertama (Superficial burn):
Kecederaan terbakar/melecur pada bahagian kulit luar sahaja. Ia melibatkan
bahagian epidermis dan terasa sangat sakit. Kulit kelihatan kemerah-merahan.

Tahap kedua (Intermidiate burn)
Terbakar lapisan kulit pertama dan kedua (epidermis dan dermis). Kulit kelihatan
kemerah-merahan gelap, lepuh dan mengelembung. Terasa sakit.

Tahap ketiga (Deep burn):
Semua lapisan kulit telah rosak. Kulit akan nampak terbakar hitam atau putih kering.
Rasa sedikit sakit atau tidak sakit langsung jika saraf rosak.

Tanda-tanda terbakar atau melecur:
 Sakit yang amat sangat bagi tahap pertama dan tahap kedua.
 Bahagian anggota yang terlibat berwarna kemerah-merahan pada tahap awal,
merah gelap, lepuh dan mengelembung pada tahap kedua.
 Pengaliran keluar plasma.
 Renjatan.

Tindakan yang perlu diambil:
Tindakan “3B‟

1. Burning stop – Padamkan.
2. Breathing maintain – Periksa pernafasan.
3. Body examine – Periksa tahap terbakar/melecur.

Tindakan “3C‟
1. Cool – Sejukkan.
2. Cover – Tutup bahagian yang terbakar.
3. Carry – Bawa ke tempat selamat. Hantar ke hospital.

Pengendalian am:
1. Hentikan kebakaran - air.
2. Alihkan punca dari mangsa atau mangsa dari punca (mengikut keadaan).
3. Tentukan ia bernafas.
4. Alirkan air bagi terbakar/melecur tahap pertama dan kedua selama 20 minit
atau sehingga kesakitan berkurangan.
5. Periksa A, B, C dan tentukan tahap terbakar.
6. Tenangkan mangsa dan pastikan kecederaan tidak merebak supaya tidak
berlaku renjatan.
7. Selimutkan dengan kain yang telah dibasahkan.
8. Beri rawatan renjatan, jika perlu dan hantar ke hospital dengan segera.

Pitam

Pengsan dan pitam merupakan peringkat tidak sedarkan diri yang singkat. Gejala ini
terjadi disebabkan oleh otak seseorang yang tidak berfungsi dengan betul.

Antara penyebabnya ialah:
 Kekurangan darah di dalam otak;
 Kekurangan oksigen di dalam otak apabila pernafasan terganggu;
 Merasa sakit kepala yang teramat sangat sehingga menyebabkan pengsan.

Cara merawat:

1. Baringkan pesakit dengan kedudukan kepalanya rendah.
2. Longgarkan pakaian ketat.
3. Lap mukanya dengan tuala basah ATAU biarkan dia menyedut larutan harum

ammonia.
4. Apabila dia telah sedar semula, suruhlah ia bangun sendiri.
5. Apabila ia sudah mampu bangun, berikan minuman sama ada air, kopi atau teh

panas.

Patah

Patah ialah tulang pecah atau retak. Ia mungkin disebabkan oleh daya secara
langsung, misalnya, jika seseorang dilanggar oleh sebuah kenderaan yang bergerak
ATAU daya tidak langsung, contohnya jika seorang pemain bola sepak telah
tersepak tanah dan bukannya bola maka daya mungkin dialihkan untuk memecah
tempurung lututnya.

Tanda-tanda patah tulang:
 Pesakit mungkin terasa atau terdengar bunyi patah tulang.
 Bengkak dan lebam.
 Kecacatan bentuk di tempat yang patah atau terkehel.
 Pesakit juga mungkin menunjukkan tanda-tanda kejutan, ini amat ketara jika
patah berlaku di tulang paha atau pelvis.

Langkah rawatan yang akan dilakukan ini bertujuan untuk mencegah

pergerakan di sekeliling tempat yang terlibat

Cara merawat:

1. Suruh pesakit baring sehingga bahagian yang patah telah dicegah
pergerakannya dengan sempurna. Jika nyawa pesakit terancam, barulah dia
dipindahkan.

2. Gunakan kayu belat di tempat yang terlibat. Balut atau ikat untuk mencegah
pergerakan.

3. Ikat pembalut dengan kuat untuk mecegah pergerakan, tetapi tidak terlalu
kuat kerana ia boleh menjejaskan pengaliran darah.

4. Semasa membalut anggota yang patah, sendi-sendi di bahagian atas dan
bawah anggota juga harus dicegah pergerakannya.

5. Bawa mangsa ke hospital dengan segera.

** Penting: Rawat terlebih dahulu masalah kesukaran pernafasan, perdarahan yang
banyak dan tidak sedarkan diri sebelum merawat anggota yang patah.

Keracunan dan Terseliuh:
Keracunan
Keracunan berlaku apabila terdedah secara melampau atau berlebihan terhadap
toksik (bahan-bahan beracun), sama ada berbentuk cecair atau gas yang boleh
menyebabkan penderitaan sementara atau berkekalan.

Tanda-tanda terkena keracunan:
 Mangsa merasa loya dan mungkin akan muntah.
 Mangsa mengalami sakit abdomen.
 Cirit birit mungkin terjadi.
 Tanda-tanda terkejut.
 Mungkin tidak sedarkan diri.

Arahan merawat
1. Pastikan saluran udara, pernafasan dan peredaran terbuka dan dapatkan
bantuan perubatan. Tanyakan mangsa tentang apa yang telah dia makan.
2. Jangan memaksa mangsa muntah (kecuali jika mangsa termuntah sendiri).
3. Baringkan pesakit di atas permukaan yang kukuh (mangsa mungkin muntah).
4. Jika mangsa tidak sedarkan diri, berikan bantuan pernafasan CPR.
5. Hubungi 991 atau hantarkan mangsa ke hospital.
6. Jika terkena Racun Aerosol, tanda keracunan:
7. Gatal-gatal pada kulit, mata, hidung atau kerongkong.

Rawatan kecemasan:
1. Keluar dari tempat/kawasan yang disembur racun.
2. Hirup udara segar di ruang terbuka.
3. Tanggalkan pakaian yang terkena racun.
4. Jika terkena kulit, basuh dengan menggunakan sabun dan air.

5. Jika terkena pada mata, bersihkan mata dengan menggunakan air yang
banyak.

6. Selepas itu, bolehlah diberikan dua hingga lima titis ubat mata bagi setiap
mata.

Terseliuh

- Sendi merupakan tempat pertemuan antara dua tulang atau lebih. Pergerakan
yang melebihi had biasa pada sendi boleh mengakibatkan kecederaan pada
ligamen (tisu penyambungan antara tulang). Ligamen sama ada boleh
meregang dengan berlebihan, terkoyak atau terputus.

- Kecederaan pada ligamen seperti ini disebut terkehel (dislocation) dan
terseliuh (sprain). Terdapat sedikit perbezaan antara terkehel dan terseliuh
walaupun kedua-duanya melibatkan kecederaan pada ligamen.

- Terkehel ialah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan sendi yang
melebihi had sehingga menyebabkan tulang beralih dari kedudukan asal dan
menjejaskan struktur ligamen.

- Manakala, terseliuh pula ialah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan
sendi yang melebihi had sehingga menjejaskan ligamen tetapi tulang tidak
beralih dari kedudukan asal.

Tanda-tanda ligamen terseliuh:

 Sakit-sakit.
 Bengkak.
 Bertambah sakit apabila bergerak.
 Pergerakan yang terhad.

Cara-cara merawat terseliuh:
1. Hadkan pergerakan anggota.
2. Gunakan konsep RICE:
R - Rest (Rehatkan bahagian yang cedera dengan kedudukan yang selesa)
I - Ice (Letakkan ketulan [tuamkan dengan] ais pada bahagian yang cedera)
C - Compress (Longgarkan otot-otot yang tegang dan tekan bahagian yang
cedera dengan satu lapisan tebal kapas dan balut)
E - Elevate (Lipat atau tinggikan bahagia yang cedera)
3. Dapatkan bantuan perubatan.

Pemulihan Pernafasan atau Cardio-Pulmonary Resuscitation (CPR):
(Sila rujuk Buku Panduan BSMM No. 7: Peraturan-peraturan dan Undang-undang
Kursus, Peperiksaan dan Persijilan BSMM)
1. Jika seseorang itu tidak bernafas dan jantungnya tidak berdenyut, kita perlu

mengambil alih pengudaraan dan peredaran dengan segera supaya pengaliran
oksigen ke otaknya berterusan.
2. Ingat petua ABC:
A - Saluran Udara (Airway): Pastikan saluran udara terbuka.

B - Pernafasan (Breathing): Bernafas untuk pesakit dengan mengembungkan
paru-parunya dan mengoksigenkan darah.
C - Peredaran (Circulation): Mengedarkan atau melancarkan aliran darah dengan
memampatkan dada.

Cara-caranya:
A - Saluran Udara Terbuka:

1. Baringkan pesakit. Keluarkan sebarang benda asing daripada mulutnya dan
bersihkan tempat di sekeliling mulut.

2. Angkat lehernya ke atas dan dongakkan kepalanya ke belakang perlahan-
lahan.

3. Tarik rahangnya ke atas.

B - Pernafasan:
1. Letakkan mulut anda di atas mulut pesakit, picit hidungnya agar tertutup dan
hembus ke dalam mulutnya dengan kuat supaya dadanya mengembung. Jika
pesakit adalah seorang bayi atau kanak, letakkan mulut anda di atas hidung
dan mulutnya semasa menghembus.
2. Alihkan mulut anda dan dengar dengan teliti bunyi udara hembus. Kemudian
ulang tindakan menghembus. Jika tiada pertukaran udara, periksa semula

kedudukan kepala dan rahang pesakit serta lihat sama ada lidahnya
menghalang saluran udara. Cuba sekali lagi.
3. Jika anda masih tidak mendapat sebarang pertukaran udara, pusing pesakit
ke sisinya dan tampar tulang kipas beberapa kali untukmengeluarkan
sebarang benda asing daripada tekak.
4. Teruskan pernafasan dari mulut ke mulut. Jangan putus asa sehingga pesakit
mula bernafas. Dalam beberapa kes, ia mengambil masa beberapa jam
sebelum sesorang pesakit itu pulih.
5. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Pastikan pesakit berasa hangat
dan baring dalam posisi yang selesa apabila dia telah pulih semula.

C - Peredaran (Mampatan Luar Dada):

1. Jangan lakukan mampatan luar dada jika jantung mangsa berdenyut,
walaupun hampir tidak kedengaran dan jika sebarang nadi dapat dirasai. Jika
jantung belum berdenyut lakukan perkara ini:
I. Baringkan pesakit secara lurus dan pukul tulang dada.
II. Jika jantung belum mula berdenyut, letakkan satu jari tangan kanan
anda di atas rawan dengan tangan kiri di atas tangan kanan.
III. Tolak (tekan) dengan cepat dan angkat. Ulangi proses ini (Tekan…
Lepaskan… Tekan… Lepaskan…) Apa yang kita buat ini adalah
dengan menekan jantung mangsa dan memaksa darah mengalir ke
seluruh badannya. Ini menggantikan denyutan jantung.
IV. Selepas 30 mampatan, berikan dua bantuan pernafasan dari mulut ke
mulut. Teruskan dengan ritma 30 kepada dua sehingga jantung mangsa
berdenyut secara normal.

CPR untuk Orang Awam

CPR ialah satu teknik, yang boleh menyelamatkan nyawa, tanpa menggunakan alat-
alat yang canggih dan kepakaran yang boleh diperolehi di hospital.

Anda boleh melakukan dengan teknik ini dengan tangan, mulut dan fikiran yang logik.

BILA CPR BOLEH DILAKUKAN?

CPR boleh dilakukan apabila seseorang itu telah

1. Tidak Sedarkan Diri
2. Tiada bernafas
3. Tiada denyutan nadi di karotid

Langkah-langkah CPR

1. Penilaian-Tentukan mangsa tidak sedarkan diri.
2. Cuba dapatkan bantuan dan panggil ambulan.
3. Betulkan kedudukan mangsa.
4. Buka saluran pernafasan-Dongakkan kepala dan angkat dagu.
5. Penilaian Pernafasan-Tentukan mangsa tidak bernafas-Dengan bunyi

pernafasan, rasa haba panas yang keluar dari mulut dan hidung mangsa, lihat
pergerakan dadanya (5-10).
6. Beri 2 kali pernafasan (11/2-2 saat setiap hembusan).
7. Penilaian peredaran darah-Tentukan ketiadaan nadi karotik (5-10).
8. Jika tiada nadi, lakukan pemulihan jantung dengan memberikan 30 kali
tekanan keatas tulang stermum sedalam 1 ½ -2 inchi mengikut kadar 80-100
kali tekanan seminit di ikuti 2 hembusan pernafasan.
9. Berlakukan CPR sehingga:

a. Sehingga Ambulan sampai
b. Sehingga ada orang yang tahu tentang CPR ambil ahli dari penyelamat
c. Sehingga mangsa ada nafas dan nadi.
d. Sehingga penyelamat keletihan

10. Jika nadi ada, pastikan mangsa bernafas. Jika tiada bernafas-beri bantuan
pernafasan sekali hembusan setiap hembusan setiap 5 saat dengan kadar 12
kali seminit.

11. Jika mangsa sudah mula bernafas-pastikan tahap kesedaran mangsa semula,
jika

12. masih tidak sedar diri, letak mangsa dalam kedudukan kemulihan sehingga
Bantu perubatan tiba. Setiap 5 minit periksa nadi dan pernafasan.

LEMBARAN KERJA

1. Nyatakan matlamat PPIM?
2. Nyatakan maksud-maksud warna dalam logo PPIM.
3. Nyatakan objektif PPIM di peringkat institusi tinggi?
4. Nyatakan objektif PPIM di peringkat sekolah rendah dan

menengah?
5. Apakah tujuan penubuhan PPIM?
6. Nyatakan 6 simpulan dan 3 ikatan.

7. Berdasarkan gambar di bawah, jelaskan cara membaca kompas.

8. Lengkapkan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

9. Lengkapkan setiap gambar tersebut dengan perlakuan dalam asas
kawad kaki yang betul.

10. Rajah di bawah menunjukkan salah satu kaedah masakan rimba.
Nyatakan dan jelaskan kaedah yang digunakan tersebut dengan terperinci.

RUJUKAN
Ab. Alim abdul Rahim. 1992. Panduan Perkhemahan, Simpulan Dan Pioneering.

Penerbitan Jaya: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Hariz. 2021. Sejarah Ringkas Penubuhan PPIM.
https://youtu.be/eYUOhY-8TLs

Maslamah Ahmad Razali. 2012. Kandungan Buku Log.
https://www.slideshare.net/maslamah/panduan-mengisi-buku-log

Rais Wahab. 2013. Pergerakan Puteri Islam.
https://www.slideshare.net/tokumong/pergerakan-puteri-islam

Siti Mastura. 2018. Pengenalan dan Sejarah PPIM
https://www.slideshare.net/SitiMastura3/354541861-pengenalandansejarahppim


Click to View FlipBook Version